1. INSYIRAH MOHAMAD NOH UKM LAW SCHOOL 19
1
ADMISSION (PENGAKUAN)
PENGENALAN
• Pengakuan & pengakuan salah - keterangan yang relevan kalau semua keperluan dalam Akta
Keterangan 1950 dipenuhi.
• Hanya boleh dibuat mengenai fakta isu/fakta relevan sahaja.
PENGAKUAN
SEKSYEN 17(1) AK 1950
Pengakuan ialah suatu pernyataan, lisan atau dokumentar, yang menyarankan apa-apa inferens
mengenai sesuatu fakta persoalan atau mengenai sesuatu fakta berkaitan dan yang dibuat oleh
mana-mana orang dan dalam hal keadaan yang disebut kemudian daripada ini.
SEKSYEN 18(1) AK 1950
Pernyataan yang dibuat oleh sesuatu pihak dalam prosiding atau oleh seorang ejen kepada mana-
mana pihak sedemikian yang disifatkan oleh mahkamah, dalam hal keadaan kes itu, sebagai
diberi kuasa oleh pihak itu secara nyata atau secara tersirat untuk membuatnya adalah
pengakuan.
• Bila seseorang dengan sendiri atau melalui agennya telah menyatakan atau menyarankan
sesuatu kesimpulan → orang itu dikatakan telah membuat pengakuan.
• Pengakuan yang telah dibuat → relevan & boleh digunakan sebagai bukti yang konklusif
untung menentang orang yang membuatnya. S 21 AK 1950
• Pengakuan boleh digunakan untuk membuktikan secara konsklusif fakta yang telah diakui →
secara tak langsung halang fakta-fakta yang bercanggah dengan pengakuan tersebut
daripada dikemukakan.
2. INSYIRAH MOHAMAD NOH UKM LAW SCHOOL 19
2
PENGAKUAN DALAM KES SIVIL (‘without prejudice’)
SEKSYEN 23 AK 1950
Dalam kes sivil sesuatu pengakuan tidak berkaitan jika pengakuan itu dibuat sama ada dengan
sesuatu syarat nyata bahawa keterangan mengenainya tidak akan diberikan, atau dalam hal
keadaan yang daripadanya mahkamah boleh membuat kesimpulan bahawa pihak yang
berkenaan telah sama-sama bersetuju supaya keterangan mengenainya tidak diberikan.
• Sesuatu pengakuan adalah tak relevan kalau:-
- Pihak-pihak yang berkenaan telah bersetuju bahawa keterangan mengenainya tidak akan
diberikan ATAU
- Mahkamah menganggap bahawa pihak-pihak yang berkenaan telah bersetuju supaya
keterangan tersebut tidak diberikan.
• Pihak-pihak yang berkenaan boleh menyatakan niat mereka supaya sebarang surat menyurat
antara mereka tidak akan dibawa masuk ke mahkamah.
• S 23 boleh digunakan kalau pihak-pihak yang bertikai ingin selesaikan masalah/pertikaian
mereka melalui rundingan.
• Menggalakkan pihak-pihak yang bertikai mengadakan suatu perundingan yang lebih telus dan
bebas tanpa kebimbangan bahawa kepentingan mereka akan terjejas kalau rundingan
tersebut gagal.
• Kebiasaannya: suatu endorsmen ‘tanpa prasangka’ atau ‘without prejudice’ akan dibuat
kepada dokumen.
Malayan Banking v Foo See Moi [1981] 2 MLJ 17
FC:
- Pada amnya dokumen-dokumen yang diendorskan dengan perkataan ‘without prejudice’
tidak boleh diterima masuk ke mahkamah.
- Walau bagaimanapun, dokumen yang diendorskan dengan ‘without prejudice’ boleh
diterima sebagai keterangan mengenai terma-terma perjanjian kalau perjanjian tu dah
dimasukkan ke dalam dokumen lain yang boleh jadi keterangan bagi perjanjian tersebut.
3. INSYIRAH MOHAMAD NOH UKM LAW SCHOOL 19
3
• Kalau rundingan gagal: Mahkamah perlu seimbangkan antara dua kepentingan awam yang
berbeza (kepentingan awam dalam menggalakkan penyelesaian & kepentingan awam untuk
dapatkan penzahiran sepenuhnya antara pihak-pihak yang bertikai). Oh Kuang Liang v
Associated Wood Industries Sdn Bhd [1995] 4 MLJ 390
• Keistimewaan bawah s 23 hanya terpakai kepada:-
- Pihak-pihak di dalam sesuatu perjanjian
- BUKAN pihak ketiga
BENTUK PENGAKUAN
S 18(1) AK 1950
• Lisan
• Dokumentari (bertulis)
• Perbuatan
PERBEZAAN PENGAKUAN & PENGAKUAN SALAH
PERBEZAAN PENGAKUAN
(ADMISSION)
PENGAKUAN SALAH
(CONFESSION)
SEKSYEN S 17(1) S 17(2)
PROSIDING Sivil & jenayah Jenayah sahaja
PEMBUAT PENGAKUAN Sesiapa sahaja
(Diri sendiri/agen)
Hanya orang yang telah dituduh
melakukan kesalahan (OKT)