SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Download to read offline
CADANGAN JAWAPAN
PENILAIAN
Unit 1
A
1.
- Bermain permainan tradisional seperti konda
kondi, gasing, dam, guli dan lain-lain.
- Aktiviti permainan dibuat di luar rumah
bersama-sama dengan rakan-rakan.
- Menggunakan peralatan semula jadi seperti
tin kosong, ranting kayu dan lain-lain.
2. Terdapat permainan yang sesuai dan yang
kurang sesuai. Permainan bergantung pada
cara seseorang individu bermain mengikut
batas-batas tertentu.
3.
- Mewujudkan sikap positif dalam pergaulan.
- Membina hubungan baik sesama anggota
masyarakat.
- Mengekalkan warisan tradisi sesuatu kaum.
- Membentuk individu yang bertingkah laku
bersesuaian dengan norma masyakat.
4. Individu bersikap individualistik dengan
bertindak mementingkan diri sendiri dan
mengabaikan kepentingan orang lain.
Unit 2
A
1.
- Penaakulan Moral
Saya akan berfikiran rasional dan
memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik.
- Emosi Moral
Saya akan mengawal perasaan dan
menenangkan diri terlebih dahulu.
- Perlakuan Moral
Saya akan mencari pemandu kereta tersebut
atau meninggalkan nombor telefon saya
pada kereta tersebut.
2.
- Supaya tidak berlaku perselisihan faham
antara dua pihak.
- Supaya dapat membantu mangsa jika
kawasan kemalangan tersebut sunyi dan
tiada pemandu lain.
B
Revolusi Perindustrian 4.0 ialah satu revolusi
baharu yang akan memberikan lebih banyak
kemudahan kepada kehidupan manusia sekali
gus meningkatkan produktiviti ekonomi,
perkhidmatan dan sektor lain yang boleh
diterjemahkan melalui teknologi pintar. Walau
bagaimanapun, revolusi ini mempunyai
cabarannya yang tersendiri dalam melahirkan
generasi yang berkeperibadian mulia.
- Revolusi baharu boleh menyebabkan
perubahan budaya, amalan nilai dan corak
hidup yang bercanggah dengan budaya
ketimuran dan penghayatan agama atau
kepercayaan.
- Penghapusan batasan sempadan negara
boleh mempengaruhi keperibadian remaja
yang akan mudah terpengaruh dengan
budaya luar yang negatif.
- Laman sesawang negatif dan tidak bermoral
lebih mudah dilayari yang akan
mempengaruhi minda dan fizikal manusia
- Kes pencerobohan alam siber oleh
penjenayah siber akan berlaku dengan
semakin dan berleluasa.
Unit 3
A
1. i. Prinsip Keadilan
- Penyeludupan dadah merupakan
tindakan yang menyalahi undang-
undang.
- Tidak ada sesiapa yang boleh terlepas
daripada tindakan undang-undang dan
patut dikenakan dengan hukuman yang
sewajarnya.
ii. Prinsip Keprihatinan
- Kita patut memahami perasaan seorang
wanita yang menjadi mangsa kerana
ditipu oleh individu yang tidak
bertanggungjawab.
- Pihak berkuasa sepatutnya prihatin
dengan situasi wanita tersebut dan
dapat memberikan pertimbangan yang
sewajarnya.
2.
- Jenayah akan semakin berleluasa dan
masyarakat akan berasa bimbang dengan
keselamatan mereka.
- Semakin ramai wanita yang akan menjadi
mangsa individu yang tidak
bertanggungjawab
- Ketenteraman awam terjejas.
3. Bertanggungjawab – Setiap individu
bertanggungjawab terhadap tindakannya
supaya tidak terlibat atau bersubahat dengan
jenayah.
Rasional – Berfikiran dengan rasional ketika
menerima tawaran yang besar supaya tidak
mudah tertipu.
Kesederhanaan - Tidak keterlaluan dalam
membuat keputusan supaya kepentingan diri
dan keluarga dapat dijaga.
4.
- Sentiasa berhati-hati apabila berurusan
dengan individu yang tidak dikenali.
- Berbincang dengan anggota keluarga
sebelum membuat apa-apa keputusan
- Sentiasa peka dengan kumpulan yang cuba
menipu orang ramai.
B
Tidak Wajar
- Pihak penganjur patut menyiasat perkara
sebenar sebelum menjatuhkan hukuman
kepada murid tersebut.
- Penganjur patut mengambil kira sumbangan
murid tersebut sebelum menjatuhkan
hukuman.
Wajar
- Anggota pengakap perlu sentiasa mematuhi
peraturan yang ditetapkan.
- Jika murid tersebut dibebaskan, anggota
pengakap lain akan cuba melanggar
peraturan.
- Memastikan aktiviti yang telah ditetapkan
berjalan lancar.
Unit 4
A
1.
- Mengumpulkan bukti, terutamanya transaksi
yang berlaku.
- Memaklumkan perkara yang berlaku dan
berbincang dengan anggota keluarga
terdekat.
- Membuat laporan polis.
- Memaklumkan kepada pihak bank agar
menghentikan sebarang transaksi akaun lain
yang melibatkan aktiviti penipuan tersebut.
- Memohon mendapatkan perkhidmatan
psikiatri jika menghadapi kemurungan kerana
menjadi mangsa penipuan.
2.
- Ancaman keselamatan terhadap diri,
keluarga dan harta benda.
- Menghilangkan keyakinan diri dan
menyebabkan kemurungan.
- Berlakunya kebocoran maklumat diri dan
terdedah pada manipulasi maklumat.
3.
- Sentiasa memikirkan kesan baik dan kesan
buruk bagi setiap tindakan yang diambil
ketika menggunakan kemudahan teknologi
maklumat dan komunikasi.
- Menggunakan kemudahan teknologi
maklumat dan komunikasi dengan mematuhi
peraturan dan undang-undang.
- Menggunakan kebebasan penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi dengan
batasan tertentu.
- Tidak keterlaluan dalam penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi.
Unit 5
A
1.
- Menyalahgunakan penggunaan kad
pengenalan orang lain.
- Membocorkan soalan peperiksaan awam.
- Pemalsuan tandatangan dalam mana-mana
dokumen rasmi.
- Membocorkan rahsia negara kepada negara
asing.
2.
- Penyalahgunaan kuasa akan berlaku.
- Negara menjadi huru-hara.
- Perselisihan faham antara rakyat akan
berlaku.
- Gejala sosial akan berleluasa.
- Rakyat bebas untuk membuat kesalahan.
3.
- Memberikan didikan nilai murni melalui
amalan agama atau kepercayaan untuk
mengelakkan perbuatan tidak berintegriti.
- Seseorang individu akan takut untuk
melakukan perbuatan tidak berintegriti jika
mempunyai pegangan agama yang kuat.
B
- Menjatuhkan maruah diri - perbuatan tidak
berintegriti boleh menyebabkan seseorang
individu ditangkap dan dihukum atas
kesalahan yang dilakukan.
- Menjejaskan keharmonian negara -
perbuatan tidak berintegriti seperti amalan
rasuah boleh menjejaskan keamanan
negara.
- Merenggangkan hubungan antara anggota
keluarga - anggota keluarga tidak akan
mempercayai dan tidak mempunyai
keyakinan terhadap individu yang tidak
berintegriti.
- Melahirkan individu yang bersikap
individualistik - lebih ramai individu akan
melakukan perbuatan tidak berintegriti dan
mementingkan diri sendiri.
Unit 6
A
1.
- Ibu bapa menjaga dan menyediakan segala
keperluan kepada anak-anak.
- Ibu bapa menjaga kesihatan, keselamatan
dan kebajikan anak-anak.
- Anak-anak disayangi dan dididik dengan
sempurna sehingga menjadi orang yang
berguna kepada keluarga dan masyarakat.
- Anak-anak melaksanakan tanggungjawab
terhadap ibu bapa yang sudah tua.
- Anak-anak menjaga keperluan harian ibu
bapa seperti makanan, tempat tinggal dan
kesihatan.
- Ibu bapa sentiasa dihormati dan disayangi.
2.
- Keluarga menjadi tidak harmoni.
- Anggota keluarga saling bermusuhan.
- Kebajikan anggota keluarga terabai.
- Melahirkan anggota keluarga yang tidak
bertanggungjawab.
3.
- Anak dididik dengan nilai murni sejak kecil.
- Sikap bertanggungjawab terhadap keluarga
sentiasa dipupuk untuk memastikan mereka
melaksanakan kewajipan yang diamanahkan.
- Menghargai sumbangan warga tua dalam
memelihara kesejahteraan dan keharmonian
keluarga.
B
Desakan Hidup Boleh Menyebabkan Integriti
Keluarga Tergadai.
- Ibu bapa sibuk dengan pekerjaan hingga
mengabaikan anak-anak yang sedang
membesar tanpa bimbingan ibu bapa.
- Ibu bapa melakukan dua pekerjaan serentak
sehingga keperluan anak-anak terabai dan
kurang mendapat kasih sayang yang boleh
menyebabkan hubungan antara anggota
keluarga menjadi renggang.
- Anak-anak dipaksa untuk menumpukan
perhatian terhadap pelajaran semata-mata
dan tidak berpeluang untuk beriadah.
- Pengaruh media sosial menambahkan jurang
komunikasi antara anggota keluarga.
- Ibu bapa yang gagal mengawal perasaan
melepaskan tekanan terhadap anak-anak.
Unit 7
A
1. Sifat wajar bagi manusia untuk membantu
dan mengamalkan sikap tolong-menolong,
terutamanya kepada mereka yang ditimpa
musibah.
2.
- Kebajikan mereka yang dilanda musibah
akan terabai.
- Kehidupan mangsa yang mendapat musibah
semakin susah.
3. Golongan yang susah atau ditimpa musibah
akan mendapat pembelaan yang sewajarnya.
Mereka tidak akan keseorangan ketika
menghadapi kesukaran dengan adanya
masyarakat yang prihatin. Tindakan ini akan
melahirkan masyarakat yang saling
menyayangi dan hidup menjadi sejahtera.
4.
- Kepercayaan kepada Tuhan bahawa setiap
perbuatan baik akan mendapat ganjaran
yang baik juga.
- Baik hati dengan membantu sesiapa sahaja
yang berada dalam kesusahan dan yang
memerlukan bantuan.
- Kasih sayang, iaitu mengasihi orang lain
dengan menunjukkan rasa simpati dan
bertindak membantu mereka yang berada
dalam kesusahan.
Unit 8
A
1.
- Sebagai warganegara yang
bertanggungjawab, kita harus mencontohi
Datin Paduka (Dr.) Mother Mangalam dengan
membantu individu yang tidak
berkemampuan.
- Kita perlu sentiasa bersedia untuk membantu
golongan yang berkeperluan.
- Kita perlu sentiasa berkasih sayang dengan
semua orang tanpa mengira kaum, agama,
budaya dan bahasa.
2. Nilai kasih sayang dan nilai baik hati. Sebagai
warganegara, beliau menjaga kebajikan
kanak-kanak berkeperluan dan melindungi
hak anak-anak yatim tanpa mengira kaum.
3.
- Memberikan sumbangan wang atau
perkhidmatan kepada rumah kebajikan.
- Menjaga alam sekitar.
- Tidak bersangka buruk dengan mana-mana
kaum demi keamanan negara.
B.
Tidak wajar menerima tawaran tersebut
walaupun boleh menguntungkan saya. Hal ini
kerana saya tidak boleh mengabaikan
tanggungjawab sebagai warganegara dalam
memilih pemimpin negara. Saya mempunyai hak
sebagai warganegara dalam negara demokrasi
untuk memilih pemimpin negara. Selain itu,
saya tidak boleh mementingkan diri sendiri
semata-mata untuk keuntungan peribadi.
Unit 9
1.
- Keharmonian dalam kalangan anggota
masyarakat akan terjaga.
- Ekonomi negara akan stabil dan negara
dapat membangun dalam pelbagai bidang.
- Ekonomi negara bertambah kukuh.
- Rakyat dapat menikmati pelbagai
kemudahan yang disediakan.
2.
- Menjalinkan persahabatan dengan rakan
pelbagai kaum.
- Menghormati amalan hidup kaum lain.
- Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.
- Membantu mangsa yang ditimpa musibah
tanpa mengira kaum.
- Tidak mudah mempercayai isu sensitif yang
disebarkan melalui media sosial.
3.
- Menularkan isu perkauman dalam media
sosial yang boleh mewujudkan sikap
prejudis.
- Tidak menghormati agama dan budaya kaum
lain.
- Kurang bergaul dengan anggota masyarakat
yang terdiri daripada pelbagai kaum.
iv. Tidak mempunyai sikap bertolak ansur.
4.
- Rakyat akan saling bermusuhan.
- Pembangunan negara akan terbantut.
- Ketenteraman awam akan terjejas.
- Pelaburan asing akan berkurang.
B.
Wajar
- Aktiviti yang dilaksanakan akan disertai oleh
murid pelbagai kaum dapat mewujudkan
komunikasi yang baik dalam kalangan murid.
- Bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu
aktiviti akan mewujudkan suasana harmoni
dalam masyarakat.
- Murid akan lebih menghormati apabila dapat
mengenali budaya dan amalan kaum lain.
Unit 10
A
1.
- Tidak menguruskan perbelanjaan mengikut
keutamaan.
- Membuat pembelian tanpa perancangan
yang teliti.
- Tabiat berbelanja menggunakan kad kredit
tanpa batasan.
- Sikap mementingkan gaya dan status tanpa
mengambil kira kemampuan kewangan yang
dimiliki.
2.
- Mempelajari ilmu menguruskan perbelanjaan
yang beretika.
- Pendidikan kewangan didedahkan sejak
peringkat awal.
- Menekankan kesedaran dalam membuat
pembelian mengikut keperluan berbanding
kehendak.
3.
- Mengamalkan nilai kesederhanaan
perbelanjaan dan tidak boros.
- Sentiasa memikirkan kesan setiap wang
yang dibelanjakan.
4.
- Membuat anggaran perbelanjaan mengikut
kewangan yang dimiliki.
- Menyediakan senarai barangan dan
perkhidmatan yang diperlukan.
- Membeli barangan secara tunai dan
mengelak daripada menggunakan kad kredit.
- Tidak mudah terpengaruh dengan iklan
jualan murah.
- Membuat dokumentasi untuk setiap
perbelanjaan.
5.
Kesan jangka pendek – berdepan masalah
kewangan dan menanggung beban hutang yang
tinggi.
Kesan jangka panjang – nama
disenaraihitamkan dan mengalami kesukaran
untuk membuat pinjaman pada masa akan
datang. Negara juga akan menanggung beban
hutang pengguna yang tinggi.
UNIT 11
A
1.
- Aktiviti tradisi sesuatu kaum dapat diraikan
bersama-sama tanpa mengira kaum dan
agama.
- Dapat mempelajari keunikan adat dan tradisi
kaum lain.
2. Boleh.
- Jika semua rakyat dapat bekerjasama dan
bersatu padu untuk mewujudkan
persefahaman antara kaum.
- Tidak ada diskriminasi antara kaum dan tidak
memandang rendah pada mana-mana kaum
lain.
- Dapat mewujudkan satu bangsa yang
bersatu tanpa mengabaikan keunikan
tersebut.
3.
- Setiap kaum bebas menyambut perayaan
masing-masing dan diraikan bersama-sama
dengan kaum lain.
- Kepelbagaian keunikan perayaan dapat
menarik perhatian pelancong asing yang
boleh menjadi kebanggaan negara.
4.
- Merancang dan mengadakan program yang
melibatkan pelbagai kaum yang dapat
menonjolkan keunikan kaum masing-masing.
- Memberikan galakan kepada rakan untuk
mengekalkan keunikan kaum masing-
masing.
B.
- Dapat membantu mengekalkan keunikan
setiap kaum melalui sambutan perayaan
pelbagai kaum.
- Mengelakkan perselisihan faham antara
kaum kerana semua kaum dilayan sama rata
melalui pemberian cuti umum bersempena
dengan perayaan.
- Menggalakkan sesuatu kaum mengenal,
menyertai dan menghormati adat dan tradisi
kaum lain.
- Menyatupadukan rakyat tanpa mengira
kaum, bangsa, budaya dan bahasa.
Unit 12
A
1.
- Aktiviti penyeludupan boleh melumpuhkan
ekonomi negara dan mengancam
keselamatan negara.
- Pencerobohan perairan menyebabkan
sumber negara dicuri oleh warga asing dan
menggalakkan aktiviti lanun dan pengganas.
- Ancaman pengganas asing menyebabkan
pelaburan asing berkurangan dan sektor
pelancongan terjejas.
- Peluang pekerjaan untuk rakyat akan diambil
oleh warga asing dan kemudahan awam
terpaksa dikongsi dengan warga asing.
2.
- Supaya masyarakat tidak bimbang akan
keselamatan diri, keluarga, masyarakat dan
negara.
- Pelancong asing akan berkurangan sehingga
menjejaskan industri pelancongan.
- Pelabur asing berasa bimbang untuk
membuat pelaburan.
- Negara akan dipandang rendah pada
peringkat antarabangsa.
- Peluang pekerjaan rakyat tempatan akan
terjejas.
3.
i. Hormat
Menghargai sumbangan dan bantuan yang
diterima dengan menghormati undang-undang
yang ditetapkan.
ii. Patriotisme
Setia akan negara tanpa melibatkan diri dalam
aktiviti yang boleh mengancam keselamatan
negara.
iii. Kerjasama
Saling bekerjasama dalam membanteras
ancaman dari dalam dan luar negara.
iv. Tanggungjawab
Melaksanakan kewajipan sebagai anggota
masyarakat yang mencintai keamanan negara.
B.
Pelarian ialah individu yang lari dari negara asal
ke negara lain akibat pergolakan politik dan
desakan hidup.
Penaakulan Moral
- Individu perlu mempunyai pertimbangan
moral supaya pelarian diberi perlindungan
agar dapat meringankan beban mereka
dengan menyediakan keperluan asas.
Emosi moral
- Prihatin terhadap keadaan dan keperluan
pelarian.
- Menunjukkan perasaan kasihan terhadap
pelarian yang terpaksa berpisah dengan
anggota keluarga.
Perlakuan Moral
- Menyumbangkan khidmat tenaga, bantuan
kewangan atau kebendaan kepada pelarian.
- Memberikan khidmat kepakaran kepada
agensi yang membantu pelarian.

More Related Content

Similar to U0dZ43DPqH.pdf

Masalah Sosial
Masalah SosialMasalah Sosial
Masalah SosialThomas Mon
 
Panduan 1 2 3 Menjadi Netizen Cerdas
Panduan 1 2 3 Menjadi Netizen CerdasPanduan 1 2 3 Menjadi Netizen Cerdas
Panduan 1 2 3 Menjadi Netizen CerdasICT Watch
 
Manusia, nilai, moral, dan hukum
Manusia, nilai, moral, dan hukumManusia, nilai, moral, dan hukum
Manusia, nilai, moral, dan hukumRicka Ayu Sugiarti
 
Gejala sosial kpkm (2)
Gejala sosial kpkm (2)Gejala sosial kpkm (2)
Gejala sosial kpkm (2)Jamal Ahmad
 
Makalah pergaulan bebas
Makalah pergaulan bebasMakalah pergaulan bebas
Makalah pergaulan bebasFreddy Then
 
Presentation1.psikologi
Presentation1.psikologiPresentation1.psikologi
Presentation1.psikologidin595
 
BELA NEGARA KELOMPOK 8 revisi.pptx
BELA NEGARA KELOMPOK 8 revisi.pptxBELA NEGARA KELOMPOK 8 revisi.pptx
BELA NEGARA KELOMPOK 8 revisi.pptxssusereeec0e
 
Eem432 isu dan trend dlm pendidikan moral (1)
Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)
Eem432 isu dan trend dlm pendidikan moral (1)Aker Derashid
 
PPT KENAKALAN REMAJA_Putra Nanda P_ XII MIPA 5.pdf
PPT KENAKALAN REMAJA_Putra Nanda P_ XII MIPA 5.pdfPPT KENAKALAN REMAJA_Putra Nanda P_ XII MIPA 5.pdf
PPT KENAKALAN REMAJA_Putra Nanda P_ XII MIPA 5.pdfPutrananda21
 
sosialisasi kelas X semester 2
sosialisasi kelas X semester 2sosialisasi kelas X semester 2
sosialisasi kelas X semester 2Sandra Nehemia
 
Pertemuan2 Etika Sosial Media
Pertemuan2 Etika Sosial MediaPertemuan2 Etika Sosial Media
Pertemuan2 Etika Sosial MediaNurulLutfiaPraja
 
Pergaulan bebas bimtek
Pergaulan bebas bimtekPergaulan bebas bimtek
Pergaulan bebas bimtektiyo noiss
 
pergaulan bebas
pergaulan bebaspergaulan bebas
pergaulan bebasRaafiPutri
 

Similar to U0dZ43DPqH.pdf (20)

6 pancasila menjadi sistem etika
6 pancasila menjadi sistem etika6 pancasila menjadi sistem etika
6 pancasila menjadi sistem etika
 
Masalah Sosial
Masalah SosialMasalah Sosial
Masalah Sosial
 
Sivik datin
Sivik datinSivik datin
Sivik datin
 
Panduan 1 2 3 Menjadi Netizen Cerdas
Panduan 1 2 3 Menjadi Netizen CerdasPanduan 1 2 3 Menjadi Netizen Cerdas
Panduan 1 2 3 Menjadi Netizen Cerdas
 
Manusia, nilai, moral, dan hukum
Manusia, nilai, moral, dan hukumManusia, nilai, moral, dan hukum
Manusia, nilai, moral, dan hukum
 
Gejala sosial kpkm (2)
Gejala sosial kpkm (2)Gejala sosial kpkm (2)
Gejala sosial kpkm (2)
 
Isu 2penculikanknk2
Isu 2penculikanknk2Isu 2penculikanknk2
Isu 2penculikanknk2
 
Corruption and Fraud
Corruption and FraudCorruption and Fraud
Corruption and Fraud
 
Makalah pergaulan bebas
Makalah pergaulan bebasMakalah pergaulan bebas
Makalah pergaulan bebas
 
Presentation1.psikologi
Presentation1.psikologiPresentation1.psikologi
Presentation1.psikologi
 
BELA NEGARA KELOMPOK 8 revisi.pptx
BELA NEGARA KELOMPOK 8 revisi.pptxBELA NEGARA KELOMPOK 8 revisi.pptx
BELA NEGARA KELOMPOK 8 revisi.pptx
 
Eem432 isu dan trend dlm pendidikan moral (1)
Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)Eem432   isu dan trend dlm pendidikan moral (1)
Eem432 isu dan trend dlm pendidikan moral (1)
 
PPT KENAKALAN REMAJA_Putra Nanda P_ XII MIPA 5.pdf
PPT KENAKALAN REMAJA_Putra Nanda P_ XII MIPA 5.pdfPPT KENAKALAN REMAJA_Putra Nanda P_ XII MIPA 5.pdf
PPT KENAKALAN REMAJA_Putra Nanda P_ XII MIPA 5.pdf
 
Kenakalan remaja
Kenakalan remajaKenakalan remaja
Kenakalan remaja
 
45 Butir Pengamalan Pancasila
45 Butir Pengamalan Pancasila45 Butir Pengamalan Pancasila
45 Butir Pengamalan Pancasila
 
sosialisasi kelas X semester 2
sosialisasi kelas X semester 2sosialisasi kelas X semester 2
sosialisasi kelas X semester 2
 
Ppt etika sosial_media
Ppt etika sosial_mediaPpt etika sosial_media
Ppt etika sosial_media
 
Pertemuan2 Etika Sosial Media
Pertemuan2 Etika Sosial MediaPertemuan2 Etika Sosial Media
Pertemuan2 Etika Sosial Media
 
Pergaulan bebas bimtek
Pergaulan bebas bimtekPergaulan bebas bimtek
Pergaulan bebas bimtek
 
pergaulan bebas
pergaulan bebaspergaulan bebas
pergaulan bebas
 

Recently uploaded

Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratIhsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratpuji239858
 
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaSEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaRobert Siby
 
Pendidikan agama islam syirik modern.pptx
Pendidikan agama islam syirik modern.pptxPendidikan agama islam syirik modern.pptx
Pendidikan agama islam syirik modern.pptxArdianAlaziz
 
BUDAYA DAN ADAT ISTIADAT ORANG ARAB.pptx
BUDAYA DAN ADAT ISTIADAT ORANG ARAB.pptxBUDAYA DAN ADAT ISTIADAT ORANG ARAB.pptx
BUDAYA DAN ADAT ISTIADAT ORANG ARAB.pptxWahyudinHioda
 
Buku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdf
Buku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdfBuku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdf
Buku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdfsrengseng1c
 
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSWJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSRobert Siby
 
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 ShortRenungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 ShortRobert Siby
 
KISAH NABI MUSA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNTUK SD
KISAH NABI MUSA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNTUK SDKISAH NABI MUSA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNTUK SD
KISAH NABI MUSA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNTUK SDAprihatiningrum Hidayati
 
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAHWJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAHRobert Siby
 
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdfPenampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdfDianNovitaMariaBanun1
 
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Ustadz Habib
 
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.KennayaWjaya
 
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURANAYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURANBudiSetiawan246494
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Adam Hiola
 

Recently uploaded (14)

Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratIhsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
 
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaSEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
 
Pendidikan agama islam syirik modern.pptx
Pendidikan agama islam syirik modern.pptxPendidikan agama islam syirik modern.pptx
Pendidikan agama islam syirik modern.pptx
 
BUDAYA DAN ADAT ISTIADAT ORANG ARAB.pptx
BUDAYA DAN ADAT ISTIADAT ORANG ARAB.pptxBUDAYA DAN ADAT ISTIADAT ORANG ARAB.pptx
BUDAYA DAN ADAT ISTIADAT ORANG ARAB.pptx
 
Buku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdf
Buku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdfBuku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdf
Buku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdf
 
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSWJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
 
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 ShortRenungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
 
KISAH NABI MUSA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNTUK SD
KISAH NABI MUSA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNTUK SDKISAH NABI MUSA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNTUK SD
KISAH NABI MUSA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNTUK SD
 
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAHWJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
 
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdfPenampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
 
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
 
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
 
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURANAYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURAN
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
 

U0dZ43DPqH.pdf

  • 1. CADANGAN JAWAPAN PENILAIAN Unit 1 A 1. - Bermain permainan tradisional seperti konda kondi, gasing, dam, guli dan lain-lain. - Aktiviti permainan dibuat di luar rumah bersama-sama dengan rakan-rakan. - Menggunakan peralatan semula jadi seperti tin kosong, ranting kayu dan lain-lain. 2. Terdapat permainan yang sesuai dan yang kurang sesuai. Permainan bergantung pada cara seseorang individu bermain mengikut batas-batas tertentu. 3. - Mewujudkan sikap positif dalam pergaulan. - Membina hubungan baik sesama anggota masyarakat. - Mengekalkan warisan tradisi sesuatu kaum. - Membentuk individu yang bertingkah laku bersesuaian dengan norma masyakat. 4. Individu bersikap individualistik dengan bertindak mementingkan diri sendiri dan mengabaikan kepentingan orang lain. Unit 2 A 1. - Penaakulan Moral Saya akan berfikiran rasional dan memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik. - Emosi Moral Saya akan mengawal perasaan dan menenangkan diri terlebih dahulu. - Perlakuan Moral Saya akan mencari pemandu kereta tersebut atau meninggalkan nombor telefon saya pada kereta tersebut. 2. - Supaya tidak berlaku perselisihan faham antara dua pihak. - Supaya dapat membantu mangsa jika kawasan kemalangan tersebut sunyi dan tiada pemandu lain. B Revolusi Perindustrian 4.0 ialah satu revolusi baharu yang akan memberikan lebih banyak kemudahan kepada kehidupan manusia sekali gus meningkatkan produktiviti ekonomi, perkhidmatan dan sektor lain yang boleh diterjemahkan melalui teknologi pintar. Walau bagaimanapun, revolusi ini mempunyai cabarannya yang tersendiri dalam melahirkan generasi yang berkeperibadian mulia. - Revolusi baharu boleh menyebabkan perubahan budaya, amalan nilai dan corak hidup yang bercanggah dengan budaya ketimuran dan penghayatan agama atau kepercayaan. - Penghapusan batasan sempadan negara boleh mempengaruhi keperibadian remaja yang akan mudah terpengaruh dengan budaya luar yang negatif. - Laman sesawang negatif dan tidak bermoral lebih mudah dilayari yang akan mempengaruhi minda dan fizikal manusia - Kes pencerobohan alam siber oleh penjenayah siber akan berlaku dengan semakin dan berleluasa.
  • 2. Unit 3 A 1. i. Prinsip Keadilan - Penyeludupan dadah merupakan tindakan yang menyalahi undang- undang. - Tidak ada sesiapa yang boleh terlepas daripada tindakan undang-undang dan patut dikenakan dengan hukuman yang sewajarnya. ii. Prinsip Keprihatinan - Kita patut memahami perasaan seorang wanita yang menjadi mangsa kerana ditipu oleh individu yang tidak bertanggungjawab. - Pihak berkuasa sepatutnya prihatin dengan situasi wanita tersebut dan dapat memberikan pertimbangan yang sewajarnya. 2. - Jenayah akan semakin berleluasa dan masyarakat akan berasa bimbang dengan keselamatan mereka. - Semakin ramai wanita yang akan menjadi mangsa individu yang tidak bertanggungjawab - Ketenteraman awam terjejas. 3. Bertanggungjawab – Setiap individu bertanggungjawab terhadap tindakannya supaya tidak terlibat atau bersubahat dengan jenayah. Rasional – Berfikiran dengan rasional ketika menerima tawaran yang besar supaya tidak mudah tertipu. Kesederhanaan - Tidak keterlaluan dalam membuat keputusan supaya kepentingan diri dan keluarga dapat dijaga. 4. - Sentiasa berhati-hati apabila berurusan dengan individu yang tidak dikenali. - Berbincang dengan anggota keluarga sebelum membuat apa-apa keputusan - Sentiasa peka dengan kumpulan yang cuba menipu orang ramai. B Tidak Wajar - Pihak penganjur patut menyiasat perkara sebenar sebelum menjatuhkan hukuman kepada murid tersebut. - Penganjur patut mengambil kira sumbangan murid tersebut sebelum menjatuhkan hukuman. Wajar - Anggota pengakap perlu sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan. - Jika murid tersebut dibebaskan, anggota pengakap lain akan cuba melanggar peraturan. - Memastikan aktiviti yang telah ditetapkan berjalan lancar. Unit 4 A 1. - Mengumpulkan bukti, terutamanya transaksi yang berlaku. - Memaklumkan perkara yang berlaku dan berbincang dengan anggota keluarga terdekat. - Membuat laporan polis. - Memaklumkan kepada pihak bank agar menghentikan sebarang transaksi akaun lain yang melibatkan aktiviti penipuan tersebut.
  • 3. - Memohon mendapatkan perkhidmatan psikiatri jika menghadapi kemurungan kerana menjadi mangsa penipuan. 2. - Ancaman keselamatan terhadap diri, keluarga dan harta benda. - Menghilangkan keyakinan diri dan menyebabkan kemurungan. - Berlakunya kebocoran maklumat diri dan terdedah pada manipulasi maklumat. 3. - Sentiasa memikirkan kesan baik dan kesan buruk bagi setiap tindakan yang diambil ketika menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi. - Menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi dengan mematuhi peraturan dan undang-undang. - Menggunakan kebebasan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dengan batasan tertentu. - Tidak keterlaluan dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Unit 5 A 1. - Menyalahgunakan penggunaan kad pengenalan orang lain. - Membocorkan soalan peperiksaan awam. - Pemalsuan tandatangan dalam mana-mana dokumen rasmi. - Membocorkan rahsia negara kepada negara asing. 2. - Penyalahgunaan kuasa akan berlaku. - Negara menjadi huru-hara. - Perselisihan faham antara rakyat akan berlaku. - Gejala sosial akan berleluasa. - Rakyat bebas untuk membuat kesalahan. 3. - Memberikan didikan nilai murni melalui amalan agama atau kepercayaan untuk mengelakkan perbuatan tidak berintegriti. - Seseorang individu akan takut untuk melakukan perbuatan tidak berintegriti jika mempunyai pegangan agama yang kuat. B - Menjatuhkan maruah diri - perbuatan tidak berintegriti boleh menyebabkan seseorang individu ditangkap dan dihukum atas kesalahan yang dilakukan. - Menjejaskan keharmonian negara - perbuatan tidak berintegriti seperti amalan rasuah boleh menjejaskan keamanan negara. - Merenggangkan hubungan antara anggota keluarga - anggota keluarga tidak akan mempercayai dan tidak mempunyai keyakinan terhadap individu yang tidak berintegriti. - Melahirkan individu yang bersikap individualistik - lebih ramai individu akan melakukan perbuatan tidak berintegriti dan mementingkan diri sendiri. Unit 6 A 1. - Ibu bapa menjaga dan menyediakan segala keperluan kepada anak-anak.
  • 4. - Ibu bapa menjaga kesihatan, keselamatan dan kebajikan anak-anak. - Anak-anak disayangi dan dididik dengan sempurna sehingga menjadi orang yang berguna kepada keluarga dan masyarakat. - Anak-anak melaksanakan tanggungjawab terhadap ibu bapa yang sudah tua. - Anak-anak menjaga keperluan harian ibu bapa seperti makanan, tempat tinggal dan kesihatan. - Ibu bapa sentiasa dihormati dan disayangi. 2. - Keluarga menjadi tidak harmoni. - Anggota keluarga saling bermusuhan. - Kebajikan anggota keluarga terabai. - Melahirkan anggota keluarga yang tidak bertanggungjawab. 3. - Anak dididik dengan nilai murni sejak kecil. - Sikap bertanggungjawab terhadap keluarga sentiasa dipupuk untuk memastikan mereka melaksanakan kewajipan yang diamanahkan. - Menghargai sumbangan warga tua dalam memelihara kesejahteraan dan keharmonian keluarga. B Desakan Hidup Boleh Menyebabkan Integriti Keluarga Tergadai. - Ibu bapa sibuk dengan pekerjaan hingga mengabaikan anak-anak yang sedang membesar tanpa bimbingan ibu bapa. - Ibu bapa melakukan dua pekerjaan serentak sehingga keperluan anak-anak terabai dan kurang mendapat kasih sayang yang boleh menyebabkan hubungan antara anggota keluarga menjadi renggang. - Anak-anak dipaksa untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran semata-mata dan tidak berpeluang untuk beriadah. - Pengaruh media sosial menambahkan jurang komunikasi antara anggota keluarga. - Ibu bapa yang gagal mengawal perasaan melepaskan tekanan terhadap anak-anak. Unit 7 A 1. Sifat wajar bagi manusia untuk membantu dan mengamalkan sikap tolong-menolong, terutamanya kepada mereka yang ditimpa musibah. 2. - Kebajikan mereka yang dilanda musibah akan terabai. - Kehidupan mangsa yang mendapat musibah semakin susah. 3. Golongan yang susah atau ditimpa musibah akan mendapat pembelaan yang sewajarnya. Mereka tidak akan keseorangan ketika menghadapi kesukaran dengan adanya masyarakat yang prihatin. Tindakan ini akan melahirkan masyarakat yang saling menyayangi dan hidup menjadi sejahtera. 4. - Kepercayaan kepada Tuhan bahawa setiap perbuatan baik akan mendapat ganjaran yang baik juga. - Baik hati dengan membantu sesiapa sahaja yang berada dalam kesusahan dan yang memerlukan bantuan. - Kasih sayang, iaitu mengasihi orang lain dengan menunjukkan rasa simpati dan bertindak membantu mereka yang berada dalam kesusahan.
  • 5. Unit 8 A 1. - Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, kita harus mencontohi Datin Paduka (Dr.) Mother Mangalam dengan membantu individu yang tidak berkemampuan. - Kita perlu sentiasa bersedia untuk membantu golongan yang berkeperluan. - Kita perlu sentiasa berkasih sayang dengan semua orang tanpa mengira kaum, agama, budaya dan bahasa. 2. Nilai kasih sayang dan nilai baik hati. Sebagai warganegara, beliau menjaga kebajikan kanak-kanak berkeperluan dan melindungi hak anak-anak yatim tanpa mengira kaum. 3. - Memberikan sumbangan wang atau perkhidmatan kepada rumah kebajikan. - Menjaga alam sekitar. - Tidak bersangka buruk dengan mana-mana kaum demi keamanan negara. B. Tidak wajar menerima tawaran tersebut walaupun boleh menguntungkan saya. Hal ini kerana saya tidak boleh mengabaikan tanggungjawab sebagai warganegara dalam memilih pemimpin negara. Saya mempunyai hak sebagai warganegara dalam negara demokrasi untuk memilih pemimpin negara. Selain itu, saya tidak boleh mementingkan diri sendiri semata-mata untuk keuntungan peribadi. Unit 9 1. - Keharmonian dalam kalangan anggota masyarakat akan terjaga. - Ekonomi negara akan stabil dan negara dapat membangun dalam pelbagai bidang. - Ekonomi negara bertambah kukuh. - Rakyat dapat menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan. 2. - Menjalinkan persahabatan dengan rakan pelbagai kaum. - Menghormati amalan hidup kaum lain. - Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. - Membantu mangsa yang ditimpa musibah tanpa mengira kaum. - Tidak mudah mempercayai isu sensitif yang disebarkan melalui media sosial. 3. - Menularkan isu perkauman dalam media sosial yang boleh mewujudkan sikap prejudis. - Tidak menghormati agama dan budaya kaum lain. - Kurang bergaul dengan anggota masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. iv. Tidak mempunyai sikap bertolak ansur. 4. - Rakyat akan saling bermusuhan. - Pembangunan negara akan terbantut. - Ketenteraman awam akan terjejas. - Pelaburan asing akan berkurang. B. Wajar - Aktiviti yang dilaksanakan akan disertai oleh murid pelbagai kaum dapat mewujudkan komunikasi yang baik dalam kalangan murid.
  • 6. - Bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu aktiviti akan mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat. - Murid akan lebih menghormati apabila dapat mengenali budaya dan amalan kaum lain. Unit 10 A 1. - Tidak menguruskan perbelanjaan mengikut keutamaan. - Membuat pembelian tanpa perancangan yang teliti. - Tabiat berbelanja menggunakan kad kredit tanpa batasan. - Sikap mementingkan gaya dan status tanpa mengambil kira kemampuan kewangan yang dimiliki. 2. - Mempelajari ilmu menguruskan perbelanjaan yang beretika. - Pendidikan kewangan didedahkan sejak peringkat awal. - Menekankan kesedaran dalam membuat pembelian mengikut keperluan berbanding kehendak. 3. - Mengamalkan nilai kesederhanaan perbelanjaan dan tidak boros. - Sentiasa memikirkan kesan setiap wang yang dibelanjakan. 4. - Membuat anggaran perbelanjaan mengikut kewangan yang dimiliki. - Menyediakan senarai barangan dan perkhidmatan yang diperlukan. - Membeli barangan secara tunai dan mengelak daripada menggunakan kad kredit. - Tidak mudah terpengaruh dengan iklan jualan murah. - Membuat dokumentasi untuk setiap perbelanjaan. 5. Kesan jangka pendek – berdepan masalah kewangan dan menanggung beban hutang yang tinggi. Kesan jangka panjang – nama disenaraihitamkan dan mengalami kesukaran untuk membuat pinjaman pada masa akan datang. Negara juga akan menanggung beban hutang pengguna yang tinggi. UNIT 11 A 1. - Aktiviti tradisi sesuatu kaum dapat diraikan bersama-sama tanpa mengira kaum dan agama. - Dapat mempelajari keunikan adat dan tradisi kaum lain. 2. Boleh. - Jika semua rakyat dapat bekerjasama dan bersatu padu untuk mewujudkan persefahaman antara kaum. - Tidak ada diskriminasi antara kaum dan tidak memandang rendah pada mana-mana kaum lain. - Dapat mewujudkan satu bangsa yang bersatu tanpa mengabaikan keunikan tersebut. 3. - Setiap kaum bebas menyambut perayaan masing-masing dan diraikan bersama-sama dengan kaum lain.
  • 7. - Kepelbagaian keunikan perayaan dapat menarik perhatian pelancong asing yang boleh menjadi kebanggaan negara. 4. - Merancang dan mengadakan program yang melibatkan pelbagai kaum yang dapat menonjolkan keunikan kaum masing-masing. - Memberikan galakan kepada rakan untuk mengekalkan keunikan kaum masing- masing. B. - Dapat membantu mengekalkan keunikan setiap kaum melalui sambutan perayaan pelbagai kaum. - Mengelakkan perselisihan faham antara kaum kerana semua kaum dilayan sama rata melalui pemberian cuti umum bersempena dengan perayaan. - Menggalakkan sesuatu kaum mengenal, menyertai dan menghormati adat dan tradisi kaum lain. - Menyatupadukan rakyat tanpa mengira kaum, bangsa, budaya dan bahasa. Unit 12 A 1. - Aktiviti penyeludupan boleh melumpuhkan ekonomi negara dan mengancam keselamatan negara. - Pencerobohan perairan menyebabkan sumber negara dicuri oleh warga asing dan menggalakkan aktiviti lanun dan pengganas. - Ancaman pengganas asing menyebabkan pelaburan asing berkurangan dan sektor pelancongan terjejas. - Peluang pekerjaan untuk rakyat akan diambil oleh warga asing dan kemudahan awam terpaksa dikongsi dengan warga asing. 2. - Supaya masyarakat tidak bimbang akan keselamatan diri, keluarga, masyarakat dan negara. - Pelancong asing akan berkurangan sehingga menjejaskan industri pelancongan. - Pelabur asing berasa bimbang untuk membuat pelaburan. - Negara akan dipandang rendah pada peringkat antarabangsa. - Peluang pekerjaan rakyat tempatan akan terjejas. 3. i. Hormat Menghargai sumbangan dan bantuan yang diterima dengan menghormati undang-undang yang ditetapkan. ii. Patriotisme Setia akan negara tanpa melibatkan diri dalam aktiviti yang boleh mengancam keselamatan negara. iii. Kerjasama Saling bekerjasama dalam membanteras ancaman dari dalam dan luar negara. iv. Tanggungjawab Melaksanakan kewajipan sebagai anggota masyarakat yang mencintai keamanan negara. B. Pelarian ialah individu yang lari dari negara asal ke negara lain akibat pergolakan politik dan desakan hidup. Penaakulan Moral - Individu perlu mempunyai pertimbangan moral supaya pelarian diberi perlindungan
  • 8. agar dapat meringankan beban mereka dengan menyediakan keperluan asas. Emosi moral - Prihatin terhadap keadaan dan keperluan pelarian. - Menunjukkan perasaan kasihan terhadap pelarian yang terpaksa berpisah dengan anggota keluarga. Perlakuan Moral - Menyumbangkan khidmat tenaga, bantuan kewangan atau kebendaan kepada pelarian. - Memberikan khidmat kepakaran kepada agensi yang membantu pelarian.