2. TUGASAN
Anda diminta mengambil apa juga gambar yang menunjukkan kesan
negatif kepada alam sekitar. Muat naik gambar-gambar tersebut. Gambar-
gambar hendaklah gambar yang anda ambil sendiri.
3. PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Walaupun tong sampah sudah disediakan, namun
masih terdapat segelintir individu yang tidak
memasukkan sampah dengan betul ke dalam tong
sampah. Ini menyebabkan pencemaran tanah
berlaku dan boleh mengundang pencemaran bau.
4. PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Asap yang dilepaskan oleh kenderaan di jalan raya akan
menyebabkan pencemaran udara. Kualiti udara yang
tidak sihat akan mendatangkan pelbagai penyakit kepada
manusia. Pelepasan gas karbon monoksida di udara
juga bahaya kepada manusia dan alam sekitar.
5. PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Terdapat sampah sarap yang bertakung di dalam
parit. Jika keadaan ini dibiarkan, parit ini akan
tersumbat dan menyebabkan pencemaran air dan
bau.
6. PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Warna air ini keruh dan tidak jernih
kerana dipenuhi keladak yang
bertakung di dalamnya. Walaupun
tiada sampah sarap yang dapat
dilihat tetapi banyak daun kering
yang terkumpul. Jika tidak diurus
dengan sistem saliran dan
perparitan yang baik, kawasan ini
akan menyebabkan pencemaran
air dan bau.