Kaedah kawalan perosak secara organik boleh mengurangkan risiko bahaya kepada manusia, haiwan darat dan aquatik serta mengelakkan masalah kerintangan kepada perosak.
1. Kawalan Perosak Tanaman
Secara Organik
(Bio Pest Repellant)
Bahagian Pembangunan Industri Tanaman
Kompleks Pertanian Pulau Gadong
MELAKA
2. Apa itu BIOPEST REPELLANT??
Biopest repellant adalah beberapa formulasi
atau kaedah yang dirumuskan secara organik
bagi tujuan mengawal dan mencegah serangan
perosak dan penyakit pada tanaman
3. Menghalang serangga dan penyakit
Bertindak membentuk lapisan
pelindung dengan mencemarkan
makanan serangga
Melemaskan dan menimbulkan
ketidakselesaan kpd serangga perosak
Fungsi BIOPEST REPELLANT??
4. Ciri-ciri Bahan yg digunakan…
Mempunyai rasa yang pahit
Mempunyai bau/aroma
Mempunyai getah
6. FORMULASI 1
Bahan-bahan
1) 1 kg bawang putih
2) 1 kg cili padi
3) 1 ketul sabun cap kapak
4) 10 liter air
Cara Penyediaan
Kisarkan bawang putih dan cili padi, kemudian tapis airnya. Hiris nipis-nipis sabun cap kapak dan rebus
hingga hancur dan menjadi buih. Kemudian campur semua bahan tersebut kedalam air 10 liter.
Cara Penggunaan
400ml campuran formulasi dicampurkan dengan 20 liter air dan disembur kepada tanaman
Untuk kawalan kutu thrip/aphid/hamama/lalat putih
7. FORMULASI 2
Bahan-bahan
1) 30g daun neem
2) 20g daun limau purut
3) 20g cili padi
4) 50ml Sabun
5) 10 liter air
Cara Penyediaan
Kisarkan daun neem, daun limau purut dan cili padi, kemudian tapis airnya. Ambil 50ml air sabun yg
telah direbus. Kemudian campur semua bahan tersebut kedalam air 10 liter.
Cara Penggunaan
Boleh terus digunakan (sembur terus ke tanaman)
Untuk kawalan kutu thrip/aphid/hamama
8. FORMULASI 3
Bahan-bahan
1) 30g daun durian belanda
2) 20g daun limau purut
3) 20g halia
4) 20g bawang putih
5) 20ml minyak tanah
6) 10ml sabun
Cara Penyediaan
Kisarkan daun durian belanda, daun limau purut, halia & bwg putih, kemudian tapis airnya. Ambil 10ml
air sabun yg telah direbus. Kemudian campur semua bahan tersebut bersama minyak tanah.
Cara Penggunaan
5-10ml campuran formulasi dicampur dengan 1liter air dan
Disembur kepada tanaman
Untuk kawalan penyakit berkaitan kulat & bakteria
9. FORMULASI 4
Bahan-bahan
1) 100g halia
2) 10liter air
Cara Penyediaan
Kisarkan halia hingga halus, kemudian tapis airnya.
Ambil air halia tersebut dan dicampurkan
kedalam 10liter air.
Cara Penggunaan
Boleh terus digunakan (sembur terus ke tanaman)
Untuk kawalan kutu thrip
10. Penyimpanan
Perlu simpan di tempat gelap dan bersuhu bilik
Jangan simpan terlalu lama kerana keberkesanan akan berkurangan
Aplikasi
• Aplikasi untuk bio pest repellant ini digalakkan secara bergilir-gilir.
• Contoh : minggu 1 menggunakan formulasi 1
minggu 2 menggunakan formulasi 2 dan seterusnya..
• Aplikasi bergilir dapat mengelakkan serangga perosak cepat immune
11. KESIMPULAN
Kecekapan penggunaan biopest repellant ini
bergantung kepada jenis bahan yang digunakan
dan kaedah mengaplikasikannya kerana kedua-
dua perkara ini memainkan peranan penting bagi
memastikan keberkesanan biopest terhadap
serangan serangga perosak.