SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
SEJARAH PERKEMBANGAN PTV
1.0 Pengenalan
Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad telah
meletakkan matlamat negara untuk mencapai taraf sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020.
Perkara ini telah diwar-warkan oleh beliau dalam salah satu daripada kertas kerjanya yang bertajuk
"Malaysia: Melangkah Ke Hadapan (Wawasan 2020)" yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat
Pertama Majlis Perniagaan Malaysia pada tahun 1991 yang lalu. Wawasan tersebut secara tidak
langsung telah meletakkan sasaran negara untuk menjadikan perindustrian sebagai teras kepada
pembangunan negara.
Berdasarkan kenyataan di atas, dapatlah kita lihat betapa pentingnya keperluan sumber
manusia di mana ia dengan sendirinya merupakan cabaran yang besar kepada latihan teknik dan
vokasional. Ini adalah selari dengan pandangan Siti dan Nor Azizah (1995) iaitu "Pendidikan
vokasional semakin penting dalam era pembangunan ekonomi dan sosial negara. Di mana-mana
negara yang sedang pesat membangun keperluan tenaga profesional dan separa profesional amat
diperlukan bagi menentukan kesinambungan pembangunan negara. Mereka adalah teras
pembangunan."
Perbincangan akan tertumpu kepada aspek sejarah perkembangan Pendidikan Teknik dan
Vokasionak (PTV) dari peringkat awal sebelum kedatanga Iggeris, semasa penjajahan Inggeris
antara tahun 1400an hingga awal 1940an dan selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekan 1957
melalui beberapa Laporan Pelajaran.
2.0 Latar Belakang PTV Secara Global
Perkembangan PTV bermula daripada revolusi perindustrian Perancis pada awal tahun
1800-an. Seterusnya ia berkembang ke seluruh dunia daripada negara – negara Eropah dan terus
ke negara – negara Timur yang dibawa oleh penjajah. Di negara – negara maju seperti Perancis
dan Jerman, ia lebih mengutamakan kelayakan kemahiran dan mendapat tempat dalam pasaran
pekerjaan. Menyedari hakikat ini dan selaras dengan usaha untuk menambah penawaran tenaga
kerja berkemahiran tinggi, dan berpengetahuan untuk menyokong pembangunan ekonomi
berasaskan pengetahuan, kelayakan kemahiran perlu disediakan sehingga tahap yanh tertinggi di
dalam sesuatu bidang pekerjaan.
Perkembangan PTV di Malaysia tidak terhad kepada peranan Kementerian Pelajaran
sahaja. Penggubalan dasar kurikulum turut di buat dan usaha untuk penambahbaikan dilaksanakan
oleh mereka di luar Kementerian Pelajaran. Sebagai contoh Majlis Latihan Vokasional Kebangssan
(MLVK) di bawah Kementerian Sumber Manusia bertanggungjawab mengendalikan program –
program kemahiran sehingga ke hari ini.
3.0 Sejarah Perkembangan PTV Sebelum Penjajahan Inggeris
Sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu, sistem pendidikan masyarakat Melayu
adalah terhad kepada membaca kitab suci al Quran, mempelajari dengan imam di surau, dan juga
ulama di pondok-pondok kepunyaan mereka sebagai kelas-kelas pembelajaran. Aktiviti-aktiviti
pelajaran terhad kepada megenal abjad-abjad Arab, mengingat dan menghafaz doa selain dari
mendalami prinsip-prinsip Islam. Pada zaman itu juga masyarakat melayu tidak begitu kompleks,
mereka bekerja sebagai petani dan nelayan. Mereka juga tidak menghadapi masalah mencari
nafkah memandangkan di tempat tinggal mereka terdapat tanah yang subur dan lautnya dipenuhi
dengan ikan.
Kestabilan pemerintahan mewujudkan suasana kehidupan selesa tanpa cabaran
menyebabkan orang melayu tidak perlu menguasai kemahiran yang spesifik. Apa yang diperlukan
hanyalah kemahiran menghafaz doa supaya mereka dapat meyesuaikan diri di kalangan
masyarakat Islam. Sistem pendidikan yang berasaskan Islam berkembang pesat dengan
pembinaan banyak sekolh – sekolah pondok di merata tempat di kampung Melayu. Sistem
pendidikan pondok seperti ini diteruskan ke kurun 19. Kedatangan penjajah British telah mengubah
pendidikan pondok ke sistem pendidikan vernakular Melayu.
4.0 Sejarah Perkembangan PTV Semasa Penjajahan Inggeris
Sistem Pendidikan tradisi orang Melayu berubah setelah kedatangan Inggeris pada
pertengahan kurun ke 19. Penjajah telah memperkenalkan sistem Pendidikan Vernkular Melayu
pada tahun 1786 hingga 1941 bersama-sama pembentukan Pendidikan vernakular Cina dan India.
A.M. Skinner, Pemangku Majistret Prai, telah mendirikan sekolah vernacular Melayu dengan dasar
untuk memberikan pendidikan tanpa meninggalkan pelajaran Agama Islam. Hasil rombakan dasar
tersebut , pada tahun 1913, sebanyak 189 buah sekolah tersebut telah didirikan di seluruh Negeri
Selat dan di Negeri-negeri Bersekutu. Pada tahun 1938 terdapat sejumlah 1169 buah sekolah
vernakular Melayu didirikan di Tanah Melayu.
4.1 Mata Pelajaran PTV dalam Sekolah Vernakular Melayu
Mata pelajaran yang diajarkan di sekolah vernakular Melayu berubah dari semasa ke
semasa, menawarkan matapelajaran kemahiran membaca, mengarang, mengeja dan menulis,
latihan jasmani dan ilmu alam. Mulai dari awal kurun ke 20 matapelajaran perkebunan dan anyaman
ditambah dalam kurikulumnya. Perubahan dari 3M kepada anyaman dan perkebunan adalah
mengikut cadangan Laporan Winstedt 1917. Namun, terhad sehingga ke darjah 4 sahaja. Hanya
golongan kecil sahaja yang berjaya memasuki Maktab Perguruan atau Malay Special Class di mana
mereka boleh melanjutkan pelajaran ke sekolah Inggeris.
Sebelum Laporan Winstedt, pada 6 Februari 1816, Rev. R.S.Hutchings telah membuka
Peneng Free School di mana PTV turut ditawarkan. Tujuan kurikulum Hutchings adalah untuk
memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari tentang pekerjaan yang berguna seperti tukang
kayu, tukang besi, tukang kasut, tukang jahit, penjilidan buku dan sebagainya.
4.2 Institusi-institusi Pendidikan Lain
Sebagai mana yang telah dibincangkan, sebelum perang dunia ke dua, sistem sekolah
vernakular Melayu dan Tamil hanya setakat peringkat sekolah rendah sahaja. Namun pembelajaran
berkaitan PTV boleh dilanjutkan di Maktab Perguruan, Kolej Pertanian,Sekolah Vokasional, Kolej
Perubatan dan Sekolah Teknik dengan syarat lulus peperiksaan Sijil Cambridge seberang laut mula
diperkenalkan pada tahun 1891.
4.3. Pendidikan Teknik dan Vokasional
Penubuhan sekolah teknik bermula pada tahun 1905. Sekolah Teknik pertama ialah
Sekolah Teknik Treacher yang dikelolakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), negeri – negeri Melayu
Bersekutu. Tujuan penubuhan Sekolah Teknik ini adalah untuk melahirkan pembantu – pembantu
juruteknik di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keretapi Tanah Melayu dan Jabatan Ukur. Antara mata
pelajaran yang diajar ialah Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan mekanikal serta iIlmu ukur.
Komunikasi elektrik dan ilmu ukur diajar menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Pada tahun 1914, telah berlaku perang Dunia Kedua menyebabkan semua jabatan – jabatan
tersebut telah ditutup termasuk juga sekolah teknik. Pada tahun 1918, Sekolah teknik telah dibuka
semula dan telah diambil alih oleh Jabatan Pelajaran pada tahun 1931. Sekolah Teknik ini telah
menerima pelajar – pelajar dari agensi swasta pada tahun 1933.
Jumlah Kemasukan Di Sekolah Teknik
Secara ringkasnya dapat dirumuskan bahawa penubuhan sekolah teknik ini hanya terhad
kepada sebilangan kecil penuntut yang berpendidikan Inggeris demi melahirkan pegawai-pegawai
Tahun Jumlah Kemasukan Bilangan Penuntut Melayu
1905 77 44
1936 78 42
1937 83 33
1938 154 57
rendah teknik untuk memenuhi keperluan jabatan awam dan swasta. Sementara penubuhan
Sekolah Pertukangan bagi murid Melayu bertujuan untuk mengeluarkan pekerja peringkat bawahan.
4.4. Sekolah Pertukangan
Pada tahun 1918, jawatankuasa mengenai Pelajaran Teknik dan Perindustrian di Negeri-
negeri Melayu bersekutu mencadangkan supaya didirikan sebuah sekolah pertukangan dengan
bahasa pengantar bahasa Melayu. Tujuannya untuk menjadikan pelajar melayu sebagai ’
mechanics dan fitter’ di Jabatan Keretapi dan juga guru tukang Kayu di sekolah Venikular Melayu.
Sekolah Pertukangan atau Trade School bermula pada tahun 1926. Dengan tertubuhnya 4 buah
sekolah utama di Kuala Lumpur. Guru terdiri dari orang Eropah yang ditadbir oleh seorang pengetua
di bawah kelolaan Jabatan Pelajaran. Ini bertujuan untuk melahirkan mekanik – mekanik terlatih
untuk memenuhi keperluan di Jabatan Keretapi dan di sekolah – sekolah untuk mata pelajaran
pertukangan. Jangkamasa latihan ialah 3 tahun. Latar belakang murid kebanyakannya merupakan
pelajar yang gagal untuk meneruskan pelajaran ke sekolah menengah. 3 mata pelajaran menjadi
teras iaitu seni perusahaan, Sains Pertanian dan Sains Rumahtangga
4.5. Sekolah Pertanian
Serentak dengan penubuhan sekolah pertukangan, sekolah pertanian dibina di Serdang
dalam tahun 1931. Sekolah pertanian ini dikelolakan oleh Jabatan Pertanian Negeri-negeri Melayu
Bersekutu dan Negeri-negeri Selat bertujuan untuk melatih pelajar sebagai Pegawai Rendah
Pertaniah Jabatan Pertanian. Pada tahun 1941, sebuah Maktab Teknik dibina dan selepas perang
dunia kedua, sebuah Maktab Pertanian pula dibina.
5.0. Sejarah Perkembangan PTV Selepas Merdeka
Selepas negara mencapai kemerdekaan kerajaan telah merangka beberapa rancangan untuk
meningkatkan taraf sosial dan ekonomi masyarakat yang kekurangan kemahiran dalam bidang
kejuruteraan, pertanian dan perdagangan bagi melaksanakan projek pembangunan. Sebagai
strategi jangka panjang, pihak kerajaan terpaksa meminjam pakar-pakar daripada luar negara.
Mereka dibayar untuk memberi latihan teknikal kepada rakyat. Laporan Razak 1956, telah
mencadangkan pendidikan teknik dikelolakan pada tiga peringkat iaitu :
a. Maktab Teknik
b. Sekolah Teknik dan
c. Sekolah-sekolah Pertukangan
Tujuan adalah untuk melahirkan pakar-pakar teknik, tenaga mahir dan separuh mahir melalui
sistem pendidikan formal di bawah pengurusan Kementerian Pendidikan. Diantara tahun 1957
hingga 1965, perkembangan Pelajaran Teknik dan Vokasional tidak begitu menonjol di
Semenanjung Tanah Melayu. Hanya 3 buah Junior Trade School, sebuah technical Institute dan
sebuah Maktab Teknik di Cheras, 13 buah ’Rural Trade School’ serta beberapa buah sekolah
lanjutan dan sekolah-sekolah tukang yang bertempat di sekolah-sekolah menengah yang sedia asal
dibangunkan. Mata pelajaran yang ditawarkan ialah ketukangan besi, kimpalan membaik pulih
kenderaan, tukang kayu dan penurap bata.
5.1. Sekolah Lanjutan
Sekolah Pertukangan telah dibubarkan pada tahun 1960 apabila sistem pendidikan baru
iaitu sekolah Pelajaran Lanjutan diperkenalkan. Tujuannya adalah untuk menyediakan tempat bagi
pelajar yang gagal peperiksaan. Sekolah Lanjutan ini memberi peluang kepada murid-murid
menyambungkan pelajaran selama 3 tahun lagi dengan memberatkan pelajaran perusahaan,
khasnya untuk murid-murid yang tidak lulus masuk ke sekolah-sekolah menengah.
Sekolah Lanjutan dikatakan kurang berjaya disebabkan kekurangan kelengkapan bengkel.
Akibatnya satu langkah penyesuaian telah dibuat dengan merombak sistem pelajaran Sekolah
Lanjutan kepada sistem komprehensif menjelang tahun 1965. Bahagian Tekik dan Vokasional
cawangan khas bagi PTV telah dibentuk pada 1964 dibawah Kementerian Pelajaran untuk
menguruskan sistem Pelajaran Teknik dan Vokasional di Semenanjung Malaysia.
5.2. Sistem Pelajaran Aneka Jurusan (Komprehensif)
Pada 1965, Bahagian Teknik dan Vokasional telah mengubah suai sistem Pelajaran Teknik
dan Vokasional di peringkat Sekolah Menengah Rendah yang terkenal sebagai Sistem
Komprehensif. Dibawah sistem baru ini, empat mata pelajaran vokasional telah diperkenalkan
kepada tingkatan 1 hingga tingkatan 3 yang dianggap sebagai matapelajaran elektif iaitu Seni
Perusahaan, Sains pertanian, Perdagangan dan Sains Rumah Tangga. Peralihan ke sistem
pelajaran aneka jurusan telah memansuhkan Sekolah Pertukangan Kampung.
5.3. Perkembangan Sekolah Menengah Vokasional
Pada tahun 1968, wujud nama Sekolah Menengah Vokasional. Tujuannya untuk memberi
latihan dan kemahiran kepada murid-murid bersesuaian dengan pekerjaan yang memerlukan
kemahiran di sektor perindustrian, perusahaan, pertanian dan sektor-sektor yang berkaitan. Empat
bidang kursus vokasional yag ditawarkan ialah Pertukangan, Perdagangan, Pertanian dan Sains
Rumah Tangga. Setelah 2 tahun mengikuti kursus di Sekolah Vokasional murid-murid akan
menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) yaang diakui setaraf dengan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada tahun 1969, seramai 1329 penuntut kumpulan pertama
daripada sekolah menengah vokasional telah menduduki SPVM.
Di antara 1969 – 1974 kerajaan telah menubuhkan sekolah jenis vokasional secara beransur
– ansur mengikut Rancangan Lima Tahun Dasar Ekonomi Baru di setiap negeri di seluruh negara.
Jumlah kesemuanya ialah 8 buah Sekolah Vokasional di mana 13 daripadanya ialah sekolah jenis
pertukangan. Dengan itu dapatlah diandaikan bahawa dasar dan tujuan kerajaan lebih cenderung
kepada sektor perindustrian dan pertanian.
Bidang mata pelajaran Vokasional yang ditawarkan adalah seperti berikut :
a) Kursus Pertukangan
i- Pemasangan Elektrik
ii- Radio, Televisyen dan Elektronik
iii- Mesin dan Geseran
iv- Kepingan logam dan kimpalan
v- Binaan bangunan dan pertukangan kayu
vi- Kaji sawat motor ( petrol dan disel )
vii- Penyejukan dan pendinginan
Pelajar yang mengikuti latihan dalam jurusan ini hanya dibenarkan memilih salah satu
daripada mata pelajaran yang disebutkan di atas.
b) Kursus Pertanian
Kursus ini memerlukan banyak masa untuk kerja luar iaitu di ladang – ladang. Mata
pelajaran yang dipelajari ialah:
i- Penghasilan Tanaman
ii- Hortikultur Hiasan
iii- Pengurusan Tanah
iv- Penghasilan Ternakan
v- Pengurusan Ladang
vi- Peralatan dan Mesin Ladang
c) Kursus Perdagangan
Tujuan kursus ini ialah untuk membina kemahiran pelajar dalam Type Writting,
Shorthand, Book – keeping dan Business Correspondence. Mata pelajaran trengkas
adalah untuk pelajar aliran Melayu. Antara matapelajarannya ialah:
i- Pitman Shorthand or Book – Keeping
ii- Commercial English
iii- Commercial Practice
iv- Type Writting
d) Kursus Sains Rumah Tangga
Tujuan kursus ini adalah persediaan mendapatkan pekerjaan di bidang berkaitan di
samping memberi pengetahuan kemahiran kepada pelajar. Kursus ini terbahagi kepada
dua iaitu:
Kursus A
i) Nutrition
ii) Cookery and cotage industry and catering
iii) House Craft
iv) Mother Craft and Child Craft
v) Element of Commerce
Kursus B
i) Needlework and Tailoring
ii) Beauty Cuture and Hair Dressing
iii) Laundry Work
iv) Element of Commerce
5.4. Perkembangan Sekolah Menengah Teknik
Sekolah Menengah Teknik mempunyai pertalian dengan Treacher Technical (1906) yang
ditubuhkan oleh pihak Kolonial dibawah Jabatan Pelajaran Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Treacher Technical Istitute kemudian dinaik taraf ke Techinical Institute pada 1956 selaras dengan
Laporan Razak dan akhirnya bertukar kepada Sekolah Menengah Teknik pada tahun1962. Tujuan
Sekolah Menengah Teknik bukan untuk memberi latihan kemahiran sebagai persediaan
mendapatkan pekerjaan tetapi adalah untuk memberi pelajaran am yang lebih cenderung kepada
aliran teknik sebagai asas murid-murid untuk melanjutkan pelajaran tinggi dibidang teknikal.
Tiga kursus utama yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik ialah Kejuruteraan Awam,
Kejuruteraan Mekanikal dan Pertanian. Kemudian ilmu Perdagangan diperkenalkan untuk
memberikan peluang kepada pelajar perempuan.
Dalam kursus mekanikal dan bangunan, murid diberi latihan amali di bengkel yang berkaitan
serta teori – teorinya. Keseluruhan mata pelajaran yang terdapat di tingkatan 4 adalah seperti
berikut :
a) Bahasa Malaysia
b) English Language
c) Additional Mathematics
d) Elementry Mathematics
e) Physics
f) Chemistry
g) Biology ( kursus pertanian)
h) Survey
i) Malaysian Studies ( Geography, Hstory, Civics)
j) Mechanical Workshop / Theory
k) Building Workshop / Theory
l) Technical Drawing
m) Agricultural Sciences
n) Commerce
o) Principles of Account
p) Agama Islam
Kesimpulan
Perkembangan PTV kini sangat pesat selaras dengan perubahan keperluan negara dalam
menjana ekonomi, khususnya dalam bidang perindustrian yang kini menjadi pencorak utama
ekonomi dunia. Lahirnya Institusi pengajian tinggi lanjutan daripada sekolah teknik dan vokasional
seperti Institut Perguruan Teknik, Politeknik, Universiti Teknologi Malaysia, UITM, Universiti Teknikal
Malaysia dan lain-lain banyak menyumbang melahirkan tenaga kerja mahir dan pakar-pakar yang
banyak menyumbang kepada ekonomi negara.
Proses pembangunan ekonomi sesebuah negara berkait rapat dengan pembangunan
sumber manusia yang mampu dilaksanakan oleh sesebuah negara. Memandangkan negara kita
sedang menumpukan pembangunan ekonomi yang berteraskan industri dan teknologi, maka
harapan yang tinggi diletakkan terhadap bidang pendidikan teknik dan vokasional. Keupayaan
sistem pendidikan teknik dan vokasional ini untuk dilaksanakan dengan jayanya akan menentukan
nasib masa depan wawasan negara bagi mencapai sebuah negara maju. Dalam usaha untuk
menyusun suatu kurikulum yang komprehensif bagi program latihan dan pendidikan bidang ini
maka, kerjasama yang erat perlu diwujudkan secara ikhlas serta konsisten di antara kerajaan dan
swasta. Ini adalah perlu bagi memastikan lulusan pendidikan teknik dan vokasional berupaya
mengikuti perubahan teknologi dan memenuhi keperluan pasaran kerja semasa. Oleh itu,
kerjasama semua pihak adalah diharapkan bagi merealisasikan cita – cita negara kita ke arah
menjadi sebuah negara yang setanding dengan negara – negara maju yang lain.
Rujukan
1. Ahmad Sipon, (2001) Ucaptama : Halatuju Dan Cabaran Pendidikan Vokasional di
Sekolah Menengah Akademik, Seminar Kebangsaan Pendidikan Asas Vokasional.
7-10 November. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kuala Lumpur.
2. Yahya Bin Emat. Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Malaysia. ( 2005). IBS Buku
Sdn. Bhd.
3. Ishak Yusuf; Rahmah Ismail (1997). Pendidikan Di Malaysia, Pembangunan sumber
Manusia Di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia.
4. Yahya Bin Emat. Cabaran Dan strategi Pendidikan Teknik Dan Vokasional Ke arah
Mencapai Wawasan 2020. Terbitan : Jurnal Pendidikan, Jilid 37 Keluaran 8 Jun
1993, Kementerian Pendidikan Malaysia.
5. Siti Maspiah Hassan; Nor azizah Saleh (1995). Pendidikan Vokasional, Formal Dan
Non Formal ke Arah Wawasan 2020. Kertas Kerja di Bentangkan dalam Seminar
Kebangsaan Pendidikan Negara abad ke-21 pada 9 November 1995. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
6. Shahril Marzuki (1993). Pendidikan Malaysia. Arah Dan cabaran: Cabaran-cabaran
dalam Pendidikan Teknik Dan Vokasional Bagi Memenuhi Permintaan Sumber
Tenaga Malaysia Untuk Mencapai Wawasan 2020, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
7. Pengenalan Kepada Pendidikan Teknik dan Vokasiona
Websites : http:// pengenalankepadaptv.blogspot.com
8. Bahagian Pendidikan Teknik dan vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Websites : http://bptv.edu.my/vo/

More Related Content

What's hot

Tutorial 3.2
Tutorial 3.2Tutorial 3.2
Tutorial 3.2firo HAR
 
Pengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan completePengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan completeAzman Hanafi
 
Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan
Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif PendidikanIsu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan
Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikanأمير الشفيق
 
Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru
Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guruKuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru
Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guruIeza Yunos
 
Tutorial 3.1
Tutorial 3.1Tutorial 3.1
Tutorial 3.1firo HAR
 
Tajuk 1 pkmbgn sistem pendidikan di malaysia
Tajuk 1  pkmbgn sistem pendidikan di malaysiaTajuk 1  pkmbgn sistem pendidikan di malaysia
Tajuk 1 pkmbgn sistem pendidikan di malaysiaRosliza Rethwan
 
Sejarah Malaysia-Perubahan Sistem Pendidikan
Sejarah Malaysia-Perubahan Sistem PendidikanSejarah Malaysia-Perubahan Sistem Pendidikan
Sejarah Malaysia-Perubahan Sistem PendidikanQaseh Nur Husna
 
Tutorial 1
Tutorial 1Tutorial 1
Tutorial 1firo HAR
 
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga disSistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga disIzwan Samsudin
 
Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaMegala Silva Raju
 
Presentation1 laporan rahman talib
Presentation1 laporan rahman talibPresentation1 laporan rahman talib
Presentation1 laporan rahman talibZahir Abu Bakar
 
M1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
M1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdekaM1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
M1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdekaVince Here
 
Dasar Pendidikan Negara Sebelum 1970
Dasar Pendidikan Negara Sebelum 1970Dasar Pendidikan Negara Sebelum 1970
Dasar Pendidikan Negara Sebelum 1970Hazman Azhar
 
Banding beza akta 1961 dan 1996
Banding beza akta 1961 dan 1996Banding beza akta 1961 dan 1996
Banding beza akta 1961 dan 1996Kyrah Shafii
 
Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
Perkembangan pendidikan sebelum merdekaPerkembangan pendidikan sebelum merdeka
Perkembangan pendidikan sebelum merdekaIPGKTI
 

What's hot (20)

Tutorial 3.2
Tutorial 3.2Tutorial 3.2
Tutorial 3.2
 
Pengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan completePengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan complete
 
Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan
Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif PendidikanIsu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan
Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan
 
Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru
Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guruKuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru
Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru
 
Tutorial 3.1
Tutorial 3.1Tutorial 3.1
Tutorial 3.1
 
Laporan fenn wu
Laporan fenn wuLaporan fenn wu
Laporan fenn wu
 
Tajuk 1 pkmbgn sistem pendidikan di malaysia
Tajuk 1  pkmbgn sistem pendidikan di malaysiaTajuk 1  pkmbgn sistem pendidikan di malaysia
Tajuk 1 pkmbgn sistem pendidikan di malaysia
 
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
 
Sejarah Malaysia-Perubahan Sistem Pendidikan
Sejarah Malaysia-Perubahan Sistem PendidikanSejarah Malaysia-Perubahan Sistem Pendidikan
Sejarah Malaysia-Perubahan Sistem Pendidikan
 
Tutorial 1
Tutorial 1Tutorial 1
Tutorial 1
 
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga disSistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
 
Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysia
 
Dasar pendidikan negara & pipp
Dasar pendidikan negara & pippDasar pendidikan negara & pipp
Dasar pendidikan negara & pipp
 
Presentation1 laporan rahman talib
Presentation1 laporan rahman talibPresentation1 laporan rahman talib
Presentation1 laporan rahman talib
 
M1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
M1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdekaM1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
M1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
 
Dasar Pendidikan Negara Sebelum 1970
Dasar Pendidikan Negara Sebelum 1970Dasar Pendidikan Negara Sebelum 1970
Dasar Pendidikan Negara Sebelum 1970
 
Banding beza akta 1961 dan 1996
Banding beza akta 1961 dan 1996Banding beza akta 1961 dan 1996
Banding beza akta 1961 dan 1996
 
Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
Perkembangan pendidikan sebelum merdekaPerkembangan pendidikan sebelum merdeka
Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
 
Soalan 1
Soalan 1Soalan 1
Soalan 1
 
Penyata razak 1956
Penyata razak 1956Penyata razak 1956
Penyata razak 1956
 

Similar to Sej per ptv

Pendidikan sebelum merdeka siap
Pendidikan sebelum merdeka siapPendidikan sebelum merdeka siap
Pendidikan sebelum merdeka siapAnderson Ganai
 
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysiasyedx
 
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan NegaraBab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan NegaraJessika Denis
 
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysiaKronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysiaJudee Kelantan
 
09 dasar pendidikan_kebangsaan
09 dasar pendidikan_kebangsaan09 dasar pendidikan_kebangsaan
09 dasar pendidikan_kebangsaanHazimah Hamid
 
Tajuk 1 : SEJARAH PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA (selepas merdeka)
Tajuk 1 : SEJARAH PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA (selepas merdeka)Tajuk 1 : SEJARAH PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA (selepas merdeka)
Tajuk 1 : SEJARAH PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA (selepas merdeka)Nur Syamimi Ahmad Othman
 
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptxBAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptxNurulHudaHusin
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)rabbaniridhwan
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Yayasan Negeri
 
Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSiti Rohayu Rohan
 
Falsafah asgmen
Falsafah asgmenFalsafah asgmen
Falsafah asgmenmohdpeja
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Yayasan Negeri
 
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahKurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahmmdlutfy
 
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahKurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahmmdlutfy
 
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERTLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERTJoyce Robert
 
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan MalaysiaLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan MalaysiaJoyce Robert
 
Kuliah 1 pengertian & sejarah ptv
Kuliah 1   pengertian  & sejarah ptvKuliah 1   pengertian  & sejarah ptv
Kuliah 1 pengertian & sejarah ptvBaiti Jannati
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIANurul Hidayu Abd Halim
 
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-osman1972
 
Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia
Perkembangan Sistem Pendidikan di MalaysiaPerkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia
Perkembangan Sistem Pendidikan di MalaysiaJarAbdulRahim
 

Similar to Sej per ptv (20)

Pendidikan sebelum merdeka siap
Pendidikan sebelum merdeka siapPendidikan sebelum merdeka siap
Pendidikan sebelum merdeka siap
 
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia
 
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan NegaraBab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
 
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysiaKronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
 
09 dasar pendidikan_kebangsaan
09 dasar pendidikan_kebangsaan09 dasar pendidikan_kebangsaan
09 dasar pendidikan_kebangsaan
 
Tajuk 1 : SEJARAH PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA (selepas merdeka)
Tajuk 1 : SEJARAH PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA (selepas merdeka)Tajuk 1 : SEJARAH PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA (selepas merdeka)
Tajuk 1 : SEJARAH PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA (selepas merdeka)
 
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptxBAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
 
Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysia
 
Falsafah asgmen
Falsafah asgmenFalsafah asgmen
Falsafah asgmen
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
 
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahKurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
 
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahKurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
 
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERTLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
 
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan MalaysiaLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
 
Kuliah 1 pengertian & sejarah ptv
Kuliah 1   pengertian  & sejarah ptvKuliah 1   pengertian  & sejarah ptv
Kuliah 1 pengertian & sejarah ptv
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
 
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
 
Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia
Perkembangan Sistem Pendidikan di MalaysiaPerkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia
Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia
 

Sej per ptv

  • 1. SEJARAH PERKEMBANGAN PTV 1.0 Pengenalan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad telah meletakkan matlamat negara untuk mencapai taraf sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020. Perkara ini telah diwar-warkan oleh beliau dalam salah satu daripada kertas kerjanya yang bertajuk "Malaysia: Melangkah Ke Hadapan (Wawasan 2020)" yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Pertama Majlis Perniagaan Malaysia pada tahun 1991 yang lalu. Wawasan tersebut secara tidak langsung telah meletakkan sasaran negara untuk menjadikan perindustrian sebagai teras kepada pembangunan negara. Berdasarkan kenyataan di atas, dapatlah kita lihat betapa pentingnya keperluan sumber manusia di mana ia dengan sendirinya merupakan cabaran yang besar kepada latihan teknik dan vokasional. Ini adalah selari dengan pandangan Siti dan Nor Azizah (1995) iaitu "Pendidikan vokasional semakin penting dalam era pembangunan ekonomi dan sosial negara. Di mana-mana negara yang sedang pesat membangun keperluan tenaga profesional dan separa profesional amat diperlukan bagi menentukan kesinambungan pembangunan negara. Mereka adalah teras pembangunan." Perbincangan akan tertumpu kepada aspek sejarah perkembangan Pendidikan Teknik dan Vokasionak (PTV) dari peringkat awal sebelum kedatanga Iggeris, semasa penjajahan Inggeris antara tahun 1400an hingga awal 1940an dan selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekan 1957 melalui beberapa Laporan Pelajaran. 2.0 Latar Belakang PTV Secara Global Perkembangan PTV bermula daripada revolusi perindustrian Perancis pada awal tahun 1800-an. Seterusnya ia berkembang ke seluruh dunia daripada negara – negara Eropah dan terus ke negara – negara Timur yang dibawa oleh penjajah. Di negara – negara maju seperti Perancis dan Jerman, ia lebih mengutamakan kelayakan kemahiran dan mendapat tempat dalam pasaran
  • 2. pekerjaan. Menyedari hakikat ini dan selaras dengan usaha untuk menambah penawaran tenaga kerja berkemahiran tinggi, dan berpengetahuan untuk menyokong pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan, kelayakan kemahiran perlu disediakan sehingga tahap yanh tertinggi di dalam sesuatu bidang pekerjaan. Perkembangan PTV di Malaysia tidak terhad kepada peranan Kementerian Pelajaran sahaja. Penggubalan dasar kurikulum turut di buat dan usaha untuk penambahbaikan dilaksanakan oleh mereka di luar Kementerian Pelajaran. Sebagai contoh Majlis Latihan Vokasional Kebangssan (MLVK) di bawah Kementerian Sumber Manusia bertanggungjawab mengendalikan program – program kemahiran sehingga ke hari ini. 3.0 Sejarah Perkembangan PTV Sebelum Penjajahan Inggeris Sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu, sistem pendidikan masyarakat Melayu adalah terhad kepada membaca kitab suci al Quran, mempelajari dengan imam di surau, dan juga ulama di pondok-pondok kepunyaan mereka sebagai kelas-kelas pembelajaran. Aktiviti-aktiviti pelajaran terhad kepada megenal abjad-abjad Arab, mengingat dan menghafaz doa selain dari mendalami prinsip-prinsip Islam. Pada zaman itu juga masyarakat melayu tidak begitu kompleks, mereka bekerja sebagai petani dan nelayan. Mereka juga tidak menghadapi masalah mencari nafkah memandangkan di tempat tinggal mereka terdapat tanah yang subur dan lautnya dipenuhi dengan ikan. Kestabilan pemerintahan mewujudkan suasana kehidupan selesa tanpa cabaran menyebabkan orang melayu tidak perlu menguasai kemahiran yang spesifik. Apa yang diperlukan hanyalah kemahiran menghafaz doa supaya mereka dapat meyesuaikan diri di kalangan masyarakat Islam. Sistem pendidikan yang berasaskan Islam berkembang pesat dengan pembinaan banyak sekolh – sekolah pondok di merata tempat di kampung Melayu. Sistem pendidikan pondok seperti ini diteruskan ke kurun 19. Kedatangan penjajah British telah mengubah pendidikan pondok ke sistem pendidikan vernakular Melayu.
  • 3. 4.0 Sejarah Perkembangan PTV Semasa Penjajahan Inggeris Sistem Pendidikan tradisi orang Melayu berubah setelah kedatangan Inggeris pada pertengahan kurun ke 19. Penjajah telah memperkenalkan sistem Pendidikan Vernkular Melayu pada tahun 1786 hingga 1941 bersama-sama pembentukan Pendidikan vernakular Cina dan India. A.M. Skinner, Pemangku Majistret Prai, telah mendirikan sekolah vernacular Melayu dengan dasar untuk memberikan pendidikan tanpa meninggalkan pelajaran Agama Islam. Hasil rombakan dasar tersebut , pada tahun 1913, sebanyak 189 buah sekolah tersebut telah didirikan di seluruh Negeri Selat dan di Negeri-negeri Bersekutu. Pada tahun 1938 terdapat sejumlah 1169 buah sekolah vernakular Melayu didirikan di Tanah Melayu. 4.1 Mata Pelajaran PTV dalam Sekolah Vernakular Melayu Mata pelajaran yang diajarkan di sekolah vernakular Melayu berubah dari semasa ke semasa, menawarkan matapelajaran kemahiran membaca, mengarang, mengeja dan menulis, latihan jasmani dan ilmu alam. Mulai dari awal kurun ke 20 matapelajaran perkebunan dan anyaman ditambah dalam kurikulumnya. Perubahan dari 3M kepada anyaman dan perkebunan adalah mengikut cadangan Laporan Winstedt 1917. Namun, terhad sehingga ke darjah 4 sahaja. Hanya golongan kecil sahaja yang berjaya memasuki Maktab Perguruan atau Malay Special Class di mana mereka boleh melanjutkan pelajaran ke sekolah Inggeris. Sebelum Laporan Winstedt, pada 6 Februari 1816, Rev. R.S.Hutchings telah membuka Peneng Free School di mana PTV turut ditawarkan. Tujuan kurikulum Hutchings adalah untuk memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari tentang pekerjaan yang berguna seperti tukang kayu, tukang besi, tukang kasut, tukang jahit, penjilidan buku dan sebagainya. 4.2 Institusi-institusi Pendidikan Lain Sebagai mana yang telah dibincangkan, sebelum perang dunia ke dua, sistem sekolah vernakular Melayu dan Tamil hanya setakat peringkat sekolah rendah sahaja. Namun pembelajaran berkaitan PTV boleh dilanjutkan di Maktab Perguruan, Kolej Pertanian,Sekolah Vokasional, Kolej Perubatan dan Sekolah Teknik dengan syarat lulus peperiksaan Sijil Cambridge seberang laut mula diperkenalkan pada tahun 1891.
  • 4. 4.3. Pendidikan Teknik dan Vokasional Penubuhan sekolah teknik bermula pada tahun 1905. Sekolah Teknik pertama ialah Sekolah Teknik Treacher yang dikelolakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), negeri – negeri Melayu Bersekutu. Tujuan penubuhan Sekolah Teknik ini adalah untuk melahirkan pembantu – pembantu juruteknik di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keretapi Tanah Melayu dan Jabatan Ukur. Antara mata pelajaran yang diajar ialah Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan mekanikal serta iIlmu ukur. Komunikasi elektrik dan ilmu ukur diajar menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Pada tahun 1914, telah berlaku perang Dunia Kedua menyebabkan semua jabatan – jabatan tersebut telah ditutup termasuk juga sekolah teknik. Pada tahun 1918, Sekolah teknik telah dibuka semula dan telah diambil alih oleh Jabatan Pelajaran pada tahun 1931. Sekolah Teknik ini telah menerima pelajar – pelajar dari agensi swasta pada tahun 1933. Jumlah Kemasukan Di Sekolah Teknik Secara ringkasnya dapat dirumuskan bahawa penubuhan sekolah teknik ini hanya terhad kepada sebilangan kecil penuntut yang berpendidikan Inggeris demi melahirkan pegawai-pegawai Tahun Jumlah Kemasukan Bilangan Penuntut Melayu 1905 77 44 1936 78 42 1937 83 33 1938 154 57
  • 5. rendah teknik untuk memenuhi keperluan jabatan awam dan swasta. Sementara penubuhan Sekolah Pertukangan bagi murid Melayu bertujuan untuk mengeluarkan pekerja peringkat bawahan. 4.4. Sekolah Pertukangan Pada tahun 1918, jawatankuasa mengenai Pelajaran Teknik dan Perindustrian di Negeri- negeri Melayu bersekutu mencadangkan supaya didirikan sebuah sekolah pertukangan dengan bahasa pengantar bahasa Melayu. Tujuannya untuk menjadikan pelajar melayu sebagai ’ mechanics dan fitter’ di Jabatan Keretapi dan juga guru tukang Kayu di sekolah Venikular Melayu. Sekolah Pertukangan atau Trade School bermula pada tahun 1926. Dengan tertubuhnya 4 buah sekolah utama di Kuala Lumpur. Guru terdiri dari orang Eropah yang ditadbir oleh seorang pengetua di bawah kelolaan Jabatan Pelajaran. Ini bertujuan untuk melahirkan mekanik – mekanik terlatih untuk memenuhi keperluan di Jabatan Keretapi dan di sekolah – sekolah untuk mata pelajaran pertukangan. Jangkamasa latihan ialah 3 tahun. Latar belakang murid kebanyakannya merupakan pelajar yang gagal untuk meneruskan pelajaran ke sekolah menengah. 3 mata pelajaran menjadi teras iaitu seni perusahaan, Sains Pertanian dan Sains Rumahtangga 4.5. Sekolah Pertanian Serentak dengan penubuhan sekolah pertukangan, sekolah pertanian dibina di Serdang dalam tahun 1931. Sekolah pertanian ini dikelolakan oleh Jabatan Pertanian Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat bertujuan untuk melatih pelajar sebagai Pegawai Rendah Pertaniah Jabatan Pertanian. Pada tahun 1941, sebuah Maktab Teknik dibina dan selepas perang dunia kedua, sebuah Maktab Pertanian pula dibina. 5.0. Sejarah Perkembangan PTV Selepas Merdeka
  • 6. Selepas negara mencapai kemerdekaan kerajaan telah merangka beberapa rancangan untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi masyarakat yang kekurangan kemahiran dalam bidang kejuruteraan, pertanian dan perdagangan bagi melaksanakan projek pembangunan. Sebagai strategi jangka panjang, pihak kerajaan terpaksa meminjam pakar-pakar daripada luar negara. Mereka dibayar untuk memberi latihan teknikal kepada rakyat. Laporan Razak 1956, telah mencadangkan pendidikan teknik dikelolakan pada tiga peringkat iaitu : a. Maktab Teknik b. Sekolah Teknik dan c. Sekolah-sekolah Pertukangan Tujuan adalah untuk melahirkan pakar-pakar teknik, tenaga mahir dan separuh mahir melalui sistem pendidikan formal di bawah pengurusan Kementerian Pendidikan. Diantara tahun 1957 hingga 1965, perkembangan Pelajaran Teknik dan Vokasional tidak begitu menonjol di Semenanjung Tanah Melayu. Hanya 3 buah Junior Trade School, sebuah technical Institute dan sebuah Maktab Teknik di Cheras, 13 buah ’Rural Trade School’ serta beberapa buah sekolah lanjutan dan sekolah-sekolah tukang yang bertempat di sekolah-sekolah menengah yang sedia asal dibangunkan. Mata pelajaran yang ditawarkan ialah ketukangan besi, kimpalan membaik pulih kenderaan, tukang kayu dan penurap bata. 5.1. Sekolah Lanjutan Sekolah Pertukangan telah dibubarkan pada tahun 1960 apabila sistem pendidikan baru iaitu sekolah Pelajaran Lanjutan diperkenalkan. Tujuannya adalah untuk menyediakan tempat bagi pelajar yang gagal peperiksaan. Sekolah Lanjutan ini memberi peluang kepada murid-murid menyambungkan pelajaran selama 3 tahun lagi dengan memberatkan pelajaran perusahaan, khasnya untuk murid-murid yang tidak lulus masuk ke sekolah-sekolah menengah. Sekolah Lanjutan dikatakan kurang berjaya disebabkan kekurangan kelengkapan bengkel. Akibatnya satu langkah penyesuaian telah dibuat dengan merombak sistem pelajaran Sekolah Lanjutan kepada sistem komprehensif menjelang tahun 1965. Bahagian Tekik dan Vokasional cawangan khas bagi PTV telah dibentuk pada 1964 dibawah Kementerian Pelajaran untuk menguruskan sistem Pelajaran Teknik dan Vokasional di Semenanjung Malaysia. 5.2. Sistem Pelajaran Aneka Jurusan (Komprehensif)
  • 7. Pada 1965, Bahagian Teknik dan Vokasional telah mengubah suai sistem Pelajaran Teknik dan Vokasional di peringkat Sekolah Menengah Rendah yang terkenal sebagai Sistem Komprehensif. Dibawah sistem baru ini, empat mata pelajaran vokasional telah diperkenalkan kepada tingkatan 1 hingga tingkatan 3 yang dianggap sebagai matapelajaran elektif iaitu Seni Perusahaan, Sains pertanian, Perdagangan dan Sains Rumah Tangga. Peralihan ke sistem pelajaran aneka jurusan telah memansuhkan Sekolah Pertukangan Kampung. 5.3. Perkembangan Sekolah Menengah Vokasional Pada tahun 1968, wujud nama Sekolah Menengah Vokasional. Tujuannya untuk memberi latihan dan kemahiran kepada murid-murid bersesuaian dengan pekerjaan yang memerlukan kemahiran di sektor perindustrian, perusahaan, pertanian dan sektor-sektor yang berkaitan. Empat bidang kursus vokasional yag ditawarkan ialah Pertukangan, Perdagangan, Pertanian dan Sains Rumah Tangga. Setelah 2 tahun mengikuti kursus di Sekolah Vokasional murid-murid akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) yaang diakui setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada tahun 1969, seramai 1329 penuntut kumpulan pertama daripada sekolah menengah vokasional telah menduduki SPVM. Di antara 1969 – 1974 kerajaan telah menubuhkan sekolah jenis vokasional secara beransur – ansur mengikut Rancangan Lima Tahun Dasar Ekonomi Baru di setiap negeri di seluruh negara. Jumlah kesemuanya ialah 8 buah Sekolah Vokasional di mana 13 daripadanya ialah sekolah jenis pertukangan. Dengan itu dapatlah diandaikan bahawa dasar dan tujuan kerajaan lebih cenderung kepada sektor perindustrian dan pertanian. Bidang mata pelajaran Vokasional yang ditawarkan adalah seperti berikut : a) Kursus Pertukangan i- Pemasangan Elektrik ii- Radio, Televisyen dan Elektronik iii- Mesin dan Geseran iv- Kepingan logam dan kimpalan v- Binaan bangunan dan pertukangan kayu vi- Kaji sawat motor ( petrol dan disel ) vii- Penyejukan dan pendinginan
  • 8. Pelajar yang mengikuti latihan dalam jurusan ini hanya dibenarkan memilih salah satu daripada mata pelajaran yang disebutkan di atas. b) Kursus Pertanian Kursus ini memerlukan banyak masa untuk kerja luar iaitu di ladang – ladang. Mata pelajaran yang dipelajari ialah: i- Penghasilan Tanaman ii- Hortikultur Hiasan iii- Pengurusan Tanah iv- Penghasilan Ternakan v- Pengurusan Ladang vi- Peralatan dan Mesin Ladang c) Kursus Perdagangan Tujuan kursus ini ialah untuk membina kemahiran pelajar dalam Type Writting, Shorthand, Book – keeping dan Business Correspondence. Mata pelajaran trengkas adalah untuk pelajar aliran Melayu. Antara matapelajarannya ialah: i- Pitman Shorthand or Book – Keeping ii- Commercial English iii- Commercial Practice iv- Type Writting d) Kursus Sains Rumah Tangga Tujuan kursus ini adalah persediaan mendapatkan pekerjaan di bidang berkaitan di samping memberi pengetahuan kemahiran kepada pelajar. Kursus ini terbahagi kepada dua iaitu: Kursus A i) Nutrition ii) Cookery and cotage industry and catering iii) House Craft iv) Mother Craft and Child Craft v) Element of Commerce
  • 9. Kursus B i) Needlework and Tailoring ii) Beauty Cuture and Hair Dressing iii) Laundry Work iv) Element of Commerce 5.4. Perkembangan Sekolah Menengah Teknik Sekolah Menengah Teknik mempunyai pertalian dengan Treacher Technical (1906) yang ditubuhkan oleh pihak Kolonial dibawah Jabatan Pelajaran Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Treacher Technical Istitute kemudian dinaik taraf ke Techinical Institute pada 1956 selaras dengan Laporan Razak dan akhirnya bertukar kepada Sekolah Menengah Teknik pada tahun1962. Tujuan Sekolah Menengah Teknik bukan untuk memberi latihan kemahiran sebagai persediaan mendapatkan pekerjaan tetapi adalah untuk memberi pelajaran am yang lebih cenderung kepada aliran teknik sebagai asas murid-murid untuk melanjutkan pelajaran tinggi dibidang teknikal. Tiga kursus utama yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik ialah Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal dan Pertanian. Kemudian ilmu Perdagangan diperkenalkan untuk memberikan peluang kepada pelajar perempuan. Dalam kursus mekanikal dan bangunan, murid diberi latihan amali di bengkel yang berkaitan serta teori – teorinya. Keseluruhan mata pelajaran yang terdapat di tingkatan 4 adalah seperti berikut : a) Bahasa Malaysia b) English Language c) Additional Mathematics d) Elementry Mathematics e) Physics f) Chemistry g) Biology ( kursus pertanian) h) Survey i) Malaysian Studies ( Geography, Hstory, Civics) j) Mechanical Workshop / Theory
  • 10. k) Building Workshop / Theory l) Technical Drawing m) Agricultural Sciences n) Commerce o) Principles of Account p) Agama Islam Kesimpulan Perkembangan PTV kini sangat pesat selaras dengan perubahan keperluan negara dalam menjana ekonomi, khususnya dalam bidang perindustrian yang kini menjadi pencorak utama ekonomi dunia. Lahirnya Institusi pengajian tinggi lanjutan daripada sekolah teknik dan vokasional seperti Institut Perguruan Teknik, Politeknik, Universiti Teknologi Malaysia, UITM, Universiti Teknikal Malaysia dan lain-lain banyak menyumbang melahirkan tenaga kerja mahir dan pakar-pakar yang banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Proses pembangunan ekonomi sesebuah negara berkait rapat dengan pembangunan sumber manusia yang mampu dilaksanakan oleh sesebuah negara. Memandangkan negara kita sedang menumpukan pembangunan ekonomi yang berteraskan industri dan teknologi, maka harapan yang tinggi diletakkan terhadap bidang pendidikan teknik dan vokasional. Keupayaan sistem pendidikan teknik dan vokasional ini untuk dilaksanakan dengan jayanya akan menentukan nasib masa depan wawasan negara bagi mencapai sebuah negara maju. Dalam usaha untuk menyusun suatu kurikulum yang komprehensif bagi program latihan dan pendidikan bidang ini maka, kerjasama yang erat perlu diwujudkan secara ikhlas serta konsisten di antara kerajaan dan swasta. Ini adalah perlu bagi memastikan lulusan pendidikan teknik dan vokasional berupaya mengikuti perubahan teknologi dan memenuhi keperluan pasaran kerja semasa. Oleh itu, kerjasama semua pihak adalah diharapkan bagi merealisasikan cita – cita negara kita ke arah menjadi sebuah negara yang setanding dengan negara – negara maju yang lain.
  • 11. Rujukan 1. Ahmad Sipon, (2001) Ucaptama : Halatuju Dan Cabaran Pendidikan Vokasional di Sekolah Menengah Akademik, Seminar Kebangsaan Pendidikan Asas Vokasional. 7-10 November. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kuala Lumpur. 2. Yahya Bin Emat. Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Malaysia. ( 2005). IBS Buku Sdn. Bhd. 3. Ishak Yusuf; Rahmah Ismail (1997). Pendidikan Di Malaysia, Pembangunan sumber Manusia Di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia. 4. Yahya Bin Emat. Cabaran Dan strategi Pendidikan Teknik Dan Vokasional Ke arah Mencapai Wawasan 2020. Terbitan : Jurnal Pendidikan, Jilid 37 Keluaran 8 Jun 1993, Kementerian Pendidikan Malaysia. 5. Siti Maspiah Hassan; Nor azizah Saleh (1995). Pendidikan Vokasional, Formal Dan Non Formal ke Arah Wawasan 2020. Kertas Kerja di Bentangkan dalam Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara abad ke-21 pada 9 November 1995. Universiti Kebangsaan Malaysia. 6. Shahril Marzuki (1993). Pendidikan Malaysia. Arah Dan cabaran: Cabaran-cabaran dalam Pendidikan Teknik Dan Vokasional Bagi Memenuhi Permintaan Sumber Tenaga Malaysia Untuk Mencapai Wawasan 2020, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 7. Pengenalan Kepada Pendidikan Teknik dan Vokasiona
  • 12. Websites : http:// pengenalankepadaptv.blogspot.com 8. Bahagian Pendidikan Teknik dan vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia. Websites : http://bptv.edu.my/vo/