2. *
Gaya pembelajaran aktivis
*Mempunyai sikap ingin mencuba sesuatu yang baru dan
kehidupan mereka dengan aktiviti yang mencabar supaya dapat
memberi pengalaman yang baru kepada mereka.
*Mudah membuat sesuatu tanpa berfikir panjang kerana mereka
tidak akan mengambil kira kesan pada sesuatu perkara.
*Peramah dan suka bersosial tetapi aktiviti yang dilakukan sering
tertumpu pada persekitaran diri sendiri.
3. *
Gaya pembelajaran reflektif
*Berminat dalam mengulas pengalaman dan suka membuat
pemerhatian, memikir dan membuat refleksi kendiri terhadap
apa yang ada di persekitaran.
*Mengumpul maklumat yang banyak berkaitan dengan
pembelajaran dan membuat analisis pengalaman tersebut.
*Bekerja dengan sistematik dan mengelakkan membuat kesilapan
*Persepsi dan pengamatan yang tajam.
*Gaya pembelajaran yang sesuai ialah guru boleh melakukan
aktiviti atau eksperimen dalam makmal.
4. *
Gaya pembelajaran teoris
*Memiliki pemikiran yang rasional dan logikal.
*Mudah teransang dengan teori dan model dan sistem pemikiran yang
praktikal atau menerima unsur logik.
*Golongan yang kurang kreatif dan suka membuat hipotesis dan
mengkaji fenomena yang berlaku di persekitaran mereka.
*Gaya pembelajaran yang sesuai untuk mereka mengajar
menggunakan kaedah induksi dan deduksi, bertukar pendapat
melalui perbincangan dan mengumpul data untuk membuat analisis,
tafsiran dan membuat rumusan melalui kaedah penyelidikan.
5. *
Gaya pembelajaran pragmatis
*Menggunakan bahan-bahan konkrit untuk menjalankan aktiviti
pembelajaran.
*Gaya pembelajaran yang sesuai digunakan adalah kerja praktik,
strategi pemusatan bahan termasuk bahan elektronik, carta dan
gambar rajah serta kaedah deduksi yang melibatkan aplikasinya.