SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Download to read offline
BAB 1 
PENGENALAN 
1 
1.1. Pendahuluan 
Seseorang pemimpin perlu berkomunikasi dengan anggota organisasinya untuk 
memperolehi kerjasama bagi menjayakan pencapaian matlamat organisasi. 
Begitulah juga dengan aktiviti yang dijalankan oleh Rukun Tetangga yang 
memerlukan sokongan dan kerjasama daripada ahli yang berada dalam Rukun 
Tetangga meliputi pelbagai lapisan kaum. Di dalam memimpin sesebuah Rukun 
Tetangga, maka peranan kepemimpinan kawasan Rukun Tetangga (KRT) adalah 
penting dalam usaha menjayakan keharmonian dan memupuk semangat sayang 
pada Malaysia. 
Sebagai perantara antara kerajaan dan rakyat serta memupuk dan 
mempertingkatkan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara ini, maka 
Rukun Tetangga mempunyai tanggungjawab besar di dalam merealisasikan 
perancangan kerajaan khususnya, kerajaan persekutuan. Peranan mereka menjadi 
lebih penting di dalam menjayakan dan merealisasikan integrasi nasional serta 
perpaduan kaum di Malaysia. Kerajaan pastinya tidak akan dapat menjayakan 
segala perancangan dan pembangunan yang diunjurkan bagi menjadikan negara 
ini maju dan berjaya dari segi keterlibatan pelbagai kaum tanpa bantuan dan 
sokongan Rukun Tetangga. Justeru, Rukun Tetangga dapatlah dianggap sebagai
wadah kepimpinan yang merupakan jentera utama kepada masyarakat dalam 
membawa arus perubahan kepada rakyat pelbagai lapisan kaum di negara ini. 
Komunikasi kepemimpinan adalah satu aspek khusus yang akan diberikan 
penekanan dalam kajian ini. Persepsi komuniti setempat terhadap amalan 
komunikasi kepemimpinan Rukun Tetangga yang berurusan secara langsung 
dalam memupuk perpaduan dan integrasi nasional akan diberikan perhatian. 
Kajian literatur banyak menunjukkan peranan dan kepuasan gaya komunikasi 
kepemimpinan dan tahap komitmen yang ditunjukkan memberi banyak pengaruh 
dan implikasinya kepada seseorang dalam komuniti rukun tetangga. 
Dalam konteks ini, keberkesanan gaya komunikasi dan komitmen kepemimpinan 
Rukun Tetangga akan memberi impak pada penglibatan serta sokongan komuniti 
setempat terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Rukun Tetangga. Dalam 
merealisasikan keharmonian masyarakat pelbagai kaum, maka kerajaan tentunya 
mahukan satu jentera pengurusan Rukun Tetangga yang cemerlang, gemilang dan 
terbilang. Kerajaan sewajarnya tidak boleh kompromi dengan tidakcekapan dan 
kelemahan dalam kepemimpinan Rukun Tetangga yang amat penting ini. 
Banyak kajian menghasilkan dapatan yang menyebut bahawa komunikasi 
kepimpinan adalah pemangkin yang menjana pada kecemerlangan sesebuah 
organisasi. Di antaranya, kajian oleh Syd Abdul Rahman (2003) yang mendapati 
wujudnya hubungan signifikan antara gaya komunikasi kepemimpinan dengan 
kepuasan dan komitmen Pegawai Sokongan 1 dalam jabatan kerajaan. Manakala 
2
Noran & Habibah (1999), dalam kajian mereka tentang sistem penilaian kerja 
dalam jabatan kerajaan, mendapati motivasi dan kemajuan kerja mempunyai 
hubungan dengan gaya komunikasi kepemimpinan. Justeru, kajian untuk 
mengenal pasti hubungan gaya komunikasi kepemimpinan Rukun Tetangga 
dengan kepuasan serta komitmen komuniti setempat perlu dirintis bagi 
merealisasikan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara ini. 
3 
1.2. Permasalahan kajian 
Gaya komunikasi kepemimpinan seperti sikap bertimbang rasa, keterbukaan, 
memberi sokongan dan menggalakkan penyertaan pekerja sokongan semasa 
melaksanakan tugas adalah di antara gaya komunikasi kepemimpinan yang 
seharusnya diamalkan oleh pemimpin dalam organisasi. Dalam kajian-kajian yang 
lepas, didapati masalah komunikasi kepemimpinan ini selalunya berpunca 
daripada konsep serba tahu pemimpin dan tidak wujudnya interaksi dengan 
orang lain dalam organisasi. Ada kalanya wujud banyak halangan komunikasi 
dalam jalinan hubungan sehingga sering berlakunya kegagalan untuk 
berkomunikasi di antara pemimpin dengan pengikutnya. Pola interaksi anggota, 
khususnya komunikasi pemimpin dengan pengikut sesebuah organisasi terhasil 
daripada gaya komunikasi yang bersifat keterbukaan, kesanggaan, mudah 
dihubungi, kerjasama dan penglibatan bersama dalam usaha pencapaian matlamat 
organisasi (Down dan Hazen,1977). Ia merangkumi perkara-perkara yang
membantu dalam mengalakkan proses komunikasi antara anggota organisasi sama 
ada pada peringkat atasan, bawahan dan mendatar. 
Daniel, Spikers dan Papa, (1997) pula memerihalkan perlakuan-perlakuan 
komunikasi yang membentuk amalan komunikasi menyangga berdasarkan kepada 
4 
kriteria-kriteria berikut :- 
a. Komunikasi yang fleksibel dengan mempunyai saluran yang terbuka 
dan penyebaran maklumat dari berbagai arah (atas, bawah dan 
mendatar). 
b. Mempunyai maklumat yang tepat dan mencukupi, menyeluruh 
mengenai aspek- prosedur kerja, penilaian prestasi, polisi organisasi, 
keputusan dan aspek lain yang berkaitan dengan tugas. 
c. Saling percaya mempercayai, keterbukaan dan sokongan dalam 
komunikasi antara pegawai atasan dengan pekerja bawahan. 
d. Penglibatan dalam membuat keputusan, penyelesaian masalah dan 
lain-lain yang berkaitan dengan tugas dan kepimpinan yang 
demokratik. 
Dalam usaha mengelolakan aktiviti kerja yang selari dengan matlamat yang di 
sasarkan, perkongsian maklumat dan keterbukaan adalah dua aspek utama dalam 
interaksi dipelbagai peringkat anggota kerja. Proses perkongsian maklumat yang 
disalurkan mengenai peranan kerja individu dibuat sama ada melalui media 
bercetak dan media elektronik serta interaksi peribadi. Berbanding dengan saluran
maklumat bertulis, maklumat yang disampaikan secara lisan akan memberi kesan 
yang lebih kepada perlakuan interaksi anggota kerja organisasi. 
Di samping itu, penyaluran maklumat lisan berbentuk dua hala yang dilakukan 
dapat mengurangkan darjah ketidakpastian, yang akhirnya akan boleh 
mempertingkatkan penyelarasan tugas pada pelbagai peringkat dalam organisasi. 
Di samping itu, mempertingkatkan pula penyertaan dan penglibatan mereka 
dalam proses pencapaian matlamat penubuhan sesebuah organisasi. 
Oleh itu, bagi mendapatkan jawapan mengenai persepsi gaya komunikasi 
kepemimpinan Rukun Tetanga mempengaruhi kepuasan dan komitmen dalam 
perhubungan dan perpaduan masyarakat, maka persoalan berikut cuba dicari : 
1. Apakah persepsi komuniti Rukun Tetangga terhadap gaya komunikasi 
kepemimpinan secara menyeluruh? 
2. Apakah tahap kepuasan komuniti terhadap ciri-ciri bertimbang rasa, 
keterbukaan, memberi sokongan dan penyertaan dalam kalangan komuniti 
5 
Rukun Tetangga setempat? 
3. Apakah persepsi responden kajian terhadap tahap komitmen yang 
diamalkan oleh kepimpinan Rukun Tetangga berdasarkan ciri-ciri empati, 
perkongsian, berwawasan dan semangat berpasukan? 
4. Apakah kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman di dalam menjana 
keberkesanan komunikasi kepemimpinan dan komitmen yang diamalkan 
Rukun Tetangga dari perspektif komuniti setempat?
5. Apakah persepsi komuniti Rukun Tetangga terhadap aktiviti-aktiviti yang 
dijalankan oleh Rukun Tetangga serta matlamat pencapaiannya? 
6 
1.3. Objektif Kajian 
1.3.1. Objektif Umum 
Objektif umum kajian ini ialah untuk mengenal pasti persepsi gaya 
komunikasi kepemimpinan Rukun Tetangga serta komitmen kepimpinan 
terhadap komuniti Rukun Tetangga setempat di Malaysia. 
1.3.2. Objektif Khusus 
Objektif khusus kajian ini ialah untuk : 
a. Meninjau persepsi komuniti Rukun Tetangga terhadap gaya komunikasi 
kepemimpinan secara menyeluruh. 
b. Mengenal pasti tahap kepuasan komuniti terhadap ciri-ciri bertimbang 
rasa, keterbukaan, memberi sokongan dan penyertaan dalam kalangan 
komuniti Rukun Tetangga setempat. 
c. Mengenal pasti persepsi responden kajian terhadap tahap komitmen yang 
diamalkan oleh kepimpinan Rukun Tetangga berdasarkan ciri-ciri empati, 
perkongsian, berwawasan dan semangat berpasukan. 
d. Menganalisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman di dalam 
menjana keberkesanan komunikasi kepemimpinan dan komitmen yang 
diamalkan Rukun Tetangga dari perspektif komuniti setempat.
e. Meninjau persepsi komuniti Rukun Tetangga terhadap aktiviti-aktiviti 
yang dijalankan oleh Rukun Tetangga serta matlamat pencapaiannya. 
7 
1.4. Kepentingan Kajian 
Kajian ini diharap dapat memberikan penjelasan mengenai ilmu dan maklumat 
berhubung gaya komunikasi kepemimpinan, iaitu bertimbang rasa, keterbukaan, 
memberi sokongan dan penyertaan yang boleh diamalkan oleh pemimpin Rukun 
Tetangga agar dapat mempengaruhi kepuasan komuniti setempat. Selain itu kajian 
ini juga akan memberi manfaat dalam aspek mengenal pasti tahap komitmen 
yang ditunjukkan oleh kepimpinan Rukun Tetangga. Begitu juga dengan persepsi 
komuniti Rukun Tetangga terhadap segala rancangan dan aktiviti-aktiviti yang 
dijalankan oleh Rukun Tetangga untuk memupuk dan mempertingkatkan 
keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara ini. 
Dengan adanya kajian ini diharap akan dapat membantu pihak Jabatan Perpaduan 
dan Integrasi Nasional untuk mengubal serta merangka strategi perlaksanaan yang 
mampu menjana keharmonian pada peningkatan perpaduan masyarakat. 
Maklumat-maklumat yang diperolehi khususnya mengenai amalan komunikasi 
kepimpinan dan komitmen pemimpin boleh dijadikan asas dalam membentuk 
kurikulum kursus yang berwajaran dengan matlamat pembangunan komuniti yang 
di harapkan oleh kerajaan. Melalui analisis situasi yang dilaksanakan ianya boleh
dijadikan panduan serta pendekatan yang bersesuaian dengan keperluan sesuatu 
8 
komuniti. 
1.5. Kesimpulan 
Dalam kajian ini terdapat lima bab kesemuanya, iaitu dalam Bab Satu akan 
membicarakan mengenai pengenalan terhadap subjek yang akan difokuskan 
dalam kajian ini dan ianya meliputi latar belakang kajian, pernyataan masalah, 
objektif kajian yang umum dan khusus serta kepentingan kajian ini. Manakala 
dalam Bab Dua pula akan dibincangkan kajian-kajian lepas yang meliputi ulasan 
tentang teori hubungan kemanusiaan, dapatan-dapatan kajian serta pandangan 
para sarjana tentang gaya komunikasi kepemimpinan, komitmen pemimpin dan 
seterusnya hubungan dengan pencapaian matlamat penubuhan Rukun Tetangga. 
Seterusnya, dalam bab ini akan diutarakan mengenai pembinaan kerangka 
konseptual kajian yang dijalankan. 
Menerusi Bab Tiga pula, terdapat metod kajian yang akan memuatkan tentang 
konseptualisasi dan operasionalisasi kajian. Ini termasuklah perbincangan 
mengenai kesemua pemboleh ubah kajian dan faktor-faktor demografi seperti 
jantina, umur, bangsa, jenis rumah kediaman, kelulusan dan penglibatan komuniti 
setempat dengan aktiviti Rukun Tetangga dalam masa setahun. Selain itu, bab ini 
juga akan membicarakan tentang persampelan, sumber data, pengukuran, 
penganalisisan data, lokasi kajian dan batasan kajian.
Manakala dalam Bab Empat pula akan membincangkan hasil kajian yang 
telah ditemui dalam penyelidikan ini dan disertakan dengan perbincangan atau 
ulasan mengenai penemuan tersebut. Manakala dalam Bab Lima, iaitu bahagian 
terakhir dalam penyelidikan ini yang akan merumus atau membuat kesimpulan 
mengenai penyelidikan yang telah dilakukan. Ini termasuklah gambaran ringkas 
kajian, penemuan utama kajian, implikasi kajian, limitasi kajian serta arah tuju 
penyelidikan yang boleh dijalankan pada masa akan datang. 
9

More Related Content

Similar to Pengenalan

Mengkomunikasikan Program PR
Mengkomunikasikan Program PRMengkomunikasikan Program PR
Mengkomunikasikan Program PR
Dhenim Prianka
 
teknik komunikasi publik pelatihan kepemimpinan pengawas
teknik komunikasi publik pelatihan kepemimpinan pengawasteknik komunikasi publik pelatihan kepemimpinan pengawas
teknik komunikasi publik pelatihan kepemimpinan pengawas
FatihElluqmani
 
6 kewirausahaan 1,rahma karina,hapzi ali,konsep,universitas mercu buana,2018
6 kewirausahaan 1,rahma karina,hapzi ali,konsep,universitas mercu buana,20186 kewirausahaan 1,rahma karina,hapzi ali,konsep,universitas mercu buana,2018
6 kewirausahaan 1,rahma karina,hapzi ali,konsep,universitas mercu buana,2018
RahmaKarina
 
Agenda II-PKA-Bahan Tayang Strategi Efektif-.pptx
Agenda II-PKA-Bahan Tayang Strategi  Efektif-.pptxAgenda II-PKA-Bahan Tayang Strategi  Efektif-.pptx
Agenda II-PKA-Bahan Tayang Strategi Efektif-.pptx
MARYONSWPOHWAIN
 
1 definisi public relations muwafik ub
1 definisi public relations muwafik ub1 definisi public relations muwafik ub
1 definisi public relations muwafik ub
muwafik
 
Makalah peranan komunikasi dalam organisasi
Makalah peranan komunikasi dalam organisasiMakalah peranan komunikasi dalam organisasi
Makalah peranan komunikasi dalam organisasi
Aditya Lakza Invitations
 
Metode pengembangan partisipasi
Metode pengembangan partisipasiMetode pengembangan partisipasi
Metode pengembangan partisipasi
adinasa
 
Humasqhu
HumasqhuHumasqhu
Humasqhu
lolii12
 

Similar to Pengenalan (20)

TUGAS BESAR PSIKOLOG KOMUNIKASI ANGELA IRENA TANIAR 211211007.pdf
TUGAS BESAR PSIKOLOG KOMUNIKASI ANGELA IRENA TANIAR 211211007.pdfTUGAS BESAR PSIKOLOG KOMUNIKASI ANGELA IRENA TANIAR 211211007.pdf
TUGAS BESAR PSIKOLOG KOMUNIKASI ANGELA IRENA TANIAR 211211007.pdf
 
Mengenal dan mengidentifikasi public sasaran
Mengenal dan mengidentifikasi public sasaranMengenal dan mengidentifikasi public sasaran
Mengenal dan mengidentifikasi public sasaran
 
Mengkomunikasikan Program PR
Mengkomunikasikan Program PRMengkomunikasikan Program PR
Mengkomunikasikan Program PR
 
teknik komunikasi publik pelatihan kepemimpinan pengawas
teknik komunikasi publik pelatihan kepemimpinan pengawasteknik komunikasi publik pelatihan kepemimpinan pengawas
teknik komunikasi publik pelatihan kepemimpinan pengawas
 
Kajian kes
Kajian kes Kajian kes
Kajian kes
 
LEADING SKILL.pptx
LEADING SKILL.pptxLEADING SKILL.pptx
LEADING SKILL.pptx
 
6 kewirausahaan 1,rahma karina,hapzi ali,konsep,universitas mercu buana,2018
6 kewirausahaan 1,rahma karina,hapzi ali,konsep,universitas mercu buana,20186 kewirausahaan 1,rahma karina,hapzi ali,konsep,universitas mercu buana,2018
6 kewirausahaan 1,rahma karina,hapzi ali,konsep,universitas mercu buana,2018
 
Agenda II-PKA-Bahan Tayang Strategi Efektif-.pptx
Agenda II-PKA-Bahan Tayang Strategi  Efektif-.pptxAgenda II-PKA-Bahan Tayang Strategi  Efektif-.pptx
Agenda II-PKA-Bahan Tayang Strategi Efektif-.pptx
 
1 definisi public relations muwafik ub
1 definisi public relations muwafik ub1 definisi public relations muwafik ub
1 definisi public relations muwafik ub
 
Usaha, masda alif araffi, hapzi ali, komunikasi dan mengetahui model kepemimp...
Usaha, masda alif araffi, hapzi ali, komunikasi dan mengetahui model kepemimp...Usaha, masda alif araffi, hapzi ali, komunikasi dan mengetahui model kepemimp...
Usaha, masda alif araffi, hapzi ali, komunikasi dan mengetahui model kepemimp...
 
Peran fasilitator dalam peld
Peran fasilitator dalam peldPeran fasilitator dalam peld
Peran fasilitator dalam peld
 
Komunikasi dalam Organisasi.docx
Komunikasi dalam Organisasi.docxKomunikasi dalam Organisasi.docx
Komunikasi dalam Organisasi.docx
 
Makalah peranan komunikasi dalam organisasi
Makalah peranan komunikasi dalam organisasiMakalah peranan komunikasi dalam organisasi
Makalah peranan komunikasi dalam organisasi
 
Iklim Budaya Organisasi - Komunikasi Organisasi
Iklim Budaya Organisasi - Komunikasi OrganisasiIklim Budaya Organisasi - Komunikasi Organisasi
Iklim Budaya Organisasi - Komunikasi Organisasi
 
Pola komunikasi organisasi di UKM JQH AL-MIZAN ( kelompok 6)
Pola komunikasi organisasi di UKM JQH AL-MIZAN ( kelompok 6)Pola komunikasi organisasi di UKM JQH AL-MIZAN ( kelompok 6)
Pola komunikasi organisasi di UKM JQH AL-MIZAN ( kelompok 6)
 
Makalah komunikasi dalam Manajemen Sekolah - Nurul Faela Shufa UNNES
Makalah komunikasi dalam Manajemen Sekolah - Nurul Faela Shufa UNNESMakalah komunikasi dalam Manajemen Sekolah - Nurul Faela Shufa UNNES
Makalah komunikasi dalam Manajemen Sekolah - Nurul Faela Shufa UNNES
 
Metode pengembangan partisipasi
Metode pengembangan partisipasiMetode pengembangan partisipasi
Metode pengembangan partisipasi
 
Reformasi Birokrasi Kehumasan untuk Optimalisasi Peran dan Fungsi Humas
Reformasi Birokrasi Kehumasan untuk Optimalisasi Peran dan Fungsi HumasReformasi Birokrasi Kehumasan untuk Optimalisasi Peran dan Fungsi Humas
Reformasi Birokrasi Kehumasan untuk Optimalisasi Peran dan Fungsi Humas
 
Komunikasi dalam Organisasi.pdf
Komunikasi dalam Organisasi.pdfKomunikasi dalam Organisasi.pdf
Komunikasi dalam Organisasi.pdf
 
Humasqhu
HumasqhuHumasqhu
Humasqhu
 

More from Izzat Syahir (8)

Week 3 ang lipunan
Week 3 ang lipunanWeek 3 ang lipunan
Week 3 ang lipunan
 
Atea 1107 (3 lecture.kolonialisme)
Atea 1107 (3 lecture.kolonialisme)Atea 1107 (3 lecture.kolonialisme)
Atea 1107 (3 lecture.kolonialisme)
 
Soal selidik
Soal selidikSoal selidik
Soal selidik
 
Rujukan
RujukanRujukan
Rujukan
 
Pendahuluan
PendahuluanPendahuluan
Pendahuluan
 
Kaedah kajian
Kaedah kajianKaedah kajian
Kaedah kajian
 
Analisa
AnalisaAnalisa
Analisa
 
Chapter 8 bencana alam di jepun
Chapter 8   bencana alam di jepunChapter 8   bencana alam di jepun
Chapter 8 bencana alam di jepun
 

Pengenalan

  • 1. BAB 1 PENGENALAN 1 1.1. Pendahuluan Seseorang pemimpin perlu berkomunikasi dengan anggota organisasinya untuk memperolehi kerjasama bagi menjayakan pencapaian matlamat organisasi. Begitulah juga dengan aktiviti yang dijalankan oleh Rukun Tetangga yang memerlukan sokongan dan kerjasama daripada ahli yang berada dalam Rukun Tetangga meliputi pelbagai lapisan kaum. Di dalam memimpin sesebuah Rukun Tetangga, maka peranan kepemimpinan kawasan Rukun Tetangga (KRT) adalah penting dalam usaha menjayakan keharmonian dan memupuk semangat sayang pada Malaysia. Sebagai perantara antara kerajaan dan rakyat serta memupuk dan mempertingkatkan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara ini, maka Rukun Tetangga mempunyai tanggungjawab besar di dalam merealisasikan perancangan kerajaan khususnya, kerajaan persekutuan. Peranan mereka menjadi lebih penting di dalam menjayakan dan merealisasikan integrasi nasional serta perpaduan kaum di Malaysia. Kerajaan pastinya tidak akan dapat menjayakan segala perancangan dan pembangunan yang diunjurkan bagi menjadikan negara ini maju dan berjaya dari segi keterlibatan pelbagai kaum tanpa bantuan dan sokongan Rukun Tetangga. Justeru, Rukun Tetangga dapatlah dianggap sebagai
  • 2. wadah kepimpinan yang merupakan jentera utama kepada masyarakat dalam membawa arus perubahan kepada rakyat pelbagai lapisan kaum di negara ini. Komunikasi kepemimpinan adalah satu aspek khusus yang akan diberikan penekanan dalam kajian ini. Persepsi komuniti setempat terhadap amalan komunikasi kepemimpinan Rukun Tetangga yang berurusan secara langsung dalam memupuk perpaduan dan integrasi nasional akan diberikan perhatian. Kajian literatur banyak menunjukkan peranan dan kepuasan gaya komunikasi kepemimpinan dan tahap komitmen yang ditunjukkan memberi banyak pengaruh dan implikasinya kepada seseorang dalam komuniti rukun tetangga. Dalam konteks ini, keberkesanan gaya komunikasi dan komitmen kepemimpinan Rukun Tetangga akan memberi impak pada penglibatan serta sokongan komuniti setempat terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Rukun Tetangga. Dalam merealisasikan keharmonian masyarakat pelbagai kaum, maka kerajaan tentunya mahukan satu jentera pengurusan Rukun Tetangga yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Kerajaan sewajarnya tidak boleh kompromi dengan tidakcekapan dan kelemahan dalam kepemimpinan Rukun Tetangga yang amat penting ini. Banyak kajian menghasilkan dapatan yang menyebut bahawa komunikasi kepimpinan adalah pemangkin yang menjana pada kecemerlangan sesebuah organisasi. Di antaranya, kajian oleh Syd Abdul Rahman (2003) yang mendapati wujudnya hubungan signifikan antara gaya komunikasi kepemimpinan dengan kepuasan dan komitmen Pegawai Sokongan 1 dalam jabatan kerajaan. Manakala 2
  • 3. Noran & Habibah (1999), dalam kajian mereka tentang sistem penilaian kerja dalam jabatan kerajaan, mendapati motivasi dan kemajuan kerja mempunyai hubungan dengan gaya komunikasi kepemimpinan. Justeru, kajian untuk mengenal pasti hubungan gaya komunikasi kepemimpinan Rukun Tetangga dengan kepuasan serta komitmen komuniti setempat perlu dirintis bagi merealisasikan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara ini. 3 1.2. Permasalahan kajian Gaya komunikasi kepemimpinan seperti sikap bertimbang rasa, keterbukaan, memberi sokongan dan menggalakkan penyertaan pekerja sokongan semasa melaksanakan tugas adalah di antara gaya komunikasi kepemimpinan yang seharusnya diamalkan oleh pemimpin dalam organisasi. Dalam kajian-kajian yang lepas, didapati masalah komunikasi kepemimpinan ini selalunya berpunca daripada konsep serba tahu pemimpin dan tidak wujudnya interaksi dengan orang lain dalam organisasi. Ada kalanya wujud banyak halangan komunikasi dalam jalinan hubungan sehingga sering berlakunya kegagalan untuk berkomunikasi di antara pemimpin dengan pengikutnya. Pola interaksi anggota, khususnya komunikasi pemimpin dengan pengikut sesebuah organisasi terhasil daripada gaya komunikasi yang bersifat keterbukaan, kesanggaan, mudah dihubungi, kerjasama dan penglibatan bersama dalam usaha pencapaian matlamat organisasi (Down dan Hazen,1977). Ia merangkumi perkara-perkara yang
  • 4. membantu dalam mengalakkan proses komunikasi antara anggota organisasi sama ada pada peringkat atasan, bawahan dan mendatar. Daniel, Spikers dan Papa, (1997) pula memerihalkan perlakuan-perlakuan komunikasi yang membentuk amalan komunikasi menyangga berdasarkan kepada 4 kriteria-kriteria berikut :- a. Komunikasi yang fleksibel dengan mempunyai saluran yang terbuka dan penyebaran maklumat dari berbagai arah (atas, bawah dan mendatar). b. Mempunyai maklumat yang tepat dan mencukupi, menyeluruh mengenai aspek- prosedur kerja, penilaian prestasi, polisi organisasi, keputusan dan aspek lain yang berkaitan dengan tugas. c. Saling percaya mempercayai, keterbukaan dan sokongan dalam komunikasi antara pegawai atasan dengan pekerja bawahan. d. Penglibatan dalam membuat keputusan, penyelesaian masalah dan lain-lain yang berkaitan dengan tugas dan kepimpinan yang demokratik. Dalam usaha mengelolakan aktiviti kerja yang selari dengan matlamat yang di sasarkan, perkongsian maklumat dan keterbukaan adalah dua aspek utama dalam interaksi dipelbagai peringkat anggota kerja. Proses perkongsian maklumat yang disalurkan mengenai peranan kerja individu dibuat sama ada melalui media bercetak dan media elektronik serta interaksi peribadi. Berbanding dengan saluran
  • 5. maklumat bertulis, maklumat yang disampaikan secara lisan akan memberi kesan yang lebih kepada perlakuan interaksi anggota kerja organisasi. Di samping itu, penyaluran maklumat lisan berbentuk dua hala yang dilakukan dapat mengurangkan darjah ketidakpastian, yang akhirnya akan boleh mempertingkatkan penyelarasan tugas pada pelbagai peringkat dalam organisasi. Di samping itu, mempertingkatkan pula penyertaan dan penglibatan mereka dalam proses pencapaian matlamat penubuhan sesebuah organisasi. Oleh itu, bagi mendapatkan jawapan mengenai persepsi gaya komunikasi kepemimpinan Rukun Tetanga mempengaruhi kepuasan dan komitmen dalam perhubungan dan perpaduan masyarakat, maka persoalan berikut cuba dicari : 1. Apakah persepsi komuniti Rukun Tetangga terhadap gaya komunikasi kepemimpinan secara menyeluruh? 2. Apakah tahap kepuasan komuniti terhadap ciri-ciri bertimbang rasa, keterbukaan, memberi sokongan dan penyertaan dalam kalangan komuniti 5 Rukun Tetangga setempat? 3. Apakah persepsi responden kajian terhadap tahap komitmen yang diamalkan oleh kepimpinan Rukun Tetangga berdasarkan ciri-ciri empati, perkongsian, berwawasan dan semangat berpasukan? 4. Apakah kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman di dalam menjana keberkesanan komunikasi kepemimpinan dan komitmen yang diamalkan Rukun Tetangga dari perspektif komuniti setempat?
  • 6. 5. Apakah persepsi komuniti Rukun Tetangga terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Rukun Tetangga serta matlamat pencapaiannya? 6 1.3. Objektif Kajian 1.3.1. Objektif Umum Objektif umum kajian ini ialah untuk mengenal pasti persepsi gaya komunikasi kepemimpinan Rukun Tetangga serta komitmen kepimpinan terhadap komuniti Rukun Tetangga setempat di Malaysia. 1.3.2. Objektif Khusus Objektif khusus kajian ini ialah untuk : a. Meninjau persepsi komuniti Rukun Tetangga terhadap gaya komunikasi kepemimpinan secara menyeluruh. b. Mengenal pasti tahap kepuasan komuniti terhadap ciri-ciri bertimbang rasa, keterbukaan, memberi sokongan dan penyertaan dalam kalangan komuniti Rukun Tetangga setempat. c. Mengenal pasti persepsi responden kajian terhadap tahap komitmen yang diamalkan oleh kepimpinan Rukun Tetangga berdasarkan ciri-ciri empati, perkongsian, berwawasan dan semangat berpasukan. d. Menganalisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman di dalam menjana keberkesanan komunikasi kepemimpinan dan komitmen yang diamalkan Rukun Tetangga dari perspektif komuniti setempat.
  • 7. e. Meninjau persepsi komuniti Rukun Tetangga terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Rukun Tetangga serta matlamat pencapaiannya. 7 1.4. Kepentingan Kajian Kajian ini diharap dapat memberikan penjelasan mengenai ilmu dan maklumat berhubung gaya komunikasi kepemimpinan, iaitu bertimbang rasa, keterbukaan, memberi sokongan dan penyertaan yang boleh diamalkan oleh pemimpin Rukun Tetangga agar dapat mempengaruhi kepuasan komuniti setempat. Selain itu kajian ini juga akan memberi manfaat dalam aspek mengenal pasti tahap komitmen yang ditunjukkan oleh kepimpinan Rukun Tetangga. Begitu juga dengan persepsi komuniti Rukun Tetangga terhadap segala rancangan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Rukun Tetangga untuk memupuk dan mempertingkatkan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Dengan adanya kajian ini diharap akan dapat membantu pihak Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional untuk mengubal serta merangka strategi perlaksanaan yang mampu menjana keharmonian pada peningkatan perpaduan masyarakat. Maklumat-maklumat yang diperolehi khususnya mengenai amalan komunikasi kepimpinan dan komitmen pemimpin boleh dijadikan asas dalam membentuk kurikulum kursus yang berwajaran dengan matlamat pembangunan komuniti yang di harapkan oleh kerajaan. Melalui analisis situasi yang dilaksanakan ianya boleh
  • 8. dijadikan panduan serta pendekatan yang bersesuaian dengan keperluan sesuatu 8 komuniti. 1.5. Kesimpulan Dalam kajian ini terdapat lima bab kesemuanya, iaitu dalam Bab Satu akan membicarakan mengenai pengenalan terhadap subjek yang akan difokuskan dalam kajian ini dan ianya meliputi latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif kajian yang umum dan khusus serta kepentingan kajian ini. Manakala dalam Bab Dua pula akan dibincangkan kajian-kajian lepas yang meliputi ulasan tentang teori hubungan kemanusiaan, dapatan-dapatan kajian serta pandangan para sarjana tentang gaya komunikasi kepemimpinan, komitmen pemimpin dan seterusnya hubungan dengan pencapaian matlamat penubuhan Rukun Tetangga. Seterusnya, dalam bab ini akan diutarakan mengenai pembinaan kerangka konseptual kajian yang dijalankan. Menerusi Bab Tiga pula, terdapat metod kajian yang akan memuatkan tentang konseptualisasi dan operasionalisasi kajian. Ini termasuklah perbincangan mengenai kesemua pemboleh ubah kajian dan faktor-faktor demografi seperti jantina, umur, bangsa, jenis rumah kediaman, kelulusan dan penglibatan komuniti setempat dengan aktiviti Rukun Tetangga dalam masa setahun. Selain itu, bab ini juga akan membicarakan tentang persampelan, sumber data, pengukuran, penganalisisan data, lokasi kajian dan batasan kajian.
  • 9. Manakala dalam Bab Empat pula akan membincangkan hasil kajian yang telah ditemui dalam penyelidikan ini dan disertakan dengan perbincangan atau ulasan mengenai penemuan tersebut. Manakala dalam Bab Lima, iaitu bahagian terakhir dalam penyelidikan ini yang akan merumus atau membuat kesimpulan mengenai penyelidikan yang telah dilakukan. Ini termasuklah gambaran ringkas kajian, penemuan utama kajian, implikasi kajian, limitasi kajian serta arah tuju penyelidikan yang boleh dijalankan pada masa akan datang. 9