SlideShare a Scribd company logo
1 of 37
Download to read offline
BAB EMPAT 
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN 
83 
4.1. Pengenalan 
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi komuniti Rukun Tetangga 
(KRT) terhadap kepuasan komunikasi kepemimpinan (bertimbang rasa, 
keterbukaan, memberi sokongan dan penyertaan), komitmen kepimpinan dalam 
kalangan kepimpinan RT. Selain itu, kajian ini juga bertujuan melihat persepsi 
responden kajian terhadap aktiviti serta harapan negara terhadap aktiviti Rukun 
Tetangga. 
Data yang diperolehi daripada jawapan soal selidik dianalisis dan dikemukakan 
dalam bab ini. Keputusan yang diambil semuanya berdasarkan pentafsiran ke atas 
hasil pemprosesan data yang diperolehi daripada jawapan soal selidik. Seramai 
2,716 orang responden yang telah memberikan maklum balas daripada 
sejumlah 3000 soal selidik yang diedarkan. Ini bermakna 91% responden 
memberikan kerjasama menjawab dan memulangkan soal selidik tersebut. 
Berikut akan dibentangkan hasil kajian dan perbincangan mengenainya.
84 
4.2. Latar belakang responden 
Seramai 2,716 orang responden telah memberi maklumbalas terhadap soal selidik 
yang telah diedarkan. Pemilihan responden menepati sasaran kajian. Sasaran 
kajian dalam pemilihan responden adalah 300 orang minima bagi negeri-negeri 
yang mempunyai jumlah populasi besar seperti Kedah (365 orang), Pulau Pinang 
(400 orang), Perak (400 orang), Selangor (400 orang), dan Terengganu (350 
orang). Manakala bagi negeri Perlis (300 orang), Melaka (350 orang), Kelantan 
(101 orang) dan Negeri Sembilan (50 orang) jumlah responden sasaran adalah 
200 orang. Pemilihan responden kajian berdasarkan kegiatan KRT setempat. 
Jadual 4.1 memerihalkan jumlah responden mengikut negeri yang menjadi 
kawasan kajian. 
Jadual 4.1 
Jumlah Responden Kajian Mengikut Negeri 
(n = 2716) 
Negeri 
Responden 
Peratus 
Kedah 365 14 
Perlis 300 11 
Selangor 400 15 
Pulau Pinang 400 15 
Melaka 350 13 
Perak 400 15 
Terengganu 
350 13 
Kelantan 101 3 
Negeri Sembilan 50 1 
Jumlah 2716 100
85 
4.2.1. Jantina dan Umur 
Jadual 4.2. menunjukkan 51 peratus atau seramai 1,381 daripada responden dalam 
kajian ini adalah lelaki, manakala seramai 1,335 orang responden atau 49 peratus 
adalah perempuan. Jadual 4.3. menunjukkan bahawa kebanyakan responden 
dalam kajian ini berumur antara 26 hingga 35 tahun, iaitu seramai 932 orang 
(34%), 28 peratus berumur dalam lingkungan 36 hingga 45 tahun, 22 peratus 
berumur kurang 25 tahun, yang mewakili 605 orang dan 15 peratus adalah mereka 
yang berumur lebih daripada 46 tahun, iaitu seramai 421 orang. 
Jadual 4.2 
Taburan Responden Mengikut Jantina 
(n = 2716) 
Jantina Kekerapan Peratus 
Lelaki 1381 51 
Perempuan 1335 49 
Jumlah 2716 100 
Jadual 4.3 
Taburan Responden Mengikut Umur 
(n = 2716) 
Umur Kekerapan Peratus 
25 ke bawah 605 22 
26-35 932 34 
36-45 758 28 
46-56 356 13 
57 ke atas 65 2 
Jumlah 2716 100
86 
4.2.2. Bangsa 
Jadual 4.4 menunjukkan bahawa majoriti responden dalam kajian ini adalah 
terdiri daripada bangsa Melayu iaitu seramai 1,847 orang (68%). Manakala 
mereka yang berbangsa Cina adalah seramai 544 orang atau 20 peratus dari 
jumlah responden, diikuti bangsa India seramai 307 orang (11%) dan lain-lain 
seramai 18 orang atau 1 peratus. 
Jadual 4.4 
Taburan Responden Mengikut Bangsa 
(n = 2716) 
Bangsa Kekerapan 
Peratus 
Melayu 1847 68 
Cina 544 20 
India 307 11 
Lain-lain 18 1 
Jumlah 2716 100 
4.2.3. Jenis Rumah Kediaman 
Jadual 4.5 menunjukkan bahawa majoriti responden dalam kajian ini menduduki 
jenis rumah kediaman kos sederhana, iaitu sebanyak 1,268 atau 46 peratus. 
Manakala mereka yang menduduki jenis rumah kediaman kos rendah adalah 914 
(34%), diikuti jenis rumah kediaman kos mewah adalah seramai 455 orang (17%) 
dan seramai 79 orang atau 3 peratus menduduki jenis rumah kediaman kampung.
Jadual 4.5 
Taburan Responden Mengikut Jenis Rumah Kediaman 
(n = 2716) 
Jenis Kekerapan 
Peratus 
Kos rendah 914 34 
Kos sederhana 1268 46 
Kos mewah 455 17 
Rumah Kampung 79 3 
Jumlah 2716 100 
87 
4.2.4. Kelulusan 
Jadual 4.6 menunjukkan bahawa majoriti responden dalam kajian ini memiliki 
kelulusan tertinggi pada tahap SPM/MCE, iaitu seramai 1,195 orang (44 %). 
Manakala mereka yang berkelulusan Diploma adalah seramai 641 orang atau 24 
peratus dari jumlah responden, 492 orang mempunyai kelulusan STPM dan 
seramai 331 orang atau 12 peratus dari responden berkelulusan Ijazah. Selebihnya 
mereka yang mempunyai kelulusan PMR ke bawah seramai 57 orang (2%). 
Jadual 4.6 
Taburan Responden Mengikut Kelulusan 
(n = 2716) 
Kelulusan Kekerapan 
Peratus 
PMR 57 2 
SPM/MCE 1195 44 
STPM/HSC/SIJIL 492 18 
DIPLOMA 641 24 
IJAZAH 331 12 
Jumlah 2716 100
4.2.5. Penglibatan Komuniti Dengan Aktiviti Rukun Tetangga 
Dapatan dari analisis menunjukkan bahawa 57 peratus atau 1,549 orang 
responden melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh RT. 
Selebihnya, iaitu 43 peratus (1,167) tidak pernah melibatkan diri dengan aktiviti 
RT, walaupun demikian mereka mempunyai persepsi yang tinggi terhadap 
kepimpinan RT. Kebarangkalian untuk tidak melibatkan diri dengan aktiviti RT 
adalah disebabkan oleh kekangan tugas. Dapatan dari temu bual yang dijalankan 
menunjukkan antara punca mereka tidak melibatkan diri adalah kerana kekangan 
masa dan tugas, kesesuaian aktiviti dengan umur responden dan program yang 
88 
diaturkan kurang menarik. 
Jadual 4.7 
Taburan Responden Mengikut Penglibatan Dalam Aktiviti Rukun Tetangga 
(n = 2716) 
Penglibatan Kekerapan 
Peratus 
Melibatkan diri 1549 57 
Tidak terlibat 1167 43 
Jumlah 2716 100 
Jadual 4.8 menunjukkan bahawa terdapat responden yang tidak melibatkan diri 
dalam aktiviti Rukun Tetangga seramai 1,167 orang (43%). Manakala mereka 
yang melibatkan diri dengan 1 hingga 2 aktiviti Rukun Tetangga terbanyak (757 
orang) atau 28 peratus. Dua puluh dua peratus (22%) atau seramai 593 responden
melibatkan diri dalam 3 hingga 5 aktiviti RT, hanya 7 peratus atau 199 
responden yang melibatkan diri mereka dengan lebih dari enam (6) aktiviti Rukun 
Tetangga. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden memberikan 
komitmen yang sederhana terhadap aktiviti RT. Penglibatan yang rendah 
terhadap aktiviti RT berkemungkinan disebabkan oleh kekangan masa dan 
tugasan lain yang menghalang mereka menyertai aktiviti RT dengan aktif. 
Jadual 4.8 
Taburan Responden Mengikut Penglibatan Dengan Program Mengikut 
Kekerapan Penyertaan 
(n= 2716) 
89 
Bilangan aktiviti 
disertai 
Kekerapan Peratus 
Tiada aktiviti 1167 43 
1 hingga 2 aktiviti 757 28 
3 hingga 5 aktiviti 593 22 
6 hingga 8 aktiviti 141 5 
Lebih dari 9 aktiviti 58 2 
Jumlah 2716 100 
4.3. Kepuasan Komunikasi Kepemimpinan 
4.3.1. Bertimbang Rasa 
Dapatan dari kajian menunjukkan bahawa tahap kepuasan responden terhadap 
sifat ketua yang bersifat bertimbang rasa adalah sederhana dengan min 
keseluruhan 3.47 dengan sisihan piawai 0.95. Jadual 4.9 memerihalkan persepsi
responden yang tinggi terhadap sifat kepimpinan Rukun Tetangga (RT) dalam 
menyediakan persekitaran yang selesa, 47 peratus atau 1,280 orang responden 
menyatakan tahap kepuasan yang tinggi. Begitu juga dengan persepsi responden 
terhadap persekitaran yang selesa yang disediakan oleh kepimpinan RT dalam 
menjalankan aktiviti–aktiviti yang selari dengan matlamat RT. 
Namun, kebanyakan responden atau 38 peratus menyatakan tahap kepuasan yang 
sederhana terhadap sifat tolak ansur komunikasi kepimpinan yang diamalkan 
oleh pemimpin RT. Begitu juga dengan kesediaan kepimpinan RT mengambil 
berat terhadap kebajikan ahli komuniti RT, dapatan dari kajian ini menunjukkan 
persepsi yang sederhana terhadap amalan ini, dengan 1,121 orang atau 41 peratus 
menyatakan kepuasan yang tinggi, 918 atau 34 peratus daripada responden 
menyatakan persepsi yang sederhana dan 11 peratus menyatakan persepsi yang 
rendah atau 304 orang. Berbanding dengan hanya 11 peratus atau 294 orang 
responden menyatakan tahap kepuasan yang tinggi terhadap perlakuan 
kepimpinan yang bersifat bertimbang rasa. 
Jadual 4.9 
Kepuasan Komunikasi Kepemimpinan Dari Segi Bertimbang Rasa 
(n = 2716) 
90 
Item 5 
f % 
4 
f % 
3 
f % 
2 
f % 
1 
f % 
1 Memahami kebolehan 
saya 
Min 3.47 sd. 0.91 
229 8 1280 47 866 32 237 9 104 4
91 
2 Menyediakan 
persekitaran yang 
selesa 
Min 3.53 sd. 0.91 
257 
9 
1369 
50 
729 
27 
281 
10 
80 
3 
3 Mengambil berat 
kebajikan komuniti 
Min 3.46 sd. 0.93 
294 
11 
1121 
41 
918 
34 
304 
11 
79 
3 
4 Seorang yang bertolak 
ansur 
Min 3.46 sd. 1.00 
398 
15 
941 
35 
1030 38 206 8 141 
5 
4.3.2. Keterbukaan 
Amalan keterbukaan yang diamalkan dalam komunikasi kepimpinan RT telah 
menunjukkan persepsi tinggi tahap kepuasannya. Hasil analisis menunjukkan 
bahawa kepimpinan RT bersedia mendengar pendapat ahli komuniti, dengan 56 
peratus atau 1,530 orang responden menyatakan tahap kepuasan atas kesediaan 
pemimpin RT mendengar pendapat. Begitu dengan kesediaan kepimpinan RT 
untuk berkongsi maklumat mengenai urusan komuniti, dapatan menunjukkan 
bahawa 55 peratus atau 1,490 orang responden, manakala 1,226 orang atau 45 
peratus dari responden menyatakan kepuasan yang sederhana rendah. Dari aspek 
kepuasan terhadap sifat kepimpinan yang bersedia menerima teguran yang 
membina. 
Dapatan dari kajian ini menunjukkan bahawa 1,305 orang responden atau 49 
peratus menyatakan persepsi yang rendah, dan hanya 1,413 orang responden atau 
51 peratus menyatakan tahap kepuasan yang sederhana-rendah. Jadual 4.10
memerihalkan dapatan analisis persespsi responden terhadap amalan bertimbang 
92 
rasa kepimpinan RT. 
Jadual 4.10 
Kepuasan Komunikasi Kepemimpinan Dari Segi Keterbukaan 
(n = 2716) 
Item 5 
f % 
4 
f % 
3 
f % 
2 
f % 
1 
f % 
Menerima teguran yang 
membina 
Min 3.47 sd. 1.03 
409 15 1004 37 914 34 239 9 152 6 
Mendengar pendapat 
Min 3.57 sd. 0.96 
412 15 1120 41 872 32 216 8 96 4 
Mudah berbincang 
Min 3.55 sd. 0.99 
435 16 1085 40 825 30 279 10 92 3 
Kongsi maklumat 
mengenai urusan 
komuniti 
Min 3.54 sd. 0.95 
394 15 1096 40 857 32 307 11 62 2 
4.3.3. Memberi Sokongan 
Jadual 4.13 menunjukkan tahap kepuasan komunikasi kepimpinan dari sokongan 
yang ditunjukkan oleh kepimpinan RT adalah sederhana dengan min 3.46 sisihan 
piawai 0.96. Dapatan dari analisis mendapati kebanyakan responden menyatakan 
persepsi yang sederhana terhadap kesediaan pemimpin untuk memberi maklumat 
mengenai aktiviti RT. Hasil analisis menunjukkan bahawa 53 peratus atau 1,468 
orang responden menyatakan tahap kepuasan yang tinggi, manakala selebihnya 
iaitu 47 peratus atau 1,278 responden menyatakan tahap kepuasan yang sederhana 
rendah. Begitu juga dengan persepsi responden terhadap kesediaan pemimpin
untuk melibatkan diri dengan aktiviti RT, hanya 50 peratus menyatakan tahap 
kepuasan yang tinggi dan 50 peratus lagi menyatakan persepsi yang sederhana 
rendah. Manakala persepsi responden mengenai kemesraan (min 3.51, sd. 1.02) 
yang ditunjukkan oleh kepimpinan RT dan kejelasan terhadap maklumat yang 
diberikan (min 3.46 dengan sisihan piawai 0.96). Dapatan kajian menunjukkan 
kebanyakan responden menyatakan tahap kepuasan yang sederhana. Jadual 4.11 
memerihalkan dapatan terhadap item-item pengukuran persepsi responden 
terhadap sifat sokongan kepimpinan RT. 
Jadual 4.11 
Kepuasan Komunikasi Kepemimpinan Dari Segi Memberi Sokongan 
(n = 2716) 
93 
5 
f % 
4 
f % 
3 
f % 
2 
f % 
1 
f % 
1 
Memberi maklumat 
mengenai aktiviti RT 
Min 3.48 sd. 0.98 
362 13 1076 40 882 33 289 11 107 4 
2 Melibatkan diri dengan 
aktiviti RT 
Min 3.39 sd. 1.00 
316 12 1031 38 913 34 320 12 136 5 
3 
Mengiktiraf 
sumbangan kerja yang 
baik 
Min 3.48 sd. 0.97 
332 12 1133 42 867 32 269 10 115 4 
4 Menunjukkan 
kemesraan 
Min 3.51 sd. 1.02 
399 15 1117 41 787 29 287 11 126 5 
5 Berikan maklumat 
yang jelas 
Min 3.46 sd. 0.96 
332 12 1101 41 868 32 326 12 89 3
94 
4.3.4. Penyertaan 
Amalan penyertaan yang diamalkan dalam komunikasi kepimpinan RT 
menunjukkan persepsi yang sederhana-tinggi tahap kepuasannya. Hasil analisis 
menunjukkan bahawa kepimpinan RT bersedia memberi peluang pada ahli 
komuniti untuk memberi cadangan, dengan 54 peratus atau 1,454 orang 
responden. Begitu dengan kesediaan kepimpinan RT untuk mengalakkan kerja 
berpasukan dalam kalangan komuniti terhadap aktiviti RT, dapatan menunjukkan 
bahawa 52 peratus atau 1,425 orang responden, manakala 1,291 orang atau 48 
peratus dari responden menyatakan kepuasan yang sederhana rendah. 
Dari aspek kepuasan terhadap sifat kepimpinan yang bersedia melibatkan 
komuniti dalam proses penyelesaian masalah RT , dapatan dari kajian ini 
menunjukkan bahawa 1,350 orang responden atau 50 peratus menyatakan 
persepsi yang sederhana rendah, dan hanya 1366 orang responden atau 50 peratus 
menyatakan tahap kepuasan yang tinggi. Begitu juga dengan penglibatan mereka 
dengan pengurusan RT, kebanyakkan responden menyatakan persepsi yang 
sederhana-rendah, dengan 56 peratus menyatakan tahap kepuasan yang 
sederhana-rendah, dan hanya 46 peratus yang menyatakan tahap kepuasan yang 
tinggi. Jadual 4.12 memerihalkan dapatan analisis persepsi responden terhadap 
kepuasan komunikasi kepemimpinan dari segi penyertaan.
Jadual 4.12 
Kepuasan Komunikasi Kepemimpinan Dari Segi Penyertaan 
(n = 2716) 
95 
Item 5 
f % 
4 
f % 
3 
f % 
2 
f % 
1 
f % 
1 Memberi peluang 
kepada komuniti 
memberi cadangan 
Min 3.51sd. 0.97 
397 15 1057 39 898 33 275 10 87 3 
2 Menggalakkan kerja 
berpasukan 
Min 3.50 sd. 0.94 
358 13 1067 39 958 35 245 9 88 3 
3 Melibatkan komuniti 
dalam proses 
menyelesaikan 
masalah 
Min 3.47 sd. 0.93 
336 12 1030 38 991 37 289 11 70 3 
4 Menggalakkan 
penglibatan komuniti 
dalam pengurusan RT 
Min 3.42 sd. 0.92 
323 12 922 34 1121 41 274 10 76 3 
4.3.5. Keseluruhan Kepuasan Komunikasi Kepemimpinan 
Jadual 4.13 
Taburan Keseluruhan Kepuasan Komunikasi Kepemimpinan 
(n = 2716) 
Item Tinggi 
f % 
Sederhana 
f % 
Rendah 
f % 
1 Bertimbang rasa 
Min 3.48 sd. 0.73 
1650 61 891 33 1 7 5 6 
2 Keterbukaan 
Min 3.53 sd. 0.77 
1666 62 869 32 1 8 1 6
96 
3 Memberi 
sokongan 
Min 3.46 sd. 0.76 
1416 54 961 35 3 0 2 11 
4 Penyertaan 
Min 3.48 sd. 0.74 
1595 57 961 33 2 0 5 8 
4.4. Pemerihalan Komitmen Kepimpinan 
Bahagian ini akan memerihalkan dapatan analisis berdasarkan persepsi responden 
terhadap komitmen yang diamalkan oleh kepimpinan RT oleh komuniti Rukun 
Tetangga. Sebanyak empat faktor telah dikenal pasti bagi meninjau tahap 
komitmen pemimpin, iaitu empati, perkongsian, berwawasan dan kerja 
berpasukan. Faktor-faktor ini banyak digunakan untuk mengukur komitmen yang 
diamalkan. 
4.4.1. Persepsi Responden Terhadap Sifat Empati Pemimpin 
Dapatan dari kajian menunjukkan bahawa tahap kepuasan responden terhadap 
sifat ketua yang bersifat empati adalah tinggi dengan min keseluruhan 3.53 
dengan sisihan piawai 0.66. Jadual 4.14 memerihalkan persepsi responden yang 
tinggi terhadap sifat empati komitmen kepimpinan Rukun Tetangga (RT) yang 
sentiasa memberi komitmen terhadap RT, 63 peratus atau 1,714 orang responden 
menyatakan tahap kepuasan yang tinggi. Begitu juga dengan persepsi responden 
yang tinggi (68 peratus menyatakan persepsi yang tinggi) terhadap persekitaran 
yang kondusif yang disediakan oleh kepimpinan RT dalam menjalankan aktiviti– 
aktiviti yang selari dengan matlamat RT. Kebanyakan responden atau 54 peratus
menyatakan tahap kepuasan yang tinggi terhadap sifat ketua yang mengambil 
berat kebajikan komuniti oleh pemimpin RT. Begitu juga dengan kesediaan 
kepimpinan RT yang meletakkan kepentingan aktiviti RT lebih daripada urusan 
peribadi, dapatan dari kajian ini menunjukkan persepsi yang tinggi terhadap 
amalan ini, dengan 1,577 orang atau 58 peratus menyatakan kepuasan yang tinggi, 
1,139 atau 42 peratus daripada responden menyatakan persepsi yang sederhana. 
Jadual 4.14 memerihalkan hasil analisis deskriptif item-item pengukuran sifat 
97 
empati pemimpin. 
Jadual 4.14 
Persepsi Responden Terhadap Sifat Empati Pemimpin 
(n= 2716) 
Item 5 
f % 
4 
f % 
3 
f % 
2 
f % 
1 
f % 
1 Sentiasa memberi 
komitmen terhadap 
RT 
Min 3.63 sd. 0.89 
354 13 1360 50 720 29 217 8 65 2 
2 Sentiasa 
menyediakan 
persekitaran yang 
kondusif 
Min 3.64 sd. 0.89 
341 13 1439 53 641 24 224 8 71 3 
3 Sentiasa mengambil 
berat kebajikan 
komuniti 
Min 3.51 sd. 0.92 
367 14 1086 40 898 33 318 12 47 2 
4 Meletakan 
kepentingan aktiviti 
RT lebih daripada 
urusan peribadi 
Min 3.57 sd. 0.95 
410 15 1167 43 817 30 230 9 92 3
4.4.2. Persepsi Responden Terhadap Sifat Perkongsian Pemimpin 
Amalan perkongsian yang diamalkan dalam kalangan pimpinan RT yang 
diamalkan menunjukkan persepsi yang sederhana-tinggi tahap kepuasannya. Hasil 
analisis menunjukkan bahawa kepimpinan RT kurang bertolak ansur dengan ahli 
komuniti. Hasil analisis menunjukkan 60 peratus atau 1,624 orang responden 
menyatakan tahap kepuasan yang sederhana rendah dan hanya 40 peratus atau 
1,092 orang responden menyatakan tahap persepsi yang tinggi terhadap amalan 
ini. Begitu dengan kesediaan kepimpinan RT untuk menerima teguran yang 
membina dalam kalangan komuniti terhadap aktiviti RT, dapatan menunjukkan 
bahawa 60 peratus atau 1,624 orang responden menyatakan amalan ini adalah 
98 
sederhana rendah. 
Sebaliknya, dari aspek amalan pimpinan yang bersedia mendengar pendapat ahli 
KRT , dapatan dari kajian ini menunjukkan bahawa 1,134 orang responden atau 
42 peratus menyatakan persepsi yang sederhana rendah dan 1,582 orang 
responden atau 58 peratus menyatakan tahap amalan yang tinggi. Begitu juga 
dengan amalan kepimpinan RT yang sentiasa berkongsi maklumat mengenai 
aktiviti RT, kebanyakkan responden menyatakan persepsi yang tinggi, dengan 60 
peratus menyatakan tahap kepuasan yang tinggi, dan hanya 40 peratus yang 
menyatakan tahap kepuasan yang sederhana-rendah. Jadual 4.15 memerihalkan 
dapatan analisis persepsi responden terhadap sifat perkongsian pemimpin.
Jadual 4.15 
Persepsi Responden Terhadap Sifat Perkongsian Pemimpin 
(n= 2716) 
99 
Item 5 
f % 
4 
f % 
3 
f % 
2 
f % 
1 
f % 
1 Sentiasa 
menunjukkan 
sikap tolak ansur 
Min 3.33 sd. 0.90 
262 10 830 30 1269 47 261 10 94 3 
2 Sentiasa 
menerima teguran 
yang membina 
Min 3.33 sd. 0.90 
262 10 830 30 1269 47 261 10 94 3 
3 Sentiasa 
mendengar 
pendapat anda 
Min 3.56 sd. 1.02 
446 16 1136 42 750 28 256 9 128 5 
4 Sentiasa berkongsi 
maklumat 
mengenai aktiviti 
RT 
Min 3.56 sd. 0.93 
369 15 1191 45 823 29 258 9 75 2 
4.4.3. Persepsi Responden Terhadap Sifat Kerja Berpasukan 
Pemimpin 
Dapatan dari hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kepuasan responden 
terhadap sifat kerja berpasukan adalah tinggi dengan keseluruhan min 2.84 
dengan sisihan piawai 0.71. Jadual 4.16 menunjukkan amalan pimpinan terhadap 
aspek galakkan kerja secara berpasukan oleh kepimpinan RT adalah sederhana-rendah 
dengan min 3.54 sisihan piawai 0.95. Dapatan dari analisis mendapati 
kebanyakan responden menyatakan persepsi yang sederhana-rendah terhadap
kesediaan pemimpin untuk menyelesaikan masalah mengenai aktiviti RT. Hasil 
analisis menunjukkan bahawa 52 peratus atau 1,412 orang responden menyatakan 
tahap kepuasan yang tinggi, manakala selebihnya, iaitu 48 peratus atau 1,204 
responden menyatakan tahap kepuasan yang sederhana rendah. Begitu juga 
dengan persepsi responden terhadap kesediaan pemimpin untuk melibatkan diri 
dengan aktiviti RT, hanya 58 peratus menyatakan tahap kepuasan yang tinggi, dan 
42 peratus lagi menyatakan persepsi yang sederhana rendah. Manakala persepsi 
responden mengenai mudah diajak berbincang (min 3.53, sd 0.92) yang 
100 
ditunjukkan oleh kepimpinan RT. 
Jadual 4.16 
Persepsi Responden Terhadap Sifat Kerja Berpasukan Pemimpin 
(n = 2716) 
Item 5 
f % 
4 
f % 
3 
f % 
2 
f % 
1 
f % 
1 Mengalakkan kerja 
secara berpasukan 
Min 3.54 sd. 0.95 
374 14 1145 42 861 32 246 9 90 3 
2 Sentiasa berbincang 
untuk selesai 
masalah RT 
Min 3.47 sd. 0.94 
331 12 1081 40 947 35 266 10 91 3 
3 Sentiasa 
mendapatkan 
penglibatan semua 
Min 3.54 sd. 0.95 
381 14 1156 43 831 30 269 10 79 3 
4 Mudah untuk diajak 
berbincang 
Min 3.53 sd. 0.92 
329 12 1174 43 885 33 255 9 73 3
4.4.4. Persepsi Responden Terhadap Sifat Kepemimpinan 
101 
Berwawasan 
Dapatan dari kajian menunjukkan bahawa tahap kepuasan responden terhadap 
sifat ketua yang berwawasan adalah tinggi dengan min keseluruhan 3.51 dengan 
sisihan piawai 0.71. Jadual 4.18 memerihalkan persepsi responden yang tinggi 
terhadap sifat kepimpinan Rukun Tetangga (RT) yang sentiasa memberi 
pengiktirafan kerja yang dilakukan oleh komuniti RT, 54 peratus atau 1,465 
orang responden menyatakan tahap kepuasan yang tinggi, dan hanya 46 peratus 
menyatakan tahap kepuasan yang sederhana-rendah. Begitu juga dengan persepsi 
responden yang tinggi (58 peratus menyatakan persepsi yang tinggi) terhadap 
kemesraan yang diamalkan oleh kepimpinan RT dalam menjalankan aktiviti– 
aktiviti yang selari dengan matlamat RT, hanya 42 peratus atau 1,251 orang 
responden menyatakan tahap yang sederhana-rendah. 
Kebanyakan responden (56 peratus), iaitu seramai 1,507 orang responden 
menyatakan tahap kepuasan yang tinggi terhadap sifat ketua yang sentiasa 
memaklumkan maklumat terkini oleh pemimpin RT. Begitu juga dengan 
kesediaan kepimpinan RT yang sentiasa mengalakkan penglibatan dalam 
kalangan ahli KRT, dapatan dari kajian ini menunjukkan persepsi yang tinggi 
terhadap amalan ini, dengan 1,526 orang atau 56 peratus menyatakan tahap 
kepuasan yang tinggi, 1,230 atau 44 peratus daripada responden menyatakan 
persepsi yang sederhana. Sebaliknya, sifat pemimpin yang sentiasa meminta 
cadangan sebelum sesuatu aktiviti dilaksanakan mendapat persepsi yang tinggi,
iaitu 54 peratus (1,466 orang) dari responden, hanya 46 peratus atau 1,250 orang 
responden menyatakan tahap yang sederhana-rendah terhadap amalan ini dalam 
kalangan kepimpinan RT. Jadual 4.17 memerihalkan hasil analisis deskriptif item-item 
pengukuran sifat berwawasan pemimpin RT. 
Jadual 4.17 
Persepsi Responden Terhadap Sifat Berwawasan Pemimpin 
(n= 2716) 
102 
Item 5 
f % 
4 
f % 
3 
f % 
2 
f % 
1 
f % 
1 Sentiasa 
mengiktiraf kerja-kerja 
yang 
dilakukan 
Min 3.51 sd. 0.94 
340 13 1125 41 907 33 257 10 87 3 
2 Sentiasa tunjuk 
kemesraan 
Min 3.58 sd. 0.93 
405 15 1157 43 835 31 251 9 68 3 
3 Memaklumkan 
maklumat terkini 
aktiviti RT 
Min 3.52 sd. 0.97 
378 14 1129 42 840 30 271 10 98 4 
4 Sentiasa minta 
cadangan sebelum 
sesuatu aktiviti 
dilaksanakan 
Min 3.49 sd. 0.95 
343 13 1123 41 877 32 282 11 91 3 
5 Menggalakkan 
penglibatan 
komuniti 
Min 3.55 sd. 0.96 
406 15 1120 41 890 41 256 10 84 3
4.4.5. Keseluruhan Sifat Komitmen Pemimpin 
Hasil analisis menunjukkan bahawa kebanyakkan responden menyatakan tahap 
kepuasan yang sederhana pada sifat komitmen ketua, 59 peratus dari responden 
menyatakan kepauasan yang sederhana rendah terhadap amalan berpasukan dalam 
kalangan ketua. Ini menunjukkan bahawa ketua kurang menunjukkan sikap kerja 
berpasukan. Walau bagaimanapun, kebnayakan responden menyatakan tahap 
kepuasan yang tinggi terhadap sifat empati dan sifat berwawasan yang diamalkan 
oleh kepimpinan RT. Begitu juga dengan sifat perkongsian yang tinggi yang 
diamalkan oleh ketua. Jadual 4.18 memerihalkan analisis frekuensi sifat 
komitmen ketua dalam kalangan ahli-ahli komuniti RT. 
Jadual 4.18 
Taburan Keseluruhan Sifat Komitmen Pemimpin 
(n= 2716) 
Item Tinggi 
f % 
103 
Sederhana 
f % 
Rendah 
f % 
1 Empati 
Min 3.53 sd. 0.66 
1805 77 743 17 1 6 8 6 
2 Perkongsian 
Min 3.49 sd. 0.69 
1677 62 828 30 2 1 1 8 
3 Berwawasan 
Min 3.51 sd. 0.71 
1468 54 994 37 2 5 4 9 
4 Berpasukan 
Min 2.84 sd. 0.59 
348 13 1617 59 7 5 1 28
4.5. Persepsi Terhadap Aktiviti Rukun Tetangga 
Aktiviti yang dijalankan oleh RT berperanan besar membantu menggalakkan 
Perpaduan Masyarakat dan Integrasi Nasional. Bahagian ini akan memerihalkan 
dapatan yang diperolehi dari maklum balas responden terhadap aktiviti yang 
dijalankan serta tahap pencapaian matlamat yang ditetapkan oleh kerajaan untuk 
program Rukun Tetangga. Asas analisis dibuat berdasarkan pada lapan (8) aktiviti 
yang sering dilaksanakan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional 
melalui Rukun Tetangga setempat. Lapan (8) aktiviti tersebut adalah Sambutan 
Perayaan, Pendidikan, Sukan, Rekreasi, Kempen Kebersihan, Kebajikan, 
Keselamatan dan Kesenian serta Kebudayaan. 
Aktiviti perpaduan masyarakat yang dijalankan pimpinan RT telah menunjukkan 
persepsi yang sangat positif. Hasil analisis menunjukkan bahawa aktiviti yang 
dijalankan oleh RT mendapat sokongan serta tanggapan yang tinggi. Hasil 
analisis menunjukkan 72 peratus atau 1,948 orang responden menyatakan tahap 
kepuasan yang tinggi terhadap aktiviti sambutan perayaan yang dijalankan, dan 
hanya 28 peratus atau 768 orang responden menyatakan tahap persepsi yang 
sederhana terhadap aktiviti ini. Begitu dengan aktiviti kempen kebersihan dan 
aktiviti kebajikan yang dilaksanakan oleh RT. Dapatan menunjukkan bahawa 67 
peratus atau 1,735 orang responden menyatakan amalan ini adalah tinggi 
kesesuaiannya. Begitu juga dengan aktiviti kempen kebersihan, 66 peratus (1,716 
orang) dari responden menyatakan persepsi yang tinggi. Sebaliknya, dari aspek 
104
amalan aktiviti rekreasi seperti Tai Chi, kebanyakan responden menyatakan 
tanggapan yang sederhana, iaitu 56 peratus atau 1,518 orang responden. 
Manakala aktiviti keselamatan seperti rondaan sukarela (min 3.75; sd.1.00) dan 
aktiviti kesenian serta kebudayaan (min:, sd.3.68; sd.0.99) mempunyai tanggapan 
yang tinggi. Hasil analisis menunjukkan 67 peratus atau 1,804 orang responden 
sangat setuju dengan aktiviti ini, hanya 33 peratus atau 912 menyatakan 
tanggapan yang sederhana. Begitu juga dengan aktiviti kesenian dan kebudayaan, 
63 peratus dari responden atau 1,697 orang menyatakan tanggapan yang sangat 
tinggi, hanya 37 peratus responden menyatakan tanggapan yang sederhana. 
Kebanyakkan responden juga menyatakan tanggapan yang tinggi terhadap aktiviti 
pendidikan (min 3.51,sd.0.92) dan sukan (min 3.61,sd.0.99). Analisis yang 
dijalankan menunjukkan 60 peratus menyatakan tahap kepuasan yang tinggi 
terhadap aktiviti sukan yang dijalankan, khususnya program sukaneka, dan 59 
peratus yang menyatakan kesetujuan yang tinggi terhadap aktiviti pendidikan, 
khususnya pendidikan tidak formal. Jadual 4.19 memerihalkan dapatan analisis 
persespsi responden terhadap aktiviti yang dijalankan oleh Rukun Tetangga. 
105
Jadual 4.19 
Persepsi Responden Terhadap Aktiviti-Aktiviti Rukun Tetangga 
(n= 2716) 
106 
Item 5 
f % 
4 
f % 
3 
f % 
2 
f % 
1 
f % 
1 Sambutan 
perayaan-perayaan 
Min 3.84 sd. 
0.99 
692 26 1256 46 515 19 153 6 100 4 
2 Pendidikan – 
Pendidikan 
Tidak Formal 
Min 3.51 sd. 
0.92 
291 11 1290 48 732 27 338 12 65 2 
3 Sukan – 
Sukaneka 
Min 3.61 sd. 
0.99 
496 18 1145 42 676 25 332 12 67 2 
4 Rekreasi – Tai- 
Chi 
Min 3.30 sd. 
1.01 
291 11 907 33 1000 37 369 14 149 6 
5 kempen 
kebersihan 
Min 3.69 
sd.1.05 
629 23 1087 43 665 25 206 8 129 5 
6 Kebajikan-bantu 
mangsa 
banjir 
Min 3.73 sd. 
0.95 
582 24 1153 43 732 27 185 7 64 2
107 
7 Keselamatan – 
Rondaan 
sukarela 
Min 3.75 sd. 
1.00 
649 24 1155 43 605 22 220 8 87 3 
8 Kesenian & 
Kebudayaan 
Min 3.68 sd. 
0.99 
566 21 1131 42 705 26 232 9 82 3 
4.6. Persepsi Responden Terhadap Pencapaian Dasar atau Matlamat 
Rukun Tetangga 
Bahagian ini memerihalkan persepsi responden terhadap tahap pencapaian dasar 
dan matlamat penubuhan Rukun Tetangga. Keseluruhannya, hasil analisis 
menunjukkan bahawa kebanyakkan responden menyatakan tahap pencapaian 
sasaran program RT telah berjaya mencapai matlamatnya. 
Dapatan dari kajian menunjukkan bahawa program Rukun Tetangga Berjaya 
menerapkan nilai-nilai kewarganegaraan, dengan min keseluruhan 3.70 dengan 
sisihan piawai 0.89. Dari taburan kekerapan pula kebanyakan responden, iaitu 66 
peratus atau 1,792 orang responden menyatakan kesetujuan mereka yang tinggi, 
44 peratus atau 924 orang responden menyatakan tanggapan yang sederhana-rendah. 
Begitu juga dengan kejayaan program RT menyelaraskan program atau 
aktiviti perpaduan dengan agensi kerajaan dan swasta. Kebanyakan responden, 
iaitu 63 peratus menyatakan persetujuan, dan 37 peratus menyatakan tahap 
sederhana.
Begitu juga dengan tanggapan responden yang tinggi (min 3.63, sd.0.91) terhadap 
kejayaan Rukun Tetangga (RT) membantu mencegah konflik kaum, dengan 62 
peratus atau 1,673 orang responden telah menyatakan persetujuannya. Begitu juga 
dengan kesetujuan mereka terhadap kejayaan RT yang telah berjaya mewujudkan 
rasa prihatin sesama individu dalam masyarakat. Hasil analisis menunjukkan 62 
peratus responden bersetuju dengan kenyataan ini, dan 38 peratus menyatakan 
tanggapan yang sederhana. Dari aspek persefahaman dan perpaduan berdasarkan 
falsafah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” berjaya diterapkan oleh 
program RT. Dapatan analisis menunjukkan 61 peratus atau 1,642 orang 
responden menyatakan tahap setuju yang tinggi, hanyan 39 peratus atau 1,074 
orang responden menyatakan pada tahap sederhana. 
Dapatan dari analisis juga menunjukkan bahawa responden menyatakan tahap 
persetujuan yang tinggi (58 peratus atau 1,568 orang responden) terhadap 
kejayaan program RT dalam mewujudkan rasa kekitaan yang tulen. Begitu juga 
dengan kejayaan RT mengesan perhubungan antara kaum dan masyarakat, 61 
peratus menyatakan tahap setuju yang tinggi, dan 49 peratus atau seramai 1,148 
menyatakan persepsi sebaliknya atau sederhana. Jadual 4.20 memerihalkan hasil 
analisis deskriptif item-item pengukuran persepsi responden kajian terhadap tahap 
pencapaian program-program yang dilaksanakan oleh Rukun Tetangga. 
108
Jadual 4.20 
Persepsi Terhadap Pencapaian Program Rukun Tetangga 
(n=2716) 
109 
Item 5 
f % 
4 
f % 
3 
f % 
2 
f % 
1 
f % 
1. 
Berjaya menerapkan 
nilai-nilai 
warganegaraan 
Min 3.70 sd. 0.89 
429 16 1363 50 659 24 215 8 50 2 
2. 
Berjaya menyelaraskan 
program/ aktiviti 
perpaduan dengan 
agensi-agensi kerajaan, 
swasta 
Min 3.69 sd. 0.96 
539 20 1174 43 708 26 227 8 68 3 
3. 
Berjaya membantu 
mencegah konflik antara 
kaum 
Min 3.63 sd. 0.91 
398 15 1275 47 752 28 232 9 59 2 
4. 
Berjaya mengesan 
perhubungan antara 
kaum dan masyarakat 
Min 3.60 sd. 0.92 
377 14 1287 47 717 26 273 10 62 2 
5. 
Berjaya mewujudkan 
rasa kekitaan yang tulen. 
Min 3.59 sd. 0.94 
434 16 1134 42 835 31 240 9 73 3 
6. 
Berjaya mewujudkan 
rasa prihatin, sesama 
individu dalam 
masyarakat 
Min 3.65 sd. 0.98 
500 18 1197 44 700 26 218 8 101 4 
7. 
Kata pepatah Melayu; 
“berat sama dipikul, 
ringan sama dijinjing” 
diamalkan di KRT ini 
Min 3.73 sd.1.02 
720 27 922 34 792 29 198 7 84 3
110 
4.7. Analisis Situasi 
Berdasarkan dapatan analisis data yang diperolehi, kumpulan penyelidik telah 
mengenal pasti beberapa kekuatan, kekangan, peluang serta ancaman terhadap 
persoalan komunikasi kepimpinan, komitmen kepimpinan dan persepsi responden 
terhadap aktiviti dan dasar yang ingin dicapai oleh Jabatan Perpaduan Negara dan 
Integrasi Nasional. Dalam membuat analisis situasi, empat faktor dalam melihat 
persepsi responden atau ahli KRT terhadap komunikasi kepimpinan yang 
diamalkan oleh kepimpinan RT. Faktor-faktor yang di tinjau adalah tahap amalan 
sifat bertimbangrasa, sifat keterbukaan, sifat memberi sokongan dan galakan 
penyertaan oleh kepimpinan RT. Jadual di bawah memerihalkan analisis situasi 
berdasarkan persepsi KRT terhadap kepuasan komunikasi kepimpinan. 
4.7.1 Kepimpinan Bertimbang Rasa dan Komitmen Empati 
Kepuasan Komunikasi Kepimpinan 
(Bertimbang rasa) 
Komitmen Kepimpinan 
(Empati) 
KEKUATAN 
Kebanyakan responden (Perlis, Kedah, 
Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan) 
menyatakan tahap kepuasan yang tinggi 
amalan sifat ini dalam kalangan pemimpin 
RT, terutama dalam aspek : 
- mengambil berat kebajikan komuniti, 
- memahami kebolehan 
- bertolak ansur dan 
- menyediakan persekitaran yang selesa 
Rata-ratanya responden menyatakan 
tahap empati yang tinggi di amalkan 
oleh kepimpinan RT : 
a. Sentiasa memberi komitmen 
terhadap aktiviti RT 
b. Sentiasa menyediakan 
persekitaran yang kondusif 
c. Mengambil berat kebajikan 
Komuniti 
d. Meletakkan kepentingan RT 
lebih dari kepentingan peribadi
PELUANG 
Ahli KRT sentiasa memberi sokongan 
sepenuhnya pada aktiviti yang dijalankan. 
111 
Anugerah KRT cemerlang boleh 
membantu tingkat pencapaian. 
KEKANGAN 
Bagi Negeri Terengganu, Selangor sifat ini 
mendapat persepsi yang sederhana-rendah 
dalam kalangan KRT terhadap kepimpinan 
RT. 
Saluran komunikasi yang terhad untuk 
menyuarakan permasalahan komuniti. 
Masa yang terhad untuk berinteraksi dengan 
pemimpin RT. 
Ada kalangan pemimpin tidak 
mengamalkan sifat empati, 
khususnya di negeri Selangor, 
Terengganu, Kelantan dan Melaka. 
Masih ada pemimpin yang disifatkan 
oleh responden mementingkan 
kepentingan peribadi berbanding 
kepentingan RT. 
ANCAMAN 
Sikap ahli KRT terhadap amalan ini yang 
sederhana rendah akan memberi impak pada 
jangka masa panjang. 
Perasaan ini akan menjejaskan 
halatuju JPIN untuk mengerakan 
perpaduan melalui RT. 
Dapatan dari analisis menunjukkan bahawa tidak semua ahli KRT menyatakan 
tahap kepuasan yang tinggi terhadap amalan sifat bertimbang rasa yang diamalkan 
oleh kepimpinan RT. Walaupun secara keseluruhannya adalah tinggi, tetapi bagi 
ahli di Selangor dan Terengganu mereka menyatakan persepsi yang sederhana-rendah. 
Hasil dari temubual menunjukkan bahawa mereka yang tinggal di 
Terengganu, Selangor dan Perak menyatakan kepimpinan RT tidak banyak 
berinteraksi dengan mereka, khususnya semasa merencanakan aktiviti RT, banyak 
unsur paksaan digunakan dalam melibatkan mereka dengan aktiviti RT. Begitu 
juga masa yang sangat singkat memaklumkan sesuatu aktiviti (2 - 3 hari) sebelum
aktiviti tersebut dilaksanakan. Kata seorang responden, “ kami bekerja, dan 
memerlukan tempoh masa yang lebih awal sebelum terlibat dengan sesuatu 
aktiviti RT”, ada responden yang menyatakan seperti berikut, “ketua sentiasa 
mengatakan bahawa kalau tidak melibatkan diri, kamu semua tidak sesuai atau 
tidak menunjukkan komitmen terhadap KRT”. 
Begitu juga dengan sikap mengambil berat terhadap permasalahan ahli KRT, 
Kebanyakan ahli KRT di Selangor dan Terengganu menyatakan sifat ini kurang 
diberikan perhatian oleh kepimpinan KRT. Bagi mereka pemimpin RT hendaklah 
memberi perhatian serta mengambil tindakan terhadap permasalahan yang 
dibangkitkan. Terdapat juga yang mengatakan bahawa adalah sukar untuk 
menyampaikan permasalahan komuniti kepada pihak atasan kerana kekangan 
saluran. Di antara kekangannya adalah tiada peti surat, tidak tahu pada siapa 
hendak disuarakan permasalahan mereka. 
4.7.2. Kepimpinan Yang Mengamalkan Keterbukaan 
Hasil analisis situasi yang dijalankan untuk meninjau persepsi ahli KRT terhadap 
amalan sifat ini dalam kalangan pemimpin RT menunjukkan bahawa amalan ini 
perlu dipertingkatkan, khususnya dalam perkongsian maklumat. Dapatan dari soal 
selidik menyokong dapatan temubual yang dibuat, kebanyakan responden, 
terutama yang tinggal di negeri Kelantan, Terengganu, Selangor dan Perak 
112
menyatakan antara sebab yang mereka kurang puas hati adalah sikap pemimpin 
RT yang memilih kumpulan tertentu, sebaliknya pendapat mereka tidak pernah 
diberi perhatian. Maklum balas yang diterima adalah seperti berikut: 
“ Ketua hanya membuat keputusan dengan Ahli Jawatankuasa 
saja…tanpa minta pendapat kami. Apa salahnya diedarkan kertas minta 
pendapat kami di kawasan perumahan ini. Kami bukan Puppet yang 
113 
hanya menurut perintah” 
“RT bukan Jabatan Perpaduan, setiap aktiviti yang nak dilaksanakan 
hendaklah dirancang dan dapatkan maklum balas kami…” 
Kita bukan Badan kebajikan Penduduk, yang mengadakan Mesyuarat 
Agung dan memaklumkan aktiviti yang dijalankan, kami nak tahu juga…. 
Tup-tup last minute kami diminta melibatkan diri” 
Walaupun mereka menyuarakan pendapat sebegini, dapatan dari kajian ini 
menunjukkan kebanyakan ahli KRT sentiasa berfikiran positif terhadap aktiviti 
yang dijalankan oleh RT dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. 
Namun, bagi negeri-negeri seperti Terengganu, Kelantan dan Selangor 
kebanyakkan ahli KRT menyatakan tahap kepuasan yang sederhana-rendah 
terhadap amalan perkongsian serta komitmen yang ditunjukkan oleh kepimpinan 
KRT. Di antara maklum balas yang diperolehi dari temubual yang dijalankan 
menunjukkan bahawa kepimpinan yang didokongi oleh ahli politik kepartian
akan memberi impak yang negatif, begitu juga dengan kesediaan untuk 
mendengar pendapat, kebanyakan responden menyatakan tiada saluran aktif bagi 
menyalurkan maklumat yang berkaitan dengan aktiviti RT serta kekangan dengan 
bidang tugas yang dilakukan secara sukarela. Jadual di bawah menunjukkan 
analisis situasi yang diperolehi dari data yang dikumpulkan melalui soal selidik 
dan temubual dalam kalangan ahli KRT berpengaruh. 
4.7.3 Komunikasi Kepimpinan Keterbukaan dan Komitmen Perkongsian 
Kepuasan Komunikasi Kepimpinan 
114 
(Keterbukaan) 
Komitmen Kepimpinan 
(Perkongsian) 
KEKUATAN 
a. Ahli KRT memberi sokongan dan 
berpersepsi positif terhadap aktiviti 
yang di jalankan oleh RT. 
b. Aktiviti yang dijalankan oleh RT selari 
dengan objektif Dasar Perpaduan 
Nasional. 
Kebanyakan responden telah 
menyatakan tahap kepuasan yang 
tinggi terhadap amalan 
perkongsian, antaranya: 
a. Sentiasa amal sifat tolak 
ansur 
b. Bersedia menerima teguran 
c. Mendengar pendapat. 
d. Sentiasa berkongsi 
maklumat mengenai 
aktiviti RT. 
KEKANGAN 
Banyak responden menyatakan persepsi yang 
sederhana terhadap : 
a. kesediaan pemimpin untuk menerima 
cadangan. 
Ada kalangan pemimpin tidak 
mengamalkan sifat empati, 
khususnya di negeri Selangor, 
Terengganu, Kelantan dan
115 
b. Kesediaan pemimpin untuk 
mendengar. 
c. Mudah di ajak berbincang 
d. Sedia untuk berkongsi maklumat 
Melaka. 
Masih ada pemimpin yang 
disifatkan oleh responden 
mementingkan kepentingan 
peribadi berbanding 
kepentingan RT. 
PELUANG 
Terdapat kursus-kursus yang mampu mempertingkatkan kemahiran amalan 
keterbukaan pemimpin. 
Terdapat sebuah Institut yang mampu mengendalikan program pendedahan 
untuk kepimpinan serta ahli KRT. 
ANCAMAN 
Sikap ahli KRT terhadap amalan ini yang sederhana rendah akan memberi impak 
pada jangka masa panjang, terutama pada generasi berumur 30 hingga 45 tahun. 
4.7.4. Komunikasi Kepimpinan Memberi Sokongan dan 
Komitmen Berpasukan. 
Dapatan dari data yang diperolehi dari soal selidik menunjukkan bahawa tahap 
kepuasan komunikasi kepimpinan yang diamalkan oleh kepimpinan RT adalah 
sederhana-tinggi, manakala komitmen kerja secara berpasukan adalah sederhana 
rendah. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang berkesan, sifat pemimpin 
yang sentiasa memberi sokongan akan menjana pada tahap motivasi kerja 
seseorang individu, begitu juga dengan semangat kerja berpasukan. Kedua-dua 
perlakuan ini akan memberi impak pada pencapaian matlamat penubuhan Rukun 
Tetangga. Hasil analisis menunjukkan perlakuan ini memang diamalkan oleh
kepemimpinan RT, cuma terdapat dua perlakuan yang menjadi kekangan, iaitu 
kesediaan pemimpin untuk mengamalkan keterbukaan dalam proses perbincangan 
untuk menyelesaikan permasalahan komuniti dan sentiasa berusaha untuk 
mendapatkan penglibatan maksima daripada komuniti setempat. 
Kepuasan Komunikasi Kepimpinan 
116 
(Memberi sokongan) 
Komitmen Kepimpinan 
(Berpasukan) 
KEKUATAN 
a. Ahli KRT memberi mempunyai persepsi 
yang positif terhadap amalan sokongan 
yang diberikan oleh kepimpinan RT : 
- Persepsi yang tinggi terhadap kesediaan 
pemimpin RT member maklumat 
terkini mengenai aktiviti RT. 
- Sentiasa menunjukkan kemesraan. 
- Menyediakan maklumat yang jelas. 
a. Kebanyakkan responden bersetuju 
dengan semangat kerja 
berpasukan penting dalam 
mempergiatkan aktiviti RT. 
KEKANGAN 
Banyak responden menyatakan persepsi 
yang sederhana terhadap 
a. Kesediaan pemimpin untuk melibatkan diri 
dengan aktiviti RT 
b. Ada pemimpin RT di negeri seperti 
Terengganu dan Selangor mengamalkan 
sifat sokongan yang sederhana. 
a. Pimpinan RT sukar diajak 
berbincang 
b. Kurang mengalakkan kerja secara 
berpasukan 
c. Kurang berbincang untuk selesai 
masalah RT 
d. Kurang dapatkan penglibatan 
semua 
PELUANG 
Terdapat kursus-kursus yang mampu mempertingkatkan kemahiran amalan 
keterbukaan pemimpin. 
Sokongan yang kuat dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
ANCAMAN 
Sikap ahli KRT terhadap amalan ini yang sederhana rendah akan memberi impak 
pada jangka masa panjang, terutama pada generasi berumur 30 hingga 45 tahun. 
Kepimpinan yang kurang memberi perhatian dalam aspek ini akan memberi kesan 
pada pengaruh politik yang bercanggah dengan pencapaian Dasar Perpaduan 
Nasional. 
4.7.5 Komunikasi Kepimpinan Penyertaan dan Berwawasan 
Penyertaan dalam kalangan komuniti KRT terletak pada kebijaksanaan pemimpin 
untuk memberi galakan serta dorongan yang berkesan. Keberkesanannya sangat 
bergantung pada keupayaan komunikasi pemimpin untuk menarik minat komuniti 
untuk telibat sama dalam aktiviti yang dijalankan oleh KRT. Dapatan dari data 
yang diperolehi dari soal selidik menunjukkan kebanyakan responden menyatakan 
tahap kepuasan yang tinggi terhadap amalan ini dalam kalangan pimpinan KRT. 
Kebanyakan responden memberi pernyataan yang puas terhadap usaha pemimpin 
dalam member peluang pada komuniti memberi cadangan, begitu juga galakan 
untuk bekerja secara bersama untuk menjayakan aktiviti yang dijalankan oleh RT. 
Sebaliknya pula, banyak responden menyatakan tahap kepuasan yang sederhana 
terhadap usaha pemimpin untuk melibatkan komuniti dalam proses penyelesaian 
masalah, begitu juga dengan galakan pemimpin untuk melibatkan komuniti dalam 
117 
pengurusan RT.
Berdasarkan analisis mengikut negeri pula dapatan dari kajian ini menunjukkan 
tahap kepuasan komunikasi kepimpinan yang diamalkan adalah sederhana bagi 
komuniti KRT di negeri Perak, Selangor, Kelantan dan Terengganu. Manakala 
bagi negeri seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Melaka kebanyakan 
responden menyatakan tahap kepuasan yang tinggi dalam perlakuan ini dalam 
118 
kalangan pemimpin RT mereka. 
Begitu juga dengan sifat berwawasan pemimpin, kebanyakan responden 
menyatakan tahap kepuasan yang tinggi terhadap amalan ini dalam kalangan 
pemimpin RT pada kawasan mereka. Bagi setengah-setengah negeri seperti 
Selangor, Kelantan dan Terengganu, kebanyakan responden menyatakan tahap 
kepuasan yang sederhana. Mengikut temubual yang dijalankan terhadap beberapa 
orang responden di negeri-negeri ini, mereka menyatakan pimpinan kurang 
menyerlah dalam memerihalkan wawasan RT untuk jangka masa panjang, begitu 
juga dengan aktiviti yang dijalankan hanya di hadiri oleh mereka yang sama. 
Antara aspek-aspek kelemahan yang dibangkitkan adalah pengiktirafan terhadap 
komuniti terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan, sifat kemesraan yang 
ditunjukkan, keperihatinan pemimpin terhadap cadangan dari peringkat komuniti 
kurang diberi perhatian. Jadual di bawah memerihalkan analisis situasi yang 
dijalankan.
Kepuasan Komunikasi Kepimpinan 
119 
(Penyertaan) 
Komitmen Kepimpinan 
(Berwawasan) 
KEKUATAN 
Ahli KRT menyatakan tahap kepuasan yang 
tinggi terhadap aktiviti yang di jalankan oleh 
RT, khususnya: 
a. Kesediaan pemimpin untuk 
memberi peluang pada komuniti untuk 
menyatakan cadangan. 
b. Galakan untuk bersama dalam 
menjayakan aktiviti RT. 
Banyak paparan mesej mengenai 
halatuju dipamerkan di TADIKA 
Perpaduan, penerbitan JPIN dan 
peranan yang dimainkan oleh 
kakitangan JPIN. 
KEKANGAN 
Banyak responden menyatakan persepsi yang 
sederhana terhadap : 
a. Kurang melibatkan komuniti dalam 
proses membuat keputusan. 
b. Galakan komuniti untuk turut 
membantu menguruskan RT. 
a. Komuniti kurang didedahkan 
maklumat terkini RT. 
b. Kurang amal sifat minta 
cadangan dalam kalangan 
pemimpin RT. 
c. Kurang member pengikturafan 
terhadap penglibatan komuniti 
RT. 
PELUANG 
Terdapat kursus-kursus yang mampu mempertingkatkan kemahiran amalan 
keterbukaan pemimpin. 
Sokongan yang kuat dari Kerajaan Persekutuan untuk memperkukuhkan RT 
ANCAMAN 
Sikap ahli KRT terhadap amalan ini yang sederhana rendah akan memberi 
impak pada jangka masa panjang, terutama pada generasi berumur 30 hingga 45 
tahun.

More Related Content

More from Izzat Syahir

More from Izzat Syahir (9)

Week 3 ang lipunan
Week 3 ang lipunanWeek 3 ang lipunan
Week 3 ang lipunan
 
Atea 1107 (3 lecture.kolonialisme)
Atea 1107 (3 lecture.kolonialisme)Atea 1107 (3 lecture.kolonialisme)
Atea 1107 (3 lecture.kolonialisme)
 
Soal selidik
Soal selidikSoal selidik
Soal selidik
 
Rujukan
RujukanRujukan
Rujukan
 
Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalan
 
Pendahuluan
PendahuluanPendahuluan
Pendahuluan
 
Kajian perpustakaan
Kajian perpustakaanKajian perpustakaan
Kajian perpustakaan
 
Kaedah kajian
Kaedah kajianKaedah kajian
Kaedah kajian
 
Chapter 8 bencana alam di jepun
Chapter 8   bencana alam di jepunChapter 8   bencana alam di jepun
Chapter 8 bencana alam di jepun
 

Analisa

  • 1. BAB EMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN 83 4.1. Pengenalan Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi komuniti Rukun Tetangga (KRT) terhadap kepuasan komunikasi kepemimpinan (bertimbang rasa, keterbukaan, memberi sokongan dan penyertaan), komitmen kepimpinan dalam kalangan kepimpinan RT. Selain itu, kajian ini juga bertujuan melihat persepsi responden kajian terhadap aktiviti serta harapan negara terhadap aktiviti Rukun Tetangga. Data yang diperolehi daripada jawapan soal selidik dianalisis dan dikemukakan dalam bab ini. Keputusan yang diambil semuanya berdasarkan pentafsiran ke atas hasil pemprosesan data yang diperolehi daripada jawapan soal selidik. Seramai 2,716 orang responden yang telah memberikan maklum balas daripada sejumlah 3000 soal selidik yang diedarkan. Ini bermakna 91% responden memberikan kerjasama menjawab dan memulangkan soal selidik tersebut. Berikut akan dibentangkan hasil kajian dan perbincangan mengenainya.
  • 2. 84 4.2. Latar belakang responden Seramai 2,716 orang responden telah memberi maklumbalas terhadap soal selidik yang telah diedarkan. Pemilihan responden menepati sasaran kajian. Sasaran kajian dalam pemilihan responden adalah 300 orang minima bagi negeri-negeri yang mempunyai jumlah populasi besar seperti Kedah (365 orang), Pulau Pinang (400 orang), Perak (400 orang), Selangor (400 orang), dan Terengganu (350 orang). Manakala bagi negeri Perlis (300 orang), Melaka (350 orang), Kelantan (101 orang) dan Negeri Sembilan (50 orang) jumlah responden sasaran adalah 200 orang. Pemilihan responden kajian berdasarkan kegiatan KRT setempat. Jadual 4.1 memerihalkan jumlah responden mengikut negeri yang menjadi kawasan kajian. Jadual 4.1 Jumlah Responden Kajian Mengikut Negeri (n = 2716) Negeri Responden Peratus Kedah 365 14 Perlis 300 11 Selangor 400 15 Pulau Pinang 400 15 Melaka 350 13 Perak 400 15 Terengganu 350 13 Kelantan 101 3 Negeri Sembilan 50 1 Jumlah 2716 100
  • 3. 85 4.2.1. Jantina dan Umur Jadual 4.2. menunjukkan 51 peratus atau seramai 1,381 daripada responden dalam kajian ini adalah lelaki, manakala seramai 1,335 orang responden atau 49 peratus adalah perempuan. Jadual 4.3. menunjukkan bahawa kebanyakan responden dalam kajian ini berumur antara 26 hingga 35 tahun, iaitu seramai 932 orang (34%), 28 peratus berumur dalam lingkungan 36 hingga 45 tahun, 22 peratus berumur kurang 25 tahun, yang mewakili 605 orang dan 15 peratus adalah mereka yang berumur lebih daripada 46 tahun, iaitu seramai 421 orang. Jadual 4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina (n = 2716) Jantina Kekerapan Peratus Lelaki 1381 51 Perempuan 1335 49 Jumlah 2716 100 Jadual 4.3 Taburan Responden Mengikut Umur (n = 2716) Umur Kekerapan Peratus 25 ke bawah 605 22 26-35 932 34 36-45 758 28 46-56 356 13 57 ke atas 65 2 Jumlah 2716 100
  • 4. 86 4.2.2. Bangsa Jadual 4.4 menunjukkan bahawa majoriti responden dalam kajian ini adalah terdiri daripada bangsa Melayu iaitu seramai 1,847 orang (68%). Manakala mereka yang berbangsa Cina adalah seramai 544 orang atau 20 peratus dari jumlah responden, diikuti bangsa India seramai 307 orang (11%) dan lain-lain seramai 18 orang atau 1 peratus. Jadual 4.4 Taburan Responden Mengikut Bangsa (n = 2716) Bangsa Kekerapan Peratus Melayu 1847 68 Cina 544 20 India 307 11 Lain-lain 18 1 Jumlah 2716 100 4.2.3. Jenis Rumah Kediaman Jadual 4.5 menunjukkan bahawa majoriti responden dalam kajian ini menduduki jenis rumah kediaman kos sederhana, iaitu sebanyak 1,268 atau 46 peratus. Manakala mereka yang menduduki jenis rumah kediaman kos rendah adalah 914 (34%), diikuti jenis rumah kediaman kos mewah adalah seramai 455 orang (17%) dan seramai 79 orang atau 3 peratus menduduki jenis rumah kediaman kampung.
  • 5. Jadual 4.5 Taburan Responden Mengikut Jenis Rumah Kediaman (n = 2716) Jenis Kekerapan Peratus Kos rendah 914 34 Kos sederhana 1268 46 Kos mewah 455 17 Rumah Kampung 79 3 Jumlah 2716 100 87 4.2.4. Kelulusan Jadual 4.6 menunjukkan bahawa majoriti responden dalam kajian ini memiliki kelulusan tertinggi pada tahap SPM/MCE, iaitu seramai 1,195 orang (44 %). Manakala mereka yang berkelulusan Diploma adalah seramai 641 orang atau 24 peratus dari jumlah responden, 492 orang mempunyai kelulusan STPM dan seramai 331 orang atau 12 peratus dari responden berkelulusan Ijazah. Selebihnya mereka yang mempunyai kelulusan PMR ke bawah seramai 57 orang (2%). Jadual 4.6 Taburan Responden Mengikut Kelulusan (n = 2716) Kelulusan Kekerapan Peratus PMR 57 2 SPM/MCE 1195 44 STPM/HSC/SIJIL 492 18 DIPLOMA 641 24 IJAZAH 331 12 Jumlah 2716 100
  • 6. 4.2.5. Penglibatan Komuniti Dengan Aktiviti Rukun Tetangga Dapatan dari analisis menunjukkan bahawa 57 peratus atau 1,549 orang responden melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh RT. Selebihnya, iaitu 43 peratus (1,167) tidak pernah melibatkan diri dengan aktiviti RT, walaupun demikian mereka mempunyai persepsi yang tinggi terhadap kepimpinan RT. Kebarangkalian untuk tidak melibatkan diri dengan aktiviti RT adalah disebabkan oleh kekangan tugas. Dapatan dari temu bual yang dijalankan menunjukkan antara punca mereka tidak melibatkan diri adalah kerana kekangan masa dan tugas, kesesuaian aktiviti dengan umur responden dan program yang 88 diaturkan kurang menarik. Jadual 4.7 Taburan Responden Mengikut Penglibatan Dalam Aktiviti Rukun Tetangga (n = 2716) Penglibatan Kekerapan Peratus Melibatkan diri 1549 57 Tidak terlibat 1167 43 Jumlah 2716 100 Jadual 4.8 menunjukkan bahawa terdapat responden yang tidak melibatkan diri dalam aktiviti Rukun Tetangga seramai 1,167 orang (43%). Manakala mereka yang melibatkan diri dengan 1 hingga 2 aktiviti Rukun Tetangga terbanyak (757 orang) atau 28 peratus. Dua puluh dua peratus (22%) atau seramai 593 responden
  • 7. melibatkan diri dalam 3 hingga 5 aktiviti RT, hanya 7 peratus atau 199 responden yang melibatkan diri mereka dengan lebih dari enam (6) aktiviti Rukun Tetangga. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden memberikan komitmen yang sederhana terhadap aktiviti RT. Penglibatan yang rendah terhadap aktiviti RT berkemungkinan disebabkan oleh kekangan masa dan tugasan lain yang menghalang mereka menyertai aktiviti RT dengan aktif. Jadual 4.8 Taburan Responden Mengikut Penglibatan Dengan Program Mengikut Kekerapan Penyertaan (n= 2716) 89 Bilangan aktiviti disertai Kekerapan Peratus Tiada aktiviti 1167 43 1 hingga 2 aktiviti 757 28 3 hingga 5 aktiviti 593 22 6 hingga 8 aktiviti 141 5 Lebih dari 9 aktiviti 58 2 Jumlah 2716 100 4.3. Kepuasan Komunikasi Kepemimpinan 4.3.1. Bertimbang Rasa Dapatan dari kajian menunjukkan bahawa tahap kepuasan responden terhadap sifat ketua yang bersifat bertimbang rasa adalah sederhana dengan min keseluruhan 3.47 dengan sisihan piawai 0.95. Jadual 4.9 memerihalkan persepsi
  • 8. responden yang tinggi terhadap sifat kepimpinan Rukun Tetangga (RT) dalam menyediakan persekitaran yang selesa, 47 peratus atau 1,280 orang responden menyatakan tahap kepuasan yang tinggi. Begitu juga dengan persepsi responden terhadap persekitaran yang selesa yang disediakan oleh kepimpinan RT dalam menjalankan aktiviti–aktiviti yang selari dengan matlamat RT. Namun, kebanyakan responden atau 38 peratus menyatakan tahap kepuasan yang sederhana terhadap sifat tolak ansur komunikasi kepimpinan yang diamalkan oleh pemimpin RT. Begitu juga dengan kesediaan kepimpinan RT mengambil berat terhadap kebajikan ahli komuniti RT, dapatan dari kajian ini menunjukkan persepsi yang sederhana terhadap amalan ini, dengan 1,121 orang atau 41 peratus menyatakan kepuasan yang tinggi, 918 atau 34 peratus daripada responden menyatakan persepsi yang sederhana dan 11 peratus menyatakan persepsi yang rendah atau 304 orang. Berbanding dengan hanya 11 peratus atau 294 orang responden menyatakan tahap kepuasan yang tinggi terhadap perlakuan kepimpinan yang bersifat bertimbang rasa. Jadual 4.9 Kepuasan Komunikasi Kepemimpinan Dari Segi Bertimbang Rasa (n = 2716) 90 Item 5 f % 4 f % 3 f % 2 f % 1 f % 1 Memahami kebolehan saya Min 3.47 sd. 0.91 229 8 1280 47 866 32 237 9 104 4
  • 9. 91 2 Menyediakan persekitaran yang selesa Min 3.53 sd. 0.91 257 9 1369 50 729 27 281 10 80 3 3 Mengambil berat kebajikan komuniti Min 3.46 sd. 0.93 294 11 1121 41 918 34 304 11 79 3 4 Seorang yang bertolak ansur Min 3.46 sd. 1.00 398 15 941 35 1030 38 206 8 141 5 4.3.2. Keterbukaan Amalan keterbukaan yang diamalkan dalam komunikasi kepimpinan RT telah menunjukkan persepsi tinggi tahap kepuasannya. Hasil analisis menunjukkan bahawa kepimpinan RT bersedia mendengar pendapat ahli komuniti, dengan 56 peratus atau 1,530 orang responden menyatakan tahap kepuasan atas kesediaan pemimpin RT mendengar pendapat. Begitu dengan kesediaan kepimpinan RT untuk berkongsi maklumat mengenai urusan komuniti, dapatan menunjukkan bahawa 55 peratus atau 1,490 orang responden, manakala 1,226 orang atau 45 peratus dari responden menyatakan kepuasan yang sederhana rendah. Dari aspek kepuasan terhadap sifat kepimpinan yang bersedia menerima teguran yang membina. Dapatan dari kajian ini menunjukkan bahawa 1,305 orang responden atau 49 peratus menyatakan persepsi yang rendah, dan hanya 1,413 orang responden atau 51 peratus menyatakan tahap kepuasan yang sederhana-rendah. Jadual 4.10
  • 10. memerihalkan dapatan analisis persespsi responden terhadap amalan bertimbang 92 rasa kepimpinan RT. Jadual 4.10 Kepuasan Komunikasi Kepemimpinan Dari Segi Keterbukaan (n = 2716) Item 5 f % 4 f % 3 f % 2 f % 1 f % Menerima teguran yang membina Min 3.47 sd. 1.03 409 15 1004 37 914 34 239 9 152 6 Mendengar pendapat Min 3.57 sd. 0.96 412 15 1120 41 872 32 216 8 96 4 Mudah berbincang Min 3.55 sd. 0.99 435 16 1085 40 825 30 279 10 92 3 Kongsi maklumat mengenai urusan komuniti Min 3.54 sd. 0.95 394 15 1096 40 857 32 307 11 62 2 4.3.3. Memberi Sokongan Jadual 4.13 menunjukkan tahap kepuasan komunikasi kepimpinan dari sokongan yang ditunjukkan oleh kepimpinan RT adalah sederhana dengan min 3.46 sisihan piawai 0.96. Dapatan dari analisis mendapati kebanyakan responden menyatakan persepsi yang sederhana terhadap kesediaan pemimpin untuk memberi maklumat mengenai aktiviti RT. Hasil analisis menunjukkan bahawa 53 peratus atau 1,468 orang responden menyatakan tahap kepuasan yang tinggi, manakala selebihnya iaitu 47 peratus atau 1,278 responden menyatakan tahap kepuasan yang sederhana rendah. Begitu juga dengan persepsi responden terhadap kesediaan pemimpin
  • 11. untuk melibatkan diri dengan aktiviti RT, hanya 50 peratus menyatakan tahap kepuasan yang tinggi dan 50 peratus lagi menyatakan persepsi yang sederhana rendah. Manakala persepsi responden mengenai kemesraan (min 3.51, sd. 1.02) yang ditunjukkan oleh kepimpinan RT dan kejelasan terhadap maklumat yang diberikan (min 3.46 dengan sisihan piawai 0.96). Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan responden menyatakan tahap kepuasan yang sederhana. Jadual 4.11 memerihalkan dapatan terhadap item-item pengukuran persepsi responden terhadap sifat sokongan kepimpinan RT. Jadual 4.11 Kepuasan Komunikasi Kepemimpinan Dari Segi Memberi Sokongan (n = 2716) 93 5 f % 4 f % 3 f % 2 f % 1 f % 1 Memberi maklumat mengenai aktiviti RT Min 3.48 sd. 0.98 362 13 1076 40 882 33 289 11 107 4 2 Melibatkan diri dengan aktiviti RT Min 3.39 sd. 1.00 316 12 1031 38 913 34 320 12 136 5 3 Mengiktiraf sumbangan kerja yang baik Min 3.48 sd. 0.97 332 12 1133 42 867 32 269 10 115 4 4 Menunjukkan kemesraan Min 3.51 sd. 1.02 399 15 1117 41 787 29 287 11 126 5 5 Berikan maklumat yang jelas Min 3.46 sd. 0.96 332 12 1101 41 868 32 326 12 89 3
  • 12. 94 4.3.4. Penyertaan Amalan penyertaan yang diamalkan dalam komunikasi kepimpinan RT menunjukkan persepsi yang sederhana-tinggi tahap kepuasannya. Hasil analisis menunjukkan bahawa kepimpinan RT bersedia memberi peluang pada ahli komuniti untuk memberi cadangan, dengan 54 peratus atau 1,454 orang responden. Begitu dengan kesediaan kepimpinan RT untuk mengalakkan kerja berpasukan dalam kalangan komuniti terhadap aktiviti RT, dapatan menunjukkan bahawa 52 peratus atau 1,425 orang responden, manakala 1,291 orang atau 48 peratus dari responden menyatakan kepuasan yang sederhana rendah. Dari aspek kepuasan terhadap sifat kepimpinan yang bersedia melibatkan komuniti dalam proses penyelesaian masalah RT , dapatan dari kajian ini menunjukkan bahawa 1,350 orang responden atau 50 peratus menyatakan persepsi yang sederhana rendah, dan hanya 1366 orang responden atau 50 peratus menyatakan tahap kepuasan yang tinggi. Begitu juga dengan penglibatan mereka dengan pengurusan RT, kebanyakkan responden menyatakan persepsi yang sederhana-rendah, dengan 56 peratus menyatakan tahap kepuasan yang sederhana-rendah, dan hanya 46 peratus yang menyatakan tahap kepuasan yang tinggi. Jadual 4.12 memerihalkan dapatan analisis persepsi responden terhadap kepuasan komunikasi kepemimpinan dari segi penyertaan.
  • 13. Jadual 4.12 Kepuasan Komunikasi Kepemimpinan Dari Segi Penyertaan (n = 2716) 95 Item 5 f % 4 f % 3 f % 2 f % 1 f % 1 Memberi peluang kepada komuniti memberi cadangan Min 3.51sd. 0.97 397 15 1057 39 898 33 275 10 87 3 2 Menggalakkan kerja berpasukan Min 3.50 sd. 0.94 358 13 1067 39 958 35 245 9 88 3 3 Melibatkan komuniti dalam proses menyelesaikan masalah Min 3.47 sd. 0.93 336 12 1030 38 991 37 289 11 70 3 4 Menggalakkan penglibatan komuniti dalam pengurusan RT Min 3.42 sd. 0.92 323 12 922 34 1121 41 274 10 76 3 4.3.5. Keseluruhan Kepuasan Komunikasi Kepemimpinan Jadual 4.13 Taburan Keseluruhan Kepuasan Komunikasi Kepemimpinan (n = 2716) Item Tinggi f % Sederhana f % Rendah f % 1 Bertimbang rasa Min 3.48 sd. 0.73 1650 61 891 33 1 7 5 6 2 Keterbukaan Min 3.53 sd. 0.77 1666 62 869 32 1 8 1 6
  • 14. 96 3 Memberi sokongan Min 3.46 sd. 0.76 1416 54 961 35 3 0 2 11 4 Penyertaan Min 3.48 sd. 0.74 1595 57 961 33 2 0 5 8 4.4. Pemerihalan Komitmen Kepimpinan Bahagian ini akan memerihalkan dapatan analisis berdasarkan persepsi responden terhadap komitmen yang diamalkan oleh kepimpinan RT oleh komuniti Rukun Tetangga. Sebanyak empat faktor telah dikenal pasti bagi meninjau tahap komitmen pemimpin, iaitu empati, perkongsian, berwawasan dan kerja berpasukan. Faktor-faktor ini banyak digunakan untuk mengukur komitmen yang diamalkan. 4.4.1. Persepsi Responden Terhadap Sifat Empati Pemimpin Dapatan dari kajian menunjukkan bahawa tahap kepuasan responden terhadap sifat ketua yang bersifat empati adalah tinggi dengan min keseluruhan 3.53 dengan sisihan piawai 0.66. Jadual 4.14 memerihalkan persepsi responden yang tinggi terhadap sifat empati komitmen kepimpinan Rukun Tetangga (RT) yang sentiasa memberi komitmen terhadap RT, 63 peratus atau 1,714 orang responden menyatakan tahap kepuasan yang tinggi. Begitu juga dengan persepsi responden yang tinggi (68 peratus menyatakan persepsi yang tinggi) terhadap persekitaran yang kondusif yang disediakan oleh kepimpinan RT dalam menjalankan aktiviti– aktiviti yang selari dengan matlamat RT. Kebanyakan responden atau 54 peratus
  • 15. menyatakan tahap kepuasan yang tinggi terhadap sifat ketua yang mengambil berat kebajikan komuniti oleh pemimpin RT. Begitu juga dengan kesediaan kepimpinan RT yang meletakkan kepentingan aktiviti RT lebih daripada urusan peribadi, dapatan dari kajian ini menunjukkan persepsi yang tinggi terhadap amalan ini, dengan 1,577 orang atau 58 peratus menyatakan kepuasan yang tinggi, 1,139 atau 42 peratus daripada responden menyatakan persepsi yang sederhana. Jadual 4.14 memerihalkan hasil analisis deskriptif item-item pengukuran sifat 97 empati pemimpin. Jadual 4.14 Persepsi Responden Terhadap Sifat Empati Pemimpin (n= 2716) Item 5 f % 4 f % 3 f % 2 f % 1 f % 1 Sentiasa memberi komitmen terhadap RT Min 3.63 sd. 0.89 354 13 1360 50 720 29 217 8 65 2 2 Sentiasa menyediakan persekitaran yang kondusif Min 3.64 sd. 0.89 341 13 1439 53 641 24 224 8 71 3 3 Sentiasa mengambil berat kebajikan komuniti Min 3.51 sd. 0.92 367 14 1086 40 898 33 318 12 47 2 4 Meletakan kepentingan aktiviti RT lebih daripada urusan peribadi Min 3.57 sd. 0.95 410 15 1167 43 817 30 230 9 92 3
  • 16. 4.4.2. Persepsi Responden Terhadap Sifat Perkongsian Pemimpin Amalan perkongsian yang diamalkan dalam kalangan pimpinan RT yang diamalkan menunjukkan persepsi yang sederhana-tinggi tahap kepuasannya. Hasil analisis menunjukkan bahawa kepimpinan RT kurang bertolak ansur dengan ahli komuniti. Hasil analisis menunjukkan 60 peratus atau 1,624 orang responden menyatakan tahap kepuasan yang sederhana rendah dan hanya 40 peratus atau 1,092 orang responden menyatakan tahap persepsi yang tinggi terhadap amalan ini. Begitu dengan kesediaan kepimpinan RT untuk menerima teguran yang membina dalam kalangan komuniti terhadap aktiviti RT, dapatan menunjukkan bahawa 60 peratus atau 1,624 orang responden menyatakan amalan ini adalah 98 sederhana rendah. Sebaliknya, dari aspek amalan pimpinan yang bersedia mendengar pendapat ahli KRT , dapatan dari kajian ini menunjukkan bahawa 1,134 orang responden atau 42 peratus menyatakan persepsi yang sederhana rendah dan 1,582 orang responden atau 58 peratus menyatakan tahap amalan yang tinggi. Begitu juga dengan amalan kepimpinan RT yang sentiasa berkongsi maklumat mengenai aktiviti RT, kebanyakkan responden menyatakan persepsi yang tinggi, dengan 60 peratus menyatakan tahap kepuasan yang tinggi, dan hanya 40 peratus yang menyatakan tahap kepuasan yang sederhana-rendah. Jadual 4.15 memerihalkan dapatan analisis persepsi responden terhadap sifat perkongsian pemimpin.
  • 17. Jadual 4.15 Persepsi Responden Terhadap Sifat Perkongsian Pemimpin (n= 2716) 99 Item 5 f % 4 f % 3 f % 2 f % 1 f % 1 Sentiasa menunjukkan sikap tolak ansur Min 3.33 sd. 0.90 262 10 830 30 1269 47 261 10 94 3 2 Sentiasa menerima teguran yang membina Min 3.33 sd. 0.90 262 10 830 30 1269 47 261 10 94 3 3 Sentiasa mendengar pendapat anda Min 3.56 sd. 1.02 446 16 1136 42 750 28 256 9 128 5 4 Sentiasa berkongsi maklumat mengenai aktiviti RT Min 3.56 sd. 0.93 369 15 1191 45 823 29 258 9 75 2 4.4.3. Persepsi Responden Terhadap Sifat Kerja Berpasukan Pemimpin Dapatan dari hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kepuasan responden terhadap sifat kerja berpasukan adalah tinggi dengan keseluruhan min 2.84 dengan sisihan piawai 0.71. Jadual 4.16 menunjukkan amalan pimpinan terhadap aspek galakkan kerja secara berpasukan oleh kepimpinan RT adalah sederhana-rendah dengan min 3.54 sisihan piawai 0.95. Dapatan dari analisis mendapati kebanyakan responden menyatakan persepsi yang sederhana-rendah terhadap
  • 18. kesediaan pemimpin untuk menyelesaikan masalah mengenai aktiviti RT. Hasil analisis menunjukkan bahawa 52 peratus atau 1,412 orang responden menyatakan tahap kepuasan yang tinggi, manakala selebihnya, iaitu 48 peratus atau 1,204 responden menyatakan tahap kepuasan yang sederhana rendah. Begitu juga dengan persepsi responden terhadap kesediaan pemimpin untuk melibatkan diri dengan aktiviti RT, hanya 58 peratus menyatakan tahap kepuasan yang tinggi, dan 42 peratus lagi menyatakan persepsi yang sederhana rendah. Manakala persepsi responden mengenai mudah diajak berbincang (min 3.53, sd 0.92) yang 100 ditunjukkan oleh kepimpinan RT. Jadual 4.16 Persepsi Responden Terhadap Sifat Kerja Berpasukan Pemimpin (n = 2716) Item 5 f % 4 f % 3 f % 2 f % 1 f % 1 Mengalakkan kerja secara berpasukan Min 3.54 sd. 0.95 374 14 1145 42 861 32 246 9 90 3 2 Sentiasa berbincang untuk selesai masalah RT Min 3.47 sd. 0.94 331 12 1081 40 947 35 266 10 91 3 3 Sentiasa mendapatkan penglibatan semua Min 3.54 sd. 0.95 381 14 1156 43 831 30 269 10 79 3 4 Mudah untuk diajak berbincang Min 3.53 sd. 0.92 329 12 1174 43 885 33 255 9 73 3
  • 19. 4.4.4. Persepsi Responden Terhadap Sifat Kepemimpinan 101 Berwawasan Dapatan dari kajian menunjukkan bahawa tahap kepuasan responden terhadap sifat ketua yang berwawasan adalah tinggi dengan min keseluruhan 3.51 dengan sisihan piawai 0.71. Jadual 4.18 memerihalkan persepsi responden yang tinggi terhadap sifat kepimpinan Rukun Tetangga (RT) yang sentiasa memberi pengiktirafan kerja yang dilakukan oleh komuniti RT, 54 peratus atau 1,465 orang responden menyatakan tahap kepuasan yang tinggi, dan hanya 46 peratus menyatakan tahap kepuasan yang sederhana-rendah. Begitu juga dengan persepsi responden yang tinggi (58 peratus menyatakan persepsi yang tinggi) terhadap kemesraan yang diamalkan oleh kepimpinan RT dalam menjalankan aktiviti– aktiviti yang selari dengan matlamat RT, hanya 42 peratus atau 1,251 orang responden menyatakan tahap yang sederhana-rendah. Kebanyakan responden (56 peratus), iaitu seramai 1,507 orang responden menyatakan tahap kepuasan yang tinggi terhadap sifat ketua yang sentiasa memaklumkan maklumat terkini oleh pemimpin RT. Begitu juga dengan kesediaan kepimpinan RT yang sentiasa mengalakkan penglibatan dalam kalangan ahli KRT, dapatan dari kajian ini menunjukkan persepsi yang tinggi terhadap amalan ini, dengan 1,526 orang atau 56 peratus menyatakan tahap kepuasan yang tinggi, 1,230 atau 44 peratus daripada responden menyatakan persepsi yang sederhana. Sebaliknya, sifat pemimpin yang sentiasa meminta cadangan sebelum sesuatu aktiviti dilaksanakan mendapat persepsi yang tinggi,
  • 20. iaitu 54 peratus (1,466 orang) dari responden, hanya 46 peratus atau 1,250 orang responden menyatakan tahap yang sederhana-rendah terhadap amalan ini dalam kalangan kepimpinan RT. Jadual 4.17 memerihalkan hasil analisis deskriptif item-item pengukuran sifat berwawasan pemimpin RT. Jadual 4.17 Persepsi Responden Terhadap Sifat Berwawasan Pemimpin (n= 2716) 102 Item 5 f % 4 f % 3 f % 2 f % 1 f % 1 Sentiasa mengiktiraf kerja-kerja yang dilakukan Min 3.51 sd. 0.94 340 13 1125 41 907 33 257 10 87 3 2 Sentiasa tunjuk kemesraan Min 3.58 sd. 0.93 405 15 1157 43 835 31 251 9 68 3 3 Memaklumkan maklumat terkini aktiviti RT Min 3.52 sd. 0.97 378 14 1129 42 840 30 271 10 98 4 4 Sentiasa minta cadangan sebelum sesuatu aktiviti dilaksanakan Min 3.49 sd. 0.95 343 13 1123 41 877 32 282 11 91 3 5 Menggalakkan penglibatan komuniti Min 3.55 sd. 0.96 406 15 1120 41 890 41 256 10 84 3
  • 21. 4.4.5. Keseluruhan Sifat Komitmen Pemimpin Hasil analisis menunjukkan bahawa kebanyakkan responden menyatakan tahap kepuasan yang sederhana pada sifat komitmen ketua, 59 peratus dari responden menyatakan kepauasan yang sederhana rendah terhadap amalan berpasukan dalam kalangan ketua. Ini menunjukkan bahawa ketua kurang menunjukkan sikap kerja berpasukan. Walau bagaimanapun, kebnayakan responden menyatakan tahap kepuasan yang tinggi terhadap sifat empati dan sifat berwawasan yang diamalkan oleh kepimpinan RT. Begitu juga dengan sifat perkongsian yang tinggi yang diamalkan oleh ketua. Jadual 4.18 memerihalkan analisis frekuensi sifat komitmen ketua dalam kalangan ahli-ahli komuniti RT. Jadual 4.18 Taburan Keseluruhan Sifat Komitmen Pemimpin (n= 2716) Item Tinggi f % 103 Sederhana f % Rendah f % 1 Empati Min 3.53 sd. 0.66 1805 77 743 17 1 6 8 6 2 Perkongsian Min 3.49 sd. 0.69 1677 62 828 30 2 1 1 8 3 Berwawasan Min 3.51 sd. 0.71 1468 54 994 37 2 5 4 9 4 Berpasukan Min 2.84 sd. 0.59 348 13 1617 59 7 5 1 28
  • 22. 4.5. Persepsi Terhadap Aktiviti Rukun Tetangga Aktiviti yang dijalankan oleh RT berperanan besar membantu menggalakkan Perpaduan Masyarakat dan Integrasi Nasional. Bahagian ini akan memerihalkan dapatan yang diperolehi dari maklum balas responden terhadap aktiviti yang dijalankan serta tahap pencapaian matlamat yang ditetapkan oleh kerajaan untuk program Rukun Tetangga. Asas analisis dibuat berdasarkan pada lapan (8) aktiviti yang sering dilaksanakan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional melalui Rukun Tetangga setempat. Lapan (8) aktiviti tersebut adalah Sambutan Perayaan, Pendidikan, Sukan, Rekreasi, Kempen Kebersihan, Kebajikan, Keselamatan dan Kesenian serta Kebudayaan. Aktiviti perpaduan masyarakat yang dijalankan pimpinan RT telah menunjukkan persepsi yang sangat positif. Hasil analisis menunjukkan bahawa aktiviti yang dijalankan oleh RT mendapat sokongan serta tanggapan yang tinggi. Hasil analisis menunjukkan 72 peratus atau 1,948 orang responden menyatakan tahap kepuasan yang tinggi terhadap aktiviti sambutan perayaan yang dijalankan, dan hanya 28 peratus atau 768 orang responden menyatakan tahap persepsi yang sederhana terhadap aktiviti ini. Begitu dengan aktiviti kempen kebersihan dan aktiviti kebajikan yang dilaksanakan oleh RT. Dapatan menunjukkan bahawa 67 peratus atau 1,735 orang responden menyatakan amalan ini adalah tinggi kesesuaiannya. Begitu juga dengan aktiviti kempen kebersihan, 66 peratus (1,716 orang) dari responden menyatakan persepsi yang tinggi. Sebaliknya, dari aspek 104
  • 23. amalan aktiviti rekreasi seperti Tai Chi, kebanyakan responden menyatakan tanggapan yang sederhana, iaitu 56 peratus atau 1,518 orang responden. Manakala aktiviti keselamatan seperti rondaan sukarela (min 3.75; sd.1.00) dan aktiviti kesenian serta kebudayaan (min:, sd.3.68; sd.0.99) mempunyai tanggapan yang tinggi. Hasil analisis menunjukkan 67 peratus atau 1,804 orang responden sangat setuju dengan aktiviti ini, hanya 33 peratus atau 912 menyatakan tanggapan yang sederhana. Begitu juga dengan aktiviti kesenian dan kebudayaan, 63 peratus dari responden atau 1,697 orang menyatakan tanggapan yang sangat tinggi, hanya 37 peratus responden menyatakan tanggapan yang sederhana. Kebanyakkan responden juga menyatakan tanggapan yang tinggi terhadap aktiviti pendidikan (min 3.51,sd.0.92) dan sukan (min 3.61,sd.0.99). Analisis yang dijalankan menunjukkan 60 peratus menyatakan tahap kepuasan yang tinggi terhadap aktiviti sukan yang dijalankan, khususnya program sukaneka, dan 59 peratus yang menyatakan kesetujuan yang tinggi terhadap aktiviti pendidikan, khususnya pendidikan tidak formal. Jadual 4.19 memerihalkan dapatan analisis persespsi responden terhadap aktiviti yang dijalankan oleh Rukun Tetangga. 105
  • 24. Jadual 4.19 Persepsi Responden Terhadap Aktiviti-Aktiviti Rukun Tetangga (n= 2716) 106 Item 5 f % 4 f % 3 f % 2 f % 1 f % 1 Sambutan perayaan-perayaan Min 3.84 sd. 0.99 692 26 1256 46 515 19 153 6 100 4 2 Pendidikan – Pendidikan Tidak Formal Min 3.51 sd. 0.92 291 11 1290 48 732 27 338 12 65 2 3 Sukan – Sukaneka Min 3.61 sd. 0.99 496 18 1145 42 676 25 332 12 67 2 4 Rekreasi – Tai- Chi Min 3.30 sd. 1.01 291 11 907 33 1000 37 369 14 149 6 5 kempen kebersihan Min 3.69 sd.1.05 629 23 1087 43 665 25 206 8 129 5 6 Kebajikan-bantu mangsa banjir Min 3.73 sd. 0.95 582 24 1153 43 732 27 185 7 64 2
  • 25. 107 7 Keselamatan – Rondaan sukarela Min 3.75 sd. 1.00 649 24 1155 43 605 22 220 8 87 3 8 Kesenian & Kebudayaan Min 3.68 sd. 0.99 566 21 1131 42 705 26 232 9 82 3 4.6. Persepsi Responden Terhadap Pencapaian Dasar atau Matlamat Rukun Tetangga Bahagian ini memerihalkan persepsi responden terhadap tahap pencapaian dasar dan matlamat penubuhan Rukun Tetangga. Keseluruhannya, hasil analisis menunjukkan bahawa kebanyakkan responden menyatakan tahap pencapaian sasaran program RT telah berjaya mencapai matlamatnya. Dapatan dari kajian menunjukkan bahawa program Rukun Tetangga Berjaya menerapkan nilai-nilai kewarganegaraan, dengan min keseluruhan 3.70 dengan sisihan piawai 0.89. Dari taburan kekerapan pula kebanyakan responden, iaitu 66 peratus atau 1,792 orang responden menyatakan kesetujuan mereka yang tinggi, 44 peratus atau 924 orang responden menyatakan tanggapan yang sederhana-rendah. Begitu juga dengan kejayaan program RT menyelaraskan program atau aktiviti perpaduan dengan agensi kerajaan dan swasta. Kebanyakan responden, iaitu 63 peratus menyatakan persetujuan, dan 37 peratus menyatakan tahap sederhana.
  • 26. Begitu juga dengan tanggapan responden yang tinggi (min 3.63, sd.0.91) terhadap kejayaan Rukun Tetangga (RT) membantu mencegah konflik kaum, dengan 62 peratus atau 1,673 orang responden telah menyatakan persetujuannya. Begitu juga dengan kesetujuan mereka terhadap kejayaan RT yang telah berjaya mewujudkan rasa prihatin sesama individu dalam masyarakat. Hasil analisis menunjukkan 62 peratus responden bersetuju dengan kenyataan ini, dan 38 peratus menyatakan tanggapan yang sederhana. Dari aspek persefahaman dan perpaduan berdasarkan falsafah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” berjaya diterapkan oleh program RT. Dapatan analisis menunjukkan 61 peratus atau 1,642 orang responden menyatakan tahap setuju yang tinggi, hanyan 39 peratus atau 1,074 orang responden menyatakan pada tahap sederhana. Dapatan dari analisis juga menunjukkan bahawa responden menyatakan tahap persetujuan yang tinggi (58 peratus atau 1,568 orang responden) terhadap kejayaan program RT dalam mewujudkan rasa kekitaan yang tulen. Begitu juga dengan kejayaan RT mengesan perhubungan antara kaum dan masyarakat, 61 peratus menyatakan tahap setuju yang tinggi, dan 49 peratus atau seramai 1,148 menyatakan persepsi sebaliknya atau sederhana. Jadual 4.20 memerihalkan hasil analisis deskriptif item-item pengukuran persepsi responden kajian terhadap tahap pencapaian program-program yang dilaksanakan oleh Rukun Tetangga. 108
  • 27. Jadual 4.20 Persepsi Terhadap Pencapaian Program Rukun Tetangga (n=2716) 109 Item 5 f % 4 f % 3 f % 2 f % 1 f % 1. Berjaya menerapkan nilai-nilai warganegaraan Min 3.70 sd. 0.89 429 16 1363 50 659 24 215 8 50 2 2. Berjaya menyelaraskan program/ aktiviti perpaduan dengan agensi-agensi kerajaan, swasta Min 3.69 sd. 0.96 539 20 1174 43 708 26 227 8 68 3 3. Berjaya membantu mencegah konflik antara kaum Min 3.63 sd. 0.91 398 15 1275 47 752 28 232 9 59 2 4. Berjaya mengesan perhubungan antara kaum dan masyarakat Min 3.60 sd. 0.92 377 14 1287 47 717 26 273 10 62 2 5. Berjaya mewujudkan rasa kekitaan yang tulen. Min 3.59 sd. 0.94 434 16 1134 42 835 31 240 9 73 3 6. Berjaya mewujudkan rasa prihatin, sesama individu dalam masyarakat Min 3.65 sd. 0.98 500 18 1197 44 700 26 218 8 101 4 7. Kata pepatah Melayu; “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” diamalkan di KRT ini Min 3.73 sd.1.02 720 27 922 34 792 29 198 7 84 3
  • 28. 110 4.7. Analisis Situasi Berdasarkan dapatan analisis data yang diperolehi, kumpulan penyelidik telah mengenal pasti beberapa kekuatan, kekangan, peluang serta ancaman terhadap persoalan komunikasi kepimpinan, komitmen kepimpinan dan persepsi responden terhadap aktiviti dan dasar yang ingin dicapai oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Dalam membuat analisis situasi, empat faktor dalam melihat persepsi responden atau ahli KRT terhadap komunikasi kepimpinan yang diamalkan oleh kepimpinan RT. Faktor-faktor yang di tinjau adalah tahap amalan sifat bertimbangrasa, sifat keterbukaan, sifat memberi sokongan dan galakan penyertaan oleh kepimpinan RT. Jadual di bawah memerihalkan analisis situasi berdasarkan persepsi KRT terhadap kepuasan komunikasi kepimpinan. 4.7.1 Kepimpinan Bertimbang Rasa dan Komitmen Empati Kepuasan Komunikasi Kepimpinan (Bertimbang rasa) Komitmen Kepimpinan (Empati) KEKUATAN Kebanyakan responden (Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan) menyatakan tahap kepuasan yang tinggi amalan sifat ini dalam kalangan pemimpin RT, terutama dalam aspek : - mengambil berat kebajikan komuniti, - memahami kebolehan - bertolak ansur dan - menyediakan persekitaran yang selesa Rata-ratanya responden menyatakan tahap empati yang tinggi di amalkan oleh kepimpinan RT : a. Sentiasa memberi komitmen terhadap aktiviti RT b. Sentiasa menyediakan persekitaran yang kondusif c. Mengambil berat kebajikan Komuniti d. Meletakkan kepentingan RT lebih dari kepentingan peribadi
  • 29. PELUANG Ahli KRT sentiasa memberi sokongan sepenuhnya pada aktiviti yang dijalankan. 111 Anugerah KRT cemerlang boleh membantu tingkat pencapaian. KEKANGAN Bagi Negeri Terengganu, Selangor sifat ini mendapat persepsi yang sederhana-rendah dalam kalangan KRT terhadap kepimpinan RT. Saluran komunikasi yang terhad untuk menyuarakan permasalahan komuniti. Masa yang terhad untuk berinteraksi dengan pemimpin RT. Ada kalangan pemimpin tidak mengamalkan sifat empati, khususnya di negeri Selangor, Terengganu, Kelantan dan Melaka. Masih ada pemimpin yang disifatkan oleh responden mementingkan kepentingan peribadi berbanding kepentingan RT. ANCAMAN Sikap ahli KRT terhadap amalan ini yang sederhana rendah akan memberi impak pada jangka masa panjang. Perasaan ini akan menjejaskan halatuju JPIN untuk mengerakan perpaduan melalui RT. Dapatan dari analisis menunjukkan bahawa tidak semua ahli KRT menyatakan tahap kepuasan yang tinggi terhadap amalan sifat bertimbang rasa yang diamalkan oleh kepimpinan RT. Walaupun secara keseluruhannya adalah tinggi, tetapi bagi ahli di Selangor dan Terengganu mereka menyatakan persepsi yang sederhana-rendah. Hasil dari temubual menunjukkan bahawa mereka yang tinggal di Terengganu, Selangor dan Perak menyatakan kepimpinan RT tidak banyak berinteraksi dengan mereka, khususnya semasa merencanakan aktiviti RT, banyak unsur paksaan digunakan dalam melibatkan mereka dengan aktiviti RT. Begitu juga masa yang sangat singkat memaklumkan sesuatu aktiviti (2 - 3 hari) sebelum
  • 30. aktiviti tersebut dilaksanakan. Kata seorang responden, “ kami bekerja, dan memerlukan tempoh masa yang lebih awal sebelum terlibat dengan sesuatu aktiviti RT”, ada responden yang menyatakan seperti berikut, “ketua sentiasa mengatakan bahawa kalau tidak melibatkan diri, kamu semua tidak sesuai atau tidak menunjukkan komitmen terhadap KRT”. Begitu juga dengan sikap mengambil berat terhadap permasalahan ahli KRT, Kebanyakan ahli KRT di Selangor dan Terengganu menyatakan sifat ini kurang diberikan perhatian oleh kepimpinan KRT. Bagi mereka pemimpin RT hendaklah memberi perhatian serta mengambil tindakan terhadap permasalahan yang dibangkitkan. Terdapat juga yang mengatakan bahawa adalah sukar untuk menyampaikan permasalahan komuniti kepada pihak atasan kerana kekangan saluran. Di antara kekangannya adalah tiada peti surat, tidak tahu pada siapa hendak disuarakan permasalahan mereka. 4.7.2. Kepimpinan Yang Mengamalkan Keterbukaan Hasil analisis situasi yang dijalankan untuk meninjau persepsi ahli KRT terhadap amalan sifat ini dalam kalangan pemimpin RT menunjukkan bahawa amalan ini perlu dipertingkatkan, khususnya dalam perkongsian maklumat. Dapatan dari soal selidik menyokong dapatan temubual yang dibuat, kebanyakan responden, terutama yang tinggal di negeri Kelantan, Terengganu, Selangor dan Perak 112
  • 31. menyatakan antara sebab yang mereka kurang puas hati adalah sikap pemimpin RT yang memilih kumpulan tertentu, sebaliknya pendapat mereka tidak pernah diberi perhatian. Maklum balas yang diterima adalah seperti berikut: “ Ketua hanya membuat keputusan dengan Ahli Jawatankuasa saja…tanpa minta pendapat kami. Apa salahnya diedarkan kertas minta pendapat kami di kawasan perumahan ini. Kami bukan Puppet yang 113 hanya menurut perintah” “RT bukan Jabatan Perpaduan, setiap aktiviti yang nak dilaksanakan hendaklah dirancang dan dapatkan maklum balas kami…” Kita bukan Badan kebajikan Penduduk, yang mengadakan Mesyuarat Agung dan memaklumkan aktiviti yang dijalankan, kami nak tahu juga…. Tup-tup last minute kami diminta melibatkan diri” Walaupun mereka menyuarakan pendapat sebegini, dapatan dari kajian ini menunjukkan kebanyakan ahli KRT sentiasa berfikiran positif terhadap aktiviti yang dijalankan oleh RT dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Namun, bagi negeri-negeri seperti Terengganu, Kelantan dan Selangor kebanyakkan ahli KRT menyatakan tahap kepuasan yang sederhana-rendah terhadap amalan perkongsian serta komitmen yang ditunjukkan oleh kepimpinan KRT. Di antara maklum balas yang diperolehi dari temubual yang dijalankan menunjukkan bahawa kepimpinan yang didokongi oleh ahli politik kepartian
  • 32. akan memberi impak yang negatif, begitu juga dengan kesediaan untuk mendengar pendapat, kebanyakan responden menyatakan tiada saluran aktif bagi menyalurkan maklumat yang berkaitan dengan aktiviti RT serta kekangan dengan bidang tugas yang dilakukan secara sukarela. Jadual di bawah menunjukkan analisis situasi yang diperolehi dari data yang dikumpulkan melalui soal selidik dan temubual dalam kalangan ahli KRT berpengaruh. 4.7.3 Komunikasi Kepimpinan Keterbukaan dan Komitmen Perkongsian Kepuasan Komunikasi Kepimpinan 114 (Keterbukaan) Komitmen Kepimpinan (Perkongsian) KEKUATAN a. Ahli KRT memberi sokongan dan berpersepsi positif terhadap aktiviti yang di jalankan oleh RT. b. Aktiviti yang dijalankan oleh RT selari dengan objektif Dasar Perpaduan Nasional. Kebanyakan responden telah menyatakan tahap kepuasan yang tinggi terhadap amalan perkongsian, antaranya: a. Sentiasa amal sifat tolak ansur b. Bersedia menerima teguran c. Mendengar pendapat. d. Sentiasa berkongsi maklumat mengenai aktiviti RT. KEKANGAN Banyak responden menyatakan persepsi yang sederhana terhadap : a. kesediaan pemimpin untuk menerima cadangan. Ada kalangan pemimpin tidak mengamalkan sifat empati, khususnya di negeri Selangor, Terengganu, Kelantan dan
  • 33. 115 b. Kesediaan pemimpin untuk mendengar. c. Mudah di ajak berbincang d. Sedia untuk berkongsi maklumat Melaka. Masih ada pemimpin yang disifatkan oleh responden mementingkan kepentingan peribadi berbanding kepentingan RT. PELUANG Terdapat kursus-kursus yang mampu mempertingkatkan kemahiran amalan keterbukaan pemimpin. Terdapat sebuah Institut yang mampu mengendalikan program pendedahan untuk kepimpinan serta ahli KRT. ANCAMAN Sikap ahli KRT terhadap amalan ini yang sederhana rendah akan memberi impak pada jangka masa panjang, terutama pada generasi berumur 30 hingga 45 tahun. 4.7.4. Komunikasi Kepimpinan Memberi Sokongan dan Komitmen Berpasukan. Dapatan dari data yang diperolehi dari soal selidik menunjukkan bahawa tahap kepuasan komunikasi kepimpinan yang diamalkan oleh kepimpinan RT adalah sederhana-tinggi, manakala komitmen kerja secara berpasukan adalah sederhana rendah. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang berkesan, sifat pemimpin yang sentiasa memberi sokongan akan menjana pada tahap motivasi kerja seseorang individu, begitu juga dengan semangat kerja berpasukan. Kedua-dua perlakuan ini akan memberi impak pada pencapaian matlamat penubuhan Rukun Tetangga. Hasil analisis menunjukkan perlakuan ini memang diamalkan oleh
  • 34. kepemimpinan RT, cuma terdapat dua perlakuan yang menjadi kekangan, iaitu kesediaan pemimpin untuk mengamalkan keterbukaan dalam proses perbincangan untuk menyelesaikan permasalahan komuniti dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan penglibatan maksima daripada komuniti setempat. Kepuasan Komunikasi Kepimpinan 116 (Memberi sokongan) Komitmen Kepimpinan (Berpasukan) KEKUATAN a. Ahli KRT memberi mempunyai persepsi yang positif terhadap amalan sokongan yang diberikan oleh kepimpinan RT : - Persepsi yang tinggi terhadap kesediaan pemimpin RT member maklumat terkini mengenai aktiviti RT. - Sentiasa menunjukkan kemesraan. - Menyediakan maklumat yang jelas. a. Kebanyakkan responden bersetuju dengan semangat kerja berpasukan penting dalam mempergiatkan aktiviti RT. KEKANGAN Banyak responden menyatakan persepsi yang sederhana terhadap a. Kesediaan pemimpin untuk melibatkan diri dengan aktiviti RT b. Ada pemimpin RT di negeri seperti Terengganu dan Selangor mengamalkan sifat sokongan yang sederhana. a. Pimpinan RT sukar diajak berbincang b. Kurang mengalakkan kerja secara berpasukan c. Kurang berbincang untuk selesai masalah RT d. Kurang dapatkan penglibatan semua PELUANG Terdapat kursus-kursus yang mampu mempertingkatkan kemahiran amalan keterbukaan pemimpin. Sokongan yang kuat dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
  • 35. ANCAMAN Sikap ahli KRT terhadap amalan ini yang sederhana rendah akan memberi impak pada jangka masa panjang, terutama pada generasi berumur 30 hingga 45 tahun. Kepimpinan yang kurang memberi perhatian dalam aspek ini akan memberi kesan pada pengaruh politik yang bercanggah dengan pencapaian Dasar Perpaduan Nasional. 4.7.5 Komunikasi Kepimpinan Penyertaan dan Berwawasan Penyertaan dalam kalangan komuniti KRT terletak pada kebijaksanaan pemimpin untuk memberi galakan serta dorongan yang berkesan. Keberkesanannya sangat bergantung pada keupayaan komunikasi pemimpin untuk menarik minat komuniti untuk telibat sama dalam aktiviti yang dijalankan oleh KRT. Dapatan dari data yang diperolehi dari soal selidik menunjukkan kebanyakan responden menyatakan tahap kepuasan yang tinggi terhadap amalan ini dalam kalangan pimpinan KRT. Kebanyakan responden memberi pernyataan yang puas terhadap usaha pemimpin dalam member peluang pada komuniti memberi cadangan, begitu juga galakan untuk bekerja secara bersama untuk menjayakan aktiviti yang dijalankan oleh RT. Sebaliknya pula, banyak responden menyatakan tahap kepuasan yang sederhana terhadap usaha pemimpin untuk melibatkan komuniti dalam proses penyelesaian masalah, begitu juga dengan galakan pemimpin untuk melibatkan komuniti dalam 117 pengurusan RT.
  • 36. Berdasarkan analisis mengikut negeri pula dapatan dari kajian ini menunjukkan tahap kepuasan komunikasi kepimpinan yang diamalkan adalah sederhana bagi komuniti KRT di negeri Perak, Selangor, Kelantan dan Terengganu. Manakala bagi negeri seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Melaka kebanyakan responden menyatakan tahap kepuasan yang tinggi dalam perlakuan ini dalam 118 kalangan pemimpin RT mereka. Begitu juga dengan sifat berwawasan pemimpin, kebanyakan responden menyatakan tahap kepuasan yang tinggi terhadap amalan ini dalam kalangan pemimpin RT pada kawasan mereka. Bagi setengah-setengah negeri seperti Selangor, Kelantan dan Terengganu, kebanyakan responden menyatakan tahap kepuasan yang sederhana. Mengikut temubual yang dijalankan terhadap beberapa orang responden di negeri-negeri ini, mereka menyatakan pimpinan kurang menyerlah dalam memerihalkan wawasan RT untuk jangka masa panjang, begitu juga dengan aktiviti yang dijalankan hanya di hadiri oleh mereka yang sama. Antara aspek-aspek kelemahan yang dibangkitkan adalah pengiktirafan terhadap komuniti terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan, sifat kemesraan yang ditunjukkan, keperihatinan pemimpin terhadap cadangan dari peringkat komuniti kurang diberi perhatian. Jadual di bawah memerihalkan analisis situasi yang dijalankan.
  • 37. Kepuasan Komunikasi Kepimpinan 119 (Penyertaan) Komitmen Kepimpinan (Berwawasan) KEKUATAN Ahli KRT menyatakan tahap kepuasan yang tinggi terhadap aktiviti yang di jalankan oleh RT, khususnya: a. Kesediaan pemimpin untuk memberi peluang pada komuniti untuk menyatakan cadangan. b. Galakan untuk bersama dalam menjayakan aktiviti RT. Banyak paparan mesej mengenai halatuju dipamerkan di TADIKA Perpaduan, penerbitan JPIN dan peranan yang dimainkan oleh kakitangan JPIN. KEKANGAN Banyak responden menyatakan persepsi yang sederhana terhadap : a. Kurang melibatkan komuniti dalam proses membuat keputusan. b. Galakan komuniti untuk turut membantu menguruskan RT. a. Komuniti kurang didedahkan maklumat terkini RT. b. Kurang amal sifat minta cadangan dalam kalangan pemimpin RT. c. Kurang member pengikturafan terhadap penglibatan komuniti RT. PELUANG Terdapat kursus-kursus yang mampu mempertingkatkan kemahiran amalan keterbukaan pemimpin. Sokongan yang kuat dari Kerajaan Persekutuan untuk memperkukuhkan RT ANCAMAN Sikap ahli KRT terhadap amalan ini yang sederhana rendah akan memberi impak pada jangka masa panjang, terutama pada generasi berumur 30 hingga 45 tahun.