1. 1
“REZEKI ANAK TUPAI”
BISMILLAH...ASSALAMUALAIKUM WBT DAN
SELAMAT PAGI
Tampilnya saya pada hari ini adalah untuk
berkongsi sebuah cerita yang berjudul
‘Rezeki Anak Tupai’.
Ini Kisah si Anak Tupai
Ia belajar mencari makan
Walau selalu kena tegah
Dia tetap terus bersabar (Rentak Ikan Kekek)
Pada zaman dahulu ada seekor anak tupai yang
tinggal di dalam huitan bersama-sama ibunya.
Ia pandai mencari makanan dan memanjat dari
dahan ke dahan. Anak Tupai ingin belajar
mencari makan tetapi.......ibunya tidak
membenarkan.
Anak tupai merayu-rayu kepada ibunya dengan
bersungguh-sungguh.
Dia memberitahu ibunya yang dia sudah besar.
Dia boleh mencari makanannya sendiri dan juga
untuk ibunya.
“Tolonglah ibu...”
Akhirnya, ibu tupai mengalah. Ia membenarkan
anaknya pergi mencari makanan di dalam hutan.
Ibunya berpesan agar berhati-hati ketika
mencari makanan bimbang kalau-kalau anak tupai
terjatuh nanti.
ANAK TUPAI SANGAT GEMBIRA DAN
MELOMPAT-LOMPAT KERIANGAN.
Pada keesokan harinya, anak tupai pergi ke
hutan untuk mencari makanan. Ia melompat dari
dahan ke dahan. Perutnya terasa sangat lapar.
Akhirnya ia ternampak pokok durian yang sangat
lebat buahnya.
Anak tupai menghampiri pokok durian itu dan
ingin memanjatnya.
2. 2
TANPA DISANGKA-SANGKA, MUNCUL
SEEKOR MONYET TUA SAMBIL MENCEKAK
PINGGANG LALU MEMARAHI ANAK MONYET
ITU.
Monyet tua menghalau anak tupai itu dengan
wajah yang bengis.
“Pergi kau dari sini. Buah durian ini aku yang
punya..”
Anak tupai merayu-rayu kepada monyet tua itu.
Namun monyet tua itu tetap berdegil. Akhirnya
anak tupai mengalah dan berlalu dari situ.
Ia percaya bahawa rezekinya tetap ada.
Berjalanlah ia....seorang diri...
Pergi ke hutan..mencari rezeki..
Harap dan sabar tersemat di hati..
Moga mendapat rezeki yang dicari (Syair)
Anak tupai terus berjalan, gunung didaki...lurah
dituruni....meniti denai-denai di dalam hutan,
biarpun sukar semangatnya tidak luntur, jiwanya
kental demi mengotakan janji dan menunaikan
tanggungjawab terhadap ibunya. Setelah lama
berjalan, akhirnya ia terjumpa sepohon pokok
pisang hutan yang buahnya sedang masak ranum.
Anak tupai berasa sangat gembira. Tanpa
membuang masa ia terus memanjat pokok pisang
itu sambil menyanyi keriangan:
Pucuklah pauh, pucuklah pauh delima batu
Marilah kita, marilah kita memanjat pokok
Panjatlah pokok, panjatlah pokok si pisang
hutan.
Kawan-kawan,
Anak tupai terus makan buah pisang itu dan
rasanya sungguh enak. Ketika anak tupai sedang
makan, ia teringat akan ibunya. Pasti ibunya
sedang ternanti-nanti akan kepulangannya. Anak
tupai ingin membawa pulang buah pisang itu
3. 3
kepada ibunya. Pasti ibunya akan gembira kerana
dia sudah pandai mencari makanan.
KETIKA ANAK TUPAI BERJALAN
PULANG....IA TERDENGAR SUARA MONYET
MENGERANG KESAKITAN.
“Aduhhhhhhhhhhhh....tolong! Tolong!” (Optional)
KAWAN-KAWAN NAK TAHU APA YANG
TERJADI?
Rupa-rupanya buah durian telah menimpa monyet
tua itu.
Anak tupai terkejut apabila melihat badan
monyet tua itu calar balar. Ia berasa sangat
kasihan melihat monyet tua itu lalu menolongnya.
Monyet tua itu amat menyesal dan berasa malu,
Ia meminta maaf kepada anak tupai. Anak tupai
menghulurkan buah pisang kepadanya. Monyet itu
berasa sangat terharu dan mengucapkan terima
kasih kepada anak tupai.
Rezeki anak tupai nama diberi
Buat panduan kita semua
Sikap tamak selalu rugi
Bagaikan monyet dengan duriannya (PANTUN)
Ingat kawan-kawan... janganlah sesekali kita
bersikap ksombong dan bongkak kerana ia
membawa padah kepada hidup kita. Kita
hendaklah bersikap baik hati sesama makhluk
agar hidup kita sentiasa dirahmati.
Sekian, terima kasih.