SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
1
1.0 Pengenalan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, budaya dapat didefinisikan sebagai sebuah
tamadun atau peradaban. Sesetengah pendapat telah mendefinisikan budaya sebagai warisan
sosial sesuatu masyarakat, sistem idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma, dan adat
yang dikongsi bersama oleh semua orang dalam masyarakat (Ahmad Fauzi dan Abdul
Rahman, 1996). Manaakala menurut Hashim Awang A.R. terdapat perbezaan antara
keduanya. Budaya merujukkepada segala prinsip, peraturan dan struktur, kod, nilai, norma
dan seumpamanyayang mendasari kelakuan manusia, manakala kebudayaan adalah segala
bentuk amalandan perlakuan yang dihasilkan berlandaskan prinsip, falsafah, nilai dan
sebagainya. Pendek kata budaya adalah teori sedangkan kebudayaan praktiknya.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998:934), novel didefinisikan sebagai cerita
dalam bentuk prosa, biasanya panjang dan kompleks, serta berkaitan dengan pengalaman
manusia dan kelakuan sosial. Sebagai salah satu genre sastera, novel menampilkan dimensi
manusia dengan berbagai aspek kehidupannya. Hal ini kerana, karya sastera mempunyai nilai
keindahan dari segi bahasa, isi dan nilai-nilai budaya. Aspek budaya tersebut merangkumi
politik, ekonomi dan sosial yang berlaku dalam sesebuah masyarakat.
Kepentingan kajian ini dijalankan adalah untuk tujuan dokumentasi Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif. Selain
itu, kajian ini juga boleh dijadikan bahan rujukan kepada pengkaji-pengkaji yang ingin
menjalankan kajian mengenai aspek budaya dalam masyarakat Melayu. Walaupun sudah
2
terdapat bahan rujukan mengenai tajuk kajian ini, namun kajian ini menambahkan lagi
bilangan bahan yang boleh dirujuk.
Kajian yang dijalankan ini akan meneliti aspek budaya yang terdapat dalam novel
Dari Lembah Ke Puncak karya Ghazali Lateh. Hal ini demikian kerana aspek budaya yang
dipaparkan oleh pengarang dalam karyanya merupakan suatu gambaran tentang realiti hidup
masyarakat seterusnya memberikan impak kefahaman dan penghayatan yang lebih berkesan
untuk disampaikan kepada pembaca.
2.0 Objektif Kajian
Kajian ini merupakan kajian yang berkaitan dengan aspek budaya yang terdapat dalam novel.
Kajian yang dijalankan mempunyai dua objektif atau matlamatnya yang tersendiri. Antara
objektif bagi kajian ini adalah seperti berikut :
2.1 Untuk mengenalpasti aspek-aspek budaya yang terdapat dalam novel yang telah
dipilih, iaitu novel Dari Lembah Ke Puncak Karya Ghazali Lateh.
2.2 Untuk menghuraikan aspek budaya masyarakat yang dipaparkan dalam novel Dari
Lembah Ke Puncak Karya Ghazali Lateh.
3
3.0 Kaedah Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah kepustakaan untuk mendapatkan
maklumat bagi mencapai objektif kajian ini. Melalui kaedah kepustakaan ini pengkaji telah
mengakses bahan-bahan bacaan seperti jurnal, buku-buku ilmiah dan akbar di Perpustakaan
Negara Malaysisa (PNM) untuk memperoleh maklumat yang berkaitan dengan aspek-aspek
budaya masyarakat dan pelbagai maklumat lain yang berkaitan dengan kajian yang dibuat.
Antara beberapa maklumat yang berjaya diperoleh melalui kaedah ini ialah definisi yang
berkaitan dengan budaya, genre sastera dan sebagainya, disamping itu, karya-karya yang
berkaitan dengan pandangan sarjana juga diperoleh melalui kaedah kajian ini.
4.0 Isi Kajian
4.1 Budaya Mementingkan Ilmu
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), ilmu bermaksud pengetahuan dalam
perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain. Menurut Mohd Rashid Idris (2011), Ilmu
merujuk kepada kefahaman manusia terhadap sesuatu perkara, yang mana ia merupakan
kefahaman yang sistematik dan diusahakan secara sedar. Pada umumnya, ilmu mempunyai
potensi untuk dimanfaatkan demi kebaikan manusia. Ilmu mempunyai pemahaman bermakna
ataupun sesuatu yang memberikan makna kepada diri individu apabila datangnya sesuatu
sumber maklumat yang dikatakan berkaitan dengan sesuatu kajian ataupun memerlukan
kefahaman.Ilmu adalah berbeza dengan maklumat iaitu sesuatu maklumat tidak bererti atau
bermakna sekiranya ia tidak dapat dijadikan makna atau mendatangkan makna kepada
seseorang.
Dalam setiap hasil karya sama ada tradisional ataupun moden, aspek ilmu seringkali
diselitkan oleh pengarang sesebuah karya.
4
Dalam Novel Dari Lembah Ke Puncak, terdapat beberapa aspek ilmu yang berguna
khususnya ilmu yang berkaitan dengan masyarakat Melayu. Antara aspek ilmu yang terdapat
dalam karya tersebut ialah ilmu dalam bidang perniagaan, ilmu dalam bidang pertanian dan
ilmu-ilmu lain dalam pelbagai bidang.
Plot cerita dalam novel kajian memfokuskan kehidupan Jalil yang berusaha mengubah
kehidupan beliau yang berasal dari sebuah keluarga yang miskin. Jalil digambarkan sebagai
watak yang mempunyai semangat yang kuat untuk terus menyambung pelajaran walaupun
beliau terpaksa menempuh pelbagai kesusahan selepas kematian arwah bapanya.
Novel Dari Lembah Ke Puncak telah memapaparkan watak Abang Joe, yang telah
menasihati Jalil untuk tetap meneruskan pengajianya sehingga ke peringkat Universiti. Hal
ini demikian kerana, selepas peperikasaan SPM tamat, Jalil telah ke Kuala Lumpur untuk
mencari pekerjaan. Jalil bertekad ingin mengumpulkan wang supaya beliau dapat menebus
semula tanah pusaka Arwah bapanya. Jalil memperoleh keputusan yang baik dalam
peperiksaan SPM, namun beliau enggan meneruskan pengajianya kerana ingin bekerja. Atas
nasihat Abang Joe, Jalil mengubah pendirianya untuk meneruskan pengajian di Universiti
Pertanian Malaysia. hal ini dapat dilihat menerusi petikan berikut:
...”Jangan begitu, Jalil. Mungkin awak belum nampak kepentingan memiliki ilmu pendidikan
yang tinggi masa ini. Suatu hari nanti, awak akan menyesal. Orang lain berebut-rebut nak
melanjutkan pelajaran. Aku sendiri kalau boleh aku nak belajar setinggi mungkin, tapi
apakan daya...." Suara Joe terhenti di situ. Seperti ada keluhan dalam kata-katanya.”...
(Dari Lembah Ke Puncak Bab 21 117)
Selain itu, dalam novel Dari Lembah Ke Puncak ini juga turut memuatkan peristiwa
secara imbas kembali oleh Jalil terhadap peristiwa semasa beliau masih di tingkatan tiga.
5
Sebagai seorang bapa, Pak Teh amat mementingkan segala keperluan pendidikan anak-
anaknya sempurna walau dalam keadaan kesempitan hidup. Hal ini kerana, Pak Teh sedar
bahawa hanya pendidikan sahaja jalan bagi mengeluarkan keluarga mereka dari kemelut
kemiskinan. Pengarang telah memperlihatkan watak Pak Teh sebagai seorang bapa yang amat
mementingkan pendidikan apabila pada saat-saat akhir hayatnya, Pak Teh masih lagi
memikirkan tentang keperluan Jalil yang memerlukan wang bagi membiayai yuran
peperiksaan SRP. Hal tersebut dapat dilihat menerusi petikan di bawah:
…Jalil masih ingat saat-saat akhir hidup bapanya dua tahun yang lalu. Ketika itu Jalil
memerlukan wang untuk membayar yuran SRP. Ketika itulah bapanya yang tenat
menunjukkan sesuatu pada kasau atap di atas lang rumah. Jalil tidak dapat menangkap apa-
apa yang dimaksudkan oleh bapanya itu. Akhirnya, selepas bapanya disempurnakan
pengebumian, barulah Jalil mendapati pada kasau itu tersangkut songkok buruk bapanya. Di
celah lipatan songkok buruk itu terselit sekeping wang kertas RM50. Wang itulah yang
digunakan oleh Jalil untuk membayar yuran periksa…
(Dari Lembah Ke Puncak Bab 5 13)
Secara keseluruhan, Novel Dari Lembah Ke Puncak sememangnya memaparkan
budaya mementingkan ilmu. Watak-watak dalam novel ini berperanan menyampaikan
kepentingan ilmu kepada pembaca.
4.2 Amalan Perubatan Tradisional
Menurut Kamus Dewan Bahasa edisi Keempat perubatan ditakrifkan sebagai perihal
berubat yang berkaitan dengan ubat atau usaha mengubati seperti ilmu, jabatan dan pakar
yang melibatkan perubatan. Dengan kata lain, perubatan ialah segala usaha yang dilakukan
untuk menghalang dan menyembuhkan pelbagai penyakit. Terdapat dua cabang bidang ilmu
perubatan pada masa kini iaitu bidang ilmu perubatan tradisional dan perubatan moden.
Perubatan tradisional mempunyai matlamat yang sama dengan perubatan moden iaitu untuk
menghapuskan atau menghilangan kesakitan dan penderitaan pesakit dengan konsep dan cara
tersendiri.
6
Perubatan cara tradisional adalah warisan turun temurun. Ia telah bermula pada nenek
moyang kita lagi dan mungkin juga sudah berusia seusia dengan kehidupan manusia di atas
muka bumi ini. Pelbagai cara telah digunakan dalam usaha mendapatkan ubat-ubatan yang
benar-benar berkesan. Dalam masyarakat Melayu kaedah rawatan tradisional biasanya
diamalkan ialah jampi serapah disamping ubat-ubatan asli yang didapati daripada tumbuh-
tumbuhandan haiwan serta serangga. Perubatan ini tidak menunjukkan kesan tindakan
secepat perubatan modem tetapi kesan tindakan yang diamalkan adalah untuk kesejahteraan
hidup jangka masa panjang. Perubatan tradisional berkembang menjadi salah satu cabang
ilmu perubatan yang penting kerana ia memberi pelbagai sumbangan dalam peningkatan taraf
hidup masyarakat.
Sesetengah para ahli perubatan berpendapat perubatan tradisional ialah sejenis
perubatan pra-saintifik bagi sesuatu kaum. Perubatan ini berbeza daripada perubatan yang
diamalkan di Barat. Perubatan jenis ini digunakan pada masa tertentu yang bertujuan
untuk penjagaan kesihatan dan sesuai bagi sesuatu masyarakat tertentu. Amalan perubatan
tradisional merupakan salah satu daripada tradisi yang penting diamalkan oleh sesebuah
masyarakat secara turun temurun. Pendapat yang dikemukankan oleh Mohd Riji, H.
(2005) menyatakan bahawa sistem perubatan tradisional masih diperlukan biarpun arus
globalisasi bertiup kencang dan dunia perubatan semakin canggih dan dalam situasi
tertentu sistem perubatan tradisional nyata lebih berkesan daripada perubatan moden.
Dalam Novel Dari Lembah Ke Puncak, turut dipaparkan amalan perubatan tradsional
yang diamalkan oleh masyarakat Melayu. Amalan perubatan tradisional mempunyai banyak
manfaat kerana tidak mendatangkan kesan sampingan kerana mengunakan bahan semulajadi.
Pengamalan perubatan tradisional amat meluas dalam masyarakat Melayu kerana masyarakat
Melayu sememangnya kaya dengan amalan serta petua kesihatan yang terbukti berkesan
7
untuk mengubati penyakit. Dalam Novel Dari Lembah Ke Puncak, dapat dilihat Jalil, telah
mempraktikan pengetahuanya dalam ilmu perubatan tradisional bagi mengubati lukanya yang
tertusuk kaca. Beliau telah membalut lukanya dengan mengunakan campuran kopi dan gula
lembab, Hal tersebut dapat dilihat menerusi petikan dibawah:
…Dia mengoyak kain basahan mandinya yang tersidai di dangau. Kain buruk itu diikatkan
ke kaki agar gula dan kopi lembap itu tidak tertanggal. Diikatnya ketat-ketat. Dirinya mula
terasa lemah kerana kehilangan banyak darah.
Jalil terlentang di atas dangaunya. Kedua-dua belah kakinya ditinggikan agar aliran darah
berhenti dengan cepat. Kalau darahnya beku dia akan mencari daun kapal terbang. Dia tahu
herba itu memang mujarab dibuat ubat luka. Akan tetapi, kini dia terasa terlalu longlai. Dia
menahan kesakitan itu sendirian. Yang selebihnya ialah kepedihan hati. Siapakah punya
angkara yang sanggup menaburkan kaca ke tapak semaian padinya?...
(Dari Lembah Ke Puncak, Bab 4 34)
Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa pengamalan perubatan tradisional
merupakan amalan yang penting dalam sesebuah kaum. Masyarakat Melayu khususnya,
telah mengaplikasikan sumber alam semulajadi untuk merawat penyakit disamping
menjaga kesihatan. Amalan ini terbukti efektif kerana masih dikekalkan hingga ke hari
ini.
4.3 Budaya Berakhlak Mulia
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, akhlak ditakrifkan sebagai budi pekerti,
kelakuan, watak, pengetahuan berkaitan kelakuan dan tingkah laku manusia dan sebagainya
sama ada baik atau jahat. Secara etimologi akhlak berasal daripada kata al-akhlaqu iaitu kata
jama’ daripada perkataan al-khuluq yang bererti tabiat, kelakuan, perangai, tingkahlaku,
maruah, adat kebiasaan, malah ia juga beretri agama itu sendiri. Manakala pengertian akhlak
dari segi istilah pula ialah sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu
perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan. Hal tersebut
8
turut disokong oleh Ibnu Athir (1963) yang berpendapat bahawa akhlak itu ialah gambaran
batin, jiwa atau rohani seseorang yang kemudiannya dilahirkan dalam bentuk perbuatan. Oleh
sebab itu, seseorang yang hanya berpura-pura berakhlak baik tidak akan dapat beriltizam
dengan sifat-sifat tersebut dan lama kelamaan sifat buruknya akan terzahir juga (Athir, 1963).
Dalam Novel Lembah Ke Puncak, watak Latifah digambarkan sebagai seorang gadis
yang berakhlak mulia, beliau amat bersopan santun dan menghormati orang lain. Kemuliaan
budi pekertinya telah membuatkannya disenangi oleh orang-orang disekitarnya. Hal ini turut
diakui oleh Jalil yang mengangumi kemulian budi pekerti Latifah. Hal tersebut dapat dilihat
menerusi petikan dibawah:
…Sesekali terbayang juga wajah Latifah yang begitu terserlah kecantikannya. Dalam usia
sunti itu Latifah begitu matang perawakannya. Tutur katanya lembut. Tingkahnya sopan.
Sebagai anak muda, Jalil tidak terlepas daripada berangan-angan untuk memiliki gadis
sebaik dan secantik Latifah…
(Dari Lembah Ke Puncak, Bab 13 104)
Selain itu, pengarang turut memperlihatkan watak Jalil sebagai seorang yang
mempunyai budi pekerti yang mulia. Hal ini dikatakan demikian kerana, Jalil amat
menghormati ibunya, Mak Teh walaupun Mak Teh sering mencetuskan kegusarannya dengan
menimbulkan pelbagai masalah. Sifat Jalil yang amat menghormati ibunya mmbuktikan
bahawa Jalil memang mempunyai budi pekerti yang mulia. Selain itu, Jalil juga dilihat sebagi
seorang anak yang patuh dengan amanat orang tua. Jalil tidak pernah sesekali melupakan
amanat Arwah Pak Teh supaya mempertahankan tanah pusaka milik keluarga mereka. Hal
tersebut dapat dilihat menerusi petikan di bawah:
…Namun, segala kemelut itu tidak mudah mematahkan semangat Jalil. Walaupun kerenah
Mak Teh tidak habis-habis mencetuskan kegusarannya, dia perlu menghormati ibunya. Dia
mempunyai prinsip yang ditanam kukuh dalam jiwanya. Setiap masalah yang melanda pasti
akan berlalu juga. Hanya masa yang menentukan. Itulah prinsip yang dipegangnya untuk
menguatkan semangat dalam mengejar hari muka.
Yang penting amanat arwah ayahnya tetap kukuh dalam perjuangannya…
(Dari Lembah Ke Puncak Bab 17 176)
9
Jelaslah bahawa budaya berakhlak mulia sememangnya menjadi teras dalam
masyarakat Melayu. Orang Melayu amat mementingkan akhlak yang mulia agar disenangi
oleh masyarakat sekitar.
4.4 Budaya Kasih Sayang
Menurut Muhammad al-Ghazali (1987: 92) kasih sayang didefinisikan sebagai sifat
ketinggian budi yang melembutkan hati untuk mencurahkan rasa belas kasihan. Muhammad
al-Ghazali turut menambah kasih sayang ialah perasaan halus dan belas kasihan di dalam hati
yang membawa kepada berbuat amalan utama, memberi maaf dan berlaku baik. Dalam Novel
Dari Lembah Ke Puncak, Jalil dilihat sebagai anak yang amat menyayangi ibunya. Beliau
sedia memaafkan dan menerima ibunya walaupun Mak Teh pernah mengacuhkan Jalil suatu
ketika dahulu. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana walaupun Mak Teh seringkali bertindak
melulu dan bertentangan denganya, Jalil tetap menyayangi ibunya itu. Hal ini turut disokong
oleh Tajul Ariffin Nordin dan Nor’aini (1992) dan pula berpendapat kasih sayang ialah
perasaan cinta, kasih sayang yang mendalam dan berkekalan. Rasa ini lahir dari hati yang rela
terhadap sesuatu tanpa sebarang unsur kepentingan diri (1992: 32).
Novel Dari Lembah Ke Puncak juga memperlihatkan budaya kasih sayang antara
seorang ibu dan anaknya. Watak utama dalam novel ini iaitu Jalil merupakan seorang yang
mengamalkan amalan kasih sayang yang tinggi dalam hidupnya. Hal ini dibuktikan melalui
plot cerita ini yang mengisarkan tentang kehidupan Jalil sebagai seorang anak yang
mempunyai ibu yang bersikap pilih kasih terhadap anak-anaknya, Namun begitu, Jalil tidak
pernah berdendam malah kasih sayang terhadap ibunya tidak pernah berkurang, Hal ini jelas
tergambar kerana walaupun setelah sekian lama Jalil tidak pulang ke kampung dan telah
10
menjadi seorang usahawan yang berjaya, beliau tetap pulang menemui ibunya di Guar
Chempedak untuk memohon restu sebelum beliau melaksanakan projek taman tema air di
Bukit Nibung. Hal tersebut digambarkan seperti dalam petikan berikut:
…Mak! Saya Jalil, bukan Muhsin," jawab Jalil.
"Siapa?" Orang tua itu bertanya sambil membuka pintu.
"Jalil, mak!" Jalil masuk dan memeluk ibunya.
Sekali lagi air matanya tumpah tanpa dapat ditahan. Dia amat merindui ibunya. Walaupun
orang tua itu banyak bertindak bertentangan dengan pendiriannya, dia tidak dapat menolak
bahawa ibunya tetap membawa makna dalam hidupnya. Ibulah orang yang melahirkannya.
Mak Teh pun sudah berubah. Keadaannya kelihatan uzur. Menurut cerita Mak Teh, Muhsin
kembali menjaga ibunya sejak beberapa tahun yang lalu setelah keluar daripada pusat
pemulihan dadah…
(Dari Lembah Ke Puncak Bab 31 351)
Berdasarkan petikan tersebut, dapat dilihat pengarang memaparkan betapa masyarakat
Melayu sememangnya mementingkan budaya berkasih sayang dalam kehidupan seharian
mereka. Hal ini demikian kerana tanpa adanya budaya berkasih sayang antara satu dengan
yang lain, maka sukar untuk menyatupadukan kelompok masyarakat. Kajian membuktikan
bahawa budaya kasih sayang yang diamalkan masyarakat dalam novel yang dikaji benar-
benar wujud dalam masyarakat Melayu.
Justeru, tidak hairanlah walau sebesar manapun masalah yang dihadapi dalam
sesebuah keluarga, namun kasih sayang yang mendalam antara ahli keluarga tetap akan
menyatukan semula keluarga tersebut. Jelaslah bahawa Novel Dari Lembah Ke Puncak
sememangnya sarat dengan budaya kasih sayang dalam sesebuah institusi kekeluargaan.
11
4.5 Budaya Tolong Menolong
Menurut Kamus Dewan Edisi keempat (2010), konsep bertolongan ini membawa
maksud bantu-membantu atau saling membantu. Tolong menolong merupakan satu keperluan
dalam kehidupan bermasyarakat. Manusia sememangnya mempunyai kemampuan yang
berbeza-beza, oleh itu kelebihan kita dalam suatu perkara dapat memberi manfaat bukan
sahaja kepada diri sendiri bahkan orang lain yang memerlukan. Begitu juga kelebihan orang
lain akan memberi kebaikan kepada kita. Untuk mewujudkan hubungan yang harmoni dan
saling lengkap-melengkapi sesama manusia maka manusia memerlukan antara satu sama
lain. Maka, antara konsep penting yang perlu ada dalam perhubungan sesama manusia ialah
tolong-menolong.
Menurut Abd Rahim Abd Rashid (2001:112), tolong-menolong sesuai dengan
pembinaan konsep caring society (masyarakat penyayang). Budaya tolong-menolong
membolehkan masyarakat bangun membela dan menangani pelbagai masalah sosial yang
dihadapi oleh ahli masyarakat yang memerlukan bantuan dan pertolongan. Justeru itu, ia
membawa kesediaan melakukan sesuatu dengan rasa ikhlas.
Dalam Novel Dari Lembah Ke Puncak, budaya tolong-menolong dalam masyarakat
juga tidak lupa untuk deselitkan. Pengarang telah mengambarkan bahawa budaya tolong-
menolong amat penting bagi memastikan kesejahteraan masyarakat. Watak-watak penentang
dalam novel ini seperti Jalil, Latifah, Pak Long Ali dan Ah Bee diperlihatkan sebagai watak
yang mempunyai keperibadian yang baik kerana sering memberikan bantuan kepada
golongan yang memerlukan. Dalam petikan dibawah, Latifah telah menolong Jalil untuk
membayar yuran peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Latifah telah memberikan
wang sebanyak RM150 secara tunai kepada Jalil untuk melunaskan yuran peperiksaannya.
12
…"Nah ...!" Tiba-tiba Latifah menghulurkan satu sampul surat kecil.
"Apa ni?" tanya Jalil, kaget.
"Duit yuran peperiksaan," jawab Latifah.
"Tak payah. Abang bukannya nak pinjam duit Pah ...!" kata Jalil sambil memandang tepat ke
wajah gadis sebelah rumah itu.
"Bukan nak bagi pinjam!" balas Latifah sambil tangan kanannya masih terhulur kepada
Jalil.
"Habis?"
"Bapa suruh bagi pada abang. Dia kata dia bersimpati dengan abang," jelas Latifah lagi.
"Macam mana Pak Lang tahu hal ini?" Jalil masih tidak berpuas hati dan terus bertanya.
"Itu tak payahlah abang tahu. Bapa kata, abang mesti ambil duit ini." Latifah mengunjukkan
sampul itu kepada Jalil.
Jalil memandang Latifah dari atas ke bawah. Dia berasa hairan kenapa Pak Lang Ali tiba-
tiba sahaja begitu baik hati ingin membantunya. Sedangkan Pak Lang Alilah yang
mengambil kesempatan ke atas Mak Teh ketika orang tua itu terdesak tempoh hari.
"Tapi....."
"Tak ada tapi, tapi. Bapa kata, dia rasa bersalah pada abang." Latifah menjelaskan
persoalan yang tersirat dalam benak Jalil.
Akhirnya, Jalil tidak dapat menolak lagi. Latifah menyelitkan sampul surat berwarna coklat
itu ke dalam poket kemeja Jalil. Setelah itu Latifah pun berlalu pulang ke rumahnya…
(Lembah Ke Puncak Bab 6 45)
Selain itu, dalam novel Dari Lembah Ke Puncak ini turut dipaparkan budaya tolong-
menolong antara Ah Bee dengan Jalil. Ah Bee merupakan seorang tauke kedai runcit yang
sering membantu Jalil. Hal ini kerana, arwah Pak Teh pernah membantu keluarga Ah Bee
semasa zaman darurat dahulu. Ah Bee yang terhutang budi dengan keluarga Pak Teh berniat
membalas pertolongan tersebut dengan membantu Jalil yang hidup dalam kesusahan. Ah Bee
tidak berkira untuk membenarkan Jalil mengambil barang-barang keperluannya di kedai
runcit miliknya walaupun mengetahui Jalil tidak mempunyai wang untuk membayarnya. Hal
tersebut dapat dilihat dalam petikan novel di bawah:
… Dia tahu jika tidak ada wang di dalam poket sekalipun, Ah Bee tidak akan
menghampakannya. Paling tidak sepuluh keping biskut empat segi akan dibungkus oleh Ah
Bee tanpa meminta bayaran.
"Nanti ada duit lu bayarlah!" Begitu kata Ah Bee setiap kali Jalil menolak pemberiannya.
Budi tauke Cina itu memang besar. Barangkali Ah Bee mengenang jasa Pak Teh yang tidak
kurang besarnya semasa zaman darurat dahulu…
(Dari Lembah Ke Puncak Bab 11 56)
13
Oleh itu, jelaslah bahawa Novel Dari Lembah Ke Puncak sememangnya memaparkan
banyak budaya tolong-menolong dalam masyarakat kampung. Budaya tolong-menolong yang
diamalkan mampu membina sebuah masyarakat yang mempunyai budi pekerti yang baik dan
menjadikan komuniti itu sendiri berada dalam keadaan aman dan harmoni.
5.0 Penutup
Kesimpulannya aspek budaya yang ditonjolkan oleh pengarang menjadi fokus utana
dalam kajian ini. Hasil analisis dan kajian yang telah dibuat, didapati aspek budaya yang
diketengahkan dalam novel ini masih kekal diamalkan dalam masyarakat. Aspek budaya
dalam sesebuah masyarakat merupakan elemen yang penting bagi mngekalkan identiti
sesebuah kaum atau bangsa itu sendiri. Oleh itu, diharapkan kajian dan program pelaksanaan
yang lebih rintis dapat dilaksanakan agar aspek budaya dalam sesebuah masyarakat dapat
dikekalkan.
Secara keseluruhannya jelaslah bahawa aspek-aspek yang dihuraikan dapat dijadikan
sebagai cerminan budaya nasyarakat melayu. Sebenarnya budaya yang unik ini memang
wajar dihargai kerana budaya inilah yang menonjolkan sesebuah kaum itu. Hal ini demikian
kerana tanpa budaya ini sesuatu kaun itu akan kehilangan identitinya. Malahan, tindakan
individu tertentu yang menghargai budaya ini menjadi satu cara yang paling mudah untuk
mempamerkan rasa hormat generasi tua daripada generasi muda. Sikap menghargai budaya
ini dapat memastikan sesuatu budaya kaum itu tidak akan luput.
14
6.0 Rujukan
1. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur. : Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Abdul Rahman Ahmad Fauzi. (1996). Komunikasi Budaya: Dari Alam Rahim Ke
Alam Barzakh. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
3. Hashim Awang A.R. (1998), Budaya dan Kebudayaan : Teori, Isu dan Persoalan
Kuala Lumpur :Citra Budaya.
4. Kamus Dewan Edisi Ketiga. (1998). Kuala Lumpur. : Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Mohd Rashid Md Idris & Abu Hassan Abdul (2011). Falsafah Pendidikan Bahasa
Kuala Lumpur: Percetakan Salam Sdn Bhd.
6. Mohd Riji, H. (2005). Prinsip dan amalan dalam perubatan Melayu. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.
7. Ibn al-Athir, (1963), al-Nihayah fi Gharib al-Hadith Wa al-Athar, Juzuk 2, Riyadh,
al-Maktabah al-Islamiyyah, hal. 70
8. Muhammad Al-Ghazali. (1994). Peribadi Muslim. Terj. Osman Hj Khalid. Kuala
Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.
9. Tajul Ariffin Noordin & Nor’Aini Dan. (1992).Pendidikan dan Wawasan 2020 . Kuala
Lumpur: Arena Ilmu Sdn. Bhd.
15
10.Abdul Rahim Abdul Rashid. (2001). Nilai-nilai Murni dan Pendidikan. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributor.

More Related Content

What's hot

PENGAJIAN AM - PENGLIBATAN, PERANAN DAN SUMBANGAN (PERINGKAT SERANTAU - ASEAN)
PENGAJIAN AM - PENGLIBATAN, PERANAN DAN SUMBANGAN (PERINGKAT SERANTAU - ASEAN)PENGAJIAN AM - PENGLIBATAN, PERANAN DAN SUMBANGAN (PERINGKAT SERANTAU - ASEAN)
PENGAJIAN AM - PENGLIBATAN, PERANAN DAN SUMBANGAN (PERINGKAT SERANTAU - ASEAN)AzreeShariff
 
Jelaskan dasar & perkembangan ekonomi thailand
Jelaskan dasar & perkembangan ekonomi thailandJelaskan dasar & perkembangan ekonomi thailand
Jelaskan dasar & perkembangan ekonomi thailandFaizah Yahya
 
Pengajian am ( Kerajaan Negeri & Kerajaan Tempatan)
Pengajian am ( Kerajaan Negeri & Kerajaan Tempatan)Pengajian am ( Kerajaan Negeri & Kerajaan Tempatan)
Pengajian am ( Kerajaan Negeri & Kerajaan Tempatan)smk batu sapi
 
Pengajian am kertas 1 badan berkanun & tidak berkanun
Pengajian am kertas 1  badan berkanun & tidak berkanunPengajian am kertas 1  badan berkanun & tidak berkanun
Pengajian am kertas 1 badan berkanun & tidak berkanunMUHAMMAD FAUZI YUSOF
 
Segi tiga pertumbuhan stpm
Segi tiga pertumbuhan stpmSegi tiga pertumbuhan stpm
Segi tiga pertumbuhan stpmsakiminie
 
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananKerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananOliver Louise
 
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)Thanushah Soniyasee
 
Laras Bahasa STPM Sem3
Laras Bahasa STPM Sem3Laras Bahasa STPM Sem3
Laras Bahasa STPM Sem3Dg Suhaili
 
Agensi Kerajaan
Agensi KerajaanAgensi Kerajaan
Agensi Kerajaanazam_hazel
 
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3JANGAN TENGOK
 
fungsi bahasa melayu sebagai bahasa melayu klasik
fungsi bahasa melayu sebagai bahasa melayu klasikfungsi bahasa melayu sebagai bahasa melayu klasik
fungsi bahasa melayu sebagai bahasa melayu klasikkamalslaw
 
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatan
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatanPENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatan
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatanArwendy jaikul
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Thanushah Soniyasee
 
Sistem Sosial Bab 3 STPM Penggal 3
 Sistem Sosial  Bab 3 STPM Penggal 3 Sistem Sosial  Bab 3 STPM Penggal 3
Sistem Sosial Bab 3 STPM Penggal 3naddy sulaiman
 
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874Jimmy Mogolid
 

What's hot (20)

PENGAJIAN AM - PENGLIBATAN, PERANAN DAN SUMBANGAN (PERINGKAT SERANTAU - ASEAN)
PENGAJIAN AM - PENGLIBATAN, PERANAN DAN SUMBANGAN (PERINGKAT SERANTAU - ASEAN)PENGAJIAN AM - PENGLIBATAN, PERANAN DAN SUMBANGAN (PERINGKAT SERANTAU - ASEAN)
PENGAJIAN AM - PENGLIBATAN, PERANAN DAN SUMBANGAN (PERINGKAT SERANTAU - ASEAN)
 
Format Esei kERJA kURSUS BM 2016
Format Esei kERJA kURSUS BM 2016Format Esei kERJA kURSUS BM 2016
Format Esei kERJA kURSUS BM 2016
 
Jelaskan dasar & perkembangan ekonomi thailand
Jelaskan dasar & perkembangan ekonomi thailandJelaskan dasar & perkembangan ekonomi thailand
Jelaskan dasar & perkembangan ekonomi thailand
 
Pengajian am ( Kerajaan Negeri & Kerajaan Tempatan)
Pengajian am ( Kerajaan Negeri & Kerajaan Tempatan)Pengajian am ( Kerajaan Negeri & Kerajaan Tempatan)
Pengajian am ( Kerajaan Negeri & Kerajaan Tempatan)
 
Pengajian am kertas 1 badan berkanun & tidak berkanun
Pengajian am kertas 1  badan berkanun & tidak berkanunPengajian am kertas 1  badan berkanun & tidak berkanun
Pengajian am kertas 1 badan berkanun & tidak berkanun
 
penggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian ampenggal 1 pengajian am
penggal 1 pengajian am
 
Segi tiga pertumbuhan stpm
Segi tiga pertumbuhan stpmSegi tiga pertumbuhan stpm
Segi tiga pertumbuhan stpm
 
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananKerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
 
Kerjasama selatan selatan
Kerjasama selatan selatanKerjasama selatan selatan
Kerjasama selatan selatan
 
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
Pembentangan Nota Bab 1 Penggal 3 Pengajian Am (thanushah)
 
Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Haji
Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin HajiMejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Haji
Mejar Dato’ Haji Mohd Said Bin Haji
 
Laras Bahasa STPM Sem3
Laras Bahasa STPM Sem3Laras Bahasa STPM Sem3
Laras Bahasa STPM Sem3
 
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
Pengajian am (SUMBER KEWANGAN)
 
Agensi Kerajaan
Agensi KerajaanAgensi Kerajaan
Agensi Kerajaan
 
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
Nota ringkas bahasa melayu tingkatan 6 stpm penggal 1, 2, 3
 
fungsi bahasa melayu sebagai bahasa melayu klasik
fungsi bahasa melayu sebagai bahasa melayu klasikfungsi bahasa melayu sebagai bahasa melayu klasik
fungsi bahasa melayu sebagai bahasa melayu klasik
 
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatan
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatanPENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatan
PENGAJIAN AM SEM2 Dasar pensyarikatan
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
 
Sistem Sosial Bab 3 STPM Penggal 3
 Sistem Sosial  Bab 3 STPM Penggal 3 Sistem Sosial  Bab 3 STPM Penggal 3
Sistem Sosial Bab 3 STPM Penggal 3
 
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
 

Viewers also liked

Berkshire Hathaway HomeServices Georgia Properties More Global Exposure For Y...
Berkshire Hathaway HomeServices Georgia Properties More Global Exposure For Y...Berkshire Hathaway HomeServices Georgia Properties More Global Exposure For Y...
Berkshire Hathaway HomeServices Georgia Properties More Global Exposure For Y...Arthur Prescott
 
Dialogoenelinfierno...
Dialogoenelinfierno...Dialogoenelinfierno...
Dialogoenelinfierno...Roxana Feniix
 
Resume.Ramesh- FEB-2016-
Resume.Ramesh- FEB-2016-Resume.Ramesh- FEB-2016-
Resume.Ramesh- FEB-2016-Ramesh Sir
 
Inspiring Thoughts
Inspiring ThoughtsInspiring Thoughts
Inspiring ThoughtsSanja .
 
Secuencias didáctica 3 movie maker
Secuencias didáctica 3 movie makerSecuencias didáctica 3 movie maker
Secuencias didáctica 3 movie makerjamechaves
 
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMRKomsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMRroszelan majid
 
Lake Lanier Waterfront Home Sales Listings July 2016
Lake Lanier Waterfront Home Sales Listings July 2016 Lake Lanier Waterfront Home Sales Listings July 2016
Lake Lanier Waterfront Home Sales Listings July 2016 Arthur Prescott
 

Viewers also liked (10)

Presentazione Bot Telegram
Presentazione Bot TelegramPresentazione Bot Telegram
Presentazione Bot Telegram
 
Berkshire Hathaway HomeServices Georgia Properties More Global Exposure For Y...
Berkshire Hathaway HomeServices Georgia Properties More Global Exposure For Y...Berkshire Hathaway HomeServices Georgia Properties More Global Exposure For Y...
Berkshire Hathaway HomeServices Georgia Properties More Global Exposure For Y...
 
Dialogoenelinfierno...
Dialogoenelinfierno...Dialogoenelinfierno...
Dialogoenelinfierno...
 
Resume.Ramesh- FEB-2016-
Resume.Ramesh- FEB-2016-Resume.Ramesh- FEB-2016-
Resume.Ramesh- FEB-2016-
 
Teoria de la argumen. revista
Teoria de la argumen. revistaTeoria de la argumen. revista
Teoria de la argumen. revista
 
Inspiring Thoughts
Inspiring ThoughtsInspiring Thoughts
Inspiring Thoughts
 
Secuencias didáctica 3 movie maker
Secuencias didáctica 3 movie makerSecuencias didáctica 3 movie maker
Secuencias didáctica 3 movie maker
 
Komsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMRKomsas Tingkatan 2 PMR
Komsas Tingkatan 2 PMR
 
Evolution of western music
Evolution of western musicEvolution of western music
Evolution of western music
 
Lake Lanier Waterfront Home Sales Listings July 2016
Lake Lanier Waterfront Home Sales Listings July 2016 Lake Lanier Waterfront Home Sales Listings July 2016
Lake Lanier Waterfront Home Sales Listings July 2016
 

Similar to BUDAYA DALAM NOVEL DARI LEMBAH KE PUNCAK

TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIH
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIHTEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIH
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIHMomee Rain
 
Ciri ciri karya agung
Ciri ciri karya agungCiri ciri karya agung
Ciri ciri karya agungJasmine Eng
 
EAS_PENGANTAR FILSAFAT ILMU_KELOMPOK 9.pptx
EAS_PENGANTAR FILSAFAT ILMU_KELOMPOK 9.pptxEAS_PENGANTAR FILSAFAT ILMU_KELOMPOK 9.pptx
EAS_PENGANTAR FILSAFAT ILMU_KELOMPOK 9.pptxFarhanArdiansyah15
 
Tugasan krb 3063 karya agung melayu
Tugasan krb 3063 karya agung melayuTugasan krb 3063 karya agung melayu
Tugasan krb 3063 karya agung melayuNor Afida Ghazani
 
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADUKAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADUMomee Rain
 
Cultural Antropology, Kebudayaan Minangkabau
Cultural Antropology, Kebudayaan MinangkabauCultural Antropology, Kebudayaan Minangkabau
Cultural Antropology, Kebudayaan Minangkabaunixfairy
 
Makalah ibd
Makalah ibdMakalah ibd
Makalah ibdnewskiem
 
Bahagian a
Bahagian aBahagian a
Bahagian akajal20
 
Masalah Adat Istiadat, Norma, dan Hukum Masyarakat
Masalah Adat Istiadat, Norma, dan Hukum MasyarakatMasalah Adat Istiadat, Norma, dan Hukum Masyarakat
Masalah Adat Istiadat, Norma, dan Hukum Masyarakatsuher lambang
 
Ilmu Budaya Dasar
Ilmu Budaya DasarIlmu Budaya Dasar
Ilmu Budaya DasarKusugaKun
 
SEMINAR PROPOSAL-LOLA.pptx
SEMINAR PROPOSAL-LOLA.pptxSEMINAR PROPOSAL-LOLA.pptx
SEMINAR PROPOSAL-LOLA.pptxRicaSugandi
 
Ilmu budaya dasar (modul etika, profesional dan humaniora)
Ilmu budaya dasar (modul etika, profesional dan humaniora)Ilmu budaya dasar (modul etika, profesional dan humaniora)
Ilmu budaya dasar (modul etika, profesional dan humaniora)fikri asyura
 
M. romli, s.ag, s.hi
M. romli, s.ag, s.hiM. romli, s.ag, s.hi
M. romli, s.ag, s.hiDarman II
 
Materi Antropologi
Materi Antropologi Materi Antropologi
Materi Antropologi renanugraha
 
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalManifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalBM2062204RohaiyuBint
 
Pemikiran syekh al zarnuji
Pemikiran syekh al zarnujiPemikiran syekh al zarnuji
Pemikiran syekh al zarnujiAsep Bunyamin
 
Kajh 4 abdullah (59 81)a[1]
Kajh 4 abdullah (59 81)a[1]Kajh 4 abdullah (59 81)a[1]
Kajh 4 abdullah (59 81)a[1]Sarina Salim
 
ILMU SOSIAL BUDAYA DASAR PERTEMUAN 1.pptx
ILMU SOSIAL BUDAYA DASAR PERTEMUAN 1.pptxILMU SOSIAL BUDAYA DASAR PERTEMUAN 1.pptx
ILMU SOSIAL BUDAYA DASAR PERTEMUAN 1.pptxTrieAnanda2
 

Similar to BUDAYA DALAM NOVEL DARI LEMBAH KE PUNCAK (20)

TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIH
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIHTEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIH
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIH
 
04 bab i
04 bab i04 bab i
04 bab i
 
Karya agung komplete
Karya agung kompleteKarya agung komplete
Karya agung komplete
 
Ciri ciri karya agung
Ciri ciri karya agungCiri ciri karya agung
Ciri ciri karya agung
 
EAS_PENGANTAR FILSAFAT ILMU_KELOMPOK 9.pptx
EAS_PENGANTAR FILSAFAT ILMU_KELOMPOK 9.pptxEAS_PENGANTAR FILSAFAT ILMU_KELOMPOK 9.pptx
EAS_PENGANTAR FILSAFAT ILMU_KELOMPOK 9.pptx
 
Tugasan krb 3063 karya agung melayu
Tugasan krb 3063 karya agung melayuTugasan krb 3063 karya agung melayu
Tugasan krb 3063 karya agung melayu
 
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADUKAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
 
Cultural Antropology, Kebudayaan Minangkabau
Cultural Antropology, Kebudayaan MinangkabauCultural Antropology, Kebudayaan Minangkabau
Cultural Antropology, Kebudayaan Minangkabau
 
Makalah ibd
Makalah ibdMakalah ibd
Makalah ibd
 
Bahagian a
Bahagian aBahagian a
Bahagian a
 
Masalah Adat Istiadat, Norma, dan Hukum Masyarakat
Masalah Adat Istiadat, Norma, dan Hukum MasyarakatMasalah Adat Istiadat, Norma, dan Hukum Masyarakat
Masalah Adat Istiadat, Norma, dan Hukum Masyarakat
 
Ilmu Budaya Dasar
Ilmu Budaya DasarIlmu Budaya Dasar
Ilmu Budaya Dasar
 
SEMINAR PROPOSAL-LOLA.pptx
SEMINAR PROPOSAL-LOLA.pptxSEMINAR PROPOSAL-LOLA.pptx
SEMINAR PROPOSAL-LOLA.pptx
 
Ilmu budaya dasar (modul etika, profesional dan humaniora)
Ilmu budaya dasar (modul etika, profesional dan humaniora)Ilmu budaya dasar (modul etika, profesional dan humaniora)
Ilmu budaya dasar (modul etika, profesional dan humaniora)
 
M. romli, s.ag, s.hi
M. romli, s.ag, s.hiM. romli, s.ag, s.hi
M. romli, s.ag, s.hi
 
Materi Antropologi
Materi Antropologi Materi Antropologi
Materi Antropologi
 
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalManifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
 
Pemikiran syekh al zarnuji
Pemikiran syekh al zarnujiPemikiran syekh al zarnuji
Pemikiran syekh al zarnuji
 
Kajh 4 abdullah (59 81)a[1]
Kajh 4 abdullah (59 81)a[1]Kajh 4 abdullah (59 81)a[1]
Kajh 4 abdullah (59 81)a[1]
 
ILMU SOSIAL BUDAYA DASAR PERTEMUAN 1.pptx
ILMU SOSIAL BUDAYA DASAR PERTEMUAN 1.pptxILMU SOSIAL BUDAYA DASAR PERTEMUAN 1.pptx
ILMU SOSIAL BUDAYA DASAR PERTEMUAN 1.pptx
 

Recently uploaded

Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxbkandrisaputra
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 

Recently uploaded (20)

Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 

BUDAYA DALAM NOVEL DARI LEMBAH KE PUNCAK

  • 1. 1 1.0 Pengenalan Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, budaya dapat didefinisikan sebagai sebuah tamadun atau peradaban. Sesetengah pendapat telah mendefinisikan budaya sebagai warisan sosial sesuatu masyarakat, sistem idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma, dan adat yang dikongsi bersama oleh semua orang dalam masyarakat (Ahmad Fauzi dan Abdul Rahman, 1996). Manaakala menurut Hashim Awang A.R. terdapat perbezaan antara keduanya. Budaya merujukkepada segala prinsip, peraturan dan struktur, kod, nilai, norma dan seumpamanyayang mendasari kelakuan manusia, manakala kebudayaan adalah segala bentuk amalandan perlakuan yang dihasilkan berlandaskan prinsip, falsafah, nilai dan sebagainya. Pendek kata budaya adalah teori sedangkan kebudayaan praktiknya. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998:934), novel didefinisikan sebagai cerita dalam bentuk prosa, biasanya panjang dan kompleks, serta berkaitan dengan pengalaman manusia dan kelakuan sosial. Sebagai salah satu genre sastera, novel menampilkan dimensi manusia dengan berbagai aspek kehidupannya. Hal ini kerana, karya sastera mempunyai nilai keindahan dari segi bahasa, isi dan nilai-nilai budaya. Aspek budaya tersebut merangkumi politik, ekonomi dan sosial yang berlaku dalam sesebuah masyarakat. Kepentingan kajian ini dijalankan adalah untuk tujuan dokumentasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif. Selain itu, kajian ini juga boleh dijadikan bahan rujukan kepada pengkaji-pengkaji yang ingin menjalankan kajian mengenai aspek budaya dalam masyarakat Melayu. Walaupun sudah
  • 2. 2 terdapat bahan rujukan mengenai tajuk kajian ini, namun kajian ini menambahkan lagi bilangan bahan yang boleh dirujuk. Kajian yang dijalankan ini akan meneliti aspek budaya yang terdapat dalam novel Dari Lembah Ke Puncak karya Ghazali Lateh. Hal ini demikian kerana aspek budaya yang dipaparkan oleh pengarang dalam karyanya merupakan suatu gambaran tentang realiti hidup masyarakat seterusnya memberikan impak kefahaman dan penghayatan yang lebih berkesan untuk disampaikan kepada pembaca. 2.0 Objektif Kajian Kajian ini merupakan kajian yang berkaitan dengan aspek budaya yang terdapat dalam novel. Kajian yang dijalankan mempunyai dua objektif atau matlamatnya yang tersendiri. Antara objektif bagi kajian ini adalah seperti berikut : 2.1 Untuk mengenalpasti aspek-aspek budaya yang terdapat dalam novel yang telah dipilih, iaitu novel Dari Lembah Ke Puncak Karya Ghazali Lateh. 2.2 Untuk menghuraikan aspek budaya masyarakat yang dipaparkan dalam novel Dari Lembah Ke Puncak Karya Ghazali Lateh.
  • 3. 3 3.0 Kaedah Kajian Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah kepustakaan untuk mendapatkan maklumat bagi mencapai objektif kajian ini. Melalui kaedah kepustakaan ini pengkaji telah mengakses bahan-bahan bacaan seperti jurnal, buku-buku ilmiah dan akbar di Perpustakaan Negara Malaysisa (PNM) untuk memperoleh maklumat yang berkaitan dengan aspek-aspek budaya masyarakat dan pelbagai maklumat lain yang berkaitan dengan kajian yang dibuat. Antara beberapa maklumat yang berjaya diperoleh melalui kaedah ini ialah definisi yang berkaitan dengan budaya, genre sastera dan sebagainya, disamping itu, karya-karya yang berkaitan dengan pandangan sarjana juga diperoleh melalui kaedah kajian ini. 4.0 Isi Kajian 4.1 Budaya Mementingkan Ilmu Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), ilmu bermaksud pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain. Menurut Mohd Rashid Idris (2011), Ilmu merujuk kepada kefahaman manusia terhadap sesuatu perkara, yang mana ia merupakan kefahaman yang sistematik dan diusahakan secara sedar. Pada umumnya, ilmu mempunyai potensi untuk dimanfaatkan demi kebaikan manusia. Ilmu mempunyai pemahaman bermakna ataupun sesuatu yang memberikan makna kepada diri individu apabila datangnya sesuatu sumber maklumat yang dikatakan berkaitan dengan sesuatu kajian ataupun memerlukan kefahaman.Ilmu adalah berbeza dengan maklumat iaitu sesuatu maklumat tidak bererti atau bermakna sekiranya ia tidak dapat dijadikan makna atau mendatangkan makna kepada seseorang. Dalam setiap hasil karya sama ada tradisional ataupun moden, aspek ilmu seringkali diselitkan oleh pengarang sesebuah karya.
  • 4. 4 Dalam Novel Dari Lembah Ke Puncak, terdapat beberapa aspek ilmu yang berguna khususnya ilmu yang berkaitan dengan masyarakat Melayu. Antara aspek ilmu yang terdapat dalam karya tersebut ialah ilmu dalam bidang perniagaan, ilmu dalam bidang pertanian dan ilmu-ilmu lain dalam pelbagai bidang. Plot cerita dalam novel kajian memfokuskan kehidupan Jalil yang berusaha mengubah kehidupan beliau yang berasal dari sebuah keluarga yang miskin. Jalil digambarkan sebagai watak yang mempunyai semangat yang kuat untuk terus menyambung pelajaran walaupun beliau terpaksa menempuh pelbagai kesusahan selepas kematian arwah bapanya. Novel Dari Lembah Ke Puncak telah memapaparkan watak Abang Joe, yang telah menasihati Jalil untuk tetap meneruskan pengajianya sehingga ke peringkat Universiti. Hal ini demikian kerana, selepas peperikasaan SPM tamat, Jalil telah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Jalil bertekad ingin mengumpulkan wang supaya beliau dapat menebus semula tanah pusaka Arwah bapanya. Jalil memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan SPM, namun beliau enggan meneruskan pengajianya kerana ingin bekerja. Atas nasihat Abang Joe, Jalil mengubah pendirianya untuk meneruskan pengajian di Universiti Pertanian Malaysia. hal ini dapat dilihat menerusi petikan berikut: ...”Jangan begitu, Jalil. Mungkin awak belum nampak kepentingan memiliki ilmu pendidikan yang tinggi masa ini. Suatu hari nanti, awak akan menyesal. Orang lain berebut-rebut nak melanjutkan pelajaran. Aku sendiri kalau boleh aku nak belajar setinggi mungkin, tapi apakan daya...." Suara Joe terhenti di situ. Seperti ada keluhan dalam kata-katanya.”... (Dari Lembah Ke Puncak Bab 21 117) Selain itu, dalam novel Dari Lembah Ke Puncak ini juga turut memuatkan peristiwa secara imbas kembali oleh Jalil terhadap peristiwa semasa beliau masih di tingkatan tiga.
  • 5. 5 Sebagai seorang bapa, Pak Teh amat mementingkan segala keperluan pendidikan anak- anaknya sempurna walau dalam keadaan kesempitan hidup. Hal ini kerana, Pak Teh sedar bahawa hanya pendidikan sahaja jalan bagi mengeluarkan keluarga mereka dari kemelut kemiskinan. Pengarang telah memperlihatkan watak Pak Teh sebagai seorang bapa yang amat mementingkan pendidikan apabila pada saat-saat akhir hayatnya, Pak Teh masih lagi memikirkan tentang keperluan Jalil yang memerlukan wang bagi membiayai yuran peperiksaan SRP. Hal tersebut dapat dilihat menerusi petikan di bawah: …Jalil masih ingat saat-saat akhir hidup bapanya dua tahun yang lalu. Ketika itu Jalil memerlukan wang untuk membayar yuran SRP. Ketika itulah bapanya yang tenat menunjukkan sesuatu pada kasau atap di atas lang rumah. Jalil tidak dapat menangkap apa- apa yang dimaksudkan oleh bapanya itu. Akhirnya, selepas bapanya disempurnakan pengebumian, barulah Jalil mendapati pada kasau itu tersangkut songkok buruk bapanya. Di celah lipatan songkok buruk itu terselit sekeping wang kertas RM50. Wang itulah yang digunakan oleh Jalil untuk membayar yuran periksa… (Dari Lembah Ke Puncak Bab 5 13) Secara keseluruhan, Novel Dari Lembah Ke Puncak sememangnya memaparkan budaya mementingkan ilmu. Watak-watak dalam novel ini berperanan menyampaikan kepentingan ilmu kepada pembaca. 4.2 Amalan Perubatan Tradisional Menurut Kamus Dewan Bahasa edisi Keempat perubatan ditakrifkan sebagai perihal berubat yang berkaitan dengan ubat atau usaha mengubati seperti ilmu, jabatan dan pakar yang melibatkan perubatan. Dengan kata lain, perubatan ialah segala usaha yang dilakukan untuk menghalang dan menyembuhkan pelbagai penyakit. Terdapat dua cabang bidang ilmu perubatan pada masa kini iaitu bidang ilmu perubatan tradisional dan perubatan moden. Perubatan tradisional mempunyai matlamat yang sama dengan perubatan moden iaitu untuk menghapuskan atau menghilangan kesakitan dan penderitaan pesakit dengan konsep dan cara tersendiri.
  • 6. 6 Perubatan cara tradisional adalah warisan turun temurun. Ia telah bermula pada nenek moyang kita lagi dan mungkin juga sudah berusia seusia dengan kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Pelbagai cara telah digunakan dalam usaha mendapatkan ubat-ubatan yang benar-benar berkesan. Dalam masyarakat Melayu kaedah rawatan tradisional biasanya diamalkan ialah jampi serapah disamping ubat-ubatan asli yang didapati daripada tumbuh- tumbuhandan haiwan serta serangga. Perubatan ini tidak menunjukkan kesan tindakan secepat perubatan modem tetapi kesan tindakan yang diamalkan adalah untuk kesejahteraan hidup jangka masa panjang. Perubatan tradisional berkembang menjadi salah satu cabang ilmu perubatan yang penting kerana ia memberi pelbagai sumbangan dalam peningkatan taraf hidup masyarakat. Sesetengah para ahli perubatan berpendapat perubatan tradisional ialah sejenis perubatan pra-saintifik bagi sesuatu kaum. Perubatan ini berbeza daripada perubatan yang diamalkan di Barat. Perubatan jenis ini digunakan pada masa tertentu yang bertujuan untuk penjagaan kesihatan dan sesuai bagi sesuatu masyarakat tertentu. Amalan perubatan tradisional merupakan salah satu daripada tradisi yang penting diamalkan oleh sesebuah masyarakat secara turun temurun. Pendapat yang dikemukankan oleh Mohd Riji, H. (2005) menyatakan bahawa sistem perubatan tradisional masih diperlukan biarpun arus globalisasi bertiup kencang dan dunia perubatan semakin canggih dan dalam situasi tertentu sistem perubatan tradisional nyata lebih berkesan daripada perubatan moden. Dalam Novel Dari Lembah Ke Puncak, turut dipaparkan amalan perubatan tradsional yang diamalkan oleh masyarakat Melayu. Amalan perubatan tradisional mempunyai banyak manfaat kerana tidak mendatangkan kesan sampingan kerana mengunakan bahan semulajadi. Pengamalan perubatan tradisional amat meluas dalam masyarakat Melayu kerana masyarakat Melayu sememangnya kaya dengan amalan serta petua kesihatan yang terbukti berkesan
  • 7. 7 untuk mengubati penyakit. Dalam Novel Dari Lembah Ke Puncak, dapat dilihat Jalil, telah mempraktikan pengetahuanya dalam ilmu perubatan tradisional bagi mengubati lukanya yang tertusuk kaca. Beliau telah membalut lukanya dengan mengunakan campuran kopi dan gula lembab, Hal tersebut dapat dilihat menerusi petikan dibawah: …Dia mengoyak kain basahan mandinya yang tersidai di dangau. Kain buruk itu diikatkan ke kaki agar gula dan kopi lembap itu tidak tertanggal. Diikatnya ketat-ketat. Dirinya mula terasa lemah kerana kehilangan banyak darah. Jalil terlentang di atas dangaunya. Kedua-dua belah kakinya ditinggikan agar aliran darah berhenti dengan cepat. Kalau darahnya beku dia akan mencari daun kapal terbang. Dia tahu herba itu memang mujarab dibuat ubat luka. Akan tetapi, kini dia terasa terlalu longlai. Dia menahan kesakitan itu sendirian. Yang selebihnya ialah kepedihan hati. Siapakah punya angkara yang sanggup menaburkan kaca ke tapak semaian padinya?... (Dari Lembah Ke Puncak, Bab 4 34) Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa pengamalan perubatan tradisional merupakan amalan yang penting dalam sesebuah kaum. Masyarakat Melayu khususnya, telah mengaplikasikan sumber alam semulajadi untuk merawat penyakit disamping menjaga kesihatan. Amalan ini terbukti efektif kerana masih dikekalkan hingga ke hari ini. 4.3 Budaya Berakhlak Mulia Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, akhlak ditakrifkan sebagai budi pekerti, kelakuan, watak, pengetahuan berkaitan kelakuan dan tingkah laku manusia dan sebagainya sama ada baik atau jahat. Secara etimologi akhlak berasal daripada kata al-akhlaqu iaitu kata jama’ daripada perkataan al-khuluq yang bererti tabiat, kelakuan, perangai, tingkahlaku, maruah, adat kebiasaan, malah ia juga beretri agama itu sendiri. Manakala pengertian akhlak dari segi istilah pula ialah sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan. Hal tersebut
  • 8. 8 turut disokong oleh Ibnu Athir (1963) yang berpendapat bahawa akhlak itu ialah gambaran batin, jiwa atau rohani seseorang yang kemudiannya dilahirkan dalam bentuk perbuatan. Oleh sebab itu, seseorang yang hanya berpura-pura berakhlak baik tidak akan dapat beriltizam dengan sifat-sifat tersebut dan lama kelamaan sifat buruknya akan terzahir juga (Athir, 1963). Dalam Novel Lembah Ke Puncak, watak Latifah digambarkan sebagai seorang gadis yang berakhlak mulia, beliau amat bersopan santun dan menghormati orang lain. Kemuliaan budi pekertinya telah membuatkannya disenangi oleh orang-orang disekitarnya. Hal ini turut diakui oleh Jalil yang mengangumi kemulian budi pekerti Latifah. Hal tersebut dapat dilihat menerusi petikan dibawah: …Sesekali terbayang juga wajah Latifah yang begitu terserlah kecantikannya. Dalam usia sunti itu Latifah begitu matang perawakannya. Tutur katanya lembut. Tingkahnya sopan. Sebagai anak muda, Jalil tidak terlepas daripada berangan-angan untuk memiliki gadis sebaik dan secantik Latifah… (Dari Lembah Ke Puncak, Bab 13 104) Selain itu, pengarang turut memperlihatkan watak Jalil sebagai seorang yang mempunyai budi pekerti yang mulia. Hal ini dikatakan demikian kerana, Jalil amat menghormati ibunya, Mak Teh walaupun Mak Teh sering mencetuskan kegusarannya dengan menimbulkan pelbagai masalah. Sifat Jalil yang amat menghormati ibunya mmbuktikan bahawa Jalil memang mempunyai budi pekerti yang mulia. Selain itu, Jalil juga dilihat sebagi seorang anak yang patuh dengan amanat orang tua. Jalil tidak pernah sesekali melupakan amanat Arwah Pak Teh supaya mempertahankan tanah pusaka milik keluarga mereka. Hal tersebut dapat dilihat menerusi petikan di bawah: …Namun, segala kemelut itu tidak mudah mematahkan semangat Jalil. Walaupun kerenah Mak Teh tidak habis-habis mencetuskan kegusarannya, dia perlu menghormati ibunya. Dia mempunyai prinsip yang ditanam kukuh dalam jiwanya. Setiap masalah yang melanda pasti akan berlalu juga. Hanya masa yang menentukan. Itulah prinsip yang dipegangnya untuk menguatkan semangat dalam mengejar hari muka. Yang penting amanat arwah ayahnya tetap kukuh dalam perjuangannya… (Dari Lembah Ke Puncak Bab 17 176)
  • 9. 9 Jelaslah bahawa budaya berakhlak mulia sememangnya menjadi teras dalam masyarakat Melayu. Orang Melayu amat mementingkan akhlak yang mulia agar disenangi oleh masyarakat sekitar. 4.4 Budaya Kasih Sayang Menurut Muhammad al-Ghazali (1987: 92) kasih sayang didefinisikan sebagai sifat ketinggian budi yang melembutkan hati untuk mencurahkan rasa belas kasihan. Muhammad al-Ghazali turut menambah kasih sayang ialah perasaan halus dan belas kasihan di dalam hati yang membawa kepada berbuat amalan utama, memberi maaf dan berlaku baik. Dalam Novel Dari Lembah Ke Puncak, Jalil dilihat sebagai anak yang amat menyayangi ibunya. Beliau sedia memaafkan dan menerima ibunya walaupun Mak Teh pernah mengacuhkan Jalil suatu ketika dahulu. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana walaupun Mak Teh seringkali bertindak melulu dan bertentangan denganya, Jalil tetap menyayangi ibunya itu. Hal ini turut disokong oleh Tajul Ariffin Nordin dan Nor’aini (1992) dan pula berpendapat kasih sayang ialah perasaan cinta, kasih sayang yang mendalam dan berkekalan. Rasa ini lahir dari hati yang rela terhadap sesuatu tanpa sebarang unsur kepentingan diri (1992: 32). Novel Dari Lembah Ke Puncak juga memperlihatkan budaya kasih sayang antara seorang ibu dan anaknya. Watak utama dalam novel ini iaitu Jalil merupakan seorang yang mengamalkan amalan kasih sayang yang tinggi dalam hidupnya. Hal ini dibuktikan melalui plot cerita ini yang mengisarkan tentang kehidupan Jalil sebagai seorang anak yang mempunyai ibu yang bersikap pilih kasih terhadap anak-anaknya, Namun begitu, Jalil tidak pernah berdendam malah kasih sayang terhadap ibunya tidak pernah berkurang, Hal ini jelas tergambar kerana walaupun setelah sekian lama Jalil tidak pulang ke kampung dan telah
  • 10. 10 menjadi seorang usahawan yang berjaya, beliau tetap pulang menemui ibunya di Guar Chempedak untuk memohon restu sebelum beliau melaksanakan projek taman tema air di Bukit Nibung. Hal tersebut digambarkan seperti dalam petikan berikut: …Mak! Saya Jalil, bukan Muhsin," jawab Jalil. "Siapa?" Orang tua itu bertanya sambil membuka pintu. "Jalil, mak!" Jalil masuk dan memeluk ibunya. Sekali lagi air matanya tumpah tanpa dapat ditahan. Dia amat merindui ibunya. Walaupun orang tua itu banyak bertindak bertentangan dengan pendiriannya, dia tidak dapat menolak bahawa ibunya tetap membawa makna dalam hidupnya. Ibulah orang yang melahirkannya. Mak Teh pun sudah berubah. Keadaannya kelihatan uzur. Menurut cerita Mak Teh, Muhsin kembali menjaga ibunya sejak beberapa tahun yang lalu setelah keluar daripada pusat pemulihan dadah… (Dari Lembah Ke Puncak Bab 31 351) Berdasarkan petikan tersebut, dapat dilihat pengarang memaparkan betapa masyarakat Melayu sememangnya mementingkan budaya berkasih sayang dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini demikian kerana tanpa adanya budaya berkasih sayang antara satu dengan yang lain, maka sukar untuk menyatupadukan kelompok masyarakat. Kajian membuktikan bahawa budaya kasih sayang yang diamalkan masyarakat dalam novel yang dikaji benar- benar wujud dalam masyarakat Melayu. Justeru, tidak hairanlah walau sebesar manapun masalah yang dihadapi dalam sesebuah keluarga, namun kasih sayang yang mendalam antara ahli keluarga tetap akan menyatukan semula keluarga tersebut. Jelaslah bahawa Novel Dari Lembah Ke Puncak sememangnya sarat dengan budaya kasih sayang dalam sesebuah institusi kekeluargaan.
  • 11. 11 4.5 Budaya Tolong Menolong Menurut Kamus Dewan Edisi keempat (2010), konsep bertolongan ini membawa maksud bantu-membantu atau saling membantu. Tolong menolong merupakan satu keperluan dalam kehidupan bermasyarakat. Manusia sememangnya mempunyai kemampuan yang berbeza-beza, oleh itu kelebihan kita dalam suatu perkara dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri bahkan orang lain yang memerlukan. Begitu juga kelebihan orang lain akan memberi kebaikan kepada kita. Untuk mewujudkan hubungan yang harmoni dan saling lengkap-melengkapi sesama manusia maka manusia memerlukan antara satu sama lain. Maka, antara konsep penting yang perlu ada dalam perhubungan sesama manusia ialah tolong-menolong. Menurut Abd Rahim Abd Rashid (2001:112), tolong-menolong sesuai dengan pembinaan konsep caring society (masyarakat penyayang). Budaya tolong-menolong membolehkan masyarakat bangun membela dan menangani pelbagai masalah sosial yang dihadapi oleh ahli masyarakat yang memerlukan bantuan dan pertolongan. Justeru itu, ia membawa kesediaan melakukan sesuatu dengan rasa ikhlas. Dalam Novel Dari Lembah Ke Puncak, budaya tolong-menolong dalam masyarakat juga tidak lupa untuk deselitkan. Pengarang telah mengambarkan bahawa budaya tolong- menolong amat penting bagi memastikan kesejahteraan masyarakat. Watak-watak penentang dalam novel ini seperti Jalil, Latifah, Pak Long Ali dan Ah Bee diperlihatkan sebagai watak yang mempunyai keperibadian yang baik kerana sering memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Dalam petikan dibawah, Latifah telah menolong Jalil untuk membayar yuran peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Latifah telah memberikan wang sebanyak RM150 secara tunai kepada Jalil untuk melunaskan yuran peperiksaannya.
  • 12. 12 …"Nah ...!" Tiba-tiba Latifah menghulurkan satu sampul surat kecil. "Apa ni?" tanya Jalil, kaget. "Duit yuran peperiksaan," jawab Latifah. "Tak payah. Abang bukannya nak pinjam duit Pah ...!" kata Jalil sambil memandang tepat ke wajah gadis sebelah rumah itu. "Bukan nak bagi pinjam!" balas Latifah sambil tangan kanannya masih terhulur kepada Jalil. "Habis?" "Bapa suruh bagi pada abang. Dia kata dia bersimpati dengan abang," jelas Latifah lagi. "Macam mana Pak Lang tahu hal ini?" Jalil masih tidak berpuas hati dan terus bertanya. "Itu tak payahlah abang tahu. Bapa kata, abang mesti ambil duit ini." Latifah mengunjukkan sampul itu kepada Jalil. Jalil memandang Latifah dari atas ke bawah. Dia berasa hairan kenapa Pak Lang Ali tiba- tiba sahaja begitu baik hati ingin membantunya. Sedangkan Pak Lang Alilah yang mengambil kesempatan ke atas Mak Teh ketika orang tua itu terdesak tempoh hari. "Tapi....." "Tak ada tapi, tapi. Bapa kata, dia rasa bersalah pada abang." Latifah menjelaskan persoalan yang tersirat dalam benak Jalil. Akhirnya, Jalil tidak dapat menolak lagi. Latifah menyelitkan sampul surat berwarna coklat itu ke dalam poket kemeja Jalil. Setelah itu Latifah pun berlalu pulang ke rumahnya… (Lembah Ke Puncak Bab 6 45) Selain itu, dalam novel Dari Lembah Ke Puncak ini turut dipaparkan budaya tolong- menolong antara Ah Bee dengan Jalil. Ah Bee merupakan seorang tauke kedai runcit yang sering membantu Jalil. Hal ini kerana, arwah Pak Teh pernah membantu keluarga Ah Bee semasa zaman darurat dahulu. Ah Bee yang terhutang budi dengan keluarga Pak Teh berniat membalas pertolongan tersebut dengan membantu Jalil yang hidup dalam kesusahan. Ah Bee tidak berkira untuk membenarkan Jalil mengambil barang-barang keperluannya di kedai runcit miliknya walaupun mengetahui Jalil tidak mempunyai wang untuk membayarnya. Hal tersebut dapat dilihat dalam petikan novel di bawah: … Dia tahu jika tidak ada wang di dalam poket sekalipun, Ah Bee tidak akan menghampakannya. Paling tidak sepuluh keping biskut empat segi akan dibungkus oleh Ah Bee tanpa meminta bayaran. "Nanti ada duit lu bayarlah!" Begitu kata Ah Bee setiap kali Jalil menolak pemberiannya. Budi tauke Cina itu memang besar. Barangkali Ah Bee mengenang jasa Pak Teh yang tidak kurang besarnya semasa zaman darurat dahulu… (Dari Lembah Ke Puncak Bab 11 56)
  • 13. 13 Oleh itu, jelaslah bahawa Novel Dari Lembah Ke Puncak sememangnya memaparkan banyak budaya tolong-menolong dalam masyarakat kampung. Budaya tolong-menolong yang diamalkan mampu membina sebuah masyarakat yang mempunyai budi pekerti yang baik dan menjadikan komuniti itu sendiri berada dalam keadaan aman dan harmoni. 5.0 Penutup Kesimpulannya aspek budaya yang ditonjolkan oleh pengarang menjadi fokus utana dalam kajian ini. Hasil analisis dan kajian yang telah dibuat, didapati aspek budaya yang diketengahkan dalam novel ini masih kekal diamalkan dalam masyarakat. Aspek budaya dalam sesebuah masyarakat merupakan elemen yang penting bagi mngekalkan identiti sesebuah kaum atau bangsa itu sendiri. Oleh itu, diharapkan kajian dan program pelaksanaan yang lebih rintis dapat dilaksanakan agar aspek budaya dalam sesebuah masyarakat dapat dikekalkan. Secara keseluruhannya jelaslah bahawa aspek-aspek yang dihuraikan dapat dijadikan sebagai cerminan budaya nasyarakat melayu. Sebenarnya budaya yang unik ini memang wajar dihargai kerana budaya inilah yang menonjolkan sesebuah kaum itu. Hal ini demikian kerana tanpa budaya ini sesuatu kaun itu akan kehilangan identitinya. Malahan, tindakan individu tertentu yang menghargai budaya ini menjadi satu cara yang paling mudah untuk mempamerkan rasa hormat generasi tua daripada generasi muda. Sikap menghargai budaya ini dapat memastikan sesuatu budaya kaum itu tidak akan luput.
  • 14. 14 6.0 Rujukan 1. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur. : Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Abdul Rahman Ahmad Fauzi. (1996). Komunikasi Budaya: Dari Alam Rahim Ke Alam Barzakh. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. 3. Hashim Awang A.R. (1998), Budaya dan Kebudayaan : Teori, Isu dan Persoalan Kuala Lumpur :Citra Budaya. 4. Kamus Dewan Edisi Ketiga. (1998). Kuala Lumpur. : Dewan Bahasa dan Pustaka. 5. Mohd Rashid Md Idris & Abu Hassan Abdul (2011). Falsafah Pendidikan Bahasa Kuala Lumpur: Percetakan Salam Sdn Bhd. 6. Mohd Riji, H. (2005). Prinsip dan amalan dalam perubatan Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 7. Ibn al-Athir, (1963), al-Nihayah fi Gharib al-Hadith Wa al-Athar, Juzuk 2, Riyadh, al-Maktabah al-Islamiyyah, hal. 70 8. Muhammad Al-Ghazali. (1994). Peribadi Muslim. Terj. Osman Hj Khalid. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri. 9. Tajul Ariffin Noordin & Nor’Aini Dan. (1992).Pendidikan dan Wawasan 2020 . Kuala Lumpur: Arena Ilmu Sdn. Bhd.
  • 15. 15 10.Abdul Rahim Abdul Rashid. (2001). Nilai-nilai Murni dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributor.