1. DEFINISI KLIMATOLOGI
Klimatologi adalah ilmu yang mempelajari mengenai iklim, dan merupakan
sebuah cabang daripada ilmu Atmosfera. Klimatologi mempelajari
mengenai frekuensi di mana sistem cuaca ini terjadi.
Klimatologi tidak mempelajari fenomena atmosfera secara tepat (misalnya
pembentukan awan, curah hujan, dan petir), tetapi mempelajari kejadian
selama beberapa tahun sampai millenia, dan juga perubahan dalam pola
cuaca jangka panjang, dalam hubungannya dengan keadaan atmosfera.
2. STRUKTUR ATMOSFERA MENGIKUT LAPISAN
BERBEZA
• Troposfera
Merupakan lapisan yang terendah iaitu antara 8-14 km. Lapisan ini
membentuk unsur cuaca seperti hujan, suhu, kelembapan dan
sebagainya Ciri lapisan troposfera ialah halaju angin semakin tinggi
mengikut ketinggian, kelembapan semakin berkurangan mengikut
ketinggian dan lapisan troposfera adalah nipis dan mengandungi 80%
jisim atmosfera.
• Stratosfera
Terletak di atas lapisan troposfera. Ketinggian lapisan stratosfera adalah
96 km. Suhu lapisan tidak banyak berubah dengan pertambahan
ketinggian. Pada ketinggian melebihi 20 km. Keadaan menjadi
bertambah panas. Ciri lapisan stratosfera ialah tanpa trabulen angin
lapisan ini adalah stabil dan pada paras 10-20 km tiada perubahan suhu.
• Mesosfera
Lapisan yang terletak di atas stratosfera. Terletak pada ketinggian 50-80
km. Ciri mesosfera ialah tekanan udara yang rendah dan suhu semakin
menurun mengikut ketinggian.
3. CIRI-CIRI PLANET YANG ADA DALAM SISTEM
SURIA• Utarid adalah planet terkecil dan paling dekat dengan matahari. Jaraknya adalah sekitar 57,9 juta kilometer. Suhu di planet
ini sangat panas kerana dekat dengan matahari, pada siang hari suhunya mencapai sekitar 430°C. Tetapi pada malam hari
suhunya menjadi sangat dingin iaitu mencapai sekitar -170°C. Jarak planet ini dengan bumi sekitar 92 juta kilometer.
• Zuhrah adalah planet terdekat kedua dari matahari setelah planet Utarid. Suhu permukaan Zuhrah sangat tinggi, iaitu
480°C, sehingga tidak mungkin ada air dalam wujud cair.
• Bumi merupakan satu-satunya planet yang sampai saat ini diketahui oleh manusia terdapat kehidupan makhluk
hidup. Diameter bumi ini adalah 12.756 Km (di khatulistiwa). Jarak bumi dari matahari sekitar 150 Juta Km. 70,8%
permukaan bumi diliputi air. Udara Bumi terdiri dari 78% nitrogen, 21% oksigen, dan 1% wap air, karbon dioksida, dan gas
lain.
• Marikh adalah planet terdekat keempat dari Matahari. Suhu udara yang cukup rendah dan tekanan udara yang rendah,
ditambah dengan komposisi udara yang sebahagian besar karbon dioksida, menyebabkan manusia harus menggunakan alat
bantu pernafasan jika ingin tinggal di sana. Jarak Marikh dengan matahari adalah 249,1 juta km.
• Musytari adalah planet terdekat kelima dari matahari setelah Utarid, Zuhrah, Bumi, dan Marikh. Jarak antara Musytari dan
Matahari adalah 778,3 juta km.
• Zuhal memiliki kerapatan yang rendah kerana sebahagian besar zat penyusun berupa gas dan cecair. Inti Zuhal dianggarkan
terdiri dari batuan padat dengan atmosfera tersusun atas gas ammonia dan metana, hal ini tidak mungkin adanya kehidupan
di Zuhal. Diameter khatulistiwa Zuhal sebesar 120.536 km di mana diameter dari Kutub Utara ke Kutub Selatan sebesar
108.728 km, berbeza 9%.
• Uranus adalah planet ketujuh dari Matahari dan planet yang terbesar ketiga dan terberat keempat. Jarak antara Uranus dan
Matahari adalah sekitar 3 juta km.
• Neptun merupakan planet terjauh kegelapan jika ditinjau dari Matahari. Neptun memiliki jarak dengan Matahari sebesar
4.450 juta km.