SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
1
PROGRAM BAKATKU
OLEH
ALIMA BINTI ABDUL RAHMAN
680823-12-5535
PENDAHULUAN
VISI SK Bandar, Sandakan
" Sekolah Kebangsaan Bandar Cemerlang Menjelang Tahun
2012 “
MISI SK BANDAR, Sandakan
Melaksanakan dan menjayakan system pendidikan kebangsaan
yangn berkualiti dan praktikal , kearah melahirkan insan
Intelektual, Sihat, Beriman dan Berwawasan.
Merujuk kepada Visi dan Misi Sekolah SK Bandar, sekolah dimana saya melaksanakan
Program Bakatku ini, ‘kearah melahirkan insan Intelektual, Sihat, Beriman dan
Berwawasan.’ Saya menzahirkan bahawa keintelektualan seseorang pelajar selalu dikaitkan
dengan pemahaman dan tumpuan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Hampir semua pelajar cemerlang menyatakan bahawa rahsia utama kejayaan mereka
adalah memberi fokus dan tumpuan semasa guru mengajar, dan dasar nya adalah dari kehadiran
mereka ke sekolah pada setiap hari. Justeru itu, menghadirkan diri ke sekolah merupakan asas
dalam menjayakan proses penyampaian ilmu kepada pelajar. Pelajar yang hadir ke sekolah
berpeluang memberi perhatian dan fokus semasa belajar untuk mencapai wawasan diri mereka
dan sebaliknya pelajar yang tidak hadir tidak akan mendapat apa-apa.
Situasi ketidakhadiran pelajar kesekolah menjadi kebimbangan para pentadbir dan
guru-guru, terutama sekali apabila selesainya peperiksaan UPSR dijalankan. Kita sedia
maklum bahawa peperiksaan UPSR dijalankan pada bulan September, ini bermakna pelajar
akan kesekolah selama 2 1/2 bulan sebelum cuti sekolah akhir tahun. Ketidakhadiran ini
ditambah lagi dengan sokongan ibubapa dengan tidak menghantar anak kesekolah dengan
2
alasan peperiksaan sudah selesai, tiada lagi pembelajaran dan pengajaran dijalankan oleh guru.
Bagi membolehkan tindakan yang wajar dan spesifik dengan masalah kehadiran pelajar
diambil, langkah pengenalpasti masalah perlu dilakukan untuk melakukan kajian keperluan
dan mengenalpasti masalah utama untuk dilakukan penambahbaikan. Di antara aspek yang
diteliti ialah melihat dan menyemak semula program program pasca UPSR yang telah
dilaksanakan pada tahun 2008, 2009 dan 2010 dan menyemak rekod kehadiran pelajar.
Jadual 1 : Analisis KehadiranTahun 6 padabulan Julai, Ogos , September, Oktober
dan November 2007, 2008 dan 2009.
3
TAHUN/
BULAN
JULAI OGOS
SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER
2007 92.2 93 88.01 87.19 86.50
2008 93.3 92.33 89.57 90.07 88.18
S
E
L
E
P
A
S
P
E
P
E
R
I
K
S
A
A
N
4
Hasil perbincangan, Program Bakatku telah diluluskan untuk dimasukkan dalam
program pasca UPSR. Program ini melibatkan murid tahun 6, ibubapa dan guru-guru tahun 6
serta komuniti luar.
PERKARA HURAIAN
1. Nama Projek/Inovasi/Program
Penambahbaikan
Projek ini dikenali sebagai “Program Bakatku” yang
melibatkan pelajar Tahun 6. Program ini adalah
program baru diperkenalkan tahun 2010 sebagai salah
satu daripada aktiviti program Pasca UPSR
2. Tarikh dan Tempat Tarikh : 20.09.2010 Hingga 09.11.2010
Tempat : SK Bandar, Sandakan
3. Pelaksanaan Dan Sasaran OBJEKTIF
Dengan nyedari bahawa bakat dan keistimewaan setiap
individu adalah berbeza dan perlu digilap maka antara
objektif utama program ini adalah bertujuan untuk ;
i) Meningkatkan peratus kehadiran pelajar tahun 6
selepas UPSR.
ii) Mencungkil potensi bakat yang ada dalam diri Murid
Tahun Enam SK. Bandar, Sandakan
KUMPULAN SASARAN
Semua murid tahun 6 SK. Bandar, Sandakan iaitu
seramai109 orang.
FOKUS
i) Menggalakan murid berdaya saing dan mempunyai
disiplin tinggi agar mereka menjadi murid yang
cemerlang dalam semua aspek.
ii) Meningkatkan keyakinan diri dalam jiwa murid agar
mereka mampu bersaing dengan murid-murid yang lain.
2009 91.2 90.68
87.10 88.10 87.58
5
iii) Memberi kesedaran kepadamurid tentang
pentingnya pendidikan sambil berhibur untuk masa
depan mereka.
iv) Melahirkan murid yang berkeyakinan tinggi dan
mampu menghadapi cabaran masa akan datang.
v) Memupuk jati diri yang unggul dalam diri semua
murid agar menjadi murid yang berketrampilan dan
berwawasan.
vi)Mewujudkan kerjasama dan pengelibatan ibubapa
dengan aktiviti sekolah.
Program ini dilaksanakan selama 6 minggu (selepas
peperiksaan UPSR sehingga minggu akhir sebelum cuti
akhir tahun bermula).
Perlantikan AJK (lampiran 1)
Acara Di Pertandingkan :
i) Nyanyian Solo
ii) Nyanyian Berkumpulan
iii) Tarian
Perlaksanaan Program :
Minggu Pertama , Kedua & Ketiga
Pendaftaran & Pemilihan Acara, Latihan
Minggu Keempat & Kelima :
Pemilihan Peserta ke Fasa akhir
Latihan
Minggu Keenam : Program Kemuncak Bakatku
TUJUAN
Program Bakatku diperkenalkan untuk meningkatkan peratus kehadiran pelajar selepas
peperiksaan .Sering kali kita perhatikan bahawa selepas peperiksaan UPSR peratusan
kehadiran pelajar kesekolah amat merosot . Jumlah peratus pelajar yang tidak hadir ini tentulah
pula akan turut menyumbang kepada peningkatan kadar ponteng dan menjejaskan indeks
6
peratus kehadiran pelajar disesebuah sesekolah tersebut. Disamping itu juga menyumbang
berlakunya gejala tidak sihat seperti lepak dan gengsterisme. Pelbagai program Pasca UPSR
telah dijalankan sebelum ini tetapi usaha tersebut tidak menunjukkan hasil yang
memberansangkan . Justeru, program Bakatku ini diharapkan akan dapat meningkatkan fokus
dan keprihatinan kita semua dalam membantu kecemerlangan sekolah dengan memaksimakan
jumlah kehadiran pelajar ke sekolah.
Disamping meningkatkan peratus kehadiran pelajar selepas peperiksaan, Program Bakatku
berupaya mencungkil potensi bakat yang ada dalam diri Murid Tahun Enam SK. Bandar,
Sandakan dengan nyedari bahawa potensi setiap individu adalah berbeza dan perlu digilap
dengan cara memberi peluang kepada pelajar menunjukan potensi dalam diri mereka. Adalah
diharapkan Program Bakatku menjadi platform kepada pelajar mengasah dan mencungkil
bakat dan potensi dalam diri tanpa mempunyai tanggapan negatif dan aspirasi rendah terhadap
diri mereka. Langkah cermat ini perlu diambil kira supaya tidak berlaku keciciran dalam
pencarian potensi tersebut.
PELAKSANAAN
Dalam melaksanakan Progam Bakaktku, Model Penyelesaian Masalah 6-Langkah (Gice, 2012)
telah diaplikasikan .
Rajah : Model Penyelesaian Masalah 6-Langkah Gice
7
Seperti yang ditunjukkan pada Model Gice (2012) di atas, pelaksanaan Projek
Program Bakatku melibatkan enam tahap semasa proses pelaksanaannya. Langkah awal yang
dilakukan adalah mengadakan perbincangan bersama Guru Besar, Penolong-penolong Kanan
dan guru-guru tahun 6 dan saya sendiri (saya adalah setiausaha Kokurikulum dan Penyelaras
Kelab dan Persatuan). Sebelum tarikh perbincangan ini saya telah diarahkan Guru Besar untuk
membuat analisis kehadiran pelajar tahun enam Tahun 2007, 2008 dan 2009 khas pada bulan
Julai, Ogos, September, Oktober dan November. Hasil dapatan analisis saya dibentangkan pada
perbincangan dimana saya mendapati bahawa , peratus kehadiran pada bulan September,
Oktober dan November (selepas peperiksaan UPSR) didapati menurun.
Selesai membentangkan dapatan analisis, langkah seterusnya kami mengadakan
perbincangan untuk mencari jalan menyelesaikan masalah ialah dengan menganalisis punca
masalah dengan melihat rekod aktiviti pasca UPSR untuk melihat trend pada masa lalu dan
semasa dalam aspek pemilihan aktiviti yang telah dilaksanakan dalam pasca UPSR sebelum
ini. Hasil perbincangan dan pemerhatian kepada rekod aktiviti pasca UPSR didapati aktiviti
yang telah dijalankan tidak dapat menarik perhatian pelajar ke sekolah selain hanya aktiviti
yang sekadar mengisi kekosongan masa pelajar disekolah.
1. Memahami
masalah
2. Analisis
punca masalah
3. Kenalpasti
penyelesaian
yang mungkin
4. Pilih
penyelesaian
terbaik
5. Sediakan
pelan tindakan
6. Laksanakan
penyelesaian &
menilai
kemajuan
8
Langkah ketiga ialah mengenalpasti kemungkinan penyelesaian. Saya
mencadangkan agar Program Bakatku dilaksanakan, kerana program ini telahpun dilaksanakan
disekolah tempat saya bertugas sebelum ini dan ia memberi impak yang sangat positif. Oleh
kerana Program Bakatku ini cetusan idea dari saya, maka Guru Besar memberi mandat kepada
saya sebagai penyelaras Program Bakatku dan menyediakan plan tindakan pelaksanaan projek
yang berkesan. Bagi tujuan ini, terdapat lapan proses kerja dikenal pasti untuk diambil
tindakan. Proses kerja berkenaan meliputi proses pada peringkat sebelum, semasa dan selepas
pelaksanaan projek.
1. Peringkat pra pelaksanaan
i) Mesyuarat Pengurusan dan pentadbiran
Pada peringkat ini, saya menyediakan kertas cadangan berkaitan dengan projek
dikemukakan untuk pertimbangan ahli jawatankuasa seterusnya mendapatkan persetujuan.
kertas kerja projek mengandungi butiran lengkap berkaitan projek yang dilaksanakan. Kertas
projek antara lain mengandungi maklumat berkaitan matlamat, objektif, aktiviti, sasaran,
sumber tenaga, tarikh, masa dan tempat projek, bajet kewangan, tentatif projek dan strategi
pelaksanaan. Senarai ahli jawatan kuasa lengkap dengan perincian tugas turut disertakan dalam
kertas kerja ini. Sekiranya projek dipersetujui, penilaian ahli jawatankuasa juga diperlukan
untuk memurnikan kertas cadangan projek berkenaan demi mempastikan objektif yang
diharapkan melalui projek berkenaan dapat dicapai dengan cemerlang.
ii) Pembentangan Jawatankuasa Projek
Berdasarkan carta Gantt yang terkandung dalam kertas kerja projek, satu mesyuarat
jawatankuasa projek telah dilaksanakan pada 08.09.2010 ,melibatkan ahli jawatan kuasa yang
telah dilantik terus oleh AJk pengurusan dan pentadbiran. Pembentangan dijalankan pada
waktu sebelah pagi ( pdp sekolah sesi petang) untuk mempastikan masa pengajaran dan
pembelajaran tidak terganggu. Pembentangan antara lain memaklumkan secara rasmi AJK
pelaksana projek, objektif projek, pelaksanaan projek secara umum dan menghuraikan tugas-
tugas yang perlu dilakukan bagi setiap ahli jawatankuasa projek. Pembentangan dilakukan oleh
saya selaku penyelaras program Bakatku.
iii) Perjumpaan dengan kumpulan sasaran.
9
Demi mempastikan, pelaksanaan projek memberikan impak yang diharapkan, satu
perjumpaan dengan kumpulan sasaran iaitu pelajar tahun 6, untuk menerangkan cara
pelaksanaan serta jadual pelaksanaan projek berkenaan . Dan mempastikan penggunaan masa
yang optimum dan masa pelaksanaan projek, perjumpaan berkenaan dilakukan serentak
dengan perjumpaan penolong Kanan HEM,Penolong Kanan Ko Kurikulum, Setiausaha dan
AJK terlibat dengan pelajar-pelajar tahun 6 yang menjadi harapan sekolah untuk
meningkatkan prestasi dan potensi diri untuk kecemerlangan sekolah .
iv) Penyediaan borang borang berkaitan
Projek Hari Bakat menggunakan kewangan yang kecil dengan memanipulasi perkara-
perkara yang sedia ada dalam persekitaran sekolah. Semua murid tahun 6 seramai 109 orang
dimestikan menyertai acara Program Bakatku ini. Calon yang terlibat dalam projek akan
mengisi borang penyertaan. Murid murid boleh memilih acara individu atau berkumpulan.
Mereka berhak melantik guru guru mereka sebagai mentor mereka. Murid akan dibantu oleh
mentor untuk menasihat, dan memberi bimbingan tentang persembahan mereka. Murid juga
bebas mereka bentuk jenis persembahan mengikut kreativiti mereka sendiri.
Peringkat pelaksanaan
V) Latihan berterusan
Masa diberi untuk semua murid yang terlibat untuk menjalani latihan disekolah. Mentor
yang dipilih akan membimbing dari semasa kesemasa. Latihan berterusan sebenarnya untuk
memancing dan memotivasikan murid yang terlibat agar hadir ke sekolah setiap hari dengan
penuh semangat.
vi) Acara Saringan
Acara saringan dilakukan untuk mencari peserta peringkat akhir. Acara Saringan
dilakukan untuk memberi semangat agar murid bersemangat untuk bersaing disamping
berusaha dan bekerjasama untuk memberikan persembahan yang terbaik. Calon yang terpilih
keperingkat akhir akan menambah baik persembahan mereka .
vii) Acara akhir
10
Acara akhir adalah untuk menilai dan memberi penghargaan kepada kebolehan dan
potensi yang telah ditunjukkan oleh peserta/pelajar yang begitu bersemangat berlatih untuk
menunjukkan hasil yang terbaik. Murid yang berpotensi dalam kesenian ini dapat dicungkil
dan bakat bakat mereka ini akan dapat digunakan dari masa kesemasa samada dengan
menyertai pertandingan keperingkat lebih tinggi.
Peringkat pasca pelaksanaan
viii) Membuat penilaian projek
Pada peringkat ini, laporan analisis kehadiran sebenar pelajar akan disampaikan kepada
Guru Besar, dan Penolong Kanan HEM. Kekuatan dan kelemahan projek juga turut
dihuraikan. Dapatan ini penting kearah proses penambahbaikan yang berterusan. Disamping
itu, dapatan berkenaan akan menentukan sama ada projek berkenaan sesuai untuk diteruskan
pada masa akan datang atau sebaliknya.
Pemantuan
Pemantauan projek adalah proses yang sangat penting dalam memastikan segala tindakan dapat
diambil dengan cekap dan berkesan berdasarkan sumber-sumber yang ada. Pemantauan yang
digunakan dalam Program Bakatku dapat dilakukan menerusi pelbagai teknik. Tujuan
pemantauan tersebut dijalankan adalah untuk memastikan projek yang akan dilaksanakan
berjalan mengikut jadual yang ditetapkan serta memenuhi objektif yang telah
disasarkan.Sebarang ketidakpatuhan perlu mempunyai justifikasi yang jelas tentang halangan
yang membantut pelaksanaan agar penyelesaian masalah dapat diselesaikan dengan segera.
Bagi mempastikan setiap AJK sentiasa peka dengan hasil mesyuarat yang diputuskan,
minit mesyuarat akan disiapkan dalam tempoh satu hari. Minit mesyuarat akan diedarkan
kepada semua ahli jawatankuasa agar mereka dapat merujuk dengan segera keputusan-
keputusan mesyuarat dan pihak-pihak yang sepatutnya mengambil tindakan beradasarkan
jangmasa yang telah ditetapkan.
11
Walaupun soal peruntukan kewangan tidak menjadi masalah (pihak sekolah telah
menyediakan peruntukan khas untuk program pasca UPSR ) tetapi bagi memastikan program
ini berjalan lancar, saya sentiasa memastikan pengurusan untuk pengeluaran wang/peruntukan
tersebut tidak menjadi halangan dengan menyediakan surat permohonan peruntukan kewangan
dan senarai perbelanjaan yang diperlukan untuk program tersebut.
IMPAK PROJEK
Program yang dirancang telah berjaya dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.
Daripada dapatan Analisis Kehadiran pelajar dari bulan Julai hingga November pada tahun
2007,2008 dan 2009 didapati bahawa peratus kehadiran pelajar tahun enam menurun selepas
peperiksaan UPSR iaitu pada bulan September, Oktober dan November.
Jadual 2 : Analisis Peratus Kehadiran Pelajar Tahun Enam
TAHUN JULAI OGOS
SEPTEMBER
(SELEPAS
PEPERIKSAAN
UPSR)
OKTOBER NOVEMBER
SEBELUM PROGRAM HARI BAKAT
2007 92.2 93 88.01 87.19 86.50
2008 93.3 92.33 89.57 90.07 88.18
2009 91.2 90.68 87.10 88.10 87.58
SELEPAS PROGRAM HARI BAKAT
2010 91.80 92.01 92.80 93.00
12
Analisis diatas jelas bahawa program Bakatku adalah salah satu program yang dapat
menarik perhatian dan memotivasikan pelajar untuk hadir kesekolah disaat pembelajaran dan
pengajaran di bilik darjah tidak dijalankan selepas peperiksaan. Menurut Muhamad Anuar
Ismail (1976), suasana sekolah yang mempengaruhi kegiatan ponteng ialah sikap guru, aktiviti-
aktiviti sekolah yang kurang berkesan. Keadaan ini akan menjadi salah satu penyebab pelajar
bermasalah dalam kehadiran ke sekolah.
Jadual 3 : Analisis Penglibatan Pelajar Dalam Kegiatan Luar bilik Darjah
BIL PERKARA BIDANG CATATAN
SEBELUM PROGRAM HARI BAKAT
01
Kejohanan Badminton Remaja Tertutup
Sandakan 2013
Permainan
02
Pertandingan Badminton MSSD Sandakan
2013
Permainan
03 Kejohanan Olahraga Peringkat Zon Sekong
Sandakan
Olahraga
04
Kejohanan Bola Baling Bawah 12 Tahun
MSSD Sandakan
Permainan
05 Kejohanan Bola Tampar Bawah 18 dan 12
Tahun Peringkat Bahagian 2013
Permainan
06 Perkhemahan Badan Beruniform Sekolah
Rendah
Unit
Beruniform
07 Public Speaking Competition
Bahasa
Inggeris
08
Gabungan Perkhemahan Pasukan Badan
Beruniform Sekolah Rendah
Unit
Beruniform
09 Majlis Memperkasakan Disiplin Pelajar HEM/Disiplin
10 Jogathon Pandu Puteri Unit
Beruniform
13
Dari jadual analisis penglibatan pelajar luar bilik darjah diatas, didapati tidak terdapat
penglibatan pelajaran dalam bidang kesenian dan kebudayaan . Ini bermakna potensi pelajar
tidak sepenuhnya dapat diketengahkan oleh sekolah . Dengan perlaksanaan program Bakatku
ini adalah program yang dapat melibatkan semua pelajar untuk menyertainya. Dari 109 orang
pelajar tahun 6, seramai 87 orang atau 87% pelajar tahun enam telah menyertai Program
Bakatku ini.
Penglibatan ibubapa juga sangat memberansangkan. Program Bakatku telah melahirkan 30
orang pelajar yang berpotensi dalam kesenian dan kebudayaan, dimana sebelum ini merujuk
rekod ko kurikulum tiada pelajar yang berpotensi dalam kesenian dan kebudayaan.
Impak dari potensi pelajar yang terhasil ini telah menunjukkan keberhasilannya apabila pelajar
pelajar yang berbakat ini dapat memberikan jasa dan bakti mereka dalam beberapa program
sekolah seperti Hari Penganugerahan Murid Cemerlang SK Bandar 2010 pada 14.10.2010.
Potensi pelajar yang digilap akan dapat memberi faedah bukan sahaja pada diri pelajar itu
sendiri, malahan pada sekolah, dimana sekolah telah mempunyai simpanan pelajar yang
mempunyai pelbagai potensi yang boleh diketengahkan bila bila masa dan kepeluan semasa.
11 Sukanria Pandu Puteri Unit
Beruniform
SELEPAS PROGRAM HARI BAKAT
12
Hari Bakat : Potensi/Bakat yang dihasilkan
Nyanyian Solo :
Tempat Pertama, kedua dan Ketiga
(3 bakat)
Nyanyian Berkumpulan :
Tempat Pertama, kedua dan Ketiga
(12 Bakat)
Kumpulan Tarian :
Tempat Pertama, kedua dan Ketiga
(15 bakat)
Kesenian &
Kebudayaan 30 pelajar
berpotensi
dalam
kesenian &
kebudayaan
telah
dihasilkan
14
PENUTUP
Refleksi
1. Aspek kepimpinan
Sebagai seorang yang dipertanggungjawab sebagai penyelaras dalam Program Bakatku adalah
satu cabaran namun ianya juga merupakan satu peluang kepada saya untuk memimpin dan
melatih saya untuk berfikir secara wajar dan bertanggungjawab. Ruang dan peluang serta
segala tunjuk ajar dari Guru Besar Cemerlang disekolah saya menjadi satu pengalaman
kepimpinan kepada saya. Sokongan yang tidak berbelah bagi tanpa syarat menjadikan saya
rasa lebih selesa dan menjalankan projek saya dengan konsep kepimpinan dan keupayaan
dalam diri saya. Melalui projek ini menguji tahap kepimpinan sebenar yang terdapat dalam
diri saya.
Dalam aspek memimpin ahli jawatankuasa khususnya dan staf amnya, saya terdedah kepada
menggunakan gaya kepimpinan yang pelbagai mengikut situasi dan keadaan yang
dihadapi.Corak kepimpinan yang diterapkan ialah kepimpinan autokratik, penglibatan
(demokratik) dan bebas atau laissez faire. Gaya kepimpinan yang pelbagai sangat penting
kerana sepanjang pelaksanaan projek ini, terdapat aktiviti yang memerlukan ruang masa dan
komitmen guru yang banyak sedangkan pihak terbabit tidak mendapat ganjaran tambahan
sebaliknya melakukan tugas secara sukarela. Gaya kepimpinan pelbagai ini mempastikan
pelaksanaan projek berjalan tanpa tekanan dan pada masa yang sama disiplin masa serta
perjalanan berjalan mengikut masa yang ditetapkan dalam jadual pelaksanaan.
2. Aspek Pemantauan
Pemantauan adalah nadi kepada kejayaan pelaksanaan projek. Kaedah pemantauan lebih
bercorak deligasi digunakan dalam pelaksaan projek. Namun begitu, penjelasan terperinci
dalam menerangkan spesifikasi tugas untuk setiap ahli jawatankuasa serta bimbingan yang
berterusan telah ditaklimatkan sebelum pelaksaan untuk mempastikan semua pihak tahu
peranan dan jangkamasa yang mereka perlu ditepati. Penerangan dan taklimat awal ini
menyebabkan kerja-kerja pemantauan pelaksaan menjadi mudah. Namun begitu, pematauan
masih dilakukan oleh penyelaras dan beberapa orang mentor projek untuk mengelakkan
berlaku perkara – perkara diluar jangka yang merencatkan proses pelaksaan projek. Proses
mendelegasikan pemantauan kepada urusetia mempunyai serampang dua mata. Di samping
15
memahirkan mereka dengan tugas-tugas pemantauan, pada yang sama mereka memperolehi
pengalaman memimpin dan mengendalikan subordinat serta mengatasi pelbagai masalah yang
timbul sepanjang pelaksanaan projek.
Cadangan penambahbaikan
1.Masa pelaksanaan projek harus mempertimbangkan berkaitan cuti umum, cuti peristiwa dan
cuti semester. Hal berkaitan kawalan masa pelaksanaan projek sukar dilakukan kerana di luar
kawalan pelaksana projek khususnya apabila membabitkan masa cuti sekolah.
2. Pihak sekolah perlu menekankan aspek potensi pelajar boleh dicungkil secara tekal dari
tahun satu lagi. Hal ini membolehkan pengesanan awal tentang kepelbagaian potensi yang
boleh dicungkil dari setiap pelajar dan kepelbagaian pontensi dengan lebih berfokus dapat
dilaksanakan.
3. Program Bakatku sebaiknya melibatkan semua pelajar disekolah . Oleh itu, pelaksanaan
yang lebih luas memerlukan komitmen yang lebih besar daripada semua warga sekolah. Dalam
jangka masa yang panjang, projek ini perlu di luaskan kepada pelajar-pelajar bukan pilihan
kerana mereka juga berhak untuk diberi perhatian.
Hubungan Program Bakatku dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM)
1. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia dalam Anjakan 10 iaitu
Memaksimumkan Keberhasilan Murid bagi Setiap Ringgit
‘Mengaitkan setiap program kepada keberhasilan murid yang jelas dan merasionalisasi
program berimpak rendah pada setiap tahun, selaras dengan anjakan keseluruhan kerajaan
ke arah Buget Berasaskan Keberhasilan (OBB)’
2. Seperti yang telah disasarkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia : Anjakan
9: Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
‘ Mengaitkan setiap program kepada keberhasilan murid yang jelas dan merasionalisasi
program berimpak rendah pada setiap tahun, selaras dengan anjakan keseluruhan kerajaan
16
ke arah OBB. Bergerak ke hadapan, setiap program yang dilancarkan oleh Kementerian akan
dihubungkan dengan sasaran khusus yang berkait dengan keberhasilan murid. ‘
Kecemerlangan sesebuah sekolah sangat bergantung kepada kepimpinan yang juga bertindak
sebagai pemimpin instruksional dan perancangan yang sistematik. Permasalahan yang wujud
pula perlu dikaji sehingga ke akar umbi. Tanpa elemen-elemen ini, sesuatu program tidak akan
menghasilkan output yang diharapkan. Kejayaan matlamat sekolah pula melibatkan integrasi
dengan semua pihak. Kejayaan proses integrasi yang melibatkan tiga dimensi iaitu pendidikan,
kurikulum dan masyarakat bukanlah mengambil masa yang singkat untuk dikecapi. Proses ini
memerlukan sokongan semua pihak sama ada kerajaan, pegawai Kementerian Pendidikan
Malaysia, pendidik (guru), pelajar dan tidak ketinggalan masyarakat itu sendiri.
Kita juga ingin melihat bahawa Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang
telah dilancarkan memberi impak Transformasi seperti yang disasarkan iaitu Kepada Murid,
Kepada Guru, Kepada Sekolah, Kepada Kementerian dan Kepada Ibubapa. Bagi
memastikan keberkesanan dan kelestarian transformasi system pendidikan ini, setiap
pihak yang terlibat mesti memahami peranan penting yang mereka mainkan dan
manfaat yang mereka akan peroleh. Program dalam pelan ini direncanakan akan
membawa kearah satu set kolektif tentang manfaat, hak dan tanggungjawab yang
dihasratkan bagi setiap kumpulan.
(PPPM 2013-2013)

More Related Content

What's hot

85787506 matematik-pelan-tindakan-dan-pelan-operasi
85787506 matematik-pelan-tindakan-dan-pelan-operasi85787506 matematik-pelan-tindakan-dan-pelan-operasi
85787506 matematik-pelan-tindakan-dan-pelan-operasi
Lina Abu Bakar
 
Pelan strategik pjpk 2012
Pelan strategik pjpk 2012Pelan strategik pjpk 2012
Pelan strategik pjpk 2012
akmaMAIZATUL
 
Contoh template perancangan strategik
Contoh template perancangan strategikContoh template perancangan strategik
Contoh template perancangan strategik
Ja'far Ahman
 
06 s3.2-pengurusan kokurikulum
06 s3.2-pengurusan kokurikulum06 s3.2-pengurusan kokurikulum
06 s3.2-pengurusan kokurikulum
jasmi jaafar
 
BENGKEL BIMBINGAN KE ARAH PENINGKATAN BAND SEKOLAH
BENGKEL  BIMBINGAN   KE ARAH  PENINGKATAN BAND SEKOLAHBENGKEL  BIMBINGAN   KE ARAH  PENINGKATAN BAND SEKOLAH
BENGKEL BIMBINGAN KE ARAH PENINGKATAN BAND SEKOLAH
Asniem CA
 
Program kerja kurikulum_2013-2014(1)
Program kerja kurikulum_2013-2014(1)Program kerja kurikulum_2013-2014(1)
Program kerja kurikulum_2013-2014(1)
Yang Terluka
 

What's hot (20)

Modul 5.1 npqel
Modul 5.1 npqelModul 5.1 npqel
Modul 5.1 npqel
 
Pelan strategi 2016 2020
Pelan strategi 2016   2020Pelan strategi 2016   2020
Pelan strategi 2016 2020
 
85787506 matematik-pelan-tindakan-dan-pelan-operasi
85787506 matematik-pelan-tindakan-dan-pelan-operasi85787506 matematik-pelan-tindakan-dan-pelan-operasi
85787506 matematik-pelan-tindakan-dan-pelan-operasi
 
Pelan strategik pjpk 2012
Pelan strategik pjpk 2012Pelan strategik pjpk 2012
Pelan strategik pjpk 2012
 
Kertas Cadangan Bengkel Kerjaya
Kertas Cadangan Bengkel KerjayaKertas Cadangan Bengkel Kerjaya
Kertas Cadangan Bengkel Kerjaya
 
Contoh template perancangan strategik
Contoh template perancangan strategikContoh template perancangan strategik
Contoh template perancangan strategik
 
Swot kokurikulum
Swot kokurikulumSwot kokurikulum
Swot kokurikulum
 
perancangan strategik panitia pendidikan muzik2015
perancangan strategik panitia pendidikan muzik2015perancangan strategik panitia pendidikan muzik2015
perancangan strategik panitia pendidikan muzik2015
 
Panduan ojl
Panduan ojlPanduan ojl
Panduan ojl
 
Presentase OJL
Presentase OJLPresentase OJL
Presentase OJL
 
Lampiran 1 b. jurnal kegiatan
Lampiran 1 b. jurnal kegiatanLampiran 1 b. jurnal kegiatan
Lampiran 1 b. jurnal kegiatan
 
03 s1-kepemimpinan
03 s1-kepemimpinan03 s1-kepemimpinan
03 s1-kepemimpinan
 
06 s3.2-pengurusan kokurikulum
06 s3.2-pengurusan kokurikulum06 s3.2-pengurusan kokurikulum
06 s3.2-pengurusan kokurikulum
 
Plan strategik hem
Plan strategik hemPlan strategik hem
Plan strategik hem
 
Persentasi laporan ojl
Persentasi laporan ojlPersentasi laporan ojl
Persentasi laporan ojl
 
BENGKEL BIMBINGAN KE ARAH PENINGKATAN BAND SEKOLAH
BENGKEL  BIMBINGAN   KE ARAH  PENINGKATAN BAND SEKOLAHBENGKEL  BIMBINGAN   KE ARAH  PENINGKATAN BAND SEKOLAH
BENGKEL BIMBINGAN KE ARAH PENINGKATAN BAND SEKOLAH
 
Program kerja kurikulum_2013-2014(1)
Program kerja kurikulum_2013-2014(1)Program kerja kurikulum_2013-2014(1)
Program kerja kurikulum_2013-2014(1)
 
Draf plan strategik ko 2016
Draf plan strategik ko 2016Draf plan strategik ko 2016
Draf plan strategik ko 2016
 
BEST PRACTICE 2013
BEST PRACTICE 2013BEST PRACTICE 2013
BEST PRACTICE 2013
 
Konsep dan regulasi rks dan rkas 2015 final 30 april
Konsep dan regulasi rks dan rkas 2015 final 30 aprilKonsep dan regulasi rks dan rkas 2015 final 30 april
Konsep dan regulasi rks dan rkas 2015 final 30 april
 

Similar to Kajian tindakan a5 'bakatku' npqel

Laporan pelaksanaan program lawatan big
Laporan pelaksanaan program lawatan bigLaporan pelaksanaan program lawatan big
Laporan pelaksanaan program lawatan big
soo5
 
Prokerosis89lengkapjadi 130128190239-phpapp01
Prokerosis89lengkapjadi 130128190239-phpapp01Prokerosis89lengkapjadi 130128190239-phpapp01
Prokerosis89lengkapjadi 130128190239-phpapp01
Yuli Haryanti
 
KIT PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN SATU 2.0_(04 Mac 2022)-converted.pptx
KIT PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN SATU 2.0_(04 Mac 2022)-converted.pptxKIT PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN SATU 2.0_(04 Mac 2022)-converted.pptx
KIT PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN SATU 2.0_(04 Mac 2022)-converted.pptx
ilahm2
 
Penyusunan-KOSP-Kurikulum-Operasional-Satuan-Pendidikan.pdf
Penyusunan-KOSP-Kurikulum-Operasional-Satuan-Pendidikan.pdfPenyusunan-KOSP-Kurikulum-Operasional-Satuan-Pendidikan.pdf
Penyusunan-KOSP-Kurikulum-Operasional-Satuan-Pendidikan.pdf
DarmantoManto
 
KIT PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN SATU 2.0_08 Mac 2022.pdf
KIT PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN SATU 2.0_08 Mac 2022.pdfKIT PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN SATU 2.0_08 Mac 2022.pdf
KIT PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN SATU 2.0_08 Mac 2022.pdf
MalarVasantha1
 
kit program transisi tahun 1
kit program transisi tahun 1 kit program transisi tahun 1
kit program transisi tahun 1
ssuser70b837
 

Similar to Kajian tindakan a5 'bakatku' npqel (20)

Laporan pelaksanaan program lawatan big
Laporan pelaksanaan program lawatan bigLaporan pelaksanaan program lawatan big
Laporan pelaksanaan program lawatan big
 
Tugas 14 hasil laporan rps suyuti
Tugas 14 hasil laporan rps suyutiTugas 14 hasil laporan rps suyuti
Tugas 14 hasil laporan rps suyuti
 
Program kerja jurusan akuntansi tahun 2017 2018
Program kerja jurusan akuntansi tahun 2017 2018Program kerja jurusan akuntansi tahun 2017 2018
Program kerja jurusan akuntansi tahun 2017 2018
 
Bab iii, atk
Bab iii, atkBab iii, atk
Bab iii, atk
 
Program kerja tahunan kaprok rpl
Program kerja tahunan kaprok rplProgram kerja tahunan kaprok rpl
Program kerja tahunan kaprok rpl
 
Rekrut-CPP_PGP-Angkatan-9_ok_Rev.pdf
Rekrut-CPP_PGP-Angkatan-9_ok_Rev.pdfRekrut-CPP_PGP-Angkatan-9_ok_Rev.pdf
Rekrut-CPP_PGP-Angkatan-9_ok_Rev.pdf
 
PROGRAM_KERJA_KEPSEK_SDN 4 KARNAGRAYUNG.docx
PROGRAM_KERJA_KEPSEK_SDN 4 KARNAGRAYUNG.docxPROGRAM_KERJA_KEPSEK_SDN 4 KARNAGRAYUNG.docx
PROGRAM_KERJA_KEPSEK_SDN 4 KARNAGRAYUNG.docx
 
PELAN_STRATEGIKsssssssss_HEM_ss2022ooo.doc
PELAN_STRATEGIKsssssssss_HEM_ss2022ooo.docPELAN_STRATEGIKsssssssss_HEM_ss2022ooo.doc
PELAN_STRATEGIKsssssssss_HEM_ss2022ooo.doc
 
Rangkaian kegiatan pms lpmp kaltim
Rangkaian kegiatan pms lpmp kaltimRangkaian kegiatan pms lpmp kaltim
Rangkaian kegiatan pms lpmp kaltim
 
Prokerosis89lengkapjadi 130128190239-phpapp01
Prokerosis89lengkapjadi 130128190239-phpapp01Prokerosis89lengkapjadi 130128190239-phpapp01
Prokerosis89lengkapjadi 130128190239-phpapp01
 
Skrip p2 ina
Skrip p2 inaSkrip p2 ina
Skrip p2 ina
 
Tahun 6
Tahun 6Tahun 6
Tahun 6
 
KIT PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN SATU 2.0_(04 Mac 2022)-converted.pptx
KIT PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN SATU 2.0_(04 Mac 2022)-converted.pptxKIT PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN SATU 2.0_(04 Mac 2022)-converted.pptx
KIT PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN SATU 2.0_(04 Mac 2022)-converted.pptx
 
Penyusunan-KOSP-Kurikulum-Operasional-Satuan-Pendidikan.pdf
Penyusunan-KOSP-Kurikulum-Operasional-Satuan-Pendidikan.pdfPenyusunan-KOSP-Kurikulum-Operasional-Satuan-Pendidikan.pdf
Penyusunan-KOSP-Kurikulum-Operasional-Satuan-Pendidikan.pdf
 
4 promes-genap
4 promes-genap4 promes-genap
4 promes-genap
 
Bidang Kurikulum.docx
Bidang Kurikulum.docxBidang Kurikulum.docx
Bidang Kurikulum.docx
 
KIT PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN SATU 2.0_08 Mac 2022.pdf
KIT PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN SATU 2.0_08 Mac 2022.pdfKIT PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN SATU 2.0_08 Mac 2022.pdf
KIT PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN SATU 2.0_08 Mac 2022.pdf
 
kit program transisi tahun 1
kit program transisi tahun 1 kit program transisi tahun 1
kit program transisi tahun 1
 
KIT PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN SATU 2.0_(04 Mac 2022).pdf
KIT PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN SATU 2.0_(04 Mac 2022).pdfKIT PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN SATU 2.0_(04 Mac 2022).pdf
KIT PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN SATU 2.0_(04 Mac 2022).pdf
 
Akriditasi 1011
Akriditasi 1011Akriditasi 1011
Akriditasi 1011
 

Recently uploaded

Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdfSurat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
EirinELS
 
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
luqmanhakimkhairudin
 
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdfAksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
subki124
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
DessyArliani
 

Recently uploaded (20)

Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdfSurat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
 
Sudut-sudut Berelasi Trigonometri - Sudut-sudut Berelasi Trigonometri
Sudut-sudut Berelasi Trigonometri - Sudut-sudut Berelasi TrigonometriSudut-sudut Berelasi Trigonometri - Sudut-sudut Berelasi Trigonometri
Sudut-sudut Berelasi Trigonometri - Sudut-sudut Berelasi Trigonometri
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
BAB 1 BEBATAN DAN BALUTAN DALAM PERTOLONGAN CEMAS
BAB 1 BEBATAN DAN BALUTAN DALAM PERTOLONGAN CEMASBAB 1 BEBATAN DAN BALUTAN DALAM PERTOLONGAN CEMAS
BAB 1 BEBATAN DAN BALUTAN DALAM PERTOLONGAN CEMAS
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdfAksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
 
PPT BAHASA INDONESIA KELAS 1 SEKOLAH DASAR
PPT BAHASA INDONESIA KELAS 1 SEKOLAH DASARPPT BAHASA INDONESIA KELAS 1 SEKOLAH DASAR
PPT BAHASA INDONESIA KELAS 1 SEKOLAH DASAR
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
 
Detik-Detik Proklamasi Indonesia pada Tahun 1945
Detik-Detik Proklamasi Indonesia pada Tahun 1945Detik-Detik Proklamasi Indonesia pada Tahun 1945
Detik-Detik Proklamasi Indonesia pada Tahun 1945
 
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SDMateri Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
 

Kajian tindakan a5 'bakatku' npqel

  • 1. 1 PROGRAM BAKATKU OLEH ALIMA BINTI ABDUL RAHMAN 680823-12-5535 PENDAHULUAN VISI SK Bandar, Sandakan " Sekolah Kebangsaan Bandar Cemerlang Menjelang Tahun 2012 “ MISI SK BANDAR, Sandakan Melaksanakan dan menjayakan system pendidikan kebangsaan yangn berkualiti dan praktikal , kearah melahirkan insan Intelektual, Sihat, Beriman dan Berwawasan. Merujuk kepada Visi dan Misi Sekolah SK Bandar, sekolah dimana saya melaksanakan Program Bakatku ini, ‘kearah melahirkan insan Intelektual, Sihat, Beriman dan Berwawasan.’ Saya menzahirkan bahawa keintelektualan seseorang pelajar selalu dikaitkan dengan pemahaman dan tumpuan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hampir semua pelajar cemerlang menyatakan bahawa rahsia utama kejayaan mereka adalah memberi fokus dan tumpuan semasa guru mengajar, dan dasar nya adalah dari kehadiran mereka ke sekolah pada setiap hari. Justeru itu, menghadirkan diri ke sekolah merupakan asas dalam menjayakan proses penyampaian ilmu kepada pelajar. Pelajar yang hadir ke sekolah berpeluang memberi perhatian dan fokus semasa belajar untuk mencapai wawasan diri mereka dan sebaliknya pelajar yang tidak hadir tidak akan mendapat apa-apa. Situasi ketidakhadiran pelajar kesekolah menjadi kebimbangan para pentadbir dan guru-guru, terutama sekali apabila selesainya peperiksaan UPSR dijalankan. Kita sedia maklum bahawa peperiksaan UPSR dijalankan pada bulan September, ini bermakna pelajar akan kesekolah selama 2 1/2 bulan sebelum cuti sekolah akhir tahun. Ketidakhadiran ini ditambah lagi dengan sokongan ibubapa dengan tidak menghantar anak kesekolah dengan
  • 2. 2 alasan peperiksaan sudah selesai, tiada lagi pembelajaran dan pengajaran dijalankan oleh guru. Bagi membolehkan tindakan yang wajar dan spesifik dengan masalah kehadiran pelajar diambil, langkah pengenalpasti masalah perlu dilakukan untuk melakukan kajian keperluan dan mengenalpasti masalah utama untuk dilakukan penambahbaikan. Di antara aspek yang diteliti ialah melihat dan menyemak semula program program pasca UPSR yang telah dilaksanakan pada tahun 2008, 2009 dan 2010 dan menyemak rekod kehadiran pelajar. Jadual 1 : Analisis KehadiranTahun 6 padabulan Julai, Ogos , September, Oktober dan November 2007, 2008 dan 2009.
  • 3. 3 TAHUN/ BULAN JULAI OGOS SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER 2007 92.2 93 88.01 87.19 86.50 2008 93.3 92.33 89.57 90.07 88.18 S E L E P A S P E P E R I K S A A N
  • 4. 4 Hasil perbincangan, Program Bakatku telah diluluskan untuk dimasukkan dalam program pasca UPSR. Program ini melibatkan murid tahun 6, ibubapa dan guru-guru tahun 6 serta komuniti luar. PERKARA HURAIAN 1. Nama Projek/Inovasi/Program Penambahbaikan Projek ini dikenali sebagai “Program Bakatku” yang melibatkan pelajar Tahun 6. Program ini adalah program baru diperkenalkan tahun 2010 sebagai salah satu daripada aktiviti program Pasca UPSR 2. Tarikh dan Tempat Tarikh : 20.09.2010 Hingga 09.11.2010 Tempat : SK Bandar, Sandakan 3. Pelaksanaan Dan Sasaran OBJEKTIF Dengan nyedari bahawa bakat dan keistimewaan setiap individu adalah berbeza dan perlu digilap maka antara objektif utama program ini adalah bertujuan untuk ; i) Meningkatkan peratus kehadiran pelajar tahun 6 selepas UPSR. ii) Mencungkil potensi bakat yang ada dalam diri Murid Tahun Enam SK. Bandar, Sandakan KUMPULAN SASARAN Semua murid tahun 6 SK. Bandar, Sandakan iaitu seramai109 orang. FOKUS i) Menggalakan murid berdaya saing dan mempunyai disiplin tinggi agar mereka menjadi murid yang cemerlang dalam semua aspek. ii) Meningkatkan keyakinan diri dalam jiwa murid agar mereka mampu bersaing dengan murid-murid yang lain. 2009 91.2 90.68 87.10 88.10 87.58
  • 5. 5 iii) Memberi kesedaran kepadamurid tentang pentingnya pendidikan sambil berhibur untuk masa depan mereka. iv) Melahirkan murid yang berkeyakinan tinggi dan mampu menghadapi cabaran masa akan datang. v) Memupuk jati diri yang unggul dalam diri semua murid agar menjadi murid yang berketrampilan dan berwawasan. vi)Mewujudkan kerjasama dan pengelibatan ibubapa dengan aktiviti sekolah. Program ini dilaksanakan selama 6 minggu (selepas peperiksaan UPSR sehingga minggu akhir sebelum cuti akhir tahun bermula). Perlantikan AJK (lampiran 1) Acara Di Pertandingkan : i) Nyanyian Solo ii) Nyanyian Berkumpulan iii) Tarian Perlaksanaan Program : Minggu Pertama , Kedua & Ketiga Pendaftaran & Pemilihan Acara, Latihan Minggu Keempat & Kelima : Pemilihan Peserta ke Fasa akhir Latihan Minggu Keenam : Program Kemuncak Bakatku TUJUAN Program Bakatku diperkenalkan untuk meningkatkan peratus kehadiran pelajar selepas peperiksaan .Sering kali kita perhatikan bahawa selepas peperiksaan UPSR peratusan kehadiran pelajar kesekolah amat merosot . Jumlah peratus pelajar yang tidak hadir ini tentulah pula akan turut menyumbang kepada peningkatan kadar ponteng dan menjejaskan indeks
  • 6. 6 peratus kehadiran pelajar disesebuah sesekolah tersebut. Disamping itu juga menyumbang berlakunya gejala tidak sihat seperti lepak dan gengsterisme. Pelbagai program Pasca UPSR telah dijalankan sebelum ini tetapi usaha tersebut tidak menunjukkan hasil yang memberansangkan . Justeru, program Bakatku ini diharapkan akan dapat meningkatkan fokus dan keprihatinan kita semua dalam membantu kecemerlangan sekolah dengan memaksimakan jumlah kehadiran pelajar ke sekolah. Disamping meningkatkan peratus kehadiran pelajar selepas peperiksaan, Program Bakatku berupaya mencungkil potensi bakat yang ada dalam diri Murid Tahun Enam SK. Bandar, Sandakan dengan nyedari bahawa potensi setiap individu adalah berbeza dan perlu digilap dengan cara memberi peluang kepada pelajar menunjukan potensi dalam diri mereka. Adalah diharapkan Program Bakatku menjadi platform kepada pelajar mengasah dan mencungkil bakat dan potensi dalam diri tanpa mempunyai tanggapan negatif dan aspirasi rendah terhadap diri mereka. Langkah cermat ini perlu diambil kira supaya tidak berlaku keciciran dalam pencarian potensi tersebut. PELAKSANAAN Dalam melaksanakan Progam Bakaktku, Model Penyelesaian Masalah 6-Langkah (Gice, 2012) telah diaplikasikan . Rajah : Model Penyelesaian Masalah 6-Langkah Gice
  • 7. 7 Seperti yang ditunjukkan pada Model Gice (2012) di atas, pelaksanaan Projek Program Bakatku melibatkan enam tahap semasa proses pelaksanaannya. Langkah awal yang dilakukan adalah mengadakan perbincangan bersama Guru Besar, Penolong-penolong Kanan dan guru-guru tahun 6 dan saya sendiri (saya adalah setiausaha Kokurikulum dan Penyelaras Kelab dan Persatuan). Sebelum tarikh perbincangan ini saya telah diarahkan Guru Besar untuk membuat analisis kehadiran pelajar tahun enam Tahun 2007, 2008 dan 2009 khas pada bulan Julai, Ogos, September, Oktober dan November. Hasil dapatan analisis saya dibentangkan pada perbincangan dimana saya mendapati bahawa , peratus kehadiran pada bulan September, Oktober dan November (selepas peperiksaan UPSR) didapati menurun. Selesai membentangkan dapatan analisis, langkah seterusnya kami mengadakan perbincangan untuk mencari jalan menyelesaikan masalah ialah dengan menganalisis punca masalah dengan melihat rekod aktiviti pasca UPSR untuk melihat trend pada masa lalu dan semasa dalam aspek pemilihan aktiviti yang telah dilaksanakan dalam pasca UPSR sebelum ini. Hasil perbincangan dan pemerhatian kepada rekod aktiviti pasca UPSR didapati aktiviti yang telah dijalankan tidak dapat menarik perhatian pelajar ke sekolah selain hanya aktiviti yang sekadar mengisi kekosongan masa pelajar disekolah. 1. Memahami masalah 2. Analisis punca masalah 3. Kenalpasti penyelesaian yang mungkin 4. Pilih penyelesaian terbaik 5. Sediakan pelan tindakan 6. Laksanakan penyelesaian & menilai kemajuan
  • 8. 8 Langkah ketiga ialah mengenalpasti kemungkinan penyelesaian. Saya mencadangkan agar Program Bakatku dilaksanakan, kerana program ini telahpun dilaksanakan disekolah tempat saya bertugas sebelum ini dan ia memberi impak yang sangat positif. Oleh kerana Program Bakatku ini cetusan idea dari saya, maka Guru Besar memberi mandat kepada saya sebagai penyelaras Program Bakatku dan menyediakan plan tindakan pelaksanaan projek yang berkesan. Bagi tujuan ini, terdapat lapan proses kerja dikenal pasti untuk diambil tindakan. Proses kerja berkenaan meliputi proses pada peringkat sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan projek. 1. Peringkat pra pelaksanaan i) Mesyuarat Pengurusan dan pentadbiran Pada peringkat ini, saya menyediakan kertas cadangan berkaitan dengan projek dikemukakan untuk pertimbangan ahli jawatankuasa seterusnya mendapatkan persetujuan. kertas kerja projek mengandungi butiran lengkap berkaitan projek yang dilaksanakan. Kertas projek antara lain mengandungi maklumat berkaitan matlamat, objektif, aktiviti, sasaran, sumber tenaga, tarikh, masa dan tempat projek, bajet kewangan, tentatif projek dan strategi pelaksanaan. Senarai ahli jawatan kuasa lengkap dengan perincian tugas turut disertakan dalam kertas kerja ini. Sekiranya projek dipersetujui, penilaian ahli jawatankuasa juga diperlukan untuk memurnikan kertas cadangan projek berkenaan demi mempastikan objektif yang diharapkan melalui projek berkenaan dapat dicapai dengan cemerlang. ii) Pembentangan Jawatankuasa Projek Berdasarkan carta Gantt yang terkandung dalam kertas kerja projek, satu mesyuarat jawatankuasa projek telah dilaksanakan pada 08.09.2010 ,melibatkan ahli jawatan kuasa yang telah dilantik terus oleh AJk pengurusan dan pentadbiran. Pembentangan dijalankan pada waktu sebelah pagi ( pdp sekolah sesi petang) untuk mempastikan masa pengajaran dan pembelajaran tidak terganggu. Pembentangan antara lain memaklumkan secara rasmi AJK pelaksana projek, objektif projek, pelaksanaan projek secara umum dan menghuraikan tugas- tugas yang perlu dilakukan bagi setiap ahli jawatankuasa projek. Pembentangan dilakukan oleh saya selaku penyelaras program Bakatku. iii) Perjumpaan dengan kumpulan sasaran.
  • 9. 9 Demi mempastikan, pelaksanaan projek memberikan impak yang diharapkan, satu perjumpaan dengan kumpulan sasaran iaitu pelajar tahun 6, untuk menerangkan cara pelaksanaan serta jadual pelaksanaan projek berkenaan . Dan mempastikan penggunaan masa yang optimum dan masa pelaksanaan projek, perjumpaan berkenaan dilakukan serentak dengan perjumpaan penolong Kanan HEM,Penolong Kanan Ko Kurikulum, Setiausaha dan AJK terlibat dengan pelajar-pelajar tahun 6 yang menjadi harapan sekolah untuk meningkatkan prestasi dan potensi diri untuk kecemerlangan sekolah . iv) Penyediaan borang borang berkaitan Projek Hari Bakat menggunakan kewangan yang kecil dengan memanipulasi perkara- perkara yang sedia ada dalam persekitaran sekolah. Semua murid tahun 6 seramai 109 orang dimestikan menyertai acara Program Bakatku ini. Calon yang terlibat dalam projek akan mengisi borang penyertaan. Murid murid boleh memilih acara individu atau berkumpulan. Mereka berhak melantik guru guru mereka sebagai mentor mereka. Murid akan dibantu oleh mentor untuk menasihat, dan memberi bimbingan tentang persembahan mereka. Murid juga bebas mereka bentuk jenis persembahan mengikut kreativiti mereka sendiri. Peringkat pelaksanaan V) Latihan berterusan Masa diberi untuk semua murid yang terlibat untuk menjalani latihan disekolah. Mentor yang dipilih akan membimbing dari semasa kesemasa. Latihan berterusan sebenarnya untuk memancing dan memotivasikan murid yang terlibat agar hadir ke sekolah setiap hari dengan penuh semangat. vi) Acara Saringan Acara saringan dilakukan untuk mencari peserta peringkat akhir. Acara Saringan dilakukan untuk memberi semangat agar murid bersemangat untuk bersaing disamping berusaha dan bekerjasama untuk memberikan persembahan yang terbaik. Calon yang terpilih keperingkat akhir akan menambah baik persembahan mereka . vii) Acara akhir
  • 10. 10 Acara akhir adalah untuk menilai dan memberi penghargaan kepada kebolehan dan potensi yang telah ditunjukkan oleh peserta/pelajar yang begitu bersemangat berlatih untuk menunjukkan hasil yang terbaik. Murid yang berpotensi dalam kesenian ini dapat dicungkil dan bakat bakat mereka ini akan dapat digunakan dari masa kesemasa samada dengan menyertai pertandingan keperingkat lebih tinggi. Peringkat pasca pelaksanaan viii) Membuat penilaian projek Pada peringkat ini, laporan analisis kehadiran sebenar pelajar akan disampaikan kepada Guru Besar, dan Penolong Kanan HEM. Kekuatan dan kelemahan projek juga turut dihuraikan. Dapatan ini penting kearah proses penambahbaikan yang berterusan. Disamping itu, dapatan berkenaan akan menentukan sama ada projek berkenaan sesuai untuk diteruskan pada masa akan datang atau sebaliknya. Pemantuan Pemantauan projek adalah proses yang sangat penting dalam memastikan segala tindakan dapat diambil dengan cekap dan berkesan berdasarkan sumber-sumber yang ada. Pemantauan yang digunakan dalam Program Bakatku dapat dilakukan menerusi pelbagai teknik. Tujuan pemantauan tersebut dijalankan adalah untuk memastikan projek yang akan dilaksanakan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan serta memenuhi objektif yang telah disasarkan.Sebarang ketidakpatuhan perlu mempunyai justifikasi yang jelas tentang halangan yang membantut pelaksanaan agar penyelesaian masalah dapat diselesaikan dengan segera. Bagi mempastikan setiap AJK sentiasa peka dengan hasil mesyuarat yang diputuskan, minit mesyuarat akan disiapkan dalam tempoh satu hari. Minit mesyuarat akan diedarkan kepada semua ahli jawatankuasa agar mereka dapat merujuk dengan segera keputusan- keputusan mesyuarat dan pihak-pihak yang sepatutnya mengambil tindakan beradasarkan jangmasa yang telah ditetapkan.
  • 11. 11 Walaupun soal peruntukan kewangan tidak menjadi masalah (pihak sekolah telah menyediakan peruntukan khas untuk program pasca UPSR ) tetapi bagi memastikan program ini berjalan lancar, saya sentiasa memastikan pengurusan untuk pengeluaran wang/peruntukan tersebut tidak menjadi halangan dengan menyediakan surat permohonan peruntukan kewangan dan senarai perbelanjaan yang diperlukan untuk program tersebut. IMPAK PROJEK Program yang dirancang telah berjaya dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan. Daripada dapatan Analisis Kehadiran pelajar dari bulan Julai hingga November pada tahun 2007,2008 dan 2009 didapati bahawa peratus kehadiran pelajar tahun enam menurun selepas peperiksaan UPSR iaitu pada bulan September, Oktober dan November. Jadual 2 : Analisis Peratus Kehadiran Pelajar Tahun Enam TAHUN JULAI OGOS SEPTEMBER (SELEPAS PEPERIKSAAN UPSR) OKTOBER NOVEMBER SEBELUM PROGRAM HARI BAKAT 2007 92.2 93 88.01 87.19 86.50 2008 93.3 92.33 89.57 90.07 88.18 2009 91.2 90.68 87.10 88.10 87.58 SELEPAS PROGRAM HARI BAKAT 2010 91.80 92.01 92.80 93.00
  • 12. 12 Analisis diatas jelas bahawa program Bakatku adalah salah satu program yang dapat menarik perhatian dan memotivasikan pelajar untuk hadir kesekolah disaat pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah tidak dijalankan selepas peperiksaan. Menurut Muhamad Anuar Ismail (1976), suasana sekolah yang mempengaruhi kegiatan ponteng ialah sikap guru, aktiviti- aktiviti sekolah yang kurang berkesan. Keadaan ini akan menjadi salah satu penyebab pelajar bermasalah dalam kehadiran ke sekolah. Jadual 3 : Analisis Penglibatan Pelajar Dalam Kegiatan Luar bilik Darjah BIL PERKARA BIDANG CATATAN SEBELUM PROGRAM HARI BAKAT 01 Kejohanan Badminton Remaja Tertutup Sandakan 2013 Permainan 02 Pertandingan Badminton MSSD Sandakan 2013 Permainan 03 Kejohanan Olahraga Peringkat Zon Sekong Sandakan Olahraga 04 Kejohanan Bola Baling Bawah 12 Tahun MSSD Sandakan Permainan 05 Kejohanan Bola Tampar Bawah 18 dan 12 Tahun Peringkat Bahagian 2013 Permainan 06 Perkhemahan Badan Beruniform Sekolah Rendah Unit Beruniform 07 Public Speaking Competition Bahasa Inggeris 08 Gabungan Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah Unit Beruniform 09 Majlis Memperkasakan Disiplin Pelajar HEM/Disiplin 10 Jogathon Pandu Puteri Unit Beruniform
  • 13. 13 Dari jadual analisis penglibatan pelajar luar bilik darjah diatas, didapati tidak terdapat penglibatan pelajaran dalam bidang kesenian dan kebudayaan . Ini bermakna potensi pelajar tidak sepenuhnya dapat diketengahkan oleh sekolah . Dengan perlaksanaan program Bakatku ini adalah program yang dapat melibatkan semua pelajar untuk menyertainya. Dari 109 orang pelajar tahun 6, seramai 87 orang atau 87% pelajar tahun enam telah menyertai Program Bakatku ini. Penglibatan ibubapa juga sangat memberansangkan. Program Bakatku telah melahirkan 30 orang pelajar yang berpotensi dalam kesenian dan kebudayaan, dimana sebelum ini merujuk rekod ko kurikulum tiada pelajar yang berpotensi dalam kesenian dan kebudayaan. Impak dari potensi pelajar yang terhasil ini telah menunjukkan keberhasilannya apabila pelajar pelajar yang berbakat ini dapat memberikan jasa dan bakti mereka dalam beberapa program sekolah seperti Hari Penganugerahan Murid Cemerlang SK Bandar 2010 pada 14.10.2010. Potensi pelajar yang digilap akan dapat memberi faedah bukan sahaja pada diri pelajar itu sendiri, malahan pada sekolah, dimana sekolah telah mempunyai simpanan pelajar yang mempunyai pelbagai potensi yang boleh diketengahkan bila bila masa dan kepeluan semasa. 11 Sukanria Pandu Puteri Unit Beruniform SELEPAS PROGRAM HARI BAKAT 12 Hari Bakat : Potensi/Bakat yang dihasilkan Nyanyian Solo : Tempat Pertama, kedua dan Ketiga (3 bakat) Nyanyian Berkumpulan : Tempat Pertama, kedua dan Ketiga (12 Bakat) Kumpulan Tarian : Tempat Pertama, kedua dan Ketiga (15 bakat) Kesenian & Kebudayaan 30 pelajar berpotensi dalam kesenian & kebudayaan telah dihasilkan
  • 14. 14 PENUTUP Refleksi 1. Aspek kepimpinan Sebagai seorang yang dipertanggungjawab sebagai penyelaras dalam Program Bakatku adalah satu cabaran namun ianya juga merupakan satu peluang kepada saya untuk memimpin dan melatih saya untuk berfikir secara wajar dan bertanggungjawab. Ruang dan peluang serta segala tunjuk ajar dari Guru Besar Cemerlang disekolah saya menjadi satu pengalaman kepimpinan kepada saya. Sokongan yang tidak berbelah bagi tanpa syarat menjadikan saya rasa lebih selesa dan menjalankan projek saya dengan konsep kepimpinan dan keupayaan dalam diri saya. Melalui projek ini menguji tahap kepimpinan sebenar yang terdapat dalam diri saya. Dalam aspek memimpin ahli jawatankuasa khususnya dan staf amnya, saya terdedah kepada menggunakan gaya kepimpinan yang pelbagai mengikut situasi dan keadaan yang dihadapi.Corak kepimpinan yang diterapkan ialah kepimpinan autokratik, penglibatan (demokratik) dan bebas atau laissez faire. Gaya kepimpinan yang pelbagai sangat penting kerana sepanjang pelaksanaan projek ini, terdapat aktiviti yang memerlukan ruang masa dan komitmen guru yang banyak sedangkan pihak terbabit tidak mendapat ganjaran tambahan sebaliknya melakukan tugas secara sukarela. Gaya kepimpinan pelbagai ini mempastikan pelaksanaan projek berjalan tanpa tekanan dan pada masa yang sama disiplin masa serta perjalanan berjalan mengikut masa yang ditetapkan dalam jadual pelaksanaan. 2. Aspek Pemantauan Pemantauan adalah nadi kepada kejayaan pelaksanaan projek. Kaedah pemantauan lebih bercorak deligasi digunakan dalam pelaksaan projek. Namun begitu, penjelasan terperinci dalam menerangkan spesifikasi tugas untuk setiap ahli jawatankuasa serta bimbingan yang berterusan telah ditaklimatkan sebelum pelaksaan untuk mempastikan semua pihak tahu peranan dan jangkamasa yang mereka perlu ditepati. Penerangan dan taklimat awal ini menyebabkan kerja-kerja pemantauan pelaksaan menjadi mudah. Namun begitu, pematauan masih dilakukan oleh penyelaras dan beberapa orang mentor projek untuk mengelakkan berlaku perkara – perkara diluar jangka yang merencatkan proses pelaksaan projek. Proses mendelegasikan pemantauan kepada urusetia mempunyai serampang dua mata. Di samping
  • 15. 15 memahirkan mereka dengan tugas-tugas pemantauan, pada yang sama mereka memperolehi pengalaman memimpin dan mengendalikan subordinat serta mengatasi pelbagai masalah yang timbul sepanjang pelaksanaan projek. Cadangan penambahbaikan 1.Masa pelaksanaan projek harus mempertimbangkan berkaitan cuti umum, cuti peristiwa dan cuti semester. Hal berkaitan kawalan masa pelaksanaan projek sukar dilakukan kerana di luar kawalan pelaksana projek khususnya apabila membabitkan masa cuti sekolah. 2. Pihak sekolah perlu menekankan aspek potensi pelajar boleh dicungkil secara tekal dari tahun satu lagi. Hal ini membolehkan pengesanan awal tentang kepelbagaian potensi yang boleh dicungkil dari setiap pelajar dan kepelbagaian pontensi dengan lebih berfokus dapat dilaksanakan. 3. Program Bakatku sebaiknya melibatkan semua pelajar disekolah . Oleh itu, pelaksanaan yang lebih luas memerlukan komitmen yang lebih besar daripada semua warga sekolah. Dalam jangka masa yang panjang, projek ini perlu di luaskan kepada pelajar-pelajar bukan pilihan kerana mereka juga berhak untuk diberi perhatian. Hubungan Program Bakatku dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 1. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia dalam Anjakan 10 iaitu Memaksimumkan Keberhasilan Murid bagi Setiap Ringgit ‘Mengaitkan setiap program kepada keberhasilan murid yang jelas dan merasionalisasi program berimpak rendah pada setiap tahun, selaras dengan anjakan keseluruhan kerajaan ke arah Buget Berasaskan Keberhasilan (OBB)’ 2. Seperti yang telah disasarkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia : Anjakan 9: Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. ‘ Mengaitkan setiap program kepada keberhasilan murid yang jelas dan merasionalisasi program berimpak rendah pada setiap tahun, selaras dengan anjakan keseluruhan kerajaan
  • 16. 16 ke arah OBB. Bergerak ke hadapan, setiap program yang dilancarkan oleh Kementerian akan dihubungkan dengan sasaran khusus yang berkait dengan keberhasilan murid. ‘ Kecemerlangan sesebuah sekolah sangat bergantung kepada kepimpinan yang juga bertindak sebagai pemimpin instruksional dan perancangan yang sistematik. Permasalahan yang wujud pula perlu dikaji sehingga ke akar umbi. Tanpa elemen-elemen ini, sesuatu program tidak akan menghasilkan output yang diharapkan. Kejayaan matlamat sekolah pula melibatkan integrasi dengan semua pihak. Kejayaan proses integrasi yang melibatkan tiga dimensi iaitu pendidikan, kurikulum dan masyarakat bukanlah mengambil masa yang singkat untuk dikecapi. Proses ini memerlukan sokongan semua pihak sama ada kerajaan, pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia, pendidik (guru), pelajar dan tidak ketinggalan masyarakat itu sendiri. Kita juga ingin melihat bahawa Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang telah dilancarkan memberi impak Transformasi seperti yang disasarkan iaitu Kepada Murid, Kepada Guru, Kepada Sekolah, Kepada Kementerian dan Kepada Ibubapa. Bagi memastikan keberkesanan dan kelestarian transformasi system pendidikan ini, setiap pihak yang terlibat mesti memahami peranan penting yang mereka mainkan dan manfaat yang mereka akan peroleh. Program dalam pelan ini direncanakan akan membawa kearah satu set kolektif tentang manfaat, hak dan tanggungjawab yang dihasratkan bagi setiap kumpulan. (PPPM 2013-2013)