Rumput signal, rumput kuda, rumput gajah, centro, kekacang calapo, petai belalang dan pokok semalu merupakan jenis-jenis tanaman yang dapat ditanam untuk ternakan. Kebanyakannya tumbuh dengan baik di Malaysia dan mampu menghasilkan protein sebagai makanan ternakan serta menutupi tanah sebagai baja hijau. Kebanyakannya boleh dituai berulang kali dalam setahun.
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Flash kad rumput dan pastura
1. RUMPUT SIGNAL
NAMA SAINSTIFIK:Brachiaria decumbens
CIRI-CIRI:
Rumput signal tumbuh menjalar, cepat membiak dan sesuai dengan iklim
lembabseperti Malaysia
Buku ruas pada batang mengeluarkan akar dan cabang membolihkannya
membiak dengan cepat.
Tumbuh setinggi 30 – 50 cm, daunnya pendek, tirus dan tajam dihujung
Berwarna hijau dan mempunyai sedikit bulu halus. Walaupun berbunga
tetapi biji benih kurang subur
CARA PENANAMAN:
Cara yang paling baik untuk menanam ialah dengan keratan tunggul
2. RUMPUT KUDA
NAMA SAINSTIFIK:Panicum maximum cv
CIRC-CIRI:
Tingginya diantara 1.5 –
biasa, green panic, hamil, coloniao, dan makuaene.
Di Malaysia jenis yang biasa ditanam ialah guinea biasa dan hamil, kerana
hasil yang tinggi sepanjang tahun.
CARA PENANAMAN:
Mengunakan biji benih atau stolon
3. RUMPUT GAJAH/NAPIER
NAMA SAINSTIFIK:Pennisetum purpureum
CIRI-CIRI:
Daunnya lebar, nipis dan mempunyai tulang daun
Bunga berbentuk silinder, berwarna kuning keemas-emasan
Memerlukan tanah yang subur untuk membiak, tanah yang sesuai ialah
tanah yang peroi
Memerlukan baja yang banyak terutamanya baja N
Boleh ditanam ditanah berpasir dengan memberi baja najis ternakan
Ternakan gemar rumput gajah yang muda kerana batangnya lembut
Jarak pemotongan antara 4 – 6 minggu
4. CENTRO
NAMA SAINSTIFIK:Centrosema pubscen
CIRI-CIRI:
Mempunyai akar tunjang yang kukuh, batang sedikit berbulu, menjadi
berkayu apabila lama. Daun berbentuk trifoliolat 1-7cm panjang, 0.5-4.5
cm luas.
Berbunga papilionate, bercahaya pada waktu malam yang mempunyai
warna ungu lembut dan kadang-kadang putih. Mampu menghasilkan 20
biji benih, yang berbentuk melintang bujur dan bulat, berwarna hitam bila
masak.
Sebagai penutup bumi perladangan dan sebagai kekacang menghasilkan
protein sebagai makanan ternakan, terutamanya untuk penggunaan baru,
dan baja hijau
CARA PENANAMAN:biji benih
5. KEKACANG CALAPO
NAMA SAINTIFIK:Calapogonium mucunoides
CIRI-CIRI:
Tumbuhan menjalar dengan batang atau memanjat secara melilit
Daunnya berbentuk segitiga membujur tirus di hujung atau bujur telur
dengan ada 3 daun pada satu tangkai
Panjang tangkai 14-18 cm dengan permukaan rata
CARA TANAM:biji benih
6. PETAI BELALANG
NAMA SAINTIFIK:Leucaena leucocephala
CIRI-CIRI:
mampu tumbuh sehingga 8-12 meter
Mudah tumbuh walaupun selepas dicantas
Daunnya warna hijau,jenis’bi-pinnate’dengan terdapat 4-9 tangkai daun
selari pada satu ranting.
CARA TANAM:keratan batang dan biji benih
7. POKOK SEMALU
NAMA SAINSTIFIK:Mimosa pudica
CIRI-CIRI:
tumbuhan merayap semusim yang sering menarik minat: daun kupuannya
kucup kedalam dan terkulai apabila disentuh, dan kembali terbuka selepas
beberapa minit.
Batangnya tegak semasa muda tetapi menjalar apabila matang.
Dahannya halus, bercabang, dan berduri tajam yang jarang sehingga 1.5
m (5 kaki)