• Like
  • Save
Buatebook
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Buatebook

on

  • 1,555 views

 

Statistics

Views

Total Views
1,555
Views on SlideShare
1,555
Embed Views
0

Actions

Likes
4
Downloads
158
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Buatebook Buatebook Document Transcript

    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com SATU PERKONGSIAN EKSKLUSIF PERCUMA BUAT SAHABATKU…1 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 1
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com DisclaimerUntuk makluman anda, E-Book ini ditulis berdasarkan pengalaman danpengetahuan penulis sendiri yang telah berkecimpung dalam duniaperniagaan internet sejak Disember 2008 lagi. Ebook ini ditulis khasuntuk anda bagi mendedahkan akan peluang perniagaan ebookmelalui internet yang mampu menghasilkan pendapatan lumayan buatanda.Ebook ini hanya satu pendedahan asas, bukannya jaminan untuk andaberjaya dengan mudah dalam perniagaan ebook. Bayak yang andaperlu pelajari lagi dalam usaha untuk mencapai kejayaan. Berkenaanperkara teknikal yang disyorkan dalam ebook ini adalah berdasarkanpada masa penulis menulis ebook ini. Jadi, sebarang perubahanteknologi internet mungkin akan merubah situasi penggunaan ebookini pada masa akan datang sejajar dengan perkembangan teknologiyang semakin pesat.Beberapa perkara penting yang anda perlu tahu sebelummembaca ebook ini: • Anda dilarang sama sekali untuk mengeluar ulang mana-mana bahagian e-book ini dengan apa cara sekalipun • Anda dilarang menjual ebook ini kepada mana – mana pihak sekalipun • Anda dilarang mengedarkan ebook percuma ini secara terus kepada mana – mana pihak tanpa melalui laman web www.buatebook.com • Anda dilarang menjadikan ebook ini sebagai bonus produk anda. • Anda dibenarkan untuk mengedarkan ebook ini kepada sesiapa saja melalui laman web www.buatebook.com • Anda dibenarkan memberikan ebook ini sebagai bonus bagi produk anda dengan syarat melalui pendaftaran sebagai subscriber di www.buatebook.com2 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 2
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com SIAPA JAMAL YANG MENULIS EBOOK INI UNTUK ANDA ?3 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 3
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.comPengenalan Diri SayaSebelum saya pergi ‘detail’ mengenai tajuk laporan ini, sayamemperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Baca point-point di bawah: • Nama – Jamaluddin Bahari • Umur – 28 tahun • Besday – 23 March 1981 • Tempat tinggal – KL (rumah sewa je) • Kerja – makan gaji di sektor awam • Mula menceburi bisnes internet – Disember 2008 • Bisnes internet – sumber pendapatan sampingan • Income dari internet – RM8k – RM30K sebulan • Pangkalan utama – forum wangcyber.com (komuniti usahawan internet Malaysia) • Laman web yang dimiliki oleh saya - www.kerja-kerajaan.com, - www.rahsiablog.com, - www.rahsiaemas.com, - www.blogjamal.com - www.kerja-kerajaan.com/blog - www.buatebook.com • Produk utama – ebook / produk informasi • 2 laman web produk informasi ilmiah seksual telah diserah/dijual kepada pemilik baru • Mula menceburi affiliate pada March 2009 • Pernah menjadi beberapa top 3 affiliate produk tempatan iaitu 1. Teknik Manipulasi Sistem Kewangan 1 2. Teknik Manipulasi Sistem Kewangan 2 3. PPL kad Bisnes 4. PPL Kuasa Email 5. PPL Youthsays Wan Mus 6. The Four Weeks To Freedom (Zamri Nanyan) 7. 10 Cara Buat Duit Raya (Ammar Zahar) • Pendapatan keseluruhan dari affiliate (April 2009 – Sept 2009) – RM15 K • Sedang merancang beberapa projek besar yang akan membantu industri perniagaan internet Malaysia • Sasaran – mendapat RM 1 juta pertama dalam masa 4 tahun4 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 4
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com Pencapaian Dalam Perniagaan Ebook 1. Menjual ebook pertama (produk ilmiah) – 800 unit dalam masa 3 bulan dan mendapat hasil jualan RM 24, 000. 2. Menjual ebook RLTKK di www.kerja-kerajaan.com – melebihi 2000 unit sehingga ebook ini ditulis dan telah menjana lebih RM60, 000 dari ebook tersebut. 3. Menjual satu ebook ilmiah (hubungan suami isteri) karya seorang rakan – melebihi 200 unit dalam masa 3 bulan dan sebanyak RM 10, 000 telah berjaya dihasilkan. 4. Menjual ebook Panduan Asas Blogger di www.rahsiablog.com dan setakat ini berjaya menghasilkan jualan hampir RM 10, 000 sejak April yang lalu. Lebih 200 unit ebook berjaya dijual sehingga ke hari ini. 5. Menjual ebook Emas-Emas Yang Hilang di www.rahsiaemas.com dan berjaya menjana RM 125, 000 dalam masa 40 hari dijual. Sebanyak 1639 unit ebook telah terjual dalam tempoh tersebut. 6. Selain itu juga, penulis pernah juga menghasilkan jualan ebook orang lain melalui link affiliate lebih 400 unit dari beberapa ebook dan telah menjana sebanyak RM 15, 000 dengan affiliate dalam tempoh 6 bulan menceburi affiliate.5 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 5
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com KANDUNGAN ISI KANDUNGANDisclaimer………………………………………………………………………..2Siapa Jamal Yang Menulis Ebook Ini Untuk Anda ?............................3Isi Kandungan………………………………………………………………………………….…….6Pengenalan Ebook……………………………………………………….……………...7Bagaimana Mencari Idea Menulis Ebook………………….………………….10Niche – Niche Ebook Popular Yang Mudah Dijual…………….………..…21Bagaimana Mengkaji Permintaan Terhadap Ebook………………………24Langkah – Langkah Menulis Ebook…………………………………………….28Membina Laman Web Jualan Ebook…………………………………………..32Promosi Ebook…………………………………………………………………………35Penutup Kata……………………………………………………………………………52Kronologi Jualan Ebook Emas – Emas Yang Hilang……………………..57Pendedahan Tips Menulis Ebook Esklusif Dari Sifu Ebook Saya……66Ruangan Iklan………………………………………………………………………….806 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 6
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com PENGENALAN EBOOK7 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 7
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.comPengenalanSebelum kita pergi lebih lanjut berkenaan ebook, apa kata kitaberkenalan dulu dengan ebook. Tak kenal maka tak cinta. Perlukahsaya menerangkan ebook secara panjang lebar seperti dalam KITABKUNO buku rujukan@buku teks? Tak perlu..Terus saja saya buatdalam bentuk point di bawah:-Apa itu ebook? • Nama omputihnya – electronic book – jadila e-book • Dalam BM – buku elektronik – e-buku • Produk informasi digital/produk ilmiah • Biasanya dalam fomat pdf ataupun executable file • Semakin mendapat tempat di pasaran Malaysia • Boleh dibuat dengan gunakan mic. Word dan ditukarkan kepada file pdfMengapa ebook? • Mudah dipindah dan disimpan • Boleh dicetak • Boleh dapat update dari penjual ebook • Lain dari lain - unik • Tiada di pasaran buku – biasanya banyak rahsia yang orang ramai tak tahu • Selari dengan perkembangan terkini dunia semasa • Jimat kos – beli, hantar dll • Mendidik pembaca dengan cara mudah dan berkesan • Keuntungan adalah 100% • Mudah dijual – melalui minisite • Mudah ditulis, pandai guna mic word sudah cukup •Di mana menjual ebook? • Jual di internet melalui minisite • Forum • Blog • Laman web socialBagaimana nak buat ebook?Mencari idea untuk ebook?- baca dulu ebook ni sampai habis, ada diterangkan8 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 8
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.comMembuat ebook?- ya, ada diterangkan dalam ebook ini secara asasMenjual ebook?- membeli domain & hosting- membina laman web – sendiri atau upah orang- minisite grafik- penulisan sales letter- cara pembelian ebookMempromosi ebook?- ada ditunjukkan beberapa cara promosi percuma dan juga yangberbayarSiapa membeli ebook? • Orang yang memiliki kuasa membeli – ada duit nak beli la:) • Orang yang tahu membeli – belah di internet, tak tahu pun boleh beli.. • Orang yang memang memerlukan informasi dari ebook yang dijualEbook VS Buku Buku EbookKena pergi kedai buku nak beli beli di internet pon boleh dah..cepat pantas dan jimat masaBerat jika dah banyak..tak boleh Boleh simpan dalam PC, CD,simpan dalam pendrive… pendrive ke…rasa nak print, tiada masalah…Risiko terkoyak, terbakar, hilang Boleh print semula jika hilang ke,atau kena conteng dengan anak terbakar ke atau sebagainya..kan kena beli baru pulak buku tuJika tak faham lepas baca buku, Tak faham? Email je atau callnak tanya siapa ye…. penulis ebook..Dia boleh bantu…Buku dikemaskini – versi terbaru, Biasanya penjual ebook berikankita kena beli la sekali lagi.. secara percuma..Ayat dalam buku berjela – jela Biasanya ditulis dalam bentukpanjangnya penuh & dengan kata ringkas – straight to the– kata berbunga – bunganya… point..mudah nak faham:)Tak boleh sembang – sembang Boleh berchatting ke, email ke,atau mengorat penulisnya.. call ke dengan penulisnya..silap – silap haribulan bertemu jodoh pula dengan penulisnya..hehehe9 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 9
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com BAGAIMANA BAGAIMANA MENCARI IDEA MENULIS EBOOK10 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 10
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.comBagaimana Mendapatkan Idea Untuk Menulis EbookYang Boleh Dijual?Idea..idea..idea..Susahnya mencari idea.. Sampai pecah kepalapening – pening kepala nak dapatkan idea. Tapi ada orang tu senang –senag je dapat idea. Masa tidur pon boleh dapat idea..Usah risau!Saya akan membantu anda bagaimana untuk mencari idea untukmenghasilkan ebook dengan beberapa kaedah yang telah sayagunakan sebelum ini. Teruskan bacaan. 1. Berdasarkan pengalaman Pengalaman memang banyak membantu dalam menghasilkan ebook. Seperti saya hasilkan ebook percuma ini. Jika saya tiada pengalaman membeli, menjual dan menerbitkan ebook, bolehkah saya menerbitkan ebook ini? Sudah tentu tidak bukan? Seperti ebook Rahsia Lulus temuduga Kerja Kerajaan, saya hasilkan berdasarkan kisah pengalaman saya sendiri. Akan tetapi pengalaman bagaimana yang boleh anda tukarkannya kepada ebook? Mudah saja! Iaitu pengalaman yang dapat menyelesaikan masalah orang lain. Ataupun kisah kejayaan anda menyelesaikan masalah tersebut. Sekiranya anda pernah menyelesaikan masalah orang ramai berdasarkan pengalaman, teknik – teknik dan juga kepakaran anda, anda boleh kumpulkannya dalam bentuk ebook. Ebook yang boleh dijual adalah ebook yang dapat menyelesaikan masalah orang ramai. Sebagai contoh: ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan RLTKK dihasilkan berdasarkan pengalaman saya yang telah beberapa kali menghadiri temuduga di sektor awam. Dalam temuduga tersebut, saya telah beberapa kali lulus dan ada juga yang gagal untuk jawatan yang berbeza-beza. Dan apabila berjaya dalam temuduga, saya terfikir untuk menulis ebook tersebut. Saya rasa dengan gabungan pengalaman saya, kajian saya, pembacaan buku berkenaan temuduga, soal selidik, saya akan dapat menghasilkan sebuah ebook yang dapat11 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 11
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com membantu orang ramai/pencari kerja untuk menghadapi temuduga di sektor awam. Anda faham bukan? Seperti yang anda sedia maklum, ramai orang berminat untuk memasuki bidang kerja sektor awam. Akan tetapi ramai yang kecewa kerana gagal melepasi tapisan temuduga. Sebenarnya apa masalah atau punca yang menyebabkan kegagalan mereka itu? Jawapannya mudah saja iaitu : - mereka tidak tahu adab – adab semasa temuduga - mereka tidak tahu nak buat persediaan apa sebelum temuduga - mereka tidak tahu cara menjawab soalan yang ditanya - mereka tidak tahu cara mereka dinilai semasa temuduga - dan banyak lagi masalah yang sering dihadapi oleh calon Nah! Inilah masanya saya jadikan pengalaman dan kejayaan anda itu untuk membantu mereka. Jadi, saya menyediakan penyelesaian masalah tersebut dalam bentuk ebook iaitu ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Objektif utama ebook ini dihasilkan adalah membantu menyelesaikan masalah calon untuk bakal menghadapi temuduga sektor awam dan seterusnya berjaya mendapatkan jawatan yang diidam- idamkan. Bagaimana? Adakah anda sudah faham apa yang saya sampaikan berdasarkan contoh/sample yang diberikan? Mungkin anda memiliki pengalaman – pengalaman hebat yang dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Jadi ambil peluang ini. Di samping membantu orang ramai, anda juga akan mengaut keuntungan dari ebook yang anda hasilkan. 2. Berdasarkan Hobi/Minat Apakah hobi dan minat anda? Adakah anda seorang yang suka memancing? Dan anda selalu mendapat hasil dari pemancingan anda? Atau anda beberapa kali memenangi pertandingan memancing/JORAN? Apa kata anda kongsikan teknik memancing anda yang hebat itu dalam bentuk ebook. Sudah pasti ramai kaki – kaki pancing akan dapatkan ebook anda. Lebih – lebih lagi jika anda memang hebat dalam teknik memancing yang tidak diketahui ramai orang.12 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 12
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com Sungguh mudah bukan, contoh yang saya berikan tersebut? Atau anda cari info – info berkenaan teknik memancing di dalam buku, carian di internet, tanya otai pancing atau sebagainya dan kemudian hasilkan satu tips memancing yang lengkap dan hebat. Anda akan berkongsikan tips – tips pemancingan anda dalam bentuk ebook dan sudah tentu anda boleh menjual dengan mudah ebook ini kepada kaki – kaki pancing. Ada bermacam – macam lagi hobi dan minat orang lain yang sama dengan anda. Contohnya menanam bunga, memelihara binatang kesayangan, memasak, bersukan, membaca, dan lain – lain lagi. Tahukah anda, sekiranya anda menulis ebook berdasarkan minat atau hobi anda, hasilnya amat memuaskan. Sudah tentu anda mampu menghasilkan pendapatan dari ebook tersebut Mengapa? Jawapannya adalah - anda melakukan sesuatu yang memang anda suka dan anda sangat tahu apa yang anda tulis. Tanpa dipaksa anda akan menyediakan bahan – bahan terbaik yang akan dimuatkan dalam isi kandungan ebook anda. Di bawah adalah contoh idea – idea menulis ebook berdasarkan minat/hobi: • Ebook Panduan Lengkap Melukis Kartun/ karikatur/ potret • Ebook Teknik paling Efektif Memikat Awek/Pakwe • Ebook 10 Cara Memancing Ikan Toman Paling Efektif • Ebook Teknik Mudah Senyum • Ebook Teknik Menyulam Baju Cara Jepun • Ebook Belajar Berenang Dengan Cepat, Selamat dan Berkesan • Ebook Panduan Memasak Nasi Kandar Penang • Ebook Cara Main Game Bola PES Paling Hebat • Ebook Panduan Membaiki Komputer Sendiri • Ebook Cara – Cara Mudah Membaiki Kereta Sendiri • Ebook Panduan Landskap Dalaman Rumah Yang Menarik • Ebook Cara Bersenam Yang Paling Efektif • Ebook Cara – cara Memelihara Ikan Kelisa • Ebook Bagaimana Untuk Menghias Laman Rumah Seperti Taman Bunga?13 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 13
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com • Ebook Teknik – teknik Mengajar Budak Berumur 2 Tahun Membaca • Ebook Bagaimana Menjana Duit Dengan Menjual Kuih Bahulu Di Rumah • Ebook Panduan Penanaman Bunga Orkid • Ebook Teknik – teknik Menternak Kambing Boer • Ebook Panduan Menanam Buah Naga Kuning 3. Berdasarkan Kepakaran Anda Mencipta ebook berdasarkan kepakaran sendiri adalah yang terbaik! Dengan menjadi pakar, anda mampu menjawab segala permasalahan pembeli ebook anda. Cuba anda lihat bagaimana Chef Wan sebagai pakar dalam bidang masakan, Dr Fazilah Kamsah sebagai pakar motivasi, Dr Irfan Khairi sebagai pakar dalam perniagaan internet, Shuth sebagai pakar dalam penghasilan ebook, Ammar Zahar sebagai pakar dalam affiliate marketing, Siti Nurhaliza pakar dalam bidang nyanyian, dan sebagainya. Akan tetapi jika anda tidak pakar bagaimana pula nak jadi pakar? Camne ye? Pening anda memikirkannya? Mudah saja! Apa yang perlu anda buat adalah anda perlu rajin mengkaji, membaca dan mempraktikkan apa yang dipelajari berkenaan bidang tersebut tidak kira samada melalui pembacaan buku, artikel, kajian, temuramah ataupun lain – lain cara. Biasanya dengan membaca banyak buku berkenaan bidang berkaitan, anda mampu untuk menjadi pakar. Jadi, jangan risau sekiranya anda tidak pakar lagi dalam bidang tersebut. Baca..baca..baca…dan anda akan jadi pakar! Ambil masa anda :) Akan tetapi tidak semestinya anda perlu menjadi begitu pakar untuk memulakan penulisan ebook anda. Bina kepakaran anda dari masa ke semasa dengan cepat. Pengalaman dari penulisan ebook, penjualan ebook, dan juga pertanyaan dari pembeli akan membuatkan anda menjadi pakar dalam bidang anda. Yang penting adalah tindakan pertama anda untuk memulakannya. Contoh – contoh ebook yang boleh ditulis berdasarkan dari kepakaran: • Ebook Teknik Advance Membina Laman Web • Ebook Cara Memasak Makanan Barat14 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 14
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com • Ebook Cara Paling Efektif Memotivasikan Mat Rempit • Ebook 10 Cara Berkesan Uruskan Wang • Ebook Teknik Belajar di Universiti Paling Ummmphh….. • Ebook Rahsia Menjual Nasi Lemak Kukus Paling Menguntungkan • Ebook Rahsia Keenakan Sate Kajang Dibongkarkan! • Ebook Panduan Belajar Autocad Dibongkarkan1 • Ebook Pandai Belajar Mengaji Dalam Masa Sebulan • Ebook Belajar Matematik Dengan Formula Rahsia • Ebook Rahsia Hubungan Suami Isteri Yang Bahagia • Ebook Belajar Bahasa Arab Dengan Mudah • Ebook Belajar Menggunakan Microsft Excell Dengan Berkesan • Ebook Panduan Bina Badan Untuk Lelaki Kurus Dibongkarkan • Ebook 10 Teknik Langsingkan Badan Tanpa Bersenam • Ebook Panduan Membaiki Kereta Dengan Lengkap • Ebook Teknik Memandu Seperti Pelumba F1 • Ebook Bagaimana Membaiki Rumah Anda Sendiri • Ebook Bagaimana Berniaga Di Pasar Malam • Ebook Panduan Membina Blog • Ebook Cara Menulis Buku Yang Laris • Ebook Rahsia Orang – Orang Tua China Berumur Panjang • Ebook Teknik – Teknik Senaman Tai Chi • Ebook Mari Belajar Silat • Ebook 5 Teknik Berkesan Untuk Berhenti Merokok • Ebook Cara Membuat Pelaburan Rumah • Ebook 10 Teknik Melangsaikan Hutang Dengan Berkesan 4. Berdasarkan Kepakaran Orang Lain Senang ceritanya adalah, orang lain tulis ebook, anda menjualnya. Itulah yang banyak saya praktikkan. Ianya boleh juga dipanggil jv partner. Maknanya anda berkongsi milik dengan penulis ebook. Akan tetapi cara sebegini memerlukan pengalaman dalam penulisan ebook sendiri sebelum menjual ebook jv orang lain seperti ini. Pengalaman anda amat diperlukan bagi memastikan ebook yang ditulis oleh rakan jv partner anda terjual. Lebih – lebih lagi pengalaman dalam pemasaran ebook dan juga promosi. Sebelum itu, pastikan rakan jv partner anda benar – benar faham dan mengetahui apa yang ditulisnya. Anda juga perlu15 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 15
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com terlibat dalam kerja penyuntingan dan semakan ebook sebelum dipasarkan. Sebagai contoh, ebook Panduan Asas Blogger dan juga ebook Emas – Emas Yang Hilang dihasilkan berdasarkan penulisan oleh orang lain yang memang pakar dalam bidangnya. Saya cuma menguruskan dari segi pemasaran, teknikal web, sales letter, dan lain – lain. Kerja – kerja teknikal berkaitan isi kandungan ebook diuruskan oleh jv partner saya. Ianya memudahkan kerja – kerja saya kerana saya dapat menumpukan kepada hal – hal terpenting dalam jualan ebook iaitu marketing. Tanpa marketing yang baik, adalah mustahil ebook anda akan terjual dengan laris. Hal – hal pemasaran akan saya bincangkan dalam bab akan datang nanti ye. Sabar…… Dari segi keuntungan pula, biasanya saya offer 50 % kepada penulis ebook. Dan ianya amat berbaloi. Dengan kerja – kerja yang lebih fokus, iaitu dengan menumpukan kepada pemasaran target jualan ebook akan berjaya dicapai. Biasanya untuk projek seperti ini, saya akan bertindak sebagai ‘leader’ kepada pasukan saya. 5. Ebook Berdasarkan Temuramah Wah! Ini kerja mudah..Temuramah orang je boleh buat duit. Ada beberapa cara untuk hasilkan ebook sebegini. Anda boleh menemuramah seseorang atau lebih yang berjaya dalam bidang yang diceburinya. Contohnya adalah menemuramah 5 orang usahawan menternak kambing yang berjaya. Anda boleh menyediakan temuramah samada melalui rakaman audio, catatan di borang temuramah, video atau menyediakan satu set soalan temuramah untuk dijawab semula oleh mereka. Kesemua hasil temuramah itu kemudiannya diterjemahkan ke dalam ebook. Sungguh mudah bukan? Sediakan soalan, sediakan jawapannya. Jadikannya seperti perbualan biasa yang tersusun. Akan tetapi, anda perlu memaklumkan kepada orang yang ditemuramah oleh anda itu akan objektif utama temuramah tersebut. Pastikan juga anda memberitahu mereka akan16 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 16
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com keuntungan yang bakal mereka perolehi dengan kerjasama itu samada dalam bentuk royalti, komisyen, pengiklanan, ataupun lain – lain yang dipersetujui oleh mereka. Contoh – contoh ebook yang boleh dibuat adalah: • Ebook Temuramah 5 Usahawan Tiram Yang Berjaya • Ebook Kisah 10 Jutawan Internet Malaysia • Ebook Soal – Jawab Dengan 5 Tokoh Agama • Ebook Kisah Kejayaan Mr. X • Ebook Mentor Jutawan Pasar Malam • Ebook Kisah 2 Mat Rempit Yang Kaya Raya • Ebook Temuramah 50 Usahawan Wanita Paling Berjaya Di Malaysia • Ebook Kisah 10 Pelajar Cemerlang • Ebook Rahsia Otai – Otai Affiliate Didedahkan • Ebook 10 Cerita Temuduga Yang Sukses • Ebook Bicara Jutawan MLM • Ebook Bual – Bual Bersama Dr. Kamsah • Ebook Chef Wann Bercerita Tentang Rahsia Masakannya • Ebook Dari Seorang Penganggur Menjadi Jutawan • Ebook Temubual Bersama Tokey Kedai Mamak • Ebook Mentor Affiliate • Ebook Mentor Ebook • Ebook Apa Kata 5 Pakar Kewangan • Ebook Soal Jawab Ilmu Tentang Jin • Ebook Apa Kata Azizi Ali.. Lihat, anda dapat menghasilkan tajuk ebook yang hebat –hebat dengan kaedah ini. Dan sudah tentu akan ramai orang tetarik dari apa yang anda sampaikan dalam ebook nanti. 6. Ebook Berdasarkan Kajian Projek Akhir Tahun Pelajar Universiti Ha, ha, ha..Agak pelik kaedahnya..Boleh ke projek akhir tahun budak U dijadikan ebook. Ya, sudah pasti boleh! Apapun ianya bergantung kepada topik yang ditulis oleh mereka. Apa kata anda pinjam projek mereka, baca dan cuba hasilkan ebook darinya. Jika perlu, bayarlah royalti kepada mereka. Ye la kan, mereka penat – penat buat kajian, anda pinjam camtu saja dan buatr untung darinya.17 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 17
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com Projek yang bagaimana tu? Iaitu projek yang lebih ke cenderung ke arah penyelesaian masalah orang ramai. Contohnya, jika si budak U tu buat projek berkenaan kajian bagaimana untuk membuat perokok berhenti merokok, kan anda boleh buat ebook yang bertajuk 10 Cara Mudah Berhenti Merokok. Cuba ambil idea dalam kajian tersebut. Sudah pasti kajian itu dihasilkan berdasarkan kajian terperinci oleh pelajar itu. Sudah tentu sangat banyak maklumat yang berguna di dalamnya. Cara ini memang mudah. Apa yang perlu anda buat adalah baca sampai habis kajian itu, catatkan apa yang akan anda masukkan dalam ebook terutamanya info – info paling penting. Contoh – contoh ebook yang boleh dihasilkan berdasarkan kaedah ini adalah: • Ebook Kajian Kes Elakkan Dengkur Semasa Tidur • Ebook Teknik Pengurusan Wang Yang Terbaik • Ebook Teknik Ketulkan Perut Dalam Masa 1 Bulan • Ebook 10 Teknik Senaman Untuk Menambahkan Ketinggian • Ebook Bagaimana Mempengaruhi Pemikiran Orang Lain • Ebook Rahsia Mengekalkan Keremajaan Wajah • Ebook Bagaimana Membina Personaliti Unggul • Ebook Bagaimana Hidup Sihat Seperti Orang Muda • Ebook 10 Tips Mencegah Kanser • Ebook Bagaimana Untuk Menghias Rumah Idaman Dengan Kos Rendah • Ebook Teknik – teknik Pelaburan Untuk Masa Depan Dibongkarkan 7. Ebook Berdasarkan Penerbitan Semula Buku Lama Bagaimana tu? Terbit semula buku – buku lama yang tiada dalam pasaran! Ya, inilah caranya. Cuba anda ke perpustakaan dan cuba cari buku – buku lama yang mana tajuknya boleh menarik perhatian orang ramai ataupun mempunyai kehebatan dan nostalgianya tersendiri. Apa yang anda boleh buat adalah dengan menghubungi semula penerbit buku tersebut dan minta kebenaran dengannya untuk menghasilkan semula ebook itu dalam bentuk ebook. Bincangkan royalti yang boleh anda berikan kepadanya18 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 18
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com berdasarkan keuntungan yang bakal diperolehi. Sebelum itu, pastikan isi kandungan buku itu mampu menarik perhatian orang ramai, ada permintaan tinggi, dan juga mampu menyelesaikan masalah orang ramai. Idea ni saya ambil dari idea yang disyorkan oleh Dr Irfan Khairi. Mungkin anda boleh menggunakannya. Contoh mudah: Buku Popular Tahun 1980 – 90 an, Permata Yang Hilang..hehehehe Mungkin anda boleh menghasilkan ebook berdasarkan buku ini? Cubalah..belum try belum tahu…. 8. Ebook Berdasarkan Penterjemahan Bahasa Asing Ini kerja paling mudah tetapi memerlukan sedikit kemahiran. Cuba anda cari ebook – ebook English dan kemudian anda terjemahkannya mengikut kesesuaian anda. Jangan terjemahkan sebijik dengan karya asal, tapi ubahsuainya. Dan anda boleh menambah lagi dengan info – info lain yang berkaitan dengannya yang boleh anda perolehi di internet, dalam buku ataupun dari pengalaman anda. Yang penting, anda faham apa yang anda buat. Apapun pastikan tajuk ebook memiliki permintaan daripada orang ramai. 9. Ebook Berdasarkan produk Resell Right Apakah Resell Right tu? Resell Right maknanya ialah kebenaran/hak yang diberikan oleh penulis/pencipta asal sesuatu produk/ebook kepada pembeli untuk menjual semula produk yang dibeli tersebut dengan keuntungan 100% milik anda. Ada 3 jenis utama Resell Right seperti Resell Right (RR), Master Resell Right (MRR), Private Label Right (PLR) dan sebagainya. Ini antara kerja paling mudah dalam penghasilan ebook iaitu dengan menjual semula ebook tersebut. Anda hanya beli hak tersebut dan jual ebooknya, tidak perlu mencipta ebook sendiri. Ebook jenis Private Label Right (PLR) merupakan salah satu dari produk HOT dan amat menguntungkan. PLR berbeza sedikit dari19 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 19
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com produk RR atau MRR kerana anda bukan saja boleh menjual semula ebook itu, malah dibenarkan untuk mengubahsuai ebook itu sendiri. Dengan Ebook PLR ini, anda diberikan keizinan untuk mengubahsuai / mengedit/ menambahbaik isi kandungan ebook itu, anda boleh mengaku sebagai penulis, menjual sebagai RR atau MRR dan lain - lain. Dan yang syoknya, anda juga telah disediakan minisite(lamanwebjualan), suratjualan(salesletter), grafik dan lain – lain untuk anda. Segala-galanya telah siap tersedia untuk anda jual. Tapi INGAT! Apabila membeli lesen RR ini, baca syarat – syaratnya dengan teliti. Takut anda membuat perkara yang dilarang oleh pemilik asal ebook ini. Nak cari ebook – ebook sebegini, anda boleh layari forum – forum yang membincangkan perniagaan internet seperti carigold, tanyasifu, wangcyber dan lain – lain. 10. Ebook Berdasarkan teknik – teknik rahsia _______ Ebook cara ini adalah rahsia lagi buat masa ini..suatu hari nanti saya akan sampaikan….Sabar…..Kalau sampaikan sekarang tak boleh cari makan pula..hehehehe..gurau je:)20 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 20
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.comNICHE – NICHE EBOOKPOPULAR YANG MUDAH DIJUAL21 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 21
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.comSenarai Niche –Niche Popular Untuk Hasilkan EbookApakah niche? Niche adalah bidang/tumpuan pasaran bagi produkebook yang dihasilkan. Apakah target pembeli anda? Anda inginmenjual ebook berkenaan apa? Bidang kesihatan, bidang kewangan,bidang pengajaran atau bermacam – macam lagi…Di sini sayasenaraikan niche – niche yang popular untuk anda hasilkan dan jualebook. 1. Niche Buat Duit – Ya, niche ini merupakan yang paling disukai oleh ramai orang, terutamanya rakyat Malaysia. Jika anda dapa memperkenalkan teknik – teknik baru dalam membuat duit, memang ianya boleh meletop. Anda boleh pecahkan lagi niche ini dengan memfokuskan kepada niche yang lebih kecil seperti Buat Duit Di Internet, Buat Duit Dengan Kedai Makan, Buat Duit Dengan Ikan Keli dan sebagainya. 2. Niche Seksual – Ini antara niche yang boleh hasilkan jualan dengan pantas. Keperluan seksual merupakan satu fitrah semula jadi manusia di atas muka bumi ini, jadi ianya memang satu keperluan dalam hidup ini. Ianya boleh dipecahkan lagi kepada beberapa pengkhsusan seperti ebook untuk orang baru berkahwin, orang yang bermasalah dalam hubungan seksual, ataupun ebook untuk pasangan berumur. 3. Niche Kesihatan – Badan yang sihat merupakan idaman semua orang. Anda mungkin boleh hasilkan ebook yang fokus kepada tips penjagaan kesihatan, tips bersenam, tips pemakanan dan sebagainya. Ebook bagi niche ini juga mendapat permintaan yang tinggi juga di pasaran lokal mahupun global. 4. Niche Kewangan – Ya! Sudah terbukti bahawa niche ini mendapat permintaan yang sangat tinggi di Malaysia. Lebih – lebih lagi jika tajuk ebook itu adalah unik dan lain dari yang lain. Ebook jenis ini mampu menghasilkan puluhan ribu ringgit sehingga mencecah ratusan ribuan ringgit dalam masa tak sampai sebulan. Anda boleh menghasilkan ebook yang berbentuk perancangan kewangan, pelaburan dan perbelanjaan atau lain - lain. 5. Niche lain - lain - Ada banyak lagi niche yang boleh anda ceburi iaitu niche keagamaan, pembelajaran, motivasi, didikan,22 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 22
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com falsafah, masakan, seni mempertahankan diri, teknikal dan sebagainya. Yang penting adalah, ianya boleh dijual.23 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 23
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.comBAGAIMANA MENGKAJI PERMINTAAN TERHADAP EBOOK ANDA24 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 24
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.comBagaimana ye…..Untuk menjual ebook, anda perlu ketahui samada ebook anda memilikipermintaan atau tidak. Jadi bagaimana untuk mengetahui ebook andaakan memiliki permintaan. Tiada permintaan, tiada keuntungan. Andaperlu INGAT kata – kata itu. Jadi, bagaimana untuk mengetahuipermintaan terhadap ebook yang bakal anda terbitkan. Lihat dibawah:1. Dengan menggunakan carian keyword Dengan menggunakan fungsi carian di laman web google mahupun yahoo, anda boleh mengetahui permintaan terhadap ebook yang bakal anda hasilkan. Cuba lihat satu case study yang saya lakukan untuk menerbitkan ebook RLTKK sebelum ini.25 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 25
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com Merujuk paparan di atas, terdapat lebih 4 juta result carian keyword “kerja kerajaan” di laman web google. Sememangnya ianya satu keyword yang amat popular ditaip oleh pengguna internet. Ini bermakna ada permintaan dengan apa – apa berkenaan kerja kerajaan. Pada fikiran saya, ramai orang taip keyword ini adalah untuk mencari kerja di sektor awam atau kata mudahnya kerja kerajaan. Ini adalah peluang baik kepada saya untuk menerbitkan ebook RLTKK dengan segera berdasarkan kajian keyword ini. Dan pada masa itu, saya lihat tiada satu pun ebook yang diterbitkan berdasarkan keyword itu. Jadi, inilah perluang yang terbaik untuk saya menerbitkan ebook ini dengan segera sebelum orang lain. Dengan serta merta juga saya beli domain www.kerja-kerajaan.com sepantas kilat….hehehehe2. Berdasarkan pemerhatian di blog, forum berkenaan isu temuduga untuk memasuki sektor awam. Saya layari forum - forum yang ada membincangkan isu temuduga di sektor awam dan blog – blog yang menceritakan tips – tips temuduga. Saya dapati di situ sungguh ramai pengunjung yang mencari – cari tips temuduga kerja kerajaan. Dan sudah pasti bukan semua yang mereka mahukan ada di forum atau blog itu. Dari sini, lagi sekali saya terpandang peluang terbaik untuk menghasilkan ebook ini. Saya tahu orang ramai – ramai sangat memerlukan ebook saya ini sebagai penyelesaian masalah mereka.3. Berdasarkan pemerhatian konvensional Ini boleh anda lakukan dengan melakukan bancian atau temuramah secara rawak pada sekumpulan orang ramai. Anda mungkin boleh buat borang bancian, temuramah, undian atau lain – lain. Dengan cara ini anda boleh mengetahui mengenai permintaan terhadap ebook anda kelak.4. Berdasarkan survey atau poll di internet Anda boleh membuat survey dengan menggunakan software tertentu ataupun poll di forum – forum. Ini juga dapat membantu anda untuk mengetahui permintaan terhadap ebook yang akan anda hasilkan. Mungkin dengan cara ini, anda boleh mengetahui dengan lebih jelas 26 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 26
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com akan keinginan yang sebenarnya ataupun permasalahan yang dihadapi oleh prospek anda.5. Berdasarkan dari paparan di media massa atau isu semasa Ini juga merupakan salah satu kaedah tradisional paling efektif untuk mengetahui akan permintaan terhadap ebook anda. Anda boleh lihat berita mengenai isu semasa, akhbar, kajian oleh mana – mana badan, radio dan satu cara mudah adalah dengan mengetahui statistik menunjukkan peratusan/angka masalah orang ramai yang berkaitan ebook anda. Contohnya, jika anda ingin menerbitkan ebook mengenai masalah batin kaum suami, anda boleh mencari statistik di majalah, akhbar mahupun mana – mana yang mengandungi fakta tersebut. Contohnya dalam satu majalah wanita (mingguan wanita) memaparkan : “60% lelaki muda di Malaysia yang berumur bawah 30 tahun lemah tenaga batinnya”. Dari situ anda tahu jika anda jual ebook anda, pasti akan ramai yang akan mendapatkannya kerana ianya menunjukkan statistik yang memang anda perlukan. 27 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 27
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com LANGKAH – LANGKAH MENULIS EBOOK28 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 28
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.comBagaimana Untuk Start Menulis/Menaip EbookApa yang paling penting anda buat sebelum mula menulis ebookadalah: 1. Merangka struktur isi kandungan ebook anda dengan membuat peta minda Ini adalah teknik efektif untuk menghasilkan ebook anda dengan cepat, padat dan berkualiti. • Mula - mula, senaraikan bab - bab utama yang akan anda isikan sebagai kandungan ebook. • Buat peta minda bermula dengan tajuk ebook anda, kemudian pecahkannya kepada bab – bab utama dalam ebook tersebut (cabang 1) • Bagi setiap bab itu pula, buat beberapa cabang yang menerangkan perihal bab tersebut. Mungkin perlu 5-10 cabang mengikut kesesuaian. (cabang 2) • Bagi setiap cabang 2 itu pula, anda boleh buat beberapa cabang lagi dengan menyenaraikan isi – isi penting mengenai cabang 2. • Dah siap 3 cabang kan? Kini anda boleh masukkan contoh – contoh bersesuaian dengan kandungan ebook mengikut cabang yang 3 tadi. • Adalah dinasihatkan supaya anda guna warna yang berbeza –beza bagi setiap cabang yang anda buat supaya anda dapat membezakan mana yang utama mana yang tidak.29 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 29
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com 2. Mula menulis/menaip isi kandungan ebook anda Sekarang, mulakan menulis kandungan ebook anda. Tulis berpandukan peta minda yang anda hasilkan tadi. Tulis ikut idea dan cara anda. Tulis berdasarkan turutan bab satu persatu. Habis bab 1 teruskan bab 2, dan sambung seterusnya sehingga tamat keseluruhan bab. 3. Tulis pelengkap ebook Apa tu pelengkap ebook? Ini ayat yang saya sendiri berikan. Sebuah ebook jika hanya ada isi kandungan saja akan kelihatan tidak menarik. Apa yang perlu anda tambah adalah, muka surat penghargaan, Disclaimer, table of content, pengenalan, penutup. Tanpanya, ebook anda kelihatan tidak lengkap dan tidak menarik 4. Semak/sunting Ebook Anda Ebook dah siap, semak dulu..Adakah ejaan betul, susunan ayat tidak tergantung, contoh penerangan ada dan lain – lain perkara. Ulang 1 – 2 kali proses semakan ini. Jika malas, bagi saja rakan anda baca atau upah orang lain untuk menyemaknya. Passtikan ayat dalam ebook anda tidak meleret – leret dan mudah untuk difahami. Seeloknya untuk satu perenggan, hanya mengandungi 3-5 baris ayat dan jadikan ianya dalam bentuk point untuk lebih kemas. 5. Mengemas dan Menghias Ebook Ebook yang telah siap sepenuhnya perlu dikemas dan dihias dengan sebaiknya. • Gunakan font yang sesuai – verdana, calibri, arial, Georgia atau courier • Pastikan anda ‘justify’ semua perenggan ayat dalam ebook. • Selangkan satu baris bagi setiap perenggan • Boldkan tajuk, sub tajuk • Warnakan, bold, atau italic kan ayat – ayat penting dalam ebook • Masukkan imej gambar yang bersesuaian dengan keyword dalam ebook • Di muka hadapan sekali, iaitu cover ebook letakkan gambar ecover ebook, dan juga sedikit ayat KILLER mengenai ebook anda.30 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 30
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com 5. Memasang sistem keselamatan Ebook Ebook anda sudah siap mengikut turutan di atas? Dah siap, bagusla. Kini antara tindakan terpenting dalam penghasilan ebook adalah, memasang ‘security’ pada ebook anda dengan: • Meletakkan disclaimer dalam ebook yang memaklumkan ebook anda tidak boleh ditiru, diubah, dijual dan juga amaran lain yang bersesuaian kepada pembeli ebook. Selain itu juga anda perlu memasukkan Hak Cipta Terperlihara dan juga nama web anda contohnya domain.anda .com pada setiap muka surat ebook anda iaitu di bahagian header dan footer. • Menukar ebook anda ke bentuk pdf dengan menggunakan software percuma primopdf. Biasanya kita akan menaip ebook dalam format word dan seterusnya kita tukarkannya kepada bentuk pdf. Di sini anda perlu setting kan supaya kandungan ebook anda tidak boleh diubah, di copy paste. Semuanya anda boleh anda lakukan dengan menggunakan software percuma ini.Jeng, jeng, jeng..siapla ebook anda….Dah boleh jual ke? Tunggu,, Adalangkah seterusnya iaitu…membina minisite jualan..Baca di mukasurat berikutnya.31 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 31
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com MEMBINA LAMAN WEB JUALAN EBOOK32 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 32
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.comLaman Web Jualan EbookUntuk menjual ebook, anda perlu memiliki laman web atau minisitejualan khas untuk ebook tersebut. Saya tidak akan membincangkansecara detail mengenai pembinaan laman web jualan ini kerana ianyaadalah lebih kepada hal teknikal. Anda boleh mengetahui lebih lanjutmengenai pembinaan laman web dengan mendapatkan ebookpanduan berbayar ataupun mencari panduan percuma di internet.Walaubagaimanaupun, saya memberikan sedikit tips menganaipembinaan dan pemasangan laman web jualan bagi ebook anda. 1. Pastikan web jualan anda kelihatan professional dan menarik. Ini adalah perkara penting dalam penjualan ebook anda kelak. Usah risau jika anda tidak memiliki kemahiran mereka web jualan kerana anda boleh mengupah mereka yang pakar dalam mereka minisite jualan ini. Dengan cara ini, ianya akan menjimatkan masa anda, selain dapat menghasilkan web/minisite jualan yang menarik dan berkualiti dan yang paling penting, dapat menarik pelawat web untuk membeli. Anda boleh dapatkan servis mereka ini di forum wangcyber.com dengan harga serendah RM60. 2. Pemasangan sistem – sistem yang wajib ada pada web jualan iaitu penggunaan autoresponder pada borang opt in, pemasangan borang order, sistem affiliate dan lain – lain. Bunyinya macam susah sangat, tetapi mudah saja jika anda ikuti panduannya. Banyak panduan untuk memasang kesemua sistem ini di pasaran. Atau mungkin anda boleh mengupah mereka yang mahir memasangnya. 3. Penulisan ayat jualan yang berkesan dan ampuh amat diperlukan dalam memastikan kejayaan jualan ebook anda. Anda boleh melihat contoh – contoh ayat menjual di laman – laman web yang menjual ebook seperti di www.kerja-kerajaan.com ataupun di www.rahsiablog.com. Saya amat mengesyorkan anda mendapatkan buku Rahsia Membina Senjata Jualan tulisan Zahrul Azua Kamaluddin yang boleh didapati di kedai – kedai buku utama. 4. Reka ecover (kulit depan/imej ebook) yang menarik dan bersesuaian dengan tajuk ebook yang anda gunakan. Ecover yang menarik amat penting untuk membuatkan pembeli tertarik33 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 33
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com untuk mendapatkan ebook anda. Anda boleh mencipta sendiri ecover ini menggunakan Adobe Photoshop ataupun software tertentu. Nak cepat, anda boleh upah saja mereka yang berpengalaman. Anda boleh melihat ecover ebook yang menarik yang terbukti mampu meraih jualan yang lumayan yang pernah saya gunakan di bawah:34 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 34
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com PROMOSI EBOOK35 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 35
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.comBagaimana Membuat Promosi, Susah la…Tanpa promosi, usaha anda menghasilkan ebook adalah sia – sia.Usah berharap yang orang akan membeli ebook anda dengansendirinya selepasa anda menyiapkan ebook anda. Tahukah andabahawa promosi adalah usaha terpenting yang menentukan kejayaanjualan ebook anda. Bagaimana membuat promosi ebook?Anda perlu menggunakan kaedah promosi berbayar dan juga yangpercuma dalam menjual ebook anda. Untuk permulaan, saya amatsyorkan anda menggunakan promosi percuma terlebih dahulu sebelummengeluarkan modal untuk membuat promosi berbayar pula.Promosi Percuma 1. Promosi melalui email Promosi ebook melalui cara ini adalah cara paling mudah dan berkesan. Ada beberapa cara membuat promosi melalui email ini, antaranya adalah: - Dengan menghantarkan email promosi ebook (jangan lupa masukkan nama laman web jualan anda) anda kepada senarai email kenalan atau rakan – rakan anda. Anda dinasihatkan menghantar email ini satu – persatu kepada kenalan anda untuk mengelakkan anda dianggap membuat SPAM. Anda boleh menggunakan email yahoo, email google atau lain – lain. - Meletakkan link laman web ebook anda pada signature email anda. Apabila anda menghantar email kepada rakan – rakan anda, signature ini secara automatik akan dipaparkan pada email yang diterima oleh rakan anda. Inilah signature yang saya setup pada akaun gmail saya36 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 36
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com - Menggunakan aplikasi ‘vacation responder’ pada email anda. Ini bermakna, apabila kenalan anda menghantar email kepada anda, secara automatik email ini akan diterima oleh si penghantar email. Ianya amat berguna kerana ianya adalah dihantar secara automatik. Lihat gambar di bawah yang menunujukkan saya mempromosi ebook dari www.rahsiaemas.com: Ayat inilah yang akan diterima secara automatik oleh rakan anda sebaik saja mereka menghantar email kepada anda 2. Promosi di blog Ini juga merupakan satu kaedah promosi yang bagus. Bagaimana melakukannya? - Jika anda memiliki blog sendiri, inilah yang patut anda gunakan sebagai medium promosi samada dengan membuat pengumuman mengenai pelancaran ebook anda dan juga meletakkan banner jualan produk anda. Lihat contoh di bawah:37 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 37
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com Contoh banner laman web ebook saya yang dipaparkan dalam blog perniagaan internet saya Berita pengumuman pelancaran ebook saya Sumber gambar: www.blogjamal.com - Dan anda juga boleh membuat promosi dengan memberi komen pada blog orang lain yang membincangkan sesuatu topik artikel. Anda boleh meng’link’ kan nama anda ke laman web anda ataupun memberikan artikel yang berkaitan. INGAT! Jangan memporomosi membabi buta di blog mereka. Berikan komen ikhlas anda dan jika dapat, boleh letakkan link laman web anda (jika owner blog mengizinkan).38 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 38
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.comNama ini di linkkan ke lamanweb jualanebook kita Contoh komen yang boleh dibuat berdasarkan artikel di sesebuah blog. 39 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 39
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com 3. Laman Web Iklan Percuma Terdapat banyak laman web yang menyediakan ruangan pengiklanan percuma. Taip saja iklan percuma di ‘search engine’ dan anda akan jumpa banyak laman web yang menawarkan ruangan pengiklanan percuma. Iklankan web jualan ebook anda di sana ye☺ 4. Facebook Facebook merupakan satu medium terpantas dalam membantu promosi produk ebook anda. Jadi, gunakan kelebihan ini sebaiknya. Promosikan laman web ebook anda samada dengan meletakkan link laman web pada profile anda, membuat komen pada wall rakan – rakan, wall pada profile anda, menghantar messages pada rakan – rakan anda, mencipta groups, dan lain – lain cara lagi. Buat apa yang anda rasa mudah terlebih dahulu….40 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 40
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com 5. Friendster Friendster juga merupakan satu laman web social yang popular seperti facebook juga. Cara promosi di friendster juga tidak jauh berbeza dengan facebook. Jadi, selamat mencuba ye☺41 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 41
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com 6. Yahoo Messenger Senang untuk saya katakan promosi cara ini adalah, sambil anda berchatting dengan rakan – rakan, sambil mempromosi ebook anda. Jadi, gunakannya sebaik mungkin. 7. Search Engine Optimization Ini merupakan kaedah mengoptimumkan kedudukan laman web ebook anda di carian google berdasarkan carian keyword oleh pengguna internet. Dengan penggunaan teknik ini, laman web anda akan berada di kedudukan teratas atau top 10 di laman web google. Tahukah anda bahawa sebanyakDengan keyword lebih 4 juta results perkataan ‘kerja“kerja kerajaan” ditaip kerajaan” dilakukan olehdi carian google, pengguna internet di serata dunia .laman web ebook Ini boleh meningkatkan peluangsaya iaitu www.kerja- pembelian ebook saya olehkerajaan.com berada mereka.di kedudukan terataslaman web google. 8. Pengedaran laporan percuma Pengedaran laporan percuma seperti ebook yang saya berikan pada anda ini juga membantu dalam promosi ebook. Biasanya anda boleh mengiklankan laman web anda dalam ebook percuma ini di muka surat terakhir. Anda boleh lakukannya seperti yang saya buat di muka surat terakhir dalam laporan 42 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 42
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com yang anda baca ini. Orang memanggil ini adalah kuasa viral marketing…. 9. Affiliate Inilah antara senjata paling utama dalam pemasaran ebook anda. Anda WAJIB memasang sistem affiliate dalam laman web jualan ebook anda. Dengan memasang affiliate, anda dengan mudahnya dapat merekrut jurujual ebook anda (affiliater) yang mana anda perlu membayar komisyen kepada mereka sekiranya mereka berjaya membuat jualan. Biasanya komisyen yang diberikan adalah 50% dari harga ebook. Dengan pemasangan affiliate ini, affiliater – affiliater akan bekerja untuk anda dalam mempromosikan laman web anda. Yang penting, anda perlu jaga kebajikan affiliter – affiliater ini. Dengan bantuan affiliater ini, jualan ebook anda mampu naik mendadak dan sudah pasti keuntungan yang anda perolehi adalah berganda. Sekiranya produk anda memang berpotensi tinggi, adakan satu pertandingan affiliater untuk mereka dengan menawarkan hadiah – hadiah yang lumayan selain komisyen yang bakal diberikan. Lihat di bawah cabaran atau pertandingan affiliate yang saya adakan di forum wangcyber.com Ini link cabaran/pertandingan yang saya telah buat sebelum ini: http://www.wangcyber.com/forum/cabaran-wc/19678-cabaran-emas-ke-2- bermula-jom-dapatkan-duit-raya-anda.html ‘43 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 43
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com 10. JV Affiliate Jv ini adalah bermaksud menjemput mereka – mereka yang memiliki senarai email yang besar atau memiliki laman web bertrafik tinggi untuk mempromosikan ebook kita. Teknik ini adalah paling berkesan untuk melengkapkan kejayaan jualan ebook kita. Akan tetapi sebelum kita menjemput mereka, pastikan kita sudah menjalinkan hubungan yang baik dengan mereka samada melalui forum, blog, berjumpa terus atau berYM dengan mereka. Dengan cara ini, lebih mudah kita menjemput mereka menyertai affiliate ebook kita. Dan berikan rakan JV kita ni lebih kelebihan berbanding rakan affiliate biasa. Ini adalah kerana mereka amat berpengaruh dalam membantu kejayaan produk kita kelak. Cuba lihat email jemputan di bawah yang pernah saya hantarkan kepada seorang rakan JV.44 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 44
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com 11. Forum YA! Forum dapat membantu anda membuat promosi dengan berkesan. Akan tetapi pastikan anda mematuhi etika berforum dan tidak membuat SPAM. Di forum, anda boleh menggunakan beberapa cara untuk membuat promosi ebook anda. Antaranya: - Membuka thread pengiklanan di ruangan pengiklanan seperti contoh di bawah di wangcyber.com - Meletakkan ayat promosi di signature post seperti saya lakukan di bawah ini. Penggunaan link ke web jualan anda boleh disetting kan secara automatik pada profil anda. Jadi, ianya memang memudahkan.45 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 45
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com Ayat ini saya link kan ke laman web jualan ebook saya iaitu www.kerja- kerajaan.com - Meletakkan banner promosi di signature juga membantu orang klik pada banner tersebut. Pilih banner yang bersesuaian yang melintang seperti di bawah ini. Banner ini saya link kan ke laman web jualan ebook saya iaitu www.kerja- kerajaan.com46 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 46
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com 12. Yahoo & google groups Anda juga boleh membuat promosi di yahoo atau google groups ini. Cari groups yang ramai ahlinya dan sertainya. Apapun sila membuat promosi yang beretika dan tidak melanggar syarat oleh owner group tersebut. Contoh groups yang boleh anda sertai untuk membuat promosi terlalu banyak. Taip je apa jenis/topik groups yang sesuai dengan ebook anda di ruangan ‘search’. Jika anda menjual ebook berkenaan memancing, taip je memancing. 13. Promosi di YouTube Anda juga boleh membuat promosi laman web anda di laman web Youtube. Dengan mencipta video klip screen shot produk anda dan masukkannya ke youtube.47 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 47
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com48 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 48
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.comPromosi BerbayarPromosi berbayar merupakan kaedah antara paling berkesan tapi adayang berisiko untuk mendapatkan jualan bagi ebook anda. 1. Email Autoresponder Inilah kuasa promosi yang paling hebat dalam mendapatkan jualan ebook. Ini adalah kunci kejayaan seseorang internet marketer dalam penjualan ebook. Oleh itu, jika anda mahu maju dan berjaya dengan pantas, inilah yang patut anda buat dahulu. Dengan penggunaan sistem email berbayar seperti norobot, getresponse ataupun aweber ianya mampu memberi pulangan yang sangat – sangat lumayan kepada anda. Apa yang anda perlu tahu mengenai promosi menggunakan sistem email ini: - Anda boleh mengumpul senarai email yang ramai dalam masa yang singkat. - Dengan hanya satu klik button send, kita boleh menghantarkan email yang sama kepada beribu – ribu orang dalam masa beberapa saat saja. - Kita boleh membuat promosi berterusan dengan menyediakan “follow up email” selepas pembaca subscribe atau mendapatkan ebook percuma dari kita. - Penggunaan system email ini amat berbaloi untuk penjualan berulang kepada pembeli sebelumnya ataupun membuat promosi produk affiliate - Harga langganan bagi sistem email autoresponder ini tidaklah mahal mana. Saya syorkan norobot untuk mendapatkan kos yang terendah berbanding aweber dan getresponse. www.aweber.com www.getresponse.com49 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 49
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com www.norabots.com 2. Banner di blog trafik tinggi Dapatkan blog – blog yang memiliki pengunjung yang ramai dan konsisten. Anda boleh membayar kos pengiklanan kepada pemilik blog untuk meletakkan iklan di ruangan banner ataupun meminta pemilik blog membuat review di blog mereka. Pastikan blog tersebut mempunyai kaitan dengan niche ebook anda bagi mendapatkan jualan yang lebih baik. 3. Berita harian Online, Harakah Online, Metro Online Pengiklanan di berita harian antara yang paling berkesan di antara akhbar online yang lain. Anda boleh mengiklan ebook anda di ruangan iklan teks dengan kadar RM150 seminggu ataupun iklan banner yang lebih mahal. Iklan banner di berita harian onlineIklan teks di berita harianonline 50 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 50
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com 4. Promosi dengan Google AdWords Anda boleh menggunakan google adwords untuk membuat targetted marketing iaitu berdasarkan keyword ebook anda. Pergi ke https://adwords.google.com/select/Login dan ikut arahan langkah demi langkah yang tertera di screen komputer anda. Iklan menggunakan google adwords dengan keyword – emas 5. Promosi dengan pelbagai cara lagi Sebenarnya, terdapat bermacam – macam cara lagi untuk anda mempromosikan web jualan ebook anda. Saya tidak dapat dedahkan kesemuanya kerana tidak akan habis kesemuanya jika dibincangkan. Lebih baik anda mencuba teknik promosi yang sedikit daripada mencuba semuanya. Cuba dan fokus kepada 2 – 3 teknik sebelum anda mencuba teknik yang lain. Itu adalah kunci kejayaan saya dalam pemasaran ebook. Untuk promosi berbayar ini, saya amat syorkan anda supaya memfokuskan kepada penggunaan autoresponder untuk membuat promosi.51 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 51
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com PENUTUP KATA52 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 52
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.comKata – kata dari hati ke hati…..Semua orang boleh membuat duit di internet terutamanya dalampemasaran ebook. Pengalaman dan kejayaan ramai usahawan ebooktelah membuktikan tiada yang mustahil dengan internet ini. Malahramai juga usahawan internet di Malaysia ini yang mendapat income 6angka dengan menjual ebook.Mereka boleh lakukan, anda juga boleh! Untuk berjaya dalampemasaran ebook, anda perlu bekerja keras dan memiliki ilmupengetahuan mengenai perniagaan ebook dengan secukupnya. Bukanbermakna anda perlu belajar ilmu tersebut dengan sebanyak –banyaknya, tetapi yang paling penting, apa yang anda pelajari, terussaja anda praktikkan. Ini adalah mengelakkan anda ‘overload’ infosehingga tidak tahu bagaimana untuk bermula.Apa yang anda tahu, terus saja anda mulakan. Jangan bertangguh!Bertindak memulakan sesuatu dengan ilmu yang sedikit adalahlebih baik dari memiliki ilmu yang banyak tapi tidak bertindak.Terutamanya sekiranya anda memiliki idea yang hebat, jika andalambat bertindak, mungkin ada orang akan mendahului anda. Hanyamereka yang bijak mengambil peluang saja mampu menciptakejayaan dengan cepat.Akan tetapi, jangan lupa untuk sentiasa memburu apa –apa ilmuuntuk memajukan pengetahuan anda berkenaan ilmu pemasaranebook ini. Anda bukan saja perlu tahu menulis ebook, anda perlu tahuasas membina laman web, menulis ayat jualan, membuat promosi danlain – lain. Kelihatan amat susah bukan? Tidak susah sebenarnyakerana terdapat banyak panduan lengkap yang dijual oleh usahawan –usahawan internet Malaysia yang lain. Anda boleh membelinya denganharga yang rendah sahaja.Apa yang penting sekarang, selepas membaca ebook ini, apakah andasudah terfikir idea untuk menulis ebook? Jika belum ada, cuba caritajuk ebook anda dahulu. Lupakan terlebih dahulu bagaimana untukbuat laman web, memasang affiliate, opt in dan sebagainya. Itu bolehdilakukan kemudian dengan beberapa cara yang mudah. Yang pentingadalah tindakan pertama anda, iaitu mendapatkan idea untuk menulisebook. Jika anda kejar semuanya dalam satu – satu masa, saya risauanda akan menjadi ‘blur’ dan akhirnya hilang semangat apabila peningmelihat hal – hal teknikal ini nanti.53 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 53
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.comJadi tindakan penting anda sekarang adalah, hasilkan ebook andayang pertama sekarang. Pastikan terdapat permintaan terhadap ebookanda. Menulis ebook yang tiada permintaan adalah satu usaha yangmerugikan. Dan satu lagi saya nasihatkan, tulis ebook yang andamemang minat topiknya. Usah lakukan perkara yang anda memangtidak sukai. Kelak anda juga yang rugi.Dengan minat yang mendalam, ebook yang akan dihasilkan oleh andadapat memberi kepuasan yang sebenarnya dalam diri anda. Dansudah tentu juga hasil ebook anda menjadi menarik dan kualiti yangdihasilkan amat membanggakan.Cuba jadikan kisah kejayaan usahawan – usahawan ebook sebagaipemangkin semangat anda untuk berjaya. Cuba pelajari apa yangmereka telah buat untuk berjaya dan usah lakukan kesilapan yangmereka lakukan dahulu.Anda juga perlu sabar, rajin, sentiasa dahagakan ilmu dalamperniagaan ebook ini. Sekali anda gagal, jangan terus berputus asa.Usah ulangi perkara atau sebab yang menyebabkan kegagalan anda.Bukan semua perniagaan ebook berjaya, ianya bergantung kepadakekuatan dalaman kita sendiri, keadaan semasa dan juga permintaandi pasaran.Dan antara paling penting dalam perjalanan mencipta kejayaan dalampemasaran ebook ini adalah JANGAN KEDEKUT UNTUK MELABURUNTUK ILMU. Ramai orang ingin menjadi kaya, tetapi kedekutuntuk menjadi kaya. Hanya dengan ilmu sahaja anda boleh berjaya.Akan tetapi terdapat ramai juga rakyat Malaysia ini kedekut untukmelabur demi ilmu. Akan tetapi bila melabur dalam skim cepat kaya,ribuan ringgit sanggup dilaburkan. Kesudahannya, wang yang dilaburribuan ringgit tersebut hilang begitu saja disebabkan ketamakanmereka.Jadi, tidak rugi anda melabur untuk mendapatkan ilmu. Saya sendirisentiasa mendapatkan ilmu dengan membeli ebook, video, buku ataumenyertai seminar untuk meningkatkan ilmu dan pengetahuan saya.Bukan saya bermaksud anda perlu melabur serta – merta untukmendapatkan semua ilmu itu sekaligus. Dapatkan satu – persatu danterus amalkan. Setelah dipraktikkan, barulah anda mendapatkan ilmuyang lain pula. Itulah yang saya lakukan dari mula bergiat dalampemasaran ebook hinggalah sekarang.54 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 54
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.comRajin membaca adalah usaha kejayaan. Anda perlu pegang kata-kata itu. Semua orang yang berjaya di dunia ini adalah mereka yangrajin membaca. Oleh itu, saya sendiri membaca pada setiap hari.Biasanya saya membaca dalam LRT saja dalam perjalanan pulang kerumah. Saya dahulu yang jenis malas membaca, kini amat rajinmembaca. Membaca apa yang amat diminati oleh saya, iaituperniagaan dan pemasaran internet.Jadi, ambil peluang ini untuk merubah kehidupan anda dalammendapat wang sampingan dengan menerbitkan dan menjual ebook.Jika anda seorang yang bertuah, mungkin anda mampu menjanaribuan ringgit sebulan dengan hanya menjual satu ebook. Dengan ilmuyang secukupnya dan mentaliti yang kuat untuk mencapai kejayaan,tiada yang musatahil buat anda.Manatahu suatu hari nanti anda akan bergelar… JUTAWAN EBOOK “Setiap kejayaan bermula dengan impian dan angan – angan..”Jadi, tanamkan impian anda mulai sekarang. Apakah yang anda mahudengan perniagaan ebook ini? Adakah anda mahu berkongsipengalaman, minat, kepakaran anda? Sudah pasti anda mahumerubah situasi kewangan anda bukan?Ya, lakukannya sekarang..Usah biarkan angan – angan menguasaifikiran anda. Hanya angan – angan yang disertakan dengan matlamatdan usaha yang berterusan mampu membantu anda mencapainya.Pedulikan apa yang dikatakan oleh mereka yang di luar sana yangmungkin menyindir – nyindir akan usaha anda. Jadikan sindiranmereka sebagai pencetus semangat yang kuat dalam diri anda iaitu“ Aku Pasti Akan Berjaya Dengan Apa Yang Aku Usahakan”55 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 55
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.comSekian saja kata – kata motivasi dari saya….. Selamat mencuba dan mempraktikkan ilmu yang anda pelajari dari perkongsian ini…Jika anda ada apa – apa pertanyaan mengenai perniagaan ebook atau affiliate, anda boleh emailkan pada jamal230381@gmail.com. Dan anda juga boleh layari blog saya di www.blogjamal.com untuk membaca artikel –artikel mengenai perniagaan internet.Ikhlas,Jamaluddin Bahari a.k.a JaMaLUsahawan Internet MalaysiaPemilik www.blogjamal.com www.rahsiaemas.com www.rahsiablog.com www.kerja-kerajaan.com www.buatebook.com56 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 56
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com JUALAN KRONOLOGI JUALAN EBOOK EMAS – EMAS YANG HILANG57 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 57
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.comIdea datang – ketika bersembang dengan seorang rakan di forum (AbdHafiz Wasa). Beliau memberitahu yang beliau sedang membuatpelaburan emas di bawah tunjuk ajar pakar emas. Terus saja dapatidea dan jemput Hafiz tulis ebook.Memikirkan nama domain, nama tajuk ebook, harga ebook danjuga perancangan penjualan ebook. Setelah mengambil masabeberapa hari, tajuk ebook dipilih sebagai ebook Emas – EmasYang Hilang dan nama domain/laman web www.rahsiaemas.com.Menghubungi pereka laman web kegemaran saya, Bearnerd Bondly(www.webjualanexpress.com) untuk menempah minisite dan jugasystem affiliate, opt in, borang order dan lain – lain dengankadar yang segera. Biasala saya, bayar lebih kepada Bearnerd supayalaman web/minisite dapat disiapkan dengan segera.Saya mula menulis rangka ayat jualan untuk web (sales letter)berdasarkan pengalaman dan juga panduan dari buku RahsiaMenjana Senjata Jualan karya Zahrul Azua Kamaluddin dan jugaSyed Akil. Buku ini memang menjadi rujukan utama saya ketikamenulis sales letter untuk jualan ebook sejak mula saya berkecimpungdengan perniagaan internet ini lagi.Saya meminta Hafiz untuk menjemput sifunya En Syukorjutawanemas.com untuk menjadi penasihat dalam penerbitanebook Emas – Emas Yang Hilang ini. Saya juga meminta Hafizmenulis satu laporan percuma iaitu Emas Sebagai Senjata Kekayaanuntuk dijadikan sumber utama untuk ‘capture email’.58 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 58
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.comHafiz Wasa memberikan ebook yang sudah siap ditulisnya. Setelahmembaca beberapa kali ebook yang ditulis beliau, saya mula menulissales letter dengan lengkap dalam format Microsoft word.Setelah siap, saya berikan sales letter tersebut kepada Hafiz untukmembaca dan melihat responnya. Dia mengatakan sales letter yangsaya karang sangat ampuh. Tak tahu la kan..Hehehehe..Kemudiansales letter itu saya emailkan kepada Zahrul Azua Kamaluddin penulisbuku Rahsia Menjana Senjata Jualan yang juga guru saya dalamcopywriting ini. Ternyata beliau berpuas hati dengan sales letter yangditulis saya dan men’touch-up’ sedikit untuk memberi lebihpower pada sales letter tersebut.Pra – pelancaran ebook Emas – Emas Yang Hilang di forumwangcyber.com bermula jam 9 pagi sehingga jam 7 malam. Hargayang ditawarkan adalah RM40. Hampir 20 unit terjual dalam masatersebut. Tepat jam 7 malam, jualan ditutup. Tujuan pra pelancaranadalah untuk ‘test market’ di forum.Seorang dua pembeli ebook memberi komen membina untukmenambah baik ebook tersebut. Jadi, dengan komen tersebut, isikandungan ebook dikemaskini dengan lebih baik lagi.Bearnerd telah menyiapkan laman web lengkap beserta banner –banner pengiklanan. Saya mula memindahkan semua fail ke hosting.Beberapa kali testing dijalankan pada laman web seperti borangbelian, sistem affiliate, link dan system email supaya berada dalamkeadaan berfungsi dengan baik.Ebook sudah ‘ready’ untuk dijual dengan rasminya. Sebelum itu, sayatelah menjemput ramai IM yang memiliki senarai email yang59 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 59
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.combesar sebagai rakan JV affiliate. Tidak juga saya jemput affiliater –affiliater bagi web kerja-kerajaan.com untuk turut sama menjayakanpelancaran rahsiaemas.com ini. Lebih 40 IM utama bersetuju untukturut serta dalam pelancaran ebook ini.Penjualan ebook Emas – Emas Yang Hilang dilancarkan 14 Julai09 dengan harga RM70 di forum wangcyber.com. Selain komisyenRM35 diberikan bagi setiap jualan, cabaran affiliater yang dinamakanCabaran Emas juga diadakan dengan menawarkan hadiah wang tunairibuan ringgit kepada affiliater yang berjaya membuat sasaran jaulantertentu.Sebanyak 6 ayat promosi KILLER disediakan untuk affiliater diruangan bahan promosi di ruangan affiliate. Ini memudahkan affiliaterdalam kerja – kerja promosi. Dan ada ayat promosi yang disediakankhas buat bagi tarikh - tarikh khas iaitu semasa orang dapat gaji.Beberapa teknik pemasaran dilakukan selain dari bantuan rakan –rakan affiliate demi menjayakan misi 500 sales dalam masa 17hari. Teknik pemberitahuan di email, email follow up, di facebook,friendster, pengiklanan berbayar sebanyak RM80, forum dilakukansendiri oleh saya. Cara promosi percuma banyak digunakan bagimemasarkan ebook ini. Pada masa yang sama juga saya sibukmempromosikan produk affiliate T4WTF oleh Zamri Nanyan.Kepada senarai email yang merupakan subscriber di rahsiaemas.com,setiap 3-4 hari tips – tips/info percuma mengenai ilmupelaburan emas diemailkan bagi tujuan pemahaman olehsubscriber. Tidak lupa, di samping memberikan tips/info, promositetap dijalankan dengan bersungguh - sungguh.60 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 60
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.comSasaran 500 sales berjaya dicapai awal sehari dari masa yangdijangkakan. Nampaknya orang ramai berebut - rebut mendapatkanebook ini di hari – hari terakhir promosinya.Tepat jam 12 pagi 2 Ogos 2009, jualan ditutup serta - merta.Apabila jualan dikira kembali, sebanyak 554 jualan berjayadihasilkan dalam masa 17 hari pelancarannya. Amatmembanggakan.Jualan ebook sudah ditutup. Bayaran komisyen dan bonusaffiliater dibayar dalam masa seminggu. Hampir RM 15 Ribudibayar kepada agen – agen affiliate yang membuat jualan. Tahniahkepada saudara Razif Yusof kerana menjadi top affiliate dalam cabaranemas. Tidak lupa juga buat naib johan Yoji dan juga tempat ke-3greatoffer.Rehat panjang…..Rehat – rehat juga, tapi subscriberrahsiaemas.com tetap diberi info atau tips berkenaan pelaburanemas setiap 3-4 hari. Ini menambahkan kefahaman mereka dalampelaburan emas ini dan juga bertujuan meningkatkan kesedarantentang pentingnya pengetahuan ini.Mula merancang strategi untuk penjualan semula Emas – EmasYang Hilang. Ianya dinamakan Emas – Emas Yang Hilang versiTerbaru. Perancangan rapi dibuat bagi menyebarkan ilmu pelaburanemas ini dengan lebih cepat dan meluas di kalangan rakyat Malaysia.61 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 61
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.comBertemu seorang web designer bertaraf International semasahadiri seminar T4WTF Zamri Nanyan di Penang. Zaizen Goro namaglamernya, diperkenalkan oleh raja affiliate, Ammar Zahar kepadasaya. Webnya http://www.graphicsalien.com. Satu hari tu sayamelepak dengan dia, Ammar Zahar. Dari kisahnya, saya dapat tahudia ni banyak merekabentuk website jutawan – jutawan internetantarabangsa seperti John Delavera, Adeel Chowdhry, Edmund Lohdan ramai lagi. Terus saja saya menjemput beliau untukmerekabentuk laman web rahsiaemas.com kepada design yangbaru. Walaupun upahnya tinggi, tapi hasil kerjanya sangat berkualitidan ada umphhhh…Saya berjumpa dengan En Syukor, Hafiz di Melaka selepas balik dariPenang untuk membincangkan mengenai pelancaran Emas –Emas Yang Hilang versi Terbaru. Hasil perbincangan, team RahsiaEmas dikuatkan dengan kemasukan En Syukor 100% demi pelancaranebook ini. Untuk pembeli tawaran istimewa diberikan iaitu keahliangold membership di ruangan blog jutawanemas.com, ebookversi terbaru, ebook tambahan baru yang lebih praktikal, danruangan forum khas untuk pembeli.Saya mula menjemput rakan – rakan IM lebih 50 orang untukmenyertai promosi pelancaran semula ebook ini. Ramai juganama besar yang menyertai promosi kedua ini seperti Shuth, Razif,Zamri, Syam, dan ramai lagi. Mereka semua ni memang terkenaldengan pemasaran internet. Ayat – ayat promosi baru jugadisediakan untuk para affiliater semua.62 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 62
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.comKepada rakan – rakan JV terpilih, mereka diberikan ebook secarapercuma bagi tujuan review oleh mereka bagi memudahkan lagimereka untuk membuat promosi affiliate. Ruangan pendaftaranaffiliate biasa juga dimaklumkan lebih awal di forumwangcyber.com. Pengumuman tarikh pelancaran semula ebookdimaklumkan kepada semua iaitu pada 24 ogos 2009 di forum, blogdan senarai email. Jadi, memang ramai tak sabar nak promot semulaebook ini.Sebelum dilancarkan semula, laman web yang berwajah baru hasiltangan Zaizen Goro, disediakan penambahbaikan pada salesletter. Ianya adalah untuk memberi impak yang lebih kuat kepadapembaca. Antara penekanan yang diberikan adalah pada testimonial,jaminan, dan kredibiliti Team Rahsia Emas iaitu dengan meletakkangambar ahli kumpulan dan juga meletakkan no telefon setiap ahlidalam laman web.Pada 24 0gos 09 Isnin, 3 Ramadhan Emas – Emas Yang HilangVersi Terbaru dilancarkan besar – besaran dengan memaklumkanpada senarai email, rakan JV affiliate, affiliate biasa, facebook danjuga di forum. Semua rakan JV affiliate terpilih juga kebanyakannyamemaklumkan pelancaran ebook ini kepada subscriber mereka. Hargaebook kali ini dinaikkan kepada RM80 dan komisyen affiliate adalahRM40. Sasaran jualan pada kali ini adalah 1000 sales dalam masa22 hari.Cabaran Emas ke - 2 dilancarkan untuk affiliater semua denganmenawarkan hadiah wang tunai lumayan iaitu dari top 10 affiliateyang bernilai hampir RM5000. Nampaknya, pelancaran ke – 2 inimendapat perhatian lebih ramai orang sehinggakan ahli affiliateberjumlah sehingga 1500 orang.63 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 63
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.comSetiap ahli Team Rahsia Emas memainkan peranan masing –masing dalam pelancaran projek ini. Untuk makluman, dalamteam ini, saya bertindak sebagai agen pemasaran dan juga managerprojek, Hafiz sebagai pengurus penerimaan dan penghantaran emaildan En Syukor sebagai pengurus teknikal di ruangan goldmembership. Kerja saya adalah menguruskan dan merancang segalastrategi pemasaran, termasuk kerja promosi, pengrekrutan affiliate,jemputan rakan jv, editor, surat jualan, ayat promosi, penguruscabaran affiliate, dan juga kaunter pertanyaan..hehehehe.Dalam tempoh jualan yang bermula 24 Ogos 09 – 15 Sept 09 (22hari), setiap 3 – 4 hari, email promosi saya hantarkan secaraberkala kepada subscriber rahsiaemas.com. Tidak lupa jugabeberapa strategi digunakan di mana 2 review (sample) ebook danjuga satu kertas kerja pembentangan seminar En Syukor saya berikankepada subscriber. Ini menambahkan lagi pemahaman merekamengenai pelaburan emas sebelum mendapatkan ebook versi lengkapdari rahsiaemas.com.Jualan semakin mencapai sasarannya sehari sebelum tarikh akhir.Saya minta semua rakan jv affiliate membuat promosi terakhirsebelum jualan ditutup. Usaha dari saya sendiri juga dibuat padasehari sebelum penutupan dengan menghantar email kepada senaraiemail saya yang berjumlah lebih 20 ribu orang. Dan hasilnya, awalpagi di hari terakhir iaitu pada 15 Sept 09, jualan mencecah angka1000. Menjelang tengah malam jualan semakin meningkat sehingga1080 jualan.Jualan ditutup tepat jam 12 pagi 16 Sept 09. Ye la kan, nak cutiraya, mesti la perlu tutup jualannya. Saya pun nak shopping rayajuga.:) Setelah semakan dibuat, hasil kiraan bersih jualan ebook Emas– Emas yang Hilang versi Terbaru, 1085 unit ebook berjaya dijual64 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 64
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.comdalam masa 22 hari dan lebih RM 85k berjaya dikumpul. Wow!Lumayan……Komisyen dibayar kepada semua affiliater termasuk rakan JVtermasuk hadiah wang tunai. Semuanya lebih RM 30k dibayar kepadamereka. 99% komisyen dibayar sebelum raya, duit raya untuk diorangla kan…..Komsiyen dibayar dengan cara online banking, CDM machine,ATM Transfer,..Yang penting, sebelum saya bercuti raya, komisyenperlu habis dibayar…Alhamdulillah setel semuanya termasukpembahagian keuntungan untuk setiap ahli Team Rahsia Emas.Memang lumayan hasilnya..Beraya sakan la saya… TAMATSekian saja sedikit perkongsian dari saya. Walaupun kronologi initerlalu umum, saya harap ianya bermanfaat untuk anda. Jika sayatulis secara lengkap kronologi dan teknik penjualan ebook saya ini,100 muka surat pun tak kan habis – habis lagi. Kebanyakannya adalahperkara – perkara teknikal dan strategi – strategi pemasaran yangistimewa yang akan saya kongsikan di lain masa. Sila gunakan info –info dari kronologi ini jika ianya dapat membantu jualan ebook andakelak.65 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 65
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com PENDEDAHAN TIPS MENULIS EBOOK SKLUSIF ESKLUSIF DARI SIFU EBOOK SAYA66 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 66
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.comSiapakah Shuth?Dalam ebook percuma ini juga, saya tidak lepaskan peluang untukmemperkenalkan seorang sifu saya dalam pemasaran ebook. Beliautidak lain tidak bukan adalah saudara Suhaimy a.k.a Shuth yangjuga pengasas forum komuniti usahawan internet Malaysia,wangcyber.com.Saya mula mengenali beliau secara kebetulan semasa terlihat lamanweb maskahwin.com yang menjual ebook MasKahwin Yang Hilangpada tahun 2006 yang lalu. Semasa itu saya langsung tidakmengetahui apa itu perniagaan internet. Semasa itu, saya langsungtidak memperdulikan siapakah beliau.Akan tetapi, setelah saya mula menceburi perniagaan ebook padaakhir 2008 yang lalu, saya baru tahu bahawa beliau adalah pengasasforum wangcyber.com. Masa itulah saya mendaftarkan diri sebagai ahliWC Premium di wangcyber iaitu sebagai ahli esklusif di forumtersebut.Tidak dapat saya nafikan bahawa kejayaan saya banyak dibantudengan keaktifan saya di forum tersebut di mana saya banyakmempelajari ilmu perniagaan internet dari mereka – mereka yangberjaya di serata Malaysia. Jadi saya juga mengesyorkan andamelawar dan menyertai komuniti di forum tersebut.Shuth juga sering dijemput oleh pihak media massa seperti pihak TVuntuk diwawancara berkenaan perniagaan di internet. Beliau boleh67 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 67
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.comjuga dianggap tokoh usahawan internet selain dari Dr Irfan Khairikerana usahanya menyebarkan “kempen celik buat duit diinternet” di kalangan rakyat Malaysia sejak tahun 2005.Saya menjadi lebih akrab dengan beliau selepas menyertai seminarpertamanya, iaitu Seminar Perniagaan Ebook yang dianjurkannya padaApril 2009 di KL. Dari seminar tersebut saya banyak belajar mengenaiperniagaan ebook darinya. Walaupun sebelum itu saya telahmenghasilkan 2 ebook, akan tetapi saya tetap menghadiri seminartersebut demi menambahkan ilmu perniagaan ebook saya.Gambar saya bersama Shuth sewaktu menghadiri seminarnya tidak lama dahuluBagi anda yang berminat untuk menghadiri seminar Perniagaan Ebookoleh Shuth ini, saya amat menggalakkan anda untuk menghadirinya.Banyak ilmu dan pengalaman yang akan disampaikannya. Bukansetakat pada hari seminar saja, tetapi selepas seminar pun anda akan68 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 68
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.comdibantu oleh Shuth dalam perniagaan ebook ini. Hanya mereka yangpernah menghadiri seminar ebook ini saja yang mengetahui betapaberuntungnya mereka.Jika anda ingin menyertai Seminar Perniagaan Ebook oleh Shuth, andaboleh sertainya dengan klik link di bawah. Anda akan dibawa ke lamanweb pendaftaran seminarnya. www.buatebook.com/seminarebookSatu Tips Dari ShuthLayakkah Anda Menulis eBook?Saya sering mendengar orang berkata…“Saya tidak mahir dalam apa-apa bidang.. macam mana saya nak menulis?”“Kalau nak tulis pasal perkara tu, ada orang yang lagi terrer dan lebih layakdari saya untuk menulisnya”“Saya tak tahu lah nak tulis apa.. takde satu perkara pun yang saya rasa..saya tahu dengan mendalam mengenainya”“Boleh ke saya tulis pasal nie? Nanti apa pula orang kata? Saya sendiri punbelum berjaya.. ini nak ajar orang lain pula!”Baiklah….mari saya beritahu anda satu perkara.Apabila anda menulis ebook, ia sebenarnya bermaksud, anda ingin berkongsikanilmu. Dan untuk pengetahun anda, secara umumnya, ilmu ini pula69 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 69
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.commempunyai 4 peringkat. Tidak kiralah apa-apa bidang ilmu pun, ia selalunyaboleh dibahagikan kepada 4 peringkat. Sama ada ilmu di dalam bidangperniagaan internet, ilmu bidang memasak, ilmu jahit-menjahit, ilmu sains, ilmufizik, matematik, sejarah, ilmu alam, ilmu istimta, ilmu sukan dan apa-apasahajalah lagi bidang ilmu.Tidak kira apa pun bidang ilmu, secara umum… ianya boleh dibahagikan kepada4 peringkat.Peringkat Pertama : Zero KnowledgeIni adalah merupakan pringkat permulaan, dimana, pada peringkat ini,seseorang itu, tidak tahu apa-apa pun tentang sesuatu ilmu (bidang). Contohnya,seorang profesor fizik, tidak tahu apa-apa pun tentang bidang perniagaaninternet. Seorang peminat bola sepak. tidak tahu apa-apa pun pasal bidangjahitan. Seorang wanita, tidak tahu apa-apa pun pasal bidang automotif (kereta).Pada peringkat ini, ia bukanlah bermaksud individu itu adalah seorang yang“bodoh”.. tetapi ia cuma mengambarkan, mereka tidak pernah terdedah(mendengar/ membaca / bercerita) terhadap perkara tersebut.Individu yang berada di peringkat ini, selalunya akan menjawap.. “Hah?Apabenda tu? Ada ke benda macam tu?”.. ataupun.. “Hah? Ye ke?”… apabilaanda bertanyakan kepada mereka tentang perkara tersebut.Contoh : Anda (seorang blogger) bercerita/berbual dengan seorang mekanikkereta, tentang kejayaan anda membuat banyak duit menerusi blog anda!.Peringkat Kedua : NewbieIni pula peringkat dimana seseorang itu mempunyai sedikit ilmu pengetahuantentang bidang tersebut. Mereka pernah membaca, pernah mendengar danpernah bercerita mengenainya. Sekali-sekala, mereka juga pernahmelakukannya.70 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 70
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.comContoh : Seorang eksekutif yang sering melayari internet, dan selalu membacablog orang lain. Pernah membaca pasal kisah orang buat duit dengan blog , danbeliau juga pernah cuba-cuba untuk melakukannya. Blog tu.. beliau dah berjayahasilkan, tetapi, bila tiba “part” buat duit dengan blog.. masih belum begituberhasil. “Ada lah dapat sikit-sikit… tgh berusaha lagi lah skang nie”.. ujarbeliau sambil tersengih-sengih.Peringkat Ketiga : IntermediatePada peringkat ini, seseorang itu telah banyak membaca mengenai sesuatubidang itu. Sering mendengar dan bercerita mengenainya. Mereka juga kerapmelakukan perkara yang berkaitan di dalam bidang tersebut.Contoh : Penulis blog yang sudah menulis blog selama 1-2 tahun dan memangtelah pun berjaya membuat duit menerusi blog beliau.Contoh : Seorang pekerja yang telah bekerja sebagai mekanik kereta selama 2tahun.Contoh : Seorang kaki pancing yang banyak menghabiskan masanya memancingdi waktu lapang.Peringkat Keempat: Expert / AdvancedOk! ini ialah peringkat yang tertinggi, dimana pada peringkat ini, seseorang itumemang telah diiktiraf sebagai seorang yang pakar atau mahir di dalam bidangmereka. Pada peringkat ini mereka memang memang tahu secara mendalamtentang selok-belok bidang yang beliau ceburi. Selalunya, banyak kisah-kisahkejayaan yang telah mereka tempuhi.Contoh : Seorang penulis blog yang telah berjaya menjana berpuluh-puluh ribudari blog mereka dan diiktiraf sebagai seorang pro blogger.Contoh : Seorang meknaik yang telah mempunyai bengkel kereta sendiri danbeberapa buah cawangan seluruh malaysia.71 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 71
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.comContoh : Seorang kaki pancing yang telah memenangi pelbagai pertandinganmemancing di seluruh daerah dan negeri.Menjawab Persoalan..Berbalik kepada persoalan asal kita tentang ramai orang yang merungut danmemberikan alasan “Saya tidak mahir dalam apa-apa bidang, macam manasaya nak menulis ebook?”Hakikatnya, adalah begini… untuk menulis ebook, anda tidak perlutunggu diri anda sehingga mencapai “Tahap Expert/Advanced”. Apayang anda perlukan ialah ilmu asas mengenai bidang tersebut, dimana iabermaksud, ilmu di peringkat “Newbie” atau pun “Intermediate”.Sudah tentunya.. kalau anda mempnuyai Ilmu di peringkat “Expert” , itu adalahlebih baik.. tetapi.. jangan sesekali jadikan alasan, “anda belum sampaitahap expert, maka anda tidak boleh menulis”. Ianya hanya akan merugikan dirianda sendiri. Dunia sekarang bergerak pantas, siapa cepat dia dapat.Dan… Ya!, Anda juga tidak boleh menulis tentang sesuatu jika andaberada pada peringkar “Zero Knowledge” di dalam bidang tersebut.Jadi.. apabila anda hendak menulis ebook, kenalah juga melihat dan mengukurbaju dibadan sendiri. Kenalah agak-agak juga, janganlah menulis ebookmengenai “Panduan Memasak” hanya semata-mata disebabkan anda tahubahawa ebook mengenai panduan memasak sangat laris dipasaran. Sedangkan,periuk dan kuali pun ada tidak dapat bezakan.Sama juga kesnya, anda menulis ebook tentang “Rahsia Menjana Wang Berjuta-juta dengan Google Adsense” sedangkan anda baru je 3 hari mendaftar akaunadsense.Nilai Diri Terlebih Dahulu..72 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 72
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.comAnda perlulah bijak menilai dan melihat ilmu yang anda miiliki itu berada diperingkat mana? Zero ke? Newbie ke? Intermediate ke atau Advance?Jika ilmu anda terhadap sesuatu bidang itu berada pada peringkat“Zero”.. sudah tentulah, anda tidak boleh menulis mengenainya.. sebab andatidak tahu apa-apa pun mengenainya.. jadi.. carilah bidang yang lain.Jika ilmu anda berada di peringkat “Newbie”.. yer.. anda sudah bolehmenghasilkan ebook pada peringkat ini . Tetapi, pastikan, ebook anda itu adalahditujukan kepada golongan “Zero” (golongan bawah dari anda). Contohnya..“Panduan ASAS Google Adsense”.. ianya adalah ebook panduan asas tentanggoogle adsense, menceritakan tentang apa itu adsense? bagaimana nakmendaftar? dan sebagainya..Jika ilmu anda pada tahap “Intermediate”… maka ebook anda lebih besar“pasarannya”.. dimana, anda boleh menghasilkan sebuah ebook yang ditujukankepada mereka yang berada pada peringkat “Newbie” dan “Zero Knowledge”.Mungkin ebook anda, berjudul, “Rahsia RM1k sebulan Dengan Google Adsense”Jika ilmu anda berapa pada tahap “Expert”, sudah pastinya, andamemiliki pasaran yang terbesar di mana anda boleh menulis ebook untuk merekayang berada pada tahap intermediate, newbie dan juga zero. Tajuk aebook andamungkin berjudul, “Rahsia Membeli Banglo Dengan Google Adsense”Kesimpulan..Sebagai kesimpulannya, ada 3 perkara yang ingin saya sampaikan pada entry kaliini.1. Anda tidak perlu tunggu sampai anda menjadi mahir/expert dalam bvidang tersebut untuk mula menulis sebuah ebook mengenainya.2. Anda juga tidak digalakkan untuk menulis sesuatu yang anda “zero knowledge” tentangnya, walaupun topik tersebut mempunyai potensi keuntungan yang sangat tinggi. Ia hanya akan memburukkan situasi.73 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 73
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com Nama anda akan tercalar, pembeli akan bengang(tidak puas hati) dan industri akan kacau-bilau.3. Apabila hendak menulis ebok, anda juga perlu bijak menilai dan mengukur “baju di badan sendiri”, seelok-eloknya, tulislah ebook yang dapat membantu orang yang berada pada “level knowledge” di bawah anda. Orang yang expert mungkin akan memandang ebook anda kurang bermutu untuk mereka, tetapi orang yang zero knowledge, akan melihat ia sebagai sebuah karya yang memberikan banyak manfaaat kepada mereka. (kini anda tahu mengapa ada orang kata sesebuah ebook itu bagus, dan ada sestengah yang lain pula kata.. ebook itu tak bagus.. ianya hanyalah perbezaan “level of knowledge”).Diharapkan anda dapat menangkap apa yang saya cuba sampaikan pada artikelini. Sebenarnya, banyak lagi yang saya nak ceritakan.. tapi penatlah pula hendakmenaip.. saya rasa.. tips-tips yang selebihnya.. seperti…• Bagaimana mahu mengenalpasti bahawa diri anda adalah ” Newbie, Intermediate atau Expert” pada sesuatu bidang ?• Bagaimana seorang newbie boleh menulis ebook seperti seorang expert? Ya! sebenarnya ada caranya..• Bagaimana membuat “content research” dengan mudah? Teknik yang akan menukarkan diri anda dari seorang “newbie” kepada “intermediate” dan dari “intermediate” kepada “expert”..dan banyak lagi… itu belum tiba bab “niche” lagi.. anda pasti akan terkejutapabila mengetahui “niche” sebenarnya bukanlah perkara “pertama” yang perluanda fikirkan apabila anda ingin menulis ebook… Ada perkara yang lebih pentingyang perlu anda fikirkan sebelum anda mula berfikir tentang “niche”..74 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 74
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.comDan sedarlah.. jika anda mengutamakan “niche” dalam penghasilan ebook.. andamungkin akan terlepas peluang untuk mengaut keuntungan yang besar menerusiebook anda.Insyallah, lebih banyak lagi tips menarik akan saya kongsikan di dalam SeminarPerniagaan Ebook yang akan berlangsung pada setiap bulan. Mohd Suhaimy a.k.a shuth www.mohdsuhaimy.com75 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 75
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.comSiapakah Zahrul Azua Kamaluddin?Beliau adalah seorang pengkaji dalam ilmu pemasaran tidak kirapemasaran online mahupun offline. Beliau adalah penulis buku yangbertajuk “Rahsia Membina Senjata Jualan” terbitan TrueWealthPublishing yang membincangkan bagaimana membuat surat jualanyang paling efektif bagi tujuan pemasaran produk mahupun menjualservis.Saya mula mengenali beliau setelah membeli, membaca danmempraktikkan teknik – teknik yang terkandung dalam buku tulisanbeliau. Sejak awal – awal pembabitan saya dalam pemasaran ebook,buku beliau inilah menjadi rujukan utama saya dalam penulisan ayatjualan yang memukau di laman web ebook saya. Bukan saja ianyasesuai untuk ayat jualan di laman web, tapi teknik – teknik yangterkandung dalam bukunya itu turut saya aplikasikan dalam bentukpemasaran melalui email.Bukan setakat di bukunya saja, beliau juga berhubung dan memberitunjuk ajar saya secara online. Beliau banyak memberi tunjuk ajarkepada saya dalam menghasilkan ayat jualan yang berpesuasif tinggiseperti di laman web pertama saya dahulu (dah dijual) dan juga diwww.rahsiaemas.com. Untuk makluman anda, web rahsiaemas inimendapat komen dan sentuhan sedikit dari beliau untukmenjadikannya lebih “berkuasa kuda”.76 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 76
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.comSatu Tips Dari Zahrul AzuaBagaimana Saya Menulis Produk InformasiHukum dan teknik penulisan bagi produk maklumat amatlah mudah. Di bawahdisenaraikan perkara-perkara tersebut. Jika anda memahaminya anda akanmenyedari bahawa untuk mencipta satu-satu produk maklumat itu bukanlahsesuatu yang mustahil untuk anda lakukan.- Menulis secara bersahaja Tulislah seperti anda sedang bercakap dalam percakapan seharian anda. Bayangkan bahawa anda sedang bercerita dengan kawan rapat anda untuk memberitahu beliau bagimana untuk pergi ke tempat peranginan yang pernah anda pergi. Anda akan memberi panduan yang mudah, jelas dan arahan yang lurus tanpa mengelirukannya. Anda pasti tidak akan menggunakan ayat-ayat atau perkataan-perkataan yang terlau bombastik untuk menunjukkan anda hebat. Anda hanya akan memberitahu bagaimana beliau boleh sampai ke destinasi yang hendak dituju dengan bahasa yang boleh dan mudah difahami oleh semua orang juga. Tulisan yang baik adalah tulisan yang bercakap. Kunci kepada elemen penulisan anda adalah kejelasan. Anda harus menjelaskan maklumat yang anda beri dengan penjelasan yang jelas. Ianya bukanlah semudah seperti apa yang anda fikirkan. Ianya memerlukan penjelasan tepat tentang apa, kenapa dan bagaimana untuk melakukan sesuatu perkara. - Fikirkan tentang bagaimana ia boleh dilakukan bukan bagaimana ia bakal dibaca. Apabila menulis sesuatu produk maklumat, misi anda adalah untuk menyampaikan maklumat. Anda tidak perlu untuk menulis seperti seorang77 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 77
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com penulis novel atau penulisan sastera bagi memenangi anugerah penulisan buku. Anda hanya perlu menyampaikan tulisan anda dengan jelas, tepat dan mempunyai format yang mudah dibaca dan difahami. - Ayat dan perenggan. Kekalkan ayat penulisan yang pendek dan padat. Ayat yang panjang membuatkan pembaca terasa bosan untuk membaca. Sebaris ayat yang baik mengandungi lapan ke empat belas patah perkataan. Perenggan yang mempunyai barisan ayat yang terlalu banyak juga menyebabkan pembaca terasa bosan untuk membaca. Ia kelihatan seperti satu blok ayat yang sangat besar dan pembaca terasa tertekan kerana secara psikologinya ia nampak seperti terlalu banyak tulisan yang harus di baca. Misi anda supaya jadikan tulisan anda mudah serta seronok untuk di baca. - Sunting dan tulis semula Seperti yang telah diperkatakan sebelum ini proses penulisan haruslah mudah apabila anda mencipta satu produk maklumat. Majoriti kerja penulisan anda datangnya dari kajian yang dilakukan dan penyusunan maklumat-maklumat atas kajian tersebut. Objektif anda hanyalah untuk mengeluarkan apa yang ada di pemikiran anda ke atas kertas mahupun ke atas skrin komputer anda. Segeralah membina deraf pertama anda. Selepas anda selesai membina deraf pertama misi anda seterusnya adalah untuk melakukan suntingan dengan sekali sunting sahaja. Katakan anda menghasilkan satu-satu laporan secara sambilan dalam masa seminggu tetapi masa yang diambil bagi suntingan dan tulis semula hanya memakan masa antara 20 minit ke 40 minit. Ingat! tujuan suntingan dan penulisan semula adalah bagi menjelaskan lagi penyampaian tulisan anda bukan bagi mengubah keseluruhan tulisan anda. Ini akan meminimumkan masa penghasilan produk maklumat anda.78 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 78
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com - Hukum 50 minit Sejam. Ianya adalah satu alat penulisan yang sangat berkuasa bagi menyiapkan satu-satu produk maklumat yang hebat. Teknik ini sangatlah mudah. Dalam setiap jam kerja-kerja penulisan anda, anda akan mengambil masa selama 50 minit waktu menulis sebelum anda berenti rehat selama 10 minit. Dalam waktu rehat 10 mint tersebut anda boleh melakukan apa saja yang anda ingin lakukan selain dari penulisan. Lupakan seketika penulisan anda. Waktu rehat seketika 10 minit ini mampu meningkat kemampuan otak anda bekerja secara efektif. Jika anda mempraktikkannya dan selepas 10 minit waktu rehat anda tersebut dan anda kembali semula menulis pasti anda mampu mencurahkan lagi idea-idea bernas serta anda mampu meningkatkan kemampuan penulisan serta memendekkan masa penulisan anda. Jangan terkejut selepas anda mempraktikkannya.Sekian,Zahrul Azua Kamaluddinhttp://infomarketingfanatics.blogspot.com/Semoga tips – tips dari saudara Shuth dan saudara Zahrul Azua dapat memberikanlebih manfaat kepada anda untuk memulakan perniagaan internet iaitu denganperniagaan ebook. Apa yang anda pelajari, usah disimpan begitu saja. Praktikkanapa yang anda pelajari dan bersedia untuk memajukan diri anda. Hanya anda sajayang mampu merubah diri anda, bukan orang lain…79 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 79
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com RUANGAN IKLAN80 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 80
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com DAPATKAN EBOOK YANG AMAT DICARI-CARI OLEH MEREKA YANG BERMINAT DENGAN KERJA KERAJAAN SEKARANG INI.. Ebook Yang Telah Membantu Ramai Mereka Yang Berjaya Dalam Temuduga Kerja Kerajaan Kini Telah Terjual Lebih Dari 1000 Unit Dalam Masa 3 Bulan Dilancarkan...Dapatkannya RM30 hanya di www.kerja-kerajaan.com Dengan Pembelian ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan (versi kemaskini ke-2 ini) anda akan memiliki bonus-bonus ini secara percuma....81 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 81
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.comINGIN MEMILIKI BLOG SENDIRI DAN MENJANA PENDAPATAN DARINYA? Dan Semua Orang Pasti Dapat Memiliki Blog Sendiri Untuk PelbagaiTujuan Samada Sebagai Diari, Untuk Perniagaan, Perbincangan, Berkenalan, Hobi dan Minat..Dan Juga Boleh Mencari WangSampingan!!! Klik sini untuk mengetahuinya... www.rahsiablog.com82 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 82
    • Mari Buat Duit Dengan Ebook www.buatebook.com Rahsia Pelaburan Yang Dijamin 100% Paling Menguntungkan Yang Patut Semua Warga Malaysia Ketahui, Iaitu...... "PELABURAN EMAS"Jika anda berminat untuk mengetahui rahsia pelaburan emas, danmenjana keuntungan darinya lawati www.rahsiaemas.com sekarang.83 Copyright©2009 BuatEbook.com ~ Jamaluddin B. Bahari 83