Dokumen tersebut memberikan informasi tentang perjalanan menuju surga bagi muslimah dengan memberikan penjelasan mengenai hakikat cinta kepada Allah dan Rasulullah serta konsekuensi syahadat. Terdapat pembahasan mengenai hak-hak Nabi Muhammad SAW yang wajib dipenuhi umatnya, dalil-dalil tentang cinta kepada Nabi dari Al-Quran dan hadis, serta kesalahan dalam memanifestasikan cinta tersebut. Dokumen ini memberikan panduan
6. (1) Wajib beriman kepada Rasulullah
s.a.w
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan
tetaplah beriman kepada RasulNya (Muhammad), supaya Allah memberi
kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya, dan menjadikan bagi kamu
cahaya untuk kamu berjalan dengannya (pada hari kiamat kelak), serta
diampunkannya dosa kamu; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani. (al-Hadid:28)
7. (2) Mentaati Perintah Rasulullah s.a.w
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya:
Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia
telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling
ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai
Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi
pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan
kesalahan) (al-Nisa’:80)
8. (3) Membenarkan Apa yang
disampaikan oleh Nabi s.a.w
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya:
Dan (nyatalah bahawa) yang membawa kebenaran
(tauhid dan hukum ugama) serta ia (dan pengikut-
pengikutnya) mengakui kebenarannya (dengan mematuhi
hukum itu), mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.
(al-Zumar:33)
9. (4) Menjauhi apa yang dilarang oleh
Nabi s.a.w
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya:
Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w)
kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua
yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah
laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah;
sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi
orang-orang yang melanggar perintahNya). (al-Hasyr:7)
10. (5) Tidak beribadah kepada Allah
melainkan dengan cara yang disyariatkan
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Jika benar kamu mengasihi Allah
maka ikutilah daku, nescaya Allah
mengasihi kamu serta
mengampunkan dosa-dosa kamu.
Dan (ingatlah), Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Ali ‘Imran:31)
12. (1) Mengimani Nabi Muhammad s.a.w dan
apa yang dibawa oleh baginda (al-
Hadid:28)
(2) Wajib taat kepada Rasulullah dan
larangan derhaka kepadanya (al-
Nisa’:13-14)
(3) Ittiba’ kepada Rasulullah
s.a.w dan menjadikan
baginda sebagai teladan
(al-Ahzab:21 & Ali ‘Imran:31)
13. (4) Mencintai baginda lebih daripada cinta
kepada keluarga, anak, orang tua dan seluruh
manusia.
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak
kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami)
kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan
perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat
tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang
kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk
ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya
(azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-
orang yang fasik (derhaka). (al-Taubah:24)
14. Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud:
“Tidaklah beriman (tidak
sempurna) seorang di antara
kalian sehingga aku lebih
dicintainya melebihi kecintaannya
terhadap anaknya, ibubapanya
dan manusia seluruhnya”
(H.R al-Bukhari dan Muslim
dalam kitab sahih keduanya)
15. (5) Menghormati, memuliakan dan
membela baginda s.a.w
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya:
(Kami mengutusmu wahai Muhammad) supaya engkau
dan umatmu beriman kepada Allah dan RasulNya, dan
supaya kamu kuatkan agamaNya serta
memuliakanNya, dan supaya kamu beribadat kepadaNya
pada waktu pagi dan petang (Fath:9)
16. (6) Berselawat kepada baginda s.a.w
Firman Allah s.w.t:
Maknanya:
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat
(memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada
Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang
beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah
salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
19. DALIL DARIPADA HADITH
(1) Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda:
Maksudnya:
Demi Dzat (Allah) yang jiwaku berada di tanganNya.
Tidak sempurna iman salah seorang dari kalian
hingga menjadikan aku lebih dia cintai dari
ibubapanya dan anaknya.
[H.R al-Bukhari dalam kitab sahihnya].
20. (2) Dari Anas bin Malik r.a, dari Nabi
s.a.w baginda bersabda:
Maksudnya:
“Ada tiga perkara yang apabila perkara tersebut ada pada
seseorang, maka dia akan mendapatkan (merasakan) kemanisan
iman. (iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai dari selain
keduanya. Dia mencintai seseorang yang mana tidaklah dia cintai
melainkan kerana Allah dan dia benci untuk kembali kepada
kekufuran setelah Allah s.w.t menyelamatkannya darinya
sebagaimana dia benci untuk dilemparkan ke dalam api neraka”
(H.R al-Bukhari dan Muslim dalam kitab sahih mereka)
21. ANTARA KESALAHAN DALAM
MEMANISFESTASIKAN CINTA NABI
Perbuatan Syirik
(Yunus:106)
Tidak Ittiba’
(Ali ‘Imran:132)
Keterlaluan
dalam memuji baginda (al-Nisa’:171)
22. Maksudnya:
“Wahai manusia, jauhilah kamu dari sikap ghuluww dalam agama sesungguhnya
ia menghancurkan mereka yang sebelum kamu (yang mana mereka itu) bersikap
ghuluww dalam agama.”
[Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, Kitab al-
Manasik, No. 3029 & al-Nasa’i, Sunan al-
Nasa’i, Kitab Manasik al-Hajj, No 3057.
Hukum hadis: Dinilai sahih oleh Ahmad Syakir
dalam kitab Musnad Ahmad, No 5/85 dan al-
al-Albani dalam kitab Sahih Ibn Majah, No
2473].
23. Tidak salah untuk memanifestasikan cinta Nabi, tetapi
yang salahnya apabila tersalah faham dan tersalah tingkah
dalam memanifestasikan cinta.
Ketahuilah, tersalah memanifestasikan cinta Nabi boleh
sahaja menjadi penghalang kepada jalan menuju syurga.
Lantaran ia terkait dengan kesyirikan, tidak
ittiba’, keterlampauan dan penggunaan hadith palsu
sebagai pendalilan.
~USS~
24. PENUTUP
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah berkata:
Kebahagiaan itu disebabkan mengikuti petunjuk Rasulullah s.a.w
sedangkan kesesatan dan celaka disebabkan menyalahi petunjuk
baginda. Sesungguhnya setiap kebaikan di alam semesta ini baik
yang sifatnya umum atau khusus sumbernya dari diutusnya Rasul
s.a.w, begitu juga semua keburukan di alam semesta yang menimpa
manusia disebabkan penyimpangannya terhadap petunjuk Rasul
s.a.w. Bahawasanya kebahagian manusia dalam kehidupan dunia
dan akhirat adalah ittiba’ (mengikut petunjuk Rasulullah
s.a.w)……
[Majmu’ Fataawaa(XIX/93)]