SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
1
1.0 PENDAHULUAN
Thailand ialah satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak pernah dijajah secara rasmi
kerana mempunyai pemimpin yang berfikiran jauh. Pemimpin yang dimaksudkan ialah raja
Thailand keempat dan kelima iaitu Mongkut yang memerintah daripada 1851 hingga 1868
dan diganti pula Chulalongkorn mengambil alih tampuk pemerintahan pada tahun 1868
sehingga 1910. Kedua-dua pemerintah tersebut mendapat pendedahan pengaruh Barat
melalui pendidikan sehingga berfikiran terbuka selain sedar akan kekuasaan Barat
membahayakan Thailand.1
Hal ini kerana Mongkut menaiki takhta semasa kegiatan
imperialisme Barat giat dijalankan dan negara yang enggan akur kepada Barat seperti
Myanmar, Filipina dan Indonesia berjaya dikuasai.2
Justeru, Mongkut mula menjalankan beberapa perubahan yang kemudiannya
diteruskan oleh Chulalongkorn kerana khuatir kemungkinan Barat menjajah Thailand.
Kesedaran bahawa mereka perlu bekerjasama dengan kuasa Barat secara sukarela telah
menyebabkan kedua-dua raja mengamalkan dasar tolak ansur yang sesuai dengan kehendak
Barat.3
Perubahan yang dilakukan merangkumi aspek politik, sosial dan ekonomi. Namun,
dalam tugasan ini hanya memfokuskan kepada beberapa perubahan dari aspek sosial seperti
pendidikan serta infrastruktur dan politik yang menjurus kepada sistem pentadbiran.
2.0 SOSIAL
Dari segi sosial, terdapat beberapa pembaharuan seperti sistem pengangkutan, perhubungan,
pengairan, pendidikan, kesihatan, agama, adat dan penghambaan. Pembaharuan sosial ini dari
mata kasar dilihat bertujuan menjaga kebajikan rakyat Thailand, namun begitu pembaharuan
ini merupakan salah satu strategi untuk mengawal kemaraan Barat.
2.1 SISTEM PENGANGKUTAN
Sistem pengangkutan dan perhubungan merupakan satu sistem yang penting dan pelbagai
usaha telah dilakukan di Thailand. Semasa pemerintahan Raja Mongkut, beliau telah
melancarkan satu siri perancangan pemodenan termasuk juga ingin meningkatkan
1
Christopher John Baker, Pasuk Phongpaichit. (2005). A history of Thailand. United Kingdom: Cambridge
University Press. Hlm 39.
2
Charles Alfred Fisher. (1966). South-East Asia: a social, economic and political geography
methuen's advanced geographies. Taylor & Francis. Hlm 746.
3
Benjamin A. Batson. (1984). The end of absolute monarchy in Siam. Singapura: Oxford Univeristy Press. Hlm.
5.
2
kemudahan-kemudahan infrastruktur di Bangkok. Hal ini disebabkan beliau merupakan
pemerintah modenisme besar dan rasionalis di Thailand.4
Dari segi sistem pengangkutan, hal ini terbukti apabila beliau telah membina jalan
raya yang sesuai untuk laluan kereta-kereta kuda. Jalan raya tersebut dinamakan sebagai jalan
Charoen Krung yang juga dikenali sebagai New Road dalam bahasa Inggeris.5
Pembinaan
jalan raya ini telah menghubungkan kawasan-kawasan pengeluaran kepada sungai Chao
Phraya yang merupakan jalan perhubungan penting. Rakyat Thailand kemudiannya
digalakkan menderma untuk pembinaan sistem pengangkutan ini sama ada dalam bentuk
wang atau tenaga.6
Pembinaan jalan raya ini berkaitan dengan kepentingan pihak Barat
kerana memudahkan pergerakan mereka untuk melakukan sebarang urusan rasmi seperti
melakukan rundingan dengan Maharaja. Sistem pengangkutan yang lebih sistematik ini
memudahkan pihak Barat berurus niaga sekali gus mendorong Barat merasakan Thailand
bukan suatu ancaman. Sistem ini juga membantu aktiviti urus niaga kerana barang-barang
yang dikeluarkan dalam negara dapat diangkut dan dibawa melalui sungai Chao Phraya ke
Bangkok. Barang-barang negara Thailand itu juga bukan sahaja dibawa ke Bangkok, malah
akan dapat dieksport oleh pedagang-pedagang asing yang datang ke Thailand.7
Semasa pemerintahan Chulalongkorn pula, beliau telah melakukan pemulihan dan
pemodenan berkaitan sistem pengangkutan yang sedia ada. Hal ini selari dengan
pengumuman beliau yang hendak melihat aspek-aspek yang bermanfaat untuk orang ramai
dicapai secara beransur-ansur. Perkara ini terbukti apabila bukan sahaja jalan raya yang
dibina di Thailand, malah landasan kereta api pertama juga telah dibina dan dibuka untuk
kegunaan orang ramai seawal tahun 1872. Menjelang tahun 1894, jalan kereta api yang aktif
di Thailand melebihi dua ribu batu.8
Pada masa yang sama, kemajuan dalam sistem
pengangkutan membawa kepada jaringan intelektual kerana Chulalongkorn telah berupaya
menghantar pelajarnya ke luar negara.
4
Richard King and Timothy J. Craig. (2002). Global goes local: popular culture in Asia. Hong Kong: Hong
Kong Universiti Press. Hlm. 64.
5
Joe Cumming. (2005). Bangkok: City of angels. Singapore: Periplus Editions. Hlm. 26.
6
Gilbert Khoo. (1978). Asia dalam perubahan: sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia. Kuala Lumpur:
Heinemann Educational Books. Hlm. 411-414.
7
Ibid.
8
Franz H. Michael and George E. Taylor. (2009). The far east in the modern world. Inc: Holt, Rinehart, and
Winston. Hlm. 245.
3
2.2 SISTEM PENGAIRAN DAN PERHUBUNGAN
Semasa pemerintahan Mongkut, sistem terusan sememangnya telah dijalankan namun
matlamat mereka hanya untuk memudahkan pengangkutan hasil penanaman padi antara
Bangkok dan kawasan pedalaman. Antara terusan yang dibina semasa pemerintahan
Mongkut ialah terusan Maha Sawat iaitu dari Bangkok ke Nakhon Chaisi.9
Usaha ini
mempunyai kesinambungan kerana semasa pemerintahan Chulalongkorn, beliau telah
memberi kebenaran kepada syarikat pengairan untuk membina lebih banyak sistem terusan.
Apabila sistem terusan telah dibina, hal ini telah menunjukkan bahawa Thailand mengalami
suatu peralihan dan pemodenan yang sekali gus dapat mengelakkan peluasan kuasa Barat.
Dalam masa yang sama juga, Chulalongkorn telah mula menyediakan perkhidmatan
telekomunikasi ataupun perhubungan atas dasar monopoli negara. Pada tahun 1883, beliau
telah membentuk Jabatan Pos dan Telegraf. Chulalongkorn mengekalkan tanggungjawab bagi
peruntukan spektrum frekuensi radio dan juga pelesenan, serta penyelarasan pos
antarabangsa.10
Kira-kira sebanyak 380 buah pejabat pos dan agensi-agensi serta 90 buah
pejabat telegraf telah dibina.11
Penubuhan Jabatan Pos dan Telegraf dapat memudahkan
urusan perhubungan antara pihak Thailand dan Barat. Hal ini secara tidak langsung
membolehkan pihak Thailand mengelak dari peluasan kuasa Barat. Chulalongkorn juga sedar
bahawa pemodenan dalam sistem perhubungan juga dapat membantu beliau mengelakkan
negaranya daripada berlaku peluasan kuasa Barat.
2.3 PENDIDIKAN
Sebelum pendidikan dimodenkan, Thailand menggunakan khidmat sami dan hanya
mengajar mengenai agama tetapi setelah kedatangan Barat, Mongkut mula mengehadkan
kuasa sami dan mula mendapatkan khidmat guru daripada Barat untuk mengajar kerabat
diraja. Hal ini kerana pada zaman pemerintahan Mongkut, orang-orang Barat telah digunakan
secara rasmi sebagai tutor dan penterjemah. Rasionalnya, Mongkut merasakan bahawa
pencapaian negara mereka bergantung pada sebanyak mana mereka belajar daripada Barat,
justeru itu perlunya penyesuaian bidang pendidikan dengan pihak Barat bagi mengelakkan
dari berlakunya perluasan kuasa. Sumbangan yang sangat penting ialah Mongkut tidak
9
R. D. Hill and Jennifer M. Bray. (1981). Geography and the environment in Southeast Asia. Hong Kong: Hong
Kong University Press. Hlm. 111.
10
Jonathan Woodier. (2008). The media and political change in Southeast Asia. United Kindom: Edward Elgar
Publishing Limited. Hlm. 189.
11
J. A. Hammerton. (2007). Peoples of all nations. India: Logos Press. Hlm. 4633.
4
mengisytiharkan apa-apa pemulihan asas.12
Walau bagaimanapun, bagi golongan bangsawan,
persediaan pendidikan serta sistem pengambilannya juga hampir tidak berubah. Melalui
perubahan-perubahan yang dilakukan, perubahan yang paling berkesan ialah pemberian
pendidikan Barat.
Mongkut telah menggalakkan orang Barat di Bangkok mengajar penduduk tempatan
bagi membantu membasmi buta huruf dalam negerinya.13
Hal ini demikian kerana masalah
buta huruf akan mengganggu proses Mongkut memodenkan Thailand sebagai usaha
mengelakkan dari berlakunya perluasan kuasa Barat ke atas Thailand. Beliau telah
membenarkan mereka mengeluarkan buku-buku tanpa sekatan. Atas kesedaran beliau ke atas
kepentingan pendidikan ke atas orang Thai, Mongkut telah memberikan sokongan kepada
orang-orang Inggeris dan Amerika yang bertanggungjawab mengembangkan pendidikan di
Thailand.14
Selain mengutamakan pendidikan untuk rakyat, beliau juga turut berdamping
dengan mubaligh-mubaligh Kristian untuk mempelajari ilmu-ilmu sains dan pelbagai bahasa.
Oleh itu, ianya dapat membantu beliau untuk mengadakan hubungan diplomatik secara
langsung dengan Amerika dan Britain dengan mudah.
Selain itu, dengan adanya sistem pengangkutan, masyarakat Thailand juga boleh
dihantar ke negara Barat untuk melanjutkan pelajaran. Secara tidak langsung, peluasan kuasa
Barat dapat dielak disebabkan kebijakan Mongkut membina sistem ini dan menggunakan
sistem ini juga untuk menghantar rakyatnya menuntut ilmu pelajaran. Hal ini kerana, rakyat
yang pulang dari menuntut ilmu pelajaran itu sudah tentu mempunyai kemahiran intelektual
yang tinggi dan bersemangat patriotik. Jadi, sistem pengangkutan yang dibina oleh beliau
sememangnya dapat mengurangkan kebarangkalian negara mereka daripada berlaku peluasan
Barat.
Semasa pemerintahan Chulalongkorn pula jelas baginda masih mengekalkan sistem
pendidikan Barat bahkan sistem ini semakin berkembang.15
Pada tahun 1878, arahan telah
dikeluarkan mendesak anak-anak golongan bangsawan dihantar ke istana untuk mendapat
pelajaran Barat. Pendidikan Barat bukan sahaja terbuka kepada anak-anak golongan
bangsawan tetapi juga kepada anak-anak rakyat biasa, terutamanya selepas penubuhan sekolah
12
Steinberg, David Joel. (1981). Mengenali Asia Tenggara moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hlm 156-157.
13
Gilbert Khoo. (1978). Asia dalam perubahan: sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia. Hlm 414.
14
Ibid.
15
Kobkua Suwannathat-Pian. (1991). Sejarah Thai Zaman Bangkok. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. Hlm 165.
5
harian yang merupakan Sekolah Kerajaan pertama untuk rakyat biasa yang telah dibina pada
tahun 1884 di Bangkok.16
Chulalongkorn telah mengambil inisiatif dengan melanjutkan peluang pendidikan
kepada semua orang dengan mandat pendidikan wajib untuk semua kanak-kanak.17
Pendidikan wajib untuk kanak-kanak ini memperlihatkan bahawa beliau telah melakukan
pemulihan daripada zaman pemerintahan Mongkut kerana pada zaman tersebut Mongkut
hanya memperkenalkan dan menggalakkan. Namun berbeza dengan zaman pemerintahan
Chulalongkorn yang mula mewajibkan pendidikan kepada kanak-kanak. Beliau juga telah
membina akademik dan universiti bagi melatih sami dan intelektual yang lebih baik.18
Chulalongkorn telah mengeluarkan arahan kepada sami-sami Buddha dan mubaligh-
mubaligh Kristian supaya menyediakan pendidikan asas kepada kanak-kanak Siam
terutamanya di biara atau gereja seperti kemahiran menulis, membaca dan mengira. Bagi
melancarkan proses pendidikan ini, Chulalongkorn telah menyumbangkan bantuan kewangan
kepada sekolah-sekolah agama atau mubaligh.19
Di samping itu, pelajar-pelajar Thailand bukan sahaja mendapat pelajaran Barat di
Thailand, tetapi juga di seberang laut. Kira-kira 300 pelajar termasuk putera-putera di
Thailand dihantar ke seberang laut tiap-tiap tahun. Keadaan ini bertujuan untuk melahirkan
golongan cerdik pandai. Antara putera-putera yang mengikuti kursus pelajaran di Eropah
ialah, Putera Damrong, Putera Devawongse, dan Putera Rabi yang merupakan bekas pelajar
Maktab Raja.20
Hasil daripada tindakan Raja Chulalongkorn menghantar anak-anak
bangsawan tersebut ke Eropah memperlihatkan hasil dan sumbangannya dalam bidang
pendidikan, apabila beberapa putera telah menjadi menteri dan turut memberi sumbangan
kepada pentadbiran Siam.
Menurut John Audric dalam bukunya, Siam:Kingdom of Saffron Robe, mengatakan
bahawa Raja Chulalongkorn telah menubuhkan Jabatan Pelajaran pada tahun 1887 dengan
bantuan pegawai pelajaran British iaitu Cangbell.21
Kementerian Pelajaran telah ditubuhkan
16
Hussein Ahmad (1971). Sejarah Thailand dari Pra-Sejarah hingga sekarang. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya. Hlm 162.
17
Dr. Iris G. Haapanen. (2011). Critical hermeneutics in Thai education. Bloomington: Author House. Hlm 12.
18
Ninian Smart (2009). Falsafah dunia. Kuala Lumpur: Percetakan Naz Sdn. Bhd. Hlm 476.
19
Richard John Kraft & Student Background (1968). University admission, an academic achievement in the
Universities of Thailand. London:University Microfilms International. Hlm 25.
20
Ibrahim Mustafa. (1979). Pengkajian sejarah Asia moden. Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd. Hlm 62.
21
John Audric (1969). Siam: Kingdom of the Saffron Robe. London: Robert Hale & Company. Hlm 155.
6
pada tahun 1892 dan mulai tahun tersebut, maktab-maktab latihan pengurusan didirikan.
Perkembangan pelajaran Barat berlaku kerana terdapat 3 bentuk sekolah yang dikuasai
sepenuhnya oleh guru-guru British pada tahun 1890an. Pada tahun 1878, Maktab ataupun
Kolej Raja (King’s College) telah ditubuhkan. Sekolah ini dikhususkan kepada penuntut-
penuntut lelaki golongan bangsawan sahaja.
Kemudian, pada tahun 1883, Sekolah Sunandalaya telah ditubuhkan bagi penuntut-
penuntut perempuan golongan bangsawan. Kedua-dua sekolah ini merupakan sekolah
berasrama penuh yang hanya dikhaskan untuk anak-anak golongan bangsawan. Sementara
sebuah lagi sekolah, iaitu sekolah harian biasa telah ditubuhkan pada tahun 1884. Sekolah ini
dikhaskan untuk penuntut lelaki bagi anak-anak golongan kelas pertengahan. Pada tahun
1892 pula, Kolej Latihan Perguruan telah ditubuhkan dan seorang rakyat Inggeris telah
dilantik menjadi pengetua di kolej tersebut.22
Sekolah-sekolah ini disusun mengikut sistem
persekolahan di England dengan tujuan hendak mewujudkan suatu sistem persekolahan
moden di Thailand.23
Jelas terbukti, pemulihan dan pemodenan yang dilakukan oleh kedua-
dua raja secara keseluruhannya mengasimilasikan sistem pendidikan Barat.
2.4 KESIHATAN
Pada peringkat awal pemerintahan Mongkut, aspek kesihatan tidak dititikberatkan
sehinggalah Chulalongkorn sedar akan kepentingannya dan mengambil langkah memajukan
perkhidmatan kesihatan di Thailand. Doktor-doktor dari Barat telah ditugaskan di klinik-
klinik dan hospital yang didirikan oleh beliau. Contohnya, James W. McKean merupakan
doktor Amerika yang melakukan pertolongan dalam bidang perubatan di Thailand.24
Lanjutan itu, sebuah sekolah latihan kedoktoran telah didirikan di Bangkok manakala di
Sisirat pula hospital awam didirikan pada 1887.25
Kemudiannya, Kementerian Kesihatan
telah ditubuhkan pada tahun 1892 dan sekolah perbidanan juga telah didirikan seterusnya
sekolah latihan jururawat pula dibina pada tahun 1898. Apabila tertubuhnya lebih banyak
pusat kesihatan, masalah penyakit dapat diatasi sekali gus dapat mengurangkan kadar
kematian. Kemajuan dalam aspek kesihatan ini menunjukkan Thailand dapat mengelak dari
perluasan kuasa Barat. Oleh itu, berlaku kemajuan bagi memastikan kebajikan dan keselesaan
rakyatnya terjamin sekali gus membuktikan negara mereka maju seiring dengan Barat.
22
Ibid. Hlm 154.
23
D.G.E. Hall (1981). Sejarah Asia Tenggara. Macmillan & Co. Ltd. Hlm 827.
24
Patit Paban Mishra (2010). The history of Thailand. California: ABC-CLIO, LLC. Hlm 84.
25
Ibid. Hlm 85.
7
2.5 ADAT DAN PERHAMBAAN
Dalam masa yang sama, Mongkut telah bertindak adil dengan mengambil inisiatif
mengurangkan hak-hak pembesarnya kerana menitikberatkan keperluan rakyat. Keadilan ini
menunjukkan kepada Barat bahawa pemerintah Thailand sangat prihatin akan kebajikan
rakyat. Tambahan pula, adat-adat yang boleh menghalang kemajuan Thailand juga
dihapuskan. Sebelum ini pemerintah hanya tinggal di istana dan rakyat tidak berpeluang
untuk bertemu dengan mereka. Namun hal ini berubah setelah Mongkut mula bertemu rakyat
dan Chulalongkorn terus merubah keseluruhan adat tersebut apabila rakyat dibenarkan
menatap wajah raja. Misalnya, Mongkut memerintahkan rakyat melihat muka dan usahanya
berdamping dengan rakyat sekerap yang boleh membuktikan sistem Thailand memudahkan
orang berjumpa golongan pemerintah.26
Perubahan lain dalam adat ini ialah amalan bersujud
di hadapan raja telah dihapuskan sepenuhnya pada tahun 1873.
Sehubungan itu, sistem buruh paksa atau corvee telah dihapuskan pada tahun 1874
dan digantikan dengan sistem buruh bergaji. Bagi menyokong penghapusan adat perhambaan
ini, Chulalongkorn telah mengisytiharkan rakyat lelaki yang lahir pada zaman
pemerintahannya merdeka dan kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu bapa berstatus hamba
akan bebas pada usia 21 tahun. Perubahan ini dapat menjaga imej Thailand sebagai sebuah
kuasa bertamadun sekali gus menjadi strategi Thailand untuk mengelak dari perluasan kuasa
barat.27
2.6 AGAMA
Menurut Ninian Smart, Mongkut telah mengasaskan sebuah order baru dalam Sangha Thai
dan menugaskan salah seorang menteri baginda untuk menulis sebuah teks yang
menerangkan sifat saintifik tentang ajaran Buddha.28
Namun begitu, perkara ini tidak
menghalang beliau memperkenalkan dasar bersikap liberal terhadap agama-agama lain hal ini
kerana, Mongkut ingin menyesuaikan ideologi dan pemikirannya agar keselamatan negara
tidak terancam.29
Beliau membenarkan mubaligh-mubaligh menyebarkan agama Kristian
kerana beliau sedar selain menyebarkan agama, mubaligh-mubaligh juga menyebarkan
pengetahuan Barat. Pada tahun 1852, sebuah sekolah Kristian telah didirikan di Bangkok.
26
Ibid. Hlm 414
27
Patit Paban Mishra. (2010). The history of Thailand greenwood histories of the modern nations. Hlm. 84-85.
28
Ninian Smart. (2008). Falsafah Dunia. Hlm. 476
29
Steinberg, D. J. et.al (1981). Mengenali sejarah Asia Tenggara moden. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan
Pustaka. Hlm. 156.
8
Apabila Chulalongkorn naik takhta, tugas Mongkut telah diteruskan oleh
Chulalongkorn. Penekanan terhadap sifat saintifik ajaran Buddha dikekalkan. Pada masa
yang sama, pengukuhan Sangha dan pembaharuan order membantu ke arah yang lebih
harmoni.30
Chulalongkorn juga meneruskan sikapnya yang liberal terhadap agama lain
meskipun ia beragama Buddha. Akibat dasarnya yang membenarkan penyebaran agama telah
berlaku perkembangan agama Kristian di sekitar Bangkok dan perkembangan agama Islam di
Selatan Thailand. Keterbukaan Chulalongkorn membenarkan agama lain masuk ke Thailand
adalah usahanya untuk mempertahankan negaranya daripada dijajah oleh barat.
3.0. POLITIK
Pembaharuan dan penambahbaikan dari segi politik turut membantu menyekat kuasa Barat.
Walau bagaimanapun, setiap perubahan telah memberi kuasa kepada Barat secara tidak
rasmi. Hal ini kerana rundingan yang diadakan seakan menunjukkan Thailand menyerah
kepada kuasa Barat serta pembaharuan yang disegerakan dan diselaraskan adalah dengan
kehendak Barat. Antara perubahan dalam politik ialah dasar isolasi, sistem pentadbiran,
undang-undang dan ketenteraan.
3.1 DASAR ISOLASI
Mongkut telah menamatkan dasar isolasi iaitu dasar tutup pintu dan mengamalkan dasar buka
pintu kepada kuasa-kuasa Barat. Mongkut telah membuka pintu kepada pihak Barat untuk
mengelak daripada peristiwa yang tidak diingini iaitu untuk mengelak daripada dijajah.
Mongkut sedar keinginan Barat untuk menjajah sangat kuat dan akan memberi kesan negatif
kepada Thailand. Buktinya, dalam buku King Mongkut of Siam telah menyatakan bahawa
pada tahun 1855 Raja Mongkut telah mengalu-alukan kedatangan British yang diketuai oleh
Sir John Bowring.31
Pada tahun yang sama, gabenor British di Hong Kong, Sir John Bowring
yang berperanan sebagai ketua menteri Mongkut telah mengadakan beberapa perubahan dan
baginda menerimanya.32
Rentetan hal yang berlaku, Mongkut telah menandatangani perjanjian dengan British
diikuti perjanjian dengan Perancis dan Amerika Syarikat.33
perjanjian dengan Amerika pada
30
Ibid
31
A.B.Griswold. (1961). King Mongkut of Siam. New York: The Asia Society Hlm.32.
32
Nigel Brailey. (1989). Two views of Thailand on the eve of the Chakri Reformation. Scotland: Kiscadale
Publications. Hlm. 12
33
Donald E.Nuechterlein. (1965). Thailand and the Struggle for Southeast Asia. Hlm 13-16.
9
tahun 1856, Perancis 1856, Denmark 1858, Portugis 1859, Holand 1860, Prussia 1862,
Belgium, Norway, Itali, Sweden 1868.34
Mengikut perjanjian-perjanjian tersebut, kuasa-
kuasa Barat telah diberi pelbagai keistimewaan di Thailand. Selain kebenaran berdagang,
mereka dibenarkan mendirikan konsul, mendapat hal wilayah asingan, menyebar agama
Kristian, membeli dan menyewa tanah di sekitar Bangkok, berlabuh di semua pelabuhan
Thailand dan sebagainya.35
Mongkut mula menerima perwakilan asing yang dihantar ke Thailand. Sebagai
contoh, perwakilan British yang diwakili oleh Harry Parkes dan James Brooke dan
perwakilan Amerika yang diketuai oleh Joseph Ballestier.36
Selain itu, Mongkut juga
menghantar perwakilan Thailand ke negara-negara Barat. Sebagai contoh, pada Ogos 1857,
satu perwakilan Thailand yang diketuai oleh Chao Phraya Mantri Sri Suryawongse telah
dihantar ke England.
Dalam usaha untuk mewujudkan hubungan baik dengan kuasa-kuasa Barat, Mongkut
telah menandatangani beberapa perjanjian dengan Barat. Perjanjian pertama ditandatangani
dengan British pada 18 April 1855 yang dikenali sebagai Perjanjian Bowring.37
Antara syarat
ialah kapal dagang British dibenarkan berlabuh di semua pelabuhan Siam, mubaligh-
mubaligh diberi kebenaran untuk menyebarkan agama Kristian, dan British diberi kebenaran
untuk menempatkan konsulnya di Bangkok.38
Syarat-syarat dalam perjanjian ini
menunjukkan bahawa perjanjian yang dimeterai adalah berat sebelah. Walau bagaimanapun,
Mongkut terpaksa akur dengan perjanjian tersebut untuk mengelak dari dijajah oleh pihak
Barat. Lantaran hal ini, semakin banyak perjanjian tidak adil dan memihak kepada pihak
Barat.39
Mongkut banyak bertolak ansur dalam hubungannya dengan kuasa-kuasa Barat
walaupun tolak ansur tersebut merugikan Thailand, tetapi tindakan Mongkut telah
menyelamatkan kemerdekaan Thailand. Sebagai contoh, bagi mengelakkan perbalahan
dengan Perancis, Mongkut sanggup menandatangani Perjanjian Thailand-Perancis pada 15
Julai 1867 yang menyerahkan pertuanan Thailand ke atas Kampuchea kepada Perancis.
34
Ibid. Hlm 50.
35
Ibid. Hlm 41.
36
Walter Armstrong Graham. (1913). Thailand: a handbook of practical, commercial, and political
information. F. G. Browne : the New York Public Library. Hlm 608.
37
Christopher John Baker and Pasuk Phongpaichit. (2005). A history of Thailand. United Kingdom: Cambridge
University Press. Hlm 45.
38
Joe Studwell. (2007). Asian Godfathers. Hong Kong: Pustaka Alvabet. Hlm. 11
39
Nigel Brailey. (1989). Two views of Thailand on the eve of the Chakri Reformation. Hlm. 12
10
Mongkut mengambil langkah ini kerana baginda sedar Thailand perlu menyesuaikan diri
dengan perkembangan politik di Asia Tenggara bagi menjamin kemerdekaan Thailand.
Pengalaman Myanmar, Vietnam dan China mengajar Mongkut supaya lebih banyak bertolak
ansur dengan kuasa-kuasa Barat. Dasar tolak ansur Mongkut telah diikuti oleh raja-raja
Thailand selepasnya terutamanya Chulalongkorn yang dilantik sebagai Raja Rama V pada 1
Oktober 1868.40
Chulalongkorn telah meneruskan perlaksanaan dasar buka pintu kepada orang-orang
Barat. Dalam tempoh itu, baginda telah mengembara secara luas ke Singapura, Jawa serta
India untuk mengetahui selok belok pentadbiran kuasa penjajah pada masa itu dan ini
merupakan lawatan kedua raja Thailand ke luar Negara selepas Raja Sukhotai.41
Sebagaimana Mongkut, Chulalongkorn juga telah memberi pelbagai keistimewaan kepada
orang-orang Barat dalam menjalankan pentadbiran, Chulalongkorn mengamalkan dasar
bertolak ansur dengan kuasa-kuasa Barat.
Bagi mengelakkan perbalahan dengan kuasa Barat, Chulalongkorn sanggup mengikuti
jejak langkah ayahnya menandatangani perjanjian dengan Barat. Misalnya, pperjanjian
Anglo-Thai telah ditandatangani dengan pihak Inggeris pada tahun 1897 yang mana
perjanjian ini telah memberi jaminan terhadap kedaulatan Thailand sekiranya pihak Perancis
bertindak melanggar perjanjian tersebut.42
Contoh lain ialah perjanjian Bangkok pada tahun
1909 yang dimeterai dengan pihak British. Perjanjian ini mengkehendaki Thailand menyerah
negeri-negeri Melayu yang dibawah takluknya seperti Kedah, Terengganu dan Kelantan.43
Walaupun tolak ansur Chulalongkorn menyebabkan Thailand kehilangan wilayahnya dan
mengalami kerugian yang besar tetapi langkah tersebut merupakan strateginya untuk
menyelamatkan kemerdekaan Thailand.44
3.2 SISTEM PENTADBIRAN
Dahulunya, sistem pentadbiran berbentuk tradisional yang banyak melibatkan jawatan
dipegang oleh kerabat diraja dan semua ini berubah selepas kedatangan Barat. Beberapa
strategi menyusun semula pentadbiran Thailand ialah mengikut sistem pentadbiran Barat,
40
Frederic P. Miller, Agnes F. Vandome, John McBrewster. (2010). Chulalongkorn. Alphascript Publishing.
Hlm 1.
41
Patit Paban Mishra. (2010). The history of Thailand greenwood histories of the modern nations. Hlm 84.
42
Kobkua Suwannathat-Pian. (1991). Sejarah Thai zaman Bangkok. Hlm. 210.
43
Boeicho Boei Kenkyujo. (1998). East Asian strategic. Tokyo: National Institute for Defense Studies.Hlm. 48
44
Ibid.
11
Mongkut telah mengambil 84 orang pegawai Barat untuk berkhidmat dengannya dan mereka
juga berperanan sebagai penasihat kerajaan.45
Oleh sebab pegawai-pegawai Thailand tidak
dilatih dalam bahagian teknikal atau mempunyai pengalaman yang betul untuk mentadbir
kerajaan Thailand, maka ramai orang Eropah telah menjadi ketua-ketua jabatan.46
Sebelum
ini Thailand tidak menerima barangan asing masuk dan barangan dalam negeri
diperdagangkan ke luar menyebabkan orang barat sukar untuk mendapatkan sumber beras
dari kawasan Asia Tenggara. Orang Barat dibenarkan berdagang di Thailand dengan diberi
pelbagai keistimewaan, Mongkut mengambil langkah ini kerana baginda menyedari
sekiranya Thailand meneruskan dasar isolasi, kuasa-kuasa Barat akan membuka Thailand
secara paksa seperti yang berlaku di China, Myanmar dan Vietnam.
Mongkut mengambil pegawai-pegawai negara Barat dan ditempatkan di pelbagai
jabatan. Secara umumnya, British diberi tugas untuk menguruskan hal-hal pendidikan,
kewangan, polis dan pelabuhan, Amerika dalam perkhidmatan kastam, Perancis serta Itali
dalam ketenteraan. Mongkut mengambil pegawai-pegawai dari pelbagai negara Barat supaya
tidak ada sebuah kuasa yang mempunyai pengaruh terlalu kuat di Thailand. Akibatnya
pegawai asing yang ramai telah memberi sumbangan semasa pemerintahan Mongkut
contohnya Anna Leonowens47
, Robert Marrant dan Major Gerini.
Manakala, pada zaman pemerintahan Raja Chulalongkorn pula perkara utama yang
dilakukan oleh baginda ialah menyesuaikan pemerintahan sistem kabinet dengan sistem
Barat.48
Raja Chulalongkorn telah meneruskan amalan Mongkut mengambil pegawai-
pegawai luar bagi memodenkan pentadbiran Thailand.49
Tindakan baginda ini adalah untuk
memastikan bahawa sedikit sebanyak pemerintahan kabinet akan dipengaruhi oleh unsur-
unsur Inggeris dan Barat. Pengaruh unsur-unsur Inggeris dan Barat akan membantu Thailand
membangun tanpa dijajah secara kekerasan oleh kuasa-kuasa Barat.
Seterusnya, Raja Chulalongkorn telah menubuhkan 2 buah majlis pada tahun 1874,
untuk menasihatinya dalam pentadbiran. Majlis-majlis tersebut ialah Majlis Penasihat
Tertinggi Negeri (MPTN) yang dianggotai oleh golongan bangsawan dan Majlis Penasihat
45
Thawatt Mokaradong. (1987). Sejarah revolusi Thailand (Wan Azahan Wan Mohammad, Terjemahan).
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Hlm. 45.
46
D.G.E Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Hlm. 820.
47
Anna Leonowens. (2010). The English Governess at the Thailandese Court : Andrew pearson Zuckerman
Southeast Asian collection . Applewood Books. Hlm 54.
48
Hussein Ahmad. (1971). Sejarah Thailand. Kelantan: Pustaka Aman Press. Hlm 162.
49
Donald E.Nuechterlein. (1965). Thailand and the struggle for Southeast Asia. New York: Cornell University
Press. Hlm 17.
12
Rendah Negeri (MPRN) yang dianggotai oleh pegawai kerajaan.50
Chulalongkorn telah
berjaya mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang moden pada 1 April 1892. Struktur
pentadbiran lama dihapuskan dan digantikan dengan 12 kementerian. Contohnya kementerian
kehakiman yang mana telah menubuhkan mahkamah undang-undang di kawasan daerah,
wilayah dan di kerajaan pusat.51
Tiap-tiap kementerian diketuai oleh seorang menteri..
Langkah tersebut telah menamatkan autonomi daerah yang dijalankan sejak turun-temurun.
Raja Chulalongkorn juga telah menubuhkan Kementerian Kewangan pada tahun 1892.52
Penerusan amalan Mongkut mengambil pegawai-pegawai asing bagi memodenkan
pentadbiran Thailand telah dianggarkan seramai 549 penasihat asing yang telah diambil
untuk berkhidmat di Thailand.53
Tokoh utama yang banyak membantu Chulalongkorn
melaksanakan pembaharuan di Thailand ialah penasihat amnya berbangsa Belgium, iaitu
Rollin Jacquemins.
3.3 UNDANG-UNDANG
Masalah undang-undang adalah satu masalah yang berkait rapat dengan hubungan kuasa-
kuasa Barat. Perkara ini terbukti pada tahun 1897, sebuah suruhanjaya telah dilantik untuk
mengkaji semula undang-undang sedia ada agar dapat diselaraskan dengan kehendak kuasa
Barat.54
Selain itu, Chulalongkorn juga mengisytiharkan bahawa mana-mana rakyatnya yang
lahir semasa pemerintahannya adalah seorang lelaki yang merdeka dan kanak-kanak yang
dilahirkan oleh ibu bapanya akan bebas pada usia mereka 21 tahun, ianya merupakan langkah
pertama untuk menghapuskan sistem perhambaan.55
Hal ini demikian kerana, Mongkut
sendiri sedar bahawa nasib negaranya bergantung kepada sebanyak mana perubahan yang
diadaptasi dari Barat. Mongkut harus menyesuaikan ideologi dan pemikirannya agar
keselamatan negara tidak terancam.56
3.4 KETENTERAAN
50
Patit Paban Mishra. (2010). The history of Thailand greenwood histories of the modern nations. Hlm 84.
51
Ibid. Hlm 86.
52
Thawatt Mokaradong. (1987). Sejarah revolusi Thailand (Wan Azahan Wan Mohammad, Terjemahan). Hlm.
55.
53
Joshua Eliot, Jane Bickersteth. (2003). Thailand Handbook. Illustrated : Footprint Travel Guides. Hlm 767.
54
George Mc Turnan Kahin. (1982). Kerajaan dan politik Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. Hlm. 10-11.
55
Ibid.
56
Steinbeg, D. J. et.al (1981). Mengenali sejarah Asia Tenggara moden. Hlm. 156.
13
Dari segi ketenteraan, semasa pemerintahan Mongkut, beliau telah menyesuaikan teknik
ketenteraan Barat walaupun keselamatan mereka sendiri terancam. Tentera Barat telah
melatah askar Thailand dan turut mengimport senjata baru. Angkatan tentera semasa
pemerintahan Mongkut tidaklah mempunyai banyak pembaharuan sehinggalah tiba masa
pemerintahan Chulalongkorn.57
Chulalongkorn telah menubuhkan sebuah Maktab Tentera
sebagai satu inisiatif untuk melatih pasukan tentera Siam menjadi sebuah pasukan tentera
yang moden. Keadaan ini dapat dilihat apabila adanya sekolah-sekolah Kadet Tentera Darat
dan Tentera Laut dibina di bawah pengelolaan pakar Itali terutamanya Mejar Gerini.58
4.0 KESIMPULAN
Mongkut dan Chulalongkorn telah membuat pelbagai perubahan sebagai tindak balas
mengelak daripada kemaraan Barat dan mereka bimbang tentang penguasaan Barat. Aspek
yang paling menyeluruh diubah dan dimodenkan ialah pendidikan dan pentadbiran yang di
asimilasi dengan sistem Barat. Namun begitu, segala perubahan yang dilakukan memerlukan
pembentukan semula struktur sistem sosial dan politik negara yang mendalam yang mana
menggambarkan kelemahan pemerintah kerana membenarkan pengaruh Barat berleluasa
tetapi dasar tersebut terbukti banyak menguntungkan Siam dari segi maruah.
Memetik kata-kata Brian Harrison, walaupun Thailand masih mampu
mempertahankan kemerdekaan tetapi Thailand tidak dapat membangun bersendirian tanpa
dipengaruhi oleh kuasa-kuasa Eropah.59
Hal ini bermaksud walaupun Thailand tidak dijajah,
secara tidak langsung perubahan-perubahan ini telah menggadai kedaulatan negara Thailand
itu sendiri. Tambahan lagi, bagi mengelak kongkongan kuasa imperialisme Barat, kedua-dua
raja telah menandatangani perjanjian yang akhirnya mengakibatkan beberapa kawasan
naungan Thailand di sebelah timur, barat dan selatan terpaksa diserah kepada penguasaan
British dan Perancis. Kesimpulannya, sememangnya Barat tidak berjaya menguasai Thailand
seperti yang terjadi di negara Asia Tenggara lain pada masa itu tetapi keseluruhan tampuk
pemerintahan dikuasai Barat kerana pemerintah akan merujuk kepada Barat terlebih dahulu.
57
Steinberg, D. J. et.al (1981). Mengenali sejarah Asia Tenggara moden. Hlm. 156-157.
58
D.G.E. Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. London: Macmillan & Co. Ltd. Hlm 827.
59
Harrison, B. (1966) Asia Tenggara: Satu Sejarah Ringkas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.
223
14
BIBLIOGRAFI
A.B.Griswold. (1961). King Mongkut of Siam. New York: The Asia Society.
Audric, J. (1969). Siam: Kingdom of the Saffron Robe. London: Robert Hale & Company.
Baker, C. John & Pasuk Pongpaichit (2008). Thai capital after the 1997 crisis. California:
Silkworm Books.
Batson, Benjamin A. (1984). The end of absolute monarchy in Siam. Singapura: Oxford
Univeristy Press.
Bottye, N. (1974). The military, government and society in Siam, 1868-1910 : Politics and
military reform during the Reign of King Chulalongkorn. U.S.A: Xerox University
Microfilms, Ann Arbor, Michigan.
Craig, A. Lockard. (2009). Southeast Asia: world history. New York: Oxford University
Press.
Cumming, J. (2005). Bangkok: City of angels. Singapore: Periplus Editions.
David, K. Wyatt (1969). The politics of reform in Thailand: Education in the reign of King
Chulalongkorn. Thailand: Yale University Press.
Franz, H. Michael and George E. Taylor. (2009).The far east in the modern world. Inc: Holt,
Rinehart, and Winston.
George Mc Turnan Kahin. (1982). Kerajaan dan politik Asia Tenggara. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hall, D.G.E.. (1981). Sejarah Asia Tenggara. London: Macmillan & Co. Ltd.
Hill, R. D. and Bray, Jennifer M. (1981). Geography and the environment in Southeast Asia.
Hong Kong: Hong Kong University Press.
Hussein Ahmad B.A. (Hons.) (1971). Sejarah Thailand dari Prasejarah hingga sekarang.
Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Ibrahim Mustafa B.A (Hons), Dip. Ed. (Malaya) (1994). Pengkajian sejarah moden. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
15
Iris, G. Haapanen (2011). Critical hermeneutics in Thai education. Bloomington: Author
House.
J. A. Hammerton. (2007). Peoples of all nations. India: Logos Press.
Khoo, G. (1978). Asia dalam perubahan: sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia.
Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books.
King, R. and Craig, Timothy J. (2002). Global goes local: popular culture in Asia. Hong
Kong: Hong Kong Universiti Press.
Kobkua Suwannathat-Pian (1991). Sejarah Thai zaman Bangkok. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ninian Smart (2009). Falsafah dunia. Kuala Lumpur: Percetakan Naz Sdn. Bhd.
Paban Mishra (2010). The history of Thailand. California: ABC-CLIO, LLC.
R. D. Hill and Jennifer M. Bray. (1981). Geography and the environment in Southeast Asia.
Hong Kong: Hong Kong University Press.
Stengs, I. (2009). Worshipping the Great Moderniser: King Chulalongkorn, Patron Saint of
the Thai middle class. Singapore: NUS Press.
Woodier, J. (2008). The media and political change in Southeast Asia. United Kindom:
Edward Elgar Publishing Limited.

More Related Content

What's hot

2.3 ( b) terangkan perubahan ekonomi di tanah melayu selepas campur tangan br...
2.3 ( b) terangkan perubahan ekonomi di tanah melayu selepas campur tangan br...2.3 ( b) terangkan perubahan ekonomi di tanah melayu selepas campur tangan br...
2.3 ( b) terangkan perubahan ekonomi di tanah melayu selepas campur tangan br...
Nurul Atikah
 
Peranan thibaw (sejarah stpm sem 3)
Peranan thibaw (sejarah stpm sem 3)Peranan thibaw (sejarah stpm sem 3)
Peranan thibaw (sejarah stpm sem 3)
Muhd Hafiz
 
Perang Inggeris Myanmar III (Isu Kasut)
Perang Inggeris Myanmar III (Isu Kasut)Perang Inggeris Myanmar III (Isu Kasut)
Perang Inggeris Myanmar III (Isu Kasut)
Rema Reca
 
Sejarah stpm-sumbangan tokoh-(JEAN- JACQUES ROUSSEAU)
Sejarah stpm-sumbangan tokoh-(JEAN- JACQUES ROUSSEAU)Sejarah stpm-sumbangan tokoh-(JEAN- JACQUES ROUSSEAU)
Sejarah stpm-sumbangan tokoh-(JEAN- JACQUES ROUSSEAU)
Safinah Harun
 
Peluasan kuasa asing (indonesia dan myanmar)
Peluasan kuasa asing (indonesia dan myanmar)Peluasan kuasa asing (indonesia dan myanmar)
Peluasan kuasa asing (indonesia dan myanmar)
Llina70
 
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan keduaBab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
Muhamad Saifullah
 

What's hot (20)

Perang candu 2
Perang candu 2Perang candu 2
Perang candu 2
 
Bab 2 TRANSFORMASI MASYARAKAT
Bab 2 TRANSFORMASI MASYARAKATBab 2 TRANSFORMASI MASYARAKAT
Bab 2 TRANSFORMASI MASYARAKAT
 
Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3
Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3
Peluasan Kuasa Asing STPM Penggal 3
 
BAB 6 PENENTANGAN TERHADAP KUASA ASING
BAB 6 PENENTANGAN TERHADAP KUASA ASINGBAB 6 PENENTANGAN TERHADAP KUASA ASING
BAB 6 PENENTANGAN TERHADAP KUASA ASING
 
2.3 ( b) terangkan perubahan ekonomi di tanah melayu selepas campur tangan br...
2.3 ( b) terangkan perubahan ekonomi di tanah melayu selepas campur tangan br...2.3 ( b) terangkan perubahan ekonomi di tanah melayu selepas campur tangan br...
2.3 ( b) terangkan perubahan ekonomi di tanah melayu selepas campur tangan br...
 
Deklarasi langkawi 1989
Deklarasi langkawi 1989Deklarasi langkawi 1989
Deklarasi langkawi 1989
 
INDIA : PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH MOGHUL
INDIA : PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH MOGHULINDIA : PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH MOGHUL
INDIA : PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH MOGHUL
 
Sejarah Penggal 3: Hierarki dan peranan pembesar vietnam dan thailand
Sejarah Penggal 3:  Hierarki dan peranan pembesar vietnam dan thailandSejarah Penggal 3:  Hierarki dan peranan pembesar vietnam dan thailand
Sejarah Penggal 3: Hierarki dan peranan pembesar vietnam dan thailand
 
Sistem pemerintahan zaman khulafa ar rasyidin
Sistem pemerintahan zaman khulafa ar rasyidinSistem pemerintahan zaman khulafa ar rasyidin
Sistem pemerintahan zaman khulafa ar rasyidin
 
Perkembangan masyarakat islam
Perkembangan masyarakat islamPerkembangan masyarakat islam
Perkembangan masyarakat islam
 
STPM PRA-U 2014 Sejarah Peluasan Kuasa Asing
STPM PRA-U 2014 Sejarah Peluasan Kuasa AsingSTPM PRA-U 2014 Sejarah Peluasan Kuasa Asing
STPM PRA-U 2014 Sejarah Peluasan Kuasa Asing
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
 
Penentangan di Kelantan
Penentangan di KelantanPenentangan di Kelantan
Penentangan di Kelantan
 
Peranan thibaw (sejarah stpm sem 3)
Peranan thibaw (sejarah stpm sem 3)Peranan thibaw (sejarah stpm sem 3)
Peranan thibaw (sejarah stpm sem 3)
 
Perang Inggeris Myanmar III (Isu Kasut)
Perang Inggeris Myanmar III (Isu Kasut)Perang Inggeris Myanmar III (Isu Kasut)
Perang Inggeris Myanmar III (Isu Kasut)
 
Gerakan islah
Gerakan islahGerakan islah
Gerakan islah
 
Sejarah stpm-sumbangan tokoh-(JEAN- JACQUES ROUSSEAU)
Sejarah stpm-sumbangan tokoh-(JEAN- JACQUES ROUSSEAU)Sejarah stpm-sumbangan tokoh-(JEAN- JACQUES ROUSSEAU)
Sejarah stpm-sumbangan tokoh-(JEAN- JACQUES ROUSSEAU)
 
Sistem Sosial Bab 3 STPM Penggal 3
 Sistem Sosial  Bab 3 STPM Penggal 3 Sistem Sosial  Bab 3 STPM Penggal 3
Sistem Sosial Bab 3 STPM Penggal 3
 
Peluasan kuasa asing (indonesia dan myanmar)
Peluasan kuasa asing (indonesia dan myanmar)Peluasan kuasa asing (indonesia dan myanmar)
Peluasan kuasa asing (indonesia dan myanmar)
 
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan keduaBab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
Bab 15 faktor faktor perang candu pertama dan kedua
 

Viewers also liked

Fungsi majlis tertinggi
Fungsi majlis tertinggiFungsi majlis tertinggi
Fungsi majlis tertinggi
Suhaiza Shuib
 
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-bCadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Mohd Muzlimi Junoh
 

Viewers also liked (20)

Ambang SPM 2016 Tingkatan 4
Ambang SPM 2016 Tingkatan 4Ambang SPM 2016 Tingkatan 4
Ambang SPM 2016 Tingkatan 4
 
Trial MTD Kertas 2 SPM 2016 (Skema)
Trial MTD Kertas 2 SPM 2016 (Skema)Trial MTD Kertas 2 SPM 2016 (Skema)
Trial MTD Kertas 2 SPM 2016 (Skema)
 
Contoh Kata Tugas Menjawab Sejarah SPM
Contoh Kata Tugas Menjawab Sejarah SPMContoh Kata Tugas Menjawab Sejarah SPM
Contoh Kata Tugas Menjawab Sejarah SPM
 
Soalan Target 2016 Fakta & KBAT
Soalan Target  2016 Fakta & KBATSoalan Target  2016 Fakta & KBAT
Soalan Target 2016 Fakta & KBAT
 
Sejarah spm kbat
Sejarah spm kbatSejarah spm kbat
Sejarah spm kbat
 
Fungsi majlis tertinggi
Fungsi majlis tertinggiFungsi majlis tertinggi
Fungsi majlis tertinggi
 
PKMM CERTS
PKMM CERTSPKMM CERTS
PKMM CERTS
 
KBAT dalam kertas 2 tingkatan 5 Sejarah SPM 2014
KBAT dalam kertas 2 tingkatan 5 Sejarah SPM 2014KBAT dalam kertas 2 tingkatan 5 Sejarah SPM 2014
KBAT dalam kertas 2 tingkatan 5 Sejarah SPM 2014
 
Sejarah Tingkatan 5: Bab 1
Sejarah Tingkatan 5:  Bab 1Sejarah Tingkatan 5:  Bab 1
Sejarah Tingkatan 5: Bab 1
 
pembentukan kembar
pembentukan kembarpembentukan kembar
pembentukan kembar
 
Analisis Percubaan Negeri Sejarah SPM 2016
Analisis Percubaan Negeri Sejarah SPM 2016Analisis Percubaan Negeri Sejarah SPM 2016
Analisis Percubaan Negeri Sejarah SPM 2016
 
Sejarah Soalan & Skema Jawapan Kertas 3 (Tingkatan 5)
Sejarah Soalan & Skema Jawapan Kertas 3 (Tingkatan 5)Sejarah Soalan & Skema Jawapan Kertas 3 (Tingkatan 5)
Sejarah Soalan & Skema Jawapan Kertas 3 (Tingkatan 5)
 
Nota Poket Sejarah T5 KBAT (Cg Hanita & Cg.Rumaizah)
Nota Poket Sejarah T5 KBAT (Cg Hanita & Cg.Rumaizah)Nota Poket Sejarah T5 KBAT (Cg Hanita & Cg.Rumaizah)
Nota Poket Sejarah T5 KBAT (Cg Hanita & Cg.Rumaizah)
 
Sejarah kemerdekaan Malaysia
Sejarah kemerdekaan MalaysiaSejarah kemerdekaan Malaysia
Sejarah kemerdekaan Malaysia
 
Sejarah p3 kbkk
Sejarah p3 kbkkSejarah p3 kbkk
Sejarah p3 kbkk
 
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-bCadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
Cadangan skrip-jawapan-kertas-3-spm-2014-bahagian-b
 
Modul Merapatkan Jurang Bandar dan Luar Bandar Daerah 2016
Modul Merapatkan Jurang Bandar dan Luar Bandar Daerah 2016Modul Merapatkan Jurang Bandar dan Luar Bandar Daerah 2016
Modul Merapatkan Jurang Bandar dan Luar Bandar Daerah 2016
 
Kelas intensif spm2016.tema 9
Kelas intensif spm2016.tema 9Kelas intensif spm2016.tema 9
Kelas intensif spm2016.tema 9
 
Peruncingan Sejarah Kertas 3 Kelantan 2016
Peruncingan Sejarah Kertas 3 Kelantan 2016Peruncingan Sejarah Kertas 3 Kelantan 2016
Peruncingan Sejarah Kertas 3 Kelantan 2016
 
Trial MTD Kertas 2 SPM 2016 (Soalan)
Trial MTD Kertas 2 SPM 2016 (Soalan)Trial MTD Kertas 2 SPM 2016 (Soalan)
Trial MTD Kertas 2 SPM 2016 (Soalan)
 

Similar to Soalan 6 pembaharuan mongkut

Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah MelayuKesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Misiah Bayani
 
Fadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnik
Fadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnikFadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnik
Fadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnik
Yazreen Eleena
 
dasar British dan kesan kepada ekonomi sejarah bab 10
dasar British dan kesan kepada ekonomi sejarah bab 10dasar British dan kesan kepada ekonomi sejarah bab 10
dasar British dan kesan kepada ekonomi sejarah bab 10
afi_fiz
 
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
magdalenne Marie Magdalyn
 
01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina
01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina
01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina
FAZUAN MOHAMAD NOR
 
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
Brenda Rachel Marie
 
Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)
Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)
Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)
peningla
 

Similar to Soalan 6 pembaharuan mongkut (20)

Sejrah form5
Sejrah form5Sejrah form5
Sejrah form5
 
Penjajahan barat terhadap sosio budaya
Penjajahan barat terhadap sosio budayaPenjajahan barat terhadap sosio budaya
Penjajahan barat terhadap sosio budaya
 
Golongan intelektual (sejarah malaysia)
Golongan intelektual (sejarah malaysia)Golongan intelektual (sejarah malaysia)
Golongan intelektual (sejarah malaysia)
 
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah MelayuKesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
 
Fadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnik
Fadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnikFadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnik
Fadilah zaini2009 pembangunanpolitikdalamhubunganetnik
 
Topik 2 konsep etika dan peradaban
Topik 2 konsep etika dan peradabanTopik 2 konsep etika dan peradaban
Topik 2 konsep etika dan peradaban
 
dasar British dan kesan kepada ekonomi sejarah bab 10
dasar British dan kesan kepada ekonomi sejarah bab 10dasar British dan kesan kepada ekonomi sejarah bab 10
dasar British dan kesan kepada ekonomi sejarah bab 10
 
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
 
Pengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan completePengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan complete
 
FORUM 2.docx
FORUM 2.docxFORUM 2.docx
FORUM 2.docx
 
Dasar Rathaniyom dan Reaksi Masyarakat Patani terhadap Perlaksanaannya di Tha...
Dasar Rathaniyom dan Reaksi Masyarakat Patani terhadap Perlaksanaannya di Tha...Dasar Rathaniyom dan Reaksi Masyarakat Patani terhadap Perlaksanaannya di Tha...
Dasar Rathaniyom dan Reaksi Masyarakat Patani terhadap Perlaksanaannya di Tha...
 
KRISIS SELATAN THAILAND
KRISIS SELATAN THAILANDKRISIS SELATAN THAILAND
KRISIS SELATAN THAILAND
 
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdfMPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
 
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan EtnikPandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
 
Ctu
CtuCtu
Ctu
 
Kenegaraan nota 1
Kenegaraan nota 1Kenegaraan nota 1
Kenegaraan nota 1
 
01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina
01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina
01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina
 
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
 
Masyarakatmajmuk
MasyarakatmajmukMasyarakatmajmuk
Masyarakatmajmuk
 
Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)
Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)
Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)
 

Soalan 6 pembaharuan mongkut

  • 1. 1 1.0 PENDAHULUAN Thailand ialah satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak pernah dijajah secara rasmi kerana mempunyai pemimpin yang berfikiran jauh. Pemimpin yang dimaksudkan ialah raja Thailand keempat dan kelima iaitu Mongkut yang memerintah daripada 1851 hingga 1868 dan diganti pula Chulalongkorn mengambil alih tampuk pemerintahan pada tahun 1868 sehingga 1910. Kedua-dua pemerintah tersebut mendapat pendedahan pengaruh Barat melalui pendidikan sehingga berfikiran terbuka selain sedar akan kekuasaan Barat membahayakan Thailand.1 Hal ini kerana Mongkut menaiki takhta semasa kegiatan imperialisme Barat giat dijalankan dan negara yang enggan akur kepada Barat seperti Myanmar, Filipina dan Indonesia berjaya dikuasai.2 Justeru, Mongkut mula menjalankan beberapa perubahan yang kemudiannya diteruskan oleh Chulalongkorn kerana khuatir kemungkinan Barat menjajah Thailand. Kesedaran bahawa mereka perlu bekerjasama dengan kuasa Barat secara sukarela telah menyebabkan kedua-dua raja mengamalkan dasar tolak ansur yang sesuai dengan kehendak Barat.3 Perubahan yang dilakukan merangkumi aspek politik, sosial dan ekonomi. Namun, dalam tugasan ini hanya memfokuskan kepada beberapa perubahan dari aspek sosial seperti pendidikan serta infrastruktur dan politik yang menjurus kepada sistem pentadbiran. 2.0 SOSIAL Dari segi sosial, terdapat beberapa pembaharuan seperti sistem pengangkutan, perhubungan, pengairan, pendidikan, kesihatan, agama, adat dan penghambaan. Pembaharuan sosial ini dari mata kasar dilihat bertujuan menjaga kebajikan rakyat Thailand, namun begitu pembaharuan ini merupakan salah satu strategi untuk mengawal kemaraan Barat. 2.1 SISTEM PENGANGKUTAN Sistem pengangkutan dan perhubungan merupakan satu sistem yang penting dan pelbagai usaha telah dilakukan di Thailand. Semasa pemerintahan Raja Mongkut, beliau telah melancarkan satu siri perancangan pemodenan termasuk juga ingin meningkatkan 1 Christopher John Baker, Pasuk Phongpaichit. (2005). A history of Thailand. United Kingdom: Cambridge University Press. Hlm 39. 2 Charles Alfred Fisher. (1966). South-East Asia: a social, economic and political geography methuen's advanced geographies. Taylor & Francis. Hlm 746. 3 Benjamin A. Batson. (1984). The end of absolute monarchy in Siam. Singapura: Oxford Univeristy Press. Hlm. 5.
  • 2. 2 kemudahan-kemudahan infrastruktur di Bangkok. Hal ini disebabkan beliau merupakan pemerintah modenisme besar dan rasionalis di Thailand.4 Dari segi sistem pengangkutan, hal ini terbukti apabila beliau telah membina jalan raya yang sesuai untuk laluan kereta-kereta kuda. Jalan raya tersebut dinamakan sebagai jalan Charoen Krung yang juga dikenali sebagai New Road dalam bahasa Inggeris.5 Pembinaan jalan raya ini telah menghubungkan kawasan-kawasan pengeluaran kepada sungai Chao Phraya yang merupakan jalan perhubungan penting. Rakyat Thailand kemudiannya digalakkan menderma untuk pembinaan sistem pengangkutan ini sama ada dalam bentuk wang atau tenaga.6 Pembinaan jalan raya ini berkaitan dengan kepentingan pihak Barat kerana memudahkan pergerakan mereka untuk melakukan sebarang urusan rasmi seperti melakukan rundingan dengan Maharaja. Sistem pengangkutan yang lebih sistematik ini memudahkan pihak Barat berurus niaga sekali gus mendorong Barat merasakan Thailand bukan suatu ancaman. Sistem ini juga membantu aktiviti urus niaga kerana barang-barang yang dikeluarkan dalam negara dapat diangkut dan dibawa melalui sungai Chao Phraya ke Bangkok. Barang-barang negara Thailand itu juga bukan sahaja dibawa ke Bangkok, malah akan dapat dieksport oleh pedagang-pedagang asing yang datang ke Thailand.7 Semasa pemerintahan Chulalongkorn pula, beliau telah melakukan pemulihan dan pemodenan berkaitan sistem pengangkutan yang sedia ada. Hal ini selari dengan pengumuman beliau yang hendak melihat aspek-aspek yang bermanfaat untuk orang ramai dicapai secara beransur-ansur. Perkara ini terbukti apabila bukan sahaja jalan raya yang dibina di Thailand, malah landasan kereta api pertama juga telah dibina dan dibuka untuk kegunaan orang ramai seawal tahun 1872. Menjelang tahun 1894, jalan kereta api yang aktif di Thailand melebihi dua ribu batu.8 Pada masa yang sama, kemajuan dalam sistem pengangkutan membawa kepada jaringan intelektual kerana Chulalongkorn telah berupaya menghantar pelajarnya ke luar negara. 4 Richard King and Timothy J. Craig. (2002). Global goes local: popular culture in Asia. Hong Kong: Hong Kong Universiti Press. Hlm. 64. 5 Joe Cumming. (2005). Bangkok: City of angels. Singapore: Periplus Editions. Hlm. 26. 6 Gilbert Khoo. (1978). Asia dalam perubahan: sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books. Hlm. 411-414. 7 Ibid. 8 Franz H. Michael and George E. Taylor. (2009). The far east in the modern world. Inc: Holt, Rinehart, and Winston. Hlm. 245.
  • 3. 3 2.2 SISTEM PENGAIRAN DAN PERHUBUNGAN Semasa pemerintahan Mongkut, sistem terusan sememangnya telah dijalankan namun matlamat mereka hanya untuk memudahkan pengangkutan hasil penanaman padi antara Bangkok dan kawasan pedalaman. Antara terusan yang dibina semasa pemerintahan Mongkut ialah terusan Maha Sawat iaitu dari Bangkok ke Nakhon Chaisi.9 Usaha ini mempunyai kesinambungan kerana semasa pemerintahan Chulalongkorn, beliau telah memberi kebenaran kepada syarikat pengairan untuk membina lebih banyak sistem terusan. Apabila sistem terusan telah dibina, hal ini telah menunjukkan bahawa Thailand mengalami suatu peralihan dan pemodenan yang sekali gus dapat mengelakkan peluasan kuasa Barat. Dalam masa yang sama juga, Chulalongkorn telah mula menyediakan perkhidmatan telekomunikasi ataupun perhubungan atas dasar monopoli negara. Pada tahun 1883, beliau telah membentuk Jabatan Pos dan Telegraf. Chulalongkorn mengekalkan tanggungjawab bagi peruntukan spektrum frekuensi radio dan juga pelesenan, serta penyelarasan pos antarabangsa.10 Kira-kira sebanyak 380 buah pejabat pos dan agensi-agensi serta 90 buah pejabat telegraf telah dibina.11 Penubuhan Jabatan Pos dan Telegraf dapat memudahkan urusan perhubungan antara pihak Thailand dan Barat. Hal ini secara tidak langsung membolehkan pihak Thailand mengelak dari peluasan kuasa Barat. Chulalongkorn juga sedar bahawa pemodenan dalam sistem perhubungan juga dapat membantu beliau mengelakkan negaranya daripada berlaku peluasan kuasa Barat. 2.3 PENDIDIKAN Sebelum pendidikan dimodenkan, Thailand menggunakan khidmat sami dan hanya mengajar mengenai agama tetapi setelah kedatangan Barat, Mongkut mula mengehadkan kuasa sami dan mula mendapatkan khidmat guru daripada Barat untuk mengajar kerabat diraja. Hal ini kerana pada zaman pemerintahan Mongkut, orang-orang Barat telah digunakan secara rasmi sebagai tutor dan penterjemah. Rasionalnya, Mongkut merasakan bahawa pencapaian negara mereka bergantung pada sebanyak mana mereka belajar daripada Barat, justeru itu perlunya penyesuaian bidang pendidikan dengan pihak Barat bagi mengelakkan dari berlakunya perluasan kuasa. Sumbangan yang sangat penting ialah Mongkut tidak 9 R. D. Hill and Jennifer M. Bray. (1981). Geography and the environment in Southeast Asia. Hong Kong: Hong Kong University Press. Hlm. 111. 10 Jonathan Woodier. (2008). The media and political change in Southeast Asia. United Kindom: Edward Elgar Publishing Limited. Hlm. 189. 11 J. A. Hammerton. (2007). Peoples of all nations. India: Logos Press. Hlm. 4633.
  • 4. 4 mengisytiharkan apa-apa pemulihan asas.12 Walau bagaimanapun, bagi golongan bangsawan, persediaan pendidikan serta sistem pengambilannya juga hampir tidak berubah. Melalui perubahan-perubahan yang dilakukan, perubahan yang paling berkesan ialah pemberian pendidikan Barat. Mongkut telah menggalakkan orang Barat di Bangkok mengajar penduduk tempatan bagi membantu membasmi buta huruf dalam negerinya.13 Hal ini demikian kerana masalah buta huruf akan mengganggu proses Mongkut memodenkan Thailand sebagai usaha mengelakkan dari berlakunya perluasan kuasa Barat ke atas Thailand. Beliau telah membenarkan mereka mengeluarkan buku-buku tanpa sekatan. Atas kesedaran beliau ke atas kepentingan pendidikan ke atas orang Thai, Mongkut telah memberikan sokongan kepada orang-orang Inggeris dan Amerika yang bertanggungjawab mengembangkan pendidikan di Thailand.14 Selain mengutamakan pendidikan untuk rakyat, beliau juga turut berdamping dengan mubaligh-mubaligh Kristian untuk mempelajari ilmu-ilmu sains dan pelbagai bahasa. Oleh itu, ianya dapat membantu beliau untuk mengadakan hubungan diplomatik secara langsung dengan Amerika dan Britain dengan mudah. Selain itu, dengan adanya sistem pengangkutan, masyarakat Thailand juga boleh dihantar ke negara Barat untuk melanjutkan pelajaran. Secara tidak langsung, peluasan kuasa Barat dapat dielak disebabkan kebijakan Mongkut membina sistem ini dan menggunakan sistem ini juga untuk menghantar rakyatnya menuntut ilmu pelajaran. Hal ini kerana, rakyat yang pulang dari menuntut ilmu pelajaran itu sudah tentu mempunyai kemahiran intelektual yang tinggi dan bersemangat patriotik. Jadi, sistem pengangkutan yang dibina oleh beliau sememangnya dapat mengurangkan kebarangkalian negara mereka daripada berlaku peluasan Barat. Semasa pemerintahan Chulalongkorn pula jelas baginda masih mengekalkan sistem pendidikan Barat bahkan sistem ini semakin berkembang.15 Pada tahun 1878, arahan telah dikeluarkan mendesak anak-anak golongan bangsawan dihantar ke istana untuk mendapat pelajaran Barat. Pendidikan Barat bukan sahaja terbuka kepada anak-anak golongan bangsawan tetapi juga kepada anak-anak rakyat biasa, terutamanya selepas penubuhan sekolah 12 Steinberg, David Joel. (1981). Mengenali Asia Tenggara moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 156-157. 13 Gilbert Khoo. (1978). Asia dalam perubahan: sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia. Hlm 414. 14 Ibid. 15 Kobkua Suwannathat-Pian. (1991). Sejarah Thai Zaman Bangkok. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 165.
  • 5. 5 harian yang merupakan Sekolah Kerajaan pertama untuk rakyat biasa yang telah dibina pada tahun 1884 di Bangkok.16 Chulalongkorn telah mengambil inisiatif dengan melanjutkan peluang pendidikan kepada semua orang dengan mandat pendidikan wajib untuk semua kanak-kanak.17 Pendidikan wajib untuk kanak-kanak ini memperlihatkan bahawa beliau telah melakukan pemulihan daripada zaman pemerintahan Mongkut kerana pada zaman tersebut Mongkut hanya memperkenalkan dan menggalakkan. Namun berbeza dengan zaman pemerintahan Chulalongkorn yang mula mewajibkan pendidikan kepada kanak-kanak. Beliau juga telah membina akademik dan universiti bagi melatih sami dan intelektual yang lebih baik.18 Chulalongkorn telah mengeluarkan arahan kepada sami-sami Buddha dan mubaligh- mubaligh Kristian supaya menyediakan pendidikan asas kepada kanak-kanak Siam terutamanya di biara atau gereja seperti kemahiran menulis, membaca dan mengira. Bagi melancarkan proses pendidikan ini, Chulalongkorn telah menyumbangkan bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah agama atau mubaligh.19 Di samping itu, pelajar-pelajar Thailand bukan sahaja mendapat pelajaran Barat di Thailand, tetapi juga di seberang laut. Kira-kira 300 pelajar termasuk putera-putera di Thailand dihantar ke seberang laut tiap-tiap tahun. Keadaan ini bertujuan untuk melahirkan golongan cerdik pandai. Antara putera-putera yang mengikuti kursus pelajaran di Eropah ialah, Putera Damrong, Putera Devawongse, dan Putera Rabi yang merupakan bekas pelajar Maktab Raja.20 Hasil daripada tindakan Raja Chulalongkorn menghantar anak-anak bangsawan tersebut ke Eropah memperlihatkan hasil dan sumbangannya dalam bidang pendidikan, apabila beberapa putera telah menjadi menteri dan turut memberi sumbangan kepada pentadbiran Siam. Menurut John Audric dalam bukunya, Siam:Kingdom of Saffron Robe, mengatakan bahawa Raja Chulalongkorn telah menubuhkan Jabatan Pelajaran pada tahun 1887 dengan bantuan pegawai pelajaran British iaitu Cangbell.21 Kementerian Pelajaran telah ditubuhkan 16 Hussein Ahmad (1971). Sejarah Thailand dari Pra-Sejarah hingga sekarang. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm 162. 17 Dr. Iris G. Haapanen. (2011). Critical hermeneutics in Thai education. Bloomington: Author House. Hlm 12. 18 Ninian Smart (2009). Falsafah dunia. Kuala Lumpur: Percetakan Naz Sdn. Bhd. Hlm 476. 19 Richard John Kraft & Student Background (1968). University admission, an academic achievement in the Universities of Thailand. London:University Microfilms International. Hlm 25. 20 Ibrahim Mustafa. (1979). Pengkajian sejarah Asia moden. Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Hlm 62. 21 John Audric (1969). Siam: Kingdom of the Saffron Robe. London: Robert Hale & Company. Hlm 155.
  • 6. 6 pada tahun 1892 dan mulai tahun tersebut, maktab-maktab latihan pengurusan didirikan. Perkembangan pelajaran Barat berlaku kerana terdapat 3 bentuk sekolah yang dikuasai sepenuhnya oleh guru-guru British pada tahun 1890an. Pada tahun 1878, Maktab ataupun Kolej Raja (King’s College) telah ditubuhkan. Sekolah ini dikhususkan kepada penuntut- penuntut lelaki golongan bangsawan sahaja. Kemudian, pada tahun 1883, Sekolah Sunandalaya telah ditubuhkan bagi penuntut- penuntut perempuan golongan bangsawan. Kedua-dua sekolah ini merupakan sekolah berasrama penuh yang hanya dikhaskan untuk anak-anak golongan bangsawan. Sementara sebuah lagi sekolah, iaitu sekolah harian biasa telah ditubuhkan pada tahun 1884. Sekolah ini dikhaskan untuk penuntut lelaki bagi anak-anak golongan kelas pertengahan. Pada tahun 1892 pula, Kolej Latihan Perguruan telah ditubuhkan dan seorang rakyat Inggeris telah dilantik menjadi pengetua di kolej tersebut.22 Sekolah-sekolah ini disusun mengikut sistem persekolahan di England dengan tujuan hendak mewujudkan suatu sistem persekolahan moden di Thailand.23 Jelas terbukti, pemulihan dan pemodenan yang dilakukan oleh kedua- dua raja secara keseluruhannya mengasimilasikan sistem pendidikan Barat. 2.4 KESIHATAN Pada peringkat awal pemerintahan Mongkut, aspek kesihatan tidak dititikberatkan sehinggalah Chulalongkorn sedar akan kepentingannya dan mengambil langkah memajukan perkhidmatan kesihatan di Thailand. Doktor-doktor dari Barat telah ditugaskan di klinik- klinik dan hospital yang didirikan oleh beliau. Contohnya, James W. McKean merupakan doktor Amerika yang melakukan pertolongan dalam bidang perubatan di Thailand.24 Lanjutan itu, sebuah sekolah latihan kedoktoran telah didirikan di Bangkok manakala di Sisirat pula hospital awam didirikan pada 1887.25 Kemudiannya, Kementerian Kesihatan telah ditubuhkan pada tahun 1892 dan sekolah perbidanan juga telah didirikan seterusnya sekolah latihan jururawat pula dibina pada tahun 1898. Apabila tertubuhnya lebih banyak pusat kesihatan, masalah penyakit dapat diatasi sekali gus dapat mengurangkan kadar kematian. Kemajuan dalam aspek kesihatan ini menunjukkan Thailand dapat mengelak dari perluasan kuasa Barat. Oleh itu, berlaku kemajuan bagi memastikan kebajikan dan keselesaan rakyatnya terjamin sekali gus membuktikan negara mereka maju seiring dengan Barat. 22 Ibid. Hlm 154. 23 D.G.E. Hall (1981). Sejarah Asia Tenggara. Macmillan & Co. Ltd. Hlm 827. 24 Patit Paban Mishra (2010). The history of Thailand. California: ABC-CLIO, LLC. Hlm 84. 25 Ibid. Hlm 85.
  • 7. 7 2.5 ADAT DAN PERHAMBAAN Dalam masa yang sama, Mongkut telah bertindak adil dengan mengambil inisiatif mengurangkan hak-hak pembesarnya kerana menitikberatkan keperluan rakyat. Keadilan ini menunjukkan kepada Barat bahawa pemerintah Thailand sangat prihatin akan kebajikan rakyat. Tambahan pula, adat-adat yang boleh menghalang kemajuan Thailand juga dihapuskan. Sebelum ini pemerintah hanya tinggal di istana dan rakyat tidak berpeluang untuk bertemu dengan mereka. Namun hal ini berubah setelah Mongkut mula bertemu rakyat dan Chulalongkorn terus merubah keseluruhan adat tersebut apabila rakyat dibenarkan menatap wajah raja. Misalnya, Mongkut memerintahkan rakyat melihat muka dan usahanya berdamping dengan rakyat sekerap yang boleh membuktikan sistem Thailand memudahkan orang berjumpa golongan pemerintah.26 Perubahan lain dalam adat ini ialah amalan bersujud di hadapan raja telah dihapuskan sepenuhnya pada tahun 1873. Sehubungan itu, sistem buruh paksa atau corvee telah dihapuskan pada tahun 1874 dan digantikan dengan sistem buruh bergaji. Bagi menyokong penghapusan adat perhambaan ini, Chulalongkorn telah mengisytiharkan rakyat lelaki yang lahir pada zaman pemerintahannya merdeka dan kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu bapa berstatus hamba akan bebas pada usia 21 tahun. Perubahan ini dapat menjaga imej Thailand sebagai sebuah kuasa bertamadun sekali gus menjadi strategi Thailand untuk mengelak dari perluasan kuasa barat.27 2.6 AGAMA Menurut Ninian Smart, Mongkut telah mengasaskan sebuah order baru dalam Sangha Thai dan menugaskan salah seorang menteri baginda untuk menulis sebuah teks yang menerangkan sifat saintifik tentang ajaran Buddha.28 Namun begitu, perkara ini tidak menghalang beliau memperkenalkan dasar bersikap liberal terhadap agama-agama lain hal ini kerana, Mongkut ingin menyesuaikan ideologi dan pemikirannya agar keselamatan negara tidak terancam.29 Beliau membenarkan mubaligh-mubaligh menyebarkan agama Kristian kerana beliau sedar selain menyebarkan agama, mubaligh-mubaligh juga menyebarkan pengetahuan Barat. Pada tahun 1852, sebuah sekolah Kristian telah didirikan di Bangkok. 26 Ibid. Hlm 414 27 Patit Paban Mishra. (2010). The history of Thailand greenwood histories of the modern nations. Hlm. 84-85. 28 Ninian Smart. (2008). Falsafah Dunia. Hlm. 476 29 Steinberg, D. J. et.al (1981). Mengenali sejarah Asia Tenggara moden. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka. Hlm. 156.
  • 8. 8 Apabila Chulalongkorn naik takhta, tugas Mongkut telah diteruskan oleh Chulalongkorn. Penekanan terhadap sifat saintifik ajaran Buddha dikekalkan. Pada masa yang sama, pengukuhan Sangha dan pembaharuan order membantu ke arah yang lebih harmoni.30 Chulalongkorn juga meneruskan sikapnya yang liberal terhadap agama lain meskipun ia beragama Buddha. Akibat dasarnya yang membenarkan penyebaran agama telah berlaku perkembangan agama Kristian di sekitar Bangkok dan perkembangan agama Islam di Selatan Thailand. Keterbukaan Chulalongkorn membenarkan agama lain masuk ke Thailand adalah usahanya untuk mempertahankan negaranya daripada dijajah oleh barat. 3.0. POLITIK Pembaharuan dan penambahbaikan dari segi politik turut membantu menyekat kuasa Barat. Walau bagaimanapun, setiap perubahan telah memberi kuasa kepada Barat secara tidak rasmi. Hal ini kerana rundingan yang diadakan seakan menunjukkan Thailand menyerah kepada kuasa Barat serta pembaharuan yang disegerakan dan diselaraskan adalah dengan kehendak Barat. Antara perubahan dalam politik ialah dasar isolasi, sistem pentadbiran, undang-undang dan ketenteraan. 3.1 DASAR ISOLASI Mongkut telah menamatkan dasar isolasi iaitu dasar tutup pintu dan mengamalkan dasar buka pintu kepada kuasa-kuasa Barat. Mongkut telah membuka pintu kepada pihak Barat untuk mengelak daripada peristiwa yang tidak diingini iaitu untuk mengelak daripada dijajah. Mongkut sedar keinginan Barat untuk menjajah sangat kuat dan akan memberi kesan negatif kepada Thailand. Buktinya, dalam buku King Mongkut of Siam telah menyatakan bahawa pada tahun 1855 Raja Mongkut telah mengalu-alukan kedatangan British yang diketuai oleh Sir John Bowring.31 Pada tahun yang sama, gabenor British di Hong Kong, Sir John Bowring yang berperanan sebagai ketua menteri Mongkut telah mengadakan beberapa perubahan dan baginda menerimanya.32 Rentetan hal yang berlaku, Mongkut telah menandatangani perjanjian dengan British diikuti perjanjian dengan Perancis dan Amerika Syarikat.33 perjanjian dengan Amerika pada 30 Ibid 31 A.B.Griswold. (1961). King Mongkut of Siam. New York: The Asia Society Hlm.32. 32 Nigel Brailey. (1989). Two views of Thailand on the eve of the Chakri Reformation. Scotland: Kiscadale Publications. Hlm. 12 33 Donald E.Nuechterlein. (1965). Thailand and the Struggle for Southeast Asia. Hlm 13-16.
  • 9. 9 tahun 1856, Perancis 1856, Denmark 1858, Portugis 1859, Holand 1860, Prussia 1862, Belgium, Norway, Itali, Sweden 1868.34 Mengikut perjanjian-perjanjian tersebut, kuasa- kuasa Barat telah diberi pelbagai keistimewaan di Thailand. Selain kebenaran berdagang, mereka dibenarkan mendirikan konsul, mendapat hal wilayah asingan, menyebar agama Kristian, membeli dan menyewa tanah di sekitar Bangkok, berlabuh di semua pelabuhan Thailand dan sebagainya.35 Mongkut mula menerima perwakilan asing yang dihantar ke Thailand. Sebagai contoh, perwakilan British yang diwakili oleh Harry Parkes dan James Brooke dan perwakilan Amerika yang diketuai oleh Joseph Ballestier.36 Selain itu, Mongkut juga menghantar perwakilan Thailand ke negara-negara Barat. Sebagai contoh, pada Ogos 1857, satu perwakilan Thailand yang diketuai oleh Chao Phraya Mantri Sri Suryawongse telah dihantar ke England. Dalam usaha untuk mewujudkan hubungan baik dengan kuasa-kuasa Barat, Mongkut telah menandatangani beberapa perjanjian dengan Barat. Perjanjian pertama ditandatangani dengan British pada 18 April 1855 yang dikenali sebagai Perjanjian Bowring.37 Antara syarat ialah kapal dagang British dibenarkan berlabuh di semua pelabuhan Siam, mubaligh- mubaligh diberi kebenaran untuk menyebarkan agama Kristian, dan British diberi kebenaran untuk menempatkan konsulnya di Bangkok.38 Syarat-syarat dalam perjanjian ini menunjukkan bahawa perjanjian yang dimeterai adalah berat sebelah. Walau bagaimanapun, Mongkut terpaksa akur dengan perjanjian tersebut untuk mengelak dari dijajah oleh pihak Barat. Lantaran hal ini, semakin banyak perjanjian tidak adil dan memihak kepada pihak Barat.39 Mongkut banyak bertolak ansur dalam hubungannya dengan kuasa-kuasa Barat walaupun tolak ansur tersebut merugikan Thailand, tetapi tindakan Mongkut telah menyelamatkan kemerdekaan Thailand. Sebagai contoh, bagi mengelakkan perbalahan dengan Perancis, Mongkut sanggup menandatangani Perjanjian Thailand-Perancis pada 15 Julai 1867 yang menyerahkan pertuanan Thailand ke atas Kampuchea kepada Perancis. 34 Ibid. Hlm 50. 35 Ibid. Hlm 41. 36 Walter Armstrong Graham. (1913). Thailand: a handbook of practical, commercial, and political information. F. G. Browne : the New York Public Library. Hlm 608. 37 Christopher John Baker and Pasuk Phongpaichit. (2005). A history of Thailand. United Kingdom: Cambridge University Press. Hlm 45. 38 Joe Studwell. (2007). Asian Godfathers. Hong Kong: Pustaka Alvabet. Hlm. 11 39 Nigel Brailey. (1989). Two views of Thailand on the eve of the Chakri Reformation. Hlm. 12
  • 10. 10 Mongkut mengambil langkah ini kerana baginda sedar Thailand perlu menyesuaikan diri dengan perkembangan politik di Asia Tenggara bagi menjamin kemerdekaan Thailand. Pengalaman Myanmar, Vietnam dan China mengajar Mongkut supaya lebih banyak bertolak ansur dengan kuasa-kuasa Barat. Dasar tolak ansur Mongkut telah diikuti oleh raja-raja Thailand selepasnya terutamanya Chulalongkorn yang dilantik sebagai Raja Rama V pada 1 Oktober 1868.40 Chulalongkorn telah meneruskan perlaksanaan dasar buka pintu kepada orang-orang Barat. Dalam tempoh itu, baginda telah mengembara secara luas ke Singapura, Jawa serta India untuk mengetahui selok belok pentadbiran kuasa penjajah pada masa itu dan ini merupakan lawatan kedua raja Thailand ke luar Negara selepas Raja Sukhotai.41 Sebagaimana Mongkut, Chulalongkorn juga telah memberi pelbagai keistimewaan kepada orang-orang Barat dalam menjalankan pentadbiran, Chulalongkorn mengamalkan dasar bertolak ansur dengan kuasa-kuasa Barat. Bagi mengelakkan perbalahan dengan kuasa Barat, Chulalongkorn sanggup mengikuti jejak langkah ayahnya menandatangani perjanjian dengan Barat. Misalnya, pperjanjian Anglo-Thai telah ditandatangani dengan pihak Inggeris pada tahun 1897 yang mana perjanjian ini telah memberi jaminan terhadap kedaulatan Thailand sekiranya pihak Perancis bertindak melanggar perjanjian tersebut.42 Contoh lain ialah perjanjian Bangkok pada tahun 1909 yang dimeterai dengan pihak British. Perjanjian ini mengkehendaki Thailand menyerah negeri-negeri Melayu yang dibawah takluknya seperti Kedah, Terengganu dan Kelantan.43 Walaupun tolak ansur Chulalongkorn menyebabkan Thailand kehilangan wilayahnya dan mengalami kerugian yang besar tetapi langkah tersebut merupakan strateginya untuk menyelamatkan kemerdekaan Thailand.44 3.2 SISTEM PENTADBIRAN Dahulunya, sistem pentadbiran berbentuk tradisional yang banyak melibatkan jawatan dipegang oleh kerabat diraja dan semua ini berubah selepas kedatangan Barat. Beberapa strategi menyusun semula pentadbiran Thailand ialah mengikut sistem pentadbiran Barat, 40 Frederic P. Miller, Agnes F. Vandome, John McBrewster. (2010). Chulalongkorn. Alphascript Publishing. Hlm 1. 41 Patit Paban Mishra. (2010). The history of Thailand greenwood histories of the modern nations. Hlm 84. 42 Kobkua Suwannathat-Pian. (1991). Sejarah Thai zaman Bangkok. Hlm. 210. 43 Boeicho Boei Kenkyujo. (1998). East Asian strategic. Tokyo: National Institute for Defense Studies.Hlm. 48 44 Ibid.
  • 11. 11 Mongkut telah mengambil 84 orang pegawai Barat untuk berkhidmat dengannya dan mereka juga berperanan sebagai penasihat kerajaan.45 Oleh sebab pegawai-pegawai Thailand tidak dilatih dalam bahagian teknikal atau mempunyai pengalaman yang betul untuk mentadbir kerajaan Thailand, maka ramai orang Eropah telah menjadi ketua-ketua jabatan.46 Sebelum ini Thailand tidak menerima barangan asing masuk dan barangan dalam negeri diperdagangkan ke luar menyebabkan orang barat sukar untuk mendapatkan sumber beras dari kawasan Asia Tenggara. Orang Barat dibenarkan berdagang di Thailand dengan diberi pelbagai keistimewaan, Mongkut mengambil langkah ini kerana baginda menyedari sekiranya Thailand meneruskan dasar isolasi, kuasa-kuasa Barat akan membuka Thailand secara paksa seperti yang berlaku di China, Myanmar dan Vietnam. Mongkut mengambil pegawai-pegawai negara Barat dan ditempatkan di pelbagai jabatan. Secara umumnya, British diberi tugas untuk menguruskan hal-hal pendidikan, kewangan, polis dan pelabuhan, Amerika dalam perkhidmatan kastam, Perancis serta Itali dalam ketenteraan. Mongkut mengambil pegawai-pegawai dari pelbagai negara Barat supaya tidak ada sebuah kuasa yang mempunyai pengaruh terlalu kuat di Thailand. Akibatnya pegawai asing yang ramai telah memberi sumbangan semasa pemerintahan Mongkut contohnya Anna Leonowens47 , Robert Marrant dan Major Gerini. Manakala, pada zaman pemerintahan Raja Chulalongkorn pula perkara utama yang dilakukan oleh baginda ialah menyesuaikan pemerintahan sistem kabinet dengan sistem Barat.48 Raja Chulalongkorn telah meneruskan amalan Mongkut mengambil pegawai- pegawai luar bagi memodenkan pentadbiran Thailand.49 Tindakan baginda ini adalah untuk memastikan bahawa sedikit sebanyak pemerintahan kabinet akan dipengaruhi oleh unsur- unsur Inggeris dan Barat. Pengaruh unsur-unsur Inggeris dan Barat akan membantu Thailand membangun tanpa dijajah secara kekerasan oleh kuasa-kuasa Barat. Seterusnya, Raja Chulalongkorn telah menubuhkan 2 buah majlis pada tahun 1874, untuk menasihatinya dalam pentadbiran. Majlis-majlis tersebut ialah Majlis Penasihat Tertinggi Negeri (MPTN) yang dianggotai oleh golongan bangsawan dan Majlis Penasihat 45 Thawatt Mokaradong. (1987). Sejarah revolusi Thailand (Wan Azahan Wan Mohammad, Terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Hlm. 45. 46 D.G.E Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Hlm. 820. 47 Anna Leonowens. (2010). The English Governess at the Thailandese Court : Andrew pearson Zuckerman Southeast Asian collection . Applewood Books. Hlm 54. 48 Hussein Ahmad. (1971). Sejarah Thailand. Kelantan: Pustaka Aman Press. Hlm 162. 49 Donald E.Nuechterlein. (1965). Thailand and the struggle for Southeast Asia. New York: Cornell University Press. Hlm 17.
  • 12. 12 Rendah Negeri (MPRN) yang dianggotai oleh pegawai kerajaan.50 Chulalongkorn telah berjaya mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang moden pada 1 April 1892. Struktur pentadbiran lama dihapuskan dan digantikan dengan 12 kementerian. Contohnya kementerian kehakiman yang mana telah menubuhkan mahkamah undang-undang di kawasan daerah, wilayah dan di kerajaan pusat.51 Tiap-tiap kementerian diketuai oleh seorang menteri.. Langkah tersebut telah menamatkan autonomi daerah yang dijalankan sejak turun-temurun. Raja Chulalongkorn juga telah menubuhkan Kementerian Kewangan pada tahun 1892.52 Penerusan amalan Mongkut mengambil pegawai-pegawai asing bagi memodenkan pentadbiran Thailand telah dianggarkan seramai 549 penasihat asing yang telah diambil untuk berkhidmat di Thailand.53 Tokoh utama yang banyak membantu Chulalongkorn melaksanakan pembaharuan di Thailand ialah penasihat amnya berbangsa Belgium, iaitu Rollin Jacquemins. 3.3 UNDANG-UNDANG Masalah undang-undang adalah satu masalah yang berkait rapat dengan hubungan kuasa- kuasa Barat. Perkara ini terbukti pada tahun 1897, sebuah suruhanjaya telah dilantik untuk mengkaji semula undang-undang sedia ada agar dapat diselaraskan dengan kehendak kuasa Barat.54 Selain itu, Chulalongkorn juga mengisytiharkan bahawa mana-mana rakyatnya yang lahir semasa pemerintahannya adalah seorang lelaki yang merdeka dan kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu bapanya akan bebas pada usia mereka 21 tahun, ianya merupakan langkah pertama untuk menghapuskan sistem perhambaan.55 Hal ini demikian kerana, Mongkut sendiri sedar bahawa nasib negaranya bergantung kepada sebanyak mana perubahan yang diadaptasi dari Barat. Mongkut harus menyesuaikan ideologi dan pemikirannya agar keselamatan negara tidak terancam.56 3.4 KETENTERAAN 50 Patit Paban Mishra. (2010). The history of Thailand greenwood histories of the modern nations. Hlm 84. 51 Ibid. Hlm 86. 52 Thawatt Mokaradong. (1987). Sejarah revolusi Thailand (Wan Azahan Wan Mohammad, Terjemahan). Hlm. 55. 53 Joshua Eliot, Jane Bickersteth. (2003). Thailand Handbook. Illustrated : Footprint Travel Guides. Hlm 767. 54 George Mc Turnan Kahin. (1982). Kerajaan dan politik Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 10-11. 55 Ibid. 56 Steinbeg, D. J. et.al (1981). Mengenali sejarah Asia Tenggara moden. Hlm. 156.
  • 13. 13 Dari segi ketenteraan, semasa pemerintahan Mongkut, beliau telah menyesuaikan teknik ketenteraan Barat walaupun keselamatan mereka sendiri terancam. Tentera Barat telah melatah askar Thailand dan turut mengimport senjata baru. Angkatan tentera semasa pemerintahan Mongkut tidaklah mempunyai banyak pembaharuan sehinggalah tiba masa pemerintahan Chulalongkorn.57 Chulalongkorn telah menubuhkan sebuah Maktab Tentera sebagai satu inisiatif untuk melatih pasukan tentera Siam menjadi sebuah pasukan tentera yang moden. Keadaan ini dapat dilihat apabila adanya sekolah-sekolah Kadet Tentera Darat dan Tentera Laut dibina di bawah pengelolaan pakar Itali terutamanya Mejar Gerini.58 4.0 KESIMPULAN Mongkut dan Chulalongkorn telah membuat pelbagai perubahan sebagai tindak balas mengelak daripada kemaraan Barat dan mereka bimbang tentang penguasaan Barat. Aspek yang paling menyeluruh diubah dan dimodenkan ialah pendidikan dan pentadbiran yang di asimilasi dengan sistem Barat. Namun begitu, segala perubahan yang dilakukan memerlukan pembentukan semula struktur sistem sosial dan politik negara yang mendalam yang mana menggambarkan kelemahan pemerintah kerana membenarkan pengaruh Barat berleluasa tetapi dasar tersebut terbukti banyak menguntungkan Siam dari segi maruah. Memetik kata-kata Brian Harrison, walaupun Thailand masih mampu mempertahankan kemerdekaan tetapi Thailand tidak dapat membangun bersendirian tanpa dipengaruhi oleh kuasa-kuasa Eropah.59 Hal ini bermaksud walaupun Thailand tidak dijajah, secara tidak langsung perubahan-perubahan ini telah menggadai kedaulatan negara Thailand itu sendiri. Tambahan lagi, bagi mengelak kongkongan kuasa imperialisme Barat, kedua-dua raja telah menandatangani perjanjian yang akhirnya mengakibatkan beberapa kawasan naungan Thailand di sebelah timur, barat dan selatan terpaksa diserah kepada penguasaan British dan Perancis. Kesimpulannya, sememangnya Barat tidak berjaya menguasai Thailand seperti yang terjadi di negara Asia Tenggara lain pada masa itu tetapi keseluruhan tampuk pemerintahan dikuasai Barat kerana pemerintah akan merujuk kepada Barat terlebih dahulu. 57 Steinberg, D. J. et.al (1981). Mengenali sejarah Asia Tenggara moden. Hlm. 156-157. 58 D.G.E. Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. London: Macmillan & Co. Ltd. Hlm 827. 59 Harrison, B. (1966) Asia Tenggara: Satu Sejarah Ringkas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 223
  • 14. 14 BIBLIOGRAFI A.B.Griswold. (1961). King Mongkut of Siam. New York: The Asia Society. Audric, J. (1969). Siam: Kingdom of the Saffron Robe. London: Robert Hale & Company. Baker, C. John & Pasuk Pongpaichit (2008). Thai capital after the 1997 crisis. California: Silkworm Books. Batson, Benjamin A. (1984). The end of absolute monarchy in Siam. Singapura: Oxford Univeristy Press. Bottye, N. (1974). The military, government and society in Siam, 1868-1910 : Politics and military reform during the Reign of King Chulalongkorn. U.S.A: Xerox University Microfilms, Ann Arbor, Michigan. Craig, A. Lockard. (2009). Southeast Asia: world history. New York: Oxford University Press. Cumming, J. (2005). Bangkok: City of angels. Singapore: Periplus Editions. David, K. Wyatt (1969). The politics of reform in Thailand: Education in the reign of King Chulalongkorn. Thailand: Yale University Press. Franz, H. Michael and George E. Taylor. (2009).The far east in the modern world. Inc: Holt, Rinehart, and Winston. George Mc Turnan Kahin. (1982). Kerajaan dan politik Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hall, D.G.E.. (1981). Sejarah Asia Tenggara. London: Macmillan & Co. Ltd. Hill, R. D. and Bray, Jennifer M. (1981). Geography and the environment in Southeast Asia. Hong Kong: Hong Kong University Press. Hussein Ahmad B.A. (Hons.) (1971). Sejarah Thailand dari Prasejarah hingga sekarang. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Ibrahim Mustafa B.A (Hons), Dip. Ed. (Malaya) (1994). Pengkajian sejarah moden. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
  • 15. 15 Iris, G. Haapanen (2011). Critical hermeneutics in Thai education. Bloomington: Author House. J. A. Hammerton. (2007). Peoples of all nations. India: Logos Press. Khoo, G. (1978). Asia dalam perubahan: sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books. King, R. and Craig, Timothy J. (2002). Global goes local: popular culture in Asia. Hong Kong: Hong Kong Universiti Press. Kobkua Suwannathat-Pian (1991). Sejarah Thai zaman Bangkok. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ninian Smart (2009). Falsafah dunia. Kuala Lumpur: Percetakan Naz Sdn. Bhd. Paban Mishra (2010). The history of Thailand. California: ABC-CLIO, LLC. R. D. Hill and Jennifer M. Bray. (1981). Geography and the environment in Southeast Asia. Hong Kong: Hong Kong University Press. Stengs, I. (2009). Worshipping the Great Moderniser: King Chulalongkorn, Patron Saint of the Thai middle class. Singapore: NUS Press. Woodier, J. (2008). The media and political change in Southeast Asia. United Kindom: Edward Elgar Publishing Limited.