SlideShare a Scribd company logo
1 of 94
PERKEMBANGAN POLITIK
MALAYSIA
POLITIK & KERAJAAN
HNP 3023
3 FASA UTAMA DALAM PERKEMBANGAN
POLITIK DI MALAYSIA :
• Fasa Pertama : Era Pra-Kemerdekaan
(sebelum merdeka hingga tahun 1960)
• Fasa Kedua : Era Pengisian Kemerdekaan
(Dari Tahun 1960-an hingga 1980-an)
• Fasa Ketiga : Era Pengukuhan Kemerdekaan
(Dari tahun 1990-an hingga era 2000-an)
ERA PRA-KEMERDEKAAN
(SEBELUM MERDEKA HINGGA TAHUN 1960)
• Kedatangan British telah membawa perubahan
ke atas struktur politik, ekonomi dan sosial
masyarakat di Tanah Melayu.
i. Politik – Sistem Residen
ii. Ekonomi – Dasar Pecah dan Perintah &
kemasukan imigran dari China dan India
iii. Sosial – perkembangan bidang pendidikan
GERAKAN NASIONALISME DI MALAYSIA
• Pertambahan bilangan pelajar yang menerima
pendidikan di Barat dan Timur Tengah serta
kelahiran institusi pendidikan Melayu mendorong
kepada penyebaran aliran pemikiran baru/ revolusi
mental kepada masyarakat.
• Menurut Roff (1980:57) – Terdapat tiga golongan
intelektual yang membangkitkan semangat
nasionalisme rakyat, iaitu :
i. Golongan Berpendidikan Agama
ii. Golongan Berpendidikan Sekular Inggeris
iii. Golongan Berpendidikan Melayu
1) GOLONGAN INTELEKTUAL AGAMA
• Tokoh : Syed Sheikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin dan
Burhanuddin Helmy.
• Menubuhkan sebuah kumpulan reformis yang dikenali
sebagai “KAUM MUDA” pada tahun 1906.
• KAUM MUDA adalah hasil daripada pengaruh gerakan Islah
Islamiyah di Mesir yang dipelopori oleh al-Afghani,
Muhammad Abduh & Rashid Rida.
• KAUM MUDA merujuk kepada gerakan membasmi dan
menentang amalan karut/kuno Melayu yang tidak
berlandaskan kepada ajaran Qur’an dan Sunnah.
• Matlamat : Mewujudkan reformasi pan-Islamisasi iaitu
menjadikan Islam sebagai teras pemerintahan negara.
• Menjadikan Singapura sebagai pusat operasi gerakan
KAUM MUDA kerana Singapura merupakan pusat
perkembangan kesusasteraan dan penerbitan terpenting
di Asia Tenggara.
• Bagaimana KAUM MUDA menyuntik kesedaran
nasionalisme kepada masyarakat di Tanah Melayu?
i. Mata Pena – Majalah dan akhbar
Contoh : al-Imam, al-Ikhwan dan Saudara
ii. Penubuhan madrasah
Contoh : Madrasah al-Mahsyor, il-Ihya as-Sharif &
Madrasah Hamidiah
• Usaha KAUM MUDA mendapat tentangan hebat
KAUM TUA.
• Antara tokoh KAUM TUA : Hj. Osman Jalaluddin al-
Kelantani, Haji Yaakub Legor & Sheikh Abdullah Fahim.
• KAUM TUA mempraktikkan tradisi konservatif dan
mempertahankan nilai-nilai establishment yang sedia
wujud dalam masyarakat.
• Menggunakan akhbar Lidah Benar bgi menyanggah
gerakan KAUM MUDA.
• KAUM TUA juga menguatkuasakan undang-undang
agama bagi menyekat penularan idea-idea KAUM
MUDA.
Contoh : Enakmen Undang-undang Islam 1904 –
penyebaran agama perlu mendapatkan kebenaran
bertulis daripada Sultan.
2) GOLONGAN INTELEKTUAL SEKULAR
INGGERIS
• Golongan yang berpeluang melanjutkan pelajaran
ke Barat – dipengaruhi oleh keadaan sosial di sana.
• Antara tokoh berpendidikan sekular Inggeris
adalah seperti Tunku Abdul Rahman, Tun. Dr.
Ismail dan Tun Dr. Mohamed Suffian Hashim.
• Menerusi Persatuan Melayu Great Britain – mereka
mempengaruhi pihak British untuk
mempercepatkan proses kemerdekaan dan
menghapuskan Malayan Union.
3) GOLONGAN INTELEKTUAL MELAYU
• Penubuhan institusi pendidikan Melayu seperti Maktab
Perguruan Sultan Idris (MPSI), Maktab Melayu Kuala
Kangsar (MCKK), Kolej Teknik Kuala Lumpur dan Kolej
Pertanian Serdang banyak melahirkan golongan intelektual
Melayu yang aktif menyebarkan wacana perjuangan
nasionalisme.
• Tokoh : Ibrahim Hj. Yaakob, Isa Mohamad, Hassan Manan
dan Ishak Hj. Muhamad.
• Mereka memanifestasikan kebangkitan semangat kebangsaan
ini ke dalam bentuk parti-parti politik seperti Kesatuan
Melayu Muda (KMM), Kesatuan Melayu Singapura (KMS),
Persatuan Melayu Perak dan Persatuan Melayu Pahang.
KESATUAN MELAYU MUDA (KMM)
• Merupakan parti politik kebangsaan yang paling awal di Tanah
Melayu- ditubuhkan pada tahun 1938 oleh Ibrahim Yaakob.
• Matlamat utamanya adalah untuk membebaskan Tanah Melayu
daripada penjajahan British dan mewujudkan gagasan ‘Melayu
Raya’- Penyatuan Tanah Melayu dan Indonesia.
• Radikal & berhaluan kiri kerana mengamalkan dasar yang
bertentangan dengan British.
• KMM mengadakan pakatan dengan Jepun untuk menggulingkan
British.
• Menggunakan akhbar ‘Warta Malaya’ untuk menyebarkan perasaan
anti-British kepada masyarakat.
• Parti ini diharamkan British dan pemimpin-pemimpinnya
ditangkap pada tahun 1942.
PARTI KEBANGSAAN MELAYU MALAYA
(PKMM)
• Kegagalan KMM telah mendorong penubuhan sebuah lagi parti politik iaitu PKMM
pada 17 Oktober 1945.
• Sebuah parti politik Melayu pertama yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam dan
Mokhtaruddin Lasso demi membela nasib kaum Melayu di negara ini.
• Mempunyai pengaruh komunis – memperkenalkan ‘8 Dasar’ yang diinspirasikan
daripada rancangan ‘9 perkara’ oleh Parti Komunis Malaya (PKM).
• Menubuhkan sayap pemuda dan pemudi yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda
Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).
• Pada awalnya, PKMM memperjuangkan misi untuk membentuk Melayu Raya, tetapi
matlamat ini mendapat sokongan rakyat dan ahlinya sendiri. Oleh itu, mereka
menukar hala tuju dengan membentuk satu gabungan parti-parti Melayu Radikal,
iaitu Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA).
• PUTERA akhirnya bekerjasama dengan parti-parti bukan Melayu iaitu All Malayan
Council of Joint Action (AMCJA).
PUTERA - AMCJA
• Merupakan gabungan terawal parti-parti Melayu dan bukan Melayu di negara ini - 1947
• Matlamat utama yang diperjuangkan adalah pembentukan negara bangsa yang
menegaskan satu kerakyatan.
• Oleh itu, mereka telah merangka ‘Perlembagaan Rakyat’ bagi menggantikan Malayan
Union.
• Terdapat 10 prinsip asas dalam Perlembagaan Rakyat ini :
I. Singapura disatukan dengan Malaya
II. Hanya satu kerajaan pusat dan majlis negeri-negeri yang dipilih.
III. Raja-raja Melayu mempunyai kuasa sebenar
IV. Menyediakan keistimewaan tertentu bagi kemajuan orang Melayu dari segi politik dan
ekonomi.
V. Adat istiadat Melayu dan agam Islam dikawal sepenuhnya oleh orang Melayu.
VI. Kerakyatan serata bagi semua orang.
VII. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
VIII. Pertahanan dan hal ehwal negeri menjadi tanggungjawab bersama kerajaan Malaya
dan kerajaan British.
IX. Kerakyatan Malaya dinamakan Melayu
X. Warna merah putih dimasukkan sebagai latar belakang bendera kebangsaan Malaya.
• British menolak Perlembagaan Rakyat yang dicadangkan
oleh PUTERA-AMCJA kerana mereka hanya
menjalankan rundingan dengan golongan elit dan raja-
raja Melayu dan bimbang kedudukan British akan
terancam di Tanah Melayu.
• PUTERA-AMCJA telah melancarkan mogok ‘Hari Hartal
Semalaya’ pada 20 September 1947 – protes besar-
besaran tanpa keganasan, hanyalah penutupan semua
premis yang beroperasi seperti kilang, kedai, sekolah,
pejabat dan ladang.
• Matlamat utama : untuk mencetuskan ketidakakuran
awam sebagai tanda protes terhadap British.
• Akibatnya, pemimpin PUTERA-AMCJA seperti Ahmad
Boestamam, Abu Bakar Bakir dan Burhanuddin Helmy
ditangkap di bawah Undang-undang Darurat 1948
kerana dikaitkan dengan fahaman komunis.
MALAYAN UNION
• Diisytiharkan oleh British pada 1 April 1946 – merupakan gabungan
Negeri-negeri Melayu dengan Negeri-negeri Selat (tanpa Singapura).
Singapura dikekalkan sebagai tanah jajahan kerana penyertaan Singapura
akan mencetuskan penentangan terhadap Malayan Union.
• Hasrat British untuk menyediakan kemerdekaan kepada tanah Melayu.
• Kuasa pentadbiran terletak sepenuhnya kepada Gabenor British yang
pertama – Sir Edward Gent
• Tujuan penubuhan :
i. Membentuk bangsa Malayan Union
ii. Mengawal kuasa politik Melayu – raja-raja Melayu kehilangan kuasa
iii. Penguasaan British ke atas ekonomi Tanah Melayu
iv. Memastikan agar sumber tenaga kerja (imigran) tidak terjejas –
kerakyatan jus soli
v. Kukuhkan pertahanan British
vi. Wujudkan pentadbiran yang cekap dan seragam
PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU
BERSATU (UMNO)
• Ditubuhkan pada 20 September 1946 bertujuan untuk melindungi hak-hak
orang Melayu dengan membantah pembentukan gagasan Malayan Union.
• Penubuhan UMNO telah membuka ruang kepada golongan elit Melayu pro-
Barat untuk mengambil alih perjuangan menuntut kemerdekaan.
• Mengapa UMNO membantah pembentukan Malayan Union sedangkan
UMNO adalah sekutu kuat British? Penentangan terhadap Malayan Union
berlaku di semua peringkat akar umbi masyarakat Melayu.
• Mereka mempersoalkan mengenai isu kerakyatan ‘jus soli’ yang terlalu
longgar dan mudah, penghapusan kedudukan Raja-raja Melayu dan
penarikan semula hak istimewa orang Melayu.
• Maka, satu perhimpunan yang melibatkan lebih daripada 41 persatuan
Melayu termasuk PKMM diadakan di Kuala Lumpur. Hasilnya, UMNO
terbentuk di bawah pimpinan Onn Jaafar.
• Namun, wujud pertembungan dalam perjuangan PKMM dan
UMNO. PKMM ingin menuntut kemerdekaan sepenuhnya dari
British, manakala UMNO hanya sekadar ingin mengembalikan
status quo golongan elit Melayu tanpa kemerdekaan.
• Kelebihan UMNO :
i. Berjaya merapatkan kembali hubungan sultan-sultan Melayu dan
rakyat.
ii. Dasar UMNO yang sering melindungi hak Melayu mendapat
sokongan besar masyarakat Melayu.
iii. Mengambil pendekatan pragmatik dengan menggunakan
hubungan baik yang dijalinkan oleh pembesar Melayu dan
British demi kepentingan perjuangan mereka.
• UMNO berjaya mencapai kesepakatan dengan British untuk
membubarkan Malayan Union dan membentuk Perlembagaan
1948.
MALAYSIAN INDIAN CONGRESS (MIC)
• Ditubuhkan pada Ogos 1946 – diketuai oleh John A. Thivy.
• Perjuangan awal MIC menyokong kemerdekaan di India,
tetapi kurang mendapat sambutan dari rakyat India di Tanah
Melayu.
• Selepas kemerdekaan India pada tahun 1947, MIC
menumpukan kepada isu kerakyatan, taraf hidup dan
kebajikan masyarakat India di Tanah Melayu.
• MIC pernah menyertai parti serpihan Dato’ Onn Jaafar (IMP)
tetapi tidak mendapat sambutan.
• Namun, pada tahun 1955 MIC bergabung dengan UMNO dan
MCA untuk membentuk Parti Perikatan.
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 1948
• Ditubuhkan hasil daripada perbincangan jawatankuasa yang terdiri
daripada wakil-wakil UMNO, Raja-raja Melayu dan wakil kerajaan
British.
• Mendapat tentangan orang-orang Cina, PKMM dan AMCJA.
• Antara intipati :
a) Kuasa memerintah persekutuan Tanah Melayu terletak pada
tangan Pesuruhjaya Tinggi British dibantu oleh Majlis Kerja
Kerajaan (wakil-wakil mengikut kaum)
b) Majlis Raja-raja telah dibentuk – mengembalikan kedaulatan
Raja-raja Melayu.
c) Taraf kewarganegaraan yang ketat –kewarganegaraan melalui
undang-undang dan kewarganegaraan menerusi permintaan- had
300,000 orang bukan Melayu.
DARURAT TANAH MELAYU 1948
• Berlaku pada tahun 1948 hingga tahun 1960 – diisytiharkan pada 7 Julai 1948.
• Persengketaan di antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan kerajaan British.
• Sebab Darurat :
i. Bermula selepas pendudukan Jepun pada 1942 – 1946
ii. Pembunuhan 3 orang pengurus ladang berbangsa Inggeris di Perak pada tahun 1948
telah menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat.
iii. PKM diharamkan – mengubah dasarnya daripada bersikap sederhana kepada agresif.
iv. Memulakan mogok dengan Kesatuan Sekerja, tetapi gagal.
v. Hubungan PKM dan British yang semakin keruh dan setelah Chin Peng dilantik
sebagai ketua yang baru, gerakan bersenjata - Darurat diisytiharkan di Johor pada 19-
6-1948.
vi. “Min Yuen” (Gerakan Rakyat) ditubuhkan untuk menyokong komunis
• Langkah-langkah Mengatasi Darurat :
i. Undang-undang Darurat –
 Parti politik yang bersifat radikal diharamkan
 Sesiapa yang disyaki terlibat dengan komunis akan ditangkap, serta dibuang
negeri
 Hukuman bunuh dibuat untuk sesiapa yang dianggap bersubahat dengan
komunis
ii. Perintah Berkurung
iii. Kawasan putih dan Hitam
iv. Sekatan Jalan Raya & kawalan kampung
v. Kad Pengenalan
vi. Rancangan Briggs -
 Dilancarkan pada tahun 1950 dan diketuai oleh Sir Harold Rowdan Briggs.
 Tindakan British untuk melumpuhkan gerakan Min Yuen
 Memindahkan penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan
dan menempatkan mereka di kawasan penempatan semula atau di Kampung
Baru supaya mereka tidak diugut oleh Min Yuen.
 Gerakan Kelaparan – menyekat maklumat dan bekalan makanan serta ubat-ubatan
MALAYSIAN CHINESE ASSOCIATION
(MCA)
• Kesan daripada ancaman komunis ini, British telah
bertindak untuk menubuhkan sebuah parti politik Cina
berhaluan kanan dikenali sebagai Malayan Chinese
Association (MCA).
• Ditubuhkan oleh pada 27 Februari 1949 di bawah
pimpinan Tun Tan Cheng Lock.
• Matlamat : Untuk melindungi hak dan kebajikan
masyarakat Cina di Tanah Melayu.
• Bergabung dengan UMNO pada Pilihan Raya Majlis
Bandaran Kuala Lumpur tahun 1952.
PARTI ISLAM SE-MALAYA (PAS)
• Ditubuhkan pada 23 Ogos 1951 – hasil daripada persidangan para ulamak di
Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Persatuan Ulamak SeMalaya.
• Persatuan Ulamak SeMalaya = di ubah kepada Parti Islam SeMalaya (PAS) pada
November 1951.
• Sejarah penubuhan PAS amat sinonim dengan sejarah perjuangan Hizbul
Muslimin yang ditubuhkan di Gunung Semanggol, Perak pada 14 Mac 1948 di
bawah pimpinan Abu Bakar al-Bakir, seorang tokoh agama dan didokong oleh
golongan elit agama tradisional yang terdiri daripada guru dan pelajar agama.
• Parti ini kemudiannya diharamkan oleh British pada 18 Jun 1948 menyebabkan
sebahagian ahli Hizbul Muslimin bertindak menganggotai Biro Agama UMNO
bagi mengisi ruang perjuangan Islam dalam parti tersebut.
• Daripada biro tersebut, lahirlah Persatuan Ulama SeMalaya yang dipimpin oleh
Tuan Haji Ahmad Fuad bin Hassan.
• Pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan menerusi
landasan demokrasi ke arah membentuk negara yang diredhai Allah.
PERKEMBANGAN POLITIK 1950 - 1960
i. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) pada
tahun 1949 – bertujuan untuk mewujudkan persefahaman antara
kaum.
 Anggota CLC :
 UMNO- Dato Onn Jaafar
 MCA- Tun Tan Cheng Lock
 Pengerusi - Dato E.E.C Thuraisingan.
 Penasihat - Sir Malcolm MacDonald (Gabenor Jeneral Asia
Tenggara)
 Hasil persefahaman CLC :
 Syarat kerakyatan dilonggarkan
 Bantuan ekonomi dan pendidikan kepada orang Melayu.
 Pilihanraya diadakan pada masa yang sesuai di peringkat bandaran,
negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan
 Pembentukan satu sistem pendidikan yang mewajibkan penggunaan
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
ii. Penubuhan Sistem Ahli dilaksanakan pada tahun 1951
hingga 1955- bertujuan untuk melatih orang Melayu
dan kaum lain dalam pentadbiran Tanah Melayu.
 Idea ini dicetuskan oleh Onn Jaafar.
 Ciri – ciri :
• Kabinet bayangan (sistem pentadbiran berbentuk
kabinet tanpa pilihan raya).
• Anggotanya dikenali sebagai ahli.
• Pelantikan dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British
dengan persetujuan Majlis Raja-raja Melayu.
• 9 orang ahli – 3 Melayu + 1 Cina + 1 India + 4 pegawai
British.
• Ahli-ahli diletakkan di bawah penguasaan pegawai
tinggi British.
Anggota Sistem Ahli :
Ahli Jabatan
Dato’ Onn Jaafar Hal Ehwal Dalam Negeri
Dato’ Mahmud Mat Tanah, Perlombongan dan
Perhubungan
Tunku Yaacob Almarhum
Sultan Abdul Halim Shah
Pertanian dan Perhutanan
E. E. C Thuraisingham Pelajaran
Dr. Lee Ting Keng Kesihatan
iii. PILIHAN RAYA MAJLIS BANDARAN
• Tujuan : memberi peluang kepada penduduk tempatan menjalankan tanggungjawab
mereka ke arah proses berkerajaan sendiri secara berperingkat.
• Pilihan Raya Majlis Bandaran diadakan di setiap bandar-bandar besar.
• 1951 : Pilihan Raya Majlis Bandaran pertama diadakan di Georgetown – Parti
Radikal memenangi 6 daripada 9 kerusi yang dipertandingkan.
• 1952 : Gabungan UMNO dan MCA berjaya memenangi 9 daripada 12 kerusi dalam
pilihan raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur. 2 lagi kerusi dimenangi oleh
Independent Malayaan Party (IMP) pimpinan Dato’ Onn Jaafar dan 1 kerusi milik
calon bebas.
• Kerjasama yang dibuat UMNO dan MCA dalam pilihan raya Bandaran Kuala
Lumpur ini telah membuka ruang untuk penggabungan parti perkauman yang lebih
luas - PARTI PERIKATAN.
• 1954 : Pilihan Raya Negeri diadakan – UMNO dan MCA memenangi 226 daripada
268 buah kerusi negeri yang dipertandingkan. Kemenangan ini menunjukkan rakyat
menerima prinsip kerjasama kaum dalam politik di Tanah Melayu.
iv. PILIHAN RAYA UMUM 1955
• Pilihan raya umum pertama di Tanah Melayu.
• Parti Perikatan diperluaskan lagi dengan kemasukan MIC.
• Antara faktor-faktor yang mendorong kepada pembentukan Parti Perikatan:
I. Kemerdekaan daripada British sangat diperlukan.
II. Pengisytiharan darurat 1948 memaksa parti-parti ini bekerjasama
menghadapai komunis.
III. Kejayaan gabungan Perikatan dalam pilihan raya menjadi asas yang
mengukuhkan hubungan mereka.
• Manifesto Parti Perikatan :
a) Mencapai kemerdekaan dalam tempoh 4 tahun
b) Mewajibkan pendidikan rendah
c) Melindungi hak-hak Raja Melayu
d) Menamatkan darurat
e) Menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan
• Menyaksikan kemenangan besar Parti Perikatan – memenangi
sebanyak 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan (79.6% undi).
1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS di Kerian.
Keputusan Pilihan Raya Umum 1955
Parti Bilangan Kerusi
yang
dipertandingkan
Bil. Kerusi yang
dimenangi
Perikatan 52 51
Parti Negara 30 -
Parti Islam Se-Malaya 11 1
Liga Melayu Perak 9 -
Parti Buruh 4 -
People’s Progressive
Party
2 -
Bebas 18 -
v. MISI KEMERDEKAAN
• 18 Januari – 6 Februari 1956 : Rombongan kemerdekaan bertolak ke
London diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Rundingan dipengerusikan
oleh Lord Lennox-Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British.
• Hasilnya, suruhanjaya Reid ditubuhkan pada tahun 1955 bagi
mengesyorkan pembentukan satu perlembagaan persekutuan berdasarkan
kepada demokrasi berparlimen.
• Ahli-ahlinya terdiri daripada :
i. Lord Reid (Britain)
ii. Sir Ivor Jennings (Britain)
iii. Sir William McKell (Australia)
iv. B. Malik (India)
v. Hakim Abdul Hamid (Pakistan)
• Perkara penting yang dibincangkan ialah pembentukan sebuah kerajaan
pusat, kuasa autonomi negeri, kedudukan istimewa Raja-raja Melayu
dan pengekalan hak istimewa orang-orang Melayu.
• Kemerdekaan diisytiharkan pada 31 Ogos 1957
vi. PILIHAN RAYA UMUM 1959
• Parti Perikatan telah memenangi 74 daripada 104 kerusi yang
dipertandingkan dengan jumlah undi sebanyak 51.7%.
Penurunan kadar undi Perikatan ini adalah disebabkan oleh
pertambahan undi kaum Cina yang lebih memilih PPP
berbanding MCA.
• Baki 30 kerusi lagi dimenangi oleh barisan pembangkang
(PPP, PMIP, Barisan Sosialis, Parti Negara dan Parti Malaya).
• PAS memenangi kerusi terbanyak pembangkang iaitu 13
kerusi (21.2% undi).
• Barisan Sosialis pula mendapat 8 kerusi (12.9% undi).
• Parti Progresif Penduduk (PPP) memperolehi 4 kerusi
Parlimen dengan undi sebanyak 6.3%.
Era Pengisian Kemerdekaan
(Dari Tahun 1960-an hingga 1980-an)
i. PEMBENTUKAN MALAYSIA TAHUN 1963
• Pembentukan Malaysia merupakan proses dekolonialisasi negera-negara kecil
yang belum membangun.
• Tujuannya :
 Menstabilkan Asia Tenggara daripada ancaman komunis.
 Mengimbangi kadar pertambahan orang Cina di Tanah Melayu.
 Mewujudkan semangat setiakawan dan kerjasama di antara negara-negara
anggota.
• Langkah-langkah ke arah pembentukan Malaysia :
1) DIALOG BORNEO
• Perbincangan di antara gabenor Sarawak, Sabah, Pesuruhjaya Tinggi Brunei dan
Pesuruhjaya Umum Singapura mengenai pembentukan Malaysia.
2) JAWATANKUASA PERUNDINGAN DAN PERPADUAN MALAYSIA
• Ditubuhkan pada Julai 1961 – terdiri daripada wakil-wakil dari Tanah Melayu,
Singapura, Sarawak dan Sabah. Brunei hanya menghantar pemerhati.
• Tujuannya:
 Mengumpulkan pandangan mengenai pembentukan Malaysia daripada negara-negara
anggota.
 Menyebarkan informasi mengenai pembentukan Malaysia.
 Menggalakkan perbincangan mengenai pembentukan Malaysia.
 Mempromosikan aktiviti yang boleh membantu merealisasikan pembentukan Malaysia.
3) PERJANJIAN PERSEKUTUAN MELAYU – SINGAPURA
• Ogos 1961 – Persetujuan untuk bersatu di antara Tanah Melayu dan Singapura telah
dicapai dengan syarat berikut :
 Singapura menjadi negara baru dalam persekutuan
 Mempunyai 15 kerusi dalam persekutuan Dewan Rakyat dan 2 kerusi dalam Dewan
Negara.
 Mempunyai kuasa autonomi ke atas pendidikan dan dasar buruh.
 Warga Singapura mempunyai dua kewarganegaraan – Singapura dan Malaysia
 Ketua negara Singapura kekal dipanggil ‘Yang di-Pertuan Negara – dilantik oleh YDPA
atas nasihat daripada Perdana Menteri Singapura.
4) SURUHANJAYA COBBOLD
• Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan pada 17 Januari 1962 bertujuan
untuk meninjau pandangan penduduk di Borneo Utara (Sabah) dan
Sarawak tentang gagasan Malaysia.
• Hasil laporan Suruhanjaya Cobbold menunjukkan seramai 80%
penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju dengan penubuhan Malaysia.
5) JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN (INTERGOVERNMENTAL
COMMITTEE)
• Ditubuhkan bagi membincangkan penyertaan Sabah dan Sarawak dalam
perlembagaan persekutuan.
• Terdiri daripada beberapa ahli seperti Lord Lansdowne (Pengerusi), Tun
Abdul Razak, Donald Stephen (Sabah) dan Abang Hj. Mustapha
(Sarawak).
• Menerima banyak memorandum daripada individu, organisasi dan
parti-parti politik – respon yang diterima dimasukkan sebgai laporan.
6) REFERENDUM SINGAPURA
• Sebuah referendum nasional telah ditubuhkan untuk memberi peluang kepada rakyat Singapura
memilih alternatif terbaik bagi pembentukan Malaysia. Antara alternatifnya, adalah :
i. Alternatif 1 – bergabung mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam ‘white paper’.
ii. Alternatif 2 – bergabung dan perlu patuh kepada semua polisi yang ditetapkan dalam persekutuan.
iii. Alternatif 3 – bergabung mengikut syarat yang sama seperti Sabah, Brunei dan Sarawak.
• Hasil referendum ini mendapati hampir 70% rakyat Singapura memilih alternatif 1 iaitu bergabung
mengikut perjanjian ‘white paper’.
7) KEPUTUSAN BRUNEI
• Pada tahun 1962, Sultan Brunei telah melantik sebuah suruhanjaya untuk menilai pandangan
penduduk Brunei terhadap penggabungannya dengan Tanah Melayu.
• Hasil penilaian ini mendapati :
i. Terdapat bantahan yang lantang daripada Azahari dan partinya iaitu Parti Rakyat Brunei (PRB) yang
menguasai badan perundangan Brunei.
ii. Selain itu, Brunei juga takut sekiranya hasil minyak mereka akan jatuh ke tangan kerajaan
Persekutuan.
iii. Isu mengenai Kesultanan Brunei tidak boleh diketepikan.
• Oleh itu, Brunei menagmbil keputusan untuk tidak turut serta dalam pembentukan Malaysia.
PENUBUHAN MALAYSIA
• Rang undang-undang pembentukan Malaysia – mendapat 73
sokongan ahli Parlimen dan 15 yang lain menolak penubuhan
Malaysia.
• Namun begitu, jumlah sokongan ini melebihi 2/3 majoriti
undi – rang undang-undang ini diluluskan.
• Begitu juga di Singapura – 25 undi sokongan dan 7 yang lain
membantah penggabungan ini.
• Oleh itu, penubuhan Malaysia telah diisytiharkan pada 16
September 1963.
• Penubuhan Malaysia ini mendapat tentangan hebat daripada
Filipina (Filipina menuntut hak kedaulatannya ke atas Sabah)
dan Indonesia (mahu menubuhkan Indonesia Raya).
KONFRANTASI MALAYSIA-INDONESIA
• Konfrantasi ini bermula selepas penubuhan Malaysia. Indonesia yang pada ketika
itu di bawah pemerintahan Presiden Sukarno, menentang pembentukan Malaysia
kerana beliau mahu menubuhkan ‘Indonesia Raya’ yang menggabungkan Tanah
Melayu dan Indonesia.
• Akibatnya, Indonesia telah memutuskan hubungan diplomatiknya dengan Malaysia.
• Terdapat isu-isu lain yang telah membangkitkan konfrantasi ini, antaranya :
 Indonesia berasa terancam dengan adanya tentera dan pengkalan asing di Malaysia.
 Pembentukan Malaysia juga menjadi ancaman kepada Indonesia kerana Malaysia
menjadi sarang bangsa Cina.
• Konfrantasi ini berlanjutan sehingga tahun 1966 – pada awalnya, konfrantasi ini
hanya sekadar ‘perang mulut’ di antara Malaysia dan Indonesia. Ia termasuklah
kempen ‘Ganyang Malaysia’ yang dilancarkan oleh Indonesia.
• Namun, konfrantasi ini bertukar menjadi perang ketenteraan.
• April 1963 – pasukan tentera Indonesia mula memasuki kawasan Sabah dan
Sarawak untuk menyebarkan propaganda dan menakluki kawasan ini.
• 1964 – pasukan tentera Indonesia mendarat di Johor dan
cuba membentuk pasukan gerila. Namun, percubaan mereka
berjaya dipatahkan oleh regimen askar Melayu.
• Malaysia juga meminta pihak British dan Australia untuk
menempatkan pasukan tentera mereka di kawasan sempadan
Kalimantan.
• Pelbagai usaha dan perjanjian yang telah dilakukan oleh
Malaysia dan negara-negara jiran lain untuk menamatkan
konfrantasi ini, tetapi menemui jalan buntu.
• Namun, selepas kejatuhan Presiden Sukarno pada tahun
1965, telah membuka ruang pendamaian yang luas antara
Malaysia dan Indonesia.
• Mei 1966 – sebuah rundingan diadakan di Bangkok. Kedua-
dua buah negara telah mencapai kata putus untuk berdamai
dan mengakhiri konfrantasi ini.
PILIHAN RAYA UMUM 1964
• PRU 1964 – Pilihan raya pertama selepas pembentukan Malaysia ( Sabah dan Sarawak
tidak terlibat kerana pilihan raya baru dilaksanakan sewaktu pembentukan Malaysia).
• Oleh itu, jumlah kerusi yang dipertandingkan masih kekal sama iaitu 104 kerusi.
• Walaupun, Malaysia terlibat dengan pergolakan politik yang hebat, tetapi ini tidak
menghalang parti Perikatan untuk beraksi cemerlang pada PRU ini.
• Parti Perikatan berjaya memenangi 89 kerusi dengan peningkatan undi sebanyak 3.5%
daripada 51.5% undi yang diperolehi pada pilihan raya lepas.
• Manakala pembangkang hanya berjaya memenangi 15 kerusi Parlimen (41.5% undi)
berbanding 30 kerusi pada PRU 1959.
• PAS - 9 kerusi berbanding 13 kerusi pada pilihan raya yang lalu, dengan jumlah undi
merosot sebanyak 7.1%.
• Barisan Sosialis - 2 kerusi berbanding 8 kerusi pada PRU 1959.
• Parti Progresif Rakyat (PPP) - 2 kerusi berbanding 4 kerusi pada pilihan raya lalu.
• Jumlah pengundi keluar mengundi meningkat kepada 78.9%.
PEMISAHAN SINGAPURA DARI MALAYSIA
• Di antara tahun 1964 – 1965, terdapat beberapa peristiwa yang telah meretakkan
hubungan Malaysia-Singapura :
i. Terdapat rusuhan-rusuhan kesan daripada konflik perkauman di antara PAP dan
pelampau perkauman orang-orang Melayu di Persekutuan – mewujudkan hubungan
tidak baik di antara kerajaan Cina di Singapura dan kerajaan Melayu di Persekutuan.
ii. Usaha Lee Kuan Yew untuk mengemukakan calon-calon PAP dalam PRU 1964 di
Persekutuan telah disalah ertikan oleh ahli politik Melayu sebagai usaha Lee untuk
merebut pucuk pimpinan di Kuala Lumpur.
iii. Mei 1965 Lee menghimpun empat parti pembangkang di Tanah Melayu dan Sarawak
untuk menyertai PAP dalam konvensyen perpaduan Malaysia atau Malaysian Solidarity
Convention (MSC) yang mendokong
konsep ‘Malaysian Malaysia’ – dianggap sebagai satu menifestasi cita-cita Lee untuk
menjadi Perdana Menteri kerana ia berjaya menarik sokongan masyarakat.
• Selepas PAP memenangi pilihan raya Singapura 1963, PAP mendesak Tunku untuk
mencalonkan satu daripada dua Senator Persekutuan dari Singapura - Tunku bersetuju
untuk melakukannya.
• PAP nampak seperti cuba untuk memecahbelahkan antara UMNO dan MCA dengan
menunjukkan yang MCA tidak berharga sebagai satu rakan kongsi dalam Perikatan dan
dengan cuba menggantikan MCA dalam Perikatan – tetapi gagal.
• Hasil dari langkah radikal PAP terhadap Perikatan,
pemimpin-pemimpin Tanah Melayu merancang
untuk menangkap Lee. Keadaan keselamatan dalam
negeri semasa agak tegang.
• Pada tahun 1965- Singapura telah melancarkan
kempen ‘ Malaysian Malaysia’- Tunku melihat
ideologi PAP ‘Malaysian Malaysia’ sebagai
berpotensi mendatangkan ancaman terhadap
Malaysia.
• Oleh itu, pada 9 Ogos 1965 – Tunku terpaksa
menyingkirkan Singapura daripada Persekutuan
Malaysia – bagi mengelakkan rusuhan perkauman
yang lebih dahsyat daripada berlaku.
RUSUHAN KAUM 13 MEI 1969
• Punca-punca berlakunya konflik perkauman :
i. Ketidakpuasan hati kaum Cina dan India terhadap hak istimewa kaum Melayu
yang termaktub dalam Perlembagaan 1957 – khususnya Perkara 153 (hak
istimewa orang Melayu), Perkara 152 (Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi).
ii. MCA dan MIC juga tidak lagi mempunyai kuasa yang sama rata dengan UMNO –
Perlu membuat rundingan dulu dengan UMNO berhubung sebarang isu yang
berkaitan dengan kepentingan kaum Cina dan India (Vasil 1972:3).
iii. Isu bahasa dan pendidikan
iv. Kepincangan UMNO sendiri – terdapat konspirasi politik untuk menjatuhkan
Tunku oleh golongan young Turks (golongan ini hanya mahukan pemerintahan
Melayu/UMNO sahaja yang menguasai pentadbiran kerajaan.
Contoh : Demonstrasi Anti Tunku
v. Pilihan Raya Umum 1969 – isu-isu berbaur perkauman dimainkan oleh parti-
parti pembangkang dalam kempen pilihan raya.
vi. Pengaruh komunis - Pada hari penamaan
calon, Parti Buruh telah bekerjasama dengan
komunis untuk mengadakan protes jalanan di
Kuala Lumpur – menconteng jalan raya dan
tembok-tembok dengan cat merah sebagai
ancaman kepada rakyat agar memulaukan
pilihan raya.
• PRU 1969 diadakan dalam situasi politik yang
penuh dengan unsur perkauman.
• Lebih 80% pengundi yang keluar mengundi
dan sebahagian besarnya adalah pengundi
baru berdaftar.
PILIHAN RAYA UMUM 1969
• Parti Perikatan mengalami kekalahan teruk apabila buat pertama kalinya
Perikatan gagal untuk mengekalkan 2/3 majoriti dalam Parlimen – Pulau
Pinang jatuh ke tangan Gerakan dan Kelantan jatuh ke tangan PAS.
• Jumlah kerusi yang dimenangi Perikatan menurun daripada 89 kerusi
(58.5% undi) pada PRU 1964 kepada 66 kerusi (49.3% undi) pada pilihan
raya ini.
• Pembangkang memenangi 49 kerusi pada pilihan raya ini berbanding 15
kerusi pada pilihan raya lepas – DAP, Gerakan dan PPP berjaya memenangi
25 kerusi. Manakala, PAS membolot 12 kerusi.
• Dr. Tan Chee Khoon (Parti Gerakan) memohon untuk mengadakan
perarakan sekitar Kuala Lumpur bagi meraikan kemenangan besar beliau
dan Gerakan pada 12 Mei 1969 – Namun, perarakan kemenangan ini
bertukar menjadi perarakan yang tidak terkawal apabila penyokong-
penyokong parti ini membawa ‘penyapu’ sebagai simbolik kepada
pengusiran Melayu dari Kuala Lumpur dan memasuki kawasan Kg. Baru
yang majoriti penduduknya berbangsa Melayu.
• Sebagai serangan balas, pemuda-pemuda UMNO dan orang Melayu
mengadakan perhimpunan di rumah Menteri Besar Selangor. Pada waktu
yang sama, orang Melayu yang ingin turut serta dalam perhimpunan ini
telah diserang oleh orang Cina di Setapak.
• Akibatnya, bermulalah kejadian rusuhan 13 Mei antara Melayu dan Cina –
mengakibatkan kemusnahan harta benda dan kematian.
• Bagi mengawal keadaan, Tunku telah mengisytiharkan darurat dan
Parlimen digantung – Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN) yang diketuai
oleh Tun Abdul Razak ditubuhkan bagi melicinkan pentadbiran negara dan
mengawal ketenteraman awam.
• Pada tahun 1970 – Tunku berundur sebagai Perdana Menteri dan
digantikan dengan Tun Abdul Razak.
• Tragedi ini dilihat sebagai turning point yang telah mengubah struktur
politik Malaysia – daripada demokrasi liberal kepada demokrasi yang lebih
terkawal.
Contoh : Zakaria Ahmad (1989) – quasi demokrasi, Crouch (1996) – semi-
demokrasi dan Case (2002) – demokrasi autoritarian.
PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA ERA
TUN ABDUL RAZAK
• Tun Abdul Razak telah merangka pelbagai dasar dan pelan yang mencakupi
aspek politik, ekonomi dan sosial – sebagai usaha untuk mengembalikan
persefahaman antara kaum yang telah terjejas.
i. Politik – Kerajaan telah menggubal dan meminda beberapa akta penting.
Antaranya adalah akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Universiti
dan Kolej Universiti (AUKU), akta (pindaan) Perlembagaan 1971 (melarang
perbincangan mengenai isu-isu perkauma secara terbuka).
• Meletakkan pimpinan muda yang dikenali sebagai ‘order baru’ seperti Dr.
Mahathir, Musa Hitan dan Tengku Razaleigh di dalam kabinet kerajaan.
• Menubuhkan sebuah kerajaan campuran- gabungan Perikatan dengan parti-
parti pembangkang bagi melicinkan pentadbiran negara.
ii. Sosial – Rukunegara ditubuhkan bagi mengukuhkan integrasi kaum.
iii. Ekonomi – Dasar Ekonomi Baru
DASAR EKONOMI BARU (DEB)
• Diperkenalkan pada tahun 1970 bersama-sama dengan Rancangan Malaysia Kedua (1971-
1975).
• Strategi serampang dua mata :
i. Membasmi kemiskinan dengan menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi dan
pendapatan yang tinggi.
ii. Melaksanakan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia bagi mengurangkan
jurang ekonomi antara kaum, sekali gus menghapuskan pengenalan ekonomi mengikut
kaum.
• Antara langkah-langkah yang diambil kerajaan :
 Mestikan golongan Bumiputera khususnya orang Melayu menguasai 30% ekuiti dalam
semua sektor ekonomi.
 Menubuhkan pelbagai agensi kerajaan seperti FELDA, MARA dan UDA untuk
mempergiatkan lagi penglibatan Bumiputera dalam sektor ekonomi.
 Mewujudkan Pemodalan Nasional Berhad (PNB) yang menguruskan amanah saham
dan pelaburan untuk Bumiputera.
 Meletakkan kuota Bumiputera bagi kemasukan ke universiti.
• Sudut positif DEB :
i. Pelaksanaan DEB memberi manfaat kepada kaum Melayu apabila pemilikan modal syer
Bumiputera dalam ekonomi meningkat secara mendadak kepada 19.3% pada tahun 1990
berbanding 2.4% pada tahun 1970.
ii. Pegangan syer bukan Bumiputera juga menngkat daripada 28.3% pada tahun 1970 kepada 46.8%
pada tahun 1990 (Gomez & Jomo 1997:166)
iii. Penubuhan MARA, UDA dan PERNAS menggalakkan Bumiputera terlibat aktif dalam perniagaan-
memberi pinjaman, biasiswa dan ruang perniagaan.
iv. Kadar kemiskinan di semenanjung Malaysia juga menurun daripada 49.3% pada tahun 1970
kepada 29.2% pada tahun 1980.
v. Penglibatan kaum Melayu dalam sektor profesional juga meningkat menerusi penubuhan Institut
Terknologi Mara (ITM) pada tahun 1967 – membuka peluang kepada Bumiputera berkecimpung
dalam bidang profesional seperti kejuruteraan dan perundangan.
• Sudut Negatif DEB :
i. Pelaksanaan dasar ini mewujudkan banyak amalan politik wang, kronisme dan patronage dalam
kalangan kelas kapitalis Melayu dan pemerintah.
Contoh: Kerajaan telah memindahkan monopoli syarikat-syarikat besar seperti HICOM, MAS dan
Peremba kepada kroni-kroninya.
ii. Wujud pergantungan di antara kapitalis Melayu dengan kapitalis bukan Melayu menerusi amalan
‘ALI BABA’ – menunjukkan kegagalan kerajaan untuk mencipta usahawan Melayu yang mampu
berdikari.
PERSOALAN ???
• Adakah perubahan struktur politik
dan ekonomi yang dirangka selepas
peristiwa 13 Mei 1969 ini memberi
impak ke atas politik, ekonomi dan
sosial masyarakat? Jika YA, apakah
impak-impak itu?
PILIHAN RAYA UMUM 1974
• Merupakan pilihan raya umum pertama dan kerajaan campuran BN pertama di
bawah pimpinan Tun Abdul Razak.
• Kerusi Dewan Rakyat yang dipertandingkan telah meningkat daripada jumlah 144
kepada 154. Bilangan kerusi DUN juga meningkat daripada 330 kepada 360.
• Peningkatan bilangan kerusi ini adalah hasil urusan persempadanan semula
bahagian-bahagian pilihan raya tahun 1974.
• Parti campuran BN mencapai kemenangan besar apabila berjaya memenangi 135 /
154 kerusi Parlimen (60.7% undi) – membolehkan BN membentuk kerajaan.
• Manakala parti pembangkang seperti DAP dan Parti Sosialis hanya berjaya
memenangi 19 kerusi (39.3% undi).
• Namun, selepas PRU 1974 berlaku beberapa siri demonstrasi yang digerakkan oleh
pelajar:
i. Demonstrasi Tasik Utara di Johor pada September 1974.
ii. ‘Perarakan Kelaparan di Baling pada November 1974.
PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA ERA
TUN HUSSEIN ONN
• Era pemerintahan Hussein Onn bermula selepas kematian Tun Abdul Razak pada 14
Januari 1976.
• Awal pemerintahannya, berlaku krisis dalaman UMNO – Isu pemecatan ketua
Pemuda UMNO, Dato’ Harun Idris. Pemecatan Dato’ Harun Idris ini mendapat
bantahan hebat sebahagian ahli UMNO kerana Majlis Tertinggi mencapai kata
sepakat agar Harun Idris tidak dipecat. Hal ini menyebabkan Pemuda UMNO
beranggapan Hussein telah menagmbil tindakan yang membelakangi keputusan
parti (Jamaie 2003:30).
• Berlaku demonstrasi besar-besaran melibatkan kumpulan mahasiswa ITM pada
tahun 1976 – Krisis berpunca daripada penguatkuasaan tatatertib baru oleh pihak
universiti yang dilihat bertentangan dengan hak pelajar.
• Krisis politik Kelantan tahun 1977 - UMNO tidak bersetuju dengan calon pilihan
PAS, Haji Wan Ismail Ibrahim sebagai Menteri Besar Kelantan selepas PRU 1974.
PAS terpaksa bersetuju menerima calon pilihan UMNO, Dato’ Muhamad Nasir
sebagai Menteri Besar Kelantan (Subky, 1977). Namun begitu, berlaku pertikaian
antara Dato’ Nasir dan Presiden PAS sehingga menyebabkan Dato’ Nasir dipecat dari
PAS dan dikalahkan dengan undi tidak percaya dalam DUN Kelantan. Dato’ Nasir
telah menubuhkan parti BERJASA dan bekerjasama dengan BN dalam PRU 1978.
PILIHAN RAYA UMUM 1978
• Pilihan raya umum pertama sejak Tun Hussein Onn menjadi
Perdana Menteri.
• BN berjaya memenangi 131/154 kerusi Parlimen yang
dipertandingkan (57.6% undi). Jumlah undi menunjukkan
penurunan daripada 57.6% berbanding 60.8% pada PRU 1974
kerana PAS menarik diri dari BN.
• PAS mengalami kekalahan teruk apabila hanya memenangi 5/87
kerusi Parlimen yang ditandinginya.
• Manakala parti pembangkang lain menguasai 18 kerusi – DAP
berjaya meningkatkan jumlah kerusi Parlimen daripada 9 kerusi
pada PRU 1974 kepada 16 kerusi pada PRU 1978.
• Pilihan raya ini menyaksikan peningkatan kadar pengundi sebanyak
21% menjadikan jumlah keseluruhan pengundi sebanyak 5.9 juta.
• Mengambil teraju pemerintahan negara dari Tun Hussein Onn pada 16 Julai 1981.
• Perubahan yang diperkenalkan :
i. Ekonomi – Dasar Penswastaan, Dasar Pembangunan Negara, projek pembangunan infrastruktur
(Pembinaan jambatan Pulau Pinang) dan Dasar Pandang ke Timur – bertujuan untuk mengukuhkan
integrasi kaum dan membangunkan taraf sosioekonomi masayarakat khususnya orang Melayu (Case
1991:464). Namun dari sisi lain, dasar-dasar Mahathir ini dilihat hanya menguntungkan golongan
korporat Melayu dan elit pemerintah. Semakin lama semakin jelas akan wujudnya amalan politik
wang, korupsi dan kronisme dalam pentadbirannya.
contoh: Tun Daim Zainuddin (Syarikat Hati Budi & Renong Berhad)
ii. Politik – meminda akta Perlembagaan (pindaan 1983) yang bertujuan untuk mengurangkan kuasa
Yang diPertuan Agong dan Raja-raja Melayu. Mengikut pindaan baru ini, rang undang-undang yang
tidak ditandatangani oleh YDPA dalam masa 30 hari, secara automatiknya akan berkuatkuasa serta
merta sebagai undang-undang yang sah.
• Menghadkan kebebasan media melalui pindaan akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Tujuan akta ini
dipinda adalah untuk mengawal aktiviti penerbitan dan percetakan demi menjaga keselamatan dan
ketenteraman awam. Hal ini menyebabkan kerajaan BN berhak untuk meyekat penyebaran maklumat
yang bertentangan dengan aspirasi mereka.
• Kesan daripada tindakan represif Dr Mahathir ini prestasi BN pada Pilihan Raya Umum 1986 sedikit
merosot.
PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA ERA
TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
PILIHAN RAYA UMUM 1986
• BN hanya berjaya memenangi 143/177 kerusi Parlimen (57.28 % undi)
berbanding 132/154 kerusi Parlimen (60.5 % undi) pada PRU 1982.
• Sebaliknya pembangkang meningkatkan jumlah kerusi di Parlimen daripda
22 kerusi (39.5 % undi) pada PRU 1982 kepada 29 kerusi (41.5 % undi)
pada 1986.
• DAP beraksi cemerlang apabila berjaya memenangi 24 kerusi Parlimen
pada pilihan raya ini berbanding 9 kerusi yang diperolehi pada plihan raya
yang lalu.
• Manakala PAS hanya berjaya menguasai 1 kerusi Parlimen (15.5 % undi)
berbanding 5 kerusi pada PRU 1982.
• Persoalannya mengapa rakyat masih memberikan mandat kepada BN
walaupun tindakan represif telah dikenakan terhadap mereka? Ini kerana
keadaan ekonomi yang berkembang pesat, kawalan ke atas media arus
perdana dan penggunaan politik wang dalam pilihan raya adalah punca
yang menyumbang kepada kemenangan BN.
OPERASI LALANG 1987
• Peristiwa ini berlaku ekoran daripada tuntutan yang dikemukakan oleh MCA agar UMNO
memenuhi janji-janjinya pada PRU 1986.
• Antara tuntutan berikut adalah:
i. MCA meminta bantuan daripada kerajaan untuk membantu kaum Cina yang kehilangan
wang pelaburan dalam Deposit Taking Cooperative (DTC) disebabkan oleh krisis
ekonomi. Isu ini bertambah tegang apabila Timbalan Presiden MCA, Lee Kim Sai
mengancam akan membawa MCA keluar dari BN sekiranya skim pembiayaan kepada
DTC tidak diluluskan oleh kerajaan.
ii. MCA mendesak kerajaan supaya membatalkan kuasa Menteri Pelajaran agar sekolah-
sekolah aliran Cina danTamil terus kekal menggunakan bahasa Cina dan Tamil sebagai
bahasa pengantar.
iii. Kementerian Pelajaran telah melantik guru-guru yang tidak mempunyai latar belakang
Mandarin untuk berkhidmat di sekolah jenis kebangsaa Cina.
• Tindakan ini telah mengundang perasaan tidak puas hati dalam kalangan kaum Cina termasuklah
pemimpin MCA, DAP dan Dong Jio Zong. Mereka telah mengadakan protes di Kuala Lumpur
pada 11 Oktober 1987. Mereka mula memprovokasi isu-isu perkauman dan melancarkan gerakan
memboikot sekolah-sekolah Cina selama 3 hari.
• Keadaan hubungan kaum menjadi semakin tegang apabila Lee Kim Sai melabelkan Melayu
sebagai pendatang dan mencabar ketuanan Melayu.
• Sebagai serangan balas, Najib Tun Razak (Ketua Pemuda UMNO) telah mengadakan
perhimpunan besar-besaran pada 17 Oktober 1987 di Stadium Kg. Baru bagi mendesak Lee
Kim Sai meletak jawatannya dalam kabinet dan menggesa MCA keluar dari BN.
• Sewaktu berlangsungnya perhimpunan ini, Najib telah memegang keris sebagai simbolik
ketuanan Melayu dan mengancam akan memandikan keris ini dengan darah Cina.
• Keadaan bertambah buruk apabila seorang askar Melayu telah mengamuk di kawasan
kejiranan Cina di Chow Kit sehingga menimbulkan rasa panik akan berlaku kembali
tragedi 13 Mei 1969.
• Oleh itu, Dr. Mahathir telah melancarkan Operasi Lalang pada 27 Oktober 1987 bagi
menahan individu yang didakwa telah mencetuskan huru-hara di bawah akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA) dan akta Penerbitan dan Media Cetak.
• Antara yang di tahan dalam operasi ini kebanyakkan adalah pemimpin pembangkang
seperti Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Chandra Muszaffar. Selain itu, beberapa akhbar
seperti The Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan telah dibatalkan permit penerbitannya.
KRISIS KEHAKIMAN
• Krisis ini tercetus susulan daripada isu pengharaman UMNO – Kem A vs
KEM B.
• Ia berikutan daripada tuntutan yang dikemukakan oleh UMNO – 11 yang
mendakawa juwudnya cawangan yang tidak berdaftar sewaktu proses
pemilihan pemimpin. Kesannya Hakim Harun Hashim mengisytiharkan
UMNO sebagai parti yang tidak sah pada 4 Februari 1988. pengharama
UMNO ini menyebabkan Tengku Razaleigh menubuhkan Semangat 46
(S46).
• Antara kes-kes lain yang menimbulkan konflik di antara Mahathir dan
badan kehakiman adalah:
▫ Mahkamah membenarkan penerbitan majalah Aliran dalam bahasa Melayu
meski pun Kementerian Dalam Negeri membuat rayuan awal membantah
penerbitan majalah ini.
▫ Mahkamah Agung menarik semula pembatalan permit kerja wartawan jurnal
Asian Wall Street dan menarik balik pengharaman majalah ini.
• Ekoran daripada kes-kes ini, Mahathir telah mengkritik secara
terbuka badan kehakiman dan mengambil untuk meminda
perlembagaan bagi melucutkan kuasa badan kehakiman.
• Sebagai serangan balas, Tun Salleh Abbas yang mewakili hakim-
hakim negera telah mengutus surat kepada YDPA melahirkan
kekecewaannya di atas tuduhan dan tindakan kerajaan ke atas
badan kehakiman.
• Akibatnya, Tun Salleh Abbas telah dihadapankan ke Tribunal Majlis
Timbang Tara di atas tuduhan salah laku sehingga menyebabkan
beliau dipecat daripada jawatannya.
• Insiden ini menunjukkan kuasa eksekutif telah mendominasi dan
melangkau bidang kuasa badan kehakiman sehingga menyebabkan
kebebasan mahkamah di kawal oleh kerajaan.
• Krisis dalaman UMNO, ketegangan kaun dan krisis kehakiman
tidak melunturkan haegemoni Dr. Mahathir. Sebaliknya BN masih
berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam PRU 1990.
PILIHAN RAYA 1990
• Pilihan raya ini adalah ujian pertama buat UMNO baru untuk
melihat sama ada UMNO baru ini masih mempunyai
sokongan yang kuat atau tidak. Namun keputusan PRU 1990
ini membuktikan UMNO baru tetap mengekalkan kuasa
sekali pun terpaksa berdepan dengan dua (2) pakatan parti
pembangkang (Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan
Ummah). Kerjasama yang di bentuk antara S46 dengan PAS
(APU) dan DAP (Gagasan Rakyat) masih tidak berupaya
untuk meruntuhkan 2/3 majoriti BN dalam Parlimen.
• BN memenangi sebanyak 127 kerusi Parlimen (53.4% undi).
• S46 hanya berjaya menguasai 8 daripada 64 kerusi yang
ditandingi. PAS pula berjaya menawan semula Kelantan
POLITIK & KERAJAAN
HNP3023
Fasa Ketiga : Era Pengukuhan Kemerdekaan (Dari
tahun 1990-an hingga era 2000-an)
 Pada tahun 1993, sekali lagi kuasa Raja-raja Melayu terancam apabila Dr.
Mahathir telah meminda Perlembagaan (Pindaan 1993) yang telah
menghapuskan imuniti dan menarik balik hak pengampunan raja. Ia
berikutan daripada pendedahan media mengenai skandal, salah laku dan salah
guna kuasa oleh sultan-sultan Melayu.
contoh: kes monopoli balak oleh kerabat di raja Pahang dan kes perbicaraan
Tengku Bendahara Johor, Tunku Majid Idris yang dikatakan telah
mencederakan penjaga gol hoki Perak.
 Menyedari akan hal ini, Parlimen bersetuju agar pindaan ke atas Perlembagaan
di buat meski pun tidak dipersetujui oleh Raja-raja Melayu.
 Malah Raja-raja boleh dibicarakan di mahkamah khas sekiranya melakukan
kesalahan jenayah.
 Kesannya Dr. Mahathir berjaya memusatkan semua kuasa ke tangan eksekutif
berbanding institusi Raja-raja Melayu.
PILIHAN RAYA UMUM 1995
 Pilihan raya ini menyaksikan kemenangan besar BN sepanjang tempoh pemerintahan
Dr. Mahathir.
 Menurut Mohamed Jawhar (1996: 126), BN beraksi cemerlang kerana telah berjaya
menyediakan latar kehidupan yang lebih baik kepada masyarakat, ekonomi berkembang
pesat dan tiada berlakunya ketegangan kaum.
 BN berjaya menguasai 162/192 kerusi Parlimen (65% undi).
 Manakala PAS berjaya mengekalkan 7 kerusinya di Parlimen dengan jumlah undi
meningkat kepada 7.3% berbanding 6.6% pada pilihan raya lalu.
 Prestasi DAP pula merosot apabila hanya memenangi 9 kerusi berbanding 20 kerusi yang
di menanginya pada pilihan raya lalu.
 S46 juga mengalami keadaan yang sama apabila jumlah kerusi Parlimen yang di
menanginya menurun daripda 8 kepada 6 kerusi pada PRU 1995 ini.
PEMECATAN ANWAR IBRAHIM
 Sebelum berlakunya krisis kewangan Asia 1997, negara-negara Asia Timur
seperti Taiwan, Hong Kong, Singapura dan Malaysia mencatatkan
pertumbuhan ekonomi yang pesat. Namun, menjelang 2 Julai 1997,
kerajaan Thailand terpaksa menurunkan nilai mata wang Baht secara
drastik disebabkan oleh tekanan penjualan hebat mata wang ini.
 Krisis ini turt memberi impak buruk kepada negara-negara Asia lain
khususnya Malaysia, Indonesia dan Filipina.
 Akibat daripada kemelesetan ekonomi ini, berlaku protes politik di
negara-negara ini sehingga menyebabkan beberapa pemimpin negara
seperti Presiden Soeharto (Indonesia) dan Chavalit Yongchaiyudh
(Thailand) meletakkan jawatan sebagai ketua kerajaan bagi memenuhi
tuntutan rakyat.
 Malaysia juga tidak terkecuali apabila Timbalan Perdana Menteri, Dato’
Seri Anwar Ibrahim telah dipecat daripada kerajaan susulan daripada
perselisihan faham dengan Dr. Mahathir.
 Insiden utama yang merosakkan hubungan Anwar dan Dr. Mahathir adalah pandangan
berbeza dalam mengatasi krisis kewangan Asia 1997.
 Anwar percaya bahawa krisis ini berlaku disebabkan oleh faktor dalaman iaitu pentadbiran
kewangan yang tidak cekap akibat amalan rasuah dan kronisme yang berleluasa dalam
kerajaan.
 Justeru, Anwar yang juga selaku Menteri Kewangan telah mengikut cara konvensional iaitu
dengan memperketatkan kewangan dan mengambil langkah penjimatan mengikut kaedah
Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) iaitu “Homegrown IMF program without the IMF”.
Antaranya :
 Mengurangkan perbelanjaan kerajaan dengan menunda beberapa projek mega.
Contoh : Pembinaan Empangan Bakun
 Mengurangkan 10% gaji menteri-mentei Kerajaan.
 Kerajaan juga tidak akan memberi bantuan kepada syarikat yang mempunyai hubungan
dengan BN.
 Menaikkan kadar faedah pinjaman
 Menyerahkan penentuan kadar pertukaran mata wang kepada pasaran bebas.
 Namun begitu, tindakan Anwar ini mengakibatkan banyak perniagaan
dalam negara terjejas teruk dan nilai mata wang Ringgit jatuh mendadak.
Contoh : Nilai mata wang Ringgit susut daripada RM 2.47 (USD $1) pada
Julai 1997 kepada RM 4.88 (USD $1) pada Januari 1998.
 Kegagalan pelaksanaan dasar bercorak IMF ini dikritik hebat oleh Dr.
Mahathir – menyifatkan polisi IMF ini sebagai bentuk penjajahan semula
Barat.
 Oleh itu, Dr. Mahathir mencari formula baru tanpa bantuan IMF untuk
menyelamatkan ekonomi negara dengan melaksanakan Pelan Pemulihan
Ekonomi Negara (PPEN) – Dasar Kawalan Mata Wang Asing.
 Dr. Mahathir turut menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara
(MTEN) pada 7 Januari 1998 dan melantik Daim Zainuddin sebagai
Pengarah Eksekutif MTEN.
 Hubungan Dr. Mahathir – Anwar bertambah renggang apabila Anwar
menekankan tentang perlunya reformasi politik bagi menghapuskan
rasuah dan kronisme dalam kerajaan.
 Sebagai serangan balas, Dr. Mahathir telah menyenaraikan
nama-nama kroni yang mendapat manfaat daripada tender
kerajaan termasuklah kroni dan ahli keluarga Anwar.
 Pada perhimpunan Agung UMNO tahun 1998 – telah
diedarkan buku “50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi
PM” yang mendedahkan kegiatan salah laku seks dan
penyalahgunaan kuasa Anwar – Dr. Mahathir mengarahkan
siasatan polis dijalankan.
 Hubungan Dr. Mahathir – Anwar ini mencapai klimaksnya
apabila Anwar dipecat sebagai TPM dan Menteri Kewangan
pada 2 September 1998, serta dilucutkan kelayakannya
sebagai ahli UMNO.
GERAKAN REFORMASI POLITIK
1998
 Setelah dipecat dari jawatannya, Anwar mula menggunakan strategi yang sama
seperti ‘Gerakan Reformasi’ di Indonesia.
 12 September 1998 – Anwar mengisytiharkan Deklarasi Permatang Pauh atau
reformasi dengan tujuan untuk menggerakkan reformasi politik bagi
menghapuskan praktik kronisme, korupsi dan nepotisme dalam kerajaan
(KKN).
 Bagaimana reaksi rakyat pada waktu itu? Mereka melihat pemecatan Annwar
oleh Dr. Mahathir sebagai suatu tindakan yang bertentangan dengan nilai dan
norma Timur.
 Gerakan reformasi Anwar ini berjaya memobilisasikan sokongan rakyat
khususnya anak muda dan pelajar.
 Persoalannya, mengapa rakyat memberi sokongan kepada gerakan reformasi
ini? Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan mereka?
i. Faktor trend serantau – Misalnya krisis politik di Thailand
dan Indonesia.
ii. Faktor kemelesetan ekonomi – kegawatan ekonomi ekoran
daripada Krisis Kewangan Asia 1997 telah membangkitkan
rasa tidak puas hati rakyat kepada kerajaan kerana berlaku
kemerosotan taraf hidup, pengangguran, kenaikan inflasi
dan kadar kemiskinan.
iii. Faktor nilai dan budaya – Isu pemecatan Anwar dilihat
bertentangan dengan nilai dan budaya masayarakat Malaysia.
iv. Perkembangan Media siber – kemunculan beberapa laman
sesawang reformasi seperti Malaysiakini, Malaysia-Today,
Anjung Reformasi dan Forum Keadilan. Hal ini
menyebabkan rakyat beralih kepada media siber bagi
mendapatkan maklumat politik dan menyuarakan
pandangan secara terbuka.
 Kemuncak gerakan reformasi ini adalah apabila Anwar berjaya memanfaatkan
penganjuran Sukan Komanwel ke-16 ini untuk menyebarkan mesej reformasi
kepada masyarakat dunia.
 20 September 1998 – Anwar telah mengumpulkan seramai 30 ribu penyokongnya
untuk mencuri perhatian Ratu Elizabeth II yang sedang merasmikan upacara
pembukaan gereja di Kuala Lumpur – mereka berarak dari Masjid Negara menuju
ke Dataran Merdeka.
 Akibatnya, Anwar Ibrahim ditangkap ketika beliau sedang mengadakan sidang
akhbar di rumahnya.
 Penangkapan Anwar ini mencetuskan suasana tegang apabila penyokongnya telah
mengadakan demonstrasi besar-besaran di sekitar Kuala Lumpur menuntut
pembebasan Anwar dan mendesak supaya Dr. Mahathir meletak jawatannya.
 Beberapa aktivis pro-Anwar seperti Kamarudin Jaffar, Zahid Hamidi dan Ruslan
Kassim di tahan di bawah akta ISA.
 Kemarahan rakyat semakin bertambah apabila Anwar dituduh atas pertuduhan
rasuah dan liwat dan dihukum 6 tahun penjara.
KESAN GERAKAN REFORMASI
POLITIK 1998
1. Memunculkan lebih banyak kumpulan Masyarakat Sivil
 Penubuhan GERAK
 GERAK – dinaungi oleh Presiden PAS, Fadzil Noor. Gerak diwakili oleh
PAS, DAP, PRM, ABIM, JIM, SUARAM dan Dr. Abdul Aziz Bari. Gerak
memperjuangkan isu penghapusan ISA. Sasaran utama mereka adalah
komuniti Melayu yang berada di kawasan pedalaman.
 Penubuhan GAGASAN
 Gagasan – dibentuk oleh Tian Chua dan dianggotai oleh PAS, DAP dan
PRM. Gagasan lebih memfokuskan matlamat jangka panjang iaitu
menuntut perubahan politik dan hak asasi manusia. Sasaran mereka
adalah masyarakat bandar dan kelas pertengahan.
3. Parti Keadilan Nasional (KeADILan)
 Ditubuhkan pada 4 April 1999 – diketuai oleh Wan Azizah dan Chandra Muzafar.
 Parti pelbagai kaum – ditubuhkan bertujuan untuk mentransformasikan agenda
reformasi pro-Anwar yang sempit kepada gerakan yang lebih luas.
 Menekankan isu kesejagatan (keadilan sosial dan hak asasi manusia) dan
pendemokrasian Malaysia.
 Dengan adanya keADILan, ruang kerjasama politik di antara parti-parti pembangkang
yang berlainan ideologi berjaya direalisasikan.
4. Penubuhan Barisan Alternatif (BA)
 Dibentuk pada 2 Julai 1999 – KeADILan, PAS, PRM dan DAP.
 Turut melancarkan manifesto bersama iaitu ‘Ke Arah Malaysia yang lebih Adli’ sebagai
persediaan menghadapi PRU 1999.
 BA mempunyai media alternatifnya sendiri untuk menyebarkan dakyah politik.
Contoh : Harakah, Keadilan dan The Rocket.
PILIHAN RAYA UMUM 1999
 Diadakan pada 29 November 1999.
 Keadaan ekonomi telah kembali pulih, tetapi sentimen anti-Mahathir masih lagi wujud.
 Wujud persaingan sengit di antara BN dan BA di mana kedua-dua belah pihak
mempunyai peluang yang sama rata untuk memenangi pilihan raya ini.
 SPR telah memendekkan tempoh berkempen kepada 9 hari berbanding 10 hari pada
pilihan raya lalu – ia bagi mengelakkan seramai 680,000 pengundi baru daripada
mengundi. Jumlah ini boleh memberi perbezaan besar terhadap majoriti undi yang
diterima.
 Isu yang ditekankan BN adalah kestabilan dan pembangunan ekonomi. Kerajaan BN
mendakwa pembangunan ekonomi yang dikecapi rakyat sejak tahun 1957 adalah hasil
usaha pemimpin BN. Sebagai balasan, rakyat perlu mengundi BN.
 BA telah merangka strategi belanjawan dikenali sebagai “Belanjawan Rakyat 2000” dan
memfokuskan kepada isu-isu kesejagatan dan keadilan sosial.
 Keputusan PRU 1999 menunjukkan BN gagal menawan semula Kelantan dan
Terengganu jatuh ke tangan PAS – BN memenangi 148/193 kerusi Parlimen
yang dipertandingkan.
 Buat pertama kalinya, UMNO gagal menguasai separuh daripada kerusi yang
dimenangi BN (72/148 kerusi) – berlaku peralihan undi orang Melayu kepada
BA disebabkan oleh isu pemecatan Anwar.
 PAS berjaya membolot 27 kerusi Parlimen berbanding 7 kerusi yang
dimenanginya pada PRU 1995.
 KeADILan berjaya menguasai 5 kerusi Parlimen daripada 42 jumlah kerusi
yang dimenangi oleh BA.
 Namun, DAP hanya berjaya menambah 1 kerusi sahaja daripada 9 kerusi yang
dimenanginya pada PRU 1995 – peralihan undi orang Cina kepada MCA dan
Gerakan.
 Oleh itu, selepas PRU 1999 hubungan PAS dan DAP semakin renggang – PAS
semakin agresif memperjuangankan pembentukan negara Islam dan hukuman
Hudud di Malaysia.
 Pada 21 September 2001, DAP memutuskan untuk keluar dari BA.
PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA
ERA TUN ABDULLAH BADAWI
 Dr. Mahathir telah meletakkan jawatan sebagai PM pada 31 Oktober 2003 dan menamakan
Abdullah Badawi sebagai penggantinya.
 Jika diteliti, gerakan reformasi 1998 bukan hanya gerakan menentang kuasa Mahathir, tetapi
juga penentangan terhadap UMNO (korupsi, kronisme dan nepotisme) dan institusi kerajaan
(kehakiman dan polis). Oleh itu, Abdullah Badawi mengambil beberapa langkah untuk
mengembalikan semula kepercayaan rakyat khususnya orang Melayu kepada kerajaan :
i. Ekonomi –
 Mengamalkan dasar berjimat-cermat dengan menunda beberapa projek mega kerajaan.
Contoh : Pembinaan Jambatan Bengkok (Johor-Singapura)
 Mengutamakan belanjawan negara kepada sektor sosial seperti pembasmian kemiskinan,
kesihatan, pendidikan dan asas tani.
 Sistem pemberian tender kerajaan secara terbuka.
Contoh : membatalkan kontrak sistem keretapi bernilai RM14.5 bilion yang telah
diserahkan oleh Dr. Mahathir kepada sekutunya.
ii. Politik –
 Gaya kepimpinan terbuka, responsif dan konsultatif
Contoh : Slogan “ Work with Me, Not for Me”.
 Kerajaan mengambil serius rungutan dan pandangan daripada
rakyat bagi memperbaiki mutu perkhidmatan sektor awam.
Contoh : Proses pembaharuan pasport kini mengambil masa 24 jam.
 Usaha memerangi rasuah – mendakwa pemimpin politik dan orang
kenamaan
Contoh : Tuduhan pecah amanah ke atas Tan Sri Eric Chia dan Tan
Sri Kasitah Gaddam.
 Memulihkan sistem kehakiman dan Polis dengan menubuhkan
Suruhanjaya di Raja
 Membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara pada 2 September 2004.
iii. Sosial –
 Memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan.
PILIHAN RAYA UMUM 2004
 Pilihan raya ini diadakan pada 21 Mac 2004 setelah Parlimen
dibubarkan pada 4 Mac 2004. Parti-parti politik hanya dibenarkan
berkempen selama 8 hari sahaja – merupakan tempoh terpendek
dalam sejarah pilihan raya di Malaysia.
 BN telah memperkenalkan kerangka konsep Islam Hadhari sebagai
model pembangunan di Malaysia.
 Islam Hadhari : Satu pendekatan untuk membangunkan ummah
berlandaskan kepada perspektif tamadun.
 Idea Islam Hadhari ini adalah sebagai satu strategi Abdullah untuk
menyaingi perjuangan Islamisasi PAS (Terence Chong, 2006) dan
Hashim Kamali, 2008).
 Bagi BA, isu yang diperjuangkan dalam kempen pilihan raya adalah isu
penghapusan akta ISA, pengurangan caj penggunaan air dan elektrik
serta tol.
 Keputusan PRU 2004 menunjukkan BN buat pertama kalinya
menguasai hampir 90.4% kerusi Parlimen (198/219 kerusi).
Majoriti kerusi BN ini dimenangi oleh UMNO (109/198 kerusi).
 BN juga berjaya menawan semula negeri Terengganu yang
dikuasai PAS pada PRU 1999.
 UMNO berjaya meraih semula sokongan orang Melayu – menerusi
usaha-usaha dan keperibadian Pak Lah.
 BA (PAS dan KeADILan) pula hanya memenangi 8 kerusi
berbanding 42 kerusi Parlimen yang dimenangi pada PRU 1999.
 PAS hanya memperolehi 7 kerusi dan kehilangan 20 kerusinya
yang dimenangi pada PRU 1999
 DAP sebaliknya berjaya meningkatkan sebanyak 2 kerusi
Parlimen menjadikan jumlah kerusi yang diperolehinya pada
PRU2004 ini adalah sebanyak 12 kerusi.
SENARIO POLITIK MALAYSIA
SEBELUM PRU 2008
 Selepas memenangi PRU 2004 dengan keputusan yang
cemerlang, Abdullah Badawi gagal mengekalkan
momentum kejayaan tersebut dengan baik.
 Kajian soal selidik yang dijalankan oleh Merdeka
Research Center pada Disember 2007 mendapati
kadar peratusan sokongan rakyat kepada Perdana
Menteri menunjukkan penurunan daripada 91% pada
tahun 2004, kepada 61% pada tahun 2007
(http://www.merdeka.org/pages/02_research.html).
ISU EKONOMI
 Merangka pelan pembangunan wilayah koridor meliputi Wilayah Ekonomi
Koridor Utara (NCER), Wilayah Ekonomi Timut (ECER) dan Koridor
Iskandar Malaysia (IM) –mengurangkan jurang ekonomi antara negeri dan
menyeimbangkan agihan ekonomi secara adil bagi memastikan orang
Melayu di luar bandar tidak ketinggalan.
 Tindakan kerajaan mewujudkan ketiga-tiga pembangunan wilayah tanpa
disusuli dengan pelaksanaan efektif menyebabkan negara menanggung
beban kewangan yang besar.
 Kesannya, kerajaan terpaksa menaikkan kadar harga petrol sebanyak RM
0.78 seliter ekoran daripada peningkatan mendadak kadar harga minyak
mentah dunia.
 Kerajaan juga enggan memperuntukkan subsidi bagi mengekang kenaikan
harga petrol, sehingga menyumbang kepada kenaikan harga barangan
keperluan, pengangguran dan kos hidup.
ISU SOSIAL
 Kemelesetan ekonomi ini memberi impak negatif
kepada kehidupan sosial dan keselamatan masyarakat.
 Masalah sosial dan kegiatan jenayah semakin
meruncing khususnya kes pembuangan bayi, ragut,
pemerdagangan manusia dan penyalahgunaan dadah.
 Contoh: Indeks jenayah meningkat daripada 209, 388
pada tahun 2006 kepada 224, 298 pada tahun 2007.
ISU POLITIK
 Konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Abdullah Badawi ini
menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat dan tidak dapat direalisasikan
dengan baik – konsep ini hanya ulangan daripada inisiatif Dr. Mahathir iaitu
‘Penerapan Nilai-nilai Islam pada tahun 1980an’.
 Krisis Abdullah – Dr. Mahathir : Krisis bermula dengan pembatalan projek
pembinaan jambatan bengkok (Johor-Singapura) sehingga menyebabkan
kerajaan terpaksa menanggung kerugian yang besar. Sebagai serangan balas
terhadap tindakan Abdullah ini, Dr. Mahathir telah mengkritik secara terbuka
pentadbiran Abdullah dan melemparkan dakwaan amalan kronisme oleh
Abdullah.
 Amalan rasuah masih berleluasa
Contoh : Isu agihan permit kelulusan (AP) yang melibatkan Rafidah Aziz,
pembebasan Tan Sri Kasitah Gaddam dan Eric Chia daripada tuduhan rasuah
dan penyalahgunaan kuasa.
 Klip video V.K Lingam mengenai pelantikan hakim-hakim negara pada tahun
2007.
ISU KEBEBASAN MEDIA
 Kesemua media arus perdana masih lagi dimonopoli oleh
kerajaan. Oleh itu, parti-parti pembangkang dan
kumpulan masyarakat sivil terus bergiat aktif dalam blog
politik dan laman web untuk menarik sokongan rakyat.
 Kerajaan BN cuba menyekat kemaraan para blogger yang
berupaya mengancam keselamatan awam.
 Contoh : Siasatan polis ke atas Raja Petra Kamaruddin
berhubung kedaulatan YDPA dan saman yang difailkan
oleh Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud.
ISU HUBUNGAN KAUM
 Mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk
mendengar apa-apa kes yang berada dalam bidang kuasa
Mahkamah Syariah.
Contoh : Kes Nyonya Tahir
 Isu menghunus dan mencium keris oleh Ketua Pemuda UMNO,
Hishamuddin Tun Hussein pada Perhimpunan Agong UMNO
tahun 2005 - menyinggung perasaan orang bukan Melayu dan
parti komponen BN yang lain.
 Isu perobohan kuil
 Insiden yang berlaku sepanjang pemerintahan Abdullah Badawi
ini akhirnya telah memacu kepada kebangkitan rakyat –
peristiwa Bersih dan Hindraf.
PERHIMPUNAN BERSIH
 Perhimpunan gergasi Bersih (juga dikenali sebagai ‘gelombang
kuning’) telah diadakan pada 10 November 2007.
 Perhimpunan ini dianjurkan oleh Bersih (sebuah Jawatankuasa
Bertindak), disertai oleh parti pembangkang (PAS, PKR dan
DAP) serta kumpulan masyarakat sivil (seperti GAMIS, JASA dan
DEMA).
 Tujuan : Menyerahkan memorandum kepada YDPA bagi
memperbaiki ketempangan dalam sistem pilihan raya yang
didakwa tidak telus, kotor dan hanya memihak kepada BN.
 Ribuan masyarakat Malaysia memakai baju kuning sebagai
simbol perhimpunan ini dan berkumpul di 4 lokasi berbeza
seperti Sogo, Masjid India, Masjid Negara dan Pasar Seni.
 Perhimpunan yang awalnya berlangsung dengan aman,
bertukar menjadi tegang apabila FRU bertindak
melepaskan tembakan meriam air dan gas pemedih mata
bagi meleraikan perhimpunan ini.
 Terdapat beberapa individu yang ditahan atas tuduhan
menyertai perhimpunan haram ini termasuklah beberapa
pemimpin politik seperti Mohamad Sabu, Tian Chua dan
Gobalakrishnan.
 Bagi mendapat semula kepercayaan rakyat, kerajaan cuba
memenuhi tuntutan Bersih dengan membelanjakan RM
2.4 juta untuk membeli 48,000 botol dakwat kekal dari
India. Bagaimanapun, penggunaan dakwat kekal ini
dibatalkan sebelum PRU 12 atas faktor keselamatan dan
perundangan.
DEMONSTRASI HINDRAF
 Demonstrasi ini dianjurkan oleh gabungan badan-badan bukan Kerajaan yang
dikenali sebagai Hindu Rights Action Force atau Barisan Bertindak Hak-hak
Hindu (HINDRAF) untuk membela nasib dan hak kaum India.
 Berlaku beberapa insiden yang melibatkan sensitiviti perkauman seperti
kematian Moorthy Maniam, isu perobohan kuil Sri Maha Mariamman dan
beberapa kuil lagi di Shah Alam.
 Perobohan kuil ini mengundang kemarahan kaum India dan mereka telah
memfailkan notis berkaitan dengan pengekalan kuil-kuil Hindu di seluruh
negara.
 Bagi kerajaan, perobohan kuil-kuil ini adalah sah disisi undang-undang.
Namun, untuk mengurangkan kemarahan kaum India, kerajaan telah
memperuntukkan sejumlah pampasan, mneyediakan tapak pembinaan semula
kuil dan mengisytiharkan Thaipusam sebagai cuti umum.
 Usaha kerajaan ini tidak dapat mengekang perasaan tidak puas hati kaum
India.
 Kemuncaknya, satu demonstrasi besar-besaran telah dilancarkan oleh Hindraf
pada 25 November 2007.
 Seramai 1000 penyokong Hindraf telah berhimpun di Batu Caves bagi
meraikan perayaan lilin. Namun, mereka telah bertindak ganas dengan
membaling batu dan merosakkan kenderaan sehingga polis terpaksa
menggunakan gas pemedih mata untuk mengawal keadaan.
 Seramai 30,000 penyokong Hindraf telah membanjiri jalan-jalan utama sekitar
Kuala Lumpur untuk menyerahkan memorandum yang mengandungi 100,000
tandatangan kaum India yang mendakwa berlakunya diskriminasi dan
penghapusan etnik kepada Suruhanjaya Tinggi Britain.
 Mereka berarak menuju ke Suruhanjaya ini sambil melilit kepala dengan kain
oren dan membawa potret Queen Elizabeth II dan Mahatma Gandhi sebagai
simbol protes.
 Perhimpunan ini bertukar ganas apabila polis menyemburkan gas pemedih
mata untuk meleraikan para demonstran.
 Seramai 241 penyokong Hindraf temasuklah 5 pemimpin kanannya telah
ditahan di bawah ISA.
PILIHAN RAYA UMUM 2008
 Pru Ke-12 telah diadakan pada Sabtu, 3 Mac 2008 setelah Parlimen dibubarkan
pada 13 Februari 2008 dan penamaan calon pada 24 Februari 2008.
 Kerajaan BN optimis akan memperolehi kemenangan besar pada pilihan raya
ini. Matlamat yang diperjuangkan masih sama iaitu pembangunan
sosioekonomi negara.
 Manifesto BN bercogankan “Selamat, Aman dan Makmur” – menyelitkan
laporan kemajuan dan sasaran yang telah dicapai oleh kerajaan BN sepanjang
tahun 2004 hingga 2007.
 Manifesto ini dilihat terlalu idealistik kerana hanya menunjukkan sisi
kesempurnaan kerajaan sedangkan realitinya banyak ketempangan yang
berlaku.
 Parti pembangkang (PAS, DAP dan PKR) menampilkan dimensi baru yang
bersifat populisme (isu hak asasi, ketelusan, rasuah dan tadbir urus kerajaan)
dalam manifesto mereka.
Contoh : PAS – mengenepikan penubuhan Negara Islam untuk memudahkan
merek berkompromi dengan komponen lain.
 Keputusan PRU 2008 memberi kejutan kepada semua pihak apabila
pencapaian BN adalah yang terburuk dalam sejarah pilihan raya di
Malaysia.
 BN buat pertama kalinya gagal mempertahankan 2/3 majoritinya
dalam Parlimen apabila hanya BN hanya memenangi 140 / 222 kerusi
yang Parlimen. Jumlah undi BN juga merosot daripada 63.9% undi
pada PRU 2004 kepada 50.6% undi pada pilihan raya ini.
 Lanskap politik juga berubah apabila PR berjaya menguasai lima buah
negeri iaitu Perak, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.
 Selain itu, beberapa menteri kabinet turut tumpas di kawasan masing-
masing seperti Samy Vellu (Sg. Siput, Perak), Shahrizat Jalil (Lembah
Pantai, KL) dan Abdul Aziz Shamsuddin (Shah Alam, Selangor).
 Para sarjana menggunakan terminologi “Tsunami Politik” bagi
menggambarkan kekalahan teruk BN ini. Sungguh pun berlaku
tsunami politik, tetapi BN masih berupaya membentuk kerajaan
dengan majoriti mudah.
UNDI % KERUSI %
UMNO 2, 381 725 29.2 79 35.6
MCA 849,108 10.4 15 6.8
MIC 179, 422 2.2 3 1.4
Gerakan 184, 548 2.3 2 0.9
Lain-lain 495, 867 6.1 41 18.5
Jadual 1.1 : Kerusi Parlimen BN
UNDI % KERUSI %
DAP 1, 107 960 13.5 28 12.6
PAS 1, 140 676 13.9 23 10.4
PKR 1, 509 080 18.5 31 14.0
Lain-lain 92, 643 0.5 - 0
Jadual 1.2 : Kerusi Parlimen Pakatan Pembangkang
 Persoalan, apakah faktor yang menyumbang kepada berlakunya
tsunami politik ini?
 Menurut Welsh (2008), Moten (2009) dan Case (2010), isu seperti
kenaikan harga barangan, rasuah, penyalahgunaan kuasa, hak asasi,
kebebasan media, sistem kehakiman dan hubungan kaum adalah
faktor-faktor yang menyumbang kepada kemerosotan undi BN.
 Manakala, Samsudin A.Rahim (2008) dan Weiss (2008) menyatakan
generasi muda merupakan kuasa utama yang menyebabkan kekalahan
teruk BN pada PRU 2008 ini. Ini kerana sebahagian besar daripada 10.3
juta pengundi berdaftar (72.2%) adalah pengundi muda. Seramai 1,
409 000 adalah pemilih yang pertama kali mengundi pada PRU 2008.
• Dari segi pengundian, berlaku peralihan undi yang besar daripada BN
kepada PR khususnya oleh pengundi muda. Pengaruh media alternatif
seperti Facebook, blog dan YouTube adalah punca utama yang menarik
sokongan pengundi muda kepada PR.
 Kebanyakan pengundi Melayu masih mengidentifikasikan
diri mereka kepada UMNO, manakala pengundi Cina
mengalih undi kepada DAP kerana mereka lebih tegas
memperjuangkan hak dan kepentingan kaum Cina
berbanding MCA dan Gerakan.
 Kejayaan besar yang dicapai oleh parti-parti pembangkang
(PAS, DAP dan PKR) ini telah mendorong mereka untuk
membentuk sebuah pakatan politik yang dikenali sebagai
‘Pakatan Rakyat’ pada 1 April 2008 –mewujudkan pimpinan
bersama dalam 5 buah negeri yang berjaya dimenangi
mereka.
 Selain itu, PR juga turut melancarkan ‘Buku Jingga’ yang
memuatkan dasar bersama pada tahun 2009.
IMPAK REFORMASI & TSUNAMI
POLITIK KE ATAS POLITIK MALAYSIA
i. Wujud dimensi baru dalam penglibatan politik
masyarakat – daripada demonstrasi jalanan ke politik
siber.
ii. Kebangkitan golongan kelas menengah (kelas
pertengahan) – Golongan kelas menengah ini adalah
generasi baru yang berpendidikan, terlibat dalam sektor
kolar putih dan lantang memperjuangkan hak-hak
demokrasi berbanding perkauman.
iii. Perubahan daripada Politik Perkauman kepada Politik
Baru.

More Related Content

What's hot

Jenayah kolar putih
Jenayah kolar putihJenayah kolar putih
Jenayah kolar putihCg Zue
 
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020Lala Aliron
 
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baikCiri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baikNikky Charloutee
 
Pindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaanPindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaannasywah79
 
MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA
MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPAMAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA
MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPAMuhammad Annuar
 
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANBab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANnasywah79
 
3.2 Langkah Membanteras Ancaman Komunis
3.2 Langkah Membanteras Ancaman Komunis3.2 Langkah Membanteras Ancaman Komunis
3.2 Langkah Membanteras Ancaman KomunisMohd Sofian
 
Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)SITI HAJAR
 
5 kemerdekaan tanah melayu
5 kemerdekaan tanah melayu5 kemerdekaan tanah melayu
5 kemerdekaan tanah melayuNur Az
 
3G (Gold,Glory,God)
3G (Gold,Glory,God)3G (Gold,Glory,God)
3G (Gold,Glory,God)Ain Dynaz
 
Sebab-sebab Penubuhan Malaysia serta Reaksi Sabah, Sarawak, Singapura & Brunei
Sebab-sebab Penubuhan Malaysia serta Reaksi Sabah, Sarawak, Singapura & BruneiSebab-sebab Penubuhan Malaysia serta Reaksi Sabah, Sarawak, Singapura & Brunei
Sebab-sebab Penubuhan Malaysia serta Reaksi Sabah, Sarawak, Singapura & BruneiChAnnJo_97
 
Pengajian Am Perlembagaan Persekutuan
Pengajian Am Perlembagaan PersekutuanPengajian Am Perlembagaan Persekutuan
Pengajian Am Perlembagaan PersekutuanKhai Khairy
 
Pertubuhan bangsa bangsa bersatu
Pertubuhan bangsa bangsa bersatuPertubuhan bangsa bangsa bersatu
Pertubuhan bangsa bangsa bersatuAzamuddin Azha
 
Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayiArra Asri
 
Malaysia dalam hubungan antarabangsa
Malaysia dalam hubungan antarabangsaMalaysia dalam hubungan antarabangsa
Malaysia dalam hubungan antarabangsafiro HAR
 

What's hot (20)

Jenayah kolar putih
Jenayah kolar putihJenayah kolar putih
Jenayah kolar putih
 
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
 
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baikCiri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik
 
Pindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaanPindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaan
 
MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA
MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPAMAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA
MAJLIS RAJA-RAJA DAN PERANAN YDPA
 
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANBab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
 
3.2 Langkah Membanteras Ancaman Komunis
3.2 Langkah Membanteras Ancaman Komunis3.2 Langkah Membanteras Ancaman Komunis
3.2 Langkah Membanteras Ancaman Komunis
 
Pembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsaPembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsa
 
Sistem ekonomi kapitalis
Sistem ekonomi kapitalisSistem ekonomi kapitalis
Sistem ekonomi kapitalis
 
Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)
 
5 kemerdekaan tanah melayu
5 kemerdekaan tanah melayu5 kemerdekaan tanah melayu
5 kemerdekaan tanah melayu
 
3G (Gold,Glory,God)
3G (Gold,Glory,God)3G (Gold,Glory,God)
3G (Gold,Glory,God)
 
Sebab-sebab Penubuhan Malaysia serta Reaksi Sabah, Sarawak, Singapura & Brunei
Sebab-sebab Penubuhan Malaysia serta Reaksi Sabah, Sarawak, Singapura & BruneiSebab-sebab Penubuhan Malaysia serta Reaksi Sabah, Sarawak, Singapura & Brunei
Sebab-sebab Penubuhan Malaysia serta Reaksi Sabah, Sarawak, Singapura & Brunei
 
Pengajian Am Perlembagaan Persekutuan
Pengajian Am Perlembagaan PersekutuanPengajian Am Perlembagaan Persekutuan
Pengajian Am Perlembagaan Persekutuan
 
DASAR-DASAR KERAJAAN
DASAR-DASAR KERAJAANDASAR-DASAR KERAJAAN
DASAR-DASAR KERAJAAN
 
Pertubuhan bangsa bangsa bersatu
Pertubuhan bangsa bangsa bersatuPertubuhan bangsa bangsa bersatu
Pertubuhan bangsa bangsa bersatu
 
Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayi
 
Imperialisme dan kolonialisme
Imperialisme dan kolonialismeImperialisme dan kolonialisme
Imperialisme dan kolonialisme
 
Malaysia dalam hubungan antarabangsa
Malaysia dalam hubungan antarabangsaMalaysia dalam hubungan antarabangsa
Malaysia dalam hubungan antarabangsa
 
6.0 badan kehakiman malaysia
6.0  badan kehakiman malaysia6.0  badan kehakiman malaysia
6.0 badan kehakiman malaysia
 

Viewers also liked

Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msiaBab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msiaNur Az
 
Jawapan bab3-t3
Jawapan bab3-t3Jawapan bab3-t3
Jawapan bab3-t3Cg Man
 
Dasar ekonomi dr mahathir
Dasar ekonomi dr mahathirDasar ekonomi dr mahathir
Dasar ekonomi dr mahathirSuhailah Fauzi
 
11430249 sejarah-tingkatan-3-bab-3
11430249 sejarah-tingkatan-3-bab-311430249 sejarah-tingkatan-3-bab-3
11430249 sejarah-tingkatan-3-bab-3raja04
 
Topic 9 integration and national unity
Topic 9 integration and national unityTopic 9 integration and national unity
Topic 9 integration and national unityChe Amm
 
The Potato Story 一袋土豆
The Potato Story 一袋土豆The Potato Story 一袋土豆
The Potato Story 一袋土豆Joe Carter
 
Beats TaiWan GuanFang Wang 7855
Beats TaiWan GuanFang Wang 7855Beats TaiWan GuanFang Wang 7855
Beats TaiWan GuanFang Wang 7855obsoleterat2804
 
Question 3 – what have you learnt from
Question 3 – what have you learnt fromQuestion 3 – what have you learnt from
Question 3 – what have you learnt fromnushy1993
 
Proposal program kreativitas mahasiswa- Penelitian
Proposal program kreativitas mahasiswa- PenelitianProposal program kreativitas mahasiswa- Penelitian
Proposal program kreativitas mahasiswa- PenelitianRenny Lidya
 
De Boer 2011 Product Brochure English
De Boer 2011 Product Brochure EnglishDe Boer 2011 Product Brochure English
De Boer 2011 Product Brochure EnglishOnno Koole
 
Guj engdictionary
Guj engdictionaryGuj engdictionary
Guj engdictionarynilay4561
 
Chance challenge change Arise Roby
Chance challenge change   Arise RobyChance challenge change   Arise Roby
Chance challenge change Arise RobyArise Roby
 
Top Thirty Global Media Owners 2014
Top Thirty Global Media Owners 2014Top Thirty Global Media Owners 2014
Top Thirty Global Media Owners 2014Performics
 
Earned value management lecture 2009e my31
Earned value management lecture 2009e my31Earned value management lecture 2009e my31
Earned value management lecture 2009e my31rongo620
 
Prescrition co-owners- pdf
Prescrition   co-owners- pdfPrescrition   co-owners- pdf
Prescrition co-owners- pdfsahib rox
 
SAMA nominees 2015
SAMA nominees 2015SAMA nominees 2015
SAMA nominees 2015SABC News
 
Jini new technology for a networked world
Jini new technology for a networked worldJini new technology for a networked world
Jini new technology for a networked worldSajan Sahu
 

Viewers also liked (20)

Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msiaBab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia
 
Jawapan bab3-t3
Jawapan bab3-t3Jawapan bab3-t3
Jawapan bab3-t3
 
Dasar ekonomi dr mahathir
Dasar ekonomi dr mahathirDasar ekonomi dr mahathir
Dasar ekonomi dr mahathir
 
11430249 sejarah-tingkatan-3-bab-3
11430249 sejarah-tingkatan-3-bab-311430249 sejarah-tingkatan-3-bab-3
11430249 sejarah-tingkatan-3-bab-3
 
Topic 9 integration and national unity
Topic 9 integration and national unityTopic 9 integration and national unity
Topic 9 integration and national unity
 
The Potato Story 一袋土豆
The Potato Story 一袋土豆The Potato Story 一袋土豆
The Potato Story 一袋土豆
 
Beats TaiWan GuanFang Wang 7855
Beats TaiWan GuanFang Wang 7855Beats TaiWan GuanFang Wang 7855
Beats TaiWan GuanFang Wang 7855
 
Sxsf
SxsfSxsf
Sxsf
 
Question 3 – what have you learnt from
Question 3 – what have you learnt fromQuestion 3 – what have you learnt from
Question 3 – what have you learnt from
 
Infinity plus one
Infinity plus oneInfinity plus one
Infinity plus one
 
Proposal program kreativitas mahasiswa- Penelitian
Proposal program kreativitas mahasiswa- PenelitianProposal program kreativitas mahasiswa- Penelitian
Proposal program kreativitas mahasiswa- Penelitian
 
De Boer 2011 Product Brochure English
De Boer 2011 Product Brochure EnglishDe Boer 2011 Product Brochure English
De Boer 2011 Product Brochure English
 
Guj engdictionary
Guj engdictionaryGuj engdictionary
Guj engdictionary
 
Chance challenge change Arise Roby
Chance challenge change   Arise RobyChance challenge change   Arise Roby
Chance challenge change Arise Roby
 
Top Thirty Global Media Owners 2014
Top Thirty Global Media Owners 2014Top Thirty Global Media Owners 2014
Top Thirty Global Media Owners 2014
 
Earned value management lecture 2009e my31
Earned value management lecture 2009e my31Earned value management lecture 2009e my31
Earned value management lecture 2009e my31
 
Prescrition co-owners- pdf
Prescrition   co-owners- pdfPrescrition   co-owners- pdf
Prescrition co-owners- pdf
 
SAMA nominees 2015
SAMA nominees 2015SAMA nominees 2015
SAMA nominees 2015
 
Excellence land rover
Excellence land roverExcellence land rover
Excellence land rover
 
Jini new technology for a networked world
Jini new technology for a networked worldJini new technology for a networked world
Jini new technology for a networked world
 

Similar to Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

Mpu 2163 topik 2
Mpu 2163 topik 2Mpu 2163 topik 2
Mpu 2163 topik 2Nor Yusof
 
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...Brenda Rachel Marie
 
Nota sejarah tingkatan 3 bab 2
Nota sejarah tingkatan 3   bab 2Nota sejarah tingkatan 3   bab 2
Nota sejarah tingkatan 3 bab 2noraziah bidin
 
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957Didiy Otto
 
Nota sej bab_4_t5_09
Nota sej bab_4_t5_09Nota sej bab_4_t5_09
Nota sej bab_4_t5_09hajar90
 
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di MalaysiaPerlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysiarizalyana
 
3.2.2 galurkan senario politik di malaysia antara tahun 1955 hingga tahu...
3.2.2  galurkan  senario politik di malaysia antara  tahun  1955 hingga  tahu...3.2.2  galurkan  senario politik di malaysia antara  tahun  1955 hingga  tahu...
3.2.2 galurkan senario politik di malaysia antara tahun 1955 hingga tahu...Nurul Atikah
 
Pengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan KemerdekaanPengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan KemerdekaanHijaz Husna
 
Perjuangan kemerdekaan (kpm)
Perjuangan kemerdekaan (kpm)Perjuangan kemerdekaan (kpm)
Perjuangan kemerdekaan (kpm)aishah solehah
 
CH4F5f
CH4F5fCH4F5f
CH4F5fcgsha
 
Perlembagaan
PerlembagaanPerlembagaan
Perlembagaansyauqah
 
Ringkasan sejarah malaysia
Ringkasan sejarah malaysiaRingkasan sejarah malaysia
Ringkasan sejarah malaysiaryen xiao mei
 
Jawapan bab2-t3
Jawapan bab2-t3Jawapan bab2-t3
Jawapan bab2-t3Cg Man
 
6 komunis dan darurat di tanah melayu
6 komunis dan darurat di tanah melayu6 komunis dan darurat di tanah melayu
6 komunis dan darurat di tanah melayuNur Az
 
Mengapakah orang melayu menentang malayan union
Mengapakah orang melayu menentang malayan unionMengapakah orang melayu menentang malayan union
Mengapakah orang melayu menentang malayan unionArsyad Arifin Ismail
 
pengajian malaysia
pengajian malaysia pengajian malaysia
pengajian malaysia dka1d
 

Similar to Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1) (20)

Mpu 2163 topik 2
Mpu 2163 topik 2Mpu 2163 topik 2
Mpu 2163 topik 2
 
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 2 kemerdekaan tanah melayu (new) 240613 ...
 
Nota sejarah tingkatan 3 bab 2
Nota sejarah tingkatan 3   bab 2Nota sejarah tingkatan 3   bab 2
Nota sejarah tingkatan 3 bab 2
 
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
 
Nota sej bab_4_t5_09
Nota sej bab_4_t5_09Nota sej bab_4_t5_09
Nota sej bab_4_t5_09
 
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di MalaysiaPerlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
 
Komunis dan darurat
Komunis dan daruratKomunis dan darurat
Komunis dan darurat
 
3.2.2 galurkan senario politik di malaysia antara tahun 1955 hingga tahu...
3.2.2  galurkan  senario politik di malaysia antara  tahun  1955 hingga  tahu...3.2.2  galurkan  senario politik di malaysia antara  tahun  1955 hingga  tahu...
3.2.2 galurkan senario politik di malaysia antara tahun 1955 hingga tahu...
 
Pengajian Malaysia
Pengajian MalaysiaPengajian Malaysia
Pengajian Malaysia
 
Pengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan KemerdekaanPengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
 
Perjuangan kemerdekaan (kpm)
Perjuangan kemerdekaan (kpm)Perjuangan kemerdekaan (kpm)
Perjuangan kemerdekaan (kpm)
 
CH4F5f
CH4F5fCH4F5f
CH4F5f
 
Perlembagaan
PerlembagaanPerlembagaan
Perlembagaan
 
sejarah Bab 8 form 2
sejarah Bab 8 form 2sejarah Bab 8 form 2
sejarah Bab 8 form 2
 
Ringkasan sejarah malaysia
Ringkasan sejarah malaysiaRingkasan sejarah malaysia
Ringkasan sejarah malaysia
 
Jawapan bab2-t3
Jawapan bab2-t3Jawapan bab2-t3
Jawapan bab2-t3
 
perjuangan mencapai kemerdekaan
perjuangan mencapai kemerdekaanperjuangan mencapai kemerdekaan
perjuangan mencapai kemerdekaan
 
6 komunis dan darurat di tanah melayu
6 komunis dan darurat di tanah melayu6 komunis dan darurat di tanah melayu
6 komunis dan darurat di tanah melayu
 
Mengapakah orang melayu menentang malayan union
Mengapakah orang melayu menentang malayan unionMengapakah orang melayu menentang malayan union
Mengapakah orang melayu menentang malayan union
 
pengajian malaysia
pengajian malaysia pengajian malaysia
pengajian malaysia
 

More from peningla

gender study
gender studygender study
gender studypeningla
 
P kuliah 1
P kuliah 1P kuliah 1
P kuliah 1peningla
 
P kuliah 2 2012
P kuliah 2 2012P kuliah 2 2012
P kuliah 2 2012peningla
 
P kuliah 3
P kuliah 3P kuliah 3
P kuliah 3peningla
 
P kuliah 4
P kuliah 4P kuliah 4
P kuliah 4peningla
 
P kuliah 5
P kuliah 5P kuliah 5
P kuliah 5peningla
 
P kuliah 6 maltus
P kuliah 6 maltusP kuliah 6 maltus
P kuliah 6 maltuspeningla
 
P kuliah 8
P kuliah 8P kuliah 8
P kuliah 8peningla
 
P kuliah 9
P kuliah 9P kuliah 9
P kuliah 9peningla
 
P kuliah 13 dasar kependudukan
P kuliah 13 dasar kependudukanP kuliah 13 dasar kependudukan
P kuliah 13 dasar kependudukanpeningla
 
Migrasi um student
Migrasi um studentMigrasi um student
Migrasi um studentpeningla
 
Unit 11 modul migrasi dalaman
Unit 11   modul migrasi dalamanUnit 11   modul migrasi dalaman
Unit 11 modul migrasi dalamanpeningla
 
Wacana peranakan di malaysia sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...
Wacana peranakan di malaysia  sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...Wacana peranakan di malaysia  sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...
Wacana peranakan di malaysia sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...peningla
 
Proposal nyonye
Proposal nyonye Proposal nyonye
Proposal nyonye peningla
 
Wacana peranakan di malaysia penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...
Wacana peranakan di malaysia   penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...Wacana peranakan di malaysia   penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...
Wacana peranakan di malaysia penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...peningla
 
Eric yeo cheng_aun
Eric yeo cheng_aunEric yeo cheng_aun
Eric yeo cheng_aunpeningla
 
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhirPanduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhirpeningla
 
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)peningla
 
52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)
52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)
52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)peningla
 
Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)
Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)
Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)peningla
 

More from peningla (20)

gender study
gender studygender study
gender study
 
P kuliah 1
P kuliah 1P kuliah 1
P kuliah 1
 
P kuliah 2 2012
P kuliah 2 2012P kuliah 2 2012
P kuliah 2 2012
 
P kuliah 3
P kuliah 3P kuliah 3
P kuliah 3
 
P kuliah 4
P kuliah 4P kuliah 4
P kuliah 4
 
P kuliah 5
P kuliah 5P kuliah 5
P kuliah 5
 
P kuliah 6 maltus
P kuliah 6 maltusP kuliah 6 maltus
P kuliah 6 maltus
 
P kuliah 8
P kuliah 8P kuliah 8
P kuliah 8
 
P kuliah 9
P kuliah 9P kuliah 9
P kuliah 9
 
P kuliah 13 dasar kependudukan
P kuliah 13 dasar kependudukanP kuliah 13 dasar kependudukan
P kuliah 13 dasar kependudukan
 
Migrasi um student
Migrasi um studentMigrasi um student
Migrasi um student
 
Unit 11 modul migrasi dalaman
Unit 11   modul migrasi dalamanUnit 11   modul migrasi dalaman
Unit 11 modul migrasi dalaman
 
Wacana peranakan di malaysia sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...
Wacana peranakan di malaysia  sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...Wacana peranakan di malaysia  sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...
Wacana peranakan di malaysia sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...
 
Proposal nyonye
Proposal nyonye Proposal nyonye
Proposal nyonye
 
Wacana peranakan di malaysia penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...
Wacana peranakan di malaysia   penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...Wacana peranakan di malaysia   penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...
Wacana peranakan di malaysia penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...
 
Eric yeo cheng_aun
Eric yeo cheng_aunEric yeo cheng_aun
Eric yeo cheng_aun
 
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhirPanduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
 
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
 
52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)
52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)
52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)
 
Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)
Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)
Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)
 

Recently uploaded

Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 

Recently uploaded (11)

Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 

Nota kuliah 5 (perkembangan politik 1)

  • 2. 3 FASA UTAMA DALAM PERKEMBANGAN POLITIK DI MALAYSIA : • Fasa Pertama : Era Pra-Kemerdekaan (sebelum merdeka hingga tahun 1960) • Fasa Kedua : Era Pengisian Kemerdekaan (Dari Tahun 1960-an hingga 1980-an) • Fasa Ketiga : Era Pengukuhan Kemerdekaan (Dari tahun 1990-an hingga era 2000-an)
  • 3. ERA PRA-KEMERDEKAAN (SEBELUM MERDEKA HINGGA TAHUN 1960) • Kedatangan British telah membawa perubahan ke atas struktur politik, ekonomi dan sosial masyarakat di Tanah Melayu. i. Politik – Sistem Residen ii. Ekonomi – Dasar Pecah dan Perintah & kemasukan imigran dari China dan India iii. Sosial – perkembangan bidang pendidikan
  • 4. GERAKAN NASIONALISME DI MALAYSIA • Pertambahan bilangan pelajar yang menerima pendidikan di Barat dan Timur Tengah serta kelahiran institusi pendidikan Melayu mendorong kepada penyebaran aliran pemikiran baru/ revolusi mental kepada masyarakat. • Menurut Roff (1980:57) – Terdapat tiga golongan intelektual yang membangkitkan semangat nasionalisme rakyat, iaitu : i. Golongan Berpendidikan Agama ii. Golongan Berpendidikan Sekular Inggeris iii. Golongan Berpendidikan Melayu
  • 5. 1) GOLONGAN INTELEKTUAL AGAMA • Tokoh : Syed Sheikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin dan Burhanuddin Helmy. • Menubuhkan sebuah kumpulan reformis yang dikenali sebagai “KAUM MUDA” pada tahun 1906. • KAUM MUDA adalah hasil daripada pengaruh gerakan Islah Islamiyah di Mesir yang dipelopori oleh al-Afghani, Muhammad Abduh & Rashid Rida. • KAUM MUDA merujuk kepada gerakan membasmi dan menentang amalan karut/kuno Melayu yang tidak berlandaskan kepada ajaran Qur’an dan Sunnah. • Matlamat : Mewujudkan reformasi pan-Islamisasi iaitu menjadikan Islam sebagai teras pemerintahan negara.
  • 6.
  • 7. • Menjadikan Singapura sebagai pusat operasi gerakan KAUM MUDA kerana Singapura merupakan pusat perkembangan kesusasteraan dan penerbitan terpenting di Asia Tenggara. • Bagaimana KAUM MUDA menyuntik kesedaran nasionalisme kepada masyarakat di Tanah Melayu? i. Mata Pena – Majalah dan akhbar Contoh : al-Imam, al-Ikhwan dan Saudara ii. Penubuhan madrasah Contoh : Madrasah al-Mahsyor, il-Ihya as-Sharif & Madrasah Hamidiah • Usaha KAUM MUDA mendapat tentangan hebat KAUM TUA.
  • 8. • Antara tokoh KAUM TUA : Hj. Osman Jalaluddin al- Kelantani, Haji Yaakub Legor & Sheikh Abdullah Fahim. • KAUM TUA mempraktikkan tradisi konservatif dan mempertahankan nilai-nilai establishment yang sedia wujud dalam masyarakat. • Menggunakan akhbar Lidah Benar bgi menyanggah gerakan KAUM MUDA. • KAUM TUA juga menguatkuasakan undang-undang agama bagi menyekat penularan idea-idea KAUM MUDA. Contoh : Enakmen Undang-undang Islam 1904 – penyebaran agama perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Sultan.
  • 9. 2) GOLONGAN INTELEKTUAL SEKULAR INGGERIS • Golongan yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke Barat – dipengaruhi oleh keadaan sosial di sana. • Antara tokoh berpendidikan sekular Inggeris adalah seperti Tunku Abdul Rahman, Tun. Dr. Ismail dan Tun Dr. Mohamed Suffian Hashim. • Menerusi Persatuan Melayu Great Britain – mereka mempengaruhi pihak British untuk mempercepatkan proses kemerdekaan dan menghapuskan Malayan Union.
  • 10. 3) GOLONGAN INTELEKTUAL MELAYU • Penubuhan institusi pendidikan Melayu seperti Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Kolej Teknik Kuala Lumpur dan Kolej Pertanian Serdang banyak melahirkan golongan intelektual Melayu yang aktif menyebarkan wacana perjuangan nasionalisme. • Tokoh : Ibrahim Hj. Yaakob, Isa Mohamad, Hassan Manan dan Ishak Hj. Muhamad. • Mereka memanifestasikan kebangkitan semangat kebangsaan ini ke dalam bentuk parti-parti politik seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM), Kesatuan Melayu Singapura (KMS), Persatuan Melayu Perak dan Persatuan Melayu Pahang.
  • 11. KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) • Merupakan parti politik kebangsaan yang paling awal di Tanah Melayu- ditubuhkan pada tahun 1938 oleh Ibrahim Yaakob. • Matlamat utamanya adalah untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British dan mewujudkan gagasan ‘Melayu Raya’- Penyatuan Tanah Melayu dan Indonesia. • Radikal & berhaluan kiri kerana mengamalkan dasar yang bertentangan dengan British. • KMM mengadakan pakatan dengan Jepun untuk menggulingkan British. • Menggunakan akhbar ‘Warta Malaya’ untuk menyebarkan perasaan anti-British kepada masyarakat. • Parti ini diharamkan British dan pemimpin-pemimpinnya ditangkap pada tahun 1942.
  • 12. PARTI KEBANGSAAN MELAYU MALAYA (PKMM) • Kegagalan KMM telah mendorong penubuhan sebuah lagi parti politik iaitu PKMM pada 17 Oktober 1945. • Sebuah parti politik Melayu pertama yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam dan Mokhtaruddin Lasso demi membela nasib kaum Melayu di negara ini. • Mempunyai pengaruh komunis – memperkenalkan ‘8 Dasar’ yang diinspirasikan daripada rancangan ‘9 perkara’ oleh Parti Komunis Malaya (PKM). • Menubuhkan sayap pemuda dan pemudi yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS). • Pada awalnya, PKMM memperjuangkan misi untuk membentuk Melayu Raya, tetapi matlamat ini mendapat sokongan rakyat dan ahlinya sendiri. Oleh itu, mereka menukar hala tuju dengan membentuk satu gabungan parti-parti Melayu Radikal, iaitu Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA). • PUTERA akhirnya bekerjasama dengan parti-parti bukan Melayu iaitu All Malayan Council of Joint Action (AMCJA).
  • 13. PUTERA - AMCJA • Merupakan gabungan terawal parti-parti Melayu dan bukan Melayu di negara ini - 1947 • Matlamat utama yang diperjuangkan adalah pembentukan negara bangsa yang menegaskan satu kerakyatan. • Oleh itu, mereka telah merangka ‘Perlembagaan Rakyat’ bagi menggantikan Malayan Union. • Terdapat 10 prinsip asas dalam Perlembagaan Rakyat ini : I. Singapura disatukan dengan Malaya II. Hanya satu kerajaan pusat dan majlis negeri-negeri yang dipilih. III. Raja-raja Melayu mempunyai kuasa sebenar IV. Menyediakan keistimewaan tertentu bagi kemajuan orang Melayu dari segi politik dan ekonomi. V. Adat istiadat Melayu dan agam Islam dikawal sepenuhnya oleh orang Melayu. VI. Kerakyatan serata bagi semua orang. VII. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan VIII. Pertahanan dan hal ehwal negeri menjadi tanggungjawab bersama kerajaan Malaya dan kerajaan British. IX. Kerakyatan Malaya dinamakan Melayu X. Warna merah putih dimasukkan sebagai latar belakang bendera kebangsaan Malaya.
  • 14. • British menolak Perlembagaan Rakyat yang dicadangkan oleh PUTERA-AMCJA kerana mereka hanya menjalankan rundingan dengan golongan elit dan raja- raja Melayu dan bimbang kedudukan British akan terancam di Tanah Melayu. • PUTERA-AMCJA telah melancarkan mogok ‘Hari Hartal Semalaya’ pada 20 September 1947 – protes besar- besaran tanpa keganasan, hanyalah penutupan semua premis yang beroperasi seperti kilang, kedai, sekolah, pejabat dan ladang. • Matlamat utama : untuk mencetuskan ketidakakuran awam sebagai tanda protes terhadap British. • Akibatnya, pemimpin PUTERA-AMCJA seperti Ahmad Boestamam, Abu Bakar Bakir dan Burhanuddin Helmy ditangkap di bawah Undang-undang Darurat 1948 kerana dikaitkan dengan fahaman komunis.
  • 15. MALAYAN UNION • Diisytiharkan oleh British pada 1 April 1946 – merupakan gabungan Negeri-negeri Melayu dengan Negeri-negeri Selat (tanpa Singapura). Singapura dikekalkan sebagai tanah jajahan kerana penyertaan Singapura akan mencetuskan penentangan terhadap Malayan Union. • Hasrat British untuk menyediakan kemerdekaan kepada tanah Melayu. • Kuasa pentadbiran terletak sepenuhnya kepada Gabenor British yang pertama – Sir Edward Gent • Tujuan penubuhan : i. Membentuk bangsa Malayan Union ii. Mengawal kuasa politik Melayu – raja-raja Melayu kehilangan kuasa iii. Penguasaan British ke atas ekonomi Tanah Melayu iv. Memastikan agar sumber tenaga kerja (imigran) tidak terjejas – kerakyatan jus soli v. Kukuhkan pertahanan British vi. Wujudkan pentadbiran yang cekap dan seragam
  • 16. PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UMNO) • Ditubuhkan pada 20 September 1946 bertujuan untuk melindungi hak-hak orang Melayu dengan membantah pembentukan gagasan Malayan Union. • Penubuhan UMNO telah membuka ruang kepada golongan elit Melayu pro- Barat untuk mengambil alih perjuangan menuntut kemerdekaan. • Mengapa UMNO membantah pembentukan Malayan Union sedangkan UMNO adalah sekutu kuat British? Penentangan terhadap Malayan Union berlaku di semua peringkat akar umbi masyarakat Melayu. • Mereka mempersoalkan mengenai isu kerakyatan ‘jus soli’ yang terlalu longgar dan mudah, penghapusan kedudukan Raja-raja Melayu dan penarikan semula hak istimewa orang Melayu. • Maka, satu perhimpunan yang melibatkan lebih daripada 41 persatuan Melayu termasuk PKMM diadakan di Kuala Lumpur. Hasilnya, UMNO terbentuk di bawah pimpinan Onn Jaafar.
  • 17. • Namun, wujud pertembungan dalam perjuangan PKMM dan UMNO. PKMM ingin menuntut kemerdekaan sepenuhnya dari British, manakala UMNO hanya sekadar ingin mengembalikan status quo golongan elit Melayu tanpa kemerdekaan. • Kelebihan UMNO : i. Berjaya merapatkan kembali hubungan sultan-sultan Melayu dan rakyat. ii. Dasar UMNO yang sering melindungi hak Melayu mendapat sokongan besar masyarakat Melayu. iii. Mengambil pendekatan pragmatik dengan menggunakan hubungan baik yang dijalinkan oleh pembesar Melayu dan British demi kepentingan perjuangan mereka. • UMNO berjaya mencapai kesepakatan dengan British untuk membubarkan Malayan Union dan membentuk Perlembagaan 1948.
  • 18. MALAYSIAN INDIAN CONGRESS (MIC) • Ditubuhkan pada Ogos 1946 – diketuai oleh John A. Thivy. • Perjuangan awal MIC menyokong kemerdekaan di India, tetapi kurang mendapat sambutan dari rakyat India di Tanah Melayu. • Selepas kemerdekaan India pada tahun 1947, MIC menumpukan kepada isu kerakyatan, taraf hidup dan kebajikan masyarakat India di Tanah Melayu. • MIC pernah menyertai parti serpihan Dato’ Onn Jaafar (IMP) tetapi tidak mendapat sambutan. • Namun, pada tahun 1955 MIC bergabung dengan UMNO dan MCA untuk membentuk Parti Perikatan.
  • 19. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 1948 • Ditubuhkan hasil daripada perbincangan jawatankuasa yang terdiri daripada wakil-wakil UMNO, Raja-raja Melayu dan wakil kerajaan British. • Mendapat tentangan orang-orang Cina, PKMM dan AMCJA. • Antara intipati : a) Kuasa memerintah persekutuan Tanah Melayu terletak pada tangan Pesuruhjaya Tinggi British dibantu oleh Majlis Kerja Kerajaan (wakil-wakil mengikut kaum) b) Majlis Raja-raja telah dibentuk – mengembalikan kedaulatan Raja-raja Melayu. c) Taraf kewarganegaraan yang ketat –kewarganegaraan melalui undang-undang dan kewarganegaraan menerusi permintaan- had 300,000 orang bukan Melayu.
  • 20. DARURAT TANAH MELAYU 1948 • Berlaku pada tahun 1948 hingga tahun 1960 – diisytiharkan pada 7 Julai 1948. • Persengketaan di antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan kerajaan British. • Sebab Darurat : i. Bermula selepas pendudukan Jepun pada 1942 – 1946 ii. Pembunuhan 3 orang pengurus ladang berbangsa Inggeris di Perak pada tahun 1948 telah menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat. iii. PKM diharamkan – mengubah dasarnya daripada bersikap sederhana kepada agresif. iv. Memulakan mogok dengan Kesatuan Sekerja, tetapi gagal. v. Hubungan PKM dan British yang semakin keruh dan setelah Chin Peng dilantik sebagai ketua yang baru, gerakan bersenjata - Darurat diisytiharkan di Johor pada 19- 6-1948. vi. “Min Yuen” (Gerakan Rakyat) ditubuhkan untuk menyokong komunis
  • 21. • Langkah-langkah Mengatasi Darurat : i. Undang-undang Darurat –  Parti politik yang bersifat radikal diharamkan  Sesiapa yang disyaki terlibat dengan komunis akan ditangkap, serta dibuang negeri  Hukuman bunuh dibuat untuk sesiapa yang dianggap bersubahat dengan komunis ii. Perintah Berkurung iii. Kawasan putih dan Hitam iv. Sekatan Jalan Raya & kawalan kampung v. Kad Pengenalan vi. Rancangan Briggs -  Dilancarkan pada tahun 1950 dan diketuai oleh Sir Harold Rowdan Briggs.  Tindakan British untuk melumpuhkan gerakan Min Yuen  Memindahkan penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di kawasan penempatan semula atau di Kampung Baru supaya mereka tidak diugut oleh Min Yuen.  Gerakan Kelaparan – menyekat maklumat dan bekalan makanan serta ubat-ubatan
  • 22. MALAYSIAN CHINESE ASSOCIATION (MCA) • Kesan daripada ancaman komunis ini, British telah bertindak untuk menubuhkan sebuah parti politik Cina berhaluan kanan dikenali sebagai Malayan Chinese Association (MCA). • Ditubuhkan oleh pada 27 Februari 1949 di bawah pimpinan Tun Tan Cheng Lock. • Matlamat : Untuk melindungi hak dan kebajikan masyarakat Cina di Tanah Melayu. • Bergabung dengan UMNO pada Pilihan Raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur tahun 1952.
  • 23. PARTI ISLAM SE-MALAYA (PAS) • Ditubuhkan pada 23 Ogos 1951 – hasil daripada persidangan para ulamak di Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Persatuan Ulamak SeMalaya. • Persatuan Ulamak SeMalaya = di ubah kepada Parti Islam SeMalaya (PAS) pada November 1951. • Sejarah penubuhan PAS amat sinonim dengan sejarah perjuangan Hizbul Muslimin yang ditubuhkan di Gunung Semanggol, Perak pada 14 Mac 1948 di bawah pimpinan Abu Bakar al-Bakir, seorang tokoh agama dan didokong oleh golongan elit agama tradisional yang terdiri daripada guru dan pelajar agama. • Parti ini kemudiannya diharamkan oleh British pada 18 Jun 1948 menyebabkan sebahagian ahli Hizbul Muslimin bertindak menganggotai Biro Agama UMNO bagi mengisi ruang perjuangan Islam dalam parti tersebut. • Daripada biro tersebut, lahirlah Persatuan Ulama SeMalaya yang dipimpin oleh Tuan Haji Ahmad Fuad bin Hassan. • Pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan menerusi landasan demokrasi ke arah membentuk negara yang diredhai Allah.
  • 24. PERKEMBANGAN POLITIK 1950 - 1960 i. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) pada tahun 1949 – bertujuan untuk mewujudkan persefahaman antara kaum.  Anggota CLC :  UMNO- Dato Onn Jaafar  MCA- Tun Tan Cheng Lock  Pengerusi - Dato E.E.C Thuraisingan.  Penasihat - Sir Malcolm MacDonald (Gabenor Jeneral Asia Tenggara)  Hasil persefahaman CLC :  Syarat kerakyatan dilonggarkan  Bantuan ekonomi dan pendidikan kepada orang Melayu.  Pilihanraya diadakan pada masa yang sesuai di peringkat bandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan  Pembentukan satu sistem pendidikan yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
  • 25. ii. Penubuhan Sistem Ahli dilaksanakan pada tahun 1951 hingga 1955- bertujuan untuk melatih orang Melayu dan kaum lain dalam pentadbiran Tanah Melayu.  Idea ini dicetuskan oleh Onn Jaafar.  Ciri – ciri : • Kabinet bayangan (sistem pentadbiran berbentuk kabinet tanpa pilihan raya). • Anggotanya dikenali sebagai ahli. • Pelantikan dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-raja Melayu. • 9 orang ahli – 3 Melayu + 1 Cina + 1 India + 4 pegawai British. • Ahli-ahli diletakkan di bawah penguasaan pegawai tinggi British.
  • 26. Anggota Sistem Ahli : Ahli Jabatan Dato’ Onn Jaafar Hal Ehwal Dalam Negeri Dato’ Mahmud Mat Tanah, Perlombongan dan Perhubungan Tunku Yaacob Almarhum Sultan Abdul Halim Shah Pertanian dan Perhutanan E. E. C Thuraisingham Pelajaran Dr. Lee Ting Keng Kesihatan
  • 27. iii. PILIHAN RAYA MAJLIS BANDARAN • Tujuan : memberi peluang kepada penduduk tempatan menjalankan tanggungjawab mereka ke arah proses berkerajaan sendiri secara berperingkat. • Pilihan Raya Majlis Bandaran diadakan di setiap bandar-bandar besar. • 1951 : Pilihan Raya Majlis Bandaran pertama diadakan di Georgetown – Parti Radikal memenangi 6 daripada 9 kerusi yang dipertandingkan. • 1952 : Gabungan UMNO dan MCA berjaya memenangi 9 daripada 12 kerusi dalam pilihan raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur. 2 lagi kerusi dimenangi oleh Independent Malayaan Party (IMP) pimpinan Dato’ Onn Jaafar dan 1 kerusi milik calon bebas. • Kerjasama yang dibuat UMNO dan MCA dalam pilihan raya Bandaran Kuala Lumpur ini telah membuka ruang untuk penggabungan parti perkauman yang lebih luas - PARTI PERIKATAN. • 1954 : Pilihan Raya Negeri diadakan – UMNO dan MCA memenangi 226 daripada 268 buah kerusi negeri yang dipertandingkan. Kemenangan ini menunjukkan rakyat menerima prinsip kerjasama kaum dalam politik di Tanah Melayu.
  • 28. iv. PILIHAN RAYA UMUM 1955 • Pilihan raya umum pertama di Tanah Melayu. • Parti Perikatan diperluaskan lagi dengan kemasukan MIC. • Antara faktor-faktor yang mendorong kepada pembentukan Parti Perikatan: I. Kemerdekaan daripada British sangat diperlukan. II. Pengisytiharan darurat 1948 memaksa parti-parti ini bekerjasama menghadapai komunis. III. Kejayaan gabungan Perikatan dalam pilihan raya menjadi asas yang mengukuhkan hubungan mereka. • Manifesto Parti Perikatan : a) Mencapai kemerdekaan dalam tempoh 4 tahun b) Mewajibkan pendidikan rendah c) Melindungi hak-hak Raja Melayu d) Menamatkan darurat e) Menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan
  • 29. • Menyaksikan kemenangan besar Parti Perikatan – memenangi sebanyak 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan (79.6% undi). 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS di Kerian. Keputusan Pilihan Raya Umum 1955 Parti Bilangan Kerusi yang dipertandingkan Bil. Kerusi yang dimenangi Perikatan 52 51 Parti Negara 30 - Parti Islam Se-Malaya 11 1 Liga Melayu Perak 9 - Parti Buruh 4 - People’s Progressive Party 2 - Bebas 18 -
  • 30. v. MISI KEMERDEKAAN • 18 Januari – 6 Februari 1956 : Rombongan kemerdekaan bertolak ke London diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Rundingan dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British. • Hasilnya, suruhanjaya Reid ditubuhkan pada tahun 1955 bagi mengesyorkan pembentukan satu perlembagaan persekutuan berdasarkan kepada demokrasi berparlimen. • Ahli-ahlinya terdiri daripada : i. Lord Reid (Britain) ii. Sir Ivor Jennings (Britain) iii. Sir William McKell (Australia) iv. B. Malik (India) v. Hakim Abdul Hamid (Pakistan) • Perkara penting yang dibincangkan ialah pembentukan sebuah kerajaan pusat, kuasa autonomi negeri, kedudukan istimewa Raja-raja Melayu dan pengekalan hak istimewa orang-orang Melayu. • Kemerdekaan diisytiharkan pada 31 Ogos 1957
  • 31. vi. PILIHAN RAYA UMUM 1959 • Parti Perikatan telah memenangi 74 daripada 104 kerusi yang dipertandingkan dengan jumlah undi sebanyak 51.7%. Penurunan kadar undi Perikatan ini adalah disebabkan oleh pertambahan undi kaum Cina yang lebih memilih PPP berbanding MCA. • Baki 30 kerusi lagi dimenangi oleh barisan pembangkang (PPP, PMIP, Barisan Sosialis, Parti Negara dan Parti Malaya). • PAS memenangi kerusi terbanyak pembangkang iaitu 13 kerusi (21.2% undi). • Barisan Sosialis pula mendapat 8 kerusi (12.9% undi). • Parti Progresif Penduduk (PPP) memperolehi 4 kerusi Parlimen dengan undi sebanyak 6.3%.
  • 32. Era Pengisian Kemerdekaan (Dari Tahun 1960-an hingga 1980-an) i. PEMBENTUKAN MALAYSIA TAHUN 1963 • Pembentukan Malaysia merupakan proses dekolonialisasi negera-negara kecil yang belum membangun. • Tujuannya :  Menstabilkan Asia Tenggara daripada ancaman komunis.  Mengimbangi kadar pertambahan orang Cina di Tanah Melayu.  Mewujudkan semangat setiakawan dan kerjasama di antara negara-negara anggota. • Langkah-langkah ke arah pembentukan Malaysia : 1) DIALOG BORNEO • Perbincangan di antara gabenor Sarawak, Sabah, Pesuruhjaya Tinggi Brunei dan Pesuruhjaya Umum Singapura mengenai pembentukan Malaysia.
  • 33. 2) JAWATANKUASA PERUNDINGAN DAN PERPADUAN MALAYSIA • Ditubuhkan pada Julai 1961 – terdiri daripada wakil-wakil dari Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. Brunei hanya menghantar pemerhati. • Tujuannya:  Mengumpulkan pandangan mengenai pembentukan Malaysia daripada negara-negara anggota.  Menyebarkan informasi mengenai pembentukan Malaysia.  Menggalakkan perbincangan mengenai pembentukan Malaysia.  Mempromosikan aktiviti yang boleh membantu merealisasikan pembentukan Malaysia. 3) PERJANJIAN PERSEKUTUAN MELAYU – SINGAPURA • Ogos 1961 – Persetujuan untuk bersatu di antara Tanah Melayu dan Singapura telah dicapai dengan syarat berikut :  Singapura menjadi negara baru dalam persekutuan  Mempunyai 15 kerusi dalam persekutuan Dewan Rakyat dan 2 kerusi dalam Dewan Negara.  Mempunyai kuasa autonomi ke atas pendidikan dan dasar buruh.  Warga Singapura mempunyai dua kewarganegaraan – Singapura dan Malaysia  Ketua negara Singapura kekal dipanggil ‘Yang di-Pertuan Negara – dilantik oleh YDPA atas nasihat daripada Perdana Menteri Singapura.
  • 34. 4) SURUHANJAYA COBBOLD • Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan pada 17 Januari 1962 bertujuan untuk meninjau pandangan penduduk di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak tentang gagasan Malaysia. • Hasil laporan Suruhanjaya Cobbold menunjukkan seramai 80% penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju dengan penubuhan Malaysia. 5) JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN (INTERGOVERNMENTAL COMMITTEE) • Ditubuhkan bagi membincangkan penyertaan Sabah dan Sarawak dalam perlembagaan persekutuan. • Terdiri daripada beberapa ahli seperti Lord Lansdowne (Pengerusi), Tun Abdul Razak, Donald Stephen (Sabah) dan Abang Hj. Mustapha (Sarawak). • Menerima banyak memorandum daripada individu, organisasi dan parti-parti politik – respon yang diterima dimasukkan sebgai laporan.
  • 35. 6) REFERENDUM SINGAPURA • Sebuah referendum nasional telah ditubuhkan untuk memberi peluang kepada rakyat Singapura memilih alternatif terbaik bagi pembentukan Malaysia. Antara alternatifnya, adalah : i. Alternatif 1 – bergabung mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam ‘white paper’. ii. Alternatif 2 – bergabung dan perlu patuh kepada semua polisi yang ditetapkan dalam persekutuan. iii. Alternatif 3 – bergabung mengikut syarat yang sama seperti Sabah, Brunei dan Sarawak. • Hasil referendum ini mendapati hampir 70% rakyat Singapura memilih alternatif 1 iaitu bergabung mengikut perjanjian ‘white paper’. 7) KEPUTUSAN BRUNEI • Pada tahun 1962, Sultan Brunei telah melantik sebuah suruhanjaya untuk menilai pandangan penduduk Brunei terhadap penggabungannya dengan Tanah Melayu. • Hasil penilaian ini mendapati : i. Terdapat bantahan yang lantang daripada Azahari dan partinya iaitu Parti Rakyat Brunei (PRB) yang menguasai badan perundangan Brunei. ii. Selain itu, Brunei juga takut sekiranya hasil minyak mereka akan jatuh ke tangan kerajaan Persekutuan. iii. Isu mengenai Kesultanan Brunei tidak boleh diketepikan. • Oleh itu, Brunei menagmbil keputusan untuk tidak turut serta dalam pembentukan Malaysia.
  • 36. PENUBUHAN MALAYSIA • Rang undang-undang pembentukan Malaysia – mendapat 73 sokongan ahli Parlimen dan 15 yang lain menolak penubuhan Malaysia. • Namun begitu, jumlah sokongan ini melebihi 2/3 majoriti undi – rang undang-undang ini diluluskan. • Begitu juga di Singapura – 25 undi sokongan dan 7 yang lain membantah penggabungan ini. • Oleh itu, penubuhan Malaysia telah diisytiharkan pada 16 September 1963. • Penubuhan Malaysia ini mendapat tentangan hebat daripada Filipina (Filipina menuntut hak kedaulatannya ke atas Sabah) dan Indonesia (mahu menubuhkan Indonesia Raya).
  • 37. KONFRANTASI MALAYSIA-INDONESIA • Konfrantasi ini bermula selepas penubuhan Malaysia. Indonesia yang pada ketika itu di bawah pemerintahan Presiden Sukarno, menentang pembentukan Malaysia kerana beliau mahu menubuhkan ‘Indonesia Raya’ yang menggabungkan Tanah Melayu dan Indonesia. • Akibatnya, Indonesia telah memutuskan hubungan diplomatiknya dengan Malaysia. • Terdapat isu-isu lain yang telah membangkitkan konfrantasi ini, antaranya :  Indonesia berasa terancam dengan adanya tentera dan pengkalan asing di Malaysia.  Pembentukan Malaysia juga menjadi ancaman kepada Indonesia kerana Malaysia menjadi sarang bangsa Cina. • Konfrantasi ini berlanjutan sehingga tahun 1966 – pada awalnya, konfrantasi ini hanya sekadar ‘perang mulut’ di antara Malaysia dan Indonesia. Ia termasuklah kempen ‘Ganyang Malaysia’ yang dilancarkan oleh Indonesia. • Namun, konfrantasi ini bertukar menjadi perang ketenteraan. • April 1963 – pasukan tentera Indonesia mula memasuki kawasan Sabah dan Sarawak untuk menyebarkan propaganda dan menakluki kawasan ini.
  • 38. • 1964 – pasukan tentera Indonesia mendarat di Johor dan cuba membentuk pasukan gerila. Namun, percubaan mereka berjaya dipatahkan oleh regimen askar Melayu. • Malaysia juga meminta pihak British dan Australia untuk menempatkan pasukan tentera mereka di kawasan sempadan Kalimantan. • Pelbagai usaha dan perjanjian yang telah dilakukan oleh Malaysia dan negara-negara jiran lain untuk menamatkan konfrantasi ini, tetapi menemui jalan buntu. • Namun, selepas kejatuhan Presiden Sukarno pada tahun 1965, telah membuka ruang pendamaian yang luas antara Malaysia dan Indonesia. • Mei 1966 – sebuah rundingan diadakan di Bangkok. Kedua- dua buah negara telah mencapai kata putus untuk berdamai dan mengakhiri konfrantasi ini.
  • 39. PILIHAN RAYA UMUM 1964 • PRU 1964 – Pilihan raya pertama selepas pembentukan Malaysia ( Sabah dan Sarawak tidak terlibat kerana pilihan raya baru dilaksanakan sewaktu pembentukan Malaysia). • Oleh itu, jumlah kerusi yang dipertandingkan masih kekal sama iaitu 104 kerusi. • Walaupun, Malaysia terlibat dengan pergolakan politik yang hebat, tetapi ini tidak menghalang parti Perikatan untuk beraksi cemerlang pada PRU ini. • Parti Perikatan berjaya memenangi 89 kerusi dengan peningkatan undi sebanyak 3.5% daripada 51.5% undi yang diperolehi pada pilihan raya lepas. • Manakala pembangkang hanya berjaya memenangi 15 kerusi Parlimen (41.5% undi) berbanding 30 kerusi pada PRU 1959. • PAS - 9 kerusi berbanding 13 kerusi pada pilihan raya yang lalu, dengan jumlah undi merosot sebanyak 7.1%. • Barisan Sosialis - 2 kerusi berbanding 8 kerusi pada PRU 1959. • Parti Progresif Rakyat (PPP) - 2 kerusi berbanding 4 kerusi pada pilihan raya lalu. • Jumlah pengundi keluar mengundi meningkat kepada 78.9%.
  • 40. PEMISAHAN SINGAPURA DARI MALAYSIA • Di antara tahun 1964 – 1965, terdapat beberapa peristiwa yang telah meretakkan hubungan Malaysia-Singapura : i. Terdapat rusuhan-rusuhan kesan daripada konflik perkauman di antara PAP dan pelampau perkauman orang-orang Melayu di Persekutuan – mewujudkan hubungan tidak baik di antara kerajaan Cina di Singapura dan kerajaan Melayu di Persekutuan. ii. Usaha Lee Kuan Yew untuk mengemukakan calon-calon PAP dalam PRU 1964 di Persekutuan telah disalah ertikan oleh ahli politik Melayu sebagai usaha Lee untuk merebut pucuk pimpinan di Kuala Lumpur. iii. Mei 1965 Lee menghimpun empat parti pembangkang di Tanah Melayu dan Sarawak untuk menyertai PAP dalam konvensyen perpaduan Malaysia atau Malaysian Solidarity Convention (MSC) yang mendokong konsep ‘Malaysian Malaysia’ – dianggap sebagai satu menifestasi cita-cita Lee untuk menjadi Perdana Menteri kerana ia berjaya menarik sokongan masyarakat. • Selepas PAP memenangi pilihan raya Singapura 1963, PAP mendesak Tunku untuk mencalonkan satu daripada dua Senator Persekutuan dari Singapura - Tunku bersetuju untuk melakukannya. • PAP nampak seperti cuba untuk memecahbelahkan antara UMNO dan MCA dengan menunjukkan yang MCA tidak berharga sebagai satu rakan kongsi dalam Perikatan dan dengan cuba menggantikan MCA dalam Perikatan – tetapi gagal.
  • 41. • Hasil dari langkah radikal PAP terhadap Perikatan, pemimpin-pemimpin Tanah Melayu merancang untuk menangkap Lee. Keadaan keselamatan dalam negeri semasa agak tegang. • Pada tahun 1965- Singapura telah melancarkan kempen ‘ Malaysian Malaysia’- Tunku melihat ideologi PAP ‘Malaysian Malaysia’ sebagai berpotensi mendatangkan ancaman terhadap Malaysia. • Oleh itu, pada 9 Ogos 1965 – Tunku terpaksa menyingkirkan Singapura daripada Persekutuan Malaysia – bagi mengelakkan rusuhan perkauman yang lebih dahsyat daripada berlaku.
  • 42. RUSUHAN KAUM 13 MEI 1969 • Punca-punca berlakunya konflik perkauman : i. Ketidakpuasan hati kaum Cina dan India terhadap hak istimewa kaum Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan 1957 – khususnya Perkara 153 (hak istimewa orang Melayu), Perkara 152 (Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi). ii. MCA dan MIC juga tidak lagi mempunyai kuasa yang sama rata dengan UMNO – Perlu membuat rundingan dulu dengan UMNO berhubung sebarang isu yang berkaitan dengan kepentingan kaum Cina dan India (Vasil 1972:3). iii. Isu bahasa dan pendidikan iv. Kepincangan UMNO sendiri – terdapat konspirasi politik untuk menjatuhkan Tunku oleh golongan young Turks (golongan ini hanya mahukan pemerintahan Melayu/UMNO sahaja yang menguasai pentadbiran kerajaan. Contoh : Demonstrasi Anti Tunku v. Pilihan Raya Umum 1969 – isu-isu berbaur perkauman dimainkan oleh parti- parti pembangkang dalam kempen pilihan raya.
  • 43. vi. Pengaruh komunis - Pada hari penamaan calon, Parti Buruh telah bekerjasama dengan komunis untuk mengadakan protes jalanan di Kuala Lumpur – menconteng jalan raya dan tembok-tembok dengan cat merah sebagai ancaman kepada rakyat agar memulaukan pilihan raya. • PRU 1969 diadakan dalam situasi politik yang penuh dengan unsur perkauman. • Lebih 80% pengundi yang keluar mengundi dan sebahagian besarnya adalah pengundi baru berdaftar.
  • 44. PILIHAN RAYA UMUM 1969 • Parti Perikatan mengalami kekalahan teruk apabila buat pertama kalinya Perikatan gagal untuk mengekalkan 2/3 majoriti dalam Parlimen – Pulau Pinang jatuh ke tangan Gerakan dan Kelantan jatuh ke tangan PAS. • Jumlah kerusi yang dimenangi Perikatan menurun daripada 89 kerusi (58.5% undi) pada PRU 1964 kepada 66 kerusi (49.3% undi) pada pilihan raya ini. • Pembangkang memenangi 49 kerusi pada pilihan raya ini berbanding 15 kerusi pada pilihan raya lepas – DAP, Gerakan dan PPP berjaya memenangi 25 kerusi. Manakala, PAS membolot 12 kerusi. • Dr. Tan Chee Khoon (Parti Gerakan) memohon untuk mengadakan perarakan sekitar Kuala Lumpur bagi meraikan kemenangan besar beliau dan Gerakan pada 12 Mei 1969 – Namun, perarakan kemenangan ini bertukar menjadi perarakan yang tidak terkawal apabila penyokong- penyokong parti ini membawa ‘penyapu’ sebagai simbolik kepada pengusiran Melayu dari Kuala Lumpur dan memasuki kawasan Kg. Baru yang majoriti penduduknya berbangsa Melayu.
  • 45. • Sebagai serangan balas, pemuda-pemuda UMNO dan orang Melayu mengadakan perhimpunan di rumah Menteri Besar Selangor. Pada waktu yang sama, orang Melayu yang ingin turut serta dalam perhimpunan ini telah diserang oleh orang Cina di Setapak. • Akibatnya, bermulalah kejadian rusuhan 13 Mei antara Melayu dan Cina – mengakibatkan kemusnahan harta benda dan kematian. • Bagi mengawal keadaan, Tunku telah mengisytiharkan darurat dan Parlimen digantung – Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN) yang diketuai oleh Tun Abdul Razak ditubuhkan bagi melicinkan pentadbiran negara dan mengawal ketenteraman awam. • Pada tahun 1970 – Tunku berundur sebagai Perdana Menteri dan digantikan dengan Tun Abdul Razak. • Tragedi ini dilihat sebagai turning point yang telah mengubah struktur politik Malaysia – daripada demokrasi liberal kepada demokrasi yang lebih terkawal. Contoh : Zakaria Ahmad (1989) – quasi demokrasi, Crouch (1996) – semi- demokrasi dan Case (2002) – demokrasi autoritarian.
  • 46. PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA ERA TUN ABDUL RAZAK • Tun Abdul Razak telah merangka pelbagai dasar dan pelan yang mencakupi aspek politik, ekonomi dan sosial – sebagai usaha untuk mengembalikan persefahaman antara kaum yang telah terjejas. i. Politik – Kerajaan telah menggubal dan meminda beberapa akta penting. Antaranya adalah akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), akta (pindaan) Perlembagaan 1971 (melarang perbincangan mengenai isu-isu perkauma secara terbuka). • Meletakkan pimpinan muda yang dikenali sebagai ‘order baru’ seperti Dr. Mahathir, Musa Hitan dan Tengku Razaleigh di dalam kabinet kerajaan. • Menubuhkan sebuah kerajaan campuran- gabungan Perikatan dengan parti- parti pembangkang bagi melicinkan pentadbiran negara. ii. Sosial – Rukunegara ditubuhkan bagi mengukuhkan integrasi kaum. iii. Ekonomi – Dasar Ekonomi Baru
  • 47. DASAR EKONOMI BARU (DEB) • Diperkenalkan pada tahun 1970 bersama-sama dengan Rancangan Malaysia Kedua (1971- 1975). • Strategi serampang dua mata : i. Membasmi kemiskinan dengan menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi dan pendapatan yang tinggi. ii. Melaksanakan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia bagi mengurangkan jurang ekonomi antara kaum, sekali gus menghapuskan pengenalan ekonomi mengikut kaum. • Antara langkah-langkah yang diambil kerajaan :  Mestikan golongan Bumiputera khususnya orang Melayu menguasai 30% ekuiti dalam semua sektor ekonomi.  Menubuhkan pelbagai agensi kerajaan seperti FELDA, MARA dan UDA untuk mempergiatkan lagi penglibatan Bumiputera dalam sektor ekonomi.  Mewujudkan Pemodalan Nasional Berhad (PNB) yang menguruskan amanah saham dan pelaburan untuk Bumiputera.  Meletakkan kuota Bumiputera bagi kemasukan ke universiti.
  • 48. • Sudut positif DEB : i. Pelaksanaan DEB memberi manfaat kepada kaum Melayu apabila pemilikan modal syer Bumiputera dalam ekonomi meningkat secara mendadak kepada 19.3% pada tahun 1990 berbanding 2.4% pada tahun 1970. ii. Pegangan syer bukan Bumiputera juga menngkat daripada 28.3% pada tahun 1970 kepada 46.8% pada tahun 1990 (Gomez & Jomo 1997:166) iii. Penubuhan MARA, UDA dan PERNAS menggalakkan Bumiputera terlibat aktif dalam perniagaan- memberi pinjaman, biasiswa dan ruang perniagaan. iv. Kadar kemiskinan di semenanjung Malaysia juga menurun daripada 49.3% pada tahun 1970 kepada 29.2% pada tahun 1980. v. Penglibatan kaum Melayu dalam sektor profesional juga meningkat menerusi penubuhan Institut Terknologi Mara (ITM) pada tahun 1967 – membuka peluang kepada Bumiputera berkecimpung dalam bidang profesional seperti kejuruteraan dan perundangan. • Sudut Negatif DEB : i. Pelaksanaan dasar ini mewujudkan banyak amalan politik wang, kronisme dan patronage dalam kalangan kelas kapitalis Melayu dan pemerintah. Contoh: Kerajaan telah memindahkan monopoli syarikat-syarikat besar seperti HICOM, MAS dan Peremba kepada kroni-kroninya. ii. Wujud pergantungan di antara kapitalis Melayu dengan kapitalis bukan Melayu menerusi amalan ‘ALI BABA’ – menunjukkan kegagalan kerajaan untuk mencipta usahawan Melayu yang mampu berdikari.
  • 49. PERSOALAN ??? • Adakah perubahan struktur politik dan ekonomi yang dirangka selepas peristiwa 13 Mei 1969 ini memberi impak ke atas politik, ekonomi dan sosial masyarakat? Jika YA, apakah impak-impak itu?
  • 50. PILIHAN RAYA UMUM 1974 • Merupakan pilihan raya umum pertama dan kerajaan campuran BN pertama di bawah pimpinan Tun Abdul Razak. • Kerusi Dewan Rakyat yang dipertandingkan telah meningkat daripada jumlah 144 kepada 154. Bilangan kerusi DUN juga meningkat daripada 330 kepada 360. • Peningkatan bilangan kerusi ini adalah hasil urusan persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya tahun 1974. • Parti campuran BN mencapai kemenangan besar apabila berjaya memenangi 135 / 154 kerusi Parlimen (60.7% undi) – membolehkan BN membentuk kerajaan. • Manakala parti pembangkang seperti DAP dan Parti Sosialis hanya berjaya memenangi 19 kerusi (39.3% undi). • Namun, selepas PRU 1974 berlaku beberapa siri demonstrasi yang digerakkan oleh pelajar: i. Demonstrasi Tasik Utara di Johor pada September 1974. ii. ‘Perarakan Kelaparan di Baling pada November 1974.
  • 51. PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA ERA TUN HUSSEIN ONN • Era pemerintahan Hussein Onn bermula selepas kematian Tun Abdul Razak pada 14 Januari 1976. • Awal pemerintahannya, berlaku krisis dalaman UMNO – Isu pemecatan ketua Pemuda UMNO, Dato’ Harun Idris. Pemecatan Dato’ Harun Idris ini mendapat bantahan hebat sebahagian ahli UMNO kerana Majlis Tertinggi mencapai kata sepakat agar Harun Idris tidak dipecat. Hal ini menyebabkan Pemuda UMNO beranggapan Hussein telah menagmbil tindakan yang membelakangi keputusan parti (Jamaie 2003:30). • Berlaku demonstrasi besar-besaran melibatkan kumpulan mahasiswa ITM pada tahun 1976 – Krisis berpunca daripada penguatkuasaan tatatertib baru oleh pihak universiti yang dilihat bertentangan dengan hak pelajar. • Krisis politik Kelantan tahun 1977 - UMNO tidak bersetuju dengan calon pilihan PAS, Haji Wan Ismail Ibrahim sebagai Menteri Besar Kelantan selepas PRU 1974. PAS terpaksa bersetuju menerima calon pilihan UMNO, Dato’ Muhamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan (Subky, 1977). Namun begitu, berlaku pertikaian antara Dato’ Nasir dan Presiden PAS sehingga menyebabkan Dato’ Nasir dipecat dari PAS dan dikalahkan dengan undi tidak percaya dalam DUN Kelantan. Dato’ Nasir telah menubuhkan parti BERJASA dan bekerjasama dengan BN dalam PRU 1978.
  • 52. PILIHAN RAYA UMUM 1978 • Pilihan raya umum pertama sejak Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri. • BN berjaya memenangi 131/154 kerusi Parlimen yang dipertandingkan (57.6% undi). Jumlah undi menunjukkan penurunan daripada 57.6% berbanding 60.8% pada PRU 1974 kerana PAS menarik diri dari BN. • PAS mengalami kekalahan teruk apabila hanya memenangi 5/87 kerusi Parlimen yang ditandinginya. • Manakala parti pembangkang lain menguasai 18 kerusi – DAP berjaya meningkatkan jumlah kerusi Parlimen daripada 9 kerusi pada PRU 1974 kepada 16 kerusi pada PRU 1978. • Pilihan raya ini menyaksikan peningkatan kadar pengundi sebanyak 21% menjadikan jumlah keseluruhan pengundi sebanyak 5.9 juta.
  • 53. • Mengambil teraju pemerintahan negara dari Tun Hussein Onn pada 16 Julai 1981. • Perubahan yang diperkenalkan : i. Ekonomi – Dasar Penswastaan, Dasar Pembangunan Negara, projek pembangunan infrastruktur (Pembinaan jambatan Pulau Pinang) dan Dasar Pandang ke Timur – bertujuan untuk mengukuhkan integrasi kaum dan membangunkan taraf sosioekonomi masayarakat khususnya orang Melayu (Case 1991:464). Namun dari sisi lain, dasar-dasar Mahathir ini dilihat hanya menguntungkan golongan korporat Melayu dan elit pemerintah. Semakin lama semakin jelas akan wujudnya amalan politik wang, korupsi dan kronisme dalam pentadbirannya. contoh: Tun Daim Zainuddin (Syarikat Hati Budi & Renong Berhad) ii. Politik – meminda akta Perlembagaan (pindaan 1983) yang bertujuan untuk mengurangkan kuasa Yang diPertuan Agong dan Raja-raja Melayu. Mengikut pindaan baru ini, rang undang-undang yang tidak ditandatangani oleh YDPA dalam masa 30 hari, secara automatiknya akan berkuatkuasa serta merta sebagai undang-undang yang sah. • Menghadkan kebebasan media melalui pindaan akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Tujuan akta ini dipinda adalah untuk mengawal aktiviti penerbitan dan percetakan demi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Hal ini menyebabkan kerajaan BN berhak untuk meyekat penyebaran maklumat yang bertentangan dengan aspirasi mereka. • Kesan daripada tindakan represif Dr Mahathir ini prestasi BN pada Pilihan Raya Umum 1986 sedikit merosot. PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA ERA TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
  • 54. PILIHAN RAYA UMUM 1986 • BN hanya berjaya memenangi 143/177 kerusi Parlimen (57.28 % undi) berbanding 132/154 kerusi Parlimen (60.5 % undi) pada PRU 1982. • Sebaliknya pembangkang meningkatkan jumlah kerusi di Parlimen daripda 22 kerusi (39.5 % undi) pada PRU 1982 kepada 29 kerusi (41.5 % undi) pada 1986. • DAP beraksi cemerlang apabila berjaya memenangi 24 kerusi Parlimen pada pilihan raya ini berbanding 9 kerusi yang diperolehi pada plihan raya yang lalu. • Manakala PAS hanya berjaya menguasai 1 kerusi Parlimen (15.5 % undi) berbanding 5 kerusi pada PRU 1982. • Persoalannya mengapa rakyat masih memberikan mandat kepada BN walaupun tindakan represif telah dikenakan terhadap mereka? Ini kerana keadaan ekonomi yang berkembang pesat, kawalan ke atas media arus perdana dan penggunaan politik wang dalam pilihan raya adalah punca yang menyumbang kepada kemenangan BN.
  • 55. OPERASI LALANG 1987 • Peristiwa ini berlaku ekoran daripada tuntutan yang dikemukakan oleh MCA agar UMNO memenuhi janji-janjinya pada PRU 1986. • Antara tuntutan berikut adalah: i. MCA meminta bantuan daripada kerajaan untuk membantu kaum Cina yang kehilangan wang pelaburan dalam Deposit Taking Cooperative (DTC) disebabkan oleh krisis ekonomi. Isu ini bertambah tegang apabila Timbalan Presiden MCA, Lee Kim Sai mengancam akan membawa MCA keluar dari BN sekiranya skim pembiayaan kepada DTC tidak diluluskan oleh kerajaan. ii. MCA mendesak kerajaan supaya membatalkan kuasa Menteri Pelajaran agar sekolah- sekolah aliran Cina danTamil terus kekal menggunakan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar. iii. Kementerian Pelajaran telah melantik guru-guru yang tidak mempunyai latar belakang Mandarin untuk berkhidmat di sekolah jenis kebangsaa Cina. • Tindakan ini telah mengundang perasaan tidak puas hati dalam kalangan kaum Cina termasuklah pemimpin MCA, DAP dan Dong Jio Zong. Mereka telah mengadakan protes di Kuala Lumpur pada 11 Oktober 1987. Mereka mula memprovokasi isu-isu perkauman dan melancarkan gerakan memboikot sekolah-sekolah Cina selama 3 hari.
  • 56. • Keadaan hubungan kaum menjadi semakin tegang apabila Lee Kim Sai melabelkan Melayu sebagai pendatang dan mencabar ketuanan Melayu. • Sebagai serangan balas, Najib Tun Razak (Ketua Pemuda UMNO) telah mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 17 Oktober 1987 di Stadium Kg. Baru bagi mendesak Lee Kim Sai meletak jawatannya dalam kabinet dan menggesa MCA keluar dari BN. • Sewaktu berlangsungnya perhimpunan ini, Najib telah memegang keris sebagai simbolik ketuanan Melayu dan mengancam akan memandikan keris ini dengan darah Cina. • Keadaan bertambah buruk apabila seorang askar Melayu telah mengamuk di kawasan kejiranan Cina di Chow Kit sehingga menimbulkan rasa panik akan berlaku kembali tragedi 13 Mei 1969. • Oleh itu, Dr. Mahathir telah melancarkan Operasi Lalang pada 27 Oktober 1987 bagi menahan individu yang didakwa telah mencetuskan huru-hara di bawah akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan akta Penerbitan dan Media Cetak. • Antara yang di tahan dalam operasi ini kebanyakkan adalah pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Chandra Muszaffar. Selain itu, beberapa akhbar seperti The Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan telah dibatalkan permit penerbitannya.
  • 57. KRISIS KEHAKIMAN • Krisis ini tercetus susulan daripada isu pengharaman UMNO – Kem A vs KEM B. • Ia berikutan daripada tuntutan yang dikemukakan oleh UMNO – 11 yang mendakawa juwudnya cawangan yang tidak berdaftar sewaktu proses pemilihan pemimpin. Kesannya Hakim Harun Hashim mengisytiharkan UMNO sebagai parti yang tidak sah pada 4 Februari 1988. pengharama UMNO ini menyebabkan Tengku Razaleigh menubuhkan Semangat 46 (S46). • Antara kes-kes lain yang menimbulkan konflik di antara Mahathir dan badan kehakiman adalah: ▫ Mahkamah membenarkan penerbitan majalah Aliran dalam bahasa Melayu meski pun Kementerian Dalam Negeri membuat rayuan awal membantah penerbitan majalah ini. ▫ Mahkamah Agung menarik semula pembatalan permit kerja wartawan jurnal Asian Wall Street dan menarik balik pengharaman majalah ini.
  • 58. • Ekoran daripada kes-kes ini, Mahathir telah mengkritik secara terbuka badan kehakiman dan mengambil untuk meminda perlembagaan bagi melucutkan kuasa badan kehakiman. • Sebagai serangan balas, Tun Salleh Abbas yang mewakili hakim- hakim negera telah mengutus surat kepada YDPA melahirkan kekecewaannya di atas tuduhan dan tindakan kerajaan ke atas badan kehakiman. • Akibatnya, Tun Salleh Abbas telah dihadapankan ke Tribunal Majlis Timbang Tara di atas tuduhan salah laku sehingga menyebabkan beliau dipecat daripada jawatannya. • Insiden ini menunjukkan kuasa eksekutif telah mendominasi dan melangkau bidang kuasa badan kehakiman sehingga menyebabkan kebebasan mahkamah di kawal oleh kerajaan. • Krisis dalaman UMNO, ketegangan kaun dan krisis kehakiman tidak melunturkan haegemoni Dr. Mahathir. Sebaliknya BN masih berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam PRU 1990.
  • 59. PILIHAN RAYA 1990 • Pilihan raya ini adalah ujian pertama buat UMNO baru untuk melihat sama ada UMNO baru ini masih mempunyai sokongan yang kuat atau tidak. Namun keputusan PRU 1990 ini membuktikan UMNO baru tetap mengekalkan kuasa sekali pun terpaksa berdepan dengan dua (2) pakatan parti pembangkang (Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah). Kerjasama yang di bentuk antara S46 dengan PAS (APU) dan DAP (Gagasan Rakyat) masih tidak berupaya untuk meruntuhkan 2/3 majoriti BN dalam Parlimen. • BN memenangi sebanyak 127 kerusi Parlimen (53.4% undi). • S46 hanya berjaya menguasai 8 daripada 64 kerusi yang ditandingi. PAS pula berjaya menawan semula Kelantan
  • 61. Fasa Ketiga : Era Pengukuhan Kemerdekaan (Dari tahun 1990-an hingga era 2000-an)  Pada tahun 1993, sekali lagi kuasa Raja-raja Melayu terancam apabila Dr. Mahathir telah meminda Perlembagaan (Pindaan 1993) yang telah menghapuskan imuniti dan menarik balik hak pengampunan raja. Ia berikutan daripada pendedahan media mengenai skandal, salah laku dan salah guna kuasa oleh sultan-sultan Melayu. contoh: kes monopoli balak oleh kerabat di raja Pahang dan kes perbicaraan Tengku Bendahara Johor, Tunku Majid Idris yang dikatakan telah mencederakan penjaga gol hoki Perak.  Menyedari akan hal ini, Parlimen bersetuju agar pindaan ke atas Perlembagaan di buat meski pun tidak dipersetujui oleh Raja-raja Melayu.  Malah Raja-raja boleh dibicarakan di mahkamah khas sekiranya melakukan kesalahan jenayah.  Kesannya Dr. Mahathir berjaya memusatkan semua kuasa ke tangan eksekutif berbanding institusi Raja-raja Melayu.
  • 62. PILIHAN RAYA UMUM 1995  Pilihan raya ini menyaksikan kemenangan besar BN sepanjang tempoh pemerintahan Dr. Mahathir.  Menurut Mohamed Jawhar (1996: 126), BN beraksi cemerlang kerana telah berjaya menyediakan latar kehidupan yang lebih baik kepada masyarakat, ekonomi berkembang pesat dan tiada berlakunya ketegangan kaum.  BN berjaya menguasai 162/192 kerusi Parlimen (65% undi).  Manakala PAS berjaya mengekalkan 7 kerusinya di Parlimen dengan jumlah undi meningkat kepada 7.3% berbanding 6.6% pada pilihan raya lalu.  Prestasi DAP pula merosot apabila hanya memenangi 9 kerusi berbanding 20 kerusi yang di menanginya pada pilihan raya lalu.  S46 juga mengalami keadaan yang sama apabila jumlah kerusi Parlimen yang di menanginya menurun daripda 8 kepada 6 kerusi pada PRU 1995 ini.
  • 63. PEMECATAN ANWAR IBRAHIM  Sebelum berlakunya krisis kewangan Asia 1997, negara-negara Asia Timur seperti Taiwan, Hong Kong, Singapura dan Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang pesat. Namun, menjelang 2 Julai 1997, kerajaan Thailand terpaksa menurunkan nilai mata wang Baht secara drastik disebabkan oleh tekanan penjualan hebat mata wang ini.  Krisis ini turt memberi impak buruk kepada negara-negara Asia lain khususnya Malaysia, Indonesia dan Filipina.  Akibat daripada kemelesetan ekonomi ini, berlaku protes politik di negara-negara ini sehingga menyebabkan beberapa pemimpin negara seperti Presiden Soeharto (Indonesia) dan Chavalit Yongchaiyudh (Thailand) meletakkan jawatan sebagai ketua kerajaan bagi memenuhi tuntutan rakyat.  Malaysia juga tidak terkecuali apabila Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah dipecat daripada kerajaan susulan daripada perselisihan faham dengan Dr. Mahathir.
  • 64.  Insiden utama yang merosakkan hubungan Anwar dan Dr. Mahathir adalah pandangan berbeza dalam mengatasi krisis kewangan Asia 1997.  Anwar percaya bahawa krisis ini berlaku disebabkan oleh faktor dalaman iaitu pentadbiran kewangan yang tidak cekap akibat amalan rasuah dan kronisme yang berleluasa dalam kerajaan.  Justeru, Anwar yang juga selaku Menteri Kewangan telah mengikut cara konvensional iaitu dengan memperketatkan kewangan dan mengambil langkah penjimatan mengikut kaedah Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) iaitu “Homegrown IMF program without the IMF”. Antaranya :  Mengurangkan perbelanjaan kerajaan dengan menunda beberapa projek mega. Contoh : Pembinaan Empangan Bakun  Mengurangkan 10% gaji menteri-mentei Kerajaan.  Kerajaan juga tidak akan memberi bantuan kepada syarikat yang mempunyai hubungan dengan BN.  Menaikkan kadar faedah pinjaman  Menyerahkan penentuan kadar pertukaran mata wang kepada pasaran bebas.
  • 65.  Namun begitu, tindakan Anwar ini mengakibatkan banyak perniagaan dalam negara terjejas teruk dan nilai mata wang Ringgit jatuh mendadak. Contoh : Nilai mata wang Ringgit susut daripada RM 2.47 (USD $1) pada Julai 1997 kepada RM 4.88 (USD $1) pada Januari 1998.  Kegagalan pelaksanaan dasar bercorak IMF ini dikritik hebat oleh Dr. Mahathir – menyifatkan polisi IMF ini sebagai bentuk penjajahan semula Barat.  Oleh itu, Dr. Mahathir mencari formula baru tanpa bantuan IMF untuk menyelamatkan ekonomi negara dengan melaksanakan Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (PPEN) – Dasar Kawalan Mata Wang Asing.  Dr. Mahathir turut menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 7 Januari 1998 dan melantik Daim Zainuddin sebagai Pengarah Eksekutif MTEN.  Hubungan Dr. Mahathir – Anwar bertambah renggang apabila Anwar menekankan tentang perlunya reformasi politik bagi menghapuskan rasuah dan kronisme dalam kerajaan.
  • 66.  Sebagai serangan balas, Dr. Mahathir telah menyenaraikan nama-nama kroni yang mendapat manfaat daripada tender kerajaan termasuklah kroni dan ahli keluarga Anwar.  Pada perhimpunan Agung UMNO tahun 1998 – telah diedarkan buku “50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM” yang mendedahkan kegiatan salah laku seks dan penyalahgunaan kuasa Anwar – Dr. Mahathir mengarahkan siasatan polis dijalankan.  Hubungan Dr. Mahathir – Anwar ini mencapai klimaksnya apabila Anwar dipecat sebagai TPM dan Menteri Kewangan pada 2 September 1998, serta dilucutkan kelayakannya sebagai ahli UMNO.
  • 67. GERAKAN REFORMASI POLITIK 1998  Setelah dipecat dari jawatannya, Anwar mula menggunakan strategi yang sama seperti ‘Gerakan Reformasi’ di Indonesia.  12 September 1998 – Anwar mengisytiharkan Deklarasi Permatang Pauh atau reformasi dengan tujuan untuk menggerakkan reformasi politik bagi menghapuskan praktik kronisme, korupsi dan nepotisme dalam kerajaan (KKN).  Bagaimana reaksi rakyat pada waktu itu? Mereka melihat pemecatan Annwar oleh Dr. Mahathir sebagai suatu tindakan yang bertentangan dengan nilai dan norma Timur.  Gerakan reformasi Anwar ini berjaya memobilisasikan sokongan rakyat khususnya anak muda dan pelajar.  Persoalannya, mengapa rakyat memberi sokongan kepada gerakan reformasi ini? Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan mereka?
  • 68. i. Faktor trend serantau – Misalnya krisis politik di Thailand dan Indonesia. ii. Faktor kemelesetan ekonomi – kegawatan ekonomi ekoran daripada Krisis Kewangan Asia 1997 telah membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat kepada kerajaan kerana berlaku kemerosotan taraf hidup, pengangguran, kenaikan inflasi dan kadar kemiskinan. iii. Faktor nilai dan budaya – Isu pemecatan Anwar dilihat bertentangan dengan nilai dan budaya masayarakat Malaysia. iv. Perkembangan Media siber – kemunculan beberapa laman sesawang reformasi seperti Malaysiakini, Malaysia-Today, Anjung Reformasi dan Forum Keadilan. Hal ini menyebabkan rakyat beralih kepada media siber bagi mendapatkan maklumat politik dan menyuarakan pandangan secara terbuka.
  • 69.  Kemuncak gerakan reformasi ini adalah apabila Anwar berjaya memanfaatkan penganjuran Sukan Komanwel ke-16 ini untuk menyebarkan mesej reformasi kepada masyarakat dunia.  20 September 1998 – Anwar telah mengumpulkan seramai 30 ribu penyokongnya untuk mencuri perhatian Ratu Elizabeth II yang sedang merasmikan upacara pembukaan gereja di Kuala Lumpur – mereka berarak dari Masjid Negara menuju ke Dataran Merdeka.  Akibatnya, Anwar Ibrahim ditangkap ketika beliau sedang mengadakan sidang akhbar di rumahnya.  Penangkapan Anwar ini mencetuskan suasana tegang apabila penyokongnya telah mengadakan demonstrasi besar-besaran di sekitar Kuala Lumpur menuntut pembebasan Anwar dan mendesak supaya Dr. Mahathir meletak jawatannya.  Beberapa aktivis pro-Anwar seperti Kamarudin Jaffar, Zahid Hamidi dan Ruslan Kassim di tahan di bawah akta ISA.  Kemarahan rakyat semakin bertambah apabila Anwar dituduh atas pertuduhan rasuah dan liwat dan dihukum 6 tahun penjara.
  • 70. KESAN GERAKAN REFORMASI POLITIK 1998 1. Memunculkan lebih banyak kumpulan Masyarakat Sivil  Penubuhan GERAK  GERAK – dinaungi oleh Presiden PAS, Fadzil Noor. Gerak diwakili oleh PAS, DAP, PRM, ABIM, JIM, SUARAM dan Dr. Abdul Aziz Bari. Gerak memperjuangkan isu penghapusan ISA. Sasaran utama mereka adalah komuniti Melayu yang berada di kawasan pedalaman.  Penubuhan GAGASAN  Gagasan – dibentuk oleh Tian Chua dan dianggotai oleh PAS, DAP dan PRM. Gagasan lebih memfokuskan matlamat jangka panjang iaitu menuntut perubahan politik dan hak asasi manusia. Sasaran mereka adalah masyarakat bandar dan kelas pertengahan.
  • 71. 3. Parti Keadilan Nasional (KeADILan)  Ditubuhkan pada 4 April 1999 – diketuai oleh Wan Azizah dan Chandra Muzafar.  Parti pelbagai kaum – ditubuhkan bertujuan untuk mentransformasikan agenda reformasi pro-Anwar yang sempit kepada gerakan yang lebih luas.  Menekankan isu kesejagatan (keadilan sosial dan hak asasi manusia) dan pendemokrasian Malaysia.  Dengan adanya keADILan, ruang kerjasama politik di antara parti-parti pembangkang yang berlainan ideologi berjaya direalisasikan. 4. Penubuhan Barisan Alternatif (BA)  Dibentuk pada 2 Julai 1999 – KeADILan, PAS, PRM dan DAP.  Turut melancarkan manifesto bersama iaitu ‘Ke Arah Malaysia yang lebih Adli’ sebagai persediaan menghadapi PRU 1999.  BA mempunyai media alternatifnya sendiri untuk menyebarkan dakyah politik. Contoh : Harakah, Keadilan dan The Rocket.
  • 72. PILIHAN RAYA UMUM 1999  Diadakan pada 29 November 1999.  Keadaan ekonomi telah kembali pulih, tetapi sentimen anti-Mahathir masih lagi wujud.  Wujud persaingan sengit di antara BN dan BA di mana kedua-dua belah pihak mempunyai peluang yang sama rata untuk memenangi pilihan raya ini.  SPR telah memendekkan tempoh berkempen kepada 9 hari berbanding 10 hari pada pilihan raya lalu – ia bagi mengelakkan seramai 680,000 pengundi baru daripada mengundi. Jumlah ini boleh memberi perbezaan besar terhadap majoriti undi yang diterima.  Isu yang ditekankan BN adalah kestabilan dan pembangunan ekonomi. Kerajaan BN mendakwa pembangunan ekonomi yang dikecapi rakyat sejak tahun 1957 adalah hasil usaha pemimpin BN. Sebagai balasan, rakyat perlu mengundi BN.  BA telah merangka strategi belanjawan dikenali sebagai “Belanjawan Rakyat 2000” dan memfokuskan kepada isu-isu kesejagatan dan keadilan sosial.
  • 73.  Keputusan PRU 1999 menunjukkan BN gagal menawan semula Kelantan dan Terengganu jatuh ke tangan PAS – BN memenangi 148/193 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.  Buat pertama kalinya, UMNO gagal menguasai separuh daripada kerusi yang dimenangi BN (72/148 kerusi) – berlaku peralihan undi orang Melayu kepada BA disebabkan oleh isu pemecatan Anwar.  PAS berjaya membolot 27 kerusi Parlimen berbanding 7 kerusi yang dimenanginya pada PRU 1995.  KeADILan berjaya menguasai 5 kerusi Parlimen daripada 42 jumlah kerusi yang dimenangi oleh BA.  Namun, DAP hanya berjaya menambah 1 kerusi sahaja daripada 9 kerusi yang dimenanginya pada PRU 1995 – peralihan undi orang Cina kepada MCA dan Gerakan.  Oleh itu, selepas PRU 1999 hubungan PAS dan DAP semakin renggang – PAS semakin agresif memperjuangankan pembentukan negara Islam dan hukuman Hudud di Malaysia.  Pada 21 September 2001, DAP memutuskan untuk keluar dari BA.
  • 74. PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA ERA TUN ABDULLAH BADAWI  Dr. Mahathir telah meletakkan jawatan sebagai PM pada 31 Oktober 2003 dan menamakan Abdullah Badawi sebagai penggantinya.  Jika diteliti, gerakan reformasi 1998 bukan hanya gerakan menentang kuasa Mahathir, tetapi juga penentangan terhadap UMNO (korupsi, kronisme dan nepotisme) dan institusi kerajaan (kehakiman dan polis). Oleh itu, Abdullah Badawi mengambil beberapa langkah untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat khususnya orang Melayu kepada kerajaan : i. Ekonomi –  Mengamalkan dasar berjimat-cermat dengan menunda beberapa projek mega kerajaan. Contoh : Pembinaan Jambatan Bengkok (Johor-Singapura)  Mengutamakan belanjawan negara kepada sektor sosial seperti pembasmian kemiskinan, kesihatan, pendidikan dan asas tani.  Sistem pemberian tender kerajaan secara terbuka. Contoh : membatalkan kontrak sistem keretapi bernilai RM14.5 bilion yang telah diserahkan oleh Dr. Mahathir kepada sekutunya.
  • 75. ii. Politik –  Gaya kepimpinan terbuka, responsif dan konsultatif Contoh : Slogan “ Work with Me, Not for Me”.  Kerajaan mengambil serius rungutan dan pandangan daripada rakyat bagi memperbaiki mutu perkhidmatan sektor awam. Contoh : Proses pembaharuan pasport kini mengambil masa 24 jam.  Usaha memerangi rasuah – mendakwa pemimpin politik dan orang kenamaan Contoh : Tuduhan pecah amanah ke atas Tan Sri Eric Chia dan Tan Sri Kasitah Gaddam.  Memulihkan sistem kehakiman dan Polis dengan menubuhkan Suruhanjaya di Raja  Membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara pada 2 September 2004. iii. Sosial –  Memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan.
  • 76. PILIHAN RAYA UMUM 2004  Pilihan raya ini diadakan pada 21 Mac 2004 setelah Parlimen dibubarkan pada 4 Mac 2004. Parti-parti politik hanya dibenarkan berkempen selama 8 hari sahaja – merupakan tempoh terpendek dalam sejarah pilihan raya di Malaysia.  BN telah memperkenalkan kerangka konsep Islam Hadhari sebagai model pembangunan di Malaysia.  Islam Hadhari : Satu pendekatan untuk membangunkan ummah berlandaskan kepada perspektif tamadun.  Idea Islam Hadhari ini adalah sebagai satu strategi Abdullah untuk menyaingi perjuangan Islamisasi PAS (Terence Chong, 2006) dan Hashim Kamali, 2008).  Bagi BA, isu yang diperjuangkan dalam kempen pilihan raya adalah isu penghapusan akta ISA, pengurangan caj penggunaan air dan elektrik serta tol.
  • 77.  Keputusan PRU 2004 menunjukkan BN buat pertama kalinya menguasai hampir 90.4% kerusi Parlimen (198/219 kerusi). Majoriti kerusi BN ini dimenangi oleh UMNO (109/198 kerusi).  BN juga berjaya menawan semula negeri Terengganu yang dikuasai PAS pada PRU 1999.  UMNO berjaya meraih semula sokongan orang Melayu – menerusi usaha-usaha dan keperibadian Pak Lah.  BA (PAS dan KeADILan) pula hanya memenangi 8 kerusi berbanding 42 kerusi Parlimen yang dimenangi pada PRU 1999.  PAS hanya memperolehi 7 kerusi dan kehilangan 20 kerusinya yang dimenangi pada PRU 1999  DAP sebaliknya berjaya meningkatkan sebanyak 2 kerusi Parlimen menjadikan jumlah kerusi yang diperolehinya pada PRU2004 ini adalah sebanyak 12 kerusi.
  • 78.
  • 79. SENARIO POLITIK MALAYSIA SEBELUM PRU 2008  Selepas memenangi PRU 2004 dengan keputusan yang cemerlang, Abdullah Badawi gagal mengekalkan momentum kejayaan tersebut dengan baik.  Kajian soal selidik yang dijalankan oleh Merdeka Research Center pada Disember 2007 mendapati kadar peratusan sokongan rakyat kepada Perdana Menteri menunjukkan penurunan daripada 91% pada tahun 2004, kepada 61% pada tahun 2007 (http://www.merdeka.org/pages/02_research.html).
  • 80. ISU EKONOMI  Merangka pelan pembangunan wilayah koridor meliputi Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Wilayah Ekonomi Timut (ECER) dan Koridor Iskandar Malaysia (IM) –mengurangkan jurang ekonomi antara negeri dan menyeimbangkan agihan ekonomi secara adil bagi memastikan orang Melayu di luar bandar tidak ketinggalan.  Tindakan kerajaan mewujudkan ketiga-tiga pembangunan wilayah tanpa disusuli dengan pelaksanaan efektif menyebabkan negara menanggung beban kewangan yang besar.  Kesannya, kerajaan terpaksa menaikkan kadar harga petrol sebanyak RM 0.78 seliter ekoran daripada peningkatan mendadak kadar harga minyak mentah dunia.  Kerajaan juga enggan memperuntukkan subsidi bagi mengekang kenaikan harga petrol, sehingga menyumbang kepada kenaikan harga barangan keperluan, pengangguran dan kos hidup.
  • 81. ISU SOSIAL  Kemelesetan ekonomi ini memberi impak negatif kepada kehidupan sosial dan keselamatan masyarakat.  Masalah sosial dan kegiatan jenayah semakin meruncing khususnya kes pembuangan bayi, ragut, pemerdagangan manusia dan penyalahgunaan dadah.  Contoh: Indeks jenayah meningkat daripada 209, 388 pada tahun 2006 kepada 224, 298 pada tahun 2007.
  • 82. ISU POLITIK  Konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Abdullah Badawi ini menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat dan tidak dapat direalisasikan dengan baik – konsep ini hanya ulangan daripada inisiatif Dr. Mahathir iaitu ‘Penerapan Nilai-nilai Islam pada tahun 1980an’.  Krisis Abdullah – Dr. Mahathir : Krisis bermula dengan pembatalan projek pembinaan jambatan bengkok (Johor-Singapura) sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian yang besar. Sebagai serangan balas terhadap tindakan Abdullah ini, Dr. Mahathir telah mengkritik secara terbuka pentadbiran Abdullah dan melemparkan dakwaan amalan kronisme oleh Abdullah.  Amalan rasuah masih berleluasa Contoh : Isu agihan permit kelulusan (AP) yang melibatkan Rafidah Aziz, pembebasan Tan Sri Kasitah Gaddam dan Eric Chia daripada tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.  Klip video V.K Lingam mengenai pelantikan hakim-hakim negara pada tahun 2007.
  • 83. ISU KEBEBASAN MEDIA  Kesemua media arus perdana masih lagi dimonopoli oleh kerajaan. Oleh itu, parti-parti pembangkang dan kumpulan masyarakat sivil terus bergiat aktif dalam blog politik dan laman web untuk menarik sokongan rakyat.  Kerajaan BN cuba menyekat kemaraan para blogger yang berupaya mengancam keselamatan awam.  Contoh : Siasatan polis ke atas Raja Petra Kamaruddin berhubung kedaulatan YDPA dan saman yang difailkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud.
  • 84. ISU HUBUNGAN KAUM  Mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar apa-apa kes yang berada dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Contoh : Kes Nyonya Tahir  Isu menghunus dan mencium keris oleh Ketua Pemuda UMNO, Hishamuddin Tun Hussein pada Perhimpunan Agong UMNO tahun 2005 - menyinggung perasaan orang bukan Melayu dan parti komponen BN yang lain.  Isu perobohan kuil  Insiden yang berlaku sepanjang pemerintahan Abdullah Badawi ini akhirnya telah memacu kepada kebangkitan rakyat – peristiwa Bersih dan Hindraf.
  • 85. PERHIMPUNAN BERSIH  Perhimpunan gergasi Bersih (juga dikenali sebagai ‘gelombang kuning’) telah diadakan pada 10 November 2007.  Perhimpunan ini dianjurkan oleh Bersih (sebuah Jawatankuasa Bertindak), disertai oleh parti pembangkang (PAS, PKR dan DAP) serta kumpulan masyarakat sivil (seperti GAMIS, JASA dan DEMA).  Tujuan : Menyerahkan memorandum kepada YDPA bagi memperbaiki ketempangan dalam sistem pilihan raya yang didakwa tidak telus, kotor dan hanya memihak kepada BN.  Ribuan masyarakat Malaysia memakai baju kuning sebagai simbol perhimpunan ini dan berkumpul di 4 lokasi berbeza seperti Sogo, Masjid India, Masjid Negara dan Pasar Seni.
  • 86.  Perhimpunan yang awalnya berlangsung dengan aman, bertukar menjadi tegang apabila FRU bertindak melepaskan tembakan meriam air dan gas pemedih mata bagi meleraikan perhimpunan ini.  Terdapat beberapa individu yang ditahan atas tuduhan menyertai perhimpunan haram ini termasuklah beberapa pemimpin politik seperti Mohamad Sabu, Tian Chua dan Gobalakrishnan.  Bagi mendapat semula kepercayaan rakyat, kerajaan cuba memenuhi tuntutan Bersih dengan membelanjakan RM 2.4 juta untuk membeli 48,000 botol dakwat kekal dari India. Bagaimanapun, penggunaan dakwat kekal ini dibatalkan sebelum PRU 12 atas faktor keselamatan dan perundangan.
  • 87. DEMONSTRASI HINDRAF  Demonstrasi ini dianjurkan oleh gabungan badan-badan bukan Kerajaan yang dikenali sebagai Hindu Rights Action Force atau Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (HINDRAF) untuk membela nasib dan hak kaum India.  Berlaku beberapa insiden yang melibatkan sensitiviti perkauman seperti kematian Moorthy Maniam, isu perobohan kuil Sri Maha Mariamman dan beberapa kuil lagi di Shah Alam.  Perobohan kuil ini mengundang kemarahan kaum India dan mereka telah memfailkan notis berkaitan dengan pengekalan kuil-kuil Hindu di seluruh negara.  Bagi kerajaan, perobohan kuil-kuil ini adalah sah disisi undang-undang. Namun, untuk mengurangkan kemarahan kaum India, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah pampasan, mneyediakan tapak pembinaan semula kuil dan mengisytiharkan Thaipusam sebagai cuti umum.  Usaha kerajaan ini tidak dapat mengekang perasaan tidak puas hati kaum India.
  • 88.  Kemuncaknya, satu demonstrasi besar-besaran telah dilancarkan oleh Hindraf pada 25 November 2007.  Seramai 1000 penyokong Hindraf telah berhimpun di Batu Caves bagi meraikan perayaan lilin. Namun, mereka telah bertindak ganas dengan membaling batu dan merosakkan kenderaan sehingga polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk mengawal keadaan.  Seramai 30,000 penyokong Hindraf telah membanjiri jalan-jalan utama sekitar Kuala Lumpur untuk menyerahkan memorandum yang mengandungi 100,000 tandatangan kaum India yang mendakwa berlakunya diskriminasi dan penghapusan etnik kepada Suruhanjaya Tinggi Britain.  Mereka berarak menuju ke Suruhanjaya ini sambil melilit kepala dengan kain oren dan membawa potret Queen Elizabeth II dan Mahatma Gandhi sebagai simbol protes.  Perhimpunan ini bertukar ganas apabila polis menyemburkan gas pemedih mata untuk meleraikan para demonstran.  Seramai 241 penyokong Hindraf temasuklah 5 pemimpin kanannya telah ditahan di bawah ISA.
  • 89. PILIHAN RAYA UMUM 2008  Pru Ke-12 telah diadakan pada Sabtu, 3 Mac 2008 setelah Parlimen dibubarkan pada 13 Februari 2008 dan penamaan calon pada 24 Februari 2008.  Kerajaan BN optimis akan memperolehi kemenangan besar pada pilihan raya ini. Matlamat yang diperjuangkan masih sama iaitu pembangunan sosioekonomi negara.  Manifesto BN bercogankan “Selamat, Aman dan Makmur” – menyelitkan laporan kemajuan dan sasaran yang telah dicapai oleh kerajaan BN sepanjang tahun 2004 hingga 2007.  Manifesto ini dilihat terlalu idealistik kerana hanya menunjukkan sisi kesempurnaan kerajaan sedangkan realitinya banyak ketempangan yang berlaku.  Parti pembangkang (PAS, DAP dan PKR) menampilkan dimensi baru yang bersifat populisme (isu hak asasi, ketelusan, rasuah dan tadbir urus kerajaan) dalam manifesto mereka. Contoh : PAS – mengenepikan penubuhan Negara Islam untuk memudahkan merek berkompromi dengan komponen lain.
  • 90.  Keputusan PRU 2008 memberi kejutan kepada semua pihak apabila pencapaian BN adalah yang terburuk dalam sejarah pilihan raya di Malaysia.  BN buat pertama kalinya gagal mempertahankan 2/3 majoritinya dalam Parlimen apabila hanya BN hanya memenangi 140 / 222 kerusi yang Parlimen. Jumlah undi BN juga merosot daripada 63.9% undi pada PRU 2004 kepada 50.6% undi pada pilihan raya ini.  Lanskap politik juga berubah apabila PR berjaya menguasai lima buah negeri iaitu Perak, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.  Selain itu, beberapa menteri kabinet turut tumpas di kawasan masing- masing seperti Samy Vellu (Sg. Siput, Perak), Shahrizat Jalil (Lembah Pantai, KL) dan Abdul Aziz Shamsuddin (Shah Alam, Selangor).  Para sarjana menggunakan terminologi “Tsunami Politik” bagi menggambarkan kekalahan teruk BN ini. Sungguh pun berlaku tsunami politik, tetapi BN masih berupaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.
  • 91. UNDI % KERUSI % UMNO 2, 381 725 29.2 79 35.6 MCA 849,108 10.4 15 6.8 MIC 179, 422 2.2 3 1.4 Gerakan 184, 548 2.3 2 0.9 Lain-lain 495, 867 6.1 41 18.5 Jadual 1.1 : Kerusi Parlimen BN UNDI % KERUSI % DAP 1, 107 960 13.5 28 12.6 PAS 1, 140 676 13.9 23 10.4 PKR 1, 509 080 18.5 31 14.0 Lain-lain 92, 643 0.5 - 0 Jadual 1.2 : Kerusi Parlimen Pakatan Pembangkang
  • 92.  Persoalan, apakah faktor yang menyumbang kepada berlakunya tsunami politik ini?  Menurut Welsh (2008), Moten (2009) dan Case (2010), isu seperti kenaikan harga barangan, rasuah, penyalahgunaan kuasa, hak asasi, kebebasan media, sistem kehakiman dan hubungan kaum adalah faktor-faktor yang menyumbang kepada kemerosotan undi BN.  Manakala, Samsudin A.Rahim (2008) dan Weiss (2008) menyatakan generasi muda merupakan kuasa utama yang menyebabkan kekalahan teruk BN pada PRU 2008 ini. Ini kerana sebahagian besar daripada 10.3 juta pengundi berdaftar (72.2%) adalah pengundi muda. Seramai 1, 409 000 adalah pemilih yang pertama kali mengundi pada PRU 2008. • Dari segi pengundian, berlaku peralihan undi yang besar daripada BN kepada PR khususnya oleh pengundi muda. Pengaruh media alternatif seperti Facebook, blog dan YouTube adalah punca utama yang menarik sokongan pengundi muda kepada PR.
  • 93.  Kebanyakan pengundi Melayu masih mengidentifikasikan diri mereka kepada UMNO, manakala pengundi Cina mengalih undi kepada DAP kerana mereka lebih tegas memperjuangkan hak dan kepentingan kaum Cina berbanding MCA dan Gerakan.  Kejayaan besar yang dicapai oleh parti-parti pembangkang (PAS, DAP dan PKR) ini telah mendorong mereka untuk membentuk sebuah pakatan politik yang dikenali sebagai ‘Pakatan Rakyat’ pada 1 April 2008 –mewujudkan pimpinan bersama dalam 5 buah negeri yang berjaya dimenangi mereka.  Selain itu, PR juga turut melancarkan ‘Buku Jingga’ yang memuatkan dasar bersama pada tahun 2009.
  • 94. IMPAK REFORMASI & TSUNAMI POLITIK KE ATAS POLITIK MALAYSIA i. Wujud dimensi baru dalam penglibatan politik masyarakat – daripada demonstrasi jalanan ke politik siber. ii. Kebangkitan golongan kelas menengah (kelas pertengahan) – Golongan kelas menengah ini adalah generasi baru yang berpendidikan, terlibat dalam sektor kolar putih dan lantang memperjuangkan hak-hak demokrasi berbanding perkauman. iii. Perubahan daripada Politik Perkauman kepada Politik Baru.