SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
Download to read offline
PERUTUSAN HARI GURU 2015
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
"GURU: MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK"
‫وبركاته‬ ‫هللا‬ ‫ورحمة‬ ‫عليكم‬ ‫السالم‬
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan murid-murid
yang dikasihi sekalian,
1. Hari ini merupakan hari yang amat istimewa dan bermakna buat kita
semua yang bergelar guru. 16 Mei pasti diraikan bagi menghargai jasa dan
bakti guru dalam mendidik anak bangsa. Bersempena hari yang bersejarah
ini, marilah kita mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-
Nya, dapat kita berhimpun dan menjayakan sambutan hari guru bersama-
sama dengan anak didik yang dikasihi dalam suasana yang meriah, aman
dan harmoni.
2. Kesungguhan para guru meletakkan minat dalam profesion masing-
masing mampu menjadikan sistem pendidikan negara sebagai pusat
kecemerlangan pendidikan di peringkat antarabangsa. Saya amat berharap
guru tidak melihat kerjaya mereka sebagai satu pekerjaan semata-mata
namun mereka seharusnya melaksanakan tanggungjawab dengan penuh
rasa minat, tulus ikhlas dan jujur. Bagi membentuk dan menyempurnakan
akhlak anak didiknya, guru perlu menjadi contoh teladan kepada mereka.
2
Guru perlu memiliki jati diri dan personaliti unggul yang cemerlang. Sifat
dan peribadi ini sesungguhnya menjadi inspirasi murid dalam pembentukan
sikap dan akhlak terpuji.
Para guru yang dihormati,
3. Seiring dengan ledakan teknologi maklumat yang mewujudkan
fenomena langit terbuka dan dunia tanpa sempadan mendedahkan
generasi hari ini dengan kepelbagaian sumber maklumat. Perubahan
terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi pintar dan kemajuan
maklumat terkini memberi kesan serta menjadi cabaran terhadap nilai,
budaya, pemikiran dan corak hidup yang bersendikan adat, tatasusila
ketimuran dan penghayatan agama.
4. Dengan erti kata sebenar, generasi muda masa kini bukan sahaja
berdepan dengan cabaran persaingan di peringkat global seperti kepesatan
ekonomi, keselamatan dan kebudayaan malah cabaran paling utama
adalah menangani konflik akhlak. Di sinilah peranan guru dicabar dan diuji.
Guru berperanan membimbing dan menyempurnakan akhlak anak didiknya
dan kita percaya tanggungjawab ini bukan satu tugas yang mudah. Akhlak
mulia dalam diri murid-murid yang dipupuk oleh ibu bapa bermula dari
rumah diteruskan oleh para guru seawal alam persekolahan, bak kata
pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya".
5. Pada ketika ini, perubahan terhadap gaya hidup berorientasikan
teknologi dan kemajuan maklumat memerlukan guru peka terhadap
perkembangan semasa. Guru perlu menguasai teknologi maklumat, mahir
3
menggunakan seterusnya mengadaptasikan kemahiran tersebut dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah. Penguasaan guru
dalam bidang teknologi maklumat sangat penting bukan sahaja bertujuan
menyahut cabaran pendidikan hari ini yang menuntut guru menggunakan
pelbagai sumber malah untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran
bagi menerapkan nilai-nilai murni yang berkesan dalam penyempurnaan
akhlak mulia murid-muridnya.
Para guru yang dikasihi,
6. Tema Hari Guru tahun ini "Guru: Membina Ilmu, Menyempurnakan
Akhlak" sangat bertepatan dengan dunia pendidikan pada abad ke-21.
Tema ini menghendaki agar kita perlu kembali kepada tujuan asas
pendidikan iaitu bukan sahaja untuk melahirkan insan yang
berpengetahuan (knowledge person) tetapi insan yang berguna (useful
person) dan warga negara yang baik (good citizen) yang boleh
menyumbang kepada pembangunan negara bangsa yang bersatu padu
dan berdaulat serta selaras sebagai negara maju berpendapatan tinggi
menjelang tahun 2020.
7. Dalam hal ini, YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia
sewaktu berucap pada Majlis Perutusan Tahun Baharu 2015 Kementerian
Pendidikan Malaysia menyatakan bahawa modal insan atau bakat yang
perlu dibangunkan melalui sistem pendidikan negara bukan sahaja mampu
memenuhi tuntutan pembangunan ekonomi, tetapi juga perlu disertai
dengan penghayatan nilai dan adab yang tinggi.
4
8. Sehubungan itu, dan dalam usaha membangunkan Malaysia sebagai
sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, elemen nilai moral dan etika
yang utuh serta sifat penyayang, adil dan saksama dalam kalangan warga
Malaysia yang berbilang kaum dan agama perlu sentiasa dijadikan elemen
teras dalam sistem pendidikan kita.
9. Justeru, dalam melahirkan insan yang sempurna atau insān kāmil,
kita perlu kembali menghayati asas-asas yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, iaitu satu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.
10. Berkonsepkan pembudayaan adab dan akhlak mulia dalam kalangan
guru dan murid di sekolah, guru adalah sebagai role model kepada murid
dengan pendekatan “Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak”. Hasil
akhirnya bagi menghasilkan murid yang berketrampilan “Berilmu dan
Berakhlak”.
11. Untuk itu, guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan
pengalaman agar dapat membangunkan potensi insan melalui penyerapan
elemen-elemen kerohanian, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan
bagi mengoptimumkan potensi murid. Warga pendidik perlu memainkan
peranan penting dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi
mulia berpersonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang
berkualiti.
5
12. Peranan guru sebenarnya tidak terbatas hanya kepada
menyampaikan kandungan silibus dalam bilik darjah, malah guru perlu
kreatif dan inovatif dalam pembangunan ilmu (knowledge development)
dalam kalangan anak didik seiring dengan perkembangan teknologi dan
keperluan masa depan melalui amalan pengajaran guru yang berpusatkan
pelajar serta penggunaan bahan sumber secara berkesan.
13. Peranan guru adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu
dan berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang
digarapkan dalam PPPM 2013 - 2025, sistem pendidikan Malaysia
berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid, iaitu
pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran
dwibahasa, etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru guru
merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut.
14. Sesungguhnya, tugas membentuk adab dan akhlak yang mulia
adalah satu tugas yang sangat penting. Saya percaya jika kita semua
mengabdikan seluruh jiwa dan raga kepada tugas yang paling mulia ini,
maka kita akan berjaya mencapai matlamat pendidikan yang paling asas,
iaitu mendidik insan dengan adab dan pekerti yang mulia.
15. Saya berdoa, mungkin usaha membangun ilmu dan
menyempurnakan akhlak ini mendapat keberkatan Allah SWT. Berkat itu
tidak ketara pada mata, tapi dapat dirasa. Ia tidak diukur pada kuantiti harta
tapi letak pada kualiti jiwa. Dengan barakah akan beroleh ketenangan dan
kesenangan. Menerusi berkat, sedikit mencukupi banyaknya bisa dibahagi
dan diberi.
6
Wahai guru-guru pembina bangsa,
16. Sistem pendidikan hari ini menyandarkan harapan agar kita
menyempurnakan tanggungjawab dalam memastikan anak didik
menguasai ilmu tulis, baca dan kira, tetapi lebih jauh daripada itu kita perlu
memperkasakan ilmu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Ilmu ini
merupakan transformasi minda yang menguji keupayaan guru menjana
kemahiran berfikir aras tinggi bagi menggalakkan murid berfikir secara
kritis, analitis, kreatif, reflektif dan inovatif. Aktiviti PdP dalam KBAT ini juga
hendaklah dilaksanakan secara interaktif yang berfokus kepada
penyelesaian masalah untuk mendorong murid sentiasa berfikir.
17. Pada hemat saya, pemerkasaan ilmu KBAT amat penting untuk
memastikan murid-murid dapat bersaing menguasai ilmu setanding dengan
kualiti pencapaian murid di persada dunia. Oleh itu, saya memohon guru
agar sentiasa mengamalkan corak pengajaran yang pelbagai dan interaktif
di dalam bilik darjah, menerapkan kemahiran menaakul, di samping
sentiasa mengambil berat perkembangan setiap individu murid. Masalah
yang diberikan pula mestilah di luar rutin yang masih relevan dan
bersesuaian dengan aras kognitif dan tahap kematangan murid tetapi
berupaya merangsang minat murid, seperti aktiviti main peranan, kajian
lapangan, temu bual pengembaraan, penciptaan replika sesuatu bangunan,
forum, perdebatan, sumbang saran, sesi muhasabah dan refleksi diri.
18. Guru juga perlu memastikan pengajaran dalam bilik darjah ditukar
daripada pengajaran aktif kepada fasilitator aktif. Pembelajaran murid
menjadi inti pati terpenting dalam setiap sesi interaksi antara guru dengan
murid. Selanjutnya guru sangat wajar mentransformasikan kerangka minda
7
dirinya yang sebelum ini dianggap tetap dan mantap kepada kerangka
minda yang lebih anjal, luwes, bersedia menerima perubahan dan kritikan
serta bersedia untuk terus berkembang.
19. Walau bagaimanapun, peranan guru tidaklah hanya terbatas di dalam
bilik darjah semata-mata. Guru juga harus bertindak sebagai agen
perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan murid. Menerusi
kepimpinan dan kewibawaan, guru berupaya membina atmosfera sosial
yang sihat bagi menggalakkan interaksi pelbagai hala antara murid
berbilang kaum, latar belakang, dan budaya bagi mewujudkan satu identiti
nasional Malaysia yang dapat dibanggakan.
Warga guru dan murid yang dikasihi,
20. Kita sedia maklum bahawa pada masa ini, bentuk pentaksiran
telahpun berubah daripada berorientasikan peperiksaan kepada
pentaksiran secara holistik, maka Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
menjadi satu elemen pentaksiran yang penting dalam mengukur
keberhasilan murid. Guru juga berperanan menghasilkan modal insan
holistik yang berilmu dan berakhlak ke arah kemenjadian murid selaras
dengan aspirasi dalam PPPM 2013 - 2025. Sejajar dengan itu, guru perlu
mempunyai kredibiliti, integriti, dan telus agar dapat menghasilkan penilaian
yang adil. Sesungguhnya, di tangan gurulah terletaknya penentu hala tuju
masa hadapan murid.
21. Saya yakin ramai guru yang begitu berpengalaman dalam bidang
keguruan, namun tuntutan pada abad ini memerlukan idea baharu untuk
meningkatkan profesionalisme diri. Lantaran itu, guru seharusnya
8
mengaplikasikan konsep pembelajaran sepanjang hayat, menghindari
sikap egoistik lantas mendorong dirinya untuk terus menimba ilmu dan
kemahiran terkini melalui pelbagai sumber termasuk daripada muridnya
sendiri. Sudah tiba masanya kita mengenepikan segala perbezaan yang
menjadi punca diskriminasi dan prejudis. Guru perlu sentiasa menonjolkan
sifat bertanggungjawab sebagai wahana penyatu bangsa yang sentiasa
menyeimbangkan neraca keadilan untuk memastikan setiap anak murid
menerima pendidikan berkualiti.
22. Kementerian Pendidikan telah menyediakan laluan kerjaya terbaik
untuk guru. Bagi memastikan laluan ini bersesuaian dengan keperluan
semasa, maka Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB)
telah dibangunkan. Pelan ini bertujuan untuk melengkapkan pembangunan
pofesionalisme sedia ada dan mentransformasi amalan pembangunan
profesionalisme berterusan bagi meningkatkan kualiti guru dan pemimpin
sekolah serta memperkasakan profesion keguruan.
23. Apabila skim perjawatan Time Based Berasaskan Kecemerlangan
diwujudkan, hal ini menunjukkan bahawa elemen kecemerlangan menjadi
asas pertimbangan untuk peningkatan kerjaya setiap guru. Selari dengan
hasrat tersebut, guru perlu memiliki kriteria yang telah digariskan dalam
PPPB, iaitu pemikir holistik dan kreatif, pemikir strategik, peneraju
perubahan, pembimbing dan mentor, penggerak kualiti PdP, serta
pelaksana pengajaran berkesan dan fasilitator pembelajaran murid.
9
Kepada anak-anak murid yang dikasihi sekalian,
24. Pada kesempatan ini, sukalah saya mengingatkan anak-anak agar
dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada pelajaran.
Manfaatkanlah segala peluang yang ada untuk menimba ilmu dan
mengasah bakat dengan sebaik mungkin supaya anda menjadi insan yang
berjaya. Jadikanlah sekolah sebagai tempat menimba ilmu, membina
pengalaman, membentuk bakat, dan mengasah budaya kepimpinan kerana
andalah merupakan aset negara yang bernilai pada masa hadapan. Dalam
menghadapi persaingan global yang semakin sengit hari ini, banyak ilmu
dan kemahiran baharu yang perlu dikuasai sebelum anda melangkah ke
alam pekerjaan.
25. Dalam pada itu, jauhilah perkara yang tidak berfaedah dan jangan
terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat dan bermoral seperti ponteng,
buli, dadah serta lain-lain gejala negatif yang boleh merosakkan diri dan
masa depan anak-anak sekalian. Sayangi diri, hormati ibu bapa dan guru-
guru anda. Gunakanlah masa yang ada ini dengan sebaik-baiknya kerana
masa muda hanya sekali. Jadi, berusahalah menjadi yang terbaik kerana
dalam dunia yang kompetitif hari ini hanya yang terbaik akan berjaya. Only
the best among you will survive and thrive.
26. Sebelum mengakhiri ucapan, marilah sama-sama kita hayati dua
rangkap pantun ini:
Berdayung sampan mudik ke hulu
Hendak bertemu gadis idaman
Mulia sungguh pengorbananmu guru
10
Kekal dikenang sepanjang zaman
Harum mewangi si bunga tanjung
Tumbuh mekar di laman Tun Perak
Jasa dan baktimu terus disanjung
Membina ilmu menyempurnakan akhlak
27. Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
‘Selamat Hari Guru’ kepada semua insan yang bergelar pendidik.
Sesungguhnya negara amat memerlukan khidmat bakti para guru dalam
melahirkan bangsa Malaysia yang berilmu dan berakhlak mulia.
‘Terima kasih cikgu’
DATO' SRI DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

More Related Content

What's hot

Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikiTugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikimuhammad
 
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaramohdsanusisidik
 
GPP 1063
GPP 1063GPP 1063
GPP 1063Inbmy
 
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAMHAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAMGalih Nurhavis
 
07 dskp kssr tahun 1 pendidikan moral 08122016
07 dskp kssr tahun 1 pendidikan moral 0812201607 dskp kssr tahun 1 pendidikan moral 08122016
07 dskp kssr tahun 1 pendidikan moral 08122016JENNY WONG
 
DSKP KSSR TAHUN 1 PENDIDIKAN MORAL
DSKP KSSR TAHUN 1 PENDIDIKAN MORALDSKP KSSR TAHUN 1 PENDIDIKAN MORAL
DSKP KSSR TAHUN 1 PENDIDIKAN MORALhttps://edu2u.my
 
DSKP Pendidkan Moral KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidkan Moral  KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP Pendidkan Moral  KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidkan Moral KSSR Tahun 1 ( Semakan )Safiah Sulaiman
 
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...محمد أشرف زين الدين
 
Dokumen standard pendidikan moral tahun 1
Dokumen standard pendidikan moral tahun 1Dokumen standard pendidikan moral tahun 1
Dokumen standard pendidikan moral tahun 1sititalib
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...Yuvarani Subramaniam
 
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignmentperanan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignmentNorzamzila Baba
 
peranan sekolah bagi fpk
peranan sekolah bagi fpkperanan sekolah bagi fpk
peranan sekolah bagi fpkMusaDiq YaaCob
 
Perutusan hari guru
Perutusan hari guruPerutusan hari guru
Perutusan hari guruValen Lee
 
peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam  peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam Mohd Kamal Jusoh
 
Standard guru
Standard guruStandard guru
Standard guruAre Fade
 

What's hot (20)

Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikiTugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
 
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
 
GPP 1063
GPP 1063GPP 1063
GPP 1063
 
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAMHAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
HAKIKAT GURU DAN GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
 
07 dskp kssr tahun 1 pendidikan moral 08122016
07 dskp kssr tahun 1 pendidikan moral 0812201607 dskp kssr tahun 1 pendidikan moral 08122016
07 dskp kssr tahun 1 pendidikan moral 08122016
 
DSKP KSSR TAHUN 1 PENDIDIKAN MORAL
DSKP KSSR TAHUN 1 PENDIDIKAN MORALDSKP KSSR TAHUN 1 PENDIDIKAN MORAL
DSKP KSSR TAHUN 1 PENDIDIKAN MORAL
 
Elemen fpk
Elemen fpkElemen fpk
Elemen fpk
 
DSKP Pendidkan Moral KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidkan Moral  KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP Pendidkan Moral  KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidkan Moral KSSR Tahun 1 ( Semakan )
 
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
Peranan dan tanggungjawab guru dalam membina negara bangsa berlandaskan etika...
 
Dokumen standard pendidikan moral tahun 1
Dokumen standard pendidikan moral tahun 1Dokumen standard pendidikan moral tahun 1
Dokumen standard pendidikan moral tahun 1
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
 
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignmentperanan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
 
peranan sekolah bagi fpk
peranan sekolah bagi fpkperanan sekolah bagi fpk
peranan sekolah bagi fpk
 
Falsafah pendidikan guru (pengetahuan)
Falsafah pendidikan guru (pengetahuan)Falsafah pendidikan guru (pengetahuan)
Falsafah pendidikan guru (pengetahuan)
 
Asigmen
AsigmenAsigmen
Asigmen
 
Perutusan hari guru
Perutusan hari guruPerutusan hari guru
Perutusan hari guru
 
peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam  peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam
 
Standard guru
Standard guruStandard guru
Standard guru
 
Standard Guru Malaysia
Standard Guru MalaysiaStandard Guru Malaysia
Standard Guru Malaysia
 

Viewers also liked

3. Guru Sebagai Satu Profesion
3. Guru Sebagai  Satu Profesion3. Guru Sebagai  Satu Profesion
3. Guru Sebagai Satu ProfesionArthur Jupong
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruHishamuddin Jabar
 
1. konsep kbat dan i think
1. konsep kbat dan i think1. konsep kbat dan i think
1. konsep kbat dan i thinkHazlee Gapal
 

Viewers also liked (7)

3. Guru Sebagai Satu Profesion
3. Guru Sebagai  Satu Profesion3. Guru Sebagai  Satu Profesion
3. Guru Sebagai Satu Profesion
 
Isu isu etika guru
Isu isu etika guruIsu isu etika guru
Isu isu etika guru
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
 
Peta pemikiran
Peta pemikiranPeta pemikiran
Peta pemikiran
 
i-THiNK
i-THiNKi-THiNK
i-THiNK
 
1. konsep kbat dan i think
1. konsep kbat dan i think1. konsep kbat dan i think
1. konsep kbat dan i think
 
Kelas Abad ke 21
Kelas Abad ke 21Kelas Abad ke 21
Kelas Abad ke 21
 

Similar to Perutusan kppm hari guru 2015

Perutusan hari guru
Perutusan hari guruPerutusan hari guru
Perutusan hari guruValen Lee
 
2014 05-15 perutusan hari guru 2014
2014 05-15 perutusan hari guru 20142014 05-15 perutusan hari guru 2014
2014 05-15 perutusan hari guru 2014Mages Panjaman
 
Perutusan Hari Guru 2014
Perutusan Hari Guru 2014Perutusan Hari Guru 2014
Perutusan Hari Guru 2014Leftenan Ika
 
PERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU 2014 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
PERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU 2014 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIAPERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU 2014 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
PERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU 2014 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIAnkli84
 
Falsafah pendidikan islam projek akhir a167854
Falsafah pendidikan islam projek akhir a167854Falsafah pendidikan islam projek akhir a167854
Falsafah pendidikan islam projek akhir a167854SudeshKannahMohan
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruRENU PRIYA
 
Projek Akhir LMCP 1112 LEVAN RAJ A167954
Projek Akhir LMCP 1112 LEVAN RAJ A167954Projek Akhir LMCP 1112 LEVAN RAJ A167954
Projek Akhir LMCP 1112 LEVAN RAJ A167954LevanRaj
 
Pensijilan Guru Matematik
Pensijilan Guru MatematikPensijilan Guru Matematik
Pensijilan Guru MatematikNor Hazlinda
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Noor Hidayah Ghazali
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKANTEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKANChon Seong Hoo
 
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Anoi Edrieana
 
kata aluan
kata aluankata aluan
kata aluanmgbkulim
 
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptPeranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptZOLKEPLEBINIBRAHIMIP1
 
Kuliah 11 guru mrealisasikan fpk
Kuliah 11 guru mrealisasikan fpkKuliah 11 guru mrealisasikan fpk
Kuliah 11 guru mrealisasikan fpksiewlee0507
 
Tajuk 5 peranan guru sr
Tajuk 5 peranan guru srTajuk 5 peranan guru sr
Tajuk 5 peranan guru srEsTee Wang
 
Peningkatan Kualitas Guru Untuk Mencetak Peserta Didik Berkualitas Demi Penca...
Peningkatan Kualitas Guru Untuk Mencetak Peserta Didik Berkualitas Demi Penca...Peningkatan Kualitas Guru Untuk Mencetak Peserta Didik Berkualitas Demi Penca...
Peningkatan Kualitas Guru Untuk Mencetak Peserta Didik Berkualitas Demi Penca...Pipit Wijaya
 

Similar to Perutusan kppm hari guru 2015 (20)

Perutusan hari guru
Perutusan hari guruPerutusan hari guru
Perutusan hari guru
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
2014 05-15 perutusan hari guru 2014
2014 05-15 perutusan hari guru 20142014 05-15 perutusan hari guru 2014
2014 05-15 perutusan hari guru 2014
 
Perutusan Hari Guru 2014
Perutusan Hari Guru 2014Perutusan Hari Guru 2014
Perutusan Hari Guru 2014
 
PERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU 2014 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
PERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU 2014 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIAPERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU 2014 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
PERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU 2014 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
 
Falsafah pendidikan islam projek akhir a167854
Falsafah pendidikan islam projek akhir a167854Falsafah pendidikan islam projek akhir a167854
Falsafah pendidikan islam projek akhir a167854
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
Projek Akhir LMCP 1112 LEVAN RAJ A167954
Projek Akhir LMCP 1112 LEVAN RAJ A167954Projek Akhir LMCP 1112 LEVAN RAJ A167954
Projek Akhir LMCP 1112 LEVAN RAJ A167954
 
Pensijilan Guru Matematik
Pensijilan Guru MatematikPensijilan Guru Matematik
Pensijilan Guru Matematik
 
Report trends
Report trendsReport trends
Report trends
 
Soalan 1
Soalan 1Soalan 1
Soalan 1
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKANTEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
 
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
 
kata aluan
kata aluankata aluan
kata aluan
 
Tugas tik4
Tugas tik4Tugas tik4
Tugas tik4
 
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptPeranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
 
Kuliah 11 guru mrealisasikan fpk
Kuliah 11 guru mrealisasikan fpkKuliah 11 guru mrealisasikan fpk
Kuliah 11 guru mrealisasikan fpk
 
Tajuk 5 peranan guru sr
Tajuk 5 peranan guru srTajuk 5 peranan guru sr
Tajuk 5 peranan guru sr
 
Peningkatan Kualitas Guru Untuk Mencetak Peserta Didik Berkualitas Demi Penca...
Peningkatan Kualitas Guru Untuk Mencetak Peserta Didik Berkualitas Demi Penca...Peningkatan Kualitas Guru Untuk Mencetak Peserta Didik Berkualitas Demi Penca...
Peningkatan Kualitas Guru Untuk Mencetak Peserta Didik Berkualitas Demi Penca...
 

Recently uploaded

Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfJarzaniIsmail
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxSaujiOji
 
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdfmengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdfsaptari3
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptannanurkhasanah2
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAppgauliananda03
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxJuliBriana2
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"baimmuhammad71
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...Kanaidi ken
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxNurindahSetyawati1
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxwawan479953
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024editwebsitesubdit
 

Recently uploaded (20)

Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdfmengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 

Perutusan kppm hari guru 2015

  • 1. PERUTUSAN HARI GURU 2015 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA "GURU: MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK" ‫وبركاته‬ ‫هللا‬ ‫ورحمة‬ ‫عليكم‬ ‫السالم‬ Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan murid-murid yang dikasihi sekalian, 1. Hari ini merupakan hari yang amat istimewa dan bermakna buat kita semua yang bergelar guru. 16 Mei pasti diraikan bagi menghargai jasa dan bakti guru dalam mendidik anak bangsa. Bersempena hari yang bersejarah ini, marilah kita mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin- Nya, dapat kita berhimpun dan menjayakan sambutan hari guru bersama- sama dengan anak didik yang dikasihi dalam suasana yang meriah, aman dan harmoni. 2. Kesungguhan para guru meletakkan minat dalam profesion masing- masing mampu menjadikan sistem pendidikan negara sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di peringkat antarabangsa. Saya amat berharap guru tidak melihat kerjaya mereka sebagai satu pekerjaan semata-mata namun mereka seharusnya melaksanakan tanggungjawab dengan penuh rasa minat, tulus ikhlas dan jujur. Bagi membentuk dan menyempurnakan akhlak anak didiknya, guru perlu menjadi contoh teladan kepada mereka.
  • 2. 2 Guru perlu memiliki jati diri dan personaliti unggul yang cemerlang. Sifat dan peribadi ini sesungguhnya menjadi inspirasi murid dalam pembentukan sikap dan akhlak terpuji. Para guru yang dihormati, 3. Seiring dengan ledakan teknologi maklumat yang mewujudkan fenomena langit terbuka dan dunia tanpa sempadan mendedahkan generasi hari ini dengan kepelbagaian sumber maklumat. Perubahan terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi pintar dan kemajuan maklumat terkini memberi kesan serta menjadi cabaran terhadap nilai, budaya, pemikiran dan corak hidup yang bersendikan adat, tatasusila ketimuran dan penghayatan agama. 4. Dengan erti kata sebenar, generasi muda masa kini bukan sahaja berdepan dengan cabaran persaingan di peringkat global seperti kepesatan ekonomi, keselamatan dan kebudayaan malah cabaran paling utama adalah menangani konflik akhlak. Di sinilah peranan guru dicabar dan diuji. Guru berperanan membimbing dan menyempurnakan akhlak anak didiknya dan kita percaya tanggungjawab ini bukan satu tugas yang mudah. Akhlak mulia dalam diri murid-murid yang dipupuk oleh ibu bapa bermula dari rumah diteruskan oleh para guru seawal alam persekolahan, bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". 5. Pada ketika ini, perubahan terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat memerlukan guru peka terhadap perkembangan semasa. Guru perlu menguasai teknologi maklumat, mahir
  • 3. 3 menggunakan seterusnya mengadaptasikan kemahiran tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah. Penguasaan guru dalam bidang teknologi maklumat sangat penting bukan sahaja bertujuan menyahut cabaran pendidikan hari ini yang menuntut guru menggunakan pelbagai sumber malah untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran bagi menerapkan nilai-nilai murni yang berkesan dalam penyempurnaan akhlak mulia murid-muridnya. Para guru yang dikasihi, 6. Tema Hari Guru tahun ini "Guru: Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak" sangat bertepatan dengan dunia pendidikan pada abad ke-21. Tema ini menghendaki agar kita perlu kembali kepada tujuan asas pendidikan iaitu bukan sahaja untuk melahirkan insan yang berpengetahuan (knowledge person) tetapi insan yang berguna (useful person) dan warga negara yang baik (good citizen) yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara bangsa yang bersatu padu dan berdaulat serta selaras sebagai negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. 7. Dalam hal ini, YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia sewaktu berucap pada Majlis Perutusan Tahun Baharu 2015 Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan bahawa modal insan atau bakat yang perlu dibangunkan melalui sistem pendidikan negara bukan sahaja mampu memenuhi tuntutan pembangunan ekonomi, tetapi juga perlu disertai dengan penghayatan nilai dan adab yang tinggi.
  • 4. 4 8. Sehubungan itu, dan dalam usaha membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, elemen nilai moral dan etika yang utuh serta sifat penyayang, adil dan saksama dalam kalangan warga Malaysia yang berbilang kaum dan agama perlu sentiasa dijadikan elemen teras dalam sistem pendidikan kita. 9. Justeru, dalam melahirkan insan yang sempurna atau insān kāmil, kita perlu kembali menghayati asas-asas yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. 10. Berkonsepkan pembudayaan adab dan akhlak mulia dalam kalangan guru dan murid di sekolah, guru adalah sebagai role model kepada murid dengan pendekatan “Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak”. Hasil akhirnya bagi menghasilkan murid yang berketrampilan “Berilmu dan Berakhlak”. 11. Untuk itu, guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat membangunkan potensi insan melalui penyerapan elemen-elemen kerohanian, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan potensi murid. Warga pendidik perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi mulia berpersonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang berkualiti.
  • 5. 5 12. Peranan guru sebenarnya tidak terbatas hanya kepada menyampaikan kandungan silibus dalam bilik darjah, malah guru perlu kreatif dan inovatif dalam pembangunan ilmu (knowledge development) dalam kalangan anak didik seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan masa depan melalui amalan pengajaran guru yang berpusatkan pelajar serta penggunaan bahan sumber secara berkesan. 13. Peranan guru adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang digarapkan dalam PPPM 2013 - 2025, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru guru merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut. 14. Sesungguhnya, tugas membentuk adab dan akhlak yang mulia adalah satu tugas yang sangat penting. Saya percaya jika kita semua mengabdikan seluruh jiwa dan raga kepada tugas yang paling mulia ini, maka kita akan berjaya mencapai matlamat pendidikan yang paling asas, iaitu mendidik insan dengan adab dan pekerti yang mulia. 15. Saya berdoa, mungkin usaha membangun ilmu dan menyempurnakan akhlak ini mendapat keberkatan Allah SWT. Berkat itu tidak ketara pada mata, tapi dapat dirasa. Ia tidak diukur pada kuantiti harta tapi letak pada kualiti jiwa. Dengan barakah akan beroleh ketenangan dan kesenangan. Menerusi berkat, sedikit mencukupi banyaknya bisa dibahagi dan diberi.
  • 6. 6 Wahai guru-guru pembina bangsa, 16. Sistem pendidikan hari ini menyandarkan harapan agar kita menyempurnakan tanggungjawab dalam memastikan anak didik menguasai ilmu tulis, baca dan kira, tetapi lebih jauh daripada itu kita perlu memperkasakan ilmu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Ilmu ini merupakan transformasi minda yang menguji keupayaan guru menjana kemahiran berfikir aras tinggi bagi menggalakkan murid berfikir secara kritis, analitis, kreatif, reflektif dan inovatif. Aktiviti PdP dalam KBAT ini juga hendaklah dilaksanakan secara interaktif yang berfokus kepada penyelesaian masalah untuk mendorong murid sentiasa berfikir. 17. Pada hemat saya, pemerkasaan ilmu KBAT amat penting untuk memastikan murid-murid dapat bersaing menguasai ilmu setanding dengan kualiti pencapaian murid di persada dunia. Oleh itu, saya memohon guru agar sentiasa mengamalkan corak pengajaran yang pelbagai dan interaktif di dalam bilik darjah, menerapkan kemahiran menaakul, di samping sentiasa mengambil berat perkembangan setiap individu murid. Masalah yang diberikan pula mestilah di luar rutin yang masih relevan dan bersesuaian dengan aras kognitif dan tahap kematangan murid tetapi berupaya merangsang minat murid, seperti aktiviti main peranan, kajian lapangan, temu bual pengembaraan, penciptaan replika sesuatu bangunan, forum, perdebatan, sumbang saran, sesi muhasabah dan refleksi diri. 18. Guru juga perlu memastikan pengajaran dalam bilik darjah ditukar daripada pengajaran aktif kepada fasilitator aktif. Pembelajaran murid menjadi inti pati terpenting dalam setiap sesi interaksi antara guru dengan murid. Selanjutnya guru sangat wajar mentransformasikan kerangka minda
  • 7. 7 dirinya yang sebelum ini dianggap tetap dan mantap kepada kerangka minda yang lebih anjal, luwes, bersedia menerima perubahan dan kritikan serta bersedia untuk terus berkembang. 19. Walau bagaimanapun, peranan guru tidaklah hanya terbatas di dalam bilik darjah semata-mata. Guru juga harus bertindak sebagai agen perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan murid. Menerusi kepimpinan dan kewibawaan, guru berupaya membina atmosfera sosial yang sihat bagi menggalakkan interaksi pelbagai hala antara murid berbilang kaum, latar belakang, dan budaya bagi mewujudkan satu identiti nasional Malaysia yang dapat dibanggakan. Warga guru dan murid yang dikasihi, 20. Kita sedia maklum bahawa pada masa ini, bentuk pentaksiran telahpun berubah daripada berorientasikan peperiksaan kepada pentaksiran secara holistik, maka Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) menjadi satu elemen pentaksiran yang penting dalam mengukur keberhasilan murid. Guru juga berperanan menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak ke arah kemenjadian murid selaras dengan aspirasi dalam PPPM 2013 - 2025. Sejajar dengan itu, guru perlu mempunyai kredibiliti, integriti, dan telus agar dapat menghasilkan penilaian yang adil. Sesungguhnya, di tangan gurulah terletaknya penentu hala tuju masa hadapan murid. 21. Saya yakin ramai guru yang begitu berpengalaman dalam bidang keguruan, namun tuntutan pada abad ini memerlukan idea baharu untuk meningkatkan profesionalisme diri. Lantaran itu, guru seharusnya
  • 8. 8 mengaplikasikan konsep pembelajaran sepanjang hayat, menghindari sikap egoistik lantas mendorong dirinya untuk terus menimba ilmu dan kemahiran terkini melalui pelbagai sumber termasuk daripada muridnya sendiri. Sudah tiba masanya kita mengenepikan segala perbezaan yang menjadi punca diskriminasi dan prejudis. Guru perlu sentiasa menonjolkan sifat bertanggungjawab sebagai wahana penyatu bangsa yang sentiasa menyeimbangkan neraca keadilan untuk memastikan setiap anak murid menerima pendidikan berkualiti. 22. Kementerian Pendidikan telah menyediakan laluan kerjaya terbaik untuk guru. Bagi memastikan laluan ini bersesuaian dengan keperluan semasa, maka Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) telah dibangunkan. Pelan ini bertujuan untuk melengkapkan pembangunan pofesionalisme sedia ada dan mentransformasi amalan pembangunan profesionalisme berterusan bagi meningkatkan kualiti guru dan pemimpin sekolah serta memperkasakan profesion keguruan. 23. Apabila skim perjawatan Time Based Berasaskan Kecemerlangan diwujudkan, hal ini menunjukkan bahawa elemen kecemerlangan menjadi asas pertimbangan untuk peningkatan kerjaya setiap guru. Selari dengan hasrat tersebut, guru perlu memiliki kriteria yang telah digariskan dalam PPPB, iaitu pemikir holistik dan kreatif, pemikir strategik, peneraju perubahan, pembimbing dan mentor, penggerak kualiti PdP, serta pelaksana pengajaran berkesan dan fasilitator pembelajaran murid.
  • 9. 9 Kepada anak-anak murid yang dikasihi sekalian, 24. Pada kesempatan ini, sukalah saya mengingatkan anak-anak agar dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada pelajaran. Manfaatkanlah segala peluang yang ada untuk menimba ilmu dan mengasah bakat dengan sebaik mungkin supaya anda menjadi insan yang berjaya. Jadikanlah sekolah sebagai tempat menimba ilmu, membina pengalaman, membentuk bakat, dan mengasah budaya kepimpinan kerana andalah merupakan aset negara yang bernilai pada masa hadapan. Dalam menghadapi persaingan global yang semakin sengit hari ini, banyak ilmu dan kemahiran baharu yang perlu dikuasai sebelum anda melangkah ke alam pekerjaan. 25. Dalam pada itu, jauhilah perkara yang tidak berfaedah dan jangan terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat dan bermoral seperti ponteng, buli, dadah serta lain-lain gejala negatif yang boleh merosakkan diri dan masa depan anak-anak sekalian. Sayangi diri, hormati ibu bapa dan guru- guru anda. Gunakanlah masa yang ada ini dengan sebaik-baiknya kerana masa muda hanya sekali. Jadi, berusahalah menjadi yang terbaik kerana dalam dunia yang kompetitif hari ini hanya yang terbaik akan berjaya. Only the best among you will survive and thrive. 26. Sebelum mengakhiri ucapan, marilah sama-sama kita hayati dua rangkap pantun ini: Berdayung sampan mudik ke hulu Hendak bertemu gadis idaman Mulia sungguh pengorbananmu guru
  • 10. 10 Kekal dikenang sepanjang zaman Harum mewangi si bunga tanjung Tumbuh mekar di laman Tun Perak Jasa dan baktimu terus disanjung Membina ilmu menyempurnakan akhlak 27. Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ‘Selamat Hari Guru’ kepada semua insan yang bergelar pendidik. Sesungguhnya negara amat memerlukan khidmat bakti para guru dalam melahirkan bangsa Malaysia yang berilmu dan berakhlak mulia. ‘Terima kasih cikgu’ DATO' SRI DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia