1. NAMA: SITI HARLIZA BINTI DAIM (G 0919346)
CERITA 1: IMAM AL-GHAZALI DAN PEROMPAK
Imam Al-Ghazali merupakan seorang ulama yang terkenal dan disegani
kerana ketinggian ilmunya.
Suatu ketika dalam pengembaraan beliau menuntut ilmu, beliau terlah
dirompak. Dalam ceritanya, Imam Ghazali berkata, “Aku telah dirompak dan
barangku telah dirampas. Aku ikut mereka dan ketuanya berpaling kepadaku dan
berkata, “pergi atau aku bunuh kamu”,. Aku merayu kepadanya supaya dia
mengembalikan nota catitanku sahaja. Kata ketua perompak itu “Apa itu nota
catitan?”. Aku berkata “Nota itu terkandung di dalamnya segala ilmu hasil aku
mengembara. Semua ilmu yang aku pelajari terkandung di dalamnya.
Perompak itu ketawa terbahak-bahak dan berkata “ Bagaimana engkau
tahu itu ilmunya sedangkan apabila aku ambilnya daripada mu, tiba-tiba engkau
jahil semula.” Lalu ketua perompak itu menyuruh rakannya mengembalikan
semula beg itu kepada ku.
Ejekan dan kata-kata perompak itu telah diibaratkan oleh imam Al Ghazali
sebagai ilham dari Allah melalui mulut perompak itu untuk menasihatinya.
Selepas dari peristiwa itu, beliau sangat kuat menghafal dan tidak banyak
mencatit sehinngsalah beliau menjadi seorang ulama yang besar dan ahli
falsafah terkenal. Beliau telah mengarang beratus buah buku dalam pellbagai
bidang ilmu.
KAITAN DENGAN ISI:
1. Riwayat hidup Imam Al-Ghazali
2. Sumbangan beliau dalam dunia pendidikan
PENGGUNAAN DALAM PENGAJARAN
1. Di pertengahan pengajaran selepas menerangkan riwayat hidup Imam
Ghazali
2. Di akhir pengajaran dan menekankan pelajar supaya belajar untuk
memahami dan mengingati sesuatu ilmu daripada hanya mencatit ilmu di
nota tanpa memahaminya.
2. NAMA: SITI HARLIZA BINTI DAIM(G 0919346)
CERITA 2 : ISTERI YANG TAAT PADA SUAMI
Ada sebuah kisah, bahwa pada masa Nabi s.a.w. ada seorang laki-laki yang
akan berangkat berperang, yang berpesan kepada isterinya: "Hai isteriku
janganlah sekali-kali engkau meninggalkan rumah ini, sampai aku kembali
pulang." Secara kebetulan, ayahnya menderita sakit, maka wanita tadi mengutus
seorang laki-laki menemui Rasulullah s.a.w.
Rasullullah s.a.w. bersabda kepada utusan itu: "Agar dia mentaati suaminya".
Demikian pula si wanita, mengutus utusan tidak hanya sekali sehingga akhirnya
dia mentaati suaminya dan tidak berani keluar rumah.
Maka ayahnya pun meninggal dunia dan dia tetap tidak melihat mayat ayahnya
dan dia tetap sabar. Sehingga suaminya kembali pulang. Maka Allah
menurunkan wahyu kepada Nabi s.a.w. yang berbunyi, Maksudnya:
"Sesungguhnya Allah s.w.t. telah mengampuni wanita tersebut, disebabkan
ketaatannya kepada suaminya.
KAITAN DENGAN ISI:
1. Tanggungjawab isteri
PENGGUNAAN DALAM PENGAJARAN:
1. Di pertengahan pengajaran setelah menerangkan tanggungjawab isteri
kepada suami.