18. B. Pasaran Wang / Money Market Pasaran wang melibatkan urusniaga bagi instrumen kewangan jangka pendek. Jangka pendek di sini bermakna tempoh kematangannya adalah kurang dari setahun. Ia terdiri daripada pasaran wang antara bank dan pasaran wang kumpulan wang jangka pendek yang melibatkan gedung diskaun, broker wang, dan pengantara kewangan yang lain. Para peserta pasaran wang ialah bank perdagangan, syarikat kewangan dan bank saudagar.
19. C. Pasaran Pertukaran wang / Foreign Exchange Pasaran ini melibatkan urusniaga bagi instrumen kewangan jangka pendek yang dinyatakan dalam mata wang asing. Hanya bank perdagangan yang dibenarkan menjalankan perniagaan pertukaran matawang asing. Urusan dilakukan sesama mereka sendiri secara langsung atau melalui broker wang dan broker pertukaran mata wang asing.
45. Terbahagi kepada dua iaitu samada bercagar atau tidak bercagar. 2. Pinjaman Jangka Pendek (Bank/Institusi Kewangan) Bercagar Tidak Bercagar Perniagaan perlu mencagar aset bernilai kepada bank untuk tempoh setahun atau kurang. Berpenjamin iaitu individu yang memberi jaminan bahawa peminjam akan membayar balik.
46.
47.
48. Kemudahan kredit yang diberikan oleh bank perdagangan bagi tempoh setahun dengan kadar faedah tertentu kepada pemegang akaun semasa di mana pelanggan dibenarkan mengeluarkan wang melebihi baki yang terdapat dalam akaunnya setakat had yang telah ditetapkan. 5. Overdraf
50. b) Sumber Kewangan Jangka Panjang 1. Saham Biasa Saham yang menunjukkan pemilikan dalam syarikat. i. Modal dibenarkan dikenali sebagai modal nominal atau modal berdaftar, iaitu jumlah modal yang dinyatakan dalam memorandum ataupun tata wujud syarikat yang didaftarkan dengan pendaftar syarikat. mewakili jumlah maksimum modal yang boleh ditawarkan kepada orang ramai. ii . Modal diterbitkan ia mewakili sebahagian daripada modal dibenarkan yang ditawarkan kepada orang ramai. Modal terbitan ini tidak boleh melebihi jumlah modal yang dibenarkan. iii. Nilai tara nilai tara dinyatakan pada sijil syer dan sama seperti didalam tata urusan dan memorandum syarikat. Walaubagaimanapun, nilai saham yang dikeluarkan tidak semestinya sama dengan nilai tara. Biasa ia lebih tinggi daripada nilai tara.
51.
52.
53.
54.
55. 4. Hutang jangka panjang Pinjaman yang mempunyai tempoh matang melebihi satu tahun. Pinjaman dalam jumlah yang besar. Pinjaman jangkapanjang mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi jika dibandingkan pinjaman jangkapendek. 5. Pinjaman berjangka Pinjaman tetap atau pinjaman bertempoh didapati daripada bank atau agensi kerajaan Adalah perjanjian atau kontrak di antara peminjam dan pemberi pinjam Peminjam berjanji untuk membuat beberapa siri bayaran yang terdiri dari bayaran faedah dan prinsipal pada tarikh-tarikh yang ditetapkan. Tempoh kematangan bagi pinjaman berjangka ini adalah di antara dua hingga 30 tahun bergantung kepada perjanjian tertentu. Kebiasaannya di antara 3 hingga 15 tahun
56. c) Kos Pembiayaan dan Sumber Kewangan Kadar faedah – i. Nisbah pembayaran untuk kegunaan modal pinjaman. ii. Kadar pulangan kepada pemberi hutang. Kos pengapungan – kos yang terlibat dalam sesuatu terbitan sekuriti baharu. Duti setem – cukai yang dikenakan dalam bentuk setem terhadap sesuatu dokumen perjanjian atau pindah hak milik.
57.
58.
59. Modal – kedudukan kewangan pelanggan berpandukan analisis penyata kewangan pelanggan. Penekanan kepada kedudukan ekuiti dan nisbah-nisbah risiko seperti nisbah semasa, nisbah hutang dan nisbah perlindungan faedah. Keupayaan – keupayaan untuk membayar berdasarkan rekod-rekod kewangan terdahulu. Keupayaan akan juga dilihat dari daya maju projek dalam menjana aliran tunai positif. Kewibawaan – keperibadian pelanggan dalam menunaikan janji untuk membayar. Faktor moral pelanggan diambilkira seperti laporan kredit pelanggan akan cuba didapati daripada pihak bank pelanggan, pembekal kredit lain dan pesaing-pesaing mengenai maklumat pelanggan tersebut