SlideShare a Scribd company logo
1 of 22
PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA
PENILAIAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
Pengenalan:
Kemahiran lisan melibatkan dua kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan
kemahiran bertutur.
(Kemahiran mendengar):
-Kemahiran paling asas
-Berlaku pada peringkat penerimaan
-Murid yg telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur, memahami, dan
mentafsir apa
yg didengar.
(Kemahiran bertutur):
-Melafazkan bunyi2 bahasa drpd alat2 artikulasi
-Peringkat penglahiran
-Perlu ditiru & diajuk
-Model bahasa lemah hasil ajukan yg lemah, tp model bahasa baik tidak
semestinya menjamin ajukan yg baik.
KEMAHIRAN LISAN (KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR):
Tujuan Kemahiran Lisan:
-Menyebut perkataan / ayat dgn betul
-Melatih murid mendengar & memahami pertuturan org lain.
-Untuk berinteraksi dgn org lain (menyampaikan perasaan, kehendak, dll).
-Melatih murid agar berkeyakinan & percaya kpd diri (berani bercakap,
menyatakan
perasaan dan kehendak)
-Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yg tersusun, perkataan yg
sesuai, &
perbendaharaan kata yg luas.
Kemahiran yang boleh diperolehi murid:
-Bertutur dgn tenang menggunakan gaya yg betul
-Bertutur dgn nada, intonasi,′ & sebutan yg betul.
-Mendengar dgn baik, memahami perkara yg didengar & menghormati pertuturan
org lain.
-Bercerita & membuat laporan menggunakan bahasa yg menarik & betul.
-Berkebolehan memberi arahan dgn berkesan.
-Mengunakan bahasa yg baik mengikut situasi.
Penilaian Kemahiran Lisan Yang Dibuat:
-bacaan kuat
-syarahan
-perbahasan
-bercerita
-perbincangan
-hafazan
-temu bual
-soal jawab
-nyanyian
-deklamasi sajak
-mendengar dan memberi respon secara lisan
Penilaian Lisan membolehkan guru:
-mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan
bertutur
secara gramatis.
-mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.
-mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.
-mengesan kelancaran dalam sebutan.
-mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.
-Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti
yang
memerlukan respon murid dalam bentuk lisan.
Contoh : PLBS
-Menyediakan Instrumen soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan
perlu jelas dan mudah difahami.
-aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.
-pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk
merangsang murid berfikir.
-aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.
Konsep kemahiran mendengar:
-Gabungan segala yg didengar, difahami dan diingat.
-Pendengaran berlaku melalui latihan khas yg dilakukan secara berperingkat-
peringkat.
-Individu lebih byk belajar drpd pengalaman drpd kecerdasan otak.
-Harus berlaku menlalui pemikiran, bukan perasaan.
-Aspek fizikal, psikologi, neurologi mempengaruhi proses mendengar.
-Pendengaran utk hiburan (tinfak balas positif)
Peringkat Kemahiran mendengar:
1. mendengar deretan bunyi
2. Memahami bunyi-bunyi yg didengar
3. Menilai bunyi-bunyi yg didengar
4. Bertindak terhadap bunyi
Jenis-jenis mendengar:
1. Mendengar pasif:
-Tidak berupaya memahami keseluruhan perkataan yg diujuarkan
-Faktor bahan tidak menarik, tidak bermakna, persekitaran.
2. Mendengar secara bertelau-telau:
-Berlaku pd pelajar bahasa ke-2
-Lemah dlm bahasa yg dipelajari & tidak didedahkan kpd suasana bahasa
tersebut.
3. Mendengar tanpa tindak balas:
-Mendengar tp tidak bertindak balas
-Tidak beremosi dan tidak memahami
4. Mendengar secara menebuk-nebuk:
-Berlaku pd pelajar bahasa ibunda
-Pasti & yakin telah menguasai bahasa tersebut ttpi sebenarnya tidak
5. Mendengar secara beremosi:
-Mendengar & mampu meransang emosi
-Merasa sesuatu dan bertindak balas
6. Mendengar secara berhati-hati:
-Mendengar teliti (kata demi kata, ayat demi ayat)
-Memahami ujaran dgn tepat
7. Mendengar secara kritikal:
-Mampu membezakan yg benar & palsu (berfikir kritis dan analitis)
-PnP KBKK
8. Mendengar secara pengamatan:
-Murid sudah mampu berfikir kritikal
-Mendengar berdasarkan pengalaman (membuatkan apa yg didengar lebih
bermakna)
9. Mendengar secara kreatif:
-Mengulas, mengritik, menilai
-Mencapai penguasaan bahasa yg baik
Peringkat kemahiran mendengar beserta contoh:
1. Peringkat awal:
-Melakukan sesuatu yg disuruh
-Bertindak terhadap soalan-soalan mudah
-Mengecam, mengajuk & memilih bunyi
2. Peringkat pertengahan:
-Mengecam dan mengingat fakta (tepat dan terperinci)
-Mengesan urutan
-Mengenal sebab dan akibat
3. Peringkat maju:
-Mengenal isi-isi penting
-Mengenal peranan dan perhubungan org yg bercakap
-Mentafsir maksud
-Memberitahu tekanan dan intonasi
Konsep bertutur:
-Gabungan bunyi-bunyi bahasa
-Berlaku pd peringkat penglahiran (setelah penutur belajar drpd pengalaman
berbanding kecerdasan otak)
-Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, jantina, dll mempengaruhi pertuturan
-Pertuturan dikuasai dgn menumpukan aspek fonologi, struktur, intonasi, dan
penguasaan sistem bunyi.
Aspek-aspek pertuturan:
a)Sebutan
murid-murid telah diajar dan dilatih mengenal huruf dan bunyi setiap huruf, suku
kata, perkataan, rangkai kata dan ayat
Semua ini bertujuan untuk melatih murid-murid supaya dapat menyebut sesuatu
dengan tepat dan seperti yang sepatutnya mengikut bunyi, ejaan dan makna.
b)Tekanan
Satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada
tempat-tempat tertentu.
Biasanya dilakukan pada suku kata.
Bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu.
Lambangnya ialah /?/.
Dalam BM, tekanan tidak membezakan makna dan digunakan untuk menyedapkan
ayat sahaja seperti dalam sajak.
c) Panjang-pendek (Mora)(Harakat)
Kadar sesuatu bunyi itu diucapkan
Lambangnya ialah [:] , [::] adalah 2 mora , [.] adalah setengah mora.
d) Kefasihan
boleh bercakap dan membunyikan kata dalam bentuk yang kemas, teratur, lancar,
tepat dan jelas.
e) Laras bahasa
kemampuan mengguankan bahasa dalam pelbagai konteks, suasana, atau situasi
yang sesuai
melatih pelajar menggunakan bahasamengikut larasnya.
Bertujuan untuk berkomunikasi.
f) Tatabahasa
merupakan satu sistem pertuturan atau undang-undang yang menggabungkan
perkataan untuk membentuk ayat-ayat.
Tatabahasa terdiri daripada fonologi, morfologi, dan sintaksis
fonologi, murid harus boleh membunyikan kata dan menyebut dengan tepat.
morfologi, mereka harus memilih, membina, dan menggunakan perkataan dengan
tepat dan betul.
sintaksis, murid harus boleh membina ayat-ayat dengan menggunakan tatabahasa
yang betul, jekas dan kemas.
Penggunaan intonasi, tekanan, jeda, gaya, dan sebagainya haris sesuai dengan
bahasa yang dituturkan.
g) Jeda
jeda = persendian
digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistic seperti perkataan, rangkai
kata atau ayat.
Dalam sesuatu ayat yang digunakan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar.
lambang /#/ (apabila digunakan ia boleh membawa makna yang berbeza)
/+/ = lambang pemisah antara suku kata atau perkataan.
h) Intonasi
merupakan bunyi yang menaik atau menurun.
juga disebut sebagai nada suara
intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza
mengikut jenis ayat yang dituturkan.
intonasi boleh menaik, menurun, mendatar, meninggi, dan sebagainya.
I)Nada
nada ialah keadaan bunyi yang menrik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan
atau suku kata dilafazkan.
nada tidak bersifak fonemik.
j) kelancaran
bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas.
murid boleh mengeluarkan idea, pendapat, dan pandangan dengan baik dan
menuturkannya dengan baik dan dalam bahasa yang kemas, licin, dan teratur.
Gaya bahasa berdasarkan nada:
Gaya yg sederhana
-Memberi arahan, perintah, pelajaran, bahan kuliah, dll.
-Bertujuan utk menyampaikan maklumat, bahasa utk menyentuh perasaan atau
menghasilkan suasana tertentu.
Gaya bahasa mulia & bertenaga
-Bertujuan utk menggerakkan pendengar / pembaca utk bertindak
-Menekankan aspek tenaga yg ada pd bahasa melului pilihan atau susunan kata
tertentu.
Gaya menengah
-Bertujuan utk menghasailkan suasana yg tenang dan damai.
-Nada bersifat lemah lembut, penuh kasih sayang, dan mengandungi sifat lucu.
-Cth situasi pesta dan rekreasi
Faktor-faktor yang mempengaruhi pertuturan:
- Kecerdasan – kemampuan menghasilkan bahasa
- Kesihatan – kanak-kanak sakit (penguasaan bahasa terganggu)
- Fizikal – alat artikulasi
- Alam sekeliling – sosioekonomi dan perhubungan keluarga
- Jantina – perempuan cepat, lelaki lambat
- Dwibahasa – ekabahasa lebih cepat
- Umur – kelembutan & kebolehan menghasilkan bunyi mengikut umut. Kematangan
alat artikulasi.
PENILAIAN KEMAHIRAN MANULIS
Konsep :
menyemak Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti′dan memeriksa
tugasan dan hasil penulisan murid seperti:
Karangan
Laporan projek/kerja kursus/folio
Latihan dan ujian bertulis
Huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.
Instrumen Penilaian Penulisan:
Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid
yang meliputi kemahiran seperti yang berikut :
Kemahiran menulis:
-Menyusun idea
-Penggunaan tanda baca
-Perbendaharaan kata
-Mengaplikasi
-Mentafsir
-Menilai
Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara berikut perlu diambil kira :
- Soalan menepati kemahiran yang hendak diuj
- Bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami
- Bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan.
- Aras kesukaran soalan dipelbagaikan
- Skema pemarkahan disediakan
Bentuk Item Soalan:
- Bentuk Item Objektif
- Bentuk Item Subjektif
Tujuan:
• Mengesan serta merta
• Mengesan kemajuan
• Mengesan pencapaian
PENILAIAN KEMAHIRAN MEMBACA
•Pelbagai teknik boleh digunakan oleh pelajar untuk memudahkan pemahaman
pembacaan bahan antaranya :
Contoh teknik:
SQ3R,1H+5W, SKIMMING SCANNING,KWLH dll.
Konsep membaca:
Satu proses di mana seseorang melihat dan memahami apa yang ditulis’
(WILLIAMS 1984).
Membaca ialah satu proses di mana seseorang mendapat maklumat dari bahan
yang dibaca. Ia adalah kebolehan memahami simbol-simbol atau tulisan yang
dilihat.
Tujuan:
• Mengetahui isi-isi penting.
• Menentukan apakah fakta, konsep dan contoh penting yang perlu difahami dan
diingati.
• Memastikan pelajar dapat memahami dan seterusnya dapat membuat nota
ringkas
supaya mudah diingati dan difahami.
Cara Gaya Pembacaan:
•Membaca mesti dilakukan ditempat yang sesuai dengan kaedah dan gaya
pembelajaran anda.
•Persediaan yang cukup.
•Tumpukan perhatian, minat dan fikiran
•Gunakan satu alat/teknik sebagai penunjuk semasa membaca.
Peringkat bacaan:
• Kesediaan membaca
• Prabacaan
• Membaca mekanis
• Membaca mentalis
• Bacaan Intensif
• Bacaan Ekstensif
Aspek berkaitan dnegan kemahiran membaca:
- Kadar kelajuan
- Pergerakan mata
- Mengenal pasti struktur ayat
- Membaca secara kuat
- Membaca secara aktif
- Menunjuk
- Motivasi
- Gerak hati atau jangkaan
- Keadaan fizikal
Peringkat Pemahaman:
- Peringkat Lateral:
Pengetahuan dan pemahaman murid
Mengingat semula isi karangan dan perlu mempunyai kelebihan memahami
- Interpretasi:
Murid mampu mentafsir makna berdasarkan pembacaan ringkas
Menentukan sebab petikan tersebut ditulis
Menggabungkan fakta untuk membuat rumusan
- Inferens:
Murid mampu berfikir sendiri tentang isi petikan
Menentukan sebab dan akibat
Menilai:
-Peringkat analisis dan sintesis
-Membentuk soalan atau mampu memahami soalan peringkat tinggi mengikut
Taksonomi Bloom
-Mampu membezakan yang baik dan buruk.
-Mempunyai pendapat tersendiri.
Teknik SQ3R:
Diperkenalkan oleh Robinson (1961).
-Satu kaedah yang memerlukan seseorang mempersoalkan kesesuaian maklumat
yang terdapat dalam sesuatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu
diselesaikan.
S – Survey (Kaji)
Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya anda boleh fokus kepada apa yang
dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan.
Q – Question (Soal)
Menyoal diri sendiri untuk membantu minda anda fokus kepada apa yang sedang
anda lakukan.
R – Read (Baca)
Baca untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah anda
bina melalui langkah S dan Q.
R – Recite (Lafazkan semula)
Melatih minda anda supaya fokus dan belajar sambil membaca.
R – Review (Ulang)
Menyusun maklumat yang anda telah perolehi di dalam minda dan mula proses
untuk mengingat.
Kelebihan:
- Dapat melatih diri menjadi seorang yang berkesan dalam melakukan tugas
sebagai pelajar.
- Dapat membaca buku dalam masa yang singkat dan ingat serta faham lebih
banyak maklumat.
- Lebih fokus terhadap apa yang kita baca
PENILAIAN AKTIVITI BAHASA
Menilai dengan menggunakan instrumen :
1. Forum
• satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai
fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk, di mana ia dijalankan
secara formal.
• teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, pelajar akan
berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan
kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan
rasional.
• tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar selaras
dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
• soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan
ulasan selanjutnya.
2. Debat
• pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan
alasan yang logik dan idea yang tersusun.
• terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-masing sama ada
pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk dan pihak kedua membangkang
tajuk itu.
• huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta.
• setiap pihak haruslah yakin dan menegakkan fakta yang diutarakan.
• pihak pemnbangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk
memperbetulkan fakta pihak pencadang dan sebaliknya.
• sesi pengulasan akan dibuat daripada setiap ahli setelah selesai.
• masa yang diberikan untuk sesi berdebat akan ditetapkan.
3. Pidato
• huraian isi-isi yang melibatkan fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk
yang diberikan.
• interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan
penonton.
• pidato bukan membaca tetapi menerangkan, memberi interpretasi dan
menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
• hal ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta
beserta contoh yang diberikan.
Pantun
• satu bentuk puisi lisan yasng bersifat peribumi.
• rangkap-rangkap pantun yang mudah, ringkas dalam bentuk kias ibarat, usik
mengusik, uji menguji di kalangan masyarakat.
• seperti perumpamaan, bidalan, dan rumus-rumus bahasa tersirat.
• terdapat pantun 2 baris, 4 baris dan 8 baris.
ciri-ciri pantun:
• bentuk yang unik iaitu sifatnya yang profan.
• bahasa bebas dari pantang larang.
• mudah dicipta dan lebih akrab dengan masyarakat bawahan.
• unsur-unsur persekitaran menjadi ilham.
Sajak
• satu bentuk puisi lisan moden yang lebih bebas bentuknya dari puisi tradisional
seperti pantun dan syair.
• rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas.
• baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
• pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak.
• penggunaan kata dna ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan
makna dan irama.
Ceramah
• pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar.
• penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum,
topik disampaikan penceramah kepada penonton.
• biasanya diadakan di majlis atau perhimpunan.
jenis-jenis ceramah :
1. ceramah agama
2. ceramah pendidikan
3. ceramah kesihatan
4. ceramah kesedaran dan sebagainya
Syarahan
• syarahan mempunyai kata aluan,pendahuluan, kata penghadapan, isi dan penutup.
• penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secara
teratur, mantap dan berkesan.
• isi syarahan perlu berdasarkan fakta yang tepat dan contoh-contoh yang
relevan. isi utama perlu disokong oleh isi sampingan.
• sebagai langkah awal, sediakan satu rangka penulisan untuk dijadikan panduan
semasa aktiviti syarahan.
KAEDAH PENILAIAN BAHASA
PENILAIAN MELALUI PROJEK
1. Aktiviti b’dasarkan p’guasaan pengetahuan, kebolehan b’fikir &
berketrampilan.
2. Konteks sekolah: AMALI
3. Individu @ kumpulan à tempoh tertentu.
4. Penilaian: Bermula dr tahap persediaan projek à hasil yg disediakan.
5. M’integrasikan pengetahuan dgn aktiviti & Kolaborasi sgt ditekankan
TUJUAN
1. Menggalakkan kerjasama.
2. Berpeluang menunjukkan kreativiti & inovasi.
3. Berpeluang m’gunakan bahan di luar kelas.
4. Memotivasikan pelajar.
5. Semangat kepimpinan dikalangan pelajar.
6. Pelajar b’peluang b’kerja berdasarkan minat/kebolehan/kemampuan.
7. M’beri keyakinan kpd pelajar yg segan silu.
GARIS PANDUAN LAPORAN PROJEK
1. Tunjukkan kerumitan yg selengkapnya bg sesuatu topik.
2. Tentukan kriteria penilaian.
3. Elakkan perkara terlalu abstrak.
4. Gunakan kosa kata yg sesuai bg topik. (Laras bahasa)
5. Gunakan contoh yg sesuai.
6. Hubungkaitkan topik & pengalaman.
LANGKAH MENJALANKAN PROJEK
Langkah 1:
¬ Penentuan tajuk & skop projek.
Aktiviti:
o Lihat pada modul 2/3, m/s 54.
Langkah 2:
Penilaian awal projek¬
Aktiviti:
o Lihat pd modul 2/3, m/s 55.
Langkah 3:
Perlaksanaan¬ strategi.
Aktiviti:
o Lihat pd modul 2/3, m/s 56.
Langkah 4:
¬ Pemprosesan maklumat.
Aktiviti:
o Lihat pd modul 2/3, m/s 56.
Langkah 5:
Penilaian hasil projek.¬
Aktiviti:
o Lihat pd modul 2/3, m/s 56.
KAEDAH PENILAIAN BAHASA
PENGENALAN
- Penilaian amat penting dijalankan di sekolah bagi mengesan kemajuan murid dari
semasa ke semasa.
- Penilaian yang dibuat mestilah mengambil kira aspek perbezaan individu dari
segi mental, emosi dan juga kecerdasan agar kualiti penilaian yang dilaksanakan
dapat ditingkatkan.
- Murid yang mempunyai prestasi cemerlang dapat diberikan latihan susulan bagi
memaksimumkan lagi kebolehan yang dia ada manakala bagi murid yang lemah,
tindakan pemulihan dapat dilaksanakan bagi membolehkan murid tersebut mampu
meningkatkan daya fikir dan bakat seperti rakannya yang lain.
- Kaedah penilaian bahasa dapat dijalankan dengan pelbagai cara seperti penilaian
melalui kontrak pembelajaran, penilaian melalui portfolio, penilaian melalui
pemerhatian, penilaian melalui soal jawab, penilaian melalui projek dan penilaian
melalui kertas kerja.
PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO
- Portfolio pada umumnya merupakan folder atau fail atau yang mengandungi
bahan-bahan yang dikumpulkan untuk sesuatu tempoh bagi menggambarkan atau
menjelaskan atau menerangkan perkembangan kognitif bagi seseorang individu
tentang sesuatu tugasan yang pernah diarahkan.
-Portfolio merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan
merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.
Ciri-ciri Portfolio
- Portfolio mempunyai beberapa ciri yang membezakannya dengan kaedah
penilaian bahasa yang lain.
1. Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan, perancangan dan
penilaian yang teliti.
2. Proses pembelajarannya dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai
kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta
pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.
3. Portfolio juga menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama
dan bantuan daripada pelbagai pihak.
4. Portfolio mempunyai kandungan yang terdiri daripada maklumat secara urutan
dan bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.
Jenis Portfolio
Portfolio terdiri daripada tiga jenis iaitu portfolio kerja harian, portfolio hasil
terbaik dan portfolio dokumen.
1. Porfolio kerja harian
merupakan bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka
waktu yang diberikan. Contohnya, proses pengembangan idea yang dijalankan
secara harian untuk menghasilkan sepasang baju kurung yang menggambungkan
beberapa jenis jahitan.
2. Portfolio hasil terbaik
merupakan bahan yang dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio
kerja harian. Ini bermakna portfolio hasil terbaik bergantung sepenuhnya
terhadap dokumen-dokumen yang terdapat dalam portfolio kerja harian. Hal ini
mengambarkan bahawa portfolio hasil terbaik berbentuk sumatif.
3. Portfolio dokumen
hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka
masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.
Penilaian Portfolio
- Penilaian portfolio memberi fokus utama kepada proses dan tidak memberatkan
kepada hasil.
- Penilaian berbentuk lebih terbuka dan seimbang turut digunakan supaya murid
boleh belajar untuk menilai diri sendiri.
- Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh
dinilai melalui bukti-bukti lain.
- Bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat.
- proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan
perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah
dipersetujui bersama.
Kepentingan Portfolio
- Setiap kaedah mempunyai keegunaan tersendiri berbanding kaedah lain.
Portfolio juga mempunyai beberapa kepentingan.
1. Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru
untuk membuat penilaian secara holistik dan dapat menggalakkan pelajar untuk
mengawal dan memantau perkembangan pelajar
2. Portfolio juga penting untuk membolehkan guru memantau perkembangan
pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan dan turut
mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota
anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.
3.Penilaian melalui portfolio membolehkan penilaian dalam bidang afektif tentang
usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam
kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.
Perancangan Portfolio.
- Sebelum membuat portfolioGuru mesti menentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri
portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki. Hal ini memudahkan guru untuk
mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dan sah
- Guru mesti mengenalpasti isi kandungan portfolio seperti berapa banyak bukti
yang diperlukan untuk dijadikan bahan bagi mengesahkan maklumat mengenai
pencapaian pembelajaran pelajar.
- Guru memilih satu langkah atau sistem mengenai pengedalian isi kandungan
portfolio tersebut .
- langkah yang terakhir sekali, ialah menentukan penilaian portfolio dari segi
kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah
kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.
Cara Membina Portfolio
Terdapat tiga peringkat semasa membina portfolio.
1. Peringkat pertama ialah kita perlu menghuraikan terlebih dahulu tujuan
portfolio. Antara perkara yang perlu dihuraikan ialah instrumen portfolio dan
menyemak huraian tujuan dan diselaraskan dengan objektif kurikulum serta peta
perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran.
2. peringkat yang kedua pula, ialah menentukan isi portfolio. Dalam peringkat ini,
aktiviti dan jenis pembelajaran perlu dihuraikan agar murid-murid memahami apa
yang perlu dilakukan oleh mereka. Selain itu, penyemakan terhadap bukti atau
sumber pembelajaran dengan menggunakan peta perkembangan pembelajaran
pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran perlu dilaksanakan bagi memastikan
maklumat tersebut benar-benar sah. Guru juga mesti memastikan bahawa
kriteria yang dibina atau dijadikan sebagai syarat portfolio tidak memihak
kepada sesuatu jantina atau kumpulan. Seterusnya, penyemakan terhadap huraian
fokus dan kriteria penilaian mengikut tujuan portfolio, peta perkembangan
pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang juga dilaksanakan.
3. Langkah yang terakhir ialah menentukan kaedah membuat anggaran dan laporan
tentang lokasi pencapaian pelajar di peta perkembangan pembelajaran pelajar.
Hal ini meliputi menghuraikan kaedah membuat anggaran dan laporan tentang
lokasi pencapaian pelajar di peta perkembangan pembelajaran pelajar serta
menyemak huraian keadah membuat anggaran dan laporan mengikut tujuan dan
kumpulan sasaran.
Jika sekiranya, semua langkah ini dilaksanakan secara terperinci dan berkesan
maka portfolio ini dapat dijadikan sebagai instrument penilaian yang paling baik
dan berkesan untuk mengesan perkembangan dan tahap pencapaian murid
MENGUMPUL MAKLUMAT
Mengumpul maklumat merupakan tugas pelajar untuk memenuhi kriteria tugasan
portfolio yang telah diberi kepada mereka. Terdapat pelbagai cara pelajar untuk
mengumpul maklumat. Antaranya ialah melalui temu bual, lawatan dan penyelidikan
serta rujukan daripada pelbagai bahan cetak dan teknologi maklumat. Kesemua
maklumat yang dikumpul mestilah mempunyai bahan bukti yang mengatakan
bahawa maklumat tersebut daripada bahan atau pihak yang boleh dipercayai.
Bahan bukti tersebut boleh berbentuk tulisan atau dokumentasi gambar.
Selepas itu, kesemua maklumat ini akan dipendahkan ke dalam komputer bagi
tujuan dokumentasi atau untuk kandungan fail.
MEREKOD PENILAIAN PORTFOLIO
Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu :
1. menggunakan skala berkadar
2. menggunakan kaedah senarai semak.
PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN
Pengenalan
Penilaian melalui pemerhatian merupakan salah satu lagi kaedah penilaian yang
boleh dilakukan untuk mendapat maklum balas terhadap keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ini meliputi aspek kognitif, afektif,
faktor-faktor bahan dan persekitaran serta psikomotor. Terdapat pelbagai cara
untuk menjalankan kaedah penilaian melalui pemerhatian. Pemerhatian boleh
berlaku antara guru dan pelajar atau pelajar dengan pelajar. Maklumat yang
diperoleh melalui pemerhatian boleh dilaksanakan dengan menggunakan Senarai
Semak, Rekod Anekdot ataupun Rekod Profil.
Pelaksanaan Proses pemerhatian
Terdapat tiga perkara yang perlu diambil kira dalam melaksanakan proses
pemerhatian iaitu kualiti pemerhatian, bentuk perancangan dan rekod
pemerhatian.
1.Kualiti Pemerhatian
Kualiti pemerhatian menjelaskan ciri-ciri seorang guru yang baik dalam membuat
pemerhatian supaya pemerhatian yang dilakukan mempunyai kualiti yang tinggi.
Ciri yang pertama ialah guru mestilah mempunyai pengetahuan mendalam dalam
bidang tugasnya dan prihatin dengan persekitarannya. Hal ini penting agar guru
tersebut dapat memberi alasan yang kukuh atau jawapan yang boleh diterima akal
ketika disoal mengenai pemberian markah terhadap pelajar. Guru perlu peka
terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan dan pembelajaran.
Kepekaan guru akan memberi impak terhadap markah pelajar tersebut. Di
samping itu, guru juga mesti yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan
yang diambil terutama sekali terhadap pemberian markah pelajar. Sikap ini amat
penting supaya semua individu berpuas hati terhadap markah yang mereka
peroleh. Sikap ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil
terhadap sesuatu perkara merupakan tunjang dalam semua kejayaan. Jika guru
tersebut tidak bersikap adil, keadaan akan bertambah teruk dan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat diukur dengan tepat.
2. Bentuk Perancangan
Perancangan merupakan perkara yang paling penting dalam menjayakan sesuatu
matlamat atau objektif. Oleh itu, penilaian melalui pemerhatian juga mengandungi
bentuk perancangan yang tersendidri. Perancangan yang dilakukan mestilah rapi
dan tersusun mengenai ujian pemerhatian yang akan dilakukan. Antara perkara
yang perlu dirancang secara rapi ialah penyediaan alat yang releven dengan jenis
pemerhatian serta menentukan kaedah untuk mentadbirnya.
Selain itu, teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor juga perlu
ditentukan agar maklumat yang didapati tidak tercicir dan dapat
didokumentasikan dengan segera.Merangka tindakan susulan yang akan dijalankan
mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian adalah amat penting
bagi membaiki kelemahan dan meningkatkan kualiti pemerhatian yang dilakukan.
3. Merekod Penilaian Pemerhatian
Rekodϖ pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara
tersusun dari segi pendekatan, menajalankan tugas, cara merekod dapatan atau
rumusan dan tidakan susulan yang akan diambil.
Pendekatan merupakan kaedah individu atauϖ berkumpulan semasa menjalankan
pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu
direkod dengan jelas.
Menjalankanϖ tugasan pula membawa maksud cara individu mengendalikan
tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .
Cara merekodkan dapatan danϖ rumusan mengenai dapatan dan rumusan
hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
Tindakan susulan pula merupakan rekod tindakkan susulan melaluiϖ hasil yang
akan dicapai.
JENIS PEMERHATIAN
Pemerhatian boleh dilakukan mengikut tujuan dan aspek yang¬ hendak
diperhatikan atau dinilai.oleh itu, terdapat tiga jenis pemerhatian yang boleh
dilakukan oleh guru iaitu memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsian
dan tanggapan, memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara berfikiran
terbuka dan memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang.
¬ Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran dan tanggapan
bermaksud guru tersebut hanya melaporkan apa saja yang dilihat dan tafsiran
bukan untuk penilaian semasa tetapi untuk membuat hipotesis yang diperolehi
selepas menemu bual individu yang berkenaan. Jenis pemerhatian ini walaupun
hanya membuat tafsiran berdasarkan apa yang dilihat tetapi penilaian tidak
dibuat secara terus dan markah yang diberikan masih boleh diubah selepas sesi
menemu bual dijalankan.
Jenis yang kedua iaitu memerhati apa-apa yang telah dirancang¬ dan secara
berfikiran terbuka bermaksud menilai bukan pada satu aspek sahaja tetapi
meliputi aspek kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
Memerhati¬ untuk jangka pendek atau jangka panjang merupakan penilaian
dalam bentuk sekuen iaitu penilaian secara berperingkat. Keadaan ini akan
memberi dapatan yang berkesan dan bermakna mengenai perkembangan proses
terhadap sesuatu tugasan yang dilaksanakan.
STRATEGI PELAKSANAAN
- Pemerhatian dapat dijalankan mengikut pelbagai strategik yang dirasakan dapat
membantu menjayakan pelaksanaan pemerhatian yang dilakukan.
- Antara strategik yang boleh dilaksanakan ialah pelaksanaan secara berterusan
mengikut keperluan yang telah dikenalpasti atau dirancang, menggunakan senarai
semak, melakukantindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian, memastikan
bahawa jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan,
maklum balas mestilah diperolehi daripada guru dan pelajar dan akhir sekali
membuat refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.
FUNGSI PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN.
Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif
pelajar.
Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai
maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.

More Related Content

What's hot (19)

Kemahiran bahasa
Kemahiran bahasa Kemahiran bahasa
Kemahiran bahasa
 
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengar
 
Perbezaan antara mendengar dan bertutur
Perbezaan antara mendengar dan bertuturPerbezaan antara mendengar dan bertutur
Perbezaan antara mendengar dan bertutur
 
Penilaian Kemahiran Membaca
Penilaian Kemahiran MembacaPenilaian Kemahiran Membaca
Penilaian Kemahiran Membaca
 
Tugasan 3: Teknik mendengar
Tugasan 3: Teknik mendengar Tugasan 3: Teknik mendengar
Tugasan 3: Teknik mendengar
 
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuBmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
 
Pengertian berbicara menurut para ahli bahasa
Pengertian berbicara menurut para ahli bahasaPengertian berbicara menurut para ahli bahasa
Pengertian berbicara menurut para ahli bahasa
 
Pembelajaran Berbicara
Pembelajaran BerbicaraPembelajaran Berbicara
Pembelajaran Berbicara
 
Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalan
 
03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertutur
 
bacaan awal
bacaan awalbacaan awal
bacaan awal
 
Meningkatkan keterampilan berbicara
Meningkatkan keterampilan berbicaraMeningkatkan keterampilan berbicara
Meningkatkan keterampilan berbicara
 
Rpp kelas x ktsp
Rpp kelas x ktspRpp kelas x ktsp
Rpp kelas x ktsp
 
Rpp smtr 2
Rpp smtr 2Rpp smtr 2
Rpp smtr 2
 
Teknik membaca
Teknik membacaTeknik membaca
Teknik membaca
 
Pembelajaran Mendengarkan
Pembelajaran MendengarkanPembelajaran Mendengarkan
Pembelajaran Mendengarkan
 
Perkembangan bahasa
Perkembangan bahasaPerkembangan bahasa
Perkembangan bahasa
 
12. pembelajaran menyimak berbicara.
12. pembelajaran menyimak berbicara.12. pembelajaran menyimak berbicara.
12. pembelajaran menyimak berbicara.
 
Pendekatan dan kaedah pengajaran bacaan
Pendekatan dan kaedah pengajaran bacaanPendekatan dan kaedah pengajaran bacaan
Pendekatan dan kaedah pengajaran bacaan
 

Viewers also liked

Contoh Senarai Semak BM 1&2.2011/2012
Contoh Senarai Semak BM 1&2.2011/2012Contoh Senarai Semak BM 1&2.2011/2012
Contoh Senarai Semak BM 1&2.2011/2012
anny_anie
 
Pentaksiran bahasa melayu sekolah rendah (bmm3103)
Pentaksiran bahasa melayu sekolah rendah (bmm3103)Pentaksiran bahasa melayu sekolah rendah (bmm3103)
Pentaksiran bahasa melayu sekolah rendah (bmm3103)
RaJa MakSum
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi
Suhaiza Shuib
 

Viewers also liked (6)

Amali 8
Amali 8Amali 8
Amali 8
 
Contoh Senarai Semak BM 1&2.2011/2012
Contoh Senarai Semak BM 1&2.2011/2012Contoh Senarai Semak BM 1&2.2011/2012
Contoh Senarai Semak BM 1&2.2011/2012
 
Pentaksiran bahasa melayu sekolah rendah (bmm3103)
Pentaksiran bahasa melayu sekolah rendah (bmm3103)Pentaksiran bahasa melayu sekolah rendah (bmm3103)
Pentaksiran bahasa melayu sekolah rendah (bmm3103)
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi
 
Borang pemantauan
Borang pemantauanBorang pemantauan
Borang pemantauan
 
Contoh senarai semak
Contoh senarai semakContoh senarai semak
Contoh senarai semak
 

Similar to Penilaian kemahiran bahasa bmm 3103

Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertutBmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
harisanua
 
Proses mendengar
Proses mendengarProses mendengar
Proses mendengar
Devya Sree
 
Bahasa Melayu 11
Bahasa Melayu 11Bahasa Melayu 11
Bahasa Melayu 11
dzilah
 
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca MenulisKemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Noor Syazwanni
 
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
share with me
 
Peta minda bmm3043E tajuk 1 hingga 3
Peta minda bmm3043E tajuk 1 hingga 3Peta minda bmm3043E tajuk 1 hingga 3
Peta minda bmm3043E tajuk 1 hingga 3
maslinda2015
 

Similar to Penilaian kemahiran bahasa bmm 3103 (20)

SUKATAN PELAJARAN - KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
SUKATAN PELAJARAN - KEMAHIRAN BAHASA MELAYUSUKATAN PELAJARAN - KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
SUKATAN PELAJARAN - KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
 
Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa
 
Silabus oke
Silabus okeSilabus oke
Silabus oke
 
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertutBmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
Bmm 1034 kemahiran_mendengar_dan_bertut
 
Proses mendengar
Proses mendengarProses mendengar
Proses mendengar
 
08 isi pelajaran_1
08 isi pelajaran_108 isi pelajaran_1
08 isi pelajaran_1
 
Bahasa Melayu 11
Bahasa Melayu 11Bahasa Melayu 11
Bahasa Melayu 11
 
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca MenulisKemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
 
Kemahiran bahasa[2][1].pptx
Kemahiran bahasa[2][1].pptxKemahiran bahasa[2][1].pptx
Kemahiran bahasa[2][1].pptx
 
KEMAHIRAN MENDENGAR.pdf
KEMAHIRAN MENDENGAR.pdfKEMAHIRAN MENDENGAR.pdf
KEMAHIRAN MENDENGAR.pdf
 
ATP B. Indonesia Kelas 1.doc
ATP B. Indonesia  Kelas 1.docATP B. Indonesia  Kelas 1.doc
ATP B. Indonesia Kelas 1.doc
 
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
28428335 modul-bmm-3104-kemahiran-mendengar-bertutur-membaca-menulis
 
Bmm3104
Bmm3104Bmm3104
Bmm3104
 
Peta minda bmm3043E tajuk 1 hingga 3
Peta minda bmm3043E tajuk 1 hingga 3Peta minda bmm3043E tajuk 1 hingga 3
Peta minda bmm3043E tajuk 1 hingga 3
 
Pentaksiran&Penilaian Dalam Pemulihan
Pentaksiran&Penilaian Dalam PemulihanPentaksiran&Penilaian Dalam Pemulihan
Pentaksiran&Penilaian Dalam Pemulihan
 
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran interaksi 2
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran  interaksi 2Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran  interaksi 2
Modul PPG PKP3107 - 08(b) isi pelajaran interaksi 2
 
Silabus oke
Silabus okeSilabus oke
Silabus oke
 
CP FASE B B.INDO.docx
CP FASE B B.INDO.docxCP FASE B B.INDO.docx
CP FASE B B.INDO.docx
 
ATP Bahasa Indonesia Kelas 1
ATP Bahasa Indonesia Kelas 1ATP Bahasa Indonesia Kelas 1
ATP Bahasa Indonesia Kelas 1
 
TOPIK 1 MERUMUSKAN TUJUAN PEMBELAJARAN.pdf
TOPIK 1 MERUMUSKAN TUJUAN PEMBELAJARAN.pdfTOPIK 1 MERUMUSKAN TUJUAN PEMBELAJARAN.pdf
TOPIK 1 MERUMUSKAN TUJUAN PEMBELAJARAN.pdf
 

More from Ieta Yahya

More from Ieta Yahya (20)

Pengurusan kelas
Pengurusan kelasPengurusan kelas
Pengurusan kelas
 
Senarai nama 3 a, 2014
Senarai nama 3 a, 2014Senarai nama 3 a, 2014
Senarai nama 3 a, 2014
 
Contoh penulisan-rancangan-pengajaran-harian-bahasa-malaysia-kssr
Contoh penulisan-rancangan-pengajaran-harian-bahasa-malaysia-kssrContoh penulisan-rancangan-pengajaran-harian-bahasa-malaysia-kssr
Contoh penulisan-rancangan-pengajaran-harian-bahasa-malaysia-kssr
 
Khatam quran
Khatam quranKhatam quran
Khatam quran
 
Gambar topeng-mata
Gambar topeng-mataGambar topeng-mata
Gambar topeng-mata
 
Rph topeng bunga
Rph topeng bungaRph topeng bunga
Rph topeng bunga
 
Image kata2 hikmah
Image kata2 hikmahImage kata2 hikmah
Image kata2 hikmah
 
Sejarah ringkas bekas perdana menteri
Sejarah ringkas bekas perdana menteriSejarah ringkas bekas perdana menteri
Sejarah ringkas bekas perdana menteri
 
Nama mata wang dunia
Nama mata wang duniaNama mata wang dunia
Nama mata wang dunia
 
Kajian tindakan sifir
Kajian tindakan sifirKajian tindakan sifir
Kajian tindakan sifir
 
Bahagi panjang
Bahagi panjangBahagi panjang
Bahagi panjang
 
Contoh rph bijak sifir
Contoh rph bijak sifirContoh rph bijak sifir
Contoh rph bijak sifir
 
Sebelum cahaya lyrics
Sebelum cahaya lyricsSebelum cahaya lyrics
Sebelum cahaya lyrics
 
Jadual spesifikasi-ujian-matematik-tahun-3
Jadual spesifikasi-ujian-matematik-tahun-3Jadual spesifikasi-ujian-matematik-tahun-3
Jadual spesifikasi-ujian-matematik-tahun-3
 
Tokoh matematik
Tokoh matematikTokoh matematik
Tokoh matematik
 
Bmm oll
Bmm ollBmm oll
Bmm oll
 
Rekod eviden matematik_thn_2 2012
Rekod eviden matematik_thn_2 2012Rekod eviden matematik_thn_2 2012
Rekod eviden matematik_thn_2 2012
 
Jsu ldp 2012
Jsu ldp 2012Jsu ldp 2012
Jsu ldp 2012
 
Jsu ldp 2012
Jsu ldp 2012Jsu ldp 2012
Jsu ldp 2012
 
Jsu ldp 2012
Jsu ldp 2012Jsu ldp 2012
Jsu ldp 2012
 

Recently uploaded

Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
JarzaniIsmail
 
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptxModul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
RIMA685626
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
nabilafarahdiba95
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
ssuser35630b
 

Recently uploaded (20)

Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptxModul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 

Penilaian kemahiran bahasa bmm 3103

  • 1. PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA PENILAIAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Pengenalan: Kemahiran lisan melibatkan dua kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. (Kemahiran mendengar): -Kemahiran paling asas -Berlaku pada peringkat penerimaan -Murid yg telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur, memahami, dan mentafsir apa yg didengar. (Kemahiran bertutur): -Melafazkan bunyi2 bahasa drpd alat2 artikulasi -Peringkat penglahiran -Perlu ditiru & diajuk -Model bahasa lemah hasil ajukan yg lemah, tp model bahasa baik tidak semestinya menjamin ajukan yg baik. KEMAHIRAN LISAN (KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR): Tujuan Kemahiran Lisan: -Menyebut perkataan / ayat dgn betul -Melatih murid mendengar & memahami pertuturan org lain. -Untuk berinteraksi dgn org lain (menyampaikan perasaan, kehendak, dll). -Melatih murid agar berkeyakinan & percaya kpd diri (berani bercakap, menyatakan perasaan dan kehendak) -Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yg tersusun, perkataan yg sesuai, & perbendaharaan kata yg luas.
  • 2. Kemahiran yang boleh diperolehi murid: -Bertutur dgn tenang menggunakan gaya yg betul -Bertutur dgn nada, intonasi,′ & sebutan yg betul. -Mendengar dgn baik, memahami perkara yg didengar & menghormati pertuturan org lain. -Bercerita & membuat laporan menggunakan bahasa yg menarik & betul. -Berkebolehan memberi arahan dgn berkesan. -Mengunakan bahasa yg baik mengikut situasi. Penilaian Kemahiran Lisan Yang Dibuat: -bacaan kuat -syarahan -perbahasan -bercerita -perbincangan -hafazan -temu bual -soal jawab -nyanyian -deklamasi sajak -mendengar dan memberi respon secara lisan Penilaian Lisan membolehkan guru: -mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur secara gramatis. -mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid. -mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz. -mengesan kelancaran dalam sebutan. -mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta. -Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan. Contoh : PLBS -Menyediakan Instrumen soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.
  • 3. -aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea. -pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk merangsang murid berfikir. -aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid. Konsep kemahiran mendengar: -Gabungan segala yg didengar, difahami dan diingat. -Pendengaran berlaku melalui latihan khas yg dilakukan secara berperingkat- peringkat. -Individu lebih byk belajar drpd pengalaman drpd kecerdasan otak. -Harus berlaku menlalui pemikiran, bukan perasaan. -Aspek fizikal, psikologi, neurologi mempengaruhi proses mendengar. -Pendengaran utk hiburan (tinfak balas positif) Peringkat Kemahiran mendengar: 1. mendengar deretan bunyi 2. Memahami bunyi-bunyi yg didengar 3. Menilai bunyi-bunyi yg didengar 4. Bertindak terhadap bunyi Jenis-jenis mendengar: 1. Mendengar pasif: -Tidak berupaya memahami keseluruhan perkataan yg diujuarkan -Faktor bahan tidak menarik, tidak bermakna, persekitaran. 2. Mendengar secara bertelau-telau: -Berlaku pd pelajar bahasa ke-2 -Lemah dlm bahasa yg dipelajari & tidak didedahkan kpd suasana bahasa tersebut. 3. Mendengar tanpa tindak balas: -Mendengar tp tidak bertindak balas -Tidak beremosi dan tidak memahami 4. Mendengar secara menebuk-nebuk: -Berlaku pd pelajar bahasa ibunda -Pasti & yakin telah menguasai bahasa tersebut ttpi sebenarnya tidak
  • 4. 5. Mendengar secara beremosi: -Mendengar & mampu meransang emosi -Merasa sesuatu dan bertindak balas 6. Mendengar secara berhati-hati: -Mendengar teliti (kata demi kata, ayat demi ayat) -Memahami ujaran dgn tepat 7. Mendengar secara kritikal: -Mampu membezakan yg benar & palsu (berfikir kritis dan analitis) -PnP KBKK 8. Mendengar secara pengamatan: -Murid sudah mampu berfikir kritikal -Mendengar berdasarkan pengalaman (membuatkan apa yg didengar lebih bermakna) 9. Mendengar secara kreatif: -Mengulas, mengritik, menilai -Mencapai penguasaan bahasa yg baik Peringkat kemahiran mendengar beserta contoh: 1. Peringkat awal: -Melakukan sesuatu yg disuruh -Bertindak terhadap soalan-soalan mudah -Mengecam, mengajuk & memilih bunyi 2. Peringkat pertengahan: -Mengecam dan mengingat fakta (tepat dan terperinci) -Mengesan urutan -Mengenal sebab dan akibat 3. Peringkat maju: -Mengenal isi-isi penting -Mengenal peranan dan perhubungan org yg bercakap -Mentafsir maksud -Memberitahu tekanan dan intonasi Konsep bertutur:
  • 5. -Gabungan bunyi-bunyi bahasa -Berlaku pd peringkat penglahiran (setelah penutur belajar drpd pengalaman berbanding kecerdasan otak) -Aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, jantina, dll mempengaruhi pertuturan -Pertuturan dikuasai dgn menumpukan aspek fonologi, struktur, intonasi, dan penguasaan sistem bunyi. Aspek-aspek pertuturan: a)Sebutan murid-murid telah diajar dan dilatih mengenal huruf dan bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat Semua ini bertujuan untuk melatih murid-murid supaya dapat menyebut sesuatu dengan tepat dan seperti yang sepatutnya mengikut bunyi, ejaan dan makna. b)Tekanan Satu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Biasanya dilakukan pada suku kata. Bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu. Lambangnya ialah /?/. Dalam BM, tekanan tidak membezakan makna dan digunakan untuk menyedapkan ayat sahaja seperti dalam sajak. c) Panjang-pendek (Mora)(Harakat) Kadar sesuatu bunyi itu diucapkan Lambangnya ialah [:] , [::] adalah 2 mora , [.] adalah setengah mora. d) Kefasihan boleh bercakap dan membunyikan kata dalam bentuk yang kemas, teratur, lancar, tepat dan jelas. e) Laras bahasa kemampuan mengguankan bahasa dalam pelbagai konteks, suasana, atau situasi yang sesuai melatih pelajar menggunakan bahasamengikut larasnya. Bertujuan untuk berkomunikasi. f) Tatabahasa merupakan satu sistem pertuturan atau undang-undang yang menggabungkan
  • 6. perkataan untuk membentuk ayat-ayat. Tatabahasa terdiri daripada fonologi, morfologi, dan sintaksis fonologi, murid harus boleh membunyikan kata dan menyebut dengan tepat. morfologi, mereka harus memilih, membina, dan menggunakan perkataan dengan tepat dan betul. sintaksis, murid harus boleh membina ayat-ayat dengan menggunakan tatabahasa yang betul, jekas dan kemas. Penggunaan intonasi, tekanan, jeda, gaya, dan sebagainya haris sesuai dengan bahasa yang dituturkan. g) Jeda jeda = persendian digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistic seperti perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam sesuatu ayat yang digunakan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar. lambang /#/ (apabila digunakan ia boleh membawa makna yang berbeza) /+/ = lambang pemisah antara suku kata atau perkataan. h) Intonasi merupakan bunyi yang menaik atau menurun. juga disebut sebagai nada suara intonasi ayat dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan. intonasi boleh menaik, menurun, mendatar, meninggi, dan sebagainya. I)Nada nada ialah keadaan bunyi yang menrik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata dilafazkan. nada tidak bersifak fonemik. j) kelancaran bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas. murid boleh mengeluarkan idea, pendapat, dan pandangan dengan baik dan menuturkannya dengan baik dan dalam bahasa yang kemas, licin, dan teratur. Gaya bahasa berdasarkan nada: Gaya yg sederhana -Memberi arahan, perintah, pelajaran, bahan kuliah, dll. -Bertujuan utk menyampaikan maklumat, bahasa utk menyentuh perasaan atau menghasilkan suasana tertentu.
  • 7. Gaya bahasa mulia & bertenaga -Bertujuan utk menggerakkan pendengar / pembaca utk bertindak -Menekankan aspek tenaga yg ada pd bahasa melului pilihan atau susunan kata tertentu. Gaya menengah -Bertujuan utk menghasailkan suasana yg tenang dan damai. -Nada bersifat lemah lembut, penuh kasih sayang, dan mengandungi sifat lucu. -Cth situasi pesta dan rekreasi Faktor-faktor yang mempengaruhi pertuturan: - Kecerdasan – kemampuan menghasilkan bahasa - Kesihatan – kanak-kanak sakit (penguasaan bahasa terganggu) - Fizikal – alat artikulasi - Alam sekeliling – sosioekonomi dan perhubungan keluarga - Jantina – perempuan cepat, lelaki lambat - Dwibahasa – ekabahasa lebih cepat - Umur – kelembutan & kebolehan menghasilkan bunyi mengikut umut. Kematangan alat artikulasi. PENILAIAN KEMAHIRAN MANULIS Konsep : menyemak Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti′dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti: Karangan Laporan projek/kerja kursus/folio Latihan dan ujian bertulis Huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta. Instrumen Penilaian Penulisan: Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut : Kemahiran menulis:
  • 8. -Menyusun idea -Penggunaan tanda baca -Perbendaharaan kata -Mengaplikasi -Mentafsir -Menilai Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara berikut perlu diambil kira : - Soalan menepati kemahiran yang hendak diuj - Bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami - Bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan. - Aras kesukaran soalan dipelbagaikan - Skema pemarkahan disediakan Bentuk Item Soalan: - Bentuk Item Objektif - Bentuk Item Subjektif Tujuan: • Mengesan serta merta • Mengesan kemajuan • Mengesan pencapaian PENILAIAN KEMAHIRAN MEMBACA •Pelbagai teknik boleh digunakan oleh pelajar untuk memudahkan pemahaman pembacaan bahan antaranya : Contoh teknik: SQ3R,1H+5W, SKIMMING SCANNING,KWLH dll. Konsep membaca: Satu proses di mana seseorang melihat dan memahami apa yang ditulis’ (WILLIAMS 1984). Membaca ialah satu proses di mana seseorang mendapat maklumat dari bahan yang dibaca. Ia adalah kebolehan memahami simbol-simbol atau tulisan yang
  • 9. dilihat. Tujuan: • Mengetahui isi-isi penting. • Menentukan apakah fakta, konsep dan contoh penting yang perlu difahami dan diingati. • Memastikan pelajar dapat memahami dan seterusnya dapat membuat nota ringkas supaya mudah diingati dan difahami. Cara Gaya Pembacaan: •Membaca mesti dilakukan ditempat yang sesuai dengan kaedah dan gaya pembelajaran anda. •Persediaan yang cukup. •Tumpukan perhatian, minat dan fikiran •Gunakan satu alat/teknik sebagai penunjuk semasa membaca. Peringkat bacaan: • Kesediaan membaca • Prabacaan • Membaca mekanis • Membaca mentalis • Bacaan Intensif • Bacaan Ekstensif Aspek berkaitan dnegan kemahiran membaca: - Kadar kelajuan - Pergerakan mata - Mengenal pasti struktur ayat - Membaca secara kuat - Membaca secara aktif - Menunjuk - Motivasi - Gerak hati atau jangkaan - Keadaan fizikal Peringkat Pemahaman:
  • 10. - Peringkat Lateral: Pengetahuan dan pemahaman murid Mengingat semula isi karangan dan perlu mempunyai kelebihan memahami - Interpretasi: Murid mampu mentafsir makna berdasarkan pembacaan ringkas Menentukan sebab petikan tersebut ditulis Menggabungkan fakta untuk membuat rumusan - Inferens: Murid mampu berfikir sendiri tentang isi petikan Menentukan sebab dan akibat Menilai: -Peringkat analisis dan sintesis -Membentuk soalan atau mampu memahami soalan peringkat tinggi mengikut Taksonomi Bloom -Mampu membezakan yang baik dan buruk. -Mempunyai pendapat tersendiri. Teknik SQ3R: Diperkenalkan oleh Robinson (1961). -Satu kaedah yang memerlukan seseorang mempersoalkan kesesuaian maklumat yang terdapat dalam sesuatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan. S – Survey (Kaji) Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya anda boleh fokus kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan. Q – Question (Soal) Menyoal diri sendiri untuk membantu minda anda fokus kepada apa yang sedang anda lakukan. R – Read (Baca) Baca untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah anda bina melalui langkah S dan Q.
  • 11. R – Recite (Lafazkan semula) Melatih minda anda supaya fokus dan belajar sambil membaca. R – Review (Ulang) Menyusun maklumat yang anda telah perolehi di dalam minda dan mula proses untuk mengingat. Kelebihan: - Dapat melatih diri menjadi seorang yang berkesan dalam melakukan tugas sebagai pelajar. - Dapat membaca buku dalam masa yang singkat dan ingat serta faham lebih banyak maklumat. - Lebih fokus terhadap apa yang kita baca PENILAIAN AKTIVITI BAHASA Menilai dengan menggunakan instrumen : 1. Forum • satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk, di mana ia dijalankan secara formal. • teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional. • tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar. • soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya. 2. Debat
  • 12. • pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun. • terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-masing sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk dan pihak kedua membangkang tajuk itu. • huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta. • setiap pihak haruslah yakin dan menegakkan fakta yang diutarakan. • pihak pemnbangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta pihak pencadang dan sebaliknya. • sesi pengulasan akan dibuat daripada setiap ahli setelah selesai. • masa yang diberikan untuk sesi berdebat akan ditetapkan. 3. Pidato • huraian isi-isi yang melibatkan fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan. • interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton. • pidato bukan membaca tetapi menerangkan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan. • hal ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan. Pantun • satu bentuk puisi lisan yasng bersifat peribumi. • rangkap-rangkap pantun yang mudah, ringkas dalam bentuk kias ibarat, usik mengusik, uji menguji di kalangan masyarakat.
  • 13. • seperti perumpamaan, bidalan, dan rumus-rumus bahasa tersirat. • terdapat pantun 2 baris, 4 baris dan 8 baris. ciri-ciri pantun: • bentuk yang unik iaitu sifatnya yang profan. • bahasa bebas dari pantang larang. • mudah dicipta dan lebih akrab dengan masyarakat bawahan. • unsur-unsur persekitaran menjadi ilham. Sajak • satu bentuk puisi lisan moden yang lebih bebas bentuknya dari puisi tradisional seperti pantun dan syair. • rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas. • baris dan rentak dalam sajak tidak terhad. • pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak. • penggunaan kata dna ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama. Ceramah • pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar. • penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton. • biasanya diadakan di majlis atau perhimpunan. jenis-jenis ceramah : 1. ceramah agama 2. ceramah pendidikan 3. ceramah kesihatan
  • 14. 4. ceramah kesedaran dan sebagainya Syarahan • syarahan mempunyai kata aluan,pendahuluan, kata penghadapan, isi dan penutup. • penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secara teratur, mantap dan berkesan. • isi syarahan perlu berdasarkan fakta yang tepat dan contoh-contoh yang relevan. isi utama perlu disokong oleh isi sampingan. • sebagai langkah awal, sediakan satu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan. KAEDAH PENILAIAN BAHASA PENILAIAN MELALUI PROJEK 1. Aktiviti b’dasarkan p’guasaan pengetahuan, kebolehan b’fikir & berketrampilan. 2. Konteks sekolah: AMALI 3. Individu @ kumpulan à tempoh tertentu. 4. Penilaian: Bermula dr tahap persediaan projek à hasil yg disediakan. 5. M’integrasikan pengetahuan dgn aktiviti & Kolaborasi sgt ditekankan TUJUAN 1. Menggalakkan kerjasama. 2. Berpeluang menunjukkan kreativiti & inovasi. 3. Berpeluang m’gunakan bahan di luar kelas. 4. Memotivasikan pelajar. 5. Semangat kepimpinan dikalangan pelajar. 6. Pelajar b’peluang b’kerja berdasarkan minat/kebolehan/kemampuan. 7. M’beri keyakinan kpd pelajar yg segan silu.
  • 15. GARIS PANDUAN LAPORAN PROJEK 1. Tunjukkan kerumitan yg selengkapnya bg sesuatu topik. 2. Tentukan kriteria penilaian. 3. Elakkan perkara terlalu abstrak. 4. Gunakan kosa kata yg sesuai bg topik. (Laras bahasa) 5. Gunakan contoh yg sesuai. 6. Hubungkaitkan topik & pengalaman. LANGKAH MENJALANKAN PROJEK Langkah 1: ¬ Penentuan tajuk & skop projek. Aktiviti: o Lihat pada modul 2/3, m/s 54. Langkah 2: Penilaian awal projek¬ Aktiviti: o Lihat pd modul 2/3, m/s 55. Langkah 3: Perlaksanaan¬ strategi. Aktiviti: o Lihat pd modul 2/3, m/s 56. Langkah 4: ¬ Pemprosesan maklumat. Aktiviti: o Lihat pd modul 2/3, m/s 56. Langkah 5: Penilaian hasil projek.¬ Aktiviti: o Lihat pd modul 2/3, m/s 56.
  • 16. KAEDAH PENILAIAN BAHASA PENGENALAN - Penilaian amat penting dijalankan di sekolah bagi mengesan kemajuan murid dari semasa ke semasa. - Penilaian yang dibuat mestilah mengambil kira aspek perbezaan individu dari segi mental, emosi dan juga kecerdasan agar kualiti penilaian yang dilaksanakan dapat ditingkatkan. - Murid yang mempunyai prestasi cemerlang dapat diberikan latihan susulan bagi memaksimumkan lagi kebolehan yang dia ada manakala bagi murid yang lemah, tindakan pemulihan dapat dilaksanakan bagi membolehkan murid tersebut mampu meningkatkan daya fikir dan bakat seperti rakannya yang lain. - Kaedah penilaian bahasa dapat dijalankan dengan pelbagai cara seperti penilaian melalui kontrak pembelajaran, penilaian melalui portfolio, penilaian melalui pemerhatian, penilaian melalui soal jawab, penilaian melalui projek dan penilaian melalui kertas kerja. PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO - Portfolio pada umumnya merupakan folder atau fail atau yang mengandungi bahan-bahan yang dikumpulkan untuk sesuatu tempoh bagi menggambarkan atau menjelaskan atau menerangkan perkembangan kognitif bagi seseorang individu tentang sesuatu tugasan yang pernah diarahkan. -Portfolio merupakan satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui. Ciri-ciri Portfolio - Portfolio mempunyai beberapa ciri yang membezakannya dengan kaedah penilaian bahasa yang lain. 1. Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan, perancangan dan penilaian yang teliti. 2. Proses pembelajarannya dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.
  • 17. 3. Portfolio juga menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak. 4. Portfolio mempunyai kandungan yang terdiri daripada maklumat secara urutan dan bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan. Jenis Portfolio Portfolio terdiri daripada tiga jenis iaitu portfolio kerja harian, portfolio hasil terbaik dan portfolio dokumen. 1. Porfolio kerja harian merupakan bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan. Contohnya, proses pengembangan idea yang dijalankan secara harian untuk menghasilkan sepasang baju kurung yang menggambungkan beberapa jenis jahitan. 2. Portfolio hasil terbaik merupakan bahan yang dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian. Ini bermakna portfolio hasil terbaik bergantung sepenuhnya terhadap dokumen-dokumen yang terdapat dalam portfolio kerja harian. Hal ini mengambarkan bahawa portfolio hasil terbaik berbentuk sumatif. 3. Portfolio dokumen hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan. Penilaian Portfolio - Penilaian portfolio memberi fokus utama kepada proses dan tidak memberatkan kepada hasil. - Penilaian berbentuk lebih terbuka dan seimbang turut digunakan supaya murid boleh belajar untuk menilai diri sendiri. - Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain. - Bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat. - proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah
  • 18. dipersetujui bersama. Kepentingan Portfolio - Setiap kaedah mempunyai keegunaan tersendiri berbanding kaedah lain. Portfolio juga mempunyai beberapa kepentingan. 1. Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik dan dapat menggalakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar 2. Portfolio juga penting untuk membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan dan turut mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar. 3.Penilaian melalui portfolio membolehkan penilaian dalam bidang afektif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio. Perancangan Portfolio. - Sebelum membuat portfolioGuru mesti menentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki. Hal ini memudahkan guru untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dan sah - Guru mesti mengenalpasti isi kandungan portfolio seperti berapa banyak bukti yang diperlukan untuk dijadikan bahan bagi mengesahkan maklumat mengenai pencapaian pembelajaran pelajar. - Guru memilih satu langkah atau sistem mengenai pengedalian isi kandungan portfolio tersebut . - langkah yang terakhir sekali, ialah menentukan penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio. Cara Membina Portfolio Terdapat tiga peringkat semasa membina portfolio. 1. Peringkat pertama ialah kita perlu menghuraikan terlebih dahulu tujuan portfolio. Antara perkara yang perlu dihuraikan ialah instrumen portfolio dan menyemak huraian tujuan dan diselaraskan dengan objektif kurikulum serta peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran. 2. peringkat yang kedua pula, ialah menentukan isi portfolio. Dalam peringkat ini, aktiviti dan jenis pembelajaran perlu dihuraikan agar murid-murid memahami apa yang perlu dilakukan oleh mereka. Selain itu, penyemakan terhadap bukti atau sumber pembelajaran dengan menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang pembelajaran perlu dilaksanakan bagi memastikan
  • 19. maklumat tersebut benar-benar sah. Guru juga mesti memastikan bahawa kriteria yang dibina atau dijadikan sebagai syarat portfolio tidak memihak kepada sesuatu jantina atau kumpulan. Seterusnya, penyemakan terhadap huraian fokus dan kriteria penilaian mengikut tujuan portfolio, peta perkembangan pembelajaran pelajar dalam sesuatu bidang juga dilaksanakan. 3. Langkah yang terakhir ialah menentukan kaedah membuat anggaran dan laporan tentang lokasi pencapaian pelajar di peta perkembangan pembelajaran pelajar. Hal ini meliputi menghuraikan kaedah membuat anggaran dan laporan tentang lokasi pencapaian pelajar di peta perkembangan pembelajaran pelajar serta menyemak huraian keadah membuat anggaran dan laporan mengikut tujuan dan kumpulan sasaran. Jika sekiranya, semua langkah ini dilaksanakan secara terperinci dan berkesan maka portfolio ini dapat dijadikan sebagai instrument penilaian yang paling baik dan berkesan untuk mengesan perkembangan dan tahap pencapaian murid MENGUMPUL MAKLUMAT Mengumpul maklumat merupakan tugas pelajar untuk memenuhi kriteria tugasan portfolio yang telah diberi kepada mereka. Terdapat pelbagai cara pelajar untuk mengumpul maklumat. Antaranya ialah melalui temu bual, lawatan dan penyelidikan serta rujukan daripada pelbagai bahan cetak dan teknologi maklumat. Kesemua maklumat yang dikumpul mestilah mempunyai bahan bukti yang mengatakan bahawa maklumat tersebut daripada bahan atau pihak yang boleh dipercayai. Bahan bukti tersebut boleh berbentuk tulisan atau dokumentasi gambar. Selepas itu, kesemua maklumat ini akan dipendahkan ke dalam komputer bagi tujuan dokumentasi atau untuk kandungan fail. MEREKOD PENILAIAN PORTFOLIO Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu : 1. menggunakan skala berkadar 2. menggunakan kaedah senarai semak. PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN Pengenalan Penilaian melalui pemerhatian merupakan salah satu lagi kaedah penilaian yang boleh dilakukan untuk mendapat maklum balas terhadap keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ini meliputi aspek kognitif, afektif,
  • 20. faktor-faktor bahan dan persekitaran serta psikomotor. Terdapat pelbagai cara untuk menjalankan kaedah penilaian melalui pemerhatian. Pemerhatian boleh berlaku antara guru dan pelajar atau pelajar dengan pelajar. Maklumat yang diperoleh melalui pemerhatian boleh dilaksanakan dengan menggunakan Senarai Semak, Rekod Anekdot ataupun Rekod Profil. Pelaksanaan Proses pemerhatian Terdapat tiga perkara yang perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian iaitu kualiti pemerhatian, bentuk perancangan dan rekod pemerhatian. 1.Kualiti Pemerhatian Kualiti pemerhatian menjelaskan ciri-ciri seorang guru yang baik dalam membuat pemerhatian supaya pemerhatian yang dilakukan mempunyai kualiti yang tinggi. Ciri yang pertama ialah guru mestilah mempunyai pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin dengan persekitarannya. Hal ini penting agar guru tersebut dapat memberi alasan yang kukuh atau jawapan yang boleh diterima akal ketika disoal mengenai pemberian markah terhadap pelajar. Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan dan pembelajaran. Kepekaan guru akan memberi impak terhadap markah pelajar tersebut. Di samping itu, guru juga mesti yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil terutama sekali terhadap pemberian markah pelajar. Sikap ini amat penting supaya semua individu berpuas hati terhadap markah yang mereka peroleh. Sikap ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu perkara merupakan tunjang dalam semua kejayaan. Jika guru tersebut tidak bersikap adil, keadaan akan bertambah teruk dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat diukur dengan tepat. 2. Bentuk Perancangan Perancangan merupakan perkara yang paling penting dalam menjayakan sesuatu matlamat atau objektif. Oleh itu, penilaian melalui pemerhatian juga mengandungi bentuk perancangan yang tersendidri. Perancangan yang dilakukan mestilah rapi dan tersusun mengenai ujian pemerhatian yang akan dilakukan. Antara perkara yang perlu dirancang secara rapi ialah penyediaan alat yang releven dengan jenis pemerhatian serta menentukan kaedah untuk mentadbirnya. Selain itu, teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor juga perlu ditentukan agar maklumat yang didapati tidak tercicir dan dapat didokumentasikan dengan segera.Merangka tindakan susulan yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian adalah amat penting bagi membaiki kelemahan dan meningkatkan kualiti pemerhatian yang dilakukan.
  • 21. 3. Merekod Penilaian Pemerhatian Rekodϖ pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi pendekatan, menajalankan tugas, cara merekod dapatan atau rumusan dan tidakan susulan yang akan diambil. Pendekatan merupakan kaedah individu atauϖ berkumpulan semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas. Menjalankanϖ tugasan pula membawa maksud cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat . Cara merekodkan dapatan danϖ rumusan mengenai dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul. Tindakan susulan pula merupakan rekod tindakkan susulan melaluiϖ hasil yang akan dicapai. JENIS PEMERHATIAN Pemerhatian boleh dilakukan mengikut tujuan dan aspek yang¬ hendak diperhatikan atau dinilai.oleh itu, terdapat tiga jenis pemerhatian yang boleh dilakukan oleh guru iaitu memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsian dan tanggapan, memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara berfikiran terbuka dan memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. ¬ Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran dan tanggapan bermaksud guru tersebut hanya melaporkan apa saja yang dilihat dan tafsiran bukan untuk penilaian semasa tetapi untuk membuat hipotesis yang diperolehi selepas menemu bual individu yang berkenaan. Jenis pemerhatian ini walaupun hanya membuat tafsiran berdasarkan apa yang dilihat tetapi penilaian tidak dibuat secara terus dan markah yang diberikan masih boleh diubah selepas sesi menemu bual dijalankan. Jenis yang kedua iaitu memerhati apa-apa yang telah dirancang¬ dan secara berfikiran terbuka bermaksud menilai bukan pada satu aspek sahaja tetapi meliputi aspek kemahiran, pengetahuan dan perlakuan. Memerhati¬ untuk jangka pendek atau jangka panjang merupakan penilaian dalam bentuk sekuen iaitu penilaian secara berperingkat. Keadaan ini akan memberi dapatan yang berkesan dan bermakna mengenai perkembangan proses terhadap sesuatu tugasan yang dilaksanakan. STRATEGI PELAKSANAAN - Pemerhatian dapat dijalankan mengikut pelbagai strategik yang dirasakan dapat membantu menjayakan pelaksanaan pemerhatian yang dilakukan.
  • 22. - Antara strategik yang boleh dilaksanakan ialah pelaksanaan secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenalpasti atau dirancang, menggunakan senarai semak, melakukantindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian, memastikan bahawa jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan, maklum balas mestilah diperolehi daripada guru dan pelajar dan akhir sekali membuat refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian. FUNGSI PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN. Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar. Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.