Dokumen ini membahas tentang tren studi pengguna terkait perbankan Islam di Indonesia. Studi-studi tersebut sebagian besar fokus pada aspek perilaku perbankan dengan variabel seperti preferensi pelanggan, sikap, persepsi, kesadaran, kesetiaan, kepercayaan, dan citra bank. Lokasi studi didominasi Pulau Jawa dengan menggunakan metode survei kuantitatif. Dokumen ini memberikan gambaran umum tentang studi pengguna perbankan Islam di masa
Abortion pills in Jeddah |+966572737505 | Get Cytotec
Mutiara Dwi Sari
1. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
508
TREND KAJIAN TERHADAP PENGGUNA BERKAITAN PERBANKAN
ISLAM DI INDONESIA
Mutiara Dwi Sari
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),
Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang;
E-mel: mutiara_dwisari@yahoo.com; Tel: 04-6532910; Faks: 04-6570918
Abstrak
Kajian terhadap perbankan Islam berkaitan pengguna cukup banyak dijalankan di
Indonesia. Bagaimanapun kajian yang melihat semula dan menganalisis kajian-kajian
tersebut berdasarkan fokus subjek yang dikaji, tujuan dan kaedah kajian serta lokasi
kajian masih kurang dilaporkan. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti dan
menganalisis kajian-kajian lepas perbankan Islam berkaitan pengguna, apakah subjek
utama yang dikaji, tujuan kajian, kaedah yang digunakan serta di kawasan mana kajian
dijalankan. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan data sekunder dan
dianalisis menggunakan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati meskipun terdapat
banyak kajian-kajian perbankan Islam berkaitan pengguna namun kebanyakan kajian
tertumpu pada aspek gelagat perbankan (banking behavior) dengan pembolehubah
seperti keutamaan pengguna (customers’ preference), sikap, persepsi, kesedaran
pengguna, kesetiaan, kepercayaan dan imej. Lokasi kajian didominasi oleh Pulau Jawa,
dengan menggunakan kaedah kuantitatif (tinjauan) soal selidik. Kajian ini memberikan
gambaran umum kepada pengkaji selanjutnya yang berhasrat menjalankan kajian
pengguna perbankan Islam di masa hadapan. Pengkaji perlu menumpukan pada aspek
gelagat perbankan dengan pembolehubah baru yang belum banyak diterokai, produk dan
perkhidmatan tertentu, dan pemilihan lokasi yang belum banyak diterokai. Kemudian,
pengkaji perlu membuat perbandingan antara perbezaan jenis bank, pengguna di daerah-
daerah tertentu atau perbandingan masa dalam kawasan tertentu
Kata Kunci: Perbankan Islam, Pengguna, Gelagat Perbankan dan Indonesia.
2. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
509
PENDAHULUAN
Pada peringkat dunia sejak berdirinya bank Islam pertama Myt Ghamr pada tahun 1963,
pelbagai penyelidikan tentang perbankan Islam telah dijalankan. Seiring dengan itu
selama bertahun-tahun kajian berkaitan pengguna dalam bidang perbankan Islam telah
banyak dilakukan di dunia. Tidak terkecuali di Indonesia, kajian-kajian tentang
perbankan Islam juga giat dilakukan sejak wujudnya perbankan Islam pada tahun 1992.
Bagaimanapun dalam pemerhatian pengkaji masih kurang kajian yang berbentuk kajian
kepustakaan yang menyoroti semula dan menganalisis kajian-kajian lepas dalam bidang
perbankan Islam khasnya berkaitan pengguna. Kertas kerja ini akan mengisi
kelompangan tersebut. Oleh itu kertas kerja ini bertujuan untuk membuat analisis
kritikal ke atas kajian berkaitan pengguna dalam bidang perbankan Islam. Analisis
dilakukan berdasarkan subjek yang ditumpukan dalam kajian, tujuan dan kaedah kajian
serta lokasi kajian. Hal ini merupakan suatu yang penting bagi mendapatkan gambaran
(mapping) terperinci mengenai subjek kajian yang umum dilakukan, kaedah kajian yang
digunakan, dan di daerah atau kawasan mana dijalankan. Sehingga dapat diketahui
apakah subjek kajian yang banyak dilakukan dan yang masih kurang dilakukan. Perkara
ini berguna bagi penyelidik selanjutnya untuk menjalankan spesifik area kajian yang
masih kurang diperhatikan atau kurang dilakukan berkaitan pengguna dalam bidang
perbankan Islam.
Kertas kerja ini terbahagi kepada lima bahagian. Bahagian pertama pendahuluan,
bahagian kedua sorotan karya diikuti bahagian ketiga kaedah kajian. Bahagian keempat
pula dapatan kajian dan perbincangan. Bahagian kelima adalah kesimpulan dan
implikasi.
SOROTAN KARYA
Bahagian ini dimulai dengan membincangkan tentang hal pengguna dan gelagat
penggunaan diikuti dengan kajian berkaitan pengguna dalam bidang perbankan Islam di
dunia dan khasnya di Indonesia.
PENGGUNA DAN GELAGAT KEPENGGUNAAN
Dalam bahasa mudah, Zalina Zakaria (2007) menyatakan pengguna ialah seseorang
yang menggunakan sesuatu barangan, sama ada dibeli atau diperolehi selain dari
pembelian untuk kegunaan sendiri ataupun seisi rumahnya. Pendefinisian ini tidak jauh
berbeza dengan definisi yang diberikan oleh undang-undang perlindungan konsumen
Republik Indonesia (UUPK RI) No.8 tahun 1999, pasal 1. Berdasarkan UUPK ini,
secara jelas mendefinisikan pengguna adalah setiap orang pemakai barang dan/atau
perkhidmatan yang tersedia dalam masyarakat, baik bagi kepentingan diri sendiri,
keluarga, orang lain maupun makhluk hidup lain dan tidak untuk diperdagangkan.
3. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
510
Namun, pengguna yang dimaksud dalam kajian ini ialah pengguna persendirian sebagai
pemakai perkhidmatan perbankan Islam.
Gelagat pengguna pula menurut Solomon (2003) boleh ditakrifkan sebagai gelagat yang
memaparkan pencarian pengguna individu ataupun kumpulan dalam membeli,
menggunakan, menilai, dan melupuskan produk, perkhidmatan, dan idea-idea yang
mereka jangkakan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka. Menurut Lamb dan
Hair (2001) gelagat pengguna adalah proses seorang pelanggan dalam membuat
keputusan membeli, juga menggunakan dan mengatur barang dan jasa yang dibeli, juga
termasuk faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan pembelian dan penggunaan
produk.
Kepenggunaan mempunyai peranan penting atau pilar dalam aktiviti ekonomi individu,
syarikat perusahaan mahupun negara. Perihal pengguna dan kepenggunaan, baik
penggunaan barangan mahupun perkhidmatan menjadi satu persoalan yang penting
dalam kajian ekonomi Islam dan merupakan salah satu elemen dalam ekonomi Islam
selain aspek produksi (production), pengagihan (distribution) (Yahia Abdul Rahman,
1994; Marthon, 2004). Sebagaimana yang diketahui pengguna merupakan salah satu
pemegang berkepentingan dalam sebuah industri termasuklah industri perbankan Islam.
Khas di Indonesia pengguna merupakan sumber dana (dana pihak ketiga) yang
memainkan peranan penting dalam perkembangan aset perbankan Islam. Sebahagian
besar dana perbankan Islam iaitu 87.2% berasal daripada dana pihak ketiga (DPK) yang
merujuk kepada pengguna. Oleh itu, dapat dilihat pentingnya kedudukan pengguna
dalam menyokong perkembangan IPI di Indonesia (Bank Indonesia, 2014). Maka dari
itu tidak hairanlah banyak pengkaji yang telah menjalankan kajian ke atas pengguna
yang berkaitan perbankan Islam yang akan dijelaskan pada bahagian seterusnya.
KAJIAN PENGGUNA BERKAITAN PERBANKAN ISLAM DI DUNIA
Hafsa Orhan Astrom (2013), telah menganalisis kajian-kajian ke atas pengguna
berkaitan perbankan Islam. Ia telah menemukan enam kumpulan subjek yang umum
dikaji di pelbagai negara. Keenam subjek itu ialah kepuasan pengguna (customer
satisfaction/C), kualiti perkhidmatan (service quality/ S), gelagat perbankan (banking
behavior/B) meliputi, pemilihan bank, sikap tehadap bank, kesedaran penggunaan bank,
persepsi, kesetiaan dan imej. Bahagian keempatnya adalah gabungan antara kepuasan
pengguna dan gelagat perbankan (C dan B). Kelima adalah kepuasan pengguna dan
kualiti perkhidmatan (C dan S) dan keenam iaitu menggabungkan kepuasan pengguna,
kualiti perkhidmatan dan gelagat perbankan (C, S dan B). Dalam meneliti fenomena ini
Hafsa Orhan Astrom (2013), dan telah menyimpulkan sebagaimana yang dipaparkan
dalam Jadual.1.
4. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
511
Jadual 1: Kajian Perbankan Islam Berkaitan Pengguna
Sumber: Hafsa Orhan Astrom (2013).
Jadual.1 merupakan beberapa kajian perbankan Islam berkaitan pengguna yang telah
dijalankan di pelbagai negara. Hafsa Orhan Astrom (2013) membuat kesimpulan ini
berdasarkan kaedah literatur yang ada sepanjang tahun 1989-2013. Bertolak daripada
itu, pengkaji ini memilih jurnal yang setidaknya telah dipetik satu kali yang terdapat
dalam database yang dapat diakses oleh masyarakat umum seperti google schoolar di
sepanjang tahun 2011, 2012, 2013. Kajian yang terawal dalam bidang perbankan Islam
berkaitan pengguna adalah kajian yang dijalankan oleh Erol dan El-Bdour (1989).
Kajian ini menyoroti tentang galagat perbankan (B) di Jordan dengan melihat keutamaan
pelanggan dalam memilih perbankan Islam. Menariknya dalam kajian ini mendapati
bahawa pelanggan memilih perbankan Islam lebih kepada faktor keuntungan (profit
oriented) berbanding faktor agama. Kajian ini merupakan salah satu kajian terawal
dalam bidang perbankan Islam berdasarkan orientasi pengguna. Sehingga kini kajian
tersebut menjadi rujukan dan digunakan secara meluas oleh pengkaji-pengkaji
selanjutnya.
Berdasarkan Jadual 1, Malaysia merupakan negara yang paling banyak menjalankan
kajian perbankan Islam berkaitan pengguna, diikuti dengan Pakistan dan Bangladesh.
Manakala Indonesia etradpat dua kajian yang menumpukan kepada subjek gelagat
5. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
512
perbankan (B). Subjek kajian yang paling banyak dikaji adalah berkaitan gelagat
perbankan (B) sebanyak 23 kajian, diikuti dengan subjek gabungan kepuasan pelanggan
dan gelagat perbankan (C&B) dan kepuasan pelanggan, kualiit perkhidmatan dan
gelagat perbankan (C,S & B), masing-masing 8 kajian.
Kajian ini mempunyai keterhadan kerana membuat analisis berdasarkan jurnal-jurnal
antarabangasa yang diterbitkan pada tahun-tahun tertentu sahaja. Nyata, analisis ini
tidak mampu mencapai kajian-kajian perbankan Islam berkaitan pengguna yang
diterbitkan secara lokal. Hal ini tentu sahaja mengakibatkan keobjektifan kajian patut
dipersoalkan. Perkara ini diakui oleh pengkajinya, kerana adalah mustahil untuk melihat
keseluruhan penerbitan. Namun bagaimanpun ia tetap diakui bahawa analisis yang ia
jalankan tentang perbankan Islam dan gelagat pengguna berdasarkan 50 penerbitan
antarabangsa ini di nilai cukup kuat. Ertinya analisis ini mampu memberikan gambaran
keseluruhan tentang apa subjek utama ataupun yang dominan dalam kajian, sebaran area
subjek-subjek tersebut, kaedah yang digunakan dan kekuatan dan kelemahan setiap
kajian tersebut. Daripada perkara tersebut nampak “peta kajian” perbankan Islam di
dunia. Akan tetapi, kajian perbankan Islam di Indonesia dinilai masih kurang (hanya dua
kajian) dalam area gelagat perbankan (banking behavior). Meskipun demikian
sebagaimana yang dinyatakan, terhadnya jumlah jurnal yang dianalisis dan tiadanya
jurnal lokal yang diambil kira mengakibatkan terdapat kelompangan dalam kajian
tersebut. Justeru itu kajian perbankan Islam berdasarkan pengguna khas di Indonesia
perlu diteliti dan dilihat semula. Perkara ini akan dibincangkan dalam bahagian
selanjutnya.
KAJIAN PENGGUNA PERBANKAN ISLAM DI INDONESIA
Sejak berdirinya perbankan Islam di Indonesia tahun 1992 dengan berdirinya Bank
Muamalat Indonesia (BMI). Pada tahun pertama beroperasinya bank Islam ini iaitu
tahun 1992 kerajaan Indonesia mengeluarkan undang-undang No 7 Tahun 1992 tentang
perbankan Indonesia. Namun dalam undang-undang ini istilah perbankan Islam belum
dinyatakan secara tegas, ianya hanya dinyatakan sebagai ”bank berdasarkan prinsip bagi
hasil”. Setelah reformasi terjadi tahun 1998 kerajaan meminda undang-undang tahun
1992 tersebut dan menerbitkan undang-undang No. 10 Tahun 1998 tentang perbankan
Indonesia yang memberikan landasan hukum yang lebih kuat bagi keberadaan sistem
perbankan Islam. Tidak seperti dalam undang-undang tahun 1992 dimana istilah
perbankan Islam dinyatakan secara implisit, dalam undang-undang ini penyebutan ”bank
berdasarkan prinsip bagi hasil” telah diubah menjadi ”bank berdasarkan prinsip
syari’ah” atau yang disingkat ”perbankan syari’ah”. Berdasarkan undang-undang ini,
secara rasmi atau secara undang-undang istilah perbankan Islam di Indonesia disebut
dengan perbankan syari’ah. Peraturan ini menjadi kekuatan pihak-pihak berkepentingan
dalam perbankan Islam untuk lebih aktif melakukan pelbagai aktiviti bagi kemajuan
perbankan Islam. Pada masa ini juga terbukanya kesempatan kepada para sarjana di
universiti-universiti Indonesia dengan disokong sepenuhnya oleh Bank Indonesia
sebagai bank sentral untuk menjalankan kajian-kajian dalam area perbankan Islam demi
kemajuan perbankan Islam tersebut. Oleh itu menurut Dian Ediana Rae (2008); Bank
6. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
513
Indonesia (2002), perkembangan perbankan syari’ah yang signifikan baru terjadi setelah
dikuatkuasakannya undang-undang No. 10 Tahun 1998 tentang perubahan undang-
undang No. 7ahun 1992. Berlakunya undang-undang No. 10 Tahun 1998 tersebut telah
memberikan asas hukum yang lebih kuat dan peluang yang lebih besar dalam
pengembangan perbankan Islam di Indonesia. Justeru itu kebanyakan kajian-kajian
dalam area perbankan Islam juga mulai giat dilakukan pada tahun 2000-an. Jadual 2
mempamerkan ringkasan beberapa kajian dijalankan tentang pemilihan IPI di Indonesia.
Jadual 2. Kajian Perbankan islam Berkaitan Pengguna di Indonesia
Pengkaji/Tahun Tajuk Daerah/Kawasan Subjek
1. 10 kajian Bank
Indonesia dan
Universiti-
Universiti di
Indonesia (2000-
2004)
Potensi Preferensi dan
Perilaku Masyarakat
Terhadap Bank Syari’ah.
Sumatera Utara,
Sumatera Barat,
Jambi, Sumatera
Selatan, Jakarta,
Jawa Barat, Jawa
Tengah dan
Yogyakarta, Jawa
Timur, Kalimantan
Selatan dan
Sulawesi Selatan.
Gelagat
perbankan (B):
Keutamaan
pelanggan
(preference).
2. Delta
Khoirunnisa.
(2003)
Consumers’ Preference
Toward Islamic banking:
Case Study in Bank
Muamalat Indonsia and
Bank BNI Syariah
Jakarta dan
Yogyakarta.
Gelagat
perbankan (B):
Keutamaan
pelanggan
(customers’prefe
rence).
3. Adiwarman
Karim dan Adi
Zakaria Affif
(2006).
Islamic Banking
Consumer Behaviour in
Indonesia: A Qualitative
Approach
Jakarta, Surabaya,
Bandung,
Jogyakarta dan
Pekanbaru
Kepuasan
pelanggan,
kualiti
perkhidmatan
dan Gelagat
Perbankan (C,
S.&B):
segmentasi
pengguna,
kecenderungan
dan sikap,
persepsi dan
imej
4. Aiyub. (2007) Potensi, Preferensi dan
Perilaku Masyarakat
Nanggroe Aceh
darussalam
Gelagat
perbankan (B):
7. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
514
terhadap Bank Syariah. (NAD). Keutamaan
pengguna
(preference) dan
pengetahuan
masyarakat
terhadap
perbankan Islam.
5. Harif Amali
Rivai, Niki
Nukviarman.,
Syafrizal, Syukri
Lukman, Fery
Andrianus dan
Masrizal.
(2007).
Identifikasi Faktor
Penentu Keputusan
Konsumen Dalam
Memilih Khidmad
Perbankan: Bank Syariah
vs Bank Konvensional di.
Sumatera Barat. Gelagat
Perbankan (B):
Keutamaan
pengguna
(preferences)
perbankan Islam.
6. Muhamad
Abduh dan
Mohd Azmi
Omar. (2010).
Who patronizes Islamic
banks in Indonesia?
Bogor, Jawa Barat. Gelagat
perbankan (B):
Keutamaan
pengguna
(preference).
7. Rifki Ismal
(2011)
Depositors’ withdrawal
behavior in Islamic
banking: case of
Indonesia.
Indonesia (umum) Gabungan tiga
bahagian:
kepuasan
pelanggan,
kulaiit
perkhidmatan
dan gelagat
perbankan
(C,S& B).
8. Muhlis (2011) Perilaku menabung di
Perbankan Syari’ah.
Jawa Tengah. Gelagat
Perbankan (B):
Keutamaan
pengguna
(preference) dan
motif pemilihan
perbankan Islam.
9. Erna
Rachmawati dan
Ekki
Syamsulhakim
(2004).
Factors Affecting
Mudaraba Deposits in
Indonesia
Indonesia (umum). Gelagat
perbankan dan
Kepuasan
Pelanggan (C &
B): Motivasi
pengguna.
10. Sunaryo (2012). Kesetiaan pelanggan
Muslim di perbankan
Syari’ah.
Malang, Jawa
Tengah
Kepuasan
Pelanggan,
Kualiti
perkhidmatan
dan Gelagat
perbankan
(C,S&B) :
8. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
515
Kesetiaan,
kepercayaan
pelanggan dan
imej.
11. Dian Anggraece
Sigit Parawansa
(2013)
Kesan perantara kepuasan
dan komitmen pada
hubungan antara kualiti
perkhidmatan dan
kesetiaan pelanggan pada
bank Islam.
Sulawesi Kepuasan
pelanggan,
kualiti
perkhitmatan
dan gelagat
perbankan (C,
S&B).
12. Lembaga MARS
(2014).
Studi Pasar dan Perilaku
Nasabah Bank Syariah
Jakarta Gelagat
perbankan (B):
Keutamaan
(preference) dan
motivasi
pengguna.
13. Wahyu Tri
Setyobudi,
Sudarso Kaderi
Wiryono,
14. Reza Ashari
Nasution dan
Mustika Sufiati
Purwanegara
(2014).
Exploring implicit and
explicit
attitude toward saving at
Islamic bank
Jakarta Gelagat
perbankan (B):
Sikap pengguna
(implicit dan
explicit attitude).
15. Sik Sumaedi,
Rosa Juniarti
dan I gede
Mahatma Yuda
Bakti (2015).
Understanding trust and
commitment of individual
saving customers in
Islamic Banking.
Indonesia (umum). Gelagat
perbankan (B):
Komitmen,
kepercayaan dan
ego.
Analisis kajian pengguna dalam area perbankan Islam di Indonesia ini dilakukan bertitik
tolak kepada kajian Hafsa Orhan Astrom (2013) iaitu dengan melihat subjek-subjek
yang umum dikaji, wilayah kajian dan kaedah yang digunakan. Berdasarkan Jadual 2,
Terdapat 23 kajian yang dijalankan oleh pengkaji yang tersebar di kawasan Jawa,
Sumatera, Kalimantan dan Sulawesi yang dijadikan lokasi kajian. Dapatan ini akan
dianalisis menurut subjek kajian dan tujuan kajian, kaedah kajian, kaedah kajian dan
kawasan kajian.
Bank Indonesia bekerjasama dengan 10 universiti terkemuka di Indonesia telah
menjalankan kajian tentang keutamaan pengguna terhadap perbankan Islam pada
rentang masa 2000-2005. Kajian ini dijalankan pada 10 Provinsi yang melibatkan lebih
dari 10.000 responden. Selanjutnya daripada kesemua kajian yang dijalankan, dapat
diambil kesimpulan dan kesamaan hasil yang utama. Kesemua kajian menumpukan pada
subjek yang termasuk dalam area gelagat perbankan (B) Kajian tentang pengguna
berkaitan gelagat perbankan ini meliputi pemilihan perbankan Islam, umumnya
menjadikan pemboleh ubah seperti persepsi, keutamaan pengguna, sikap sebagai
9. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
516
pemboleh ubah bebas. Sementara itu kajian Muhlis (2011), mengkaji tentang perilaku
menyimpan di perbankan Islam yang mendapat faktor rasional (keuntungan) sebagai
faktor utama sebagai motif menyimpan. Disamping itu kajian ini juga mendapati
mendapati pedebatan terbuka tentang hukum bunga bank haram atau tidak antara dua
organisasi Islam NU (Nahdatul Ulama) dan Muhammadiyah menjadi antara faktor
penting lambatnya pertumbuhan perbankan Islam. Begitu juga dalam kajian Muhamad
Abduh dan Mohd Azmi Omar (2010) yang melihat gelagat perbankan pengguna iaitu
keutamaan-keutamaan pengguna dalam memilih perbankan Islam. Disamping itu kajian
ini juga mendapat bahawa dikeluarkannya fatwa Majlis Ulama Indonesia (MUI) pada
tahun 2004 tentang hukum haramnya bunga bank konvensional memberikan pengaruh
terhadap gelagat pengguna untuk memilih perbankan Islam tetapi kurang signifikan.
Satu kajian berkaitan subjek kepuasan pelanggan yang digabungkan dengan gelagat
perbankan (C& B) ditemukan dalam kajian Erna Rachmawati dan Ekki Syamsulhakim
(2004). Kajian ini bertujuan untuk mengetahui faktor yang mempengaruhi pendeposit
menyimpan wangnya di bank-bank Islam Indonesia. Kajian mendapati bahawa
pendeposit tertarik untuk meletakkan wang mereka di bank-bank Islam Indonesia
disebabkan lebih kepada pemaksimuman keuntungan, iaitu faktor agama bukan yang
utama. Erna Rachmawati dan Ekki Syamsulhakim (2004) membuat kajian tentang faktor
yang mempengaruhi pendeposit menyimpan wangnya di bank-bank Islam Indonesia.
Penemuan ini kajian ini, bahawa pendeposit tertarik untuk meletakkan wang mereka di
bank-bank Islam Indonesia disebabkan lebih kepada pemaksimuman keuntungan, iaitu
faktor agama bukan yang utama.
Selanjutnya, tujuh kajian yang menggabungkan subjek C,S dan B. Secara umum ketujuh
kajian ini mempunyai tujuan yang relatif sama iaitu untuk mengetahui kepuasan
pelanggan yang dihubungan dengan kualiti perkhidmatan perbankan Islam yang
mempengaruhi gelagat perbankan mereka. Kajian-kajian sebegini ditemui antaranya
dalam kajian Adiwarman Karim dan Adi Zakaria Affif (2006); Sunaryo (2012); Dian
Anggraece Sigit Parawansa (2013). Perbincangan dan analisis seterusnya mengenai
perkara ini terdapat dalam dapatan dan perbincangan.
KAEDAH KAJIAN
Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dengan mengambil kajian-kajian lepas
perbankan Islam bedasarkan pengguna dalam masa 2000-2015. Data-data sekunder ini
diperolehi daripada laporan rasmi Bank Indonesia yang tersedia dalam laman web Bank
Indonesia, jurnal-jurnal berwasit dengan akses terbuka, tesis yang tersedia secara talian
dan prosiding seminar. Bagaimanapun tidaklah mudah untuk mengumpulkan
keseluruhan kajian berkaitan pengguna dalam area perbankan Islam yang telah
dijalankan. Hal ini disebabkan oleh perkara teknikal sehingga sebahagian pengkaji di
Indonesia belum menerbitkan hasil kajiannya sehingga menjadi sukar untuk diakses
secara meluas. Namun demikian kertas kerja ini cukup memberikan gambaran umum
tentang kajian berkaitan pengguna dalam bidan perbakan Islam yang telah dijalankan.
10. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
517
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Pada era 2000-an cukup banyak kajian-kajian yang dijalankan berkaitan dengan
pengguna dalam bidang perbankan Islam. Dalam kertas kerja ini 23 kajian lepas yang
dijalankan oleh pengkaji meliputi 28 kawasan. Misalnya kajian Bank Indonesia ini
meliputi Kabupaten dan Provinsi di Jawa, Kalimantan dan Sumatera. Secara asasnya
kesepuluh kajian ini mempunyai satu tujuan yang sama iaitu bagi mendapatkan
gambaran atau pemetaan (mapping) bagi melihat potensi pengembangan jaringan
perbankan Islam. Kemudian mengenal pasti karakteristik kelompok masyarakat dan
gelagatnya terhadap perbankan Islam serta mengetahui keutamaan masyarakat dalam
memilih perbankan Islam (Syahyuti, 2005). Selain itu beberapa kajian perbankan Islam
berkaitan pengguna yang telah dijalankan di Indonesia, antaranya Delta Khoirunnisa
(2003); Harif Amali Rivai, Niki Nukviarman; Adiwarman A. Karim dan Adi Zakaria
Affif (2006); Aiyub (2007); Muhammad Abduh dan Muhammad Azmi Omar (2007);
Muhlis (2011); Rifki Ismal (2011) dan yang terbaru Sik Sumaedi, Rosa Juniarti dan I
gede Mahatma Yuda Bakti (2015). Berikut dalam Jadual 3 dipaparkan gambaran umum
analisis yang dilakukan:
Jadual 3: Penyebaran Subjek Kajian berkaitan Pengguna Perbankan Islam
Kawasan (berdasarkan
pulau utama)
C. S. B. C.&S. C.&B. C.&S.
&B.
Jumlah
Jawa - - 11 - 4 15
Sumatera - - 6 - - 1 7
Kalimantan - - 1 - - - 1
Sulawesi - - 1 - - 1 2
Papua - - - - - - -
Indonesia umum - - 1 - 1 1 3
Jumlah - - 20 - 1 7 28
C= Kepuasan pelanggan (customers’ satisfaction).
S= Kualiti perkhidmatan (service quality).
B=Gelagat perbankan (banking behavior).
Berdasarkan Jadual 3, didapati bahawa umumnya pengkajian perbankan Islam berkaitan
pengguna tertumpu pada satu subjek (B) meliputi pemilihan bank iaitu 20 kajian dan
tujuh yang menggabungkan C, S dan B. Manakala hanya satu kajian ditemukan yang
menggabungkan subjek C dan B. Sama dengan kajian perbankan Islam berkaitan
pengguna yang dijalankan di dunia, kebanyakan kajian adalah tertumpu pada subjek B.
meliputi penentu pemilihan, keutamaan pelanggan (customers’ preference), persepsi dan
sikap. Kajian-kajian tersebut bertujuan untuk melihat keutamaan pelanggan dalam
memilih perbankan Islam. Dalam hal ini para pengkaji membahagikannya kepada dua
faktor utama iaitu faktor agama (emosional) dan faktor ekonomi, keuntungan (rasional).
Disamping isu-isu tersebut terdapat juga peranan kerajaan dan ulama dihubungkan
dengan gelagat perbankan (Muhamad Abduh dan Mohd Azmi Omar, 2010; Muhlis,
2011).
11. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
518
Manakala kajian yang menggabungkan subjek C,S dan B, misalnya dalam kajian Dian
Anggraece Sigit Parawansa (2013) adalah meneliti aspek kualiti dan hubungannya
dengan kepuasan, kepercayaan serta komitmen pelanggan perbankan Islam. Namun
dalam kajian Sunaryo (2012) yang juga menggabungkan subjek C,S dan B pengkaji ini
telah menambahkan faktor religiositi sebagai pembolehubah pencelah. Pembahagian
kawasan dalam Jadual. 2 berdasarkan kepada pulau-pulau utama besar (utama) di
Indonesia. Kebanyakan kajian-kajian ini banyak dilakukan di kawasan Pulau Jawa
sebagai tempat kajian. Kaedah yang umum dilakukan adalah kaedah tinjauan (survey)
dengan menggunakan soal selidik yang melibatkan responden pengguna perbankan
Islam. Hanya satu kajian iaitu Adiwarman Karim dan Adi Zakaria Affif (2006) yang
menggunakan kaedah kualtitatif (temubual mendalam dan Focus Group Discusioon
(FGD). Kajian ini bertujuan untuk membuat segmentasi dan perilaku pelanggan terhadap
bank Islam. dengan pendekatan value graphic map dan service orientation. Kajian ini
menghasilkan tiga segmentasi pasar perbankan syariah, iaitu syariah loyalist, floating
mass dan conventional loyalist. Satu kajian yang menggabungkan C dan B iaitu kajian
Rifki Ismal (2011) yang melihat faktor keuntungan atau ekonomi yang memberikan
kepuasan pelanggan sehingga mereka tetap menyimpan wangnya di perbankan Islam.
Meskipun kajian perbankan Islam berdasarkan pengguna cukup banyak dijalankan di
Indonesia namun terdapat beberapa ruang yang patut menjadi perhatian bagi pengkaji
selanjutnya. Setidaknya ada empat perkara yang sepatutnya dilihat oleh pengkaji dimasa
hadapan. Pertama, pengkaji yang ingin meneliti perbankan Islam sepatutnya
menumpuka perhatian pada spesifik produk atau perkhidmatan dalam perbankan Islam.
Kedua, Menumpukan (concentrate) pada aspek gelagat perbankan baru seperti
kesetiaan, imej dan kepercayaan (trust), personaliti. Ketiga, Memilih negara atau
kawasan yang belum banyak menjalankan kajian tentang perbankan Islam. Keempat,
membuat perbandingan antara perbezaan jenis bank, pengguna, negara-negara atau
perbandingan masa dalam negara tertentu.
Kemudian berdasarkan pemerhatian semula kajian-kajian perbankan Islam di Indonesia
kebanyakan bertumpu di Pulau Jawa dan diperingkat Provinsi (Syahyuti, 2005; Bank
Indonesia, 2014). Oleh itulah Bank Indonesia (2014) menyatakan bahawa wilayah Jawa
termasuk Jakarta menunjukkan pertumbuhan yang relatif tinggi berbanding industri IPI
keseluruhan. Hal ini membuktikan bahawa terdapat relevansi hubungan antara
penyelidikan atau kajian dengan kemajuan perbankan Islam. Ertinya kajian-kajian
akademik perbankan Islam yang dijalankan memberikan sumbangan yang signifikan
terhadap kemajuan perbankan Islam.
KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN KETERBATASAN KAJIAN
Pengguna merupakan salah satu pihak berkepentingan yang berperanan dalam kemajuan
perbankan Islam. Jumlah penduduk di Indonesia 250 juta orang dan sekitar 80% atau
200 juta daripada jumlah tersebut merupakan pengguna. Besarnya jumlah pengguna ini
merupakan keuatan pasar di Indonesia dan dilihat sebagai potensi bagi sesebuah
industri, termasuk industri perbankan Islam di Indonesia. Oleh itu wajarlah jika banyak
12. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
519
pengkaji atau para sarjana yang menjalankan kajian perbankan Islam berdasarkan faktor
pengguna. Tumpuan para pengkaji Indonesia dalam mengkaji aspek pengguna ini
tertumpu pada subjek gelagat perbankan (B) dan tempat kajian didominasi dalam
kawasan sekitar Pulau Jawa diperingkat Provinsi. Mankala untuk kaedah kajian yang
digunakan, hanya satu kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif, manakala
selebihnya menggunakan pendekatan kuantitatif. Justeru itu terdapat subjek dan
kawasan lain yang masih kurang mendapat perhatian para pengkaji. Perkara ini
merupakan peluang bagi pengkaji seterusnya bagi mengisi kelompangan-kelompangan
kajian. Dalam menjalankan kajian perbankan Islam berkaitan pengguna selanjutnya para
pengkaji dapat menumpukan di kawasan luar Jawa dan lebih melihat lebih fokus ke
peringkat Kabupaten. Hal ini disebabkan oleh luasnya kawasan Provinsi (34 Provinsi)
yang terdiri daripada 415 Kabupaten dan 98 Kotamadya. Setiap Provinsi memiliki
banyak Kabupaten yang mempunyai karakteristik dan sikap masyarakatnya yang
berbeza antara satu dengan yang lainnya. Bagaimanapun kertas kerja ini mempunyai
keterbatasan iaitu tidak semua kajian yang dapat disorot dan dianalisis. Misalnya kajian-
kajian berbentuk tesis Sarjana dan Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan dan tidak
terdapat dalam talian (online). Ataupun kajian-kajian lain yang tidak diterbitkan
sehingga terlepas daripada perhatian pengkaji.
RUJUKAN
Adiwarman A. Karim & Adi Zakaria Affif. (2006). Islamic Banking Consumer
Behaviour in Indonesia: A Qualitative Approach. 6th
Conference On Islamic
Economics and Finance, Jakarta, Indoneisa, 52.
Aiyub. (2007). Analisis prilaku masyarakat terhadap keinginan menabung dan
memperoleh pembiayaan pada perbankan Syari;ah di nanggroe Aceh
Darussalam. Jurnal E-Mabis FE-Unimal, 8 (1), 1-17.
Dian Anggraece Sigit Parawansa. (2013). Kesan perantara kepuasan dan komitmen pada
hubungan antara kualiti perkhidmatan dan kesetiaan pelanggan pada bank Islam.
Tesis Doktor falsafah, Universiti Utara Malaysia.
Direktorat Penataan Daerah, Otonomi Khusus Dan Dewan Pertimbangan Otonomi
Daearh Direktorat Jenderal Otonomi Daerah, Kementerian Dalam Negeri
Republik Indonesia. (2014). Muat turun 17 November 2015, dari laman web otda
kemendagri.go.id/images/file/data_dan_informasi/seputar_otda/total_daerah_oto
nom.pdf.
Delta Khoirunnisa. (2003). Consumers’ preference toward Islamic banking: Case study
ini Bank Muamalat Indonesia Jakrta dan Bank BNI Syariah Yogyakarta.
IQTISAD Journal of Islamic Economics, 4 (2), 145-168.
Erna Rachmawati & Ekki Syamsulhakim. (2004). Factors Affecting Mudaraba Deposits
in Indonesia. Journal of Faculty of Economics Padjajaran University.
Erol, C. and El-Bdour, R. (1989). Attitudes, behaviour and patronage factors of bank
customers towards Islamic banks. International Journal of Bank Marketing,
7(6), 31-37.
13. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
520
Harif Amali Rivai, Niki Nukviarman, Syafrizal., Syukri Lukman, Fery Andrianus dan
Masrizal. (2007). Identifikasi faktor penentu keputusan konsumen dalam memilih
khidmad perbankan: Bank syariah vs bank konvensional. Laporan penyelidikan.
Bank Indonesia dan Universitas Andalas.
Hafsa Orhan Astrom. (2013). Survey on customer related studies in Islamic Banking.
Journal of Islamic Marketing, 4 (3), 294-305.
Marthon, S. A. (2004). Ekonomi Islam Ditengah Krisis ekonomi Global, Maktabah Ar
Riyadh, Saudi Arabia. Xii, 64, 66, 43 penterjemah Ahmad Ichrom &
Diyamuddin, Editor Fauzi fauzan & Helmi Murad, Jakarta, penerbit Zikrul
hakim.
Muhammad Abduh dan Mohd Azmi Omar. (2010). Who patronizes Islamic banks in
Indonesia?. Australian Journal of Islamic Law, Management and Finance, 1 (1).
Muhlis. (2011). Perilaku menabung di perbankan syariah Jawa Tengah. Disertasi
Fakultas Ilmu Ekonomi, Unversitas Diponegoro.
Lembaga MARS. (2014). Studi Pasar dan Perilaku Nasabah Bank Syariah. Muat turun
Muat turun pada 17 November 2015, daripada laman web
www.marsindonesia.com/produscts/business-reports/studi-pasar-bank-syariah-
di-indonesia-2014.
Solomon. (1999). Consumer behavior: buying, having and being. (four edition). New
Jersey. Prentice Hall.
Yahia Abdul Rahman. (1994). Interest free Islamic banking: Lariba bank foundation for
a united and prosperous community. Kuala Lumpur, Al-Hilal Publishing.
Sik Sumaedi, Rosa Juniarti & I gede Mahatma Yuda Bakti (2015). Understanding trust
and commitment of individual saving customers in Islamic Banking. Jurnal of
Islamic Marketing, 6(3), 406-428.
Sunaryo (2012). Kesetiaan pelanggan Muslim di perbankan Syari’ah. Tesis Doktor
Falsafah, Universiti Sains Malaysia.
Syahyuti. (2005). Review dari Sepuluh Kajian BI dan 10 Penelitian Tentang Perbankan
Islam. Muat turun dari laman web Bank Indoneisa www.bi.go.id.
Rifki Ismal (2011). Depositors’ withdrawal behaviorin Islamic banking: case of
Indonesia, Humanomics 27(1), 61-76.
Wahyu Tri Setyobudi, Sudarso Kaderi Wiryono,Reza Ashari Nasution & Mustika
Sufiati Purwanegara (2014). Exploring implicit and explicit attitude toward
saving at Islamic bank. Jurnal of Islamic Marketing, 6(3), 314-330.
Zalina Zakaria (2007). Isu-isu terkini tentang pengguna di Malaysia. Jurnal Syariah,
15(2), 45-60.