Retorik adalah seni penggunaan bahasa untuk memujuk dan mempengaruhi pembaca tentang suatu perkara. Terdiri dari beberapa jenis seperti pemerian, pemujukan, pengisahan, dan penghujahan, di mana setiap jenis memiliki ciri khas dalam penyampaian idenya.
Sinopsis Buku Non FIKSI = Tehnik menyusun pidato atau sambutan
Retorik
1.
2. KONSEP
RETORIK
Seni penggunaan bahasa yang
melibatkan penyampaian idea yang
menarik dan berkesan dengan
tujuan untuk memujuk,
mempengaruhi, dan meyakinkan
pembaca tentang sesuatu perkara.
Berasal daripada perkataan Greek,iaitu
tenhne rhetorike yang bermaksud art
of speech, iaitu kemahiran berucap
sebagai cara pemujukan. Dalam
konteks penulisan, retorik bermaksud
art of writing.
4. RETORIK PEMERIAN
dikenali sebagai retorik deskriptif, bertujuan memerihalkan
sesuatu.
Digunakan dengan tujuan untuk memberikan gambaran visual
yang jelas kepada khalayak seperti dalam lukisan.
Penulis akan memindahkan pengamatan dan pemerian kepada
pembaca tentang imej, hal fizikal, keadaan,perasaan seseorang,
suasana,dan latar.
Penghasilan wacana tidak memasukkan unsur emosi,
imaginasi,dan pandangan sendiri.
Retorik pemerian bersifat informatif.
5. RETORIK PEMUJUKAN
bertujuan mengubah pemikiran, kepercayaan,
pandangan, dan perlakuan pembaca.
terdapat 2 jenis pemujukan iaitu pemujukan
rasional dan tidak rasional,
Pemujukan rasional : fakta dan data yang lengkap
akan dimuatkan. Pembaca dianggap sebagai orang
bijak.
Pemujukan tidak rasional : penulis akan
memainkan perasaan pembaca, iaitu merayu
emosi pembaca. Antara kesan emosi pembaca
ialah gembira, belas kasihan, gerun, takut,rasa
bersalah dan sayang.