SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
SME 3023
   Trends and Issues in Education for Mathematical Sciences
                    (Mathematics Anxiety)




NAMA PELAJAR           : MOHD ZULHAIRI BIN ZULHAIDI

NO. MATRIK             : D20081032225

SEMESTER               : 1 (2011/2012)

NAMA PENSYARAH         : PROF. DR. MARZITA BT PUTEH
Tugasan fenomena masalah kebimbangan atau kerisauan dalam matematik.

   1. Apakah definisi masalah kebimbangan dalam matematik?

             Masalah kebimbangan terhadap matematik ditakrifkan sebagai campuran
      perasaan cemas dan bimbang terhadap nombor dan menyelesaikan masalah matematik
      dalam kehidupan seharian dan bidang akedemik. Masalah kebimbangan matematik boleh
      menyebabkan seseorang lupa dan hilang keyakinan diri (Toblas,1978). Seseorang yang
      mempunyai kebimbangan dalam matematik berasa mereka tidak beupaya melakukan
      aktiviti dan kelas yang melibatkan matematik. Kebanyakkan orang yang mengalami
      kebimbangan dalam matematik mempunyai perasaan takut atau fobia terhadap
      matematik.

   2. Mengapakah pekara ini berlaku?

             Banyak faktor yang boleh mewujudkan masalah kebimbangan matematik ini
      berlaku, terutama sekali kebanyakkan guru pelatih yang tidak mengajar matematik
      dengan cara yang betul kerana tidak biasa dengan perubahan cara mengajar yang baharu
      (Haylock,1995). Selain itu masalah kebimbangan dalam matematik ini berlaku kerana
      guru pelatih ini memberikan arahan yang kurang jelas dan kekurangan dalam menjadikan
      pengajaran matematik yang menarik (Lazarus,1974). Kekurangan dalam kemahiran
      spatial (peka terhadap ruang,corak dan bentuk) dalam diri seseorang itu juga membantu
      masalah ini berlaku dan sekaligus menjadikan matematik amat susah difahami oleh
      seseorang.

   3. Siapakah yang mengalami kebimbangan dalam matematik?
             Masalah kebimbangan dalam matematik ini dialami sendiri oleh guru pelatih
      kerana mereka kurang mempunyai pengalaman mengajar dan kurang mahir untuk
      menggunakan pedekatan pengajaran yang betul dan berkesan kepada pelajar. Guru
      pelatih juga mempunyai kurang keyakinan diri untuk mengajar matematik, oleh itu
      mereka mengalami masalah ini. Selain daripada guru, pelajar juga turut mengalami
      masalah ini kerana mereka selalu mengatakan bahawa matematik adalah subjek yang
      susah bagi mereka, sekaligus memberi kesan buruk terhadap mereka iaitu kurang
      keyakinan diri dalm menyelesaikan masalah matematik. Pelajar juga mengalami masalah
ini kerana mereka selalu didesak oleh ibu bapa atau penjaga dan juga rasa tercabar
   apabila ada sebilangan kawan mereka yang pandai dalam matematik. Selain itu, pelajar
   yang kurang membuat latihan matematik juga akan mengalami masalah kebimbangan
   dalam matematik ini.


4. Bilakah ianya berlaku?
          Masalah ini berlaku apabila sesorang itu mempunyai tingkahlaku yang negatif
   terhadap matematik. Masalah kebimbangan matematik ini akan berlaku pada sesorang
   apabila mereka berasa takut. Sebagai contoh semasa peperiksaan ataupun ujian
   matematik diberikan kepada mereka. Selain itu, ianya berlaku apabila mereka
   panik,sebagai contoh apabila seseorang itu ditanyakan soalan matematik dengan spontan.
   Kurang keyakinan diri juga menyebabkan       masalah kebimbangan dalam matematik
   berlaku.


5. Apakah yang mendorong pekara ini berlaku?

          Pekara yang mendorong masalah kebimbangan dalam matematik ini berlaku
   ialah, pengalaman belajar matematik. Sekiranya pengalaman belajar ini kurang,
   seseorang itu akan merasa tidak yakin pada diri sendiri apabila diberi permasalahan
   matematik dalam pembelajaran mahupun kehidupan seharian. Kedua, bagaimanakah cara
   seseorang guru itu mengajar juga mendorong masalah ini berlaku. Ketiga, pekara yang
   mendorong    berlakunya   masalah    kebimbangan    dalam   matematik    ialah   sistem
   pembelajaran matematik dan tekanan terhadap peperiksaan. Terakhir sekali iaitu, tekanan
   yang diberikan oleh ibu bapa yang hanya tahu menyuruh anak mereka lulus dalam
   peperiksaan dan rakan sebaya yang pandai juga menjadi tekanan kepada mereka yang
   kurang mahir dalam matematik.
6. Bagaimanakah cara bagi mengurangkan masalah ini?

          Cara bagi mengurangkan masalah kebimbangan dalam matematik ini boleh
   diatasi sekiranya guru boleh menjadikan pengajaran matematik adalah menarik dan juga
   cara penyampaian yang jelas oleh guru tersebut. Selain itu, dalam mengatasi masalah ini,
   subjek matematik adalah subjek yang memerlukan latih-tubi yang banyak dan bukan
   hanya dengan membaca dan menghafal, kesan daripada latih-tubi ini, pelajar akan
   menambah keyakinan diri apabila berhadapan dengan masalah matematik. Oleh itu, guru
   perlulah memainkan peranan yang tinggi dalam memberi latihan kepada pelajar mereka.
   Tambahan lagi, pengajaran matematik memerlukan pelajar memberi konsentrasi yang
   lebih dan juga rajin dalam menyelesaikan masalah matematik.

7. Bagaimanakah cara untuk membuang masalah kebimbangan dalam matematik ini?

          Pada pendapat saya, masalah kebimbangan dalam matematik ini tidak dapat
   dibuang kerana masalah ini berkait rapat dengan sifat-sifat, daya pemikiran dan juga
   tahap kecerdasan seseorang. Setiap inidividu adalah berbeza dan tidak ada manusia yang
   sempurna sepenuhnya.
SME 3023
TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES
                 (MATHEMATICS ANXIETY)




                   DISEDIAKAN OLEH:

             MOHD HAIERI BIN MOHD AB.LLAH

                      D20081032204




                      PENSYARAH:

               PROF. DR. MARZITA BT PUTEH
KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK




1. Apakah definisi kebimbangan terhadap matematik?

       Kebimbangan terhadap matematik ditakrifkan sebagai campuran perasaan cemas dan
bimbang terhadap nombor dan menyelesaikan masalah matematik dalam kehidupan seharian dan
bidang akademik. Kebimbangan terhadap matematik boleh menyebabkan seseorang lupa dan
hilang keyakinan diri (Toblas,1978). Seseorang yang mempunyai masalah kebimbangan dalam
matematik berasa mereka tidak berupaya melakukan aktiviti dan kelas yang melibatkan
matematik. Kebanyakkan orang yang mengalami kebimbangan dalam matematik mempunyai
perasaan takut atau fobia terhadap matematik.

2. Mengapakah perkara ini berlaku?

       Kebimbangan ini berlaku disebabkan personaliti guru dan kemahiran mengajar guru
tersebut. Sebagai contoh, guru yang garang akan menakutkan pelajar untuk mempelajari subjek
ini dan seterusnya menambahkan kebimbangan mereka terhadap subjek ini. Selain itu,
peperiksaan awam juga menyumbang kepada kebimbangan ini. Tanggapan pelajar yang
mengatakan matematik merupakan suatu subjek yang mencabar akan menyebabkan mereka
bimbang terhadap subjek ini. Selain itu, menurut Lazarus (1974) kebimbangan terhadap
matematik berlaku disebabkan reka bentuk kurikulum yang tidak sesuai.

3. Siapakah yang mengalami kebimbangan ini?

       Pelajar sekolah yang akan mengalami kebimbangan ini kerana mereka akan mempelajari
subjek ini sepanjang pengajian mereka. Mereka akan berasa bimbang apabila ingin menghadapi
peperiksaan. Selain itu, ibu bapa juga akan mengalami kebimbangan yang sama kerana mereka
semestinya ingin anak-anak mereka memperolehi pencapaian yang baik untuk subjek matematik
ini.
4. Bilakah kebimbangan ini berlaku?

       Kebimbangan ini biasanya berlaku apabila pelajar ingin menghadapi peperiksaan.
Mereka akan mulai berasa bimbang terhadap subjek matematik ini kerana ramai yang
beranggapan subjek matematik merupakan subjek yang mencabar. Selain itu, kebimbangan ini
akan berlaku apabila waktu pengajaran matematik bermula. Mereka takut untuk berhadapan
dengan subjek yang mencabar dan membosankan mereka serta guru yang garang.

5. Apakah yang mendorong kebimbangan ini berlaku?

       Perkara yang mendorong kebimbangan ini berlaku ialah sikap pelajar itu sendiri. Mereka
tidak suka dicabar. Kebanyakkan pelajar beranggapan matematik sebagai suatu subjek yang
mencabar. Mereka menyatakan bahawa penyelesaian masalah matematik mencabar kemahiran
berfikir mereka. Pelajar yang suka dicabar menganggap matematik sebagai sesuatu yang menarik
dan provokatif dan juga tidak berasa terancam dengannya. Selain itu, pelajar yang kurang
keyakinan diri juga mendorong kepada kebimbangan ini berlaku. Mereka menganggap bahawa
mereka tidak boleh menyelesaikan tugasan matematik yang diberi. Dengan kata lain, mereka
berasa tidak cukup yakin untuk menyelesaikannya mahupun mencuba untuk menyelesaikan
soalan yang diberikan. Selain itu, perkara ini juga didorong oleh cara pengajaran guru. Terdapat
guru yang mengajar sangat laju sehinggakan sukar untuk pelajar memahami sesuatu yang diajar.
Tambahan lagi, terdapat guru yang suka menyalahkan pelajar jika pelajar tidak memahami apa
yang mereka ajar. Keadaan ini menjadi penghalang hubungan baik guru dan pelajar. Selain itu,
pengaruh keluarga dan rakan sebaya juga mendorong kepada kebimbangan pelajar terhadap
subjek matematik.

6. Bagaimana cara untuk mengurangkan kebimbangan ini?

       Untuk mengurangkan kebimbangan pelajar terhadap matematik ialah mengurangkan atau
membuang ujian dan digantikan dengan penilaian lain yang dapat mengurangkan ancaman
kepada pelajar. Selain itu, elakkan daripada mengasingkan pelajar menjawab soalan dengan
memanggil pelajar secara individu menjawab soalan pada papan hitam sebaliknya meminta
pelajar bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk menyelesaikan soalan. Langkah ini dapat
mengurangkan kebimbangan mereka terhadap subjek ini. Elakkan daripada membandingkan
pelajar antara satu sama lain secara terbuka seperti mengadakan pertandingan kuiz „Siapa Cepat
Dia Dapat‟ di dalam kelas. Ramai pelajar tidak suka terlibat dengan persaingan seperti itu. Selain
itu, kebimbangan ini dapat dikurangkan jika pelajar mendapat galakan daripada ibu bapa. Ibu
bapa perlulah bertanyakan tentang kerja rumah anak-anak. Langkah ini dapat menyumbang
kepada minat pelajar terhadap matematik.

7. Bagaimana cara untuk menghapuskan kebimbangan ini?

       Pada pendapat saya, tidak ada cara untuk membuang kebimbangan ini kerana pelajar
akan sentiasa berjumpa dengan masalah matematik ini sepanjang pengajian mereka. Selain itu,
kebimbangan ini tidak dapat dihapuskan kerana kita akan selalu mengaplikasikan matematik
dalam kehidupan seharian. Walaupun begitu, kebimbangan dalam matematik ini dapat
dikurangkan dengan menggunakan langkah-langkah tertentu.
SME 3023
TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES
                 (MATHEMATICS ANXIETY)




                   DISEDIAKAN OLEH:

                 MOHD HUZAIRI BIN HUSIN

                      D20081032215




                      PENSYARAH:

               PROF. DR. MARZITA BT PUTEH
KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK

1. Apakah definisi kebimbangan terhadap matematik?

       Kebimbangan terhadap matematik boleh dimaksudkan sebagai perasaan tertekan, cemas
dan kebimbangan terhadap nombor dan penyelesaian masalah matematik dalam kehidupan
seharian dan akademik. Menurut Tobias (1978), kebimbangan terhadap matematik boleh
menyebabkan seseorang lupa dan hilang keyakinan diri. Kebimbangan dalam matematik juga
ialah perasaan takut atau fobia terhadap matematik. Selain itu, kebimbangan terhadap matematik
juga boleh ditakrifkan sebagai perasaan yang boleh membuatkan seseorang sakit perut, panik,
takut, berpeluh,mulut kering, tekanan, malu dan menyebabkan seseorang tidak dapat
menyelesaikan masalah matematik tersebut.

2. Bagaimana perkara ini berlaku?

       Kebimbangan terhadap matematik berlaku disebabkan oleh banyak perkara. Pertamanya,
ia berlaku kerana personaliti guru dan cara pengajarannya guru tersebut. Apabila seseorang guru
itu mempunyai personaliti yang garang, pelajarnya akan berasa takut dan bimbang semasa kelas
Matematik. Sebab yang kedua ialah peperiksaan awam dan kesannya jika pelajar gagal. Mereka
takut akann gagal dalam subjek matematik dan mereka tidak dapat menyambung pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi. Faktor ketiga ialah domain efektif seperti faktor persepsi.
Kebanyakkan pelajar menganggap subjek Matematik susah kerana ramai pelajar yang gagal
subjek ini. Selain itu, mereka juga memberikan persepsi bahawa Matematik susah kerana ia
melibatkan nombor dan pengiraan.

       Faktor keempat ialah perasaan pelajar itu sendiri. Mereka berasa bimbang akan subjek
Matematik kerana mereka menganggap subjek ini susah. Faktor lain ialah harapan ibu bapa
terhadap pelajar untuk mendapat keputusan cemerlang dalam subjek Matematik. Ibu bapa
inginkan anak mereka mendapat A+ kerana kebanyakkan syarat untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi memerlukan pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam subjek
Matematik.

       Pengaruh rakan sebaya juga menjadi salah satu faktor yang boleh menyebabkan
wujudnya kebimbangan Matematik. Ini kerana, pelajar mudah terpengaruh dengan rakan-rakan
mereka dan percaya akan kata-kata rakan mereka iaitu subjek Matematik susah. Relevan juga
merupakan faktor kebimbangan Matematik. Ini kerana Matematik sering digunakan dalam
kehidupan seharian.

3. Siapakah yang mengalami kebimbangan ini?

       Orang yang selalunya mengalami kebimbangan Matematik ialah pelajar sekolah. Mereka
akan mengalami perasaan fobia terhadap Matematik apabila mereka melihat nombor dan operasi
terutamanya semasa menghadapi peperiksaan yang melibatkan subjek Matematik. Pelajar
selalunya akan memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang kurang melibatkan
subjek Matematik.

       Selain itu, guru atau guru pelatih juga akan mengalami kebimbangan Matematik. Ini
kerana, mereka juga perlu berhadapan dengan soalan Matematik daripada pelajar. Ada diantara
kalangan guru yang tidak dapat menjawab soalan berkaitan Matematik daripada pelajar mereka.
Bagi guru pelatih pula, perasaan kebimbangan Matematik akan wujud apabila mereka akan
dinilai oleh guru pembimbing. Mereka akan berasa bimbang dan takut jika melakukan kesilapan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

4. Bilakah kebimbangan ini berlaku?

       Kebimbangan Matematik ini sering berlaku apabila seseorang itu perlu menyelesaikan
masalah yang melibatkan nombor dan operasi. Selalunya, pelajar yang akan menghadapi
peperiksaan subjek Matematik yang akan mengalami kebimbangan Matematik.

5. Apakah yang mendorong kebimbangan ini berlaku?

       Perkara utama yang mendorong kebimbangan terhadap Matematik ialah sikap seseorang
itu sendiri terhadap subjek Matematik. Sikap seseorang pelajar itu bergantung kepada
pengalaman yang diperolehi semasa mempelajari Matematik. Ia juga bergantung kepada
personaliti dan cara pengajaran guru Matematik itu. Jika beliau tidak memahami tahap
pencapaian Matematik pelajarnya sendiri, maka ini akan mendorong pelajar itu bersikap negatif
terhadap Matematik dan seterusnya menimbulkan perasaan kebimbangan terhadap Matematik.
Selain itu, kebimbangan Matematik juga boleh berlaku akibat tekanan daripada sistem
peperiksaan yang diguna pakai di sekolah. Mereka perlu mendapatkan keputusan cemerlang
dalam subjek Matematik supaya mereka lebih berpeluang cerah melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi. Ibu bapa serta rakan sebaya juga merupakan faktor yang mendorong
kebimbangan Matematik. Ini kerana ibu bapa berharap anak mereka mendapat keputusan
cemerlang dalam subjek Matematik seperti anak-anak orang lain.

6. Bagaimana cara untuk mengurangkan kebimbangan ini?

       Pelbagai cara boleh digunakan untuk mengurangkan kebimbangan Matematik. Antaranya
ialah mengubah persepsi, perasaan dan sikap terhadap subjek Matematik. Menurut Haylock
(1995), persepsi ialah gambaran tentang Matematik, ia amat penting kerana ia akan memberi
respon positif atau negatif terhadap Matematik. Pelajar perlu menukarkan persepsi negatif
mereka agar mereka lebih menghargai, menikmati dan melihat Matematik sebagai suatu subjek
yang menarik dan bukanlah suatu subjek yang bosan dan susah.

       Guru juga perlu mengubah hubungan mereka dengan pelajar di dalam kelas semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka perlu lebih memberi peluang kepada pelajar untuk
bertanya soalan jika pelajar tidak memahami isi pelajaran. Guru juga perlu mengetahui tahap
kemampuan pelajarnya agar dapat membantu pelajar memperbaiki kelemahan mereka. Ini dapat
mengurangkan kebimbangan pelajar terhadap subjek Matematik. Guru perlulah sabar,
mengambil berat, memberi semangat dan pembimbing kepada pelajar.

       Selain itu, pelajar perlu tahu mengawal emosi mereka apabila ingin mengambil
peperiksaan Matematik. Mereka perlu membuat persediaan lebih awal mengurangkan
kebimbangan mereka bagi menghadapi peperiksaan Matematik. Faktor lain yang dapat
membantu dalam mengurangkan kebimbangan Matematik ialah ibu bapa. mereka boleh memberi
semngat yang positif serta dorongan kepada anak mereka untuk berjaya dalam subjek
Matematik. Ibu bapa juga janganlah meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap pencapaian
anak mereka dalam Matematik kerana ia akan memberi tekanan kepada anak mereka.
7. Bagaimana cara untuk membuang kebimbangan ini?

       Kebimbangan Matematik tidak boleh dibuang tetapi ianya hanya dapat dikurangkan
dengan menggunakan pelbagai cara dan kaedah. Ini kerana, ia adalah lumrah setiap manusia
yang perlu berhadapan dengan Matematik dalam kehidupan seharian mereka. Manusia selalu
menggunakan nombor dan operasi untuk menyelesaikan masalah dalam aktiviti harian mereka.
Manusia tidak dapat lari dari berjumpa dengan nombor kerana mereka perlu mengira atau
menguk masa, wang, panjang, berat dan sebagainya.
SME 3023:

   TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL
                        SCIENCES



                        Assignment:
                        Math Anxiety




Name          : Alif Zhafri Bin Mohamad zaki
Matriks No.   : D20081032231
Program       : Mathematics Education (AT 14)
Semester      : I, Session 2011/2012
Lecturer      : Prof. Dr. Marzita Puteh
Kebimbangan Matematik (Math Anxiety)



   1) Apakah „Math Anxiety‟?

Kebimbangan Matematik ataupun lebih dikenali dengan math anxiety merupakan satu fenomena
yang mana, seseorang pelajar ataupun individu mempunyai perasaan yang agak hambar, tidak
bersemangat, dan berasa tertertekan bila diajukan soalan berkaitan dengan nombor ataupun
mudahnya berkaitan dengan matematik. Keadaan yang mungkin menyebabkan seseorang fobia
dengan peperiksaan matematik, walaupun mereka belum belajar sesuatu topik dalam matemaik
ini. Saya merasakan bahawa pelajar yang mempunyai masalah math anxiety ini mengalami
kesukaran dalam pembelajaran matematik di dalam kelas kerana mereka tidak minat terhadap
subjek ini.




   2) Mengapakah „Math Anxiety‟ berlaku?

Setiap masalah yang berlaku mempunyai sebab musababnya sendiri. Dalam kes ini, banyak
perkara yang berlaku yang menyebabkan wujud perasaan kebimbangan ini terutamanya di
kalangan pelajar. Perkara ini bukan sahaj berkait dengan persekitaran pembelajaran (bandar atau
pedalaman), namun pengaruh yang mungkin kita tidak terfikir boleh membawa kepada
kebimbangan ini. Perkara yang utama adalah masalah guru terutamanya guru pelatih yang
mempunyai kebimbangan ini sendiri. Meraka tidak mampu menangani masalah pelajar yang
mempunyai math anxiety ini bila berdepan dengan pelajar sedemikian. Tanggapan peribadi yang
negatif bagi seseorang individu juga mempengaruhi kebimbangan ini yang mana merupakan
kebiasaan bagi rami individu. Mereka menganggap mereka bodoh jika bercakap tentang
matematik dan nombor. Dalam hal ini juga, salah konsep memainkan faktor utama dalam
mewujudkan kebimbangan dalam matematik ini.
3) Siapakah yang mempunyai masalah „Math Anxiety‟ ini?

Masalah ini tidak tertumpu kepada individu yang ingin belajar matematik sahaja, namun pihak
pengajar jugak mengalami masalah yang sama. Bagi tenaga pengajar, terutamanya guru pelatih,
mereka cenderung dengan salah konsep. Mereka menganggap bahawa matematik tidak berkait
rapat dengan kehidupan seharian. Mereka turut membandingkan tahap IQ pelajar dengan
kemahiran matematik ini serta menganggap matematik memerlukan latihan, tumpuan. Ini
dianggap satu kerja berat nagi mereka.

       Bagi seseorang individu pula, math anxiety ini akan dialami bila seseorang itu tidak suka
dicabar. Dengan tahap keyakinan diri yang rendah, masalah seperti ini sering manjadi bebanan
kepada mereka. Mereka akan lambat menerima pelajar dengan mempunyai tahap penghargaan
kendiri yang rendah. Individu yang mudah berputus asa juga akan mempunyai kebimbangan
matematik ini serta akan menyalahkan diri dalam kelemahan terhadap prestasi dalam subjek
matematik.




   4) Bilakah „Math Anxiety‟ ini berlaku?

Kebimbangan dalam matematik ini berlaku bila seseorang individu mempunya persepsi yang
negatif dalam fikiran mereka terhadap matematik. Kebimbangna ini wujud sebelum mereka mula
mengenali sesuatu pembelajaran matematik. Biasa keadaan ini berlak bila mereka peringkat
pembelajaran uang lebih tinggi. Contohnya dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Perkara
ini juga wujud bila subjek ini termasuk dalam sesuatu peperiksaan yang besar. Wujud perasaan
yang negatif terhadap guru matematik juga menambahkan lagi kebimbangan seseorang terhadap
matematik.




   5) Siapa ataupun apakah yang mewujudkan „Math Anxiety‟ ini?

Pada kebiasannya, kewujudan kebimbangan ini adalah disebabkan pengalaman negatif seseorang
individu dalm kehidupan mereka. Sebagai contoh, seseorang itu pernah dipersendakan apabila
melakukan kesalahan dalam matematik menyebabkan mereka tidak mahu dan malu unutk
bersemuka dengan keadaan sedemikian lagi. Hal ini dilihat sebagai satu penyebab oleh rakan
sebaya dan mungkin juga guru yang menyebabkan mereka mempunyai perasaan sedemikian.
Kesalahan berulang turut mengundang rasa bimbang seseorang selain gaya pembelajaran yang
mana tidak selesa dan tidak sesuai yang dilaksanakan menyebabkan berlaku rasa asing dan tidak
minat terhadap matematik.




   6) Bagaimanakah cara untuk mrngurangkan „Math Anxiety‟ ini?

Bagi mengurangkan masalah ini, persepsi asal pelajar perlu ditukar menjadi sesuatu yang positif.
Mungkin pelajar menghadapi masalah ini sebelum mula pembelajaran, jadi guru seharusnya
memainkan peranan penting dlam mewujudkan suasana pembelajran yang kondusif selain
menerapkan unsur luar yang boleh membantu minat pelajar. Hal ini boleh memberikan individu
berasa seronok dan teruja untuk belajar matematik sekaligus mampu mengurangkankebimbangan
mereka dalam matapelajaran matematik.




   7) Bagaimanakah cara untuk melenyapkan „Math Anxiety‟ ini?

Setelah seseorang individu mampu mengurangkan daya kebimbangan mereka terhadapa
matematik, semua pihak pemengambil peluang untuk membasmi perasaan ini dalam diri
seseorang pelajar. Pelajar akan mengalami kebimbangan ini terutama tiba masa untuk
mengambil ujian ataupun peperiksaan. Walaupun beberapa cara boleh digunakan untuk
mengurangkan kebimbangan ini, namun ia tetap wujud. Masalah ini boleh diselesaikan sekaligus
melenyapkan kebimbangan ini dengan bantuan ibubapa pelajar dalam mendorong menyemai
sikap yang positif terhadap matematik. Rakan-rakan sebaya yang mempunyai kebolehan yang
tinggi dalam matemati seharusnya menggunakan kelebihan intu untuk menbantu individu yang
mempunyai kebimbangan dalam matematik.
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS,
               35900 TANJONG MALIM, PERAK.
                        FAKULTI:
         PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA



                        SME3023
TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES




                         OLEH:

             MOHD IQMAL HARLEE ABDULLAH

                       D20091034807



             PROGRAM PENDIDIKAN KHAS (AT10)

                       SEMESTER 1

                      SESI 2011/2012



                      PENSYARAH:

                  PROF. MARZITA PUTEH
What is mathematics anxiety?

Mathematics anxiety describe as a feeling of fear of involving mathematics, manipulation of
number and problem solving in a real-life situation or academic situation.

Why does it happen?

Many factor that cause fear or anxiety in mathematics. Teacher also influence student negatively
and pass the fear to student. Parent at home also may transfer the fear and anxiety to child and
reinforce their children anxiety. Another reason for mathematics anxiety is affective domain such
as self-factor, personality and perception. Comment such as “I was never any good at math”, “I
am hopeless with numbers” and so on show that was their own perception of themselves. This
will block their mind and make their hard to understand and fear the mathematics itself. Another
reason is myths and misconceptions that lead to mathematics anxiety. The myth such as “an
aptitude for mathematics is inborn”, “men are naturally better than woman at mathematical
thinking” and many more are wrong and not scientifically proven. National Examination also
seem has a greater impact as turning point in producing anxiety toward mathematics.

Who has it?

Many of us thought that mathematics anxiety occur only in child and student mind. In this case,
definitely not because mathematics also occur in teacher, lecturer and parent. From bad to worse,
these people can pass the fear to child and reinforce the anxiety within child mind.

When does it occur?

It occur anytime within childhood or during schooling. If he fail mathematics or not doing so
well, he will said that mathematics is difficult and not his strong suit and for now on, if he does
not given enough encouragement, he will suffer poorer performance in mathematics. This also
occurs in university level. Transfer from primary to secondary and lower to upper secondary also
affect their altitudes toward mathematics.

Who created it?

Teacher responsible in creating mathematics anxiety. Teacher teaching method, misconception,
and personality has led to the mathematics anxiety. Teachers play a vital role in playing their part
in creating mathematics anxiety.

How do you reduce it?

We can reduce mathematics anxiety by encourage the child and teach them for not too negative
self-talk and build self-esteem within themselves. Teachers should develop teaching style that
fun and interesting so that student can keep focusing during class. Parent should not say about
difficultly of mathematics but say that mathematics is fun and easy.
How do you eliminate it?

We can eliminate it by introducing that interactive teaching plan that involves everyone in class
so that everyone in class involve during teaching and learning sessions. Activity that involve
ICT, visual, audio, games, puzzle, group work and project should keep them interested and build
self-esteem and confidence in student mind.

More Related Content

What's hot

Math anxiety jenifer
Math anxiety jeniferMath anxiety jenifer
Math anxiety jenifermoshi89
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxietyAfaf CyNofa
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxietyAfaf CyNofa
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxietyAfaf CyNofa
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxietyAfaf CyNofa
 
Mathematic Anxiety -Erda
Mathematic Anxiety -ErdaMathematic Anxiety -Erda
Mathematic Anxiety -ErdaAdilah Yahaya
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxietyAfaf CyNofa
 
math anxiety-hayati
math anxiety-hayatimath anxiety-hayati
math anxiety-hayatiAtie Sakura
 
KajianTindakan Matematik 2012
KajianTindakan Matematik 2012KajianTindakan Matematik 2012
KajianTindakan Matematik 2012marshiza
 
Kajian tindakan (kaedah)bib
Kajian tindakan (kaedah)bibKajian tindakan (kaedah)bib
Kajian tindakan (kaedah)bibHabibah Abdullah
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxietyizwan_ismail
 
Assginment 1: Math Anxiety
 Assginment 1: Math Anxiety Assginment 1: Math Anxiety
Assginment 1: Math AnxietyHasnidi Fara
 

What's hot (19)

Math anxiety jenifer
Math anxiety jeniferMath anxiety jenifer
Math anxiety jenifer
 
mathematics anxiety
mathematics anxietymathematics anxiety
mathematics anxiety
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Mathematic Anxiety -Erda
Mathematic Anxiety -ErdaMathematic Anxiety -Erda
Mathematic Anxiety -Erda
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Kt bib (2)
Kt bib (2)Kt bib (2)
Kt bib (2)
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Thesis zamatun 2
Thesis zamatun 2Thesis zamatun 2
Thesis zamatun 2
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
math anxiety-hayati
math anxiety-hayatimath anxiety-hayati
math anxiety-hayati
 
KajianTindakan Matematik 2012
KajianTindakan Matematik 2012KajianTindakan Matematik 2012
KajianTindakan Matematik 2012
 
Kajian tindakan (kaedah)bib
Kajian tindakan (kaedah)bibKajian tindakan (kaedah)bib
Kajian tindakan (kaedah)bib
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Matematik
MatematikMatematik
Matematik
 
Assginment 1: Math Anxiety
 Assginment 1: Math Anxiety Assginment 1: Math Anxiety
Assginment 1: Math Anxiety
 
Nota newman
Nota newmanNota newman
Nota newman
 

Similar to KEBIMBANGAN MATEMATIK

Math Anxiety-Part Hayati
Math Anxiety-Part HayatiMath Anxiety-Part Hayati
Math Anxiety-Part Hayatimoshi89
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxietyAfaf CyNofa
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxietyizwan_ismail
 
aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)
aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)
aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)Novriheriyani
 
Problematika Pembelajaran Statistika siswa SMP kelas IX
Problematika Pembelajaran Statistika siswa SMP kelas IXProblematika Pembelajaran Statistika siswa SMP kelas IX
Problematika Pembelajaran Statistika siswa SMP kelas IXZuhdha Basofi Nugroho
 
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisi
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisiUnimed undergraduate-22276-bab 1 repisi
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisiCha Aisyah
 
LK 1.3 Penentuan Penyebab Masalah SIklus 2.pdf
LK 1.3 Penentuan Penyebab Masalah SIklus 2.pdfLK 1.3 Penentuan Penyebab Masalah SIklus 2.pdf
LK 1.3 Penentuan Penyebab Masalah SIklus 2.pdfAbiHasan9
 
kecemasan dalam menghadapi mata pelajaran matematika pada remaja
kecemasan dalam menghadapi mata pelajaran matematika pada remajakecemasan dalam menghadapi mata pelajaran matematika pada remaja
kecemasan dalam menghadapi mata pelajaran matematika pada remajaOlivia Tifani
 
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Matematika
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar MatematikaProblem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Matematika
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Matematikaguestf6b63af
 
1.10 bab2 (1)
1.10 bab2 (1)1.10 bab2 (1)
1.10 bab2 (1)AIC
 
Kreatif membelajarkan-matematika
Kreatif membelajarkan-matematikaKreatif membelajarkan-matematika
Kreatif membelajarkan-matematikaYadi Pura
 
Aplikasi Konsep Teorema Sisa Dalam Belajar Matematika
Aplikasi Konsep Teorema Sisa Dalam Belajar MatematikaAplikasi Konsep Teorema Sisa Dalam Belajar Matematika
Aplikasi Konsep Teorema Sisa Dalam Belajar Matematikaimasniranuryani
 
Problem Solving Matematika
Problem Solving MatematikaProblem Solving Matematika
Problem Solving MatematikaNailul Hasibuan
 
Hbmt 4103 matematik form 3 final
Hbmt 4103 matematik form 3 finalHbmt 4103 matematik form 3 final
Hbmt 4103 matematik form 3 finalAzzean Syah
 

Similar to KEBIMBANGAN MATEMATIK (16)

Math Anxiety-Part Hayati
Math Anxiety-Part HayatiMath Anxiety-Part Hayati
Math Anxiety-Part Hayati
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Mathematics anxiety
Mathematics anxietyMathematics anxiety
Mathematics anxiety
 
Onday
OndayOnday
Onday
 
aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)
aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)
aplikom_UNSRI_3. 8 unsur (dalam skripsi)_Novri Heriyani Pratami(06081181419007)
 
Problematika Pembelajaran Statistika siswa SMP kelas IX
Problematika Pembelajaran Statistika siswa SMP kelas IXProblematika Pembelajaran Statistika siswa SMP kelas IX
Problematika Pembelajaran Statistika siswa SMP kelas IX
 
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisi
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisiUnimed undergraduate-22276-bab 1 repisi
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisi
 
LK 1.3 Penentuan Penyebab Masalah SIklus 2.pdf
LK 1.3 Penentuan Penyebab Masalah SIklus 2.pdfLK 1.3 Penentuan Penyebab Masalah SIklus 2.pdf
LK 1.3 Penentuan Penyebab Masalah SIklus 2.pdf
 
kecemasan dalam menghadapi mata pelajaran matematika pada remaja
kecemasan dalam menghadapi mata pelajaran matematika pada remajakecemasan dalam menghadapi mata pelajaran matematika pada remaja
kecemasan dalam menghadapi mata pelajaran matematika pada remaja
 
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Matematika
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar MatematikaProblem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Matematika
Problem Based Learning Terhadap Hasil Belajar Matematika
 
1.10 bab2 (1)
1.10 bab2 (1)1.10 bab2 (1)
1.10 bab2 (1)
 
Kreatif membelajarkan-matematika
Kreatif membelajarkan-matematikaKreatif membelajarkan-matematika
Kreatif membelajarkan-matematika
 
Aplikasi Konsep Teorema Sisa Dalam Belajar Matematika
Aplikasi Konsep Teorema Sisa Dalam Belajar MatematikaAplikasi Konsep Teorema Sisa Dalam Belajar Matematika
Aplikasi Konsep Teorema Sisa Dalam Belajar Matematika
 
Problem Solving Matematika
Problem Solving MatematikaProblem Solving Matematika
Problem Solving Matematika
 
Hbmt 4103 matematik form 3 final
Hbmt 4103 matematik form 3 finalHbmt 4103 matematik form 3 final
Hbmt 4103 matematik form 3 final
 
Bab I
Bab IBab I
Bab I
 

More from haieri

Problem solving
Problem solvingProblem solving
Problem solvinghaieri
 
Haieri
HaieriHaieri
Haierihaieri
 
Kump 6 b
Kump 6 bKump 6 b
Kump 6 bhaieri
 
Kandungan
KandunganKandungan
Kandunganhaieri
 
Muka depan trends
Muka depan trendsMuka depan trends
Muka depan trendshaieri
 
Kandungan
KandunganKandungan
Kandunganhaieri
 
Kumpulan 6 b
Kumpulan 6 bKumpulan 6 b
Kumpulan 6 bhaieri
 

More from haieri (8)

Problem solving
Problem solvingProblem solving
Problem solving
 
Haieri
HaieriHaieri
Haieri
 
Zul
ZulZul
Zul
 
Kump 6 b
Kump 6 bKump 6 b
Kump 6 b
 
Kandungan
KandunganKandungan
Kandungan
 
Muka depan trends
Muka depan trendsMuka depan trends
Muka depan trends
 
Kandungan
KandunganKandungan
Kandungan
 
Kumpulan 6 b
Kumpulan 6 bKumpulan 6 b
Kumpulan 6 b
 

KEBIMBANGAN MATEMATIK

  • 1. SME 3023 Trends and Issues in Education for Mathematical Sciences (Mathematics Anxiety) NAMA PELAJAR : MOHD ZULHAIRI BIN ZULHAIDI NO. MATRIK : D20081032225 SEMESTER : 1 (2011/2012) NAMA PENSYARAH : PROF. DR. MARZITA BT PUTEH
  • 2. Tugasan fenomena masalah kebimbangan atau kerisauan dalam matematik. 1. Apakah definisi masalah kebimbangan dalam matematik? Masalah kebimbangan terhadap matematik ditakrifkan sebagai campuran perasaan cemas dan bimbang terhadap nombor dan menyelesaikan masalah matematik dalam kehidupan seharian dan bidang akedemik. Masalah kebimbangan matematik boleh menyebabkan seseorang lupa dan hilang keyakinan diri (Toblas,1978). Seseorang yang mempunyai kebimbangan dalam matematik berasa mereka tidak beupaya melakukan aktiviti dan kelas yang melibatkan matematik. Kebanyakkan orang yang mengalami kebimbangan dalam matematik mempunyai perasaan takut atau fobia terhadap matematik. 2. Mengapakah pekara ini berlaku? Banyak faktor yang boleh mewujudkan masalah kebimbangan matematik ini berlaku, terutama sekali kebanyakkan guru pelatih yang tidak mengajar matematik dengan cara yang betul kerana tidak biasa dengan perubahan cara mengajar yang baharu (Haylock,1995). Selain itu masalah kebimbangan dalam matematik ini berlaku kerana guru pelatih ini memberikan arahan yang kurang jelas dan kekurangan dalam menjadikan pengajaran matematik yang menarik (Lazarus,1974). Kekurangan dalam kemahiran spatial (peka terhadap ruang,corak dan bentuk) dalam diri seseorang itu juga membantu masalah ini berlaku dan sekaligus menjadikan matematik amat susah difahami oleh seseorang. 3. Siapakah yang mengalami kebimbangan dalam matematik? Masalah kebimbangan dalam matematik ini dialami sendiri oleh guru pelatih kerana mereka kurang mempunyai pengalaman mengajar dan kurang mahir untuk menggunakan pedekatan pengajaran yang betul dan berkesan kepada pelajar. Guru pelatih juga mempunyai kurang keyakinan diri untuk mengajar matematik, oleh itu mereka mengalami masalah ini. Selain daripada guru, pelajar juga turut mengalami masalah ini kerana mereka selalu mengatakan bahawa matematik adalah subjek yang susah bagi mereka, sekaligus memberi kesan buruk terhadap mereka iaitu kurang keyakinan diri dalm menyelesaikan masalah matematik. Pelajar juga mengalami masalah
  • 3. ini kerana mereka selalu didesak oleh ibu bapa atau penjaga dan juga rasa tercabar apabila ada sebilangan kawan mereka yang pandai dalam matematik. Selain itu, pelajar yang kurang membuat latihan matematik juga akan mengalami masalah kebimbangan dalam matematik ini. 4. Bilakah ianya berlaku? Masalah ini berlaku apabila sesorang itu mempunyai tingkahlaku yang negatif terhadap matematik. Masalah kebimbangan matematik ini akan berlaku pada sesorang apabila mereka berasa takut. Sebagai contoh semasa peperiksaan ataupun ujian matematik diberikan kepada mereka. Selain itu, ianya berlaku apabila mereka panik,sebagai contoh apabila seseorang itu ditanyakan soalan matematik dengan spontan. Kurang keyakinan diri juga menyebabkan masalah kebimbangan dalam matematik berlaku. 5. Apakah yang mendorong pekara ini berlaku? Pekara yang mendorong masalah kebimbangan dalam matematik ini berlaku ialah, pengalaman belajar matematik. Sekiranya pengalaman belajar ini kurang, seseorang itu akan merasa tidak yakin pada diri sendiri apabila diberi permasalahan matematik dalam pembelajaran mahupun kehidupan seharian. Kedua, bagaimanakah cara seseorang guru itu mengajar juga mendorong masalah ini berlaku. Ketiga, pekara yang mendorong berlakunya masalah kebimbangan dalam matematik ialah sistem pembelajaran matematik dan tekanan terhadap peperiksaan. Terakhir sekali iaitu, tekanan yang diberikan oleh ibu bapa yang hanya tahu menyuruh anak mereka lulus dalam peperiksaan dan rakan sebaya yang pandai juga menjadi tekanan kepada mereka yang kurang mahir dalam matematik.
  • 4. 6. Bagaimanakah cara bagi mengurangkan masalah ini? Cara bagi mengurangkan masalah kebimbangan dalam matematik ini boleh diatasi sekiranya guru boleh menjadikan pengajaran matematik adalah menarik dan juga cara penyampaian yang jelas oleh guru tersebut. Selain itu, dalam mengatasi masalah ini, subjek matematik adalah subjek yang memerlukan latih-tubi yang banyak dan bukan hanya dengan membaca dan menghafal, kesan daripada latih-tubi ini, pelajar akan menambah keyakinan diri apabila berhadapan dengan masalah matematik. Oleh itu, guru perlulah memainkan peranan yang tinggi dalam memberi latihan kepada pelajar mereka. Tambahan lagi, pengajaran matematik memerlukan pelajar memberi konsentrasi yang lebih dan juga rajin dalam menyelesaikan masalah matematik. 7. Bagaimanakah cara untuk membuang masalah kebimbangan dalam matematik ini? Pada pendapat saya, masalah kebimbangan dalam matematik ini tidak dapat dibuang kerana masalah ini berkait rapat dengan sifat-sifat, daya pemikiran dan juga tahap kecerdasan seseorang. Setiap inidividu adalah berbeza dan tidak ada manusia yang sempurna sepenuhnya.
  • 5. SME 3023 TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES (MATHEMATICS ANXIETY) DISEDIAKAN OLEH: MOHD HAIERI BIN MOHD AB.LLAH D20081032204 PENSYARAH: PROF. DR. MARZITA BT PUTEH
  • 6. KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK 1. Apakah definisi kebimbangan terhadap matematik? Kebimbangan terhadap matematik ditakrifkan sebagai campuran perasaan cemas dan bimbang terhadap nombor dan menyelesaikan masalah matematik dalam kehidupan seharian dan bidang akademik. Kebimbangan terhadap matematik boleh menyebabkan seseorang lupa dan hilang keyakinan diri (Toblas,1978). Seseorang yang mempunyai masalah kebimbangan dalam matematik berasa mereka tidak berupaya melakukan aktiviti dan kelas yang melibatkan matematik. Kebanyakkan orang yang mengalami kebimbangan dalam matematik mempunyai perasaan takut atau fobia terhadap matematik. 2. Mengapakah perkara ini berlaku? Kebimbangan ini berlaku disebabkan personaliti guru dan kemahiran mengajar guru tersebut. Sebagai contoh, guru yang garang akan menakutkan pelajar untuk mempelajari subjek ini dan seterusnya menambahkan kebimbangan mereka terhadap subjek ini. Selain itu, peperiksaan awam juga menyumbang kepada kebimbangan ini. Tanggapan pelajar yang mengatakan matematik merupakan suatu subjek yang mencabar akan menyebabkan mereka bimbang terhadap subjek ini. Selain itu, menurut Lazarus (1974) kebimbangan terhadap matematik berlaku disebabkan reka bentuk kurikulum yang tidak sesuai. 3. Siapakah yang mengalami kebimbangan ini? Pelajar sekolah yang akan mengalami kebimbangan ini kerana mereka akan mempelajari subjek ini sepanjang pengajian mereka. Mereka akan berasa bimbang apabila ingin menghadapi peperiksaan. Selain itu, ibu bapa juga akan mengalami kebimbangan yang sama kerana mereka semestinya ingin anak-anak mereka memperolehi pencapaian yang baik untuk subjek matematik ini.
  • 7. 4. Bilakah kebimbangan ini berlaku? Kebimbangan ini biasanya berlaku apabila pelajar ingin menghadapi peperiksaan. Mereka akan mulai berasa bimbang terhadap subjek matematik ini kerana ramai yang beranggapan subjek matematik merupakan subjek yang mencabar. Selain itu, kebimbangan ini akan berlaku apabila waktu pengajaran matematik bermula. Mereka takut untuk berhadapan dengan subjek yang mencabar dan membosankan mereka serta guru yang garang. 5. Apakah yang mendorong kebimbangan ini berlaku? Perkara yang mendorong kebimbangan ini berlaku ialah sikap pelajar itu sendiri. Mereka tidak suka dicabar. Kebanyakkan pelajar beranggapan matematik sebagai suatu subjek yang mencabar. Mereka menyatakan bahawa penyelesaian masalah matematik mencabar kemahiran berfikir mereka. Pelajar yang suka dicabar menganggap matematik sebagai sesuatu yang menarik dan provokatif dan juga tidak berasa terancam dengannya. Selain itu, pelajar yang kurang keyakinan diri juga mendorong kepada kebimbangan ini berlaku. Mereka menganggap bahawa mereka tidak boleh menyelesaikan tugasan matematik yang diberi. Dengan kata lain, mereka berasa tidak cukup yakin untuk menyelesaikannya mahupun mencuba untuk menyelesaikan soalan yang diberikan. Selain itu, perkara ini juga didorong oleh cara pengajaran guru. Terdapat guru yang mengajar sangat laju sehinggakan sukar untuk pelajar memahami sesuatu yang diajar. Tambahan lagi, terdapat guru yang suka menyalahkan pelajar jika pelajar tidak memahami apa yang mereka ajar. Keadaan ini menjadi penghalang hubungan baik guru dan pelajar. Selain itu, pengaruh keluarga dan rakan sebaya juga mendorong kepada kebimbangan pelajar terhadap subjek matematik. 6. Bagaimana cara untuk mengurangkan kebimbangan ini? Untuk mengurangkan kebimbangan pelajar terhadap matematik ialah mengurangkan atau membuang ujian dan digantikan dengan penilaian lain yang dapat mengurangkan ancaman kepada pelajar. Selain itu, elakkan daripada mengasingkan pelajar menjawab soalan dengan memanggil pelajar secara individu menjawab soalan pada papan hitam sebaliknya meminta pelajar bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk menyelesaikan soalan. Langkah ini dapat mengurangkan kebimbangan mereka terhadap subjek ini. Elakkan daripada membandingkan pelajar antara satu sama lain secara terbuka seperti mengadakan pertandingan kuiz „Siapa Cepat
  • 8. Dia Dapat‟ di dalam kelas. Ramai pelajar tidak suka terlibat dengan persaingan seperti itu. Selain itu, kebimbangan ini dapat dikurangkan jika pelajar mendapat galakan daripada ibu bapa. Ibu bapa perlulah bertanyakan tentang kerja rumah anak-anak. Langkah ini dapat menyumbang kepada minat pelajar terhadap matematik. 7. Bagaimana cara untuk menghapuskan kebimbangan ini? Pada pendapat saya, tidak ada cara untuk membuang kebimbangan ini kerana pelajar akan sentiasa berjumpa dengan masalah matematik ini sepanjang pengajian mereka. Selain itu, kebimbangan ini tidak dapat dihapuskan kerana kita akan selalu mengaplikasikan matematik dalam kehidupan seharian. Walaupun begitu, kebimbangan dalam matematik ini dapat dikurangkan dengan menggunakan langkah-langkah tertentu.
  • 9. SME 3023 TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES (MATHEMATICS ANXIETY) DISEDIAKAN OLEH: MOHD HUZAIRI BIN HUSIN D20081032215 PENSYARAH: PROF. DR. MARZITA BT PUTEH
  • 10. KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK 1. Apakah definisi kebimbangan terhadap matematik? Kebimbangan terhadap matematik boleh dimaksudkan sebagai perasaan tertekan, cemas dan kebimbangan terhadap nombor dan penyelesaian masalah matematik dalam kehidupan seharian dan akademik. Menurut Tobias (1978), kebimbangan terhadap matematik boleh menyebabkan seseorang lupa dan hilang keyakinan diri. Kebimbangan dalam matematik juga ialah perasaan takut atau fobia terhadap matematik. Selain itu, kebimbangan terhadap matematik juga boleh ditakrifkan sebagai perasaan yang boleh membuatkan seseorang sakit perut, panik, takut, berpeluh,mulut kering, tekanan, malu dan menyebabkan seseorang tidak dapat menyelesaikan masalah matematik tersebut. 2. Bagaimana perkara ini berlaku? Kebimbangan terhadap matematik berlaku disebabkan oleh banyak perkara. Pertamanya, ia berlaku kerana personaliti guru dan cara pengajarannya guru tersebut. Apabila seseorang guru itu mempunyai personaliti yang garang, pelajarnya akan berasa takut dan bimbang semasa kelas Matematik. Sebab yang kedua ialah peperiksaan awam dan kesannya jika pelajar gagal. Mereka takut akann gagal dalam subjek matematik dan mereka tidak dapat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Faktor ketiga ialah domain efektif seperti faktor persepsi. Kebanyakkan pelajar menganggap subjek Matematik susah kerana ramai pelajar yang gagal subjek ini. Selain itu, mereka juga memberikan persepsi bahawa Matematik susah kerana ia melibatkan nombor dan pengiraan. Faktor keempat ialah perasaan pelajar itu sendiri. Mereka berasa bimbang akan subjek Matematik kerana mereka menganggap subjek ini susah. Faktor lain ialah harapan ibu bapa terhadap pelajar untuk mendapat keputusan cemerlang dalam subjek Matematik. Ibu bapa inginkan anak mereka mendapat A+ kerana kebanyakkan syarat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi memerlukan pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam subjek Matematik. Pengaruh rakan sebaya juga menjadi salah satu faktor yang boleh menyebabkan wujudnya kebimbangan Matematik. Ini kerana, pelajar mudah terpengaruh dengan rakan-rakan
  • 11. mereka dan percaya akan kata-kata rakan mereka iaitu subjek Matematik susah. Relevan juga merupakan faktor kebimbangan Matematik. Ini kerana Matematik sering digunakan dalam kehidupan seharian. 3. Siapakah yang mengalami kebimbangan ini? Orang yang selalunya mengalami kebimbangan Matematik ialah pelajar sekolah. Mereka akan mengalami perasaan fobia terhadap Matematik apabila mereka melihat nombor dan operasi terutamanya semasa menghadapi peperiksaan yang melibatkan subjek Matematik. Pelajar selalunya akan memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang kurang melibatkan subjek Matematik. Selain itu, guru atau guru pelatih juga akan mengalami kebimbangan Matematik. Ini kerana, mereka juga perlu berhadapan dengan soalan Matematik daripada pelajar. Ada diantara kalangan guru yang tidak dapat menjawab soalan berkaitan Matematik daripada pelajar mereka. Bagi guru pelatih pula, perasaan kebimbangan Matematik akan wujud apabila mereka akan dinilai oleh guru pembimbing. Mereka akan berasa bimbang dan takut jika melakukan kesilapan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. 4. Bilakah kebimbangan ini berlaku? Kebimbangan Matematik ini sering berlaku apabila seseorang itu perlu menyelesaikan masalah yang melibatkan nombor dan operasi. Selalunya, pelajar yang akan menghadapi peperiksaan subjek Matematik yang akan mengalami kebimbangan Matematik. 5. Apakah yang mendorong kebimbangan ini berlaku? Perkara utama yang mendorong kebimbangan terhadap Matematik ialah sikap seseorang itu sendiri terhadap subjek Matematik. Sikap seseorang pelajar itu bergantung kepada pengalaman yang diperolehi semasa mempelajari Matematik. Ia juga bergantung kepada personaliti dan cara pengajaran guru Matematik itu. Jika beliau tidak memahami tahap pencapaian Matematik pelajarnya sendiri, maka ini akan mendorong pelajar itu bersikap negatif terhadap Matematik dan seterusnya menimbulkan perasaan kebimbangan terhadap Matematik.
  • 12. Selain itu, kebimbangan Matematik juga boleh berlaku akibat tekanan daripada sistem peperiksaan yang diguna pakai di sekolah. Mereka perlu mendapatkan keputusan cemerlang dalam subjek Matematik supaya mereka lebih berpeluang cerah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ibu bapa serta rakan sebaya juga merupakan faktor yang mendorong kebimbangan Matematik. Ini kerana ibu bapa berharap anak mereka mendapat keputusan cemerlang dalam subjek Matematik seperti anak-anak orang lain. 6. Bagaimana cara untuk mengurangkan kebimbangan ini? Pelbagai cara boleh digunakan untuk mengurangkan kebimbangan Matematik. Antaranya ialah mengubah persepsi, perasaan dan sikap terhadap subjek Matematik. Menurut Haylock (1995), persepsi ialah gambaran tentang Matematik, ia amat penting kerana ia akan memberi respon positif atau negatif terhadap Matematik. Pelajar perlu menukarkan persepsi negatif mereka agar mereka lebih menghargai, menikmati dan melihat Matematik sebagai suatu subjek yang menarik dan bukanlah suatu subjek yang bosan dan susah. Guru juga perlu mengubah hubungan mereka dengan pelajar di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka perlu lebih memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya soalan jika pelajar tidak memahami isi pelajaran. Guru juga perlu mengetahui tahap kemampuan pelajarnya agar dapat membantu pelajar memperbaiki kelemahan mereka. Ini dapat mengurangkan kebimbangan pelajar terhadap subjek Matematik. Guru perlulah sabar, mengambil berat, memberi semangat dan pembimbing kepada pelajar. Selain itu, pelajar perlu tahu mengawal emosi mereka apabila ingin mengambil peperiksaan Matematik. Mereka perlu membuat persediaan lebih awal mengurangkan kebimbangan mereka bagi menghadapi peperiksaan Matematik. Faktor lain yang dapat membantu dalam mengurangkan kebimbangan Matematik ialah ibu bapa. mereka boleh memberi semngat yang positif serta dorongan kepada anak mereka untuk berjaya dalam subjek Matematik. Ibu bapa juga janganlah meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap pencapaian anak mereka dalam Matematik kerana ia akan memberi tekanan kepada anak mereka.
  • 13. 7. Bagaimana cara untuk membuang kebimbangan ini? Kebimbangan Matematik tidak boleh dibuang tetapi ianya hanya dapat dikurangkan dengan menggunakan pelbagai cara dan kaedah. Ini kerana, ia adalah lumrah setiap manusia yang perlu berhadapan dengan Matematik dalam kehidupan seharian mereka. Manusia selalu menggunakan nombor dan operasi untuk menyelesaikan masalah dalam aktiviti harian mereka. Manusia tidak dapat lari dari berjumpa dengan nombor kerana mereka perlu mengira atau menguk masa, wang, panjang, berat dan sebagainya.
  • 14. SME 3023: TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES Assignment: Math Anxiety Name : Alif Zhafri Bin Mohamad zaki Matriks No. : D20081032231 Program : Mathematics Education (AT 14) Semester : I, Session 2011/2012 Lecturer : Prof. Dr. Marzita Puteh
  • 15. Kebimbangan Matematik (Math Anxiety) 1) Apakah „Math Anxiety‟? Kebimbangan Matematik ataupun lebih dikenali dengan math anxiety merupakan satu fenomena yang mana, seseorang pelajar ataupun individu mempunyai perasaan yang agak hambar, tidak bersemangat, dan berasa tertertekan bila diajukan soalan berkaitan dengan nombor ataupun mudahnya berkaitan dengan matematik. Keadaan yang mungkin menyebabkan seseorang fobia dengan peperiksaan matematik, walaupun mereka belum belajar sesuatu topik dalam matemaik ini. Saya merasakan bahawa pelajar yang mempunyai masalah math anxiety ini mengalami kesukaran dalam pembelajaran matematik di dalam kelas kerana mereka tidak minat terhadap subjek ini. 2) Mengapakah „Math Anxiety‟ berlaku? Setiap masalah yang berlaku mempunyai sebab musababnya sendiri. Dalam kes ini, banyak perkara yang berlaku yang menyebabkan wujud perasaan kebimbangan ini terutamanya di kalangan pelajar. Perkara ini bukan sahaj berkait dengan persekitaran pembelajaran (bandar atau pedalaman), namun pengaruh yang mungkin kita tidak terfikir boleh membawa kepada kebimbangan ini. Perkara yang utama adalah masalah guru terutamanya guru pelatih yang mempunyai kebimbangan ini sendiri. Meraka tidak mampu menangani masalah pelajar yang mempunyai math anxiety ini bila berdepan dengan pelajar sedemikian. Tanggapan peribadi yang negatif bagi seseorang individu juga mempengaruhi kebimbangan ini yang mana merupakan kebiasaan bagi rami individu. Mereka menganggap mereka bodoh jika bercakap tentang matematik dan nombor. Dalam hal ini juga, salah konsep memainkan faktor utama dalam mewujudkan kebimbangan dalam matematik ini.
  • 16. 3) Siapakah yang mempunyai masalah „Math Anxiety‟ ini? Masalah ini tidak tertumpu kepada individu yang ingin belajar matematik sahaja, namun pihak pengajar jugak mengalami masalah yang sama. Bagi tenaga pengajar, terutamanya guru pelatih, mereka cenderung dengan salah konsep. Mereka menganggap bahawa matematik tidak berkait rapat dengan kehidupan seharian. Mereka turut membandingkan tahap IQ pelajar dengan kemahiran matematik ini serta menganggap matematik memerlukan latihan, tumpuan. Ini dianggap satu kerja berat nagi mereka. Bagi seseorang individu pula, math anxiety ini akan dialami bila seseorang itu tidak suka dicabar. Dengan tahap keyakinan diri yang rendah, masalah seperti ini sering manjadi bebanan kepada mereka. Mereka akan lambat menerima pelajar dengan mempunyai tahap penghargaan kendiri yang rendah. Individu yang mudah berputus asa juga akan mempunyai kebimbangan matematik ini serta akan menyalahkan diri dalam kelemahan terhadap prestasi dalam subjek matematik. 4) Bilakah „Math Anxiety‟ ini berlaku? Kebimbangan dalam matematik ini berlaku bila seseorang individu mempunya persepsi yang negatif dalam fikiran mereka terhadap matematik. Kebimbangna ini wujud sebelum mereka mula mengenali sesuatu pembelajaran matematik. Biasa keadaan ini berlak bila mereka peringkat pembelajaran uang lebih tinggi. Contohnya dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Perkara ini juga wujud bila subjek ini termasuk dalam sesuatu peperiksaan yang besar. Wujud perasaan yang negatif terhadap guru matematik juga menambahkan lagi kebimbangan seseorang terhadap matematik. 5) Siapa ataupun apakah yang mewujudkan „Math Anxiety‟ ini? Pada kebiasannya, kewujudan kebimbangan ini adalah disebabkan pengalaman negatif seseorang individu dalm kehidupan mereka. Sebagai contoh, seseorang itu pernah dipersendakan apabila melakukan kesalahan dalam matematik menyebabkan mereka tidak mahu dan malu unutk
  • 17. bersemuka dengan keadaan sedemikian lagi. Hal ini dilihat sebagai satu penyebab oleh rakan sebaya dan mungkin juga guru yang menyebabkan mereka mempunyai perasaan sedemikian. Kesalahan berulang turut mengundang rasa bimbang seseorang selain gaya pembelajaran yang mana tidak selesa dan tidak sesuai yang dilaksanakan menyebabkan berlaku rasa asing dan tidak minat terhadap matematik. 6) Bagaimanakah cara untuk mrngurangkan „Math Anxiety‟ ini? Bagi mengurangkan masalah ini, persepsi asal pelajar perlu ditukar menjadi sesuatu yang positif. Mungkin pelajar menghadapi masalah ini sebelum mula pembelajaran, jadi guru seharusnya memainkan peranan penting dlam mewujudkan suasana pembelajran yang kondusif selain menerapkan unsur luar yang boleh membantu minat pelajar. Hal ini boleh memberikan individu berasa seronok dan teruja untuk belajar matematik sekaligus mampu mengurangkankebimbangan mereka dalam matapelajaran matematik. 7) Bagaimanakah cara untuk melenyapkan „Math Anxiety‟ ini? Setelah seseorang individu mampu mengurangkan daya kebimbangan mereka terhadapa matematik, semua pihak pemengambil peluang untuk membasmi perasaan ini dalam diri seseorang pelajar. Pelajar akan mengalami kebimbangan ini terutama tiba masa untuk mengambil ujian ataupun peperiksaan. Walaupun beberapa cara boleh digunakan untuk mengurangkan kebimbangan ini, namun ia tetap wujud. Masalah ini boleh diselesaikan sekaligus melenyapkan kebimbangan ini dengan bantuan ibubapa pelajar dalam mendorong menyemai sikap yang positif terhadap matematik. Rakan-rakan sebaya yang mempunyai kebolehan yang tinggi dalam matemati seharusnya menggunakan kelebihan intu untuk menbantu individu yang mempunyai kebimbangan dalam matematik.
  • 18. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, 35900 TANJONG MALIM, PERAK. FAKULTI: PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA SME3023 TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES OLEH: MOHD IQMAL HARLEE ABDULLAH D20091034807 PROGRAM PENDIDIKAN KHAS (AT10) SEMESTER 1 SESI 2011/2012 PENSYARAH: PROF. MARZITA PUTEH
  • 19. What is mathematics anxiety? Mathematics anxiety describe as a feeling of fear of involving mathematics, manipulation of number and problem solving in a real-life situation or academic situation. Why does it happen? Many factor that cause fear or anxiety in mathematics. Teacher also influence student negatively and pass the fear to student. Parent at home also may transfer the fear and anxiety to child and reinforce their children anxiety. Another reason for mathematics anxiety is affective domain such as self-factor, personality and perception. Comment such as “I was never any good at math”, “I am hopeless with numbers” and so on show that was their own perception of themselves. This will block their mind and make their hard to understand and fear the mathematics itself. Another reason is myths and misconceptions that lead to mathematics anxiety. The myth such as “an aptitude for mathematics is inborn”, “men are naturally better than woman at mathematical thinking” and many more are wrong and not scientifically proven. National Examination also seem has a greater impact as turning point in producing anxiety toward mathematics. Who has it? Many of us thought that mathematics anxiety occur only in child and student mind. In this case, definitely not because mathematics also occur in teacher, lecturer and parent. From bad to worse, these people can pass the fear to child and reinforce the anxiety within child mind. When does it occur? It occur anytime within childhood or during schooling. If he fail mathematics or not doing so well, he will said that mathematics is difficult and not his strong suit and for now on, if he does not given enough encouragement, he will suffer poorer performance in mathematics. This also occurs in university level. Transfer from primary to secondary and lower to upper secondary also affect their altitudes toward mathematics. Who created it? Teacher responsible in creating mathematics anxiety. Teacher teaching method, misconception, and personality has led to the mathematics anxiety. Teachers play a vital role in playing their part in creating mathematics anxiety. How do you reduce it? We can reduce mathematics anxiety by encourage the child and teach them for not too negative self-talk and build self-esteem within themselves. Teachers should develop teaching style that fun and interesting so that student can keep focusing during class. Parent should not say about difficultly of mathematics but say that mathematics is fun and easy.
  • 20. How do you eliminate it? We can eliminate it by introducing that interactive teaching plan that involves everyone in class so that everyone in class involve during teaching and learning sessions. Activity that involve ICT, visual, audio, games, puzzle, group work and project should keep them interested and build self-esteem and confidence in student mind.