Your SlideShare is downloading. ×
  • Like
Edu 3101
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Now you can save presentations on your phone or tablet

Available for both IPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Edu 3101

  • 664 views
Published

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
664
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
35
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. A) Penulisan Akademik Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan sebuah penulisan akademik dengan membincangkan mengenai peranan seorang guru dalam membina modal inan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Pendidikan merupakan satu proses terancang untuk menwujudkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran antara guru dan murid supaya proses tersebut menjadi lancar dan dapat mengembangkan potensi diri masing-masing. Usaha melahirkan generasi yang mapan dengan ilmu di dada bukan sahaja mencakupi aspek akademik malahan melibatkan beberapa aspek lain seperti jasmani,emosi,rohani,intelek dan social. Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah(2005) perkataan (falsafah)berasal dariada beberapa perkataan asing iaitu philo (cinta) daripada istilah Yunani dan Sophos (hikmah, kebijaksanaan). Jadi,gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud cinta kepada kebijaksanaan atau Love of wisdom dalam Bahasa Inggeris. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu,falsafah diertikan sebagai pengetahuan dan
  • 2. penyelidikan tentang sebab-sebab kewujudan sesuatu ataupun mengenai kebenaran dan ertinya wujud sesuatu. Pendidikan sangat penting,memandangkan dalam era globalisasi kini,setiap perkara memerlukan ilmu dan kemahiran untuk membolehkan seseorang itu maju ke hadapan. Terdapat banyak kepentingan pendidikan seperti salah satu cara untuk mengembangkan potensi individu,menyalurkan cara penyampaian dan penerimaan ilmu dengan betul,mempunyai peluang masa depan yang cerah,persiapan mengalami perubahan seiring dengan gelombang perkembangan arus dunia dan banyak lagi. Di sinilah, guru memainkan peranan yang penting dalam membentuk generasi yang akan datang terutamanya dalam modal insan. Ini kerana dengan adaanya modal insan yang baik,barulah Negara itu akan maju. Selain itu, keupayaan dan bakat ini boleh dikembangkan melalui interaksi dengan persekitaran dan pendidikan yang berkualiti. Walaupun individu memiliki keupayaan dan bakat tetapi tidak semua keupayaan dapat dilihat dengan jelas kerana kebanyakkannya masih terpendam. Oleh itu,guru memainkan peranan untuk mencungkil, memupuk,memperkembang dan meningkatkan bakat serta keupayaan tersebut. Guru boleh melalui pelbagai cara untuk mecungkil bakat murid-murid. Ada antaranya guru perlu melalui pemerhatian yang lama,kerana kemungkinan besar murid tersebut berasa malu. Oleh yang demikian,usaha untuk memperkembang
  • 3. potensi individu perlu dirancang dan dilaksanakan dengan teratur dan bersungguh-sungguh. Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) menjadi garis panduan untuk semua aktiviti pendidikan di Malaysia. Kewujudan FPK secara tidak langsung melonjakkan Negara Malaysia untuk duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pendidikan di Negara-negara membangun yang lain. Pendidikan di Malaysia daripada peringkat pra-sekolah sehinggalah ke peringkat universiti mempunyai sistem tersendiri yang sistematik dan berperingkat. FPK secara umumnya ialah proses dan asas utama dalam pembinaan modan insan berkualiti yang baik dan seimbang. Secara tidak langsung,ia dapat melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab serta menjadi warganegara yang baik. Di Negara Malaysia, pendidikan sangat penting. Pendidikan adalah suatu usaha yang berterusan sejak dahulu lagi. Sehingga kini,rakyat kita masih mementingkannya. Manusia perlu menyesuaikan diri mereka dengan pelbagai perubahan yang berlaku sepanjang hayat mereka. Pendidikan merupakan proses yang bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat. Kini masyarakat kita sedang melalui perubahan yang pesat,khasnya dalam persaingan untuk menguasai aplikasi sains, teknologi maklumat dan komunikasi serta menangani cabaran
  • 4. globalisasi dan ekonomi. Untuk menyesuaikan diri dalam perubahan tersebut,maka manusia perlu sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang terkini dari semasa ke semasa. Justeru,pendidikan sepanjang hayat perlu diberi penekanan yang semakin besar. Pendidikan awal kanak-kanak penting untuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak ruang berada dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun. Mana-mana ibu bapa yang gagal menghantar anak mereka pergi ke prasekolah akan dikenakan denda atau dipenjara atau kedua-duanya. Pepatah kata “ melentur buluh biarlah dari rebung”, ini makna pendidikan awal bagi kanak-kanak adalah penting bagi peringkat awal. Ini kerana pada peringkat umur ini, fikiran mereka masih mentah. Jadi,guru boleh memainkan peranannya dalam membentuk modal insan. Kanak-kanak boleh menghadiri taska,kemas,tadika swasta dan pra sekolah. Objektif pendidikan prasekolah di Malaysia dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai sifat peribadi,perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotic. Selain itu,bahasa pengantar di prasekolah adalah Bahasa Melayu dengan betul dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Selain daripada bahasa rasmi, Bahasa Inggeris juga merupakan bahasa kedua
  • 5. yang penting di Malaysia. Maka guru juga harus mengajar kanak-kanak berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Bukan senang,guru dapat memastikan bahawa murid boleh menguasai kedua-dua bahasa dengan baik. Walaubagaimanapun,pada usia yang kecil adalah lebih mudah mendidik jika dibanding dengan murid yang berumur 20. Guru pada zaman sekarang jauh berbeza dengan guru pada zaman dahulu. Jika guru pada zaman sekarang,tidak mempunyai ilmu yang tinggi banding dengan murid-murid,maka guru tersebut akan diketawakan. Lagipun sekarang,penggunaan ICT semakin canggih, aeda daripada kana-kanak sudah pandai menggunakan kemahiran ini walaupun dalam usia sebegini. Maka guru harus lebih berusaha, mendidik kanak-kanak untuk berfikir bagaimana menyelesaikan masalah melalui aktiviti kumpulan ataupun aktiviti lain. Ini adalah penting kerana ia dapat melatih kanak-kanak berfikir dengan mendalam. Bakat,potensi dan kebolehan seseorang dapat dicungkil , dipupuk. Kebolehan terseut dapat dilihat melalui interaksi social dengan orang lain dan alam sekeliling. Guru haruslah memberi peluang individu kepada kanak-kanak untuk berkembang bakat,potensi dan kebolehan mereka. Selalunya perkembangan ini merangkumi empat aspek iaitu intelek,rohani,emosi dan jasmani. Pada peringat awal,
  • 6. kanak-kanak harus mempunyai kemahiran asas 3M iaitu membaca,menulis dan membaca. Secara tidak langsung,kita dapat melatih mereka berfikir secara kreatif,kritikal dan reflektif. Selain itu,kanak-kanak harus berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni. Ini dapat memupuk nilai perpaduan pada diri mereka sendiri. Ini sama dengan ajaran yang terdapat dalam FPK. Sebagai seorang rakyat Malaysia,kita haruslah menjalankan tanggungjawabnya. Kita haruslah dibekalkan dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi dan bernas. Kita juga harus mempunyai fikiran yang terbuka dan luas. Ini dapat melatih murid yang berpandangan jauh dan berinisiatif dalam melakukan sesuatu tugasan. Ini dapat melatih mereka sama ada berkebolehan untuk menjalankan tugas tersebut dengan sempurna atau berputus asa di separuh jalan. Jika betul mereka berputus asa,maka mereka tiada keyakinan atau tidak berpegang kepada prinsip mereka. Mereka harus menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab yang diberi merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik tanpa memberi sebarang alasan. Jika kita dapat melaksanakan tugas dengan amanah dan cekap, ia akan meningkatkan produktiviti. Kita haruslah mematuhi peraturan dan undang-undang tidak mengira di mana kita berada kerana ini merupakan sikap bertanggungjawab.
  • 7. Setiap manusia mempunyai tanggungjawab yang tersendiri. Ini boleh dilihat dari seorang guru,tanggungjawabnya adalah mendidik kanak- kanak tidak mengira sama ada kanak-kanak tersebut Berjaya pada masa kelak atau tidak. Tanggungjawab memang di situ,ini kerana anak-anak menghabiskan masa yang panjang berada di sekolah,rumah taska atau tempat tuisyen jika banding dengan masa yang bersama ibu bapa. Jadi guru mempunyai tanggungjawab yang berat dalam membentuk modal insan. Matlamat Pendidikan Guru ialah menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi,professional dan amalan tingkah laku;menguasai ilmu,kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan serta berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisisan tuntutan Wawasan Pendidikan dalam abad ke-21. Dengan ini seorang guru hendaklah sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran yang diajarinya. Apabila murid menanyakan soalan kepada guru,jika guru tersebut tidak dapat menjawab di depan murid,bagaimana murid itu fikir tentang guru tersebut? Walaupun,kita harus mengajar sahaja tetapi kadang-kadang kita juga harus melengkapi diri kita dengan pengetahuan semasa atau luar. Apabila P&P dijalankan, guru boleh menyerapkan ilmu atau berita yang berkaitan dengan P&P. Jika guru
  • 8. mempunyai masa yang terluang,boleh juga berkongsi dengan anak murid tentang apa yang berlaku di luar sana bagi sekolah yang berada di kawasan pendalaman. Walaupun Negara kita telah masuk era 20an, tetapi masih terdapat sekolah di luar Bandar,murid yang tidak pergi ke sekolah. Maka,pada masa inilah guru boleh memainkan peranan dan tanggungjawab apabila mengajar di sekolah ini. Perubahan system pendidikan dalam dekad 80-an dengan perkenalan program KBSR dan KBSM,memerlukan guru pula mereformasikan diri ke arah pandangan,sikap dan daya usaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar yang canggih,demi mempertingkatkan keupayaan dan pretasinya dalam bidang kerja yang kian mencabar. Pada masa kini, ramai guru,ibu bapa dan anak murid masing-masing berbincang tentang topic KSSR. KSSR merupakan satu transformasi pendidikan iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistic kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi,peruntukan masa,kaedah pentaksiran dan lain-lain. KSSR diperkenalkan secara berperingkat mulai tahun 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif.
  • 9. Walaupun KSSR sejak mula diperkenalkan sehingga sekarang selama 3 tahun. Transformasi ini dikira baru,ia memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan. Melaluinya adanya standard ini,guru dapat mengikuti garis panduan tersebut supaya murid dapat mencapai pembelajaran dengan lebih berkesan. Walaubagaimanapun,perubahan ini tetap ada keburukannya. Jadi guru haruslah bersama-sama bagi mengubahnya supaya menjadi lebih baik. Seiring dengan konsep Falsafah Pendidikan Guru ( FPG ) ialah untuk menghasilkan guru yang akan merealisasikan segala konsep yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Negara ( FPN ). FPG di Malaysia digubal berdasarkan Model Konseptual Pendidikan Guru iaitu 3 dimensi utama seperti Ketuhanan, Kendiri dan Kemasyarakatan ( jasmani,emosi,rohani dan intelek). Sebagai rakyat di Malaysia,kita mengetahui bahawasanya agama rasmi merupakan agama Islam. Oleh sebab,Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Jadi Malaysia juga mempunyai agama Buddha,Kristian dan lain-lain. Disebabkan ada nilai keagamaan,maka sikap Kepercayaan Kepada Tuhan boleh disemai dalam kanak-kanak melalui Rukun Negara, Pendidikan Moral,Pendidikan Islam dan lain-lain. Guru boleh menerapkan nilai-nilai kebudayaan rakyat Malaysia terhadap anak murid mereka dalam aktiviti Sambutan Kemerdekaan.
  • 10. Sambutan ini haruslah disambut dengan penuh sifat patriotism. Selain itu,dalam Pendidikan Moral juga,guru boleh menegaskan anak-anak muridnya mengenai rasa hormat antara satu sama lain walaupun berbeza warna kulit,agama dan kaum. Selaras dengan seruan Perdana Menteri “ 1 Malaysia”,maka pelbagai perayaan boleh disambut bersama dengan kaum lain. Misalnya “Tahun Baru Cina”, “ Hari Raya Puasa”,Hari Raya Aidilfitri dan “Deepavali”,tidak lupa juga dengan “Hari Kristmas”. Sebagai contoh,apabila kaum raya menyambut “Bulan Puasa”,kita harus memahami mereka tidak boleh makan minum pada waktu siang,dan hanya boleh makan apabila matahari sudah terbenam. Jika kita di sekolah,maka elakkan daripada makan atau minum di depan mereka, ini menunjukkan tanda hormat kepada mereka. Nilai kemasyarakatan juga dititik berat dalam FPG. Kanak-kanak bukan sahaja hanya focus pada akademik,manakala juga pandai bersosial. Jika tidak pandai bersosial,bagaimana kanak-kanak harus berinteraksi dengan orang lain? Ini sangat penting walau menceburi apa-apa bidang sahaja. Nilai kendiri iaitu penekanan peranan pembinaan daya kefahaman dan patriotism,pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berperkerti mulia. Nilai-nilai murni merujuk kepada
  • 11. perlakuan nilai murni,pengalaman guru yang penyayang dan mempunyai nilai integriti yang tinggi. Seorang guru mestilah berperwatakan mulia dan berdisiplin kerana guru akan menjadi contoh kepada murid-muridnya. Guru haruslah pandai menghargai anak-anak murid dan meraikan fitrah mereka yang mempunyai beraneka ragam. Guru sebagai “role model” kepada murid-murid, maka guru haruslah pandai menjaga tingkah laku sendiri,cara bertutur,cara berpakaian dan lain-lain lagi. ¥¥( tidak pasti sama ada ini betul atau tidak) Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab,guru hari ini haruslah menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa yang berguna nanti. Perubahan system pendidikan dalam dekad 80-an dengan perkanalan program KBSR dan KBSM,dan perubahan system pendidikan dalam dekad 90-an,memerlukan guru pula mereformasikan diri ke arah pandanganmsikap dan daya usaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar yang canggih,demi mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya dalm bidang kerja yang kian mencabar. Ekoran daripada transformasi pendidikan yang dilancarkan,tugas dan kerja guru hari ini tidak sama seperti masa yang lalu. Peranan guru
  • 12. yang lalu merupakan seorang penyampai maklumat,tetapi pada masa kini ,peranannya telah ditukar menjadi pembimbing,fasilitator dan pemberi rangsangan dalam bilik darjah. Ini boleh dapat dilihat dalam pelaksanaan KSSR yang dijalankan pada masa kini. Dalam KSSR,guru lebih memainkan sebagai perangsang jika dibanding dengan dahulu. Kini guru harus menggunakan pelbagai kaedah untuk mencetuskan murid agar berfikir secara kreatif dan kritis. Selain itu, guru pada masa dahulu hanya menumpukan tugasnya mengajar murid dengan ilmu pengetahuan,tetapi masa kini tugasnya telah ditukar dengan usaha mengembangkan potensi murid secara menyeluruh dari segi intelek,rohani,jasmani dan emosi;mendidik murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia,berani dan sanggup menghadapi cabaran hidup serta berguna untuk pembangunan Negara.