SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
Laporan
Lawatan
Ke
Muzium
Negara

 Nama : Thomas Albechien
 Subjek : MPU 2163
 Kelas : D.S.M 91
 Nama : Puan Aini Binti Abdul Rahman
Pensyarah

1
Pengenalan
Pada 21 November 2013, saya telah mengikuti lawatan ke Muzium Negara bersama
rakan kelas saya yang dianjurkan oleh pensyarah kami bagi mencari maklumat untuk
laporan kerja kami. Sebanyak tiga kelas termasuk kelas kami telah terlibat dalam lawatan
ini. Objektif utama dalam lawatan ini adalah memberi peluang kepada pelajar-pelajar
untuk memahami tentang kepentingan sejarah. Selain itu,dapat memberi pendedahan dan
pendekatkan kepada pelajar terhadap tinggalan dan peringatan sejarah.
Lawatan kami selama 4 jam di Muzium negara sangat menarik dan kami telah banyak
mempelajari dan mengetahui perkara-perkara yang baru dari setempat ke satu tempat.
Kami gunakan setiap masa lawatan kami sebaik mungkin untuk memperolehi maklumatmaklumat penting yang sukar kami dapati.

2
Semasa saya menjalani sesi lawatan saya di lokasi terbabit, saya telah memperolehi
beberapa maklumat tentang sejarah zaman purba yang terdapat di negara kita iaitu Zaman
Gangsa, Zaman Besi dan Zaman Logam.
Zaman Gangsa
Penemuan bahan acuan membuat kapak gangsa di tapak arkeologi Gua Harimau, Perak,
yang dihasilkan oleh masyarakat tempatan jelas membuktikan bahawa Zaman Gangsa
dipercayai telah wujud di Malaysia sekitar 3000 tahun silam.
Antara penemuan terpenting yang mewakili zaman ini ialah artifak gendang dan loceng
gangsa. Gendang gangsa yang ditemui di Pahang, Selangor, Terengganu adalah daripada
jenis Heger 1 dan artifak ini turut ditemui tersebar di rantau Asia Tenggara. Berdasarkan
kepada persamaan motif hiasan yang terdapat pada permukaan gendang dan loceng
diepercayai ianya berasal dari wilayah Dongson di Vietnam. Selain itu, turut ditemui ialah
mangkuk dan mata kapak gangsa.
Zaman Besi
Berdasarkan kajian dan penemuan artifak di tapak kubur kepingan yang dihasilkan oleh
masyarakat tempatan. Zaman Besi dipercayai wujud di Malaysia sekitar awal kurun
Masihi hingga kurun ke-7 Masihi, selepas Zaman Gangsa.
Zaman Besi dicirikan oleh penemuan artifak besi yang terdiri daripada kapak, beliung,
sabit, pisau dan mata lembing. Kebanyakan alat besi ini dipercayai mempunyai pemegang
yang diperbuat daripada kayu atau rotan. Sebahagian daripada artifak yang ditemui juga
mempunyai juga bentuk yang unik menyerupai tulang rusuk haiwan. Artifak ini dikenali
sebagai ‘ tulang mawas ‘.
Artifak Zaman Besi biasanya ditemui dalam satu kelompok seperti yang berlaku dalam
kajian di Sengat dan Ipoh di Perak, Tersang dan Ulu Tembeling di Pahang. Ianya
dikaitkan dengan aktiviti perlombongan. Artifak Zaman Besi berserta manik-manik kaca
dan tembikar juga turut ditemui di tapak-tapak kubur batu kepingan seperti yang terdapat
di Lembah Bernam, Selangor, dan Lembah Kruit, Perak.

3
Zaman Logam
Zaman Logam dikatakan bermula sekitar 3000-2500 tahun silam hingga awal Masihi. Ia
dikategorikan kepada Zaman Gangsa dan Zaman Besi, Berdasarkan bahan yang
digunakan untuk kegiatan harian. Kemunculan zaman ini menandakan tamatnya
penggunaan alat batu dan bermulanya penggunaan teknologi baru dalam penghasilan
artifak untuk kegunaan, khususnya dalam pengadunan api dan pengawalan suhu semasa
proses peleburan mineral logam tersebut.
Sesetengah ahli arkeologi berpendapat bahawa alat gangsa dibawa masuk dari negara
luar, namun acuan pembuat kapak gangsa di Gua Harimau, Perak, membuktikan bahawa
sebahagian alat gangsa memang dihasilkan di Malaysia. Zaman Logam juga dikaitkan
dengan aktiviti perlombongan bahan galian, khususnya timah dan emas. Justeru, ini
menjelaskan bahawa masyarakat zaman ini sudah mempunyai teknologi dan pengetahuan
yang tinggi tentang logam dan kegunaannya.
Masyarakat Zaman Logam juga dikatakan sudah mempunyai sistem sosial dan
kepercayaan yang mantap. Tradisi pengkebumiannya juga lebih teratur di mana mayat
ditanam di dalam kubur yang ditutupi dan disusun dengan batu kepingan. Mereka juga
turut terlibat dalam aktiviti perdagangan. Ini dibuktikan melalui penemuan artifak seperti
manik-manik kaca dan tembikar di tapak berkenaan.

4
Seterusnya, saya berpindah ke lokasi yang berbeza dan lebih menarik. Di situ, saya telah
melihat dan mempelajari tentang Tarian Tradisional Melayu. Tarian merupakan satu
bentuk perhubungan bukan lisan yang universal. Melaluinya kita dapat menghayati ciriciri budaya sesuatu kaum seperti nilai, norma dan tabiat semula jadi. Saya telah
mengetahui beberapa jenis tarian tradisional Melayu seperti Tarian Asyik, Tarian Mak
Yong, Tarian Joget dan Tarian Zapin.

Tarian Asyik
Tarian Asyik merupakan sejenis tarian Melayu klasik yang ditarikan di istana raja-raja
Kelantan dan Pattani terutamanya oleh para inang remaja. Kebiasaannya ia ditarikan
dalam upacara perkahwinan, iaitu malam berinai dan malam berinai besar di istana.
Tarian Asyik mempunyai rentak perlahan dan gemalai, kerana ia ditarikan di hadapan raja
dan permaisuri. Sesuai dengan namanya. Asyik bererti kekasih, justeru memperlihatkan
pergerakan yang lemah lembut dan penuh dengan ketertiban. Penari asalnya hanya
berkemban, dengan memakai tali pinggang dan mahkota kecil. Pada sesetengah
pergerakan ia kelihatan menyerupai tarian dalam pementasan Mak Yong.
Tarian Mak Yong
Tarian Mak Yong yang berasal dari Pattani di selatan Thailand dicipta untuk hiburan
kerabat diraja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat diraja lelaki.
Tarian ini menggabungkan drama romantis, tarian dan nyanyian tradisional dengan gaya
yang menawan, yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan Melayu.
Tarian Joget
Tarian Joget dipercayai berasal daripada tarian tradisinal Portugis yang diperkenalkan
di Melaka sewaktu era perdagangan rempah. Tarian ini mudah diterima oleh masyarakat
tempatan sehingga menjadikannya popular dan sering dipersembahkan dalam majlismajlis keramaian. Rentaknya yang agak pantas menjadikan Joget sebuah tarian yang
meriah dan dipersembahkan secara berpasangan lelaki dan wanita yang turut disulami
usikan sesama mereka.
Tarian Zapin
Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Melayu boleh dilihat dengan ketara dalam tarian
Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini yang diperkenalkan oleh
para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir dan ia
bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.

5
Akhir sekali, saya berpeluang untuk mengenali beberapa jenis Persembahan Tradisional
Melayu yang telah wujud dan dipraktikkan sejak zaman dahulu dibahagian negeri
masing-masing. Contohnya seperti persembahan Kuda Kepang, Mek Mulung,
Bangsawan, Barongan, Main Puteri dan Mak Yong.
Kuda Kepang
Kuda Kepang dikatakan berasal dari Jawa dan diperkenalkan di negara ini khususnya di
negeri Johor oleh Wali Songo (Wali Sembilan) pada kurun ke-15. Dalam bahasa Jawa ia
dinamakan ‘jaran kepang’ yang bermaksud ‘jaran’ - kuda dan ‘kepang’ - anyaman.
Kuda Kepang terdapat dua jenis pertama berbentuk tarian dan kedua berbentuk
permainan. Kuda Kepang jenis permainan lebih berbentuk mistik yang memperlihatkan
para penarinya ‘melupa’ dan seolah-olah ‘terasuk’ apabila terlalu asyik sehingga mereka
mampu memakan rumput, lalang, bunga, kemenyan, kaca dan sebagainya dalam keadaan
tidak sedarkan diri.
Idea Kuda Kepang berasal dari tarian kuda iaitu menari sambil menunggang kuda. Ia
timbul apabila masyarakat tempatan sukar menerima aktiviti penyebaran ajaran Islam
yang di bawa oleh Wali Songo dan kumpulannya. Justeru, tarian berkuda diadakan
sebelum atau selepas mengajar agama untuk menarik perhatian penduduk kampung dan
usaha mereka ini berjaya. Peralihan waktu telah membuatkan kuda-kuda itu ditukar
dengan kulit binatang atau buluh bagi menggantikan kuda sebenar.
Sebuah kumpulan Kuda Kepang lazimnya mengandungi 9 hingga 15 orang penari yang
terdiri dari lelaki dan perempuan termasuk seorang ketua penari yang dipanggil
‘Danyang’, lima atau enam orang pemuzik dan seorang pawang (bomoh) merangkap
ketua kumpulan yang berperanan sebagai penggerak kepada tarian ini. Dari segi
pergerakan, tarian Kuda Kepang banyak melibatkan pergerakan kaki.
Mek Mulung
Mek Mulung merupakan teater tradisional yang berasal dari Siam dan sangat popular di
negeri Kedah. Ia merupakan suatu adunan kesenian yang telah digabungkan dalam suatu
persembahan yang mengandungi unsu-unsur lakonan, nyayian, tarian dan muzik. Mek
Mulung juga digunakan untuk mengubati penyakit selain untuk tujuan hiburan.
Persembahan Mek Mulung dimulai dengan lagu pengenalan ‘bertabuh’ di mana semua
alat muzik dimainkan serentak. Sebaik sahaja acara bertabuh selesai diikuti pula dengan
nyanyian ‘bertabik’ dan disusuli dengan tarian. Antara tarian yang dipersembahkan ialah
Tarian Sembah, Tarian Gambang dan Tarian Puteri mabuk.
Semua pertukaran adegan atau perpindahan suasana dalam cerita akan dilakukan dengan
cara nyanyian beramai-ramai disertai dengan pantun. Cerita-cerita yang selalu dimainkan
seperti Lakon Afrit, Batak Putih dan Cahaya Bulan. Di antara lagu-lagu yang biasa

6
didendangkan pula ialah Timang Wela, Anak Udang dan Raja Beradu.
Raja atau Pak Mulung merupakan watak utama. Ia dibantu tiga watak peran iaitu Peran
Tua, Peran Muda dan Peran Kiau, seorang ahli nujum yang dipanggil ‘Tok Wak’, seorang
inang dan beberapa orang penari. Kesemua pelakonnya adalah lelaki yang berpakaian
seperti wanita.
Unsur lakonan dalam Mek Mulung dilakukan secara spontan dan tidak menggunakan
sebarang skrip. Pengucapan dialog dalam persembahan Mek Mulung menggunakan
bahasa Melayu harian loghat Kedah diselang-selikan dengan loghat Melayu Pattani. Kini,
teater Mek Mulung hanya dipersembahkan pada musim-musim tertentu sahaja seperti di
majlis-majlis keramaian, majlis perkahwinan dan lain-lain pesta keramaian.
Bangsawan
Teater Bangsawan merupakan perintis kepada persembahan drama moden. Biasanya
pengembangan cerita dilakukan secara spontan memandangkan tiada skrip disediakan
bagi sesebuah persembahan Bangsawan. Daya kreatif perlakonan yang bijak
berimprovasi dengan dialog-dialog sendiri berdasarkan jalan cerita yang diberikan
pengarah akan menentukan keberkesanan dan keaslian sesebuah cerita Bangsawan.
Selain daripada kespontanan dialog, wajah yang jelita dan kacak para pelakonnya juga
menjadi daya tarikan kepada sesebuah pementasan, selain dari unsur lucu dan romantis di
dalam cerita.
Cerita Bangsawan merupakan satu persembahan drama tradisi yang berkisar tentang
kisah raja-raja yang melibatkan alam kayangan dan alam nyata, umpamanya cerita ‘Julia
Juli Bintang Tujuh’. Watak-watak dalam Bangsawan biasanya terdiri daripada pahlawan,
putera kacak dan puteri yang cantik, hamba jin, nenek kebayan dan raksasa.
Barongan
Drama tari Barongan merupakan sejenis tarian rakyat yang menggambarkan kisah-kisah
di zaman Nabi Sulaiman a.s. Kesenian ini boleh disaksikan di beberapa daerah yang
mempunyai ramai masyarakat Jawa seperti daerah Batu Pahat di Johor dan Selangor.
Barongan dipercayai berkembang di negara ini sekitar tahun 1722 oleh masyarakat Jawa
Islam yang berhijrah ke Tanah Melayu kerana kemusnahan Kerajaan Riau-Lingga mahu
pun golongan hamba kerajaan yang lari ke Johor.
Sejarah Barongan dikaitkan dengan kisah seekor harimau yang merayau-rayau di hutan
dan ternampak seekor burung merak yang sedang mengembangkan ekornya. Sebaik
sahaja terpandangkan harimau, si merak telah melompat ke atas kepala harimau dan
keduanya terus menari dengan asyiknya.

7
Pada masa yang sama seorang Pamong (Juruiring) Puteri Raja bernama Garong yang
sedang menunggang kuda lalu di kawasan itu. Melihatkan kedua-dua haiwan itu menari,
pamong Garong turun dari kudanya dan turut menari bersama-sama binatang tersebut.
Tarian Barongan diiringi peralatan muzik seperti gong, gendang dan angklung. Tarian ini
turut mempunyai watak-watak tertentu iaitu seorang putera yang menunggang kuda (kuda
kepang) seorang pelawak yang bertopeng dan Barongan. Biasanya Barongan
dipersembahkan untuk mengiringi tarian Kuda Kepang.
Main Puteri
Main Puteri atau dikenali juga sebagai Main Teri dan Main Peteri terkenal di kalangan
orang Melayu Kelantan. Ia merupakan teater persembahan yang bukan sahaja menjadi
alat hiburan, tetapi juga digunakan untuk tujuan perubatan dan upacara perbomohan.
Dalam Main Puteri beberapa alat muzik tradisional turut digunakan seperti rebab,
sepasang gong, gendang, canang dan kesi. Walau bagaimanapun, alat-alat muzik ini tidak
dimainkan dalam satu masa yang sama kecuali rebab yang digesekkan di sepanjang masa
persembahan berlangsung.
Mak Yong
Mak Yong dipercayai wujud di negara ini sebelum kedatangan Islam dan dipentaskan
sebagai pementasan diraja di bawah naungan Kesultanan Kelantan sehingga tahun 1920an. Pada masa dahulu para pelakon terdiri daripada gadis-gadis muda dan jelita yang
mengambil semua peranan lelaki dan perempuan kecuali watak-watak komedi atau peran.
Dahulunya Mak Yong merupakan hiburan bagi permaisuri-permaisuri dan puteriputeri raja. Jadi untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku maka para
pelakon hanya terdiri daripada perempuan sahaja. Selain Kelantan, Mak Yong juga
terkenal di Terengganu dan Kedah selain Pattani dan Kepulauan Riau Indonesia.
Persembahan Mak Yong dilengkapi iringan lagu-lagu seperti lagu bertabuh, mengadap
rebab, nyanyian Pak Yong Tua - Sedayung Pak Yong dan lain-lain. Manakala watakwatak penting dalam persembahan Mak Yong ialah Pak Yong, Pak Yong muda, Mak
Yong,
puteri Mak Yong, peran dan dayang-dayang, Cerita-cerita dalam Mak Yong yang
dianggap lengkap, asli dan cukup nilai serinya seperti Dewa Muda, Dewa Pencil dan
Dewa Sakti. Pada tahun 2005 Mak Yong telah dimasukkan dalam Senarai Warisan Dunia
di bawah kategori ‘Masterpiece of the Oral and Intangible Heritage of Humanity’ oleh
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO).

8
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, lawatan ini memberikan banyak maklumat dan juga
pengalaman yang bermakna bahawa pelajar tidak akan mendapat ia semasa pembelajaran
di dalam kelas. Ini adalah kerana pelajar hanya belajar berdasarkan maklumat dari buku
teks sahaja semasa di dalam kelas, tetapi mereka tidak dapat lebih mendekatkan diri dan
melihat contoh-contoh sebenar tentang sejarah-sejarah negara ini. Jadi, ia akan
memberikan pemahaman yang lebih mendalam lagi dan bagi saya lawatan ini adalah
benar-benar penting bagi proses pembelajaran kami tentang sejarah.

9
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, lawatan ini memberikan banyak maklumat dan juga
pengalaman yang bermakna bahawa pelajar tidak akan mendapat ia semasa pembelajaran
di dalam kelas. Ini adalah kerana pelajar hanya belajar berdasarkan maklumat dari buku
teks sahaja semasa di dalam kelas, tetapi mereka tidak dapat lebih mendekatkan diri dan
melihat contoh-contoh sebenar tentang sejarah-sejarah negara ini. Jadi, ia akan
memberikan pemahaman yang lebih mendalam lagi dan bagi saya lawatan ini adalah
benar-benar penting bagi proses pembelajaran kami tentang sejarah.

9

More Related Content

What's hot

WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANAWACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANAAFIFAH ABIDIN
 
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIRafiza Diy
 
Fonem dan alofon
Fonem dan alofonFonem dan alofon
Fonem dan alofonCikgu Isnin
 
Seni Muzik & Nyanyian Melayu
Seni Muzik & Nyanyian MelayuSeni Muzik & Nyanyian Melayu
Seni Muzik & Nyanyian Melayunorazee
 
Pengenalan konsonan rangkap
Pengenalan konsonan rangkapPengenalan konsonan rangkap
Pengenalan konsonan rangkapfiro HAR
 
Petikan teks si tanggang
Petikan teks si tanggangPetikan teks si tanggang
Petikan teks si tanggangcekodok Pisang
 
Asal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayuAsal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayuHam Dan
 
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 20189224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018RAMLAH BINTI A. RANI
 
Gerakan jisim disediakan oleh mohd salleh sairan
Gerakan jisim disediakan oleh mohd salleh sairanGerakan jisim disediakan oleh mohd salleh sairan
Gerakan jisim disediakan oleh mohd salleh sairanSMK Methodist Sibu
 
GPI 1083
GPI 1083GPI 1083
GPI 1083Inbmy
 
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARAPEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARAUNie ONie
 

What's hot (20)

Laras bahasa sains
Laras bahasa sainsLaras bahasa sains
Laras bahasa sains
 
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANAWACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
WACANA PENULISAN; KEUTUHAN WACANA
 
Refleksi
Refleksi Refleksi
Refleksi
 
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
 
Kesan banjir
Kesan banjirKesan banjir
Kesan banjir
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Batu Karang Brahi :)
Batu Karang Brahi :)Batu Karang Brahi :)
Batu Karang Brahi :)
 
Fonem dan alofon
Fonem dan alofonFonem dan alofon
Fonem dan alofon
 
Pola keselarasan vokal
Pola keselarasan vokalPola keselarasan vokal
Pola keselarasan vokal
 
Seni Muzik & Nyanyian Melayu
Seni Muzik & Nyanyian MelayuSeni Muzik & Nyanyian Melayu
Seni Muzik & Nyanyian Melayu
 
Pengenalan konsonan rangkap
Pengenalan konsonan rangkapPengenalan konsonan rangkap
Pengenalan konsonan rangkap
 
Petikan teks si tanggang
Petikan teks si tanggangPetikan teks si tanggang
Petikan teks si tanggang
 
Ucapan Pemujukan
Ucapan PemujukanUcapan Pemujukan
Ucapan Pemujukan
 
Asal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayuAsal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayu
 
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 20189224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
9224 sinopsis projek contoh 9224 (kesus. melayu) stpm 2018
 
Gerakan jisim disediakan oleh mohd salleh sairan
Gerakan jisim disediakan oleh mohd salleh sairanGerakan jisim disediakan oleh mohd salleh sairan
Gerakan jisim disediakan oleh mohd salleh sairan
 
GPI 1083
GPI 1083GPI 1083
GPI 1083
 
Asal Usul Bahasa Melayu
Asal Usul  Bahasa MelayuAsal Usul  Bahasa Melayu
Asal Usul Bahasa Melayu
 
Pengajian am
Pengajian amPengajian am
Pengajian am
 
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARAPEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
 

Viewers also liked

Laporan lawatan Sambil Belajar
Laporan lawatan Sambil BelajarLaporan lawatan Sambil Belajar
Laporan lawatan Sambil BelajarMat Yus
 
Bab v (kesimpulan saran)
Bab v (kesimpulan saran)Bab v (kesimpulan saran)
Bab v (kesimpulan saran)Maulani Legowo
 
Kertas Kerja Lawatan ke MMU Cyberjaya
Kertas Kerja Lawatan ke MMU CyberjayaKertas Kerja Lawatan ke MMU Cyberjaya
Kertas Kerja Lawatan ke MMU Cyberjayanatashaborhan
 
TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations
TITAS Assignment Report - Trains & CivilisationsTITAS Assignment Report - Trains & Civilisations
TITAS Assignment Report - Trains & CivilisationsPang Shuen
 
PMR karangan jenis fakta
PMR karangan jenis faktaPMR karangan jenis fakta
PMR karangan jenis faktacikgushamsuddin
 
Laporan Lawatan sambil Belajar ke Kolej Komuniti Selayang
Laporan Lawatan sambil Belajar ke Kolej Komuniti SelayangLaporan Lawatan sambil Belajar ke Kolej Komuniti Selayang
Laporan Lawatan sambil Belajar ke Kolej Komuniti SelayangZuzan Michael Japang
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan faktaAn Hawa
 
Sample for spm directed writing
Sample for spm directed writingSample for spm directed writing
Sample for spm directed writingLinda Midy
 
Kesimpulan dan saran
Kesimpulan dan saranKesimpulan dan saran
Kesimpulan dan saranitemagil
 
Contoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatanContoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatanJeglin Siva
 
Contoh laporan kerja praktek ti
Contoh laporan kerja praktek tiContoh laporan kerja praktek ti
Contoh laporan kerja praktek tialvinsadega
 

Viewers also liked (20)

Laporan lawatan Sambil Belajar
Laporan lawatan Sambil BelajarLaporan lawatan Sambil Belajar
Laporan lawatan Sambil Belajar
 
Kertas kerja lawatan sambil belajar
Kertas kerja lawatan sambil belajarKertas kerja lawatan sambil belajar
Kertas kerja lawatan sambil belajar
 
Koleksi Contoh Karangan 2
Koleksi Contoh Karangan 2Koleksi Contoh Karangan 2
Koleksi Contoh Karangan 2
 
contoh Penghargaan
contoh Penghargaan contoh Penghargaan
contoh Penghargaan
 
Makalah bela negara
Makalah bela negaraMakalah bela negara
Makalah bela negara
 
Bab v (kesimpulan saran)
Bab v (kesimpulan saran)Bab v (kesimpulan saran)
Bab v (kesimpulan saran)
 
HBEF2303 KESIMPULAN
HBEF2303 KESIMPULANHBEF2303 KESIMPULAN
HBEF2303 KESIMPULAN
 
Kertas Kerja Lawatan ke MMU Cyberjaya
Kertas Kerja Lawatan ke MMU CyberjayaKertas Kerja Lawatan ke MMU Cyberjaya
Kertas Kerja Lawatan ke MMU Cyberjaya
 
Titas report
Titas reportTitas report
Titas report
 
Report TITAS 2014
Report TITAS 2014Report TITAS 2014
Report TITAS 2014
 
Laporan lawatan ilmiah
Laporan lawatan ilmiahLaporan lawatan ilmiah
Laporan lawatan ilmiah
 
TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations
TITAS Assignment Report - Trains & CivilisationsTITAS Assignment Report - Trains & Civilisations
TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations
 
PMR karangan jenis fakta
PMR karangan jenis faktaPMR karangan jenis fakta
PMR karangan jenis fakta
 
Laporan Lawatan sambil Belajar ke Kolej Komuniti Selayang
Laporan Lawatan sambil Belajar ke Kolej Komuniti SelayangLaporan Lawatan sambil Belajar ke Kolej Komuniti Selayang
Laporan Lawatan sambil Belajar ke Kolej Komuniti Selayang
 
Karangan fakta
Karangan faktaKarangan fakta
Karangan fakta
 
Sample for spm directed writing
Sample for spm directed writingSample for spm directed writing
Sample for spm directed writing
 
Kesimpulan dan saran
Kesimpulan dan saranKesimpulan dan saran
Kesimpulan dan saran
 
Contoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatanContoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatan
 
Contoh laporan kerja praktek ti
Contoh laporan kerja praktek tiContoh laporan kerja praktek ti
Contoh laporan kerja praktek ti
 
TITAS USM
TITAS USMTITAS USM
TITAS USM
 

Similar to Report lawatan ke muzium negara 21 nov 2013 mpu 2163

Hsa3013 – prasejarah dan protosejarah asia tenggara (slide ) ( gendang gangs...
Hsa3013 – prasejarah dan protosejarah  asia tenggara (slide ) ( gendang gangs...Hsa3013 – prasejarah dan protosejarah  asia tenggara (slide ) ( gendang gangs...
Hsa3013 – prasejarah dan protosejarah asia tenggara (slide ) ( gendang gangs...Welly Bart
 
Seni Muzik Tradisional Masyarakat Melayu
Seni Muzik Tradisional Masyarakat MelayuSeni Muzik Tradisional Masyarakat Melayu
Seni Muzik Tradisional Masyarakat MelayuLim Yi Heng
 
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUBAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUZakira Hafizah
 
Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)
Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)
Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)Atifah Ruzana Abd Wahab
 
TARIAN SUMAZAU
TARIAN SUMAZAUTARIAN SUMAZAU
TARIAN SUMAZAUAmran Aris
 
Tarian Tradisional
Tarian TradisionalTarian Tradisional
Tarian Tradisionalbmamirah
 
6017163 tarian-singa
6017163 tarian-singa6017163 tarian-singa
6017163 tarian-singaRavin Ravi
 
Alat muzik tradisional
Alat muzik tradisionalAlat muzik tradisional
Alat muzik tradisional@f!Q@H @F!N@
 
Warisan kepelbagaian budaya malaysia t2
Warisan kepelbagaian budaya malaysia t2Warisan kepelbagaian budaya malaysia t2
Warisan kepelbagaian budaya malaysia t2nurfadhillah
 
KAQ1063 Kuliah 4.ppt
KAQ1063 Kuliah 4.pptKAQ1063 Kuliah 4.ppt
KAQ1063 Kuliah 4.pptRISHIKHESAN
 
JENIS-JENIS NEKA BAHASA DALAM DRAMA MOHAMED GHOUSE NASURUDDIN BERDASARKAN TEO...
JENIS-JENIS NEKA BAHASA DALAM DRAMA MOHAMED GHOUSE NASURUDDIN BERDASARKAN TEO...JENIS-JENIS NEKA BAHASA DALAM DRAMA MOHAMED GHOUSE NASURUDDIN BERDASARKAN TEO...
JENIS-JENIS NEKA BAHASA DALAM DRAMA MOHAMED GHOUSE NASURUDDIN BERDASARKAN TEO...NURWASILAH7
 
Power Point Semester 2 Sejarah (modular)
Power Point Semester 2 Sejarah (modular)Power Point Semester 2 Sejarah (modular)
Power Point Semester 2 Sejarah (modular)Blogger
 
DONDANG SAYANG
DONDANG SAYANGDONDANG SAYANG
DONDANG SAYANGAmran Aris
 
pengkebumian tempayan
pengkebumian tempayanpengkebumian tempayan
pengkebumian tempayanShoanna94
 
sejarah bab 1,2,3 tingkatan 1
sejarah bab 1,2,3 tingkatan 1sejarah bab 1,2,3 tingkatan 1
sejarah bab 1,2,3 tingkatan 1Thamo Thiran
 

Similar to Report lawatan ke muzium negara 21 nov 2013 mpu 2163 (20)

Hsa3013 – prasejarah dan protosejarah asia tenggara (slide ) ( gendang gangs...
Hsa3013 – prasejarah dan protosejarah  asia tenggara (slide ) ( gendang gangs...Hsa3013 – prasejarah dan protosejarah  asia tenggara (slide ) ( gendang gangs...
Hsa3013 – prasejarah dan protosejarah asia tenggara (slide ) ( gendang gangs...
 
Muzik klasik
Muzik klasikMuzik klasik
Muzik klasik
 
Seni Muzik Tradisional Masyarakat Melayu
Seni Muzik Tradisional Masyarakat MelayuSeni Muzik Tradisional Masyarakat Melayu
Seni Muzik Tradisional Masyarakat Melayu
 
Seni tari
Seni tariSeni tari
Seni tari
 
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUBAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
 
Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)
Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)
Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)
 
TARIAN SUMAZAU
TARIAN SUMAZAUTARIAN SUMAZAU
TARIAN SUMAZAU
 
Tarian Tradisional
Tarian TradisionalTarian Tradisional
Tarian Tradisional
 
6017163 tarian-singa
6017163 tarian-singa6017163 tarian-singa
6017163 tarian-singa
 
Alat muzik tradisional
Alat muzik tradisionalAlat muzik tradisional
Alat muzik tradisional
 
Warisan kepelbagaian budaya malaysia t2
Warisan kepelbagaian budaya malaysia t2Warisan kepelbagaian budaya malaysia t2
Warisan kepelbagaian budaya malaysia t2
 
KAQ1063 Kuliah 4.ppt
KAQ1063 Kuliah 4.pptKAQ1063 Kuliah 4.ppt
KAQ1063 Kuliah 4.ppt
 
JENIS-JENIS NEKA BAHASA DALAM DRAMA MOHAMED GHOUSE NASURUDDIN BERDASARKAN TEO...
JENIS-JENIS NEKA BAHASA DALAM DRAMA MOHAMED GHOUSE NASURUDDIN BERDASARKAN TEO...JENIS-JENIS NEKA BAHASA DALAM DRAMA MOHAMED GHOUSE NASURUDDIN BERDASARKAN TEO...
JENIS-JENIS NEKA BAHASA DALAM DRAMA MOHAMED GHOUSE NASURUDDIN BERDASARKAN TEO...
 
Power Point Semester 2 Sejarah (modular)
Power Point Semester 2 Sejarah (modular)Power Point Semester 2 Sejarah (modular)
Power Point Semester 2 Sejarah (modular)
 
TARIAN NGAJAT
TARIAN NGAJATTARIAN NGAJAT
TARIAN NGAJAT
 
DONDANG SAYANG
DONDANG SAYANGDONDANG SAYANG
DONDANG SAYANG
 
pengkebumian tempayan
pengkebumian tempayanpengkebumian tempayan
pengkebumian tempayan
 
Folio tarian RIMUP
Folio  tarian RIMUPFolio  tarian RIMUP
Folio tarian RIMUP
 
zaman logam
 zaman logam zaman logam
zaman logam
 
sejarah bab 1,2,3 tingkatan 1
sejarah bab 1,2,3 tingkatan 1sejarah bab 1,2,3 tingkatan 1
sejarah bab 1,2,3 tingkatan 1
 

More from Thomas Mon

Akhlak Menurut Iman Al-Ghazali
Akhlak Menurut Iman Al-GhazaliAkhlak Menurut Iman Al-Ghazali
Akhlak Menurut Iman Al-GhazaliThomas Mon
 
Etika dan Moral Menurut Agama Kristian
Etika dan Moral Menurut Agama KristianEtika dan Moral Menurut Agama Kristian
Etika dan Moral Menurut Agama KristianThomas Mon
 
Etika dan Moral Agama Hindu
Etika dan Moral Agama HinduEtika dan Moral Agama Hindu
Etika dan Moral Agama HinduThomas Mon
 
Etika dan Moral Menurut Agama Yahudi
Etika dan Moral Menurut Agama YahudiEtika dan Moral Menurut Agama Yahudi
Etika dan Moral Menurut Agama YahudiThomas Mon
 
Pengenalan Etika, Akhlak dan Moral
Pengenalan Etika, Akhlak dan MoralPengenalan Etika, Akhlak dan Moral
Pengenalan Etika, Akhlak dan MoralThomas Mon
 
Masalah Sosial
Masalah SosialMasalah Sosial
Masalah SosialThomas Mon
 
Acknowledgement For Assignment
Acknowledgement For AssignmentAcknowledgement For Assignment
Acknowledgement For AssignmentThomas Mon
 
Critical and Creative Thinking
Critical and Creative ThinkingCritical and Creative Thinking
Critical and Creative ThinkingThomas Mon
 
Principle Of Management (POM)
Principle Of Management (POM)Principle Of Management (POM)
Principle Of Management (POM)Thomas Mon
 
MIS Management Information Systems
MIS Management Information SystemsMIS Management Information Systems
MIS Management Information SystemsThomas Mon
 
Introduction To Accounting
Introduction To AccountingIntroduction To Accounting
Introduction To AccountingThomas Mon
 
Cct 224 thinking map
Cct 224 thinking mapCct 224 thinking map
Cct 224 thinking mapThomas Mon
 
MPU Rancangan dan Visi Pembangunan
MPU Rancangan dan Visi PembangunanMPU Rancangan dan Visi Pembangunan
MPU Rancangan dan Visi PembangunanThomas Mon
 

More from Thomas Mon (14)

Akhlak Menurut Iman Al-Ghazali
Akhlak Menurut Iman Al-GhazaliAkhlak Menurut Iman Al-Ghazali
Akhlak Menurut Iman Al-Ghazali
 
Akidah Islam
Akidah IslamAkidah Islam
Akidah Islam
 
Etika dan Moral Menurut Agama Kristian
Etika dan Moral Menurut Agama KristianEtika dan Moral Menurut Agama Kristian
Etika dan Moral Menurut Agama Kristian
 
Etika dan Moral Agama Hindu
Etika dan Moral Agama HinduEtika dan Moral Agama Hindu
Etika dan Moral Agama Hindu
 
Etika dan Moral Menurut Agama Yahudi
Etika dan Moral Menurut Agama YahudiEtika dan Moral Menurut Agama Yahudi
Etika dan Moral Menurut Agama Yahudi
 
Pengenalan Etika, Akhlak dan Moral
Pengenalan Etika, Akhlak dan MoralPengenalan Etika, Akhlak dan Moral
Pengenalan Etika, Akhlak dan Moral
 
Masalah Sosial
Masalah SosialMasalah Sosial
Masalah Sosial
 
Acknowledgement For Assignment
Acknowledgement For AssignmentAcknowledgement For Assignment
Acknowledgement For Assignment
 
Critical and Creative Thinking
Critical and Creative ThinkingCritical and Creative Thinking
Critical and Creative Thinking
 
Principle Of Management (POM)
Principle Of Management (POM)Principle Of Management (POM)
Principle Of Management (POM)
 
MIS Management Information Systems
MIS Management Information SystemsMIS Management Information Systems
MIS Management Information Systems
 
Introduction To Accounting
Introduction To AccountingIntroduction To Accounting
Introduction To Accounting
 
Cct 224 thinking map
Cct 224 thinking mapCct 224 thinking map
Cct 224 thinking map
 
MPU Rancangan dan Visi Pembangunan
MPU Rancangan dan Visi PembangunanMPU Rancangan dan Visi Pembangunan
MPU Rancangan dan Visi Pembangunan
 

Report lawatan ke muzium negara 21 nov 2013 mpu 2163

  • 1. Laporan Lawatan Ke Muzium Negara  Nama : Thomas Albechien  Subjek : MPU 2163  Kelas : D.S.M 91  Nama : Puan Aini Binti Abdul Rahman Pensyarah 1
  • 2. Pengenalan Pada 21 November 2013, saya telah mengikuti lawatan ke Muzium Negara bersama rakan kelas saya yang dianjurkan oleh pensyarah kami bagi mencari maklumat untuk laporan kerja kami. Sebanyak tiga kelas termasuk kelas kami telah terlibat dalam lawatan ini. Objektif utama dalam lawatan ini adalah memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk memahami tentang kepentingan sejarah. Selain itu,dapat memberi pendedahan dan pendekatkan kepada pelajar terhadap tinggalan dan peringatan sejarah. Lawatan kami selama 4 jam di Muzium negara sangat menarik dan kami telah banyak mempelajari dan mengetahui perkara-perkara yang baru dari setempat ke satu tempat. Kami gunakan setiap masa lawatan kami sebaik mungkin untuk memperolehi maklumatmaklumat penting yang sukar kami dapati. 2
  • 3. Semasa saya menjalani sesi lawatan saya di lokasi terbabit, saya telah memperolehi beberapa maklumat tentang sejarah zaman purba yang terdapat di negara kita iaitu Zaman Gangsa, Zaman Besi dan Zaman Logam. Zaman Gangsa Penemuan bahan acuan membuat kapak gangsa di tapak arkeologi Gua Harimau, Perak, yang dihasilkan oleh masyarakat tempatan jelas membuktikan bahawa Zaman Gangsa dipercayai telah wujud di Malaysia sekitar 3000 tahun silam. Antara penemuan terpenting yang mewakili zaman ini ialah artifak gendang dan loceng gangsa. Gendang gangsa yang ditemui di Pahang, Selangor, Terengganu adalah daripada jenis Heger 1 dan artifak ini turut ditemui tersebar di rantau Asia Tenggara. Berdasarkan kepada persamaan motif hiasan yang terdapat pada permukaan gendang dan loceng diepercayai ianya berasal dari wilayah Dongson di Vietnam. Selain itu, turut ditemui ialah mangkuk dan mata kapak gangsa. Zaman Besi Berdasarkan kajian dan penemuan artifak di tapak kubur kepingan yang dihasilkan oleh masyarakat tempatan. Zaman Besi dipercayai wujud di Malaysia sekitar awal kurun Masihi hingga kurun ke-7 Masihi, selepas Zaman Gangsa. Zaman Besi dicirikan oleh penemuan artifak besi yang terdiri daripada kapak, beliung, sabit, pisau dan mata lembing. Kebanyakan alat besi ini dipercayai mempunyai pemegang yang diperbuat daripada kayu atau rotan. Sebahagian daripada artifak yang ditemui juga mempunyai juga bentuk yang unik menyerupai tulang rusuk haiwan. Artifak ini dikenali sebagai ‘ tulang mawas ‘. Artifak Zaman Besi biasanya ditemui dalam satu kelompok seperti yang berlaku dalam kajian di Sengat dan Ipoh di Perak, Tersang dan Ulu Tembeling di Pahang. Ianya dikaitkan dengan aktiviti perlombongan. Artifak Zaman Besi berserta manik-manik kaca dan tembikar juga turut ditemui di tapak-tapak kubur batu kepingan seperti yang terdapat di Lembah Bernam, Selangor, dan Lembah Kruit, Perak. 3
  • 4. Zaman Logam Zaman Logam dikatakan bermula sekitar 3000-2500 tahun silam hingga awal Masihi. Ia dikategorikan kepada Zaman Gangsa dan Zaman Besi, Berdasarkan bahan yang digunakan untuk kegiatan harian. Kemunculan zaman ini menandakan tamatnya penggunaan alat batu dan bermulanya penggunaan teknologi baru dalam penghasilan artifak untuk kegunaan, khususnya dalam pengadunan api dan pengawalan suhu semasa proses peleburan mineral logam tersebut. Sesetengah ahli arkeologi berpendapat bahawa alat gangsa dibawa masuk dari negara luar, namun acuan pembuat kapak gangsa di Gua Harimau, Perak, membuktikan bahawa sebahagian alat gangsa memang dihasilkan di Malaysia. Zaman Logam juga dikaitkan dengan aktiviti perlombongan bahan galian, khususnya timah dan emas. Justeru, ini menjelaskan bahawa masyarakat zaman ini sudah mempunyai teknologi dan pengetahuan yang tinggi tentang logam dan kegunaannya. Masyarakat Zaman Logam juga dikatakan sudah mempunyai sistem sosial dan kepercayaan yang mantap. Tradisi pengkebumiannya juga lebih teratur di mana mayat ditanam di dalam kubur yang ditutupi dan disusun dengan batu kepingan. Mereka juga turut terlibat dalam aktiviti perdagangan. Ini dibuktikan melalui penemuan artifak seperti manik-manik kaca dan tembikar di tapak berkenaan. 4
  • 5. Seterusnya, saya berpindah ke lokasi yang berbeza dan lebih menarik. Di situ, saya telah melihat dan mempelajari tentang Tarian Tradisional Melayu. Tarian merupakan satu bentuk perhubungan bukan lisan yang universal. Melaluinya kita dapat menghayati ciriciri budaya sesuatu kaum seperti nilai, norma dan tabiat semula jadi. Saya telah mengetahui beberapa jenis tarian tradisional Melayu seperti Tarian Asyik, Tarian Mak Yong, Tarian Joget dan Tarian Zapin. Tarian Asyik Tarian Asyik merupakan sejenis tarian Melayu klasik yang ditarikan di istana raja-raja Kelantan dan Pattani terutamanya oleh para inang remaja. Kebiasaannya ia ditarikan dalam upacara perkahwinan, iaitu malam berinai dan malam berinai besar di istana. Tarian Asyik mempunyai rentak perlahan dan gemalai, kerana ia ditarikan di hadapan raja dan permaisuri. Sesuai dengan namanya. Asyik bererti kekasih, justeru memperlihatkan pergerakan yang lemah lembut dan penuh dengan ketertiban. Penari asalnya hanya berkemban, dengan memakai tali pinggang dan mahkota kecil. Pada sesetengah pergerakan ia kelihatan menyerupai tarian dalam pementasan Mak Yong. Tarian Mak Yong Tarian Mak Yong yang berasal dari Pattani di selatan Thailand dicipta untuk hiburan kerabat diraja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat diraja lelaki. Tarian ini menggabungkan drama romantis, tarian dan nyanyian tradisional dengan gaya yang menawan, yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan Melayu. Tarian Joget Tarian Joget dipercayai berasal daripada tarian tradisinal Portugis yang diperkenalkan di Melaka sewaktu era perdagangan rempah. Tarian ini mudah diterima oleh masyarakat tempatan sehingga menjadikannya popular dan sering dipersembahkan dalam majlismajlis keramaian. Rentaknya yang agak pantas menjadikan Joget sebuah tarian yang meriah dan dipersembahkan secara berpasangan lelaki dan wanita yang turut disulami usikan sesama mereka. Tarian Zapin Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Melayu boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir dan ia bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam. 5
  • 6. Akhir sekali, saya berpeluang untuk mengenali beberapa jenis Persembahan Tradisional Melayu yang telah wujud dan dipraktikkan sejak zaman dahulu dibahagian negeri masing-masing. Contohnya seperti persembahan Kuda Kepang, Mek Mulung, Bangsawan, Barongan, Main Puteri dan Mak Yong. Kuda Kepang Kuda Kepang dikatakan berasal dari Jawa dan diperkenalkan di negara ini khususnya di negeri Johor oleh Wali Songo (Wali Sembilan) pada kurun ke-15. Dalam bahasa Jawa ia dinamakan ‘jaran kepang’ yang bermaksud ‘jaran’ - kuda dan ‘kepang’ - anyaman. Kuda Kepang terdapat dua jenis pertama berbentuk tarian dan kedua berbentuk permainan. Kuda Kepang jenis permainan lebih berbentuk mistik yang memperlihatkan para penarinya ‘melupa’ dan seolah-olah ‘terasuk’ apabila terlalu asyik sehingga mereka mampu memakan rumput, lalang, bunga, kemenyan, kaca dan sebagainya dalam keadaan tidak sedarkan diri. Idea Kuda Kepang berasal dari tarian kuda iaitu menari sambil menunggang kuda. Ia timbul apabila masyarakat tempatan sukar menerima aktiviti penyebaran ajaran Islam yang di bawa oleh Wali Songo dan kumpulannya. Justeru, tarian berkuda diadakan sebelum atau selepas mengajar agama untuk menarik perhatian penduduk kampung dan usaha mereka ini berjaya. Peralihan waktu telah membuatkan kuda-kuda itu ditukar dengan kulit binatang atau buluh bagi menggantikan kuda sebenar. Sebuah kumpulan Kuda Kepang lazimnya mengandungi 9 hingga 15 orang penari yang terdiri dari lelaki dan perempuan termasuk seorang ketua penari yang dipanggil ‘Danyang’, lima atau enam orang pemuzik dan seorang pawang (bomoh) merangkap ketua kumpulan yang berperanan sebagai penggerak kepada tarian ini. Dari segi pergerakan, tarian Kuda Kepang banyak melibatkan pergerakan kaki. Mek Mulung Mek Mulung merupakan teater tradisional yang berasal dari Siam dan sangat popular di negeri Kedah. Ia merupakan suatu adunan kesenian yang telah digabungkan dalam suatu persembahan yang mengandungi unsu-unsur lakonan, nyayian, tarian dan muzik. Mek Mulung juga digunakan untuk mengubati penyakit selain untuk tujuan hiburan. Persembahan Mek Mulung dimulai dengan lagu pengenalan ‘bertabuh’ di mana semua alat muzik dimainkan serentak. Sebaik sahaja acara bertabuh selesai diikuti pula dengan nyanyian ‘bertabik’ dan disusuli dengan tarian. Antara tarian yang dipersembahkan ialah Tarian Sembah, Tarian Gambang dan Tarian Puteri mabuk. Semua pertukaran adegan atau perpindahan suasana dalam cerita akan dilakukan dengan cara nyanyian beramai-ramai disertai dengan pantun. Cerita-cerita yang selalu dimainkan seperti Lakon Afrit, Batak Putih dan Cahaya Bulan. Di antara lagu-lagu yang biasa 6
  • 7. didendangkan pula ialah Timang Wela, Anak Udang dan Raja Beradu. Raja atau Pak Mulung merupakan watak utama. Ia dibantu tiga watak peran iaitu Peran Tua, Peran Muda dan Peran Kiau, seorang ahli nujum yang dipanggil ‘Tok Wak’, seorang inang dan beberapa orang penari. Kesemua pelakonnya adalah lelaki yang berpakaian seperti wanita. Unsur lakonan dalam Mek Mulung dilakukan secara spontan dan tidak menggunakan sebarang skrip. Pengucapan dialog dalam persembahan Mek Mulung menggunakan bahasa Melayu harian loghat Kedah diselang-selikan dengan loghat Melayu Pattani. Kini, teater Mek Mulung hanya dipersembahkan pada musim-musim tertentu sahaja seperti di majlis-majlis keramaian, majlis perkahwinan dan lain-lain pesta keramaian. Bangsawan Teater Bangsawan merupakan perintis kepada persembahan drama moden. Biasanya pengembangan cerita dilakukan secara spontan memandangkan tiada skrip disediakan bagi sesebuah persembahan Bangsawan. Daya kreatif perlakonan yang bijak berimprovasi dengan dialog-dialog sendiri berdasarkan jalan cerita yang diberikan pengarah akan menentukan keberkesanan dan keaslian sesebuah cerita Bangsawan. Selain daripada kespontanan dialog, wajah yang jelita dan kacak para pelakonnya juga menjadi daya tarikan kepada sesebuah pementasan, selain dari unsur lucu dan romantis di dalam cerita. Cerita Bangsawan merupakan satu persembahan drama tradisi yang berkisar tentang kisah raja-raja yang melibatkan alam kayangan dan alam nyata, umpamanya cerita ‘Julia Juli Bintang Tujuh’. Watak-watak dalam Bangsawan biasanya terdiri daripada pahlawan, putera kacak dan puteri yang cantik, hamba jin, nenek kebayan dan raksasa. Barongan Drama tari Barongan merupakan sejenis tarian rakyat yang menggambarkan kisah-kisah di zaman Nabi Sulaiman a.s. Kesenian ini boleh disaksikan di beberapa daerah yang mempunyai ramai masyarakat Jawa seperti daerah Batu Pahat di Johor dan Selangor. Barongan dipercayai berkembang di negara ini sekitar tahun 1722 oleh masyarakat Jawa Islam yang berhijrah ke Tanah Melayu kerana kemusnahan Kerajaan Riau-Lingga mahu pun golongan hamba kerajaan yang lari ke Johor. Sejarah Barongan dikaitkan dengan kisah seekor harimau yang merayau-rayau di hutan dan ternampak seekor burung merak yang sedang mengembangkan ekornya. Sebaik sahaja terpandangkan harimau, si merak telah melompat ke atas kepala harimau dan keduanya terus menari dengan asyiknya. 7
  • 8. Pada masa yang sama seorang Pamong (Juruiring) Puteri Raja bernama Garong yang sedang menunggang kuda lalu di kawasan itu. Melihatkan kedua-dua haiwan itu menari, pamong Garong turun dari kudanya dan turut menari bersama-sama binatang tersebut. Tarian Barongan diiringi peralatan muzik seperti gong, gendang dan angklung. Tarian ini turut mempunyai watak-watak tertentu iaitu seorang putera yang menunggang kuda (kuda kepang) seorang pelawak yang bertopeng dan Barongan. Biasanya Barongan dipersembahkan untuk mengiringi tarian Kuda Kepang. Main Puteri Main Puteri atau dikenali juga sebagai Main Teri dan Main Peteri terkenal di kalangan orang Melayu Kelantan. Ia merupakan teater persembahan yang bukan sahaja menjadi alat hiburan, tetapi juga digunakan untuk tujuan perubatan dan upacara perbomohan. Dalam Main Puteri beberapa alat muzik tradisional turut digunakan seperti rebab, sepasang gong, gendang, canang dan kesi. Walau bagaimanapun, alat-alat muzik ini tidak dimainkan dalam satu masa yang sama kecuali rebab yang digesekkan di sepanjang masa persembahan berlangsung. Mak Yong Mak Yong dipercayai wujud di negara ini sebelum kedatangan Islam dan dipentaskan sebagai pementasan diraja di bawah naungan Kesultanan Kelantan sehingga tahun 1920an. Pada masa dahulu para pelakon terdiri daripada gadis-gadis muda dan jelita yang mengambil semua peranan lelaki dan perempuan kecuali watak-watak komedi atau peran. Dahulunya Mak Yong merupakan hiburan bagi permaisuri-permaisuri dan puteriputeri raja. Jadi untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku maka para pelakon hanya terdiri daripada perempuan sahaja. Selain Kelantan, Mak Yong juga terkenal di Terengganu dan Kedah selain Pattani dan Kepulauan Riau Indonesia. Persembahan Mak Yong dilengkapi iringan lagu-lagu seperti lagu bertabuh, mengadap rebab, nyanyian Pak Yong Tua - Sedayung Pak Yong dan lain-lain. Manakala watakwatak penting dalam persembahan Mak Yong ialah Pak Yong, Pak Yong muda, Mak Yong, puteri Mak Yong, peran dan dayang-dayang, Cerita-cerita dalam Mak Yong yang dianggap lengkap, asli dan cukup nilai serinya seperti Dewa Muda, Dewa Pencil dan Dewa Sakti. Pada tahun 2005 Mak Yong telah dimasukkan dalam Senarai Warisan Dunia di bawah kategori ‘Masterpiece of the Oral and Intangible Heritage of Humanity’ oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO). 8
  • 9. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, lawatan ini memberikan banyak maklumat dan juga pengalaman yang bermakna bahawa pelajar tidak akan mendapat ia semasa pembelajaran di dalam kelas. Ini adalah kerana pelajar hanya belajar berdasarkan maklumat dari buku teks sahaja semasa di dalam kelas, tetapi mereka tidak dapat lebih mendekatkan diri dan melihat contoh-contoh sebenar tentang sejarah-sejarah negara ini. Jadi, ia akan memberikan pemahaman yang lebih mendalam lagi dan bagi saya lawatan ini adalah benar-benar penting bagi proses pembelajaran kami tentang sejarah. 9
  • 10. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, lawatan ini memberikan banyak maklumat dan juga pengalaman yang bermakna bahawa pelajar tidak akan mendapat ia semasa pembelajaran di dalam kelas. Ini adalah kerana pelajar hanya belajar berdasarkan maklumat dari buku teks sahaja semasa di dalam kelas, tetapi mereka tidak dapat lebih mendekatkan diri dan melihat contoh-contoh sebenar tentang sejarah-sejarah negara ini. Jadi, ia akan memberikan pemahaman yang lebih mendalam lagi dan bagi saya lawatan ini adalah benar-benar penting bagi proses pembelajaran kami tentang sejarah. 9