Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
Zaman LogamZaman Logam
Sungguhpun dengan munculnya Zaman Logam, tidak
bermakna secara mendadak berakhirnya Zaman Batu
(Zaman Neolitik). Ini kera...
Merujuk kepada zaman di mana alat-alat logam digunakan.
Boleh dibahagikan kepada 2 tahap;
 Zaman Gangsa
 Zaman Besi
W...
Penemuan bahan baru iaitu logam sebagai bahan asas
untuk dijadikan perlatan secara tidak langsung turut
mendesak cara bek...
Pada Zaman Logam tersebut masyarakatnya sudah dapat
membuat beberapa jenis peralatan yang diperbuat dari
logam, yang tern...
Perkembangan Zaman Logam berlaku adalah hasil
daripada kemajuan teknologi Zaman Neolitik yang telah
membolehkan manusia m...
Pencapaian ini adalah impak daripada kemajuan dan
kemampuan untuk bercucuk tanam serta menternak
binatang sehingga secara...
 Sungguhpun period perkembangan Zaman Logam amat
singkat dari aspek tempoh masa jika dibandingkan dengan
lain-lain period...
Kebudayaan Zaman
Logam
Zaman Gangsa
Zaman Besi
 Zaman Gangsa adalah berasaskan penemuan beberapa alat yang
diperbuat daripada gangsa seperti gendang, loceng dan mangkuk...
Zaman Gangsa
Zaman Gangsa Awal
Kriteria objek gangsa
yang dihasilkan adalah
bersaiz kecil di
antaranya mata beliung,
belat...
Zaman Gangsa Awal
 Zaman Gangsa Awal dikatakan wujud sebelum terdapatnya
pengetahuan berkaitan dengan pertukangan besi. S...
 Leong Sau Heng (1989) yang menyokong pendapat ini telah
mengemukakan pandangannya dengan menyatakan bahawa pada awal
Zam...
 Zaman Gangsa Akhir pula merujuk kepada fenomena yang wujud
setelah melihat kepada pencapaian hasil kreativiti dan metafi...
 Di antara hasil kreativiti yang utama ialah penciptaan gendang dan
loceng gangsa yang kemudiannya banyak ditemui di bebe...
 Zaman Besi pula adalah merujuk kepada kewujudan objek-objek yang
diperbuat daripada besi seperti beliung dan cangkul. Pa...
 Di antara komposisi logam yang penting dan digunakan di dalam
penghasilan alat-alat pada tahap kebudayaan ini ialah Feru...
 Berdasarkan penyelidikan yang telah dilakukan oleh beberapa orang
penyelidik adalah jelas menunjukkan bahawa terdapat be...
Ciri-ciri Zaman Logam
Sama dengan ciri-ciri Zaman Neolitik, cuma dari segi jenis
alat yang digunakan adalah lebih maju
D...
Tapak-tapak Zaman Logam di
Malaysia
Sekian, terima kasih
 zaman logam
 zaman logam
 zaman logam
 zaman logam
 zaman logam
 zaman logam
 zaman logam
 zaman logam
 zaman logam
 zaman logam
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

zaman logam

5,018 views

Published on

  • Be the first to comment

zaman logam

  1. 1. Zaman LogamZaman Logam
  2. 2. Sungguhpun dengan munculnya Zaman Logam, tidak bermakna secara mendadak berakhirnya Zaman Batu (Zaman Neolitik). Ini kerana dalam Zaman Logam masih lagi terdapat penggunaan alat-alat batu oleh masyarakat ketika itu. Sejak dari 1,500 hingga 1,000 SM, masyarakat petani di Asia Tenggara telah mula mengenali sifat-sifat logam dan cara perlombongan untuk mendapatkan bahan mentah tersebut.
  3. 3. Merujuk kepada zaman di mana alat-alat logam digunakan. Boleh dibahagikan kepada 2 tahap;  Zaman Gangsa  Zaman Besi Walau bagaimanapun bagi keseluruhan Asia Tenggara pembahagian zaman ini seakan tidak jelas. Di kebanyakan tempat kedua-dua jenis alat muncul dalam zaman yang sama.
  4. 4. Penemuan bahan baru iaitu logam sebagai bahan asas untuk dijadikan perlatan secara tidak langsung turut mendesak cara bekerja yang baru. Ini kerana sifat asas logam yang kuat bukannya senang untuk dibentuk sama ada dipukul atau dipecah-pecahkan sebagaimana untuk membuat alat-alat batu di Zaman Paleolitik. Sebaliknya logam perlu dileburkan dari bijihnya terlebih dahulu sebelum dapat digunakan untuk dijadikan alat-alat tertentu bagi kegunaan harian mereka. Untuk membentuk atau membuat alat-alat logam adalah dengan menggunakan kepanasan pada kadar suhu yang tertentu
  5. 5. Pada Zaman Logam tersebut masyarakatnya sudah dapat membuat beberapa jenis peralatan yang diperbuat dari logam, yang ternyata lebih kuat dan lebih mudah dikerjakan berbanding dengan artifak yang diperbuat daripada batu. Oleh kerana logam harus dileburkan terlebih dahulu sebelum dapat dihasilkan atau digunakan sebagai peralatan, maka pada zaman tersebut jelas menunjukkan bahawa masyarakatnya sudah jauh lebih maju kebudayaannya berbanding masyarakat yang hidup di Zaman Batu.
  6. 6. Perkembangan Zaman Logam berlaku adalah hasil daripada kemajuan teknologi Zaman Neolitik yang telah membolehkan manusia meningkatkan suhu pembakaran (melebihi 1200 ºC). Mereka mulai mencipta tembikar yang boleh digunakan dalam industri gangsa dan memanipulasi segala pengalaman berkaitan dengan reaksi bahan-bahan terhadap suhu pembakaran.
  7. 7. Pencapaian ini adalah impak daripada kemajuan dan kemampuan untuk bercucuk tanam serta menternak binatang sehingga secara tidak langsung telah memberikan asas ekonomi yang kukuh bagi perkembangan tamadun masyarakat petani awal. Berdasarkan beberapa hasil analisis yang dilakukan oleh beberapa orang penyelidik didapati artifak gangsa terawal pada umumnya diperbuat dengan menggabungkan tiga komponen logam iaitu kuprum, timah dan plumbum pada nisbah yang tertentu
  8. 8.  Sungguhpun period perkembangan Zaman Logam amat singkat dari aspek tempoh masa jika dibandingkan dengan lain-lain period atau kebudayaan sama ada Paleolitik, Mesolitik/Hoabinh atau Neolitik, namun jika ditinjau dari segi impaknya kepada manusia ternyata ia membawa satu perubahan yang ketara di dalam kehidupan sosialnya.
  9. 9. Kebudayaan Zaman Logam Zaman Gangsa Zaman Besi
  10. 10.  Zaman Gangsa adalah berasaskan penemuan beberapa alat yang diperbuat daripada gangsa seperti gendang, loceng dan mangkuk gangsa. Artifak gangsa yang paling popular di zaman ini ialah gendang gangsa.  Komposisi artifak gangsa yang dihasilkan adalah terdiri daripada beberapa komponen logam seperti Kuprum (Cu), timah (Sn) dan Plumbum (Pb).  Walau bagaimanapun, berdasarkan hasil dari beberapa penyelidikan didapati logam kuprum merupakan unsur utama yang terdapat pada alat-alat ciptaan pada tahap Kebudayaan Gangsa.  Tahap Zaman Gangsa terbahagi kepada dua iaitu Zaman Gangsa Awal dan Zaman Gangsa Akhir.
  11. 11. Zaman Gangsa Zaman Gangsa Awal Kriteria objek gangsa yang dihasilkan adalah bersaiz kecil di antaranya mata beliung, belati, mata lembing dan kapak gangsa Zaman Gangsa Akhir Kriteria objek gangsa yang dihasilkan adalah bersaiz besar sifatnya seperti gendang dan loceng gangsa
  12. 12. Zaman Gangsa Awal  Zaman Gangsa Awal dikatakan wujud sebelum terdapatnya pengetahuan berkaitan dengan pertukangan besi. Secara umumnya, majoriti ahli arkeologi berpendapat bahawa pada peringkat permulaan Zaman Gangsa (zaman awal) yang bermula kira-kira 2500 tahun dahulu, didapati hanya alat-alat kecil sahaja yang dihasilkan kerana logam gangsa ketika itu sukar diperolehi (Leong Sau Heng (1989).  Objek yang dihasilkan pada peringkat awal ini biasanya terdiri daripada peralatan yang tajam seperti mata beliong, mata kapak dan mata lembing serta barang-barang perhiasan diri seperti gelang.
  13. 13.  Leong Sau Heng (1989) yang menyokong pendapat ini telah mengemukakan pandangannya dengan menyatakan bahawa pada awal Zaman Gangsa kebanyakan peralatan yang dihasilkan adalah objek- objek yang kecil kerana gangsa pada masa itu merupakan sejenis bahan mentah yang susah diperolehi.  Oleh itu, cuma peralatan tangan sahaja yang dibuat ketika itu seperti mata beliung, mata lembing dan mata kapak di samping alat-alatan perhiasan tangan seperti gelang tangan gangsa.
  14. 14.  Zaman Gangsa Akhir pula merujuk kepada fenomena yang wujud setelah melihat kepada pencapaian hasil kreativiti dan metafizika masyarakat yang kian maju. Fenomena ini dapat dilihat menerusi tahap pencapaian hasil daripada pertukangan tangan masyarakatnya yang telah menunjukkan satu kemajuan yang ketara.  Pada peringkat ini juga dikenali sebagai penghujung Zaman Gangsa didapati objek yang dihasilkan adalah bersaiz besar jika dibandingkan dengan di zaman awal gangsa. Zaman Gangsa Akhir
  15. 15.  Di antara hasil kreativiti yang utama ialah penciptaan gendang dan loceng gangsa yang kemudiannya banyak ditemui di beberapa tapak arkeologi Zaman Logam di serata Asia Tenggara, Vietnam, China dan sebagainya.  Di antara objek Zaman Gangsa Akhir yang paling popular ialah gendang gangsa dari jenis Heger I atau gendang Dongson.
  16. 16.  Zaman Besi pula adalah merujuk kepada kewujudan objek-objek yang diperbuat daripada besi seperti beliung dan cangkul. Pada zaman ini, masyarakatnya telah dapat melebur besi dari bijihnya untuk dituang menjadi alat-alat yang diperlukan.  Proses melebur besi memerlukan suhu yang sangat tinggi (lebih kurang 3500° Celsius) berbanding takat suhu bagi melebur gangsa. Ini menunjukkan bahawa gaya hidup masyarakat Zaman Besi pula dikatakan lebih maju jika dibandingkan dengan Zaman Gangsa di mana mereka mempunyai kemahiran di dalam mengolah atau mengadun beberapa sebatian logam sehingga menjadikannya lebih kukuh dan kuat. Zaman Besi
  17. 17.  Di antara komposisi logam yang penting dan digunakan di dalam penghasilan alat-alat pada tahap kebudayaan ini ialah Ferum (Fe) dan Manganese (Mn).  Kemajuan diperolehi adalah hasil daripada eksperimen dan interaksi di antara masyarakat tempatan dengan dunia luar yang wujud ketika itu.  Dari segi sejarah penggunaan besi bermula sekitar 3,000 SM dan digunakan secara meluas pada 2,000 SM.
  18. 18.  Berdasarkan penyelidikan yang telah dilakukan oleh beberapa orang penyelidik adalah jelas menunjukkan bahawa terdapat berbagai-bagai peralatan yang telah dihasilkan bagi mewakili Zaman Besi seperti kapak bersoket yang berbagai saiz, pisau dan tulang mawas.  Di samping itu, sejenis artifak yang ditemui juga dikatakan mewakili Zaman Besi ialah ‘Pisau Tembeling’ iaitu satu-satunya jenis artifak yang ditemui di rantau ini. Di antara tapak kebudayaan Besi di Malaysia ialah di kawasan Hulu Tembeling, Pahang (Kampung Bantal, Jeram Koi dan Bukit Komil).  Alat-alat besi ialah Gua Harimau di mana alat-alat besi ditemui berada di atas lapisan alat-alat gangsa. Lain-lain tapak ialah Gua Agop Atas (Sabah), Gua Sireh dan Lobang Angin (Sarawak) di mana alat-alat besi yang berasosiasi dengan kepingan tembikar, sisa rangka manusia, manik dan sisa fauna.
  19. 19. Ciri-ciri Zaman Logam Sama dengan ciri-ciri Zaman Neolitik, cuma dari segi jenis alat yang digunakan adalah lebih maju Dari segi saiz perusahaan lebih besar • Cth: Pertanian, peternakan, perdagangan, pelayaran, pengkhususan dalam pekerjaan, petempatan yang kekal, masyarakat berstruktur dan berorganisasi Petempatan di kawasan terbuka.
  20. 20. Tapak-tapak Zaman Logam di Malaysia
  21. 21. Sekian, terima kasih

×