SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.

Jawapan :

        Kepentingan perpaduan ini boleh dikaitkan kepada 3 elemen utama dalam memastikan
pembangunan dan perpaduan di Negara kita terus dikekalkan dan dipelihara. 3 elemen dalam
perpaduan dan integrasi itu ialah dari segi ekonomi, budaya dan keselamatan. Dari segi ekonomi,
perpaduan dan integrasi dalam pelbagai etnik di Malaysia sangat penting dalam memberi peluang
kepada setiap golongan etnik untuk menceburi bidang ekonomi tanpa sebarang halangan. Setiap
golongan etnik di Negara ini layak untuk menjalankan sebarang aktiviti berteraskan ekonomi tanpa
halangan daripada sesiapa pun kerana mereka semua adalah rakyat Negara ini. Keadaan ekonomi yang
stabil juga hanya boleh diperolehi dengan adanya perpaduan antara kaum ini kerana tiada sebarang
pergaduhan dan perpecahan antara kaum yang boleh menggugat ekonomi Negara. Seterusnya,
menghapuskan penguasaan satu ekonomi untuk satu kaum sahaja. Semua kaum layak untuk menguasai
ekonomi dengan usaha masing-masing dan berjaya dengan kerjayanya. Seperti pada zaman sebelum era
kemerdekaan, kaum yang menguasai ekonomi adalah merupakan kaum Cina yang kebanyakannya
menetap di kawasan bandar-bandar besar. Kaum Cina ini telah dilatih untuk memegang ekonomi dan
sehingga sekarang buktinya jelas kelihatan bahawa ekonomi Negara kita masih dipegang oleh kaum
Cina. Oleh itu, pendekatan kerajaan sekarang untuk memastikan kaum lain juga boleh memegang
ekonomi dengan meningkatkan penguasaan orang kaum Melayu dalam bidang ekonomi supaya orang
Melayu tidak terus membiarkan orang-orang Cina menguasai ekonomi Negara kita. Akhir sekali, dengan
adanya perpaduan ini, ia dapat menjana ekonomi negara dengan pelaburan dari pelbagai bidang. Ini
kerana, perpaduan dapat memberi manfaat kepada Negara dalam perkembangan ekonomi Negara.
Tanpa adanya perpaduan yang kita kecapi ini kemungkinan besar Negara kita tidak akan membangun
dengan pesat seperti ini.

       Selain kepentingan dari aspek ekonomi, aspek budaya juga memainkan peranan yang sangat
penting. Aspek budaya ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri dan harus dipelihara dalam
hubungan etnik supaya dapat menjamin kesejahteraan hidup bersama dalam masyarakat majmuk.
Antara kepentingan perpaduan dalam aspek budaya ialah mewujudkan budaya yang pelbagai dalam
Negara. Seperti yang kita ketahui, Negara Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan
masyarakat di Negara ini mempunyai pelbagai budaya, adat dan agama. Dengan adanya perpaduan dari
aspek budaya ini, ia akan dapat mengeratkan lagi hungan sesama etnik di Negara kita. Selain itu, dengan
adanya perpaduan yang sangat mantap ini, ia akan dapat merapatkan lagi jurang perbezaan antara
kaum dan seterusnya melahirkan masyarakan berbilang etnik yang hidup bersama dengan aman dan
harmoni. Di samping itu, perpaduan ini juga akan dapat menghapuskan sikap pentingkan kaum sendiri.
Semangat pentingkan kaum sendiri ini ialah seperti mengagung-agungkan budaya kaum masing-masing
dan tidak mahu bekerjasama dalam apa juga aktiviti. Sebagai contoh, etnik kaum Melayu tidak dapat
menerima kehadiran etnik kaum lain dengan memulaukan etnik kaum lain ini tanpa memberi bantuan
sekiranya mereka dalam kesusahan. Perbuatan ini sama sekali tidak relevan lagi pada masa kini kerana
masyarakat Malaysia sudah hidup aman dan harmoni dalam etnik yang berbilang kaum tanpa ada
perbezaan budaya kerana semua etnik ini merupakan rakyat Malaysia. Akhir sekali, kepentingan
perpaduan dari segi budaya ini adalah untuk mewujudkan kefahaman tentang budaya yang berbeza
dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang etnik. Setiap masyarakat di Malaysia haruslah
mempelajari budaya dan adat etnik yang terdapat di Malaysia supaya benar-benar memahami budaya
masyarakat Negara ini. Dengan itu, kita semua akan dapat menjaga keharmonian perpaduan antara
kaum di Negara kita dan dapat mengelakkan daripada berlakunya peristiwa yang tidak diingini.

        Di samping itu, perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di Negara kita haruslah dikekalkan
untuk menjamin keselamatan Negara kita pada masa sekarang dan akan datang. Ini adalah untuk
mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang
telah berlaku di Negara kita. Kesan daripada rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai masyarakat
Negara kita yang mati dalam peristiwa berdarah ini. Oleh itu, pentingnya perpaduan dalam kalangan
etnik di Negara kita adalah untuk memastikan perkara yang sama ataupun pergaduhan yang melibatkan
kaum berlaku lagi di Negara kita untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.
Selain itu, keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan perasaan cintakan tanah air dan
sanggup berkorban untuk Negara kita Malaysia. Semangat cintakan tanah air ini mestilah wujud dalam
diri setiap kumpulan etnik di Negara kita bagi memastikan kesemua golongan etnik ini mempertahankan
keselamatan Negara. Akhir sekali, perpaduan dalam kalangan etnik di Negara ini akan dapat
mengukuhkan lagi keselamatan Negara daripada luar dan dalam Negara. Negara kita haruslah
dipertahankan kedaulatannya daripada segala bencana yang melibatkan pergaduhan dan pertumpahan
darah bagi memastikan Negara kita akan terus membangun dan berjaya mencapai wawasan 2020 dan
mengekalkan perpaduan Negara kita Malaysia.



ISL KE -3

TARIKH: 17 JANUARI 2011

ISL 3: HASILKAN CARTA GARIS MASA TENTANG PROSES PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI
ALAM MELAYU

Pengenalan

ž Pluralisme: ideologi yang menyama-ratakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza dalam
masyarakat

ž Pluraliti: wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara semulajadi –
masyarakat Melaka

ž Pluralistik: wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara dirancang
dipaksakan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan – era penjajah British

Garis Masa
Zaman Sebelum Singapura
(Sebelum 1399 / 1400M

ž Sang Nila Utama ke Temasik lalu membuka Singapura

Zaman Singapura dan Pasai/Samudera
(Sebelum 1399/1400M)

ž Sang Nila Utama (bergelar Sri Tri Buana), Raja Singapura yang pertama

ž Manusia berpindah untuk memenuhi keperluan hidup dan pelbagai tujuan lain

ž Masyarakat yang menetap di Kepulauan Melayu berpindah dari satu pulau ke satu pulau lain atau ke
tanah besar untuk mencari rezeki, berniaga, berperang, berkahwin dsb seterusnya menjalin hubungan
etnik yang baik dengan komuniti pedagang dan bukan pedagang

Zaman Melaka
(1399/1400M – 1511M)

ž Melaka muncul sebagai empayar yang kuat dan telah mewarisi tradisi sosio politik yang dimainkan
oleh Srivijaya dan Majapahit

ž Mempunyai sebuah pelabuhan entrepot yang maju dan memainkan peranan penting sebagai
pusat penyebaran agama Islam yang penting

Zaman Melaka
(1399/1400M – 1511M)

ž Negeri Melaka menjadi pusat kemasyarakatan dan perkembangan ajaran agama Islam yang
termasyhur di rantau Alam Melayu

ž Institusi istana telah dijadikan pusat pengajian dan penyebaran Islam

ž Penyebaran agama Islam telah dijalankan secara giat melalui perdagangan dan peluasan wilayah

ž Para pendakwah dihantar ke negeri-negeri jajahan Melaka untuk menyebarkan Islam

ž Hubungan etnik telah diwujudkan dengan masyarakat China, India, Arab dan Eropah melalui aktiviti
perdagangan

Zaman Melaka
(1399/1400M – 1511M)

ž Perhubungan rapat antara masyarakat asing dan penduduk tempatan sehingga mewujudkan proses
asimilasi antara kehidupan kedua-dua masyarakat
ž Proses asimilasi (perdagangan dan perkahwinan) serta penyerapan budaya masyarakat tempatan
sangat penting untuk membentuk satu kelompok baharu yang mempunyai kebudayaan dan identiti yang
sama.

Zaman Johor
(1511M – 1612M)

ž Peranan kerajaan Johor dimulakan selepas kejatuhan Melaka

ž Peranan yang dimainkan oleh kerajaan Johor adalah kesinambungan daripada pemerintahan kerajaan
Melaka

Kesan Pembentukan Masyarakat Pluralistik Alam Melayu

ž Bahasa, kesusasteraan dan kesenian

ž Pendidikan

ž Budaya

REFLEKSI :

Melalui latihan minggu yang ke-3 ini, saya dapat mengetahui mengenai garis masa masyarakat pluralistik
di Negara kita iaitu Malaysia. Daripada latihan ini juga saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam
lagi mengenai sejarah masyarakat di Negara ini dengan lebih mendalam lagi.

      Selain itu, latihan ini juga dapat meningkatkan lagi kefahaman saya tentang masyarakat pluralistik
dan masyarakat pluraliti kerana kedua-dua perkataan ini memberi makna dan juga maksud yang
berbeza. Dengan ini, saya dapat memahami setiap maksud daripada istilah-istilah yang digunakan ini.



ISL KE- 4

TARIKH: 24 JANUARI 2011

ISL 4: ANALISIS FAKTOR – FAKTOR SEJARAH YANG TELAH MENYULITKAN PROSES PENCAPAIAN
PERPADUAN DI MALAYSIA SEBELUM 1970.

Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secarasengaja
dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan
ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara.

Integrasi dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat berbilang kaum, daerah dan wilayahtempat
tinggal, budaya, adat resam, cara hidup, latar belakang, kepercayaan dan pegangan agama yang
berlainan untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai murni masyarakat sejagat demi
mencapai tujuan dan kepentingan bersama secara adil dan saksama.

MASALAH PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Isuperpaduan
adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi
”Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh
dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan
keadilan”

Cabaran ini berkait dengan cabaran ke lima yang berbunyi ”Mewujudkan masyarakat liberal
dan bertolak ansur dengan rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan
dankepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada
negara’. Cabaran ini berkait pula dengan cabaran ke tujuh iaitu untuk ”Mewujudkan masyarakat berbudi
dan berbudaya penyayang” iaitu sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri
sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada individu tertentu sahaja.

HALANGAN DAN KESUKARAN UNTUK PERPADUAN DAN INTEGRASI

Terdapat beberapa faktor sejarah yang menyulitkan proses pencapaian perpaduan di Malaysia.

Di antaranya ialah;

- Agama dan kebudayaan: Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan.
Setiap kaum pula mempunyai adat resam, bahasa, kesenian, budaya dan sistem nilai yang berbeza.
Masing-masing kurang mengenali dan memahami dan seringkali menganggap mereka sahaja yang
terbaik. Sikap ini menguatkan perasaan buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara pelbagai
kaum.

- Dasar Penjajah British: Penjajah British mengamalkan dasar pecah dan perintah yang menjarakkan
kumpulan-kumpulan etnik demi kepentingan dan keselamatan mereka sendiri.. Penjajah sengaja
menentukan status dan peranan yang berlainan bagi kaum yang tertentu. Interaksi antara kaum menjadi
terbatas dan lahirlah sikap prasangka negatif yang kukuh antara rakyat tempatan yang berbilang etnik.

- Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan: Laporan Razak menyebut bahawa tiada
satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu di mana setiap etnik lebih gemar menghantar anak
mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing- masing. Kurikulum yang digunakan juga
tidak sama. Ada pula yang berpusat ke negara nenek moyang mereka, tidak terdapat bahasa pengantar
yang sama. Keadaan ini melebarluaskan lagi jurang pergaulan, menghasilkan pandangan yang berlainan
dan menjejaskan persefahaman dan perhubungan sesama rakyat di samping mewujudkan keperibadian
dan perwatakan yang berbeza tanpa mempedulikan pembentukan warga negara yang beridentitikan
satu negara.
- Amalan ekonomi yang berlainan: Setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu dan
mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang
dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik yang berlainan jenis dan ras serta
mengakibatkan perpaduan negara terancam.

- Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik: Kewujudan persatuan politik, sosial dan ekonomi
berdasarkan bangsa, kaum dan etnik tertentu telah memmperkuatkan identiti sesuatu kumpulan dan
menimbulkan perasaan syak wasangka kerana setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dan
kepentingan kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku kaum juga
memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan hak keistimewaan sehingga
memburukkan lagi masalah perpaduan.

- Pendudukan Jepun: Kemasukan tentera Jepun ke Tanah Melayu menambah jurang permusuhan antara
orang Melayu dan orang Cina. Sebilangan besar tentera anti Jepun terdiri dari orang-orang Cina,
sementara ramai pula orang Melayu yang diambil oleh tentera Jepun untuk menjadi askar dan polis.
Keadaan ini menjadikan menjejaskan persefahaman dan menimbulkan perasaan kurang senang antara
masyarakat Melayu dan Cina.



ISL KE-5

TARIKH: 7 FEBRUARI 2011

ISL 5:

1. ANALISIS PERKEMBANGAN MODENISASI DI MALAYSIA DAN LUAR NEGARA

2. HURAIKAN HUBUNG KAIT PEMBANGUNAN EKONOMI DAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA.

KONSEP MODENISASI

¢ Proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat.

¢ Perubahan dapat berlangsung scara berencana atau secara tidak berencana.

¢ Perubahan berencana ialah suatu proses yang mempunyai matlamat, kaedah dan penetapan ukuran
pencapaian sebelum sesuatu perubahan dilaksanakan.

MODENISASI EROPAH

¢ Konsep dan proses modenisasi yang kita kenal memang bermula di Eropah Barat akibat daripada dua
revolusi besar, iaitu:

a) Revolusi Perancis (mengubah sistem politik feudal Eropah Barat)

b) Revolusi Perindustrian (mengubah sistem ekonomi Eropah Barat)
¢ Persoalan modenisasi dapat ditinjau daripada dua sudut:

a) Sudut falsafah – pemahaman tentang kemajuan atau evolusi.

Sudut praktikal – kemajuan sains dan teknologi

SUDUT FALSAFAH

TEORI EVOLUSI

¢ Terdapat semacam ketentuan atau arah yang bersifat sehala dalam perkembangan kebudayaan
manusia, yang berjalan melalui tahap-tahap tertentu.

¢ Masyarakat dikenali diberi tempat dalam suatu skala tahap perkembangan, tidak bertamadun
sehingga kepada yang moden.

SUDUT PRAKTIKAL

¢ Kemajuan sains dan teknologi yang mencorakkan semula hubungan antara manusia dengan alam
sekitar.

¢ Masyarakat di Eropah Barat mencari cara untuk menguasai alam sekitar dan berusaha mengumpul
kekayaan.

¢ Penggantian teknik produksi daripada cara-cara tradisional yang menggunakan tenaga haiwan kepada
cara-cara moden yang menggunakan jentera.

Pemodenan

¢ Proses perubahan dalam semua aspek kehidupan melalui proses perencanaan, pelaksanaan dan
penilaian.

Pembaratan

¢ Proses peniruan gaya hidup Eropah Barat yang tidak disertai oleh suatu usaha perubahan secara
berencana.

¢ Negara Eropah Barat menjadi model pilihan utama sebagai contoh bagi pembentukan negara.

¢ Aspek ekonomi dan aspek politik ditirui oleh negara-negara yang menjalankan proses kemerdekaan.

¢ Dalam aspek politik, model negara bangsa dan demokrasi politik dipilih.

¢ Dalam aspek ekonomi, sistem ekonomi yang berasakan kapitalisme, industri dan teknologi dipilih.

MODENISASI DI MALAYSIA

¢ Malaysia mencontohi jejak langkah pengalaman modenisasi di Eropah Barat.
¢ Bagi mencapai matlamat pembangunan ekonomi dengan mewujudkan sebuah masyarakat
perindustrian, Malaysia telah menumpukan kepada peningkatan prasarana ekonomi, pembangunan
pertanian dan industri gantian-import.

¢ Pembangunan ekonomi diasaskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan daripada industri
gantian-import kepada industri berorientasikan eksport.

¢ Selain itu, pembangunan ekonomi berteraskan k-ekonomi diberi perhatian oleh Malaysia.

¢ Malaysia berusaha membinan satu negara dan satu bangsa yang aman dan makmur supaya politik
dijaga.

Perkembangan modenisasi dari segi pembangunan ekonomi di luar negara dan Malaysia.

PERKEMBANGAN MODENISASI DI MALAYSIA

Matlamat

Mewujudkan masyarakat perindustrian.

Proses modenisasi diasaskan sejak pemerintahan kolonial Bristish.

Peringkat awal pembangunan ekonomi ditumpukan kepada:

1. Peningkatan infrastruktur ekonomi.

2. Pembangunan pertanian & industri

    gantian- import.

Akhir 1960-1970

Pembangunan teknologi

1980-1990

Menitikberatkan industri berasaskan teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan.

Pembangunan ekonomi

-     Urbanisasi

-     Teknologi

-     Pertanian

-     Industrialisasi

EKONOMI MALAYSIA
¢ Dari ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial.

¢ Modal tempatan dari saudagar Negeri Selat dan modal asing dibawa masuk oleh Bristish.

¢ Perkembangan ekonomi dunia memerlukan bahan mentah.

¢ Kedudukan Tanah Melayu yang kaya dengan bahan mentah dan menyebabkan pembukaan lombong
bijih timah dan ladang getah.

¢ Buruh dibawa masuk.

¢ Kemajuan pengangkutan dan perhubungan serta kemudahan bekalan air dan eletrik

Hubungan Etnik dalam Konteks

    Modenisasi Malaysia.

¢ Pembangunan ekonomi sangat penting dalam konteks modenisasi Malaysia.

¢ Pembangunan menjadi landasan pembinaan negara bangsa.

ISL KE-6

TARIKH: 14 FEBRUARI 2011

ISL 6: SINTESIS PROSES PEMBENTUKAN PEMBANGUNAN EKONOMI MENGIKUT ACUAN MALAYSIA

-   Ekonomi Malaysia terbentuk dengan ciri – ciri uniknya dengan pengalamannya dijajah kolonial
Inggeris. Contohnya pembangunan ekonomi dalam sektor getah dan kelapa sawit.

-     Pembinaan rangkaian infrastruktur sebagai sokongan kepada industri asas.

-     Tenga buruh di Malaysia juga unik kerana terdapat division of labour mengikut hubungan etnik.

-     Terdapat dua cirri utama iaitu:-

a) Aspek ekonomi

b) Ciri etnik

-   Mempelbagaikan asas ekonomi dengan memperkenalkan komoditi seperti kelapa sawit, koko, lada
hitam, kayu balak serta penumpuan kepada eksport barang seperti barang pembuatan, tekstil, dan
getah.

-   Pada peringkat awal pembangunan ekonomi ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur
ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import.

-   Pada akhir tahun 1960an, pembangunan ekonomi diasaskan kepada pembangunan teknologi dan
peralihan dari industri gantian import kepada industri berorientasikan eksport.
-    Menjelang 2000an, Malaysia mula memberi perhatian kepada pembangunan ekonomi berteraskan
K- ekonomi.

-   Secara keseluruhan, pembangunan ekonomi di Malaysia telah mencapai kejayaan yang dapat
diukur dengan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang baik iaitu sekitar 8% - 9% terutama
pada tahun 1980an dan 1990an.

-    Ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi di Malaysia tidak hanya diukur melalui KDNK tetapi
juga dengan peningkatan indeks kualiti hidup.

-   Kualiti rakyat secara amnya adalah baik berdasarkan penurunan kadar kemiskinan dan kadar inflasi
yang rendah.

Dalam konteks ini, hubungan ekonomi dan entisiti di Malaysia sememangnya berkait rapat.

-   Ini menyebabkan ketidakseimbangan pendapatan yang menimbulkan rasa cemburu antara kaum.

-   Oleh itu, integrasi ekonomi amat penting dan dilaksanakan melalui dasar – dasar pembangunan
seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Dasar Ekonomi Baru dan lain – lain.

-   Ini bagi memastikan pengasingan ekonomi yang wujud sejak zaman penjajahan dapat dimansuhkan
dan pengagihan ekonomi yang tidak seimbang dapat dikurangkan dan dihapuskan.

Dasar – dasar awam : Pertanian , Perindustrian dan K- ekonomi

-   1990an adalah perhatian kepada sektor perindustrian

a) Dasar perindustrian berat

b) Dasar penswastaan

-  Meskipun pembangunan ekonomi sudah berubah kepada perindustrian 1960an dan 1970an tetapi
tumpuan kepada sektor pertanian masih diutamakan.

-   Sesuai dengan dasar pembangunan pertanian beberapa badan yang bertanggungjawab untuk
memajukan sector pertanian dan menghapuskan kemiskinan luar Bandar telah diwujudkan sepertia
FELDA, FELCRA dan MARA.

-   1980an dan 1990an, sector perindustrian lebih diberi perhatian dan beberapa dasar telah digubal
seperti Dasar Pandang Ke Timur dan Dasar Penswastaan.

-   Sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia masa kini, beberapa strategi telah disusun untuk
meningkatkan pembangunan ekonomi yang berteraskan pembangunan ekonomi yang berteraskan
teknologi ICT dan K-ekonomi.
ISL KE – 10

TAJUK        : Hasilkan proses pembentukan perlembagaan

TARIKH       : 4 APRIL 2011

LAPORAN :

1 April 1946 ( pembentukan Malayan Union)

·     British Military Administration (BMA) telah dibubarkan pada bulan Mac 1945.

·     Diikuti dengan pembentukan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) pada 1 April 1946.

·     Terbentuk hasil dari Perjanjian Mac Michael pada tahun 1945.

·    Perjanjian ini memberi peruntukan kepada British bagi mentadbir Tanah Melayu dalam perintah-
dalam-Majlis berpandukan kepada Arahan Diraja (Royal decree) bertarikh 23 Mac 1946.

·     Semua peristiwa yang berlaku ini dipanggil sebagai Perlembagaan Kesatuan Tanah Melayu 1946.

·    Bagaimanapun, perlembagaan dan perjanjian ini mendapat tentangan yang kuat dari raja-raja
Melayu dan Rakyat Tanah Melayu.

1 Febuari 1948 ( Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu )



·     Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

·    Hasil dari perjanjian ini satu perlembagaan baru telah digubal dan berkuat kuasa pada 1 Februari
1948 = Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, 1948.

·    Mengikut perjanjian ini, Kerajaan Pusat akan mengandungi seorang Pesuruhjaya Tinggi British,
sebuah Majlis Mesyuarat dan sebuah Majlis Perundangan.

·    Majlis Perundangan (Legislative Council) mempunyai anggota
rasmi dan sebilangan besar anggota tidak rasmi akan dipilih.

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) - 1949

·    Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (1949) terdiri daripada pelbagai hubungan etnik telah
berusaha menyelesaikan masalah perlembagaan, politik dan ekonomi.

·     Ia wujud kerana permintaan yang berlainan daripada pelbagai etnik.

·    CLC ditubuhkan secara tidak rasmi untuk membincangkan isu seperti kewarganegaraan dan
kedudukan istimewa orang Melayu serta dasar pendidikan.
·    Melalui CLC ini pemimpin dari pelbagai golongan etnik
berbincang secara terbuka mengenai permasalahan yang wujud

·    tokoh yang menganggotai jawatankuasa ini ialah Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz,
Tan Cheng Lok, C.C. Tan, Dr. J. S. Goonting dan E.E.C. Thuraisingham.

·     Kebanyakan cadangan CLC telah dimasukan ke dalam usul-usul perundangan yang diluluskan oleh
Majlis Perundangan Persekutuan.



Perlembagaan Kemerdekaan 1957

·    Pada 9 Julai 1963, kerajaan-kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, United kingdom, Borneo Utara,
Sarawak dan Singapura telah menandatangani Perjanjian Malaysia Borneo Utara, Sarawak dan
Singapura akan bersekutu dengan negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada, dan
persekutuan ini dinamakan Malaysia.

·    Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah meluluskan Akta Malaysia untuk meminda Perkara 1(1)
dan Perkara (2) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

·    Akta ini berkuatkuasa pada 16 September 1963.

·    Pada masa yang sama juga Queen Great Britain melepaskan bidang kuasa baginda di Borneo Utara,
Sarawak dan Singapura.

·    Maka dengan ini wujudlah Persekutuan Malaysia yang merdeka dan berdaulat dengan mempunyai
perlembagaannya sendiri.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, telah dijadikan asas kepada penggubalan
Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

·    Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah diisytiharkan pada 16 September 1963.

·    Bagi sabah dan Sarawak draf Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah dilampirkan dalam Jadula
Perjanjian Malaysia dan perlembagaan itu kemudiannya telah diisytiharkan sebagai perlembagaan
Negeri Sabah dan Sarawak.

ISL KE- 11

Tajuk : Menilai kepentingan unsur-unsur tradisi dalam konteks hubungan etnik hari ini.

Tarikh : 11 April 2011



Laporan :
Pada masa kini, unsur-unsur tradisi yang dikekalkan itu amatlah memainkan peranan yang sangat
penting bagi memastikan kesejahteraan bangsa terutamanya bagi kaum Melayu. Pada masa kini,
pelbagai masalah perpaduan yang telah berlaku dan banyak menggoncangkan perpaduan antara
pelbagai kaum di Negara kita. Seperti yang kita ketahui, peristiwa hitam 13 Mei 1969 adalah merupakan
salah satu peristiwa yang telah menggoncangkan perpaduan yang telah dibina semenjak zaman
penjajahan lagi. Namun, apa yang telah berlaku membuktikan kepada kita bahawa tempoh masa itu
bukanlah sesuatu jaminan kepada rakyat Negara kita bahawa tidak akan berlaku lagi rusuhan kaum
seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969.

      Daripada ketiga-tiga unsur yang telah dinyatakan sebelum ini iaitu agama, bahasa dan juga hak
istimewa, saya berpendapat bahawa bahasa adalah merupakan satu eleman yang sangat penting untuk
memastikan hubungan antara kaum di negara kita ini semakin erat dan kukuh. Ini kerana daripada
bahasa Melayu itu semua kaum di Negara ini boleh bergabung dan menggunakan satu bahasa yang
sama. Ini dapat meningkatkan lagi perpaduan dalam kalangan etnik di Negara kita. Seterusnya, apabila
kanak-kanak yang berbangsa Cina dan India diberi didikan yang sama sewaktu di sekolah rendah iaitu
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sewaktu di sekolah, ini akan dapat
meningkatkan kefahaman dalam kalangan murid itu sendiri.

       Apabila murid-murid ini sudah dewasa, mereka akan menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa
pengantar utama dan juga seperti yang kita ketahui bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi di Negara
ini dan kaum-kaum lain akan menguasai bahasa Melayu demi memperlihatkan kesetiaan kepada Negara
kita Malaysia. Dengan ini, setiap kaum akan menggunakan satu bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu
dan semestinya dalam tidak kita sedari, perpaduan akan semakin meningkat.

More Related Content

What's hot

DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
Lala Aliron
 
Hubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep AsasHubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep Asas
Mahyuddin Khalid
 
dasar kerajaan dalam membentuk perpaduan-pengajian am
dasar kerajaan dalam membentuk perpaduan-pengajian amdasar kerajaan dalam membentuk perpaduan-pengajian am
dasar kerajaan dalam membentuk perpaduan-pengajian am
Upper6
 
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik  HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik
Amin Upsi
 
Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..
education university sultan idris
 
Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
Hubungan Etnik Bab 6   Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan GlobalHubungan Etnik Bab 6   Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
WanBK Leo
 
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan EtnikHubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Mahyuddin Khalid
 
Pertumbuhan penduduk
Pertumbuhan pendudukPertumbuhan penduduk
Pertumbuhan penduduk
kyoryo
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKASISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
asyikin hashim
 
Faktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan unionFaktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan union
Mie Pa
 

What's hot (20)

DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
DASAR-DASAR KERAJAAN DALAM PEMUPUKAN PERPADUAN NASIONAL DALAM 1970-2020
 
Hubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep AsasHubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep Asas
 
dasar kerajaan dalam membentuk perpaduan-pengajian am
dasar kerajaan dalam membentuk perpaduan-pengajian amdasar kerajaan dalam membentuk perpaduan-pengajian am
dasar kerajaan dalam membentuk perpaduan-pengajian am
 
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
 
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik  HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik
 
Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..
 
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM  - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM  - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
 
Konsep Integrasi Etnik
Konsep Integrasi EtnikKonsep Integrasi Etnik
Konsep Integrasi Etnik
 
Cabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysiaCabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysia
 
Dasar penswastaan.
Dasar penswastaan.Dasar penswastaan.
Dasar penswastaan.
 
Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
Hubungan Etnik Bab 6   Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan GlobalHubungan Etnik Bab 6   Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
 
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan EtnikHubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
 
Konsep masyarakat
Konsep masyarakatKonsep masyarakat
Konsep masyarakat
 
Deklarasi langkawi 1989
Deklarasi langkawi 1989Deklarasi langkawi 1989
Deklarasi langkawi 1989
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Pertumbuhan penduduk
Pertumbuhan pendudukPertumbuhan penduduk
Pertumbuhan penduduk
 
Kesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negaraKesan pelajar luar negara
Kesan pelajar luar negara
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
 
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKASISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
 
Faktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan unionFaktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan union
 

Similar to Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di malaysia

Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
Umizah Khamis
 
Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduan
Asigment kenegaraan    kontrak sosial membentuk perpaduanAsigment kenegaraan    kontrak sosial membentuk perpaduan
Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduan
Rosli Dol Haji
 
Hubungan Etnik Bab 8 Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
Hubungan Etnik Bab 8   Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat BerintegrasiHubungan Etnik Bab 8   Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
Hubungan Etnik Bab 8 Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
WanBK Leo
 
hubungan etnik
hubungan etnikhubungan etnik
hubungan etnik
hjik85
 
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Umizah Khamis
 
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaianBab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
INSTAQLIM
 
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara PerpaduanKepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Caeser Rio
 
Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1
su ana
 
Kuliah 8
Kuliah 8Kuliah 8
Kuliah 8
CUTE24
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
mothy
 

Similar to Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di malaysia (20)

my HE notes.
my HE notes. my HE notes.
my HE notes.
 
Kepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysiaKepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysia
 
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
 
Esei 1
Esei 1Esei 1
Esei 1
 
Cadangan etnik
Cadangan etnikCadangan etnik
Cadangan etnik
 
Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduan
Asigment kenegaraan    kontrak sosial membentuk perpaduanAsigment kenegaraan    kontrak sosial membentuk perpaduan
Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduan
 
Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553
 
skema soalan sejarah form 4
skema soalan sejarah form 4skema soalan sejarah form 4
skema soalan sejarah form 4
 
Hubungan Etnik Bab 8 Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
Hubungan Etnik Bab 8   Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat BerintegrasiHubungan Etnik Bab 8   Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
Hubungan Etnik Bab 8 Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
 
Kuliah 8
Kuliah 8Kuliah 8
Kuliah 8
 
hubungan etnik
hubungan etnikhubungan etnik
hubungan etnik
 
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
 
Bab 1 malaysia dalam kepelbagaian edit
Bab 1  malaysia dalam kepelbagaian editBab 1  malaysia dalam kepelbagaian edit
Bab 1 malaysia dalam kepelbagaian edit
 
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaianBab 1  malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara PerpaduanKepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
Kepentingan Hubungan Etnik dan Usaha Yang Dijalankan Untuk Memelihara Perpaduan
 
Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1
 
Kuliah 8
Kuliah 8Kuliah 8
Kuliah 8
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
 
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIA
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIAPEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIA
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIA
 

More from Mastura Ismail

More from Mastura Ismail (6)

Islam hadari
Islam hadariIslam hadari
Islam hadari
 
Dodoi anak1
Dodoi anak1Dodoi anak1
Dodoi anak1
 
Sajak pilihan
Sajak pilihanSajak pilihan
Sajak pilihan
 
Harga remaja
Harga remajaHarga remaja
Harga remaja
 
Sajak pengetua
Sajak pengetuaSajak pengetua
Sajak pengetua
 
Seloka pak kadok2
Seloka pak kadok2Seloka pak kadok2
Seloka pak kadok2
 

Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di malaysia

  • 1. Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Jawapan : Kepentingan perpaduan ini boleh dikaitkan kepada 3 elemen utama dalam memastikan pembangunan dan perpaduan di Negara kita terus dikekalkan dan dipelihara. 3 elemen dalam perpaduan dan integrasi itu ialah dari segi ekonomi, budaya dan keselamatan. Dari segi ekonomi, perpaduan dan integrasi dalam pelbagai etnik di Malaysia sangat penting dalam memberi peluang kepada setiap golongan etnik untuk menceburi bidang ekonomi tanpa sebarang halangan. Setiap golongan etnik di Negara ini layak untuk menjalankan sebarang aktiviti berteraskan ekonomi tanpa halangan daripada sesiapa pun kerana mereka semua adalah rakyat Negara ini. Keadaan ekonomi yang stabil juga hanya boleh diperolehi dengan adanya perpaduan antara kaum ini kerana tiada sebarang pergaduhan dan perpecahan antara kaum yang boleh menggugat ekonomi Negara. Seterusnya, menghapuskan penguasaan satu ekonomi untuk satu kaum sahaja. Semua kaum layak untuk menguasai ekonomi dengan usaha masing-masing dan berjaya dengan kerjayanya. Seperti pada zaman sebelum era kemerdekaan, kaum yang menguasai ekonomi adalah merupakan kaum Cina yang kebanyakannya menetap di kawasan bandar-bandar besar. Kaum Cina ini telah dilatih untuk memegang ekonomi dan sehingga sekarang buktinya jelas kelihatan bahawa ekonomi Negara kita masih dipegang oleh kaum Cina. Oleh itu, pendekatan kerajaan sekarang untuk memastikan kaum lain juga boleh memegang ekonomi dengan meningkatkan penguasaan orang kaum Melayu dalam bidang ekonomi supaya orang Melayu tidak terus membiarkan orang-orang Cina menguasai ekonomi Negara kita. Akhir sekali, dengan adanya perpaduan ini, ia dapat menjana ekonomi negara dengan pelaburan dari pelbagai bidang. Ini kerana, perpaduan dapat memberi manfaat kepada Negara dalam perkembangan ekonomi Negara. Tanpa adanya perpaduan yang kita kecapi ini kemungkinan besar Negara kita tidak akan membangun dengan pesat seperti ini. Selain kepentingan dari aspek ekonomi, aspek budaya juga memainkan peranan yang sangat penting. Aspek budaya ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri dan harus dipelihara dalam hubungan etnik supaya dapat menjamin kesejahteraan hidup bersama dalam masyarakat majmuk. Antara kepentingan perpaduan dalam aspek budaya ialah mewujudkan budaya yang pelbagai dalam Negara. Seperti yang kita ketahui, Negara Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan masyarakat di Negara ini mempunyai pelbagai budaya, adat dan agama. Dengan adanya perpaduan dari aspek budaya ini, ia akan dapat mengeratkan lagi hungan sesama etnik di Negara kita. Selain itu, dengan adanya perpaduan yang sangat mantap ini, ia akan dapat merapatkan lagi jurang perbezaan antara kaum dan seterusnya melahirkan masyarakan berbilang etnik yang hidup bersama dengan aman dan harmoni. Di samping itu, perpaduan ini juga akan dapat menghapuskan sikap pentingkan kaum sendiri. Semangat pentingkan kaum sendiri ini ialah seperti mengagung-agungkan budaya kaum masing-masing dan tidak mahu bekerjasama dalam apa juga aktiviti. Sebagai contoh, etnik kaum Melayu tidak dapat menerima kehadiran etnik kaum lain dengan memulaukan etnik kaum lain ini tanpa memberi bantuan sekiranya mereka dalam kesusahan. Perbuatan ini sama sekali tidak relevan lagi pada masa kini kerana masyarakat Malaysia sudah hidup aman dan harmoni dalam etnik yang berbilang kaum tanpa ada perbezaan budaya kerana semua etnik ini merupakan rakyat Malaysia. Akhir sekali, kepentingan
  • 2. perpaduan dari segi budaya ini adalah untuk mewujudkan kefahaman tentang budaya yang berbeza dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang etnik. Setiap masyarakat di Malaysia haruslah mempelajari budaya dan adat etnik yang terdapat di Malaysia supaya benar-benar memahami budaya masyarakat Negara ini. Dengan itu, kita semua akan dapat menjaga keharmonian perpaduan antara kaum di Negara kita dan dapat mengelakkan daripada berlakunya peristiwa yang tidak diingini. Di samping itu, perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di Negara kita haruslah dikekalkan untuk menjamin keselamatan Negara kita pada masa sekarang dan akan datang. Ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di Negara kita. Kesan daripada rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai masyarakat Negara kita yang mati dalam peristiwa berdarah ini. Oleh itu, pentingnya perpaduan dalam kalangan etnik di Negara kita adalah untuk memastikan perkara yang sama ataupun pergaduhan yang melibatkan kaum berlaku lagi di Negara kita untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. Selain itu, keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan perasaan cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk Negara kita Malaysia. Semangat cintakan tanah air ini mestilah wujud dalam diri setiap kumpulan etnik di Negara kita bagi memastikan kesemua golongan etnik ini mempertahankan keselamatan Negara. Akhir sekali, perpaduan dalam kalangan etnik di Negara ini akan dapat mengukuhkan lagi keselamatan Negara daripada luar dan dalam Negara. Negara kita haruslah dipertahankan kedaulatannya daripada segala bencana yang melibatkan pergaduhan dan pertumpahan darah bagi memastikan Negara kita akan terus membangun dan berjaya mencapai wawasan 2020 dan mengekalkan perpaduan Negara kita Malaysia. ISL KE -3 TARIKH: 17 JANUARI 2011 ISL 3: HASILKAN CARTA GARIS MASA TENTANG PROSES PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI ALAM MELAYU Pengenalan ž Pluralisme: ideologi yang menyama-ratakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza dalam masyarakat ž Pluraliti: wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara semulajadi – masyarakat Melaka ž Pluralistik: wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara dirancang dipaksakan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan – era penjajah British Garis Masa
  • 3. Zaman Sebelum Singapura (Sebelum 1399 / 1400M ž Sang Nila Utama ke Temasik lalu membuka Singapura Zaman Singapura dan Pasai/Samudera (Sebelum 1399/1400M) ž Sang Nila Utama (bergelar Sri Tri Buana), Raja Singapura yang pertama ž Manusia berpindah untuk memenuhi keperluan hidup dan pelbagai tujuan lain ž Masyarakat yang menetap di Kepulauan Melayu berpindah dari satu pulau ke satu pulau lain atau ke tanah besar untuk mencari rezeki, berniaga, berperang, berkahwin dsb seterusnya menjalin hubungan etnik yang baik dengan komuniti pedagang dan bukan pedagang Zaman Melaka (1399/1400M – 1511M) ž Melaka muncul sebagai empayar yang kuat dan telah mewarisi tradisi sosio politik yang dimainkan oleh Srivijaya dan Majapahit ž Mempunyai sebuah pelabuhan entrepot yang maju dan memainkan peranan penting sebagai pusat penyebaran agama Islam yang penting Zaman Melaka (1399/1400M – 1511M) ž Negeri Melaka menjadi pusat kemasyarakatan dan perkembangan ajaran agama Islam yang termasyhur di rantau Alam Melayu ž Institusi istana telah dijadikan pusat pengajian dan penyebaran Islam ž Penyebaran agama Islam telah dijalankan secara giat melalui perdagangan dan peluasan wilayah ž Para pendakwah dihantar ke negeri-negeri jajahan Melaka untuk menyebarkan Islam ž Hubungan etnik telah diwujudkan dengan masyarakat China, India, Arab dan Eropah melalui aktiviti perdagangan Zaman Melaka (1399/1400M – 1511M) ž Perhubungan rapat antara masyarakat asing dan penduduk tempatan sehingga mewujudkan proses asimilasi antara kehidupan kedua-dua masyarakat
  • 4. ž Proses asimilasi (perdagangan dan perkahwinan) serta penyerapan budaya masyarakat tempatan sangat penting untuk membentuk satu kelompok baharu yang mempunyai kebudayaan dan identiti yang sama. Zaman Johor (1511M – 1612M) ž Peranan kerajaan Johor dimulakan selepas kejatuhan Melaka ž Peranan yang dimainkan oleh kerajaan Johor adalah kesinambungan daripada pemerintahan kerajaan Melaka Kesan Pembentukan Masyarakat Pluralistik Alam Melayu ž Bahasa, kesusasteraan dan kesenian ž Pendidikan ž Budaya REFLEKSI : Melalui latihan minggu yang ke-3 ini, saya dapat mengetahui mengenai garis masa masyarakat pluralistik di Negara kita iaitu Malaysia. Daripada latihan ini juga saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam lagi mengenai sejarah masyarakat di Negara ini dengan lebih mendalam lagi. Selain itu, latihan ini juga dapat meningkatkan lagi kefahaman saya tentang masyarakat pluralistik dan masyarakat pluraliti kerana kedua-dua perkataan ini memberi makna dan juga maksud yang berbeza. Dengan ini, saya dapat memahami setiap maksud daripada istilah-istilah yang digunakan ini. ISL KE- 4 TARIKH: 24 JANUARI 2011 ISL 4: ANALISIS FAKTOR – FAKTOR SEJARAH YANG TELAH MENYULITKAN PROSES PENCAPAIAN PERPADUAN DI MALAYSIA SEBELUM 1970. Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secarasengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Integrasi dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat berbilang kaum, daerah dan wilayahtempat tinggal, budaya, adat resam, cara hidup, latar belakang, kepercayaan dan pegangan agama yang
  • 5. berlainan untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai murni masyarakat sejagat demi mencapai tujuan dan kepentingan bersama secara adil dan saksama. MASALAH PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Isuperpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi ”Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan” Cabaran ini berkait dengan cabaran ke lima yang berbunyi ”Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dengan rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dankepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada negara’. Cabaran ini berkait pula dengan cabaran ke tujuh iaitu untuk ”Mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang” iaitu sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada individu tertentu sahaja. HALANGAN DAN KESUKARAN UNTUK PERPADUAN DAN INTEGRASI Terdapat beberapa faktor sejarah yang menyulitkan proses pencapaian perpaduan di Malaysia. Di antaranya ialah; - Agama dan kebudayaan: Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan. Setiap kaum pula mempunyai adat resam, bahasa, kesenian, budaya dan sistem nilai yang berbeza. Masing-masing kurang mengenali dan memahami dan seringkali menganggap mereka sahaja yang terbaik. Sikap ini menguatkan perasaan buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara pelbagai kaum. - Dasar Penjajah British: Penjajah British mengamalkan dasar pecah dan perintah yang menjarakkan kumpulan-kumpulan etnik demi kepentingan dan keselamatan mereka sendiri.. Penjajah sengaja menentukan status dan peranan yang berlainan bagi kaum yang tertentu. Interaksi antara kaum menjadi terbatas dan lahirlah sikap prasangka negatif yang kukuh antara rakyat tempatan yang berbilang etnik. - Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan: Laporan Razak menyebut bahawa tiada satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu di mana setiap etnik lebih gemar menghantar anak mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing- masing. Kurikulum yang digunakan juga tidak sama. Ada pula yang berpusat ke negara nenek moyang mereka, tidak terdapat bahasa pengantar yang sama. Keadaan ini melebarluaskan lagi jurang pergaulan, menghasilkan pandangan yang berlainan dan menjejaskan persefahaman dan perhubungan sesama rakyat di samping mewujudkan keperibadian dan perwatakan yang berbeza tanpa mempedulikan pembentukan warga negara yang beridentitikan satu negara.
  • 6. - Amalan ekonomi yang berlainan: Setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu dan mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik yang berlainan jenis dan ras serta mengakibatkan perpaduan negara terancam. - Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik: Kewujudan persatuan politik, sosial dan ekonomi berdasarkan bangsa, kaum dan etnik tertentu telah memmperkuatkan identiti sesuatu kumpulan dan menimbulkan perasaan syak wasangka kerana setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dan kepentingan kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik yang berasaskan kepada suku kaum juga memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan hak keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah perpaduan. - Pendudukan Jepun: Kemasukan tentera Jepun ke Tanah Melayu menambah jurang permusuhan antara orang Melayu dan orang Cina. Sebilangan besar tentera anti Jepun terdiri dari orang-orang Cina, sementara ramai pula orang Melayu yang diambil oleh tentera Jepun untuk menjadi askar dan polis. Keadaan ini menjadikan menjejaskan persefahaman dan menimbulkan perasaan kurang senang antara masyarakat Melayu dan Cina. ISL KE-5 TARIKH: 7 FEBRUARI 2011 ISL 5: 1. ANALISIS PERKEMBANGAN MODENISASI DI MALAYSIA DAN LUAR NEGARA 2. HURAIKAN HUBUNG KAIT PEMBANGUNAN EKONOMI DAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA. KONSEP MODENISASI ¢ Proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat. ¢ Perubahan dapat berlangsung scara berencana atau secara tidak berencana. ¢ Perubahan berencana ialah suatu proses yang mempunyai matlamat, kaedah dan penetapan ukuran pencapaian sebelum sesuatu perubahan dilaksanakan. MODENISASI EROPAH ¢ Konsep dan proses modenisasi yang kita kenal memang bermula di Eropah Barat akibat daripada dua revolusi besar, iaitu: a) Revolusi Perancis (mengubah sistem politik feudal Eropah Barat) b) Revolusi Perindustrian (mengubah sistem ekonomi Eropah Barat)
  • 7. ¢ Persoalan modenisasi dapat ditinjau daripada dua sudut: a) Sudut falsafah – pemahaman tentang kemajuan atau evolusi. Sudut praktikal – kemajuan sains dan teknologi SUDUT FALSAFAH TEORI EVOLUSI ¢ Terdapat semacam ketentuan atau arah yang bersifat sehala dalam perkembangan kebudayaan manusia, yang berjalan melalui tahap-tahap tertentu. ¢ Masyarakat dikenali diberi tempat dalam suatu skala tahap perkembangan, tidak bertamadun sehingga kepada yang moden. SUDUT PRAKTIKAL ¢ Kemajuan sains dan teknologi yang mencorakkan semula hubungan antara manusia dengan alam sekitar. ¢ Masyarakat di Eropah Barat mencari cara untuk menguasai alam sekitar dan berusaha mengumpul kekayaan. ¢ Penggantian teknik produksi daripada cara-cara tradisional yang menggunakan tenaga haiwan kepada cara-cara moden yang menggunakan jentera. Pemodenan ¢ Proses perubahan dalam semua aspek kehidupan melalui proses perencanaan, pelaksanaan dan penilaian. Pembaratan ¢ Proses peniruan gaya hidup Eropah Barat yang tidak disertai oleh suatu usaha perubahan secara berencana. ¢ Negara Eropah Barat menjadi model pilihan utama sebagai contoh bagi pembentukan negara. ¢ Aspek ekonomi dan aspek politik ditirui oleh negara-negara yang menjalankan proses kemerdekaan. ¢ Dalam aspek politik, model negara bangsa dan demokrasi politik dipilih. ¢ Dalam aspek ekonomi, sistem ekonomi yang berasakan kapitalisme, industri dan teknologi dipilih. MODENISASI DI MALAYSIA ¢ Malaysia mencontohi jejak langkah pengalaman modenisasi di Eropah Barat.
  • 8. ¢ Bagi mencapai matlamat pembangunan ekonomi dengan mewujudkan sebuah masyarakat perindustrian, Malaysia telah menumpukan kepada peningkatan prasarana ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import. ¢ Pembangunan ekonomi diasaskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan daripada industri gantian-import kepada industri berorientasikan eksport. ¢ Selain itu, pembangunan ekonomi berteraskan k-ekonomi diberi perhatian oleh Malaysia. ¢ Malaysia berusaha membinan satu negara dan satu bangsa yang aman dan makmur supaya politik dijaga. Perkembangan modenisasi dari segi pembangunan ekonomi di luar negara dan Malaysia. PERKEMBANGAN MODENISASI DI MALAYSIA Matlamat Mewujudkan masyarakat perindustrian. Proses modenisasi diasaskan sejak pemerintahan kolonial Bristish. Peringkat awal pembangunan ekonomi ditumpukan kepada: 1. Peningkatan infrastruktur ekonomi. 2. Pembangunan pertanian & industri gantian- import. Akhir 1960-1970 Pembangunan teknologi 1980-1990 Menitikberatkan industri berasaskan teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan. Pembangunan ekonomi - Urbanisasi - Teknologi - Pertanian - Industrialisasi EKONOMI MALAYSIA
  • 9. ¢ Dari ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial. ¢ Modal tempatan dari saudagar Negeri Selat dan modal asing dibawa masuk oleh Bristish. ¢ Perkembangan ekonomi dunia memerlukan bahan mentah. ¢ Kedudukan Tanah Melayu yang kaya dengan bahan mentah dan menyebabkan pembukaan lombong bijih timah dan ladang getah. ¢ Buruh dibawa masuk. ¢ Kemajuan pengangkutan dan perhubungan serta kemudahan bekalan air dan eletrik Hubungan Etnik dalam Konteks Modenisasi Malaysia. ¢ Pembangunan ekonomi sangat penting dalam konteks modenisasi Malaysia. ¢ Pembangunan menjadi landasan pembinaan negara bangsa. ISL KE-6 TARIKH: 14 FEBRUARI 2011 ISL 6: SINTESIS PROSES PEMBENTUKAN PEMBANGUNAN EKONOMI MENGIKUT ACUAN MALAYSIA - Ekonomi Malaysia terbentuk dengan ciri – ciri uniknya dengan pengalamannya dijajah kolonial Inggeris. Contohnya pembangunan ekonomi dalam sektor getah dan kelapa sawit. - Pembinaan rangkaian infrastruktur sebagai sokongan kepada industri asas. - Tenga buruh di Malaysia juga unik kerana terdapat division of labour mengikut hubungan etnik. - Terdapat dua cirri utama iaitu:- a) Aspek ekonomi b) Ciri etnik - Mempelbagaikan asas ekonomi dengan memperkenalkan komoditi seperti kelapa sawit, koko, lada hitam, kayu balak serta penumpuan kepada eksport barang seperti barang pembuatan, tekstil, dan getah. - Pada peringkat awal pembangunan ekonomi ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import. - Pada akhir tahun 1960an, pembangunan ekonomi diasaskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan dari industri gantian import kepada industri berorientasikan eksport.
  • 10. - Menjelang 2000an, Malaysia mula memberi perhatian kepada pembangunan ekonomi berteraskan K- ekonomi. - Secara keseluruhan, pembangunan ekonomi di Malaysia telah mencapai kejayaan yang dapat diukur dengan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang baik iaitu sekitar 8% - 9% terutama pada tahun 1980an dan 1990an. - Ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi di Malaysia tidak hanya diukur melalui KDNK tetapi juga dengan peningkatan indeks kualiti hidup. - Kualiti rakyat secara amnya adalah baik berdasarkan penurunan kadar kemiskinan dan kadar inflasi yang rendah. Dalam konteks ini, hubungan ekonomi dan entisiti di Malaysia sememangnya berkait rapat. - Ini menyebabkan ketidakseimbangan pendapatan yang menimbulkan rasa cemburu antara kaum. - Oleh itu, integrasi ekonomi amat penting dan dilaksanakan melalui dasar – dasar pembangunan seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Dasar Ekonomi Baru dan lain – lain. - Ini bagi memastikan pengasingan ekonomi yang wujud sejak zaman penjajahan dapat dimansuhkan dan pengagihan ekonomi yang tidak seimbang dapat dikurangkan dan dihapuskan. Dasar – dasar awam : Pertanian , Perindustrian dan K- ekonomi - 1990an adalah perhatian kepada sektor perindustrian a) Dasar perindustrian berat b) Dasar penswastaan - Meskipun pembangunan ekonomi sudah berubah kepada perindustrian 1960an dan 1970an tetapi tumpuan kepada sektor pertanian masih diutamakan. - Sesuai dengan dasar pembangunan pertanian beberapa badan yang bertanggungjawab untuk memajukan sector pertanian dan menghapuskan kemiskinan luar Bandar telah diwujudkan sepertia FELDA, FELCRA dan MARA. - 1980an dan 1990an, sector perindustrian lebih diberi perhatian dan beberapa dasar telah digubal seperti Dasar Pandang Ke Timur dan Dasar Penswastaan. - Sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia masa kini, beberapa strategi telah disusun untuk meningkatkan pembangunan ekonomi yang berteraskan pembangunan ekonomi yang berteraskan teknologi ICT dan K-ekonomi.
  • 11. ISL KE – 10 TAJUK : Hasilkan proses pembentukan perlembagaan TARIKH : 4 APRIL 2011 LAPORAN : 1 April 1946 ( pembentukan Malayan Union) · British Military Administration (BMA) telah dibubarkan pada bulan Mac 1945. · Diikuti dengan pembentukan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) pada 1 April 1946. · Terbentuk hasil dari Perjanjian Mac Michael pada tahun 1945. · Perjanjian ini memberi peruntukan kepada British bagi mentadbir Tanah Melayu dalam perintah- dalam-Majlis berpandukan kepada Arahan Diraja (Royal decree) bertarikh 23 Mac 1946. · Semua peristiwa yang berlaku ini dipanggil sebagai Perlembagaan Kesatuan Tanah Melayu 1946. · Bagaimanapun, perlembagaan dan perjanjian ini mendapat tentangan yang kuat dari raja-raja Melayu dan Rakyat Tanah Melayu. 1 Febuari 1948 ( Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ) · Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. · Hasil dari perjanjian ini satu perlembagaan baru telah digubal dan berkuat kuasa pada 1 Februari 1948 = Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, 1948. · Mengikut perjanjian ini, Kerajaan Pusat akan mengandungi seorang Pesuruhjaya Tinggi British, sebuah Majlis Mesyuarat dan sebuah Majlis Perundangan. · Majlis Perundangan (Legislative Council) mempunyai anggota rasmi dan sebilangan besar anggota tidak rasmi akan dipilih. Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) - 1949 · Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (1949) terdiri daripada pelbagai hubungan etnik telah berusaha menyelesaikan masalah perlembagaan, politik dan ekonomi. · Ia wujud kerana permintaan yang berlainan daripada pelbagai etnik. · CLC ditubuhkan secara tidak rasmi untuk membincangkan isu seperti kewarganegaraan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta dasar pendidikan.
  • 12. · Melalui CLC ini pemimpin dari pelbagai golongan etnik berbincang secara terbuka mengenai permasalahan yang wujud · tokoh yang menganggotai jawatankuasa ini ialah Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz, Tan Cheng Lok, C.C. Tan, Dr. J. S. Goonting dan E.E.C. Thuraisingham. · Kebanyakan cadangan CLC telah dimasukan ke dalam usul-usul perundangan yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Perlembagaan Kemerdekaan 1957 · Pada 9 Julai 1963, kerajaan-kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, United kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura telah menandatangani Perjanjian Malaysia Borneo Utara, Sarawak dan Singapura akan bersekutu dengan negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada, dan persekutuan ini dinamakan Malaysia. · Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah meluluskan Akta Malaysia untuk meminda Perkara 1(1) dan Perkara (2) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. · Akta ini berkuatkuasa pada 16 September 1963. · Pada masa yang sama juga Queen Great Britain melepaskan bidang kuasa baginda di Borneo Utara, Sarawak dan Singapura. · Maka dengan ini wujudlah Persekutuan Malaysia yang merdeka dan berdaulat dengan mempunyai perlembagaannya sendiri. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, telah dijadikan asas kepada penggubalan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. · Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah diisytiharkan pada 16 September 1963. · Bagi sabah dan Sarawak draf Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah dilampirkan dalam Jadula Perjanjian Malaysia dan perlembagaan itu kemudiannya telah diisytiharkan sebagai perlembagaan Negeri Sabah dan Sarawak. ISL KE- 11 Tajuk : Menilai kepentingan unsur-unsur tradisi dalam konteks hubungan etnik hari ini. Tarikh : 11 April 2011 Laporan :
  • 13. Pada masa kini, unsur-unsur tradisi yang dikekalkan itu amatlah memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan kesejahteraan bangsa terutamanya bagi kaum Melayu. Pada masa kini, pelbagai masalah perpaduan yang telah berlaku dan banyak menggoncangkan perpaduan antara pelbagai kaum di Negara kita. Seperti yang kita ketahui, peristiwa hitam 13 Mei 1969 adalah merupakan salah satu peristiwa yang telah menggoncangkan perpaduan yang telah dibina semenjak zaman penjajahan lagi. Namun, apa yang telah berlaku membuktikan kepada kita bahawa tempoh masa itu bukanlah sesuatu jaminan kepada rakyat Negara kita bahawa tidak akan berlaku lagi rusuhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969. Daripada ketiga-tiga unsur yang telah dinyatakan sebelum ini iaitu agama, bahasa dan juga hak istimewa, saya berpendapat bahawa bahasa adalah merupakan satu eleman yang sangat penting untuk memastikan hubungan antara kaum di negara kita ini semakin erat dan kukuh. Ini kerana daripada bahasa Melayu itu semua kaum di Negara ini boleh bergabung dan menggunakan satu bahasa yang sama. Ini dapat meningkatkan lagi perpaduan dalam kalangan etnik di Negara kita. Seterusnya, apabila kanak-kanak yang berbangsa Cina dan India diberi didikan yang sama sewaktu di sekolah rendah iaitu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sewaktu di sekolah, ini akan dapat meningkatkan kefahaman dalam kalangan murid itu sendiri. Apabila murid-murid ini sudah dewasa, mereka akan menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama dan juga seperti yang kita ketahui bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi di Negara ini dan kaum-kaum lain akan menguasai bahasa Melayu demi memperlihatkan kesetiaan kepada Negara kita Malaysia. Dengan ini, setiap kaum akan menggunakan satu bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu dan semestinya dalam tidak kita sedari, perpaduan akan semakin meningkat.