1. SEJARAH PERKEMBANGAN PTV
1.0 Pengenalan
Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad telah
meletakkan matlamat negara untuk mencapai taraf sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020.
Perkara ini telah diwar-warkan oleh beliau dalam salah satu daripada kertas kerjanya yang bertajuk
"Malaysia: Melangkah Ke Hadapan (Wawasan 2020)" yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat
Pertama Majlis Perniagaan Malaysia pada tahun 1991 yang lalu. Wawasan tersebut secara tidak
langsung telah meletakkan sasaran negara untuk menjadikan perindustrian sebagai teras kepada
pembangunan negara.
Berdasarkan kenyataan di atas, dapatlah kita lihat betapa pentingnya keperluan sumber
manusia di mana ia dengan sendirinya merupakan cabaran yang besar kepada latihan teknik dan
vokasional. Ini adalah selari dengan pandangan Siti dan Nor Azizah (1995) iaitu "Pendidikan
vokasional semakin penting dalam era pembangunan ekonomi dan sosial negara. Di mana-mana
negara yang sedang pesat membangun keperluan tenaga profesional dan separa profesional amat
diperlukan bagi menentukan kesinambungan pembangunan negara. Mereka adalah teras
pembangunan."
Perbincangan akan tertumpu kepada aspek sejarah perkembangan Pendidikan Teknik dan
Vokasionak (PTV) dari peringkat awal sebelum kedatanga Iggeris, semasa penjajahan Inggeris
antara tahun 1400an hingga awal 1940an dan selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekan 1957
melalui beberapa Laporan Pelajaran.
2.0 Latar Belakang PTV Secara Global
Perkembangan PTV bermula daripada revolusi perindustrian Perancis pada awal tahun
1800-an. Seterusnya ia berkembang ke seluruh dunia daripada negara – negara Eropah dan terus
ke negara – negara Timur yang dibawa oleh penjajah. Di negara – negara maju seperti Perancis
dan Jerman, ia lebih mengutamakan kelayakan kemahiran dan mendapat tempat dalam pasaran
2. pekerjaan. Menyedari hakikat ini dan selaras dengan usaha untuk menambah penawaran tenaga
kerja berkemahiran tinggi, dan berpengetahuan untuk menyokong pembangunan ekonomi
berasaskan pengetahuan, kelayakan kemahiran perlu disediakan sehingga tahap yanh tertinggi di
dalam sesuatu bidang pekerjaan.
Perkembangan PTV di Malaysia tidak terhad kepada peranan Kementerian Pelajaran
sahaja. Penggubalan dasar kurikulum turut di buat dan usaha untuk penambahbaikan dilaksanakan
oleh mereka di luar Kementerian Pelajaran. Sebagai contoh Majlis Latihan Vokasional Kebangssan
(MLVK) di bawah Kementerian Sumber Manusia bertanggungjawab mengendalikan program –
program kemahiran sehingga ke hari ini.
3.0 Sejarah Perkembangan PTV Sebelum Penjajahan Inggeris
Sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu, sistem pendidikan masyarakat Melayu
adalah terhad kepada membaca kitab suci al Quran, mempelajari dengan imam di surau, dan juga
ulama di pondok-pondok kepunyaan mereka sebagai kelas-kelas pembelajaran. Aktiviti-aktiviti
pelajaran terhad kepada megenal abjad-abjad Arab, mengingat dan menghafaz doa selain dari
mendalami prinsip-prinsip Islam. Pada zaman itu juga masyarakat melayu tidak begitu kompleks,
mereka bekerja sebagai petani dan nelayan. Mereka juga tidak menghadapi masalah mencari
nafkah memandangkan di tempat tinggal mereka terdapat tanah yang subur dan lautnya dipenuhi
dengan ikan.
Kestabilan pemerintahan mewujudkan suasana kehidupan selesa tanpa cabaran
menyebabkan orang melayu tidak perlu menguasai kemahiran yang spesifik. Apa yang diperlukan
hanyalah kemahiran menghafaz doa supaya mereka dapat meyesuaikan diri di kalangan
masyarakat Islam. Sistem pendidikan yang berasaskan Islam berkembang pesat dengan
pembinaan banyak sekolh – sekolah pondok di merata tempat di kampung Melayu. Sistem
pendidikan pondok seperti ini diteruskan ke kurun 19. Kedatangan penjajah British telah mengubah
pendidikan pondok ke sistem pendidikan vernakular Melayu.
3. 4.0 Sejarah Perkembangan PTV Semasa Penjajahan Inggeris
Sistem Pendidikan tradisi orang Melayu berubah setelah kedatangan Inggeris pada
pertengahan kurun ke 19. Penjajah telah memperkenalkan sistem Pendidikan Vernkular Melayu
pada tahun 1786 hingga 1941 bersama-sama pembentukan Pendidikan vernakular Cina dan India.
A.M. Skinner, Pemangku Majistret Prai, telah mendirikan sekolah vernacular Melayu dengan dasar
untuk memberikan pendidikan tanpa meninggalkan pelajaran Agama Islam. Hasil rombakan dasar
tersebut , pada tahun 1913, sebanyak 189 buah sekolah tersebut telah didirikan di seluruh Negeri
Selat dan di Negeri-negeri Bersekutu. Pada tahun 1938 terdapat sejumlah 1169 buah sekolah
vernakular Melayu didirikan di Tanah Melayu.
4.1 Mata Pelajaran PTV dalam Sekolah Vernakular Melayu
Mata pelajaran yang diajarkan di sekolah vernakular Melayu berubah dari semasa ke
semasa, menawarkan matapelajaran kemahiran membaca, mengarang, mengeja dan menulis,
latihan jasmani dan ilmu alam. Mulai dari awal kurun ke 20 matapelajaran perkebunan dan anyaman
ditambah dalam kurikulumnya. Perubahan dari 3M kepada anyaman dan perkebunan adalah
mengikut cadangan Laporan Winstedt 1917. Namun, terhad sehingga ke darjah 4 sahaja. Hanya
golongan kecil sahaja yang berjaya memasuki Maktab Perguruan atau Malay Special Class di mana
mereka boleh melanjutkan pelajaran ke sekolah Inggeris.
Sebelum Laporan Winstedt, pada 6 Februari 1816, Rev. R.S.Hutchings telah membuka
Peneng Free School di mana PTV turut ditawarkan. Tujuan kurikulum Hutchings adalah untuk
memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari tentang pekerjaan yang berguna seperti tukang
kayu, tukang besi, tukang kasut, tukang jahit, penjilidan buku dan sebagainya.
4.2 Institusi-institusi Pendidikan Lain
Sebagai mana yang telah dibincangkan, sebelum perang dunia ke dua, sistem sekolah
vernakular Melayu dan Tamil hanya setakat peringkat sekolah rendah sahaja. Namun pembelajaran
berkaitan PTV boleh dilanjutkan di Maktab Perguruan, Kolej Pertanian,Sekolah Vokasional, Kolej
Perubatan dan Sekolah Teknik dengan syarat lulus peperiksaan Sijil Cambridge seberang laut mula
diperkenalkan pada tahun 1891.
4. 4.3. Pendidikan Teknik dan Vokasional
Penubuhan sekolah teknik bermula pada tahun 1905. Sekolah Teknik pertama ialah
Sekolah Teknik Treacher yang dikelolakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), negeri – negeri Melayu
Bersekutu. Tujuan penubuhan Sekolah Teknik ini adalah untuk melahirkan pembantu – pembantu
juruteknik di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Keretapi Tanah Melayu dan Jabatan Ukur. Antara mata
pelajaran yang diajar ialah Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan mekanikal serta iIlmu ukur.
Komunikasi elektrik dan ilmu ukur diajar menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Pada tahun 1914, telah berlaku perang Dunia Kedua menyebabkan semua jabatan – jabatan
tersebut telah ditutup termasuk juga sekolah teknik. Pada tahun 1918, Sekolah teknik telah dibuka
semula dan telah diambil alih oleh Jabatan Pelajaran pada tahun 1931. Sekolah Teknik ini telah
menerima pelajar – pelajar dari agensi swasta pada tahun 1933.
Jumlah Kemasukan Di Sekolah Teknik
Secara ringkasnya dapat dirumuskan bahawa penubuhan sekolah teknik ini hanya terhad
kepada sebilangan kecil penuntut yang berpendidikan Inggeris demi melahirkan pegawai-pegawai
Tahun Jumlah Kemasukan Bilangan Penuntut Melayu
1905 77 44
1936 78 42
1937 83 33
1938 154 57
5. rendah teknik untuk memenuhi keperluan jabatan awam dan swasta. Sementara penubuhan
Sekolah Pertukangan bagi murid Melayu bertujuan untuk mengeluarkan pekerja peringkat bawahan.
4.4. Sekolah Pertukangan
Pada tahun 1918, jawatankuasa mengenai Pelajaran Teknik dan Perindustrian di Negeri-
negeri Melayu bersekutu mencadangkan supaya didirikan sebuah sekolah pertukangan dengan
bahasa pengantar bahasa Melayu. Tujuannya untuk menjadikan pelajar melayu sebagai ’
mechanics dan fitter’ di Jabatan Keretapi dan juga guru tukang Kayu di sekolah Venikular Melayu.
Sekolah Pertukangan atau Trade School bermula pada tahun 1926. Dengan tertubuhnya 4 buah
sekolah utama di Kuala Lumpur. Guru terdiri dari orang Eropah yang ditadbir oleh seorang pengetua
di bawah kelolaan Jabatan Pelajaran. Ini bertujuan untuk melahirkan mekanik – mekanik terlatih
untuk memenuhi keperluan di Jabatan Keretapi dan di sekolah – sekolah untuk mata pelajaran
pertukangan. Jangkamasa latihan ialah 3 tahun. Latar belakang murid kebanyakannya merupakan
pelajar yang gagal untuk meneruskan pelajaran ke sekolah menengah. 3 mata pelajaran menjadi
teras iaitu seni perusahaan, Sains Pertanian dan Sains Rumahtangga
4.5. Sekolah Pertanian
Serentak dengan penubuhan sekolah pertukangan, sekolah pertanian dibina di Serdang
dalam tahun 1931. Sekolah pertanian ini dikelolakan oleh Jabatan Pertanian Negeri-negeri Melayu
Bersekutu dan Negeri-negeri Selat bertujuan untuk melatih pelajar sebagai Pegawai Rendah
Pertaniah Jabatan Pertanian. Pada tahun 1941, sebuah Maktab Teknik dibina dan selepas perang
dunia kedua, sebuah Maktab Pertanian pula dibina.
5.0. Sejarah Perkembangan PTV Selepas Merdeka
6. Selepas negara mencapai kemerdekaan kerajaan telah merangka beberapa rancangan untuk
meningkatkan taraf sosial dan ekonomi masyarakat yang kekurangan kemahiran dalam bidang
kejuruteraan, pertanian dan perdagangan bagi melaksanakan projek pembangunan. Sebagai
strategi jangka panjang, pihak kerajaan terpaksa meminjam pakar-pakar daripada luar negara.
Mereka dibayar untuk memberi latihan teknikal kepada rakyat. Laporan Razak 1956, telah
mencadangkan pendidikan teknik dikelolakan pada tiga peringkat iaitu :
a. Maktab Teknik
b. Sekolah Teknik dan
c. Sekolah-sekolah Pertukangan
Tujuan adalah untuk melahirkan pakar-pakar teknik, tenaga mahir dan separuh mahir melalui
sistem pendidikan formal di bawah pengurusan Kementerian Pendidikan. Diantara tahun 1957
hingga 1965, perkembangan Pelajaran Teknik dan Vokasional tidak begitu menonjol di
Semenanjung Tanah Melayu. Hanya 3 buah Junior Trade School, sebuah technical Institute dan
sebuah Maktab Teknik di Cheras, 13 buah ’Rural Trade School’ serta beberapa buah sekolah
lanjutan dan sekolah-sekolah tukang yang bertempat di sekolah-sekolah menengah yang sedia asal
dibangunkan. Mata pelajaran yang ditawarkan ialah ketukangan besi, kimpalan membaik pulih
kenderaan, tukang kayu dan penurap bata.
5.1. Sekolah Lanjutan
Sekolah Pertukangan telah dibubarkan pada tahun 1960 apabila sistem pendidikan baru
iaitu sekolah Pelajaran Lanjutan diperkenalkan. Tujuannya adalah untuk menyediakan tempat bagi
pelajar yang gagal peperiksaan. Sekolah Lanjutan ini memberi peluang kepada murid-murid
menyambungkan pelajaran selama 3 tahun lagi dengan memberatkan pelajaran perusahaan,
khasnya untuk murid-murid yang tidak lulus masuk ke sekolah-sekolah menengah.
Sekolah Lanjutan dikatakan kurang berjaya disebabkan kekurangan kelengkapan bengkel.
Akibatnya satu langkah penyesuaian telah dibuat dengan merombak sistem pelajaran Sekolah
Lanjutan kepada sistem komprehensif menjelang tahun 1965. Bahagian Tekik dan Vokasional
cawangan khas bagi PTV telah dibentuk pada 1964 dibawah Kementerian Pelajaran untuk
menguruskan sistem Pelajaran Teknik dan Vokasional di Semenanjung Malaysia.
5.2. Sistem Pelajaran Aneka Jurusan (Komprehensif)
7. Pada 1965, Bahagian Teknik dan Vokasional telah mengubah suai sistem Pelajaran Teknik
dan Vokasional di peringkat Sekolah Menengah Rendah yang terkenal sebagai Sistem
Komprehensif. Dibawah sistem baru ini, empat mata pelajaran vokasional telah diperkenalkan
kepada tingkatan 1 hingga tingkatan 3 yang dianggap sebagai matapelajaran elektif iaitu Seni
Perusahaan, Sains pertanian, Perdagangan dan Sains Rumah Tangga. Peralihan ke sistem
pelajaran aneka jurusan telah memansuhkan Sekolah Pertukangan Kampung.
5.3. Perkembangan Sekolah Menengah Vokasional
Pada tahun 1968, wujud nama Sekolah Menengah Vokasional. Tujuannya untuk memberi
latihan dan kemahiran kepada murid-murid bersesuaian dengan pekerjaan yang memerlukan
kemahiran di sektor perindustrian, perusahaan, pertanian dan sektor-sektor yang berkaitan. Empat
bidang kursus vokasional yag ditawarkan ialah Pertukangan, Perdagangan, Pertanian dan Sains
Rumah Tangga. Setelah 2 tahun mengikuti kursus di Sekolah Vokasional murid-murid akan
menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) yaang diakui setaraf dengan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada tahun 1969, seramai 1329 penuntut kumpulan pertama
daripada sekolah menengah vokasional telah menduduki SPVM.
Di antara 1969 – 1974 kerajaan telah menubuhkan sekolah jenis vokasional secara beransur
– ansur mengikut Rancangan Lima Tahun Dasar Ekonomi Baru di setiap negeri di seluruh negara.
Jumlah kesemuanya ialah 8 buah Sekolah Vokasional di mana 13 daripadanya ialah sekolah jenis
pertukangan. Dengan itu dapatlah diandaikan bahawa dasar dan tujuan kerajaan lebih cenderung
kepada sektor perindustrian dan pertanian.
Bidang mata pelajaran Vokasional yang ditawarkan adalah seperti berikut :
a) Kursus Pertukangan
i- Pemasangan Elektrik
ii- Radio, Televisyen dan Elektronik
iii- Mesin dan Geseran
iv- Kepingan logam dan kimpalan
v- Binaan bangunan dan pertukangan kayu
vi- Kaji sawat motor ( petrol dan disel )
vii- Penyejukan dan pendinginan
8. Pelajar yang mengikuti latihan dalam jurusan ini hanya dibenarkan memilih salah satu
daripada mata pelajaran yang disebutkan di atas.
b) Kursus Pertanian
Kursus ini memerlukan banyak masa untuk kerja luar iaitu di ladang – ladang. Mata
pelajaran yang dipelajari ialah:
i- Penghasilan Tanaman
ii- Hortikultur Hiasan
iii- Pengurusan Tanah
iv- Penghasilan Ternakan
v- Pengurusan Ladang
vi- Peralatan dan Mesin Ladang
c) Kursus Perdagangan
Tujuan kursus ini ialah untuk membina kemahiran pelajar dalam Type Writting,
Shorthand, Book – keeping dan Business Correspondence. Mata pelajaran trengkas
adalah untuk pelajar aliran Melayu. Antara matapelajarannya ialah:
i- Pitman Shorthand or Book – Keeping
ii- Commercial English
iii- Commercial Practice
iv- Type Writting
d) Kursus Sains Rumah Tangga
Tujuan kursus ini adalah persediaan mendapatkan pekerjaan di bidang berkaitan di
samping memberi pengetahuan kemahiran kepada pelajar. Kursus ini terbahagi kepada
dua iaitu:
Kursus A
i) Nutrition
ii) Cookery and cotage industry and catering
iii) House Craft
iv) Mother Craft and Child Craft
v) Element of Commerce
9. Kursus B
i) Needlework and Tailoring
ii) Beauty Cuture and Hair Dressing
iii) Laundry Work
iv) Element of Commerce
5.4. Perkembangan Sekolah Menengah Teknik
Sekolah Menengah Teknik mempunyai pertalian dengan Treacher Technical (1906) yang
ditubuhkan oleh pihak Kolonial dibawah Jabatan Pelajaran Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Treacher Technical Istitute kemudian dinaik taraf ke Techinical Institute pada 1956 selaras dengan
Laporan Razak dan akhirnya bertukar kepada Sekolah Menengah Teknik pada tahun1962. Tujuan
Sekolah Menengah Teknik bukan untuk memberi latihan kemahiran sebagai persediaan
mendapatkan pekerjaan tetapi adalah untuk memberi pelajaran am yang lebih cenderung kepada
aliran teknik sebagai asas murid-murid untuk melanjutkan pelajaran tinggi dibidang teknikal.
Tiga kursus utama yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik ialah Kejuruteraan Awam,
Kejuruteraan Mekanikal dan Pertanian. Kemudian ilmu Perdagangan diperkenalkan untuk
memberikan peluang kepada pelajar perempuan.
Dalam kursus mekanikal dan bangunan, murid diberi latihan amali di bengkel yang berkaitan
serta teori – teorinya. Keseluruhan mata pelajaran yang terdapat di tingkatan 4 adalah seperti
berikut :
a) Bahasa Malaysia
b) English Language
c) Additional Mathematics
d) Elementry Mathematics
e) Physics
f) Chemistry
g) Biology ( kursus pertanian)
h) Survey
i) Malaysian Studies ( Geography, Hstory, Civics)
j) Mechanical Workshop / Theory
10. k) Building Workshop / Theory
l) Technical Drawing
m) Agricultural Sciences
n) Commerce
o) Principles of Account
p) Agama Islam
Kesimpulan
Perkembangan PTV kini sangat pesat selaras dengan perubahan keperluan negara dalam
menjana ekonomi, khususnya dalam bidang perindustrian yang kini menjadi pencorak utama
ekonomi dunia. Lahirnya Institusi pengajian tinggi lanjutan daripada sekolah teknik dan vokasional
seperti Institut Perguruan Teknik, Politeknik, Universiti Teknologi Malaysia, UITM, Universiti Teknikal
Malaysia dan lain-lain banyak menyumbang melahirkan tenaga kerja mahir dan pakar-pakar yang
banyak menyumbang kepada ekonomi negara.
Proses pembangunan ekonomi sesebuah negara berkait rapat dengan pembangunan
sumber manusia yang mampu dilaksanakan oleh sesebuah negara. Memandangkan negara kita
sedang menumpukan pembangunan ekonomi yang berteraskan industri dan teknologi, maka
harapan yang tinggi diletakkan terhadap bidang pendidikan teknik dan vokasional. Keupayaan
sistem pendidikan teknik dan vokasional ini untuk dilaksanakan dengan jayanya akan menentukan
nasib masa depan wawasan negara bagi mencapai sebuah negara maju. Dalam usaha untuk
menyusun suatu kurikulum yang komprehensif bagi program latihan dan pendidikan bidang ini
maka, kerjasama yang erat perlu diwujudkan secara ikhlas serta konsisten di antara kerajaan dan
swasta. Ini adalah perlu bagi memastikan lulusan pendidikan teknik dan vokasional berupaya
mengikuti perubahan teknologi dan memenuhi keperluan pasaran kerja semasa. Oleh itu,
kerjasama semua pihak adalah diharapkan bagi merealisasikan cita – cita negara kita ke arah
menjadi sebuah negara yang setanding dengan negara – negara maju yang lain.
11. Rujukan
1. Ahmad Sipon, (2001) Ucaptama : Halatuju Dan Cabaran Pendidikan Vokasional di
Sekolah Menengah Akademik, Seminar Kebangsaan Pendidikan Asas Vokasional.
7-10 November. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kuala Lumpur.
2. Yahya Bin Emat. Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Malaysia. ( 2005). IBS Buku
Sdn. Bhd.
3. Ishak Yusuf; Rahmah Ismail (1997). Pendidikan Di Malaysia, Pembangunan sumber
Manusia Di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia.
4. Yahya Bin Emat. Cabaran Dan strategi Pendidikan Teknik Dan Vokasional Ke arah
Mencapai Wawasan 2020. Terbitan : Jurnal Pendidikan, Jilid 37 Keluaran 8 Jun
1993, Kementerian Pendidikan Malaysia.
5. Siti Maspiah Hassan; Nor azizah Saleh (1995). Pendidikan Vokasional, Formal Dan
Non Formal ke Arah Wawasan 2020. Kertas Kerja di Bentangkan dalam Seminar
Kebangsaan Pendidikan Negara abad ke-21 pada 9 November 1995. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
6. Shahril Marzuki (1993). Pendidikan Malaysia. Arah Dan cabaran: Cabaran-cabaran
dalam Pendidikan Teknik Dan Vokasional Bagi Memenuhi Permintaan Sumber
Tenaga Malaysia Untuk Mencapai Wawasan 2020, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
7. Pengenalan Kepada Pendidikan Teknik dan Vokasiona
12. Websites : http:// pengenalankepadaptv.blogspot.com
8. Bahagian Pendidikan Teknik dan vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Websites : http://bptv.edu.my/vo/