SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
Download to read offline
TOPIK 2

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

TOPIK 2

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

PENGENALAN
Abad ke-21 akan penuh dengan cabaran dan masalah yang berlainan berbanding dengan
cabaran dan masalah abad ke-20 ini. Sungguhpun kita tidak dapat meramalkan segala
cabaran yang akan timbul apabila kanak-kanak ini membesar kelak, kita boleh membantu
kanak-kanak dengan menyediakan mereka menghadapi cabaran dan masalah masa
depan dengan yakin dan selamat. Antara masalah dan isu kesihatan yang perlu
didedahkan kepada kanak-kanak ialah masalah yang berkaitan dengan pemakanan,
keselamatan, kebersihan, kepenggunaan, sikap terhadap kesihatan dan amalan tertentu.
Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan
perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif.
Pertumbuhan individu, perkembangan kognitif dan perkembangan afektif adalah
merupakan komponen yang merupakan tiga tunjang pembelajaran dan pengajaran
Pendidikan Jasmani. Ketiga-tiga tunjang ini sentiasa memenuhi matlamat dan objektif
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini anda seharusnya dapat:
1.

menyatakan kepentingan Pendidikan Jasmani;

2.

menghuraikan Proses-proses yang berlaku secara berperingkat iaitu proses
pertumbuhan dari kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas; dan

3.

membina hubungan antara ketiga-tiga domain iaitu psikomotor, kognitif dan
afektif.

OUM

15
KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

TOPIK 2

PETA MINDA

2.1

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN FIZIKAL

Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani bertujuan membina atau membentuk
masyarakat menjadi cergas melalui aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Penetapan
matlamat yang realistik adalah penting bagi mempastikan ia tercapai dan mudah
dilaksanakan oleh semua lapisan masyarakat dan umur.
Matlamat aktiviti fizikal dalam Pendidikan Jasmani adalah untuk membina masyarakat
yang berupaya:
1.

Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan
perlakuan motor.

2.

Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri
berdasarkan ketiga-tiga tunjang pembelajaran.

3.

Menjadikan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian serta dilaksanakan
secara berterusan.

4.

Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai
pelbagai kegiatan fizikal.

5.

Membentuk sahsiah dan disiplin diri yang sesuai dengan norma -norma masyarakat.

Pendidikan Jasmani dapat membantu perkembangan diri individu serta memberi
penekanan kepada perkembangan fizikal, sosial, mental dan emosi individu. Pergerakan
fizikal merupakan aspek yang dititik beratkan dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani.
Perkembangan kecergasan terutama aktiviti yang melibatkan kapasiti aerobik dan
kekuatan adalah penting kerana aktiviti tersebut boleh mengurangkan risiko kecederaan
dan penyakit-penyakit kronik. Biasanya kanak-kanak yang cergas akan dapat
mengekalkannya kesihatan yang baik sehingga dewasa.

16

OUM
TOPIK 2

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

Manusia akan terangsang untuk menyertai aktiviti-aktiviti rekreasi dan terus bergiat cergas
sepanjang hayat jika aktiviti itu mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada
mereka. Oleh itu bagi membina program Pendidikan Jasmani yang akan menjadi amalan
sepanjang hayat, program yang di rancang haruslah di lihat dapat memberi manaafat
sepenuhnya kepada mereka.
Perancang perlu merancang dan mengambilkira aspek perbezaan umur dalam merancang
aktiviti. Dalam modul ini penulis telah membahagikan aspek umur kepada tiga kumpulan
iaitu:
•

Kanak-kanak;

•

Remaja dan dewasa; dan

•

Warga Emas.

2.1.1

Pertumbuhan dan Perkembangan Fizikal Kanak-kanak

Bergerak merupakan naluri semulajadi setiap kanak-kanak. Semua pengalaman
pergerakan kanak-kanak membawa kepada peningkatan keupayaan kinestetik mereka.
Walau bagaimanapun, cara bergerak dengan betul dan selamat perlu diajar dari awal lagi
kerana amalan bergerak yang tidak betul dan kurang selamat sukar diubah atau
dibetulkan apabila remaja kelak.
Menjaga kesihatan pula bukan naluri semulajadi kanak-kanak, tetapi aspek ini perlu
dipelajari dan ditunjuk ajar. Kanak-kanak perlu diajar memelihara dan meningkatkan
kesihatan diri. Tanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri sendiri perlu dipupuk dari
kecil lagi. Kesihatan yang dimaksudkan merangkumi bukan sahaja kesihatan fizikal tetapi
juga kesihatan mental, emosi dan sosial.
Kanak-kanak di sekolah rendah aktif dan bertenaga. Mereka sentiasa menerokai alam
sekeliling bagi memenuhi naluri ingin tahu. Masa inilah mereka paling berminat dalam
alam sekeliling mereka dan keupayaan tubuh badan bergerak menerokai alam sekeliling.
Mereka ingin tahu terutama tentang fungsi tubuh badan sendiri dan julat pergerakan yang
boleh dilakukan oleh tubuh badan. Mereka memerlukan peluang bagi meluahkan
perasaan dan ekspresi kreatif mereka secara fizikal.
Banyak cabaran pertumbuhan dan perkembangan perlu dihadapi oleh kanak-kanak
supaya mereka dapat mencapai tugasan perkembangan tanpa masalah. Antara tugasan
perkembangan ini ialah belajar berdikari dan hidup bersama. Kanak-kanak perlu juga
belajar mengenai alam sekeliling supaya mereka dapat hidup dengan yakin, gembira dan
selamat. Kanak-kanak perlu diberi peluang yang sama untuk belajar dan mendapat
pengalaman yang akan membantu mereka menjadi insan yang seimbang dan rakyat yang
sejahtera. Hal ini harus berlaku tanpa mengambil kira keadaan geografi atau status
sosioekonomi murid.
Kegiatan aktiviti yang terancang mampu membentuk kanak-kanak yang sihat dan
seimbang dari segi mental dan fizikal. Keberkesanan di dalam pembangunan fizikal dan
pembangunan motor akan dapat merangsang pembangunan kognitif serta pembangunan
sosial, emosi dan afektif.

OUM

17
KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

TOPIK 2

Keadaan fizikal yang mantap dan sihat berupaya melahirkan kanak-kanak yang
mempunyai ciri-ciri fizikal yang segak dan cergas. Penampilan tersebut berupaya
menyakin dan memotivasikan mereka dalam menghadapi cabaran peringkat awal remaja
(pembentukan diri).
Otot-otot yang sihat mampu menjadikan kanak-kanak berdikari tanpa mengharapkan
bantuan orang dewasa. Keadaan ini akan membuatkan mereka lebih bermotivasi di dalam
melakukan aktiviti secara bersendirian serta menghadapi situasi yang lebih mencabar.
Sukan merupakan suatu medium yang menekankan aspek-aspek mental dan
fizikal.Kepuasan yang dicapai oleh kanak-kanak di dalam sukan adalah berbentuk
keseronokan. Dalam aktiviti sukan kanak-kanak akan berusaha mencapai objektif,
keadaan ini akan mewujudkan kepuasan yang maksimum di dalam penglibatan mereka.
Whitehead dan Corbin, 1991 menggariskan enam sasaran kanak-kanak dalam aktiviti
fizikal iaitu mempamerkan kebolehan, penguasaan tugas, berkenaan sosial, kemenangan,
kemajuan besar dan kerjasama berpasukan.
Pendedahan kepada aktiviti-aktiviti sukan mampu menyediakan kanak-kanak untuk
menguasai pergerakkan-pergerakkan asas melalui aktiviti- aktiviti sukan yang didedahkan
kepada mereka. Aktiviti-aktiviti sukan selain daripada menyediakan pendedahan kepada
aspek-aspek lokomotor asas juga mempunyai elemen-elemen seperti pembentukan
sahsiah, pertandingan, kecergasan, ketahanan mental, disiplin, nasionalisma dan
keagamaan.

2.1.2

Remaja dan Dewasa

Pendidikan Jasmani adalah bersifat menyeluruh kerana ia menyediakan elemen-elemen
yang boleh dimanfaatkan oleh semua golongan masyarakat. Zaman remaja dan dewasa
merupakan fasa pembentukan dan pertumbuhan fizikal yang sempurna. Ketika remaja dan
dewasa kecergasan merupakan elemen yang perlu dititikberatkan kerana aktiviti ini boleh
membantu pertumbuhan fizikal yang sempurna.
Zaman remaja dan dewasa juga merupakan zaman membina dan meningkatkan kejaya.
Keberkesanan organ-organ dalaman badan bekerja dengan efisien akan membolehkan
remaja atau dewasa bekerja dengan selesa dan lebih bersemangat serta bermotivasi
untuk bekerja. Kecergasan fizikal yang sempurna membolehkan golongan remaja dan
dewasa mengatasi kesukaran ketika menyempurnakan tugasan-tugasan yang diberikan.
Seseorang individu akan menjadi aktif, mempunyai prestasi yang baik dan sihat jika sistem
organik tubuh badan dibangunkan dan berfungsi dengan baik. Kecergasan fizikal dikaitkan
dengan keupayaan individu untuk bekerja dengan lebih efektif dan menikmati masa
kesenggangan, rehat, menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi kecemasan.
Kecergasan fizikal yang optima tidak mungkin dicapai tanpa senaman yang berterusan.
Dengan kata lain kecergasan fizikal akan merangsang keupayaan remaja dan dewasa
untuk berfungsi secara berkesan bagi menghadapi cabaran dalam aktiviti fizikal harian dan
menggunakan masa lapang dengan lebih efektif. Di samping itu kecergasan fizikal
membekalkan lebihan tenaga kepada golongan remaja dan dewasa ketika bekerja atau
kecemasan.

18

OUM
TOPIK 2

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

Bagi membolehkan golongan remaja dan dewasa terlibat secara cekap dan berkesan
dalam aktiviti sukan terutamanya aspek pembangunan fizikal, komponen-komponen
kecergasan fizikal berdasarkan lakuan motor diberi penumpuan dalam aktiviti fizikal.
Komponen-komponen lakuan motor ialah:
•

Kelajuan

•

Ketangkasan

•

Kuasa

•

Imbangan

•

Masa reaksi

•

Koordinasi

Matapelajaran Pendidikan Jasmani diperingkat remaja mementingkan bidang
perkembangan diri individu serta memberi penekanan kepada perkembangan fizikal,
sosial, mental dan emosi. Pergerakan fizikal yang dititik beratkan melalui matapelajaran
Pendidikan Jasmani akan memberi sumbangan yang penting kepada seseorang individu
secara menyeluruh.
Nilai-nilai yang diperolehi hasil dari aktiviti-aktiviti yang diterapkan akan berupaya
membina insan yang seimbang. Pelbagai kebaikan diperolehi melalui Pendidikan Jasmani
dan ia boleh dikesan melalui objektif Pendidikan Jasmani. Antaranya, pembangunan
fizikal, pembangunan motor, pembangunan kognitif serta pembangunan sosial, emosi dan
afektif.

2.1.3

Warga Emas

Kecergasan keseluruhan adalah integrasi komponen-komponen mental, sosial, emosi,
fizikal dan rohani. Kecergasan ini membolehkan warga emas memberi sumbangan yang
bermakna kepada masyarakat. Kecergasan keseluruhan mencerminkan perasaan
seseorang individu tentang kehidupan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap
dan berkesan. Kecergasan keseluruhan merangkumi:
•

Kecergasan Fizikal

•

Kecergasan Mental

•

Kecergasan Sosial

•

Kecergasan Emosi

•

Kecergasan Rohani

Pengetahuan berasaskan Pendidikan Jasmani merupakan suatu elemen yang penting
dalam membentuk insan yang seimbang dari segi mental, fizikal dan emosi. Warga emas
mengalami perubahan gaya hidup disetopikkan oleh peningkatan umur. Peningkatan umur
melibatkan perubahan sistem biologi, psikologi, kepercayaan dan sosial. Perubahanperubahan tersebut akan mendedahkan warga emas kepada penyakit-penyakit kerana
faktor-faktor umur dan perubahan fisiologikal badan.

OUM

19
KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

TOPIK 2

Sistem fisiologi menjadi semakin kurang efektif apabila meningkatnya umur. Penekanan
kepada aktiviti-aktiviti fizikal penting bagi mengekalkan atau mempastikan sistem
fisiologikal berfungsi dengan konsisten. Pembangunan fizikal melibatkan aktiviti
pembangunan fizikal dalam individu bertujuan membangunkan pelbagai sistem organ
dalam tubuh badan individu. Pendapat ini berdasarkan kepada fakta bahawa seseorang
individu akan menjadi aktif, mempunyai prestasi yang lebih baik dan lebih sihat jika sistem
organik tubuh badan dapat berfungsi dengan baik.

Latihan 2.1
Nyatakan matlamat membina masyarakat dalam menjalankan aktiviti fizikal
bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani.

2.2

PERKEMBANGAN KOGNITIF

Pembangunan kognitif dalam aktiviti Pendidikan Jasmani melibatkan pengumpulan
pengetahuan, keupayaan berfikir serta menginterpretasikan pengetahuan. Dalam sub
topik perkembangan kognitif ini akan membincangkan aspek:
(i)

Kemahiran berfikir

(ii)

Konstruktivisme

(iii)

Kepelbagaian kecerdasan

2.2.1

Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir secara kritis merupakan satu daripada komponen utama kemahiran
berfikir. Perkataan Kritis berasal daripada bahasa Yunani ‘Kritikos’ yang bermakna
mampu menilai. Pada asalnya pemikiran kritis dicipta untuk mengelakkan kesilapan,
kekeliruan dan andaian-andaian yang salah. Kemahiran ini memberi tumpuan kepada
kebolehan menilai kemunasabahan sesuatu idea iaitu menimbang secara menyeluruh
kebaikan dan keburukan dengan memberi alasan dan hujah yang sah, jelas dan bernas.
Ini dapat menghindarkan kesilapan diulang dan membolehkan kesilapan dibetulkan. (BPG
1995)
Pemikiran kreatif merupakan satu daripada jenis proses berfikir. Pemikiran tersebut lebih
menekankan kepada hemisfera otak kanan (HOKA) berbanding hemisfera otak kiri
(HOKI). Namun demikian otak kanan kurang diberikan perhatian dalam pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu HOKA perlu diberi penekanan dalam bilik darjah
supaya kreativiti murid dapat dikembangkan ke tahap yang sewajarnya. (BPG 1995)
Daripada definisi di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa berfikir secara kritis dapat
membantu meningkatkan kefahaman, kejelasan dan keupayaan untuk menggunakan
maklumat dengan berkesan. Dengan ini, kita akan dapat membuat pertimbangan yang
lebih bijak dan berkesan untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Sementara kreatif ialah kecekapan dan keupayaan membangunkan minda untuk

20

OUM
TOPIK 2

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

meneroka berbagai kemungkinan dalam menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa
dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak atau gugusan.
Dalam pengajaran dan pembelajaran aktiviti Pendidikan Jasmani pelajar perlu diberi
peluang untuk berfikir secara kritis dengan cara:
(a)

Menciri
Mengenalpasti kriteria serta unsur satu konsep atau objek sebagai contohnya sifat,
ciri dan kualiti.

(b)

Membanding dan Membeza
Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti sifat, ciri, kualiti
serta unsur satu peristiwa atau objek.

(c)

Mengumpul dan Mengkelas
Mengumpul dan mengkelas objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing
berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat.

(d)

Membuat Urutan
Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kualiti, kuantiti, ciri-ciri
atau sifat.

(e)

Menyusun Mengikut Keutamaan
Menyusun objek mengikut tertib berdasarkan kepentingan atau kesegeraan.

(f)

Menganalisis
Mengolah maklumat dengan menghuraikan kepada bahagian-bahagian yang lebih
kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang
tersirat.

(g)

Mengesan Pengaruh
Mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak atau menentang sesuatu.

(h)

Menilai
Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada satu kebaikan dan
keburukan berdasarkan bukti atau dalil yang sah.

(i)

Membuat Kesimpulan
Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian berdasarkan kepada satu
hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.

Pengguna juga diberi peluang berfikir secara kreatif dengan cara:
(a)

Menjana Idea
Menjana idea secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara.

(b)

Menghubung Kaitkan
Membuat perkaitan untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan.

(c)

Membuat Inferens
Membuat kesimpulan awal sama ada benar atau tidak, berdasarkan maklumat
daripada pemerhatian.

OUM

21
KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

TOPIK 2

(d)

Meramalkan
Membuat jangkaan terhadap sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan
pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.

(e)

Membuat Hipotesis
Membuat penyataan umum menghubungkaitkan pembolehubah-pembolehubah bagi
menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Kenyataan ini boleh diuji untuk
membuktikan kesahihannya.

(f)

Mensintesiskan
Menggabungkan idea, unsur, item atau perkara yang berasingan untuk
menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk penyataan, esei, lukisan
dan artifak.

(g)

Mengitlak
Membuat penyataan umum terhadap keseluruhan kumpulan maklumat berdasarkan
pemerhatian ke atas sampel kumpulan itu.

(h)

Membuat Gambaran Mental
Membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea, konsep, keadaan atau
gagasan dalam minda atau fikiran.

(i)

Menganalogi
Membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep serta mengaitkan konsep itu
dengan perkara yang mudah, maujud dan mempunyai ciri-ciri yang serupa

(j)

Mereka Cipta
Menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan pengubahsuaian kepada sesuatu
yang sedia ada dalam bentuk maujud.

Di antara tujuan Kemahiran Berfikir secara Breatif dan Britis digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Jasmani adalah untuk membolehkan pelajar:
(i)

Mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif semasa membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dengan bijak.

(ii)

Mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih
praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah.

(iii)

Menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif.

(iv)

Mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit.

(v)

Meningkatkan aspek kognitif dan afektif dalam perkembangan intelek mereka.

(vi)

Bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat serta membina
keyakinan diri untuk memberi hujah.

(vii)

Membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi
pandangan dan kritik.

22

OUM
TOPIK 2

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

Penekanan kepada kemahiran ini adalah untuk membolehkan kanak-kanak membuat
tafsiran yang tepat terhadap sesuatu permasalahan yang mereka hadapi. Kemahiran
Berfikir secara Britis dan Kreatif bertujuan untuk membolehkan murid memahami, menilai
serta berupaya mengaplikasikan semua maklumat yang diterima di dalam pelbagai situasi.

2.2.2

Konstruktivisme

Konstruktif adalah satu cara pembelajaran di mana murid membina sendiri
pengetahuannya atau konsep secara aktif. Pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada
secara langsung akan membantu murid membina pengetahuannya sendiri. Dalam proses
ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan yang
sedia ada untuk membina pengetahuan baru
Perspektif konstruktivis menggambarkan pembelajaran merupakan satu perubahan
bermakna yang dibina daripada pengalaman. Teori konstruktivisme mentakrifkan
pengetahuan sebagai subjektif di mana pelajar tidak belajar mengikut matlamat dan
kemahiran yang ditetapkan guru. Sebaliknya pelajar sendiri menentukan matlamat
pembelajaran mereka.
Pembinaan pengetahuan merupakan satu proses pemikiran tentang pengalaman dan
menterjemahkannya. Oleh kerana setiap individu mempunyai set pengalaman yang
tersendiri untuk dihalusi maka setiap individu akan membina kefahamannya yang
tersendiri. Pembelajaran berlaku apabila pengetahuan telah berubah dalam satu cara
yang membolehkan kita menterjemahkan pengalaman dengan cara lebih sempurna,
kompleks atau dimurnikan. Proses pembelajaran bergantung kepada kebolehan pelajar
menggunakan pengetahuan untuk berfikir dan menyelesaikan masalah yang sebenarnya.
Untuk mengaplikasikan teori konstruktivisme, Duffy dan Jonassen (1991) mencadangkan
individu mesti bekerja dengan masalah dalam situasi sebenar untuk membentuk
pembelajaran bermakna. Oleh kerana masalah selalunya datang daripada banyak aspek
seperti simulasi permainan, pengurusan kecergasan dan banyak lagi dalam Pendidikan
Jasmani.
Langkah-langkah berikut di cadangkan dalam mengaplikasikan teori konstruktivisme:
(i)

Penglibatan aktif pembelajaran mengikut urutan pengalaman pembelajaran.

(ii)

Melakukan refleksi terhadap pengalaman dan pengetahuan sedia ada.

(iii)

Abstrak fakta, pengasingan data atau struktur memainkan peranan penting dari
proses refleksi bagi tujuan membina skema tindakan dan skema operasi baru.

2.2.3

Kepelbagaian Kecerdasan

Teori Kepelbagaian Kecerdasan mula diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner (1983)
menerusi bukunya yang bertajuk Frames of Mind. Idea beliau ke atas tingkah laku
pembelajaran manusia telah mencetuskan satu revolusi bagi kecerdasan (Checkly 1997).
Menurut Dr. Gardner, terdapat lapan kecerdasan manusia merangkumi pelbagai
kebolehan, keupayaan dan bakat semulajadi yang wujud dalam diri seseorang. Setiap
individu mempunyai kelapan-lapan kecergasan tetapi mempunyai kekuatan yang

OUM

23
KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

TOPIK 2

berlainan dalam bahagian tertentu. Setiap kecergasan adalah berasingan dan tidak saling
bergantung antara satu sama lain.
Guru perlu mempelbagaikan sumber dan aktiviti-aktiviti pembelajaran bagi memenuhi ke
semua kecergasan. (Armstrong 1994). Satu ketika dahulu, guru-guru hanya bergantung
kepada sumber-sumber di dalam bilik darjah yang hanya merangsang verbal atau
linguistik, logikal atau matematikal dan ada ketikanya visual atau spatial. Keadaan ini,
menjadikan pelajar yang mempunyai kecerdasan yang lain akan merasa bosan untuk
belajar. Dalam membina pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani yang
berlandaskan kepelbagaian kecerdasan guru perlu merancang aktiviti yang dapat menarik
minat pelajar berdasarkan jenis kecerdasan.
Jadual di bawah menunjukkan jenis kecerdasan dan cadangan rekabentuk.
Jenis Kecerdasan

Strategi

Kinestatik

Kebolehan untuk menggunakan satu badan atau anggota
untuk menyelesaikan masalah dan mencipta sesuatu.

Interpersonal

Keupayaan untuk memahami dan berkomunikasi antara satu
sama lain.

Intrapersonal

Kebolehan untuk memahami diri sendiri dan berhubung
dengan satu persekitaran terdekat.

Logik/Matematik

Keupayaan untuk memanipulasikan nombor atau memahami
perhubungan setopik dan akibat sesuatu sistem.

Muzik/Lirik

Keupayaan untuk berfikir dalam istilah muzik, mendengar
dan mengenali corak, membezakan antara bunyi-bunyian
dan mencipta muzik.

Semulajadi

Keupayaan untuk membezakan antara benda-benda hidup
dan berhubung dengan persekitaran semulajadinya.

Linguistik

Keupayaan untuk menggunakan bahasa secara lisan dan
bertulis secara berkesan.

Ruang

Keupayaan untuk berfikir berkaitan dengan gambar, imej,
bentuk dan corak.

Pendidikan Jasmani adalah bertujuan untuk membantu membentuk masyarakat menjadi
cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Sasaran matlamat
yang bersesuaian dengan keupayaan adalah penting bagi mempastikan ia tercapai dan
mudah dilaksanakan oleh semua lapisan masyarakat dan umur.

24

OUM
TOPIK 2

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

Latihan 2.2
Berikan contoh situasi penggunaan juga Kemahiran Berfikir secara Kreatif.

2.3

PERKEMBANGAN AFEKTIF

Pembangunan afektif melibatkan sikap, emosi, apresiasi dan nilai. Pendidikan Jasmani
perlu menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain, mengiktiraf sumbangan,
kepentingan menjaga kesihatan, penggunaan masa lapang yang berguna, memiliki sikap
positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama
dalam kumpulan sewaktu aktiviti fizikal.

2.3.1

Kawalan Emosi

Kecergasan boleh membantu murid mengawal emosi kerana tubuh badan yang cergas
berupaya membantu mengawal perasan dan berupaya mengenalpasti cara mengawal
atau melepaskan perasaan. Kecergasan dapat merangsang individu berfikiran positif dan
rasional. Keadaan ini boleh melahirkan individu yang seimbang dan berfikiran positif dalam
menangani sebarang situasi.
Kejayaan yang diperolehi dalam permainan fizikal menyetopikkan individu lebih
berkeyakinan dan berpuas hati dengan pencapaian dan menghargai diri mereka.
Pendidikan Jasmani boleh memberi peluang kepada individu untuk terlibat dalam pelbagai
aktiviti dan membangunkan kemahiran-kemahiran asas bagi mencapai kejayaan.

2.3.2

Kemahiran Bersosial

Pendidikan Jasmani adalah suatu medium yang dapat membantu dalam pembangunan
social seperti menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan
masyarakat. Dengan kata lain Pendidikan Jasmani berupaya membantu pembangunan
sosial individu serta menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli
masyarakat.
Sifat kepimpinan yang baik melalui Pendidikan Jasmani merupakan medium utama untuk
mencapai matlamat sosial. Penglibatan dengan aktiviti Pendidikan Jasmani mampu
menjadi tapak yang kukuh untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan seperti
melakukan kerja berkumpulan, yang boleh diperolehi melalui permainan berpasukan.
Situasi ini jika difahami dan diperjelaskan boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

2.3.3

Pembinaan Nilai

Untuk membina insan sempurna dan insan kamil yang menekankan kepada jasmani,
emosi dan intelektual, aspek nilai murni haruslah diserapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mewujudkan
insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, penerapan nilai-nilai
murni perlulah dilakukan dalam semua kaedah pengajaran yang dilaksanakan. Penerapan

OUM

25
KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

TOPIK 2

nilai-nilai murni perlulah bersifat sarwajagat selaras dengan tuntutan agama, budaya dan
norma masyarakat Malaysia.
Antara aspek yang terdapat dalam nilai murni iaitu menanam sifat kesedaran, kefahaman,
keyakinan, kesyukuran, semangat cintakan nilai, menghormati kebaikan dan membenci
keburukan, membentuk sikap positif kepada agama, bangsa dan negara, mempunyai
displin kendiri, mencapai kecemerlangan dan bertugas dengan penuh dedikasi. Dalam
setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran, nilai murni yang biasa diterapkan adalah
seperti berikut:
(i)

Berdikari

(ii)

Bekerjasama

(iii)

Menepati masa

(iv)

Sabar

(v)

Bersyukur

(vi)

Cintakan Negara

(vii) Bersikap positif
Sebagai pengajar, nilai yang baik harus ditunjukkan sama ada bersemuka atau tanpa
bersemuka dengan pelajar. Pengajar mestilah menunjukkan sifat-sifat seperti berikut:
(i)

Menepati masa

(ii)

Bersopan santun

(iii)

Peka terhadap masalah pelajar

(iv)

Sentiasa berobjektif

(v)

Mempelbagaikan Kaedah Pengajaran

(vi)

Memberi peluang kepada pelajar untuk berbincangan

(vii) Sentiasa memberi dorongan kepada pelajar dalam apa situasi sekalipun
(viii) Bersedia menerima temujanji dengan pelajar
(ix)

Sabar

Contoh penerapan nilai murni dalam aktiviti Pendidikan Jasmani ialah:
(i)

Pengajaran dan
berkumpulan.

(ii)

Tema yang digunakan menggambarkan nilai-nilai murni.

(iii)

Latihan yang mengandungi permainan dan kemahiran perlu menggunakan kaedah
mencabar dengan ini nilai berdikari dan keyakinan diri boleh diterapkan.

(iv)

Penggunaan alatan dan arahan mestilah tidak bertentangan dengan aspirasi dan
nilai agama, budaya serta norma masyarakat Malaysia.

26

pembelajaran

digunakan

dalam

aktiviti

berpasangan

dan

OUM
TOPIK 2

(v)

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

Penggunaan bahasa dan ayat dalam arahan melambangkan masyarakat Malaysia
yang bersopan.

Pembentukan Sahsiah
Menurut Kamus Dewan sahsiah membawa maksud keperibadian. Kagan J dan Segal J
(1988) mendefinisikan sahsiah sebagai personaliti seorang individu yang merangkumi
proses berfikir, merasa tingkahlaku dan hubungannya dengan sekitaran. Menurut Eysenck
mentakrifkan sahsiah sebagai cara individu mengorganisasi watak, perangai, intelek,
postur gerakan badan dan menentukan penyesuaian yang unik terhadap sekitaran.
Sahsiah merujuk kepada pembentukan peribadi seseorang individu secara keseluruhan.
Sahsiah merangkumi perangai, kecergasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan,
interaksi, bentuk badan, cita-cita dan nilai.
Aktiviti Pendidikan Jasmani di lihat dapat merangsang pembentukan sahsiah yang baik
kepada peserta. Nilai-nilai yang sentiasa ditanam dalam aktiviti pendidikan luar dapat
membantu merangsangkan pembentukan sahsiah. Aktiviti-aktiviti fizikal yang dirancang
dengan teliti akan merangsang pembentukan personaliti yang baik. Keupayaan pelajar
berinteraksi dengan rakan sebaya akan membenarkan pelajar juga menyumbangkan
kemantapan sahsiah.

Latihan 2.3
Berikan contoh situasi penerapan nilai murni dalam aktiviti Pendidikan
Jasmani.

RUMUSAN
Topik ini membincangkan kepentingan Pendidikan Jasmani dan dibahagikan kepada tiga
sub topik iaitu pertumbuhan dan perkembangan fizikal, perkembangan kognitif dan
perkembangan afektif. Dalam sub topik pertumbuhan dan perkembangan fizikal,
perbincangan berkisar kepada pertumbuhan dan perkembangan fizikal kanak-kanak,
remaja, dewasa dan warga emas. Topik ini turut membincangkan keupayaan Pendidikan
Jasmani dalam membentuk perkembangan kognitif yang baik serta perkembangan afektif.

OUM

27
KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

TOPIK 2

GLOSSARI
Kecergasan Fizikal

–

Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk
berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran
dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa
lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai
lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan.

Pendidikan Jasmani

–

Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang
bertujuan untuk meningkatkan prestasi manusia
melalui aktiviti fizikal terpilih bagi mencapai keputusan
yang dikehendaki.

UJIAN 1
1.

Nyatakan mengapa perkembangan kecergasan terutama aktiviti yang melibatkan
kapasiti aerobik dan kekuatan adalah penting. Terangkan maksud kecergasan
keseluruhan?

2.

Nyatakan komponen-komponen kecergasan fizikal berdasarkan lakuan motor.

3.

Dalam pengajaran Pendidikan Jasmani, pengguna perlu diberi peluang untuk berfikir
secara kritis. Nyatakan caranya.

4.

Berikan definisikan gaya pembelajaran Konstruktisme?

5.

Nyatakan tiga aspek pembangunan afektif?

UJIAN 2
1.

Whitehead dan Corbin, 1991 menggariskan enam sasaran anak-kanak dalam aktiviti
fizikal menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani. Nyatakan.

2.

Nyatakan kategori Kecergasan keseluruhan dalam Pendidikan Jasmani?

3.

Nyatakan tujuan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis yang digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

4.

Nyatakan langkah-langkah yang di cadangkan dalam mengaplikasikan teori
konstruktisme.

5.

Nyatakan nilai murni yang biasa diterapkan dalam setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani.

28

OUM

More Related Content

What's hot

Contoh makalah-penjaskes
Contoh makalah-penjaskesContoh makalah-penjaskes
Contoh makalah-penjaskes
Terminal Purba
 
Pengertian penjas
Pengertian penjasPengertian penjas
Pengertian penjas
achmadsurya
 
Rpt kssr tahun 6 pendidikan kesihatan (1)
Rpt kssr tahun 6   pendidikan kesihatan (1)Rpt kssr tahun 6   pendidikan kesihatan (1)
Rpt kssr tahun 6 pendidikan kesihatan (1)
Nur Shafikah
 
Dsk pendidikan kesihatan thn 4
Dsk pendidikan kesihatan thn 4Dsk pendidikan kesihatan thn 4
Dsk pendidikan kesihatan thn 4
FREE FILE DOWNLOAD
 
1.9 sp pendidikan kesihatan 2
1.9 sp pendidikan kesihatan 21.9 sp pendidikan kesihatan 2
1.9 sp pendidikan kesihatan 2
marshiza
 
M2 kepentingan pj
M2 kepentingan pjM2 kepentingan pj
M2 kepentingan pj
Alexz Goh
 
Panduan Pengajaran Pend Kesihatan Thn 2
Panduan Pengajaran Pend Kesihatan Thn 2Panduan Pengajaran Pend Kesihatan Thn 2
Panduan Pengajaran Pend Kesihatan Thn 2
Cikgu Jumrah
 
2012 09-14 ds pk thn 3
2012 09-14 ds pk thn 32012 09-14 ds pk thn 3
2012 09-14 ds pk thn 3
Zila Aleeya
 
Ds pk thn 3
Ds pk thn 3Ds pk thn 3
Ds pk thn 3
SKPA_2
 
DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
Ym Ghufran
 
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
Safiah Sulaiman
 
Dokumen standard pendidikan jasmani (suaian) tahun 2 (2)
Dokumen standard pendidikan jasmani (suaian) tahun 2 (2)Dokumen standard pendidikan jasmani (suaian) tahun 2 (2)
Dokumen standard pendidikan jasmani (suaian) tahun 2 (2)
Maslinda Salleh
 

What's hot (17)

Contoh makalah-penjaskes
Contoh makalah-penjaskesContoh makalah-penjaskes
Contoh makalah-penjaskes
 
Pengertian penjas
Pengertian penjasPengertian penjas
Pengertian penjas
 
Rpt kssr tahun 6 pendidikan kesihatan (1)
Rpt kssr tahun 6   pendidikan kesihatan (1)Rpt kssr tahun 6   pendidikan kesihatan (1)
Rpt kssr tahun 6 pendidikan kesihatan (1)
 
Dsk pendidikan kesihatan thn 4
Dsk pendidikan kesihatan thn 4Dsk pendidikan kesihatan thn 4
Dsk pendidikan kesihatan thn 4
 
1.9 sp pendidikan kesihatan 2
1.9 sp pendidikan kesihatan 21.9 sp pendidikan kesihatan 2
1.9 sp pendidikan kesihatan 2
 
M2 kepentingan pj
M2 kepentingan pjM2 kepentingan pj
M2 kepentingan pj
 
Pengaruh pendidikan jasmani terhadap kecerdasan intelejensi emosi dan spiritu...
Pengaruh pendidikan jasmani terhadap kecerdasan intelejensi emosi dan spiritu...Pengaruh pendidikan jasmani terhadap kecerdasan intelejensi emosi dan spiritu...
Pengaruh pendidikan jasmani terhadap kecerdasan intelejensi emosi dan spiritu...
 
Panduan Pengajaran Pend Kesihatan Thn 2
Panduan Pengajaran Pend Kesihatan Thn 2Panduan Pengajaran Pend Kesihatan Thn 2
Panduan Pengajaran Pend Kesihatan Thn 2
 
2012 09-14 ds pk thn 3
2012 09-14 ds pk thn 32012 09-14 ds pk thn 3
2012 09-14 ds pk thn 3
 
Ds pk thn 3
Ds pk thn 3Ds pk thn 3
Ds pk thn 3
 
DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSK PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
 
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 6
 
Hbpe1103 hantar
Hbpe1103 hantarHbpe1103 hantar
Hbpe1103 hantar
 
Makalah psikologi putri (1)
Makalah psikologi putri (1)Makalah psikologi putri (1)
Makalah psikologi putri (1)
 
Minggu 1 11 sept
Minggu 1 11 septMinggu 1 11 sept
Minggu 1 11 sept
 
Dasar dasar pendidikan jasmani
Dasar dasar pendidikan jasmaniDasar dasar pendidikan jasmani
Dasar dasar pendidikan jasmani
 
Dokumen standard pendidikan jasmani (suaian) tahun 2 (2)
Dokumen standard pendidikan jasmani (suaian) tahun 2 (2)Dokumen standard pendidikan jasmani (suaian) tahun 2 (2)
Dokumen standard pendidikan jasmani (suaian) tahun 2 (2)
 

Similar to 37604759 kepentingan-pj-120813173521-phpapp01

Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmaniTiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
Wai Jey Ying
 
Pj 1311 pengenalan kepada pendidikan jasmani
Pj 1311 pengenalan kepada pendidikan jasmaniPj 1311 pengenalan kepada pendidikan jasmani
Pj 1311 pengenalan kepada pendidikan jasmani
Kavitha Moorthi
 
LATIHTUBI BAHASA MELAYU KERTAS DUA RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM (KOMPILASI ...
 LATIHTUBI BAHASA MELAYU  	KERTAS DUA  RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM   (KOMPILASI ... LATIHTUBI BAHASA MELAYU  	KERTAS DUA  RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM   (KOMPILASI ...
LATIHTUBI BAHASA MELAYU KERTAS DUA RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM (KOMPILASI ...
YouTuber,G-Vecom
 
Materi Kelompok 2 Kep. Anak Reg 22B.pptx
Materi Kelompok 2 Kep. Anak Reg 22B.pptxMateri Kelompok 2 Kep. Anak Reg 22B.pptx
Materi Kelompok 2 Kep. Anak Reg 22B.pptx
yukmakan
 
MATERI 2 PARADIGMA BARU PJOK kkg bakung.pptx
MATERI 2 PARADIGMA  BARU PJOK kkg bakung.pptxMATERI 2 PARADIGMA  BARU PJOK kkg bakung.pptx
MATERI 2 PARADIGMA BARU PJOK kkg bakung.pptx
Fajar946583
 
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
sallehuddin misnon
 
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Kickstory
 
Dokumen standard pk kssr tahun 1
Dokumen standard pk kssr tahun 1Dokumen standard pk kssr tahun 1
Dokumen standard pk kssr tahun 1
Lisnah Morin
 
Kelompok 1 _Narti_kels karyawan _ppt perkm.gerak dasar motorik kasar.pptx
Kelompok 1 _Narti_kels karyawan _ppt perkm.gerak dasar motorik kasar.pptxKelompok 1 _Narti_kels karyawan _ppt perkm.gerak dasar motorik kasar.pptx
Kelompok 1 _Narti_kels karyawan _ppt perkm.gerak dasar motorik kasar.pptx
YundaDwiPratiwi
 
Kelompok 1 _Narti_kels karyawan _ppt perkm.gerak dasar motorik kasar.pptx
Kelompok 1 _Narti_kels karyawan _ppt perkm.gerak dasar motorik kasar.pptxKelompok 1 _Narti_kels karyawan _ppt perkm.gerak dasar motorik kasar.pptx
Kelompok 1 _Narti_kels karyawan _ppt perkm.gerak dasar motorik kasar.pptx
YundaDwiPratiwi
 

Similar to 37604759 kepentingan-pj-120813173521-phpapp01 (20)

Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmaniTiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
 
L3-Definition.pdf
L3-Definition.pdfL3-Definition.pdf
L3-Definition.pdf
 
Makalah penjaskes
Makalah penjaskes Makalah penjaskes
Makalah penjaskes
 
Pj 1311 pengenalan kepada pendidikan jasmani
Pj 1311 pengenalan kepada pendidikan jasmaniPj 1311 pengenalan kepada pendidikan jasmani
Pj 1311 pengenalan kepada pendidikan jasmani
 
artikel baru.pdf
artikel baru.pdfartikel baru.pdf
artikel baru.pdf
 
Makalah Psikologi Perkembangan
Makalah Psikologi Perkembangan Makalah Psikologi Perkembangan
Makalah Psikologi Perkembangan
 
Makalah psiko perkembangan rika safrina
Makalah psiko perkembangan rika safrinaMakalah psiko perkembangan rika safrina
Makalah psiko perkembangan rika safrina
 
Makalah Filsafat Olahraga klpk 1.docx
Makalah Filsafat Olahraga klpk 1.docxMakalah Filsafat Olahraga klpk 1.docx
Makalah Filsafat Olahraga klpk 1.docx
 
Implikasi Aspek Perkembangan dalam Proses Pembelajaran.doc
Implikasi Aspek Perkembangan dalam Proses Pembelajaran.docImplikasi Aspek Perkembangan dalam Proses Pembelajaran.doc
Implikasi Aspek Perkembangan dalam Proses Pembelajaran.doc
 
LATIHTUBI BAHASA MELAYU KERTAS DUA RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM (KOMPILASI ...
 LATIHTUBI BAHASA MELAYU  	KERTAS DUA  RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM   (KOMPILASI ... LATIHTUBI BAHASA MELAYU  	KERTAS DUA  RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM   (KOMPILASI ...
LATIHTUBI BAHASA MELAYU KERTAS DUA RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM (KOMPILASI ...
 
Materi Kelompok 2 Kep. Anak Reg 22B.pptx
Materi Kelompok 2 Kep. Anak Reg 22B.pptxMateri Kelompok 2 Kep. Anak Reg 22B.pptx
Materi Kelompok 2 Kep. Anak Reg 22B.pptx
 
MATERI 2 PARADIGMA BARU PJOK kkg bakung.pptx
MATERI 2 PARADIGMA  BARU PJOK kkg bakung.pptxMATERI 2 PARADIGMA  BARU PJOK kkg bakung.pptx
MATERI 2 PARADIGMA BARU PJOK kkg bakung.pptx
 
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
 
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
 
Konsep sukan rekreasi
Konsep sukan rekreasiKonsep sukan rekreasi
Konsep sukan rekreasi
 
Dokumen standard pk kssr tahun 1
Dokumen standard pk kssr tahun 1Dokumen standard pk kssr tahun 1
Dokumen standard pk kssr tahun 1
 
3 dokumen standard pk kssr tahun 1
3 dokumen standard pk kssr tahun 13 dokumen standard pk kssr tahun 1
3 dokumen standard pk kssr tahun 1
 
Kelompok 1 _Narti_kels karyawan _ppt perkm.gerak dasar motorik kasar.pptx
Kelompok 1 _Narti_kels karyawan _ppt perkm.gerak dasar motorik kasar.pptxKelompok 1 _Narti_kels karyawan _ppt perkm.gerak dasar motorik kasar.pptx
Kelompok 1 _Narti_kels karyawan _ppt perkm.gerak dasar motorik kasar.pptx
 
Kelompok 1 _Narti_kels karyawan _ppt perkm.gerak dasar motorik kasar.pptx
Kelompok 1 _Narti_kels karyawan _ppt perkm.gerak dasar motorik kasar.pptxKelompok 1 _Narti_kels karyawan _ppt perkm.gerak dasar motorik kasar.pptx
Kelompok 1 _Narti_kels karyawan _ppt perkm.gerak dasar motorik kasar.pptx
 
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssr
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssrDskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssr
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssr
 

37604759 kepentingan-pj-120813173521-phpapp01

  • 1. TOPIK 2 KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI TOPIK 2 KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI PENGENALAN Abad ke-21 akan penuh dengan cabaran dan masalah yang berlainan berbanding dengan cabaran dan masalah abad ke-20 ini. Sungguhpun kita tidak dapat meramalkan segala cabaran yang akan timbul apabila kanak-kanak ini membesar kelak, kita boleh membantu kanak-kanak dengan menyediakan mereka menghadapi cabaran dan masalah masa depan dengan yakin dan selamat. Antara masalah dan isu kesihatan yang perlu didedahkan kepada kanak-kanak ialah masalah yang berkaitan dengan pemakanan, keselamatan, kebersihan, kepenggunaan, sikap terhadap kesihatan dan amalan tertentu. Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Pertumbuhan individu, perkembangan kognitif dan perkembangan afektif adalah merupakan komponen yang merupakan tiga tunjang pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Jasmani. Ketiga-tiga tunjang ini sentiasa memenuhi matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Di akhir topik ini anda seharusnya dapat: 1. menyatakan kepentingan Pendidikan Jasmani; 2. menghuraikan Proses-proses yang berlaku secara berperingkat iaitu proses pertumbuhan dari kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas; dan 3. membina hubungan antara ketiga-tiga domain iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. OUM 15
  • 2. KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI TOPIK 2 PETA MINDA 2.1 PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN FIZIKAL Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani bertujuan membina atau membentuk masyarakat menjadi cergas melalui aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Penetapan matlamat yang realistik adalah penting bagi mempastikan ia tercapai dan mudah dilaksanakan oleh semua lapisan masyarakat dan umur. Matlamat aktiviti fizikal dalam Pendidikan Jasmani adalah untuk membina masyarakat yang berupaya: 1. Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor. 2. Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri berdasarkan ketiga-tiga tunjang pembelajaran. 3. Menjadikan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian serta dilaksanakan secara berterusan. 4. Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal. 5. Membentuk sahsiah dan disiplin diri yang sesuai dengan norma -norma masyarakat. Pendidikan Jasmani dapat membantu perkembangan diri individu serta memberi penekanan kepada perkembangan fizikal, sosial, mental dan emosi individu. Pergerakan fizikal merupakan aspek yang dititik beratkan dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani. Perkembangan kecergasan terutama aktiviti yang melibatkan kapasiti aerobik dan kekuatan adalah penting kerana aktiviti tersebut boleh mengurangkan risiko kecederaan dan penyakit-penyakit kronik. Biasanya kanak-kanak yang cergas akan dapat mengekalkannya kesihatan yang baik sehingga dewasa. 16 OUM
  • 3. TOPIK 2 KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI Manusia akan terangsang untuk menyertai aktiviti-aktiviti rekreasi dan terus bergiat cergas sepanjang hayat jika aktiviti itu mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka. Oleh itu bagi membina program Pendidikan Jasmani yang akan menjadi amalan sepanjang hayat, program yang di rancang haruslah di lihat dapat memberi manaafat sepenuhnya kepada mereka. Perancang perlu merancang dan mengambilkira aspek perbezaan umur dalam merancang aktiviti. Dalam modul ini penulis telah membahagikan aspek umur kepada tiga kumpulan iaitu: • Kanak-kanak; • Remaja dan dewasa; dan • Warga Emas. 2.1.1 Pertumbuhan dan Perkembangan Fizikal Kanak-kanak Bergerak merupakan naluri semulajadi setiap kanak-kanak. Semua pengalaman pergerakan kanak-kanak membawa kepada peningkatan keupayaan kinestetik mereka. Walau bagaimanapun, cara bergerak dengan betul dan selamat perlu diajar dari awal lagi kerana amalan bergerak yang tidak betul dan kurang selamat sukar diubah atau dibetulkan apabila remaja kelak. Menjaga kesihatan pula bukan naluri semulajadi kanak-kanak, tetapi aspek ini perlu dipelajari dan ditunjuk ajar. Kanak-kanak perlu diajar memelihara dan meningkatkan kesihatan diri. Tanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri sendiri perlu dipupuk dari kecil lagi. Kesihatan yang dimaksudkan merangkumi bukan sahaja kesihatan fizikal tetapi juga kesihatan mental, emosi dan sosial. Kanak-kanak di sekolah rendah aktif dan bertenaga. Mereka sentiasa menerokai alam sekeliling bagi memenuhi naluri ingin tahu. Masa inilah mereka paling berminat dalam alam sekeliling mereka dan keupayaan tubuh badan bergerak menerokai alam sekeliling. Mereka ingin tahu terutama tentang fungsi tubuh badan sendiri dan julat pergerakan yang boleh dilakukan oleh tubuh badan. Mereka memerlukan peluang bagi meluahkan perasaan dan ekspresi kreatif mereka secara fizikal. Banyak cabaran pertumbuhan dan perkembangan perlu dihadapi oleh kanak-kanak supaya mereka dapat mencapai tugasan perkembangan tanpa masalah. Antara tugasan perkembangan ini ialah belajar berdikari dan hidup bersama. Kanak-kanak perlu juga belajar mengenai alam sekeliling supaya mereka dapat hidup dengan yakin, gembira dan selamat. Kanak-kanak perlu diberi peluang yang sama untuk belajar dan mendapat pengalaman yang akan membantu mereka menjadi insan yang seimbang dan rakyat yang sejahtera. Hal ini harus berlaku tanpa mengambil kira keadaan geografi atau status sosioekonomi murid. Kegiatan aktiviti yang terancang mampu membentuk kanak-kanak yang sihat dan seimbang dari segi mental dan fizikal. Keberkesanan di dalam pembangunan fizikal dan pembangunan motor akan dapat merangsang pembangunan kognitif serta pembangunan sosial, emosi dan afektif. OUM 17
  • 4. KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI TOPIK 2 Keadaan fizikal yang mantap dan sihat berupaya melahirkan kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri fizikal yang segak dan cergas. Penampilan tersebut berupaya menyakin dan memotivasikan mereka dalam menghadapi cabaran peringkat awal remaja (pembentukan diri). Otot-otot yang sihat mampu menjadikan kanak-kanak berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang dewasa. Keadaan ini akan membuatkan mereka lebih bermotivasi di dalam melakukan aktiviti secara bersendirian serta menghadapi situasi yang lebih mencabar. Sukan merupakan suatu medium yang menekankan aspek-aspek mental dan fizikal.Kepuasan yang dicapai oleh kanak-kanak di dalam sukan adalah berbentuk keseronokan. Dalam aktiviti sukan kanak-kanak akan berusaha mencapai objektif, keadaan ini akan mewujudkan kepuasan yang maksimum di dalam penglibatan mereka. Whitehead dan Corbin, 1991 menggariskan enam sasaran kanak-kanak dalam aktiviti fizikal iaitu mempamerkan kebolehan, penguasaan tugas, berkenaan sosial, kemenangan, kemajuan besar dan kerjasama berpasukan. Pendedahan kepada aktiviti-aktiviti sukan mampu menyediakan kanak-kanak untuk menguasai pergerakkan-pergerakkan asas melalui aktiviti- aktiviti sukan yang didedahkan kepada mereka. Aktiviti-aktiviti sukan selain daripada menyediakan pendedahan kepada aspek-aspek lokomotor asas juga mempunyai elemen-elemen seperti pembentukan sahsiah, pertandingan, kecergasan, ketahanan mental, disiplin, nasionalisma dan keagamaan. 2.1.2 Remaja dan Dewasa Pendidikan Jasmani adalah bersifat menyeluruh kerana ia menyediakan elemen-elemen yang boleh dimanfaatkan oleh semua golongan masyarakat. Zaman remaja dan dewasa merupakan fasa pembentukan dan pertumbuhan fizikal yang sempurna. Ketika remaja dan dewasa kecergasan merupakan elemen yang perlu dititikberatkan kerana aktiviti ini boleh membantu pertumbuhan fizikal yang sempurna. Zaman remaja dan dewasa juga merupakan zaman membina dan meningkatkan kejaya. Keberkesanan organ-organ dalaman badan bekerja dengan efisien akan membolehkan remaja atau dewasa bekerja dengan selesa dan lebih bersemangat serta bermotivasi untuk bekerja. Kecergasan fizikal yang sempurna membolehkan golongan remaja dan dewasa mengatasi kesukaran ketika menyempurnakan tugasan-tugasan yang diberikan. Seseorang individu akan menjadi aktif, mempunyai prestasi yang baik dan sihat jika sistem organik tubuh badan dibangunkan dan berfungsi dengan baik. Kecergasan fizikal dikaitkan dengan keupayaan individu untuk bekerja dengan lebih efektif dan menikmati masa kesenggangan, rehat, menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi kecemasan. Kecergasan fizikal yang optima tidak mungkin dicapai tanpa senaman yang berterusan. Dengan kata lain kecergasan fizikal akan merangsang keupayaan remaja dan dewasa untuk berfungsi secara berkesan bagi menghadapi cabaran dalam aktiviti fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif. Di samping itu kecergasan fizikal membekalkan lebihan tenaga kepada golongan remaja dan dewasa ketika bekerja atau kecemasan. 18 OUM
  • 5. TOPIK 2 KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI Bagi membolehkan golongan remaja dan dewasa terlibat secara cekap dan berkesan dalam aktiviti sukan terutamanya aspek pembangunan fizikal, komponen-komponen kecergasan fizikal berdasarkan lakuan motor diberi penumpuan dalam aktiviti fizikal. Komponen-komponen lakuan motor ialah: • Kelajuan • Ketangkasan • Kuasa • Imbangan • Masa reaksi • Koordinasi Matapelajaran Pendidikan Jasmani diperingkat remaja mementingkan bidang perkembangan diri individu serta memberi penekanan kepada perkembangan fizikal, sosial, mental dan emosi. Pergerakan fizikal yang dititik beratkan melalui matapelajaran Pendidikan Jasmani akan memberi sumbangan yang penting kepada seseorang individu secara menyeluruh. Nilai-nilai yang diperolehi hasil dari aktiviti-aktiviti yang diterapkan akan berupaya membina insan yang seimbang. Pelbagai kebaikan diperolehi melalui Pendidikan Jasmani dan ia boleh dikesan melalui objektif Pendidikan Jasmani. Antaranya, pembangunan fizikal, pembangunan motor, pembangunan kognitif serta pembangunan sosial, emosi dan afektif. 2.1.3 Warga Emas Kecergasan keseluruhan adalah integrasi komponen-komponen mental, sosial, emosi, fizikal dan rohani. Kecergasan ini membolehkan warga emas memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat. Kecergasan keseluruhan mencerminkan perasaan seseorang individu tentang kehidupan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan. Kecergasan keseluruhan merangkumi: • Kecergasan Fizikal • Kecergasan Mental • Kecergasan Sosial • Kecergasan Emosi • Kecergasan Rohani Pengetahuan berasaskan Pendidikan Jasmani merupakan suatu elemen yang penting dalam membentuk insan yang seimbang dari segi mental, fizikal dan emosi. Warga emas mengalami perubahan gaya hidup disetopikkan oleh peningkatan umur. Peningkatan umur melibatkan perubahan sistem biologi, psikologi, kepercayaan dan sosial. Perubahanperubahan tersebut akan mendedahkan warga emas kepada penyakit-penyakit kerana faktor-faktor umur dan perubahan fisiologikal badan. OUM 19
  • 6. KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI TOPIK 2 Sistem fisiologi menjadi semakin kurang efektif apabila meningkatnya umur. Penekanan kepada aktiviti-aktiviti fizikal penting bagi mengekalkan atau mempastikan sistem fisiologikal berfungsi dengan konsisten. Pembangunan fizikal melibatkan aktiviti pembangunan fizikal dalam individu bertujuan membangunkan pelbagai sistem organ dalam tubuh badan individu. Pendapat ini berdasarkan kepada fakta bahawa seseorang individu akan menjadi aktif, mempunyai prestasi yang lebih baik dan lebih sihat jika sistem organik tubuh badan dapat berfungsi dengan baik. Latihan 2.1 Nyatakan matlamat membina masyarakat dalam menjalankan aktiviti fizikal bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani. 2.2 PERKEMBANGAN KOGNITIF Pembangunan kognitif dalam aktiviti Pendidikan Jasmani melibatkan pengumpulan pengetahuan, keupayaan berfikir serta menginterpretasikan pengetahuan. Dalam sub topik perkembangan kognitif ini akan membincangkan aspek: (i) Kemahiran berfikir (ii) Konstruktivisme (iii) Kepelbagaian kecerdasan 2.2.1 Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir secara kritis merupakan satu daripada komponen utama kemahiran berfikir. Perkataan Kritis berasal daripada bahasa Yunani ‘Kritikos’ yang bermakna mampu menilai. Pada asalnya pemikiran kritis dicipta untuk mengelakkan kesilapan, kekeliruan dan andaian-andaian yang salah. Kemahiran ini memberi tumpuan kepada kebolehan menilai kemunasabahan sesuatu idea iaitu menimbang secara menyeluruh kebaikan dan keburukan dengan memberi alasan dan hujah yang sah, jelas dan bernas. Ini dapat menghindarkan kesilapan diulang dan membolehkan kesilapan dibetulkan. (BPG 1995) Pemikiran kreatif merupakan satu daripada jenis proses berfikir. Pemikiran tersebut lebih menekankan kepada hemisfera otak kanan (HOKA) berbanding hemisfera otak kiri (HOKI). Namun demikian otak kanan kurang diberikan perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu HOKA perlu diberi penekanan dalam bilik darjah supaya kreativiti murid dapat dikembangkan ke tahap yang sewajarnya. (BPG 1995) Daripada definisi di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa berfikir secara kritis dapat membantu meningkatkan kefahaman, kejelasan dan keupayaan untuk menggunakan maklumat dengan berkesan. Dengan ini, kita akan dapat membuat pertimbangan yang lebih bijak dan berkesan untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Sementara kreatif ialah kecekapan dan keupayaan membangunkan minda untuk 20 OUM
  • 7. TOPIK 2 KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI meneroka berbagai kemungkinan dalam menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak atau gugusan. Dalam pengajaran dan pembelajaran aktiviti Pendidikan Jasmani pelajar perlu diberi peluang untuk berfikir secara kritis dengan cara: (a) Menciri Mengenalpasti kriteria serta unsur satu konsep atau objek sebagai contohnya sifat, ciri dan kualiti. (b) Membanding dan Membeza Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti sifat, ciri, kualiti serta unsur satu peristiwa atau objek. (c) Mengumpul dan Mengkelas Mengumpul dan mengkelas objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. (d) Membuat Urutan Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kualiti, kuantiti, ciri-ciri atau sifat. (e) Menyusun Mengikut Keutamaan Menyusun objek mengikut tertib berdasarkan kepentingan atau kesegeraan. (f) Menganalisis Mengolah maklumat dengan menghuraikan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat. (g) Mengesan Pengaruh Mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak atau menentang sesuatu. (h) Menilai Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada satu kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti atau dalil yang sah. (i) Membuat Kesimpulan Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian berdasarkan kepada satu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan. Pengguna juga diberi peluang berfikir secara kreatif dengan cara: (a) Menjana Idea Menjana idea secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara. (b) Menghubung Kaitkan Membuat perkaitan untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan. (c) Membuat Inferens Membuat kesimpulan awal sama ada benar atau tidak, berdasarkan maklumat daripada pemerhatian. OUM 21
  • 8. KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI TOPIK 2 (d) Meramalkan Membuat jangkaan terhadap sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai. (e) Membuat Hipotesis Membuat penyataan umum menghubungkaitkan pembolehubah-pembolehubah bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Kenyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya. (f) Mensintesiskan Menggabungkan idea, unsur, item atau perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk penyataan, esei, lukisan dan artifak. (g) Mengitlak Membuat penyataan umum terhadap keseluruhan kumpulan maklumat berdasarkan pemerhatian ke atas sampel kumpulan itu. (h) Membuat Gambaran Mental Membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea, konsep, keadaan atau gagasan dalam minda atau fikiran. (i) Menganalogi Membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep serta mengaitkan konsep itu dengan perkara yang mudah, maujud dan mempunyai ciri-ciri yang serupa (j) Mereka Cipta Menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan pengubahsuaian kepada sesuatu yang sedia ada dalam bentuk maujud. Di antara tujuan Kemahiran Berfikir secara Breatif dan Britis digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani adalah untuk membolehkan pelajar: (i) Mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif semasa membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak. (ii) Mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah. (iii) Menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif. (iv) Mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit. (v) Meningkatkan aspek kognitif dan afektif dalam perkembangan intelek mereka. (vi) Bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat serta membina keyakinan diri untuk memberi hujah. (vii) Membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik. 22 OUM
  • 9. TOPIK 2 KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI Penekanan kepada kemahiran ini adalah untuk membolehkan kanak-kanak membuat tafsiran yang tepat terhadap sesuatu permasalahan yang mereka hadapi. Kemahiran Berfikir secara Britis dan Kreatif bertujuan untuk membolehkan murid memahami, menilai serta berupaya mengaplikasikan semua maklumat yang diterima di dalam pelbagai situasi. 2.2.2 Konstruktivisme Konstruktif adalah satu cara pembelajaran di mana murid membina sendiri pengetahuannya atau konsep secara aktif. Pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada secara langsung akan membantu murid membina pengetahuannya sendiri. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan yang sedia ada untuk membina pengetahuan baru Perspektif konstruktivis menggambarkan pembelajaran merupakan satu perubahan bermakna yang dibina daripada pengalaman. Teori konstruktivisme mentakrifkan pengetahuan sebagai subjektif di mana pelajar tidak belajar mengikut matlamat dan kemahiran yang ditetapkan guru. Sebaliknya pelajar sendiri menentukan matlamat pembelajaran mereka. Pembinaan pengetahuan merupakan satu proses pemikiran tentang pengalaman dan menterjemahkannya. Oleh kerana setiap individu mempunyai set pengalaman yang tersendiri untuk dihalusi maka setiap individu akan membina kefahamannya yang tersendiri. Pembelajaran berlaku apabila pengetahuan telah berubah dalam satu cara yang membolehkan kita menterjemahkan pengalaman dengan cara lebih sempurna, kompleks atau dimurnikan. Proses pembelajaran bergantung kepada kebolehan pelajar menggunakan pengetahuan untuk berfikir dan menyelesaikan masalah yang sebenarnya. Untuk mengaplikasikan teori konstruktivisme, Duffy dan Jonassen (1991) mencadangkan individu mesti bekerja dengan masalah dalam situasi sebenar untuk membentuk pembelajaran bermakna. Oleh kerana masalah selalunya datang daripada banyak aspek seperti simulasi permainan, pengurusan kecergasan dan banyak lagi dalam Pendidikan Jasmani. Langkah-langkah berikut di cadangkan dalam mengaplikasikan teori konstruktivisme: (i) Penglibatan aktif pembelajaran mengikut urutan pengalaman pembelajaran. (ii) Melakukan refleksi terhadap pengalaman dan pengetahuan sedia ada. (iii) Abstrak fakta, pengasingan data atau struktur memainkan peranan penting dari proses refleksi bagi tujuan membina skema tindakan dan skema operasi baru. 2.2.3 Kepelbagaian Kecerdasan Teori Kepelbagaian Kecerdasan mula diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner (1983) menerusi bukunya yang bertajuk Frames of Mind. Idea beliau ke atas tingkah laku pembelajaran manusia telah mencetuskan satu revolusi bagi kecerdasan (Checkly 1997). Menurut Dr. Gardner, terdapat lapan kecerdasan manusia merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan dan bakat semulajadi yang wujud dalam diri seseorang. Setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecergasan tetapi mempunyai kekuatan yang OUM 23
  • 10. KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI TOPIK 2 berlainan dalam bahagian tertentu. Setiap kecergasan adalah berasingan dan tidak saling bergantung antara satu sama lain. Guru perlu mempelbagaikan sumber dan aktiviti-aktiviti pembelajaran bagi memenuhi ke semua kecergasan. (Armstrong 1994). Satu ketika dahulu, guru-guru hanya bergantung kepada sumber-sumber di dalam bilik darjah yang hanya merangsang verbal atau linguistik, logikal atau matematikal dan ada ketikanya visual atau spatial. Keadaan ini, menjadikan pelajar yang mempunyai kecerdasan yang lain akan merasa bosan untuk belajar. Dalam membina pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani yang berlandaskan kepelbagaian kecerdasan guru perlu merancang aktiviti yang dapat menarik minat pelajar berdasarkan jenis kecerdasan. Jadual di bawah menunjukkan jenis kecerdasan dan cadangan rekabentuk. Jenis Kecerdasan Strategi Kinestatik Kebolehan untuk menggunakan satu badan atau anggota untuk menyelesaikan masalah dan mencipta sesuatu. Interpersonal Keupayaan untuk memahami dan berkomunikasi antara satu sama lain. Intrapersonal Kebolehan untuk memahami diri sendiri dan berhubung dengan satu persekitaran terdekat. Logik/Matematik Keupayaan untuk memanipulasikan nombor atau memahami perhubungan setopik dan akibat sesuatu sistem. Muzik/Lirik Keupayaan untuk berfikir dalam istilah muzik, mendengar dan mengenali corak, membezakan antara bunyi-bunyian dan mencipta muzik. Semulajadi Keupayaan untuk membezakan antara benda-benda hidup dan berhubung dengan persekitaran semulajadinya. Linguistik Keupayaan untuk menggunakan bahasa secara lisan dan bertulis secara berkesan. Ruang Keupayaan untuk berfikir berkaitan dengan gambar, imej, bentuk dan corak. Pendidikan Jasmani adalah bertujuan untuk membantu membentuk masyarakat menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Sasaran matlamat yang bersesuaian dengan keupayaan adalah penting bagi mempastikan ia tercapai dan mudah dilaksanakan oleh semua lapisan masyarakat dan umur. 24 OUM
  • 11. TOPIK 2 KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI Latihan 2.2 Berikan contoh situasi penggunaan juga Kemahiran Berfikir secara Kreatif. 2.3 PERKEMBANGAN AFEKTIF Pembangunan afektif melibatkan sikap, emosi, apresiasi dan nilai. Pendidikan Jasmani perlu menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain, mengiktiraf sumbangan, kepentingan menjaga kesihatan, penggunaan masa lapang yang berguna, memiliki sikap positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama dalam kumpulan sewaktu aktiviti fizikal. 2.3.1 Kawalan Emosi Kecergasan boleh membantu murid mengawal emosi kerana tubuh badan yang cergas berupaya membantu mengawal perasan dan berupaya mengenalpasti cara mengawal atau melepaskan perasaan. Kecergasan dapat merangsang individu berfikiran positif dan rasional. Keadaan ini boleh melahirkan individu yang seimbang dan berfikiran positif dalam menangani sebarang situasi. Kejayaan yang diperolehi dalam permainan fizikal menyetopikkan individu lebih berkeyakinan dan berpuas hati dengan pencapaian dan menghargai diri mereka. Pendidikan Jasmani boleh memberi peluang kepada individu untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti dan membangunkan kemahiran-kemahiran asas bagi mencapai kejayaan. 2.3.2 Kemahiran Bersosial Pendidikan Jasmani adalah suatu medium yang dapat membantu dalam pembangunan social seperti menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan masyarakat. Dengan kata lain Pendidikan Jasmani berupaya membantu pembangunan sosial individu serta menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli masyarakat. Sifat kepimpinan yang baik melalui Pendidikan Jasmani merupakan medium utama untuk mencapai matlamat sosial. Penglibatan dengan aktiviti Pendidikan Jasmani mampu menjadi tapak yang kukuh untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan seperti melakukan kerja berkumpulan, yang boleh diperolehi melalui permainan berpasukan. Situasi ini jika difahami dan diperjelaskan boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. 2.3.3 Pembinaan Nilai Untuk membina insan sempurna dan insan kamil yang menekankan kepada jasmani, emosi dan intelektual, aspek nilai murni haruslah diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, penerapan nilai-nilai murni perlulah dilakukan dalam semua kaedah pengajaran yang dilaksanakan. Penerapan OUM 25
  • 12. KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI TOPIK 2 nilai-nilai murni perlulah bersifat sarwajagat selaras dengan tuntutan agama, budaya dan norma masyarakat Malaysia. Antara aspek yang terdapat dalam nilai murni iaitu menanam sifat kesedaran, kefahaman, keyakinan, kesyukuran, semangat cintakan nilai, menghormati kebaikan dan membenci keburukan, membentuk sikap positif kepada agama, bangsa dan negara, mempunyai displin kendiri, mencapai kecemerlangan dan bertugas dengan penuh dedikasi. Dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran, nilai murni yang biasa diterapkan adalah seperti berikut: (i) Berdikari (ii) Bekerjasama (iii) Menepati masa (iv) Sabar (v) Bersyukur (vi) Cintakan Negara (vii) Bersikap positif Sebagai pengajar, nilai yang baik harus ditunjukkan sama ada bersemuka atau tanpa bersemuka dengan pelajar. Pengajar mestilah menunjukkan sifat-sifat seperti berikut: (i) Menepati masa (ii) Bersopan santun (iii) Peka terhadap masalah pelajar (iv) Sentiasa berobjektif (v) Mempelbagaikan Kaedah Pengajaran (vi) Memberi peluang kepada pelajar untuk berbincangan (vii) Sentiasa memberi dorongan kepada pelajar dalam apa situasi sekalipun (viii) Bersedia menerima temujanji dengan pelajar (ix) Sabar Contoh penerapan nilai murni dalam aktiviti Pendidikan Jasmani ialah: (i) Pengajaran dan berkumpulan. (ii) Tema yang digunakan menggambarkan nilai-nilai murni. (iii) Latihan yang mengandungi permainan dan kemahiran perlu menggunakan kaedah mencabar dengan ini nilai berdikari dan keyakinan diri boleh diterapkan. (iv) Penggunaan alatan dan arahan mestilah tidak bertentangan dengan aspirasi dan nilai agama, budaya serta norma masyarakat Malaysia. 26 pembelajaran digunakan dalam aktiviti berpasangan dan OUM
  • 13. TOPIK 2 (v) KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI Penggunaan bahasa dan ayat dalam arahan melambangkan masyarakat Malaysia yang bersopan. Pembentukan Sahsiah Menurut Kamus Dewan sahsiah membawa maksud keperibadian. Kagan J dan Segal J (1988) mendefinisikan sahsiah sebagai personaliti seorang individu yang merangkumi proses berfikir, merasa tingkahlaku dan hubungannya dengan sekitaran. Menurut Eysenck mentakrifkan sahsiah sebagai cara individu mengorganisasi watak, perangai, intelek, postur gerakan badan dan menentukan penyesuaian yang unik terhadap sekitaran. Sahsiah merujuk kepada pembentukan peribadi seseorang individu secara keseluruhan. Sahsiah merangkumi perangai, kecergasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, interaksi, bentuk badan, cita-cita dan nilai. Aktiviti Pendidikan Jasmani di lihat dapat merangsang pembentukan sahsiah yang baik kepada peserta. Nilai-nilai yang sentiasa ditanam dalam aktiviti pendidikan luar dapat membantu merangsangkan pembentukan sahsiah. Aktiviti-aktiviti fizikal yang dirancang dengan teliti akan merangsang pembentukan personaliti yang baik. Keupayaan pelajar berinteraksi dengan rakan sebaya akan membenarkan pelajar juga menyumbangkan kemantapan sahsiah. Latihan 2.3 Berikan contoh situasi penerapan nilai murni dalam aktiviti Pendidikan Jasmani. RUMUSAN Topik ini membincangkan kepentingan Pendidikan Jasmani dan dibahagikan kepada tiga sub topik iaitu pertumbuhan dan perkembangan fizikal, perkembangan kognitif dan perkembangan afektif. Dalam sub topik pertumbuhan dan perkembangan fizikal, perbincangan berkisar kepada pertumbuhan dan perkembangan fizikal kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Topik ini turut membincangkan keupayaan Pendidikan Jasmani dalam membentuk perkembangan kognitif yang baik serta perkembangan afektif. OUM 27
  • 14. KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI TOPIK 2 GLOSSARI Kecergasan Fizikal – Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan. Pendidikan Jasmani – Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal terpilih bagi mencapai keputusan yang dikehendaki. UJIAN 1 1. Nyatakan mengapa perkembangan kecergasan terutama aktiviti yang melibatkan kapasiti aerobik dan kekuatan adalah penting. Terangkan maksud kecergasan keseluruhan? 2. Nyatakan komponen-komponen kecergasan fizikal berdasarkan lakuan motor. 3. Dalam pengajaran Pendidikan Jasmani, pengguna perlu diberi peluang untuk berfikir secara kritis. Nyatakan caranya. 4. Berikan definisikan gaya pembelajaran Konstruktisme? 5. Nyatakan tiga aspek pembangunan afektif? UJIAN 2 1. Whitehead dan Corbin, 1991 menggariskan enam sasaran anak-kanak dalam aktiviti fizikal menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani. Nyatakan. 2. Nyatakan kategori Kecergasan keseluruhan dalam Pendidikan Jasmani? 3. Nyatakan tujuan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. 4. Nyatakan langkah-langkah yang di cadangkan dalam mengaplikasikan teori konstruktisme. 5. Nyatakan nilai murni yang biasa diterapkan dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. 28 OUM