SlideShare a Scribd company logo
1 of 28
Download to read offline
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
PENDIDIKAN KHAS
(MASALAH PENGLIHATAN)
PENDIDIKAN JASMANI (SUAIAN)
TAHUN DUA
DUA
PENGLIHATAN
)NAIAUS(INAMSAJNAKIDIDNEP
DOKUMEN STANDARD
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
PENDIDIKAN KHAS
MASALAH
TAHUN
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Cetakan Pertama 2011
© Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam
apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8,
Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Pendidikan jasmani (suaian) : (masalah penglihatan).
Tahun dua (Kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas) ISBN 978-967-0359-52-6
1. Physical education and training--Study and teaching (Primary).
2. Blindness--Study and teaching (Primary).
I . Malaysia. Kementerian Pelajaran. Bahagian Pembangunan Kurikulum.
372.86043
Dicetak oleh:
Attin Press Sdn. Bhd.
No. 46, Jalan 2/108, Taman Salak Jaya
Salak Selatan, 57100 Kuala Lumpur
18
6
4
4
4
3
2
2
1
1
v
7
iii
K A N D U N G A N
Rukun Negara
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendahuluan
Matlamat
Objektif
Standard Kurikulum Berasaskan Tunjang
Kurikulum Modular Berasaskan Standard
Fokus Mata Pelajaran
Objektif Mata Pelajaran
Organisasi Kandungan
Pelaksanaan
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran -
vi
v
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-
cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam
kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu
cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang
adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin
satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
vi
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
1
PENDAHULUAN
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan
Khas Masalah Penglihatan dibina selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan
bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang
pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid
dan pendidikan seumur hidup.
KSSR Pendidikan Khas Masalah Penglihatan adalah
selaras dengan KSSR Kebangsaan dengan penambahan dan
pengubahsuaian mata pelajaran. Mata pelajaran baru yang
diperkenalkan adalah Kemahiran Asas Individu Masalah
Penglihatan (KAIMaL), manakala mata pelajaran Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Seni Visual diubahsuai dan untuk lain-lain
mata pelajaran lain menggunakan KSSR Kebangsaan.
Penambahan dan pengubahsuaian mata pelajaran ini
adalah berdasarkan keperluan murid bermasalah penglihatan
dalam memperoleh pendidikan yang relevan dan bersesuaian
dengan keperluan semasa mereka.
Proses pelaksanaan kurikulum perlu mengambil kira
kepelbagaian kebolehan dan keupayaan individu. Pengajaran dan
pembelajaran adalah menggunakan pendekatan yang fleksibel dan
selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas)
1997, yang menyatakan “ guru -guru boleh mengubahsuai
kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi
aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu
mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan
Khas”.
Mata pelajaran baru dan pengubahsuaian dalam KSSR
Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dibina supaya pembelajaran
yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dan
menjadi pendokong kepada hasrat pelaksanaan mata pelajaran lain
dalam KSSR Kebangsaan yang selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
MATLAMAT
KBSR Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
bermatlamat untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam
semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan
memupuk sikap positif dan seterusnya menguasai ilmu
pengetahuan dan kemahiran melalui proses pengajaran dan
pembelajaran yang relevan dan bersesuaian untuk memenuhi
keperluan individu selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
2
OBJEKTIF
KSSR Pendidikan Khas Masalah Penglihatan membolehkan murid:
i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam
menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna
serta menjadi warganegara yang berguna;
ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat
berdikari dalam kehidupan seharian;
iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah
kehidupan bekerjaya;
iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri
dengan sempurna;
v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi,
berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila
masyarakat majmuk;
vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian
bagi yang beragama Islam;
vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah;
ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya; dan
x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi seiring dengan perkembangan semasa
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG
Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi
membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan
berketerampilan. Tunjang merupakan domain-domain utama yang
saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Domain bagi setiap tunjang adalah:
i. Komunikasi;
ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai;
iii. Kemanusiaan;
iv. Sains dan Teknologi;
v. Perkembangan Fizikal dan Estetika; dan
vi. Keterampilan Diri
3
Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD
5.1 Standard Kandungan
Pernyataan spesifik tentang perkara yan murid patut ketahui
dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai..
5.2 Standard Pembelajaran
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran
dan pencapaian yang boleh diukur bagi Standard
Kandungan.
KSSR Pendidikan Khas Masalah Penglihatan digubal
dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam
bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan,
kemahiran dan nilai.
4
FOKUS MATA PELAJARAN
Fokus Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Suaian
Tahun Dua ialah membina kemahiran asas pergerakan dan
kemahiran motor, memperkenalkan konsep kecergasan
berdasarkan kesihatan, dan memupuk elemen keselamatan,
tanggungjawab kendiri, dan interaksi sosial semasa melakukan
aktiviti fizikal.
OBJEKTIF MATA PELAJARAN
Kurikulum Pendidikan Jasmani Suaian sekolah rendah bertujuan
membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut:
i. melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul
mengikut konsep pergerakan;
ii. mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan
kemahiran motor;
iii. mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul
semasa melakukan pergerakan;
iv. mengenal pasti aktiviti meningkatkan kecergasan;
v. mengetahui kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara
berkala;
vi. mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan
aktiviti fizikal;
vii. melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok
dan selamat;
viii. mematuhiperaturan dan mengamalkan langkah
keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal; dan
ix. mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan.
ORGANISASI KANDUNGAN
Dokumen Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Suaian
Sekolah Rendah Tahun 2 merupakan dokumen pembelajaran untuk
satu tahun persekolahan. Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani
Suaian Tahun 2 dibina berasaskan lima aspek iaitu:-
Aspek 1 : Kecekapan Kemahiran Pergerakan
Murid menguasai pelbagai corak pergerakan dan kemahiran motor
yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal melalui:-
1. Konsep pergerakan;
2. Pergerakan asas yang melibatkan pergerakan
lokomotor, bukan lokomotor, manipulasi alatan dan
pergerakan berirama;
3. Gimnastik asas;
4. Akuatik Asas; dan
5. Rekreasi dan kesenggangan.
5
Aspek 2 : Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan
Melalui aspek 2, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan
mengenai konsep, prinsip dan strategi pergerakan dalam
pembelajaran serta mengembangkan kemahiran motor dalam
melaksanakan aktiviti fizikal yang melibatkan:-
1. Konsep pergerakan;
2. Pergerakan asas yang melibatkan pergerakan
lokomotor, bukan lokomotor, manipulasi alatan dan
pergerakan berirama;
3. Gimnastik asas;
4. Akuatik Asas; dan
5. Rekreasi dan kesenggangan.
Aspek 3 : Kecergasan Meningkatkan Kesihatan
Melalui aspek 3, murid berkeupayaan meningkatkan dan
mengekalkan tahap kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal
yang melibatkan:-
1. Konsep kecergasan;
2. Komponen kecergasan berasakan kesihatan iaitu kapasiti
aerobik, kelenturan, kekuatan dan daya tahan otot, dan
komposisi badan; dan
3. Pentaksiran Kecergasan;
Aspek 4 : Aplikasi Pengetahuan Meningkatkan Kecergasan.
Melalui aspek 4, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan
mengenai konsep, prinsip dan strategi meningkatkan kecergasan
untuk kesihatan dan prestasi fizikal yang melibatkan:
1. Konsep kecergasan; dan
2. Komponen kecergasan berasakan kesihatan iaitu kapasiti
aerobik, kelenturan, kekuatan dan daya tahan otot, dan
komposisi badan.
Aspek 5: Kesukanan.
Melalui aspek 5 murid berkeupayaan mengukuhkan amalan
Pendidikan Jasmani menerusi elemen keselamatan, konsep,
sosiologi dan psikologi, prinsip dan strategi untuk melakukan aktiviti
fizikal dengan berkesan yang melibatkan:-
1. Keselamatan dan pengurusan;
2. Tanggungjawab kendiri;
3. Interaksi sosial; dan
4. Kumpulan dinamik.
6
Susunan aspek-aspek ini adalah bertujuan memudahkan
kandungan kurikulum ini diorganisasikan. Setiap aspek dalam
dokumen Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 2
yang hendak dicapai dinyatakan dalam lajur pertama iaitu Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran. Lajur Standard
Kandungan mengandungi kandungan yang perlu dipelajari oleh
murid. Manakala lajur Standard Pembelajaran menunjukkan apa
yang murid perlu kuasai dan capai.
Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
Kandungan dalam Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani
Suaian Tahun 2 adalah setara dengan pencapaian objektif
psikomotor, kognitif dan afektif dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan jasmani. Bagi tujuan pengajaran Modul 1: Kemahiran,
guru menggunakan Aspek 1, Aspek 2 dan Aspek 5 secara
serentak. Manakala untuk pengajaran Modul 2: Kecergasan, guru
menggunakan Aspek 3, Aspek 4 dan Aspek 5 secara serentak.
Guru boleh membuat pilihan sama ada mengajar kemahiran
atau kecergasan terlebih dahulu tanpa mengabaikan gabungan
aspek yang telah ditetapkan. Dalam Aspek 1, guru boleh memilih
antara akuatik asas atau rekreasi dan kesenggangan dalam
pengajaran PJ Suaian. Bagi yang memilih akuatik asas,
persekitaran sekolah hendaklah mempunyai kemudahan dan guru
yang berkelayakan.
Ringkasannya adalah seperti berikut:-
Modul 1:
Kemahiran
Aspek 1
Kecekapan Kemahiran
Pergerakan
Aspek 2
Aplikasi Pengetahuan
dalam Pergerakan
Aspek 5 Kesukanan
Modul 2:
Kecergasan
Aspek 3
Kecergasan
Meningkatkan
Kesihatan
Aspek 4
Aplikasi Pengetahuan
Meningkatkan
Kecergasan
Aspek 5 Kesukanan
7
Aspek 1 : Kemahiran Pergerakan
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
Konsep pergerakan.
1.1 Berkebolehan melakukan pelbagai
pergerakan berdasarkan konsep
pergerakan.
1.1.1
1.1.2
Melakukan pergerakan ke ruang am yang telah ditetapkan.
Meningkatkan kelajuan pergerakan semasa bergerak .
Pergerakan Asas
Pergerakan Lokomotor
1.2 Berkebolehan melakukan pelbagai
pergerakan lokomotor asas dengan lakuan
yang betul.
.
1.2.1
1.2.2
1.2.3
Melakukan pergerakan berjalan, berlari, mencongklang (galloping),
menggelongsor, melompat, melompat sebelah kaki (hopping), skip
dan melonjak (leaping).
Melompat pada satu jarak, mendarat dengan dua kaki dengan lutut
dan pergelangan kaki difleksi .
Melompat berterusan tali yang diayun berulang-ulang oleh dua
orang rakan .
1.3.1
1.3.2
1.3.3
Melakukan pergerakan fleksi badan (membongkok), meregang,
membuai, meringkuk, mengilas, memusing, menolak, menarik,
mengayun, dan mengimbang.
Menggabungkan pelbagai pergerakan lokomotor dalam satu
rangkaian pergerakan .
Menggabungkan pelbagai pergerakan lokomotor dan bukan
lokomotor dalam satu rangkaian pergerakan
Pergerakan Bukan Lokomotor
1.3 Berkebolehan melakukan pelbagai
pergerakan bukan lokomotor asas dengan
lakuan yang betul .
8
Manipulasi Alatan
1.4 Berkebolehan melakukan kemahiran
manipulasi alatan dengan lakuan yang betul
.
1.4.1
1.4.2
1.4.3
1.4.4
1.4.5
1.4.6
1.4.7
1.4.8
1.4.9
1.4.10
Melambung, menyambut , menggolek, menendang, menyerkap,
melantun, membaling, menangkap, memukul dan menggelecek.
Menggolek bola berbunyi pada satu jarak .
Membaling bola berbunyi pada satu jarak.
Menangkap bola berbunyi dengan serapan daya.
Menendang perlahan bola berbunyi yang digolekkan dengan
perlahan.
Menyerkapkan bola berbunyi yang bergerak .
Memukul belon ke atas dan ke hadapan dengan menggunakan
pemukul yang mempunyai permukaan luas seperti raket.
Memukul bola yang diletakkan di atas tee dengan menggunakan
pemukul berbentuk silinder seperti bat sofbol .
Menggelecek bola berbunyi menggunakan tangan.
Menggelecek bola berbunyi menggunakan kaki.
Pergerakan Berirama
1.5 Berkebolehan melakukan pelbagai corak
pergerakan mengikut lagu kanak-kanak.
1.5.1
1.5.2
Melakukan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor
mengikut tempo.
Melakukan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor
dengan alatan mengikut tempo .
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
9
Gimnastik Asas
Hambur ( spring) dan Pendaratan
1.6 Berkebolehan melakukan kemahiran
hambur dan pendaratan dengan lakuan
yang betul.
1.6.1
1.6.2
Melakukan hambur dengan kedua-dua belah tangan dalam pelbagai
arah .
Melakukan hambur di atas peti lombol dan mendarat menggunakan
kedua-dua belah kaki dengan lutut difleksi.
Kawalan Badan dan Sokongan
1.7 Berkebolehan melakukan pergerakan yang
memerlukan imbangan dan sokongan
badan.
1.7.1
1.7.2
1.7.3
Melakukan imbangan di atas garisan dan peralatan.
Melakukan imbangan dengan tiga, dua, dan satu tapak sokongan
menggunakan bahagian badan secara berpasangan.
Melakukan rangkaian pergerakan lokomotor dan imbangan statik
mengikut iringan muzik.
Putaran
1.8 Berkebolehan melakukan kemahiran
putaran dengan lakuan yang betul.
1.8.1
1.8.2
Melakukan guling sisi.
Melakukan guling depan.
Akuatik Asas
Keyakinan dan Keselamatan dalam Air
1.9 Menguasai kemahiran keyakinan dan
keselamatan di air.
1.9.1
1.9.2
1.9.3
Mematuhi peraturan sekitar kolam dan di dalam kolam.
Melakukan kemahiran apungan lentang.
Berdiri dalam air dari posisi apungan lentang.
Renang Asas
1.10 Menguasai kemahiran asas renang dengan
lakuan yang betul.
1.10.1 Melakukan tendangan keribas (flutter kick).
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
10
Rekreasi dan Kesenggangan
1.11 Melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi dan
kesenggangan
1.11.1
1.11.2
1.11.3
Menggunakan konsep jam sebagai pandu arah semasa melakukan
aktiviti menjejak dan ‘mencari harta karun’.
Melakukan pelbagai kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor yang
sesuai semasa melakukan aktiviti rekreasi.
Menggunakan kemahiran mencongklang, memukul, membaling dan
menangkap semasa melakukan permainan tradisional dan rekreasi.
11
Aspek 2 : Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan
Konsep Pergerakan
2.1 Berkebolehan melakukan pelbagai
pergerakan berdasarkan konsep
pergerakan.
2.1.1
2.1.2
2.1.3
Membezakan pergerakan mengikut ruang.
Membezakan pergerakan mengikut tempo.
Mengenal pasti perlakuan yang boleh meningkatkan kelajuan.
Pergerakan Asas
Pergerakan Lokomotor dan Bukan
Lokomotor
2.2 Berkebolehan mengaplikasikan
pengetahuan dalam melakukan pergerakan
lokomotor dan bukan lokomotor.
2.2.1
2.2.2
2.2.3
Mengenal pasti ciri-ciri perlakuan pergerakan lokomotor dan bukan
lokomotor.
Mengenal pasti kepentingan fleksi dalam pergerakan lokomotor dan
bukan lokomotor.
Menyatakan postur badan yang betul semasa melakukan pergerakan
lokomotor dan bukan lokomotor.
Kemahiran Manipulasi Alatan
2.3 Memahami konsep dan prinsip asas
kemahiran manipulasi alatan.
2.3.1
2.3.2
2.3.3
2.3.4
Menyatakan perkaitan antara aplikasi daya dengan pergerakan
objek.
Mengenal pasti postur badan semasa melakukan kemahiran
manipulasi alatan.
Mengenal pasti titik kontak pada objek yang dipukul atau ditendang.
Mengenal pasti perlakuan menggunakan tangan, kaki dan alatan
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
12
yang menggerak dan menghentikan objek.
Pergerakan Berirama
2.4 Mengaplikasikan konsep pelbagai corak
pergerakan mengikut lagu kanak-kanak.
2.4.1
2.4.2
Membezakan kelajuan pergerakan yang sesuai mengikut tempo.
Mengenal pasti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang
sesuai dalam satu rangkaian pergerakan mengikut tempo.
Gimnastik Asas
Hambur dan Pendaratan
2.5 Memahami konsep hambur dan
pendaratan.
2.5.1 Mengenal pasti postur yang betul semasa hambur dan mendarat.
Kawalan Badan dan Sokongan
2.6 Mengetahui konsep kawalan badan dalam
pergerakan.
2.6.1
2.6.2
2.6.3
Mengenal pasti kepentingan keluasan tapak sokongan.
Mengenal pasti perkaitan antara imbangan dan sokongan.
Menyatakan situasi dalam kehidupan harian yang melibatkan
imbangan dalam pergerakan lokomotor
Putaran
2.7 Memahami konsep putaran dalam
pergerakan.
2.7.1
2.7.2
Menyatakan variasi guling sisi.
Mengenal pasti postur badan semasa melakukan guling depan.
Akuatik Asas
Keyakinan dan Keselamatan dalam Air
2.8 Memahami konsep keyakinan dan
keselamatan dalam air.
2.8.1
2.8.2
2.8.3
Mengenal pasti peraturan di kolam renang.
Mengenal pasti postur badan semasa melakukan apungan lentang.
Mengenal pasti teknik dirian selepas apungan lentang.
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
13
Kemahiran Asas Renang
2.9 Mengetahui kemahiran asas renang. 2.9.1 Mengenal pasti postur badan semasa melakukan tendangan keribas
(flutter kick).
Rekreasi dan Kesenggangan
2.10 Menjana kreativiti dalam aktiviti rekreasi dan
kesenggangan.
2.10.1
2.10.2
2.10.3
Mengenal pasti konsep jam untuk mencari arah dalam aktiviti
menjejak dan ‘mencari harta karun’.
Mentafsir maklumat dalam aktiviti pandu arah dan mencari harta
karun.
Menyenaraikan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor dalam
permainan tradisional.
14
Aspek 3 : Kecergasan Meningkatkan Kesihatan
Konsep Kecergasan
3.1 Berkebolehan melakukan aktiviti fizikal
berpandukan konsep kecergasan.
3.1.1 Melakukan aktiviti yang meningkatkan suhu badan, kadar pernafasan,
kadar nadi dan keanjalan otot.
Komponen Kecergasan Kapasiti Aerobik
3.2 Berkebolehan melakukan aktiviti yang
meningkatkan kapasiti aerobik.
3.2.1 Melakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan kapasiti aerobik dalam
jangka masa yang ditetapkan.
Kelenturan
3.3 Berkebolehan melakukan senaman
kelenturan dengan betul.
3.3.1 Melakukan aktiviti regangan secara dinamik dan statik pada otot-otot
utama dengan lakuan yang betul.
Kekuatan dan Daya Tahan Otot
3.4 Berkebolehan melakukan senanam
meningkatkan daya tahan dan kekuatan
otot dengan betul.
3.4.1
3.4.2
Melakukan aktiviti kekuatan dan daya tahan otot yang melibatkan
ringkuk tubi separa, tekan tubi ubahsuai, jengkit kaki setempat, posisi
separa cangkung (half squat), lentik belakang dari posisi merangkak
dan hamstring curl.
Melakukan aktiviti bergayut dan meniti pada palang menggunakan
tangan.
Komposisi Badan
3.5 Mengenal pasti komposisi badan 3.5.1
3.5.2
Mengukur ketinggian dan menimbang berat
Merekod pertumbuhan diri dari segi ketinggian dan berat.
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
15
Aspek 4 : Aplikasi Pengetahuan Meningkatkan Kecergasan
Konsep Kecergasan
4.1 Menguasai konsep kecergasan yang
diaplikasi semasa melakukan aktiviti
kecergasan fizikal.
4.1.1
4.1.2
4.1.3
4.1.4
Menyatakan perkaitan antara aktiviti memanaskan dengan suhu
badan, pernafasan dan kadar nadi.
Menyatakan perkaitan antara menyejukkan badan dengan suhu
badan, pernafasan dan kadar nadi.
Menyatakan keperluan air sebelum, semasa dan selepas melakukan
aktiviti fizikal.
Menyatakan makanan yang memberi tenaga dan membantu
pertumbuhan.
Komponen Kecergasan
Kapasiti Aerobik
4.2 Menguasai konsep asas kapasiti aerobik. 4.2.1
4.2.2
4.2.3
Membandingkan kesan melakukan aktiviti fizikal dengan peningkatan
kadar pernafasan.
Membandingkan perubahan kadar nadi selepas melakukan aktiviti
fizikal.
Memerihal degupan jantung dan kadar pernafasan semasa melakukan
aktiviti fizikal.
Kelenturan
4.3 Memahami konsep asas kelenturan. 4.3.1 Mengenal pasti otot-otot utama pada bahagian badan yang meregang
semasa aktiviti kelenturan dilakukan.
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
16
Kekuatan dan Daya Tahan Otot
4.4 Memahami konsep asas kekuatan dan daya
tahan otot.
4.4.1
4.4.2
Menyatakan otot-otot utama pada bahagian badan yang terlibat
semasa melakukan senaman kekuatan dan daya tahan otot.
Menyatakan kepentingan melakukan senaman kekuatan dan daya
tahan otot.
Komposisi Badan
4.5 Mengetahui komponen badan. 4.5.1
4.5.2
4.5.3
Mengenal bentuk badan.
Membanding berat dan tinggi sendiri dengan carta pertumbuhan
normal.
Menyatakan masalah kesihatan yang berkaitan dengan komposisi
badan.
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
17
Aspek 5 : Kesukanan
Keselamatan Dan Pengurusan
5.1 Mematuhi dan mengamalkan elemen
pengurusan dan keselamatan
5.1.1
5.1.2
5.1.3
5.1.4
5.1.5
Menyatakan persediaan diri dan kesesuaian pakaian mengikut jenis
aktiviti yang dijalankan.
Melakukan aktiviti dalam ruang yang selamat.
Mengenal pasti alatan yang selamat digunakan.
Menggunakan alatan mengikut peraturan penggunaan dan fungsi
alatan dengan betul
Mematuhi peraturan keselamatan di tempat aktiviti.
Tanggungjawab Kendiri
5.2 Mempunyai keyakinan, dan tanggungjawab
kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.
5.2.1
5.2.2
5.2.3
Melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif.
Menerima cabaran dan seronok semasa melakukan aktiviti.
Menerima kemenangan dan kekalahan dalam permainan
Interaksi Sosial
5.3 Berkebolehan berkomunikasi dalam
pelbagai cara semasa melakukan aktiviti
fizikal.
5.3.1 Berkomunikasi antara rakan, guru dan ahli kumpulan semasa
melakukan aktiviti fizikal.
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
18
Dinamika Kumpulan
5.4 Berkebolehan membentuk kumpulan dan
bekerjasama dalam kumpulan tersebut.
5.4.1
5.4.2
5.4.3
Memilih sendiri rakan untuk membentuk kumpulan.
Melakukan aktiviti secara berpasangan dan berkumpulan dengan
seronok.
Bekerjasama dalam kumpulan.
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
Terbitan:
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Aras 4-8, Blok E9
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Tel: 03-8884 200 Faks: 03-88889917
http://www.moe.gov.my/bpk

More Related Content

What's hot

Pppmpendidikanjasmani tahun3
Pppmpendidikanjasmani tahun3Pppmpendidikanjasmani tahun3
Pppmpendidikanjasmani tahun3osman karim
 
KSSR pend jasmani tahun 2
KSSR pend jasmani tahun 2KSSR pend jasmani tahun 2
KSSR pend jasmani tahun 2Momoe Meiji
 
Dokumen Standard Kurikulum PJ Thn2
Dokumen Standard Kurikulum PJ Thn2 Dokumen Standard Kurikulum PJ Thn2
Dokumen Standard Kurikulum PJ Thn2 Cikgu Jumrah
 
01 dsk pend jasmani tahun 1
01 dsk  pend jasmani tahun 101 dsk  pend jasmani tahun 1
01 dsk pend jasmani tahun 1Momoe Meiji
 
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN KSSR TAHUN 5
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN KSSR TAHUN 5PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN KSSR TAHUN 5
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN KSSR TAHUN 5Safiah Sulaiman
 
Pengaruh pendidikan jasmani terhadap kecerdasan intelejensi emosi dan spiritu...
Pengaruh pendidikan jasmani terhadap kecerdasan intelejensi emosi dan spiritu...Pengaruh pendidikan jasmani terhadap kecerdasan intelejensi emosi dan spiritu...
Pengaruh pendidikan jasmani terhadap kecerdasan intelejensi emosi dan spiritu...Taufik Ginanjar
 
Perspektif Pendidikan Jasmani Dan Olahraga
Perspektif Pendidikan Jasmani Dan OlahragaPerspektif Pendidikan Jasmani Dan Olahraga
Perspektif Pendidikan Jasmani Dan OlahragaFebry San
 
Dasar dasar penjas i
Dasar dasar penjas iDasar dasar penjas i
Dasar dasar penjas iAlbert Aris
 
Kepentingan pj
Kepentingan pjKepentingan pj
Kepentingan pjRzain Zul
 

What's hot (13)

Ds pend jasmani thn 2
Ds pend jasmani thn 2Ds pend jasmani thn 2
Ds pend jasmani thn 2
 
Pppmpendidikanjasmani tahun3
Pppmpendidikanjasmani tahun3Pppmpendidikanjasmani tahun3
Pppmpendidikanjasmani tahun3
 
Ds pj thn 3
Ds pj thn 3Ds pj thn 3
Ds pj thn 3
 
KSSR pend jasmani tahun 2
KSSR pend jasmani tahun 2KSSR pend jasmani tahun 2
KSSR pend jasmani tahun 2
 
Dokumen Standard Kurikulum PJ Thn2
Dokumen Standard Kurikulum PJ Thn2 Dokumen Standard Kurikulum PJ Thn2
Dokumen Standard Kurikulum PJ Thn2
 
01 dsk pend jasmani tahun 1
01 dsk  pend jasmani tahun 101 dsk  pend jasmani tahun 1
01 dsk pend jasmani tahun 1
 
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN KSSR TAHUN 5
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN KSSR TAHUN 5PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN KSSR TAHUN 5
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN KESIHATAN KSSR TAHUN 5
 
Pengaruh pendidikan jasmani terhadap kecerdasan intelejensi emosi dan spiritu...
Pengaruh pendidikan jasmani terhadap kecerdasan intelejensi emosi dan spiritu...Pengaruh pendidikan jasmani terhadap kecerdasan intelejensi emosi dan spiritu...
Pengaruh pendidikan jasmani terhadap kecerdasan intelejensi emosi dan spiritu...
 
Dsk pendidikan jasmani thn 4
Dsk pendidikan jasmani thn 4Dsk pendidikan jasmani thn 4
Dsk pendidikan jasmani thn 4
 
Perspektif Pendidikan Jasmani Dan Olahraga
Perspektif Pendidikan Jasmani Dan OlahragaPerspektif Pendidikan Jasmani Dan Olahraga
Perspektif Pendidikan Jasmani Dan Olahraga
 
Konsep penjas
Konsep penjasKonsep penjas
Konsep penjas
 
Dasar dasar penjas i
Dasar dasar penjas iDasar dasar penjas i
Dasar dasar penjas i
 
Kepentingan pj
Kepentingan pjKepentingan pj
Kepentingan pj
 

Viewers also liked

Definisi pendidikan jasmani suaian
Definisi pendidikan jasmani suaianDefinisi pendidikan jasmani suaian
Definisi pendidikan jasmani suaianMia Mia
 
Pendidikan Jasmani Suaian
Pendidikan Jasmani SuaianPendidikan Jasmani Suaian
Pendidikan Jasmani SuaianHazean Erdawaty
 
Sejarah perkembangan pendidikan jasmani di malaysia
Sejarah perkembangan pendidikan jasmani di malaysiaSejarah perkembangan pendidikan jasmani di malaysia
Sejarah perkembangan pendidikan jasmani di malaysiaHazean Erdawaty
 
Rancangan pengajaran harian pendidikan jasmani kesihatan tahun 1
Rancangan pengajaran harian pendidikan jasmani kesihatan tahun 1Rancangan pengajaran harian pendidikan jasmani kesihatan tahun 1
Rancangan pengajaran harian pendidikan jasmani kesihatan tahun 1Sharina Idora
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan jasmani tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan jasmani tahun 5Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan jasmani tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan jasmani tahun 5Razah Dollah
 
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN Tinagaran Magisparan
 
Modul KSSR Matematik Tahun 1 (Versi B.Malaysia)
Modul KSSR Matematik Tahun 1 (Versi B.Malaysia)Modul KSSR Matematik Tahun 1 (Versi B.Malaysia)
Modul KSSR Matematik Tahun 1 (Versi B.Malaysia)Ariel Lee
 

Viewers also liked (8)

Definisi pendidikan jasmani suaian
Definisi pendidikan jasmani suaianDefinisi pendidikan jasmani suaian
Definisi pendidikan jasmani suaian
 
Pendidikan Jasmani Suaian
Pendidikan Jasmani SuaianPendidikan Jasmani Suaian
Pendidikan Jasmani Suaian
 
Sejarah perkembangan pendidikan jasmani di malaysia
Sejarah perkembangan pendidikan jasmani di malaysiaSejarah perkembangan pendidikan jasmani di malaysia
Sejarah perkembangan pendidikan jasmani di malaysia
 
Rancangan pengajaran harian pendidikan jasmani kesihatan tahun 1
Rancangan pengajaran harian pendidikan jasmani kesihatan tahun 1Rancangan pengajaran harian pendidikan jasmani kesihatan tahun 1
Rancangan pengajaran harian pendidikan jasmani kesihatan tahun 1
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan jasmani tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan jasmani tahun 5Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan jasmani tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan jasmani tahun 5
 
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN PERGERAKAN ASAS (  LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
PERGERAKAN ASAS ( LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN
 
Modul KSSR Matematik Tahun 1 (Versi B.Malaysia)
Modul KSSR Matematik Tahun 1 (Versi B.Malaysia)Modul KSSR Matematik Tahun 1 (Versi B.Malaysia)
Modul KSSR Matematik Tahun 1 (Versi B.Malaysia)
 
rph-pendidikan-jasmani-bola-jaring (salini.k)
 rph-pendidikan-jasmani-bola-jaring (salini.k) rph-pendidikan-jasmani-bola-jaring (salini.k)
rph-pendidikan-jasmani-bola-jaring (salini.k)
 

Similar to Dokumen standard pendidikan jasmani (suaian) tahun 2 (2)

Dsk pendidikan jasmani kssr p khas masalah pembelajaran tahun 2
Dsk pendidikan jasmani kssr p khas masalah pembelajaran tahun 2Dsk pendidikan jasmani kssr p khas masalah pembelajaran tahun 2
Dsk pendidikan jasmani kssr p khas masalah pembelajaran tahun 2ROSFARADILA MUSTAPHA
 
Ds pend jasmani thn 2
Ds pend jasmani thn 2Ds pend jasmani thn 2
Ds pend jasmani thn 2Sun Lam
 
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 2
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 2Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 2
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 2Cikpuansuri Nadia
 
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pkDsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Pendidikan islam tahun 1
Pendidikan islam tahun 1Pendidikan islam tahun 1
Pendidikan islam tahun 1Dzul Ikraam
 
dskp_kssr_pendidikan_jasmani_tahun_6.pdf
dskp_kssr_pendidikan_jasmani_tahun_6.pdfdskp_kssr_pendidikan_jasmani_tahun_6.pdf
dskp_kssr_pendidikan_jasmani_tahun_6.pdfAkenoAkimo
 
Dskp pendidikan jasmani tahun 6
Dskp pendidikan jasmani tahun 6Dskp pendidikan jasmani tahun 6
Dskp pendidikan jasmani tahun 6vleadminaba2059
 
Dsk pendidikan islam thn 4 pk
Dsk pendidikan islam thn 4 pkDsk pendidikan islam thn 4 pk
Dsk pendidikan islam thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dokumen standard pendidikan seni kreatif tahun 3 word
Dokumen standard pendidikan seni kreatif tahun 3 wordDokumen standard pendidikan seni kreatif tahun 3 word
Dokumen standard pendidikan seni kreatif tahun 3 wordsyara179
 
DokumenStandardPendidikanSeniKreatifTahun3.pdf
DokumenStandardPendidikanSeniKreatifTahun3.pdfDokumenStandardPendidikanSeniKreatifTahun3.pdf
DokumenStandardPendidikanSeniKreatifTahun3.pdfMaxwellKazama
 
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 1
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 1Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 1
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 1Norhidayah Bakrim
 
sk pend jasmani thn 1 bm
sk  pend jasmani thn 1   bmsk  pend jasmani thn 1   bm
sk pend jasmani thn 1 bmcahaya_0410
 
Dokumen standard pend. moral tahun 3
Dokumen standard pend. moral tahun 3Dokumen standard pend. moral tahun 3
Dokumen standard pend. moral tahun 3isminazifah
 
Dsk pendidikan jasmani thn 4
Dsk pendidikan jasmani thn 4Dsk pendidikan jasmani thn 4
Dsk pendidikan jasmani thn 4Safiah Sulaiman
 
DSKP Sains Tahun 4 SK.pdf
DSKP Sains Tahun 4 SK.pdfDSKP Sains Tahun 4 SK.pdf
DSKP Sains Tahun 4 SK.pdfYaldaf Lee
 
Dsk pendidikan muzik thn 4 pk
Dsk pendidikan muzik thn 4 pkDsk pendidikan muzik thn 4 pk
Dsk pendidikan muzik thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dskp kssr teknologi maklumat komunikasi tahun 6
Dskp kssr teknologi maklumat  komunikasi tahun 6Dskp kssr teknologi maklumat  komunikasi tahun 6
Dskp kssr teknologi maklumat komunikasi tahun 6vismitharenu
 

Similar to Dokumen standard pendidikan jasmani (suaian) tahun 2 (2) (20)

Dsk pendidikan jasmani kssr p khas masalah pembelajaran tahun 2
Dsk pendidikan jasmani kssr p khas masalah pembelajaran tahun 2Dsk pendidikan jasmani kssr p khas masalah pembelajaran tahun 2
Dsk pendidikan jasmani kssr p khas masalah pembelajaran tahun 2
 
Ds pend jasmani thn 2
Ds pend jasmani thn 2Ds pend jasmani thn 2
Ds pend jasmani thn 2
 
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 2
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 2Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 2
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 2
 
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pkDsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
 
Pendidikan islam tahun 1
Pendidikan islam tahun 1Pendidikan islam tahun 1
Pendidikan islam tahun 1
 
dskp_kssr_pendidikan_jasmani_tahun_6.pdf
dskp_kssr_pendidikan_jasmani_tahun_6.pdfdskp_kssr_pendidikan_jasmani_tahun_6.pdf
dskp_kssr_pendidikan_jasmani_tahun_6.pdf
 
Dskp pendidikan jasmani tahun 6
Dskp pendidikan jasmani tahun 6Dskp pendidikan jasmani tahun 6
Dskp pendidikan jasmani tahun 6
 
Dsk pendidikan islam thn 4 pk
Dsk pendidikan islam thn 4 pkDsk pendidikan islam thn 4 pk
Dsk pendidikan islam thn 4 pk
 
Dokumen standard pendidikan seni kreatif tahun 3 word
Dokumen standard pendidikan seni kreatif tahun 3 wordDokumen standard pendidikan seni kreatif tahun 3 word
Dokumen standard pendidikan seni kreatif tahun 3 word
 
Ds pj thn 3
Ds pj thn 3Ds pj thn 3
Ds pj thn 3
 
DokumenStandardPendidikanSeniKreatifTahun3.pdf
DokumenStandardPendidikanSeniKreatifTahun3.pdfDokumenStandardPendidikanSeniKreatifTahun3.pdf
DokumenStandardPendidikanSeniKreatifTahun3.pdf
 
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 1
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 1Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 1
Dokumen standard pendidikan jasmani tahun 1
 
sk pend jasmani thn 1 bm
sk  pend jasmani thn 1   bmsk  pend jasmani thn 1   bm
sk pend jasmani thn 1 bm
 
Dskp pjasmani tahun 4 (1)
Dskp pjasmani tahun 4 (1)Dskp pjasmani tahun 4 (1)
Dskp pjasmani tahun 4 (1)
 
Dokumen standard pend. moral tahun 3
Dokumen standard pend. moral tahun 3Dokumen standard pend. moral tahun 3
Dokumen standard pend. moral tahun 3
 
Dsk pendidikan jasmani thn 4
Dsk pendidikan jasmani thn 4Dsk pendidikan jasmani thn 4
Dsk pendidikan jasmani thn 4
 
DSKP Sains Tahun 4 SK.pdf
DSKP Sains Tahun 4 SK.pdfDSKP Sains Tahun 4 SK.pdf
DSKP Sains Tahun 4 SK.pdf
 
Dsk pendidikan muzik thn 4 pk
Dsk pendidikan muzik thn 4 pkDsk pendidikan muzik thn 4 pk
Dsk pendidikan muzik thn 4 pk
 
Dskp tmk tahun 6
Dskp tmk tahun 6Dskp tmk tahun 6
Dskp tmk tahun 6
 
Dskp kssr teknologi maklumat komunikasi tahun 6
Dskp kssr teknologi maklumat  komunikasi tahun 6Dskp kssr teknologi maklumat  komunikasi tahun 6
Dskp kssr teknologi maklumat komunikasi tahun 6
 

Recently uploaded

Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxbkandrisaputra
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 

Recently uploaded (20)

Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 

Dokumen standard pendidikan jasmani (suaian) tahun 2 (2)

  • 1. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PENGLIHATAN) PENDIDIKAN JASMANI (SUAIAN) TAHUN DUA
  • 2.
  • 3. DUA PENGLIHATAN )NAIAUS(INAMSAJNAKIDIDNEP DOKUMEN STANDARD KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH TAHUN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
  • 4. Cetakan Pertama 2011 © Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Pendidikan jasmani (suaian) : (masalah penglihatan). Tahun dua (Kurikulum standard sekolah rendah pendidikan khas) ISBN 978-967-0359-52-6 1. Physical education and training--Study and teaching (Primary). 2. Blindness--Study and teaching (Primary). I . Malaysia. Kementerian Pelajaran. Bahagian Pembangunan Kurikulum. 372.86043 Dicetak oleh: Attin Press Sdn. Bhd. No. 46, Jalan 2/108, Taman Salak Jaya Salak Selatan, 57100 Kuala Lumpur
  • 5. 18 6 4 4 4 3 2 2 1 1 v 7 iii K A N D U N G A N Rukun Negara Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendahuluan Matlamat Objektif Standard Kurikulum Berasaskan Tunjang Kurikulum Modular Berasaskan Standard Fokus Mata Pelajaran Objektif Mata Pelajaran Organisasi Kandungan Pelaksanaan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran - vi
  • 6.
  • 7. v RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita- cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
  • 8. vi Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
  • 9. 1 PENDAHULUAN Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas Masalah Penglihatan adalah selaras dengan KSSR Kebangsaan dengan penambahan dan pengubahsuaian mata pelajaran. Mata pelajaran baru yang diperkenalkan adalah Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan (KAIMaL), manakala mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Seni Visual diubahsuai dan untuk lain-lain mata pelajaran lain menggunakan KSSR Kebangsaan. Penambahan dan pengubahsuaian mata pelajaran ini adalah berdasarkan keperluan murid bermasalah penglihatan dalam memperoleh pendidikan yang relevan dan bersesuaian dengan keperluan semasa mereka. Proses pelaksanaan kurikulum perlu mengambil kira kepelbagaian kebolehan dan keupayaan individu. Pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan pendekatan yang fleksibel dan selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan “ guru -guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”. Mata pelajaran baru dan pengubahsuaian dalam KSSR Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dan menjadi pendokong kepada hasrat pelaksanaan mata pelajaran lain dalam KSSR Kebangsaan yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. MATLAMAT KBSR Pendidikan Khas Masalah Penglihatan bermatlamat untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif dan seterusnya menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang relevan dan bersesuaian untuk memenuhi keperluan individu selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • 10. 2 OBJEKTIF KSSR Pendidikan Khas Masalah Penglihatan membolehkan murid: i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna; ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian; iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan bekerjaya; iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna; v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk; vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam; vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah; ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya; dan x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan semasa STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah: i. Komunikasi; ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai; iii. Kemanusiaan; iv. Sains dan Teknologi; v. Perkembangan Fizikal dan Estetika; dan vi. Keterampilan Diri
  • 11. 3 Bentuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD 5.1 Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang perkara yan murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.. 5.2 Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi Standard Kandungan. KSSR Pendidikan Khas Masalah Penglihatan digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.
  • 12. 4 FOKUS MATA PELAJARAN Fokus Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Suaian Tahun Dua ialah membina kemahiran asas pergerakan dan kemahiran motor, memperkenalkan konsep kecergasan berdasarkan kesihatan, dan memupuk elemen keselamatan, tanggungjawab kendiri, dan interaksi sosial semasa melakukan aktiviti fizikal. OBJEKTIF MATA PELAJARAN Kurikulum Pendidikan Jasmani Suaian sekolah rendah bertujuan membolehkan murid mencapai standard pembelajaran berikut: i. melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul mengikut konsep pergerakan; ii. mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran motor; iii. mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan; iv. mengenal pasti aktiviti meningkatkan kecergasan; v. mengetahui kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala; vi. mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal; vii. melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan selamat; viii. mematuhiperaturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal; dan ix. mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan. ORGANISASI KANDUNGAN Dokumen Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Suaian Sekolah Rendah Tahun 2 merupakan dokumen pembelajaran untuk satu tahun persekolahan. Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 2 dibina berasaskan lima aspek iaitu:- Aspek 1 : Kecekapan Kemahiran Pergerakan Murid menguasai pelbagai corak pergerakan dan kemahiran motor yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal melalui:- 1. Konsep pergerakan; 2. Pergerakan asas yang melibatkan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor, manipulasi alatan dan pergerakan berirama; 3. Gimnastik asas; 4. Akuatik Asas; dan 5. Rekreasi dan kesenggangan.
  • 13. 5 Aspek 2 : Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan Melalui aspek 2, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan mengenai konsep, prinsip dan strategi pergerakan dalam pembelajaran serta mengembangkan kemahiran motor dalam melaksanakan aktiviti fizikal yang melibatkan:- 1. Konsep pergerakan; 2. Pergerakan asas yang melibatkan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor, manipulasi alatan dan pergerakan berirama; 3. Gimnastik asas; 4. Akuatik Asas; dan 5. Rekreasi dan kesenggangan. Aspek 3 : Kecergasan Meningkatkan Kesihatan Melalui aspek 3, murid berkeupayaan meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal yang melibatkan:- 1. Konsep kecergasan; 2. Komponen kecergasan berasakan kesihatan iaitu kapasiti aerobik, kelenturan, kekuatan dan daya tahan otot, dan komposisi badan; dan 3. Pentaksiran Kecergasan; Aspek 4 : Aplikasi Pengetahuan Meningkatkan Kecergasan. Melalui aspek 4, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan mengenai konsep, prinsip dan strategi meningkatkan kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal yang melibatkan: 1. Konsep kecergasan; dan 2. Komponen kecergasan berasakan kesihatan iaitu kapasiti aerobik, kelenturan, kekuatan dan daya tahan otot, dan komposisi badan. Aspek 5: Kesukanan. Melalui aspek 5 murid berkeupayaan mengukuhkan amalan Pendidikan Jasmani menerusi elemen keselamatan, konsep, sosiologi dan psikologi, prinsip dan strategi untuk melakukan aktiviti fizikal dengan berkesan yang melibatkan:- 1. Keselamatan dan pengurusan; 2. Tanggungjawab kendiri; 3. Interaksi sosial; dan 4. Kumpulan dinamik.
  • 14. 6 Susunan aspek-aspek ini adalah bertujuan memudahkan kandungan kurikulum ini diorganisasikan. Setiap aspek dalam dokumen Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 2 yang hendak dicapai dinyatakan dalam lajur pertama iaitu Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Lajur Standard Kandungan mengandungi kandungan yang perlu dipelajari oleh murid. Manakala lajur Standard Pembelajaran menunjukkan apa yang murid perlu kuasai dan capai. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Kandungan dalam Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Suaian Tahun 2 adalah setara dengan pencapaian objektif psikomotor, kognitif dan afektif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan jasmani. Bagi tujuan pengajaran Modul 1: Kemahiran, guru menggunakan Aspek 1, Aspek 2 dan Aspek 5 secara serentak. Manakala untuk pengajaran Modul 2: Kecergasan, guru menggunakan Aspek 3, Aspek 4 dan Aspek 5 secara serentak. Guru boleh membuat pilihan sama ada mengajar kemahiran atau kecergasan terlebih dahulu tanpa mengabaikan gabungan aspek yang telah ditetapkan. Dalam Aspek 1, guru boleh memilih antara akuatik asas atau rekreasi dan kesenggangan dalam pengajaran PJ Suaian. Bagi yang memilih akuatik asas, persekitaran sekolah hendaklah mempunyai kemudahan dan guru yang berkelayakan. Ringkasannya adalah seperti berikut:- Modul 1: Kemahiran Aspek 1 Kecekapan Kemahiran Pergerakan Aspek 2 Aplikasi Pengetahuan dalam Pergerakan Aspek 5 Kesukanan Modul 2: Kecergasan Aspek 3 Kecergasan Meningkatkan Kesihatan Aspek 4 Aplikasi Pengetahuan Meningkatkan Kecergasan Aspek 5 Kesukanan
  • 15. 7 Aspek 1 : Kemahiran Pergerakan Standard Kandungan Standard Pembelajaran Konsep pergerakan. 1.1 Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan berdasarkan konsep pergerakan. 1.1.1 1.1.2 Melakukan pergerakan ke ruang am yang telah ditetapkan. Meningkatkan kelajuan pergerakan semasa bergerak . Pergerakan Asas Pergerakan Lokomotor 1.2 Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan lokomotor asas dengan lakuan yang betul. . 1.2.1 1.2.2 1.2.3 Melakukan pergerakan berjalan, berlari, mencongklang (galloping), menggelongsor, melompat, melompat sebelah kaki (hopping), skip dan melonjak (leaping). Melompat pada satu jarak, mendarat dengan dua kaki dengan lutut dan pergelangan kaki difleksi . Melompat berterusan tali yang diayun berulang-ulang oleh dua orang rakan . 1.3.1 1.3.2 1.3.3 Melakukan pergerakan fleksi badan (membongkok), meregang, membuai, meringkuk, mengilas, memusing, menolak, menarik, mengayun, dan mengimbang. Menggabungkan pelbagai pergerakan lokomotor dalam satu rangkaian pergerakan . Menggabungkan pelbagai pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dalam satu rangkaian pergerakan Pergerakan Bukan Lokomotor 1.3 Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan bukan lokomotor asas dengan lakuan yang betul .
  • 16. 8 Manipulasi Alatan 1.4 Berkebolehan melakukan kemahiran manipulasi alatan dengan lakuan yang betul . 1.4.1 1.4.2 1.4.3 1.4.4 1.4.5 1.4.6 1.4.7 1.4.8 1.4.9 1.4.10 Melambung, menyambut , menggolek, menendang, menyerkap, melantun, membaling, menangkap, memukul dan menggelecek. Menggolek bola berbunyi pada satu jarak . Membaling bola berbunyi pada satu jarak. Menangkap bola berbunyi dengan serapan daya. Menendang perlahan bola berbunyi yang digolekkan dengan perlahan. Menyerkapkan bola berbunyi yang bergerak . Memukul belon ke atas dan ke hadapan dengan menggunakan pemukul yang mempunyai permukaan luas seperti raket. Memukul bola yang diletakkan di atas tee dengan menggunakan pemukul berbentuk silinder seperti bat sofbol . Menggelecek bola berbunyi menggunakan tangan. Menggelecek bola berbunyi menggunakan kaki. Pergerakan Berirama 1.5 Berkebolehan melakukan pelbagai corak pergerakan mengikut lagu kanak-kanak. 1.5.1 1.5.2 Melakukan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor mengikut tempo. Melakukan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan alatan mengikut tempo . Standard Kandungan Standard Pembelajaran
  • 17. Standard Kandungan Standard Pembelajaran 9 Gimnastik Asas Hambur ( spring) dan Pendaratan 1.6 Berkebolehan melakukan kemahiran hambur dan pendaratan dengan lakuan yang betul. 1.6.1 1.6.2 Melakukan hambur dengan kedua-dua belah tangan dalam pelbagai arah . Melakukan hambur di atas peti lombol dan mendarat menggunakan kedua-dua belah kaki dengan lutut difleksi. Kawalan Badan dan Sokongan 1.7 Berkebolehan melakukan pergerakan yang memerlukan imbangan dan sokongan badan. 1.7.1 1.7.2 1.7.3 Melakukan imbangan di atas garisan dan peralatan. Melakukan imbangan dengan tiga, dua, dan satu tapak sokongan menggunakan bahagian badan secara berpasangan. Melakukan rangkaian pergerakan lokomotor dan imbangan statik mengikut iringan muzik. Putaran 1.8 Berkebolehan melakukan kemahiran putaran dengan lakuan yang betul. 1.8.1 1.8.2 Melakukan guling sisi. Melakukan guling depan. Akuatik Asas Keyakinan dan Keselamatan dalam Air 1.9 Menguasai kemahiran keyakinan dan keselamatan di air. 1.9.1 1.9.2 1.9.3 Mematuhi peraturan sekitar kolam dan di dalam kolam. Melakukan kemahiran apungan lentang. Berdiri dalam air dari posisi apungan lentang. Renang Asas 1.10 Menguasai kemahiran asas renang dengan lakuan yang betul. 1.10.1 Melakukan tendangan keribas (flutter kick).
  • 18. Standard Kandungan Standard Pembelajaran 10 Rekreasi dan Kesenggangan 1.11 Melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi dan kesenggangan 1.11.1 1.11.2 1.11.3 Menggunakan konsep jam sebagai pandu arah semasa melakukan aktiviti menjejak dan ‘mencari harta karun’. Melakukan pelbagai kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor yang sesuai semasa melakukan aktiviti rekreasi. Menggunakan kemahiran mencongklang, memukul, membaling dan menangkap semasa melakukan permainan tradisional dan rekreasi.
  • 19. 11 Aspek 2 : Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan Konsep Pergerakan 2.1 Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan berdasarkan konsep pergerakan. 2.1.1 2.1.2 2.1.3 Membezakan pergerakan mengikut ruang. Membezakan pergerakan mengikut tempo. Mengenal pasti perlakuan yang boleh meningkatkan kelajuan. Pergerakan Asas Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor 2.2 Berkebolehan mengaplikasikan pengetahuan dalam melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. 2.2.1 2.2.2 2.2.3 Mengenal pasti ciri-ciri perlakuan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Mengenal pasti kepentingan fleksi dalam pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Menyatakan postur badan yang betul semasa melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Kemahiran Manipulasi Alatan 2.3 Memahami konsep dan prinsip asas kemahiran manipulasi alatan. 2.3.1 2.3.2 2.3.3 2.3.4 Menyatakan perkaitan antara aplikasi daya dengan pergerakan objek. Mengenal pasti postur badan semasa melakukan kemahiran manipulasi alatan. Mengenal pasti titik kontak pada objek yang dipukul atau ditendang. Mengenal pasti perlakuan menggunakan tangan, kaki dan alatan Standard Kandungan Standard Pembelajaran
  • 20. Standard Kandungan Standard Pembelajaran 12 yang menggerak dan menghentikan objek. Pergerakan Berirama 2.4 Mengaplikasikan konsep pelbagai corak pergerakan mengikut lagu kanak-kanak. 2.4.1 2.4.2 Membezakan kelajuan pergerakan yang sesuai mengikut tempo. Mengenal pasti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang sesuai dalam satu rangkaian pergerakan mengikut tempo. Gimnastik Asas Hambur dan Pendaratan 2.5 Memahami konsep hambur dan pendaratan. 2.5.1 Mengenal pasti postur yang betul semasa hambur dan mendarat. Kawalan Badan dan Sokongan 2.6 Mengetahui konsep kawalan badan dalam pergerakan. 2.6.1 2.6.2 2.6.3 Mengenal pasti kepentingan keluasan tapak sokongan. Mengenal pasti perkaitan antara imbangan dan sokongan. Menyatakan situasi dalam kehidupan harian yang melibatkan imbangan dalam pergerakan lokomotor Putaran 2.7 Memahami konsep putaran dalam pergerakan. 2.7.1 2.7.2 Menyatakan variasi guling sisi. Mengenal pasti postur badan semasa melakukan guling depan. Akuatik Asas Keyakinan dan Keselamatan dalam Air 2.8 Memahami konsep keyakinan dan keselamatan dalam air. 2.8.1 2.8.2 2.8.3 Mengenal pasti peraturan di kolam renang. Mengenal pasti postur badan semasa melakukan apungan lentang. Mengenal pasti teknik dirian selepas apungan lentang.
  • 21. Standard Kandungan Standard Pembelajaran 13 Kemahiran Asas Renang 2.9 Mengetahui kemahiran asas renang. 2.9.1 Mengenal pasti postur badan semasa melakukan tendangan keribas (flutter kick). Rekreasi dan Kesenggangan 2.10 Menjana kreativiti dalam aktiviti rekreasi dan kesenggangan. 2.10.1 2.10.2 2.10.3 Mengenal pasti konsep jam untuk mencari arah dalam aktiviti menjejak dan ‘mencari harta karun’. Mentafsir maklumat dalam aktiviti pandu arah dan mencari harta karun. Menyenaraikan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor dalam permainan tradisional.
  • 22. 14 Aspek 3 : Kecergasan Meningkatkan Kesihatan Konsep Kecergasan 3.1 Berkebolehan melakukan aktiviti fizikal berpandukan konsep kecergasan. 3.1.1 Melakukan aktiviti yang meningkatkan suhu badan, kadar pernafasan, kadar nadi dan keanjalan otot. Komponen Kecergasan Kapasiti Aerobik 3.2 Berkebolehan melakukan aktiviti yang meningkatkan kapasiti aerobik. 3.2.1 Melakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan kapasiti aerobik dalam jangka masa yang ditetapkan. Kelenturan 3.3 Berkebolehan melakukan senaman kelenturan dengan betul. 3.3.1 Melakukan aktiviti regangan secara dinamik dan statik pada otot-otot utama dengan lakuan yang betul. Kekuatan dan Daya Tahan Otot 3.4 Berkebolehan melakukan senanam meningkatkan daya tahan dan kekuatan otot dengan betul. 3.4.1 3.4.2 Melakukan aktiviti kekuatan dan daya tahan otot yang melibatkan ringkuk tubi separa, tekan tubi ubahsuai, jengkit kaki setempat, posisi separa cangkung (half squat), lentik belakang dari posisi merangkak dan hamstring curl. Melakukan aktiviti bergayut dan meniti pada palang menggunakan tangan. Komposisi Badan 3.5 Mengenal pasti komposisi badan 3.5.1 3.5.2 Mengukur ketinggian dan menimbang berat Merekod pertumbuhan diri dari segi ketinggian dan berat. Standard Kandungan Standard Pembelajaran
  • 23. Standard Kandungan Standard Pembelajaran 15 Aspek 4 : Aplikasi Pengetahuan Meningkatkan Kecergasan Konsep Kecergasan 4.1 Menguasai konsep kecergasan yang diaplikasi semasa melakukan aktiviti kecergasan fizikal. 4.1.1 4.1.2 4.1.3 4.1.4 Menyatakan perkaitan antara aktiviti memanaskan dengan suhu badan, pernafasan dan kadar nadi. Menyatakan perkaitan antara menyejukkan badan dengan suhu badan, pernafasan dan kadar nadi. Menyatakan keperluan air sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti fizikal. Menyatakan makanan yang memberi tenaga dan membantu pertumbuhan. Komponen Kecergasan Kapasiti Aerobik 4.2 Menguasai konsep asas kapasiti aerobik. 4.2.1 4.2.2 4.2.3 Membandingkan kesan melakukan aktiviti fizikal dengan peningkatan kadar pernafasan. Membandingkan perubahan kadar nadi selepas melakukan aktiviti fizikal. Memerihal degupan jantung dan kadar pernafasan semasa melakukan aktiviti fizikal. Kelenturan 4.3 Memahami konsep asas kelenturan. 4.3.1 Mengenal pasti otot-otot utama pada bahagian badan yang meregang semasa aktiviti kelenturan dilakukan.
  • 24. Standard Kandungan Standard Pembelajaran 16 Kekuatan dan Daya Tahan Otot 4.4 Memahami konsep asas kekuatan dan daya tahan otot. 4.4.1 4.4.2 Menyatakan otot-otot utama pada bahagian badan yang terlibat semasa melakukan senaman kekuatan dan daya tahan otot. Menyatakan kepentingan melakukan senaman kekuatan dan daya tahan otot. Komposisi Badan 4.5 Mengetahui komponen badan. 4.5.1 4.5.2 4.5.3 Mengenal bentuk badan. Membanding berat dan tinggi sendiri dengan carta pertumbuhan normal. Menyatakan masalah kesihatan yang berkaitan dengan komposisi badan.
  • 25. Standard Kandungan Standard Pembelajaran 17 Aspek 5 : Kesukanan Keselamatan Dan Pengurusan 5.1 Mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan 5.1.1 5.1.2 5.1.3 5.1.4 5.1.5 Menyatakan persediaan diri dan kesesuaian pakaian mengikut jenis aktiviti yang dijalankan. Melakukan aktiviti dalam ruang yang selamat. Mengenal pasti alatan yang selamat digunakan. Menggunakan alatan mengikut peraturan penggunaan dan fungsi alatan dengan betul Mematuhi peraturan keselamatan di tempat aktiviti. Tanggungjawab Kendiri 5.2 Mempunyai keyakinan, dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal. 5.2.1 5.2.2 5.2.3 Melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif. Menerima cabaran dan seronok semasa melakukan aktiviti. Menerima kemenangan dan kekalahan dalam permainan Interaksi Sosial 5.3 Berkebolehan berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal. 5.3.1 Berkomunikasi antara rakan, guru dan ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal.
  • 26. Standard Kandungan Standard Pembelajaran 18 Dinamika Kumpulan 5.4 Berkebolehan membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan tersebut. 5.4.1 5.4.2 5.4.3 Memilih sendiri rakan untuk membentuk kumpulan. Melakukan aktiviti secara berpasangan dan berkumpulan dengan seronok. Bekerjasama dalam kumpulan.
  • 27.
  • 28. KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH Terbitan: BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Aras 4-8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Tel: 03-8884 200 Faks: 03-88889917 http://www.moe.gov.my/bpk