1. Bahan-bahan ( 2-4 orang )
1/4 ekor ayam (di potong kecil2)
3 biji kentang (potong 6 @ 4 bergantung saiz)
1/2 biji carrot
4 biji bawang merah/kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 bungkus sup bunjut Adabi
minyak masak
garam secukup rasa
6 cawan air
Cara-cara
1. Panaskan minyak. Kemudian tumis bawang merah, putih & halia yg telah ditumbuk.
Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan air, ayam, kentang, carrot & sup bunjut juga garam secukup rasa. Biarkan
pada api sederhana selama 1/2 jam.
3. Sedia untuk dihidang. Tabur daun sup & daun bawang serta bawang goreng
Bahan-bahan :
6 ketul ayam
Rempah tumis - cengkih, bunga lawang, kayu manis
Rempah sup bunjut ADABI
Sebiji tomato
Sedikit lada hitam
Daun sup & daun bawang
5 ulas bawang merah - dimayang halus / ditumbuk
3 ulas bawang putih - dimayang halus / ditumbuk
Seinci halia - di mayang halus
Dua biji limau kasturi - diambil jusnya
Caranya :
1. Tumis bawang dan halia.
2. Tumis rempah tumis.
3. Naik baru, masukkan rempah sup bunjut dan ayam dalam 2 minit.
Kacau.
4. Masukkan air.
5. Masukkan tomato.
6. Apabila ayam masak, masukkan serbuk lada hitam.
7. Tunggu sup pekat sedikit.
8. Masukkan garam, daun sup dan daun bawang.
9. Campurkan jus limau kasturi.
10. Siap!
2. Ayam Pedas
Bahan:
6 keping paha ayam
1/2 camt serbuk kunyit
1/2 camt garam
200 ml minyak
12 tangkai cili kering (dibuang biji & direndam) }
10 ulas bawang merah } dikisar
3 ulas bawang putih }
2 cm halia }
1 cm lengkuas }
1 keping asam gelugur
250 ml air
garam & gula secukupnya
Cara;
Perap ayam bersama serbuk kunyit dan garam selama 1 jam.
Panaskan minyak, goreng ayam sampai masak. Angkat dan tuskan. Keluarkan
separuh minyak, panaskan semula.
Tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan pula asam gelugur, garam, gula
dan air. Biar menggelegak selama 5 minit. Kemudian letak ayam goring tadi,
kacau rata. Biar mereneh hingga ayam masak.
3. tomyam
Bahan-bahan ( 3-4 org )
½ ekor ayam (dipotong kecil)
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
15-20 batang cili padi merah (ditumbuk kasar)
2 batang serai (dititik)
1 sudu besar pes tom yam
4 helai daun limau purut
2-3 biji limau nipis (diambil jusnya)
3-4 cawan air
garam & perasa
sedikit minyak
sayur-sayuran (bunga kobis, jagung muda, tomato)
Cara-cara
1. Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang.
2. Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar (supaya jus ayam keluar).
3. Masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan
daun limau.
4. Masukkan cili padi, pes tom yam, garam serta perasa.
5. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap.
6. Last skali, masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api.
7. TIPS: Tom yam yg enak, ade sedikit rase pedas, masam dan wangi dari aroma daun
limau.
Nasi Goreng Versi aku ..
Bahan-bahan:
Nasi putih - di cerui-ceruikan
Lada kecik -ditumbuk
Bawang merah - ditumbuk
Bawang putih - ditumbuk
Ikan bilis - ditumbuk
Kacang panjang - dipotong kecik-kecik
Lobak merah - di potong dadu kecik
Sawi - dipotong kecik
Telur
Garam
Ajinomoto
Minyak untuk menumis
Ayam goreng (terpulang)
Cara membuatnya:
Panaskan minyak dalam kuali
Tumiskan bahan tumbuk hingga garing
4. Masukkan lobak merah tadi
Apabila lobak seakan layu, masukkan nasi putih dan dikacau hingga sebati
Masukkan sayuran yang selebihnya tadi
Kacau lagi
Biarkan sebentar hingga sayuran layu
Pecahkan telur ke atas nasi
Gaul sebati dengan nasi
Tambahkan garam dan ajinomoto secukup rasa
Gaulkan sehingga sebati.
Siap
Boleh la di hidangkan bersama ayam goreng atau apa-apa sahaja yang dirasakan bersesuaian.