SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
SALAH LAKU JALAN RAYA
KHIDMAT NASIHAT - JENAYAH JALAN RAYA


Salah laku jalan raya bermaksud tindak tanduk pengguna jalan raya yang salah dan mungkin membawa kepada kemalangan jalan raya
Dalam konteks etika salah laku jalan raya biasanya berkait dengan sikap pengguna jalan raya dan bukan kemahiran pengguna jalan ray
itu sendiri.
Salah laku jalan raya merupakan sesuatu yang mengancam keselamatan jalan raya. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa faktor
manusia merupakan faktor tunggal dalam 57% daripada kemalangan jalan raya. Daripada itu, masalah ini haruslah diberi perhatian
daripada pelbagai pihak.



Bentuk salah laku jalan raya

 Salah laku jalan raya boleh berlaku dalam pelbagi bentuk dan di mana sahaja. Secara kasarnya ia boleh dibahagi kepada 3 kategori
yang besar iaitu:

        Kecuaian memandu
        Memandu secara terburu-buru
        Keganasan jalan raya
Di bawah adalah huraian mengenai 3 kategori salah laku jalan raya ini.


Kecuaian Memandu


Kecuaian memandu bermaksud kelalaian atau ketidakberhati-hatian yang dilakukan semasa memandu. Perkara ini merupakan satu sala
laku kerana perlakuan ini boleh menyebabkan kecelakaan kepada diri pemandu itu sendiri dan juga kepada pengguna jalan raya yang
lain. Maka dari etika teleologi perlakuan ini menepati kriteria sebagai satu kesalahan kerana ia membawa kepada lebih keburukan
daripada kebaikan.
Kecuaian memandu secara kasarnya berlaku daripada tiga punca, iaitu:

        Tekanan jiwa
        Memandu sambil buat kerja lain
        Kemabukan


Tekanan jiwa boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja memandu. Dalam keadaan ini, minda
si pemandu itu mungkin dipenuhi oleh pemikiran mengenai masalah yang merunsingkan sehinggakan si pemandu itu tidak dapat
menumpukan perhatian kepada kerja memandu. Maka dengan itu, kemalangan jalan raya mungkin akan berlaku. Contohnya, seorang
pemandu yang sedang runsing fikirannya mungkin tidak sedar bahawa kerata depannya sudah berhenti dan terus langgar.
Di sini mungkin ada yang mengatakan bahawa orang yang mencetuskan kemalangan jalan raya atas sebab tekanan jiwa seharusnya
tidak perlu menanggung tanggungjawab moral, kerana kemalangan ini tidak berlaku atas niat pemandu itu sendiri. Perkara ini mungkin
benar dari segi etika deontologi Kant. Tetapi dari sudut yang lain, si pemandu masih boleh dianggap bersalah kerana membiarkan diriny
memandu dalam keadaan tertekan dan berbahaya sehinggalah menyebabkan berlakunya kecelakaan. Di sini menunjukkan masih
terdapat ruang untuk si pemandu untuk berusaha bagi mengelakkan berlakunya kemalangan. Malah, dalam kursus memandu itu sendiri
telah dimaklumi bahawa harus mengelakkan memandu dalam keadaan tekanan jiwa.
Memandu sambil buat kerja lain merupakan satu bentuk kecuaian memandu. Kerja-kerja yang biasanya dibuat sambil memandu
termasuklah bersembang, makan, merokok, mendengar radio, membaca SMS, malah menulis SMS. Perlakuan ini adalah sangat bahay
terutama bagi perlakuan membaca dan menghantar SMS semasa memandu. Kerja-kerja di atas walaupun tidak memerlukan banyak
penumpuan tetapi ini tidak bermaksud ia boleh dilakukan semasa memandu kerana ia sedikit sebanyak akan menjejaskan tumpuan
pemandu. Memandu sebenarnya penuh dengan perkara luar dugaan. Contohnya, anda mungkin tidak dapat menduga bahawa terdapat
sebuah kereta keluar daripada lorong tepi sehingga menghalang laluan anda. Sekiranya perkara ini berlaku semasa anda membaca
SMS, maka kemungkinan besar anda akan terus langgar kereta itu.
Alasan yang biasanya diberikan oleh pemandu untuk memandu sambil buat kerja lain termasuklah terlalu bosan, kesuntukkan masa dan
kecemasan. Walaupun alasan-alasan ini mempunyai lojiknya sendiri tetapi perlakuan mereka ini tetap menyalahi prinsip moral.
Pemberian alasan sedemikian sebenarnya menunjukkan bahawa terdapat masalah hirarki nilai dalam diri mereka. Dalam konteks ini,
pemandu-pemandu tersebut tidak meletakkan nilai keselamatan di atas nilai-nilai yang lain. Contohnya bagi mereka yang memberi alasa
“kesuntukkan masa” bagi memandu sambil bercakap telefon sebenarnya telah meletakkan nilai ekonomi di atas nilai keselamatan.
Memandu dalam keadaan mabuk nyata satu kecuaian yang besar. Lebih-lebih lagi perlakuan ini adalah salah dari segi undang-undang
Perlakuan ini adalah sangat bahaya kerana orang yang mabuk tidak berakal malah tidak sedar diri. Pemandu yang memandu dalam
keadaan mabuk sebenarnya adalah salah dari segi moral kerana bersikap tidak bertanggungjawab. Di sini tiada banyak pertikaian
mengenai tanggungjawab moral yang ditanggung oleh pemandu mabuk kerana ternyata mereka adalah salah.


Memandu Secara Terburu-buru




Memandu secara terburu-buru bermaksud memandu dalam gaya yang cepat dan bergegas-gegas. Perkara ini boleh ditafsir sebagai
satu kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu “memandu secara melulu dan berbahaya hingga
mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain” dan boleh dihukum penjara hingga lima tahun atau denda minimum RM5,000 atau
kedua-duanya.
Pemandu yang suka akan akan gaya memandu sedemikian biasanya menghadapi masalah dalam keperibadian diri mereka.
Keperibadian mereka sebenarnya telah tercemar oleh sikap buruk seperti di bawah:

        Menunjuk-nunjuk
        Kecetekan melayan nafsu sensasi
        Tidak menghargai nyawa
Semua pemandu yang memandu secara terburu-buru sebenarnya sedikit sebanyak mempunyai sikap menunjuk-nunjuk ini. Mereka
adalah terlalu kagum dengan kemahiran memandu mereka sehinggakan tidak sabar untuk memperlihatkan kepada orang ramai. Sikap i
terserlah dari segi kebiasaan mereka memasang muzik yang kuat semasa memandu serta kegemaran mereka untuk mengubahsuai
kereta kepada bentuk yang ranggi. Perlakuan mereka seperti ini menunjukkan mereka ternanti-nanti untuk meminta perhatian orang
ramai.
Sikap menunjuk-nunjuk ini sebenarnya merupakan satu sifat kejahatan (vice). Ia sangat berkaitan dengan sifat-sifat keji seperti bongkak
sombong, angkuh dan bermegah-megah. Malah ia adalah sangat berlawanan dengan sikap kesopanan yang biasanya didukung oleh
masyarakat timur seperti Malaysia.
Cara memandu yang terburu-buru boleh mendatangkan keseronokan dari segi sensasi. Sukar untuk diterangkan mengapa manusia itu
menikmati kelajuan kenderaan. Tetapi agaknya “rasa kegentingan” itu satu kenikmatan bagi mereka yang memandu secara terburu-buru
Perkara ini perlu diselidik dengan lebih mendalam lagi secara psikologi. Oleh itu, kertas kerja ini tidak akan menerangkan perkara ini
secara lebih mendalam.
Pemandu-pemandu yang memandu secara terburu-buru sedikit sebanyak bertujuan untuk menikmati kelajuan. Perkara ini menunjukkan
peribadi mereka menghadapi kecetekkan dari segi melayan nafsu sensasi. Peribadi mereka dikatakan cetek kerana mereka mengejar
keseronokan yang merupakan sensasi fizikal, selera kasar, tidak berpanjangan malahan dapat memudaratkan nyawa diri mereka serta
pengguna jalan raya yang lain. Maka dari segi ini kita boleh mengatakkan bahawa sikap dan perlakuan mereka adalah tidak bermoral.
Sikap tidak menghargai nyawa merupakan satu lagi sikap yang ditunjukkan oleh pemandu yang memandu secara terburu-buru.
Walaupun tindakan mereka itu bukan bertujuan untuk membunuh orang, tetapi tindakan mereka itu tidak mempunyai sebarang nilai
keselamatan. Dengan kata lain mereka tidak berniat membunuh tetapi pada masa yang sama juga tidak berniat untuk menyelamatkan
nyawa. Mereka telah membiarkan nyawa manusia bergoyang-goyang antara hidup dan mati. Layanan mereka terhadap nyawa manusia
secara demikian ternyata salah kerana nyawa manusia merupakan sesuatu yang harus dihargai dan dilindungi. Maka dari sudut ini, dap
dikatakan bahawa memandu secara terburu-buru merupakan satu salah laku dari segi etika.


Keganasan Jalan Raya
Keganasan jalan raya merujuk kepada kegiatan mencederakan orang lain malah membunuh orang lain secara sengaja dan sedar yang
berlaku di antara pengguna jalan raya atas perselisihan yang berkaitan dengan masalah pengangkutan. Biasanya pemangsa dalam kes
keganasan jalan raya dikenali sebagai samseng jalan. Perkara ini merupakan satu jenayah yang berat dan boleh membawa hukuman
penjara, sebat malah hukuman bunuh.


Punca berlakunya keganasan jalan raya yang dapat dikesan sepanjang kajian ini adalah seperti berikut:

         Tekanan jiwa
         Kesedaran perlindungan diri yang melulu
Menurut Pengerusi Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr
Aminuddin Mohd Yusof, tekanan akibat kesesakan jalan raya di bandar besar menjadi faktor penting yang melahirkan pembuli.
Menurutnya, Kesesakan jalan raya menyebabkan pemandu menjadi tidak sabar, cepat marah, agresif dan tidak dapat mengawal
perasaan apabila berlaku perkara tidak diingini walaupun berpunca dari kemalangan kecil. Pendapat beliau ini disokong dengan fakta
bahawa bahawa pada tahun 1995, terdapat 171 kes pembuli jalan raya yang dilaporkan kepada polis di Kuala Lumpur.
Walau bagaimanpun, pendapat mengenai tekanan jiwa itu sebagi punca utama berlakunya keganasan jalan raya tidak pula dipersetujui
oleh pakar Psikologi Kejenayahan, Encik Lok Jian Sin 骆建兴. Menurut beliau, tekanan jiwa seperti tekanan jiwa daripada pekerjaan dan
kesesakan jalan raya bukanlah merupakan punca berlakunya keganasan jalan raya. Sebaliknya beliau mengatakan bahawa kesedaran
perlindungan diri yang melulu adalah punca utama berlakunya keganasan jalan raya. Dalam keadaan ini, orang bandar selalunya terlalu
menjaga ruangan perlindungan (defensible space) sehingga ia terlalu sensitif akan sesiapa yang menembusinya. Maka pemandu-
pemandu itu akan senang bereaksi ganas kerana terlalu ingin untuk melindungi diri. Selain itu keganasan jalan raya itu juga sangat
berkaitan dengan sifat kejantanan dan sikap tunjuk kuasa yang ada pada kaum lelaki.
Maka di sini kita boleh buat satu kesimpulan bahawa masalah keganasan jalan raya sebenarnya melibatkan masalah kebatinan yang
agak rumit dan ini bukan satu masalah moral semata-mata.


CARA-CARA MENGATASI KEMALANGAN JALAN RAYA


Kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh salah laku jalan raya akan akan membawa kerugian besar kepada masyarakat dan negar
Oleh kerana itu pihak yang berkenaan seharusnya mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini.
Secara pokoknya, masalah salah laku jalan raya merupakan satu masalah yang berpunca daripada sikap pemandu jalan raya. Bertolak
dari situ maka saluran penyelesaian masalah salah laku boleh berbunyi “3 P” iaitu

         Pendidikan
         Perundangan
         Penyelidikan
Huraian mengenai ketiga-tiga pekara ini adalah seperti berikut.


PENDIDIKAN
Oleh kerana masalah salah laku jalan raya merupakan satu masalah sikap, maka pendidikan memainkan peranan yang terpenting untuk
membentuk sikap pengguna yang baik dan sekali gus mengelakkan berlakunya salah laku jalan raya. Untuk tujuan mengurangkan
masalah salah laku jalan raya, pengguna jalan raya harus dididik supaya mempunyai kesedaran keselamatan jalan raya dan juga
mempunyai sahsia diri yang betul sebagai seorang pengguna jalan raya.
Pendidikan untuk mengurangkan salah laku jalan raya perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa iaitu sebelum seseorang itu menjadi
pemandu, semasa dia menerima latihan pemandu dan setelah dia sah menjadi pemandu. Maka pendidikan ini boleh disampaikan melal
tiga saluran iaitu:
melalui sekolah dasar dalam matapelajaran moral
        melalui sekolah memandu
        melalui komunikasi awam seperti televisyen
Secara lebih khusus lagi, fungsi yang dimainkan oleh pendidikan moral di sekolah untuk mengurangkan salah laku jalanraya ialah
memberikan pendidikan moral yang dasar supaya ia akan diterapkan dalam penggunaan jalan raya. Contohnya, pelajar boleh
menerapkan prinsip hormat-menghormati yang dipelajari dalam sekolah ke dalam penggunaan jalan raya dengan sentiasa menghormat
hak pengguna jalan raya yang lain. Bagi sekolah memandu ia boleh memainkan fungsi dalam perkara ini dengan memberikan pendidika
memandu yang lebih berkhusus dan membentuk sahsiah diri yang betul, khusus bagi seorang pemandu. Manakala bagi komunikasi
awam pula ia berperanan untuk mengingatkan pengguna jalan rayamengenai moral jalan raya dari semasa ke semasa.


PERUNDANGAN
Perundangan merupakan satu langkah yang penting untuk menyelesaikan masalah salah laku jalan raya. Tanpa perundangan, pemand
pemandu yang jahat dan “tidak masuk ajar” akan terus mengancam keselamatan jalan raya.
Perundangan termasuk dua bahagian yang besar iaitu:

        Pembentukan undang-undang
        Penguatkuasaan undang-undang
Pembentukan undang-undang merupakan asas kepada perundangan. Undang-undang yang dibentuk seharusnya mempunyai kesan
psikologi ke atas pengguna jalan raya yang jahat dan praktikal pula kepada pihak polis untuk dilaksanakan. Dengan ada undang-undang
yang membawa hukuman yang menakutkan maka sebahagian besar pengguna jalan raya akan takut terlibat dalam salah laku. Bagi
sekelintir kecil pengguna jalan raya yang keras kepala dan mengancam keselamatan awam maka dibawah undang-undang ia boleh
dihalang untuk terus demikian dengan mekanisme kepenjaraan.
Undang-undang tidak akan sempurna sekiranya ia tidak dilengkap dengan penguatkuasaan undang-undang. Penguatkuasaan yang baik
sememangnya boleh meningkatkan kewibawaan undang-undang dan kesannya terhadap keselamatan awam. Untuk itu pihak berkuasa
haruslah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.
PENYELIDIKAN
Ia tidak boleh menyelesaikan masalah salah laku jalan raya secara langsung. Tetapi ia boleh membantu kita menyelesaikan masalah ini
dengan lebih baik dalam jangka masa yang panjang. Secara kasarnya penyelidikan yang harus dibuat untuk menyelesaikan masalah
salah laku jalan raya adalah di bawah bidang seperti di bawah.

        Ilmu kaji kejenayahan (criminology)
        Pengurusan jalan raya
Ilmu kaji kejenayahan penting untuk kita memahami salah laku jalan raya yang berat seperti keganasan jalan raya. Dengan pemahaman
yang lebih mendalam mengenai pekara ini maka, adalah lebih mudah untuk kita menyelesaikan masalah ini.
Pengurusan jalan raya merupakan satu bidang yang luas. Ilmu ini diyakini boleh membantu mengurangkan salah laku pemandu kerana
dengan adanya sistem trafik yang terurus, maka tekanan jiwa para pemandu akan menjadi kurang dan seterusnya salah laku mereka
juga akan kurang.
1. Hak untuk mendapatkan keperluan asas

Pengguna berhak atau layak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan
yang memuaskan di dunia yang semakin moden. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi
dan selamat, pakaian yang sebaiknya, perumahan yang selesa, kemudahan kesihatan dan pendidikan,
dan sebagainya. Ini bermakna, seseorang pengguna berhak mendapatkan kepada air yang bersih dan
pendidikan yang selayaknya.



2. Hak untuk mendapatkan keselamatan

Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh
membahayakan pengguna. Atau kata lain, pengguna berhak mendapat perlindungan yang selamat
ketika menggunakan barangan atau perkhidmatan daripada sesuatu atau perkara-perkara yang
membahayakan mereka. Contohnya, barangan dan perkhidmatan yang mengancam kesihatan dan
makanan yang dapat memudaratkan kesihatan pengguna.



3. Hak untuk mendapatkan maklumat

Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat
keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan
amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.



4. Hak untuk membuat pilihan

Pengguna akan dipastikan mendapat maklumat secara langsung mengenai pelbagai keluaran dan
perkhidmatan. Pengguna juga perlu diberikan penerangan yang dapat memberikan pilihan dalam
membuat keputusan. Selain itu, Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu atau kualiti dan
perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan dan selayaknya. Misalnya, apabila seseorang
pengguna membeli atau menggunakan sesuatu perkhidmatan, maka ia adalah mengikat kontrak dengan
si penjualnya dan tanggungjawab pengguna hanyalah memilih barangan atau perkhidmatan yang
dikehendaki serta membayar yang telah ditetapkan oleh penjual untuk mendapatkannya.



5. Hak untuk mendapatkan ganti rugi

Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya
ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi perkhidmatan yang
menyeleweng atau tidak menepati perjanjian. Misalnya, seseorang pengguna itu telah membeli sebuah
television tetapi seminggu kemudian, televisionnya telah mengalami kerosakan, oleh itu pengguna itu
berhak mendapatkan haknya sebagai pengguna dengan mendapatkan television yang baru mengantikan
yang lama daripada si penjual.



6. Hak untuk menyuarakan pendapat

Pengguna berhak menyuarakan pendapat apabila tidak berpuashati terhadap barangan atau
perkhidmatan yang diperolehi atau secara mudahnya pengguna tidak mendapat layanan Yang
sewajarnya. Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya
dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran
pengadilan. Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan
kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar.
Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.



7. Hak untuk mendapatkan pendidikan kepenggunaan

Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem
pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah
pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang
berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.



8. Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat

Ini menunjukkan bahawa hak pengguna bukan sahaja terbatas kepada proses jual beli, tetapi
merangkumi keadilan sosial dan ekonomi, pendidikan, alam sekitar serta penyertaan masyarakat dalam
proses demokrasi. Oleh itu, Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan
sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna
kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau
dimusnahkan.

More Related Content

What's hot

Pengalaman estetik
Pengalaman estetikPengalaman estetik
Pengalaman estetikzainiaman
 
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA NurZahidah22
 
Bidang keberhasilan utama negara
Bidang keberhasilan utama negaraBidang keberhasilan utama negara
Bidang keberhasilan utama negaramunnianwar
 
Unsur formalistik dan ikonografi
Unsur formalistik dan ikonografiUnsur formalistik dan ikonografi
Unsur formalistik dan ikonografiJunn Ree
 
Bab 1-Perniagaan-dan-Persekitarannya
Bab 1-Perniagaan-dan-PersekitarannyaBab 1-Perniagaan-dan-Persekitarannya
Bab 1-Perniagaan-dan-PersekitarannyaCkg Nizam
 
Dasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysiaDasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysiaNur Azwani Azmi
 
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematikPendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematikMoon Joanne
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaDurratun Dian
 
Peranan seni visual
Peranan seni visualPeranan seni visual
Peranan seni visualzainiaman
 
Meningkatkan Prestasi Murid
Meningkatkan Prestasi MuridMeningkatkan Prestasi Murid
Meningkatkan Prestasi MuridAsniem CA
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan muhammad
 
Isu Kenaikan Harga Minyak
Isu Kenaikan Harga MinyakIsu Kenaikan Harga Minyak
Isu Kenaikan Harga MinyakUNie ONie
 
Definisi kesihatan
Definisi kesihatanDefinisi kesihatan
Definisi kesihatanraniastudio
 
Bahasa seni kssr tahun 3
Bahasa seni kssr tahun 3Bahasa seni kssr tahun 3
Bahasa seni kssr tahun 3Shuain Dul
 
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG melissaluai
 
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasiBab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasimidiewahab
 

What's hot (20)

Pengalaman estetik
Pengalaman estetikPengalaman estetik
Pengalaman estetik
 
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
 
Esei 2
Esei 2Esei 2
Esei 2
 
Bidang keberhasilan utama negara
Bidang keberhasilan utama negaraBidang keberhasilan utama negara
Bidang keberhasilan utama negara
 
Unsur formalistik dan ikonografi
Unsur formalistik dan ikonografiUnsur formalistik dan ikonografi
Unsur formalistik dan ikonografi
 
Bab 1-Perniagaan-dan-Persekitarannya
Bab 1-Perniagaan-dan-PersekitarannyaBab 1-Perniagaan-dan-Persekitarannya
Bab 1-Perniagaan-dan-Persekitarannya
 
Pergerakan
PergerakanPergerakan
Pergerakan
 
Dasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysiaDasar pensyarikatan malaysia
Dasar pensyarikatan malaysia
 
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematikPendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf dunia
 
Peranan seni visual
Peranan seni visualPeranan seni visual
Peranan seni visual
 
Meningkatkan Prestasi Murid
Meningkatkan Prestasi MuridMeningkatkan Prestasi Murid
Meningkatkan Prestasi Murid
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan
 
Isu Kenaikan Harga Minyak
Isu Kenaikan Harga MinyakIsu Kenaikan Harga Minyak
Isu Kenaikan Harga Minyak
 
Definisi kesihatan
Definisi kesihatanDefinisi kesihatan
Definisi kesihatan
 
Bahasa seni kssr tahun 3
Bahasa seni kssr tahun 3Bahasa seni kssr tahun 3
Bahasa seni kssr tahun 3
 
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
 
Integriti
IntegritiIntegriti
Integriti
 
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasiBab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
 
Nilai murni alam sekitar
Nilai murni alam sekitarNilai murni alam sekitar
Nilai murni alam sekitar
 

Viewers also liked

Professional ethics
Professional ethicsProfessional ethics
Professional ethicsubong78
 
Jenayah jalan raya
Jenayah jalan rayaJenayah jalan raya
Jenayah jalan rayajyejye
 
Seni Bela Diri (Tamadun Cina - TITAS) Universiti Malaya 2016
Seni Bela Diri (Tamadun Cina - TITAS) Universiti Malaya 2016Seni Bela Diri (Tamadun Cina - TITAS) Universiti Malaya 2016
Seni Bela Diri (Tamadun Cina - TITAS) Universiti Malaya 2016Thanushah Soniyasee
 
Laporan masalah kerosakan jalan raya di kampung tegayong
Laporan masalah kerosakan jalan raya di kampung tegayongLaporan masalah kerosakan jalan raya di kampung tegayong
Laporan masalah kerosakan jalan raya di kampung tegayongSuhailah Fauzi
 
03 elemen merentas kurikulum emk dalam kssr
03 elemen merentas kurikulum emk dalam kssr03 elemen merentas kurikulum emk dalam kssr
03 elemen merentas kurikulum emk dalam kssrالمدرسة
 
Etika dan Tata Cara Berlalu Lintas
Etika dan Tata Cara Berlalu LintasEtika dan Tata Cara Berlalu Lintas
Etika dan Tata Cara Berlalu Lintaswulandari1996
 

Viewers also liked (7)

Professional ethics
Professional ethicsProfessional ethics
Professional ethics
 
Jenayah jalan raya
Jenayah jalan rayaJenayah jalan raya
Jenayah jalan raya
 
Seni Bela Diri (Tamadun Cina - TITAS) Universiti Malaya 2016
Seni Bela Diri (Tamadun Cina - TITAS) Universiti Malaya 2016Seni Bela Diri (Tamadun Cina - TITAS) Universiti Malaya 2016
Seni Bela Diri (Tamadun Cina - TITAS) Universiti Malaya 2016
 
Laporan masalah kerosakan jalan raya di kampung tegayong
Laporan masalah kerosakan jalan raya di kampung tegayongLaporan masalah kerosakan jalan raya di kampung tegayong
Laporan masalah kerosakan jalan raya di kampung tegayong
 
Etika lalulintas
Etika lalulintasEtika lalulintas
Etika lalulintas
 
03 elemen merentas kurikulum emk dalam kssr
03 elemen merentas kurikulum emk dalam kssr03 elemen merentas kurikulum emk dalam kssr
03 elemen merentas kurikulum emk dalam kssr
 
Etika dan Tata Cara Berlalu Lintas
Etika dan Tata Cara Berlalu LintasEtika dan Tata Cara Berlalu Lintas
Etika dan Tata Cara Berlalu Lintas
 

Similar to Salah laku jalan raya

Ppkn tinjauan sosiologi hukum terhadap terjadinya
Ppkn tinjauan sosiologi hukum terhadap terjadinyaPpkn tinjauan sosiologi hukum terhadap terjadinya
Ppkn tinjauan sosiologi hukum terhadap terjadinyaAkuun Pribadi
 
Tugas B.Indonesia Kelompok 3.pptx
Tugas B.Indonesia Kelompok 3.pptxTugas B.Indonesia Kelompok 3.pptx
Tugas B.Indonesia Kelompok 3.pptxcoabulanan1
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karanganNur Afifa
 
Tips Menghindari Kejahatan Dan Begal Ketika Mudik
Tips Menghindari Kejahatan Dan Begal Ketika MudikTips Menghindari Kejahatan Dan Begal Ketika Mudik
Tips Menghindari Kejahatan Dan Begal Ketika MudikAkbar Mayat
 
Urban road safty
Urban road saftyUrban road safty
Urban road saftyFhaizAiz
 
10354 21316-1-sm pengendara
10354 21316-1-sm pengendara10354 21316-1-sm pengendara
10354 21316-1-sm pengendarajohan widagdo
 
Cara – cara memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar
Cara – cara memupuk minat membaca dalam kalangan pelajarCara – cara memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar
Cara – cara memupuk minat membaca dalam kalangan pelajarcyberns_
 
SPM - Bahasa Malaysia Struktur Karangan
SPM - Bahasa Malaysia Struktur KaranganSPM - Bahasa Malaysia Struktur Karangan
SPM - Bahasa Malaysia Struktur KaranganFSPPP - UiTM ( AM225 )
 
SAFETY RIDING KBSG GOES TO SCHOOL
SAFETY RIDING KBSG GOES TO SCHOOLSAFETY RIDING KBSG GOES TO SCHOOL
SAFETY RIDING KBSG GOES TO SCHOOLBagoes Gaboes
 
Makalah safety driving and safety riding
Makalah safety driving and safety ridingMakalah safety driving and safety riding
Makalah safety driving and safety ridingRobby Yumendra
 

Similar to Salah laku jalan raya (12)

Ppkn tinjauan sosiologi hukum terhadap terjadinya
Ppkn tinjauan sosiologi hukum terhadap terjadinyaPpkn tinjauan sosiologi hukum terhadap terjadinya
Ppkn tinjauan sosiologi hukum terhadap terjadinya
 
Tugas B.Indonesia Kelompok 3.pptx
Tugas B.Indonesia Kelompok 3.pptxTugas B.Indonesia Kelompok 3.pptx
Tugas B.Indonesia Kelompok 3.pptx
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
Tips Menghindari Kejahatan Dan Begal Ketika Mudik
Tips Menghindari Kejahatan Dan Begal Ketika MudikTips Menghindari Kejahatan Dan Begal Ketika Mudik
Tips Menghindari Kejahatan Dan Begal Ketika Mudik
 
Kompem kelompok 3
Kompem kelompok 3Kompem kelompok 3
Kompem kelompok 3
 
Urban road safty
Urban road saftyUrban road safty
Urban road safty
 
10354 21316-1-sm pengendara
10354 21316-1-sm pengendara10354 21316-1-sm pengendara
10354 21316-1-sm pengendara
 
Cara – cara memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar
Cara – cara memupuk minat membaca dalam kalangan pelajarCara – cara memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar
Cara – cara memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar
 
SPM - Bahasa Malaysia Struktur Karangan
SPM - Bahasa Malaysia Struktur KaranganSPM - Bahasa Malaysia Struktur Karangan
SPM - Bahasa Malaysia Struktur Karangan
 
SAFETY RIDING KBSG GOES TO SCHOOL
SAFETY RIDING KBSG GOES TO SCHOOLSAFETY RIDING KBSG GOES TO SCHOOL
SAFETY RIDING KBSG GOES TO SCHOOL
 
Makalah safety driving and safety riding
Makalah safety driving and safety ridingMakalah safety driving and safety riding
Makalah safety driving and safety riding
 
Bully
BullyBully
Bully
 

Salah laku jalan raya

  • 1. SALAH LAKU JALAN RAYA KHIDMAT NASIHAT - JENAYAH JALAN RAYA Salah laku jalan raya bermaksud tindak tanduk pengguna jalan raya yang salah dan mungkin membawa kepada kemalangan jalan raya Dalam konteks etika salah laku jalan raya biasanya berkait dengan sikap pengguna jalan raya dan bukan kemahiran pengguna jalan ray itu sendiri. Salah laku jalan raya merupakan sesuatu yang mengancam keselamatan jalan raya. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa faktor manusia merupakan faktor tunggal dalam 57% daripada kemalangan jalan raya. Daripada itu, masalah ini haruslah diberi perhatian daripada pelbagai pihak. Bentuk salah laku jalan raya Salah laku jalan raya boleh berlaku dalam pelbagi bentuk dan di mana sahaja. Secara kasarnya ia boleh dibahagi kepada 3 kategori yang besar iaitu: Kecuaian memandu Memandu secara terburu-buru Keganasan jalan raya Di bawah adalah huraian mengenai 3 kategori salah laku jalan raya ini. Kecuaian Memandu Kecuaian memandu bermaksud kelalaian atau ketidakberhati-hatian yang dilakukan semasa memandu. Perkara ini merupakan satu sala laku kerana perlakuan ini boleh menyebabkan kecelakaan kepada diri pemandu itu sendiri dan juga kepada pengguna jalan raya yang lain. Maka dari etika teleologi perlakuan ini menepati kriteria sebagai satu kesalahan kerana ia membawa kepada lebih keburukan daripada kebaikan. Kecuaian memandu secara kasarnya berlaku daripada tiga punca, iaitu: Tekanan jiwa Memandu sambil buat kerja lain Kemabukan Tekanan jiwa boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja memandu. Dalam keadaan ini, minda si pemandu itu mungkin dipenuhi oleh pemikiran mengenai masalah yang merunsingkan sehinggakan si pemandu itu tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja memandu. Maka dengan itu, kemalangan jalan raya mungkin akan berlaku. Contohnya, seorang pemandu yang sedang runsing fikirannya mungkin tidak sedar bahawa kerata depannya sudah berhenti dan terus langgar. Di sini mungkin ada yang mengatakan bahawa orang yang mencetuskan kemalangan jalan raya atas sebab tekanan jiwa seharusnya tidak perlu menanggung tanggungjawab moral, kerana kemalangan ini tidak berlaku atas niat pemandu itu sendiri. Perkara ini mungkin benar dari segi etika deontologi Kant. Tetapi dari sudut yang lain, si pemandu masih boleh dianggap bersalah kerana membiarkan diriny memandu dalam keadaan tertekan dan berbahaya sehinggalah menyebabkan berlakunya kecelakaan. Di sini menunjukkan masih terdapat ruang untuk si pemandu untuk berusaha bagi mengelakkan berlakunya kemalangan. Malah, dalam kursus memandu itu sendiri telah dimaklumi bahawa harus mengelakkan memandu dalam keadaan tekanan jiwa. Memandu sambil buat kerja lain merupakan satu bentuk kecuaian memandu. Kerja-kerja yang biasanya dibuat sambil memandu termasuklah bersembang, makan, merokok, mendengar radio, membaca SMS, malah menulis SMS. Perlakuan ini adalah sangat bahay terutama bagi perlakuan membaca dan menghantar SMS semasa memandu. Kerja-kerja di atas walaupun tidak memerlukan banyak penumpuan tetapi ini tidak bermaksud ia boleh dilakukan semasa memandu kerana ia sedikit sebanyak akan menjejaskan tumpuan pemandu. Memandu sebenarnya penuh dengan perkara luar dugaan. Contohnya, anda mungkin tidak dapat menduga bahawa terdapat sebuah kereta keluar daripada lorong tepi sehingga menghalang laluan anda. Sekiranya perkara ini berlaku semasa anda membaca
  • 2. SMS, maka kemungkinan besar anda akan terus langgar kereta itu. Alasan yang biasanya diberikan oleh pemandu untuk memandu sambil buat kerja lain termasuklah terlalu bosan, kesuntukkan masa dan kecemasan. Walaupun alasan-alasan ini mempunyai lojiknya sendiri tetapi perlakuan mereka ini tetap menyalahi prinsip moral. Pemberian alasan sedemikian sebenarnya menunjukkan bahawa terdapat masalah hirarki nilai dalam diri mereka. Dalam konteks ini, pemandu-pemandu tersebut tidak meletakkan nilai keselamatan di atas nilai-nilai yang lain. Contohnya bagi mereka yang memberi alasa “kesuntukkan masa” bagi memandu sambil bercakap telefon sebenarnya telah meletakkan nilai ekonomi di atas nilai keselamatan. Memandu dalam keadaan mabuk nyata satu kecuaian yang besar. Lebih-lebih lagi perlakuan ini adalah salah dari segi undang-undang Perlakuan ini adalah sangat bahaya kerana orang yang mabuk tidak berakal malah tidak sedar diri. Pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk sebenarnya adalah salah dari segi moral kerana bersikap tidak bertanggungjawab. Di sini tiada banyak pertikaian mengenai tanggungjawab moral yang ditanggung oleh pemandu mabuk kerana ternyata mereka adalah salah. Memandu Secara Terburu-buru Memandu secara terburu-buru bermaksud memandu dalam gaya yang cepat dan bergegas-gegas. Perkara ini boleh ditafsir sebagai satu kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu “memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain” dan boleh dihukum penjara hingga lima tahun atau denda minimum RM5,000 atau kedua-duanya. Pemandu yang suka akan akan gaya memandu sedemikian biasanya menghadapi masalah dalam keperibadian diri mereka. Keperibadian mereka sebenarnya telah tercemar oleh sikap buruk seperti di bawah: Menunjuk-nunjuk Kecetekan melayan nafsu sensasi Tidak menghargai nyawa Semua pemandu yang memandu secara terburu-buru sebenarnya sedikit sebanyak mempunyai sikap menunjuk-nunjuk ini. Mereka adalah terlalu kagum dengan kemahiran memandu mereka sehinggakan tidak sabar untuk memperlihatkan kepada orang ramai. Sikap i terserlah dari segi kebiasaan mereka memasang muzik yang kuat semasa memandu serta kegemaran mereka untuk mengubahsuai kereta kepada bentuk yang ranggi. Perlakuan mereka seperti ini menunjukkan mereka ternanti-nanti untuk meminta perhatian orang ramai. Sikap menunjuk-nunjuk ini sebenarnya merupakan satu sifat kejahatan (vice). Ia sangat berkaitan dengan sifat-sifat keji seperti bongkak sombong, angkuh dan bermegah-megah. Malah ia adalah sangat berlawanan dengan sikap kesopanan yang biasanya didukung oleh masyarakat timur seperti Malaysia. Cara memandu yang terburu-buru boleh mendatangkan keseronokan dari segi sensasi. Sukar untuk diterangkan mengapa manusia itu menikmati kelajuan kenderaan. Tetapi agaknya “rasa kegentingan” itu satu kenikmatan bagi mereka yang memandu secara terburu-buru Perkara ini perlu diselidik dengan lebih mendalam lagi secara psikologi. Oleh itu, kertas kerja ini tidak akan menerangkan perkara ini secara lebih mendalam. Pemandu-pemandu yang memandu secara terburu-buru sedikit sebanyak bertujuan untuk menikmati kelajuan. Perkara ini menunjukkan peribadi mereka menghadapi kecetekkan dari segi melayan nafsu sensasi. Peribadi mereka dikatakan cetek kerana mereka mengejar keseronokan yang merupakan sensasi fizikal, selera kasar, tidak berpanjangan malahan dapat memudaratkan nyawa diri mereka serta pengguna jalan raya yang lain. Maka dari segi ini kita boleh mengatakkan bahawa sikap dan perlakuan mereka adalah tidak bermoral. Sikap tidak menghargai nyawa merupakan satu lagi sikap yang ditunjukkan oleh pemandu yang memandu secara terburu-buru. Walaupun tindakan mereka itu bukan bertujuan untuk membunuh orang, tetapi tindakan mereka itu tidak mempunyai sebarang nilai keselamatan. Dengan kata lain mereka tidak berniat membunuh tetapi pada masa yang sama juga tidak berniat untuk menyelamatkan nyawa. Mereka telah membiarkan nyawa manusia bergoyang-goyang antara hidup dan mati. Layanan mereka terhadap nyawa manusia secara demikian ternyata salah kerana nyawa manusia merupakan sesuatu yang harus dihargai dan dilindungi. Maka dari sudut ini, dap dikatakan bahawa memandu secara terburu-buru merupakan satu salah laku dari segi etika. Keganasan Jalan Raya
  • 3. Keganasan jalan raya merujuk kepada kegiatan mencederakan orang lain malah membunuh orang lain secara sengaja dan sedar yang berlaku di antara pengguna jalan raya atas perselisihan yang berkaitan dengan masalah pengangkutan. Biasanya pemangsa dalam kes keganasan jalan raya dikenali sebagai samseng jalan. Perkara ini merupakan satu jenayah yang berat dan boleh membawa hukuman penjara, sebat malah hukuman bunuh. Punca berlakunya keganasan jalan raya yang dapat dikesan sepanjang kajian ini adalah seperti berikut: Tekanan jiwa Kesedaran perlindungan diri yang melulu Menurut Pengerusi Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Aminuddin Mohd Yusof, tekanan akibat kesesakan jalan raya di bandar besar menjadi faktor penting yang melahirkan pembuli. Menurutnya, Kesesakan jalan raya menyebabkan pemandu menjadi tidak sabar, cepat marah, agresif dan tidak dapat mengawal perasaan apabila berlaku perkara tidak diingini walaupun berpunca dari kemalangan kecil. Pendapat beliau ini disokong dengan fakta bahawa bahawa pada tahun 1995, terdapat 171 kes pembuli jalan raya yang dilaporkan kepada polis di Kuala Lumpur. Walau bagaimanpun, pendapat mengenai tekanan jiwa itu sebagi punca utama berlakunya keganasan jalan raya tidak pula dipersetujui oleh pakar Psikologi Kejenayahan, Encik Lok Jian Sin 骆建兴. Menurut beliau, tekanan jiwa seperti tekanan jiwa daripada pekerjaan dan kesesakan jalan raya bukanlah merupakan punca berlakunya keganasan jalan raya. Sebaliknya beliau mengatakan bahawa kesedaran perlindungan diri yang melulu adalah punca utama berlakunya keganasan jalan raya. Dalam keadaan ini, orang bandar selalunya terlalu menjaga ruangan perlindungan (defensible space) sehingga ia terlalu sensitif akan sesiapa yang menembusinya. Maka pemandu- pemandu itu akan senang bereaksi ganas kerana terlalu ingin untuk melindungi diri. Selain itu keganasan jalan raya itu juga sangat berkaitan dengan sifat kejantanan dan sikap tunjuk kuasa yang ada pada kaum lelaki. Maka di sini kita boleh buat satu kesimpulan bahawa masalah keganasan jalan raya sebenarnya melibatkan masalah kebatinan yang agak rumit dan ini bukan satu masalah moral semata-mata. CARA-CARA MENGATASI KEMALANGAN JALAN RAYA Kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh salah laku jalan raya akan akan membawa kerugian besar kepada masyarakat dan negar Oleh kerana itu pihak yang berkenaan seharusnya mengambil tindakan untuk mengatasi masalah ini. Secara pokoknya, masalah salah laku jalan raya merupakan satu masalah yang berpunca daripada sikap pemandu jalan raya. Bertolak dari situ maka saluran penyelesaian masalah salah laku boleh berbunyi “3 P” iaitu Pendidikan Perundangan Penyelidikan Huraian mengenai ketiga-tiga pekara ini adalah seperti berikut. PENDIDIKAN Oleh kerana masalah salah laku jalan raya merupakan satu masalah sikap, maka pendidikan memainkan peranan yang terpenting untuk membentuk sikap pengguna yang baik dan sekali gus mengelakkan berlakunya salah laku jalan raya. Untuk tujuan mengurangkan masalah salah laku jalan raya, pengguna jalan raya harus dididik supaya mempunyai kesedaran keselamatan jalan raya dan juga mempunyai sahsia diri yang betul sebagai seorang pengguna jalan raya. Pendidikan untuk mengurangkan salah laku jalan raya perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa iaitu sebelum seseorang itu menjadi pemandu, semasa dia menerima latihan pemandu dan setelah dia sah menjadi pemandu. Maka pendidikan ini boleh disampaikan melal tiga saluran iaitu:
  • 4. melalui sekolah dasar dalam matapelajaran moral melalui sekolah memandu melalui komunikasi awam seperti televisyen Secara lebih khusus lagi, fungsi yang dimainkan oleh pendidikan moral di sekolah untuk mengurangkan salah laku jalanraya ialah memberikan pendidikan moral yang dasar supaya ia akan diterapkan dalam penggunaan jalan raya. Contohnya, pelajar boleh menerapkan prinsip hormat-menghormati yang dipelajari dalam sekolah ke dalam penggunaan jalan raya dengan sentiasa menghormat hak pengguna jalan raya yang lain. Bagi sekolah memandu ia boleh memainkan fungsi dalam perkara ini dengan memberikan pendidika memandu yang lebih berkhusus dan membentuk sahsiah diri yang betul, khusus bagi seorang pemandu. Manakala bagi komunikasi awam pula ia berperanan untuk mengingatkan pengguna jalan rayamengenai moral jalan raya dari semasa ke semasa. PERUNDANGAN Perundangan merupakan satu langkah yang penting untuk menyelesaikan masalah salah laku jalan raya. Tanpa perundangan, pemand pemandu yang jahat dan “tidak masuk ajar” akan terus mengancam keselamatan jalan raya. Perundangan termasuk dua bahagian yang besar iaitu: Pembentukan undang-undang Penguatkuasaan undang-undang Pembentukan undang-undang merupakan asas kepada perundangan. Undang-undang yang dibentuk seharusnya mempunyai kesan psikologi ke atas pengguna jalan raya yang jahat dan praktikal pula kepada pihak polis untuk dilaksanakan. Dengan ada undang-undang yang membawa hukuman yang menakutkan maka sebahagian besar pengguna jalan raya akan takut terlibat dalam salah laku. Bagi sekelintir kecil pengguna jalan raya yang keras kepala dan mengancam keselamatan awam maka dibawah undang-undang ia boleh dihalang untuk terus demikian dengan mekanisme kepenjaraan. Undang-undang tidak akan sempurna sekiranya ia tidak dilengkap dengan penguatkuasaan undang-undang. Penguatkuasaan yang baik sememangnya boleh meningkatkan kewibawaan undang-undang dan kesannya terhadap keselamatan awam. Untuk itu pihak berkuasa haruslah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. PENYELIDIKAN Ia tidak boleh menyelesaikan masalah salah laku jalan raya secara langsung. Tetapi ia boleh membantu kita menyelesaikan masalah ini dengan lebih baik dalam jangka masa yang panjang. Secara kasarnya penyelidikan yang harus dibuat untuk menyelesaikan masalah salah laku jalan raya adalah di bawah bidang seperti di bawah. Ilmu kaji kejenayahan (criminology) Pengurusan jalan raya Ilmu kaji kejenayahan penting untuk kita memahami salah laku jalan raya yang berat seperti keganasan jalan raya. Dengan pemahaman yang lebih mendalam mengenai pekara ini maka, adalah lebih mudah untuk kita menyelesaikan masalah ini. Pengurusan jalan raya merupakan satu bidang yang luas. Ilmu ini diyakini boleh membantu mengurangkan salah laku pemandu kerana dengan adanya sistem trafik yang terurus, maka tekanan jiwa para pemandu akan menjadi kurang dan seterusnya salah laku mereka juga akan kurang.
  • 5. 1. Hak untuk mendapatkan keperluan asas Pengguna berhak atau layak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia yang semakin moden. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian yang sebaiknya, perumahan yang selesa, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya. Ini bermakna, seseorang pengguna berhak mendapatkan kepada air yang bersih dan pendidikan yang selayaknya. 2. Hak untuk mendapatkan keselamatan Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna. Atau kata lain, pengguna berhak mendapat perlindungan yang selamat ketika menggunakan barangan atau perkhidmatan daripada sesuatu atau perkara-perkara yang membahayakan mereka. Contohnya, barangan dan perkhidmatan yang mengancam kesihatan dan makanan yang dapat memudaratkan kesihatan pengguna. 3. Hak untuk mendapatkan maklumat Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan. 4. Hak untuk membuat pilihan Pengguna akan dipastikan mendapat maklumat secara langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna juga perlu diberikan penerangan yang dapat memberikan pilihan dalam membuat keputusan. Selain itu, Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu atau kualiti dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan dan selayaknya. Misalnya, apabila seseorang pengguna membeli atau menggunakan sesuatu perkhidmatan, maka ia adalah mengikat kontrak dengan si penjualnya dan tanggungjawab pengguna hanyalah memilih barangan atau perkhidmatan yang dikehendaki serta membayar yang telah ditetapkan oleh penjual untuk mendapatkannya. 5. Hak untuk mendapatkan ganti rugi Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian. Misalnya, seseorang pengguna itu telah membeli sebuah television tetapi seminggu kemudian, televisionnya telah mengalami kerosakan, oleh itu pengguna itu
  • 6. berhak mendapatkan haknya sebagai pengguna dengan mendapatkan television yang baru mengantikan yang lama daripada si penjual. 6. Hak untuk menyuarakan pendapat Pengguna berhak menyuarakan pendapat apabila tidak berpuashati terhadap barangan atau perkhidmatan yang diperolehi atau secara mudahnya pengguna tidak mendapat layanan Yang sewajarnya. Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan. Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan. 7. Hak untuk mendapatkan pendidikan kepenggunaan Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak. 8. Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat Ini menunjukkan bahawa hak pengguna bukan sahaja terbatas kepada proses jual beli, tetapi merangkumi keadilan sosial dan ekonomi, pendidikan, alam sekitar serta penyertaan masyarakat dalam proses demokrasi. Oleh itu, Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.