SlideShare a Scribd company logo
1 of 34
Siri Pengurusan Rekod Kerajaan 
PANDUAN 
PEMBUKAAN DAN PENUTUPAN FAIL 
ARKIB NEGARA MALAYSIA 
2009 
1
KANDUNGAN 
PERKARA MUKA SURAT 
1. Prakata 4 
BAHAGIAN I 
2. Pengenalan 
2.1 Latarbelakang 4 
2.2 Tujuan 5 
2.3 Skop 5 
2.4 Tafsiran 5-6 
BAHAGIAN II 
3. Kaedah Pembukaan Fail 
3.1 Pembukaan Fail 7-14 
3.2 Mencatat butiran di kulit fail 14-16 
3.3 Mengkandungkan Lampiran 16-17 
3.4 Kad Pergerakan Fail 17-18 
3.5 Penyediaan Kertas Minit 18-20 
4. Kaedah Penutupan Fail 21-24 
5. Kegunaan Sampul Kecil 25 
5.1 Fail tak dapat dikesan 25 
5.2 Dua orang pegawai menggunakan fail pada masa 25 
yang sama 
2
6. Kulit fail rosak 26 
7. Kesimpulan 26 
8. Lampiran: Carta Aliran Kaedah Pembukaan dan 27-33 
Penutupan Fail 
3
1. PRAKATA oleh Ketua Pengarah Arkib Negara 
BAHAGIAN I 
2. PENGENALAN 
2.1. Latarbelakang 
Fail rasmi kerajaan ialah satu entiti dimana dokumen rasmi kerajaan 
dimasuk, disusun dengan teratur dan di daftarkan. Entiti ini diberi tajuk 
spesifik yang berasaskan perkara, aktiviti atau transaksi berdasarkan 
Klasifikasi Fail dan Kod yang telah ditetapkan. 
Penggunaan entiti (kulit fail) ini telah dimulakan semasa era pentadbiran 
British di Tanah Melayu sebagai satu kaedah kawalan yang teratur dan 
sistematik pada peringkat dokumen dan juga fail. Kaedah kuit fail ini 
diwarisi oleh Pentadbiran Kerajaan Malaysia sehingga dewasa ini. 
Kesinambungan ini menjadi asas kepada pengurusan rekod kerajaan 
yang cekap serta menjadi teras kepada akauntabiliti dan integriti 
Perkhidmatan Awam. Namun demikian kebelakangan ini jabatan dan 
agensi kerajaan didapati tidak lagi memberi perhatian yang sewajarnya 
kepada pengurusan fail terutamanya kepada Kaedah Pembukaan dan 
Penutupan Fail. 
4
2.2 . Tujuan 
Panduan ini disediakan untuk memberikan penerangan mengenai 
tatacara dan amalan pembukaan dan penutupan fail rasmi di jabatan dan 
agensi kerajaan. Penyediaan panduan ini adalah selaras dengan 
peruntukan seksyen 7 (h), Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629) dan Surat 
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007 Panduan Pengurusan 
Pejabat: Bahagian VII – Pengurusan Fail. Panduan ini berguna bagi 
pegawai dan kakitangan yang bertanggung jawab dalam mengendalikan 
fail rasmi jabatan dan agensi kerajaan serta Pegawai Rekod Jabatan 
(PRJ) selaku pegawai penyelia bagi program dan aktiviti pengurusan 
rekod kerajaan. 
2.3. Skop 
Panduan ini hendaklah diguna pakai oleh Kementerian, Jabatan, Agensi 
dan syarikat-syarikat kerajaan. Ia meliputi semua rekod-rekod kerajaan 
yang diwujudkan secara konvensional dan secara elektronik dalam apa 
jua bentuk dan media. 
2.4Tafsiran 
2.4.1 Fail Rasmi - Kulit fail (folder) yang diberi tajuk spesifik 
berdasarkan perkara, aktiviti, transaksi: Klasifikasi Fail, dan 
Kod Klasifikasi yang ditetapkan dan didaftarkan bagi 
memudahkan kawalan, penyimpanan, pengesanan dan 
untuk tindakan selanjutnya. Kulit Fail yang dibuka bagi 
tujuan makluman dan rujukan peribadi adalah bukan fail 
rasmi. 
5
2.4.2 Kertas Minit – Kertas (format) yang dilampirkan disebelah 
kiri fail yang mencatatkan butiran dan maklumat lampiran. 
Kertas minit digunakan untuk memberi arahan atau 
maklumbalas ringkas ke atas lampiran yang berkenaan. Ia 
juga boleh digunakan sebagai indeks kepada lampiran yang 
terkandung di dalam fail. 
2.4.3 Sampul Kecil - Kulit fail yang digunakan sebagai fail 
sementara apabila fail tidak dapat dikesan, lebih daripada 
seorang pegawai perlu mengambil tindakan segera ke atas 
fail yang sama. 
2.4.4 Fail Kulit Keras - Kulit fail yang digunakan bagi menyimpan 
dokumen homogenous seperti baucer, resit, borang 
permohonan, surat pekeliling dan sebagainya. 
2.4.5 Buku Daftar Fail – Format yang disediakan bagi mendaftar 
Fail Rasmi dan Fail Sampul Kecil. 
2.4.6 Kad Keluar Fail – Kad pengawalan pergerakan fail yang 
dilampirkan di dalam fail semasa fail disimpan di Registri. 
6
BAHAGIAN II 
3. KAEDAH PEMBUKAAN DAN PENUTUPAN FAIL 
Kaedah pembukaan fail meliputi perkara dan aktiviti yang dilaksanakan 
termasuk pembukaan kulit fail baru, fail sementara, mengkandungkan 
lampiran, mencatatkan butiran di kertas minit, dan mengawal pergerakan 
fail. Manakala kaedah penutupan fail meliputi perkara dan aktiviti yang 
dilaksanakan termasuk mengenalpasti fail-fail yang boleh ditutup, cara 
penutupan dan pengasingan fail bagi tujuan pelupusan. 
3.1 PEMBUKAAN FAIL 
Surat dan dokumen yang diwujudkan atau diterima hendaklah 
dikandungkan dengan segera ke dalam fail yang betul supaya 
ianya mudah dikawal, dikesan dan diambil tindakan. Sebelum kulit 
fail baru dibuka semak rujukan tuan atau baca isi kandungan surat 
atau semak klasifikasi fail dan kod klasifikasi. Sekiranya fail 
berkenaan telah ada, kandungkan surat atau dokumen tersebut ke 
dalamnya (sila lihat 3.3. Mengkandungkan lampiran ke dalam fail); 
Sekiranya fail berkenaan belum ada, kulit fail baru hendaklah 
dibuka. 
7
3.1.1 JENIS KULIT FAIL 
Terdapat beberapa jenis kulit fail yang digunakan oleh 
jabatan dan agensi Kerajaan. Jenis kulit fail adalah seperti 
berikut: 
(i) TERBUKA – kulit berwarna putih (Am 435 - Pin. 
1/80); 
(ii) TERHAD – kulit fail berwarna putih (Am 435 – Pin. 
1/80) dengan cop TERHAD; 
(iii) SULIT – kulit fail berwarna hijau (Am 436); 
(iv) RAHSIA – kulit fail berwarna merah jambu berpalang 
merah (Am 437); 
(v) RAHSIA BESAR – kulit fail berwarna kuning muda, 
berpalang merah (Am 438); dan 
(vi) SAMPUL KECIL – kulit fail berwarna kuning (Am 
435A – Pin. 1/82). 
(vii) FAIL KULIT KERAS – terdapat pelbagai jenis. 
8
Kulit fail TERBUKA 
Kulit fail TERHAD 
9
Kulit fail SULIT 
Kulit fail RAHSIA 
10
Kulit fail rahsia BESAR 
11
Fail sampul KECIL 
Fail kulit KERAS 
12
3.1.2 Pembukaan Kulit Fail Baru 
3.1.2.1 Semak dan pastikan fail berkenaan sudah dibuka 
atau pun belum. Kepastian ini penting bagi 
mengelakkan berlakunya perkara-perkara berikut; 
(i) Pewujudan dua fail dengan tajuk dan no. rujukan fail 
yang sama; 
(ii) Pewujudan dua fail dengan tajuk yang sama tetapi 
no. rujukan fail yang berlainan; dan 
(iii) Pewujudan dua fail dengan tajuk berlainan tetapi no. 
rujukan fail yang sama. 
3.1.2.2 Untuk mengelakkan (i, ii dan iii) dari berlaku 
langkah-langkah berikut hendaklah dilaksanakan: 
13
(i) Baca isi kandungan surat dengan cermat dan 
semak perkara utama dalam surat; 
(ii) Semak Klasifikasi Fail dan Kod Klasifikasi 
bagi menentukan tajuk fail dan no. rujukan 
fail; 
(iii) Buka kulit fail baru menggunakan jenis kulit 
fail yang sesuai, catatkan tajuk fail dan no. 
rujukan fail selaras dengan (ii) di atas; dan 
3.1.2.3 Tebuk lubang di sudut atas sebelah kiri kulit fail 
2.5sm dari penjuru kiri dan atas. 
3.1.2.4 Masukkan tali hijau dan kertas minit. 
3.1.2.5 Daftarkan fail baru dibuka ke dalam Buku Daftar Fail. 
3.2 MENCATATKAN BUTIRAN PADA KULIT FAIL 
3.2.1 TAJUK FAIL DAN NO. RUJUKAN FAIL 
Tajuk fail dan No. Rujukan Fail hendaklah dicatatkan pada 
kulit fail dengan jelas menggunakan dakwat kekal warna 
hitam atau biru. 
(Am 435-Pin. 1/80) 
ANM600-23/2 
ANM600-23/2 
Kertas-kertas Yang Berhubung 
…………………………………….……………………………… 
…………………………………….………………………………. 
…………………………………….………………………………. 
…………………………………….………………………………. 
…………………………………….………………………………. 
Didaftarkan di bawah perkara 
………………………………………….. 
………………………………………….. 
………………………………………….. 
………………………………………….. 
………………………………………….. 
14
PNB.,K.L. 
KURSUS PENGURUSAN REKOD 
Tarikh Kandungan 
pertama……………….. 
Tarikh Kandungan 
Akhir…………………… 
Dihantar 
kepada 
Tarikh 
dihantar 
Dihantar 
kepada 
Tarikh 
dihantar 
Dihantar 
kepada 
Tarikh 
dihantar 
APABILA FAIL INI TELAH DITUTUP MAKA TINDAKAN SETERUSNYA HENDAKLAH DILAKUKAN DALAM KULIT FAIL BAHARU 
3.2.2 KERTAS-KERTAS YANG BERHUBUNG 
Catatkan no. rujukan fail lain yang ada hubungkait dengan fail 
ini umpamanya fail dasar, mesyuarat, jawatankuasa, undang-undang, 
peraturan dan sebagainya bagi tujuan rujuk silang. 
Disamping itu sekiranya ada rombakan kepada skima 
klasifikasi fail catatkan nombor rujukan fail lama. 
3.2.3 TARIKH KANDUNGAN PERTAMA 
Catatkan tarikh lampiran (kandungan) pertama di ruang ini. 
Tarikh lampiran adalah tarikh dokumen atau surat dan bukan 
tarikh penerimaan atau pun tarikh lampiran dimasukkan ke 
dalam kulit fail ini. 
3.2.4. TARIKH KANDUNGAN AKHIR 
Catatkan tarikh lampiran (kandungan) terakhir di ruang ini. 
Tarikh lampiran adalah tarikh dokumen atau surat dan bukan 
15 
PERKARA
tarikh penerimaan atau pun tarikh lampiran dimasukkan ke 
dalam kulit fail ini. 
3.2.5 DIHANTAR KEPADA DAN TARIKH DIHANTAR 
Butiran ini adalah perihal pergerakan fail. Catatkan dengan 
jelas singkatan jawatan pegawai atau nama ringkas pegawai 
yang menggunakan fail ini dan tarikh fail itu diserah kepada 
beliau. 
Contoh butiran pergerakan fail 
Dihantar 
kepada 
Tarikh 
dihantar 
Dihantar 
kepada 
Tarikh 
dihantar 
Dihantar 
kepada 
Tarikh 
dihantar 
KPSUK 3/11/09 
PSU1 4/11/09 
R 7/11/09 
PSU1 17/11/09 
R - SDP 
30/11/09 
PSU1 30/11/09 
3.3 MENGKANDUNGKAN LAMPIRAN 
3.3.1 Dokumen (lampiran) hendaklah dimasukkan di sebelah 
kanan fail menggunakan tali hijau. 
16
3.3.2 Dokumen terawal hendaklah diberi nombor lampiran 1. 
Dokumen-dokumen berikutnya akan diberi nombor lampiran 
2, 3, dan seterusnya. 
3.3.3 Nombor lampiran bagi surat masuk hendaklah ditulis dengan 
pen berdakwat merah, manakala nombor lampiran bagi 
surat keluar ditulis dengan pen berdakwat biru atau hitam. 
Contoh mengkandungkan lampiran 
. 
Kutras Minit No. Helaian No. O 11 
Kulit Fail 
3.4 KAD PERGERAKAN FAIL 
3.4.1 Kad pergerakan fail yang digunakan untuk mengawal 
pergerakan fail hendaklah dimasukkan ke dalam fail di antara 
17 
O 
Ruj. Kami:ANM600-23/2 
Tarikh: 7 NOVEMBER 2009 
Ketua Pengarah 
Jabatan Inovatif Maalaysia 
50568 KUALA LUMPUR 
Tuan, 
KURSUS PENGURUSAN REKOD 
ANJURAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 
Saya adalah diarah merujuk kepada perkara di atas dan sukacita 
memajukan bersama-sama ini risalah Kursus Pengurusan Rekod 
untuk makluman dan tindakan tuan. Juga turut dilampirkan ialah 
borang pencalonan bagi mengikuti kursus tersebut. 
2. Semua borang-borang pencalonan untuk mengikuti 
kursus tersebut hendaklah sampai ke Jabatan ini sebelum “tarikh 
akhir pencalonan” yang dinyatakan dalam program tersebut. 
Salinan borang permohonan juga boleh digunakan sekiranya 
tidak mencukupi. 
Sekian, terima kasih. 
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” 
Saya yang menurut perintah,
kertas minit dengan lampiran menggunakan tali hijau semasa 
fail tersebut disimpan di registri. 
3.4.2 Apabila fail tersebut diminta oleh pegawai untuk tindakannya 
kad ini hendaklah dikeluarkan dan dicatatkan butiran 
pergerakan fail. 
3.4.3 Apabila fail dikembalikan ke registri kad ini hendaklah 
dimasukkan semula ke dalam fail. 
Contoh catatan butiran pergerakan fail 
Registri 1 
KAD PERGERAKAN FAIL 
No. Fail : ANM600-23/2 
Indeks perkara : LATIHAN 
Tajuk Fail : KURSUS PENGURUSAN REKOD 
Dihantar Dihantar 
Kepada Tarikh Oleh Kepada Tarikh Oleh 
KPSUK 3/11/09 
PSU1 4/11/09 
R 7/11/09 
PSU1 17/11/09 
PSU1 30/11/09 
Hendaklah dikandungkan dalam fail sebelum fail disimpan 
18
3.5 PENYEDIAAN KERTAS MINIT 
3.5.1 Merekodkan surat masuk dan surat keluar 
Lampiran di dalam fail hendaklah didaftarkan di dalam kertas 
minit bagi tujuan kawalan pada peringkat dokumen seperti 
berikut: 
(i) Lampiran (surat masuk) hendaklah dicatatkan; surat 
bertarikh, daripada dan dikandungkan pada 
menggunakan pen dakwat merah sepertit format berikut: 
Surat bth.______ dpd. ______ d/k pd._______ 
(ii) Lampiran (surat keluar) hendaklah dicatatkan; surat 
bertarikh, dihantar kepada dan pada menggunakan pen 
dakwat biru atau hitam sepertit format berikut: 
Surat bth.______ d/h kpd. ______ pd._______ 
Surat bth.______ d/h kpd. ______ pd._______ 
Format di atas boleh ditulis tangan, ditaip atau 
menggunakan huruf cap getah (rubber stamp). 
Nota: 
Surat iringan (covering letter) sahaja perlu dilampirkan di 
dalam fail sekiranya dokumen yang diterima itu terlalu 
tebal, lebar atau dalam format dan medium yang lain 
seperti laporan, terbitan, buku, gambar, album, vcd, 
carta, peta, pelan, filem dan sebagainya. Dokumen 
tersebut hendaklah diberi nombor rujukan fail bagi tujuan 
19
rujuk silang dan disimpan secara berasingan di tempat 
yang bersesuaian. 
3.5.2 Penulisan Minit Tindakan 
Kertas Minit boleh digunakan untuk mencatat arahan, 
keputusan atau maklumbalas ringkas ke atas lampiran 
yang berkenaan untuk tindakan pegawai. Arahan, 
keputusan atau maklumbalas ini hendaklah ditulis 
dengan ringkas, jelas dan dinyatakan ringkasan jawatan 
pegawai yang diminitkan, tandatangan ringkas penulis 
minit serta tarikh. Minit tindakan ini boleh ditulis dengan 
tangan atau ditaip.. Minit tindakan tidak boleh ditulis di 
atas surat masuk atau surat keluar. 
3.5.3 Minit Bebas 
Sekiranya arahan, keputusan atau maklumbalas ini perlu 
diperincikan dan melebihi separuh kertas minit ianya hendaklah 
ditaip di kertas lain sebagai Minit Bebas. Minit Bebas ini 
hendaklah dikandungkan sebagai lampiran di dalam fail 
berkenaan dan didaftarkan di dalam kertas minit. 
Contoh Kertas Minit 
(Am. 6) 
Kertas Minit No. ANM600-23/2 Helaian No. 
Surat bth. 7/11/09 d/h kpd. Jab. Inovasi pd. 10/11/09. 
Surat bth. 15/11/09 dpd. Jab. Alam Mesra d/k pd.18/11/09 
20 
1 
1 
2
PNMB., K.L (Kertas Minit ini dalam ukuran Metrik ISO A4 = 210mm x 297 mm) 
4. KAEDAH PENUTUPAN FAIL 
Fail yang telah dibuka dan digunakan perlu ditutup apabila ia memenuhi 
kriteria berikut: 
4.1. Apabila fail sudah tebal mencapai ketebalan 4sm atau 
kandungannya sudah mencecah 100 lampiran, tindakan baru 
hendaklah dilakukan di dalam kulit fail baru; 
4.2. Apabila fail tidak dapat dikesan ditemui kembali; 
4.3. Apabila dokumen dalam fail telah tamat dan tiada tindakan lanjut 
yang perlu diambil ke atas dokumen tersebut; 
4.4. Apabila fail yang tidak lagi dikehendaki untuk pentadbiran harian 
atau tidak dirujuk dalam masa 5 tahun; 
4.5. Apabila ada perubahan pentadbiran atau sesuatu pejabat awam 
21
adalah tidak berfungsi dan tidak ada lagi pengganti bagi tugas dan 
fungsi pejabat awam itu; 
4.6. Apabila skima klasifikasi fail dirombak semula; 
Penutupan fail perlu dibuat dengan cara-cara berikut berasaskan kriteria 
penutupan fail seperti berikut: 
Contoh penutupan fail bagi 4.1 & 4.2 
(Am 435-Pin. 1/80) 
ANM600-23/2 
Kertas-kertas Yang Berhubung ANM600-23/2 
Didaftarkan di bawah perkara 
…………………………………….……………………………… 
………………………………………….. 
…………………………………….………………………………. 
………………………………………….. 
…………………………………….………………………………. 
………………………………………….. 
…………………………………….………………………………. 
………………………………………….. 
…………………………………….………………………………. 
………………………………………….. 
PERKARA PNB.,K.L. 
KURSUS PENGURUSAN REKOD 
Tarikh Kandungan 
pertama……………….. 
Tarikh Kandungan 
Akhir…………………… 
22
Contoh penutupan fail bagi 4.3,4.4 & 4.5 
(Am 435-Pin. 1/80) 
ANM600-23/2 
Kertas-kertas Yang Berhubung ANM600-23/2 
Didaftarkan di bawah perkara 
…………………………………….……………………………… 
………………………………………….. 
…………………………………….………………………………. 
………………………………………….. 
…………………………………….………………………………. 
………………………………………….. 
…………………………………….………………………………. 
………………………………………….. 
…………………………………….………………………………. 
………………………………………….. 
PERKARA PNB.,K.L. 
KURSUS PENGURUSAN REKOD 
Tarikh Kandungan 
pertama……………….. 
Tarikh Kandungan 
Akhir…………………… 
23
Contoh penutupan fail bagi 4.6 
(Am 435-Pin. 1/80) 
ANM600-23/2 
Kertas-kertas Yang Berhubung ANM600-23/2 
Didaftarkan di bawah perkara 
…………………………………….……………………………… 
………………………………………….. 
…………………………………….………………………………. 
………………………………………….. 
…………………………………….………………………………. 
………………………………………….. 
…………………………………….………………………………. 
………………………………………….. 
…………………………………….………………………………. 
………………………………………….. 
PERKARA PNB.,K.L. 
KURSUS PENGURUSAN REKOD 
Tarikh Kandungan 
pertama……………….. 
Tarikh Kandungan 
Akhir…………………… 
24
5. KEGUNAAN SAMPUL KECIL 
5.1. FAIL TIDAK DAPAT DIKESAN 
5.1.1. Apabila surat yang diterima memerlukan tindakan segera 
tetapi fail tidak dapat dikesan, sampul kecil hendaklah 
dibuka sebagai fail sementara menggantikan fail yang tidak 
dapat dikesan (fail asal). 
5.1.2. Catatkan tajuk dan no. rujukan fail yang sama seperti fail 
asal. 
5.1.3. Sekiranya fail asal masih tidak dapat dikesan di dalam 
tempoh 3 bulan atau lampirannya telah tebal (melebihi 
1.25sm) atau mana yang terdahulu, satu kulit fail baru 
hendaklah dibuka dan sampul kecil dimasukkan ke dalam 
fail baru ini sebagai lampiran. 
25
5.1.4. Sekiranya selepas fail baru dibuka dan fail yang tidak dapat 
dikesan tadi dijumpa semula, fail asal hendaklah ditutup. Fail 
baru yang dibuka diberi no. Jilid 2 atau seterusnya. 
5.2. Dua orang pegawai menggunakan fail pada masa yang sama. 
5.2.1. Apabila sesuatu surat perlu diambil tindakan segera oleh 
lebih daripada seorang pegawai pada masa yang sama, 
sampul kecil boleh dibuka untuk kegunaan pegawai. 
5.2.2. Lampiran yang diperlukan oleh pegawai sahaja yang dibuat 
salinan dan dimasukkan ke dalam sampul kecil untuk 
tindakan pegawai berkenaan. 
5.2.3. Selepas tindakan selesai, sampul kecil dimasukkan ke 
dalam fail sebagai lampiran. 
6. KULIT FAIL ROSAK 
Kulit fail yang rosak boleh diganti dengan kulit fail baru. Sekiranya 
terdapat catitan penting di atas kulit fail yang rosak, kulit hadapan fail 
berkenaan hendaklah digunting dan dimasukkan ke dalam kulit fail yang 
baharu dibuka. Sekiranya tidak ada apa-apa catitan penting kulit fail yang 
rosak itu boleh dimusnahkan. 
7. KESIMPULAN 
Panduan ini diharap dapat memberikan penerangan mengenai kaedah 
dan amalan pembukaan fail di Jabatan dan Agensi Kerajaan secara jelas 
dan mudah. Panduan ini hendaklah digunakan oleh pegawai dan 
kakitangan terutamanya yang bertanggung jawab dalam mengurus dan 
mengendalikan fail rasmi di jabatan dan agensi masing-masing. 
26
LAMPIRAN 1 
CARTA ALIRAN PEMBUKAAN FAIL 
Semak klasifikasi fail dan kod klasifikasi 
Rujuk dengan pegawai pengkelas jika fail 
terperingkat 
Buka kulit fail baharu 
1. Tebuk Lubang pada kulit fail dan kertas 
minit 
27 
Mula
2. Tulis tajuk fail dan no. rujukan fail 
3. Masukkan tali hijau dan kertas minit 
Masukkan lampiran dan catat no. lampiran dan 
minitkan lampiran pada kertas minit 
Daftarkan fail baharu dalam Buku Daftar Fail dan 
sediakan Indeks 
LAMPIRAN 2 
CARTA ALIRAN PENYEDIAAN KERTAS MINIT 
Sediakan kertas minit. 
Tebuk lubang dan masukkan tali hijau dan 
letakkan di sebelah kiri fail. 
Catatkan butiran: 
surat bth.___dpd.___ d/k pd.___ 
atau 
surat bth.___d/h kpd.___pd.___ 
surat bth.___d/h kpd.___pd.___ 
28 
Tamat 
Mula
Sekiranya perlu catatkan minit 
arahan/keputusan/tindakan kepada pegawai. 
Sekiranya perlu pegawai yang mengambil 
tindakan mencatatkan maklumbalas. 
(Minit Bebas sila lihat perenggan 3.5.3) 
LAMPIRAN 3 
CARTA ALIRAN 
KAEDAH PENUTUPAN FAIL 
Pastikan fail memenuhi kriteria penutupan fail 
Cop atau tuliskan DITUTUP PADA.........(sila lihat 
contoh di perenggan 4 kaedah penutupan fail) 
Fail yang ditutup diikat bersama fail baharu 
selama 3 bulan. 
Fail yang ditutup dan tidak digunakan lagi 
diasingkan daripada fail Jilid baharu. 
29 
Tamat 
Mula
30 
Tamat
LAMPIRAN 4 
CARTA ALIRAN FAIL TIDAK DAPAT DIKESAN 
Pastikan fail adalah tidak dapat dikesan 
Lapor kepada Pegawai Penyelia 
Buka sampul kecil (Fail Sementara) 
Catatkan tajuk dan no. rujukan fail di kulit 
sampul kecil sama seperti fail asal 
Selepas 3 bulan, ketebalan > 1.25 sm buka kulit 
fail baharu 
Mula 
Fail baharu yang dibuka 
diberi no. jilid 2 atau 
seterusnya 
Tutup fail asal 
Tidak 
Fail baharu digunakan 
Fail asal ditemui 
Masukkan sampul kecil sebagai 
lampiran seterusnya dalam fail 
baharu 
Ya 
Fail baharu terus 
digunakan 
Tamat 
31
LAMPIRAN 5 
CARTA ALIRAN FAIL TIDAK DAPAT DIKESAN BAGI: 
FAIL ASAL DITEMUI SEBELUM 3 BULAN ATAU FAIL BAHARU 
BELUM DIBUKA 
Mula 
Sekiranya sebelum 3 bulan fail 
asal ditemui 
Masukkan sampul kecil ke dalam 
fail asal selepas lampiran terakhir 
Fail asal digunakan 
Tamat 
32
LAMPIRAN 6 
CARTA ALIRAN DUA ORANG PEGAWAI MENGGUNAKAN FAIL 
YANG SAMA 
Mula 
Pastikan kegunaan fail oleh 
pegawai- pegawai 
Pegawai menggunakan fail 
asal 
Ya 
Tamat 
Tidak 
Buat salinan lampiran yang 
diperlukan 
Kandungkan salinan lampiran ke 
dalam Sampul Kecil 
Pegawai ambil tindakan 
Tindakan selesai 
Masukkan sampul kecil ke dalam 
fail asal lampiran seterusnya 
33
LAMPIRAN 7 
CARTA ALIRAN KULIT FAIL ROSAK 
Buka kulit fail baharu 
Catatkan tajuk fail yang sama dan nombor 
rujukan fail yang sama pada kulit fail baharu 
Gunting muka depan kulit fail lama dan masukkan ke 
dalam kulit fail baharu (sekiranya tiada catatan pada 
kulit fail lama ianya dimusnahkan) 
Masukkan semua lampiran fail lama ke dalam 
kulit fail baharu termasuk kertas minit. 
Susunan lampiran hendaklah seturut seperti 
dalam fail lama 
Nota: 
Mula 
Tamat 
Sebarang pertanyaan, maklumbalas dan cadangan penambahbaikan 
bolehlah berhubung dengan: 
Bahagian Dasar dan Penyelarasan 
Arkib Negara Malaysia 
Jalan Duta 
50568 KUALA LUMPUR 
(http://www.arkib.gov.my) 
34

More Related Content

What's hot

Sistem fail sekolah
Sistem fail sekolahSistem fail sekolah
Sistem fail sekolahilhafiz
 
PENYELENGGARAAN SISTEM FAIL DAN REKOD
PENYELENGGARAAN SISTEM FAIL DAN REKODPENYELENGGARAAN SISTEM FAIL DAN REKOD
PENYELENGGARAAN SISTEM FAIL DAN REKODNaddy Fazzy
 
Peranan pegawai stor
Peranan pegawai storPeranan pegawai stor
Peranan pegawai storwel6557
 
Sistem fail & surat menyurat
Sistem fail & surat menyuratSistem fail & surat menyurat
Sistem fail & surat menyuratzikriamri86
 
senarai-tugas-pembantu-tadbir-perkeranian
senarai-tugas-pembantu-tadbir-perkeraniansenarai-tugas-pembantu-tadbir-perkeranian
senarai-tugas-pembantu-tadbir-perkeranianaiman2607
 
Prosedur pengendalian mel
Prosedur pengendalian melProsedur pengendalian mel
Prosedur pengendalian melalizaridwan
 
Peraturan keluar pejabat waktu bekerja
Peraturan keluar pejabat waktu bekerjaPeraturan keluar pejabat waktu bekerja
Peraturan keluar pejabat waktu bekerjaLee Oi Wah
 
Taklimat senarai semak pemeriksaan mengejut kewangan pkk tawau
Taklimat senarai semak pemeriksaan mengejut kewangan pkk tawauTaklimat senarai semak pemeriksaan mengejut kewangan pkk tawau
Taklimat senarai semak pemeriksaan mengejut kewangan pkk tawauLee Oi Wah
 
Perintah am bab c (cuti)
Perintah am bab c  (cuti)Perintah am bab c  (cuti)
Perintah am bab c (cuti)mazlanmn
 
KURSUS BUKU REKOD PERKHIDMATAN BRP [edited Dis 2015]
KURSUS BUKU REKOD PERKHIDMATAN BRP [edited Dis 2015]KURSUS BUKU REKOD PERKHIDMATAN BRP [edited Dis 2015]
KURSUS BUKU REKOD PERKHIDMATAN BRP [edited Dis 2015]fazrul
 
Arahan Keselamatan
Arahan KeselamatanArahan Keselamatan
Arahan Keselamatanaimm reka
 
Pengurusan Perbelanjaan & Bayaran
Pengurusan Perbelanjaan & BayaranPengurusan Perbelanjaan & Bayaran
Pengurusan Perbelanjaan & BayaranIszwan Shah
 
Tatacara pengurusan aset alih kerajaan
Tatacara pengurusan aset alih kerajaanTatacara pengurusan aset alih kerajaan
Tatacara pengurusan aset alih kerajaanNasrul Hakim Zakaria
 

What's hot (20)

Sistem fail sekolah
Sistem fail sekolahSistem fail sekolah
Sistem fail sekolah
 
PENYELENGGARAAN SISTEM FAIL DAN REKOD
PENYELENGGARAAN SISTEM FAIL DAN REKODPENYELENGGARAAN SISTEM FAIL DAN REKOD
PENYELENGGARAAN SISTEM FAIL DAN REKOD
 
Pengurusan stor
Pengurusan storPengurusan stor
Pengurusan stor
 
tugas memfail
tugas memfailtugas memfail
tugas memfail
 
Peranan pegawai stor
Peranan pegawai storPeranan pegawai stor
Peranan pegawai stor
 
Sistem fail & surat menyurat
Sistem fail & surat menyuratSistem fail & surat menyurat
Sistem fail & surat menyurat
 
senarai-tugas-pembantu-tadbir-perkeranian
senarai-tugas-pembantu-tadbir-perkeraniansenarai-tugas-pembantu-tadbir-perkeranian
senarai-tugas-pembantu-tadbir-perkeranian
 
Prosedur pengendalian mel
Prosedur pengendalian melProsedur pengendalian mel
Prosedur pengendalian mel
 
Peraturan keluar pejabat waktu bekerja
Peraturan keluar pejabat waktu bekerjaPeraturan keluar pejabat waktu bekerja
Peraturan keluar pejabat waktu bekerja
 
Taklimat senarai semak pemeriksaan mengejut kewangan pkk tawau
Taklimat senarai semak pemeriksaan mengejut kewangan pkk tawauTaklimat senarai semak pemeriksaan mengejut kewangan pkk tawau
Taklimat senarai semak pemeriksaan mengejut kewangan pkk tawau
 
Pelupusan
PelupusanPelupusan
Pelupusan
 
Perintah am bab c (cuti)
Perintah am bab c  (cuti)Perintah am bab c  (cuti)
Perintah am bab c (cuti)
 
Panduan Pengurusan Pejabat
Panduan Pengurusan PejabatPanduan Pengurusan Pejabat
Panduan Pengurusan Pejabat
 
KURSUS BUKU REKOD PERKHIDMATAN BRP [edited Dis 2015]
KURSUS BUKU REKOD PERKHIDMATAN BRP [edited Dis 2015]KURSUS BUKU REKOD PERKHIDMATAN BRP [edited Dis 2015]
KURSUS BUKU REKOD PERKHIDMATAN BRP [edited Dis 2015]
 
Panjar wang runcit
Panjar wang runcitPanjar wang runcit
Panjar wang runcit
 
Aset & inventori
Aset & inventoriAset & inventori
Aset & inventori
 
Cuti gantian
Cuti gantianCuti gantian
Cuti gantian
 
Arahan Keselamatan
Arahan KeselamatanArahan Keselamatan
Arahan Keselamatan
 
Pengurusan Perbelanjaan & Bayaran
Pengurusan Perbelanjaan & BayaranPengurusan Perbelanjaan & Bayaran
Pengurusan Perbelanjaan & Bayaran
 
Tatacara pengurusan aset alih kerajaan
Tatacara pengurusan aset alih kerajaanTatacara pengurusan aset alih kerajaan
Tatacara pengurusan aset alih kerajaan
 

Viewers also liked

52423759 pen-gurus-an-fail-pemulihan
52423759 pen-gurus-an-fail-pemulihan52423759 pen-gurus-an-fail-pemulihan
52423759 pen-gurus-an-fail-pemulihanEza Saleh
 
Konsep sistem fail
Konsep sistem failKonsep sistem fail
Konsep sistem failparani81
 
Pengurusan fail bil 5 2007
Pengurusan fail bil 5 2007Pengurusan fail bil 5 2007
Pengurusan fail bil 5 2007normarzitah2011
 
Electronic Records Management
Electronic Records ManagementElectronic Records Management
Electronic Records ManagementBrad Houston
 
Fail meja & manual prosedur kerja
Fail meja & manual prosedur kerjaFail meja & manual prosedur kerja
Fail meja & manual prosedur kerjaPPD HULU SELANGOR
 
Sistem fail pusat sumber sekolah
Sistem fail pusat sumber sekolahSistem fail pusat sumber sekolah
Sistem fail pusat sumber sekolahupspbtpnkl
 

Viewers also liked (9)

52423759 pen-gurus-an-fail-pemulihan
52423759 pen-gurus-an-fail-pemulihan52423759 pen-gurus-an-fail-pemulihan
52423759 pen-gurus-an-fail-pemulihan
 
Kertas minit no
Kertas minit noKertas minit no
Kertas minit no
 
Konsep sistem fail
Konsep sistem failKonsep sistem fail
Konsep sistem fail
 
Pengurusan fail bil 5 2007
Pengurusan fail bil 5 2007Pengurusan fail bil 5 2007
Pengurusan fail bil 5 2007
 
Bbm104
Bbm104Bbm104
Bbm104
 
Tajuk 3 sistem fail
Tajuk 3 sistem failTajuk 3 sistem fail
Tajuk 3 sistem fail
 
Electronic Records Management
Electronic Records ManagementElectronic Records Management
Electronic Records Management
 
Fail meja & manual prosedur kerja
Fail meja & manual prosedur kerjaFail meja & manual prosedur kerja
Fail meja & manual prosedur kerja
 
Sistem fail pusat sumber sekolah
Sistem fail pusat sumber sekolahSistem fail pusat sumber sekolah
Sistem fail pusat sumber sekolah
 

Similar to Panduan pembukaan dan penutupan fail latest

Panduan pengendalian fail
Panduan pengendalian failPanduan pengendalian fail
Panduan pengendalian failKalie Khalidah
 
Tajuk 3 sistem fail dan surat menyurat 1
Tajuk 3 sistem fail dan surat menyurat 1Tajuk 3 sistem fail dan surat menyurat 1
Tajuk 3 sistem fail dan surat menyurat 1Wan Suhaimi Wan Setapa
 
Sistem fail dan surat menyurat waj3108
Sistem fail dan surat menyurat waj3108Sistem fail dan surat menyurat waj3108
Sistem fail dan surat menyurat waj3108Noredatul Gabo
 
Panduan pengurusanpentadbiran pejabat (bab vi x)
Panduan pengurusanpentadbiran pejabat (bab vi x)Panduan pengurusanpentadbiran pejabat (bab vi x)
Panduan pengurusanpentadbiran pejabat (bab vi x)SK Kok Pasir Tumpat
 
Pengurusan sistem fail
Pengurusan sistem failPengurusan sistem fail
Pengurusan sistem failJoslee Joseph
 
Pengurusan rekod fail untuk kurikulum
Pengurusan rekod fail   untuk kurikulumPengurusan rekod fail   untuk kurikulum
Pengurusan rekod fail untuk kurikulumjasmi jaafar
 
Sistem fail dan surat menyurat ipik
Sistem fail dan surat menyurat ipikSistem fail dan surat menyurat ipik
Sistem fail dan surat menyurat ipikkokurikulumbainun
 
Klasifikasi fail sekolah sekolah negeri pahang
Klasifikasi fail sekolah sekolah negeri pahangKlasifikasi fail sekolah sekolah negeri pahang
Klasifikasi fail sekolah sekolah negeri pahangMohd Shaari
 
5a upsi qss 4013 kesetiausahaan
5a upsi qss 4013 kesetiausahaan5a upsi qss 4013 kesetiausahaan
5a upsi qss 4013 kesetiausahaanMuhamad Samsudin
 
Sistem fail-pss-2005
Sistem fail-pss-2005Sistem fail-pss-2005
Sistem fail-pss-2005dissman
 
52423759 pen-gurus-an-fail-pemulihan
52423759 pen-gurus-an-fail-pemulihan52423759 pen-gurus-an-fail-pemulihan
52423759 pen-gurus-an-fail-pemulihanskttdi2
 
Pengurusan fail kokurikulum ppki
Pengurusan fail kokurikulum ppkiPengurusan fail kokurikulum ppki
Pengurusan fail kokurikulum ppkiKamalAriffin10
 
Tajuk 4 sistem fail dan surat menyurat
Tajuk 4 sistem fail dan surat menyuratTajuk 4 sistem fail dan surat menyurat
Tajuk 4 sistem fail dan surat menyuratkokurikulumbainun
 

Similar to Panduan pembukaan dan penutupan fail latest (14)

Panduan pengendalian fail
Panduan pengendalian failPanduan pengendalian fail
Panduan pengendalian fail
 
Tajuk 3 sistem fail dan surat menyurat 1
Tajuk 3 sistem fail dan surat menyurat 1Tajuk 3 sistem fail dan surat menyurat 1
Tajuk 3 sistem fail dan surat menyurat 1
 
Sistem fail dan surat menyurat waj3108
Sistem fail dan surat menyurat waj3108Sistem fail dan surat menyurat waj3108
Sistem fail dan surat menyurat waj3108
 
Panduan pengurusanpentadbiran pejabat (bab vi x)
Panduan pengurusanpentadbiran pejabat (bab vi x)Panduan pengurusanpentadbiran pejabat (bab vi x)
Panduan pengurusanpentadbiran pejabat (bab vi x)
 
Pengurusan sistem fail
Pengurusan sistem failPengurusan sistem fail
Pengurusan sistem fail
 
Pengurusan rekod fail untuk kurikulum
Pengurusan rekod fail   untuk kurikulumPengurusan rekod fail   untuk kurikulum
Pengurusan rekod fail untuk kurikulum
 
Pengurusan fail pss
Pengurusan fail pssPengurusan fail pss
Pengurusan fail pss
 
Sistem fail dan surat menyurat ipik
Sistem fail dan surat menyurat ipikSistem fail dan surat menyurat ipik
Sistem fail dan surat menyurat ipik
 
Klasifikasi fail sekolah sekolah negeri pahang
Klasifikasi fail sekolah sekolah negeri pahangKlasifikasi fail sekolah sekolah negeri pahang
Klasifikasi fail sekolah sekolah negeri pahang
 
5a upsi qss 4013 kesetiausahaan
5a upsi qss 4013 kesetiausahaan5a upsi qss 4013 kesetiausahaan
5a upsi qss 4013 kesetiausahaan
 
Sistem fail-pss-2005
Sistem fail-pss-2005Sistem fail-pss-2005
Sistem fail-pss-2005
 
52423759 pen-gurus-an-fail-pemulihan
52423759 pen-gurus-an-fail-pemulihan52423759 pen-gurus-an-fail-pemulihan
52423759 pen-gurus-an-fail-pemulihan
 
Pengurusan fail kokurikulum ppki
Pengurusan fail kokurikulum ppkiPengurusan fail kokurikulum ppki
Pengurusan fail kokurikulum ppki
 
Tajuk 4 sistem fail dan surat menyurat
Tajuk 4 sistem fail dan surat menyuratTajuk 4 sistem fail dan surat menyurat
Tajuk 4 sistem fail dan surat menyurat
 

Recently uploaded

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 

Recently uploaded (11)

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 

Panduan pembukaan dan penutupan fail latest

  • 1. Siri Pengurusan Rekod Kerajaan PANDUAN PEMBUKAAN DAN PENUTUPAN FAIL ARKIB NEGARA MALAYSIA 2009 1
  • 2. KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT 1. Prakata 4 BAHAGIAN I 2. Pengenalan 2.1 Latarbelakang 4 2.2 Tujuan 5 2.3 Skop 5 2.4 Tafsiran 5-6 BAHAGIAN II 3. Kaedah Pembukaan Fail 3.1 Pembukaan Fail 7-14 3.2 Mencatat butiran di kulit fail 14-16 3.3 Mengkandungkan Lampiran 16-17 3.4 Kad Pergerakan Fail 17-18 3.5 Penyediaan Kertas Minit 18-20 4. Kaedah Penutupan Fail 21-24 5. Kegunaan Sampul Kecil 25 5.1 Fail tak dapat dikesan 25 5.2 Dua orang pegawai menggunakan fail pada masa 25 yang sama 2
  • 3. 6. Kulit fail rosak 26 7. Kesimpulan 26 8. Lampiran: Carta Aliran Kaedah Pembukaan dan 27-33 Penutupan Fail 3
  • 4. 1. PRAKATA oleh Ketua Pengarah Arkib Negara BAHAGIAN I 2. PENGENALAN 2.1. Latarbelakang Fail rasmi kerajaan ialah satu entiti dimana dokumen rasmi kerajaan dimasuk, disusun dengan teratur dan di daftarkan. Entiti ini diberi tajuk spesifik yang berasaskan perkara, aktiviti atau transaksi berdasarkan Klasifikasi Fail dan Kod yang telah ditetapkan. Penggunaan entiti (kulit fail) ini telah dimulakan semasa era pentadbiran British di Tanah Melayu sebagai satu kaedah kawalan yang teratur dan sistematik pada peringkat dokumen dan juga fail. Kaedah kuit fail ini diwarisi oleh Pentadbiran Kerajaan Malaysia sehingga dewasa ini. Kesinambungan ini menjadi asas kepada pengurusan rekod kerajaan yang cekap serta menjadi teras kepada akauntabiliti dan integriti Perkhidmatan Awam. Namun demikian kebelakangan ini jabatan dan agensi kerajaan didapati tidak lagi memberi perhatian yang sewajarnya kepada pengurusan fail terutamanya kepada Kaedah Pembukaan dan Penutupan Fail. 4
  • 5. 2.2 . Tujuan Panduan ini disediakan untuk memberikan penerangan mengenai tatacara dan amalan pembukaan dan penutupan fail rasmi di jabatan dan agensi kerajaan. Penyediaan panduan ini adalah selaras dengan peruntukan seksyen 7 (h), Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629) dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007 Panduan Pengurusan Pejabat: Bahagian VII – Pengurusan Fail. Panduan ini berguna bagi pegawai dan kakitangan yang bertanggung jawab dalam mengendalikan fail rasmi jabatan dan agensi kerajaan serta Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) selaku pegawai penyelia bagi program dan aktiviti pengurusan rekod kerajaan. 2.3. Skop Panduan ini hendaklah diguna pakai oleh Kementerian, Jabatan, Agensi dan syarikat-syarikat kerajaan. Ia meliputi semua rekod-rekod kerajaan yang diwujudkan secara konvensional dan secara elektronik dalam apa jua bentuk dan media. 2.4Tafsiran 2.4.1 Fail Rasmi - Kulit fail (folder) yang diberi tajuk spesifik berdasarkan perkara, aktiviti, transaksi: Klasifikasi Fail, dan Kod Klasifikasi yang ditetapkan dan didaftarkan bagi memudahkan kawalan, penyimpanan, pengesanan dan untuk tindakan selanjutnya. Kulit Fail yang dibuka bagi tujuan makluman dan rujukan peribadi adalah bukan fail rasmi. 5
  • 6. 2.4.2 Kertas Minit – Kertas (format) yang dilampirkan disebelah kiri fail yang mencatatkan butiran dan maklumat lampiran. Kertas minit digunakan untuk memberi arahan atau maklumbalas ringkas ke atas lampiran yang berkenaan. Ia juga boleh digunakan sebagai indeks kepada lampiran yang terkandung di dalam fail. 2.4.3 Sampul Kecil - Kulit fail yang digunakan sebagai fail sementara apabila fail tidak dapat dikesan, lebih daripada seorang pegawai perlu mengambil tindakan segera ke atas fail yang sama. 2.4.4 Fail Kulit Keras - Kulit fail yang digunakan bagi menyimpan dokumen homogenous seperti baucer, resit, borang permohonan, surat pekeliling dan sebagainya. 2.4.5 Buku Daftar Fail – Format yang disediakan bagi mendaftar Fail Rasmi dan Fail Sampul Kecil. 2.4.6 Kad Keluar Fail – Kad pengawalan pergerakan fail yang dilampirkan di dalam fail semasa fail disimpan di Registri. 6
  • 7. BAHAGIAN II 3. KAEDAH PEMBUKAAN DAN PENUTUPAN FAIL Kaedah pembukaan fail meliputi perkara dan aktiviti yang dilaksanakan termasuk pembukaan kulit fail baru, fail sementara, mengkandungkan lampiran, mencatatkan butiran di kertas minit, dan mengawal pergerakan fail. Manakala kaedah penutupan fail meliputi perkara dan aktiviti yang dilaksanakan termasuk mengenalpasti fail-fail yang boleh ditutup, cara penutupan dan pengasingan fail bagi tujuan pelupusan. 3.1 PEMBUKAAN FAIL Surat dan dokumen yang diwujudkan atau diterima hendaklah dikandungkan dengan segera ke dalam fail yang betul supaya ianya mudah dikawal, dikesan dan diambil tindakan. Sebelum kulit fail baru dibuka semak rujukan tuan atau baca isi kandungan surat atau semak klasifikasi fail dan kod klasifikasi. Sekiranya fail berkenaan telah ada, kandungkan surat atau dokumen tersebut ke dalamnya (sila lihat 3.3. Mengkandungkan lampiran ke dalam fail); Sekiranya fail berkenaan belum ada, kulit fail baru hendaklah dibuka. 7
  • 8. 3.1.1 JENIS KULIT FAIL Terdapat beberapa jenis kulit fail yang digunakan oleh jabatan dan agensi Kerajaan. Jenis kulit fail adalah seperti berikut: (i) TERBUKA – kulit berwarna putih (Am 435 - Pin. 1/80); (ii) TERHAD – kulit fail berwarna putih (Am 435 – Pin. 1/80) dengan cop TERHAD; (iii) SULIT – kulit fail berwarna hijau (Am 436); (iv) RAHSIA – kulit fail berwarna merah jambu berpalang merah (Am 437); (v) RAHSIA BESAR – kulit fail berwarna kuning muda, berpalang merah (Am 438); dan (vi) SAMPUL KECIL – kulit fail berwarna kuning (Am 435A – Pin. 1/82). (vii) FAIL KULIT KERAS – terdapat pelbagai jenis. 8
  • 9. Kulit fail TERBUKA Kulit fail TERHAD 9
  • 10. Kulit fail SULIT Kulit fail RAHSIA 10
  • 11. Kulit fail rahsia BESAR 11
  • 12. Fail sampul KECIL Fail kulit KERAS 12
  • 13. 3.1.2 Pembukaan Kulit Fail Baru 3.1.2.1 Semak dan pastikan fail berkenaan sudah dibuka atau pun belum. Kepastian ini penting bagi mengelakkan berlakunya perkara-perkara berikut; (i) Pewujudan dua fail dengan tajuk dan no. rujukan fail yang sama; (ii) Pewujudan dua fail dengan tajuk yang sama tetapi no. rujukan fail yang berlainan; dan (iii) Pewujudan dua fail dengan tajuk berlainan tetapi no. rujukan fail yang sama. 3.1.2.2 Untuk mengelakkan (i, ii dan iii) dari berlaku langkah-langkah berikut hendaklah dilaksanakan: 13
  • 14. (i) Baca isi kandungan surat dengan cermat dan semak perkara utama dalam surat; (ii) Semak Klasifikasi Fail dan Kod Klasifikasi bagi menentukan tajuk fail dan no. rujukan fail; (iii) Buka kulit fail baru menggunakan jenis kulit fail yang sesuai, catatkan tajuk fail dan no. rujukan fail selaras dengan (ii) di atas; dan 3.1.2.3 Tebuk lubang di sudut atas sebelah kiri kulit fail 2.5sm dari penjuru kiri dan atas. 3.1.2.4 Masukkan tali hijau dan kertas minit. 3.1.2.5 Daftarkan fail baru dibuka ke dalam Buku Daftar Fail. 3.2 MENCATATKAN BUTIRAN PADA KULIT FAIL 3.2.1 TAJUK FAIL DAN NO. RUJUKAN FAIL Tajuk fail dan No. Rujukan Fail hendaklah dicatatkan pada kulit fail dengan jelas menggunakan dakwat kekal warna hitam atau biru. (Am 435-Pin. 1/80) ANM600-23/2 ANM600-23/2 Kertas-kertas Yang Berhubung …………………………………….……………………………… …………………………………….………………………………. …………………………………….………………………………. …………………………………….………………………………. …………………………………….………………………………. Didaftarkan di bawah perkara ………………………………………….. ………………………………………….. ………………………………………….. ………………………………………….. ………………………………………….. 14
  • 15. PNB.,K.L. KURSUS PENGURUSAN REKOD Tarikh Kandungan pertama……………….. Tarikh Kandungan Akhir…………………… Dihantar kepada Tarikh dihantar Dihantar kepada Tarikh dihantar Dihantar kepada Tarikh dihantar APABILA FAIL INI TELAH DITUTUP MAKA TINDAKAN SETERUSNYA HENDAKLAH DILAKUKAN DALAM KULIT FAIL BAHARU 3.2.2 KERTAS-KERTAS YANG BERHUBUNG Catatkan no. rujukan fail lain yang ada hubungkait dengan fail ini umpamanya fail dasar, mesyuarat, jawatankuasa, undang-undang, peraturan dan sebagainya bagi tujuan rujuk silang. Disamping itu sekiranya ada rombakan kepada skima klasifikasi fail catatkan nombor rujukan fail lama. 3.2.3 TARIKH KANDUNGAN PERTAMA Catatkan tarikh lampiran (kandungan) pertama di ruang ini. Tarikh lampiran adalah tarikh dokumen atau surat dan bukan tarikh penerimaan atau pun tarikh lampiran dimasukkan ke dalam kulit fail ini. 3.2.4. TARIKH KANDUNGAN AKHIR Catatkan tarikh lampiran (kandungan) terakhir di ruang ini. Tarikh lampiran adalah tarikh dokumen atau surat dan bukan 15 PERKARA
  • 16. tarikh penerimaan atau pun tarikh lampiran dimasukkan ke dalam kulit fail ini. 3.2.5 DIHANTAR KEPADA DAN TARIKH DIHANTAR Butiran ini adalah perihal pergerakan fail. Catatkan dengan jelas singkatan jawatan pegawai atau nama ringkas pegawai yang menggunakan fail ini dan tarikh fail itu diserah kepada beliau. Contoh butiran pergerakan fail Dihantar kepada Tarikh dihantar Dihantar kepada Tarikh dihantar Dihantar kepada Tarikh dihantar KPSUK 3/11/09 PSU1 4/11/09 R 7/11/09 PSU1 17/11/09 R - SDP 30/11/09 PSU1 30/11/09 3.3 MENGKANDUNGKAN LAMPIRAN 3.3.1 Dokumen (lampiran) hendaklah dimasukkan di sebelah kanan fail menggunakan tali hijau. 16
  • 17. 3.3.2 Dokumen terawal hendaklah diberi nombor lampiran 1. Dokumen-dokumen berikutnya akan diberi nombor lampiran 2, 3, dan seterusnya. 3.3.3 Nombor lampiran bagi surat masuk hendaklah ditulis dengan pen berdakwat merah, manakala nombor lampiran bagi surat keluar ditulis dengan pen berdakwat biru atau hitam. Contoh mengkandungkan lampiran . Kutras Minit No. Helaian No. O 11 Kulit Fail 3.4 KAD PERGERAKAN FAIL 3.4.1 Kad pergerakan fail yang digunakan untuk mengawal pergerakan fail hendaklah dimasukkan ke dalam fail di antara 17 O Ruj. Kami:ANM600-23/2 Tarikh: 7 NOVEMBER 2009 Ketua Pengarah Jabatan Inovatif Maalaysia 50568 KUALA LUMPUR Tuan, KURSUS PENGURUSAN REKOD ANJURAN ARKIB NEGARA MALAYSIA Saya adalah diarah merujuk kepada perkara di atas dan sukacita memajukan bersama-sama ini risalah Kursus Pengurusan Rekod untuk makluman dan tindakan tuan. Juga turut dilampirkan ialah borang pencalonan bagi mengikuti kursus tersebut. 2. Semua borang-borang pencalonan untuk mengikuti kursus tersebut hendaklah sampai ke Jabatan ini sebelum “tarikh akhir pencalonan” yang dinyatakan dalam program tersebut. Salinan borang permohonan juga boleh digunakan sekiranya tidak mencukupi. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah,
  • 18. kertas minit dengan lampiran menggunakan tali hijau semasa fail tersebut disimpan di registri. 3.4.2 Apabila fail tersebut diminta oleh pegawai untuk tindakannya kad ini hendaklah dikeluarkan dan dicatatkan butiran pergerakan fail. 3.4.3 Apabila fail dikembalikan ke registri kad ini hendaklah dimasukkan semula ke dalam fail. Contoh catatan butiran pergerakan fail Registri 1 KAD PERGERAKAN FAIL No. Fail : ANM600-23/2 Indeks perkara : LATIHAN Tajuk Fail : KURSUS PENGURUSAN REKOD Dihantar Dihantar Kepada Tarikh Oleh Kepada Tarikh Oleh KPSUK 3/11/09 PSU1 4/11/09 R 7/11/09 PSU1 17/11/09 PSU1 30/11/09 Hendaklah dikandungkan dalam fail sebelum fail disimpan 18
  • 19. 3.5 PENYEDIAAN KERTAS MINIT 3.5.1 Merekodkan surat masuk dan surat keluar Lampiran di dalam fail hendaklah didaftarkan di dalam kertas minit bagi tujuan kawalan pada peringkat dokumen seperti berikut: (i) Lampiran (surat masuk) hendaklah dicatatkan; surat bertarikh, daripada dan dikandungkan pada menggunakan pen dakwat merah sepertit format berikut: Surat bth.______ dpd. ______ d/k pd._______ (ii) Lampiran (surat keluar) hendaklah dicatatkan; surat bertarikh, dihantar kepada dan pada menggunakan pen dakwat biru atau hitam sepertit format berikut: Surat bth.______ d/h kpd. ______ pd._______ Surat bth.______ d/h kpd. ______ pd._______ Format di atas boleh ditulis tangan, ditaip atau menggunakan huruf cap getah (rubber stamp). Nota: Surat iringan (covering letter) sahaja perlu dilampirkan di dalam fail sekiranya dokumen yang diterima itu terlalu tebal, lebar atau dalam format dan medium yang lain seperti laporan, terbitan, buku, gambar, album, vcd, carta, peta, pelan, filem dan sebagainya. Dokumen tersebut hendaklah diberi nombor rujukan fail bagi tujuan 19
  • 20. rujuk silang dan disimpan secara berasingan di tempat yang bersesuaian. 3.5.2 Penulisan Minit Tindakan Kertas Minit boleh digunakan untuk mencatat arahan, keputusan atau maklumbalas ringkas ke atas lampiran yang berkenaan untuk tindakan pegawai. Arahan, keputusan atau maklumbalas ini hendaklah ditulis dengan ringkas, jelas dan dinyatakan ringkasan jawatan pegawai yang diminitkan, tandatangan ringkas penulis minit serta tarikh. Minit tindakan ini boleh ditulis dengan tangan atau ditaip.. Minit tindakan tidak boleh ditulis di atas surat masuk atau surat keluar. 3.5.3 Minit Bebas Sekiranya arahan, keputusan atau maklumbalas ini perlu diperincikan dan melebihi separuh kertas minit ianya hendaklah ditaip di kertas lain sebagai Minit Bebas. Minit Bebas ini hendaklah dikandungkan sebagai lampiran di dalam fail berkenaan dan didaftarkan di dalam kertas minit. Contoh Kertas Minit (Am. 6) Kertas Minit No. ANM600-23/2 Helaian No. Surat bth. 7/11/09 d/h kpd. Jab. Inovasi pd. 10/11/09. Surat bth. 15/11/09 dpd. Jab. Alam Mesra d/k pd.18/11/09 20 1 1 2
  • 21. PNMB., K.L (Kertas Minit ini dalam ukuran Metrik ISO A4 = 210mm x 297 mm) 4. KAEDAH PENUTUPAN FAIL Fail yang telah dibuka dan digunakan perlu ditutup apabila ia memenuhi kriteria berikut: 4.1. Apabila fail sudah tebal mencapai ketebalan 4sm atau kandungannya sudah mencecah 100 lampiran, tindakan baru hendaklah dilakukan di dalam kulit fail baru; 4.2. Apabila fail tidak dapat dikesan ditemui kembali; 4.3. Apabila dokumen dalam fail telah tamat dan tiada tindakan lanjut yang perlu diambil ke atas dokumen tersebut; 4.4. Apabila fail yang tidak lagi dikehendaki untuk pentadbiran harian atau tidak dirujuk dalam masa 5 tahun; 4.5. Apabila ada perubahan pentadbiran atau sesuatu pejabat awam 21
  • 22. adalah tidak berfungsi dan tidak ada lagi pengganti bagi tugas dan fungsi pejabat awam itu; 4.6. Apabila skima klasifikasi fail dirombak semula; Penutupan fail perlu dibuat dengan cara-cara berikut berasaskan kriteria penutupan fail seperti berikut: Contoh penutupan fail bagi 4.1 & 4.2 (Am 435-Pin. 1/80) ANM600-23/2 Kertas-kertas Yang Berhubung ANM600-23/2 Didaftarkan di bawah perkara …………………………………….……………………………… ………………………………………….. …………………………………….………………………………. ………………………………………….. …………………………………….………………………………. ………………………………………….. …………………………………….………………………………. ………………………………………….. …………………………………….………………………………. ………………………………………….. PERKARA PNB.,K.L. KURSUS PENGURUSAN REKOD Tarikh Kandungan pertama……………….. Tarikh Kandungan Akhir…………………… 22
  • 23. Contoh penutupan fail bagi 4.3,4.4 & 4.5 (Am 435-Pin. 1/80) ANM600-23/2 Kertas-kertas Yang Berhubung ANM600-23/2 Didaftarkan di bawah perkara …………………………………….……………………………… ………………………………………….. …………………………………….………………………………. ………………………………………….. …………………………………….………………………………. ………………………………………….. …………………………………….………………………………. ………………………………………….. …………………………………….………………………………. ………………………………………….. PERKARA PNB.,K.L. KURSUS PENGURUSAN REKOD Tarikh Kandungan pertama……………….. Tarikh Kandungan Akhir…………………… 23
  • 24. Contoh penutupan fail bagi 4.6 (Am 435-Pin. 1/80) ANM600-23/2 Kertas-kertas Yang Berhubung ANM600-23/2 Didaftarkan di bawah perkara …………………………………….……………………………… ………………………………………….. …………………………………….………………………………. ………………………………………….. …………………………………….………………………………. ………………………………………….. …………………………………….………………………………. ………………………………………….. …………………………………….………………………………. ………………………………………….. PERKARA PNB.,K.L. KURSUS PENGURUSAN REKOD Tarikh Kandungan pertama……………….. Tarikh Kandungan Akhir…………………… 24
  • 25. 5. KEGUNAAN SAMPUL KECIL 5.1. FAIL TIDAK DAPAT DIKESAN 5.1.1. Apabila surat yang diterima memerlukan tindakan segera tetapi fail tidak dapat dikesan, sampul kecil hendaklah dibuka sebagai fail sementara menggantikan fail yang tidak dapat dikesan (fail asal). 5.1.2. Catatkan tajuk dan no. rujukan fail yang sama seperti fail asal. 5.1.3. Sekiranya fail asal masih tidak dapat dikesan di dalam tempoh 3 bulan atau lampirannya telah tebal (melebihi 1.25sm) atau mana yang terdahulu, satu kulit fail baru hendaklah dibuka dan sampul kecil dimasukkan ke dalam fail baru ini sebagai lampiran. 25
  • 26. 5.1.4. Sekiranya selepas fail baru dibuka dan fail yang tidak dapat dikesan tadi dijumpa semula, fail asal hendaklah ditutup. Fail baru yang dibuka diberi no. Jilid 2 atau seterusnya. 5.2. Dua orang pegawai menggunakan fail pada masa yang sama. 5.2.1. Apabila sesuatu surat perlu diambil tindakan segera oleh lebih daripada seorang pegawai pada masa yang sama, sampul kecil boleh dibuka untuk kegunaan pegawai. 5.2.2. Lampiran yang diperlukan oleh pegawai sahaja yang dibuat salinan dan dimasukkan ke dalam sampul kecil untuk tindakan pegawai berkenaan. 5.2.3. Selepas tindakan selesai, sampul kecil dimasukkan ke dalam fail sebagai lampiran. 6. KULIT FAIL ROSAK Kulit fail yang rosak boleh diganti dengan kulit fail baru. Sekiranya terdapat catitan penting di atas kulit fail yang rosak, kulit hadapan fail berkenaan hendaklah digunting dan dimasukkan ke dalam kulit fail yang baharu dibuka. Sekiranya tidak ada apa-apa catitan penting kulit fail yang rosak itu boleh dimusnahkan. 7. KESIMPULAN Panduan ini diharap dapat memberikan penerangan mengenai kaedah dan amalan pembukaan fail di Jabatan dan Agensi Kerajaan secara jelas dan mudah. Panduan ini hendaklah digunakan oleh pegawai dan kakitangan terutamanya yang bertanggung jawab dalam mengurus dan mengendalikan fail rasmi di jabatan dan agensi masing-masing. 26
  • 27. LAMPIRAN 1 CARTA ALIRAN PEMBUKAAN FAIL Semak klasifikasi fail dan kod klasifikasi Rujuk dengan pegawai pengkelas jika fail terperingkat Buka kulit fail baharu 1. Tebuk Lubang pada kulit fail dan kertas minit 27 Mula
  • 28. 2. Tulis tajuk fail dan no. rujukan fail 3. Masukkan tali hijau dan kertas minit Masukkan lampiran dan catat no. lampiran dan minitkan lampiran pada kertas minit Daftarkan fail baharu dalam Buku Daftar Fail dan sediakan Indeks LAMPIRAN 2 CARTA ALIRAN PENYEDIAAN KERTAS MINIT Sediakan kertas minit. Tebuk lubang dan masukkan tali hijau dan letakkan di sebelah kiri fail. Catatkan butiran: surat bth.___dpd.___ d/k pd.___ atau surat bth.___d/h kpd.___pd.___ surat bth.___d/h kpd.___pd.___ 28 Tamat Mula
  • 29. Sekiranya perlu catatkan minit arahan/keputusan/tindakan kepada pegawai. Sekiranya perlu pegawai yang mengambil tindakan mencatatkan maklumbalas. (Minit Bebas sila lihat perenggan 3.5.3) LAMPIRAN 3 CARTA ALIRAN KAEDAH PENUTUPAN FAIL Pastikan fail memenuhi kriteria penutupan fail Cop atau tuliskan DITUTUP PADA.........(sila lihat contoh di perenggan 4 kaedah penutupan fail) Fail yang ditutup diikat bersama fail baharu selama 3 bulan. Fail yang ditutup dan tidak digunakan lagi diasingkan daripada fail Jilid baharu. 29 Tamat Mula
  • 31. LAMPIRAN 4 CARTA ALIRAN FAIL TIDAK DAPAT DIKESAN Pastikan fail adalah tidak dapat dikesan Lapor kepada Pegawai Penyelia Buka sampul kecil (Fail Sementara) Catatkan tajuk dan no. rujukan fail di kulit sampul kecil sama seperti fail asal Selepas 3 bulan, ketebalan > 1.25 sm buka kulit fail baharu Mula Fail baharu yang dibuka diberi no. jilid 2 atau seterusnya Tutup fail asal Tidak Fail baharu digunakan Fail asal ditemui Masukkan sampul kecil sebagai lampiran seterusnya dalam fail baharu Ya Fail baharu terus digunakan Tamat 31
  • 32. LAMPIRAN 5 CARTA ALIRAN FAIL TIDAK DAPAT DIKESAN BAGI: FAIL ASAL DITEMUI SEBELUM 3 BULAN ATAU FAIL BAHARU BELUM DIBUKA Mula Sekiranya sebelum 3 bulan fail asal ditemui Masukkan sampul kecil ke dalam fail asal selepas lampiran terakhir Fail asal digunakan Tamat 32
  • 33. LAMPIRAN 6 CARTA ALIRAN DUA ORANG PEGAWAI MENGGUNAKAN FAIL YANG SAMA Mula Pastikan kegunaan fail oleh pegawai- pegawai Pegawai menggunakan fail asal Ya Tamat Tidak Buat salinan lampiran yang diperlukan Kandungkan salinan lampiran ke dalam Sampul Kecil Pegawai ambil tindakan Tindakan selesai Masukkan sampul kecil ke dalam fail asal lampiran seterusnya 33
  • 34. LAMPIRAN 7 CARTA ALIRAN KULIT FAIL ROSAK Buka kulit fail baharu Catatkan tajuk fail yang sama dan nombor rujukan fail yang sama pada kulit fail baharu Gunting muka depan kulit fail lama dan masukkan ke dalam kulit fail baharu (sekiranya tiada catatan pada kulit fail lama ianya dimusnahkan) Masukkan semua lampiran fail lama ke dalam kulit fail baharu termasuk kertas minit. Susunan lampiran hendaklah seturut seperti dalam fail lama Nota: Mula Tamat Sebarang pertanyaan, maklumbalas dan cadangan penambahbaikan bolehlah berhubung dengan: Bahagian Dasar dan Penyelarasan Arkib Negara Malaysia Jalan Duta 50568 KUALA LUMPUR (http://www.arkib.gov.my) 34