Panjar wang runcit

9,710 views

Published on

pwr

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
9,710
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
120
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Panjar wang runcit

  1. 1. UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIABBG 33103 – PENGURUSAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN SEKOLAH PANJAR WANG RUNCIT (PWR) NAMA PELAJAR : GHAZALI B JAAFAR CB100009 BADRUL HISHAM BIN MD.KELING CB 100018 MHD & MOHD DARWAZI BIN ABD WAHID CB 100024 PROGRAM : PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB) Pengurusan Sistem Maklumat Dalam Pendidikan PKPGB UTHM
  2. 2. IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENGURUSAN PENDIDIKAN) PENSYARAH : PUAN HJH SAREBAH BINTI WARMAN PANJAR WANG RUNCITPengenalanPanjar wang runcit diwujudkan untuk memudahkan pihak sekolah melakukanpembelian-pembelian runcit dengan segera. Seseorang Pengetua/Guru Besar haruslahmemahami pengendaliannya untuk mengelakkan daripada pembaziran danpenyalahgunaan wang tunai.ObjektifSelepas mengikuti topik ini diharapkan peserta akan dapat: Memahami pengendalian panjar wang runcit Mengenalpasti had perbelanjaan dan kawalan terhadap panjar wang runcit Mengetahui proses mewujudkan panjar wang runcit Menambahbaikan tatacara penyelenggaraan panjar wang runcitDefinisi Adalah sejumlah wang diberi kepada pegawai perakaunan untuk membolehkannya membuat pembayaran kecil yang segera dan perbelanjaan runcit tanpa mempertanggungkannya terlebih dahulu kepada satu vot/mana-mana jenis kumpulan wang yang diselenggarakan. Pengurusan Sistem Maklumat Dalam Pendidikan PKPGB UTHM
  3. 3. PANJAR i. Panjar Gaji - AP 3(a) sekolah-sekolah ii. Panjar 1 / 12 / 3 / 12 - AP 3(b) iii. Panjar Unit - AP 3( c) iv. Panjar Wang Runcit - AP 3(d) dan TPKPS Bab 8 Pengurusan Sistem Maklumat Dalam Pendidikan PKPGB UTHM
  4. 4. PENJELASAN Panjar Wang Runcit sekolah merupakan sejumlah wang pendahuluan yang pada permulaannya dikeluarkan daripada Kumpulan Wang SUWA di bawah butiran yang tidak dikhaskan untuk sesuatu tujuan tertentu seperti kantin atau pelbagai. Bagi sekolah-sekolah yang tidak menyelenggarakan Kumpulan Wang SUWA maka wang pendahuluan Panjar Wang Runcit bolehlah dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Kerajaan butiran LPBT/LPK. Panjar Wang Runcit seboleh-bolehnya digunakan untuk pembelian runcit yang kurang daripada RM50.00 secara tunai. Namun demikian bagi pembelian yang melebihi RM50.00 boleh juga dilakukan secara tunai jika praktik dan berfaedah. Panjar Wang Runcit boleh dibelanjakan untuk semua jenis Kumpulan Wang yang diselenggarakan oleh sekolah. Dengan seberapa yang boleh semua pembayaran bil yang tidak melebihi RM50.00 hendaklah dibuat daripada panjar wang runcit sekolah yang melakukan perbelanjaan itu.PROSES MEWUJUDKAN PWR Kebenaran untuk mewujudkan PWR di sekolah hendaklah diperolehi daripada PTJ masing-masing seperti yang berikut: JENIS SEKOLAH PUSAT TANGGUNGJAWAB Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Sekolah Menengah Teknik Bahagian Teknik & Vokasional Sekolah Rendah/ Menengah Jabatan Pendidikan Negeri Sekolah Harian PTJ Sendiri Jabatan Akauntan Negara, Negeri masing-masing Pengurusan Sistem Maklumat Dalam Pendidikan PKPGB UTHM
  5. 5. Permohonan panjar wang runcit hendaklah dibuat dengan menggunakan boring seperti di lampiran PWR 1 Selepas kelulusan diperolehi, sekolah perlu menyediakan satu baucar bayaran untuk mengeluarkan wang daripada kumpulan wang yang telah diluluskan. Amaun ini, hendaklah ditunjukkan sebagai pendahuluan dari kumpulan wang SUWA/Kerajaan dan dicatatkan sebagai aset dalam Lembaran Imbangan bagi akaun yang berkenaan. Paras Panjar wang runcit boleh ditambah apabila perlu tertakluk kepada kelulusan pusat tanggungjawab masing-masing. Setiap permohonan tambahan hendaklah disertakan rekupmen PWR tiga (3) bulan berturutan dengan menggunakan boring seperti di Lampiran PWR 2.TATACARA PENYELENGGARAAN PANJAR WANG RUNCITBuku Tunai Panjar Wang RuncitSegala urusniaga tunai hendaklah direkodkan ke dalam buku tunai PWR seperti diLampiran PWR 3. Sebagai satu kawalan dalaman Pengetua/Guru Besar hendaklah mengeluarkan satu surat penurunan kuasa secara rasmi bagi pegawai yang mengendalikan PWR seperti di Lampiran PWR 4 (AP 69)Merekodkan Penerimaan Sebaik sahaja cek untuk panjar wang runcit dikeluarkan daripada Kumpulan Wang berkenaan (Pendahuluan/Rekupmen) butir-butir berikut hendaklah dicatatkan di bahagian penerimaan di buku Tunai PWR dengan maklumat berikut: i. Tarikh ii. Perihal (Pendahuluan/Rekupmen) iii. No. Baucer ( yang menyokong pengeluaran cek) iv. No. Cek v. Amaun Pengurusan Sistem Maklumat Dalam Pendidikan PKPGB UTHM
  6. 6. Pembayaran Sebelum sesuatu pembayaran di buat daripada panjar wang runcit, buku tunai sekolah perlu dirujuk untuk memastikan peruntukan bagi butiran- butiran perbelanjaan berkenaan adalah mencukupi. Setiap pembayaran daripada panjar wang runcit hendaklah disokong dengan baucer kecil yang bernombor siri berturutan ( sila rujuk Lampiran PPWR 5 ). Setiap baucer kecil hendaklah disahkan dan diluluskan oleh Pengetua/Guru Besar. Bil-bil tunai boleh diterima sebagai baucer kecil, tetapi bil-bil ini perlu disahkan oleh Pengetua/Guru Besar dan diberikan nombor secara berturutan mengikut siri baucer kecil. Baucer asal rekupmen disimpan di dalam fail baucer kumpulan wang berkaitan. Baucer salinan rekupmen berserta baucer kecil dan dokumen- dokumen sokongan hendaklah disimpan dengan siri baucer yang sama dalam fail PWR.Merekod Pembayaran Setiap pembayaran daripada panjar wang runcit hendaklah dicatatkan di Bahagian Pembayaran Buku Tunai Panjar Wang Runcit seperti yang berikut: o Tarikh pembelian dibuat o Perihal pembelian o Nombor baucer kecil o Jumlah pembayaran mengikut jenis-jenis peruntukan o Jumlah Besar o Jumlah pembayaran mengikut kumpulan wang (sila rujuk Lampiran PWR 3). Pengurusan Sistem Maklumat Dalam Pendidikan PKPGB UTHM
  7. 7. Rekupmen Rekupmen ialah proses mendapatkan semula wang yang telah dibelanjakan melalui panjar wang runcit. Tujuannya adalah untuk mencukupkan semula paras panjar wang runcit dengan mengenakan perbelanjaan kepada butiran-butiran dalam kumpulan wang berkaitan Pihak sekolah perlu mengawasi baki panjar wang runcit. Apabila baki wang tersebut hampir habis, buku tunai panjar wang runcit hendaklah diimbangkan dan jumlah yang telah dibelanjakan hendaklah direkupkan. Recupmen boleh dibuat lebih daripada sekali dalam sesuatu bulan. Perbelanjaan yang direkup itu, hendaklah dikenakan kepada butiran perbelanjaan dibawah kumpulan wang berkaitan. Jika perbelanjaan melibatkan lebih daripada satu kumpulan wang, maka rekupmen perlulah dibuat dengan menyediakan baucer bayaran bagi setiap kumpulan wang. Apabila cek-cek rekupmen ditunaikan, catatan perlu dibuat di Bahagian Penerimaan Buku Tunai Panjar Wang Runcit.KAWALAN TERHADAP PANJAR WANG RUNCIT Pastikan Panjar Wang Runcit hanya digunakan untuk tujuan pembelian runcit seperti setem, minyak mesin rumput, fotostat, dan lain-lain perbelanjaan yang wajar dan tidak melebihi RM50.00 serta disahkan oleh Pengetua/Guru Besar. Pastikan pemeriksaaan terhadap kedudukan PWR dilaksanakan oleh Pengetua/Guru Besar sama ada sebulan sekali atau semasa proses rekupmen. Pemeriksaan ini bertujuan untuk mempastikan: Baki wang dalam tangan bersamaan dengan baki yang dinyatakan di dalam buku tunai PWR. Pengurusan Sistem Maklumat Dalam Pendidikan PKPGB UTHM
  8. 8. Jumlah wang dalam tangan dicampur dengan semua baucer kecil yang belum direkup hendaklah sama dengan paras panjar yang diluluskan. Pastikan tandatangan Pengetua/Guru Besar terdapat dalam Buku Tunai PWR sebagai bukti semakan ini telah dijalankan. Apabila PWR dikendalikan sendiri oleh Pengetua/Guru Besar, pemeriksaan ini hendaklah dijalankan oleh pegawai yang dilantik di sekolah berkenaanPENUTUPAN BUKU TUNAI PANJAR WANG RUNCIT Pastikan buku Tunai PWR ditutup dan diimbangkan. Pastikan rekupmen dibuat sebelum/pada 31 Disember supaya baki PWR adalah bersamaan dengan pendahuluan PWR yang diluluskan. Baki wang dalam tangan akan ditunjukkan sebagai asset/harta di Lembaran Imbangan bagi penyata kewangan kumpulan wang yang berkenaan. Pengurusan Sistem Maklumat Dalam Pendidikan PKPGB UTHM
  9. 9. PENYATA KEDUDUKAN PANJAR WANG RUNCIT AKHIR TAHUN Sediakan satu penyata/Sijil PWR seperti di bawah, disediakan sebelum atau pada 31 Disember setiap tahun kewangan: a. Baki wang dalam tangan RM XXX b. Perbelanjaan Panjar Runcit yang belum direkupkan mengikut jenis-jenis kumpulan wang Kumpulan Wang Kerajaan RM XXX Kumpulan Wang SUWA RM XXX Kumpulan Wang Asrama RM XXX RM XXX Jumlah Panjar wang runcit seperti pendahuluan panjar RM XXX dikeluarkan Yang dilulus oleh Pusat TanggungjawabTATACARA MEMPERAKUKAN PANJAR WANG RUNCIT YANG TIDAKDIREKUPKAN PADA PADA 31 DISEMBER Sekiranya wang pendahuluan panjar dikeluarkan daripada Kumpulan Wang SUWA dan keseluruhan amaun yang belum direkup ialah perbelanjaaan wang SUWA maka tindakan seperti yang berikut hendaklah dilakukan. o Baki wang dalam tangan hendaklah ditunjukkan sebagai aset di Lembaran Imbangan Kumpulan Wang SUWA. o Amaun yang belum direkup hendaklah diambilkira dalam penyata pendapatan dan perbelanjaan sebagai perbelanjaan dalam tahun semasa. Sekiranya wang pendahuluan panjar dikeluarkan daripada Wang SUWA dan amaun yang belum direkupkan merupakan perbelanjaan yang melibatkan lebih daripada satu kumpulan, maka tindakan berikut perlulah diambil: Pengurusan Sistem Maklumat Dalam Pendidikan PKPGB UTHM
  10. 10. o Baki wang dalam tangan hendaklah ditunjukkan sebagai aset/harta diLembaran Imbangan di kumpulan Wang SUWA. o *Amaun yang belum direkupkan daripada kumpulan Wang Kerajaan/Asrama (mengikut perbelanjaan yang telah dibuat) o Jumlah perbelanjaan seperti di butiran atas (*) hendaklah ditunjukkan sebagai ‘Akaun Belum Terima” dalam Lembaran Imbangan di bawah aset/harta di kumpulan Wang SUWA daripada Kumpulan Wang Kerajaan/Asrama. o Jumlah ini perlu ditunjukkan sebagai ;akaun Belum Bayar”di Lembaran Imbangan Kumpulan Kerajaan/Asrama di bawah liabiliti/tanggungjawab kepada PWR di Kumpulan Wang SUWA (sila rujuk Lampiran PWR 6)MENYIMPAN SELAMAT WANG RUNCIT Pengetua/Guru Besar/Pegawai yang diberi kuasa hendaklah menyimpan wang tunai dengan selamat dalam peti besi/cabinet berkunci.KESIMPULAN Pengendalian panjar wang runcit memudahkan pihak sekolah melakukankan pembelian-pembelian runcit yang segera dan kurang daripada RM50.00 secara tunai. Pengetua/Guru Besar hendaklah mengendalikan urusan panjar wang runcit ini dengan teratur dan sempurna supaya mengelakkan daripada penyalahgunaan supaya mengelakkan dariapada penyalahgunaan, pembaziran, dan kehilangan wang tunai. Kegagalan mengendalikan akaun panjar wang runcit dengan baik akan mengakibatkan dan memberi kesan kepada penyediaan penyata kewangan tahunan sekolah. Untuk tujuan ini, panjar wang runcit perlulah diimbangkan dan didapatkan semula sepenuhnya sebelum atau pada 31 Disember. Pengurusan Sistem Maklumat Dalam Pendidikan PKPGB UTHM
  11. 11. LAMPIRAN Pengurusan Sistem Maklumat Dalam Pendidikan PKPGB UTHM

×