SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
Download to read offline
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
PARIT RAJA, BATU PAHAT, JOHOR

KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS
BBR 36903
(TUGASAN INDIVIDU)
Perkembangan Bayiku
Seksyen
Pensyarah
Nama
No. Matrik
Ijazah

Sains Seksyen 1 (PPG)
En. Ghazally bin Spahat
En. Zainudin bin Abu Bakar
(DB100311)
Sarjana Muda Pendidikan
(SR) Dengan Kepujian
30/11/2013

Tarikh Hantar

1
Perkembangan bayi 0 hingga 6 bulan

Tajuk : Perkembangan Bayiku
Nama Bayi : Muhammad Zhariff Rizqin bin Zainudin
Lokasi : Batu Pahat, Johor
Tarikh : 13/5/2013 dan 13/11/13
Masa: 4.45 pagi
Kamera :
Nama : Canon PowerShot A3300 iS

Resolution: 16 megapixels
Optical Sensor Type CCD
Total Pixels : 16,400,000 pixels
Effective Sensor Resolution : 16,000,000 pixels
Optical Sensor Size : 1/2.3"
Optical Zoom: 5 x
2
Perkembangan Bayi Anda Yang Baru Lahir
Bayi anda yang baru lahir mungkin kelihatan "mengerekot" dengan tangan dan kakinya
belum betul-betul lurus. Ini adalah normal, dan tangan dan kakinya akan melurus apabila dia
bertambah selesa dengan keadaan di luar perut anda. Jika kakinya kelihatan melengkung
bengkok, jangan bimbang. Ini adalah sebahagian dari proses meregang dan akan membetul
dengan sendirinya apabila dia berusia lima atau enam bulan.
Menjelang akhir bulan, bayi anda akan dapat mengangkat kepalanya untuk seketika
apabila dia berbaring atas perutnya dan mungkin boleh memusingkan kepala dari sisi ke sisi.
Pergerakan yang tersentak-sentak akan menjadi lebih lancar apabila sistem urat sarafnya menjadi
lebih matang. Namun begitu, refleksnya yang masih primitif, seperti menghisap dan mengunyah
tangannya, masih dominan.
Bayi baru lahir masih sedang mengubahsuaikan diri kepada dunia baru yang sangat
berbeza daripada keadaan dalam rahim yang selesa, hangat dan selamat dan inilah sebabnya
kebanyakan bayi amat gemarkan bedungan - dibalut selamat dalam selimutnya.

Dikuasai Oleh Kelaparannya
Makanan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan bayi baru lahir dan tidur
adalah yang kedua penting. Kebanyakan bayi baru lahir akan menyusu dua atau tiga jam sekali
siang dan malam.
Pola tidur bayi seperti itu juga. Kebanyakan bayi baru lahir tidur sejumlah 16 hingga 17
jam dalam masa 24 jam tetapi ini meliputi jumlah tidur yang tidak panjang masanya sebanyak
lebih kurang lapan kali.
Menjelang akhir bulan, bayi anda akan dapat menunjukkan satu pola menyusu dan tidur
yang agak tetap. Namun begitu, anda mungkin tidak mendapati sebarang pola yang tetap untuk
beberapa bulan lagi.

3
Menangis Bentuk Komunikasi Utama
Kini, bayi anda belum lagi menunjukkan sebarang personaliti - atau apa yang kita boleh
kenali sebagai personaliti. Tetapi dia giat mengekspresikan dirinya dengan cara yang paling
diketahuinya iaitu menangis. Dia menghabiskan masanya dengan melalui dan merentasi
beberapa alam mengantuk, berjaga senyap dan berjaga aktif.
Sesudah melalui trauma kelahiran, dia sekarang sedang cuba menguruskan kebanjiran
pelbagai rangsangan.
Pada bulan ini bayi anda akan menjadi senyap dan tenang apabila anda bercakap
dengannya dengan suara lembut dan apabila anda menegakkan badannya. Dia mungkin juga
mengeluarkan bunyi "ah" apabila dia mendengar suara anda dan melihat muka anda.
Kebanyakan bayi suka dipeluk, dibelai, dicium, diusap, diurut dan didukung. Sentuhan adalah
cara penting bagi anda berkomunikasi dengan bayi anda.

Dia Hanya Melihat Wajah Anda
Penglihatan bayi anda masih kabur dan samar-samar. Muka anda adalah yang paling
menarik baginya pada masa ini selain dari objek yang berkontras. Inilah sebabnya mainan hitam
dan putih dan mainan gantungan diperkenalkan. Sebenarnya, jangkauan penglihatan bayi baru
lahir hanya dalam lebih kurang 30sm. Dalam erti kata lain bayi anda dapat melihat muka orang
yang mendukungnya dengan jelas tetapi tak boleh nampak lebih jauh dari itu.
Kajian menunjukkan bahawa bayi lebih suka melihat muka orang daripada lain-lain pola
atau warnaan. Oleh itu, letakkan muka anda berhampiran dengan dengan bayi anda supaya dia
boleh mengkaji raut muka, hidung, mata dan mulut anda, dan bercakaplah dengannya.

4
Pembelajaran Bermula Dengan Serta-merta
Anda mungkin memerhatikan ada masa tertentu di mana bayi anda yang baru lahir itu
senyap dan berjaga. Ini adalah masa yang prima untuk pembelajaran. Gunakan masa-masa ini
untuk bermain dan bercakap dengan bayi anda. Tetapi, jika anda cuba berinteraksi dengannya
dan dia tidak begitu responsif, dia mungkin terlalu mengantuk atau telah berganjak masuk ke
alam berjaga aktifnya.
Dari saat awal ini lagi, bayi telah boleh mengecam muka dan gerak isyarat secara intuitif
-- dan ada kalanya dia mengajuk gerak-geri ini. Berilah bayi anda yang baru lahir peluang untuk
meniru dan mencontohi ekspresi muka anda dengan meletakkan muka anda dekat dengan
mukanya dan menjeler lidah atau meninggikan alis mata anda beberapa kali. Kemudian ulangi.
Berikan dia sedikit masa untuk meniru ekspresi anda. Dia mungkin tidak memberi respon
dengan serta merta, atau mungkin dia tidak berbuat apa-apa, tetapi, anda tak perlu ragu sebab dia
pasti memerhatikan anda.

Bermain Dengan Bayi Baru Lahir Anda
Mainan gantungan yang mempunyai pola berkontras tinggi dan buku-buku bergambar
yang mempunyai lukisan berlakar terang akan menakjubkan bayi anda. Tapi, awasilah reaksi
bayi anda terhadap rangsangan dan interaksi. Walaupun memang baik bagi anda membantu dia
mempelajari tentang dunianya, setengah bayi hanya boleh menmanfaatkan interaksi untuk masa
yang pendek sahaja, atau rangsangan terhadap satu deria sahaja pada sesuatu masa.
Bayi anda akan menunjukkan yang dia dirangsang berlebihan dengan menguap, mengalih
pandangannya, melengkuk badannya, memusing kepalanya, meragam atau menangis. Dia juga
akan memberitahu anda apa yang disukainya dan percayalah anda akan memahami isyaratisyaratnya dalam sedikit masa sahaja.
Bayi kagum akan refleksi mereka sendiri. Anda boleh menghiburkannya dengan
meletakkan cermin bayi yang tidak boleh pecah di katilnya untuk dia bertatapan. Dia belum lagi
dapat mengenali dirinya sendiri tetapi akan memerhatikan pergerakan dalam cermin pada masa5
masa tertentu. Gim mainan yang dilengkapi dengan barang yang mampu menambat minat,
barang yang boleh dipukul dan mengeluarkan bunyi membolehkan bayi anda melatih kemahiran
mengkoordinasikan lengan, tangan dan jarinya -- dan dapat mengurangkan kebosanan berbaring.
Pada bulan-bulan pertama, dia belum lagi boleh mengerakkan tangannya secara sedar
untuk mencapai objek tertentu – pergerakan seperti ini datangnya kemudian, pada usia empat
atau lima bulan.

Adakah Bayi Saya Berkembang Secara Normal?
Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat
pencapaian fizikalnya mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Semua di atas hanya
merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan
sekarang, mungkin tidak lama lagi.
Dan sekiranya bayi anda dilahirkan pramatang, anda mungkin mendapati bahawa dia
memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu yang telah dapat dilakukan oleh
bayi sama usia dengannya. Sebab itu, kebanyakan bayi yang dilahir pramatang diberi dua kiraan
usia oleh pakar pediatrik – usia mengikut kronologi (dikira dari tarikh lahir) dan usia yang
diubahsuai (dikira dari tarikh dia dijangka lahir).
Anda harus mengukur perkembangan bayi anda berdasarkan usia yang telah diubahsuai,
bukan usia kronologinya. Jangan bimbang, kebanyakan doktor menilai perkembangan bayi
pramatang berpandukan tarikh dia sepatutnya dilahirkan dan menilai tahap pencapaian
kemahirannya dari tarikh itu.

6
Beberapa jam selepas lahir ke dunia

Perkembangan bayi anda yang berusia 6 Bulan
Apabila bayi anda berusia kira-kira enam bulan (kadangkala lebih lambat dari ini),
kemahiran mengawal gerak tangan bagi bayi anda telah berkembang secukupnya untuk
membolehkan dia menarik objek kepadanya.
Apabila bayi anda sudah pandai meragut alat mainan, dia akan mula mengasahkan
kemahiran memindahkan alat mainan dari satu tangan ke tangan yang lain secara berulang-ulang
kali. Juga, bayi anda akan mendapati bahawa melepas dan menjatuhkan sesuatu objek sama
seronok dengan mengutipnya kembali.
Apabila bayi anda memahami konsep sebab dan akibat, dunia bayi anda menjadi lebih
menarik baginya dan dunia anda akan menjadi semakin tidak teratur.

Fasih Dengan Tangan Kiri (kidal) Atau Kanan?
Masih terlalu awal untuk mengatakan sama ada bayi anda akan lebih gemar
menggunakan tangan kanan atau kiri (kidal). Pada tahap ini, kebanyakan bayi kelihatan gemar
menggunakan sebelah tangannya dahulu dan kemudian bertukar menggunakan tangan yang lagi
7
satu. Kecenderungan menggunakan tangan kiri atau kanan sebenarnya tidak boleh ditentukan
sehingga dia berumur dua atau tiga tahun.

Belajar Bergolek
Pada usia ini, kebanyakan bayi telah belajar bergolek ke setiap arah, dan ini adalah satu
pencapaian dalam perkembangannya yang mungkin menghiburkan anda dan juga bayi anda.
Walaupun bayi anda amat seronok untuk bergolek, ianya boleh menyebabkan
kebimbangan bagi diri anda. Letakkan tangan atas badan bayi anda semasa menukar lampinnya,
dan jangan sekali-kali meninggalkan bayi anda berseorangan atas katil atau mana-mana tempat
tinggi. Jika anda menggunakan meja untuk menyalin pakaian bayi selama ini, sekarang ini
adalah lebih baik bagi anda menyalin pakaiannya di atas lantai saja.

Bayi Anda Walaupun Kecil Suka Bersosial
Pada usia ini, bayi anda bukan hanya membenarkan perhatian daripada orang lain, malah,
mereka juga akan selalu menggalakkannya. Walaupun tidak lama lagi anda mungkin menyedari
bahawa bayi anda sudah mula menunjukkan sifat takutkan orang yang tidak dikenali, namun,
bayi berusia enam bulan masih lagi bersikap tidak memilih: sesiapa sahaja yang mendekati bayi
anda dengan muka mesra atau tersenyum akan menggembirakan bayi anda dan akan terus
menjadi kawannya. Tetapi, janganlah bimbang – dia masih memerlukan dan mendambakan
perhatian penuh daripada anda.
Bayi anda juga akan menyedari bahawa semua kelakuannya, sama ada yang disukai anda,
maupun yang tidak disukai, semuanya diperhatikan oleh anda, jadi bermula dari sekarang (dan
bagi tahun-tahun yang akan datang) bayi anda akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan
perhatian anda. Pada masa ini, segala yang dilakukan oleh bayi anda semuanya menimbulkan
keseronokan bagi anda, tetapi semakin dia membesar, semakin nakallah perangainya sematamata untuk mendapat reaksi daripada anda. Cuma, jangan lupa untuk memberi reaksi yang hebat
apabila dia melakukan sesuatu yang sesuai dan digemari anda.
8
Ada satu perkara yang menjadi semakin jelas: bayi anda akan mula mempelbagaikan
taktiknya untuk mendapatkan perhatian, selain dari menangis. Jadi, janganlah hairan jika bayi
anda berusaha seberapa boleh untuk mendapatkan perhatian anda, sama ada menggeliatgeliatkan badan, membuat pelbagai bunyi-bunyian atau yang lain.
Dalam masa tiga bulan yang akan datang, bayi anda akan memperoleh cara yang
tersendiri dan unik untuk memberitahu anda apa yang dia sedang fikirkan, mahukan dan
perlukan.

Main Mainan Jenis Bergilir-gilir
Bayi berusia enam bulan gemar bermain mainan bergilir-gilir, terutamanya yang
melibatkan bunyi dan bahasa. Sekali-sekala, biarkan bayi anda mengambil giliran dahulu dalam
mainan, dan tirulah sebutan yang dibuat olehnya. Bila tiba giliran anda memulakan mainan, cara
terbaik untuk mengajar anak anda – dan membuat dia ketawa pada masa yang sama – adalah
dengan membuat bunyi-bunyi haiwan ("kuek-kuek," "bow-wow" dan sebagainya).

Bayi Anda Yang Suka Membebel
Apabila bayi anda berusia enam bulan, dia akan melihat dan mendengar apa yang ada
dalam

persekitarannya

hampir

sama

sebagaimana

anda

mengalaminya.

Kebolehan

komunikasinya juga berkembang dengan pantas, meliputi jeritan keriangan, bunyi-bunyi
keseronokan, bunyi seperti opera mengubah oktaf dan mengagah. Pada usia ini, lebih kurang
separuh daripada bayi akan mengagah, dengan mengulangi satu suku kata seperti "ba," "ma,"
"ga," atau mengulangi beberapa gabungan konsonan dan vokal.
Ada juga bayi yang menambah satu atau dua suku kata yang lain, menjadikan bunyinya
lebih kompleks. Anda boleh memberikan galakan kepada bayi anda dengan mengagah bersamasama dengannya dan membuatkan ini satu permainan ("Biri-biri berbunyi, 'baaa,'" atau
"Kambing berbunyi, 'maaa,'" dan sebagainya) atau memberi perhatian rapi kepada apa yang

9
diperkatakan seakan-akan anda faham semua yang dikatakannya dan mendapati semuanya amat
menarik.
Bayi anda boleh juga mengenalpasti nada dan suara yang berbeza dan sekarang mungkin
akan menangis apabila anda bercakap kasar dengannya.
Satu cara yang pasti membuatkan bayi anda gembira adalah dengan mengisi gelas tiga
suku penuh dan menggunakan straw untuk meniup-niup buih. Bukan saja bunyi tetapi gambaran
itu juga akan membuatkan dia ketawa.

Merangsang Derianya
Bayi anda menggunakan semua derianya untuk mengeksplorasi dan mempelajari tentang
dunianya. Pastikan dia mempunyai banyak barang-barang yang selamat di sekitarnya untuk
disentuh, dimain-main dengan mulut dan dimanipulasikan. Dia akan gembira memicit bola getah
lembut, menepuk kepingan bulu tiruan, menggigit gegelang gigi yang dingin dan mendengar
bunyi loceng dalam anak patung lembut berbentuk haiwan.

Gembira Semasa Mendengar Cerita
Membaca kepada bayi anda kini akan merupakan aktiviti yang berjaya sebab dia akan
terhibur melihat gambar-gambar yang terang sambil bergelung dalam pangkuan anda. Tidak kira
berapa umur anak anda, sudah tentu membaca memberikan peluang untuk memeluk dan
bersosial sesama yang bermanfaat kepada bayi dan ibu bapa.

Adakah Bayi Saya Berkembang Secara Normal?
Harus diingati bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat
pencapaian sosialnya mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Apa yang disebutkan di atas
merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan
sekarang, mungkin tidak lama lagi.
10
Dan sekiranya bayi anda dilahirkan pramatang, anda mungkin mendapati bahawa bayi
anda memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu yang telah dapat dilakukan
oleh bayi sama usia dengannya. Jangan bimbang. Kebanyakan doktor menilai perkembangan
bayi pramatang bukan berpandukan masa dia dilahirkan malah masa dia sepatutnya dilahirkan
dan menilai tahap pencapaian kemahirannya sewajarnya bermula dari tarikh itu.

11
FAKTA SAINS YANG MENARIK TENTANG BAYI ANDA
1.

Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.

2.

Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud
sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

3.

Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300
tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4.

Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

5.

Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

6.

Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

7.

Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan
digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8.

Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan
bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

9.

Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh
membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

10.

Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan
degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

12
11.

Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 1620 nafas seminit.

12.

Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

13.

Mendengarkan musik klasikal menambah kepintaran bayi.

14.

Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

15.

Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan
senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

16.

Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan
hilang dengan cepatnya.

13
Rujukan
http://www.parenting.co.id/article/bayi/kenali.perkembangan.bayi.dari.012.bulan/001/002/178
http://www.ayahbunda.co.id/Artikel/Gizi+dan+Kesehatan/10.tahapan.penting.perkembangan.bayi/001
/001/1680/2/emosi/4
http://bidanku.com/dunia-balita/perkembangan-bayi/
http://pama.karangkraf.com/bayi/perkembangan-bayi-dari-lahir-hingga-dua-tahun-1.109901
http://www.slideshare.net/ghazally/21stcenturyeducator

http://www.scribd.com/doc/173725769/Kemahiran-Proses-Sains
http://www.scribd.com/doc/173726897/Kemahiran-Saintifik
http://bayibarulahir.blogspot.com/2012/02/perkembangan-bayi.html

http://www.scribd.com/doc/173725253/Tahap-Pencapaian-Dan-Pelaksanaan-Kemahiran-ProsesSains-Dalamhttp://www.babycenter.com.my/a1038313/perkembangan-bayi-anda-yang-baru-lahir

14

More Related Content

Similar to PERKEMBANGAN BAYI

6 Aspek Perkembangan Anak.docx
6 Aspek Perkembangan Anak.docx6 Aspek Perkembangan Anak.docx
6 Aspek Perkembangan Anak.docxsdnkaretan
 
Latar belakang jean piaget
Latar belakang jean piagetLatar belakang jean piaget
Latar belakang jean piagetluqmanazhar4
 
DENVER DEVELOPMENTAL SCREENING TEST.docx
DENVER DEVELOPMENTAL SCREENING TEST.docxDENVER DEVELOPMENTAL SCREENING TEST.docx
DENVER DEVELOPMENTAL SCREENING TEST.docxFisioOkFisio
 
Reflek primitif pada bayi baru lahir
Reflek primitif pada bayi baru lahirReflek primitif pada bayi baru lahir
Reflek primitif pada bayi baru lahirKANDA IZUL
 
Kuesioner pra-skrining-perkembangan-kpsp
Kuesioner pra-skrining-perkembangan-kpspKuesioner pra-skrining-perkembangan-kpsp
Kuesioner pra-skrining-perkembangan-kpspans.surya ans
 
Kuesioner Pra Skrining Perkembangan Anak 0-6 Tahun
Kuesioner Pra Skrining Perkembangan Anak 0-6 TahunKuesioner Pra Skrining Perkembangan Anak 0-6 Tahun
Kuesioner Pra Skrining Perkembangan Anak 0-6 TahunUswatun Nisa
 
Menumbuhkan Kebiasaan Tidur yang Baik
Menumbuhkan Kebiasaan Tidur yang BaikMenumbuhkan Kebiasaan Tidur yang Baik
Menumbuhkan Kebiasaan Tidur yang Baik24hourparenting
 
Pertumbuhan fisik & motorik anak usia dini, kanak-kanak dan masa remaja
Pertumbuhan fisik & motorik anak usia dini, kanak-kanak dan masa remajaPertumbuhan fisik & motorik anak usia dini, kanak-kanak dan masa remaja
Pertumbuhan fisik & motorik anak usia dini, kanak-kanak dan masa remajaDita Yuniarti
 
Pengkajian data pada balita, dan Anak Prasekolah
Pengkajian data pada balita, dan Anak PrasekolahPengkajian data pada balita, dan Anak Prasekolah
Pengkajian data pada balita, dan Anak Prasekolahpjj_kemenkes
 
TOILET_TRAINING.ppt
TOILET_TRAINING.pptTOILET_TRAINING.ppt
TOILET_TRAINING.pptUmegaXGam
 
Kb3 konsep dasar asuhan neonatus bayi, balita dan anak pra sekolah
Kb3 konsep dasar asuhan neonatus bayi, balita dan anak pra sekolahKb3 konsep dasar asuhan neonatus bayi, balita dan anak pra sekolah
Kb3 konsep dasar asuhan neonatus bayi, balita dan anak pra sekolahpjj_kemenkes
 
1-bayi0-1tahun-180511073652.pptx
1-bayi0-1tahun-180511073652.pptx1-bayi0-1tahun-180511073652.pptx
1-bayi0-1tahun-180511073652.pptxRhoyLase
 
Presentation individu(perkembangan mata)
Presentation individu(perkembangan mata)Presentation individu(perkembangan mata)
Presentation individu(perkembangan mata)mohamaddinie91
 
TEKNOLOGI PENDIDIKAN(perkembangan mata)
TEKNOLOGI PENDIDIKAN(perkembangan mata)TEKNOLOGI PENDIDIKAN(perkembangan mata)
TEKNOLOGI PENDIDIKAN(perkembangan mata)mohamaddinie91
 

Similar to PERKEMBANGAN BAYI (20)

6 Aspek Perkembangan Anak.docx
6 Aspek Perkembangan Anak.docx6 Aspek Perkembangan Anak.docx
6 Aspek Perkembangan Anak.docx
 
Latar belakang jean piaget
Latar belakang jean piagetLatar belakang jean piaget
Latar belakang jean piaget
 
DENVER DEVELOPMENTAL SCREENING TEST.docx
DENVER DEVELOPMENTAL SCREENING TEST.docxDENVER DEVELOPMENTAL SCREENING TEST.docx
DENVER DEVELOPMENTAL SCREENING TEST.docx
 
Ppt bu diana copy-1
Ppt bu diana   copy-1Ppt bu diana   copy-1
Ppt bu diana copy-1
 
Reflek primitif pada bayi baru lahir
Reflek primitif pada bayi baru lahirReflek primitif pada bayi baru lahir
Reflek primitif pada bayi baru lahir
 
Kuesioner pra-skrining-perkembangan-kpsp
Kuesioner pra-skrining-perkembangan-kpspKuesioner pra-skrining-perkembangan-kpsp
Kuesioner pra-skrining-perkembangan-kpsp
 
Kuesioner Pra Skrining Perkembangan Anak 0-6 Tahun
Kuesioner Pra Skrining Perkembangan Anak 0-6 TahunKuesioner Pra Skrining Perkembangan Anak 0-6 Tahun
Kuesioner Pra Skrining Perkembangan Anak 0-6 Tahun
 
Bau Tangan
Bau TanganBau Tangan
Bau Tangan
 
Menumbuhkan Kebiasaan Tidur yang Baik
Menumbuhkan Kebiasaan Tidur yang BaikMenumbuhkan Kebiasaan Tidur yang Baik
Menumbuhkan Kebiasaan Tidur yang Baik
 
Pertumbuhan fisik & motorik anak usia dini, kanak-kanak dan masa remaja
Pertumbuhan fisik & motorik anak usia dini, kanak-kanak dan masa remajaPertumbuhan fisik & motorik anak usia dini, kanak-kanak dan masa remaja
Pertumbuhan fisik & motorik anak usia dini, kanak-kanak dan masa remaja
 
Bayi
BayiBayi
Bayi
 
Perkembangan Sensorik
Perkembangan SensorikPerkembangan Sensorik
Perkembangan Sensorik
 
Pengkajian data pada balita, dan Anak Prasekolah
Pengkajian data pada balita, dan Anak PrasekolahPengkajian data pada balita, dan Anak Prasekolah
Pengkajian data pada balita, dan Anak Prasekolah
 
Panduan assgmnt jean piaget
Panduan assgmnt jean piagetPanduan assgmnt jean piaget
Panduan assgmnt jean piaget
 
TOILET_TRAINING.ppt
TOILET_TRAINING.pptTOILET_TRAINING.ppt
TOILET_TRAINING.ppt
 
Kb3 konsep dasar asuhan neonatus bayi, balita dan anak pra sekolah
Kb3 konsep dasar asuhan neonatus bayi, balita dan anak pra sekolahKb3 konsep dasar asuhan neonatus bayi, balita dan anak pra sekolah
Kb3 konsep dasar asuhan neonatus bayi, balita dan anak pra sekolah
 
1-bayi0-1tahun-180511073652.pptx
1-bayi0-1tahun-180511073652.pptx1-bayi0-1tahun-180511073652.pptx
1-bayi0-1tahun-180511073652.pptx
 
PPT Perkembangan Bayi 0-1 Tahun
PPT Perkembangan Bayi 0-1 Tahun PPT Perkembangan Bayi 0-1 Tahun
PPT Perkembangan Bayi 0-1 Tahun
 
Presentation individu(perkembangan mata)
Presentation individu(perkembangan mata)Presentation individu(perkembangan mata)
Presentation individu(perkembangan mata)
 
TEKNOLOGI PENDIDIKAN(perkembangan mata)
TEKNOLOGI PENDIDIKAN(perkembangan mata)TEKNOLOGI PENDIDIKAN(perkembangan mata)
TEKNOLOGI PENDIDIKAN(perkembangan mata)
 

PERKEMBANGAN BAYI

  • 1. FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PARIT RAJA, BATU PAHAT, JOHOR KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS BBR 36903 (TUGASAN INDIVIDU) Perkembangan Bayiku Seksyen Pensyarah Nama No. Matrik Ijazah Sains Seksyen 1 (PPG) En. Ghazally bin Spahat En. Zainudin bin Abu Bakar (DB100311) Sarjana Muda Pendidikan (SR) Dengan Kepujian 30/11/2013 Tarikh Hantar 1
  • 2. Perkembangan bayi 0 hingga 6 bulan Tajuk : Perkembangan Bayiku Nama Bayi : Muhammad Zhariff Rizqin bin Zainudin Lokasi : Batu Pahat, Johor Tarikh : 13/5/2013 dan 13/11/13 Masa: 4.45 pagi Kamera : Nama : Canon PowerShot A3300 iS Resolution: 16 megapixels Optical Sensor Type CCD Total Pixels : 16,400,000 pixels Effective Sensor Resolution : 16,000,000 pixels Optical Sensor Size : 1/2.3" Optical Zoom: 5 x 2
  • 3. Perkembangan Bayi Anda Yang Baru Lahir Bayi anda yang baru lahir mungkin kelihatan "mengerekot" dengan tangan dan kakinya belum betul-betul lurus. Ini adalah normal, dan tangan dan kakinya akan melurus apabila dia bertambah selesa dengan keadaan di luar perut anda. Jika kakinya kelihatan melengkung bengkok, jangan bimbang. Ini adalah sebahagian dari proses meregang dan akan membetul dengan sendirinya apabila dia berusia lima atau enam bulan. Menjelang akhir bulan, bayi anda akan dapat mengangkat kepalanya untuk seketika apabila dia berbaring atas perutnya dan mungkin boleh memusingkan kepala dari sisi ke sisi. Pergerakan yang tersentak-sentak akan menjadi lebih lancar apabila sistem urat sarafnya menjadi lebih matang. Namun begitu, refleksnya yang masih primitif, seperti menghisap dan mengunyah tangannya, masih dominan. Bayi baru lahir masih sedang mengubahsuaikan diri kepada dunia baru yang sangat berbeza daripada keadaan dalam rahim yang selesa, hangat dan selamat dan inilah sebabnya kebanyakan bayi amat gemarkan bedungan - dibalut selamat dalam selimutnya. Dikuasai Oleh Kelaparannya Makanan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan bayi baru lahir dan tidur adalah yang kedua penting. Kebanyakan bayi baru lahir akan menyusu dua atau tiga jam sekali siang dan malam. Pola tidur bayi seperti itu juga. Kebanyakan bayi baru lahir tidur sejumlah 16 hingga 17 jam dalam masa 24 jam tetapi ini meliputi jumlah tidur yang tidak panjang masanya sebanyak lebih kurang lapan kali. Menjelang akhir bulan, bayi anda akan dapat menunjukkan satu pola menyusu dan tidur yang agak tetap. Namun begitu, anda mungkin tidak mendapati sebarang pola yang tetap untuk beberapa bulan lagi. 3
  • 4. Menangis Bentuk Komunikasi Utama Kini, bayi anda belum lagi menunjukkan sebarang personaliti - atau apa yang kita boleh kenali sebagai personaliti. Tetapi dia giat mengekspresikan dirinya dengan cara yang paling diketahuinya iaitu menangis. Dia menghabiskan masanya dengan melalui dan merentasi beberapa alam mengantuk, berjaga senyap dan berjaga aktif. Sesudah melalui trauma kelahiran, dia sekarang sedang cuba menguruskan kebanjiran pelbagai rangsangan. Pada bulan ini bayi anda akan menjadi senyap dan tenang apabila anda bercakap dengannya dengan suara lembut dan apabila anda menegakkan badannya. Dia mungkin juga mengeluarkan bunyi "ah" apabila dia mendengar suara anda dan melihat muka anda. Kebanyakan bayi suka dipeluk, dibelai, dicium, diusap, diurut dan didukung. Sentuhan adalah cara penting bagi anda berkomunikasi dengan bayi anda. Dia Hanya Melihat Wajah Anda Penglihatan bayi anda masih kabur dan samar-samar. Muka anda adalah yang paling menarik baginya pada masa ini selain dari objek yang berkontras. Inilah sebabnya mainan hitam dan putih dan mainan gantungan diperkenalkan. Sebenarnya, jangkauan penglihatan bayi baru lahir hanya dalam lebih kurang 30sm. Dalam erti kata lain bayi anda dapat melihat muka orang yang mendukungnya dengan jelas tetapi tak boleh nampak lebih jauh dari itu. Kajian menunjukkan bahawa bayi lebih suka melihat muka orang daripada lain-lain pola atau warnaan. Oleh itu, letakkan muka anda berhampiran dengan dengan bayi anda supaya dia boleh mengkaji raut muka, hidung, mata dan mulut anda, dan bercakaplah dengannya. 4
  • 5. Pembelajaran Bermula Dengan Serta-merta Anda mungkin memerhatikan ada masa tertentu di mana bayi anda yang baru lahir itu senyap dan berjaga. Ini adalah masa yang prima untuk pembelajaran. Gunakan masa-masa ini untuk bermain dan bercakap dengan bayi anda. Tetapi, jika anda cuba berinteraksi dengannya dan dia tidak begitu responsif, dia mungkin terlalu mengantuk atau telah berganjak masuk ke alam berjaga aktifnya. Dari saat awal ini lagi, bayi telah boleh mengecam muka dan gerak isyarat secara intuitif -- dan ada kalanya dia mengajuk gerak-geri ini. Berilah bayi anda yang baru lahir peluang untuk meniru dan mencontohi ekspresi muka anda dengan meletakkan muka anda dekat dengan mukanya dan menjeler lidah atau meninggikan alis mata anda beberapa kali. Kemudian ulangi. Berikan dia sedikit masa untuk meniru ekspresi anda. Dia mungkin tidak memberi respon dengan serta merta, atau mungkin dia tidak berbuat apa-apa, tetapi, anda tak perlu ragu sebab dia pasti memerhatikan anda. Bermain Dengan Bayi Baru Lahir Anda Mainan gantungan yang mempunyai pola berkontras tinggi dan buku-buku bergambar yang mempunyai lukisan berlakar terang akan menakjubkan bayi anda. Tapi, awasilah reaksi bayi anda terhadap rangsangan dan interaksi. Walaupun memang baik bagi anda membantu dia mempelajari tentang dunianya, setengah bayi hanya boleh menmanfaatkan interaksi untuk masa yang pendek sahaja, atau rangsangan terhadap satu deria sahaja pada sesuatu masa. Bayi anda akan menunjukkan yang dia dirangsang berlebihan dengan menguap, mengalih pandangannya, melengkuk badannya, memusing kepalanya, meragam atau menangis. Dia juga akan memberitahu anda apa yang disukainya dan percayalah anda akan memahami isyaratisyaratnya dalam sedikit masa sahaja. Bayi kagum akan refleksi mereka sendiri. Anda boleh menghiburkannya dengan meletakkan cermin bayi yang tidak boleh pecah di katilnya untuk dia bertatapan. Dia belum lagi dapat mengenali dirinya sendiri tetapi akan memerhatikan pergerakan dalam cermin pada masa5
  • 6. masa tertentu. Gim mainan yang dilengkapi dengan barang yang mampu menambat minat, barang yang boleh dipukul dan mengeluarkan bunyi membolehkan bayi anda melatih kemahiran mengkoordinasikan lengan, tangan dan jarinya -- dan dapat mengurangkan kebosanan berbaring. Pada bulan-bulan pertama, dia belum lagi boleh mengerakkan tangannya secara sedar untuk mencapai objek tertentu – pergerakan seperti ini datangnya kemudian, pada usia empat atau lima bulan. Adakah Bayi Saya Berkembang Secara Normal? Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian fizikalnya mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Semua di atas hanya merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi. Dan sekiranya bayi anda dilahirkan pramatang, anda mungkin mendapati bahawa dia memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu yang telah dapat dilakukan oleh bayi sama usia dengannya. Sebab itu, kebanyakan bayi yang dilahir pramatang diberi dua kiraan usia oleh pakar pediatrik – usia mengikut kronologi (dikira dari tarikh lahir) dan usia yang diubahsuai (dikira dari tarikh dia dijangka lahir). Anda harus mengukur perkembangan bayi anda berdasarkan usia yang telah diubahsuai, bukan usia kronologinya. Jangan bimbang, kebanyakan doktor menilai perkembangan bayi pramatang berpandukan tarikh dia sepatutnya dilahirkan dan menilai tahap pencapaian kemahirannya dari tarikh itu. 6
  • 7. Beberapa jam selepas lahir ke dunia Perkembangan bayi anda yang berusia 6 Bulan Apabila bayi anda berusia kira-kira enam bulan (kadangkala lebih lambat dari ini), kemahiran mengawal gerak tangan bagi bayi anda telah berkembang secukupnya untuk membolehkan dia menarik objek kepadanya. Apabila bayi anda sudah pandai meragut alat mainan, dia akan mula mengasahkan kemahiran memindahkan alat mainan dari satu tangan ke tangan yang lain secara berulang-ulang kali. Juga, bayi anda akan mendapati bahawa melepas dan menjatuhkan sesuatu objek sama seronok dengan mengutipnya kembali. Apabila bayi anda memahami konsep sebab dan akibat, dunia bayi anda menjadi lebih menarik baginya dan dunia anda akan menjadi semakin tidak teratur. Fasih Dengan Tangan Kiri (kidal) Atau Kanan? Masih terlalu awal untuk mengatakan sama ada bayi anda akan lebih gemar menggunakan tangan kanan atau kiri (kidal). Pada tahap ini, kebanyakan bayi kelihatan gemar menggunakan sebelah tangannya dahulu dan kemudian bertukar menggunakan tangan yang lagi 7
  • 8. satu. Kecenderungan menggunakan tangan kiri atau kanan sebenarnya tidak boleh ditentukan sehingga dia berumur dua atau tiga tahun. Belajar Bergolek Pada usia ini, kebanyakan bayi telah belajar bergolek ke setiap arah, dan ini adalah satu pencapaian dalam perkembangannya yang mungkin menghiburkan anda dan juga bayi anda. Walaupun bayi anda amat seronok untuk bergolek, ianya boleh menyebabkan kebimbangan bagi diri anda. Letakkan tangan atas badan bayi anda semasa menukar lampinnya, dan jangan sekali-kali meninggalkan bayi anda berseorangan atas katil atau mana-mana tempat tinggi. Jika anda menggunakan meja untuk menyalin pakaian bayi selama ini, sekarang ini adalah lebih baik bagi anda menyalin pakaiannya di atas lantai saja. Bayi Anda Walaupun Kecil Suka Bersosial Pada usia ini, bayi anda bukan hanya membenarkan perhatian daripada orang lain, malah, mereka juga akan selalu menggalakkannya. Walaupun tidak lama lagi anda mungkin menyedari bahawa bayi anda sudah mula menunjukkan sifat takutkan orang yang tidak dikenali, namun, bayi berusia enam bulan masih lagi bersikap tidak memilih: sesiapa sahaja yang mendekati bayi anda dengan muka mesra atau tersenyum akan menggembirakan bayi anda dan akan terus menjadi kawannya. Tetapi, janganlah bimbang – dia masih memerlukan dan mendambakan perhatian penuh daripada anda. Bayi anda juga akan menyedari bahawa semua kelakuannya, sama ada yang disukai anda, maupun yang tidak disukai, semuanya diperhatikan oleh anda, jadi bermula dari sekarang (dan bagi tahun-tahun yang akan datang) bayi anda akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatian anda. Pada masa ini, segala yang dilakukan oleh bayi anda semuanya menimbulkan keseronokan bagi anda, tetapi semakin dia membesar, semakin nakallah perangainya sematamata untuk mendapat reaksi daripada anda. Cuma, jangan lupa untuk memberi reaksi yang hebat apabila dia melakukan sesuatu yang sesuai dan digemari anda. 8
  • 9. Ada satu perkara yang menjadi semakin jelas: bayi anda akan mula mempelbagaikan taktiknya untuk mendapatkan perhatian, selain dari menangis. Jadi, janganlah hairan jika bayi anda berusaha seberapa boleh untuk mendapatkan perhatian anda, sama ada menggeliatgeliatkan badan, membuat pelbagai bunyi-bunyian atau yang lain. Dalam masa tiga bulan yang akan datang, bayi anda akan memperoleh cara yang tersendiri dan unik untuk memberitahu anda apa yang dia sedang fikirkan, mahukan dan perlukan. Main Mainan Jenis Bergilir-gilir Bayi berusia enam bulan gemar bermain mainan bergilir-gilir, terutamanya yang melibatkan bunyi dan bahasa. Sekali-sekala, biarkan bayi anda mengambil giliran dahulu dalam mainan, dan tirulah sebutan yang dibuat olehnya. Bila tiba giliran anda memulakan mainan, cara terbaik untuk mengajar anak anda – dan membuat dia ketawa pada masa yang sama – adalah dengan membuat bunyi-bunyi haiwan ("kuek-kuek," "bow-wow" dan sebagainya). Bayi Anda Yang Suka Membebel Apabila bayi anda berusia enam bulan, dia akan melihat dan mendengar apa yang ada dalam persekitarannya hampir sama sebagaimana anda mengalaminya. Kebolehan komunikasinya juga berkembang dengan pantas, meliputi jeritan keriangan, bunyi-bunyi keseronokan, bunyi seperti opera mengubah oktaf dan mengagah. Pada usia ini, lebih kurang separuh daripada bayi akan mengagah, dengan mengulangi satu suku kata seperti "ba," "ma," "ga," atau mengulangi beberapa gabungan konsonan dan vokal. Ada juga bayi yang menambah satu atau dua suku kata yang lain, menjadikan bunyinya lebih kompleks. Anda boleh memberikan galakan kepada bayi anda dengan mengagah bersamasama dengannya dan membuatkan ini satu permainan ("Biri-biri berbunyi, 'baaa,'" atau "Kambing berbunyi, 'maaa,'" dan sebagainya) atau memberi perhatian rapi kepada apa yang 9
  • 10. diperkatakan seakan-akan anda faham semua yang dikatakannya dan mendapati semuanya amat menarik. Bayi anda boleh juga mengenalpasti nada dan suara yang berbeza dan sekarang mungkin akan menangis apabila anda bercakap kasar dengannya. Satu cara yang pasti membuatkan bayi anda gembira adalah dengan mengisi gelas tiga suku penuh dan menggunakan straw untuk meniup-niup buih. Bukan saja bunyi tetapi gambaran itu juga akan membuatkan dia ketawa. Merangsang Derianya Bayi anda menggunakan semua derianya untuk mengeksplorasi dan mempelajari tentang dunianya. Pastikan dia mempunyai banyak barang-barang yang selamat di sekitarnya untuk disentuh, dimain-main dengan mulut dan dimanipulasikan. Dia akan gembira memicit bola getah lembut, menepuk kepingan bulu tiruan, menggigit gegelang gigi yang dingin dan mendengar bunyi loceng dalam anak patung lembut berbentuk haiwan. Gembira Semasa Mendengar Cerita Membaca kepada bayi anda kini akan merupakan aktiviti yang berjaya sebab dia akan terhibur melihat gambar-gambar yang terang sambil bergelung dalam pangkuan anda. Tidak kira berapa umur anak anda, sudah tentu membaca memberikan peluang untuk memeluk dan bersosial sesama yang bermanfaat kepada bayi dan ibu bapa. Adakah Bayi Saya Berkembang Secara Normal? Harus diingati bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian sosialnya mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Apa yang disebutkan di atas merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi. 10
  • 11. Dan sekiranya bayi anda dilahirkan pramatang, anda mungkin mendapati bahawa bayi anda memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu yang telah dapat dilakukan oleh bayi sama usia dengannya. Jangan bimbang. Kebanyakan doktor menilai perkembangan bayi pramatang bukan berpandukan masa dia dilahirkan malah masa dia sepatutnya dilahirkan dan menilai tahap pencapaian kemahirannya sewajarnya bermula dari tarikh itu. 11
  • 12. FAKTA SAINS YANG MENARIK TENTANG BAYI ANDA 1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan. 2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu. 3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar. 4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir. 5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan. 6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan. 7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan. 8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan 9. Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik. 10. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit. 12
  • 13. 11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 1620 nafas seminit. 12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan. 13. Mendengarkan musik klasikal menambah kepintaran bayi. 14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari. 15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya. 16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya. 13