Deria penglihatan kanak-kanak berkembang secara berperingkat, dimulai dengan penglihatan yang kabur pada bayi baru lahir hingga mencapai kematangan penuh pada usia 4 tahun. Proses ini melibatkan peningkatan kemampuan fokus, pengenalan warna, koordinasi mata-tangan, dan penglihatan tajam menurut skala Snellen.
Dr. Rose Mini_Presentasi 1000HPK - 10 Juni 2022 - REVISED.pptx
Presentation individu(perkembangan mata)
1. PERKEMBANGAN PENGLIHATAN KANAK-
KANAK
KURSUS:
GGGB2035PERKEMBANGAN DAN CIRI-CIRI
KANAK-KANAK BERMASALAH PENGLIHATAN
DISEDIAKAN OLEH:
MOHAMAD DINIE SAIFULLAH BIN SAMSUL
FAUZI(A137203)
DISEDIAKAN UNTUK :
PUAN NORSHIDAH BINTI MOHAMAD SALLEH
2. PENDAHULUAN
• Deria penglihatan mempunyai organ yang
paling awal terbentuk daripada organ-organ
manusia yang lain tetapi merupakan deria yang
paling lambat untuk menjadi matang berbanding
deria-deria yang lain seperti deria
rasa,bau,sentuh dan sebagainya.
• Organ deria penglihatan adalah MATA.
3. DEFINISI MATA
Mata adalah organ panca indera yang sangat penting kepada manusia
yang digunakan untuk melihat sesuatu terutamanya untuk memahami
persekitaran terutamanya kanak-kanak.
Merupakan organ yang kompleks.
Struktur mata dan struktur yang berhubung dengannya dikhususkan
untuk memberi tindak balas terhadap tenaga cahaya.
Mata adalah organ yang terlunjur keluar terus dari otak
membolehkan maklumat dapat ditaksirkan serta merta.
Mata berbentuk sfera,bergaris pusat 25mm(1inci),berisi padu 65 cm
dan beratnya 7gram.
Terletak dibahagia tengkorak iaitu rongga mata.
4. TAHAP PERKEMBANGAN DERIA PENGLIHATAN(MATA)
KANAK-KANAK
BARU LAHIR
• Penglihatan bayi yg baru lahir agak kabur dan jarak
penglihatannya ialah antara 5 hingga 7 inci.
• Bayi dapat memfokus kpd objek dgn tepat pada jarak
lebih kurang 12 inci . hanya cukup jauh untuk mengenal
wajah orang yang mendukungnya
• Daya penglihatan bayi baru lahir adalah satu
pertiga daripada daya penglihatan orang dewasa.
5. Sambungan…..
• Menurut Haith(1980), bayi sebenarnya tidak memandang
sembarangan persekitarannya.
Ia seolah-olah bergerak balas mengikut peraturan tertentu
untuk membolehkannya mengoptimumkan maklumat yang
diperolehinya.
• Bayi menutup mata apabila cahaya terang didepannya.
• 2 minggu bayi dapat menatap objek dekat.
6. 1 BULAN
Sudah boleh melihat dan memerhatikan objek yang
bergerak dan mula mengenali wajah ibunya.
Mata bayi akan bergerak secara rawak.
2 BULAN
Mula memerhatikan objek yang bergerak secara teliti serta
matanya turut bergerak.
Mula merenung pada sesuatu objek.
7. 3 BULAN
Boleh melakukan pergerakan mata dan kepala.
tertarik dengan objek terang.
4 BULAN
Mula memerhatikan tangannya sendiri.
Tahap ketajaman mata mengikut carta snellen adalah
antara 6 per 60 hingga 6 per 100.
Penglihatannya mempunyai tujuan iaitu ingin
menghulurkan tangannya untuk mencapai sesuatu.
8. 5 BULAN
Pada tahap ini, bayi anda sudah semakin mahir melihat
objek-objek kecil dan menjejaki benda yang sedang
bergerak
Menunjukkan minat terhadap objek dalam jarak 1 miter
daripada penglihatannya.
Mengenali objek yang biasa dilihatnya seperti botol
susu,cawan,dan sebagainya.
sudah tahu membezakan warna-warna terang yang
serupa, dan kini mereka akan mula nampak perbezaan
yang tidak begitu ketara di antara warna-warna pastel.
9. 6 BULAN
Terdapat koordinasi antara mata dan tangan.
7 BULAN
Binokular terbentuk dengan baik
Boleh memindahkan objek dari satu tangan ke tangan
yang lain.
8 BULAN
Mencari objek yang jatuh.
Pada usia ini juga warna matanya sudah menjadi warna
sebenarnya, walaupun mungkin akan terdapat sedikit
lagi perubahan warna yang tidak ketara selepas ini.
10. 10 BULAN
o Menunjukkan minat yang nyata terhadap objek yang kecil.
o Penglihatannya sudah cekap untuk bertindak pantas.
11 BULAN
o Memandang sepintas lalu persekitarannya dan dapat
membezakan apa yang dilihat dengan cepat.
o Suka melihat gambar-gambar dan menunjukkan jarinya
kearah gambar.
12 BULAN
o Diskriminasi segi empat dari bulatan.
11. 12 hingga 18 BULAN
• Suka atau sangat berminat melihat gambar-gambar
terutamanya daripada buku disamping menunjukkan
dengan jari kepada gambar tersebut.
• Tetapi masih tidak boleh mengubah muka surat buku
dengan sendiri.
• Koordinasi tangan dan mata yang lebih baik.
• Melihat objek kecil dan memungutnya dengan ibu jari
dan jari telunjuk.
12. 18 hingga 24 BULAN
Boleh membuka halaman buku dengan sendiri.
Suka menconteng buku dengan alat tulis iaitu meniru
gerak tulis yang menegak.
2 TAHUN
Ketajaman mata adalah 6 per 12 mengikut carta snellen.
3 TAHUN
6 per 9 carta snellen.
13. 4 TAHUN
Carta snellen penglihatan adalah 6 per 6.
Penglihatan yang sempurna.