MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
Rumusan artikel 2
1. Rumusan Artikel 2
Artikel ini bertajuk Konsep Asas dalam Pendidikan Moral karya Prof.
Madya & Dr. Chang Lee Hoon dari Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Artikel
ini banyak membincangkan konsep asas dalam pendidikan moral yang
melibatkan etika, pertimbangan moral, prinsip moral, pekembangan moral,
serta pemikiran, perasaan dan tingkah laku moral. Dalam konteks ini akan
dirumuskan mengenai konsep asas dalam pendidikan moral.
Menurut Frankena (1973) etika memberi tumpuan kepada nilai normatif
yang dianggapkan baik, benar dan betul dan patut ada pada watak seseorang
individu. Etika melibatkan pertimbangan nilai dalam bentuk pernyataan
normatif dan pernyataan deskriptif yang merujuk kepada penilaian fakta.
Contoh bagi pernyataan normatif ialah seperti “Lukisan itu sangat cantik” di
mana pernyataan tersebut membawa maksud bahawa lukisan tersebut
mempunyai nilai cantik. Contoh bagi pernyataan deskriptif adalah seperti
“Manusia memerlukan tiga keperluan asas”. Pernyataan tersebut mempunyai
fakta-fakta yang ingin disampaikan. Dalam Pendidikan Moral, kita perlu
berfokuskan kepada pernyataan normative yang melibatkan pertimbangan nilai
dalam soal moral.
Perkembangan moral turut menjadi salah satu perbincangan dalam
artikel ini. Perkembangan moral memberi tumpuan kepada perkembangan
kriteria moral, sikap terhadap peraturan moral dan membuat pertimbangan
moral. Terdapat beberapa perspektif atau perkembangan moral yang
membawa implikasi terhadap pendidikan moral. Antara perspektif
perkembangan moral ini adalah seperti perspektif perkembangan moral kognitif,
perspektif psikoanalisis atau personaliti, perspektif pembelajaran sosial atau
behaviourisme dan perspektif integratif dalam perkembangan moral. Keempat-
empat perspektif ini lebih berbincang mengenai perlakuan dan personaliti
seseorang individu yang bergantung kepada pendidikan moral yang ada pada
diri mereka.
Pertimbangan moral juga merupakan salah satu aspek yang telah
dibincangkan dalam artikel tersebut. Menurut Kohlberg (1987) terdapat tiga ciri
pertimbangan moral iaitu pertimbangan tentang nilai bukan fakta,
2. pertimbangan sosial yang melibatkan pertuabgan tentang manusia dan
pertimbangan normatif atau preskriptif, pertimbangan tentang patut, hak dan
tanggungjawab dan bukan pertimbangan nilai tentang kecendurungan sendiri.
Oleh kerana pertimbangan moral adalah preskritif maka pertimbangan ini
mengarah atau mewajibkan seseorang mengambil sesuatu tindakan yang
berasaskan kepada peraturan atau prinsip. Padapendapat saya, pertimbangan
moral ini patut ada pada setiap individu masing-masing kerana pertimbangan
moral ini mampu membantu kita dalam menyelesaikan perkara tertentu dan
bertindak secara waras dan rasional.
Aspek yang turut dibincangkan dalam artikel tersebut ialah pemikiran,
perasaan dan tingkah laku moral. Menurut beberapa tokoh, pendidikan moral
meliputi tiga aspek atau dimensi iaitu pemikiran dan penaakulan moral,
perasaan dan motivasi moral, serta tindakan dan perlakuan moral.
Perkembangan pemikiran dan penaakulan moral yang berprinsip dengan
memahami maksud nilai moral, mengenap pasti situasi ataupun menimbang
isu moral daripada perspektif orang lain dan menyelesaikan isu moral secara
objektif berasaskan kepada prinsip moral yang asas.
Sebagai kesimpulannya, pendidikan moral merupakan panduan kepada
setiap masyarakat dalam menyelesaikan dan mentasir masalah yang
mengandungi perkara yang baik, betul, benar dan patut dibuat berdasarkan
pertimbangan moral yang berprinsip. Cabaran ataupun dugaan yang diberi
oleh tuhan adalah untuk menguji tahap kita. Oleh itu, pendidikan moral dapat
membantu kita dalam mengharungi cabaran dan dugaan yang ditimpa.