Ringkasan dokumen tersebut adalah:
1) Dokumen tersebut membahas kelebihan membaca surah Yasin setiap hari
2) Membaca surah Yasin dipercayai dapat memudahkan urusan, melimpahkan rezeki, dan melindungi dari berbagai masalah
3) Rasulullah SAW menganjurkan membaca surah Yasin karena mengandung berkah
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Yasin
1. Yasin (kelebihan)
Setiap tahun dengan izin Allah, saya cuba mencari apa ikhtiar yang boleh saya lakukan
untuk pertingkatkan amalan. Bermakna setiap tahun perlu ada perubahan dan
peningkatan diri baik dari segi ilmu atau amalan.
Ternyata tahun ini, saya menjadi semakin sibuk dengan perniagaan yang saya
laksanakan. Anda boleh lihat, berapa kali sahaja saya update blog ni. Jika dulu boleh
dikatakan setiap hari.
Bayangkan jika ada 8 perniagaan yang perlu diuruskan. Kaya belum lagi tapi insyaAllah.
Jika setiap perniagaan yang saya uruskan mengikut perancangan boleh hasilkan
pendapatan tahunan RM10 juta. Alhamdulillah.InsyaAllah.
Hari ini saya ingin kongsikan kelebihan amalan membaca yasin setiap pagi dan seelok-
eloknya waktu selepas solat Duha. InsyaAllah akan terbuka seluas-luasnya peluang dan
rezeki berlimpah luah.
Seperti saya sendiri, peluang yang datang terlalu banyak dan bukan sahaja saya
mengambilnya, malah urusan melaksanakannya dipermudahkan. Tak perlu saya nak
ceritakan apa perniagaan yang saya lakukan kerana lain orang lain peluang yang dia
dapat.
Saya ingin kongsikan antara kelebihan baca yasin yang dapat daripada sumber rujukan
lain:
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : “Bacalah surah Yasin kerana ia
mengandungi keberkatan.” Iaitu :-
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin , ia boleh menjadi kenyang .
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian .
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh .
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut .
5. Jika terpenjara akan dibebaskan .
6. Jika musafir membacanya , akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya .
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya .
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia , Allah meringankan siksanya
.
2. 9. Jika orang yang dahaga membacanya , hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit , terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin.
Sesiapa membaca surah Yassin , nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala
membaca al-Quran sebanyak 10 kali” .
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi ,
“Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari , turunlah
beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut . Mereka berdoa dan meminta
dosanya diampunkan Allah , menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut
menyembahyangkan jenazahnya” .
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca
Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya .
Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur
dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil .
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya :
“Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat , dibaca pada rakaat
pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka , Allah jadikan setiap huruf cahaya
dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan
kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa
yang meragui keterangan ini , dia adalah orang-orang yang munafik” .
Kesimpulannya, jika anda amalkan membaca surah yasin setiap hari, segala urusan anda
dipermudahkan dan kebajikan anda dijaga olah Allah SWT.
Pernah terjadi dalam hidup saya, ketika pada suatu bulan itu saya tidak ada pendapatan
(gaji tak masuk), ada hamba Allah entah dari mana memberikan saya duit belanja untuk
digunakan pada bulan itu.
Bermakna, keperluan saya ketika itu Allah lengkapkan. JANGAN buat amalan ini hanya
semata-mata untuk nikmat dunia sahaja sebaliknya jadikan amalan untuk meraih
keredhaan Allah SWT.
Semoga kita dapat menjadikan bacaan yaasin setiap hari sebagai amalan kita.