SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
KETERANGAN
.
Solat Aidilfitri adalah sunat Muakkad (sangat digalakkan) dan disyariatkan oleh Allah
SWT pada bulan Syawal, tahun pertama Hijrah. Rasulullah SAW tidak pernah
meninggalkannya sejak mula disyariatkan sehinggalah Baginda wafat. Begitu juga para
sahabat terus melakukannya selepas itu.
.
Solat sunat Aidilfitri dilakukan antara waktu setelah terbit matahari sehingga sebelum
tergelincir matahari. Ia disyari’atkan berjamaah kepada semua mukallaf sama ada lelaki,
perempuan, bermukim, musafir, orang bebas atau hamba, sama ada di surau, masjid
ataupun di kawasan lapang dan terbuka.
Adalah lebih afdal, jika dilakukan secara berjemaah dan sesudahnya dibacakan dua
Khutbah. Walaubagaimana pun, ia boleh dilakukan secara bersendirian.
.
Solat sunat Aidilfitri hendaklah dilambatkan sedikit, sedangkan solat hari raya korban
perlu disegerakan. Melewatkan solat Aidilfitri bertujuan memberi masa bagi sesiapa belum
mengeluarkan zakat fitrah. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum menunaikan solat
Aidilfitri.
.
.
A. Tujuan
.
Tujuan bersolatpada Hari Raya ini ialah untuk mengucapkan syukur kehadrat Allah
SWT kerana telah memberi peluang kepada umat Islam berpuasa selama sebulan, pada
bulan Ramadhan yang penuh berkat disamping dapat memperbanyakkan ibadah kerana
pada bulan ini Allah SWT melipat gandakan pahala ibadah serta dipermudahkan-Nya
ibadah dengan pengurungan syaitan.
.
Umat Islam juga berpeluang berkumpul dan memuji Allah SWT. Setelah beribadah
selama sebulan meminta ampun kepada Allah, maka tibalah masa untuk meminta
ampun sesama manusia pula. Pertemuan di majlis seumpama ini, membolehkan masing-
masing saling bermaaf-maafan dan mempereratkan tali silatul-rahim sesama Muslim.
.
.
B. Lafaz Takbir Hari Raya:
.
Sunat memperbanyak lafaz takbir pada malam dan sepanjang Hari Raya Fitri
‫هللا‬
ُ ‫هللاَهللا‬ُ‫ب‬َ‫ر‬ُ َُ ‫هللا‬َ‫ك‬ َ‫ب‬ ُ‫هللار‬ َُُ‫أ‬ُ‫ك‬‫هللا‬ُ‫ك‬‫هللاك‬ َُُ‫أ‬ُ‫ك‬‫هللا‬ُ ُ‫هللار‬ُ ‫هللا‬‫هللا‬َ ‫هللا‬ُ‫هللا‬َُُ ‫هللا‬ُ‫هللا‬‫هللارهللا‬ َُُ‫أ‬ُ‫ك‬‫هللا‬ُ ‫هللا‬ُ َُُ‫أ‬ُ‫ك‬‫هللا‬ُ ‫هللا‬ُ َُُ‫أ‬ُ‫ك‬‫هللا‬ُ ‫هللا‬‫هللا‬َ‫ك‬ُ َ‫أ‬ُُ‫هللا‬َ ‫هللا‬ُ‫ًر‬ُ َُُ‫ل‬ُ‫هللار‬ َ َ َ‫هلل‬ُ‫أ‬‫هللا‬َ‫ك‬َ‫هللا‬ُ‫ب‬َ‫ر‬ُ َُ ُ‫هللار‬ َ َ َُُ‫أ‬‫هللا‬ َُُ‫أ‬ُ‫ك‬
‫هللا‬
‫هللا‬َ ‫هللا‬ُ‫هللا‬َُُ ‫هللا‬ُ‫هللا‬‫هللارهللا‬َََ َ
‫إ‬ُ‫ك‬ ُ‫هللار‬ُ‫ب‬َ ُ‫هللار‬ُ ‫هللا‬‫هللا‬َ ‫هللا‬ُ‫هللا‬َُُ ‫هللا‬ُ‫هللا‬‫هللا‬َ‫هللا‬‫ر‬َ‫ر‬ُ ًَُْ‫أ‬َُ ‫هللا‬ُ َ ُ‫أ‬‫هللا‬ َ‫ر‬ُُُ‫هللار‬ُ‫ر‬َ ََ‫ب‬ُ ‫هللا‬ُ‫هللا‬ُُ‫هللا‬ ُ‫ر‬َ َ
‫إ‬َ‫ا‬َُِ‫ر‬‫هللا‬ُ ً َ ‫هللا‬‫هللا‬َ ‫ُهللا‬‫ب‬ََُُُّ‫هللا‬‫هللا‬ُ‫هللا‬ُ‫هللار‬َ ‫هللا‬‫ر‬‫هللا‬ُ ُ‫ب‬ََُُ‫هللا‬ ُ ُ‫إ‬ُ‫هللا‬ُ‫هللارهللار‬ُ ُ‫ب‬ََُ‫هللار‬ َُُ‫ب‬ُ‫إ‬‫هللارهللا‬ُ
َ‫أ‬ُ‫ك‬‫هللا‬ُ ُ‫هللار‬ُ ‫هللا‬‫هللا‬َ ‫هللا‬ُ‫هللا‬َُُ ‫هللا‬ُ‫هللا‬‫هللا‬ُ ُ‫ب‬َ ُ‫هللار‬ُ‫ب‬ ُ‫و‬َ ُ‫د‬َ ‫هللا‬ُ‫ال‬ُ‫و‬ُِ ُ‫هللار‬‫ر‬‫هللا‬ُ ُ‫ب‬َ‫هللا‬ُ ‫هللا‬‫ُو‬َُ‫ك‬ ُ‫ُر‬‫ب‬َ‫ر‬ُ َُ ‫هللا‬َ‫ك‬ َ‫ب‬ ُ‫هللار‬ُ َُُ‫أ‬ُ‫ك‬‫هللا‬ُ ‫هللا‬ُ ُُ
.
Video dan lafaz Takbir Raya lengkap .. ‘Klik‫هللا‬di‫هللا‬sini’
.
.
C. CARA SOLAT AIDIL FITRI
.
Para ulama telah ijma’ tentang cara-cara solat hari raya berdasarkan hadith;
“Amru bin ‘Auf Al-Muzani RA meriwayatkan Nabi SAW bertakbir ketika solat dua hari raya
(Aidil Fitri dan Aidil Adha), pada rakaat yang pertama sebanyak 7 kali sebelum membaca
Fatihah dan pada rakaat yang akhir sebanyak 5 kali sebelum membaca Fatihah.”
.
1. Niat:
.
2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Qaf atau al-A’laa atau Al-Kafirun.
Rakaat kedua: Surah Al-Qamar atau Al-Ghasyiah atau Al-Ikhlas.
.
.
D. Cara Perlaksanaan Solat Aidil Fitri
.
1. Pada rakaat pertama:
a. Selepas Takbiratul-ihram dan doa Iftitah, bertakbir (‫هللا‬ُ َُُ‫أ‬ُ ‫هللا‬ُ‫هللا‬‫ك‬ُ ) tujuh kali yang diselangi
tasbih:
.
b. Setelah bertakbir dan bacaan tasbih ke-tujuh, bacalah surah al-Fatihah dan surah
pilihan.
.
c. Lakukan rukun seterusnya seperti solat biasa.
.
.
2. Rakaat ke-dua:
a. Bertakbir lima kali, diselangi tasbih seperti rakaat pertama.
b. Disambung dengan bacaan al-Fatihah dan surah pilihan.
c. Teruskan sebagaimana solat yang lain sehingga selesai salam ke-dua.
.
.
E. Khutbah Solat Aidilfitri
Imam memperdengarkan Khutbah tentang zakat fitrah dan pengertian sambutan Aidilfitri
sesudah solat di samping membacakan berturut-turut takbir (‫هللا‬ُ َُُ‫أ‬ُ‫ك‬‫هللا‬ُ‫هللا‬‫ك‬ُ ) Allahu Akbar;
1. Pada pendahuluan khutbah pertama – 9 kali takbir.
2. Semasa memulakan khutbah ke-dua – 7 kali takbir.
.
Diikuti dengan bacaan:
ُ‫ب‬َ‫ر‬ُ َُ ‫هللا‬َ َ ُ‫هللار‬ُ َُُ‫أ‬ُ‫ك‬‫هللا‬ُ‫هللا‬‫ك‬ُ ‫هللا‬‫ر‬ُ َُُ‫أ‬ُ‫ك‬‫هللا‬ُ‫هللا‬ ُ‫هللار‬ُ ‫هللا‬‫هللا‬َ ‫هللا‬ُ‫هللا‬َُُ ‫هللا‬ُ
Tiada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala
kepujian.
F. Perempuan
Pada Hari Raya semua umat Islam termasuk perempuan yang haid, dituntut meramaikan
perhimpunan solat Hari Raya, bertakbir dan berdoa bersama-sama, bagi mendapatkan
keberkatan dan kesucian hari itu, walaupun tidak ikut sama bersolat. Perempuan yang
berhias atau yang memungkinkan fitnah. Mereka hendaklah bersolat di rumah sahaja.
.
G. Adab Solat Aidilfitri
1. Menjamah sedikit makanan terutama tamar sebelum keluar bersolat sunat hari
raya. Anas bin Malik menyebut: “Adalah Nabi SAW tidak akan keluar untuk solat
Aidilfitri sehinggalah baginda memakan buah tamar terlebih dulu dengan bilangan
yang ganjil (tiga atau lima atau tujuh biji).”
2. Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid sekiranya tidak terlalu jauh.
3. Pergi ke masjid menggunakan jalan yang berbeza dengan jalan pulang, agar dapat
bertemu dan bermaafan dengan ramai kenalan.
4. Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
5. Bersedekah dan bertahlil secara jemaah selepas solat sunat Aidil Fitri.
6. Membanyakkan membaca takbir,tasbih, tahmid memuji kebesaran Allah SWT.
7. Apabila selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri maka digalakkan bersalam-
salaman kerana ia adalah cara terbaik memohon keampunan sesama insan.
8. Apabila hari raya jatuh pada hari Jum’at, maka solat Jum’at menjadi sunnah, boleh
diadakan dan boleh tidak tetapi untuk lebih afdal, khariah masjid jami’ sebaiknya
tetap mengadakan solat Jum’at.
Panduan dan Cara SolatHari Raya Aidilfitri Di Rumah
Solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan bagi mengucapkan kesyukuran kepada Allah S.W.T
setelah umat Islam berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan.
Ia juga peluang umat Islam untuk bertakbir, bertasbih dan mendengar nasihat melalui
khutbah yang diperdengarkan oleh khatib setelah selesai solat raya.
Selain itu, syiar ini dapat menyatupadukan umat Islam, mengekalkan silatul rahim dan
menzahirkan syiar Islam melalui perlaksanaan ibadah tersebut.
Namun pada tahun ini, umat Islam digalakkan bersolat sunat Hari Raya sama ada secara
sendirian mahupun berjemaah di rumah sahaja. Ia susulan perintah kawalan pergerakan
bersyarat (PKPB) yang masih belangsung dalam mengekang penularan wabak COVID-19
di Malaysia.
Hukum Solat Sunat Hari Raya
Hukumnya adalah sunat muakkad (yang sangat dituntut dalam Islam). Dalam setahun
umat Islam hanya bersolat untuk hari raya sebanyak 2 kali sahaja iaitu pada hari raya
Idulfitri dan hari raya korban atau Aidiladha.
Solat ini boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian di rumah.
Segala rukun dan syarat solat raya adalah sama sebagaimana solat fardhu yang lima.
Cuma terdapat perkara sunat yang ditambah iaitu bertakbir sebanyak tujuh kali pada
rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua. Di antara setiap takbir tersebut,
kita digalakkan untuk bertasbih.
Tutorial dan panduan Solat Sunat Hari Raya di Rumah
Lafaz Tasbih
Lafaz tasbih ini dibaca di antara takbir solat sunat hari raya.
Subhanallah – Walhamdulillah – Wa la Ilahaillah- Wa Allahu Akbar
Maksudnya: “Maha suci Allah dan segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan Melainkan Allah
dan Allah Yang Maha Besar.”
Waktu Solat Sunat Aidilfitri
Solat ini dilaksanakan pada setiap 1 Syawal. Ia ditunaikan pada waktu pagi iaitu setelah
terbitnya matahari dan sebelum masuknya waktu zohor. Kebiasannya di Malaysia, kita
memulakan solat raya sekitar jam 8.30 atau 9.00 pagi.
Cara Menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
Lafaz Niat Bersendirian
Usalli sunnatan Aidil Fitri rak’ataini makmuman lillahi ta’ala.
“Sahaja aku solat sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
Lafaz Niat Berjemaah (menjadi imam/makmum)
Usalli sunnatan Aidil Fitri rak’ataini Imaman/makmuman lillahi ta’ala.
“Sahaja aku solat sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat Imam/Makmum kerana Allah
Ta’ala.”
Rakaat Pertama
1. Di mulai dengan lafaz takbirratul ihram dengan menyebut Allahu Akbar disertakan
dengan niat di dalam hati.
2. Membaca doa iftitah.
3. Lafaz takbir tujuh kali diselangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti
dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar.
4. Membaca Surah al-Fatihah.
5. Membaca mana-mana Surah dalam al-Qur’an (digalakkan membaca Surah al-A’laa).
6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.
Rakaat kedua
Setelah bagun daripada sujud rakaat pertama,
1. Lafaz takbir lima kali di selang selikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti
dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar.
2. Membaca surah al-Fatihah.
3. Membaca surah al-Quran (Surah al-Kafirun untuk rakaat kedua).
4. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
5. Memberi salam.
6. Membaca doa.
Setelah selesai menunaikan solat, umat Islam digalakkan mendengar khutbah yang
disampaikan oleh khatib sekiranya solat tersebut dilakukan secara berjemaah.
Khutbah Aidilfitri
Rukun khutbah Aidilfitri adalah sebagaimana rukun khutbah solat Jumaat. Namun sunat di
mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada
khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.
Syarat Khutbah Hari Raya:
 Khatib mestilah suci daripada hadas kecil dan besar
 Khatib hendaklah menutup aurat dengan sempurna.
 Khabit mestilah seorang lelaki.
 Khutbah dibaca setelah selesai solat sunat hari raya.
 Hendaklah berturut-turut di antara 2 khutbah.
 Khatib membaca khutbah dalam keadaan berdiri bagi yang berkemampuan.
Panduan Asas Khutbah Aidilfitri
Secara asasnya, syarat khutbah hari raya adalah sebagaimana khutbah Jumaat iaitu:
1. Khatib hendaklah berdiri jika mampu.
2. Di antara 2 khutbah diselangi dengan duduk. Bagi mereka yang tidak mampu
berdiri iaitu yang membaca dalam keadaan duduk, hendaklah diam seketika
selepas habis khutbah pertama.
3. Berbeza dengan solat Jumaat, khutbah Hari Raya dibaca selepas solat Hari
Raya.
4. Khatib hendaklah suci daripada hadas kecil dan besar.
5. Rukun khutbah dibaca dalam bahasa arab.
6. Berturut-turut di antara khutbah pertama dan kedua (maksudnya tidak ada jarak
waktu yang terlalu panjang di antara 2 khutbah.
Rukun Khutbah
Khutbah pertama
 Memuji Allah dengan mengucap “Alhamdulillah“.
 Berselawat ke atas nabi “Allahumma solli ‘ala Saidina Muhammad wa ‘ala ali
Saidina Muhammad”.
 Berpesan kepada makmum untuk bertakwa; “Marilah kita semua meningkatkan
taqwa kita kepada Allah”.
 Membaca sepotong ayat al-Quran yang lengkap; contohnya “Qul hu Wallahu
Ahad, Allahus Somad, Lam Yalid Walam Yulad, Wa lam Yakunlahu Kufuwan
Ahad”
*Setelah habis khutbah pertama khatib perlu duduk sekejap.
Khutbah Kedua
 Memuji Allah dengan mengucap “Alhamdulillah”.
 Berselawat ke atas nabi “Allahumma solli ‘ala Saidina Muhammad wa ‘ala ali
Saidina Muhammad”.
 Berpesan kepada makmum untuk bertaqwa; “Marilah kita semua meningkatkan
taqwa kita kepada Allah”.
 Membaca 1 potong ayat al-Qur’an yang lengkap. Contohnya:
 Membaca doa untuk kesejahteraan seluruh umat Islam; “Ya Allah selamatkan
kami daripada wabak COVID-19 yang melanda negara. Ya Allah selamatkan
kami semua di dunia dan akhirat.“
*Disunatkan bertakbir membaca “Allahu Akbar” sebanyak 9 kali di awal khutbah
pertama dan 7 kali “Allahu Akbar” pada awal khutbah kedua”.
TEKS KHUTBAH HARI RAYA AIDILFITRI LENGKAP
(TAJUK: HIKMAH DI SEBALIK COVID-19)
Khutbah Pertama
WAHAI AHLI KELUARGAKU YANG DIRAHMATI ALLAH,
Marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dengan sebenar-
benar takwa. Mudah-mudahan kita mendapat rahmat dan keampunan Allah.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah, setelah sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan,
hari ini 1 Syawal kita meraikan hari raya Aidilfitri sebagai tanda kemenangan, memuji dan
mengagungkan kebesaran Allah S.W.T.
IBU AYAH, ABANG, KAKAK DAN ADIK-ADIK SEKALIAN (*boleh diubah mengikut
kesesuaian)
Dalam kegembiraan kita merayakan Idul Fitri yang penuh keberkatan ini, ketahuilah kita
sebenarnya masih lagi diuji dengan wabak COVID-19 yang masih melanda negara.
Dalam Surah al-Mulk, ayat 2, Allah mengingatkan bahawa setiap manusia pasti diuji untuk
melihat kualiti amalan yang dikerjakannya.
Firman Allah:
Maksudnya:
“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan
menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia
Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang
bertaubat)”
AHLI KELUARGAKU YANG DIKASIHI,
Tindakan kerajaan menetapkan PKP dan PKPB adalah sebagai satu ikhtiar untuk
membendung penularan COVID-19 yang lebih serius dalam masyarakat. Oleh itu
hendaklah kita mematuhi setiap langkah yang disarankan oleh Kerajaan Malaysia bagi
memastikan wabak ini dapat dibendung sepenuhnya.
Dalam sejarah Islam, tindakan seperti ini pernah direkodkan apabila pandemik penyakit
pernah melanda Mekah, Iraq, Palestin dan Sham yang menyebabkan beberapa kawasan
ditutup termasuklah masjid yang langsung tidak dapat didirikan solat berjemaah.
Namun selepas itu, keadaan kembali seperti biasa dan masyarakat dapat menjalankan
kehidupan harian seperti sediakala.
Kita perlu ingat bahawa ujian ini menjadi rahmat kepada insan bersabar dan memberikan
tindak balas yang betul dalam menghadapinya.
IBU AYAH, ABANG, KAKAK DAN ADIK-ADIK SEKALIAN (*boleh diubah mengikut
kesesuaian)
Pandemik COVID-19 ini memberi ruang lebih besar kepada kita untuk mendekatkan diri
kepada Allah. Ujian yang melanda ini merupakan satu hikmah bagi kita sekeluarga.
Terdapat banyak hikmah yang boleh dijadikan teladan dan pengajaran;
Pertama: Hendaklah kita sentiasa menjaga kebersihan yang baik di kalangan keluarga
sama ada di rumah ataupun luar rumah.
Kedua: PKP/PKPB juga memberi peluang kepada kita untuk memanfaatkan masa di
rumah bersama keluarga dengan lebih bermakna. Kita dapat solat bertarawih berjemaah,
berbuka puasa bersama-sama dan tolong menolong sesama kita.
Ketiga: Kita juga dapat menjalankan banyak aktiviti kekeluargaan yang lain secara
bersama termasuklah belajar, membaca, menonton TV dan berbual bersama yang dapat
merapatkan hubungan sesama kita.
AHLI KELUARGAKU YANG DISAYANGI,
Kita sudah hampir menang melawan wabak COVID-19, oleh itu hendaklah sama-sama
kita terus membantu barisan hadapan negara dengan duduk di rumah dan selalu
mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan
menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).
Selepas habis khutbah pertama* khatib hendaklah duduk sebentar. Bagi khatib yang
membaca khutbah dalam keadaan duduk hendaklah diam buat seketika
Khutbah Kedua
AHLI KELUARGAKU SEKALIAN,
“Marilah kita bersama-sama mempertingkatkan ketakwaan kita kehadrat Allah S.W.T,
mudah-mudahan kita beroleh rahmat daripadaNYA.
Marilah sama-sama kita menadah tangan dan berdoa;
“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim”,
“Engkau ampunilah dosa-doa kami”,
“Engkau rahmatilah diri kami, keluarga kami, negara kami serta seluruh umat Islam di
dunia”.
“Ya Allah selamatkan kami semua dari Corona Virus. Ya Allah selamatkan kami semua di
dunia dan akhirat.”
“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
“Engkau berilah kekuatan, kecekalan dan kesabaran kepada kami untuk menghadapi
dugaan-Mu yang berat ini,
“Kami bermohon kepada-Mu Ya Allah “Lindungilah kami “Selamatkanlah kami
“Sejahterakanlah hidup kami.”
Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
*Selesailah khutbah hari raya yang penuh bermakna ini.

More Related Content

What's hot

Sholat pendahuluan, isi, penutup, daftar pustaka
Sholat pendahuluan, isi, penutup, daftar pustakaSholat pendahuluan, isi, penutup, daftar pustaka
Sholat pendahuluan, isi, penutup, daftar pustakaJae Aya
 
Makalah aik solat
Makalah aik solatMakalah aik solat
Makalah aik solatve attamimi
 
Makalah agama islam Filosofi sholat pdf - SlideShare
Makalah agama islam Filosofi sholat pdf - SlideShareMakalah agama islam Filosofi sholat pdf - SlideShare
Makalah agama islam Filosofi sholat pdf - SlideShareAisyahrwd
 
Hakikat dan Keutamaan Shalat
Hakikat dan Keutamaan ShalatHakikat dan Keutamaan Shalat
Hakikat dan Keutamaan ShalatAkhmad Junaidi
 
Makalah shalat khusyuk
Makalah shalat khusyukMakalah shalat khusyuk
Makalah shalat khusyukAjeng Putri
 
Sholat 5 waktu
Sholat 5 waktuSholat 5 waktu
Sholat 5 waktunadia
 
Slide shalat lima waktu dan sujud sahwi
Slide shalat lima waktu dan sujud sahwiSlide shalat lima waktu dan sujud sahwi
Slide shalat lima waktu dan sujud sahwiJusuf AN
 
SOLAT SUNNAH
SOLAT SUNNAH SOLAT SUNNAH
SOLAT SUNNAH Evaariva
 
Ancaman allah bagi orang yang meninggalkan sholat
Ancaman allah bagi orang yang meninggalkan sholatAncaman allah bagi orang yang meninggalkan sholat
Ancaman allah bagi orang yang meninggalkan sholatNila Fauziah
 
Tata cara shalat 5 waktu dan sujud sahwi
Tata cara shalat 5 waktu dan sujud sahwiTata cara shalat 5 waktu dan sujud sahwi
Tata cara shalat 5 waktu dan sujud sahwiintanfitriasih
 
Tata Cara Fardhu 5 Waktu Lengkap Dengan Gerakannya
Tata Cara Fardhu 5 Waktu Lengkap Dengan GerakannyaTata Cara Fardhu 5 Waktu Lengkap Dengan Gerakannya
Tata Cara Fardhu 5 Waktu Lengkap Dengan GerakannyaFirdika Arini
 
Slide dzikir dan doa
Slide dzikir dan doaSlide dzikir dan doa
Slide dzikir dan doaJusuf AN
 
Makalah kelompok 8
Makalah kelompok 8Makalah kelompok 8
Makalah kelompok 8Anennena
 

What's hot (19)

Sholat pendahuluan, isi, penutup, daftar pustaka
Sholat pendahuluan, isi, penutup, daftar pustakaSholat pendahuluan, isi, penutup, daftar pustaka
Sholat pendahuluan, isi, penutup, daftar pustaka
 
Makalah aik solat
Makalah aik solatMakalah aik solat
Makalah aik solat
 
Makalah agama islam Filosofi sholat pdf - SlideShare
Makalah agama islam Filosofi sholat pdf - SlideShareMakalah agama islam Filosofi sholat pdf - SlideShare
Makalah agama islam Filosofi sholat pdf - SlideShare
 
Hakikat dan Keutamaan Shalat
Hakikat dan Keutamaan ShalatHakikat dan Keutamaan Shalat
Hakikat dan Keutamaan Shalat
 
1.1.4.08.080 hukum shalat
1.1.4.08.080 hukum shalat1.1.4.08.080 hukum shalat
1.1.4.08.080 hukum shalat
 
Makalah shalat khusyuk
Makalah shalat khusyukMakalah shalat khusyuk
Makalah shalat khusyuk
 
Makalah agama tentang dzikir dan doa
Makalah agama tentang dzikir dan doaMakalah agama tentang dzikir dan doa
Makalah agama tentang dzikir dan doa
 
Sholat 5 waktu
Sholat 5 waktuSholat 5 waktu
Sholat 5 waktu
 
Sholat
SholatSholat
Sholat
 
Slide shalat lima waktu dan sujud sahwi
Slide shalat lima waktu dan sujud sahwiSlide shalat lima waktu dan sujud sahwi
Slide shalat lima waktu dan sujud sahwi
 
Power point shalat
Power point shalatPower point shalat
Power point shalat
 
Sholat
SholatSholat
Sholat
 
Bab 6 Tata Cara Shalat Wajib
Bab 6  Tata Cara Shalat Wajib Bab 6  Tata Cara Shalat Wajib
Bab 6 Tata Cara Shalat Wajib
 
SOLAT SUNNAH
SOLAT SUNNAH SOLAT SUNNAH
SOLAT SUNNAH
 
Ancaman allah bagi orang yang meninggalkan sholat
Ancaman allah bagi orang yang meninggalkan sholatAncaman allah bagi orang yang meninggalkan sholat
Ancaman allah bagi orang yang meninggalkan sholat
 
Tata cara shalat 5 waktu dan sujud sahwi
Tata cara shalat 5 waktu dan sujud sahwiTata cara shalat 5 waktu dan sujud sahwi
Tata cara shalat 5 waktu dan sujud sahwi
 
Tata Cara Fardhu 5 Waktu Lengkap Dengan Gerakannya
Tata Cara Fardhu 5 Waktu Lengkap Dengan GerakannyaTata Cara Fardhu 5 Waktu Lengkap Dengan Gerakannya
Tata Cara Fardhu 5 Waktu Lengkap Dengan Gerakannya
 
Slide dzikir dan doa
Slide dzikir dan doaSlide dzikir dan doa
Slide dzikir dan doa
 
Makalah kelompok 8
Makalah kelompok 8Makalah kelompok 8
Makalah kelompok 8
 

Similar to Solat sunat aidilfitri

solat aidil fitri dan aidil adha
solat aidil fitri dan aidil adhasolat aidil fitri dan aidil adha
solat aidil fitri dan aidil adhaNORANEEZ ISMAIL
 
Bab 2 shalat sunah
Bab 2 shalat sunahBab 2 shalat sunah
Bab 2 shalat sunah2805khusna
 
Solat aidlfitri dan aidiladha
Solat aidlfitri dan aidiladhaSolat aidlfitri dan aidiladha
Solat aidlfitri dan aidiladhanasuha79 nas
 
Materi Fiqh
Materi FiqhMateri Fiqh
Materi Fiqhnajikha
 
BAB I MATERI SOLAT SUNNAH
BAB I MATERI SOLAT SUNNAHBAB I MATERI SOLAT SUNNAH
BAB I MATERI SOLAT SUNNAHEvaariva
 
BAB I MATERI SOLAT SUNNAH
BAB I MATERI SOLAT SUNNAHBAB I MATERI SOLAT SUNNAH
BAB I MATERI SOLAT SUNNAHEvaariva
 
Materi tata cara salat sunnah
Materi tata cara salat sunnahMateri tata cara salat sunnah
Materi tata cara salat sunnahilmupendidikan
 
Makalah salat
Makalah salatMakalah salat
Makalah salatIben Zani
 
Pdf modul sholat jenazah (aisyah)
Pdf modul sholat jenazah (aisyah)Pdf modul sholat jenazah (aisyah)
Pdf modul sholat jenazah (aisyah)sitiaisyahrahma
 
Pdf modul sholat jenazah (aisyah)
Pdf modul sholat jenazah (aisyah)Pdf modul sholat jenazah (aisyah)
Pdf modul sholat jenazah (aisyah)Sitiaisyah01994
 
Materi BAB I SOLAT SUNNAH
Materi BAB I SOLAT SUNNAHMateri BAB I SOLAT SUNNAH
Materi BAB I SOLAT SUNNAHEvaariva
 
SLIDE RPP 2 ok.pptx
SLIDE RPP 2 ok.pptxSLIDE RPP 2 ok.pptx
SLIDE RPP 2 ok.pptxreni756998
 
BAB I MATERI SOLAT SUNNAH
BAB I MATERI SOLAT SUNNAHBAB I MATERI SOLAT SUNNAH
BAB I MATERI SOLAT SUNNAHEvaariva
 

Similar to Solat sunat aidilfitri (20)

solat aidil fitri dan aidil adha
solat aidil fitri dan aidil adhasolat aidil fitri dan aidil adha
solat aidil fitri dan aidil adha
 
Bab 2 shalat sunah
Bab 2 shalat sunahBab 2 shalat sunah
Bab 2 shalat sunah
 
Solat aidlfitri dan aidiladha
Solat aidlfitri dan aidiladhaSolat aidlfitri dan aidiladha
Solat aidlfitri dan aidiladha
 
Materi Fiqh
Materi FiqhMateri Fiqh
Materi Fiqh
 
BAB I MATERI SOLAT SUNNAH
BAB I MATERI SOLAT SUNNAHBAB I MATERI SOLAT SUNNAH
BAB I MATERI SOLAT SUNNAH
 
BAB I MATERI SOLAT SUNNAH
BAB I MATERI SOLAT SUNNAHBAB I MATERI SOLAT SUNNAH
BAB I MATERI SOLAT SUNNAH
 
Materi tata cara salat sunnah
Materi tata cara salat sunnahMateri tata cara salat sunnah
Materi tata cara salat sunnah
 
Makalah salat
Makalah salatMakalah salat
Makalah salat
 
Solat sunat hariraya aidilfitri dan aidiladha
Solat sunat hariraya aidilfitri dan aidiladhaSolat sunat hariraya aidilfitri dan aidiladha
Solat sunat hariraya aidilfitri dan aidiladha
 
Sholat sunnah
Sholat sunnahSholat sunnah
Sholat sunnah
 
Pdf modul sholat jenazah (aisyah)
Pdf modul sholat jenazah (aisyah)Pdf modul sholat jenazah (aisyah)
Pdf modul sholat jenazah (aisyah)
 
Pdf modul sholat jenazah (aisyah)
Pdf modul sholat jenazah (aisyah)Pdf modul sholat jenazah (aisyah)
Pdf modul sholat jenazah (aisyah)
 
Kursus fiqh wanita
Kursus fiqh wanita  Kursus fiqh wanita
Kursus fiqh wanita
 
Makalah ok 02
Makalah ok 02Makalah ok 02
Makalah ok 02
 
Materi BAB I SOLAT SUNNAH
Materi BAB I SOLAT SUNNAHMateri BAB I SOLAT SUNNAH
Materi BAB I SOLAT SUNNAH
 
PANDUAN DZIKIR
PANDUAN DZIKIRPANDUAN DZIKIR
PANDUAN DZIKIR
 
PANDUAN DZIKIR
PANDUAN DZIKIRPANDUAN DZIKIR
PANDUAN DZIKIR
 
SLIDE RPP 2 ok.pptx
SLIDE RPP 2 ok.pptxSLIDE RPP 2 ok.pptx
SLIDE RPP 2 ok.pptx
 
Sholat sunnah
Sholat sunnahSholat sunnah
Sholat sunnah
 
BAB I MATERI SOLAT SUNNAH
BAB I MATERI SOLAT SUNNAHBAB I MATERI SOLAT SUNNAH
BAB I MATERI SOLAT SUNNAH
 

Solat sunat aidilfitri

  • 1. KETERANGAN . Solat Aidilfitri adalah sunat Muakkad (sangat digalakkan) dan disyariatkan oleh Allah SWT pada bulan Syawal, tahun pertama Hijrah. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya sejak mula disyariatkan sehinggalah Baginda wafat. Begitu juga para sahabat terus melakukannya selepas itu. . Solat sunat Aidilfitri dilakukan antara waktu setelah terbit matahari sehingga sebelum tergelincir matahari. Ia disyari’atkan berjamaah kepada semua mukallaf sama ada lelaki, perempuan, bermukim, musafir, orang bebas atau hamba, sama ada di surau, masjid ataupun di kawasan lapang dan terbuka. Adalah lebih afdal, jika dilakukan secara berjemaah dan sesudahnya dibacakan dua Khutbah. Walaubagaimana pun, ia boleh dilakukan secara bersendirian. . Solat sunat Aidilfitri hendaklah dilambatkan sedikit, sedangkan solat hari raya korban perlu disegerakan. Melewatkan solat Aidilfitri bertujuan memberi masa bagi sesiapa belum mengeluarkan zakat fitrah. Zakat fitrah wajib dikeluarkan sebelum menunaikan solat Aidilfitri. . . A. Tujuan . Tujuan bersolatpada Hari Raya ini ialah untuk mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT kerana telah memberi peluang kepada umat Islam berpuasa selama sebulan, pada bulan Ramadhan yang penuh berkat disamping dapat memperbanyakkan ibadah kerana pada bulan ini Allah SWT melipat gandakan pahala ibadah serta dipermudahkan-Nya ibadah dengan pengurungan syaitan. . Umat Islam juga berpeluang berkumpul dan memuji Allah SWT. Setelah beribadah selama sebulan meminta ampun kepada Allah, maka tibalah masa untuk meminta ampun sesama manusia pula. Pertemuan di majlis seumpama ini, membolehkan masing- masing saling bermaaf-maafan dan mempereratkan tali silatul-rahim sesama Muslim. . . B. Lafaz Takbir Hari Raya:
  • 2. . Sunat memperbanyak lafaz takbir pada malam dan sepanjang Hari Raya Fitri ‫هللا‬ ُ ‫هللاَهللا‬ُ‫ب‬َ‫ر‬ُ َُ ‫هللا‬َ‫ك‬ َ‫ب‬ ُ‫هللار‬ َُُ‫أ‬ُ‫ك‬‫هللا‬ُ‫ك‬‫هللاك‬ َُُ‫أ‬ُ‫ك‬‫هللا‬ُ ُ‫هللار‬ُ ‫هللا‬‫هللا‬َ ‫هللا‬ُ‫هللا‬َُُ ‫هللا‬ُ‫هللا‬‫هللارهللا‬ َُُ‫أ‬ُ‫ك‬‫هللا‬ُ ‫هللا‬ُ َُُ‫أ‬ُ‫ك‬‫هللا‬ُ ‫هللا‬ُ َُُ‫أ‬ُ‫ك‬‫هللا‬ُ ‫هللا‬‫هللا‬َ‫ك‬ُ َ‫أ‬ُُ‫هللا‬َ ‫هللا‬ُ‫ًر‬ُ َُُ‫ل‬ُ‫هللار‬ َ َ َ‫هلل‬ُ‫أ‬‫هللا‬َ‫ك‬َ‫هللا‬ُ‫ب‬َ‫ر‬ُ َُ ُ‫هللار‬ َ َ َُُ‫أ‬‫هللا‬ َُُ‫أ‬ُ‫ك‬ ‫هللا‬ ‫هللا‬َ ‫هللا‬ُ‫هللا‬َُُ ‫هللا‬ُ‫هللا‬‫هللارهللا‬َََ َ ‫إ‬ُ‫ك‬ ُ‫هللار‬ُ‫ب‬َ ُ‫هللار‬ُ ‫هللا‬‫هللا‬َ ‫هللا‬ُ‫هللا‬َُُ ‫هللا‬ُ‫هللا‬‫هللا‬َ‫هللا‬‫ر‬َ‫ر‬ُ ًَُْ‫أ‬َُ ‫هللا‬ُ َ ُ‫أ‬‫هللا‬ َ‫ر‬ُُُ‫هللار‬ُ‫ر‬َ ََ‫ب‬ُ ‫هللا‬ُ‫هللا‬ُُ‫هللا‬ ُ‫ر‬َ َ ‫إ‬َ‫ا‬َُِ‫ر‬‫هللا‬ُ ً َ ‫هللا‬‫هللا‬َ ‫ُهللا‬‫ب‬ََُُُّ‫هللا‬‫هللا‬ُ‫هللا‬ُ‫هللار‬َ ‫هللا‬‫ر‬‫هللا‬ُ ُ‫ب‬ََُُ‫هللا‬ ُ ُ‫إ‬ُ‫هللا‬ُ‫هللارهللار‬ُ ُ‫ب‬ََُ‫هللار‬ َُُ‫ب‬ُ‫إ‬‫هللارهللا‬ُ َ‫أ‬ُ‫ك‬‫هللا‬ُ ُ‫هللار‬ُ ‫هللا‬‫هللا‬َ ‫هللا‬ُ‫هللا‬َُُ ‫هللا‬ُ‫هللا‬‫هللا‬ُ ُ‫ب‬َ ُ‫هللار‬ُ‫ب‬ ُ‫و‬َ ُ‫د‬َ ‫هللا‬ُ‫ال‬ُ‫و‬ُِ ُ‫هللار‬‫ر‬‫هللا‬ُ ُ‫ب‬َ‫هللا‬ُ ‫هللا‬‫ُو‬َُ‫ك‬ ُ‫ُر‬‫ب‬َ‫ر‬ُ َُ ‫هللا‬َ‫ك‬ َ‫ب‬ ُ‫هللار‬ُ َُُ‫أ‬ُ‫ك‬‫هللا‬ُ ‫هللا‬ُ ُُ . Video dan lafaz Takbir Raya lengkap .. ‘Klik‫هللا‬di‫هللا‬sini’ . . C. CARA SOLAT AIDIL FITRI . Para ulama telah ijma’ tentang cara-cara solat hari raya berdasarkan hadith; “Amru bin ‘Auf Al-Muzani RA meriwayatkan Nabi SAW bertakbir ketika solat dua hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha), pada rakaat yang pertama sebanyak 7 kali sebelum membaca Fatihah dan pada rakaat yang akhir sebanyak 5 kali sebelum membaca Fatihah.” . 1. Niat: . 2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah: Rakaat pertama: Surah Al-Qaf atau al-A’laa atau Al-Kafirun. Rakaat kedua: Surah Al-Qamar atau Al-Ghasyiah atau Al-Ikhlas. . . D. Cara Perlaksanaan Solat Aidil Fitri . 1. Pada rakaat pertama:
  • 3. a. Selepas Takbiratul-ihram dan doa Iftitah, bertakbir (‫هللا‬ُ َُُ‫أ‬ُ ‫هللا‬ُ‫هللا‬‫ك‬ُ ) tujuh kali yang diselangi tasbih: . b. Setelah bertakbir dan bacaan tasbih ke-tujuh, bacalah surah al-Fatihah dan surah pilihan. . c. Lakukan rukun seterusnya seperti solat biasa. . . 2. Rakaat ke-dua: a. Bertakbir lima kali, diselangi tasbih seperti rakaat pertama. b. Disambung dengan bacaan al-Fatihah dan surah pilihan. c. Teruskan sebagaimana solat yang lain sehingga selesai salam ke-dua. . . E. Khutbah Solat Aidilfitri Imam memperdengarkan Khutbah tentang zakat fitrah dan pengertian sambutan Aidilfitri sesudah solat di samping membacakan berturut-turut takbir (‫هللا‬ُ َُُ‫أ‬ُ‫ك‬‫هللا‬ُ‫هللا‬‫ك‬ُ ) Allahu Akbar; 1. Pada pendahuluan khutbah pertama – 9 kali takbir. 2. Semasa memulakan khutbah ke-dua – 7 kali takbir. .
  • 4. Diikuti dengan bacaan: ُ‫ب‬َ‫ر‬ُ َُ ‫هللا‬َ َ ُ‫هللار‬ُ َُُ‫أ‬ُ‫ك‬‫هللا‬ُ‫هللا‬‫ك‬ُ ‫هللا‬‫ر‬ُ َُُ‫أ‬ُ‫ك‬‫هللا‬ُ‫هللا‬ ُ‫هللار‬ُ ‫هللا‬‫هللا‬َ ‫هللا‬ُ‫هللا‬َُُ ‫هللا‬ُ Tiada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala kepujian. F. Perempuan Pada Hari Raya semua umat Islam termasuk perempuan yang haid, dituntut meramaikan perhimpunan solat Hari Raya, bertakbir dan berdoa bersama-sama, bagi mendapatkan keberkatan dan kesucian hari itu, walaupun tidak ikut sama bersolat. Perempuan yang berhias atau yang memungkinkan fitnah. Mereka hendaklah bersolat di rumah sahaja. . G. Adab Solat Aidilfitri 1. Menjamah sedikit makanan terutama tamar sebelum keluar bersolat sunat hari raya. Anas bin Malik menyebut: “Adalah Nabi SAW tidak akan keluar untuk solat Aidilfitri sehinggalah baginda memakan buah tamar terlebih dulu dengan bilangan yang ganjil (tiga atau lima atau tujuh biji).” 2. Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid sekiranya tidak terlalu jauh. 3. Pergi ke masjid menggunakan jalan yang berbeza dengan jalan pulang, agar dapat bertemu dan bermaafan dengan ramai kenalan. 4. Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan. 5. Bersedekah dan bertahlil secara jemaah selepas solat sunat Aidil Fitri. 6. Membanyakkan membaca takbir,tasbih, tahmid memuji kebesaran Allah SWT. 7. Apabila selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri maka digalakkan bersalam- salaman kerana ia adalah cara terbaik memohon keampunan sesama insan. 8. Apabila hari raya jatuh pada hari Jum’at, maka solat Jum’at menjadi sunnah, boleh diadakan dan boleh tidak tetapi untuk lebih afdal, khariah masjid jami’ sebaiknya tetap mengadakan solat Jum’at.
  • 5. Panduan dan Cara SolatHari Raya Aidilfitri Di Rumah Solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan bagi mengucapkan kesyukuran kepada Allah S.W.T setelah umat Islam berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan. Ia juga peluang umat Islam untuk bertakbir, bertasbih dan mendengar nasihat melalui khutbah yang diperdengarkan oleh khatib setelah selesai solat raya. Selain itu, syiar ini dapat menyatupadukan umat Islam, mengekalkan silatul rahim dan menzahirkan syiar Islam melalui perlaksanaan ibadah tersebut. Namun pada tahun ini, umat Islam digalakkan bersolat sunat Hari Raya sama ada secara sendirian mahupun berjemaah di rumah sahaja. Ia susulan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang masih belangsung dalam mengekang penularan wabak COVID-19 di Malaysia. Hukum Solat Sunat Hari Raya Hukumnya adalah sunat muakkad (yang sangat dituntut dalam Islam). Dalam setahun umat Islam hanya bersolat untuk hari raya sebanyak 2 kali sahaja iaitu pada hari raya Idulfitri dan hari raya korban atau Aidiladha. Solat ini boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian di rumah. Segala rukun dan syarat solat raya adalah sama sebagaimana solat fardhu yang lima. Cuma terdapat perkara sunat yang ditambah iaitu bertakbir sebanyak tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua. Di antara setiap takbir tersebut, kita digalakkan untuk bertasbih. Tutorial dan panduan Solat Sunat Hari Raya di Rumah Lafaz Tasbih Lafaz tasbih ini dibaca di antara takbir solat sunat hari raya. Subhanallah – Walhamdulillah – Wa la Ilahaillah- Wa Allahu Akbar Maksudnya: “Maha suci Allah dan segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan Melainkan Allah dan Allah Yang Maha Besar.” Waktu Solat Sunat Aidilfitri
  • 6. Solat ini dilaksanakan pada setiap 1 Syawal. Ia ditunaikan pada waktu pagi iaitu setelah terbitnya matahari dan sebelum masuknya waktu zohor. Kebiasannya di Malaysia, kita memulakan solat raya sekitar jam 8.30 atau 9.00 pagi. Cara Menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Lafaz Niat Bersendirian Usalli sunnatan Aidil Fitri rak’ataini makmuman lillahi ta’ala. “Sahaja aku solat sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” Lafaz Niat Berjemaah (menjadi imam/makmum) Usalli sunnatan Aidil Fitri rak’ataini Imaman/makmuman lillahi ta’ala. “Sahaja aku solat sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat Imam/Makmum kerana Allah Ta’ala.” Rakaat Pertama 1. Di mulai dengan lafaz takbirratul ihram dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati. 2. Membaca doa iftitah. 3. Lafaz takbir tujuh kali diselangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar.
  • 7. 4. Membaca Surah al-Fatihah. 5. Membaca mana-mana Surah dalam al-Qur’an (digalakkan membaca Surah al-A’laa). 6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama. Rakaat kedua Setelah bagun daripada sujud rakaat pertama, 1. Lafaz takbir lima kali di selang selikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar. 2. Membaca surah al-Fatihah. 3. Membaca surah al-Quran (Surah al-Kafirun untuk rakaat kedua). 4. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua. 5. Memberi salam. 6. Membaca doa. Setelah selesai menunaikan solat, umat Islam digalakkan mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib sekiranya solat tersebut dilakukan secara berjemaah.
  • 8. Khutbah Aidilfitri Rukun khutbah Aidilfitri adalah sebagaimana rukun khutbah solat Jumaat. Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua. Syarat Khutbah Hari Raya:  Khatib mestilah suci daripada hadas kecil dan besar  Khatib hendaklah menutup aurat dengan sempurna.  Khabit mestilah seorang lelaki.  Khutbah dibaca setelah selesai solat sunat hari raya.  Hendaklah berturut-turut di antara 2 khutbah.  Khatib membaca khutbah dalam keadaan berdiri bagi yang berkemampuan. Panduan Asas Khutbah Aidilfitri Secara asasnya, syarat khutbah hari raya adalah sebagaimana khutbah Jumaat iaitu: 1. Khatib hendaklah berdiri jika mampu. 2. Di antara 2 khutbah diselangi dengan duduk. Bagi mereka yang tidak mampu berdiri iaitu yang membaca dalam keadaan duduk, hendaklah diam seketika selepas habis khutbah pertama. 3. Berbeza dengan solat Jumaat, khutbah Hari Raya dibaca selepas solat Hari Raya. 4. Khatib hendaklah suci daripada hadas kecil dan besar. 5. Rukun khutbah dibaca dalam bahasa arab. 6. Berturut-turut di antara khutbah pertama dan kedua (maksudnya tidak ada jarak waktu yang terlalu panjang di antara 2 khutbah. Rukun Khutbah
  • 9. Khutbah pertama  Memuji Allah dengan mengucap “Alhamdulillah“.  Berselawat ke atas nabi “Allahumma solli ‘ala Saidina Muhammad wa ‘ala ali Saidina Muhammad”.  Berpesan kepada makmum untuk bertakwa; “Marilah kita semua meningkatkan taqwa kita kepada Allah”.  Membaca sepotong ayat al-Quran yang lengkap; contohnya “Qul hu Wallahu Ahad, Allahus Somad, Lam Yalid Walam Yulad, Wa lam Yakunlahu Kufuwan Ahad” *Setelah habis khutbah pertama khatib perlu duduk sekejap. Khutbah Kedua  Memuji Allah dengan mengucap “Alhamdulillah”.  Berselawat ke atas nabi “Allahumma solli ‘ala Saidina Muhammad wa ‘ala ali Saidina Muhammad”.  Berpesan kepada makmum untuk bertaqwa; “Marilah kita semua meningkatkan taqwa kita kepada Allah”.  Membaca 1 potong ayat al-Qur’an yang lengkap. Contohnya:  Membaca doa untuk kesejahteraan seluruh umat Islam; “Ya Allah selamatkan kami daripada wabak COVID-19 yang melanda negara. Ya Allah selamatkan kami semua di dunia dan akhirat.“ *Disunatkan bertakbir membaca “Allahu Akbar” sebanyak 9 kali di awal khutbah pertama dan 7 kali “Allahu Akbar” pada awal khutbah kedua”.
  • 10. TEKS KHUTBAH HARI RAYA AIDILFITRI LENGKAP (TAJUK: HIKMAH DI SEBALIK COVID-19) Khutbah Pertama WAHAI AHLI KELUARGAKU YANG DIRAHMATI ALLAH, Marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dengan sebenar- benar takwa. Mudah-mudahan kita mendapat rahmat dan keampunan Allah. Alhamdulillah segala puji bagi Allah, setelah sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan, hari ini 1 Syawal kita meraikan hari raya Aidilfitri sebagai tanda kemenangan, memuji dan mengagungkan kebesaran Allah S.W.T. IBU AYAH, ABANG, KAKAK DAN ADIK-ADIK SEKALIAN (*boleh diubah mengikut kesesuaian)
  • 11. Dalam kegembiraan kita merayakan Idul Fitri yang penuh keberkatan ini, ketahuilah kita sebenarnya masih lagi diuji dengan wabak COVID-19 yang masih melanda negara. Dalam Surah al-Mulk, ayat 2, Allah mengingatkan bahawa setiap manusia pasti diuji untuk melihat kualiti amalan yang dikerjakannya. Firman Allah: Maksudnya: “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)” AHLI KELUARGAKU YANG DIKASIHI, Tindakan kerajaan menetapkan PKP dan PKPB adalah sebagai satu ikhtiar untuk membendung penularan COVID-19 yang lebih serius dalam masyarakat. Oleh itu hendaklah kita mematuhi setiap langkah yang disarankan oleh Kerajaan Malaysia bagi memastikan wabak ini dapat dibendung sepenuhnya. Dalam sejarah Islam, tindakan seperti ini pernah direkodkan apabila pandemik penyakit pernah melanda Mekah, Iraq, Palestin dan Sham yang menyebabkan beberapa kawasan ditutup termasuklah masjid yang langsung tidak dapat didirikan solat berjemaah. Namun selepas itu, keadaan kembali seperti biasa dan masyarakat dapat menjalankan kehidupan harian seperti sediakala. Kita perlu ingat bahawa ujian ini menjadi rahmat kepada insan bersabar dan memberikan tindak balas yang betul dalam menghadapinya. IBU AYAH, ABANG, KAKAK DAN ADIK-ADIK SEKALIAN (*boleh diubah mengikut kesesuaian) Pandemik COVID-19 ini memberi ruang lebih besar kepada kita untuk mendekatkan diri kepada Allah. Ujian yang melanda ini merupakan satu hikmah bagi kita sekeluarga. Terdapat banyak hikmah yang boleh dijadikan teladan dan pengajaran; Pertama: Hendaklah kita sentiasa menjaga kebersihan yang baik di kalangan keluarga sama ada di rumah ataupun luar rumah.
  • 12. Kedua: PKP/PKPB juga memberi peluang kepada kita untuk memanfaatkan masa di rumah bersama keluarga dengan lebih bermakna. Kita dapat solat bertarawih berjemaah, berbuka puasa bersama-sama dan tolong menolong sesama kita. Ketiga: Kita juga dapat menjalankan banyak aktiviti kekeluargaan yang lain secara bersama termasuklah belajar, membaca, menonton TV dan berbual bersama yang dapat merapatkan hubungan sesama kita. AHLI KELUARGAKU YANG DISAYANGI, Kita sudah hampir menang melawan wabak COVID-19, oleh itu hendaklah sama-sama kita terus membantu barisan hadapan negara dengan duduk di rumah dan selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer). Selepas habis khutbah pertama* khatib hendaklah duduk sebentar. Bagi khatib yang membaca khutbah dalam keadaan duduk hendaklah diam buat seketika
  • 13. Khutbah Kedua AHLI KELUARGAKU SEKALIAN, “Marilah kita bersama-sama mempertingkatkan ketakwaan kita kehadrat Allah S.W.T, mudah-mudahan kita beroleh rahmat daripadaNYA.
  • 14. Marilah sama-sama kita menadah tangan dan berdoa; “Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim”, “Engkau ampunilah dosa-doa kami”, “Engkau rahmatilah diri kami, keluarga kami, negara kami serta seluruh umat Islam di dunia”. “Ya Allah selamatkan kami semua dari Corona Virus. Ya Allah selamatkan kami semua di dunia dan akhirat.” “Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim “Engkau berilah kekuatan, kecekalan dan kesabaran kepada kami untuk menghadapi dugaan-Mu yang berat ini, “Kami bermohon kepada-Mu Ya Allah “Lindungilah kami “Selamatkanlah kami “Sejahterakanlah hidup kami.” Amin Ya Rabbal ‘Alamin. *Selesailah khutbah hari raya yang penuh bermakna ini.