1. TWISTED PAIR
Kabel twisted pair
(pasangan terpiuh) terdiri
daripada dua
wayar/konduktor yang
dipintal bersama. Setiap
satunya mempunyai lapisan
plastik.
Wayar yang dipintal
bertujuan untuk
mengelakkan gangguan
elektromagnetic yang
menyebabkan “crosstalk”
iaitu gangguan hingar
(noise).
Penghubung yang biasa
digunakan untuk kabel
twisted pair adalah RJ-45
2. UNSHIELDED TWISTED PAIR
Unshielded Twisted
Pair (UTP) adalah jenis
kabel twisted pair yang
paling biasa
digunakan.
Ia mempunyai 4
pasangan wayar yang
dipintal bersama yang
dikod berdasarkan
warna. Semua wayar
tersebut dilindungi oleh
lapisan plastik
dipanggil outer jacket.
3. SHIELDED TWISTED PAIR
Shielded Twisted Pair
(STP) adalah satu lagi
jenis kabel twisted pair.
Setiap pasangan wayar
berwarna dibalut oleh
satu lapisan metallic.
Semua pasangan wayar
tersebut turut dibalut
bersama dengan satu
lagi lapisan metallic.
Akhir sekali, semua
lapisan wayar tersebut
bersama dengan lapisan
metallic dibalut dengan
outer jacket.
4. COAXIAL CABLE
Terdiri daripada satu wayar
tembaga yang dilapisi oleh
sekurang-kurangnya 3
lapisan lain.
3 lapisan tersebut adalah
lapisan penebat, lapisan
logam yang ditenun dan
lapisan plastik.
Kabel coaxial biasanya
digunakan sebagai kabel
TV kerana ia boleh
digunakan dengan jarak
yang lebih jauh berbanding
kabel twisted pair.
5. PARTS OF COAXIAL CABLE
Kabel Coaxial terdiri
daripada satu wayar
konduktor dalaman (inner
conductor) ditengah-
tengah yang dilapisi oleh
satu sarung penebat.
Sarung penebat
berkenaan dilapisi pula
oleh satu lapisan logam
yang ditenun bertindak
sebagai konduktor luaran
(outer conductor)
6. PARTS OF COAXIAL CABLE
Outer conductor juga
dilapisi oleh satu lapisan
penebat seterusnya
keseluruhan kabel
berkenaan dibalut oleh
lapisan plastik.
Outer conductor
bertindak sebagai wayar
kedua di dalam kabel
coaxial. Ia juga bertindak
sebagai pelindung
kepada inner conductor
dan membantu
mengurangkan gangguan
luar.
7. CONNECTORS OF COAXIAL CABLE
Penghubung atau
connector yang biasa
digunakan oleh kabel
coaxial adalah BNC
connector.
BNC adalah akronim
kepada British Naval
Connector atau
Bayonet Neill
Concelman.
8. CONNECTORS OF COAXIAL CABLE
Terdapat 3 BNC
connector yang popular
iaitu :
1 – BNC Connector –
digunakan untuk
menghubungkan peranti
seperti set TV
2 – BNC T Connector –
digunakan di dalam
rangkaian ethernet
3 – BNC Terminator –
dihubungkan
dipenghujung kabel untuk
mengelakkan pantulan
isyarat
9. FIBRE OPTIC CABLE
Kabel fibre optic
menggunakan cahaya untuk
penghantaran data.
Terasnya terdiri daripada
beratus urat kaca yang nipis
yang menggunakan cahaya
untuk menghantar isyarat
(signal).
Setiap urat kaca yang
dipanggil optical fibre
adalah senipis rambut
manusia.
Keamatan cahaya
meningkat dan menurun
menunjukkan isyarat binari
0 dan 1.
10. PARTS OF FIBRE OPTIC CABLE
Di dalam kabel fibre
optic, setiap optical
fibre disaluti dengan
penebat kaca dan
lapisan pelindung.
Biasanya kabel fibre
optic mempunyai 5
bahagian.
11. PARTS OF FIBRE OPTIC CABLE
The core (teras) – adalah
elemen yang digunakan untuk
menghantar cahaya. Diperbuat
daripada kaca atau plastik.
Cladding (pelapisan) – membalut
core. Juga diperbuat daripada
kaca atau plastik namun kurang
tumpat daripada core.
Buffer surrounds cladding –
diperbuat daripada plastik dan
bertindak sebagai pelindung
kepada core dan cladding
Strengthening material -
menghalang regangan kabel
fibre optik.
Outer jacket – lapisan paling luar
untuk melindungi kabel fibre.
12. CONNECTORS OF FIBRE OPTIC CABLE
Connector yang biasa
digunakan oleh kabel
fibre optic adalah jenis
SC, ST, FC dan MT-RJ. SC
ST FC
ST-RJ