1. Konsep Syariah dalam Perbankan Islam
Concept Definition
Bai Bithaman
Ajil
Jualan barangan di mana pembeli membayar kepada penjual selepas jualan dalam
tempoh tertunda yang sudah dipersetujui terlebih dahulu pada harga yang dipersetujui,
termasuk margin keuntungan yang dipersetujui, sama ada sekaligus atau secara
ansuran.
Bai Al Dayn Pembiayaan hutang dan peruntukan sumber kewangan yang diperlukan untuk
pengeluaran, perdagangan dan perkhidmatan melalui jualan dan belian dokumen dan
kertas perdagangan. Ini adalah kemudahan jangka pendek dalam tempoh matang
setahun atau kurang daripadanya. Hanya dokumen yang menjadi bukti hutang dan
transaksi komersial bona fide yang boleh diperdagangkan.
Bai Inah Perjanjian jual dan beli semula di mana penjual menjual aset sandaran pada harga kos
dan membuat penambahan harga (harga jualan) serta membeli semula secara serta
merta pada harga kos secara tunai. Pembeli akan membayar harga jualan mengikut
terma tertunda.
Ijarah Perjanjian penyewaan antara pemberi pajak dengan pemajak yang mana penyewa
berhak ke atas usufruk (manfaat) pada aset yang dimiliki oleh pemberi pajak. Pemberi
pajak kekal sebagai pemegang tetap kepada aset tersebut sehingga tempoh matang
penyewaan itu.
Istisna’ Jualan melalui pesanan di mana pelanggan yang mempunyai kontrak untuk
memindahkan aset itudi masa hadapan, memohon pembiaya bagi mengambil alih serta
menyelesaikan projek tersebut mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Pembiaya akan
melantik wakil pihak ketiga atau pelanggan bagi meneruskan projek tersebut bagi
pihaknya.
Kafalah Jaminan yang ditadbir oleh prinsip Syariah. Ia berkuat kuasa kepada kontrak hutang
atau perniagaan lain di mana bank menjamin benefisiari atas pelaksanaan produk.
Mudarabah Perjanjian perkongsian keuntungan antara dua pihak, iaitu pelabur dan usahawan.
Pelabur akan menyediakan dana kepada usahawan bagi usahaniaga dan mendapat
pulangan dari dana yang dilaburkan berdasarkan nisbah perkongsian keuntungan yang
telah dipersetujui.
Musharakah Kerjasama atau usaha niaga bagi meraih keuntungan. Keuntungan akan diagihkan
antara rakan kongsi berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui yang mungkin tidak
diagihkan sama rata memandangkan jumlah pelaburan yang dilaburkan berbeza bagi
setiap pelabur. Namun demikian, kerugian akan dibahagikan berdasarkan nisbah dana
yang dilaburkan oleh setiap rakan kongsi.
Rahn Perjanjian di mana aset bernilai tinggi diletakkan sebagai cagaran untuk sesuatu hutang.
Cagaran tersebut mungkin dinyahkan sekiranya ingkar membuat pembayaran.
Salam Pembelian atau pembayaran pendahuluan bagi barangan yang akan dihantar pada tarikh
2. hadapan yang telah ditetapkan. Penjualan berlaku walaupun barangan belum lagi
wujud, dengan syarat barangan tersebut disahkan dan tarikh penghantaran telah
ditetapkan. Objek tersebut haruslah ketara dan dapat disahkan dalam bentuk kuantiti,
kualiti dan hasil kerja.
Tawarruq Seorang pelanggan dengan keperluan untuk membeli yang sah membeli satu item
dalam bentuk kredit daripada pihak bank melalui pembayaran asas yang ditetapkan,
dengan serta merta menjual semula barangan tersebut untuk penjualan tunai kepada
pihak ketiga.