SlideShare a Scribd company logo
1 of 21
Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban
Cabaran Kelestarian Etika
Dan Peradaban
Di Malaysia
Topik 9
Sinopsis Topik 9
Kelestarian etika dan peradaban sejagat senantiasa tercabar dan terkesan oleh proses
hakisan sosial. Ini kerana perubahan dalam masyarakat berlaku dengan pantas dan
sukar dikawal, sama ada dari segi sosial, ekonomi, politik, alam sekitar, teknologi, dan
lain-lain.
Kepesatan pembangunan ekonomi banyak membawa implikasi positif dalam
peningkatan pendapatan negara dan kesejahteraan hidup masyarakat. Namun begitu
ketidakseimbangan pembangunan negara membawa implikasi negatif terhadap
persekitaran fizikal, alam sekitar dan kesihatan masyarakat.
Pada dekad awal kemerdekaan berlakunya shared poverty (kemiskinan bersama),
namun setelah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Malaysia telah mencapai
pertumbuhan ekonomi yang baik dan menjadi pemangkin kepada shared prosperity
(kesejahteraan bersama) yang terangkum di dalamnya kesepaduan nasional. Perubahan
yang berlaku dalam masyarakat dan pembangunan ekonomi telah membawa cabaran
dalam penghayatan etika dan peradaban di Malaysia.
Justeru, persoalan penting yang ingin dibincangkan dalam Topik 9 ini ialah bagaimana
etika dan peradaban Malaysia boleh diperkasa dalam konteks hubungan antarabangsa
demi meluaskan ruang sivik ke arah mengukuhkan pembinaan negara bangsa.
Hasil Pembelajaran Dan Objektif
Objektif
 Memahami cabaran keterlestarian etika dan peradaban di Malaysia
Hasil Pembelajaran Dan Objektif
Menghuraikan etika dan peradaban Malaysia dalam konteks pengalaman
negara dan antarabangsa
Menjelaskan kelestarian etika dan peradaban dalam kepelbagaian dan
negara bangsa
Menganalisis matlamat pembangunan lestari dan kesejahteraan bersama
Peta Minda
CABARAN
KELESTARIAN
ETIKA DAN
PERADABAN
Masyarakat
Kepelbagaian
Matlamat
Pembangunan
Lestari
Wawasan
Kemakmuran
Bersama
Hubungan
Antarabangsa
Negara-
bangsa
a)Defisit Sosial
b)Tadbir Urus &
Pembangunan
c)Black Economy
& Rasuah
Kandungan Kursus
1. Kelestarian etika dan peradaban Malaysia
2. Kedinamikan etika dan peradaban Malaysia
3. DEB pemangkin Sharing Poverty tetapi gagal membawa Shared
Prosperity
4. Hakisan sosial ke atas kelestarian etika dan peradaban
a) Defisit sosial
b) Tadbir Urus dan Pembangunan
c) Black Economy dan rasuah
5. Kelangsungan Kelestarian Etika dan Peradaban Malaysia bagi
Pembangunan Negara Bangsa dan Ketamadunan Malaysia
a) Wawasan Kemakmuran Bersama, Rancangan Malaysia Ke 12 dan
Pembangunan Lestari
b) Kesepaduan Nasional dan Perpaduan Negara
c) Perkongsian Pengalaman etika dan peradaban Malaysia demi
keharmonian, kestabilan dan Kemajuan Ketamadunan Sejagat
1. Kelestarian etika dan peradaban Malaysia
Pengenalan
Malaysia’s ‘civilised society’ is to be admired, says Imran Khan
FMT News, Sean Augustin, February 4, 2020 5:37 PM
Etika dan peradaban di zaman dan negara mana sekalipun adalah dinamik, mengukuh, berubah-ubah dan tidak
kekal. Memahami bentuk etika dan peradaban ini dan memberi penjelasannya secara kritis, analitikal dan
dalam kerangka saintifik adalah tugas pelajar dan sarjana bersama.
Etika dan peradaban Malaysia telah berkembang dari tapak peradaban Alam Melayu dengan kewatanan
Melayu dan bumiputera sebagai terasnya.
Tapak etika dan peradaban pribumi ini telah bergaul dengan peradaban majmuk dari luar melalui gelanggang
Selat Melaka sebagai titik pertemuan masyarakat sedunia dari China, India, Timur Tengah dan Barat.
Peradaban majmuk ini berperanan dalam membina negara bangsa dan ketamadunan acuan Malaysia pada hari
ini.
Daripada peradaban majmuk ini, Malaysia membina etika dan peradaban beracuan sendiri dengan menyulam
kepelbagaian etika dan peradaban dalam melahirkan sebuah negara yang damai, stabil, maju dan sejahtera.
Obama, mantan Presiden Amerika Syarikat mempotretkan Malaysia sebagai sebuah negara masyarakat Islam
yang moderat dan maju dan terbaru Imran Khan, Perdana Menteri Pakistan pula mengatakan Malaysia sebuah
masyarakat bertamadun.
1. Kelestarian etika
dan peradaban
Malaysia
Oleh kerana pembinaan tamadun sesebuah
bangsa itu bukan perkara mudah, dan ia tidak
dijamin berkekalan, maka masyarakat Malaysia
perlu mengambil iktibar dari sejarah. Sejarah
mungkin berulang bagi mereka yang tidak
mengkaji, tidak mengambil iktibar dan tidak
menjadikannya panduan hidup.
Pengalaman sedunia dari zaman purba hingga
zaman kontemporari menunjukkan kedinamikan
berlaku dan tiada satu peradaban kekal.
Kejatuhan sesebuah ketamadunan adalah
disebabkan oleh keruntuhan nilai yang
terangkum dalamnya pelbagai konsep seperti
etika, moral, adab, akhlak dan seumpamanya.
Teras kepada nilai ini adalah keadilan dan
kebaikan manakala kezaliman, kekejaman dan
penganiayaan membawa kehancuran nilai
kemanusiaan dan ini pasti menamatkan mana-
mana ketamadunan.
1. Kelestarian Etika
dan Peradaban
Malaysia
Dalam suasana kedinamikan etika dan peradaban
ini, maka kita perlu sentiasa memahami, prihatin
serta insaf dan secara sedar untuk merancang dan
melaksanakan institutional reform dan iniatitif bagi
memastikan etika mandarah daging dalam setiap
rakyat Malaysia demi memastikan peradaban
Malaysia terus unggul.
1. Kelestarian etika
dan peradaban
Malaysia
Etika dan peradaban di Alam Melayu dan timur dari China, India dan Timur Tengah adalah berteraskan
nilai. Nilai-nilai utama yang menjadi adab, di antaranya, adalah tanggungjawab, keperihatinan, amanah,
bertolak ansur, kedamaian, keadilan, kebaikan, disiplin, kerajinan, muafakat dan kemajuan. Etika dalam
sebuah peradaban membina adab, adat, adat resam dan adat istiadat berdasar nilai-nilai yang sesuai
dengan persekitaran geografi, ekonomi, sosio-budaya dan politik setempat.
Kedatangan penjajah barat membawa dimensi baru dalam etika dan peradaban di mana agama dipisah
dari politik, dan rasionaliti, legal dan perkiraan keuntungan menjadi matlamat setiap individu.
Kekuatan setiap peradaban ini telah disulam ke dalam peradaban Malaysia dengan etika dan peradaban
Melayu dan Islam sebagai terasnya.
2. Kedinamikan etika dan peradaban Malaysia
• Setiap peradaban memiliki ciri-ciri yang memajmukkan
mereka. Namun begitu, gelanggang pertemuan dan
pergaulan sepanjang Selat Melaka, dari pelabuhan
Palembang, Melaka hingga Kedah dan Acheh menunjukkan
hubungan ini menguntungkan di mana produk tempatan
ditukar dengan produk China, India dan Barat.
• Terdapat kumpulan etnik daripada pelbagai peradaban
majmuk ini memilih untuk tinggal dan, dengan kemerdekaan,
menjadi rakyat di Persekutuan Tanah Melayu.
• Sejarah sosial dari zaman pra, kolonial hingga ke awal pasca
colonial menunjukkan bahawa masyarakat plural di Tanah
Melayu adalah bentuk masyarakat utama di negara ini;
• Menyebabkan berlaku ketidakseimbangan sosial dan
kehidupan yang terpisah, terasing dan terputus oleh
perbezaan etnik, bahasa, budaya, agama, pekerjaan dan
tempat tinggal.
2. Kedinamikan etika dan
peradaban Malaysia
• Rusuhan etnik 13 Mei dan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada
dekad 1970an telah menyumbang dalam usaha membasmi kemiskinan
dan menyusun semula masyarakat hingga pembangunan, migrasi dalaman
dan perubahan teknologi telah mencetus perubahan sosial dan
transformasi masyarakat..
• Perubahan sosial telah menjadikan pekerjaan sara diri bertani rakyat
Malaysia ke arah pekerjaan bercirikan komersial-industrial, golongan
miskin menjadi kelas menengah dan kehidupan kampung menjadi
kosmopolitan.
• Perubahan sosial ini menandakan negara sudah berubah dari sebuah
negara mundur ke negara maju; mentransformasi masyarakat daripada
memiliki budaya tradisional kepada budaya kemodenan yang
mengutamakan keadilan, keterangkuman, demokrasi, kesepaduan sosial,
menolak keganasan dan ketidakstabilan politik.
• Budaya moden ini telah mengurangkan salah faham, ketegangan sosial
dan pergaduhan di antara pelbagai kumpulan etnik di Malaysia.
2. Kedinamikan etika dan
peradaban Malaysia
• Kini, batas etnik di antara komuniti di
Malaysia tidak tebal. Berlakunya suasana
kesepaduan yang diikat oleh nilai sivik sejagat
seperti keadilan, kebajikan dan
keterangkuman hingga perbezaan etnik
menjadi perkara sekunder serta hilang
kepentingannya sebagai pendorong tindakan
mereka.
• Maka etika dan peradaban dimiliki rakyat
Malaysia, asalnya majmuk, telah membina
perkongsian nilai hidup bersama hingga
pendapat awam disepakati bersama dn
hubungan di antara rakyat Malaysia
diperhatikan lebih merentas batas etnik dan
membina hubungan sosial di antara mereka
• Rakyat Malaysia sudah mampu menerima,
berkongsi dan meraikan perbezaan etnik di
antara mereka hingga menyubur kesedaran
kolektif etos bangsa Malaysia sebagai jati diri
mereka.
3. DEB pemangkin Sharing Poverty
tetapi gagal membawa Shared Prosperity
• DEB adalah dasar awam yang menyusun semula masyarakat
dari segi pendidikan, pekerjaan, keusahawanan dan
pemilikan kediaman telah menyumbang kepada
pembasmian kemiskinan, dari tahun 1970an sehingga
lahirnya masyarakat kelas menengah dan sifat kosmopolitan
dalam negara pada hari ini.
• Namun begitu, DEB sebagai pemangkin perubahan Shared
Poverty dalam tahun 1970an hingga tahun 2010an berdasar
data pengagihan pendapatan, pemilikan harta, ekuiti saham
korporat dan pekali gini mengikut bandar-luar bandar dan
etnik menunjukkan Malaysia tidak mampu
mempertahankan pertumbuhan ekonomi dengan
pengagihan hinggakan bukan kelas menengah yang
membesar tetapi golongan B0. Kegagalan mengagihkan
kekayaan negara ini telah melahir keresahan politik dan
pergerakan reformasi pada dekad 2000an
• RMK11 mengambil model ekonomi baru tetapi dipengaruhi
oleh pendekatan BRIC yang mementingkan pendapatan per
kapita tinggi tanpa memberi tumpuan yang wajar kepada
kumpulan B40, miskin dan terpinggir dalam masyarakat.
Dalam PRU14, rakyat memilih kerajaan baru agar Shared
Prosperity menjadi matlamat pembangunan negeriayang
mendahulukan kebajikan rakyat.
4. Hakisan Sosial ke atas Kelestarian
Etika dan Peradaban
• Hakisan sosial ke atas kelestarian etika dan peradaban
Malaysia dari 2000 semakin berlaku dan memuncak di
2018 di mana budaya keadilan, integriti, tolak ansur,
kesepaduan dan demokrasi semakin terhakis.
• Hakisan sosial ini dipacukan lagi dengan tsunami
maklumat palsu yang berniat membakar sentimen etnik
dan agama di dunia digital tanpa etika. Kesannya,
keharmonian dan kestabilan negara menjadi tidak
terjamin.
• Hakisan sosial ke atas kelestarian etika dan peradaban
negara akan ditinjau dari aspek-aspek di bawah:
a) Defisit sosial
b) Tadbir Urus dan Pembangunan
c) Black Economy dan rasuah
4. Hakisan sosial ke atas kelestarian
etika dan peradaban
Kehilangan etika pasti merosak negara dan
peradaban.*
a) Defisit sosial dalam pembangunan Negara
Golongan miskin tanpa mengira etnik di bandar
dan dalam sektor pertanian serta negeri-negeri
yang masih terperangkap dengan kemiskinan,
Mereka masih berhadapan dengan masalah
peluang dan akses kepada pendidikan dan
kesihatan yang terbatas;
Defisit sosial dalam pembinaan bangsa/Nation-
building:
isu-isu berkaitan etnik, bahasa, budaya, agama,
kekeluargaan, raja, Perlembagaan Persekutuan,
Undang-undang Tubuh Negeri, sejarah semakin
dibahaskan tanpa memahami Perlembagaan
Persekutuan itu sendiri;
b) Tadbir Urus dan Pembangunan: Keadilan,
keterangkuman, kegagalan mengurus B40, media
sosial menghasut etnik, agama dan Perlembagaan
Persekutuan. Perlu diurus demi keharmonian,
kestabilan dan kemajuan negara
c) Black Economy dan rasuah: Perdagangan
manusia, pekerja asing tanpa dokumen, pelacuran,
judi, dadah, pembalakan, pecemaran alam sekitar
seperti hutan, sungai, sampah dll, dan rasuah
dalam kalangan agensi-agensi keselamatan dan
pembangunan negara terus berlaku.
5. Kelangsungan Kelestarian Etika dan Peradaban Malaysia bagi
Pembangunan Negara Bangsa dan Ketamadunan Malaysia
Kelangsungan kelestarian etika dan peradaban Malaysia tertakluk
kepada pembinaan negara bangsa yang tersimpul dalam
membina bangsa Malaysia dengan Perlembagaan Persekutuan
sebagai asasnya serta tadbir urus dan pembangunan negara
dengan adil dan terangkum untuk mengurang defisit sosial.
Pengukuhan kedua-dua aspek ini akan mengukuhkan keterikatan
kolektif merentas etnik dan negeri hingga terbina kesepaduan
nasional.
Pembinaan negara bangsa yang menetapi sejarah dan warisan
simbol-etno negara akan melahirkan keharmonian dan kestabilan
negara.
Manakala tadbir urus baik dan pembangunan akan mengukuhkan
kualiti hidup dan kesepaduan nasional rakyat.*
Perancangan masa depan dalam aspek di bawah:
a) Wawasan Kemakmuran Bersama, Rancangan Malaysia
Ke 12 dan Pembangunan Lestari
b) Kesepaduan Nasional dan Perpaduan Negara
c) Perkongsian Pengalaman etika dan peradaban
Malaysia demi keharmonian, kestabilan dan
kemajuan ketamadunan sejagat
5a. Wawasan Kemakmuran Bersama,
Rancangan Malaysia Ke 12 dan
Pembangunan Lestari
Wawasan Kemakmuran Bersama 2020-2030 adalah satu wawasan
untuk mengambil kira ketidakseimbangan sosio-ekonomi di negara
berdasar keperluan, dan juga dalam kalangan Melayu dan Bumiputera
yang tinggal di luar bandar Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Pendekatan pembangunan ekonomi model Brazil, Russia, India dan
China yang menguntung pemilik ekuiti korporat asing dan golongan
T20 Malaysia masih diteruskan tetapi diimbangani dengan kesedaran
golongan B40 yang tidak bersuara dan kuasa sering dipinggirkan
kepada peluang dan akses kepada sumber material negara.
Penggubalan RMK12 perlu mengutamakan pembangunan dengan
pengagihan demi memastikan rakyat diutamakan hingga kualiti hidup
yang meningkatkan akan membina budaya moden dan disulami
dengan nilai norma sejagat sebagai proses membina bangsa Malaysia.
Kelestarian etika dan peradaban Malaysia yang berpaksikan nilai yang
mengutamakan kesepaduan nasional dan perpaduan dalam negara
pasti akan melahirkan masyarakat yang harmoni dan damai dan
kelangsungan pembangunan pasti akan berlaku. Mereka akan
berkongsi nilai bersama keadilan, keterangkuman, keadilan, tolak ansur,
bertanggung jawab dan prihatin dengan keperluan kebajikan sesama
mereka terjamin.
5b. Kesepaduan Nasional dan Perpaduan Negara
Tadbir urus dan pembangunan yang baik akan membina
kesepaduan nasional hingga berlaku pengukuhan kepada
perpaduan negara. Etika dan adab seperti amanah, bertanggung
jawab, prihatin dengan kebajikan, bertolak ansur dsbnya. pasti
akan mengikat mereka untuk hidup aman, damai dan harmoni
bersama.
Kegagalan melaksanakan pembangunan dan tadbir urus dengan
adil hingga melebar jurang kaya-miskin, bandar-desa dan
kumpulan etnik-agama pasti akan lahir kumpulan bukan sahaja
miskin, terpinggir dan terabai tetapi juga kumpulan yang
renggang dengan kerajaan. Budaya kerenggangan ini akan
melahirkan budaya “kepembangkangan” dalam kalangan
rakyatnya hingga menolak dan, akhirnya, bertindak sebagai
pelampau dan ganas terhadap pemerintah. Dalam suasana
politik sedemikian, selalunya etika dan adab terhadap negara
akan dicalar dengan tanggapan buruk dan dalam dunia digital
kini, berita-berita memburukkan kepimpinan dan parti
pemerintah, walaupun palsu, akan ditularkan tanpa mengambil
kira sensitiviti terhadap rakyat pelbagai etnik dan agama.
Dalam suasana sosial kepinggiran sedemikian, kepimpinan
politik dan NGO akan mengemblingkan dimensi etnik dan
agama demi mendapat pengaruh dan undi. Dengan kualiti hidup
dan ekonomi yang tidak terjamin pasti akan berterusan
kegelisahan dan ketegangan sosial dalam masyarakat, jika tidak
ditangani segera akan melahirkan perpecahan, ketidakstabilan
5c. Perkongsian Pengalaman etika dan peradaban
Malaysia demi keharmonian, kestabilan dan
Kemajuan Ketamadaunan Sejagat
• Malaysia adalah sebuah negara tamu pasca kolonial dan
menerima pelbagai peradaban majmuk dan anggotanya
menjadi warganegaranya.* Jelasnya pertemuan dan
pergaulan peradaban majmuk ini telah memperkayakan
peradaban kewatanan Melayu, Bumiputera Sabah dan
Sarawak melalui proses difusi dengan pinjam meminjam
budaya, pemakanan, bahasa dan budaya kerja di antara
mereka. Pengalaman Malaysia, menunjukkan pembangunan
setinggi mana kadar pertumbuhan ekonominya jika
pengagihan dan kesejahteraan rakyat tidak dijaga, negara
yang makmur dan kehidupan berkualiti tinggi tidak boleh
menjamin kedamaian, kesepaduan, perpaduan dan kestabilan
negara. Maka hasil pembangunan dinikmat oleh kumpulan
kecil yang bersuara dan berkuasa sahaja perlu dijauhi.
Keadilan dalam pengagihan kekayaan negara perlu ditegakkan
dan dinikmati bersama
• Indek Kualiti Hidup, Indek Kesejahteraan Malaysia, Indek
Maqasid Malaysia, Indek Perpaduan Nasional dan Indek
Kedamaian Global menunjukkan Malaysia adalah sebuah
negara yang makmur, damai dan sejahtera. Kejayaan Malaysia
dalam mentadbir urus dan pembangunan negara dengan
baik, adil dan terangkum adalah formula yang boleh dikongsi
bersama dengan negara-negara yang masih berhadapan
dengan pemusuhan dan konflik etnik dan agama dalam
negara mereka.
5c. Perkongsian Pengalaman etika dan peradaban
Malaysia demi keharmonian, kestabilan dan Kemajuan
Ketamadunan Sejagat
• Malaysia sentiasa berpegang bahawa tadbir urus dan pembangunan kemajuan adalah
alat kepada pencapaian matlamat akhir negara, iaitu perpaduan.
• Namun begitu perpaduan hanya menjadi idaman dan yang dicapai bukan matlamat
akhirnya tetapi kesepaduan nasional. Kesepaduan nasional adalah satu proses ke arah
menuju perpaduan.*
• Dalam dunia digital kini, bukan sahaja tadbir urus dan pembangunan mesti baik tetapi
kenyataan berbaur sensitif terhadap etnik dan agama lain perlu diuruskan. Banyak
negara tidak menjadi kenyataan kebencian etnik menjadi satu jenayah tetapi penyular
kenyataan kebencian etnik ini dan, dipanaskan lagi oleh maklumat palsu pasti akan
melahirkan salah faham, ketegangan sosial dan pergaduhan dalam masyarakat.
• Pengalaman Malaysia perlu dikongsi sama di peringkat negara-negara jiran, sewilayah
dan sedunia dalam membina keharmonian, kestabilan dan kemajuan ketamadunan
sejagat di mana potensi pengupayaan personaliti manusia untuk berdikari dan membina
jati diri sendiri diutamakan.
• Peningkatan keupayaan individu akan mengukuh
keupayaan keluarga, komuniti dan negara dan nilai-nilai
keinsanan sejagat.
JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MODUL DAN VIDEO
MODUL PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
INSTITUT KAJIAN ETNIK (KITA-UKM)
Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin (KITA-UKM)
Prof. Dr. Mansor Mohd Noor (KITA-UKM)
Prof. Madya Dr. Fazilah Idris (PUSAT CITRA-UKM)
Prof. Madya Dr. Nazri Muslim (PUSAT CITRA-UKM)
Prof. Madya Dr. Mohd Sobhi Ishak (SMMTC-UUM)
Prof. Madya Dr. Dr. Shamrahayu Ab Aziz (UIAM)
Prof. Madya Dr. Mohd Mahadee Ismail (UPM)
Dr. Hairol Anuar Mak Din (KUIS)
Dr. Nur Azlili Hasan (UTAR)
Ahmad Zul Hakimi Hassim (KITA-UKM)

More Related Content

Similar to 10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban.pptx

Hsp psk tkt_4
Hsp psk tkt_4Hsp psk tkt_4
Hsp psk tkt_4
Cuya MsNf
 
Pendidikan dalam Membentuk Masyarakat Madani (makalah BIK)
Pendidikan dalam Membentuk Masyarakat Madani (makalah BIK)Pendidikan dalam Membentuk Masyarakat Madani (makalah BIK)
Pendidikan dalam Membentuk Masyarakat Madani (makalah BIK)
Muh Nafis Edi Yahyana
 
KONSEP ASAS (HUBUNGAN ETNIK)
KONSEP ASAS (HUBUNGAN ETNIK) KONSEP ASAS (HUBUNGAN ETNIK)
KONSEP ASAS (HUBUNGAN ETNIK)
Ashikin Azeman
 
TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA + KEKUATAN TAMADUN ...
TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA + KEKUATAN TAMADUN ...TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA + KEKUATAN TAMADUN ...
TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA + KEKUATAN TAMADUN ...
Rafiza Diy
 

Similar to 10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban.pptx (20)

Hsp psk tkt_4
Hsp psk tkt_4Hsp psk tkt_4
Hsp psk tkt_4
 
Hsp psivik tkt_4
Hsp psivik tkt_4Hsp psivik tkt_4
Hsp psivik tkt_4
 
Pendidikan dalam Membentuk Masyarakat Madani (makalah BIK)
Pendidikan dalam Membentuk Masyarakat Madani (makalah BIK)Pendidikan dalam Membentuk Masyarakat Madani (makalah BIK)
Pendidikan dalam Membentuk Masyarakat Madani (makalah BIK)
 
Sp moral kbsr
Sp moral kbsrSp moral kbsr
Sp moral kbsr
 
Sp psk kbsm
Sp psk kbsmSp psk kbsm
Sp psk kbsm
 
KONSEP ASAS (HUBUNGAN ETNIK)
KONSEP ASAS (HUBUNGAN ETNIK) KONSEP ASAS (HUBUNGAN ETNIK)
KONSEP ASAS (HUBUNGAN ETNIK)
 
Sp moral kbsm
Sp moral kbsmSp moral kbsm
Sp moral kbsm
 
Topik 3 - Etika dan Peradaban dlm Masyarakat Pelbagai.pptx
Topik 3 - Etika dan Peradaban dlm Masyarakat Pelbagai.pptxTopik 3 - Etika dan Peradaban dlm Masyarakat Pelbagai.pptx
Topik 3 - Etika dan Peradaban dlm Masyarakat Pelbagai.pptx
 
04 Topik 3 - Etika dan Peradaban dlm Masyarakat Pelbagai.pptx
04 Topik 3 - Etika dan Peradaban dlm Masyarakat Pelbagai.pptx04 Topik 3 - Etika dan Peradaban dlm Masyarakat Pelbagai.pptx
04 Topik 3 - Etika dan Peradaban dlm Masyarakat Pelbagai.pptx
 
Topik 3 - Etika dan Peradaban dlm Masyarakat Pelbagai
Topik 3 - Etika dan Peradaban dlm Masyarakat PelbagaiTopik 3 - Etika dan Peradaban dlm Masyarakat Pelbagai
Topik 3 - Etika dan Peradaban dlm Masyarakat Pelbagai
 
Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban
Pengenalan Penghayatan Etika dan PeradabanPengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban
Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban
 
Complete falsafah
Complete falsafahComplete falsafah
Complete falsafah
 
Hsp moral y4
Hsp moral y4Hsp moral y4
Hsp moral y4
 
Hsp moral y4
Hsp moral y4Hsp moral y4
Hsp moral y4
 
Hsp moral y4
Hsp moral y4Hsp moral y4
Hsp moral y4
 
Hsp moral y3
Hsp moral y3Hsp moral y3
Hsp moral y3
 
TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA + KEKUATAN TAMADUN ...
TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA + KEKUATAN TAMADUN ...TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA + KEKUATAN TAMADUN ...
TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA + KEKUATAN TAMADUN ...
 
Hsp moral y2
Hsp moral y2Hsp moral y2
Hsp moral y2
 
Hsp moral y1
Hsp moral y1Hsp moral y1
Hsp moral y1
 
Makalah pengantar pendidikan
Makalah pengantar pendidikanMakalah pengantar pendidikan
Makalah pengantar pendidikan
 

Recently uploaded

Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
furqanridha
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
DessyArliani
 

Recently uploaded (20)

TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxPrakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 

10 Topik 9 - Cabaran Kelestarian Etika dan Peradaban.pptx

  • 1. Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban Cabaran Kelestarian Etika Dan Peradaban Di Malaysia Topik 9
  • 2. Sinopsis Topik 9 Kelestarian etika dan peradaban sejagat senantiasa tercabar dan terkesan oleh proses hakisan sosial. Ini kerana perubahan dalam masyarakat berlaku dengan pantas dan sukar dikawal, sama ada dari segi sosial, ekonomi, politik, alam sekitar, teknologi, dan lain-lain. Kepesatan pembangunan ekonomi banyak membawa implikasi positif dalam peningkatan pendapatan negara dan kesejahteraan hidup masyarakat. Namun begitu ketidakseimbangan pembangunan negara membawa implikasi negatif terhadap persekitaran fizikal, alam sekitar dan kesihatan masyarakat. Pada dekad awal kemerdekaan berlakunya shared poverty (kemiskinan bersama), namun setelah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Malaysia telah mencapai pertumbuhan ekonomi yang baik dan menjadi pemangkin kepada shared prosperity (kesejahteraan bersama) yang terangkum di dalamnya kesepaduan nasional. Perubahan yang berlaku dalam masyarakat dan pembangunan ekonomi telah membawa cabaran dalam penghayatan etika dan peradaban di Malaysia. Justeru, persoalan penting yang ingin dibincangkan dalam Topik 9 ini ialah bagaimana etika dan peradaban Malaysia boleh diperkasa dalam konteks hubungan antarabangsa demi meluaskan ruang sivik ke arah mengukuhkan pembinaan negara bangsa.
  • 3. Hasil Pembelajaran Dan Objektif Objektif  Memahami cabaran keterlestarian etika dan peradaban di Malaysia Hasil Pembelajaran Dan Objektif Menghuraikan etika dan peradaban Malaysia dalam konteks pengalaman negara dan antarabangsa Menjelaskan kelestarian etika dan peradaban dalam kepelbagaian dan negara bangsa Menganalisis matlamat pembangunan lestari dan kesejahteraan bersama
  • 5. Kandungan Kursus 1. Kelestarian etika dan peradaban Malaysia 2. Kedinamikan etika dan peradaban Malaysia 3. DEB pemangkin Sharing Poverty tetapi gagal membawa Shared Prosperity 4. Hakisan sosial ke atas kelestarian etika dan peradaban a) Defisit sosial b) Tadbir Urus dan Pembangunan c) Black Economy dan rasuah 5. Kelangsungan Kelestarian Etika dan Peradaban Malaysia bagi Pembangunan Negara Bangsa dan Ketamadunan Malaysia a) Wawasan Kemakmuran Bersama, Rancangan Malaysia Ke 12 dan Pembangunan Lestari b) Kesepaduan Nasional dan Perpaduan Negara c) Perkongsian Pengalaman etika dan peradaban Malaysia demi keharmonian, kestabilan dan Kemajuan Ketamadunan Sejagat
  • 6. 1. Kelestarian etika dan peradaban Malaysia Pengenalan Malaysia’s ‘civilised society’ is to be admired, says Imran Khan FMT News, Sean Augustin, February 4, 2020 5:37 PM Etika dan peradaban di zaman dan negara mana sekalipun adalah dinamik, mengukuh, berubah-ubah dan tidak kekal. Memahami bentuk etika dan peradaban ini dan memberi penjelasannya secara kritis, analitikal dan dalam kerangka saintifik adalah tugas pelajar dan sarjana bersama. Etika dan peradaban Malaysia telah berkembang dari tapak peradaban Alam Melayu dengan kewatanan Melayu dan bumiputera sebagai terasnya. Tapak etika dan peradaban pribumi ini telah bergaul dengan peradaban majmuk dari luar melalui gelanggang Selat Melaka sebagai titik pertemuan masyarakat sedunia dari China, India, Timur Tengah dan Barat. Peradaban majmuk ini berperanan dalam membina negara bangsa dan ketamadunan acuan Malaysia pada hari ini. Daripada peradaban majmuk ini, Malaysia membina etika dan peradaban beracuan sendiri dengan menyulam kepelbagaian etika dan peradaban dalam melahirkan sebuah negara yang damai, stabil, maju dan sejahtera. Obama, mantan Presiden Amerika Syarikat mempotretkan Malaysia sebagai sebuah negara masyarakat Islam yang moderat dan maju dan terbaru Imran Khan, Perdana Menteri Pakistan pula mengatakan Malaysia sebuah masyarakat bertamadun.
  • 7. 1. Kelestarian etika dan peradaban Malaysia Oleh kerana pembinaan tamadun sesebuah bangsa itu bukan perkara mudah, dan ia tidak dijamin berkekalan, maka masyarakat Malaysia perlu mengambil iktibar dari sejarah. Sejarah mungkin berulang bagi mereka yang tidak mengkaji, tidak mengambil iktibar dan tidak menjadikannya panduan hidup. Pengalaman sedunia dari zaman purba hingga zaman kontemporari menunjukkan kedinamikan berlaku dan tiada satu peradaban kekal. Kejatuhan sesebuah ketamadunan adalah disebabkan oleh keruntuhan nilai yang terangkum dalamnya pelbagai konsep seperti etika, moral, adab, akhlak dan seumpamanya. Teras kepada nilai ini adalah keadilan dan kebaikan manakala kezaliman, kekejaman dan penganiayaan membawa kehancuran nilai kemanusiaan dan ini pasti menamatkan mana- mana ketamadunan.
  • 8. 1. Kelestarian Etika dan Peradaban Malaysia Dalam suasana kedinamikan etika dan peradaban ini, maka kita perlu sentiasa memahami, prihatin serta insaf dan secara sedar untuk merancang dan melaksanakan institutional reform dan iniatitif bagi memastikan etika mandarah daging dalam setiap rakyat Malaysia demi memastikan peradaban Malaysia terus unggul.
  • 9. 1. Kelestarian etika dan peradaban Malaysia Etika dan peradaban di Alam Melayu dan timur dari China, India dan Timur Tengah adalah berteraskan nilai. Nilai-nilai utama yang menjadi adab, di antaranya, adalah tanggungjawab, keperihatinan, amanah, bertolak ansur, kedamaian, keadilan, kebaikan, disiplin, kerajinan, muafakat dan kemajuan. Etika dalam sebuah peradaban membina adab, adat, adat resam dan adat istiadat berdasar nilai-nilai yang sesuai dengan persekitaran geografi, ekonomi, sosio-budaya dan politik setempat. Kedatangan penjajah barat membawa dimensi baru dalam etika dan peradaban di mana agama dipisah dari politik, dan rasionaliti, legal dan perkiraan keuntungan menjadi matlamat setiap individu. Kekuatan setiap peradaban ini telah disulam ke dalam peradaban Malaysia dengan etika dan peradaban Melayu dan Islam sebagai terasnya.
  • 10. 2. Kedinamikan etika dan peradaban Malaysia • Setiap peradaban memiliki ciri-ciri yang memajmukkan mereka. Namun begitu, gelanggang pertemuan dan pergaulan sepanjang Selat Melaka, dari pelabuhan Palembang, Melaka hingga Kedah dan Acheh menunjukkan hubungan ini menguntungkan di mana produk tempatan ditukar dengan produk China, India dan Barat. • Terdapat kumpulan etnik daripada pelbagai peradaban majmuk ini memilih untuk tinggal dan, dengan kemerdekaan, menjadi rakyat di Persekutuan Tanah Melayu. • Sejarah sosial dari zaman pra, kolonial hingga ke awal pasca colonial menunjukkan bahawa masyarakat plural di Tanah Melayu adalah bentuk masyarakat utama di negara ini; • Menyebabkan berlaku ketidakseimbangan sosial dan kehidupan yang terpisah, terasing dan terputus oleh perbezaan etnik, bahasa, budaya, agama, pekerjaan dan tempat tinggal.
  • 11. 2. Kedinamikan etika dan peradaban Malaysia • Rusuhan etnik 13 Mei dan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada dekad 1970an telah menyumbang dalam usaha membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat hingga pembangunan, migrasi dalaman dan perubahan teknologi telah mencetus perubahan sosial dan transformasi masyarakat.. • Perubahan sosial telah menjadikan pekerjaan sara diri bertani rakyat Malaysia ke arah pekerjaan bercirikan komersial-industrial, golongan miskin menjadi kelas menengah dan kehidupan kampung menjadi kosmopolitan. • Perubahan sosial ini menandakan negara sudah berubah dari sebuah negara mundur ke negara maju; mentransformasi masyarakat daripada memiliki budaya tradisional kepada budaya kemodenan yang mengutamakan keadilan, keterangkuman, demokrasi, kesepaduan sosial, menolak keganasan dan ketidakstabilan politik. • Budaya moden ini telah mengurangkan salah faham, ketegangan sosial dan pergaduhan di antara pelbagai kumpulan etnik di Malaysia.
  • 12. 2. Kedinamikan etika dan peradaban Malaysia • Kini, batas etnik di antara komuniti di Malaysia tidak tebal. Berlakunya suasana kesepaduan yang diikat oleh nilai sivik sejagat seperti keadilan, kebajikan dan keterangkuman hingga perbezaan etnik menjadi perkara sekunder serta hilang kepentingannya sebagai pendorong tindakan mereka. • Maka etika dan peradaban dimiliki rakyat Malaysia, asalnya majmuk, telah membina perkongsian nilai hidup bersama hingga pendapat awam disepakati bersama dn hubungan di antara rakyat Malaysia diperhatikan lebih merentas batas etnik dan membina hubungan sosial di antara mereka • Rakyat Malaysia sudah mampu menerima, berkongsi dan meraikan perbezaan etnik di antara mereka hingga menyubur kesedaran kolektif etos bangsa Malaysia sebagai jati diri mereka.
  • 13. 3. DEB pemangkin Sharing Poverty tetapi gagal membawa Shared Prosperity • DEB adalah dasar awam yang menyusun semula masyarakat dari segi pendidikan, pekerjaan, keusahawanan dan pemilikan kediaman telah menyumbang kepada pembasmian kemiskinan, dari tahun 1970an sehingga lahirnya masyarakat kelas menengah dan sifat kosmopolitan dalam negara pada hari ini. • Namun begitu, DEB sebagai pemangkin perubahan Shared Poverty dalam tahun 1970an hingga tahun 2010an berdasar data pengagihan pendapatan, pemilikan harta, ekuiti saham korporat dan pekali gini mengikut bandar-luar bandar dan etnik menunjukkan Malaysia tidak mampu mempertahankan pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan hinggakan bukan kelas menengah yang membesar tetapi golongan B0. Kegagalan mengagihkan kekayaan negara ini telah melahir keresahan politik dan pergerakan reformasi pada dekad 2000an • RMK11 mengambil model ekonomi baru tetapi dipengaruhi oleh pendekatan BRIC yang mementingkan pendapatan per kapita tinggi tanpa memberi tumpuan yang wajar kepada kumpulan B40, miskin dan terpinggir dalam masyarakat. Dalam PRU14, rakyat memilih kerajaan baru agar Shared Prosperity menjadi matlamat pembangunan negeriayang mendahulukan kebajikan rakyat.
  • 14. 4. Hakisan Sosial ke atas Kelestarian Etika dan Peradaban • Hakisan sosial ke atas kelestarian etika dan peradaban Malaysia dari 2000 semakin berlaku dan memuncak di 2018 di mana budaya keadilan, integriti, tolak ansur, kesepaduan dan demokrasi semakin terhakis. • Hakisan sosial ini dipacukan lagi dengan tsunami maklumat palsu yang berniat membakar sentimen etnik dan agama di dunia digital tanpa etika. Kesannya, keharmonian dan kestabilan negara menjadi tidak terjamin. • Hakisan sosial ke atas kelestarian etika dan peradaban negara akan ditinjau dari aspek-aspek di bawah: a) Defisit sosial b) Tadbir Urus dan Pembangunan c) Black Economy dan rasuah
  • 15. 4. Hakisan sosial ke atas kelestarian etika dan peradaban Kehilangan etika pasti merosak negara dan peradaban.* a) Defisit sosial dalam pembangunan Negara Golongan miskin tanpa mengira etnik di bandar dan dalam sektor pertanian serta negeri-negeri yang masih terperangkap dengan kemiskinan, Mereka masih berhadapan dengan masalah peluang dan akses kepada pendidikan dan kesihatan yang terbatas; Defisit sosial dalam pembinaan bangsa/Nation- building: isu-isu berkaitan etnik, bahasa, budaya, agama, kekeluargaan, raja, Perlembagaan Persekutuan, Undang-undang Tubuh Negeri, sejarah semakin dibahaskan tanpa memahami Perlembagaan Persekutuan itu sendiri; b) Tadbir Urus dan Pembangunan: Keadilan, keterangkuman, kegagalan mengurus B40, media sosial menghasut etnik, agama dan Perlembagaan Persekutuan. Perlu diurus demi keharmonian, kestabilan dan kemajuan negara c) Black Economy dan rasuah: Perdagangan manusia, pekerja asing tanpa dokumen, pelacuran, judi, dadah, pembalakan, pecemaran alam sekitar seperti hutan, sungai, sampah dll, dan rasuah dalam kalangan agensi-agensi keselamatan dan pembangunan negara terus berlaku.
  • 16. 5. Kelangsungan Kelestarian Etika dan Peradaban Malaysia bagi Pembangunan Negara Bangsa dan Ketamadunan Malaysia Kelangsungan kelestarian etika dan peradaban Malaysia tertakluk kepada pembinaan negara bangsa yang tersimpul dalam membina bangsa Malaysia dengan Perlembagaan Persekutuan sebagai asasnya serta tadbir urus dan pembangunan negara dengan adil dan terangkum untuk mengurang defisit sosial. Pengukuhan kedua-dua aspek ini akan mengukuhkan keterikatan kolektif merentas etnik dan negeri hingga terbina kesepaduan nasional. Pembinaan negara bangsa yang menetapi sejarah dan warisan simbol-etno negara akan melahirkan keharmonian dan kestabilan negara. Manakala tadbir urus baik dan pembangunan akan mengukuhkan kualiti hidup dan kesepaduan nasional rakyat.* Perancangan masa depan dalam aspek di bawah: a) Wawasan Kemakmuran Bersama, Rancangan Malaysia Ke 12 dan Pembangunan Lestari b) Kesepaduan Nasional dan Perpaduan Negara c) Perkongsian Pengalaman etika dan peradaban Malaysia demi keharmonian, kestabilan dan kemajuan ketamadunan sejagat
  • 17. 5a. Wawasan Kemakmuran Bersama, Rancangan Malaysia Ke 12 dan Pembangunan Lestari Wawasan Kemakmuran Bersama 2020-2030 adalah satu wawasan untuk mengambil kira ketidakseimbangan sosio-ekonomi di negara berdasar keperluan, dan juga dalam kalangan Melayu dan Bumiputera yang tinggal di luar bandar Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Pendekatan pembangunan ekonomi model Brazil, Russia, India dan China yang menguntung pemilik ekuiti korporat asing dan golongan T20 Malaysia masih diteruskan tetapi diimbangani dengan kesedaran golongan B40 yang tidak bersuara dan kuasa sering dipinggirkan kepada peluang dan akses kepada sumber material negara. Penggubalan RMK12 perlu mengutamakan pembangunan dengan pengagihan demi memastikan rakyat diutamakan hingga kualiti hidup yang meningkatkan akan membina budaya moden dan disulami dengan nilai norma sejagat sebagai proses membina bangsa Malaysia. Kelestarian etika dan peradaban Malaysia yang berpaksikan nilai yang mengutamakan kesepaduan nasional dan perpaduan dalam negara pasti akan melahirkan masyarakat yang harmoni dan damai dan kelangsungan pembangunan pasti akan berlaku. Mereka akan berkongsi nilai bersama keadilan, keterangkuman, keadilan, tolak ansur, bertanggung jawab dan prihatin dengan keperluan kebajikan sesama mereka terjamin.
  • 18. 5b. Kesepaduan Nasional dan Perpaduan Negara Tadbir urus dan pembangunan yang baik akan membina kesepaduan nasional hingga berlaku pengukuhan kepada perpaduan negara. Etika dan adab seperti amanah, bertanggung jawab, prihatin dengan kebajikan, bertolak ansur dsbnya. pasti akan mengikat mereka untuk hidup aman, damai dan harmoni bersama. Kegagalan melaksanakan pembangunan dan tadbir urus dengan adil hingga melebar jurang kaya-miskin, bandar-desa dan kumpulan etnik-agama pasti akan lahir kumpulan bukan sahaja miskin, terpinggir dan terabai tetapi juga kumpulan yang renggang dengan kerajaan. Budaya kerenggangan ini akan melahirkan budaya “kepembangkangan” dalam kalangan rakyatnya hingga menolak dan, akhirnya, bertindak sebagai pelampau dan ganas terhadap pemerintah. Dalam suasana politik sedemikian, selalunya etika dan adab terhadap negara akan dicalar dengan tanggapan buruk dan dalam dunia digital kini, berita-berita memburukkan kepimpinan dan parti pemerintah, walaupun palsu, akan ditularkan tanpa mengambil kira sensitiviti terhadap rakyat pelbagai etnik dan agama. Dalam suasana sosial kepinggiran sedemikian, kepimpinan politik dan NGO akan mengemblingkan dimensi etnik dan agama demi mendapat pengaruh dan undi. Dengan kualiti hidup dan ekonomi yang tidak terjamin pasti akan berterusan kegelisahan dan ketegangan sosial dalam masyarakat, jika tidak ditangani segera akan melahirkan perpecahan, ketidakstabilan
  • 19. 5c. Perkongsian Pengalaman etika dan peradaban Malaysia demi keharmonian, kestabilan dan Kemajuan Ketamadaunan Sejagat • Malaysia adalah sebuah negara tamu pasca kolonial dan menerima pelbagai peradaban majmuk dan anggotanya menjadi warganegaranya.* Jelasnya pertemuan dan pergaulan peradaban majmuk ini telah memperkayakan peradaban kewatanan Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak melalui proses difusi dengan pinjam meminjam budaya, pemakanan, bahasa dan budaya kerja di antara mereka. Pengalaman Malaysia, menunjukkan pembangunan setinggi mana kadar pertumbuhan ekonominya jika pengagihan dan kesejahteraan rakyat tidak dijaga, negara yang makmur dan kehidupan berkualiti tinggi tidak boleh menjamin kedamaian, kesepaduan, perpaduan dan kestabilan negara. Maka hasil pembangunan dinikmat oleh kumpulan kecil yang bersuara dan berkuasa sahaja perlu dijauhi. Keadilan dalam pengagihan kekayaan negara perlu ditegakkan dan dinikmati bersama • Indek Kualiti Hidup, Indek Kesejahteraan Malaysia, Indek Maqasid Malaysia, Indek Perpaduan Nasional dan Indek Kedamaian Global menunjukkan Malaysia adalah sebuah negara yang makmur, damai dan sejahtera. Kejayaan Malaysia dalam mentadbir urus dan pembangunan negara dengan baik, adil dan terangkum adalah formula yang boleh dikongsi bersama dengan negara-negara yang masih berhadapan dengan pemusuhan dan konflik etnik dan agama dalam negara mereka.
  • 20. 5c. Perkongsian Pengalaman etika dan peradaban Malaysia demi keharmonian, kestabilan dan Kemajuan Ketamadunan Sejagat • Malaysia sentiasa berpegang bahawa tadbir urus dan pembangunan kemajuan adalah alat kepada pencapaian matlamat akhir negara, iaitu perpaduan. • Namun begitu perpaduan hanya menjadi idaman dan yang dicapai bukan matlamat akhirnya tetapi kesepaduan nasional. Kesepaduan nasional adalah satu proses ke arah menuju perpaduan.* • Dalam dunia digital kini, bukan sahaja tadbir urus dan pembangunan mesti baik tetapi kenyataan berbaur sensitif terhadap etnik dan agama lain perlu diuruskan. Banyak negara tidak menjadi kenyataan kebencian etnik menjadi satu jenayah tetapi penyular kenyataan kebencian etnik ini dan, dipanaskan lagi oleh maklumat palsu pasti akan melahirkan salah faham, ketegangan sosial dan pergaduhan dalam masyarakat. • Pengalaman Malaysia perlu dikongsi sama di peringkat negara-negara jiran, sewilayah dan sedunia dalam membina keharmonian, kestabilan dan kemajuan ketamadunan sejagat di mana potensi pengupayaan personaliti manusia untuk berdikari dan membina jati diri sendiri diutamakan. • Peningkatan keupayaan individu akan mengukuh keupayaan keluarga, komuniti dan negara dan nilai-nilai keinsanan sejagat.
  • 21. JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MODUL DAN VIDEO MODUL PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN INSTITUT KAJIAN ETNIK (KITA-UKM) Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin (KITA-UKM) Prof. Dr. Mansor Mohd Noor (KITA-UKM) Prof. Madya Dr. Fazilah Idris (PUSAT CITRA-UKM) Prof. Madya Dr. Nazri Muslim (PUSAT CITRA-UKM) Prof. Madya Dr. Mohd Sobhi Ishak (SMMTC-UUM) Prof. Madya Dr. Dr. Shamrahayu Ab Aziz (UIAM) Prof. Madya Dr. Mohd Mahadee Ismail (UPM) Dr. Hairol Anuar Mak Din (KUIS) Dr. Nur Azlili Hasan (UTAR) Ahmad Zul Hakimi Hassim (KITA-UKM)

Editor's Notes

  1. Peradaban yang lupus, dan membentuk peradaban baharu Mesopotamia, Mesir Indus, China, Incas, Maya hingga Inggeris dan Amerika Syarikat pada hari ini.
  2. * Umpamanya sifat tidak bertanggungjawab, tidah amanah, tiada keprihatinan dan rasuah
  3. *Kegagalan mengurus kedua-dua aspek ini akan meminggir dan mengabaikan kehidupan rakyat. Dalam masyarakat kepelbagaian, dimensi etnik dan agama akan digembelingkan untuk mempertahankan kepentingan kumpulan masing-masing hinggakan hubungan etnik yang baik pun boleh mengelunsur menjadi tegang dan berkesudahan dengan konflik.
  4. *Kesepaduan ini tercapai melalu proses berterus menerus mengurus defisit sosial melalui perbincangan, perundingan, dialog dan mediasi dengan perkara-perkara yang masih dipersoalkan dalam masyarakat dari isu sekolah, agama, kerakyatan dsbnya dalam Perlembagaan Persekutuan; isu tadbir urus kerajaan yang lemah dan meminggirkan etnik minoriti serta peluang, akses dan kesampaian kepada pelaksanaan program pembangunan agar setiap rakyat mendapat manfaatnya dengan adil.