SlideShare a Scribd company logo
1 of 44
Download to read offline
1
EKSPLORASI PULAU KETAM
KANDUNGAN
1. DIARI PULAU KETAM - ZAIDI ISMAIL
2. KEMBARA KE PULAU KETAM - MASRIYAH MISNI
3. PULAU KETAM, EKSPLORASI PERMULAAN - KHAIRI ABD GHANI
4. MENJEJAK KEINDAHAN PULAU KETAM - AMMET JEBAT
5. SYIAR ISLAM DI PULAU KETAM - AIZAT KHAIRI
6. SUSAHNYA MENCARI MAKANAN HALAL DI PULAU KETAM -
MUHAMMAD YAHAYA
7. PULAU KETAM, TUNGGU AKU LAGI! - MOHD YATIM DOLIR
8.
2
DIARI PULAU KETAM
ZAIDI ISMAIL
Setelah agak lama terhenti, kembara diteruskan kembali. Sebelumnya, telah diadakan dua
siri kembara dalam negeri ke destinasi-destinasi yang berhampiran, di Bandar Anggerik,
Shah Alam dan Kota Metropolitan, Kuala Lumpur. Kedua-duanya ada destinasi menarik
yang tersendiri yang ada daya tarikannya.
Tanpa modal yang besar, kita sebetulnya, mampu untuk kembara dan
merakamkannya dalam “Diari Kembara Peribadi” sebelum menelusuri ke daerah asing yang
lebih jauh. Bermulalah dengan yang dekat-dekat dahulu sebelum ke yang lebih jauh ....
Awalnya, destinasi yang dirancang ialah Ipoh dengan menaiki kereta api ataupun
berkomuter ke destinasi-destinasi yang berdekatan secara berpindah-pindah dari KL Sentral
ke Kajang? Setelah berbincang, muncul idea baharu, “Jom, kita ke Pulau Ketam!”, pada 27
Februari 2022. Kembara bermula dari destinasi masing-masing, berkumpul di KL Sentral,
seterusnya ke Pelabuhan Klang dan terus Pulau Ketam. Destinasi tersebut terus disepakati
dan penulis sekali lagi telah bekerjasama dengan Encik Ahmad Safir dari Jurugambar.com
dan Shahida Hassan Enterprise (SHE) selaku penganjur utama.
Pencarian peserta diteruskan dalam masa yang tidak terlalu lama. Selain itu,
“pencarian” maklumat Pulau Ketam juga turut dilakukan. Kenapa Pulau Ketam? Apakah
yang menarik di situ? Bagaimana untuk ke sana? Sebelumnya, penulis ada juga terdengar
dan dimaklumkan dengan pulau itu. Katanya, ada sesuatu yang menarik. Hal inilah yang
turut menarik minat penulis dan yang lain untuk ke pulau tersebut bagi menjelajah dan
meninjau destinasi itu serta merakamkannya dalam diari kembara masing-masing.
Pulau Ketam merupakan salah sebuah pulau yang ada di perairan Klang. Di pulau ini
ada dua kampung Cina yang diasaskan pada tahun 1880-an. Hanya dua kawasan didiami
oleh penduduk di pulau ini, iaitu di bahagian selatan yang dikenali Bagan Sungai Lima dan
di bahagian timur laut, dikenali Bagan Teow Chew. Kampung ini dinamai sedemikian kerana
terletak di serokan kelima dari kampung utama. Suasana Pulau Ketam dikelilingi lembah
dan hutan bakau, manakala perairannya merupakan “tempat tinggal” bagi udang dan ketam.
Pulau ini mempunyai penduduk sekitar 6,500 orang yang majoriti daripadanya
bekerja sebagai nelayan dan peniaga. Kaum Toechew dan Hokkien merupakan penduduk
asalnya. Dialek yang sering ditutur di Pulau Ketam ialah dialek Toechew, Hokkien dan
Mandarin. Terdapat juga segolongan Orang Asli yang menetap di sekitar serokan kedua.
Kawasan lain di sekitar pulau ini hanyalah paya bakau. Pulau ini terkenal dengan aktiviti
memancing dan makanan laut yang segar.
Penempatan rumah penduduk di Pulau Ketam dibina terapung di atas air pada
ketinggian 1 hingga 10 meter dari aras laut. Rumah yang dibina tinggi kerana pulau ini
3
tenggelam ketika air pasang. Untuk menghubungkan kawasan penempatan tersebut,
disediakan laluan pejalan kaki yang diperbuat daripada konkrit yang sempit. Selain itu,
terdapat juga jambatan kayu yang didirikan sebagai laluan akses dari rumah ke rumah.
Basikal dan motor elektrik merupakan pengangkutan utama di Pulau Ketam,
manakala kereta tiada sama sekali. Selain itu, untuk perhubungan utama antara dua
kampung di Pulau Ketam, penduduk kampung akan menggunakan perkhidmatan bot. Bagi
yang ingin melawat pulau ini, pengangkutan utamanya ialah feri atau bot laju melalui
Terminal Penumpang Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Klang, Selangor. Semasa kami ke
sana, kami menaiki feri dengan tambang pergi balik RM16.
Maka, pada hari yang ditetapkan, 27 Mac 2022, seawal pukul 7.00 pagi bermulalah
kembara ke Pulau Ketam dari destinasi masing-masing. Seramai 19 warga kembara dari
pelbagai destinasi, termasuklah penulis telah bersama-sama dalam kembara ke Pulau
Ketam. Paling jauh, dari Ipoh, Perak dan Nilai, Negeri Sembilan memulakan kembara
menuju ke destinasi berkumpul awal di KL Sentral pada pukul 8.00 pagi.
Penulis memulakan kembara seawal 7.00 pagi menuju ke Stesen LRT Maluri untuk
menaiki LRT ke Stesen Hang Tuah dan bergantian dengan Monorail ke KL Sentral. Dalam
perjalanan itu, hujan rintik-rintik mula turun. Agak terlambat juga penulis tiba, sekitar pukul
8.30 pagi. Pada masa tersebut telah ada banyak yang sampai lebih awal, antaranya Aizat
Khairi, Masriyah Misni, Cikgu Mohd Yatim, A Hamid dan Mimi Musa. Aizat, warga kembara
paling jauh yang memulakan kembaranya dari Ipoh Perak.
Memulakan kembara ke Pulau Ketam.
Setelah semuanya sampai, maka bermulalah kembara dari KL Sentral ke Pelabuhan
Klang. Sebahagian lagi peserta menunggu di Jeti Pelabuhan Klang kerana memang berasal
dari destinasi yang berhampiran. Kami hanya sempat peroleh tiket komuter yang bertolak
4
pukul 9.30 pagi. Untuk ke Pelabuhan Klang, tiketnya RM7 sahaja. Selepas melewati 17
stesen dari KL Sentral, akhirnya kami selamat tiba di stesen ke-18, Pelabuhan Klang, pada
pukul 10.55 pagi.
Sebaik sahaja turun dari komuter, kami terus berfoto seketika untuk mengabadikan
foto dilokasi kedua selepas KL Sentral. Kali ini, “penanda stesen” Pelabuhan Klang menjadi
tumpuan kami untuk dirakamkan dalam rakaman diari kembara masing-masing. Setelah
selesai, kami terus keluar dari pintu stesen untuk ke jeti. Dari situ, sudah kelihatan Jeti
Pelabuhan Klang.
Selamat tiba di Stesen Pelabuhan Klang.
Kami terus ke jeti yang sekitar 200 meter jaraknya. Di situ, Encik Ahmad Safir dari
Jurugambar.com dan Khairul Hazwan, rakan penaja Canon telah sedia menunggu. Kali ini,
kami amat bertuah kerana Kembara Pulau Ketam turut mendapat “tajaan” tujuh kamera
Canon R5, senilai RM19,000. Setelah semuanya berkumpul, urusan selanjutnya,
“pencarian” tiket feri untuk ke Pulau Ketam.
Kami hanya sempat peroleh tiket untuk pukul 12.00 tengah hari. Selesai sahaja
urusan pembelian tiket seharga RM16 pergi balik, kami terus berkumpul semula untuk
urusan taklimat ringkas kepada warga kembara. Seterusnya, pihak Canon mengagihkan
tujuh kamera tajaan kepada yang berminat. Sementara menanti pukul 12.00 tengah hari,
sekali lagi, masing-masing ikut merakamkan foto “kenangan” untuk dijadikan antara
rakaman bahan dalam diari kembara.
5
Belian tiket feri untuk ke Pulau Ketam.
Sekitar pukul 11.45, kami dipanggil untuk ke feri yang akan bertolak mengikut jadual
yang ditetapkan. Tepat pukul 12.00 tengah hari, feri terus bertolak ke Pulau Ketam. Pada
hari tersebut, penumpang feri hampir-hampir penuh. Hanya ada satu dua tempat kosong di
belakang. Perjalanannya lancar dan tidaklah terlalu lama. Pukul 12.35 tengah hari, kami
selamat tiba di Pulau Ketam.
Suasa di jeti agak tenang dan kami terus mengambil tempat strategik di penjuru
kanan jeti yang ada tempat duduk untuk memulakan sesi selanjutnya, iaitu penerangan
tentang teknik fotografi dan penulisan esei travelog. Dua aspek ini amat penting diketahui
sebelum bergerak ke sesuatu destinasi kembara, termasuklah di Pulau Ketam bagi
merakamkan foto-foto menarik yang ada “nilai-nilai” yang tersendiri untuk diabadikan dalam
rakaman penulisan peribadi.
Penerangan tentang teknik fotografi telah disampaikan oleh Encik Safir, manakala
penulis sendiri pula menyampaikan penerangan tentang teknik penulisan travelog. Dalam
hal ini, selain gaya dan format penulisan esei travelog, antara yang diingatkan termasuklah
perakaman hal-hal yang berkaitan dengan “mercu tanda” dan sesuatu yang menarik yang
ada nilai dalam “penceritaan” yang dapat diolah oleh “pencerita”. Setelah selesainya
penerangan ringkas untuk dua aspek tersebut, maka bermulalah jejak perakaman kembara
di Pulau Ketam.
6
Penerangan tentang teknik fotografi oleh Encik Safir.
Perakaman bermula di sekitar jeti. Di situ, terdapat banyak basikal dan motor elektrik
yang tersedia untuk disewa. Di jeti itu juga hanya ada seorang penjual Muslim yang menjual
burger. Di kawasan pulau ini pula, sememangnya tidak banyak penjual Muslim. Kami
dimaklumkan hanya ada sebuah gerai Muslim di depan surau Pulau Ketam dan penulis
sempat berkenalan dengan penjualnya yang kebetulan ada di jeti. Walau bagaimanapun,
gerainya hanya dibuka sebelah petang selepas Asar.
Basikal dan motor elektrik untuk disewa.
Selesai perakaman di jeti, kami terus ke dataran depan jeti dan mengabadikan
rakaman foto selanjutnya di “penanda” Pulau Ketam. “Tidak sah” sampainya ke Pulau
Ketam jika tidak dirakamkan di situ.
7
Di “penanda” Pulau Ketam.
Seterusnya, kami bergerak lagi dan mula memerhatikan suasana di persekitaran
laluan itu. Banyak juga tempat penginapan atau hotel bajet yang terdapat di situ. Hal ini
secara tidak langsung menunjukkan pulau tersebut ada daya tarikan tersendiri yang menjadi
tumpuan pengunjung luar untuk bermalam di situ. Di sekitar hotel, turut disediakan motor-
motor elektrik sewaan untuk memudahkan pengunjung menyewa dan bergerak.
Antara hotel yang terdapat di Pulau Ketam.
Selain hotel, di situ juga terdapat pelbagai kemudahan asas, antaranya klinik, balai
bomba, bank, balai polis, dan tempat ibadah. Walaupun majoriti penduduk di situ
masyarakat Cina, kemudahan orang Muslim juga ada, iaitu Balai Islam Pulau Ketam dan
Maahad Tahfiz Mandarin. Balai Islam Pulau Ketam turut menjadi pusat pengembangan
agama Islam, terutamanya kepada masyarakat Orang Asli yang menetap di perkampungan
nelayan itu. Balai ini mula dibina sejak tahun 1990-an, dan solat Jumaat buat pertama
kalinya diadakan di situ pada tahun 2015 dengan kelolaan Pejabat Agama Daerah Klang.
8
Penulis di depan Balai Islam Pulau Ketam.
Walaupun peratusan penduduk Islam di Pulau Ketam tidak banyak, Balai Islam akan
dikunjungi dan diimarahkan oleh kakitangan kerajaan yang bertugas di situ serta pelancong
luar. Ustaz dan penceramah dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ada yang datang ke situ untuk mengimamkan solat
Jumaat selain mengadakan kelas agama. Difahamkan, sebelum ini, masyarakat Islam di
Pulau Ketam terpaksa ke Pelabuhan Klang untuk menunaikan solat Jumaat.
Maahad Tahfiz Mandarin pula terletak di Jalan Besar, Bagan Pulau Ketam.
Lokasinya adalah sekitar 300 meter ke arah sebelah kiri dari Balai Islam. Di situ terdapat
sekitar 80 orang pelajar lelaki dan perempuan. Daripada 80 pelajar itu, sekitar 20 orang
daripadanya pelajar perempuan. Penulis sempat singgah seketika untuk bertanya khabar
dan berkenalan dengan mereka yang kebetulan baru sahaja mula berehat dan ingin kembali
ke asrama.
Bersama pelajar Maahad Tahfiz Mandarin.
Setelah itu, penulis bersama rakan-rakan kembara kembali ke depan Balai Polis
Pulau Ketam untuk meninjau kawasan persekitannya. Balai polis tersebut terletak dilaluan
utama dari jeti. Dari segi sejarahnya, berdasarkan carian maklumat dalam internet, balai
9
polis ini benar-benar telah lama didirikan, iaitu sejak tahun 1869 yang bersamaan dengan
100 tahun sebelum penulis dilahirkan.
Di depan Balai Polis Pulau Ketam.
Balai polis ini didirikan untuk mengekalkan keamanan, mencegah penyeludupan, dan
kegiatan lanun. Pada tahun 1967, telah berlaku kebakaran besar menyebabkan banyak
kediaman, termasuklah balai polis ini, telah musnah. Bangunan yang ada sekarang telah
dibina semula dan dirasmikan oleh YDH Tan Sri Mohammed Salleh bin Ismael, Ketua Polis
Negara kedua pada tahun 1970. Kini, Balai Polis Pulau Ketam mempunyai kekuatan 10
orang anggota, termasuklah Ketua Polis Balai.
Seterusnya, misi kembara diteruskan ke Jalan Dua Pekan. Di situ, terdapat jambatan
yang menghubungkan pekan Pulau Ketam dengan kawasan perumahan. Berfoto di situ
amat menarik kerana dari arah kiri dan kanan jambatan kita dapat melihat pemandangan bot
yang melalui terusan yang membelah dua kawasan utama. Jambatan itu boleh dilalui oleh
basikal dan motor elektrik yang menjadi kenderaan utama dipulau itu.
Di jambatan Jalan Dua Pekan.
10
Kembali ke Jeti ....
Di Pulau Ketam sememangnya banyak yang menarik untuk dirakamkan. Oleh sebab
faktor masa yang agak terbatas, hanya beberapa lokasi yang dapat diabadikan dalam
rakaman kembara singkat itu. Kami hanya sempat meninjau ke beberapa lokasi dari arah kiri
laluan utamanya. Setelah itu, kami semua kembali ke jeti pukul 4.00 petang untuk menaiki
feri yang akan bertolak pukul 4.30 petang ke Pelabuhan Klang. Masih banyak yang
berhasrat kembali lagi ke situ untuk menjejak lokasi yang belum sembat dijejaki bagi
merakamkan foto-foto menarik dalam kembara peribadi.
Penulis
Zaidi Ismail dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan. Penulis 20 siri esei trevelog bahasa ke
Thailand dan Kemboja yang disiarkan dalam majalah Dewan Bahasa. Aktif menulis sejak
tahun 2003, dan hingga kini, lebih daripada 250 esei telah diterbitkan dalam majalah dan
web, terutamanya dalam Dewan Bahasa, Pelita Bahasa dan Klik Web DBP. Juga turut
menulis beberapa buah buku dan aktif memberikan ceramah di pelbagai kementerian dan
jabatan serta berkumpulan. Boleh dihubungi melalui FB Zaidi Ismail.
11
KEMBARA KE PULAU KETAM
MASRIYAH MISNI
Seawal pukul 6.00 pagi, 27 Februari 2022, aku memulakan pemanduan bersendirian menuju
stesen kereta api KL Sentral di Kuala Lumpur untuk memulakan misi pengembaraan ke
Pulau Ketam. Mengikut jadual, para peserta dikehendaki berkumpul di KL Sentral pukul 7.30
pagi.
Keadaan jalan raya hari itu sangat lengang. Aku tiba di KL Sentral sekitar pukul 7.00
pagi. Namun, entah dugaan apa yang menimpa? Aku mengelilingi bangunan parkir KL
Sentral hampir tujuh pusingan kerana tidak menjumpai pintu masuk ke ruangan parkir.
Akhirnya, aku menghentikan kereta dan bertanya kepada pengawal keselamatan. Berkat
bantuannya, barulah aku menemui pintu masuk tersebut. Inilah padahnya akibat sikap
sombong bodoh, tak mahu bertanya seseorang sejak awal tiba di lokasi, sehingga terlewat
setengah jam dari waktu berkumpul yang dijadualkan. Aku merungut menyalahkan diriku
sendiri.
Setelah memarkir kereta, aku bergegas ke lift untuk ke tempat berkumpul, iaitu di
bahagian yang menempatkan kaunter pembelian tiket komuter. Peserta kembara ini
dikehendaki menaiki komuter ke Pelabuhan Klang dari KL Sentral. Kemudian dari jeti
Pelabuhan Klang akan menaiki feri ke Pulau Ketam selama lebih kurang satu jam. Selepas
semua peserta berkumpul, satu taklimat ringkas dan agihan kit perjalanan sumbangan SHE
diadakan. Selepas itu, semua peserta turun ke platform untuk menaiki komuter menuju
Pelabuhan Klang.
Dalam perjalanan menaiki komuter, Encik Zaidi Ismail sudi berkongsi panduan
tentang program kembara ini dan cara penulisannya kelak untuk dibukukan serta diterbitkan
di bawah rumah penerbitan SHE. Setelah sampai di stesen komuter Pelabuhan Klang, kami
terus menuju jeti ke Pulau Ketam yang terletak bersebelahan stesen komuter, untuk
membeli tiket feri. Terdapat satu replika ketam yang besar di situ yang menjadi tumpuan
12
pengunjung untuk diabadikan dalam foto. Kemudian satu taklimat tentang penggunaan
kamera digital DSLR telah disampaikan oleh Encik Ahmad Safir selaku pembimbing
berkaitan fotografi dalam penulisan travelog.
Tepat pukul 12.00 tengah hari, feri bernombor BPK927P bersedia membelah
perairan Selat Melaka membawa para pelancong dan peserta kembara ke Pulau Ketam.
Kelihatan pemandangan pohon-pohon kayu bakau paya air tawar yang berakar jangkang di
kiri kanan sepanjang perjalanan. Fungsi akar jangkang pokok bakau adalah sebagai alat
penampan hakisan ombak ke atas tanah daratan. Lebih kurang sejam perjalanan, feri pun
tiba di jeti Pulau Ketam. Peserta kembara berkumpul di tempat duduk di sudut kanan jeti
untuk mendengar penerangan teknik penulisan travelog dan fotografi daripada Encik Ahmad
Safir. Selesai taklimat, para peserta memulakan pengembaraan di Pulau Ketam sambil
merakam gambar tempat-tempat menarik menerusi lensa kamera telefon bimbit masing-
masing dan kamera digital DSLR. Tanpa membuang masa, aku pun mengorak langkah
memulakan misi pengembaraan di pulau ini.
Ketika tiba di terminal jeti Pulau Ketam, aku melihat banyak deretan basikal yang
menjadi pengangkutan utama masyarakat di sini. Sejumlah basikal dan motor elektrik itu
milik penduduk tempatan yang keluar ke Pelabuhan Klang atas urusan tertentu. Ada juga
perkhidmatan sewa basikal atau motor elektrik yang disediakan bagi kegunaan pelancong
luar menjelajah pulau ini dengan kadar sewa yang berpatutan. Cikgu Yatim, salah seorang
peserta kembara ini antara yang menyewa motor elektrik untuk kemudahan beliau bergerak
meninjau setiap lokasi di pulau ini. Nampak begitu teruja sekali beliau menggunakannya
buat pertama kali.
Di terminal jeti Pulau Ketam.
Tempat pertama yang kutuju ialah dataran selepas laluan pejalan kaki dari jeti yang
menempatkan replika batu dan perkataan “KETAM” sebagai mercu tanda pulau ini. Aku dan
peserta lain berkumpul dan mengabadikan foto kenangan di depan replika perkataan
KETAM tersebut. Dari situ, aku berjalan melalui laluan konkrit dan sempit yang disediakan
13
bagi meneruskan kembara ilmu ini. Dari segi sejarahnya, pulau ini merupakan rumah
kepada dua kampung Cina yang diasaskan kira-kira tahun 1880-an. Kampung utama di
bahagian selatan pulau dikenali sebagai Pulau Ketam, manakala di bahagian timur laut,
terdapat sebuah kampung yang dinamai Sungai Lima kerana kampung ini terletak di
serokan kelima dari kampung utama. Ada juga penduduk Orang Asli yang menetap di
sekitar serokan kedua. Kawasan lain di sekitar pulau ini hanyalah paya bakau.
Di Dataran Pulau Ketam.
Di pulau ini tidak ada jalan raya kerana kawasan yang sempit dan berair.
Penempatan penduduk dibina terapung di atas air seperti rumah kampung air di Sabah dan
tempat-tempat lain. Ketinggian rumah terapung ini satu hingga 10 meter dari paras laut.
Ketika air laut surut, akan kelihatanlah lumpur dan selut di bawah laluan konkrit ini serta
haiwan-haiwan laut seperti umang-umang, ikan belacak, dan ketam berkeliaran di atasnya.
Disebabkan laluan konkrit yang sempit maka kenderaan yang banyak digunakan untuk
pergerakan di pulau ini ialah motor dan basikal elektrik beroda dua atau tiga. Selain itu, ada
jambatan kayu dibina merentangi sungai sebagai kemudahan penduduk bergerak dari satu
rumah ke satu rumah yang lain. Bagi pergerakan penduduk antara pulau seperti ke Pulau
Sungai Lima dan Pelabuhan Klang, mereka menggunakan perkhidmatan feri atau bot laju.
Seperti sedia maklum, Pulau Ketam ialah pulau ekopelancongan selain destinasi
sesuai para pemancing serta bagi yang ingin menikmati hidangan makanan laut yang segar.
Pekerjaan utama penduduk di sini ialah nelayan dan hanya sebilangan yang menjadi
pengusaha perkhidmatan bot laju atau feri ke Pelabuhan Klang dan sebaliknya. Oleh itu,
banyak restoran makanan laut didirikan di pulau ini. Majoriti penduduk terdiri daripada kaum
Cina dari etnik Teochew dan Hokkien. Oleh itu kebanyakan restoran makanan laut milik
mereka. Hanya terdapat satu restoran Muslim yang terletak di depan Balai Islam atau surau
pulau ini.
14
Bagi yang ingin menginap, di pulau ini terdapat hotel penginapan seperti Hotel Sea
Lion. Pelancong Muslim tidak perlu risau dari segi mendapatkan makanan halal kerana ada
penduduk Muslim yang menyediakan perkhidmatan katering, iaitu Kedai Makan Cikgu.
Kedai ini dimiliki sepenuhnya oleh seorang pesara guru yang berasal dari Johor. Beliau
mantan guru di SMK Pulau Ketam dan terus menetap di pulau ini selepas bersara sambil
membuka kedai makan Muslim.
Selain sekolah, di pulau ini juga terdapat beberapa kemudahan awam seperti balai
polis, balai bomba, bank, pejabat pos dan tempat ibadat. Balai Polis Pulau Ketam terletak di
laluan utama dari jeti. Balai polis ini kecil sahaja tetapi usianya sudah melebihi 100 tahun.
Balai polis ini dibina sejak tahun 1869 lalu. Kawasan persekitaran balai polis terjaga rapi dan
kondusif. Menurut maklumat dari internet, balai polis ini pernah berlaku kebakaran pada
tahun 1967. Bangunan balai polis yang ada sekarang dibina semula dan dirasmikan oleh
Ketua Polis Negara yang kedua pada tahun 1970. Balai Polis Pulau Ketam dianggotai 10
orang anggota termasuklah Ketua Polis Balai.
Antara kemudahan yang terdapat di Pulau Ketam.
Dari balai polis, aku meneruskan kembara hingga ke kawasan persimpangan menuju
pekan atau pasar Pulau Ketam. Di situ terdapat banyak gerai dan kedai barangan keperluan
harian penduduk tempatan. Dari situ, aku terlihat sebuah bank, iaitu Maybank sebagai satu-
satunya institusi kewangan bagi memudahkan urusan kewangan penduduk. Setidak-
tidaknya penduduk tempatan tidak perlu lagi ke bandar Pelabuhan Klang atas urusan
kewangan dan yang berkaitan. Di hujung pekan ini terdapat rumah-rumah kayu yang
15
berwarna-warni dan tokong-tokong yang cantik belaka. Di pekan inilah terletak Kedai Makan
Cikgu yang menyediakan makanan tempahan peserta kembara. Alang-alang sudah sampai
di pekan, aku pun terus menaiki tangga ke tingkat atas kedai makan ini untuk menjamu
selera. Kebetulan waktu makan tengah hari sudah tiba. Kami disajikan dengan lauk-pauk
hasil laut yang segar seperti udang, ikan dan sotong. Memang sangat berselera kami
makan. Alhamdulilah, syukur.
Makan tengah hari di Kedai Makan Cikgu.
Selesai makan tengah hari dan solat zohor di ruangan kedai makan ini, aku
bersama-sama rakan lain meneruskan kembara. Kali ini, aku menuju ke persimpangan jalan
menuju kampung nelayan Bagan Teochew yang terletak di Jalan Sungai Seberang. Ada
sebuah jambatan dibina merentangi sungai tersebut yang menghubungkan kawasan pekan
ke kampung bagan ini. Aku mengambil kesempatan mengabadikan foto kenangan di atas
jambatan ini. Di bawah jambatan, kelihatan sungai mengalir tenang dan bot kecil nelayan
meluncur perlahan. Di kiri kanan sungai ini terdapat deretan rumah dan bot kecil nelayan
yang ditambat kemas pada jeti kecil setiap rumah. Waktu itu sekitar pukul 2.00 petang.
Angin laut berhembus perlahan dan terasa begitu nyaman serta segar sekali. Kemudian,
aku meninjau kawasan sekitarnya. Terdapat satu kawasan di persimpangan itu yang
memaparkan hasil seni kreatif penduduk tempatan, iaitu mural dan replika sebagai satu
tarikan pelancong. Aku tidak melepaskan peluang mengabadikan foto kenangan di dinding
premis yang memaparkan mural kreatif dan menarik ini.
16
Di jambatan Jalan Sungai Seberang.
Satu keistimewaan di pulau ini ialah terdapat sebuah maahad tahfiz dikenali Maahad
Tahfiz Mandarin. Pelajar maahad ini terdiri pelajar lelaki dan perempuan yang berasal dari
pelbagai tempat dan negeri. Maahad Tahfiz Mandarin terletak kira-kira 300 meter dari Balai
Islam. Pelajar maahad akan menunaikan solat lima waktu berjemaan di Balai Islam ini.
Pelajar maahad terdiri daripada 80 pelajar lelaki dan 20 pelajar perempuan. Para pelajar
tinggal di asrama yang disediakan. Asrama pelajar perempuan berhadapan dengan pejabat
maahad tahfiz ini manakala asrama pelajar lelaki terletak lebih kurang 400 meter dari pusat
maahad, iaitu di Jalan Sungai Seberang atau Bagan Teochew. Balai Islam atau surau
menjadi pusat pengembangan agama Islam, terutamanya bagi masyarakat Orang Asli yang
menetap di pulau ini. Balai Islam ini sering dikunjungi dan diimarahkan oleh para pelancong
Muslim yang datang serta kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) daerah Klang
dan Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berurusan berkaitan agama Islam. Pada
tahun 2015, Balai Islam ini melakar sejarah kerana buat pertama kalinya solat Jumaat
diadakan di situ di bawah kelolaan dan pengendalian Pejabat Agama Islam daerah Klang.
Di depan Maahad Tahfiz Mandarin.
17
Dalam terlalu leka dan ralit melihat keindahan dan keistimewaan sekitar pulau ini,
aku tidak sedar bahawa sesi kembara ini sudah sampai ke penghujungnya. Kami membeli
tiket feri pergi balik. Tiket perjalanan waktu balik ialah pada pukul 4.30 petang. Aku dan
beberapa rakan bergegas ke jeti Pulau Ketam untuk menunggu feri balik ke Pelabuhan
Klang. Walaupun hanya beberapa lokasi yang dapat diterokai, namun dek kesuntukan
masa, kami terpaksa akur. Beberapa minit kemudian feri yang akan membawa kami ke
Pelabuhan Klang pun tiba di jeti. Semua peserta kembara termasuk penduduk tempatan
masuk ke dalam feri perlahan-lahan. Jumlah penumpang sangat ramai dan feri dipenuhi
barangan yang dibeli para penumpang. Aku antara penumpang yang awal masuk ke dalam
feri mendapat tempat duduk di hadapan sekali berdekatan pintu masuk feri. Aku dapat
melihat pergerakan penumpang untuk masuk ke dalam feri. Ketika itu aku terkejut melihat
satu insiden sebuah kotak barang salah seorang penumpang terjatuh ke air ketika hendak
masuk ke dalam feri. Hampir semua penumpang feri terjerit kecil melihat insiden itu. Wajah
penumpang itu kelihatan cemas sekali namun pihak feri tidak dapat berbuat apa-apa kerana
kotak barang itu terus hanyut dibawa arus. Terpancar kesedihan dan kekecewaan di
wajahnya. Sungguh kasihan aku melihatnya.
Pulau Ketam, sampai ketemu lagi ....
Dalam keadaan kalut begitu, aku teringat ada tiga peserta belum menaiki feri,
termasuklah bos SHE, Puan Nurul Syahida, Encik Ahmad Safir dan Cikgu Yatim. Semasa di
18
jeti lagi aku sudah menghubungi mereka agar cepat datang ke jeti kerana feri ke Pelabuhan
Klang sudah tiba dan akan berlepas mengikut jadual. Aku mula risau apabila kelibat mereka
tidak kelihatan. Tidak lama kemudian badan feri mula menjauh sedikit demi sedikit dari
tangga jeti menandakan akan berlepas. Ketika feri memusingkan haluannya menjauhi jeti,
aku terlihat Encik Ahmad Safir di atas jeti sambil membuka kedua-dua tapak tangan dengan
wajah kehampaan. Allahuakbar! Mereka bertiga terlepas feri pukul 4.30 petang. Kalau nak
tunggu feri yang berikutnya, pada pukul 6.00 petang. Pukul berapa nak sampai di terminal
Pelabuhan Klang? Aku sedih memikirkan hal ini.
Feri bergerak kian menjauh ke tengah membelah perairan. Aku dimaklumkan rupa-
rupanya feri bergerak menuju ke jeti Sungai Lima untuk mengambil penumpang di sana dan
akan kembali semula ke jeti Pulau Ketam. Aku rasa bersyukur sangat mendengarkan
makluman itu. Setelah kesemua penumpang di jeti Sungai Lima menaiki feri, feri terus
meluncur laju menuju semula ke jeti Pulau Ketam. Terpancar kelegaan di wajah tiga rakan
peserta yang tertinggal feri tadi. Dari situ, feri bernombor yang sama ketika kami datang ke
Pulau Ketam ini dipandu laju membelah perairan membawa penumpang menuju Pelabuhan
Klang. Kami tiba di terminal pelabuhan lebih kurang sejam kemudian dengan selamatnya.
Sebelum bersurai, kami beramai-ramai mengabadikan sekali lagi foto kenangan di terminal.
Selepas itu kami pun beredar mengikut haluan masing-masing. Ada yang pulang berkereta,
ada yang dijemput oleh ahli keluarga dan ada yang menuju ke stesen komuter untuk pulang
semula ke stesen komuter KL Sentral termasuklah diriku.
Sesungguhnya, di Pulau Ketam banyak lokasi yang menarik untuk diabadikan dalam
catatan travelog ini. Itulah impian kami para peserta. Namun, kekangan dan kesuntukan
masa telah membataskan segalanya. Dalam kesempatan dan ruang yang terbatas ini,
banyak juga input yang kami peroleh dan ketahui tentang Pulau Ketam yang sangat unik ini.
Walaupun aku agak terkilan kerana tidak sempat menjelajah ke kawasan sekolah namun
input yang diperoleh sedikit sebanyak telah menambah pengetahuan tentang Pulau ketam
ini secara kesleuruhannya.
Pulau Ketam gamit kenangan,
Kaya dengan khazanah laut;
Jemput datang menikmati pemandangan,
Sekali pandang hati terpaut.
19
PULAU KETAM, EKSPLORASI PERMULAAN
KHAIRI ABD GHANI
Tanggal 27 Feb 2022, detik permulaan aku eksplorasi ke sebuah pulau kecil di perairan
Selat Klang. Telah sekian lama juga aku ingin menjejak kaki ke sana. Kewujudan pulau
perkampungan nelayan itu yang terletak di negeri kelahiran aku. Keinginan untuk
mengetahui apa-apa yang ada di pulau tersebut berakhir tanpa dirancang setelah terlihat
bengkel travelog ke Pulau Ketam.
Bengkel yang dianjurkan oleh SHE (Syahidah Hassan Enterprise) merupakan
sebuah program bengkel penulisan travelog. Jadi, di sini peluang untuk aku pergi ke sana
dan tanpa berlengah lagi aku terus sertai bengkel tersebut bersama isteri.
Sejarah Pulau Ketam
Pulau Ketam dahulunya merupakan jajaran pulau hutan bakau yang diasaskan sejak tahun
1883. Majoriti penduduknya berbangsa Cina. Pekerjaan masyarakat di sana 80 peratus ialah
nelayan dan selebihnya hanyalah peniaga.
Hanya dua kawasan di pulau ini yang didiami penduduk, iaitu Bagan Teowchew dan
Kampung Sungai Lima. Rata-rata penempatan penduduk pulau ini dibina terapung di atas
air pada ketinggian 1 hingga10 meter dari aras laut.
Pulau Ketam merupakan perkampungan nelayan yang amat terkenal dengan aktiviti
perikanan. Di situ terdapat banyak sangar ternakan ikan dan juga aktiviti memancing. Untuk
sampai di pulau ini, perlu menaiki bot atau feri dan perjalanan akan mengambil masa sekitar
40 minit.
Ketibaan Peserta Bengkel
Seawal pukul 7.45 pagi, aku bersama isteri bergerak ke Stesen Komuter Setia Jaya untuk
menaiki tren ke Stesen KL Sentral. Pukul 9.00 pagi, kami tiba di KL Sentral dan tanpa
berlengah, terus ke tempat berkumpulnya para peserta bengkel. Seusai sesi pendaftaran,
kami diberi kit travel SHE oleh puan Syahidah Hassan sambil menunggu ketibaan peserta
yang lain.
Seramai 14 peserta bengkel yang terdiri daripada dua tenaga pengajar serta wakil
dari Canon Malaysia telah meminjamkan 10 buah camera Canon untuk kami gunakan dalam
bengkel ini. Dua tenaga pengajar yang amat berpengalaman yang aku katakan tadi ialah
Encik Zaidi Ismail untuk bab penulisan travelog dan Encik Safir Gani untuk bab fotografi.
Pukul 9.35 pagi, kami berangkat ke platform untuk menaiki tren ke Pelabuhan Klang.
Semasa perjalanan di dalam tren, sesi pertama taklimat dan penerangan mengenai bab
penulisan travelog telah disampaikan oleh Encik Zaidi.
20
Jeti Pulau Ketam
Setibanya di Pelabuhan Klang pukul 10.52 pagi, kami terus menuju ke terminal penumpang
Pelabuhan Selatan untuk ke Jeti Pulau Ketam. Pembelian tiket feri di kaunter dengan
tambang pergi balik sebanyakr RM16 seorang. Kemudian, kami menaiki feri pada pukul
12.00 tengah hari menuju ke Pulau Ketam.
Kami tiba di jeti Pulau Ketam pada pukul 12.45 tengah hari. Sebelum meneruskan
perjalanan meneroka Pulau Ketam, di jeti telah diadakan sesi kedua penerangan mengenai
fotografi oleh Encik Safir Gani dan taklimat ringkas oleh wakil Canon Malaysia. Berbekalkan
10 biji camera yang yang dipinjamkan oleh Canon kami mempelajari teknik-teknik
penggambaran dan selok-belok pengambaran smartphone fotografi.
Selesai sesi penerangan fotografi, kami bersiap untuk meneruskan jelajah ke Pulau
Ketam melalui jambatan yang menghubungkan antara jeti ke pulau. Di sebuah kawasan
lapang, terdapat mercu tanda yang memarpakan ikon ketam beserta tulisan yang
mengambarkan kami telah pun tiba.
Pulau Ketam
Kenderaan utama bagi penduduk di Pulau Ketam ialah basikal dan motosikal elektrik. Jadi,
tidak hairanlah sebab aku nampak begitu banyak kenderaan basikal di merata-rata tempat
malah setiap sudut pulau itu.
Di situ juga, terdapat perkhidmatan sewa motosikal elektrik disediakan dengan kadar
sewa RM20 sejam bagi pengunjung yang ingin keseronokkan menjelajah sekitar pulau.
Kami meneruskan perjalanan dari mercu tanda sehingga sampai di pintu gerbang yang
menempatkan sebuah balai bomba sukarelawan.
Selepas itu, kami meneruskan lagi perjalanan sehingga terlihat klinik kesihatan dan
Balai Islam yang juga merupakan surau untuk kegunaan penduduk yang berugama Islam.
Selain itu, di situ juga terdapat balai polis. Kami meneruskan perjalan sambil mengambil
gambar di beberapa kawasan sehinggalah tiba di sebuah pekan kecil di pulau itu.
Di pekan kecil Pulau Ketam, terdapat deretan restoran menghidang pelbagai
makanan laut yang segar di samping itu ada juga kedai-kedai yang menjual barangan runcit
yang terdiri daripada hasil laut seperti ikan kering, udang kering dan hasil-hasil laut lainnya
yang turut juga diproses di pulau itu.
21
Suasana pemandangan di Pulau Ketam.
Pukul 1.45 tengah hari, kami berhenti untuk berehat seketika dan menikmati makan
tengah hari di sebuah restoren Melayu di hujung pekan. Selepas makan tengah hari, kami
bergerak semula ke Balai Islam yang menempatkan surau untuk bersolat sebelum
meneruskan aktiviti jelajah. Pukul 2.30 petang, kami bergerak ke kawasan sekitar pekan
pulau dengan berjalan kaki menyusuri lorong-lorong kecil yang banyak terdapat di Pulau
Ketam.
Di suatu sudut, aku terlihat terdapat beberapa lukisan seni mural di dinding rumah
penduduk. Kami berhenti seketika untuk merakam gambar. Di samping itu, Encik Safir turut
mengajar teknik-teknik pengambaran menggunakan smartfon. Kami meneruskan perjalanan
semula meneroka segenap lorong kecil di sekitar pulau. Aku terlihat ada juga Maahad Tahfiz
Mandarin di situ.
Lukisan seni mural di dinding rumah penduduk.
22
Maahad Tahfiz Mandarin yang diasaskan oleh seorang mualaf ada menyediakan
penempatan asrama untuk pelajar-pelajar lelaki dan perempuan. Selain Maahad Tahfiz,
kemudahan yang lain seperti Maybank, pejabat pos kecil, home stay malah hotel tiga
bintang ada juga di pulau itu. Jam di tangan menunjukan waktu hampir 4.00 petang dan
kami perlu bergegas meneruskan perjalanan semula ke jeti untuk pulang.
Di jeti, feri telah pun tiba untuk mengambil penumpang dan tanpa berlengah, kami
terus menaiki feri untuk pulang ke terminal Pelabuhan Klang. Setibanya di Pelabuhan
Klang, kami bergerak menuju ke stesen komuter menaiki tren pukul 6.00 petang untuk
pulang ke destinasi masing-masing.
Yang aku dapat simpulkan mengenai trip travelog anjuran SHE ini, programnya
cukup bagus disertai dan aku dapat belajar bab penulisan sambil travel ke tempat-tempat
yang menarik di Malaysia. Sesuatu pengalaman baharu bagi aku. Jadi, mungkinkah ini
langkah pertama EXPLORASI PERMULAAN untuk aku dalam dunia penulisan ….
Penulis
Khairi Abd Ghani, 44. Pereka grafik bebas dan berkhidmat di sektor percetakan
(advertising).
23
MENJEJAK KEINDAHAN PULAU KETAM
AMMET JEBAT
27 Februari 2022
LENAKU dikejutkan dengan bunyi alarm daripada telefon bimbit yang terletak di sebelahku.
Kugapai tangan untuk mendapatkan telefon bimbit dan menutup alarm yang memecah sunyi
ruang bilikku. Lebih kurang pukul 5.30 pagi, aku mula bersiap sambil menunggu azan subuh
pada pukul 6.19 pagi yang akan kedengaran dari surau yang berdekatan. Pagi yang hening
ini, aku akan bergerak ke KL Sentral. Tempat berkumpulnya kumpulan travelog Pulau
Ketam anjuran SHE. Pengembaraan satu hari ini mengujakan aku, lebih-lebih lagi ini adalah
kali pertama akan menjejak kaki ke Pulau Ketam.
Masuk sahaja ke tol Bangi, hujan mulai turun. Semakin lama semakin lebat.
Perancangan awal hendak parkir di Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasek Selatan.
Kemudian mengambil komuter atau LRT ke KL Sentral. Memandangkan hujan lebat aku
mengubah keputusan dengan meneruskan perjalanan ke KL Sentral dengan kereta sahaja.
Di Lembah Kelang sekarang merupakan musim hujan. Kebelakangan ini selalu terjadi banjir
kilat di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan juga Selangor. Aku sudah bersedia dengan
baju hujan yang dibeli di Seven Eleven semalam. Mana tahu, terperangkap dalam hujan
nanti, bolehlah menggunakannya. Sepanjang perjalanan, aku berdoa agar tidak ada
kawasan yang dinaiki air dalam hujan lebat pada pagi ini.
Alhamdulillah, lebih kurang pukul 7.15 pagi, aku selamat sampai ke kawasan parkir
KL Sentral di aras empat. Pada masa ini, kawasan parkir lengang. Seram juga pada
mulanya. Tiada orang, lampu pun suram. Apa-apa pun, aku berserah dan bertawakkal
sahaja. Aku memarkir kereta berhadapan dengan pintu masuk lif dengan harapan kawasan
itu akan ramai orang sebentar lagi. Mungkin kerana hari ini hari Ahad, pengunjung di sini
tidak ramai. Selalunya, jika hari minggu orang ramai akan keluar lewat sedikit dan akan
berjalan bersama keluarga.
Kadar untuk parkir di sini ialah RM4 sejam. Sementara menunggu kedatangan
sahabat-sahabat penulis yang lain, aku sempat berlegar-legar di dalam bangunan KL
Sentral. Berjalan ke aras dua menyulusuri pintu masuk ETS. Ada beberapa orang sedang
menanti untuk menaiki ETS. Selain dari warga tempatan, di sini terdapat ramai juga warga
asing yang menggunakan perkhidmatan yang terdapat di sini. Kadang-kadang, terfikir juga
di mana silapnya sistem pengangkutan kita hinggakan warga tempatan kurang
menggunakannya? Bagi aku, ini adalah kerana beberapa faktor. Pertama, kedudukan yang
tidak strategik antara stesen dan tempat yang hendak dituju. Kedua, perancangan yang
tidak rapi dan tiada kolaborasi antara sistem pengangkutan kereta api, bas dan teksi dengan
pusat beli-belah, perlancongan dan pejabat kerajaan. Sebagai contoh, jika kita melawat
24
negara Jepun, pengangkutan yang terdapat di sana begitu memudahkan para penduduknya
waima kita sebagai pelancong. Ketiga, sesetengah tempat parkir terlalu mahal untuk kita
parkir dan menikmati kenderaan awam. Ini akan membuatkan penduduk tempatan lebih
berminat membawa kenderaan sendiri dari bersusah payah menggunakan kenderaan
awam.
Keadaan parkir aras empat berhadapan
dengan lif pada pukul 7.15 pagi.
Bihun goreng bersama kopi o panas buat
sarapan pagi di Lacucur Cafe.
Lebih kurang pukul 7.50 pagi, aku bergabung dengan sahabat-sahabat yang akan
bersama-sama dalam perjalanan hari ini. Sementara menunggu sahabat yang belum
sampai, masing-masing membuat kerja sendiri. Ada yang pergi bersarapan dan ada yang
berkenalan dengan rakan-rakan baharu yang sebelum ini hanya kenal di alam maya. Setiap
kali aku sampai ke KL Sentral, aku akan ke singgah ke La Cucur Cafe untuk menikmati nasi
lemak di situ. Hari ini, aku tidak bernasib baik kerana tidak ada nasi lemak. Makanya, bihun
goreng dan kopi o yang menjadi pilihan kalbu.
Setelah membeli tiket, kami turun ke Platform 3 KTM Komuter untuk ke Pelabuhan
Klang. Tren bernombor 2115 tiba lebih kurang pukul 9.30 pagi. Disebabkan ini ialah stesen
pertama untuk ke Pelabuhan Klang dan penumpang masih tidak ramai, kami dapat
berkumpul bersama-sama di dalam satu gerabak. Gerabak belakang sekali menjadi pilihan.
Dalam perjalanan Cikgu Zaidi memberikan taklimat dan bimbingan tentang menulis travelog.
Disebabkan aku berada paling hujung, suara taklimat kedengaran seperti kejauhan. Nasib
baik ada nota buat rujukan. Sambil mendengar taklimat, mata memandang ke luar tingkap,
menikmati pemandangan yang cantik dan mempersonakan sepanjang perjalanan. Dari KL
Sentral sehingga ke stesen terakhir mengambil masa sejam 24 minit. Kami bergerak ke
terminal penumpang South Port yang berdekatan dengan stesen KTM.
25
Encik Zaidi sedang memberikan bimbingan
dan taklimat tentang cara menulis travelog.
Encik Ahmad Safir pembimbing cara
menangkap gambar yang baik.
Terdapat beberapa perkhidmatan feri yang membawa penumpang ke Pulau Ketam.
Kami menggunakan Perkhidmatan Feri Pulau Ketam (PKF) yang berharga RM16 untuk tiket
dua hala. Sebelum berlepas, kami berpeluang untuk meminjam dan mencuba kamera
Canon untuk sepanjang perjalanan di Pulau Ketam. Penganjur telah bekerjasama dengan
Canon Malaysia dalam aktiviti kali ini.
Encik Khairul wakil dari Canon Malaysia membekalkan kamera untuk dipinjamkan
kepada kami. Aku berkesempatan meminjam sebuah kamera Canon EOS R5 dengan lens
24-105. Teruja kerana dapat menggunakan kamera yang pada aku begitu mahal ini.
Badannya sahaja berharga lebih kurang RM15,600. Sementara lens pula berharga
RM5,800. Risau memegang kamera yang mahal ini. Tambahan pula tidak dibekalkan sekali
dengan tali pemegang kamera. Encik Khairul memberitahu bahawa sebelum ini, bila
diadakan aktiviti yang sama, talinya banyak yang hilang. Jadi pihak Canon membuat
keputusan hanya memberikan kamera tanpa tali pemegang. Memang risau apabila tidak
biasa menggunakan kamera tanpa tali pemegang.
Kamera EOS R5 ini merupakan kamera bingkai penuh (full frame) berserta
mirrorless. Berat badannya ialah 738 g, tetapi selepas dicampur dengan lens, susah juga
untuk menggunakan satu tangan. Resolusinya yang sebesar 45 MP memberikan details
gambar dan kejelasan gambar begitu memuaskan. Ini ditambahkan lagi dengan
kemampuan auto focusnya yang begitu baik untuk detect wajah dan mata.
26
Bangunan yang dicat berwarna-warni. Pintu gerbang yang menghiasi kawasan.
Dalam masa yang terhad, aku mencuba kamera ini dari segi menangkap gambar
sahaja. Pertama sekali, apabila aku menekan butang untuk menangkap gambar, bunyi
ketikannya tidak bising dan lancar. Mulanya bermain dengan fungsi ISO (International
Organization for Standardization) yang merupakan kawalan kepekaan kamera terhadap
cahaya yang diterima. Apabila kita meletakkan ISO pada nilai yang besar, akan
menghasilkan noise pada gambar. Jadi, kita perlu meletakkan pada tahap minimum yang
noise-nya tidak kelihatan.
Kemudian kita set pula shutter speed, iaitu kadar kelajuan shutter. Jika lama shutter
speed, cahaya yang diambil lagi banyak dan akan menyebabkan gambar bertambah terang
cahaya. Satu lagi, kita setkan Aperture atau bukaan pada kamera. Jika bukaan lebih besar
(nilai bacaan nilainya lebih kecil), cahaya akan masuk lebih banyak. Kesimpulannya, ketiga-
tiga perkara ini, iaitu ISO, Shutter Speed dan Aperture berkait rapat antara satu dengan
yang lain. Hasil bidikan daripada kamera ini memuaskan hati aku.
Kita dapat melihat hutan bakau di sepanjang perjalanan ke Pulau Ketam. Sesekali
berselisih dengan bot lain dan juga polis peronda. Terdapat juga sangkar ikan yang
diusahakan oleh penduduk di situ. Dari jeti di Pelabuhan Klang, kami turun di Jeti Pulau
Ketam setelah 40 minit perjalanan. Kemudian, kita akan berjalan merentasi jambatan ke
pulau lebih kurang 70 meter. Menariknya, di atas bumbung sepanjang jambatan dihiasi
dengan ukiran kayu yang bergantungan.
Pengunjung yang sampai ke sini tidak sah jika tidak mengambil gambar di sekitar
pulau. Jarak rumah ke rumah amat dekat. Laluan juga sempit. Pulau ini kurang asap
kenderaan. Kita hanya perlu berjalan kaki untuk menikmati keindahan di sini. Selain berjalan
kaki, kita boleh menyewa basikal atau skuter elektrik yang banyak terdapat di sekitar jeti.
Terdapat pelbagai kemudahan seperti kedai runcit, pos, restoran, hotel, dan bank serta
perkhidmatan awam, seperti klinik, polis dan bomba.
27
Basikal dan skuter letrik banyak digunakan
di pulau ini.
Kedai Makan Cikgu di tingkat atas deretan
kedai.
Dalam masa 3 jam lebih, aku berjalan di sekitar pulau berdekatan dengan jeti.
Walaupun kedudukan rumah atau bangunan berdekatan tetapi suasananya nampak selesa.
Sepanjang perjalanan melalui lorong-lorong, kita dapat melihat kawasan ini adalah bersih.
Dekorasi yang cantik dihias rapi di beberapa tempat bagi membolehkan pengunjung
mengambil gambar. Begitu juga dengan rumah di atas laut yang dicat berwarna-warni
menambahkan lagi suasana ceria.
Dalam perjalanan di sepanjang lorong, kita akan dapat melihat ramai pelawat yang
mengunjungi pulau ini. Ada yang datang balik hari dan ada yang tidur di sini. Banyak hotel
yang boleh didiami. Selain melawat, ada juga pengunjung yang datang ke sini untuk aktiviti
memancing. Sudah pasti antara tarikan utama di sini ialah makanan lautnya. Banyak
restoran yang terdapat di sini. Kebanyakannya ialah restoran makanan Cina. Ada juga
restoran yang menyajikan makanan halal seperti restoran yang kami singgah, iaitu Restoran
Cikgu.
Kami berlepas pulang ke Pelabuhan Klang pada pukul 4.30 petang. Dalam
perjalanan pulang, feri singgah di beberapa buah jeti di sekitar Pulau Ketam. Dapat juga
kami menikmati pemandangan di persekitaran dari dalam feri. Sampai di stesen komuter
Pelabuhan Klang, rintik-rintik hujan mulai berguguran. Kepulangan kami juga disambut
dengan hujan walaupun tidak selebat pagi tadi. Hujan rahmat hendaknya. Lawatan ke Pulau
Ketam ini amat menarik bagi pelancong yang sukakan keindahan alam semulajadi.
28
Penulis
AMMET JEBAT ialah nama pena bagi Abdul Hamid bin Abdul Halim yang dilahir pada
tanggal 22 Januari 1970 di Kangar, Perlis. Berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Elekronik dan
Komputer di Universiti Putra Malaysia. Beliau kini bertugas sebagai pengurus di Syarikat
Sony EMCS (Malaysia) Sdn. Bhd., selaku Ketua Jabatan SOEM Manufacturing Innovation.
Dalam bidang penulisan, beliau cenderung untuk menulis dalam genre cerpen dan
puisi. Mula berjinak-jinak dengan penulisan pada tahun 2000. Karya awal yang memberikan
perangsang untuk beliau meneruskan langkah ialah “Gerhana Mencelah” dan “Mataku
Matamu” dalam antologi puisi Grafiti Gratitude terbitan Yayasan Multimedia Indonesia.
Kemudian, pada tahun yang sama, cerpennya “Rahsia Sekeping Potret” menembusi akhbar
Berita Harian. Sejak itu karya-karya beliau banyak tersiar di dada akhbar dan juga majalah.
Buku kumpulan puisi beliau yang pertama berjudul Bara Kembara di Desa
Membara telah diterbitkan oleh Persab Enterprise pada tahun 2004. Sementara buku
kumpulan puisi yang terbaru berjudul Suara Harum Malam telah diterbitkan oleh SYFE pada
tahun 2021. Puisi, cerpen, anekdot dan catatan beliau juga turut dimuatkan dalam beberapa
buah antologi (2000 - 2022). Sehingga kini, lebih 50 buku perseorangan dan antologi
bersama diterbitkan di pelbagai rumah penerbitan manakala lebih 45 buah karya diterbitkan
di pelbagai akhbar dan majalah.
Beliau juga melangkah setapak lagi menjadi penyelenggara bersama untuk
beberapa buah antologi bersama Penerbitan Pena Padu, Nuha Creatives Resources,
Penerbitan SHE dan Penerbitan KISMy.
29
SYIAR ISLAM DI PULAU KETAM
AIZAT KHAIRI
Alhamdulillah, ini merupakan pengalaman pertama kali dalam hidup saya terlibat dalam
kembara (travelog). Hati ini terdetik untuk menceburkan diri apabila melihat hebahan iklan
dalam “WhatsApp Group” Kumpulan Penulis Kelantan yang saya terlibat ketika program ke
bumi Patani di Thailand Selatan pada tahun 2020 lalu.
Pengalaman pertama ke Pulau Ketam.
Iklan tersebut adalah mengenai program penulisan travelog dan lawatan sambil
belajar di Pulau Ketam, Selangor. Tanpa berfikir panjang, saya telah mendaftarkan diri
dalam program yang dianjurkan oleh Puan Syahida Hassan yang berpengalaman dalam
aktiviti ini dan telah menerbitkan beberapa siri buku bertemakan travelog.
Saya meminati program ini kerana dapat berkunjung ke Pulau Ketam, sebuah pulau
nelayan kecil yang terletak di Selangor dan unik kerana di sana tidak terdapat kenderaan
berenjin seperti motorsikal dan kereta. Tambahan pula, saya tidak pernah menjejakkan kaki
ke pulau ini walaupun telah memasang impian saban tahun untuk ke sana. Di samping itu,
program ini turut memberikan pendedahan kepada para peserta kaedah untuk menulis
bertemakan travelog dan cara untuk mengambil foto-foto menarik di sana.
Perjalanan ke Pulau Ketam
Program Travelog Pulau Ketam berlangsung pada 27 Februari 2022, iaitu pada hari Ahad
dan semua peserta terlibat diminta berkumpul di Stesen KL Sentral, Kuala Lumpur. Saya
merupakan satu-satunya peserta yang hadir dari luar lembah Kelang. Justeru, perjalanan
saya dimulakan sehari lebih awal, iaitu bertolak di rumah di Seri Manjung, Perak ke Kuala
Lumpur dengan menaiki kereta dan tumpang bermalam di rumah sahabat di Segambut. Dari
Segambut saya menaiki KTM Komuter ke KL Sentral.
30
Setelah tiba di KL Sentral, saya mencari-cari kumpulan peserta di sana. Hal ini tidak
menjadi masalah kerana penganjur telah memaklumkan kepada para peserta untuk
memakai pakaian yang bertemakan warna kuning supaya kelihatan seragam dan senang
dikenali. Warna kuning juga menurut guru foto kami adalah warna yang menonjol dan sesuai
untuk dimasukkan ke dalam foto.
Para peserta telah diberi taklimat ringkas oleh pihak penganjur mengenai proses
perjalanan dan tempoh masa ke Pulau Ketam. Penganjur turut memberikan kami kit travelog
yang mengandungi beg galas, buku nota travelog, lencana, air mineral dan roti, pelitup muka
serta sanitasi bagi menjaga SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Setelah mengambil foto berkumpulan, maka bermulah kembara kami ke Pulau
Ketam. Perjalanan dimulakan dengan menaiki KTM Komuter di KL Sentral menerusi
platform 3. Waktu bertolak adalah pada pukul 9.30 pagi dan untuk ke Pulau Ketam kami
perlu berhenti di stesen terakhir, iaitu di Pelabuhan Klang. Sebanyak 20 stesen bermula dari
KL Sentral hinggalah ke Pelabuhan Klang yang memakan masa 1 jam 30 minit.
Sepanjang perjalanan, para peserta telah diberikan pendedahan awal mengenai
penulisan travelog dan teknik mengambil foto secara ringkas. Di samping itu, setiap peserta
diminta memperkenalkan diri masing-masing untuk merapatkan ukhwah antara kami. Bagus
juga ada aktiviti seperti ini dan tidaklah bosan ketika berada di dalam tren komuter. Kami
tiba di stesen KTM Komuter Pelabuhan Klang pada pukul 11.00 pagi. Seterusnya, hanya
perlu berjalan kaki selama 5 minit untuk tiba di jeti feri untuk ke Pulau Ketam.
Setibanya di jeti, saya melihat ada pengunjung yang membawa perkakasan
memancing. Rupanya Pulau Ketam juga merupakan destinasi memancing yang terkenal
dan menjadi tarikan golongan kaki pancing untuk berkunjung ke sana. Dari segi
perkhidmatan feri, terdapat tiga syarikat yang menawarkan perkhidmatan membawa
penumpang ke Pulau Ketam dengan kadar bayaran tiket yang berbeza berdasarkan
kelajuan feri dan kapasiti penumpang.
Jeti ke Pulau Ketam turut menyediakan kemudahan asas seperti tandas dengan
bayaran sebanyak 50 sen, warung makan untuk menjamu selera, kaunter tiket dan kedai
menjual cenderahati untuk dibawa pulang. Tiket feri boleh dibeli sama ada sehala atau pergi
balik. Semua peserta membeli tiket pergi balik dengan harga RM16 menggunakan
perkhidmatan feri berhawa dingin. Sebelum feri bertolak pada pukul 12.00 tengah hari,
semua peserta mengambil waktu terluang untuk bergambar di sekeliling jeti dan pastinya
bergambar dengan arca seekor ketam emas yang bersaiz besar yang menjadi ikon Pulau
Ketam.
31
Aktiviti di Pulau Ketam
Perjalanan menggunakan feri ke Pulau Ketam mengambil masa lebih kurang 45 minit
hingga 1 jam, bergantung pada keadaan cuaca di laut dan laluan untuk mengambil
penumpang. Hal ini kerana terdapat tiga jeti di Pulau Ketam yang menjadi tempat para
penumpang untuk menunggu ketibaan feri untuk ke Pelabuhan Klang. Rombongan kami tiba
di Pulau Ketam pada pukul 12.45 tengah hari. Perkara pertama yang mengujakan saya
setibanya di jeti utama Pulau Ketam adalah terdapat pelbagai jenis kenderaan seakan-akan
skuter elektrik dan basikal yang menjadi pengangkutan utama di sini. Kami difahamkan
kenderaan ini digunakan oleh penduduk tempatan kerana tiada jalan raya di pulau ini, dan
hanya laluan kaki lima selebar 6 kaki yang disimen.
Aktiviti pertama di Pulau Ketam adalah berlangsung sesi pembelajaran mengenai
asas fotografi daripada pihak penganjur. Rupa-rupanya, terdapat cara dan teknik untuk
mengambil foto sama ada menggunakan kamera atau telefon pintar. Ilmu asas fotografi ini
nampak ringkas tetapi penting kerana mampu membantu kita mendapatkan foto yang cantik,
menarik dan sempurna. Sesi ini turut dihadiri oleh pihak syarikat Canon Malaysia yang
bekerjasama dengan penganjur serta menawarkan khidmat guna kamera berteknologi tinggi
dalam program travelog Pulau Ketam.
Aktiviti seterusnya ialah sesi latihan fotografi dan semua peserta perlu berkelana di
Pulau Ketam dan mengambil foto-foto sekitarnya untuk dijadikan idea ketika mahu menulis
dan menyiapkan penulisan travelog Pulau Ketam. Walaupun setiap peserta diminta menulis
tema-tema tertentu berdasarkan travelog Pulau Ketam, kami diminta mengambil gambar
sebanyak mungkin agar tidak terlepas saat-saat penting ketika berada di sana.
Saya juga tidak ketinggalan mengambil foto-foto di sekitar Pulau Ketam untuk
dijadikan bahan dalam penulisan travelog. Saya melihat Pulau Ketam ialah sebuah pulau
yang dihuni oleh majoriti penduduknya yang berbangsa Cina. Kebanyakannya bekerja
sebagai nelayan. Namun, ada juga yang menjalankan aktiviti perniagaan seperti membuka
restoran, kedai ubat, kedai runcit, kedai buah-buahan, kedai perkakas eletrik dan kedai
pakaian. Ada juga yang menjalankan aktiviti perhotelan dan khidmat sewa skuter elektrik,
iaitu RM10 untuk sejam.
Penduduk Pulau Ketam turut menikmati kemudahan asas yang disediakan oleh
pihak kerajaan seperti adanya khidmat kutipan sampah, klinik kesihatan, sekolah, tadika,
balai polis, bomba sukarela dan dewan komuniti untuk merancakkan lagi kehidupan
penduduk di sini. Pulau Ketam juga turut dilawati oleh pihak kerajaan, Ahli Majlis dan Adun
Kawasan Selat Klang bagi memantau keadaan penduduknya di sini. Makanan halal juga
terdapat di sini, cuma bilangannya terhad. Kami turut berkesempatan menjamu makan
tengah hari dengan dengan menikmati makanan laut di sebuah restoran milik seorang guru
Melayu yang berasal dari Johor.
32
Sepanjang seharian kami berada di sini, pandangan dan lensa foto saya telah
tertumpu di sebuah bangunan yang saya rasakan amat unik di Pulau Ketam. Bangunan
tersebut dinamakan sebagai Balai Islam Pulau Ketam. Balai ini merupakan lokasi utama
penduduk Pulau Ketam yang beragama Islam dalam menjalankan aktiviti kerohanian dan
dakwah di sini. Solat fardu lima waktu dan solat Jumaat turut diadakan di situ. Balai Islam
Pulau Ketam mempunyai bangunan dua tingkat bagi memuatkan jemaah muslimin dan
muslimat yang ingin menunaikan kewajipan mereka.
Balai Islam Pulau Ketam
Orang Islam yang mendirikan Balai Islam Pulau Ketam ialah penduduk tempatan
yang berbangsa Cina. Daripada info yang saya dapat, balai ini dibina sekitar tahun 1990-an
dan diseliakan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Klang. Solat Jumaat di sini telah diadakan
kali pertamanya pada tahun 2015 apabila telah bertambahnya ahli kariah setempat di Pulau
Ketam. Balai Islam Pulau Ketam dibina menggunakan kayu dan oleh sebab itu Exco Hal
Ehwal Islam Kerajaan Negeri Selangor YB Dr. Hajah Halimah binti Ali, Kerajaan Negeri
melalui Unit Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor telah berusaha melaksanakan
kerja-kerja baik pulih secara berperingkat dari semasa ke semasa semenjak tahun 2018 di
Balai Islam Pulau Ketam.
Usaha ini dilihat dapat membantu kelestarian Balai Islam Pulau Ketam yang
dianggap lambang syiar Islam utama di pulau ini dalam usaha untuk menjaga hal ehwal
penduduk beragama Islam, memperkasakan misi dakwah dan menjadi tarikan pelancong
dari luar untuk berkunjung ke sini. Tambahan pula, kini Balai Islam Pulau Ketam bertambah
aktif dengan kewujudan mahad tahfiz hasil usaha seorang ustaz berbangsa Cina di situ.
Melalui usaha yang dilakukan, maka peranan Balai Islam Pulau Ketam akan terus
berlangsung dengan baik serta mampu memperkasakan syiar Islam di Pulau Ketam bagi
mendapat rahmat dan keredaan Allah.
33
Penutup
Para peserta meninggalkan jeti Pulau Ketam ke Pelabuhan Klang pada pukul 4.30 petang
dan ini merupakan feri terakhhir pada waktu itu. Semua peserta program rasa tidak puas
kerana masih terdapat lokasi yang belum sempat dikunjungi dan diterokai. Sungguhpun
begitu, kami bersyukur dan berterima kasih pada pihak penganjur kerana sudi memberikan
peluang kepada kami untuk bersama-sama terlibat dalam aktiviti travelog ini.
Seharian berada di Pulau Ketam memberi kami pendedahan dan pengalaman
melihat keadaan persekitaran dan cara kehidupan masyarakat sekeliling. Sudah pastinya
foto-foto yang diambil akan menjadi kenang-kenangan dan membantu kami dalam
mendapatkan idea bagi menghasilkan penulisan travelog Pulau Ketam yang terbaik. Ayuh
menulis!
Penulis
Aizat Khairi merupakan pensyarah di Universiti Kuala Lumpur, Kampus Marin di Lumut
Perak. Beliau aktif dalam melakukan kajian ilmiah dan membentangkan kertas kerja dalam
dan luar negara. Travelog Pulau Ketam merupakan aktiviti pertama beliau dalam genre
penulisan ini. Beliau boleh dihubungi melalui aizat@unikl.edu.my / aizatkhairi@yahoo.com.
34
SUSAHNYA MENCARI MAKANAN HALAL DI PULAU KETAM
MUHAMMAD YAHAYA
Jika anda berkunjung keluar negara sebagai pelancong atau menghadiri persidangan,
biasanya makanan menjadi faktor penting dalam perjalanan anda. Adakah mudah mendapat
makanan halal di tempat yang dikunjungi? Adakah terdapat restoran halal? Kalau saya
berkunjung ke negara China, biasanya restoran Pakistan atau Arab menjadi kegemaran
saya. Walau bagaimanapun, kali ini pelik sedikit. Yang saya hendak paparkan tentang
susahnya mendapat makanan halal di tanah air sendiri, di Pulau Ketam.
Pulau Ketam ialah pulau peranginan yang terletak kira kira 30 km dari pantai
semenanjung yang telah diduduki oleh masyarakat Cina semenjak tahun 1880 lagi.
Bilangan penduduk mencecah 6000 orang, hampir semuanya masyarakat Cina. Kita dapat
ke Pulau Ketam dengan menaikki feri dari pelabuhan Klang yang mengambil masa hampir
40 minit. Kalau dengan bot laju, sudah tentu boleh sampai dalam 30 minit sahaja. Pulau ini
dikelilingi oleh hutan dan tanah lembah bakau yang merupakan santuri hidupan laut, ketam
dan udang.
Semua rumah dibina secara terapong dengan ketinggian 1 hingga 10 meter.
Biasanya disebut rumah air. Penghuninya ialah masyarakat nelayan. Angkutan utama di sini
ialah basikal dan motor, manakala kereta tidak dibenarkan.
Penulis berlatarbelakangkan rumah air, dengan ketinggian 1 - 10 meter.
Kami mengikuti program lawatan ke Pulau Ketam yang dianjurkan oleh Penerbit
Syahida Hassan Enterprise (SHE) pada 27 Februari 2022. Saya dan cucu saya Syamil dan
dan sahabatnya Ikmal bertolak dari rumah pada pukul 7.00 pagi. Hujan sudah mula turun
dan gelap, maka saya mohon Ikmal membawa kereta. Kami bercadang untuk parkir
35
kereta di kompleks beli-belah NU. Kami tersesat masuk lorong yang salah, dan setelah
membuat dua pusingan baru sampai ke parkir NU .
Muhammad Yahaya, Syamil, dan Ikmal.
Kira-kira pukul 8.00 pagi, kami sudah berada di depan kaunter membeli tiket kereta
api KTM. Malangnya, kumpulan pengurus dan peserta belum ramai yang hadir. Terpinga-
pinga kami bergerak ke hulu ke hilir dan akhirnya mendapat pesanan dalam kumpulan
yang lawatan pagi ini akan lambat sedikit kerana hujan. Oleh sebab perut sudah
berkeroncong, kami mencari kedai untuk sarapan. Yang paling dekat ialah McDonald. Kalau
jauh tempat makan, takut pula terlepas pandang daripada kumpulan. Pukul 9.30 pagi,
baru kami membeli tiket di KTM dan bergerak ke Pelabuhan Klang. Perjalan ke Pelabuhan
kelang mengambil masa kira-kira satu jam 20 minit . Peserta yang mengikuti program SHE
kali ini juga dibimbing oleh dua penceramah yang mahir dalam travelog dan fotografi, Encik
Zaidi Ismail dan Encik Ahmad Safir pakar fotografi. Buku panduan dan nota ringkas telah
disampaikan semasa kami mendaftar di KL Sentral semasa menunggu peserta lain datang.
Kami sampai di Jeti feri ke Pulau Ketam kira-kira pukul 12.00 tengah hari. Pengurus
memberikan taklimat ringkas dan semua peserta memperkenalkan diri masing masing.
Pukul 12.30 tengah hari, kami bertolak dengan feri dan sampai di Jeti Pulau Ketam pada
pukul 1.20 tengah hari. Sampai sahaja di Pulau Ketam, masing-masing terpesona dengan
pemandangan dan keunikanya, tidak pula ada bau hanyir daripada ikan atau ketam, atau
ketam yang mati. Di jeti, suatu taklimat ringkas fotografi diberikan oleh Encik Ahmad safir.
36
Rombongan ke Pulau Ketam Kelolaan SHE.
Kami berjalan secara berkumpulan sambil mengambil gambar pada tempat-tempat
yang menarik seperti surau, balai polis, bomba dan Sekolah Tahfiz Mandarin. Hairan juga,
mengapa balai polis dan bomba menarik sedangkan di Selangor tiada siapa yang peduli,
terlalu banyak. Itulah uniknya Pulau Ketam.
Kembali kita pada persoalan makanan halal. Kami tidak berani makan di gerai
makanan yang begitu banyak sepanjang jalan. Pengurus lawatan telah menempah
makanan di Rumah Makan Kedai Cikgu, milik cikgu seni yang telah bersara dan membuat
tempat makan kecil di rumahnya. Makanan perlu ditempah awal kerana tidak ramai
pelanggan Muslim yang datang ke Pulau Ketam. Untuk masakan siput dan ketam,
tempahan perlu dibuat dua hari sebelum datang.
Berselera sungguh makan tengah hari.
37
Hidangan siakap tiga rasa serta masak lemak udang dan kacang panjang.
Semua peserta bergerak ke kedai makan pada pukul 1.30 tengah hari. Agak
malang, makan tengah hari belum siap dan masing-masing dipohon supaya menunaikan
solat zuhur terlebih dahulu, kemudian kembali ke kedai makan pada pukul 3.00 petang.
Makanan yang dihidangkan cukup menarik, iaitu masakan ikan siakap tiga rasa, masak
lemak udang dan kacang panjang, telur dadar dan nasi putih. Masak lemak sedap sekali
tetapi saya hairan juga kulit udang, iaitu sejenis polimer semula jadi yang dinamakan kitin,
agak tebal. Ada yang mengatakan untuk menguruskan badan kita makan isi udang dan
kunyah kulitnya sekali.
Saya begitu lapar dan berselera sekali dan terus menjamah licin. Saya terbayang
untuk menarik pelancong, satu restoran makanan laut yang menyajikan makanan seperti
sotong goreng, ketam dan udang goreng serta keropok lekor yang dihasilkan di sini, tentu
menarik . Heran, orang mengatakan Pulau Ketam ialah syurga makanan laut tetapi kami
tidak berani masuk ke syurga tersebut. Untuk masuk ke restoran makanan laut, perasaan
waswas sentiasa ada.
Pekerjaan utama penduduk Pulau Ketam ialah nelayan, namun ramai juga yang
berniaga di kedai runcit, restoran, hotel dan homestay. Oleh sebab kegiatan di sini
berkaitan dengan industri pelancongan dan nelayan, maka kalau ditanya pelajar-pelajar di
sekolah, apakah bidang pekerjaan yang akan diceburi apabila tamat sekolah? Jawapanya
berkisar pada kedua-dua bidang ini. Pulau Ketam tidak banyak berbeza dengan rumah air
di Sabah dan Brunei. Pulau ini merupakan suatu khazanah budaya yang perlu dipelihara.
Pulau Ketam memerlukan perancangan yang teratur, sistem pembuangan sampah dan
infrastruktur yang lain.
Setelah selesai makan hampir pukul 4.00 petang, kami tidak mempunyai banyak
masa dan terus bergegas ke jeti kerana feri akan bertolak pada pukul 4.30 petang. Dalam
perjalanan pulang, feri berhenti di beberapa jeti kecil dan akhirnya sampai pada pukul 5.20
38
petang dan kereta api ke KL Sentral, baru sahaja berlepas. Hujan turun lagi, akhirnya kami
bertiga mengambil Grab untuk kembali ke Kuala Lumpur.
Perjalanan ini sungguh menarik. Banyak pengajaran yang diperoleh, terutamanya
cara kehidupan masyarakat di Pulau Ketam, santai dan tenang. Pulau Ketam memerlukan
perancangan yang teratur agar menjadi pusat tarikan pelancong dan syurga makanan laut.
Penulis
Muhammad Yahaya - Prof. Emeritus dalam bidang Fizik di UKM. Berminat dalam ekspedisi
dan ekopelancongan.
39
PULAU KETAM, TUNGGU AKU LAGI!
MOHD YATIM DOLIR
Pukul 7.12 pagi, aku sudah tiba di stesen LRT Setiawangsa. Anggaran perjalanan untuk
sampai ke stesen KL Sentral hanya 17 minit. Aku menggunakan keistimewaan sebagai
seorang warga emas dengan membeli tiket secara tunai. Cuma RM1.30 daripada harga
penuh RM2.50. Pengguna kad TnG pula hanya dikenakan bayaran RM2.20. Hujan mulai
turun ketika ini.
Di Stesen KL Sentral.
Setibanya di Stesen KL Sentral, aku terus sahaja “menampakkan” diri di hadapan
pintu masuk KTM Komuter yang bertulis “Platfom 3 Laluan/Route ke Pelabuhan Klang”
dengan tujuan supaya dapat dikesan oleh rakan-rakan peserta yang lain. Aku berselfi di
hadapan pintu masuk ini dan share dalam grup WhatsApp. Tak lama selepas itu, ramailah
yang datang berkumpul sambil kenal-mengenal.
“First time jumpa pun boleh kenal ya?” Mesej dalam paparan taliponku, daripada
Puan Nurul Shahida.
Mudah sahaja balasku, “Aura Pulau Ketam hebat.”
Ada peserta lain yang menyampuk, “Kami cari yang berbaju kuning….”
“Baju kuning, tapi bukan Grup Bersih, ya. Hihihi.”
Pukul 9.05 pagi, semua peserta seramai 17 orang sudah berkumpul. Setiap peserta
menerima sebuah beg sandang yang mengandungi buku Nota, air mineral, jajan dan hand
sanitizer. Cik Norsyamimi, selaku penyelenggara buku travelog kali ini, membantu. Aku
membeli tiket Komuter KTM dengan harga RM3.20 sahaja (diskaun 50 peratus). Itu pun
setelah aku terpaksa menghulurkan kad pengenalanku kepada petugas kaunter. “Ada muka
baby face ke aku ni?” rungutku dalam hati.
40
Pukul 9.30 pagi, tren bergerak ke Pelabuhan Klang. Ketika itu, tidak ramai
penumpang. Kami duduk dalam satu gerabak yang sama untuk memudahkan Encik Zaidi
memberikan taklimat. Keseluruhan perjalanan mengambil masa satu jam 25 minit kerana
terpaksa singgah di 17 stesen lain sebelum tiba di stesen Pelabuhan Klang. Baki masa yang
ada di dalam tren, kami gunakan untuk saling berkenalan, berborak santai dan berselfi atau
mengambil gambar. Pukul 10.55 pagi, kami tiba di stesen Pelabuhan Klang. Selepas berselfi
dan bergambar sakan, kami terus bergerak menuju ke Terminal Penumpang Southport.
Dalam keadaan pandemik COVID-19 yang belum berapa reda, hanya terdapat dua
kaunter tiket yang memberikan perkhidmatan feri ke Pulau Ketam, iaitu Perkhidmatan Feri
Pulau Ketam Berhawa Dingin dengan harga tiket RM7 dan Alibaba Pulau Ketam Ferry
Operator yang menawarkan harga RM10. Kami memilih feri biasa bukan kerana lebih
murah, tetapi untuk berasa lebih lama berada di atas laut sambil menikmati pemandangan
yang pertama kali kami temui. Sesekali dilambung ombak di dalam “bot” yang boleh
memuatkan sehingga 70 penumpang tanpa penjarakan, terasa meloyakan. Namun,
pemandangan pokok-pokok bakau yang menghijau di sepanjang persisiran sungai, dan
sesekali bangau menyambar ikan, amat menyeronokkan.
Setelah kira-kira 40 minit perjalanan, pukul 1.15 tengah hari, feri kami tiba di Jeti
Pulau Ketam. Keterujaan pertama yang menggamit pandangan aku ialah deretan basikal
dan basikal elektrik di sekitar jeti tersebut. Juga rumah-rumah nelayan yang didirikan atas
tiang-tiang kayu yang tinggi sehingga mencecah 10 meter dari paras laut. Ketika air pasang,
rumah-rumah ini kelihatan seperti terapung di atas air. Kami lantas memilih satu ruang di jeti
tersebut untuk sesi taklimat berkaitan dengan fotografi yang disampaikan oleh Encik Ahmad
Safir. Peserta juga berpeluang memotret menggunakn kamera digital Canon yang diberi
pinjam oleh Encik Khairul dari Syarikat Canon.
Selesai taklimat, kami pun bergerak memulakan kembara di Pulau Ketam. Laluan
dan jalan-jalan utama di pulau ini kebanyakannya telah dikonkrit, namun agak sempit dan
perlu berhati-hati ketika berselisih. Keadaan rumah-rumah rapat antara satu sama lain, dan
hanya dipisahkan oleh laluan basikal atau pejalan kaki, yang masih menggunakan kepingan
papan sahaja. Satu-satunya kenderaan di Pulau Ketam ini ialah basikal dan basikal elektrik.
Basikal elektrik ini menyerupai sebuah motorsikal tetapi lebih ringan kerana menggunakan
kuasa bateri.
Beberapa orang apek dan nyonya menawarkan kami perkhidmatan sewa kenderaan,
namun semua menolak kerana mereka lebih suka dan selesa untuk berjalan kaki sahaja.
Lebih mudah untuk berhenti di mana-mana sahaja, mengambil gambar atau mencatat
tentang sesuatu yang kami temui. Itulah tujuan utama kembara kami. Setelah berjalan kira-
kira 200 meter, aku rasa sedikit kelelahan, mungkin kerana keadaanku yang tidak berapa
sihat sangat ditambah pula waktu yang sepatutnya aku mengisi perutku, sudah agak lewat.
41
Bimbang menjadi lebih mudarat, aku terima tawaran sewa yang amat munasabah untuk
sebuah basikal elektrik. Cara menggunakannya amat mudah. Tauke kedai basikal ini sendiri
menunjukkan caranya. Lazimnya kena bayar deposit dahulu, apabila nak serah nanti baru
bayar bakinya setelah dikira berapa lama tempoh penggunaannya. Dalam kes aku, tauke itu
begitu berhemah.
“Orang tua mana mau tipu. Awak pakailah sampai bila pun. Mau balik nanti, pulang
sini, senang cerita. Saya pun kenal sama awak,” kata tauke Cina itu. Aku terus bayar semua
RM20 untuk tempoh baki kembara kami sehingga 4.30 petang.
Berkesempatan menyewa basikal elektrik.
Di Pulau Ketam, institusi yang perlu semuanya ada. Ada hotel, home stay, pejabat
pos mini, balai polis, bank, bomba sukarela, klinik kesihatan, rukun tetangga, tadika
perpaduan, pusat khidmat masyarakat YB, Pejabat Alam Flora dan Syabas, restoran, kedai
runcit, pasar mini, balai raya, Balai Islam dan masjid, Maahad Tahfiz Mandarin, tokong
Budha, dan dua buah sekolah, iaitu SJK (C) Pulau Ketam dan SMK Pulau Ketam. Ada
sebuah warung sate dan nasi lemak di hadapan Balai Islam. Namun, ketika kami di sana
warung itu tidak membuka perniagaannya. Rupanya warung ini dibuka hujung minggu
sahaja. Terdapat juga beberapa tempat yang menjadi daya tarikan mereka yang berkunjung
ke sini seperti rainbow house, mural dinding, tempat proses ikan atau udang kering dan
sebagainya
Dengan menunggang basikal elektrik yang aku sewa, aku berpecah daripada ahli-
ahli kumpulan yang lain. Hasratku untuk melihat sendiri keadaan dua buah sekolah yang
ada di Pulau Ketam ini, tidak kesampaian kerana aku tiada panduan untuk ke sana. Sikap
egoku yang berlagak semua nak buat sendiri (tak nak menyusahkan orang, konon)
menyebabkan sampai kesudah aku tak jumpa sekolah itu. Pekerja-pekerja kontraktor yang
sedang membaiki salah satu laluan utama di situ, menamatkan kembara dan perjalananku.
42
Betullah kata orang, “Malu bertanya sesat jalan”. Bimbang, aku akan “kehilangan” rakan-
rakan ahli rombongan yang lain, aku berpatah balik. Betul! Di persimpangan kali terakhir
kami berpecah tadi, aku tidak menemui mereka.
“Ah, sudah! Mana aku nak cari mereka?” getus hatiku.
Akhirnya, aku memutuskan untuk pergi ke Balai Islam untuk menunaikan solat fardu
zuhur. Alhamdulillah, di situ, ramai sahabat ahli rombongan yang juga datang untuk bersolat.
Katanya sementara menunggu makan tengah hari siap. Selesai solat, kami bergerak ke
Kedai Makan Cikgu yang terletak di tingkat satu sebuah bangunan rumah kedai di Jalan
Satu. Hidangan nasi putih lauk siakap tiga rasa, udang masak lemak dengan kacang
panjang dan telur dadar, cukup menyelerakan. Apatah lagi ketika itu memang kami sedang
kelaparan.
Oleh sebab waktu sudah agak lewat, kami terus sahaja ke jeti untuk balik ke
Pelabuhan Klang. Setelah aku memulangkan basikal elektrik, baru aku teringat pesan
sahabatku untuk mendapatkan maklumat tentang Maahad Tahfiz Mandarin. Aku dengan
ditemani oleh Encik Ahmad Safir terus sahaja ke sana. Dapatkan sedikit info yang
diperlukan untuk aku sampaikan kepada sahabatku nanti. Dalam perjalanan ke jeti, sempat
juga Encik Ahmad Safir membuat beberapa bidikan menggunakan kamera Nikonku,
pemandangan di perairan sungai berhampiran Maahad Tahfiz itu. Kebetulan sebuah bot
sedang meluncur menghampiri jeti di situ. Cantik sekali.
Pemandangan di perairan Pulau Ketam.
43
Dengan amat tergesa sekali, kami melangkahkan kaki ke jeti, bimbang feri yang
akan membawa kami ke Jeti Pelabuhan Klang bergerak tepat pada waktunya dan tidak
menunggu sesiapa yang lewat. Gerak hati kami benar-benar berlaku. Sampai sahaja di jeti,
bot sudah pun bergerak. Kami melambai-lambaikan tangan dengan harapan feri itu akan
berpatah balik, namun terus meluncur meninggalkan jeti.
“Aduh, macam mana ni?” Aku hanya mengeluh dalam hati. Walaupun panik, namun
aku agak lega sebab tidak berseorangan. Aku cuba meninjau sebuah feri yang masih
berlabuh di situ, manalah tahu boleh menumpang. Atau, aku tunggu sahaja trip feri yang
berikutnya.
Alhamdulillah, aku rasa cukup lega, apabila kami dimaklumkan, feri yang sama akan
berpatah balik ke jeti itu. Kami hanya perlu menunggu. Feri kali ini agak penuh. Apatah lagi
apabila singgah pula di Jeti Sungai Lima untuk mengambil bukan sahaja penumpang, malah
bagasi, maka feri bertambah padat. “Sabor je lah.”
Di Jeti Terminal Penumpang Southport, kami berpisah sebab ada yang meneruskan
perjalanan balik menggunakan kereta. Hanya beberapa orang yang terus menunggu
dengan sabar Komuter KTM pukul 6.20 petang. Aku sendiri? Selepas bertukar KTM dan
menaiki LRT, aku tiba di stesen Setiawangsa pukul 8.15 malam. Alhamdulillah, semuanya
selamat tiba di kediaman masing-masing, walaupun ada yang melewati pukul 9.30 malam.
Sejujurnya, kembara singkat itu tidak banyak memberikan aku gambaran yang
lengkap tentang Pulau Ketam, apatah lagi kerana aku terpisah dengan ahli-ahli kumpulan
yang lain. Banyak tempat menarik yang mereka temui, tidak sempat aku jumpa kerana aku
lebih fokus untuk mencari sekolah dan flora serta fauna di Pulau Ketam, yang tak banyak
mana pun dapat aku rakam. Ini menguatkan azam aku untuk datang lagi ke pulau ini satu
masa nanti dengan tempoh yang lebih panjang; dan pastinya, mengembara atas kaki sendiri
sahaja – tak mau naik basikal elektrik.
Penulis
44

More Related Content

What's hot

titas Titas 1 [autosaved]
titas Titas 1 [autosaved]titas Titas 1 [autosaved]
titas Titas 1 [autosaved]Khazlena
 
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)nur_waniatul
 
Ciri ciri pelajar cemerlang
Ciri ciri pelajar cemerlangCiri ciri pelajar cemerlang
Ciri ciri pelajar cemerlangRashidah Khapid
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia - Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan EtnikCTU555 Sejarah Malaysia - Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia - Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
T2BAB 9 9.2 KEUNIKAN ADAT DAN PEMERINTAHAN NEGERI SEMBILAN
T2BAB 9 9.2 KEUNIKAN ADAT DAN PEMERINTAHAN NEGERI SEMBILANT2BAB 9 9.2 KEUNIKAN ADAT DAN PEMERINTAHAN NEGERI SEMBILAN
T2BAB 9 9.2 KEUNIKAN ADAT DAN PEMERINTAHAN NEGERI SEMBILANTeh Boon Siang
 
Faktor faktor perkembangan kesultanan melayu melaka
Faktor faktor perkembangan kesultanan melayu melakaFaktor faktor perkembangan kesultanan melayu melaka
Faktor faktor perkembangan kesultanan melayu melaka湘霖 徐
 
Student Project: Cuti-cuti Malaysia
Student Project: Cuti-cuti MalaysiaStudent Project: Cuti-cuti Malaysia
Student Project: Cuti-cuti Malaysiaicti
 
Optik Fiber Slide - Telekom Malaysia
Optik Fiber Slide - Telekom MalaysiaOptik Fiber Slide - Telekom Malaysia
Optik Fiber Slide - Telekom MalaysiaHazwanSulaiman1
 
Bab 8 hubungan etnik islam & hubungan etnik
Bab 8 hubungan etnik   islam & hubungan etnikBab 8 hubungan etnik   islam & hubungan etnik
Bab 8 hubungan etnik islam & hubungan etnikFAROUQ
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Islam Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia - Islam Hubungan EtnikCTU555 Sejarah Malaysia - Islam Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia - Islam Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
MPU21032 PERANAN SELAT MELAKA SEBAGAI GELANGGANG KEPELBAGAIAN
MPU21032 PERANAN SELAT MELAKA SEBAGAI GELANGGANG KEPELBAGAIANMPU21032 PERANAN SELAT MELAKA SEBAGAI GELANGGANG KEPELBAGAIAN
MPU21032 PERANAN SELAT MELAKA SEBAGAI GELANGGANG KEPELBAGAIANahmadghazali20
 
KERAJAAN AWAL ASIA TENGGARA
KERAJAAN AWAL ASIA TENGGARAKERAJAAN AWAL ASIA TENGGARA
KERAJAAN AWAL ASIA TENGGARAIzatul Hanim
 
Bab 3 Tamadun Melayu
Bab 3  Tamadun MelayuBab 3  Tamadun Melayu
Bab 3 Tamadun Melayuninawariz
 
Bab 6 Isu isu semasa dan masa depan
Bab 6 Isu isu semasa dan masa depanBab 6 Isu isu semasa dan masa depan
Bab 6 Isu isu semasa dan masa depanRaja Rosenani
 
Zaman Penjajahan Tanah Melayu
Zaman Penjajahan Tanah MelayuZaman Penjajahan Tanah Melayu
Zaman Penjajahan Tanah MelayuNormurni Mohamad
 

What's hot (19)

titas Titas 1 [autosaved]
titas Titas 1 [autosaved]titas Titas 1 [autosaved]
titas Titas 1 [autosaved]
 
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)
KSSM Sejarah Tingkatan 2 (KEDAH TUA)
 
Ciri ciri pelajar cemerlang
Ciri ciri pelajar cemerlangCiri ciri pelajar cemerlang
Ciri ciri pelajar cemerlang
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia - Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan EtnikCTU555 Sejarah Malaysia - Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia - Perlembagaan Persekutuan dan Hubungan Etnik
 
melayu-islam-beraja
melayu-islam-berajamelayu-islam-beraja
melayu-islam-beraja
 
T2BAB 9 9.2 KEUNIKAN ADAT DAN PEMERINTAHAN NEGERI SEMBILAN
T2BAB 9 9.2 KEUNIKAN ADAT DAN PEMERINTAHAN NEGERI SEMBILANT2BAB 9 9.2 KEUNIKAN ADAT DAN PEMERINTAHAN NEGERI SEMBILAN
T2BAB 9 9.2 KEUNIKAN ADAT DAN PEMERINTAHAN NEGERI SEMBILAN
 
Faktor faktor perkembangan kesultanan melayu melaka
Faktor faktor perkembangan kesultanan melayu melakaFaktor faktor perkembangan kesultanan melayu melaka
Faktor faktor perkembangan kesultanan melayu melaka
 
Student Project: Cuti-cuti Malaysia
Student Project: Cuti-cuti MalaysiaStudent Project: Cuti-cuti Malaysia
Student Project: Cuti-cuti Malaysia
 
Optik Fiber Slide - Telekom Malaysia
Optik Fiber Slide - Telekom MalaysiaOptik Fiber Slide - Telekom Malaysia
Optik Fiber Slide - Telekom Malaysia
 
Bab 6 (2)
Bab 6 (2)Bab 6 (2)
Bab 6 (2)
 
Jan-2013-Sales Kit Royal Garden Residence
Jan-2013-Sales Kit Royal Garden Residence Jan-2013-Sales Kit Royal Garden Residence
Jan-2013-Sales Kit Royal Garden Residence
 
Bab 8 hubungan etnik islam & hubungan etnik
Bab 8 hubungan etnik   islam & hubungan etnikBab 8 hubungan etnik   islam & hubungan etnik
Bab 8 hubungan etnik islam & hubungan etnik
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Islam Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia - Islam Hubungan EtnikCTU555 Sejarah Malaysia - Islam Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia - Islam Hubungan Etnik
 
MPU21032 PERANAN SELAT MELAKA SEBAGAI GELANGGANG KEPELBAGAIAN
MPU21032 PERANAN SELAT MELAKA SEBAGAI GELANGGANG KEPELBAGAIANMPU21032 PERANAN SELAT MELAKA SEBAGAI GELANGGANG KEPELBAGAIAN
MPU21032 PERANAN SELAT MELAKA SEBAGAI GELANGGANG KEPELBAGAIAN
 
Patriotisme
PatriotismePatriotisme
Patriotisme
 
KERAJAAN AWAL ASIA TENGGARA
KERAJAAN AWAL ASIA TENGGARAKERAJAAN AWAL ASIA TENGGARA
KERAJAAN AWAL ASIA TENGGARA
 
Bab 3 Tamadun Melayu
Bab 3  Tamadun MelayuBab 3  Tamadun Melayu
Bab 3 Tamadun Melayu
 
Bab 6 Isu isu semasa dan masa depan
Bab 6 Isu isu semasa dan masa depanBab 6 Isu isu semasa dan masa depan
Bab 6 Isu isu semasa dan masa depan
 
Zaman Penjajahan Tanah Melayu
Zaman Penjajahan Tanah MelayuZaman Penjajahan Tanah Melayu
Zaman Penjajahan Tanah Melayu
 

Similar to kandungan.pdf

Wisata RAJA AMPAT_Memang Sungguh INDAH & MENAWAN
Wisata RAJA AMPAT_Memang Sungguh INDAH & MENAWANWisata RAJA AMPAT_Memang Sungguh INDAH & MENAWAN
Wisata RAJA AMPAT_Memang Sungguh INDAH & MENAWANKanaidi ken
 
Pariwisata Pulau Sumatera
Pariwisata Pulau SumateraPariwisata Pulau Sumatera
Pariwisata Pulau Sumateraagrifinaamanda
 
Laporan bertulispelayarankld tunas samudera voyage 289 13
Laporan bertulispelayarankld tunas samudera voyage 289 13Laporan bertulispelayarankld tunas samudera voyage 289 13
Laporan bertulispelayarankld tunas samudera voyage 289 13Anis Izyan
 
Laporan lawatan kembara ilmu 3 ke jogjakarta
Laporan lawatan kembara ilmu 3 ke jogjakartaLaporan lawatan kembara ilmu 3 ke jogjakarta
Laporan lawatan kembara ilmu 3 ke jogjakartaKarsodikromo Yatiman
 
Paket tour KarimunJawa
Paket tour KarimunJawaPaket tour KarimunJawa
Paket tour KarimunJawatsubasa_ozora
 
Pantai Tersembunyi Di Pulau Sempu !
Pantai Tersembunyi Di Pulau Sempu !Pantai Tersembunyi Di Pulau Sempu !
Pantai Tersembunyi Di Pulau Sempu !Lita Zerving
 
Laporan lawatan Sambil Belajar
Laporan lawatan Sambil BelajarLaporan lawatan Sambil Belajar
Laporan lawatan Sambil BelajarMat Yus
 
Identifikasi daya tarik wisata Sulawesi barat
Identifikasi daya tarik wisata Sulawesi baratIdentifikasi daya tarik wisata Sulawesi barat
Identifikasi daya tarik wisata Sulawesi baratRifka arifah
 
tourist attraction in Nusa Tenggara Timur
tourist attraction in Nusa Tenggara Timurtourist attraction in Nusa Tenggara Timur
tourist attraction in Nusa Tenggara TimurResti Yana
 
Patuanan Kataloka tourism overview
Patuanan Kataloka   tourism overviewPatuanan Kataloka   tourism overview
Patuanan Kataloka tourism overviewBrahmantya Sakti
 

Similar to kandungan.pdf (20)

Koleksi Contoh Karangan 2
Koleksi Contoh Karangan 2Koleksi Contoh Karangan 2
Koleksi Contoh Karangan 2
 
Paket wisata flores murah
Paket wisata flores murahPaket wisata flores murah
Paket wisata flores murah
 
Wisata RAJA AMPAT_Memang Sungguh INDAH & MENAWAN
Wisata RAJA AMPAT_Memang Sungguh INDAH & MENAWANWisata RAJA AMPAT_Memang Sungguh INDAH & MENAWAN
Wisata RAJA AMPAT_Memang Sungguh INDAH & MENAWAN
 
Pariwisata Pulau Sumatera
Pariwisata Pulau SumateraPariwisata Pulau Sumatera
Pariwisata Pulau Sumatera
 
Laporan bertulispelayarankld tunas samudera voyage 289 13
Laporan bertulispelayarankld tunas samudera voyage 289 13Laporan bertulispelayarankld tunas samudera voyage 289 13
Laporan bertulispelayarankld tunas samudera voyage 289 13
 
Laporan lawatan kembara ilmu 3 ke jogjakarta
Laporan lawatan kembara ilmu 3 ke jogjakartaLaporan lawatan kembara ilmu 3 ke jogjakarta
Laporan lawatan kembara ilmu 3 ke jogjakarta
 
Paket tour KarimunJawa
Paket tour KarimunJawaPaket tour KarimunJawa
Paket tour KarimunJawa
 
Pantai Tersembunyi Di Pulau Sempu !
Pantai Tersembunyi Di Pulau Sempu !Pantai Tersembunyi Di Pulau Sempu !
Pantai Tersembunyi Di Pulau Sempu !
 
Public speaking
Public speakingPublic speaking
Public speaking
 
Laporan lawatan Sambil Belajar
Laporan lawatan Sambil BelajarLaporan lawatan Sambil Belajar
Laporan lawatan Sambil Belajar
 
Pengalaman kembara ke iceland
Pengalaman kembara ke icelandPengalaman kembara ke iceland
Pengalaman kembara ke iceland
 
Identifikasi daya tarik wisata Sulawesi barat
Identifikasi daya tarik wisata Sulawesi baratIdentifikasi daya tarik wisata Sulawesi barat
Identifikasi daya tarik wisata Sulawesi barat
 
Wisata Pulau Pramuka Pulau Seribu
Wisata Pulau Pramuka Pulau SeribuWisata Pulau Pramuka Pulau Seribu
Wisata Pulau Pramuka Pulau Seribu
 
tourist attraction in Nusa Tenggara Timur
tourist attraction in Nusa Tenggara Timurtourist attraction in Nusa Tenggara Timur
tourist attraction in Nusa Tenggara Timur
 
Wisata Pramuka
Wisata PramukaWisata Pramuka
Wisata Pramuka
 
Wisata Pramuka
Wisata PramukaWisata Pramuka
Wisata Pramuka
 
Pelabuhan ketapang Banyuwangi
Pelabuhan ketapang BanyuwangiPelabuhan ketapang Banyuwangi
Pelabuhan ketapang Banyuwangi
 
Patuanan Kataloka tourism overview
Patuanan Kataloka   tourism overviewPatuanan Kataloka   tourism overview
Patuanan Kataloka tourism overview
 
Petikan catatan
Petikan catatanPetikan catatan
Petikan catatan
 
Petikan catatan
Petikan catatanPetikan catatan
Petikan catatan
 

Recently uploaded

Babahhsjdkdjdudhhndjdjdfjdjjdjdjfjdjjdjdjdjjf
BabahhsjdkdjdudhhndjdjdfjdjjdjdjfjdjjdjdjdjjfBabahhsjdkdjdudhhndjdjdfjdjjdjdjfjdjjdjdjdjjf
BabahhsjdkdjdudhhndjdjdfjdjjdjdjfjdjjdjdjdjjfDannahadiantyaflah
 
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA & BANYAK BONUS KEMENANGAN DI BAY...
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA & BANYAK BONUS KEMENANGAN DI BAY...IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA & BANYAK BONUS KEMENANGAN DI BAY...
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA & BANYAK BONUS KEMENANGAN DI BAY...Neta
 
Bento88slot Situs Judi Slot Terbaik & Daftar Slot Gacor Mudah Maxwin
Bento88slot Situs Judi Slot Terbaik & Daftar Slot Gacor Mudah MaxwinBento88slot Situs Judi Slot Terbaik & Daftar Slot Gacor Mudah Maxwin
Bento88slot Situs Judi Slot Terbaik & Daftar Slot Gacor Mudah MaxwinBento88slot
 
STD BAB 6 STATISTIKA kelas x kurikulum merdeka
STD BAB 6 STATISTIKA kelas x kurikulum merdekaSTD BAB 6 STATISTIKA kelas x kurikulum merdeka
STD BAB 6 STATISTIKA kelas x kurikulum merdekachairilhidayat
 
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA, KEMENANGAN DI BAYAR LUNAS Arnet...
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA, KEMENANGAN DI BAYAR LUNAS Arnet...IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA, KEMENANGAN DI BAYAR LUNAS Arnet...
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA, KEMENANGAN DI BAYAR LUNAS Arnet...Neta
 
MAKALAH agama.11docx.docx. ppt agama katolik
MAKALAH agama.11docx.docx. ppt agama katolikMAKALAH agama.11docx.docx. ppt agama katolik
MAKALAH agama.11docx.docx. ppt agama katolikssuser328cb5
 
MONITORING DAN EVALUASI PROGRAM PPI CILOTO oke.pp...............................
MONITORING DAN EVALUASI PROGRAM PPI CILOTO oke.pp...............................MONITORING DAN EVALUASI PROGRAM PPI CILOTO oke.pp...............................
MONITORING DAN EVALUASI PROGRAM PPI CILOTO oke.pp...............................teeka180806
 
Wen4D Situs Judi Slot Gacor Server Thailand Hari Ini Gampang Jackpot
Wen4D Situs Judi Slot Gacor Server Thailand Hari Ini Gampang JackpotWen4D Situs Judi Slot Gacor Server Thailand Hari Ini Gampang Jackpot
Wen4D Situs Judi Slot Gacor Server Thailand Hari Ini Gampang JackpotWen4D
 
IDMPO : GAME SLOT SPACEMAN PRAGMATIC PLAY MUDAH JACKPOT
IDMPO : GAME SLOT SPACEMAN PRAGMATIC PLAY MUDAH JACKPOTIDMPO : GAME SLOT SPACEMAN PRAGMATIC PLAY MUDAH JACKPOT
IDMPO : GAME SLOT SPACEMAN PRAGMATIC PLAY MUDAH JACKPOTNeta
 
Ryu4D : Daftar Situs Judi Slot Gacor Terbaik & Slot Gampang Menang
Ryu4D : Daftar Situs Judi Slot Gacor Terbaik & Slot Gampang MenangRyu4D : Daftar Situs Judi Slot Gacor Terbaik & Slot Gampang Menang
Ryu4D : Daftar Situs Judi Slot Gacor Terbaik & Slot Gampang MenangRyu4D
 
IDMPO Link Slot Online Terbaru Kamboja 2024
IDMPO Link Slot Online Terbaru Kamboja 2024IDMPO Link Slot Online Terbaru Kamboja 2024
IDMPO Link Slot Online Terbaru Kamboja 2024idmpo grup
 
Lim4D Link Daftar Situs Slot Gacor Hari Ini Terpercaya Gampang Maxwin
Lim4D Link Daftar Situs Slot Gacor Hari Ini Terpercaya Gampang MaxwinLim4D Link Daftar Situs Slot Gacor Hari Ini Terpercaya Gampang Maxwin
Lim4D Link Daftar Situs Slot Gacor Hari Ini Terpercaya Gampang MaxwinLim4D
 
PEDOMAN PENYELENGGARAAN BEASISWA LPPD JATIM - 2024.pdf
PEDOMAN PENYELENGGARAAN BEASISWA LPPD JATIM - 2024.pdfPEDOMAN PENYELENGGARAAN BEASISWA LPPD JATIM - 2024.pdf
PEDOMAN PENYELENGGARAAN BEASISWA LPPD JATIM - 2024.pdfachsofyan1
 
Wa + 62 82211599998, TERLARIS, souvenir dompet unik bandung
Wa + 62 82211599998, TERLARIS, souvenir dompet unik bandungWa + 62 82211599998, TERLARIS, souvenir dompet unik bandung
Wa + 62 82211599998, TERLARIS, souvenir dompet unik bandungnicksbag
 

Recently uploaded (14)

Babahhsjdkdjdudhhndjdjdfjdjjdjdjfjdjjdjdjdjjf
BabahhsjdkdjdudhhndjdjdfjdjjdjdjfjdjjdjdjdjjfBabahhsjdkdjdudhhndjdjdfjdjjdjdjfjdjjdjdjdjjf
Babahhsjdkdjdudhhndjdjdfjdjjdjdjfjdjjdjdjdjjf
 
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA & BANYAK BONUS KEMENANGAN DI BAY...
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA & BANYAK BONUS KEMENANGAN DI BAY...IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA & BANYAK BONUS KEMENANGAN DI BAY...
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA & BANYAK BONUS KEMENANGAN DI BAY...
 
Bento88slot Situs Judi Slot Terbaik & Daftar Slot Gacor Mudah Maxwin
Bento88slot Situs Judi Slot Terbaik & Daftar Slot Gacor Mudah MaxwinBento88slot Situs Judi Slot Terbaik & Daftar Slot Gacor Mudah Maxwin
Bento88slot Situs Judi Slot Terbaik & Daftar Slot Gacor Mudah Maxwin
 
STD BAB 6 STATISTIKA kelas x kurikulum merdeka
STD BAB 6 STATISTIKA kelas x kurikulum merdekaSTD BAB 6 STATISTIKA kelas x kurikulum merdeka
STD BAB 6 STATISTIKA kelas x kurikulum merdeka
 
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA, KEMENANGAN DI BAYAR LUNAS Arnet...
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA, KEMENANGAN DI BAYAR LUNAS Arnet...IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA, KEMENANGAN DI BAYAR LUNAS Arnet...
IDMPO : SITUS TARUHAN BOLA ONLINE TERPERCAYA, KEMENANGAN DI BAYAR LUNAS Arnet...
 
MAKALAH agama.11docx.docx. ppt agama katolik
MAKALAH agama.11docx.docx. ppt agama katolikMAKALAH agama.11docx.docx. ppt agama katolik
MAKALAH agama.11docx.docx. ppt agama katolik
 
MONITORING DAN EVALUASI PROGRAM PPI CILOTO oke.pp...............................
MONITORING DAN EVALUASI PROGRAM PPI CILOTO oke.pp...............................MONITORING DAN EVALUASI PROGRAM PPI CILOTO oke.pp...............................
MONITORING DAN EVALUASI PROGRAM PPI CILOTO oke.pp...............................
 
Wen4D Situs Judi Slot Gacor Server Thailand Hari Ini Gampang Jackpot
Wen4D Situs Judi Slot Gacor Server Thailand Hari Ini Gampang JackpotWen4D Situs Judi Slot Gacor Server Thailand Hari Ini Gampang Jackpot
Wen4D Situs Judi Slot Gacor Server Thailand Hari Ini Gampang Jackpot
 
IDMPO : GAME SLOT SPACEMAN PRAGMATIC PLAY MUDAH JACKPOT
IDMPO : GAME SLOT SPACEMAN PRAGMATIC PLAY MUDAH JACKPOTIDMPO : GAME SLOT SPACEMAN PRAGMATIC PLAY MUDAH JACKPOT
IDMPO : GAME SLOT SPACEMAN PRAGMATIC PLAY MUDAH JACKPOT
 
Ryu4D : Daftar Situs Judi Slot Gacor Terbaik & Slot Gampang Menang
Ryu4D : Daftar Situs Judi Slot Gacor Terbaik & Slot Gampang MenangRyu4D : Daftar Situs Judi Slot Gacor Terbaik & Slot Gampang Menang
Ryu4D : Daftar Situs Judi Slot Gacor Terbaik & Slot Gampang Menang
 
IDMPO Link Slot Online Terbaru Kamboja 2024
IDMPO Link Slot Online Terbaru Kamboja 2024IDMPO Link Slot Online Terbaru Kamboja 2024
IDMPO Link Slot Online Terbaru Kamboja 2024
 
Lim4D Link Daftar Situs Slot Gacor Hari Ini Terpercaya Gampang Maxwin
Lim4D Link Daftar Situs Slot Gacor Hari Ini Terpercaya Gampang MaxwinLim4D Link Daftar Situs Slot Gacor Hari Ini Terpercaya Gampang Maxwin
Lim4D Link Daftar Situs Slot Gacor Hari Ini Terpercaya Gampang Maxwin
 
PEDOMAN PENYELENGGARAAN BEASISWA LPPD JATIM - 2024.pdf
PEDOMAN PENYELENGGARAAN BEASISWA LPPD JATIM - 2024.pdfPEDOMAN PENYELENGGARAAN BEASISWA LPPD JATIM - 2024.pdf
PEDOMAN PENYELENGGARAAN BEASISWA LPPD JATIM - 2024.pdf
 
Wa + 62 82211599998, TERLARIS, souvenir dompet unik bandung
Wa + 62 82211599998, TERLARIS, souvenir dompet unik bandungWa + 62 82211599998, TERLARIS, souvenir dompet unik bandung
Wa + 62 82211599998, TERLARIS, souvenir dompet unik bandung
 

kandungan.pdf

  • 1. 1 EKSPLORASI PULAU KETAM KANDUNGAN 1. DIARI PULAU KETAM - ZAIDI ISMAIL 2. KEMBARA KE PULAU KETAM - MASRIYAH MISNI 3. PULAU KETAM, EKSPLORASI PERMULAAN - KHAIRI ABD GHANI 4. MENJEJAK KEINDAHAN PULAU KETAM - AMMET JEBAT 5. SYIAR ISLAM DI PULAU KETAM - AIZAT KHAIRI 6. SUSAHNYA MENCARI MAKANAN HALAL DI PULAU KETAM - MUHAMMAD YAHAYA 7. PULAU KETAM, TUNGGU AKU LAGI! - MOHD YATIM DOLIR 8.
  • 2. 2 DIARI PULAU KETAM ZAIDI ISMAIL Setelah agak lama terhenti, kembara diteruskan kembali. Sebelumnya, telah diadakan dua siri kembara dalam negeri ke destinasi-destinasi yang berhampiran, di Bandar Anggerik, Shah Alam dan Kota Metropolitan, Kuala Lumpur. Kedua-duanya ada destinasi menarik yang tersendiri yang ada daya tarikannya. Tanpa modal yang besar, kita sebetulnya, mampu untuk kembara dan merakamkannya dalam “Diari Kembara Peribadi” sebelum menelusuri ke daerah asing yang lebih jauh. Bermulalah dengan yang dekat-dekat dahulu sebelum ke yang lebih jauh .... Awalnya, destinasi yang dirancang ialah Ipoh dengan menaiki kereta api ataupun berkomuter ke destinasi-destinasi yang berdekatan secara berpindah-pindah dari KL Sentral ke Kajang? Setelah berbincang, muncul idea baharu, “Jom, kita ke Pulau Ketam!”, pada 27 Februari 2022. Kembara bermula dari destinasi masing-masing, berkumpul di KL Sentral, seterusnya ke Pelabuhan Klang dan terus Pulau Ketam. Destinasi tersebut terus disepakati dan penulis sekali lagi telah bekerjasama dengan Encik Ahmad Safir dari Jurugambar.com dan Shahida Hassan Enterprise (SHE) selaku penganjur utama. Pencarian peserta diteruskan dalam masa yang tidak terlalu lama. Selain itu, “pencarian” maklumat Pulau Ketam juga turut dilakukan. Kenapa Pulau Ketam? Apakah yang menarik di situ? Bagaimana untuk ke sana? Sebelumnya, penulis ada juga terdengar dan dimaklumkan dengan pulau itu. Katanya, ada sesuatu yang menarik. Hal inilah yang turut menarik minat penulis dan yang lain untuk ke pulau tersebut bagi menjelajah dan meninjau destinasi itu serta merakamkannya dalam diari kembara masing-masing. Pulau Ketam merupakan salah sebuah pulau yang ada di perairan Klang. Di pulau ini ada dua kampung Cina yang diasaskan pada tahun 1880-an. Hanya dua kawasan didiami oleh penduduk di pulau ini, iaitu di bahagian selatan yang dikenali Bagan Sungai Lima dan di bahagian timur laut, dikenali Bagan Teow Chew. Kampung ini dinamai sedemikian kerana terletak di serokan kelima dari kampung utama. Suasana Pulau Ketam dikelilingi lembah dan hutan bakau, manakala perairannya merupakan “tempat tinggal” bagi udang dan ketam. Pulau ini mempunyai penduduk sekitar 6,500 orang yang majoriti daripadanya bekerja sebagai nelayan dan peniaga. Kaum Toechew dan Hokkien merupakan penduduk asalnya. Dialek yang sering ditutur di Pulau Ketam ialah dialek Toechew, Hokkien dan Mandarin. Terdapat juga segolongan Orang Asli yang menetap di sekitar serokan kedua. Kawasan lain di sekitar pulau ini hanyalah paya bakau. Pulau ini terkenal dengan aktiviti memancing dan makanan laut yang segar. Penempatan rumah penduduk di Pulau Ketam dibina terapung di atas air pada ketinggian 1 hingga 10 meter dari aras laut. Rumah yang dibina tinggi kerana pulau ini
  • 3. 3 tenggelam ketika air pasang. Untuk menghubungkan kawasan penempatan tersebut, disediakan laluan pejalan kaki yang diperbuat daripada konkrit yang sempit. Selain itu, terdapat juga jambatan kayu yang didirikan sebagai laluan akses dari rumah ke rumah. Basikal dan motor elektrik merupakan pengangkutan utama di Pulau Ketam, manakala kereta tiada sama sekali. Selain itu, untuk perhubungan utama antara dua kampung di Pulau Ketam, penduduk kampung akan menggunakan perkhidmatan bot. Bagi yang ingin melawat pulau ini, pengangkutan utamanya ialah feri atau bot laju melalui Terminal Penumpang Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Klang, Selangor. Semasa kami ke sana, kami menaiki feri dengan tambang pergi balik RM16. Maka, pada hari yang ditetapkan, 27 Mac 2022, seawal pukul 7.00 pagi bermulalah kembara ke Pulau Ketam dari destinasi masing-masing. Seramai 19 warga kembara dari pelbagai destinasi, termasuklah penulis telah bersama-sama dalam kembara ke Pulau Ketam. Paling jauh, dari Ipoh, Perak dan Nilai, Negeri Sembilan memulakan kembara menuju ke destinasi berkumpul awal di KL Sentral pada pukul 8.00 pagi. Penulis memulakan kembara seawal 7.00 pagi menuju ke Stesen LRT Maluri untuk menaiki LRT ke Stesen Hang Tuah dan bergantian dengan Monorail ke KL Sentral. Dalam perjalanan itu, hujan rintik-rintik mula turun. Agak terlambat juga penulis tiba, sekitar pukul 8.30 pagi. Pada masa tersebut telah ada banyak yang sampai lebih awal, antaranya Aizat Khairi, Masriyah Misni, Cikgu Mohd Yatim, A Hamid dan Mimi Musa. Aizat, warga kembara paling jauh yang memulakan kembaranya dari Ipoh Perak. Memulakan kembara ke Pulau Ketam. Setelah semuanya sampai, maka bermulalah kembara dari KL Sentral ke Pelabuhan Klang. Sebahagian lagi peserta menunggu di Jeti Pelabuhan Klang kerana memang berasal dari destinasi yang berhampiran. Kami hanya sempat peroleh tiket komuter yang bertolak
  • 4. 4 pukul 9.30 pagi. Untuk ke Pelabuhan Klang, tiketnya RM7 sahaja. Selepas melewati 17 stesen dari KL Sentral, akhirnya kami selamat tiba di stesen ke-18, Pelabuhan Klang, pada pukul 10.55 pagi. Sebaik sahaja turun dari komuter, kami terus berfoto seketika untuk mengabadikan foto dilokasi kedua selepas KL Sentral. Kali ini, “penanda stesen” Pelabuhan Klang menjadi tumpuan kami untuk dirakamkan dalam rakaman diari kembara masing-masing. Setelah selesai, kami terus keluar dari pintu stesen untuk ke jeti. Dari situ, sudah kelihatan Jeti Pelabuhan Klang. Selamat tiba di Stesen Pelabuhan Klang. Kami terus ke jeti yang sekitar 200 meter jaraknya. Di situ, Encik Ahmad Safir dari Jurugambar.com dan Khairul Hazwan, rakan penaja Canon telah sedia menunggu. Kali ini, kami amat bertuah kerana Kembara Pulau Ketam turut mendapat “tajaan” tujuh kamera Canon R5, senilai RM19,000. Setelah semuanya berkumpul, urusan selanjutnya, “pencarian” tiket feri untuk ke Pulau Ketam. Kami hanya sempat peroleh tiket untuk pukul 12.00 tengah hari. Selesai sahaja urusan pembelian tiket seharga RM16 pergi balik, kami terus berkumpul semula untuk urusan taklimat ringkas kepada warga kembara. Seterusnya, pihak Canon mengagihkan tujuh kamera tajaan kepada yang berminat. Sementara menanti pukul 12.00 tengah hari, sekali lagi, masing-masing ikut merakamkan foto “kenangan” untuk dijadikan antara rakaman bahan dalam diari kembara.
  • 5. 5 Belian tiket feri untuk ke Pulau Ketam. Sekitar pukul 11.45, kami dipanggil untuk ke feri yang akan bertolak mengikut jadual yang ditetapkan. Tepat pukul 12.00 tengah hari, feri terus bertolak ke Pulau Ketam. Pada hari tersebut, penumpang feri hampir-hampir penuh. Hanya ada satu dua tempat kosong di belakang. Perjalanannya lancar dan tidaklah terlalu lama. Pukul 12.35 tengah hari, kami selamat tiba di Pulau Ketam. Suasa di jeti agak tenang dan kami terus mengambil tempat strategik di penjuru kanan jeti yang ada tempat duduk untuk memulakan sesi selanjutnya, iaitu penerangan tentang teknik fotografi dan penulisan esei travelog. Dua aspek ini amat penting diketahui sebelum bergerak ke sesuatu destinasi kembara, termasuklah di Pulau Ketam bagi merakamkan foto-foto menarik yang ada “nilai-nilai” yang tersendiri untuk diabadikan dalam rakaman penulisan peribadi. Penerangan tentang teknik fotografi telah disampaikan oleh Encik Safir, manakala penulis sendiri pula menyampaikan penerangan tentang teknik penulisan travelog. Dalam hal ini, selain gaya dan format penulisan esei travelog, antara yang diingatkan termasuklah perakaman hal-hal yang berkaitan dengan “mercu tanda” dan sesuatu yang menarik yang ada nilai dalam “penceritaan” yang dapat diolah oleh “pencerita”. Setelah selesainya penerangan ringkas untuk dua aspek tersebut, maka bermulalah jejak perakaman kembara di Pulau Ketam.
  • 6. 6 Penerangan tentang teknik fotografi oleh Encik Safir. Perakaman bermula di sekitar jeti. Di situ, terdapat banyak basikal dan motor elektrik yang tersedia untuk disewa. Di jeti itu juga hanya ada seorang penjual Muslim yang menjual burger. Di kawasan pulau ini pula, sememangnya tidak banyak penjual Muslim. Kami dimaklumkan hanya ada sebuah gerai Muslim di depan surau Pulau Ketam dan penulis sempat berkenalan dengan penjualnya yang kebetulan ada di jeti. Walau bagaimanapun, gerainya hanya dibuka sebelah petang selepas Asar. Basikal dan motor elektrik untuk disewa. Selesai perakaman di jeti, kami terus ke dataran depan jeti dan mengabadikan rakaman foto selanjutnya di “penanda” Pulau Ketam. “Tidak sah” sampainya ke Pulau Ketam jika tidak dirakamkan di situ.
  • 7. 7 Di “penanda” Pulau Ketam. Seterusnya, kami bergerak lagi dan mula memerhatikan suasana di persekitaran laluan itu. Banyak juga tempat penginapan atau hotel bajet yang terdapat di situ. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan pulau tersebut ada daya tarikan tersendiri yang menjadi tumpuan pengunjung luar untuk bermalam di situ. Di sekitar hotel, turut disediakan motor- motor elektrik sewaan untuk memudahkan pengunjung menyewa dan bergerak. Antara hotel yang terdapat di Pulau Ketam. Selain hotel, di situ juga terdapat pelbagai kemudahan asas, antaranya klinik, balai bomba, bank, balai polis, dan tempat ibadah. Walaupun majoriti penduduk di situ masyarakat Cina, kemudahan orang Muslim juga ada, iaitu Balai Islam Pulau Ketam dan Maahad Tahfiz Mandarin. Balai Islam Pulau Ketam turut menjadi pusat pengembangan agama Islam, terutamanya kepada masyarakat Orang Asli yang menetap di perkampungan nelayan itu. Balai ini mula dibina sejak tahun 1990-an, dan solat Jumaat buat pertama kalinya diadakan di situ pada tahun 2015 dengan kelolaan Pejabat Agama Daerah Klang.
  • 8. 8 Penulis di depan Balai Islam Pulau Ketam. Walaupun peratusan penduduk Islam di Pulau Ketam tidak banyak, Balai Islam akan dikunjungi dan diimarahkan oleh kakitangan kerajaan yang bertugas di situ serta pelancong luar. Ustaz dan penceramah dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ada yang datang ke situ untuk mengimamkan solat Jumaat selain mengadakan kelas agama. Difahamkan, sebelum ini, masyarakat Islam di Pulau Ketam terpaksa ke Pelabuhan Klang untuk menunaikan solat Jumaat. Maahad Tahfiz Mandarin pula terletak di Jalan Besar, Bagan Pulau Ketam. Lokasinya adalah sekitar 300 meter ke arah sebelah kiri dari Balai Islam. Di situ terdapat sekitar 80 orang pelajar lelaki dan perempuan. Daripada 80 pelajar itu, sekitar 20 orang daripadanya pelajar perempuan. Penulis sempat singgah seketika untuk bertanya khabar dan berkenalan dengan mereka yang kebetulan baru sahaja mula berehat dan ingin kembali ke asrama. Bersama pelajar Maahad Tahfiz Mandarin. Setelah itu, penulis bersama rakan-rakan kembara kembali ke depan Balai Polis Pulau Ketam untuk meninjau kawasan persekitannya. Balai polis tersebut terletak dilaluan utama dari jeti. Dari segi sejarahnya, berdasarkan carian maklumat dalam internet, balai
  • 9. 9 polis ini benar-benar telah lama didirikan, iaitu sejak tahun 1869 yang bersamaan dengan 100 tahun sebelum penulis dilahirkan. Di depan Balai Polis Pulau Ketam. Balai polis ini didirikan untuk mengekalkan keamanan, mencegah penyeludupan, dan kegiatan lanun. Pada tahun 1967, telah berlaku kebakaran besar menyebabkan banyak kediaman, termasuklah balai polis ini, telah musnah. Bangunan yang ada sekarang telah dibina semula dan dirasmikan oleh YDH Tan Sri Mohammed Salleh bin Ismael, Ketua Polis Negara kedua pada tahun 1970. Kini, Balai Polis Pulau Ketam mempunyai kekuatan 10 orang anggota, termasuklah Ketua Polis Balai. Seterusnya, misi kembara diteruskan ke Jalan Dua Pekan. Di situ, terdapat jambatan yang menghubungkan pekan Pulau Ketam dengan kawasan perumahan. Berfoto di situ amat menarik kerana dari arah kiri dan kanan jambatan kita dapat melihat pemandangan bot yang melalui terusan yang membelah dua kawasan utama. Jambatan itu boleh dilalui oleh basikal dan motor elektrik yang menjadi kenderaan utama dipulau itu. Di jambatan Jalan Dua Pekan.
  • 10. 10 Kembali ke Jeti .... Di Pulau Ketam sememangnya banyak yang menarik untuk dirakamkan. Oleh sebab faktor masa yang agak terbatas, hanya beberapa lokasi yang dapat diabadikan dalam rakaman kembara singkat itu. Kami hanya sempat meninjau ke beberapa lokasi dari arah kiri laluan utamanya. Setelah itu, kami semua kembali ke jeti pukul 4.00 petang untuk menaiki feri yang akan bertolak pukul 4.30 petang ke Pelabuhan Klang. Masih banyak yang berhasrat kembali lagi ke situ untuk menjejak lokasi yang belum sembat dijejaki bagi merakamkan foto-foto menarik dalam kembara peribadi. Penulis Zaidi Ismail dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan. Penulis 20 siri esei trevelog bahasa ke Thailand dan Kemboja yang disiarkan dalam majalah Dewan Bahasa. Aktif menulis sejak tahun 2003, dan hingga kini, lebih daripada 250 esei telah diterbitkan dalam majalah dan web, terutamanya dalam Dewan Bahasa, Pelita Bahasa dan Klik Web DBP. Juga turut menulis beberapa buah buku dan aktif memberikan ceramah di pelbagai kementerian dan jabatan serta berkumpulan. Boleh dihubungi melalui FB Zaidi Ismail.
  • 11. 11 KEMBARA KE PULAU KETAM MASRIYAH MISNI Seawal pukul 6.00 pagi, 27 Februari 2022, aku memulakan pemanduan bersendirian menuju stesen kereta api KL Sentral di Kuala Lumpur untuk memulakan misi pengembaraan ke Pulau Ketam. Mengikut jadual, para peserta dikehendaki berkumpul di KL Sentral pukul 7.30 pagi. Keadaan jalan raya hari itu sangat lengang. Aku tiba di KL Sentral sekitar pukul 7.00 pagi. Namun, entah dugaan apa yang menimpa? Aku mengelilingi bangunan parkir KL Sentral hampir tujuh pusingan kerana tidak menjumpai pintu masuk ke ruangan parkir. Akhirnya, aku menghentikan kereta dan bertanya kepada pengawal keselamatan. Berkat bantuannya, barulah aku menemui pintu masuk tersebut. Inilah padahnya akibat sikap sombong bodoh, tak mahu bertanya seseorang sejak awal tiba di lokasi, sehingga terlewat setengah jam dari waktu berkumpul yang dijadualkan. Aku merungut menyalahkan diriku sendiri. Setelah memarkir kereta, aku bergegas ke lift untuk ke tempat berkumpul, iaitu di bahagian yang menempatkan kaunter pembelian tiket komuter. Peserta kembara ini dikehendaki menaiki komuter ke Pelabuhan Klang dari KL Sentral. Kemudian dari jeti Pelabuhan Klang akan menaiki feri ke Pulau Ketam selama lebih kurang satu jam. Selepas semua peserta berkumpul, satu taklimat ringkas dan agihan kit perjalanan sumbangan SHE diadakan. Selepas itu, semua peserta turun ke platform untuk menaiki komuter menuju Pelabuhan Klang. Dalam perjalanan menaiki komuter, Encik Zaidi Ismail sudi berkongsi panduan tentang program kembara ini dan cara penulisannya kelak untuk dibukukan serta diterbitkan di bawah rumah penerbitan SHE. Setelah sampai di stesen komuter Pelabuhan Klang, kami terus menuju jeti ke Pulau Ketam yang terletak bersebelahan stesen komuter, untuk membeli tiket feri. Terdapat satu replika ketam yang besar di situ yang menjadi tumpuan
  • 12. 12 pengunjung untuk diabadikan dalam foto. Kemudian satu taklimat tentang penggunaan kamera digital DSLR telah disampaikan oleh Encik Ahmad Safir selaku pembimbing berkaitan fotografi dalam penulisan travelog. Tepat pukul 12.00 tengah hari, feri bernombor BPK927P bersedia membelah perairan Selat Melaka membawa para pelancong dan peserta kembara ke Pulau Ketam. Kelihatan pemandangan pohon-pohon kayu bakau paya air tawar yang berakar jangkang di kiri kanan sepanjang perjalanan. Fungsi akar jangkang pokok bakau adalah sebagai alat penampan hakisan ombak ke atas tanah daratan. Lebih kurang sejam perjalanan, feri pun tiba di jeti Pulau Ketam. Peserta kembara berkumpul di tempat duduk di sudut kanan jeti untuk mendengar penerangan teknik penulisan travelog dan fotografi daripada Encik Ahmad Safir. Selesai taklimat, para peserta memulakan pengembaraan di Pulau Ketam sambil merakam gambar tempat-tempat menarik menerusi lensa kamera telefon bimbit masing- masing dan kamera digital DSLR. Tanpa membuang masa, aku pun mengorak langkah memulakan misi pengembaraan di pulau ini. Ketika tiba di terminal jeti Pulau Ketam, aku melihat banyak deretan basikal yang menjadi pengangkutan utama masyarakat di sini. Sejumlah basikal dan motor elektrik itu milik penduduk tempatan yang keluar ke Pelabuhan Klang atas urusan tertentu. Ada juga perkhidmatan sewa basikal atau motor elektrik yang disediakan bagi kegunaan pelancong luar menjelajah pulau ini dengan kadar sewa yang berpatutan. Cikgu Yatim, salah seorang peserta kembara ini antara yang menyewa motor elektrik untuk kemudahan beliau bergerak meninjau setiap lokasi di pulau ini. Nampak begitu teruja sekali beliau menggunakannya buat pertama kali. Di terminal jeti Pulau Ketam. Tempat pertama yang kutuju ialah dataran selepas laluan pejalan kaki dari jeti yang menempatkan replika batu dan perkataan “KETAM” sebagai mercu tanda pulau ini. Aku dan peserta lain berkumpul dan mengabadikan foto kenangan di depan replika perkataan KETAM tersebut. Dari situ, aku berjalan melalui laluan konkrit dan sempit yang disediakan
  • 13. 13 bagi meneruskan kembara ilmu ini. Dari segi sejarahnya, pulau ini merupakan rumah kepada dua kampung Cina yang diasaskan kira-kira tahun 1880-an. Kampung utama di bahagian selatan pulau dikenali sebagai Pulau Ketam, manakala di bahagian timur laut, terdapat sebuah kampung yang dinamai Sungai Lima kerana kampung ini terletak di serokan kelima dari kampung utama. Ada juga penduduk Orang Asli yang menetap di sekitar serokan kedua. Kawasan lain di sekitar pulau ini hanyalah paya bakau. Di Dataran Pulau Ketam. Di pulau ini tidak ada jalan raya kerana kawasan yang sempit dan berair. Penempatan penduduk dibina terapung di atas air seperti rumah kampung air di Sabah dan tempat-tempat lain. Ketinggian rumah terapung ini satu hingga 10 meter dari paras laut. Ketika air laut surut, akan kelihatanlah lumpur dan selut di bawah laluan konkrit ini serta haiwan-haiwan laut seperti umang-umang, ikan belacak, dan ketam berkeliaran di atasnya. Disebabkan laluan konkrit yang sempit maka kenderaan yang banyak digunakan untuk pergerakan di pulau ini ialah motor dan basikal elektrik beroda dua atau tiga. Selain itu, ada jambatan kayu dibina merentangi sungai sebagai kemudahan penduduk bergerak dari satu rumah ke satu rumah yang lain. Bagi pergerakan penduduk antara pulau seperti ke Pulau Sungai Lima dan Pelabuhan Klang, mereka menggunakan perkhidmatan feri atau bot laju. Seperti sedia maklum, Pulau Ketam ialah pulau ekopelancongan selain destinasi sesuai para pemancing serta bagi yang ingin menikmati hidangan makanan laut yang segar. Pekerjaan utama penduduk di sini ialah nelayan dan hanya sebilangan yang menjadi pengusaha perkhidmatan bot laju atau feri ke Pelabuhan Klang dan sebaliknya. Oleh itu, banyak restoran makanan laut didirikan di pulau ini. Majoriti penduduk terdiri daripada kaum Cina dari etnik Teochew dan Hokkien. Oleh itu kebanyakan restoran makanan laut milik mereka. Hanya terdapat satu restoran Muslim yang terletak di depan Balai Islam atau surau pulau ini.
  • 14. 14 Bagi yang ingin menginap, di pulau ini terdapat hotel penginapan seperti Hotel Sea Lion. Pelancong Muslim tidak perlu risau dari segi mendapatkan makanan halal kerana ada penduduk Muslim yang menyediakan perkhidmatan katering, iaitu Kedai Makan Cikgu. Kedai ini dimiliki sepenuhnya oleh seorang pesara guru yang berasal dari Johor. Beliau mantan guru di SMK Pulau Ketam dan terus menetap di pulau ini selepas bersara sambil membuka kedai makan Muslim. Selain sekolah, di pulau ini juga terdapat beberapa kemudahan awam seperti balai polis, balai bomba, bank, pejabat pos dan tempat ibadat. Balai Polis Pulau Ketam terletak di laluan utama dari jeti. Balai polis ini kecil sahaja tetapi usianya sudah melebihi 100 tahun. Balai polis ini dibina sejak tahun 1869 lalu. Kawasan persekitaran balai polis terjaga rapi dan kondusif. Menurut maklumat dari internet, balai polis ini pernah berlaku kebakaran pada tahun 1967. Bangunan balai polis yang ada sekarang dibina semula dan dirasmikan oleh Ketua Polis Negara yang kedua pada tahun 1970. Balai Polis Pulau Ketam dianggotai 10 orang anggota termasuklah Ketua Polis Balai. Antara kemudahan yang terdapat di Pulau Ketam. Dari balai polis, aku meneruskan kembara hingga ke kawasan persimpangan menuju pekan atau pasar Pulau Ketam. Di situ terdapat banyak gerai dan kedai barangan keperluan harian penduduk tempatan. Dari situ, aku terlihat sebuah bank, iaitu Maybank sebagai satu- satunya institusi kewangan bagi memudahkan urusan kewangan penduduk. Setidak- tidaknya penduduk tempatan tidak perlu lagi ke bandar Pelabuhan Klang atas urusan kewangan dan yang berkaitan. Di hujung pekan ini terdapat rumah-rumah kayu yang
  • 15. 15 berwarna-warni dan tokong-tokong yang cantik belaka. Di pekan inilah terletak Kedai Makan Cikgu yang menyediakan makanan tempahan peserta kembara. Alang-alang sudah sampai di pekan, aku pun terus menaiki tangga ke tingkat atas kedai makan ini untuk menjamu selera. Kebetulan waktu makan tengah hari sudah tiba. Kami disajikan dengan lauk-pauk hasil laut yang segar seperti udang, ikan dan sotong. Memang sangat berselera kami makan. Alhamdulilah, syukur. Makan tengah hari di Kedai Makan Cikgu. Selesai makan tengah hari dan solat zohor di ruangan kedai makan ini, aku bersama-sama rakan lain meneruskan kembara. Kali ini, aku menuju ke persimpangan jalan menuju kampung nelayan Bagan Teochew yang terletak di Jalan Sungai Seberang. Ada sebuah jambatan dibina merentangi sungai tersebut yang menghubungkan kawasan pekan ke kampung bagan ini. Aku mengambil kesempatan mengabadikan foto kenangan di atas jambatan ini. Di bawah jambatan, kelihatan sungai mengalir tenang dan bot kecil nelayan meluncur perlahan. Di kiri kanan sungai ini terdapat deretan rumah dan bot kecil nelayan yang ditambat kemas pada jeti kecil setiap rumah. Waktu itu sekitar pukul 2.00 petang. Angin laut berhembus perlahan dan terasa begitu nyaman serta segar sekali. Kemudian, aku meninjau kawasan sekitarnya. Terdapat satu kawasan di persimpangan itu yang memaparkan hasil seni kreatif penduduk tempatan, iaitu mural dan replika sebagai satu tarikan pelancong. Aku tidak melepaskan peluang mengabadikan foto kenangan di dinding premis yang memaparkan mural kreatif dan menarik ini.
  • 16. 16 Di jambatan Jalan Sungai Seberang. Satu keistimewaan di pulau ini ialah terdapat sebuah maahad tahfiz dikenali Maahad Tahfiz Mandarin. Pelajar maahad ini terdiri pelajar lelaki dan perempuan yang berasal dari pelbagai tempat dan negeri. Maahad Tahfiz Mandarin terletak kira-kira 300 meter dari Balai Islam. Pelajar maahad akan menunaikan solat lima waktu berjemaan di Balai Islam ini. Pelajar maahad terdiri daripada 80 pelajar lelaki dan 20 pelajar perempuan. Para pelajar tinggal di asrama yang disediakan. Asrama pelajar perempuan berhadapan dengan pejabat maahad tahfiz ini manakala asrama pelajar lelaki terletak lebih kurang 400 meter dari pusat maahad, iaitu di Jalan Sungai Seberang atau Bagan Teochew. Balai Islam atau surau menjadi pusat pengembangan agama Islam, terutamanya bagi masyarakat Orang Asli yang menetap di pulau ini. Balai Islam ini sering dikunjungi dan diimarahkan oleh para pelancong Muslim yang datang serta kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) daerah Klang dan Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berurusan berkaitan agama Islam. Pada tahun 2015, Balai Islam ini melakar sejarah kerana buat pertama kalinya solat Jumaat diadakan di situ di bawah kelolaan dan pengendalian Pejabat Agama Islam daerah Klang. Di depan Maahad Tahfiz Mandarin.
  • 17. 17 Dalam terlalu leka dan ralit melihat keindahan dan keistimewaan sekitar pulau ini, aku tidak sedar bahawa sesi kembara ini sudah sampai ke penghujungnya. Kami membeli tiket feri pergi balik. Tiket perjalanan waktu balik ialah pada pukul 4.30 petang. Aku dan beberapa rakan bergegas ke jeti Pulau Ketam untuk menunggu feri balik ke Pelabuhan Klang. Walaupun hanya beberapa lokasi yang dapat diterokai, namun dek kesuntukan masa, kami terpaksa akur. Beberapa minit kemudian feri yang akan membawa kami ke Pelabuhan Klang pun tiba di jeti. Semua peserta kembara termasuk penduduk tempatan masuk ke dalam feri perlahan-lahan. Jumlah penumpang sangat ramai dan feri dipenuhi barangan yang dibeli para penumpang. Aku antara penumpang yang awal masuk ke dalam feri mendapat tempat duduk di hadapan sekali berdekatan pintu masuk feri. Aku dapat melihat pergerakan penumpang untuk masuk ke dalam feri. Ketika itu aku terkejut melihat satu insiden sebuah kotak barang salah seorang penumpang terjatuh ke air ketika hendak masuk ke dalam feri. Hampir semua penumpang feri terjerit kecil melihat insiden itu. Wajah penumpang itu kelihatan cemas sekali namun pihak feri tidak dapat berbuat apa-apa kerana kotak barang itu terus hanyut dibawa arus. Terpancar kesedihan dan kekecewaan di wajahnya. Sungguh kasihan aku melihatnya. Pulau Ketam, sampai ketemu lagi .... Dalam keadaan kalut begitu, aku teringat ada tiga peserta belum menaiki feri, termasuklah bos SHE, Puan Nurul Syahida, Encik Ahmad Safir dan Cikgu Yatim. Semasa di
  • 18. 18 jeti lagi aku sudah menghubungi mereka agar cepat datang ke jeti kerana feri ke Pelabuhan Klang sudah tiba dan akan berlepas mengikut jadual. Aku mula risau apabila kelibat mereka tidak kelihatan. Tidak lama kemudian badan feri mula menjauh sedikit demi sedikit dari tangga jeti menandakan akan berlepas. Ketika feri memusingkan haluannya menjauhi jeti, aku terlihat Encik Ahmad Safir di atas jeti sambil membuka kedua-dua tapak tangan dengan wajah kehampaan. Allahuakbar! Mereka bertiga terlepas feri pukul 4.30 petang. Kalau nak tunggu feri yang berikutnya, pada pukul 6.00 petang. Pukul berapa nak sampai di terminal Pelabuhan Klang? Aku sedih memikirkan hal ini. Feri bergerak kian menjauh ke tengah membelah perairan. Aku dimaklumkan rupa- rupanya feri bergerak menuju ke jeti Sungai Lima untuk mengambil penumpang di sana dan akan kembali semula ke jeti Pulau Ketam. Aku rasa bersyukur sangat mendengarkan makluman itu. Setelah kesemua penumpang di jeti Sungai Lima menaiki feri, feri terus meluncur laju menuju semula ke jeti Pulau Ketam. Terpancar kelegaan di wajah tiga rakan peserta yang tertinggal feri tadi. Dari situ, feri bernombor yang sama ketika kami datang ke Pulau Ketam ini dipandu laju membelah perairan membawa penumpang menuju Pelabuhan Klang. Kami tiba di terminal pelabuhan lebih kurang sejam kemudian dengan selamatnya. Sebelum bersurai, kami beramai-ramai mengabadikan sekali lagi foto kenangan di terminal. Selepas itu kami pun beredar mengikut haluan masing-masing. Ada yang pulang berkereta, ada yang dijemput oleh ahli keluarga dan ada yang menuju ke stesen komuter untuk pulang semula ke stesen komuter KL Sentral termasuklah diriku. Sesungguhnya, di Pulau Ketam banyak lokasi yang menarik untuk diabadikan dalam catatan travelog ini. Itulah impian kami para peserta. Namun, kekangan dan kesuntukan masa telah membataskan segalanya. Dalam kesempatan dan ruang yang terbatas ini, banyak juga input yang kami peroleh dan ketahui tentang Pulau Ketam yang sangat unik ini. Walaupun aku agak terkilan kerana tidak sempat menjelajah ke kawasan sekolah namun input yang diperoleh sedikit sebanyak telah menambah pengetahuan tentang Pulau ketam ini secara kesleuruhannya. Pulau Ketam gamit kenangan, Kaya dengan khazanah laut; Jemput datang menikmati pemandangan, Sekali pandang hati terpaut.
  • 19. 19 PULAU KETAM, EKSPLORASI PERMULAAN KHAIRI ABD GHANI Tanggal 27 Feb 2022, detik permulaan aku eksplorasi ke sebuah pulau kecil di perairan Selat Klang. Telah sekian lama juga aku ingin menjejak kaki ke sana. Kewujudan pulau perkampungan nelayan itu yang terletak di negeri kelahiran aku. Keinginan untuk mengetahui apa-apa yang ada di pulau tersebut berakhir tanpa dirancang setelah terlihat bengkel travelog ke Pulau Ketam. Bengkel yang dianjurkan oleh SHE (Syahidah Hassan Enterprise) merupakan sebuah program bengkel penulisan travelog. Jadi, di sini peluang untuk aku pergi ke sana dan tanpa berlengah lagi aku terus sertai bengkel tersebut bersama isteri. Sejarah Pulau Ketam Pulau Ketam dahulunya merupakan jajaran pulau hutan bakau yang diasaskan sejak tahun 1883. Majoriti penduduknya berbangsa Cina. Pekerjaan masyarakat di sana 80 peratus ialah nelayan dan selebihnya hanyalah peniaga. Hanya dua kawasan di pulau ini yang didiami penduduk, iaitu Bagan Teowchew dan Kampung Sungai Lima. Rata-rata penempatan penduduk pulau ini dibina terapung di atas air pada ketinggian 1 hingga10 meter dari aras laut. Pulau Ketam merupakan perkampungan nelayan yang amat terkenal dengan aktiviti perikanan. Di situ terdapat banyak sangar ternakan ikan dan juga aktiviti memancing. Untuk sampai di pulau ini, perlu menaiki bot atau feri dan perjalanan akan mengambil masa sekitar 40 minit. Ketibaan Peserta Bengkel Seawal pukul 7.45 pagi, aku bersama isteri bergerak ke Stesen Komuter Setia Jaya untuk menaiki tren ke Stesen KL Sentral. Pukul 9.00 pagi, kami tiba di KL Sentral dan tanpa berlengah, terus ke tempat berkumpulnya para peserta bengkel. Seusai sesi pendaftaran, kami diberi kit travel SHE oleh puan Syahidah Hassan sambil menunggu ketibaan peserta yang lain. Seramai 14 peserta bengkel yang terdiri daripada dua tenaga pengajar serta wakil dari Canon Malaysia telah meminjamkan 10 buah camera Canon untuk kami gunakan dalam bengkel ini. Dua tenaga pengajar yang amat berpengalaman yang aku katakan tadi ialah Encik Zaidi Ismail untuk bab penulisan travelog dan Encik Safir Gani untuk bab fotografi. Pukul 9.35 pagi, kami berangkat ke platform untuk menaiki tren ke Pelabuhan Klang. Semasa perjalanan di dalam tren, sesi pertama taklimat dan penerangan mengenai bab penulisan travelog telah disampaikan oleh Encik Zaidi.
  • 20. 20 Jeti Pulau Ketam Setibanya di Pelabuhan Klang pukul 10.52 pagi, kami terus menuju ke terminal penumpang Pelabuhan Selatan untuk ke Jeti Pulau Ketam. Pembelian tiket feri di kaunter dengan tambang pergi balik sebanyakr RM16 seorang. Kemudian, kami menaiki feri pada pukul 12.00 tengah hari menuju ke Pulau Ketam. Kami tiba di jeti Pulau Ketam pada pukul 12.45 tengah hari. Sebelum meneruskan perjalanan meneroka Pulau Ketam, di jeti telah diadakan sesi kedua penerangan mengenai fotografi oleh Encik Safir Gani dan taklimat ringkas oleh wakil Canon Malaysia. Berbekalkan 10 biji camera yang yang dipinjamkan oleh Canon kami mempelajari teknik-teknik penggambaran dan selok-belok pengambaran smartphone fotografi. Selesai sesi penerangan fotografi, kami bersiap untuk meneruskan jelajah ke Pulau Ketam melalui jambatan yang menghubungkan antara jeti ke pulau. Di sebuah kawasan lapang, terdapat mercu tanda yang memarpakan ikon ketam beserta tulisan yang mengambarkan kami telah pun tiba. Pulau Ketam Kenderaan utama bagi penduduk di Pulau Ketam ialah basikal dan motosikal elektrik. Jadi, tidak hairanlah sebab aku nampak begitu banyak kenderaan basikal di merata-rata tempat malah setiap sudut pulau itu. Di situ juga, terdapat perkhidmatan sewa motosikal elektrik disediakan dengan kadar sewa RM20 sejam bagi pengunjung yang ingin keseronokkan menjelajah sekitar pulau. Kami meneruskan perjalanan dari mercu tanda sehingga sampai di pintu gerbang yang menempatkan sebuah balai bomba sukarelawan. Selepas itu, kami meneruskan lagi perjalanan sehingga terlihat klinik kesihatan dan Balai Islam yang juga merupakan surau untuk kegunaan penduduk yang berugama Islam. Selain itu, di situ juga terdapat balai polis. Kami meneruskan perjalan sambil mengambil gambar di beberapa kawasan sehinggalah tiba di sebuah pekan kecil di pulau itu. Di pekan kecil Pulau Ketam, terdapat deretan restoran menghidang pelbagai makanan laut yang segar di samping itu ada juga kedai-kedai yang menjual barangan runcit yang terdiri daripada hasil laut seperti ikan kering, udang kering dan hasil-hasil laut lainnya yang turut juga diproses di pulau itu.
  • 21. 21 Suasana pemandangan di Pulau Ketam. Pukul 1.45 tengah hari, kami berhenti untuk berehat seketika dan menikmati makan tengah hari di sebuah restoren Melayu di hujung pekan. Selepas makan tengah hari, kami bergerak semula ke Balai Islam yang menempatkan surau untuk bersolat sebelum meneruskan aktiviti jelajah. Pukul 2.30 petang, kami bergerak ke kawasan sekitar pekan pulau dengan berjalan kaki menyusuri lorong-lorong kecil yang banyak terdapat di Pulau Ketam. Di suatu sudut, aku terlihat terdapat beberapa lukisan seni mural di dinding rumah penduduk. Kami berhenti seketika untuk merakam gambar. Di samping itu, Encik Safir turut mengajar teknik-teknik pengambaran menggunakan smartfon. Kami meneruskan perjalanan semula meneroka segenap lorong kecil di sekitar pulau. Aku terlihat ada juga Maahad Tahfiz Mandarin di situ. Lukisan seni mural di dinding rumah penduduk.
  • 22. 22 Maahad Tahfiz Mandarin yang diasaskan oleh seorang mualaf ada menyediakan penempatan asrama untuk pelajar-pelajar lelaki dan perempuan. Selain Maahad Tahfiz, kemudahan yang lain seperti Maybank, pejabat pos kecil, home stay malah hotel tiga bintang ada juga di pulau itu. Jam di tangan menunjukan waktu hampir 4.00 petang dan kami perlu bergegas meneruskan perjalanan semula ke jeti untuk pulang. Di jeti, feri telah pun tiba untuk mengambil penumpang dan tanpa berlengah, kami terus menaiki feri untuk pulang ke terminal Pelabuhan Klang. Setibanya di Pelabuhan Klang, kami bergerak menuju ke stesen komuter menaiki tren pukul 6.00 petang untuk pulang ke destinasi masing-masing. Yang aku dapat simpulkan mengenai trip travelog anjuran SHE ini, programnya cukup bagus disertai dan aku dapat belajar bab penulisan sambil travel ke tempat-tempat yang menarik di Malaysia. Sesuatu pengalaman baharu bagi aku. Jadi, mungkinkah ini langkah pertama EXPLORASI PERMULAAN untuk aku dalam dunia penulisan …. Penulis Khairi Abd Ghani, 44. Pereka grafik bebas dan berkhidmat di sektor percetakan (advertising).
  • 23. 23 MENJEJAK KEINDAHAN PULAU KETAM AMMET JEBAT 27 Februari 2022 LENAKU dikejutkan dengan bunyi alarm daripada telefon bimbit yang terletak di sebelahku. Kugapai tangan untuk mendapatkan telefon bimbit dan menutup alarm yang memecah sunyi ruang bilikku. Lebih kurang pukul 5.30 pagi, aku mula bersiap sambil menunggu azan subuh pada pukul 6.19 pagi yang akan kedengaran dari surau yang berdekatan. Pagi yang hening ini, aku akan bergerak ke KL Sentral. Tempat berkumpulnya kumpulan travelog Pulau Ketam anjuran SHE. Pengembaraan satu hari ini mengujakan aku, lebih-lebih lagi ini adalah kali pertama akan menjejak kaki ke Pulau Ketam. Masuk sahaja ke tol Bangi, hujan mulai turun. Semakin lama semakin lebat. Perancangan awal hendak parkir di Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasek Selatan. Kemudian mengambil komuter atau LRT ke KL Sentral. Memandangkan hujan lebat aku mengubah keputusan dengan meneruskan perjalanan ke KL Sentral dengan kereta sahaja. Di Lembah Kelang sekarang merupakan musim hujan. Kebelakangan ini selalu terjadi banjir kilat di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan juga Selangor. Aku sudah bersedia dengan baju hujan yang dibeli di Seven Eleven semalam. Mana tahu, terperangkap dalam hujan nanti, bolehlah menggunakannya. Sepanjang perjalanan, aku berdoa agar tidak ada kawasan yang dinaiki air dalam hujan lebat pada pagi ini. Alhamdulillah, lebih kurang pukul 7.15 pagi, aku selamat sampai ke kawasan parkir KL Sentral di aras empat. Pada masa ini, kawasan parkir lengang. Seram juga pada mulanya. Tiada orang, lampu pun suram. Apa-apa pun, aku berserah dan bertawakkal sahaja. Aku memarkir kereta berhadapan dengan pintu masuk lif dengan harapan kawasan itu akan ramai orang sebentar lagi. Mungkin kerana hari ini hari Ahad, pengunjung di sini tidak ramai. Selalunya, jika hari minggu orang ramai akan keluar lewat sedikit dan akan berjalan bersama keluarga. Kadar untuk parkir di sini ialah RM4 sejam. Sementara menunggu kedatangan sahabat-sahabat penulis yang lain, aku sempat berlegar-legar di dalam bangunan KL Sentral. Berjalan ke aras dua menyulusuri pintu masuk ETS. Ada beberapa orang sedang menanti untuk menaiki ETS. Selain dari warga tempatan, di sini terdapat ramai juga warga asing yang menggunakan perkhidmatan yang terdapat di sini. Kadang-kadang, terfikir juga di mana silapnya sistem pengangkutan kita hinggakan warga tempatan kurang menggunakannya? Bagi aku, ini adalah kerana beberapa faktor. Pertama, kedudukan yang tidak strategik antara stesen dan tempat yang hendak dituju. Kedua, perancangan yang tidak rapi dan tiada kolaborasi antara sistem pengangkutan kereta api, bas dan teksi dengan pusat beli-belah, perlancongan dan pejabat kerajaan. Sebagai contoh, jika kita melawat
  • 24. 24 negara Jepun, pengangkutan yang terdapat di sana begitu memudahkan para penduduknya waima kita sebagai pelancong. Ketiga, sesetengah tempat parkir terlalu mahal untuk kita parkir dan menikmati kenderaan awam. Ini akan membuatkan penduduk tempatan lebih berminat membawa kenderaan sendiri dari bersusah payah menggunakan kenderaan awam. Keadaan parkir aras empat berhadapan dengan lif pada pukul 7.15 pagi. Bihun goreng bersama kopi o panas buat sarapan pagi di Lacucur Cafe. Lebih kurang pukul 7.50 pagi, aku bergabung dengan sahabat-sahabat yang akan bersama-sama dalam perjalanan hari ini. Sementara menunggu sahabat yang belum sampai, masing-masing membuat kerja sendiri. Ada yang pergi bersarapan dan ada yang berkenalan dengan rakan-rakan baharu yang sebelum ini hanya kenal di alam maya. Setiap kali aku sampai ke KL Sentral, aku akan ke singgah ke La Cucur Cafe untuk menikmati nasi lemak di situ. Hari ini, aku tidak bernasib baik kerana tidak ada nasi lemak. Makanya, bihun goreng dan kopi o yang menjadi pilihan kalbu. Setelah membeli tiket, kami turun ke Platform 3 KTM Komuter untuk ke Pelabuhan Klang. Tren bernombor 2115 tiba lebih kurang pukul 9.30 pagi. Disebabkan ini ialah stesen pertama untuk ke Pelabuhan Klang dan penumpang masih tidak ramai, kami dapat berkumpul bersama-sama di dalam satu gerabak. Gerabak belakang sekali menjadi pilihan. Dalam perjalanan Cikgu Zaidi memberikan taklimat dan bimbingan tentang menulis travelog. Disebabkan aku berada paling hujung, suara taklimat kedengaran seperti kejauhan. Nasib baik ada nota buat rujukan. Sambil mendengar taklimat, mata memandang ke luar tingkap, menikmati pemandangan yang cantik dan mempersonakan sepanjang perjalanan. Dari KL Sentral sehingga ke stesen terakhir mengambil masa sejam 24 minit. Kami bergerak ke terminal penumpang South Port yang berdekatan dengan stesen KTM.
  • 25. 25 Encik Zaidi sedang memberikan bimbingan dan taklimat tentang cara menulis travelog. Encik Ahmad Safir pembimbing cara menangkap gambar yang baik. Terdapat beberapa perkhidmatan feri yang membawa penumpang ke Pulau Ketam. Kami menggunakan Perkhidmatan Feri Pulau Ketam (PKF) yang berharga RM16 untuk tiket dua hala. Sebelum berlepas, kami berpeluang untuk meminjam dan mencuba kamera Canon untuk sepanjang perjalanan di Pulau Ketam. Penganjur telah bekerjasama dengan Canon Malaysia dalam aktiviti kali ini. Encik Khairul wakil dari Canon Malaysia membekalkan kamera untuk dipinjamkan kepada kami. Aku berkesempatan meminjam sebuah kamera Canon EOS R5 dengan lens 24-105. Teruja kerana dapat menggunakan kamera yang pada aku begitu mahal ini. Badannya sahaja berharga lebih kurang RM15,600. Sementara lens pula berharga RM5,800. Risau memegang kamera yang mahal ini. Tambahan pula tidak dibekalkan sekali dengan tali pemegang kamera. Encik Khairul memberitahu bahawa sebelum ini, bila diadakan aktiviti yang sama, talinya banyak yang hilang. Jadi pihak Canon membuat keputusan hanya memberikan kamera tanpa tali pemegang. Memang risau apabila tidak biasa menggunakan kamera tanpa tali pemegang. Kamera EOS R5 ini merupakan kamera bingkai penuh (full frame) berserta mirrorless. Berat badannya ialah 738 g, tetapi selepas dicampur dengan lens, susah juga untuk menggunakan satu tangan. Resolusinya yang sebesar 45 MP memberikan details gambar dan kejelasan gambar begitu memuaskan. Ini ditambahkan lagi dengan kemampuan auto focusnya yang begitu baik untuk detect wajah dan mata.
  • 26. 26 Bangunan yang dicat berwarna-warni. Pintu gerbang yang menghiasi kawasan. Dalam masa yang terhad, aku mencuba kamera ini dari segi menangkap gambar sahaja. Pertama sekali, apabila aku menekan butang untuk menangkap gambar, bunyi ketikannya tidak bising dan lancar. Mulanya bermain dengan fungsi ISO (International Organization for Standardization) yang merupakan kawalan kepekaan kamera terhadap cahaya yang diterima. Apabila kita meletakkan ISO pada nilai yang besar, akan menghasilkan noise pada gambar. Jadi, kita perlu meletakkan pada tahap minimum yang noise-nya tidak kelihatan. Kemudian kita set pula shutter speed, iaitu kadar kelajuan shutter. Jika lama shutter speed, cahaya yang diambil lagi banyak dan akan menyebabkan gambar bertambah terang cahaya. Satu lagi, kita setkan Aperture atau bukaan pada kamera. Jika bukaan lebih besar (nilai bacaan nilainya lebih kecil), cahaya akan masuk lebih banyak. Kesimpulannya, ketiga- tiga perkara ini, iaitu ISO, Shutter Speed dan Aperture berkait rapat antara satu dengan yang lain. Hasil bidikan daripada kamera ini memuaskan hati aku. Kita dapat melihat hutan bakau di sepanjang perjalanan ke Pulau Ketam. Sesekali berselisih dengan bot lain dan juga polis peronda. Terdapat juga sangkar ikan yang diusahakan oleh penduduk di situ. Dari jeti di Pelabuhan Klang, kami turun di Jeti Pulau Ketam setelah 40 minit perjalanan. Kemudian, kita akan berjalan merentasi jambatan ke pulau lebih kurang 70 meter. Menariknya, di atas bumbung sepanjang jambatan dihiasi dengan ukiran kayu yang bergantungan. Pengunjung yang sampai ke sini tidak sah jika tidak mengambil gambar di sekitar pulau. Jarak rumah ke rumah amat dekat. Laluan juga sempit. Pulau ini kurang asap kenderaan. Kita hanya perlu berjalan kaki untuk menikmati keindahan di sini. Selain berjalan kaki, kita boleh menyewa basikal atau skuter elektrik yang banyak terdapat di sekitar jeti. Terdapat pelbagai kemudahan seperti kedai runcit, pos, restoran, hotel, dan bank serta perkhidmatan awam, seperti klinik, polis dan bomba.
  • 27. 27 Basikal dan skuter letrik banyak digunakan di pulau ini. Kedai Makan Cikgu di tingkat atas deretan kedai. Dalam masa 3 jam lebih, aku berjalan di sekitar pulau berdekatan dengan jeti. Walaupun kedudukan rumah atau bangunan berdekatan tetapi suasananya nampak selesa. Sepanjang perjalanan melalui lorong-lorong, kita dapat melihat kawasan ini adalah bersih. Dekorasi yang cantik dihias rapi di beberapa tempat bagi membolehkan pengunjung mengambil gambar. Begitu juga dengan rumah di atas laut yang dicat berwarna-warni menambahkan lagi suasana ceria. Dalam perjalanan di sepanjang lorong, kita akan dapat melihat ramai pelawat yang mengunjungi pulau ini. Ada yang datang balik hari dan ada yang tidur di sini. Banyak hotel yang boleh didiami. Selain melawat, ada juga pengunjung yang datang ke sini untuk aktiviti memancing. Sudah pasti antara tarikan utama di sini ialah makanan lautnya. Banyak restoran yang terdapat di sini. Kebanyakannya ialah restoran makanan Cina. Ada juga restoran yang menyajikan makanan halal seperti restoran yang kami singgah, iaitu Restoran Cikgu. Kami berlepas pulang ke Pelabuhan Klang pada pukul 4.30 petang. Dalam perjalanan pulang, feri singgah di beberapa buah jeti di sekitar Pulau Ketam. Dapat juga kami menikmati pemandangan di persekitaran dari dalam feri. Sampai di stesen komuter Pelabuhan Klang, rintik-rintik hujan mulai berguguran. Kepulangan kami juga disambut dengan hujan walaupun tidak selebat pagi tadi. Hujan rahmat hendaknya. Lawatan ke Pulau Ketam ini amat menarik bagi pelancong yang sukakan keindahan alam semulajadi.
  • 28. 28 Penulis AMMET JEBAT ialah nama pena bagi Abdul Hamid bin Abdul Halim yang dilahir pada tanggal 22 Januari 1970 di Kangar, Perlis. Berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Elekronik dan Komputer di Universiti Putra Malaysia. Beliau kini bertugas sebagai pengurus di Syarikat Sony EMCS (Malaysia) Sdn. Bhd., selaku Ketua Jabatan SOEM Manufacturing Innovation. Dalam bidang penulisan, beliau cenderung untuk menulis dalam genre cerpen dan puisi. Mula berjinak-jinak dengan penulisan pada tahun 2000. Karya awal yang memberikan perangsang untuk beliau meneruskan langkah ialah “Gerhana Mencelah” dan “Mataku Matamu” dalam antologi puisi Grafiti Gratitude terbitan Yayasan Multimedia Indonesia. Kemudian, pada tahun yang sama, cerpennya “Rahsia Sekeping Potret” menembusi akhbar Berita Harian. Sejak itu karya-karya beliau banyak tersiar di dada akhbar dan juga majalah. Buku kumpulan puisi beliau yang pertama berjudul Bara Kembara di Desa Membara telah diterbitkan oleh Persab Enterprise pada tahun 2004. Sementara buku kumpulan puisi yang terbaru berjudul Suara Harum Malam telah diterbitkan oleh SYFE pada tahun 2021. Puisi, cerpen, anekdot dan catatan beliau juga turut dimuatkan dalam beberapa buah antologi (2000 - 2022). Sehingga kini, lebih 50 buku perseorangan dan antologi bersama diterbitkan di pelbagai rumah penerbitan manakala lebih 45 buah karya diterbitkan di pelbagai akhbar dan majalah. Beliau juga melangkah setapak lagi menjadi penyelenggara bersama untuk beberapa buah antologi bersama Penerbitan Pena Padu, Nuha Creatives Resources, Penerbitan SHE dan Penerbitan KISMy.
  • 29. 29 SYIAR ISLAM DI PULAU KETAM AIZAT KHAIRI Alhamdulillah, ini merupakan pengalaman pertama kali dalam hidup saya terlibat dalam kembara (travelog). Hati ini terdetik untuk menceburkan diri apabila melihat hebahan iklan dalam “WhatsApp Group” Kumpulan Penulis Kelantan yang saya terlibat ketika program ke bumi Patani di Thailand Selatan pada tahun 2020 lalu. Pengalaman pertama ke Pulau Ketam. Iklan tersebut adalah mengenai program penulisan travelog dan lawatan sambil belajar di Pulau Ketam, Selangor. Tanpa berfikir panjang, saya telah mendaftarkan diri dalam program yang dianjurkan oleh Puan Syahida Hassan yang berpengalaman dalam aktiviti ini dan telah menerbitkan beberapa siri buku bertemakan travelog. Saya meminati program ini kerana dapat berkunjung ke Pulau Ketam, sebuah pulau nelayan kecil yang terletak di Selangor dan unik kerana di sana tidak terdapat kenderaan berenjin seperti motorsikal dan kereta. Tambahan pula, saya tidak pernah menjejakkan kaki ke pulau ini walaupun telah memasang impian saban tahun untuk ke sana. Di samping itu, program ini turut memberikan pendedahan kepada para peserta kaedah untuk menulis bertemakan travelog dan cara untuk mengambil foto-foto menarik di sana. Perjalanan ke Pulau Ketam Program Travelog Pulau Ketam berlangsung pada 27 Februari 2022, iaitu pada hari Ahad dan semua peserta terlibat diminta berkumpul di Stesen KL Sentral, Kuala Lumpur. Saya merupakan satu-satunya peserta yang hadir dari luar lembah Kelang. Justeru, perjalanan saya dimulakan sehari lebih awal, iaitu bertolak di rumah di Seri Manjung, Perak ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereta dan tumpang bermalam di rumah sahabat di Segambut. Dari Segambut saya menaiki KTM Komuter ke KL Sentral.
  • 30. 30 Setelah tiba di KL Sentral, saya mencari-cari kumpulan peserta di sana. Hal ini tidak menjadi masalah kerana penganjur telah memaklumkan kepada para peserta untuk memakai pakaian yang bertemakan warna kuning supaya kelihatan seragam dan senang dikenali. Warna kuning juga menurut guru foto kami adalah warna yang menonjol dan sesuai untuk dimasukkan ke dalam foto. Para peserta telah diberi taklimat ringkas oleh pihak penganjur mengenai proses perjalanan dan tempoh masa ke Pulau Ketam. Penganjur turut memberikan kami kit travelog yang mengandungi beg galas, buku nota travelog, lencana, air mineral dan roti, pelitup muka serta sanitasi bagi menjaga SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Setelah mengambil foto berkumpulan, maka bermulah kembara kami ke Pulau Ketam. Perjalanan dimulakan dengan menaiki KTM Komuter di KL Sentral menerusi platform 3. Waktu bertolak adalah pada pukul 9.30 pagi dan untuk ke Pulau Ketam kami perlu berhenti di stesen terakhir, iaitu di Pelabuhan Klang. Sebanyak 20 stesen bermula dari KL Sentral hinggalah ke Pelabuhan Klang yang memakan masa 1 jam 30 minit. Sepanjang perjalanan, para peserta telah diberikan pendedahan awal mengenai penulisan travelog dan teknik mengambil foto secara ringkas. Di samping itu, setiap peserta diminta memperkenalkan diri masing-masing untuk merapatkan ukhwah antara kami. Bagus juga ada aktiviti seperti ini dan tidaklah bosan ketika berada di dalam tren komuter. Kami tiba di stesen KTM Komuter Pelabuhan Klang pada pukul 11.00 pagi. Seterusnya, hanya perlu berjalan kaki selama 5 minit untuk tiba di jeti feri untuk ke Pulau Ketam. Setibanya di jeti, saya melihat ada pengunjung yang membawa perkakasan memancing. Rupanya Pulau Ketam juga merupakan destinasi memancing yang terkenal dan menjadi tarikan golongan kaki pancing untuk berkunjung ke sana. Dari segi perkhidmatan feri, terdapat tiga syarikat yang menawarkan perkhidmatan membawa penumpang ke Pulau Ketam dengan kadar bayaran tiket yang berbeza berdasarkan kelajuan feri dan kapasiti penumpang. Jeti ke Pulau Ketam turut menyediakan kemudahan asas seperti tandas dengan bayaran sebanyak 50 sen, warung makan untuk menjamu selera, kaunter tiket dan kedai menjual cenderahati untuk dibawa pulang. Tiket feri boleh dibeli sama ada sehala atau pergi balik. Semua peserta membeli tiket pergi balik dengan harga RM16 menggunakan perkhidmatan feri berhawa dingin. Sebelum feri bertolak pada pukul 12.00 tengah hari, semua peserta mengambil waktu terluang untuk bergambar di sekeliling jeti dan pastinya bergambar dengan arca seekor ketam emas yang bersaiz besar yang menjadi ikon Pulau Ketam.
  • 31. 31 Aktiviti di Pulau Ketam Perjalanan menggunakan feri ke Pulau Ketam mengambil masa lebih kurang 45 minit hingga 1 jam, bergantung pada keadaan cuaca di laut dan laluan untuk mengambil penumpang. Hal ini kerana terdapat tiga jeti di Pulau Ketam yang menjadi tempat para penumpang untuk menunggu ketibaan feri untuk ke Pelabuhan Klang. Rombongan kami tiba di Pulau Ketam pada pukul 12.45 tengah hari. Perkara pertama yang mengujakan saya setibanya di jeti utama Pulau Ketam adalah terdapat pelbagai jenis kenderaan seakan-akan skuter elektrik dan basikal yang menjadi pengangkutan utama di sini. Kami difahamkan kenderaan ini digunakan oleh penduduk tempatan kerana tiada jalan raya di pulau ini, dan hanya laluan kaki lima selebar 6 kaki yang disimen. Aktiviti pertama di Pulau Ketam adalah berlangsung sesi pembelajaran mengenai asas fotografi daripada pihak penganjur. Rupa-rupanya, terdapat cara dan teknik untuk mengambil foto sama ada menggunakan kamera atau telefon pintar. Ilmu asas fotografi ini nampak ringkas tetapi penting kerana mampu membantu kita mendapatkan foto yang cantik, menarik dan sempurna. Sesi ini turut dihadiri oleh pihak syarikat Canon Malaysia yang bekerjasama dengan penganjur serta menawarkan khidmat guna kamera berteknologi tinggi dalam program travelog Pulau Ketam. Aktiviti seterusnya ialah sesi latihan fotografi dan semua peserta perlu berkelana di Pulau Ketam dan mengambil foto-foto sekitarnya untuk dijadikan idea ketika mahu menulis dan menyiapkan penulisan travelog Pulau Ketam. Walaupun setiap peserta diminta menulis tema-tema tertentu berdasarkan travelog Pulau Ketam, kami diminta mengambil gambar sebanyak mungkin agar tidak terlepas saat-saat penting ketika berada di sana. Saya juga tidak ketinggalan mengambil foto-foto di sekitar Pulau Ketam untuk dijadikan bahan dalam penulisan travelog. Saya melihat Pulau Ketam ialah sebuah pulau yang dihuni oleh majoriti penduduknya yang berbangsa Cina. Kebanyakannya bekerja sebagai nelayan. Namun, ada juga yang menjalankan aktiviti perniagaan seperti membuka restoran, kedai ubat, kedai runcit, kedai buah-buahan, kedai perkakas eletrik dan kedai pakaian. Ada juga yang menjalankan aktiviti perhotelan dan khidmat sewa skuter elektrik, iaitu RM10 untuk sejam. Penduduk Pulau Ketam turut menikmati kemudahan asas yang disediakan oleh pihak kerajaan seperti adanya khidmat kutipan sampah, klinik kesihatan, sekolah, tadika, balai polis, bomba sukarela dan dewan komuniti untuk merancakkan lagi kehidupan penduduk di sini. Pulau Ketam juga turut dilawati oleh pihak kerajaan, Ahli Majlis dan Adun Kawasan Selat Klang bagi memantau keadaan penduduknya di sini. Makanan halal juga terdapat di sini, cuma bilangannya terhad. Kami turut berkesempatan menjamu makan tengah hari dengan dengan menikmati makanan laut di sebuah restoran milik seorang guru Melayu yang berasal dari Johor.
  • 32. 32 Sepanjang seharian kami berada di sini, pandangan dan lensa foto saya telah tertumpu di sebuah bangunan yang saya rasakan amat unik di Pulau Ketam. Bangunan tersebut dinamakan sebagai Balai Islam Pulau Ketam. Balai ini merupakan lokasi utama penduduk Pulau Ketam yang beragama Islam dalam menjalankan aktiviti kerohanian dan dakwah di sini. Solat fardu lima waktu dan solat Jumaat turut diadakan di situ. Balai Islam Pulau Ketam mempunyai bangunan dua tingkat bagi memuatkan jemaah muslimin dan muslimat yang ingin menunaikan kewajipan mereka. Balai Islam Pulau Ketam Orang Islam yang mendirikan Balai Islam Pulau Ketam ialah penduduk tempatan yang berbangsa Cina. Daripada info yang saya dapat, balai ini dibina sekitar tahun 1990-an dan diseliakan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Klang. Solat Jumaat di sini telah diadakan kali pertamanya pada tahun 2015 apabila telah bertambahnya ahli kariah setempat di Pulau Ketam. Balai Islam Pulau Ketam dibina menggunakan kayu dan oleh sebab itu Exco Hal Ehwal Islam Kerajaan Negeri Selangor YB Dr. Hajah Halimah binti Ali, Kerajaan Negeri melalui Unit Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor telah berusaha melaksanakan kerja-kerja baik pulih secara berperingkat dari semasa ke semasa semenjak tahun 2018 di Balai Islam Pulau Ketam. Usaha ini dilihat dapat membantu kelestarian Balai Islam Pulau Ketam yang dianggap lambang syiar Islam utama di pulau ini dalam usaha untuk menjaga hal ehwal penduduk beragama Islam, memperkasakan misi dakwah dan menjadi tarikan pelancong dari luar untuk berkunjung ke sini. Tambahan pula, kini Balai Islam Pulau Ketam bertambah aktif dengan kewujudan mahad tahfiz hasil usaha seorang ustaz berbangsa Cina di situ. Melalui usaha yang dilakukan, maka peranan Balai Islam Pulau Ketam akan terus berlangsung dengan baik serta mampu memperkasakan syiar Islam di Pulau Ketam bagi mendapat rahmat dan keredaan Allah.
  • 33. 33 Penutup Para peserta meninggalkan jeti Pulau Ketam ke Pelabuhan Klang pada pukul 4.30 petang dan ini merupakan feri terakhhir pada waktu itu. Semua peserta program rasa tidak puas kerana masih terdapat lokasi yang belum sempat dikunjungi dan diterokai. Sungguhpun begitu, kami bersyukur dan berterima kasih pada pihak penganjur kerana sudi memberikan peluang kepada kami untuk bersama-sama terlibat dalam aktiviti travelog ini. Seharian berada di Pulau Ketam memberi kami pendedahan dan pengalaman melihat keadaan persekitaran dan cara kehidupan masyarakat sekeliling. Sudah pastinya foto-foto yang diambil akan menjadi kenang-kenangan dan membantu kami dalam mendapatkan idea bagi menghasilkan penulisan travelog Pulau Ketam yang terbaik. Ayuh menulis! Penulis Aizat Khairi merupakan pensyarah di Universiti Kuala Lumpur, Kampus Marin di Lumut Perak. Beliau aktif dalam melakukan kajian ilmiah dan membentangkan kertas kerja dalam dan luar negara. Travelog Pulau Ketam merupakan aktiviti pertama beliau dalam genre penulisan ini. Beliau boleh dihubungi melalui aizat@unikl.edu.my / aizatkhairi@yahoo.com.
  • 34. 34 SUSAHNYA MENCARI MAKANAN HALAL DI PULAU KETAM MUHAMMAD YAHAYA Jika anda berkunjung keluar negara sebagai pelancong atau menghadiri persidangan, biasanya makanan menjadi faktor penting dalam perjalanan anda. Adakah mudah mendapat makanan halal di tempat yang dikunjungi? Adakah terdapat restoran halal? Kalau saya berkunjung ke negara China, biasanya restoran Pakistan atau Arab menjadi kegemaran saya. Walau bagaimanapun, kali ini pelik sedikit. Yang saya hendak paparkan tentang susahnya mendapat makanan halal di tanah air sendiri, di Pulau Ketam. Pulau Ketam ialah pulau peranginan yang terletak kira kira 30 km dari pantai semenanjung yang telah diduduki oleh masyarakat Cina semenjak tahun 1880 lagi. Bilangan penduduk mencecah 6000 orang, hampir semuanya masyarakat Cina. Kita dapat ke Pulau Ketam dengan menaikki feri dari pelabuhan Klang yang mengambil masa hampir 40 minit. Kalau dengan bot laju, sudah tentu boleh sampai dalam 30 minit sahaja. Pulau ini dikelilingi oleh hutan dan tanah lembah bakau yang merupakan santuri hidupan laut, ketam dan udang. Semua rumah dibina secara terapong dengan ketinggian 1 hingga 10 meter. Biasanya disebut rumah air. Penghuninya ialah masyarakat nelayan. Angkutan utama di sini ialah basikal dan motor, manakala kereta tidak dibenarkan. Penulis berlatarbelakangkan rumah air, dengan ketinggian 1 - 10 meter. Kami mengikuti program lawatan ke Pulau Ketam yang dianjurkan oleh Penerbit Syahida Hassan Enterprise (SHE) pada 27 Februari 2022. Saya dan cucu saya Syamil dan dan sahabatnya Ikmal bertolak dari rumah pada pukul 7.00 pagi. Hujan sudah mula turun dan gelap, maka saya mohon Ikmal membawa kereta. Kami bercadang untuk parkir
  • 35. 35 kereta di kompleks beli-belah NU. Kami tersesat masuk lorong yang salah, dan setelah membuat dua pusingan baru sampai ke parkir NU . Muhammad Yahaya, Syamil, dan Ikmal. Kira-kira pukul 8.00 pagi, kami sudah berada di depan kaunter membeli tiket kereta api KTM. Malangnya, kumpulan pengurus dan peserta belum ramai yang hadir. Terpinga- pinga kami bergerak ke hulu ke hilir dan akhirnya mendapat pesanan dalam kumpulan yang lawatan pagi ini akan lambat sedikit kerana hujan. Oleh sebab perut sudah berkeroncong, kami mencari kedai untuk sarapan. Yang paling dekat ialah McDonald. Kalau jauh tempat makan, takut pula terlepas pandang daripada kumpulan. Pukul 9.30 pagi, baru kami membeli tiket di KTM dan bergerak ke Pelabuhan Klang. Perjalan ke Pelabuhan kelang mengambil masa kira-kira satu jam 20 minit . Peserta yang mengikuti program SHE kali ini juga dibimbing oleh dua penceramah yang mahir dalam travelog dan fotografi, Encik Zaidi Ismail dan Encik Ahmad Safir pakar fotografi. Buku panduan dan nota ringkas telah disampaikan semasa kami mendaftar di KL Sentral semasa menunggu peserta lain datang. Kami sampai di Jeti feri ke Pulau Ketam kira-kira pukul 12.00 tengah hari. Pengurus memberikan taklimat ringkas dan semua peserta memperkenalkan diri masing masing. Pukul 12.30 tengah hari, kami bertolak dengan feri dan sampai di Jeti Pulau Ketam pada pukul 1.20 tengah hari. Sampai sahaja di Pulau Ketam, masing-masing terpesona dengan pemandangan dan keunikanya, tidak pula ada bau hanyir daripada ikan atau ketam, atau ketam yang mati. Di jeti, suatu taklimat ringkas fotografi diberikan oleh Encik Ahmad safir.
  • 36. 36 Rombongan ke Pulau Ketam Kelolaan SHE. Kami berjalan secara berkumpulan sambil mengambil gambar pada tempat-tempat yang menarik seperti surau, balai polis, bomba dan Sekolah Tahfiz Mandarin. Hairan juga, mengapa balai polis dan bomba menarik sedangkan di Selangor tiada siapa yang peduli, terlalu banyak. Itulah uniknya Pulau Ketam. Kembali kita pada persoalan makanan halal. Kami tidak berani makan di gerai makanan yang begitu banyak sepanjang jalan. Pengurus lawatan telah menempah makanan di Rumah Makan Kedai Cikgu, milik cikgu seni yang telah bersara dan membuat tempat makan kecil di rumahnya. Makanan perlu ditempah awal kerana tidak ramai pelanggan Muslim yang datang ke Pulau Ketam. Untuk masakan siput dan ketam, tempahan perlu dibuat dua hari sebelum datang. Berselera sungguh makan tengah hari.
  • 37. 37 Hidangan siakap tiga rasa serta masak lemak udang dan kacang panjang. Semua peserta bergerak ke kedai makan pada pukul 1.30 tengah hari. Agak malang, makan tengah hari belum siap dan masing-masing dipohon supaya menunaikan solat zuhur terlebih dahulu, kemudian kembali ke kedai makan pada pukul 3.00 petang. Makanan yang dihidangkan cukup menarik, iaitu masakan ikan siakap tiga rasa, masak lemak udang dan kacang panjang, telur dadar dan nasi putih. Masak lemak sedap sekali tetapi saya hairan juga kulit udang, iaitu sejenis polimer semula jadi yang dinamakan kitin, agak tebal. Ada yang mengatakan untuk menguruskan badan kita makan isi udang dan kunyah kulitnya sekali. Saya begitu lapar dan berselera sekali dan terus menjamah licin. Saya terbayang untuk menarik pelancong, satu restoran makanan laut yang menyajikan makanan seperti sotong goreng, ketam dan udang goreng serta keropok lekor yang dihasilkan di sini, tentu menarik . Heran, orang mengatakan Pulau Ketam ialah syurga makanan laut tetapi kami tidak berani masuk ke syurga tersebut. Untuk masuk ke restoran makanan laut, perasaan waswas sentiasa ada. Pekerjaan utama penduduk Pulau Ketam ialah nelayan, namun ramai juga yang berniaga di kedai runcit, restoran, hotel dan homestay. Oleh sebab kegiatan di sini berkaitan dengan industri pelancongan dan nelayan, maka kalau ditanya pelajar-pelajar di sekolah, apakah bidang pekerjaan yang akan diceburi apabila tamat sekolah? Jawapanya berkisar pada kedua-dua bidang ini. Pulau Ketam tidak banyak berbeza dengan rumah air di Sabah dan Brunei. Pulau ini merupakan suatu khazanah budaya yang perlu dipelihara. Pulau Ketam memerlukan perancangan yang teratur, sistem pembuangan sampah dan infrastruktur yang lain. Setelah selesai makan hampir pukul 4.00 petang, kami tidak mempunyai banyak masa dan terus bergegas ke jeti kerana feri akan bertolak pada pukul 4.30 petang. Dalam perjalanan pulang, feri berhenti di beberapa jeti kecil dan akhirnya sampai pada pukul 5.20
  • 38. 38 petang dan kereta api ke KL Sentral, baru sahaja berlepas. Hujan turun lagi, akhirnya kami bertiga mengambil Grab untuk kembali ke Kuala Lumpur. Perjalanan ini sungguh menarik. Banyak pengajaran yang diperoleh, terutamanya cara kehidupan masyarakat di Pulau Ketam, santai dan tenang. Pulau Ketam memerlukan perancangan yang teratur agar menjadi pusat tarikan pelancong dan syurga makanan laut. Penulis Muhammad Yahaya - Prof. Emeritus dalam bidang Fizik di UKM. Berminat dalam ekspedisi dan ekopelancongan.
  • 39. 39 PULAU KETAM, TUNGGU AKU LAGI! MOHD YATIM DOLIR Pukul 7.12 pagi, aku sudah tiba di stesen LRT Setiawangsa. Anggaran perjalanan untuk sampai ke stesen KL Sentral hanya 17 minit. Aku menggunakan keistimewaan sebagai seorang warga emas dengan membeli tiket secara tunai. Cuma RM1.30 daripada harga penuh RM2.50. Pengguna kad TnG pula hanya dikenakan bayaran RM2.20. Hujan mulai turun ketika ini. Di Stesen KL Sentral. Setibanya di Stesen KL Sentral, aku terus sahaja “menampakkan” diri di hadapan pintu masuk KTM Komuter yang bertulis “Platfom 3 Laluan/Route ke Pelabuhan Klang” dengan tujuan supaya dapat dikesan oleh rakan-rakan peserta yang lain. Aku berselfi di hadapan pintu masuk ini dan share dalam grup WhatsApp. Tak lama selepas itu, ramailah yang datang berkumpul sambil kenal-mengenal. “First time jumpa pun boleh kenal ya?” Mesej dalam paparan taliponku, daripada Puan Nurul Shahida. Mudah sahaja balasku, “Aura Pulau Ketam hebat.” Ada peserta lain yang menyampuk, “Kami cari yang berbaju kuning….” “Baju kuning, tapi bukan Grup Bersih, ya. Hihihi.” Pukul 9.05 pagi, semua peserta seramai 17 orang sudah berkumpul. Setiap peserta menerima sebuah beg sandang yang mengandungi buku Nota, air mineral, jajan dan hand sanitizer. Cik Norsyamimi, selaku penyelenggara buku travelog kali ini, membantu. Aku membeli tiket Komuter KTM dengan harga RM3.20 sahaja (diskaun 50 peratus). Itu pun setelah aku terpaksa menghulurkan kad pengenalanku kepada petugas kaunter. “Ada muka baby face ke aku ni?” rungutku dalam hati.
  • 40. 40 Pukul 9.30 pagi, tren bergerak ke Pelabuhan Klang. Ketika itu, tidak ramai penumpang. Kami duduk dalam satu gerabak yang sama untuk memudahkan Encik Zaidi memberikan taklimat. Keseluruhan perjalanan mengambil masa satu jam 25 minit kerana terpaksa singgah di 17 stesen lain sebelum tiba di stesen Pelabuhan Klang. Baki masa yang ada di dalam tren, kami gunakan untuk saling berkenalan, berborak santai dan berselfi atau mengambil gambar. Pukul 10.55 pagi, kami tiba di stesen Pelabuhan Klang. Selepas berselfi dan bergambar sakan, kami terus bergerak menuju ke Terminal Penumpang Southport. Dalam keadaan pandemik COVID-19 yang belum berapa reda, hanya terdapat dua kaunter tiket yang memberikan perkhidmatan feri ke Pulau Ketam, iaitu Perkhidmatan Feri Pulau Ketam Berhawa Dingin dengan harga tiket RM7 dan Alibaba Pulau Ketam Ferry Operator yang menawarkan harga RM10. Kami memilih feri biasa bukan kerana lebih murah, tetapi untuk berasa lebih lama berada di atas laut sambil menikmati pemandangan yang pertama kali kami temui. Sesekali dilambung ombak di dalam “bot” yang boleh memuatkan sehingga 70 penumpang tanpa penjarakan, terasa meloyakan. Namun, pemandangan pokok-pokok bakau yang menghijau di sepanjang persisiran sungai, dan sesekali bangau menyambar ikan, amat menyeronokkan. Setelah kira-kira 40 minit perjalanan, pukul 1.15 tengah hari, feri kami tiba di Jeti Pulau Ketam. Keterujaan pertama yang menggamit pandangan aku ialah deretan basikal dan basikal elektrik di sekitar jeti tersebut. Juga rumah-rumah nelayan yang didirikan atas tiang-tiang kayu yang tinggi sehingga mencecah 10 meter dari paras laut. Ketika air pasang, rumah-rumah ini kelihatan seperti terapung di atas air. Kami lantas memilih satu ruang di jeti tersebut untuk sesi taklimat berkaitan dengan fotografi yang disampaikan oleh Encik Ahmad Safir. Peserta juga berpeluang memotret menggunakn kamera digital Canon yang diberi pinjam oleh Encik Khairul dari Syarikat Canon. Selesai taklimat, kami pun bergerak memulakan kembara di Pulau Ketam. Laluan dan jalan-jalan utama di pulau ini kebanyakannya telah dikonkrit, namun agak sempit dan perlu berhati-hati ketika berselisih. Keadaan rumah-rumah rapat antara satu sama lain, dan hanya dipisahkan oleh laluan basikal atau pejalan kaki, yang masih menggunakan kepingan papan sahaja. Satu-satunya kenderaan di Pulau Ketam ini ialah basikal dan basikal elektrik. Basikal elektrik ini menyerupai sebuah motorsikal tetapi lebih ringan kerana menggunakan kuasa bateri. Beberapa orang apek dan nyonya menawarkan kami perkhidmatan sewa kenderaan, namun semua menolak kerana mereka lebih suka dan selesa untuk berjalan kaki sahaja. Lebih mudah untuk berhenti di mana-mana sahaja, mengambil gambar atau mencatat tentang sesuatu yang kami temui. Itulah tujuan utama kembara kami. Setelah berjalan kira- kira 200 meter, aku rasa sedikit kelelahan, mungkin kerana keadaanku yang tidak berapa sihat sangat ditambah pula waktu yang sepatutnya aku mengisi perutku, sudah agak lewat.
  • 41. 41 Bimbang menjadi lebih mudarat, aku terima tawaran sewa yang amat munasabah untuk sebuah basikal elektrik. Cara menggunakannya amat mudah. Tauke kedai basikal ini sendiri menunjukkan caranya. Lazimnya kena bayar deposit dahulu, apabila nak serah nanti baru bayar bakinya setelah dikira berapa lama tempoh penggunaannya. Dalam kes aku, tauke itu begitu berhemah. “Orang tua mana mau tipu. Awak pakailah sampai bila pun. Mau balik nanti, pulang sini, senang cerita. Saya pun kenal sama awak,” kata tauke Cina itu. Aku terus bayar semua RM20 untuk tempoh baki kembara kami sehingga 4.30 petang. Berkesempatan menyewa basikal elektrik. Di Pulau Ketam, institusi yang perlu semuanya ada. Ada hotel, home stay, pejabat pos mini, balai polis, bank, bomba sukarela, klinik kesihatan, rukun tetangga, tadika perpaduan, pusat khidmat masyarakat YB, Pejabat Alam Flora dan Syabas, restoran, kedai runcit, pasar mini, balai raya, Balai Islam dan masjid, Maahad Tahfiz Mandarin, tokong Budha, dan dua buah sekolah, iaitu SJK (C) Pulau Ketam dan SMK Pulau Ketam. Ada sebuah warung sate dan nasi lemak di hadapan Balai Islam. Namun, ketika kami di sana warung itu tidak membuka perniagaannya. Rupanya warung ini dibuka hujung minggu sahaja. Terdapat juga beberapa tempat yang menjadi daya tarikan mereka yang berkunjung ke sini seperti rainbow house, mural dinding, tempat proses ikan atau udang kering dan sebagainya Dengan menunggang basikal elektrik yang aku sewa, aku berpecah daripada ahli- ahli kumpulan yang lain. Hasratku untuk melihat sendiri keadaan dua buah sekolah yang ada di Pulau Ketam ini, tidak kesampaian kerana aku tiada panduan untuk ke sana. Sikap egoku yang berlagak semua nak buat sendiri (tak nak menyusahkan orang, konon) menyebabkan sampai kesudah aku tak jumpa sekolah itu. Pekerja-pekerja kontraktor yang sedang membaiki salah satu laluan utama di situ, menamatkan kembara dan perjalananku.
  • 42. 42 Betullah kata orang, “Malu bertanya sesat jalan”. Bimbang, aku akan “kehilangan” rakan- rakan ahli rombongan yang lain, aku berpatah balik. Betul! Di persimpangan kali terakhir kami berpecah tadi, aku tidak menemui mereka. “Ah, sudah! Mana aku nak cari mereka?” getus hatiku. Akhirnya, aku memutuskan untuk pergi ke Balai Islam untuk menunaikan solat fardu zuhur. Alhamdulillah, di situ, ramai sahabat ahli rombongan yang juga datang untuk bersolat. Katanya sementara menunggu makan tengah hari siap. Selesai solat, kami bergerak ke Kedai Makan Cikgu yang terletak di tingkat satu sebuah bangunan rumah kedai di Jalan Satu. Hidangan nasi putih lauk siakap tiga rasa, udang masak lemak dengan kacang panjang dan telur dadar, cukup menyelerakan. Apatah lagi ketika itu memang kami sedang kelaparan. Oleh sebab waktu sudah agak lewat, kami terus sahaja ke jeti untuk balik ke Pelabuhan Klang. Setelah aku memulangkan basikal elektrik, baru aku teringat pesan sahabatku untuk mendapatkan maklumat tentang Maahad Tahfiz Mandarin. Aku dengan ditemani oleh Encik Ahmad Safir terus sahaja ke sana. Dapatkan sedikit info yang diperlukan untuk aku sampaikan kepada sahabatku nanti. Dalam perjalanan ke jeti, sempat juga Encik Ahmad Safir membuat beberapa bidikan menggunakan kamera Nikonku, pemandangan di perairan sungai berhampiran Maahad Tahfiz itu. Kebetulan sebuah bot sedang meluncur menghampiri jeti di situ. Cantik sekali. Pemandangan di perairan Pulau Ketam.
  • 43. 43 Dengan amat tergesa sekali, kami melangkahkan kaki ke jeti, bimbang feri yang akan membawa kami ke Jeti Pelabuhan Klang bergerak tepat pada waktunya dan tidak menunggu sesiapa yang lewat. Gerak hati kami benar-benar berlaku. Sampai sahaja di jeti, bot sudah pun bergerak. Kami melambai-lambaikan tangan dengan harapan feri itu akan berpatah balik, namun terus meluncur meninggalkan jeti. “Aduh, macam mana ni?” Aku hanya mengeluh dalam hati. Walaupun panik, namun aku agak lega sebab tidak berseorangan. Aku cuba meninjau sebuah feri yang masih berlabuh di situ, manalah tahu boleh menumpang. Atau, aku tunggu sahaja trip feri yang berikutnya. Alhamdulillah, aku rasa cukup lega, apabila kami dimaklumkan, feri yang sama akan berpatah balik ke jeti itu. Kami hanya perlu menunggu. Feri kali ini agak penuh. Apatah lagi apabila singgah pula di Jeti Sungai Lima untuk mengambil bukan sahaja penumpang, malah bagasi, maka feri bertambah padat. “Sabor je lah.” Di Jeti Terminal Penumpang Southport, kami berpisah sebab ada yang meneruskan perjalanan balik menggunakan kereta. Hanya beberapa orang yang terus menunggu dengan sabar Komuter KTM pukul 6.20 petang. Aku sendiri? Selepas bertukar KTM dan menaiki LRT, aku tiba di stesen Setiawangsa pukul 8.15 malam. Alhamdulillah, semuanya selamat tiba di kediaman masing-masing, walaupun ada yang melewati pukul 9.30 malam. Sejujurnya, kembara singkat itu tidak banyak memberikan aku gambaran yang lengkap tentang Pulau Ketam, apatah lagi kerana aku terpisah dengan ahli-ahli kumpulan yang lain. Banyak tempat menarik yang mereka temui, tidak sempat aku jumpa kerana aku lebih fokus untuk mencari sekolah dan flora serta fauna di Pulau Ketam, yang tak banyak mana pun dapat aku rakam. Ini menguatkan azam aku untuk datang lagi ke pulau ini satu masa nanti dengan tempoh yang lebih panjang; dan pastinya, mengembara atas kaki sendiri sahaja – tak mau naik basikal elektrik. Penulis
  • 44. 44