SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
Download to read offline
LAPORAN BERTULIS PELAYARAN KAPAL LAUT DIRAJA (KLD) TUNAS
SAMUDERA VOYAGE 289/13
Oleh:
Desmond Daniel Ak Copta (910817-13-5650)
Pada 27 Mei – 7 Jun 2013 saya sangat bertuah kerana terpilih bagi menyertai
pelayaran KLD Tunas Samudera buat pertama kalinya dalam sejarah hidup saya.
Dalam laporan ini saya akan mengisahkan apa yang telah saya lalui sepanjang saya
mengikuti program ini selama 12 hari. Laporan ini akan saya sediakan dalam
bentuk diari sepanjang berlangsungnya program ini.
Hari Pertama (27 Mei 2013 – Isnin)
1150 Penerbangan dari Lapangan Terbang (LT) Sibu, Sarawak
1320 Saya berjaya dan selamat tiba di LT Senai, Johor Baharu. En. Zali (KUKK)
menjemput saya bersama dua orang peserta dari Sabah iaitu dari IPG
Kampus Gaya dan Keningau.
1430 Kami tiba di IPG Temenggong Ibrahim dan melapor diri di pejabat
Penyelia Asrama
1700 Sedikit jamuan atau minum petang. Pada masa ini juga saya berpeluang
berkenalan dengan rakan-rakan baru. Pada masa ini juga masih terdapat 8
orang peserta belum melaporkan diri berikutan perjalanan yang jauh
menggunakan bas.
1730 Peserta lelaki dipanggil untuk sesi menggunting rambut. Rambut dipotong
nombor 1 mengikut standard kualiti NAVY.
1745 Aktiviti riadah yang dikendalikan oleh En. Jasa iaitu jurulatih KLD Tunas
Samudera IPGM . Terdapat 1 aktiviti yang dikendalikan oleh jurulatih
yang merupakan khusus untuk latihan keseimbangan dan melihat sejauh
mana keseimbangan badan seseorang itu.
1930 Makan malam kemudiannya berkumpul di bilik khas untuk sesi suai kenal
dan taklimat aktiviti. Bagi pengetahuan semua pelayaran ini akan bermula
daripada Tanjung Perlis – Pulau Tioman – Lumut, Perak dan merupakan
pelayaran yang paling lama. Selain itu, dimaklumkan bahawa kami semua
seramai 22 peserta terdiri daripada 20 pelajar dan 2 pensyarah
pengiring. Saya amat bertuah kerana saya merupakan satu-satunya
peserta daripada IPG Sarawak yang mengikuti program ini.
Semasa sesi taklimat ini kami juga didedahkan dengan sedikit sebanyak sejarah
dan asal usul kapal layar ini. Kapal layar ini sepanjang 44 meter panjang dan 7.8 m
lebar. Hanya terdapat 2 buah kapal sahaja di dunia ini iaitu dimiliki oleh Malaysia
dan Australia. Tiang kapal layar yang paling tinggi adalah 32.6 m (Tiang Utama)
dan tiang hadapan 30 m. Selain itu, terdapat sebanyak 118 tali di atas kapal ini
dan setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri.
Hari Kedua (28 Mei 2013 – Selasa)
0545 Bangun pagi
0630 Berada di padang IPG Temenggong Ibrahim yang dikendalikan oleh
jurulatih iaitu En. Jasa. Aktiviti keseimbangan dengan intensiti yang tinggi
yakni guling hadapan sejauh 5 meter & pusing (kepala diletakkan di atas
skitel) sebanyak 10 ulangan & berjalan titian sejauh 5 meter.
0730 Sarapan pagi.
1000 Berkumpul di perkarangan jabatan HEP untuk taklimat ringkas oleh En.
Zali (KUKK)
1010 Bertolak ke pelabuhan Kapal Diraja (KD) Sultan Ismail, Johor Baharu.
1210 Tibanya di pelabuhan KD Sultan Ismail, para peserta mengambil tempat
masing-masing dalam barisan bertiga kemudian Majlis Penyerahan
Peserta kepada Leftenen Komanden KLD Tunas Samudera.
Secara rasimnya kami merupakan krew KLD Tunas Samudera. Kami juga
diberikan asas kawad kaki di atas kapal yang berbeza dengan kawad kaki
di atas darat. Selain itu, taklimat keselamatan juga diberikan. Pada masa
yang sama kami diperkenal dengan segala peralatan yang digunakan di atas
kapal ini.
Sebelah petang, kami menjalani latihan kecergasan mengelilingi pelabuhan
KD Sultan Imail.
2100 Makan malam. Makanan dihidangkan secara buffet yang disediakan khas
oleh chef kapal.
Sebaik sahaja selesai makan, pertandingan mencipta logo, motto, lagu dan
sorakan dilaksanakan. Para peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan atau
dikenali sebagai awasan iaitu awasan merah, putih dan biru.
1100 Supper dan semua peserta dibenarkan tidur di atas geladak sahaja
(Middle deck atau front deck).
Pada masa ini, kami belum lagi memulakan pelayaran disebabkan faktor
kerosakkan enjin yang masih dalam proses pembaikian. Justeru, program kami
diubah di mana setiap aktiviti akan dilaksanakan di atas darat.
Hari Ketiga (29 Mei 2013 – Rabu)
0540 Bangun pagi, solat dan penyediaan sarapan pagi bersama chef. Setiap
awasan akan bertugas secara bergilir-gilir.
0700 Sarapan pagi.
0730 Pembahagian tugas di atas geladak kapal mengikut awasan.
Aktiviti ini dinamakan Happy Hour, di mana bermaksud setiap krew kapal
akan membersihkan satu kapal. Contohnya, menggilatkan tembaga,
mencuci deck (atas, bawah, luar dan dalam).
0900 Aktiviti “Merempuh Halangan” mengikut awasan masing-masing. Terdapat
12 halangan kami hanya dibenarkan melakukan 11 halangan sahaja. Pada
masa ini juga kami melakukan pertandingan merempuh halangan dan
awasan yang menang adalah pertama awasan merah, kedua ialah awasan
putih dan ketiga ialah awasan biru. Saya merupakan awasan biru. Walaupun
kalah namun kami tetap teguh bersama dalam satu pasukan.
Kemudian, pensyarah pengiring En. Mustapha mencabar NAVY untuk
bertanding bersama 8 orang peserta IPGM. Saya merupakan salah
seorang peserta dalam cabaran ini. Di akhir pertandingan, kumpulan
peserta daripada IPGM memenangi cabaran dan NAVY dikehendaki
berlari mengelilingi pelabuhan sebanyak 5 pusingan.
1200 Kelas “Info On Nautacil Chart” iaitu kelas berkaitan dengan bacaan peta
di semasa di lautan. Di darat ia dipanggil map tetapi di kapal ia dipanggi
nautical chart.
Terdapat banyak jenis chart antaranya adalah mergato, approhes,
offshore, dan plan chart.
Semasa mengikuti kelas ini, saya keliru dengan setiap maklumat yang
diberikan dan sukar untuk memahaminya kerana perkara ini bukannya
mengambil masa beberapa jam untuk dipelajari. Namun, sedikit sebanyak
saya peroleh pengetahuan yang boleh digunakan sebagai seorang peserta.
Selain itu, kami diberi peluang untuk mempelajari bagaimana mengukur
jarak dan masa di atas carta, mengukur atau tentukan haluan kapal dan
kedudukan kapal semasa.
1500 Aktiviti renang di kolam renang KD Sultan Ismail. Kami didedahkan dengan
asas berenang dan keyakinan air. Bagi sesi ini ia tidak menjadi masalah
kepada saya kerana saya mahir berenang dan merupakan aktiviti yang
telah kami laksanakan dalam pengkhususan Pendidikan Jasmani.
1700 Beriadah dan berehat.
1845 Membuat lawatan ke kapal perang KD Perkasa yang berlabuh untuk loading
minyak,air, bahan-bahan mentah dan lain-lain. Semasa lawatan, kami
diiringi oleh Leftenen Mohd Najmi Bin Ali dan hanya dibenarkan membuat
lawatan di atas deck sahaja kerana maklumat kapal perang merupakan
rahsia kerajaan. Kami juga tidak dibenarkan mengambil gambar sesuka
hati kerana ia adalah rahsia kerajaan.
1910 Makan malam
2040 Perbincangan berkenaan malam kebudayaan pelayaran yakni dipanggil
“Social Night”.
2100 Pertandingan permainan bola tampar antara awasan. Awasan yang menang
adalah awasan merah, diikuti oleh awasan putih dan akhir sekali awasan
biru.
Peserta IPGM sekali lagi mencabar NAVY dalam permainan ini dan saya
juga salah seorang yang terlibat dalam cabaran ini dan kami memenangi
perlawanan ini.
2300 Supper dan rehat.
Hari Keempat (30 Mei 2013 – Khamis)
0545 Bangun pagi. Penyediaan sarapan dan membantu chef menyediakan sarapan
pagi.
0630 Sarapan pagi
0730 Happy Hour
0800 Senaman pagi mengelilingi separuh daripada pengkalan KD Sultan Ismail.
0900 Minum pagi dan bersedia untuk aktiviti di Tanjung Balau.
0930 Bergerak ke Tanjung Balau. Aktiviti yang dilakukan seperti menggunakan
apa sahaja cara membawa semua krew-krew kapal ke dalam air. Kemudian
membina bangunan manusia paling tinggi di dalam air pada parang pinggang
dengan laut yang bergelora.
- Di darat pula kami dikehendaki melakukan permainan ikatan terpanjang
dengan menggunakan apa sahaja yang ada pada diri sendiri, contohnya
tali kasut dan apa sahaja peralatan yang boleh digunakan asalkan
peralatan tersebut ada pada diri kita sendiri.
- Pada masa yang sama sesi suai kenal dengan lebih mendalam dilakukan
di dalam air laut dengan laut yang bergelora.
- Seterusnya selepas makan tengah hari, kami diberikan 10 klue dan
dikehendaki mencari dan mengambil gambar. Syaratnya setiap ahli
mesti berada di dalam gambar tersebut. Tiada had masa ditetapkan
dalam permainan ini.
- Disebabkan semua kumpulan berjaya mendapatkan semua gambar yang
dikehendaki, maka semua kumpulan seri. Justeru, untuk menentukan
pemenang maka kami diberikan tugasan terakhir yakni mencari atau
menghasilkan satu gambar yang paling lucu. Gambar tersebut akan
dinilai sendiri oleh krew-krew kapal. Pemenang bagi permainan pada
hari ini adalah awasan putih, merah dan akhir sekali awasan biru.
1645 Berangkat pulang ke jeti KD Sultan Ismail. Kami diberi masa sehingga
esok untuk berehat dan menguruskan diri. Esok merupakan detik di mana
pelayaran ini akan bermula.
Bagi pengetahuan semua juga, pada masa ini iaitu sepanjang beberapa hari di
darat ini saya berasa sangat kecewa dan motivasi merudum kerana saya telah set
di dalam minda saya bahawa sebaik sahaja sampai di pelabuhan ini pada hari
pertama, kami akan belayar terus di lautan dan itu tidak terjadi. Selain itu,
disebabkan enjin kapal yang rosak maka haluan kapal yang sebelum ini dirancang
dari Tanjung Perlis – Pulau Tioman – Lumut, Perak tidak dapat dilaksanakan.
Tentatifnya adalah dari JB – Selat Melaka – Mengelilingi Singapura (Selat
Singapura) - Lumut Perak.
Hari Kelima ( 31 Mei 2013 – Jumaat)
0630 Sarapan pagi
0730 Senaman pagi
0930 Kelas “The Sailing Delight” di mana kelas ini adalah berkaitan dengan
layar-layar kapal dan kegunaan setiap layar tersebut. Selain itu, kelas ini
adalah berkaitan dengan kedudukan kapal semasa di lautan. Antara layar-
layar utama di kapal ini adalah seperti top gallant, top sail, course, jib,
tween mass sail, main sail (kemudi), main gaft, drifter, fisherman sail dan
storm sail. Kesimpulannya, terdapat 8 layar utama di kapal ini dan 13 layar
tambahan.
- Kami juga didedahkan dengan arahan yang digunakan dalam menaikkan
layar dan menurunkan layar. Saya juga berpeluang memberikan
hukuman semasa pelayaran ini dan ia merupakan pengalaman yang
menyeronokkan.
- Ini merupakan antara hukumannya:
1. All hands on deck (Semua anak-anak kapal ke deck)
2. Red watch (Awasan Merah) Ready sir. (Bila semua krew cukup
dan bersedia)
3. Set the jib to port. (Arahan diberikan oleh pegawai bertugas)
4. Red watch are you ready? (Ketua atau krew yang memberi
arahan)
5. Red watch ready sir
6. 2, 6 heave (arahan untuk tarik layar) dan seterusnya
sehinggalah layar dibuka sepenuhnya atau bergantung kepada
pegawai navigasi.
1030 Peserta membuat aktiviti atau urusan sendiri. Menyiapkan diri untuk
persediaan belayar.
1200 Tali dileraikan daripada jeti oleh pegawai yang bertugas. Krew-krew kapal
termasuk pelatih bersama-sama bergerak ke lautan menghala ke Selat
Singapura.
- Menaikkan layar kapal
- Naik ke Fore Course (Tiang kapal) dan Fore Top Sail. Kami naik melalui
tangga khas yang dipanggil red line dan menuruni tali yang melintang ke
bawah daripada tiang utama ke hadapan kapal atau dipanggil Baby Stay
(Dawai melintang 45 darjah).
Dalam diari ini saya tidak dapat menulis atau membuat catatan setiap detik
kerana kekangan masa dan penulisan ini hanya dilakukan semasa saya ada
kelapangan. Ini kerana sebaik sahaja kapal belayar, setiap daripada kami perlu
bersedia dari segi mental, emosi dan yang penting jasmani kerana pada bila-bila
masa sahaja kami akan dipanggil untuk manaikkan atau menurunkan layar. Malah,
aktiviti-aktiviti lain yang dirancang juga dilaksanakan pada masa ini juga. Saya
juga berasa kurang selesa semasa berada di atas kapal kerana keadaan laut yang
bergelora menyebabkan pening. Terdapat juga rakan-rakan yang lain muntah dan
mabuk laut sebaik sahaja pelayaran ini bermula.
Hari Keenam ( 1 Jun 2013 – Sabtu)
Pagi Laut masih lagi bergelora dan keadaan kapal terumbang-ambing. Semua
krew kapal sentiasa menurunkan dan menaikkan layar mengikut arah
angin. Anker juga dileraikan ke dasar laut berikutan keadaan laut yang
bergelora dengan kuat dan ombak setinggi 3 m ke atas. Selain itu, kapal
juga mengalami kerosakkan pada enjin. Kedua-dua enjin dilaporkan rosak.
Justeru, kerja-kerja membaiki sedang giat dijalankan oleh mekanik
kapal.
- EMA (Early Morning Activities)
- Sarapan pagi
- Happy hour
- MKMA (Melawan Kebakaran Mencegah Api) juga dijalankan di atas
deck kapal yang dikendalikan oleh krew kapal yang bertugas.
T/hari - Solat dan makan tengah hari
- Kelas undang-undang di lautan. Undang-undang di lautan lebih kurang
sama dengan undang-undang di jalan raya. Namun, keutamaan
diberikan kepada kapal-kapal perdagangan yang bersaiz besar.
Justeru, kapal-kapal kecil perlu memberi laluan kepada kapal besar
ini. Selain itu, setiap kapal juga dikehendaki melaporkan atau
menyediakan laluan mereka sendiri yang dimasukkan ke dalam sistem
navigasi.
- Kelas mengenal barang dan alatan di atas kapal juga dilaksanakan.
- Kelas ikatan tali. Contohnya reefknot, clove hitch dan slip clove hitch.
Pertandingan juga diadakan bagi ikatan tali. Awasan biru telah
memenangi pertandingan ini dan saya berbangga kerana membawa
kemenangan kepada awasan saya.
Malam Solat Maghrib dan Isya
- ROR (Rule Of Road) di mana setiap kapal perlu melalui haluan yang
telah ditetapkan oleh setiap negara terutama semasa berada di
sesebuah negara asing. ROR perlu dipatuhi dan perlu sentiasa
dikemaskinikan setiap 15 minit untuk melihat kedudukan kapal sama
ada berada di laluan atau telah tidak.
Sepanjang hari ini, para peserta sentiasa diuji dari segi mental dan fizikal di
mana setiap 15 minit krew-krew kapal perlu menaikkan layar dan menurunkan
layar tidak kira waktunya. Ini kerana menaikkan layar dan menurunkan layar
adalah bergantung sepenuhnya kepada arah tiupan angin.
Saya turut merasa kehebatan angin apabila berada di lautan bersama
krew-krew kapal semasa hujan lebat melanda. Dengan kapal yang terumbang-
ambing, terpaksalah kami menaikkan layar dan berdiri di atas deck. Rasa pening
dan loya serta mabuk laut adalah lumrah seorang NAVY. Tips untuk mengelak
daripada muntah adalah dengan tidak memikirkannya dan kita perlu menghayati
perasaan itu.
Hari Ketujuh (2 Jun 2013 – Ahad)
Pagi - Subuh
- EMA (PTI atau Physical Training Instructor) mengetuai aktiviti
senaman pagi di atas deck kapal. Antara aktivitinya adalah
senamrobik.
- Happy hour
- MKMA (Melawan Kebakaran Mencegah Api)
T/hari - Solat dan makan tengah hari
- Latihan melakukan Boatswain Call (merupakan salah satu tiupan
menggunakan alat khas seperti wisel. Boatswain call ini mempunyai
pelbagai fungsi dalam memberi arahan kepada anak-anak kapal dari
semasa ke semasa. Setiap tiupan yang dibuat mempunyai makna yang
tersendiri. Contohnya: pipe still, pipe carry on, general call, pipe
down, pipe on side, dan hands on dinner.
- Selepas latihan ini kami diuji dan pertandingan dibuat. Saya juga
mengetuai awasan biru dalam membuat call ini dan saya berjaya
melakukannya dengan baik. Saya juga banyak menyumbang semasa
melakukan call ini kerana dalam awasan hanya saya seorang sahaja
yang dikatakan boleh menguasai call dengan baik berbanding dengan
peserta lain.
Malam - Malam ini dilaksanakan satu pertandingan yang dipanggil “Super
Spontan” di mana kami diberikan satu situasi pada masa itu dan
dikehendaki melakonkan situasi tersebut secara spontan
menggunakan skrip dan kreativiti masing-masing.
Hari ini keadaan agak tenang jika dibandingkan dengan keadaan semalam tetapi
krew-krew kapal sentiasa bersedia untuk menaikkan layar dan menurunkannya
pada bila-bila masa dalam apa sahaja situasi sekali pun.
Hari Kelapan (3 Jun 2013 – Isnin)
Pagi - Subuh
- EMA
- Sarapan pagi
- Happy hour
- Kelas Emergency Proseduring
- Dalam kelas ini kami diperkenal dengan alat bantuan pernafasan dan
jaket kebakaran. Kami didedahkan kepada situasi kebakaran
sekiranya berlaku kebakaran di atas atau di dalam kapal. Kami juga
melakukan amali bagi kebakaran.
T/hari - Makan tengah hari
- Kelas Senjata Api. Kami didedahkan kepada 3 jenis senjata api yakni
pistol, senapang M16 dan M4 (senjata berat). Selain itu, kelas ini
digunakan sebagai pendedahan dan pengetahuan kepada saya dan
rakan-rakan kepada cara mengendalikan senjata api ini, apa yang
boleh dan tidak, pengenalan kepada peluru, cara membersihkan
senjata api dan amali menembak. Semasa kelas ini juga, kami
diberitahu bahawa sebelum melakukan sebarang amali menembak
kapal perlu meminta kebenaran daripada pihak berkuasa dan kapal-
kapal berdekatan agar tidak melalui kawasan menembak. Selain itu, ia
perlu dilakukan jauh dari darat. Saya amat bertuah kerana
berpeluang merasai sendiri menembak menggunakan pistol dan
senapang M16. Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan seumur
hidup saya.
Malam - Makan malam
- Persediaan untuk malam ‘Social Night”.
- Latihan nyanyian lagu Samudera Raya iaitu lagu rasmi NAVY.
SAMNUDERA RAYA
Semboyan angkatan laut kita,
Di samudera raya,
Menjaga pantai ibu pertiwi,
Dari angkara murka,
Dari barat sampai ke timur,
Itulah pantai Malaysia,
Tiap saat berjaga,
Di tengah samudera raya,
Perwira dan satria,
Angkatan laut Diraja.
Hari Kesembilan (4 Jun 2013 – Selasa)
Mengikut perancangan yang dibuat, kami sepatutnya telah tiba di pesisiran
pelabuhan Lumut, Perak namun disebabkan oleh keadaan kapal dan laut yang tidak
mengizinkan maka kami berlabuh di pelabuhan Port Dickson.
1100 - Kapal berlabuh
- Angker dileraikan.
- Aktiviti membersihkan kapal, mengemas ikatan tali dan persediaan
tempat untuk majlis penutupan.
- Majlis penutupan dan penyerahan balik peserta dijalankan
- Kemudian, majlis penyampaian sijil penghargaan kepada semua
peserta.
1400 - Berangkat pulang ke IPG BM
- Pengurusan diri
2100 - Post mortem bersama KUK (En. Azzudin) dan Pn. Nani (Wakil IPGM)
- Taklimat pergerakan balik para peserta.
Hari Kesepuluh dan Sebelas ( 5 & 6 Jun 2013 – Rabu & Khamis)
Hari ini, semua peserta Semenanjung Malaysia berangkat pulang ke rumah
masing-masing dan hanya beberapa orang sahaja yang masih tinggal di IPG
Kampus BM iaitu saya sendiri dan rakan saya daripada IPG Keningau iaitu
Christopher. Dengan adanya kesempatan seperti ini, kami telah mengenali dengan
lebih mendalam sesama sendiri dan seperti adik beradik.
Sebelum rakan-rakan yang lain meninggalkan IPG Kampus BM, kami sempat
bergambar sebagi kenang-kenangan. Perpisahan ini membawa kesedihan dan
pengalaman yang manis kepada kami semua termasuk diri saya.
Pada hari ini, saya masih lagi merasakan kemabukan laut yang berada di
kepala saya. Badan saya terasa terumbang-ambing kerana telah seminggu berada
di atas kapal yang terumbang-ambing dengan laut yang bergelora.
Saya dan Christopher juga sempat bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur
secara bersendirian. Ini juga merupakan pengalaman yang manis kerana kami
berjalan tanpa mengenal arah tujuan.
Hari Kedua belas (7 Jun 2013 – Jumaat)
Pada jam 8.30 pagi saya dan Christopher berangkat ke LCCT untuk kembali ke
negeri masing-masing. Perpisahan ini membawa seribu satu cerita kepada kami
baik manis mahupun pahit. Kesedihan memang terasa hasil daripada pengalaman
yang dilalui bersama sepanjang pelayaran ini namun itulah lumrah.
Akhir kata, saya mengucap syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya maka dapatlah saya mengikuti, menghabiskan pelayaran ini dengan
jayanya. Ruang dan peluang yang diberikan kepada saya akan menjadi kenangan
manis dalam diari hidup saya. Pengalaman ini juga memberikan nilai tambah
kepada diri saya terutama dari segi pengetahuan pelayaran, disiplin dan semangat
berkumpulan dalam sesebuah organisasi. Terima kasih diucapkan kepada pihak
IPGM yang memilih saya dan kepada Pengarah dan KUKK IPG Kampus Rajang yang
memberikan sokongan padu kepada saya dalam mengikuti pelayaran ini.
SALAM SAMUDERA RAYA KEPADA SEMUA!!!
AWASAN BIRU!!!
Laporan disediakan oleh:
___________________
(DESMOND DANIEL AK COPTA)
Pelatih IPG Kampus Rajang, Bintangor
Peserta KLD Tunas Samudera Voyage 289/13.

More Related Content

Similar to Laporan bertulispelayarankld tunas samudera voyage 289 13

Similar to Laporan bertulispelayarankld tunas samudera voyage 289 13 (17)

Wisata Pramuka
Wisata PramukaWisata Pramuka
Wisata Pramuka
 
Alor diving trip 7 hari
Alor diving trip 7 hariAlor diving trip 7 hari
Alor diving trip 7 hari
 
Wisata Pulau Pramuka Pulau Seribu
Wisata Pulau Pramuka Pulau SeribuWisata Pulau Pramuka Pulau Seribu
Wisata Pulau Pramuka Pulau Seribu
 
Wisata Pulau Tidung
Wisata Pulau Tidung Wisata Pulau Tidung
Wisata Pulau Tidung
 
Karangan laporan
Karangan laporanKarangan laporan
Karangan laporan
 
Paket Wisata Pulau Tidung Kepulauan Seribu Selatan
Paket Wisata Pulau Tidung Kepulauan Seribu SelatanPaket Wisata Pulau Tidung Kepulauan Seribu Selatan
Paket Wisata Pulau Tidung Kepulauan Seribu Selatan
 
Wisata Pulau Tidung Kepulauan Seribu Selatan
Wisata Pulau Tidung Kepulauan Seribu SelatanWisata Pulau Tidung Kepulauan Seribu Selatan
Wisata Pulau Tidung Kepulauan Seribu Selatan
 
Laporan ISSF 2010
Laporan ISSF 2010Laporan ISSF 2010
Laporan ISSF 2010
 
Latihan Penulisan
Latihan PenulisanLatihan Penulisan
Latihan Penulisan
 
Paket Wisata Pulau Pramuka Kepulauan Seribu Utara
Paket Wisata Pulau Pramuka Kepulauan Seribu UtaraPaket Wisata Pulau Pramuka Kepulauan Seribu Utara
Paket Wisata Pulau Pramuka Kepulauan Seribu Utara
 
Wisata Pramuka Kepulauan Seribu Utara
Wisata Pramuka Kepulauan Seribu UtaraWisata Pramuka Kepulauan Seribu Utara
Wisata Pramuka Kepulauan Seribu Utara
 
Wisata Pulau Tidung 3 hari 2 malam
Wisata Pulau Tidung 3 hari 2 malamWisata Pulau Tidung 3 hari 2 malam
Wisata Pulau Tidung 3 hari 2 malam
 
Latihan penulisan
Latihan penulisanLatihan penulisan
Latihan penulisan
 
4 d 3n bintan batam singapore
4 d 3n bintan batam singapore4 d 3n bintan batam singapore
4 d 3n bintan batam singapore
 
Trip2u derawan
Trip2u derawanTrip2u derawan
Trip2u derawan
 
Paket wisata flores murah
Paket wisata flores murahPaket wisata flores murah
Paket wisata flores murah
 
Jakarta Tour
Jakarta TourJakarta Tour
Jakarta Tour
 

Laporan bertulispelayarankld tunas samudera voyage 289 13

  • 1. LAPORAN BERTULIS PELAYARAN KAPAL LAUT DIRAJA (KLD) TUNAS SAMUDERA VOYAGE 289/13 Oleh: Desmond Daniel Ak Copta (910817-13-5650) Pada 27 Mei – 7 Jun 2013 saya sangat bertuah kerana terpilih bagi menyertai pelayaran KLD Tunas Samudera buat pertama kalinya dalam sejarah hidup saya. Dalam laporan ini saya akan mengisahkan apa yang telah saya lalui sepanjang saya mengikuti program ini selama 12 hari. Laporan ini akan saya sediakan dalam bentuk diari sepanjang berlangsungnya program ini. Hari Pertama (27 Mei 2013 – Isnin) 1150 Penerbangan dari Lapangan Terbang (LT) Sibu, Sarawak 1320 Saya berjaya dan selamat tiba di LT Senai, Johor Baharu. En. Zali (KUKK) menjemput saya bersama dua orang peserta dari Sabah iaitu dari IPG Kampus Gaya dan Keningau. 1430 Kami tiba di IPG Temenggong Ibrahim dan melapor diri di pejabat Penyelia Asrama 1700 Sedikit jamuan atau minum petang. Pada masa ini juga saya berpeluang berkenalan dengan rakan-rakan baru. Pada masa ini juga masih terdapat 8 orang peserta belum melaporkan diri berikutan perjalanan yang jauh menggunakan bas. 1730 Peserta lelaki dipanggil untuk sesi menggunting rambut. Rambut dipotong nombor 1 mengikut standard kualiti NAVY. 1745 Aktiviti riadah yang dikendalikan oleh En. Jasa iaitu jurulatih KLD Tunas Samudera IPGM . Terdapat 1 aktiviti yang dikendalikan oleh jurulatih yang merupakan khusus untuk latihan keseimbangan dan melihat sejauh mana keseimbangan badan seseorang itu. 1930 Makan malam kemudiannya berkumpul di bilik khas untuk sesi suai kenal dan taklimat aktiviti. Bagi pengetahuan semua pelayaran ini akan bermula daripada Tanjung Perlis – Pulau Tioman – Lumut, Perak dan merupakan pelayaran yang paling lama. Selain itu, dimaklumkan bahawa kami semua seramai 22 peserta terdiri daripada 20 pelajar dan 2 pensyarah pengiring. Saya amat bertuah kerana saya merupakan satu-satunya peserta daripada IPG Sarawak yang mengikuti program ini.
  • 2. Semasa sesi taklimat ini kami juga didedahkan dengan sedikit sebanyak sejarah dan asal usul kapal layar ini. Kapal layar ini sepanjang 44 meter panjang dan 7.8 m lebar. Hanya terdapat 2 buah kapal sahaja di dunia ini iaitu dimiliki oleh Malaysia dan Australia. Tiang kapal layar yang paling tinggi adalah 32.6 m (Tiang Utama) dan tiang hadapan 30 m. Selain itu, terdapat sebanyak 118 tali di atas kapal ini dan setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri. Hari Kedua (28 Mei 2013 – Selasa) 0545 Bangun pagi 0630 Berada di padang IPG Temenggong Ibrahim yang dikendalikan oleh jurulatih iaitu En. Jasa. Aktiviti keseimbangan dengan intensiti yang tinggi yakni guling hadapan sejauh 5 meter & pusing (kepala diletakkan di atas skitel) sebanyak 10 ulangan & berjalan titian sejauh 5 meter. 0730 Sarapan pagi. 1000 Berkumpul di perkarangan jabatan HEP untuk taklimat ringkas oleh En. Zali (KUKK) 1010 Bertolak ke pelabuhan Kapal Diraja (KD) Sultan Ismail, Johor Baharu. 1210 Tibanya di pelabuhan KD Sultan Ismail, para peserta mengambil tempat masing-masing dalam barisan bertiga kemudian Majlis Penyerahan Peserta kepada Leftenen Komanden KLD Tunas Samudera. Secara rasimnya kami merupakan krew KLD Tunas Samudera. Kami juga diberikan asas kawad kaki di atas kapal yang berbeza dengan kawad kaki di atas darat. Selain itu, taklimat keselamatan juga diberikan. Pada masa yang sama kami diperkenal dengan segala peralatan yang digunakan di atas kapal ini. Sebelah petang, kami menjalani latihan kecergasan mengelilingi pelabuhan KD Sultan Imail. 2100 Makan malam. Makanan dihidangkan secara buffet yang disediakan khas oleh chef kapal. Sebaik sahaja selesai makan, pertandingan mencipta logo, motto, lagu dan sorakan dilaksanakan. Para peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan atau dikenali sebagai awasan iaitu awasan merah, putih dan biru. 1100 Supper dan semua peserta dibenarkan tidur di atas geladak sahaja (Middle deck atau front deck). Pada masa ini, kami belum lagi memulakan pelayaran disebabkan faktor kerosakkan enjin yang masih dalam proses pembaikian. Justeru, program kami diubah di mana setiap aktiviti akan dilaksanakan di atas darat.
  • 3. Hari Ketiga (29 Mei 2013 – Rabu) 0540 Bangun pagi, solat dan penyediaan sarapan pagi bersama chef. Setiap awasan akan bertugas secara bergilir-gilir. 0700 Sarapan pagi. 0730 Pembahagian tugas di atas geladak kapal mengikut awasan. Aktiviti ini dinamakan Happy Hour, di mana bermaksud setiap krew kapal akan membersihkan satu kapal. Contohnya, menggilatkan tembaga, mencuci deck (atas, bawah, luar dan dalam). 0900 Aktiviti “Merempuh Halangan” mengikut awasan masing-masing. Terdapat 12 halangan kami hanya dibenarkan melakukan 11 halangan sahaja. Pada masa ini juga kami melakukan pertandingan merempuh halangan dan awasan yang menang adalah pertama awasan merah, kedua ialah awasan putih dan ketiga ialah awasan biru. Saya merupakan awasan biru. Walaupun kalah namun kami tetap teguh bersama dalam satu pasukan. Kemudian, pensyarah pengiring En. Mustapha mencabar NAVY untuk bertanding bersama 8 orang peserta IPGM. Saya merupakan salah seorang peserta dalam cabaran ini. Di akhir pertandingan, kumpulan peserta daripada IPGM memenangi cabaran dan NAVY dikehendaki berlari mengelilingi pelabuhan sebanyak 5 pusingan. 1200 Kelas “Info On Nautacil Chart” iaitu kelas berkaitan dengan bacaan peta di semasa di lautan. Di darat ia dipanggil map tetapi di kapal ia dipanggi nautical chart. Terdapat banyak jenis chart antaranya adalah mergato, approhes, offshore, dan plan chart. Semasa mengikuti kelas ini, saya keliru dengan setiap maklumat yang diberikan dan sukar untuk memahaminya kerana perkara ini bukannya mengambil masa beberapa jam untuk dipelajari. Namun, sedikit sebanyak saya peroleh pengetahuan yang boleh digunakan sebagai seorang peserta. Selain itu, kami diberi peluang untuk mempelajari bagaimana mengukur jarak dan masa di atas carta, mengukur atau tentukan haluan kapal dan kedudukan kapal semasa. 1500 Aktiviti renang di kolam renang KD Sultan Ismail. Kami didedahkan dengan asas berenang dan keyakinan air. Bagi sesi ini ia tidak menjadi masalah kepada saya kerana saya mahir berenang dan merupakan aktiviti yang telah kami laksanakan dalam pengkhususan Pendidikan Jasmani. 1700 Beriadah dan berehat. 1845 Membuat lawatan ke kapal perang KD Perkasa yang berlabuh untuk loading minyak,air, bahan-bahan mentah dan lain-lain. Semasa lawatan, kami diiringi oleh Leftenen Mohd Najmi Bin Ali dan hanya dibenarkan membuat lawatan di atas deck sahaja kerana maklumat kapal perang merupakan rahsia kerajaan. Kami juga tidak dibenarkan mengambil gambar sesuka
  • 4. hati kerana ia adalah rahsia kerajaan. 1910 Makan malam 2040 Perbincangan berkenaan malam kebudayaan pelayaran yakni dipanggil “Social Night”. 2100 Pertandingan permainan bola tampar antara awasan. Awasan yang menang adalah awasan merah, diikuti oleh awasan putih dan akhir sekali awasan biru. Peserta IPGM sekali lagi mencabar NAVY dalam permainan ini dan saya juga salah seorang yang terlibat dalam cabaran ini dan kami memenangi perlawanan ini. 2300 Supper dan rehat. Hari Keempat (30 Mei 2013 – Khamis) 0545 Bangun pagi. Penyediaan sarapan dan membantu chef menyediakan sarapan pagi. 0630 Sarapan pagi 0730 Happy Hour 0800 Senaman pagi mengelilingi separuh daripada pengkalan KD Sultan Ismail. 0900 Minum pagi dan bersedia untuk aktiviti di Tanjung Balau. 0930 Bergerak ke Tanjung Balau. Aktiviti yang dilakukan seperti menggunakan apa sahaja cara membawa semua krew-krew kapal ke dalam air. Kemudian membina bangunan manusia paling tinggi di dalam air pada parang pinggang dengan laut yang bergelora. - Di darat pula kami dikehendaki melakukan permainan ikatan terpanjang dengan menggunakan apa sahaja yang ada pada diri sendiri, contohnya tali kasut dan apa sahaja peralatan yang boleh digunakan asalkan peralatan tersebut ada pada diri kita sendiri. - Pada masa yang sama sesi suai kenal dengan lebih mendalam dilakukan di dalam air laut dengan laut yang bergelora. - Seterusnya selepas makan tengah hari, kami diberikan 10 klue dan dikehendaki mencari dan mengambil gambar. Syaratnya setiap ahli mesti berada di dalam gambar tersebut. Tiada had masa ditetapkan dalam permainan ini. - Disebabkan semua kumpulan berjaya mendapatkan semua gambar yang dikehendaki, maka semua kumpulan seri. Justeru, untuk menentukan pemenang maka kami diberikan tugasan terakhir yakni mencari atau menghasilkan satu gambar yang paling lucu. Gambar tersebut akan dinilai sendiri oleh krew-krew kapal. Pemenang bagi permainan pada hari ini adalah awasan putih, merah dan akhir sekali awasan biru. 1645 Berangkat pulang ke jeti KD Sultan Ismail. Kami diberi masa sehingga esok untuk berehat dan menguruskan diri. Esok merupakan detik di mana pelayaran ini akan bermula.
  • 5. Bagi pengetahuan semua juga, pada masa ini iaitu sepanjang beberapa hari di darat ini saya berasa sangat kecewa dan motivasi merudum kerana saya telah set di dalam minda saya bahawa sebaik sahaja sampai di pelabuhan ini pada hari pertama, kami akan belayar terus di lautan dan itu tidak terjadi. Selain itu, disebabkan enjin kapal yang rosak maka haluan kapal yang sebelum ini dirancang dari Tanjung Perlis – Pulau Tioman – Lumut, Perak tidak dapat dilaksanakan. Tentatifnya adalah dari JB – Selat Melaka – Mengelilingi Singapura (Selat Singapura) - Lumut Perak. Hari Kelima ( 31 Mei 2013 – Jumaat) 0630 Sarapan pagi 0730 Senaman pagi 0930 Kelas “The Sailing Delight” di mana kelas ini adalah berkaitan dengan layar-layar kapal dan kegunaan setiap layar tersebut. Selain itu, kelas ini adalah berkaitan dengan kedudukan kapal semasa di lautan. Antara layar- layar utama di kapal ini adalah seperti top gallant, top sail, course, jib, tween mass sail, main sail (kemudi), main gaft, drifter, fisherman sail dan storm sail. Kesimpulannya, terdapat 8 layar utama di kapal ini dan 13 layar tambahan. - Kami juga didedahkan dengan arahan yang digunakan dalam menaikkan layar dan menurunkan layar. Saya juga berpeluang memberikan hukuman semasa pelayaran ini dan ia merupakan pengalaman yang menyeronokkan. - Ini merupakan antara hukumannya: 1. All hands on deck (Semua anak-anak kapal ke deck) 2. Red watch (Awasan Merah) Ready sir. (Bila semua krew cukup dan bersedia) 3. Set the jib to port. (Arahan diberikan oleh pegawai bertugas) 4. Red watch are you ready? (Ketua atau krew yang memberi arahan) 5. Red watch ready sir 6. 2, 6 heave (arahan untuk tarik layar) dan seterusnya sehinggalah layar dibuka sepenuhnya atau bergantung kepada pegawai navigasi. 1030 Peserta membuat aktiviti atau urusan sendiri. Menyiapkan diri untuk persediaan belayar. 1200 Tali dileraikan daripada jeti oleh pegawai yang bertugas. Krew-krew kapal termasuk pelatih bersama-sama bergerak ke lautan menghala ke Selat Singapura. - Menaikkan layar kapal
  • 6. - Naik ke Fore Course (Tiang kapal) dan Fore Top Sail. Kami naik melalui tangga khas yang dipanggil red line dan menuruni tali yang melintang ke bawah daripada tiang utama ke hadapan kapal atau dipanggil Baby Stay (Dawai melintang 45 darjah). Dalam diari ini saya tidak dapat menulis atau membuat catatan setiap detik kerana kekangan masa dan penulisan ini hanya dilakukan semasa saya ada kelapangan. Ini kerana sebaik sahaja kapal belayar, setiap daripada kami perlu bersedia dari segi mental, emosi dan yang penting jasmani kerana pada bila-bila masa sahaja kami akan dipanggil untuk manaikkan atau menurunkan layar. Malah, aktiviti-aktiviti lain yang dirancang juga dilaksanakan pada masa ini juga. Saya juga berasa kurang selesa semasa berada di atas kapal kerana keadaan laut yang bergelora menyebabkan pening. Terdapat juga rakan-rakan yang lain muntah dan mabuk laut sebaik sahaja pelayaran ini bermula. Hari Keenam ( 1 Jun 2013 – Sabtu) Pagi Laut masih lagi bergelora dan keadaan kapal terumbang-ambing. Semua krew kapal sentiasa menurunkan dan menaikkan layar mengikut arah angin. Anker juga dileraikan ke dasar laut berikutan keadaan laut yang bergelora dengan kuat dan ombak setinggi 3 m ke atas. Selain itu, kapal juga mengalami kerosakkan pada enjin. Kedua-dua enjin dilaporkan rosak. Justeru, kerja-kerja membaiki sedang giat dijalankan oleh mekanik kapal. - EMA (Early Morning Activities) - Sarapan pagi - Happy hour - MKMA (Melawan Kebakaran Mencegah Api) juga dijalankan di atas deck kapal yang dikendalikan oleh krew kapal yang bertugas. T/hari - Solat dan makan tengah hari - Kelas undang-undang di lautan. Undang-undang di lautan lebih kurang sama dengan undang-undang di jalan raya. Namun, keutamaan diberikan kepada kapal-kapal perdagangan yang bersaiz besar. Justeru, kapal-kapal kecil perlu memberi laluan kepada kapal besar ini. Selain itu, setiap kapal juga dikehendaki melaporkan atau menyediakan laluan mereka sendiri yang dimasukkan ke dalam sistem navigasi. - Kelas mengenal barang dan alatan di atas kapal juga dilaksanakan. - Kelas ikatan tali. Contohnya reefknot, clove hitch dan slip clove hitch. Pertandingan juga diadakan bagi ikatan tali. Awasan biru telah memenangi pertandingan ini dan saya berbangga kerana membawa kemenangan kepada awasan saya.
  • 7. Malam Solat Maghrib dan Isya - ROR (Rule Of Road) di mana setiap kapal perlu melalui haluan yang telah ditetapkan oleh setiap negara terutama semasa berada di sesebuah negara asing. ROR perlu dipatuhi dan perlu sentiasa dikemaskinikan setiap 15 minit untuk melihat kedudukan kapal sama ada berada di laluan atau telah tidak. Sepanjang hari ini, para peserta sentiasa diuji dari segi mental dan fizikal di mana setiap 15 minit krew-krew kapal perlu menaikkan layar dan menurunkan layar tidak kira waktunya. Ini kerana menaikkan layar dan menurunkan layar adalah bergantung sepenuhnya kepada arah tiupan angin. Saya turut merasa kehebatan angin apabila berada di lautan bersama krew-krew kapal semasa hujan lebat melanda. Dengan kapal yang terumbang- ambing, terpaksalah kami menaikkan layar dan berdiri di atas deck. Rasa pening dan loya serta mabuk laut adalah lumrah seorang NAVY. Tips untuk mengelak daripada muntah adalah dengan tidak memikirkannya dan kita perlu menghayati perasaan itu. Hari Ketujuh (2 Jun 2013 – Ahad) Pagi - Subuh - EMA (PTI atau Physical Training Instructor) mengetuai aktiviti senaman pagi di atas deck kapal. Antara aktivitinya adalah senamrobik. - Happy hour - MKMA (Melawan Kebakaran Mencegah Api) T/hari - Solat dan makan tengah hari - Latihan melakukan Boatswain Call (merupakan salah satu tiupan menggunakan alat khas seperti wisel. Boatswain call ini mempunyai pelbagai fungsi dalam memberi arahan kepada anak-anak kapal dari semasa ke semasa. Setiap tiupan yang dibuat mempunyai makna yang tersendiri. Contohnya: pipe still, pipe carry on, general call, pipe down, pipe on side, dan hands on dinner. - Selepas latihan ini kami diuji dan pertandingan dibuat. Saya juga mengetuai awasan biru dalam membuat call ini dan saya berjaya melakukannya dengan baik. Saya juga banyak menyumbang semasa melakukan call ini kerana dalam awasan hanya saya seorang sahaja yang dikatakan boleh menguasai call dengan baik berbanding dengan peserta lain. Malam - Malam ini dilaksanakan satu pertandingan yang dipanggil “Super Spontan” di mana kami diberikan satu situasi pada masa itu dan dikehendaki melakonkan situasi tersebut secara spontan menggunakan skrip dan kreativiti masing-masing.
  • 8. Hari ini keadaan agak tenang jika dibandingkan dengan keadaan semalam tetapi krew-krew kapal sentiasa bersedia untuk menaikkan layar dan menurunkannya pada bila-bila masa dalam apa sahaja situasi sekali pun. Hari Kelapan (3 Jun 2013 – Isnin) Pagi - Subuh - EMA - Sarapan pagi - Happy hour - Kelas Emergency Proseduring - Dalam kelas ini kami diperkenal dengan alat bantuan pernafasan dan jaket kebakaran. Kami didedahkan kepada situasi kebakaran sekiranya berlaku kebakaran di atas atau di dalam kapal. Kami juga melakukan amali bagi kebakaran. T/hari - Makan tengah hari - Kelas Senjata Api. Kami didedahkan kepada 3 jenis senjata api yakni pistol, senapang M16 dan M4 (senjata berat). Selain itu, kelas ini digunakan sebagai pendedahan dan pengetahuan kepada saya dan rakan-rakan kepada cara mengendalikan senjata api ini, apa yang boleh dan tidak, pengenalan kepada peluru, cara membersihkan senjata api dan amali menembak. Semasa kelas ini juga, kami diberitahu bahawa sebelum melakukan sebarang amali menembak kapal perlu meminta kebenaran daripada pihak berkuasa dan kapal- kapal berdekatan agar tidak melalui kawasan menembak. Selain itu, ia perlu dilakukan jauh dari darat. Saya amat bertuah kerana berpeluang merasai sendiri menembak menggunakan pistol dan senapang M16. Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan seumur hidup saya. Malam - Makan malam - Persediaan untuk malam ‘Social Night”. - Latihan nyanyian lagu Samudera Raya iaitu lagu rasmi NAVY. SAMNUDERA RAYA Semboyan angkatan laut kita, Di samudera raya, Menjaga pantai ibu pertiwi, Dari angkara murka, Dari barat sampai ke timur, Itulah pantai Malaysia, Tiap saat berjaga, Di tengah samudera raya, Perwira dan satria, Angkatan laut Diraja.
  • 9. Hari Kesembilan (4 Jun 2013 – Selasa) Mengikut perancangan yang dibuat, kami sepatutnya telah tiba di pesisiran pelabuhan Lumut, Perak namun disebabkan oleh keadaan kapal dan laut yang tidak mengizinkan maka kami berlabuh di pelabuhan Port Dickson. 1100 - Kapal berlabuh - Angker dileraikan. - Aktiviti membersihkan kapal, mengemas ikatan tali dan persediaan tempat untuk majlis penutupan. - Majlis penutupan dan penyerahan balik peserta dijalankan - Kemudian, majlis penyampaian sijil penghargaan kepada semua peserta. 1400 - Berangkat pulang ke IPG BM - Pengurusan diri 2100 - Post mortem bersama KUK (En. Azzudin) dan Pn. Nani (Wakil IPGM) - Taklimat pergerakan balik para peserta. Hari Kesepuluh dan Sebelas ( 5 & 6 Jun 2013 – Rabu & Khamis) Hari ini, semua peserta Semenanjung Malaysia berangkat pulang ke rumah masing-masing dan hanya beberapa orang sahaja yang masih tinggal di IPG Kampus BM iaitu saya sendiri dan rakan saya daripada IPG Keningau iaitu Christopher. Dengan adanya kesempatan seperti ini, kami telah mengenali dengan lebih mendalam sesama sendiri dan seperti adik beradik. Sebelum rakan-rakan yang lain meninggalkan IPG Kampus BM, kami sempat bergambar sebagi kenang-kenangan. Perpisahan ini membawa kesedihan dan pengalaman yang manis kepada kami semua termasuk diri saya. Pada hari ini, saya masih lagi merasakan kemabukan laut yang berada di kepala saya. Badan saya terasa terumbang-ambing kerana telah seminggu berada di atas kapal yang terumbang-ambing dengan laut yang bergelora. Saya dan Christopher juga sempat bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur secara bersendirian. Ini juga merupakan pengalaman yang manis kerana kami berjalan tanpa mengenal arah tujuan. Hari Kedua belas (7 Jun 2013 – Jumaat) Pada jam 8.30 pagi saya dan Christopher berangkat ke LCCT untuk kembali ke negeri masing-masing. Perpisahan ini membawa seribu satu cerita kepada kami
  • 10. baik manis mahupun pahit. Kesedihan memang terasa hasil daripada pengalaman yang dilalui bersama sepanjang pelayaran ini namun itulah lumrah. Akhir kata, saya mengucap syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurnia-Nya maka dapatlah saya mengikuti, menghabiskan pelayaran ini dengan jayanya. Ruang dan peluang yang diberikan kepada saya akan menjadi kenangan manis dalam diari hidup saya. Pengalaman ini juga memberikan nilai tambah kepada diri saya terutama dari segi pengetahuan pelayaran, disiplin dan semangat berkumpulan dalam sesebuah organisasi. Terima kasih diucapkan kepada pihak IPGM yang memilih saya dan kepada Pengarah dan KUKK IPG Kampus Rajang yang memberikan sokongan padu kepada saya dalam mengikuti pelayaran ini. SALAM SAMUDERA RAYA KEPADA SEMUA!!! AWASAN BIRU!!! Laporan disediakan oleh: ___________________ (DESMOND DANIEL AK COPTA) Pelatih IPG Kampus Rajang, Bintangor Peserta KLD Tunas Samudera Voyage 289/13.