SlideShare a Scribd company logo
1 of 36
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

FAKULTI SAINS KOGNITIF

DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

KPS 5042 (SEKOLAH DAN MASYARAKAT)

“APLIKASI ILMU SOSIOLOGI PENDIDIKAN DALAM

PENGURUSAN BILIK DARJAH”

Disediakan oleh :

Nama

: ROSIADI BIN TAJUDIN

No. Matrik

: L20081002254

Program

: AT46D (PRODUKSI MULTIMEDIA)

Nama

: NUR SHAHIDATUL AKMAR MOHD SHAHIBI

No. Matrik

: L20081002255

Program
: AT46D (PRODUKSI MULTIMEDIA)

Nama

: SITI FATIMAH BINTI NOR DIN

No. Matrik

: L20081002253

Program

: AT46D (PRODUKSI MULTIMEDIA)

Nama

: AZMA HANIM BINTI ABDUL AZIZ

No. Matrik

: L20081002256

Program

: AT46D (REKABENTUK GRAFIK BERKOMPUTER)

Nama

: AFZAN BINTI MUSTAFA

No. Matrik

: L20081002257

Program

: AT47D (REKABENTUK GRAFIK BERKOMPUTER)

Pensyarah:

EN. IKHSAN OTHMAN

KUMPULAN (DPLI) SEMESTER 1, 2008
ISI KANDUNGAN

Muka Surat

1.0 PENGENALAN

1 –2

2.0 LATARBELAKANG PENGURUSAN BILIK DARJAH

2.1 Pengenalan

3

2.2 Konsep Bilik Darjah

3 –4

2.3 Guru Dan Peranannya

5 –7

2.4 Pelajar Dan Peranannya

7 -8

2.5 Pengurusan Fizikal, Sumber Dan Organisasi

9 – 10

2.6 Persekitaran dan Aplikasi Bilik Darjah

10 – 11

2.7 Pengurusan Murid

2.8 Pengurusan pengajaran dan pembelajaran

3.0 TEORI-TEORI SOSIOLOGI
3.1 Teori Struktural-Fungsional

16 – 17

3.2 Teori Interaksionisme

17 – 18



4.0 APLIKASI TEORI SOSIOLOGI DALAM MENANGANI ISU

KEBERKESANAN PENGURUSAN BILIK DARJAH

4.1

Guru Kurang Berfungsi

19

4.2

Wujud Kumpulan Tertentu

19 – 20

4.3

Pengajaran Dan Pembelajaran Kurang Berkesan

20 – 21

4.4

Wujudnya Halangan Komunikasi

21 – 22

4.5

Kawalan Kelas Yang Longgar

22 – 23

4.6
Mengamalkan Diskriminasi Terhadap Pelajar

23 – 25

5.0 RUMUSAN

26 - 27

BIBLIOGRAFI




4.3

Pengajaran Dan Pembelajaran Kurang Berkesan

20 – 21

4.4

Wujudnya Halangan Komunikasi

21 – 22

1.0

  Pengenalan.

Tugas mengurus bilik darjah merupakan satu cabaran bagi seorang guru.
Pengurusan bilik darjah yang berkesan merupakan satu faktor utama dalam
menentukan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik
darjah dengan menjadikan pelajar sebagai subjek utama. Guru yang bijak
dalam pengurusan bilik darjah haruslah memahami dan mengenalpasti
keperluan subjek utamanya. Oleh itu, menjadi peranan bagi seorang guru
untuk mengkaji latarbelakang sosial pelajarnya supaya keberkesanan dalam
pengurusan bilik darjah dapat dicapai dengan jayanya.

Berdasarkan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam mengurus
sebuah bilik darjah, maka dalam kajian ini penulis cuba mengkaji “Aplikasi
Sosiologi Dalam Pengurusan Bilik Darjah”. Skop kajian lebih tertumpu kepada
mengkaji struktur sosial di dalam bilik darjah iaitu guru dan pelajar.

Kajian ini terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu; bahagian pertama,
mengkaji latarbelakang pengurusan bilik darjah; bahagian kedua, mengkaji
teori-teori sosiologi yang boleh diguna pakai dalam pengurusan bilik darjah
dan bahagian ketiga, menghuraikan mengenai aplikasi teori sosiologi dalam
menangani isu pengurusan bilik darjah. Seterusnya, bahagian terakhir ialah
rumusan. Dalam bahagian pertama, huraian kajian lebih memfokuskan kepada
komuniti di dalam bilik darjah dengan mengkaji sejarah, latarbelakang dan
peranan setiap anggota komuniti. Dalam konteks ini, subjek yang dikaji terdiri
daripada guru dan pelajar. Selain itu, teknik-teknik pengurusan yang perlu
dilaksanakan oleh seorang guru di dalam bilik darjah turut diterangkan.

Dalam bahagian kedua pula, tumpuan kajian adalah Bahagian terakhir pula
ialah rumusan. Bahagian ini memberi kesimpulan keseluruhan mengenai tajuk
dan skop kajian yang dikaji. Semoga hasil daripada kajian ini akan dapat
digunakan oleh para guru dan juga para pelajar bidang perguruan dalam
memahami konsep pengurusan bilik darjah dengan lebih baik ke arah
menghasilkan perancangan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah dengan lebih berkesan.

mengenai teori-teori sosiologi yang boleh dikaitkan dan diaplikasikan dalam
pengurusan bilik darjah. Beberapa teori sosiologi dikaji secara ringkas dan
aplikasi pengunaannya diterangkan secara mendalam dalam bahagian yang
seterusnya.

Manakala, dalam bahagian ketiga pula huraian menjurus kepada pengunaan
teori sosiologi dalam menangani isu-isu pengurusan bilik darjah. Dalam
bahagian ini kajian juga menumpu pada faktor-faktor yang mempengaruhi
keberkesanan pengurusan bilik darjah dari aspek sosiologi. Hampir
keseluruhan sub topik yang dihuraikan adalah berdasarkan kepada sub topik
dalam bahagian pertama.
2.0

Latar Belakang Pengurusan Bilik Darjah

2.1

Pengenalan

Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan
campurtangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan,
gerak kerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah
dan mengawal. Dalam topik perbincangan aplikasi ilmu sosiologi dalam
pengurusan bilik darjah ini penulis mengemukakan pendapat dan hujah betapa
pentingnya seorang guru atau pengurus mengambil perhatian terhadap aspek
sosiologi dalam sebuah bilik darjah dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Kesemua aspek sosiologi yang disentuh akan mempengaruhi
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan guru di
dalam bilik darjah.

Apabila kita membincangkan aspek sosiologi itu dalam konteks bilik darjah,
maka perkara khusus yang perlu dikaji ialah komuniti yang terdapat dalam
lingkungan bilik darjah tersebut. Adalah penting untuk dibincangan dalam
perkara ini tentang maksud bilik darjah itu sendiri, siapa guru dan pelajar dari
segi sejarah, biografi, peranan dan struktur, teknik dan cara pengurusan bilik
darjah yang berkesan dengan merujuk kepada aspek sosiologi serta faktor-
faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengurusan sebuah bilik darjah
tersebut.



2.2 Konsep Bilik Darjah

Sekolah merupakan wacana untuk setiap insan membina diri mereka dengan
pengisian dari pelbagai sumber ilmu agar dapat memudahkan individu
menghadapi arus kehidupan di alam ini. Pembelajaran ini bermula dengan
penyediaan diri pelajar dengan pelbagai perkara bermula dari segi mental
hinggalah kepada fizikal. Dalam sebuah sekolah, bilik darjah merupakan
tempat yang terpenting dalam membentuk sahsiah dan pengetahuan pelajar.
Bilik darjah merupakan tempat yang paling sesuai untuk penyampaian
pengajaran dan pembelajaran. Bilik darjah yang mempunyai suasana yang
tenteram dan selesa serta ditambah dengan pelbagai bahan pengajaran atau
bahan bantu mengajar akan memberi kesan yang mendalam kepada
penerimaan pelajar terhadap pengajaran guru.

Menurut Kamarudin Husin (2004:352), konsep bilik darjah sebenarnya telah
wujud sejak sekian lama. Namun demikian konsep tersebut berubah-ubah
mengikut perkembangan pendidikan dari semasa ke semasa. Pada zaman
dahulu, pembelajaran dilakukan di bawah pokok dengan bilangan pelajar yang
kecil sekitar lima hingga enam orang, dan ini boleh dianggap sebagai satu bilik
darjah. Begitu juga dengan surau atau pondok yang menjadi tempat kanak-
kanak Melayu mengaji al-Quran daripada imam juga tergolong sebagai bilik
darjah. Oleh itu, boleh dikatakan di mana sahaja tempat sesuatu ilmu itu
disampaikan tempat tersebut boleh dianggap sebagai bilik darjah.

Konsep bilik darjah pada hari ini biasanya ditafsirkan mengikut fungsi
pendidikan atau ciri penyusunan fizikal. Oleh itu, tempat seperti sebuah bilik
atau ruang yang mengandungi sekumpluan pelajar di bawah pengawasan
seorang guru, sebuah padang yang digunakan untuk pendidikan jasmani,
sekumpulan pelajar yang sedang menjalankan uji kaji dalam sebuah makmal
sains serta pendidikan yang diadakan di pusat sumber boleh digolongkan di
bawah konsep bilik darjah.
Secara asasnya dalam konteks hari ini, bilik darjah akan dilengkapi dengan
kemudahan seperti kerusi dan meja pelajar yang disusun mengikut aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, papan tulis dan alat bantu mengajar serta yang
paling utama ialah sejumlah pelajar yang berada dalam lingkungan umur yang
sama di bawah jagaan seorang guru. Bilik darjah merupakan satu organisasi
yang sangat mudah yang terdiri daripada guru dan sekumpulan pelajar yang
mempunyai matlamat dan harapan yang sama. Persekitaran bilik darjah
penting dalam situasi pembelajaran pelajar. Hal ini boleh mengalakkan atau
menghalang sesuatu aktiviti pembelajaran. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff
(1986:44), persekitaran fizikal bilik darjah yang baik akan dapat meningkatkan
kuasa serta sumber pengajaran guru. Beliau juga menekankan tentang
pengurusan dan penyusunan bilik darjah yang menyentuh cara guru
menyusun, mengorganisasi dan menggunakan perkara-perkara yang berkaitan,
menyusun tempat duduk pelajar serta penyusunan perabot dan alat bantu
mengajar. Secara keseluruhannya, semua perkara tersebut perlu diatur dengan
sempurna untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.

Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran,
merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan
medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah
dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan
jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan,
kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Guru seharusnya memiliki gaya
kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam
pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran
berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi
maklumat dan komunikasi.



2.3 Guru dan Peranannya

Bilik darjah merupakan satu organisasi yang sangat mudah, yang lazimnya
terdiri daripada guru, pelajar dan sumber pembelajaran. Guru sebagai individu
yang terlibat secara langsung dalam menerajui pembelajaran. Ketiga-tiga entiti
ini mempunyai peranan masing-masing bagi membolehkan sebuah bilik darjah
berfungsi dengan baik dan mencapai objektif yang diharapkan oleh pihak
sekolah.

Guru ialah seorang manusia biasa yang berada di tahap dewasa dan lebih tua
usianya berbanding pelajar. Dalam konteks pendidikan di Malaysia bagi
sekolah kerajaan, guru merupakan seorang yang menerima latihan perguruan
serta mendapat kelayakan untuk menjadi seorang guru sama ada dalam
bentuk sijil, diploma ataupun ijazah. Guru di sekolah merupakan satu
fenomena moden di mana mereka mempunyai pengkhususan dalam bidang
tertentu dan dibayar gaji. Pengurusan guru-guru sekolah awam di letakkan di
bawah tadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia dan mereka dibayar gaji oleh
kerajaan. Manakala guru-guru sekolah swasta pula dibayar oleh majikan
masing-masing. Dalam skim penjawatan guru sekolah Malaysia, secara
umumnya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu guru siswazah dan guru
bukan siswazah.



Menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008:42), guru ialah teras
kepada pelaksanaan proses pendidikan walaupun proses pendidikan itu boleh
juga berlangsung secara tanpa guru. Guru mempunyai peranan yang besar
dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik. Di antara
peranan guru yang utama adalah sebagai role model kepada pelajar,
pembentuk akhlak yang mulia, pakar dalam pengetahuan yang dimilikinya
serta mahir dalam beberapa kemahiran khususnya yang akan diajarkan kepada
pelajarnya. Menurut Schickendanz (1977) pula, guru berperanan dalam
konteks pengurusan bilik darjah. Katanya, “Pembelajaran terganggu dalam
iklim yang kucar-kacir atau destruktif; adalah menjadi tanggungjawab guru
menolong pelajar bertingkah laku dengan cara meningkatkan hormat pada diri
sendiri dan mewujudkancohes iveness kumpulan”.

Tugas untuk mendidik anak bangsa merupakan peranan utama bagi seorang
guru. Oleh hal yang demikian, untuk mendidik orang lain, guru sendiri perlu
mempunyai keperibadian yang mulia serta sahsiah yang terpuji supaya dapat
menjadi contoh dan ikutan para pelajarnya. Hal ini menuntut sifat
profesionalisme yang tinggi. Guru haruslah mempunyai disiplin yang cemerlang
seperti bekerja keras, menepati waktu, berakhlak mulia, mempunyai emosi
yang mantap dan disiplin kendiri yang utuh. Semua hal ini penting untuk
menarik minat pelajar terhadap guru yang mengajar kerana pelajar akan lebih
memberikan tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
jika mereka menyukai guru yang mengajarnya. “Segala-galanya yang dilakukan
oleh guru daripada merancang jadual harian sehingga membantu murid
menyelesaikan perbalahan adalah mempengaruhi keberkesanan guru sebagai
pendisiplin” (Rohaty Mohd. Majzub, T. Subahan, Maerah Faridah Karim,
Ahmad Jeffiri Hassan, 1991. Persatuan Pendidikan Malaysia, 48)

Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru di sesebuah sekolah amat
penting terutama dari segi menjadikan aspirasi dan matlamat sekolah menjadi
kenyataan. Menurut Kamarudin Husin (2004:384), peranan seorang guru dapat
diringkaskan seperti berikut:

1. Tenaga pengajar dan perancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya di dalam bilik darjah
berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya di dalam bilik darjah
mengikut strategi pengajaran yang sesuai.

2. Pengerak pembelajaran dengan menjadi pembimbing kepada pelajar supaya
mereka berusaha belajar secara individu atau secara berkumpulan.

 3. Pengurus bilik darjah seperti menguruskan jadual tugas bilik darjah,
menentukan corak penyusunan kerusi, meja dan peralatan serta mewujudkan
suasana pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai.

4. Menjadi ibu bapa kepada pelajar, terutamanya dalam menjaga keselamatan
dan kebajikan mereka.

5. Bertanggungjawab dalam segala urusan yang berkaitan dengan disiplin
pelajar.

6. Model hidup yang akan menjadi ikutan dan contoh kepada pelajar.

7. Sebagai pembimbing dan kaunselor kepada pelajar yang menghadapi
masalah dalam pelajaran atauperibadi.
8.Menjadi       penasihat          kepada          aktiviti    ko-kurikulum.
9. Menjadi pemeriksa dan penilai kepada aktiviti pembelajaran.

10. Menjadi seorang pelajar, dengan sentiasa mengikuti kursus peningkatan

keilmuan profesionalisme.

11. Menjadi pembantu pentadbir sekolah dan pegawai perhubungan antara

pengetua dengan pelajar serta antara pihak sekolah dengan ibu bapa.

Oleh yang demikian dan menjalankan tugas dan peranannya, guru mestilah
menjadi seorang yang penyabar dan sentiasa bersedia menghadapi segala
kemungkinan yang akan berlaku. Peranan yang amat besar dan mencabar ini
menjadikan guru seorang yang dihormati dan disanjungi di mata masyarakat.
Cabaran ini disahut oleh setiap insan bergelar guru yang mendukung satu
falsafah keguruan iaitu Falsafah Pendidikan Guru Malaysia, iaitu:

“ Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik dan berdisiplin”



2.4 Pelajar dan Peranannya

Gelaran pelajar atau murid diberikan kepada seseorang apabila mereka
memasuki alam persekolahan diperingkat sekolah tadika, sekolah rendah
mahupun sekolah menengah. Walaupun kedudukan pelajar dalam carta
hierarki organisasi sekolah terletak paling bawah, namun mereka juga
memainkan peranan penting, sesuai dengan keupayaan dan kedudukan
mereka. Dalam konteks kajian ini, penulis memberi tumpuan kepada pelajar
peringkat sekolah menengah yang berada dalam lingkungan usia remaja.
Menurut Dorothy Roger dalam Muhd Mansur Abdullah (1988:37), perkataan
remaja berasal daripada perkataan Latin iaitu adolscere yang bermaksud
tumbuh dan berkembang
ke arah kematangan. Manakala dari segi definisinya pula, Cyril Simmons dan
rakan-rakannya mentakrifkan remaja sebagai jangka masa ketika pengakhiran
zaman kanak-kanak dan permulaan zaman dewasa (1984:16). Secara teorinya
remaja adalah satu tempoh masa daripada bermulanya baligh (umur 10
ataupun 11 tahun bagi perempuan dan 12 ataupun 13 tahun bagi lelaki)
sehingga mencapai dewasa sepenuhnya daripada segi fizikal, sosial, undang-
undang dan ekonomi. Manakala menurut Jean-Jacques Rousseau pula, umur
remaja boleh di anggap berada pada usia 15 hingga 20 tahun. Dan demikian
juga menurut undang-undang, umur remaja adalah antara 10 hingga 18 tahun.

Jika kita melihat kepada pentakrifan usia remaja, secara kasarnya semua
takrifan berada pada usia pelajar peringkat sekolah menengah (13 hingga 18
tahun). Maka tidak hairanlah, mengapa pelajar pada usia ini perlu untuk diberi
perhatian kerana mereka sedang mengalami satu tempoh peralihan yang
mencabar ke arah menempuh alam dewasa dan kematangan. Menurut Crow
and Crow, umur yang meningkat membawa kepada perubahan dalaman
penyatuan emosi dan cara bertindak balas dibangkitkan (1983:102). Pada
tahap ini mereka mengalami pelbagai perubahan fizikal, emosi dan sosial.
Mereka akan lebih mudah terpengaruh dengan rakan sebaya dan ingin mencari
satu identiti dalam kehidupan mereka. Di sinilah dilihat peri pentingnya tugas
seorang guru dalam membantu pelajar memainkan peranan mereka yang
sepatutnya dan bukannya goyah dengan tarikan dunia luar ataupun rakan
sebaya.

untuk menggunakan kemahiran yang optimum dalam pengurusan bilik darjah.
Malah adalah penting bagi guru memahami tingkah-laku dan budaya pelajar
terlebih dahulu supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah
yang betul dan tepat.

Kemahiran berkomunikasi juga memainkan peranan penting ke arah
pembentukan budaya penyayang. Komunikasi yang baik dapat dijelmakan
dalam cara bertutur, penggunaan bahasa badan, penulisan juga melalui
penggunaan alat- alat tertentu seperti komputer, telefon dan sebagainya.
Apabila seorang guru menggunakan kemahiran berkomunikasi dengan
berkesan terhadap pelajarnya, secara tidak langsung dapat menghasilkan
suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan pembentukan akhlak yang mulia
serta peningkatan kemahiran tertentu dapat diterap dengan lebih mudah.
Komunikasi boleh menghasilkan motivasi yang berkesan kepada pelajar.
Pengurusan hal ehwal pelajar melalui pendekatan “Guru Penyayang” yang
ditunjukkan oleh guru dalam bilik darjah juga dapat dipraktikkan dengan
adanya sifat mahmudah yang wujud dalam diri guru itu sendiri yang akan
mempercepatkan proses pemindahan maklumat daripada guru kepada
pelajarnya terlaksana.

Guru yang berwibawa sentiasa melihat pembelajaran sosial sebagai satu aspek
penting dalam bilik darjah. Setiap golongan yang dipimpin memerlukan
penghargaan dan pengiktirafan dari golongan pendidik ini. Guru seharusnnya
menggunakan kebijaksanaan berkomunikasi dan pendekatan penyayang
dengan menghadiahkan senyuman di samping memberikan penghargaan
apabila mereka mempamerkan sesuatu yang baik meski pun objektif atau
matlamat proses pengajaran dan pembelajaran kurang menyerlah. Sekeping
kertas berbentuk surat pengiktirafan atau sebatang pen sebagai tanda
penghargaan sudah mampu untuk menunjukkan keikhlasan guru bagi
meningkatkan prestasi anak didik mereka.

Guru seharusnya menunjukkan teladan sebagai seorang profesional dengan
mewujudkan program-program yang bertujuan membangunkan insaniah
pelajar dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi mengurang segala
tingkah-laku negatif. Guru sepatutnya mengelakkan diri daripada
menggunakan pendekatan yang bertentangan dengan norma kemanusiaan
yang boleh menggalakkan pelajar untuk tidak menghargai pertumbuhan
pengetahuan dan kemahiran diri.

Budaya bilik darjah yang dinamik lebih mementingkan aspek pembentukan
nilai-nilai murni seperti hubungan yang mesra di kalangan pelajar dengan guru.
Selain kecergasan mental yang kreatif dan inovatif, penyertaan yang aktif dari

   kalangan pelajar membolehkan pembelajaran yang berobjektif dan
bermatlamat diwujudkan kerana pelajar sentiasa mendapat dorongan dan
bimbingan dari guru dan rakan sebaya sekaligus dapat meningkatkan tahap
disiplin yang terkawal melalui tindakan yang berhemah yang dibaluti dengan
perasaan kasih dan sayang. Ini dapat memberi peluang yang terbaik kepada
pelajar untuk mengembangkan potensi diri mereka ke arah pembentukan
modal insan yang berkualiti.

Guru boleh membuat penilaian dalam mengurangkan kadar ponteng dan
permasalahan disiplin pelajar melalui pendekatan pengurusan bilik darjah yang
berkesan. Kadar bilangan pelajar yang terlalu ramai dalam sesebuah bilik
darjah bukan satu ukuran yang subjektif untuk dibuat satu kesimpulan bahawa
kelas tersebut tidak boleh dibangunkan. Kecekapan dan kesungguhan yang
ditunjukkan oleh guru boleh menghasilkan bilik darjah sebagai sebuah rumah
dalam slogan “bilik darjah ku, rumah ku”.

Kemahiran mengawal disiplin pelajar sangat penting kerana seorang guru tidak
boleh melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
sekiranya para pelajar tidak dapat memberikan tumpuan atau fokus dalam bilik
darjah. Guru mungkin berhadapan dengan beberapa pelajar yang nakal tetapi
seharusnya diingatkan bahawa bukan semua pelajar menjadi punca segala
permasalahan yang timbul kerana jika tiada pengawalan yang baik, jumlah
pelajar yang akan menimbulkan ketidakselesaan guru akan bertambah dan
akhirnya menjejaskan penumpuan guru terhadap penyampaian pengajaran
dalam bilik darjah.

Strategi awal bagi mengawal keadaan ini adalah guru memainkan peranan
penting dengan mengenalpasti pelajarnya yang boleh menimbulkan punca
permasalahan supaya pelajar lain tidak menjadi ‘pak turut’ semata-mata.
Permasalahan yang diwujudkan oleh rakan mereka itu perlu dikenalpasti
terlebih dahulu sebelum bertindak untuk cuba membantu menyelesaikan
permasalahan tersebut. Pendekatan boleh dilakukan dalam aktiviti pengajaran
dengan banyak berinteraksi dengan pelajar yang berkenaan sehingga pelajar
tersebut merasakan dirinya mendapat perhatian dan dihargai bukan kerana
dirinya tetapi kerana tingkah- lakunya yang tidak disenangi guru. Ketegasan
kepada disiplin pembelajaran perlu diterapkan dengan cara yang berhemah
yang boleh menampakkan bahawa ketegasan itu bukan bertujuan penderaan
tetapi sebagai pengajaran sekiranya pelajar berkenaan perlu diberikan nasihat,
teguran dan kata-kata motivasi yang menggambarkan bahawa guru
menyayanginya. Kesabaran, kecekalan dan kesungguhan dalam membentuk
tingkah-laku pelajar kadangkala mengambil masa yang agak lama.
Beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan dalam pengurusan tingkah-
laku pelajar adalah seperti menerangkan peraturan yang wajib dipatuhi oleh
pelajar sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan selain
menyatakan sebab-sebab serta objektif pelaksanaannya. Guru perlu
membiasakan diri menepati masa datang ke bilik darjah untuk mengelakkan
tumpuan pelajar terganggu. Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran mengikut tahap pencapaian pelajar yang dimulakan dengan set
induksi yang menarik kemudian diikuti dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran
boleh menghilangkan rasa kebosanan pelajar selain melakukan beberapa
tugasan yang berkaitan dengan isi-isi pengajaran tersebut. Guru tidak boleh
melengah-lengahkan waktu untuk memulakan pengajaran dan melambatkan
untuk menamatkan pembelajaran bagi mengelakkan pelajar melakukan
perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan hasil pembelajaran. Guru yang
kreatif perlu merangsangkan minda pelajar dengan kata-kata motivasi
disamping jenaka ‘sense humor’ dan pujian supaya suasana bilik darjah ceria
dan tidak membosankan.

2.8

Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah merupakan tugas
utama yang perlu diberi perhatian yang serius. Pembaziran waktu akan berlaku
dalam satu masa pengajaran dan pembelajaran sekiranya objektif
pembelajaran tidak tercapai. Pelan Tindakan Strategik bagi mata pelajaran
yang diajar perlu disediakan terlebih dahulu oleh guru sebagai panduan. Kajian
dari aspek kekuatan, kelemahan, peluang dan halangan yang disertai dengan
perancangan untuk lima tahun dan perancangan untuk tahun semasa perlu
selaras dengan perancangan strategi sekolah.

Peningkatan profesionalisme guru dalam bilik darjah dilihat dalam aspek
kebolehan mencorak kualiti pengajaran, kebolehan menyusun organisasi
pembelajaran, kebolehan mencorak suasana persekitaran dalam bilik darjah,
kebolehan mencorak perkembangan pelajar termasuk perkembangan
akademik, sosial, emosi, rohani, intelek dan jasmani.

Guru yang bercita-cita untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan
perlu memahami perasaan dan kehendak hati nurani para pelajar dengan

  mencorakkan tingkahlaku dan pengawalan disiplin pelajar. Oleh itu guru
berperanan sebagai pendidik, pemimpin, pembimbing, penilai, perancang dan
pendorong ke arah kecemerlangan pelajar. Perancangan yang berkualiti
menjamin peningkatan kuantiti dan kualiti dalam proses perkembangan
pembelajaran serta penghasilannya.

Pembelajaran yang bermakna melibatkan proses memahami, berfikir,
berbincang, membuat pertimbangan, menganalisis bagi mengembangkan
minda pelajar. Selain itu, kemahiran komunikasi, menyesuaikan diri, kemahiran
sosial dan perkembangan tingkahlaku dapat diperluaskan di kalangan mereka.
Prinsip umum pembelajaran ialah meningkatkan dan mengekalkan tahap
kejayaan di samping memberi ruang dan peluang untuk pelajar mengatasi
kelemahan mereka tanpa membiarkan kegagalan berterusan. Pembelajaran
perlu lebih realistik dan mampu mencabar kebolehan pelajar bagi
mengembangkan potensi mereka pada masa akan datang.Guru perlu memiliki
beberapa kemahiran penting dalam proses pengajaran

dan pembelajaran kerana kemahiran boleh menjadi instrumen untuk kejayaan
dalam menguruskan bilik darjah. Antara kemahiran yang boleh dipraktikkan
ialah kemahiran interpersonal, kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling,
kemahiran dalam mengawal emosi pelajar boleh menjadi pemangkin dalam
mencapai objektif pembelajaran yang berkesan.

Komunikasi adalah medan pemindahan pengetahuan dan proses mendapatkan
maklumat. Melalui komunikasi juga, pelajar mampu melahirkan pandangan
dan menyuarakan pendapat dalam meningkatkan kecekapan dan pengetahuan
bagi maklumat yang diperolehi. Justeru itu guru seharusnya mengelakkan
masalah yang boleh menjejaskan keberkesanan proses komunikasi seperti
penggunaan bahasa yang kasar, suara yang tidak jelas, bahasa badan yang
tidak sesuai serta tidak mampu memberi perhatian dan tumpuan tentang
pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran pelajar terhasil melalui proses
pendengaran dan pemerhatian selain latihan dan percubaan dalam aktiviti
pembelajaran.

Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata
dinilai atau diukur daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan
pembelajaran semata-mata tetapi kualiti peribadi dan sahsiah diri juga menjadi
tarikan kepada pelajar. Pada amnya guru yang disenangi pelajar ialah guru
yang pandai berjenaka, jujur dan ikhlas dalam menjalankan tugas, berfikiran
positif, pendengar yang aktif dan tenang menyelesaikan konflik. Imam al-
Ghazali

   menggariskan ciri-ciri guru yang efektif iaitu guru yang memiliki rasa simpati
terhadap setiap pelajar dan melayani mereka seperti anak sendiri. Tambahan
lagi, seorang guru tidak sekali-kali merendahkan disiplin ilmu yang lain di
hadapan pelajar. Guru juga bertanggungjawab menghadkan pembelajaran
bersesuaian dengan tahap pencapaian dan pemahaman pelajar serta tidak
memaksa mereka mencapai sesuatu di luar kemampuan serta menyediakan
bahan pembelajaran yang mudah difahami, jelas dan bersesuaian dengan
tahap perkembangan akal pelajar mereka.

3.0

Teori - Teori Sosiologi

3.1

Teori Struktural-Fungsional

Teori Struktural-Fungsional adalah sesuatu yang sangat penting dan
bermanfaat dalam mengkaji masalah sosial di kalangan masyarakat khususnya
dalam bidang pendidikan. Teori ini wujud berasaskan pandangan dan
pemikiran tokoh-tokoh awal seperti Comte, Spencer dan Durkheim yang
kemudiannya di kaji oleh tokoh-tokoh terkemudian seperti Talcott Parsons dan
Robert K.Merton. Secara kasarnya teori ini terdiri atas dua elemen iaitu
struktur sosial dan fungsi sosial. Menurut teori ini, struktur sosial dan fungsi
sosial tersebut berada dalam suatu sistem sosial yang terdiri daripada
bahagian-bahagian atau elemen-elemen yang saling berkaitan untuk
mewujudkan keseimbangan dalam struktur sosial masyarakat. Teori ini juga
banyak mengkaji fungsi perlakuan sosial atau sesebuah institusi dalam
kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada kehidupan masyarakat amnya
yang mana khusus merujuk kepada para pelajar. Masyarakat boleh dianggap
sebagai satu tubuh badan manusia yang terdiri dari bahagian-bahagian
tertentu yang mempunyai fungsi- fungsinya yang tersendiri yang mana
merujuk kepada individu yang wujud dalam pelbagai lapisan umur dalam
masyarakat. Bahagian-bahagian ini juga dikenali sebagai struktur. Teori ini juga
menghuraikan mengenai organisasi sosial dan menerangkan bagaimana
sesuatu organisasi boleh dikekalkan.

Dengan demikian dapat dikatakan bahawa teori ini lebih menekankan kepada
penyusunan dan mengabaikan isu konflik dan perubahan-perubahan yang
wujud dalam masyarakat. Jelas di sini bahawa setiap struktur dalam sistem
sosial memainkan peranan antara satu sama lain. Sebaliknya jika sistem sosial
tidak berfungsi maka secara sendirinya fungsi struktur itu akan hilang.

Emile Durkheim, seorang ahli sosiologi Perancis menganggap bahawa teori

Struktural-Fungsional merupakan suatu yang berbeza.

Durkheim melihat Kemahiran berkomunikasi juga memainkan peranan penting
ke arah pembentukan budaya penyayang. Komunikasi yang baik dapat
dijelmakan dalam cara bertutur, penggunaan bahasa badan, penulisan juga
melalui penggunaan alat- alat tertentu seperti komputer, telefon dan
sebagainya. Apabila seorang guru menggunakan kemahiran berkomunikasi
dengan berkesan terhadap pelajarnya, secara tidak langsung dapat
menghasilkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan pembentukan
akhlak yang mulia serta peningkatan kemahiran tertentu dapat diterap dengan
lebih mudah. Komunikasi boleh menghasilkan motivasi yang berkesan kepada
pelajar. Pengurusan hal ehwal pelajar melalui pendekatan “Guru Penyayang”
yang ditunjukkan oleh guru dalam bilik darjah juga dapat dipraktikkan dengan
adanya sifat mahmudah yang wujud dalam diri guru itu sendiri yang akan
mempercepatkan proses pemindahan maklumat daripada guru kepada
pelajarnya terlaksana.

Guru yang berwibawa sentiasa melihat pembelajaran sosial sebagai satu aspek
penting dalam bilik darjah. Setiap golongan yang dipimpin memerlukan
penghargaan dan pengiktirafan dari golongan pendidik ini. Guru seharusnnya
menggunakan kebijaksanaan berkomunikasi dan pendekatan penyayang
dengan menghadiahkan senyuman di samping memberikan penghargaan
apabila mereka mempamerkan sesuatu yang baik meski pun objektif atau
matlamat proses pengajaran dan pembelajaran kurang menyerlah. Sekeping
kertas berbentuk surat pengiktirafan atau sebatang pen sebagai tanda
penghargaan sudah mampu untuk menunjukkan keikhlasan guru bagi
meningkatkan prestasi anak didik mereka.



Guru boleh membuat penilaian dalam mengurangkan kadar ponteng dan
permasalahan disiplin pelajar melalui pendekatan pengurusan bilik darjah yang
berkesan. Kadar bilangan pelajar yang terlalu ramai dalam sesebuah bilik
darjah bukan satu ukuran yang subjektif untuk dibuat satu kesimpulan bahawa
kelas tersebut tidak boleh dibangunkan. Kecekapan dan kesungguhan yang
ditunjukkan oleh guru boleh menghasilkan bilik darjah sebagai sebuah rumah
dalam slogan “bilik darjah ku, rumah ku”.

Kemahiran mengawal disiplin pelajar sangat penting kerana seorang guru tidak
boleh melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
sekiranya para pelajar tidak dapat memberikan tumpuan atau fokus dalam bilik
darjah. Guru mungkin berhadapan dengan beberapa pelajar yang nakal tetapi
seharusnya diingatkan bahawa bukan semua pelajar menjadi punca segala
permasalahan yang timbul kerana jika tiada pengawalan yang baik, jumlah
pelajar yang akan menimbulkan ketidakselesaan guru akan bertambah dan
akhirnya menjejaskan penumpuan guru terhadap penStrategi awal bagi
mengawal keadaan ini adalah guru memainkan peranan penting dengan
mengenalpasti pelajarnya yang boleh menimbulkan punca permasalahan
supaya pelajar lain tidak menjadi ‘pak turut’ semata-mata. Permasalahan yang
diwujudkan oleh rakan mereka itu perlu dikenalpasti terlebih dahulu sebelum
bertindak untuk cuba membantu menyelesaikan permasalahan tersebut.
Pendekatan boleh dilakukan dalam aktiviti pengajaran dengan banyak
berinteraksi dengan pelajar yang berkenaan sehingga pelajar tersebut
merasakan dirinya mendapat perhatian dan dihargai bukan kerana dirinya
tetapi kerana tingkah- lakunya yang tidak disenangi guru. Ketegasan kepada
disiplin pembelajaran perlu diterapkan dengan cara yang berhemah yang boleh
menampakkan bahawa ketegasan itu bukan bertujuan penderaan tetapi
sebagai pengajaran sekiranya pelajar berkenaan perlu diberikan nasihat,
teguran dan kata-kata motivasi yang menggambarkan bahawa guru
menyayanginya. Kesabaran, kecekalan dan penyampaian pengajaran dalam
bilik darjah. kesungguhan dalam membentuk tingkah-laku pelajar kadangkala
mengambil masa yang agak lama.
Beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan dalam pengurusan tingkah-
laku pelajar adalah seperti menerangkan peraturan yang wajib dipatuhi oleh
pelajar sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan selain
menyatakan sebab-sebab serta objektif pelaksanaannya. Guru perlu
membiasakan diri menepati masa datang ke bilik darjah untuk mengelakkan
tumpuan pelajar terganggu. Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran mengikut tahap pencapaian pelajar yang dimulakan dengan set
induksi yang menarik kemudian diikuti dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran
boleh menghilangkan rasa kebosanan pelajar selain melakukan beberapa
tugasan yang berkaitan dengan isi-isi pengajaran tersebut. Guru tidak boleh
melengah-lengahkan waktu untuk memulakan pengajaran dan melambatkan
untuk menamatkan pembelajaran bagi mengelakkan pelajar melakukan
perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan hasil pembelajaran. Guru yang
kreatif perlu merangsangkan minda pelajar dengan kata-kata motivasi
disamping jenaka ‘sense humor’ dan pujian supaya suasana bilik darjah ceria
dan tidak membosankan.

2.8

Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah merupakan tugas
utama yang perlu diberi perhatian yang serius. Pembaziran waktu akan berlaku
dalam satu masa pengajaran dan pembelajaran sekiranya objektif
pembelajaran tidak tercapai. Pelan Tindakan Strategik bagi mata pelajaran
yang diajar perlu disediakan terlebih dahulu oleh guru sebagai panduan. Kajian
dari aspek kekuatan, kelemahan, peluang dan halangan yang disertai dengan
perancangan untuk lima tahun dan perancangan untuk tahun semasa perlu
selaras dengan perancangan strategi sekolah. Pembelajaran yang bermakna
melibatkan proses memahami, berfikir, berbincang, membuat pertimbangan,
menganalisis bagi mengembangkan minda pelajar. Selain itu, kemahiran
komunikasi, menyesuaikan diri, kemahiran sosial dan perkembangan
tingkahlaku dapat diperluaskan di kalangan mereka. Prinsip umum
pembelajaran ialah meningkatkan dan mengekalkan tahap kejayaan di samping
memberi ruang dan peluang untuk pelajar mengatasi kelemahan mereka tanpa
membiarkan kegagalan berterusan. Pembelajaran perlu lebih realistik dan
mampu mencabar kebolehan pelajar bagi mengembangkan potensi mereka
pada masa akan datang.Guru perlu memiliki beberapa kemahiran penting
dalam proses pengajaran

dan pembelajaran kerana kemahiran boleh menjadi instrumen untuk kejayaan
dalam menguruskan bilik darjah. Antara kemahiran yang boleh dipraktikkan
ialah kemahiran interpersonal, kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling,
kemahiran dalam mengawal emosi pelajar boleh menjadi pemangkin dalam
mencapai objektif pembelajaran yang berkesan.



Komunikasi adalah medan pemindahan pengetahuan dan proses mendapatkan
maklumat. Melalui komunikasi juga, pelajar mampu melahirkan pandangan
dan menyuarakan pendapat dalam meningkatkan kecekapan dan pengetahuan
bagi maklumat yang diperolehi. Justeru itu guru seharusnya mengelakkan
masalah yang boleh menjejaskan keberkesanan proses komunikasi seperti
penggunaan bahasa yang kasar, suara yang tidak jelas, bahasa badan yang
tidak sesuai serta tidak mampu memberi perhatian dan tumpuan tentang
pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran pelajar terhasil melalui proses
pendengaran dan pemerhatian selain latihan dan percubaan dalam aktiviti
pembelajaran.

Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata
dinilai atau diukur daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan
pembelajaran semata-mata tetapi kualiti peribadi dan sahsiah diri juga menjadi
tarikan kepada pelajar. Pada amnya guru yang disenangi pelajar ialah guru
yang pandai berjenaka, jujur dan ikhlas dalam menjalankan tugas, berfikiran
positif, pendengar yang aktif dan tenang menyelesaikan konflik. Imam al-
Ghazali

menggariskan ciri-ciri guru yang efektif iaitu guru yang memiliki rasa simpati
terhadap setiap pelajar dan melayani mereka seperti anak sendiri. Tambahan
lagi, seorang guru tidak sekali-kali merendahkan disiplin ilmu yang lain di
hadapan pelajar. Guru juga bertanggungjawab menghadkan pembelajaran
bersesuaian dengan tahap pencapaian dan pemahaman pelajar serta tidak
memaksa mereka mencapai sesuatu di luar kemampuan serta menyediakan
bahan pembelajaran yang mudah difahami, jelas dan bersesuaian dengan
tahap perkembangan akal pelajar mereka.
3.0

Teori - Teori Sosiologi

3.1

Teori Struktural-Fungsional

Teori Struktural-Fungsional adalah sesuatu yang sangat penting dan
bermanfaat dalam mengkaji masalah sosial di kalangan masyarakat khususnya
dalam bidang pendidikan. Teori ini wujud berasaskan pandangan dan
pemikiran tokoh-tokoh awal seperti Comte, Spencer dan Durkheim yang
kemudiannya di kaji oleh tokoh-tokoh terkemudian seperti Talcott Parsons dan
Robert K.Merton. Secara kasarnya teori ini terdiri atas dua elemen iaitu
struktur sosial dan fungsi sosial. Menurut teori ini, struktur sosial dan fungsi
sosial tersebut berada dalam suatu sistem sosial yang terdiri daripada
bahagian-bahagian atau elemen-elemen yang saling berkaitan untuk
mewujudkan keseimbangan dalam struktur sosial masyarakat. Teori ini juga
banyak mengkaji fungsi perlakuan sosial atau sesebuah institusi dalam
kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada kehidupan masyarakat amnya
yang mana khusus merujuk kepada para pelajar. Masyarakat boleh dianggap
sebagai satu tubuh badan manusia yang terdiri dari bahagian-bahagian
tertentu yang mempunyai fungsi- fungsinya yang tersendiri yang mana
merujuk kepada individu yang wujud dalam pelbagai lapisan umur dalam

masyarakat. BahagiDengan demikian dapat dikatakan bahawa teori ini lebih
menekankan kepada penyusunan dan mengabaikan isu konflik dan perubahan-
perubahan yang wujud dalam masyarakat. Jelas di sini bahawa setiap struktur
dalam sistem sosial memainkan peranan antara satu sama lain. Sebaliknya jika
sistem sosial tidak berfungsi maka secara sendirinya fungsi struktur itu akan
hilang.

Emile Durkheim, seorang ahli sosiologi Perancis menganggap bahawa teori

Struktural-Fungsional merupakan suatu yang berbeza.

Durkheim melihat

  masyarakat moden sebagai keseluruhan organisasi yang memiliki realiti
kehidupan tersendiri. Keseluruhan yang dimaksudkan oleh Durkheim ialah
keperluan atau fungsi-fungsi tertentu yang perlu dipenuhi oleh bahagian-
bahagian yang menjadi anggotanya agar sentiasa berada dalam keadaan yang
teratur.

Menurut teori ini, masyarakat akan dikaji dari segi perjalanan sistem sosial
atau perhubungan mereka yang telah wujud. Struktur-struktur sosial yang
dibentuk akan membantu kelancaran perjalanan atau keharmonian sesuatu
masyarakat. Brinkerhoff dan White (1989 : 9) telah merumuskan tiga andaian
utama ahli-ahli fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti
merujuk kriteria penilaian yang utama untuk menentukan sejauh mana
sesebuah masyarakat dapat dikekalkan. Harmoni menunjukkan bagaimana
semua bahagian atau struktur-struktur dalam masyarakat bekerjasama untuk
mencapai tujuannya. Evolusi pula menggambarkan perubahan-perubahan yang
berlaku kepada masyarakat melalui proses adaptasi struktur sosial kepada
pembaharuan yang mana sekaligus akan menyebabkan sesuatu yang tidak
diperlukan oleh masyarakat dihapuskan. Struktural-Fungsionalisme sering
menggunakan konsep sistem ketika membahas struktur atau lembaga sosial.
Ianya terdiri dari bahagian yang rapi, sesuai, teratur dan saling bergantungan.
Seperti sebuah sistem, maka struktur yang terdapat dalam masyarakat akan
berkemungkinan untuk selalu berubah. Perubahan yang berlaku akan terus
berjalan seiring dengan perkembangan kehidupan manusia.

an-bahagian ini juga dikenali sebagai struktur. Teori ini juga menghuraikan
mengenai organisasi sosial dan menerangkan bagaimana sesuatu organisasi
boleh dikekalkan.

Berdasarkan teori ini, dapat disimpulkan bahawa penglibatan setiap individu
yang terlibat dalam pembentukan sesebuah organisasi bilik darjah memainkan
peranan yang penting dalam mewujudkan suasana sosial yang sesuai untuk
peningkatan dan kemajuan dalam melancarkan proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah.

3.2

Teori Interaksionisme

Teori ini lebih merujuk kepada pendekatan mikro iaitu bagaimana seseorang
menginterprestasi dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam
masyarakat di mana peranan individu itu di lihat dalam sesuatu sistem sosial
yang di wujudkan. Setiap perlakuan atau aksi individu bersifat subjektif
ditafsirkan dan diperjelaskan akan maknanya. Manusia tidak pasif dan
menekankan bahawa interaksi sosiallah yang membentuk realiti. Blumer
(1969) telah memberikan tiga huraian penting mengenai konsep makna. 1)
Kepentingan              dalam               memahami               makna.
2)Makna                      meningkatkan                        kemesraan
3) Makna boleh dirundingkan

Oleh itu dapat dikatakan bahawa interaksionisme simbolik melihat bagaimana
individu membentuk dan dibentuk oleh interaksinya dengan orang lain. David
Hargreaves melihat kendiri, persepsi dan peranan individu sebagai
interaksionisme simbolik. Setiap tindakan yang di ambil adalah berdasarkan
pandangan diri sendiri dan juga pandangan dari orang lain.

Dalam bilik darjah pendekatan interaksionalisme diaplikasikan dengan
sebaiknya, dimana hubungan yang melibatkan guru dengan guru, guru dengan
pelajar dan pelajar sesama pelajar berlaku sepanjang masa. Hargreaves
mengatakan guru berkuasa menentukan pelajar-pelajar menerima situasi yang
telah ditetapkan dalam bilik darjah. Walaupun beliau mencadangkan tiga jenis
konsep diri yang ada pada guru iaitu si ’penjinak singa’, si ’penghibur’ dan si
’romantik’ tetapi ketiga-tiga jenis konsep ini bukanlah sesuatu yang tetap
kerana guru mempunyai pelbagai sifat. Bagi pelajar–pelajar pula mereka
menganggap pentingnya bagi mereka untuk mengembirakan guru, dalam erti
kata lainnya, mereka mempunyai kemahiran yang tersendiri untuk berhadapan
dengan guru yag berlainan. Menurut Hargreaves (1975: 105) lagi, pelajar-
pelajar merasakan mereka perlu mengembirakan hati guru tetapi pada masa
yang sama mereka kecewa dan bosan. Beliau juga berpendapat terdapat
situasi konflik dalam bilik darjah tetapi tidak bersifat terbuka. Pelajar
mempunyai sedikit kuasa untuk membantah situasi yang tidak sesuai dengan
mereka. Rundingan merupakan jalan terbaik, apabila guru boleh memoderasi
setengah kehendak mereka sebagai balasan kepatuhan pelajar terhadap
permintaan dari guru. Guru dan pelajar mempunyai pelbagai strategi untuk
mencapai matlamat masing-masing. Guru menggunakan teknik seperti pecah
dan perintah, ancaman dan amaran dan merujuk kepada pihak atasan.
Manakala pelajar pula merujuk kepada pihak yang lebih berautoriti seperti ibu
bapa dan sebagainya. Interaksi saling mempengaruhi antara guru dan pelajar
menjadikan suasana bilik darjah lebih teratur dan menggalakkan
perkembangan proses pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan teori ini, hubungan sosial di antara para pelajar dan guru penting
dalam mewujudkan pengurusan sesuatu bilik darjah itu dilakukan secara
berkesan.

  4.0

Aplikasi Teori Sosiologi Dalam Menangani Isu Keberkesanan

Pengurusan Bilik Darjah.

Isu kepadatan bilik darjah di Malaysia yang terlalu sesak mengakibatkan kadar
tahap pembelajaran menurun di kalangan pelajar. Apabila kadar tahap
pembelajaran menurun, para pelajar tidak lagi berminat untuk meneruskan
persekolahan. Mereka merasakan meneruskan persekolahan adalah sia-sia
kerana mereka tidak lagi berminat untuk belajar. Kebanyakan bilik darjah
masih mengamalkan sistem pembelajaran konvensional, menyebabkan pelajar
terlalu bergantung kepada pengajaran guru

4.1

Guru Kurang Berfungsi

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara dan
menjamin perkembangan. Guru merupakan suatu anggota atau kakitangan
yang paling penting dalam membangunkan sesebuah masyarakat. Peranan dan
sumbangannya amat diperlukan pada mana-mana peringkat rendah mahupun
menengah. Tanggungjawab yang dipikulnya bukanlah sekadar menyampaikan
ilmu pengetahuan sahaja bahkan membentuk akhlak dan nilai yang sewajarnya
untuk menghiasi latar belakang pelajar apabila mereka dewasa kelak.
Tumpuan yang sepenuhnya oleh guru terhadap setiap anak didiknya dalam
sesebuah kelas akan mendatangkan kesan dari segi perubahan tingkah laku
mahu pun persepsi dan minat pelajar terhadap pelajaran yang sedang
dipelajarinya ketika itu. Dengan bilangan pelajar yang melebihi tahap maksima,
kawalan kelas akan terabai kerana guru tidak mungkin dapat mengawal dan
memberi perhatian terhadap bilangan pelajar yang ramai.

Di samping itu juga, guru tidak dapat mengenal pasti mana pelajar yang pandai
dan sebaliknya kerana jumlah pelajar yang terlalu ramai dalam satu kelas. Oleh
yang demikian, guru tidak dapat memberi perhatian kepada pelajar yang
kurang pandai di dalam kelas tersebut. Selain itu, guru tidak dapat mengajar
secara berkesan kepada pelajar kerana pengabaian secara tidak formal berlaku
di dalam kelas tersebut.

dan ini menghalang mereka untuk mengembangkan potensi pembelajaran
masing-masing dengan cara yang tersendiri. Isu ini berlaku adalah kerana
beberapa faktor yang mempengaruhinya seperti berikut :

4.2

Wujud Kumpulan Tertentu

Bilangan pelajar yang ramai dalam sesebuah bilik darjah mengakibatkan
wujudnya kelompok bilangan pelajar tertentu seperti kumpulan-kumpulan elit
yang mempunyai prestasi pelajaran yang baik berbanding sebahagian yang
lain. Kumpulan pelajar yang kurang pencapaiannya dalam pelajaran pula akan
mengasingkan diri mereka ekoran tahap pembelajaran yang tidak sama dan
merasa rendah diri terhadap rakan yang lebih baik dari mereka. Golongan ini
akan membentuk dua situasi kumpulan yang berbeza dari segi ideologi
pembelajaran dan sikap yang tidak sehaluan.

Hubungan silaturahim antara mereka juga akan terjejas kerana mereka hanya
berkawan dengan pelajar yang tertentu sahaja. Contohnya, pelajar yang
mempunyai tahap pembelajaran yang tinggi akan berkawan sesama mereka
sahaja. Manakala pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran yang rendah
akan terasa tersisih. Selain itu juga, mereka tidak dapat meningkatkan tahap
pembelajaran mereka kerana pelajar yang tahap pembelajaran tinggi tidak
berkawan dengan pelajar yang lain. Di samping itu, boleh mewujudkan
pergaduhan apabila wujudnya kumpulan tertentu dalam satu bilik darjah.
Akhirnya suasana bilik darjah akan menjadi tempat untuk mereka
mengasingkan diri dari orang yang tidak sealiran dengan pendirian mereka
dalam pelajaran.
4.3

Pengajaran Dan Pembelajaran Kurang Berkesan

 Mengajar adalah satu tanggungjawab yang besar. Ia memerlukan persediaan
lengkap untuk mengajar di samping memahami kerenah yang sedia ada pada
pelajar yang ada dalam kelas terbabit. Apabila bilangan pelajar yang melebihi
tahap maksima, guru tidak dapat menyediakan bahan yang terlalu banyak dan
memdatangkan kesan kepada pengajarannya. Guru terpaksa mengawal kelas
dalam jangka masa yang lama sebelum memulakan sesi pengajaran. Akibatnya
masa yang diperuntukkan atas mana-mana mata pelajaran akan makin
berkurangan dan ini akan mendatangkan kesan seperti sukatan pelajaran tidak
dapat dihabiskan mengikut jangka masa ditetapkan, guru akan melangkau
kepada topik-topik yang dirasakan perlu baginya untuk mengajar sahaja.

Tahap kecerdasan dalam kajian ini dikategorikan kepada tiga, iaitu tinggi,
sederhana, dan rendah. Analisis data menunjukkan majoriti subjek kajian
berada dalam lingkungan kecerdasan sederhana, iaitu sebanyak 75%.
Manakala bagi pelajar yang berkecerdasan tinggi dan berkecerdasan rendah,
perbezaan peratusannya adalah rendah iaitu 12.7% pelajar berkecerdasan
tinggi dan 13% pelajar berkecerdasan rendah. Taburan tahap kecerdasan
pelajar yang sebegini adalah normal kerana subjek kajian ini dipilih secara
rawak, iaitu tahap kecerdasan subjek tidak ditentukan terlebih dahulu.
Berdasarkan dapatan ini dapat dibuat kesimpulan bahawa tahap kecerdasan
pelajar adalah berbeza-beza. Walaupun kebanyakan pelajar berada dalam
kategori kecerdasan sederhana, namun kewujudan pelajar yang mempunyai
kecerdasan tinggi dan juga kecerdasan rendah perlu diberi perhatian. Guru
perlu peka tentang kewujudan tahap kecerdasan pelajar yang berbeza-beza ini
kerana dapat membantu mereka merancang bahan dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah.

4.4

Wujudnya Halangan Komunikasi

Komunikasi adalah elemen dalam kehidupan yang berlaku sepanjang masa
sama dan bersifat dinamik. Ia berlaku di mana-mana sahaja dan pada bila-bila
masa sama ada dalam situasi formal atau tidak formal dan tidak dapat dielak.
Corak komunikasi akan wujud di dalam bilik darjah antara guru dengan pelajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Didapati bahawa komunikasi guru
dan pelajar berlaku dalam suasana separa formal. Selain itu, kajian juga
mendapati bahawa guru adalah faktor kepada permulaan komunikasi yang
berkesan atau sebaliknya. Guru juga sebagai pendorong dan pemberi
semangat.

Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) adalah satu proses yang berterusan di
dalam bilik darjah. Guru-guru yang memiliki asas dan teknik pengajaran yang
baik dapat menarik minat pelajar dalam proses P&P tersebut. Abdullah Hassan
dan Ainon Mohd (2002) menyatakan bahawa apabila seorang guru
menyampaikan pengalaman dan pengetahuannya kepada murid-muridnya, itu
namanya berkomunikasi. Oleh sebab itu, guru diberi banyak penekanan
tentang kepentingan menguasai kemahiran komunikasi dengan baik.
Kemahiran menyampai dan berkongsi maklumat mencipta makna dalam
berkomunikasi.

Apabila seorang guru berkomunikasi, dia bukan sahaja mencari perkataan yang
tepat untuk menyampaikan makna tetapi boleh menggabungkan elemen-
elemen lain seperti intonasi, pertembungan mata(eye-contact), dan
komunikasi bukan lisan bagi memberikan kesan maksimum semasa proses P&P
(Kauffman, Mostert, Trent, & Hallahan, 1998). Selain itu, guru yang mempunyai
kemahiran komunikasi dapat mengesan dan memahami tingkah laku murid
melalui tindak balas bukan lisan dan melalui interaksi yang berlaku sepanjang
proses P&P di dalam bilik darjah (Emmer et al., 2003).



Kemahiran berkomunikasi adalah aspek yang seharusnya diberikan
pendedahan yang lebih kepada guru kerana gurulah orangnya yang akan
menentukan sama ada komunikasi yang berlangsung akan terjadi dalam
keadaan yang ceria atau sebaliknya. Murid dalam hal ini hanyalah golongan
yang menunggu sama ada situasi pembelajaran akan menjadi menarik,
membosankan atau menakutkan. Guru yang ceria semasa tiba di muka pintu
bilik darjah akan mengundang keceriaan pelajar-pelajar dan suasana
pembelajaran akan menjadi lebih ceria.
Guru yang masuk ke bilik darjah dalam riak wajah yang hambar akan
menyebabkan situasi pembelajaran turut menjadi hambar. Dan sekiranya guru
masuk ke bilik darjah dengan wajah yang bengis, pelajar tentulah akan
memberikan reaksi yang negatif terhadap riak wajah yang sedemikian.
Komunikasi akan menjadi hambar dan proses P&P tidak lagi menarik. Walau
bagaimanapun, kesemua ini mempunyai pelbagai faktor penentu yang
membolehkan guru merubah keadaan daripada hambar kepada ceria atau
daripada ceria kepada hambar.




4.5

Kawalan Kelas Yang Longgar

Dengan jumlah bilangan pelajar yang terlalu sesak ini, guru terpaksa untuk
mengawal tingkah laku pelajar yang datang dari pelbagai latar belakang sama
ada dari segi keluarga dan keadaan kesediaan untuk belajar. Ada

  pelajar yang datang dari latar belakang keluarga yang susah dari segi
ekonomi, kurang berminat terhadap pelajaran, pelajar hiperaktif dan
sebagainya. Ini mengakibatkan guru tidak dapat untuk menumpukan
sepenuhnya terhadap kawalan kelas.

Menurut guru sosiologi sejarah dunia sekolah tinggi, Christine Warner,
“dengan pelajar berjumlah 40 orang atau lebih dalam sesebuah kelas, adalah
sukar bagi guru di mana-mana pun untuk memberikan tumpuan sepenuhnya
kepada pelajarnya”.

Di Australia, kadar bilangan penempatan pelajar dalam sesebuah kelas adalah
sekitar 20 hingga 25 orang untuk mewujudkan suatu sistem pengajaran dan
pembelajaran yang efektif. Di Los Angeles pula setiap bilik darjah hanya
memperuntukkan minimum 20 dan maksimum hingga 25 orang sahaja. Ini
membuktikan negara-negara maju yang melaksanakan dapat melahirkan
sistem pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Hasilnya dapat kita lihat
di mana pelajar-pelajar mereka mempunyai kualiti dari segi pengetahuan yang
tinggi terhadap sesuatu ilmu yang dipelajari.

      4.6

Mengamalkan Diskriminasi Terhadap Pelajar

Bagi mengimbangi struktur organisasi di dalam bilik darjah, guru dan pelajar
tidak harus mengamalkan diskriminasi dan tidak memperlihatkan sikap
perkauman antara satu sama lain. Dengan kata lain diskriminasi adalah
perumpaan untuk pilih kasih atau berat sebelah yang membawa maksud di
mana dalam satu keadaan yang melibatkan dua pihak atau lebih dalam suatu
kawasan, apabila keputusan atau penghargaan dibuat akan lebih berpihak
kepada satu pihak sahaja, manakala satu pihak lagi diabaikan atau dipinggirkan
(Difinisi mengikut Kamus Dewan). Hal sebegini tidak sepatutnya berlaku di
dalam bilik darjah sama ada di antara guru dengan pelajar atau pelajar dengan
pelajar.

Untuk mengelakkan semua ini berlaku, kesamaan peluang kepada semua
lapisan masyarakat dan individu adalah perlu. Dapat dilihat di sini antara
diskriminasi yang ingin diselesaikan adalah terhadap kualiti pelajaran orang
kurang upaya di dalam bilik darjah. Pelajar kurang upaya atau diistilahkan
pelajar khas pula terdiri daripada mereka yang mengalami masalah fizikal,
`sensory ’, intelek, pembelajaran dan kesihatan yang mengganggu kemampuan
mereka berfungsi dalam kehidupan seharian, tidak berupaya menentukan
sendiri bagi memperolehi sepenuhnya atau sebahagian daripada keperluan
biasa seorang individu atau tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya
disebabkan kekurangan sama ada dari segi fizikal atau mental dan sama ada
ianya berlaku semenjak lahir atau kemudian termasuklah kebolehan berfungsi
dalam persekitaran sekolah. (Difinisi dari Jabatan Kebajikan Masyarakat
Malaysia)

Bukti sejarah menunjukkan bahawa masyarakat di abad ke-19 menganggap
keadaan kurang upaya sebagai satu penyakit yang tidak boleh sembuh yang
mengakibatkan semua individu kurang upaya perlu diasingkan dalam institusi.
Kini, kita beralih kepada kepercayaan bahawa individu kurang upaya adalah
sama seperti individu normal dan mereka perlu disepadukan dalam
masyarakat dan menerima hak-hak yang sama tanpa diskriminasi.

Kewujudan sistem pendidikan khas membuktikan masyarakat mengakui
wujudnya sekumpulan ahlinya yang memerlukan pengubahsuaian dan bantuan
khas untuk belajar. Dan juga merupakan keperihatinan kerajaan dalam
memberikan kesamaan peluang kepada semua lapisan masyarakat dan
individu. Pelbagai kemudahan telah disediakan dan sedang ditingkatkan
antaranya penyedian infrastruktur, kemudahan dan program pendidikan khas
yang relevan, memperluas dan mempertingkatkan pengisian Program Khas
Integrasi Bermasalah Pembelajaran, menyediakan guru pendidikan khas
terlatih dan pembantu pengurusan pelajar yang mencukupi, menyediakan
pentaksiran alternatif, menyediakan kemudahan ICT yang sesuai, menjalin
perkongsian pintar dengan badan sukarela dan Kementerian lain yang juga
menyediakan perkhidmatan untuk pelajar kurang upaya.(Bab 7 PIPP
Merapatkan Jurang Pendidikan) Seterusnya, guru di dalam bilik darjah pula
memainkan peranan penting agar pembelajaran di dalam bilik darjah
berlansung dengan baik dan tiada lagi diskriminasi terhadap orang kurang
upaya didalam bilik darjah kerana pendidikan adalah cara yang paling berkesan
untuk mobiliti sosial, kehidupan berdikari dan juga menjamin kehidupan yang
bahagia.

Ahli-ahli fungsionalisme telah mengkategorikan teori ini kepada dua bahagian
yang penting iaitu adakah masyarakat itu dapat berfungsi (fungsi) atau tidak
berfungsi (disfungsi). Menurut ahli-ahli fungsionalisme, setiap bahagian yang
ada dalam kelompok sesebuah masyarakat mempunyai matlamat dan
kehendak mereka sendiri. Menurut Robert K.Merton (1959), untuk melihat
sejauh mana keberkesanan struktur sosial ini, dia telah membuat dua
perbezaan yang dikenali sebagai fungsi ketara dan fungsi tersembunyi. Fungsi
ketara ialah fungsi yang menyumbang ke arah kebaikan seperti tugas sebagai
seorang guru untuk mengajar dan fungsi tersembunyi pula ialah sesuatu yang
tidak disedari berlaku atau tidak menjangka untuk berlaku.

  Daripada apa yang telah dibincangkan tadi, peranan bilik darjah sebagai
tempat tercapainya maksud ilmu memainkan peranan yang paling penting
walaupun kini munculnya zaman siber yang begitu mementingkan
penggunaannya.
5.0

Rumusan

Berdasarkan apa yang telah dibincangkan di atas dapatlah disimpulkan
bahawa, bilik darjah merupakan sebuah komuniti kecil dan menjadi tempat di
mana seorang guru dan sekumpulan pelajar saling berinteraksi secara nyata.
Ianya boleh dianggap sebagai satu unit sosial dalam sebuah organisasi sekolah
dan telah menjadi semakin kompleks. Struktur bilik darjah melibatkan satu
atau lebih pusat kuasa yang menetapkan matlamat, memperuntukan sumber
dan mengarahkan kemajuan. Di dalam bilik darjah pusat kuasa yang
mengawalnya melibatkan pengetua, guru, ibu bapa dan sekolah itu sendiri di
mana setiap individu mempunyai peranan masing-masing. Keadaan ini boleh
dikaitkan dengan teori fungsionalisme yang melihat fungsi perlakuan sosial
atau institusi dalam kegiatan atau aktiviti yang menyumbang ke arah
penerusan masyarakat itu sendiri. Mengikut Spencer, masyarakat sebagai satu
kelompok yang memerlukan pelbagai kemudahan untuk mereka menjalankan
aktiviti bersosial seperti tempat beribadat, sekolah, balai raya, padang
permainan dan sebagainya. Oleh itu perhubungan antara masyarakat yang
wujud di dalamnya amatlah mementingkan kerjasama sosial agar sumbangan
yang positif dapat diadakan untuk setiap bahagian masyarakat dan perubahan
setiap bahagian ini akan mempengaruhi bahagian-bahagian yang lain.

Bilik darjah yang sempurna akan mementingkan demokrasi dan disiplin sebagai
amalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (BPG, 1998). Dalam
keadaan begini seorang guru perlu tangkas membuat keputusan dan bijak
menguruskan bilik darjah agar situasi pengajaran dan pembelajaran berjalan
dengan lancar dan berkesan. Menurut Chris Watkins (2005) dalam bukunya
bertajuk Classrooms as Learning Communities para pengkaji mendapati 3
perkara yang memantapkan suasana bilik darjah ialah ciri-ciri yang terdapat di
dalam sebuah bilik darjah itu sendiri, kekuatan perhubungan antara guru dan
pelajarnya dan pengaruh pembelajaran dan pelajar. Bilik darjah dan proses
pembelajaran perlu dilihat dari pelbagai dimensi. Ini kerana pelajar–pelajar
yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan minat yang berbeza. Dalam masa
yang sama mereka juga perlu mempelajari kandungan matapelajaran yang
telah ditentukan oleh pengurusan sekolah. Kepelbagaian ini juga membawa
 erti seorang guru perlu berhadapan dengan pelbagai karenah dan dilema
 pelajarnya.

 Oleh itu, menjadi tanggungjawab seorang guru yang menguruskan bilik darjah
 mengambil berat terhadap aspek-aspek tertentu seperti menyediakan
 peraturan dan amalan bilik darjah supaya pelajar lebih berdisiplin dan suasana
 harmoni dalam bilik darjah dapat diwujudkan. Selain itu pembentukan suasana
 bilik darjah yang ceria dan menyeronokkan akan menyebabkan secara tidak
 langsung gejala ponteng sekolah dapat dikurangkan. Kualiti pengajaran dan
 penyusunan organisasi pembelajaran perlu diperkemaskan agar pelajar lebih
 bersedia untuk belajar sekaligus meningkatkan penglibatan pelajar dalam P&P
 dan prestasi pelajar. Guru juga berperanan mengaplikasikan motivasi dalam
 pengurusan bilik darjah agar berlaku satu perubahan dan perkembangan
 positif di kalangan pelajar selain mendidik mereka agar mempunyai keyakinan
 diri yang unggul dan rasa hormat menghormati antara satu sama lain.
 Pengurusan bilik darjah yang berkesan mampu meningkatkan kualiti pelajar
 yang akan dilahirkan oleh institusi pendidikan, sekaligus dapat mengurangkan
 masalah sosial yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.




 BIBLIOGRAFI

 Abdullah Sani Yahaya. 2005. Mengurus Disiplin Pelajar. Penang: PTS
 Profesional

 Publishing.



 Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. 2008. Falsafah Pendidikan dan
      Kurikulum, Edisi Kedua. Tanjung Malim: Quantum Books.



Amir Hasan Dawi. 2006. Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Edisi Ketiga.Kuala
         Tanjung Malim: Quantum Books.
Asmah Hj. ahmad. 1990. Pedagogi 1. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.

Atan Long. 1982. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
       Pustaka.

Chris Watkins. 2005.Classrooms as Learning Communities: What’s in it for

        schools?. Routledge Taylor & Francis Group.



Edaris Abbu Bakri. 2004.Pengurusan Strategik: Konsep dan Aplikasi untuk

        Pendidikan. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.



Frazer, E. Home. 1989. Environment and The School. London: London
        University Press.



Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz. 2004. Pedagogi Asas Pendidikan.

       Kuala Lumpur: Kayazano Enterprise.
Universiti pendidikan sultan idris sekolah n masy

More Related Content

What's hot

Skripsi kompetensi profesional guru
Skripsi kompetensi profesional guruSkripsi kompetensi profesional guru
Skripsi kompetensi profesional guruHaubibBro
 
Pengertian, Peran dan Fungsi Kurikulum (Jurnal)
Pengertian, Peran dan Fungsi Kurikulum (Jurnal)Pengertian, Peran dan Fungsi Kurikulum (Jurnal)
Pengertian, Peran dan Fungsi Kurikulum (Jurnal)Mayawi Karim
 
Pandangan Filsafat Terhadap Ilmu Pedagogi Olahraga
Pandangan Filsafat Terhadap Ilmu Pedagogi OlahragaPandangan Filsafat Terhadap Ilmu Pedagogi Olahraga
Pandangan Filsafat Terhadap Ilmu Pedagogi OlahragaBayuSetyawan22
 
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMPENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMSyaza Mohd Sabri
 
Makalah Manajemen Pendidikan Islam pdf
Makalah Manajemen Pendidikan Islam pdfMakalah Manajemen Pendidikan Islam pdf
Makalah Manajemen Pendidikan Islam pdfMythaChan
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumAziyan Bakar
 
PENGEMBANGAN PENELITIAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM BAGI PENGAWAS: MODEL PENELITIA...
PENGEMBANGAN PENELITIAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM BAGI PENGAWAS: MODEL PENELITIA...PENGEMBANGAN PENELITIAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM BAGI PENGAWAS: MODEL PENELITIA...
PENGEMBANGAN PENELITIAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM BAGI PENGAWAS: MODEL PENELITIA...Ta'allum: Jurnal Pendidikan Islam
 
Makalah Kurikulum Pendidikan
Makalah Kurikulum PendidikanMakalah Kurikulum Pendidikan
Makalah Kurikulum PendidikanEla Suryani
 
hakikat kurikulum
hakikat kurikulumhakikat kurikulum
hakikat kurikulumendang zr
 
Riview jurnal 1 teaching sport philosophy online a case study in italy
Riview jurnal 1 teaching sport philosophy online a case study in italyRiview jurnal 1 teaching sport philosophy online a case study in italy
Riview jurnal 1 teaching sport philosophy online a case study in italyIndanaHaq
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_syikin Mawaddah
 
Pengembangan kurikulum PAK
Pengembangan kurikulum PAKPengembangan kurikulum PAK
Pengembangan kurikulum PAKdedevrylizzer
 
Prinsip kurikulum
Prinsip kurikulumPrinsip kurikulum
Prinsip kurikulumFenny Rahma
 
Pendekatan pengembangan kurikulum
Pendekatan pengembangan kurikulumPendekatan pengembangan kurikulum
Pendekatan pengembangan kurikulumsadirun
 
Definisi kurikulum
Definisi kurikulumDefinisi kurikulum
Definisi kurikulumOön Sadam
 

What's hot (20)

Skripsi kompetensi profesional guru
Skripsi kompetensi profesional guruSkripsi kompetensi profesional guru
Skripsi kompetensi profesional guru
 
Full assignment
Full assignmentFull assignment
Full assignment
 
KEPEMIMPINAN PENDIDIKAN NABI YUSUF
KEPEMIMPINAN PENDIDIKAN NABI YUSUFKEPEMIMPINAN PENDIDIKAN NABI YUSUF
KEPEMIMPINAN PENDIDIKAN NABI YUSUF
 
Pengertian, Peran dan Fungsi Kurikulum (Jurnal)
Pengertian, Peran dan Fungsi Kurikulum (Jurnal)Pengertian, Peran dan Fungsi Kurikulum (Jurnal)
Pengertian, Peran dan Fungsi Kurikulum (Jurnal)
 
Pandangan Filsafat Terhadap Ilmu Pedagogi Olahraga
Pandangan Filsafat Terhadap Ilmu Pedagogi OlahragaPandangan Filsafat Terhadap Ilmu Pedagogi Olahraga
Pandangan Filsafat Terhadap Ilmu Pedagogi Olahraga
 
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMPENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
 
Makalah Manajemen Pendidikan Islam pdf
Makalah Manajemen Pendidikan Islam pdfMakalah Manajemen Pendidikan Islam pdf
Makalah Manajemen Pendidikan Islam pdf
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
 
PENGEMBANGAN PENELITIAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM BAGI PENGAWAS: MODEL PENELITIA...
PENGEMBANGAN PENELITIAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM BAGI PENGAWAS: MODEL PENELITIA...PENGEMBANGAN PENELITIAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM BAGI PENGAWAS: MODEL PENELITIA...
PENGEMBANGAN PENELITIAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM BAGI PENGAWAS: MODEL PENELITIA...
 
Makalah Kurikulum Pendidikan
Makalah Kurikulum PendidikanMakalah Kurikulum Pendidikan
Makalah Kurikulum Pendidikan
 
hakikat kurikulum
hakikat kurikulumhakikat kurikulum
hakikat kurikulum
 
Riview jurnal 1 teaching sport philosophy online a case study in italy
Riview jurnal 1 teaching sport philosophy online a case study in italyRiview jurnal 1 teaching sport philosophy online a case study in italy
Riview jurnal 1 teaching sport philosophy online a case study in italy
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
 
Pengembangan kurikulum PAK
Pengembangan kurikulum PAKPengembangan kurikulum PAK
Pengembangan kurikulum PAK
 
Prinsip kurikulum
Prinsip kurikulumPrinsip kurikulum
Prinsip kurikulum
 
Pedagogik
Pedagogik Pedagogik
Pedagogik
 
Pendekatan pengembangan kurikulum
Pendekatan pengembangan kurikulumPendekatan pengembangan kurikulum
Pendekatan pengembangan kurikulum
 
Falsafah Ilmu : Ulasan Jurnal
Falsafah Ilmu : Ulasan JurnalFalsafah Ilmu : Ulasan Jurnal
Falsafah Ilmu : Ulasan Jurnal
 
Review jurnal 2
Review jurnal 2Review jurnal 2
Review jurnal 2
 
Definisi kurikulum
Definisi kurikulumDefinisi kurikulum
Definisi kurikulum
 

Viewers also liked

Topik 1 pengenalan_sosio_pendidikan
Topik 1 pengenalan_sosio_pendidikanTopik 1 pengenalan_sosio_pendidikan
Topik 1 pengenalan_sosio_pendidikanjasman esmon
 
Sosiologi pendidikan
Sosiologi pendidikanSosiologi pendidikan
Sosiologi pendidikanFauzi Din
 
Ok skripsi ppt putri cahyani agustine_06022681419007
Ok skripsi ppt putri cahyani agustine_06022681419007Ok skripsi ppt putri cahyani agustine_06022681419007
Ok skripsi ppt putri cahyani agustine_06022681419007Putri Cahyani Agustine
 
Guru, peran dan proses mengajar
Guru, peran dan proses mengajarGuru, peran dan proses mengajar
Guru, peran dan proses mengajarChi'onk Pemimpin
 
GPP1063 : Implikasi Sosiologi Pendidikan Kepada Pendidikan
GPP1063 : Implikasi Sosiologi Pendidikan Kepada PendidikanGPP1063 : Implikasi Sosiologi Pendidikan Kepada Pendidikan
GPP1063 : Implikasi Sosiologi Pendidikan Kepada PendidikanAtifah Ruzana Abd Wahab
 
sosiologi pendidikan
sosiologi pendidikansosiologi pendidikan
sosiologi pendidikangalaxyfee
 

Viewers also liked (7)

Topik 1 pengenalan_sosio_pendidikan
Topik 1 pengenalan_sosio_pendidikanTopik 1 pengenalan_sosio_pendidikan
Topik 1 pengenalan_sosio_pendidikan
 
Nama mata kuliah
Nama mata kuliah Nama mata kuliah
Nama mata kuliah
 
Sosiologi pendidikan
Sosiologi pendidikanSosiologi pendidikan
Sosiologi pendidikan
 
Ok skripsi ppt putri cahyani agustine_06022681419007
Ok skripsi ppt putri cahyani agustine_06022681419007Ok skripsi ppt putri cahyani agustine_06022681419007
Ok skripsi ppt putri cahyani agustine_06022681419007
 
Guru, peran dan proses mengajar
Guru, peran dan proses mengajarGuru, peran dan proses mengajar
Guru, peran dan proses mengajar
 
GPP1063 : Implikasi Sosiologi Pendidikan Kepada Pendidikan
GPP1063 : Implikasi Sosiologi Pendidikan Kepada PendidikanGPP1063 : Implikasi Sosiologi Pendidikan Kepada Pendidikan
GPP1063 : Implikasi Sosiologi Pendidikan Kepada Pendidikan
 
sosiologi pendidikan
sosiologi pendidikansosiologi pendidikan
sosiologi pendidikan
 

Similar to Universiti pendidikan sultan idris sekolah n masy

KEL 7 MODEL PEMBELAJARAN INKUIRI.pdf
KEL 7 MODEL PEMBELAJARAN INKUIRI.pdfKEL 7 MODEL PEMBELAJARAN INKUIRI.pdf
KEL 7 MODEL PEMBELAJARAN INKUIRI.pdfayulusiyana
 
Makalahmpi 160502052026
Makalahmpi 160502052026Makalahmpi 160502052026
Makalahmpi 160502052026Ruli Budiyanto
 
Makalah Manajemen Pendidikan Islam
Makalah Manajemen Pendidikan IslamMakalah Manajemen Pendidikan Islam
Makalah Manajemen Pendidikan IslamMythaChan
 
Pendekatan pembelajaran dan model pembelajaran
Pendekatan pembelajaran dan model pembelajaranPendekatan pembelajaran dan model pembelajaran
Pendekatan pembelajaran dan model pembelajaranNuruddin Nzankie
 
Tesis Problem Based Learning
Tesis Problem Based LearningTesis Problem Based Learning
Tesis Problem Based Learningguestf6b63af
 
Penerapan Model Pembelajaran Inquiry Terhadap Penalaran Formal Dan Penulisan ...
Penerapan Model Pembelajaran Inquiry Terhadap Penalaran Formal Dan Penulisan ...Penerapan Model Pembelajaran Inquiry Terhadap Penalaran Formal Dan Penulisan ...
Penerapan Model Pembelajaran Inquiry Terhadap Penalaran Formal Dan Penulisan ...guestf6b63af
 
Informasi pengertian studi sosial, kategori ips dan proses berpikir.
Informasi pengertian studi sosial, kategori ips dan proses berpikir.Informasi pengertian studi sosial, kategori ips dan proses berpikir.
Informasi pengertian studi sosial, kategori ips dan proses berpikir.Maruttha Puspita
 
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggiStar Ng
 
Model Pembelajaran Langsung
Model Pembelajaran LangsungModel Pembelajaran Langsung
Model Pembelajaran LangsungRose Lind
 
Dasar Teori dan Konsep Pendidikan
Dasar Teori dan Konsep PendidikanDasar Teori dan Konsep Pendidikan
Dasar Teori dan Konsep PendidikanRizki Lia Ismawati
 
UPAYA MWNINGKATKAN HASIL BELAJAR SISWA MELALUI MODEL PEMBELAJARAN KEATIF DAN ...
UPAYA MWNINGKATKAN HASIL BELAJAR SISWA MELALUI MODEL PEMBELAJARAN KEATIF DAN ...UPAYA MWNINGKATKAN HASIL BELAJAR SISWA MELALUI MODEL PEMBELAJARAN KEATIF DAN ...
UPAYA MWNINGKATKAN HASIL BELAJAR SISWA MELALUI MODEL PEMBELAJARAN KEATIF DAN ...Muhammad Idris
 
Peng. Kurikulum_UTS_Rachel Aziza Rukmantara.pptx
Peng. Kurikulum_UTS_Rachel Aziza Rukmantara.pptxPeng. Kurikulum_UTS_Rachel Aziza Rukmantara.pptx
Peng. Kurikulum_UTS_Rachel Aziza Rukmantara.pptxRachelAzizaRukmantar
 
Metode Pembelajaran Fiqh pada MI di Kecamatan Montasik Kabupaten Aceh Besar
Metode Pembelajaran Fiqh pada MI di Kecamatan Montasik Kabupaten Aceh BesarMetode Pembelajaran Fiqh pada MI di Kecamatan Montasik Kabupaten Aceh Besar
Metode Pembelajaran Fiqh pada MI di Kecamatan Montasik Kabupaten Aceh BesarTjoetnyak Izzatie
 
Tugas uas kurikulum
Tugas uas kurikulumTugas uas kurikulum
Tugas uas kurikulumhuzaipah
 
Tugas 1 kurikulum dan pembelajaran
Tugas 1   kurikulum dan pembelajaranTugas 1   kurikulum dan pembelajaran
Tugas 1 kurikulum dan pembelajaranKadek Kariasa
 
Pengembangan kurikulum dan pembelajaran biologi
Pengembangan kurikulum dan pembelajaran biologiPengembangan kurikulum dan pembelajaran biologi
Pengembangan kurikulum dan pembelajaran biologiYuningsih Yuningsih
 
Peranan pendidik-di-dalam-kelas
Peranan pendidik-di-dalam-kelasPeranan pendidik-di-dalam-kelas
Peranan pendidik-di-dalam-kelasPensil Dan Pemadam
 
Tugas individu Kurikulum dan Pembelajaran
Tugas individu Kurikulum dan PembelajaranTugas individu Kurikulum dan Pembelajaran
Tugas individu Kurikulum dan PembelajaranSaniMicita
 

Similar to Universiti pendidikan sultan idris sekolah n masy (20)

KEL 7 MODEL PEMBELAJARAN INKUIRI.pdf
KEL 7 MODEL PEMBELAJARAN INKUIRI.pdfKEL 7 MODEL PEMBELAJARAN INKUIRI.pdf
KEL 7 MODEL PEMBELAJARAN INKUIRI.pdf
 
Makalahmpi 160502052026
Makalahmpi 160502052026Makalahmpi 160502052026
Makalahmpi 160502052026
 
Organisasi Kurikulum
Organisasi KurikulumOrganisasi Kurikulum
Organisasi Kurikulum
 
Makalah Manajemen Pendidikan Islam
Makalah Manajemen Pendidikan IslamMakalah Manajemen Pendidikan Islam
Makalah Manajemen Pendidikan Islam
 
Pendekatan pembelajaran dan model pembelajaran
Pendekatan pembelajaran dan model pembelajaranPendekatan pembelajaran dan model pembelajaran
Pendekatan pembelajaran dan model pembelajaran
 
Tesis Problem Based Learning
Tesis Problem Based LearningTesis Problem Based Learning
Tesis Problem Based Learning
 
Penerapan Model Pembelajaran Inquiry Terhadap Penalaran Formal Dan Penulisan ...
Penerapan Model Pembelajaran Inquiry Terhadap Penalaran Formal Dan Penulisan ...Penerapan Model Pembelajaran Inquiry Terhadap Penalaran Formal Dan Penulisan ...
Penerapan Model Pembelajaran Inquiry Terhadap Penalaran Formal Dan Penulisan ...
 
Informasi pengertian studi sosial, kategori ips dan proses berpikir.
Informasi pengertian studi sosial, kategori ips dan proses berpikir.Informasi pengertian studi sosial, kategori ips dan proses berpikir.
Informasi pengertian studi sosial, kategori ips dan proses berpikir.
 
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
 
Model Pembelajaran Langsung
Model Pembelajaran LangsungModel Pembelajaran Langsung
Model Pembelajaran Langsung
 
Dasar Teori dan Konsep Pendidikan
Dasar Teori dan Konsep PendidikanDasar Teori dan Konsep Pendidikan
Dasar Teori dan Konsep Pendidikan
 
UPAYA MWNINGKATKAN HASIL BELAJAR SISWA MELALUI MODEL PEMBELAJARAN KEATIF DAN ...
UPAYA MWNINGKATKAN HASIL BELAJAR SISWA MELALUI MODEL PEMBELAJARAN KEATIF DAN ...UPAYA MWNINGKATKAN HASIL BELAJAR SISWA MELALUI MODEL PEMBELAJARAN KEATIF DAN ...
UPAYA MWNINGKATKAN HASIL BELAJAR SISWA MELALUI MODEL PEMBELAJARAN KEATIF DAN ...
 
Peng. Kurikulum_UTS_Rachel Aziza Rukmantara.pptx
Peng. Kurikulum_UTS_Rachel Aziza Rukmantara.pptxPeng. Kurikulum_UTS_Rachel Aziza Rukmantara.pptx
Peng. Kurikulum_UTS_Rachel Aziza Rukmantara.pptx
 
Metode Pembelajaran Fiqh pada MI di Kecamatan Montasik Kabupaten Aceh Besar
Metode Pembelajaran Fiqh pada MI di Kecamatan Montasik Kabupaten Aceh BesarMetode Pembelajaran Fiqh pada MI di Kecamatan Montasik Kabupaten Aceh Besar
Metode Pembelajaran Fiqh pada MI di Kecamatan Montasik Kabupaten Aceh Besar
 
Tugas Kurikulum Asep
Tugas Kurikulum AsepTugas Kurikulum Asep
Tugas Kurikulum Asep
 
Tugas uas kurikulum
Tugas uas kurikulumTugas uas kurikulum
Tugas uas kurikulum
 
Tugas 1 kurikulum dan pembelajaran
Tugas 1   kurikulum dan pembelajaranTugas 1   kurikulum dan pembelajaran
Tugas 1 kurikulum dan pembelajaran
 
Pengembangan kurikulum dan pembelajaran biologi
Pengembangan kurikulum dan pembelajaran biologiPengembangan kurikulum dan pembelajaran biologi
Pengembangan kurikulum dan pembelajaran biologi
 
Peranan pendidik-di-dalam-kelas
Peranan pendidik-di-dalam-kelasPeranan pendidik-di-dalam-kelas
Peranan pendidik-di-dalam-kelas
 
Tugas individu Kurikulum dan Pembelajaran
Tugas individu Kurikulum dan PembelajaranTugas individu Kurikulum dan Pembelajaran
Tugas individu Kurikulum dan Pembelajaran
 

Universiti pendidikan sultan idris sekolah n masy

  • 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA KPS 5042 (SEKOLAH DAN MASYARAKAT) “APLIKASI ILMU SOSIOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH” Disediakan oleh : Nama : ROSIADI BIN TAJUDIN No. Matrik : L20081002254 Program : AT46D (PRODUKSI MULTIMEDIA) Nama : NUR SHAHIDATUL AKMAR MOHD SHAHIBI No. Matrik : L20081002255 Program
  • 2. : AT46D (PRODUKSI MULTIMEDIA) Nama : SITI FATIMAH BINTI NOR DIN No. Matrik : L20081002253 Program : AT46D (PRODUKSI MULTIMEDIA) Nama : AZMA HANIM BINTI ABDUL AZIZ No. Matrik : L20081002256 Program : AT46D (REKABENTUK GRAFIK BERKOMPUTER) Nama : AFZAN BINTI MUSTAFA No. Matrik : L20081002257 Program : AT47D (REKABENTUK GRAFIK BERKOMPUTER) Pensyarah: EN. IKHSAN OTHMAN KUMPULAN (DPLI) SEMESTER 1, 2008
  • 3. ISI KANDUNGAN Muka Surat 1.0 PENGENALAN 1 –2 2.0 LATARBELAKANG PENGURUSAN BILIK DARJAH 2.1 Pengenalan 3 2.2 Konsep Bilik Darjah 3 –4 2.3 Guru Dan Peranannya 5 –7 2.4 Pelajar Dan Peranannya 7 -8 2.5 Pengurusan Fizikal, Sumber Dan Organisasi 9 – 10 2.6 Persekitaran dan Aplikasi Bilik Darjah 10 – 11 2.7 Pengurusan Murid 2.8 Pengurusan pengajaran dan pembelajaran 3.0 TEORI-TEORI SOSIOLOGI
  • 4. 3.1 Teori Struktural-Fungsional 16 – 17 3.2 Teori Interaksionisme 17 – 18 4.0 APLIKASI TEORI SOSIOLOGI DALAM MENANGANI ISU KEBERKESANAN PENGURUSAN BILIK DARJAH 4.1 Guru Kurang Berfungsi 19 4.2 Wujud Kumpulan Tertentu 19 – 20 4.3 Pengajaran Dan Pembelajaran Kurang Berkesan 20 – 21 4.4 Wujudnya Halangan Komunikasi 21 – 22 4.5 Kawalan Kelas Yang Longgar 22 – 23 4.6
  • 5. Mengamalkan Diskriminasi Terhadap Pelajar 23 – 25 5.0 RUMUSAN 26 - 27 BIBLIOGRAFI 4.3 Pengajaran Dan Pembelajaran Kurang Berkesan 20 – 21 4.4 Wujudnya Halangan Komunikasi 21 – 22 1.0 Pengenalan. Tugas mengurus bilik darjah merupakan satu cabaran bagi seorang guru. Pengurusan bilik darjah yang berkesan merupakan satu faktor utama dalam menentukan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah dengan menjadikan pelajar sebagai subjek utama. Guru yang bijak dalam pengurusan bilik darjah haruslah memahami dan mengenalpasti keperluan subjek utamanya. Oleh itu, menjadi peranan bagi seorang guru untuk mengkaji latarbelakang sosial pelajarnya supaya keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah dapat dicapai dengan jayanya. Berdasarkan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam mengurus sebuah bilik darjah, maka dalam kajian ini penulis cuba mengkaji “Aplikasi
  • 6. Sosiologi Dalam Pengurusan Bilik Darjah”. Skop kajian lebih tertumpu kepada mengkaji struktur sosial di dalam bilik darjah iaitu guru dan pelajar. Kajian ini terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu; bahagian pertama, mengkaji latarbelakang pengurusan bilik darjah; bahagian kedua, mengkaji teori-teori sosiologi yang boleh diguna pakai dalam pengurusan bilik darjah dan bahagian ketiga, menghuraikan mengenai aplikasi teori sosiologi dalam menangani isu pengurusan bilik darjah. Seterusnya, bahagian terakhir ialah rumusan. Dalam bahagian pertama, huraian kajian lebih memfokuskan kepada komuniti di dalam bilik darjah dengan mengkaji sejarah, latarbelakang dan peranan setiap anggota komuniti. Dalam konteks ini, subjek yang dikaji terdiri daripada guru dan pelajar. Selain itu, teknik-teknik pengurusan yang perlu dilaksanakan oleh seorang guru di dalam bilik darjah turut diterangkan. Dalam bahagian kedua pula, tumpuan kajian adalah Bahagian terakhir pula ialah rumusan. Bahagian ini memberi kesimpulan keseluruhan mengenai tajuk dan skop kajian yang dikaji. Semoga hasil daripada kajian ini akan dapat digunakan oleh para guru dan juga para pelajar bidang perguruan dalam memahami konsep pengurusan bilik darjah dengan lebih baik ke arah menghasilkan perancangan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan lebih berkesan. mengenai teori-teori sosiologi yang boleh dikaitkan dan diaplikasikan dalam pengurusan bilik darjah. Beberapa teori sosiologi dikaji secara ringkas dan aplikasi pengunaannya diterangkan secara mendalam dalam bahagian yang seterusnya. Manakala, dalam bahagian ketiga pula huraian menjurus kepada pengunaan teori sosiologi dalam menangani isu-isu pengurusan bilik darjah. Dalam bahagian ini kajian juga menumpu pada faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengurusan bilik darjah dari aspek sosiologi. Hampir keseluruhan sub topik yang dihuraikan adalah berdasarkan kepada sub topik dalam bahagian pertama.
  • 7. 2.0 Latar Belakang Pengurusan Bilik Darjah 2.1 Pengenalan Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerak kerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Dalam topik perbincangan aplikasi ilmu sosiologi dalam pengurusan bilik darjah ini penulis mengemukakan pendapat dan hujah betapa pentingnya seorang guru atau pengurus mengambil perhatian terhadap aspek sosiologi dalam sebuah bilik darjah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kesemua aspek sosiologi yang disentuh akan mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan guru di dalam bilik darjah. Apabila kita membincangkan aspek sosiologi itu dalam konteks bilik darjah, maka perkara khusus yang perlu dikaji ialah komuniti yang terdapat dalam lingkungan bilik darjah tersebut. Adalah penting untuk dibincangan dalam perkara ini tentang maksud bilik darjah itu sendiri, siapa guru dan pelajar dari
  • 8. segi sejarah, biografi, peranan dan struktur, teknik dan cara pengurusan bilik darjah yang berkesan dengan merujuk kepada aspek sosiologi serta faktor- faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengurusan sebuah bilik darjah tersebut. 2.2 Konsep Bilik Darjah Sekolah merupakan wacana untuk setiap insan membina diri mereka dengan pengisian dari pelbagai sumber ilmu agar dapat memudahkan individu menghadapi arus kehidupan di alam ini. Pembelajaran ini bermula dengan penyediaan diri pelajar dengan pelbagai perkara bermula dari segi mental hinggalah kepada fizikal. Dalam sebuah sekolah, bilik darjah merupakan tempat yang terpenting dalam membentuk sahsiah dan pengetahuan pelajar. Bilik darjah merupakan tempat yang paling sesuai untuk penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Bilik darjah yang mempunyai suasana yang tenteram dan selesa serta ditambah dengan pelbagai bahan pengajaran atau bahan bantu mengajar akan memberi kesan yang mendalam kepada penerimaan pelajar terhadap pengajaran guru. Menurut Kamarudin Husin (2004:352), konsep bilik darjah sebenarnya telah wujud sejak sekian lama. Namun demikian konsep tersebut berubah-ubah mengikut perkembangan pendidikan dari semasa ke semasa. Pada zaman dahulu, pembelajaran dilakukan di bawah pokok dengan bilangan pelajar yang kecil sekitar lima hingga enam orang, dan ini boleh dianggap sebagai satu bilik darjah. Begitu juga dengan surau atau pondok yang menjadi tempat kanak- kanak Melayu mengaji al-Quran daripada imam juga tergolong sebagai bilik darjah. Oleh itu, boleh dikatakan di mana sahaja tempat sesuatu ilmu itu disampaikan tempat tersebut boleh dianggap sebagai bilik darjah. Konsep bilik darjah pada hari ini biasanya ditafsirkan mengikut fungsi pendidikan atau ciri penyusunan fizikal. Oleh itu, tempat seperti sebuah bilik atau ruang yang mengandungi sekumpluan pelajar di bawah pengawasan seorang guru, sebuah padang yang digunakan untuk pendidikan jasmani, sekumpulan pelajar yang sedang menjalankan uji kaji dalam sebuah makmal sains serta pendidikan yang diadakan di pusat sumber boleh digolongkan di bawah konsep bilik darjah.
  • 9. Secara asasnya dalam konteks hari ini, bilik darjah akan dilengkapi dengan kemudahan seperti kerusi dan meja pelajar yang disusun mengikut aktiviti pengajaran dan pembelajaran, papan tulis dan alat bantu mengajar serta yang paling utama ialah sejumlah pelajar yang berada dalam lingkungan umur yang sama di bawah jagaan seorang guru. Bilik darjah merupakan satu organisasi yang sangat mudah yang terdiri daripada guru dan sekumpulan pelajar yang mempunyai matlamat dan harapan yang sama. Persekitaran bilik darjah penting dalam situasi pembelajaran pelajar. Hal ini boleh mengalakkan atau menghalang sesuatu aktiviti pembelajaran. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1986:44), persekitaran fizikal bilik darjah yang baik akan dapat meningkatkan kuasa serta sumber pengajaran guru. Beliau juga menekankan tentang pengurusan dan penyusunan bilik darjah yang menyentuh cara guru menyusun, mengorganisasi dan menggunakan perkara-perkara yang berkaitan, menyusun tempat duduk pelajar serta penyusunan perabot dan alat bantu mengajar. Secara keseluruhannya, semua perkara tersebut perlu diatur dengan sempurna untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran. Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi. 2.3 Guru dan Peranannya Bilik darjah merupakan satu organisasi yang sangat mudah, yang lazimnya terdiri daripada guru, pelajar dan sumber pembelajaran. Guru sebagai individu yang terlibat secara langsung dalam menerajui pembelajaran. Ketiga-tiga entiti ini mempunyai peranan masing-masing bagi membolehkan sebuah bilik darjah
  • 10. berfungsi dengan baik dan mencapai objektif yang diharapkan oleh pihak sekolah. Guru ialah seorang manusia biasa yang berada di tahap dewasa dan lebih tua usianya berbanding pelajar. Dalam konteks pendidikan di Malaysia bagi sekolah kerajaan, guru merupakan seorang yang menerima latihan perguruan serta mendapat kelayakan untuk menjadi seorang guru sama ada dalam bentuk sijil, diploma ataupun ijazah. Guru di sekolah merupakan satu fenomena moden di mana mereka mempunyai pengkhususan dalam bidang tertentu dan dibayar gaji. Pengurusan guru-guru sekolah awam di letakkan di bawah tadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia dan mereka dibayar gaji oleh kerajaan. Manakala guru-guru sekolah swasta pula dibayar oleh majikan masing-masing. Dalam skim penjawatan guru sekolah Malaysia, secara umumnya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu guru siswazah dan guru bukan siswazah. Menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008:42), guru ialah teras kepada pelaksanaan proses pendidikan walaupun proses pendidikan itu boleh juga berlangsung secara tanpa guru. Guru mempunyai peranan yang besar dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik. Di antara peranan guru yang utama adalah sebagai role model kepada pelajar, pembentuk akhlak yang mulia, pakar dalam pengetahuan yang dimilikinya serta mahir dalam beberapa kemahiran khususnya yang akan diajarkan kepada pelajarnya. Menurut Schickendanz (1977) pula, guru berperanan dalam konteks pengurusan bilik darjah. Katanya, “Pembelajaran terganggu dalam iklim yang kucar-kacir atau destruktif; adalah menjadi tanggungjawab guru menolong pelajar bertingkah laku dengan cara meningkatkan hormat pada diri sendiri dan mewujudkancohes iveness kumpulan”. Tugas untuk mendidik anak bangsa merupakan peranan utama bagi seorang guru. Oleh hal yang demikian, untuk mendidik orang lain, guru sendiri perlu mempunyai keperibadian yang mulia serta sahsiah yang terpuji supaya dapat menjadi contoh dan ikutan para pelajarnya. Hal ini menuntut sifat profesionalisme yang tinggi. Guru haruslah mempunyai disiplin yang cemerlang seperti bekerja keras, menepati waktu, berakhlak mulia, mempunyai emosi
  • 11. yang mantap dan disiplin kendiri yang utuh. Semua hal ini penting untuk menarik minat pelajar terhadap guru yang mengajar kerana pelajar akan lebih memberikan tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas jika mereka menyukai guru yang mengajarnya. “Segala-galanya yang dilakukan oleh guru daripada merancang jadual harian sehingga membantu murid menyelesaikan perbalahan adalah mempengaruhi keberkesanan guru sebagai pendisiplin” (Rohaty Mohd. Majzub, T. Subahan, Maerah Faridah Karim, Ahmad Jeffiri Hassan, 1991. Persatuan Pendidikan Malaysia, 48) Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru di sesebuah sekolah amat penting terutama dari segi menjadikan aspirasi dan matlamat sekolah menjadi kenyataan. Menurut Kamarudin Husin (2004:384), peranan seorang guru dapat diringkaskan seperti berikut: 1. Tenaga pengajar dan perancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya di dalam bilik darjah berdasarkan sukatan pelajaran dan melaksanakannya di dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran yang sesuai. 2. Pengerak pembelajaran dengan menjadi pembimbing kepada pelajar supaya mereka berusaha belajar secara individu atau secara berkumpulan. 3. Pengurus bilik darjah seperti menguruskan jadual tugas bilik darjah, menentukan corak penyusunan kerusi, meja dan peralatan serta mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. 4. Menjadi ibu bapa kepada pelajar, terutamanya dalam menjaga keselamatan dan kebajikan mereka. 5. Bertanggungjawab dalam segala urusan yang berkaitan dengan disiplin pelajar. 6. Model hidup yang akan menjadi ikutan dan contoh kepada pelajar. 7. Sebagai pembimbing dan kaunselor kepada pelajar yang menghadapi masalah dalam pelajaran atauperibadi.
  • 12. 8.Menjadi penasihat kepada aktiviti ko-kurikulum. 9. Menjadi pemeriksa dan penilai kepada aktiviti pembelajaran. 10. Menjadi seorang pelajar, dengan sentiasa mengikuti kursus peningkatan keilmuan profesionalisme. 11. Menjadi pembantu pentadbir sekolah dan pegawai perhubungan antara pengetua dengan pelajar serta antara pihak sekolah dengan ibu bapa. Oleh yang demikian dan menjalankan tugas dan peranannya, guru mestilah menjadi seorang yang penyabar dan sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku. Peranan yang amat besar dan mencabar ini menjadikan guru seorang yang dihormati dan disanjungi di mata masyarakat. Cabaran ini disahut oleh setiap insan bergelar guru yang mendukung satu falsafah keguruan iaitu Falsafah Pendidikan Guru Malaysia, iaitu: “ Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik dan berdisiplin” 2.4 Pelajar dan Peranannya Gelaran pelajar atau murid diberikan kepada seseorang apabila mereka memasuki alam persekolahan diperingkat sekolah tadika, sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Walaupun kedudukan pelajar dalam carta hierarki organisasi sekolah terletak paling bawah, namun mereka juga memainkan peranan penting, sesuai dengan keupayaan dan kedudukan mereka. Dalam konteks kajian ini, penulis memberi tumpuan kepada pelajar peringkat sekolah menengah yang berada dalam lingkungan usia remaja. Menurut Dorothy Roger dalam Muhd Mansur Abdullah (1988:37), perkataan remaja berasal daripada perkataan Latin iaitu adolscere yang bermaksud tumbuh dan berkembang
  • 13. ke arah kematangan. Manakala dari segi definisinya pula, Cyril Simmons dan rakan-rakannya mentakrifkan remaja sebagai jangka masa ketika pengakhiran zaman kanak-kanak dan permulaan zaman dewasa (1984:16). Secara teorinya remaja adalah satu tempoh masa daripada bermulanya baligh (umur 10 ataupun 11 tahun bagi perempuan dan 12 ataupun 13 tahun bagi lelaki) sehingga mencapai dewasa sepenuhnya daripada segi fizikal, sosial, undang- undang dan ekonomi. Manakala menurut Jean-Jacques Rousseau pula, umur remaja boleh di anggap berada pada usia 15 hingga 20 tahun. Dan demikian juga menurut undang-undang, umur remaja adalah antara 10 hingga 18 tahun. Jika kita melihat kepada pentakrifan usia remaja, secara kasarnya semua takrifan berada pada usia pelajar peringkat sekolah menengah (13 hingga 18 tahun). Maka tidak hairanlah, mengapa pelajar pada usia ini perlu untuk diberi perhatian kerana mereka sedang mengalami satu tempoh peralihan yang mencabar ke arah menempuh alam dewasa dan kematangan. Menurut Crow and Crow, umur yang meningkat membawa kepada perubahan dalaman penyatuan emosi dan cara bertindak balas dibangkitkan (1983:102). Pada tahap ini mereka mengalami pelbagai perubahan fizikal, emosi dan sosial. Mereka akan lebih mudah terpengaruh dengan rakan sebaya dan ingin mencari satu identiti dalam kehidupan mereka. Di sinilah dilihat peri pentingnya tugas seorang guru dalam membantu pelajar memainkan peranan mereka yang sepatutnya dan bukannya goyah dengan tarikan dunia luar ataupun rakan sebaya. untuk menggunakan kemahiran yang optimum dalam pengurusan bilik darjah. Malah adalah penting bagi guru memahami tingkah-laku dan budaya pelajar terlebih dahulu supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat. Kemahiran berkomunikasi juga memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya penyayang. Komunikasi yang baik dapat dijelmakan dalam cara bertutur, penggunaan bahasa badan, penulisan juga melalui penggunaan alat- alat tertentu seperti komputer, telefon dan sebagainya. Apabila seorang guru menggunakan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan terhadap pelajarnya, secara tidak langsung dapat menghasilkan
  • 14. suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan pembentukan akhlak yang mulia serta peningkatan kemahiran tertentu dapat diterap dengan lebih mudah. Komunikasi boleh menghasilkan motivasi yang berkesan kepada pelajar. Pengurusan hal ehwal pelajar melalui pendekatan “Guru Penyayang” yang ditunjukkan oleh guru dalam bilik darjah juga dapat dipraktikkan dengan adanya sifat mahmudah yang wujud dalam diri guru itu sendiri yang akan mempercepatkan proses pemindahan maklumat daripada guru kepada pelajarnya terlaksana. Guru yang berwibawa sentiasa melihat pembelajaran sosial sebagai satu aspek penting dalam bilik darjah. Setiap golongan yang dipimpin memerlukan penghargaan dan pengiktirafan dari golongan pendidik ini. Guru seharusnnya menggunakan kebijaksanaan berkomunikasi dan pendekatan penyayang dengan menghadiahkan senyuman di samping memberikan penghargaan apabila mereka mempamerkan sesuatu yang baik meski pun objektif atau matlamat proses pengajaran dan pembelajaran kurang menyerlah. Sekeping kertas berbentuk surat pengiktirafan atau sebatang pen sebagai tanda penghargaan sudah mampu untuk menunjukkan keikhlasan guru bagi meningkatkan prestasi anak didik mereka. Guru seharusnya menunjukkan teladan sebagai seorang profesional dengan mewujudkan program-program yang bertujuan membangunkan insaniah pelajar dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi mengurang segala tingkah-laku negatif. Guru sepatutnya mengelakkan diri daripada menggunakan pendekatan yang bertentangan dengan norma kemanusiaan yang boleh menggalakkan pelajar untuk tidak menghargai pertumbuhan pengetahuan dan kemahiran diri. Budaya bilik darjah yang dinamik lebih mementingkan aspek pembentukan nilai-nilai murni seperti hubungan yang mesra di kalangan pelajar dengan guru. Selain kecergasan mental yang kreatif dan inovatif, penyertaan yang aktif dari kalangan pelajar membolehkan pembelajaran yang berobjektif dan bermatlamat diwujudkan kerana pelajar sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan dari guru dan rakan sebaya sekaligus dapat meningkatkan tahap disiplin yang terkawal melalui tindakan yang berhemah yang dibaluti dengan perasaan kasih dan sayang. Ini dapat memberi peluang yang terbaik kepada
  • 15. pelajar untuk mengembangkan potensi diri mereka ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti. Guru boleh membuat penilaian dalam mengurangkan kadar ponteng dan permasalahan disiplin pelajar melalui pendekatan pengurusan bilik darjah yang berkesan. Kadar bilangan pelajar yang terlalu ramai dalam sesebuah bilik darjah bukan satu ukuran yang subjektif untuk dibuat satu kesimpulan bahawa kelas tersebut tidak boleh dibangunkan. Kecekapan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru boleh menghasilkan bilik darjah sebagai sebuah rumah dalam slogan “bilik darjah ku, rumah ku”. Kemahiran mengawal disiplin pelajar sangat penting kerana seorang guru tidak boleh melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sekiranya para pelajar tidak dapat memberikan tumpuan atau fokus dalam bilik darjah. Guru mungkin berhadapan dengan beberapa pelajar yang nakal tetapi seharusnya diingatkan bahawa bukan semua pelajar menjadi punca segala permasalahan yang timbul kerana jika tiada pengawalan yang baik, jumlah pelajar yang akan menimbulkan ketidakselesaan guru akan bertambah dan akhirnya menjejaskan penumpuan guru terhadap penyampaian pengajaran dalam bilik darjah. Strategi awal bagi mengawal keadaan ini adalah guru memainkan peranan penting dengan mengenalpasti pelajarnya yang boleh menimbulkan punca permasalahan supaya pelajar lain tidak menjadi ‘pak turut’ semata-mata. Permasalahan yang diwujudkan oleh rakan mereka itu perlu dikenalpasti terlebih dahulu sebelum bertindak untuk cuba membantu menyelesaikan permasalahan tersebut. Pendekatan boleh dilakukan dalam aktiviti pengajaran dengan banyak berinteraksi dengan pelajar yang berkenaan sehingga pelajar tersebut merasakan dirinya mendapat perhatian dan dihargai bukan kerana dirinya tetapi kerana tingkah- lakunya yang tidak disenangi guru. Ketegasan kepada disiplin pembelajaran perlu diterapkan dengan cara yang berhemah yang boleh menampakkan bahawa ketegasan itu bukan bertujuan penderaan tetapi sebagai pengajaran sekiranya pelajar berkenaan perlu diberikan nasihat, teguran dan kata-kata motivasi yang menggambarkan bahawa guru menyayanginya. Kesabaran, kecekalan dan kesungguhan dalam membentuk tingkah-laku pelajar kadangkala mengambil masa yang agak lama.
  • 16. Beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan dalam pengurusan tingkah- laku pelajar adalah seperti menerangkan peraturan yang wajib dipatuhi oleh pelajar sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan selain menyatakan sebab-sebab serta objektif pelaksanaannya. Guru perlu membiasakan diri menepati masa datang ke bilik darjah untuk mengelakkan tumpuan pelajar terganggu. Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian pelajar yang dimulakan dengan set induksi yang menarik kemudian diikuti dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran boleh menghilangkan rasa kebosanan pelajar selain melakukan beberapa tugasan yang berkaitan dengan isi-isi pengajaran tersebut. Guru tidak boleh melengah-lengahkan waktu untuk memulakan pengajaran dan melambatkan untuk menamatkan pembelajaran bagi mengelakkan pelajar melakukan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan hasil pembelajaran. Guru yang kreatif perlu merangsangkan minda pelajar dengan kata-kata motivasi disamping jenaka ‘sense humor’ dan pujian supaya suasana bilik darjah ceria dan tidak membosankan. 2.8 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Pengurusan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah merupakan tugas utama yang perlu diberi perhatian yang serius. Pembaziran waktu akan berlaku dalam satu masa pengajaran dan pembelajaran sekiranya objektif pembelajaran tidak tercapai. Pelan Tindakan Strategik bagi mata pelajaran yang diajar perlu disediakan terlebih dahulu oleh guru sebagai panduan. Kajian dari aspek kekuatan, kelemahan, peluang dan halangan yang disertai dengan perancangan untuk lima tahun dan perancangan untuk tahun semasa perlu selaras dengan perancangan strategi sekolah. Peningkatan profesionalisme guru dalam bilik darjah dilihat dalam aspek kebolehan mencorak kualiti pengajaran, kebolehan menyusun organisasi pembelajaran, kebolehan mencorak suasana persekitaran dalam bilik darjah, kebolehan mencorak perkembangan pelajar termasuk perkembangan akademik, sosial, emosi, rohani, intelek dan jasmani. Guru yang bercita-cita untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan
  • 17. perlu memahami perasaan dan kehendak hati nurani para pelajar dengan mencorakkan tingkahlaku dan pengawalan disiplin pelajar. Oleh itu guru berperanan sebagai pendidik, pemimpin, pembimbing, penilai, perancang dan pendorong ke arah kecemerlangan pelajar. Perancangan yang berkualiti menjamin peningkatan kuantiti dan kualiti dalam proses perkembangan pembelajaran serta penghasilannya. Pembelajaran yang bermakna melibatkan proses memahami, berfikir, berbincang, membuat pertimbangan, menganalisis bagi mengembangkan minda pelajar. Selain itu, kemahiran komunikasi, menyesuaikan diri, kemahiran sosial dan perkembangan tingkahlaku dapat diperluaskan di kalangan mereka. Prinsip umum pembelajaran ialah meningkatkan dan mengekalkan tahap kejayaan di samping memberi ruang dan peluang untuk pelajar mengatasi kelemahan mereka tanpa membiarkan kegagalan berterusan. Pembelajaran perlu lebih realistik dan mampu mencabar kebolehan pelajar bagi mengembangkan potensi mereka pada masa akan datang.Guru perlu memiliki beberapa kemahiran penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana kemahiran boleh menjadi instrumen untuk kejayaan dalam menguruskan bilik darjah. Antara kemahiran yang boleh dipraktikkan ialah kemahiran interpersonal, kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling, kemahiran dalam mengawal emosi pelajar boleh menjadi pemangkin dalam mencapai objektif pembelajaran yang berkesan. Komunikasi adalah medan pemindahan pengetahuan dan proses mendapatkan maklumat. Melalui komunikasi juga, pelajar mampu melahirkan pandangan dan menyuarakan pendapat dalam meningkatkan kecekapan dan pengetahuan bagi maklumat yang diperolehi. Justeru itu guru seharusnya mengelakkan masalah yang boleh menjejaskan keberkesanan proses komunikasi seperti penggunaan bahasa yang kasar, suara yang tidak jelas, bahasa badan yang tidak sesuai serta tidak mampu memberi perhatian dan tumpuan tentang pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran pelajar terhasil melalui proses pendengaran dan pemerhatian selain latihan dan percubaan dalam aktiviti pembelajaran. Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata dinilai atau diukur daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan
  • 18. pembelajaran semata-mata tetapi kualiti peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada pelajar. Pada amnya guru yang disenangi pelajar ialah guru yang pandai berjenaka, jujur dan ikhlas dalam menjalankan tugas, berfikiran positif, pendengar yang aktif dan tenang menyelesaikan konflik. Imam al- Ghazali menggariskan ciri-ciri guru yang efektif iaitu guru yang memiliki rasa simpati terhadap setiap pelajar dan melayani mereka seperti anak sendiri. Tambahan lagi, seorang guru tidak sekali-kali merendahkan disiplin ilmu yang lain di hadapan pelajar. Guru juga bertanggungjawab menghadkan pembelajaran bersesuaian dengan tahap pencapaian dan pemahaman pelajar serta tidak memaksa mereka mencapai sesuatu di luar kemampuan serta menyediakan bahan pembelajaran yang mudah difahami, jelas dan bersesuaian dengan tahap perkembangan akal pelajar mereka. 3.0 Teori - Teori Sosiologi 3.1 Teori Struktural-Fungsional Teori Struktural-Fungsional adalah sesuatu yang sangat penting dan bermanfaat dalam mengkaji masalah sosial di kalangan masyarakat khususnya dalam bidang pendidikan. Teori ini wujud berasaskan pandangan dan pemikiran tokoh-tokoh awal seperti Comte, Spencer dan Durkheim yang kemudiannya di kaji oleh tokoh-tokoh terkemudian seperti Talcott Parsons dan Robert K.Merton. Secara kasarnya teori ini terdiri atas dua elemen iaitu struktur sosial dan fungsi sosial. Menurut teori ini, struktur sosial dan fungsi sosial tersebut berada dalam suatu sistem sosial yang terdiri daripada bahagian-bahagian atau elemen-elemen yang saling berkaitan untuk mewujudkan keseimbangan dalam struktur sosial masyarakat. Teori ini juga banyak mengkaji fungsi perlakuan sosial atau sesebuah institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada kehidupan masyarakat amnya yang mana khusus merujuk kepada para pelajar. Masyarakat boleh dianggap sebagai satu tubuh badan manusia yang terdiri dari bahagian-bahagian tertentu yang mempunyai fungsi- fungsinya yang tersendiri yang mana
  • 19. merujuk kepada individu yang wujud dalam pelbagai lapisan umur dalam masyarakat. Bahagian-bahagian ini juga dikenali sebagai struktur. Teori ini juga menghuraikan mengenai organisasi sosial dan menerangkan bagaimana sesuatu organisasi boleh dikekalkan. Dengan demikian dapat dikatakan bahawa teori ini lebih menekankan kepada penyusunan dan mengabaikan isu konflik dan perubahan-perubahan yang wujud dalam masyarakat. Jelas di sini bahawa setiap struktur dalam sistem sosial memainkan peranan antara satu sama lain. Sebaliknya jika sistem sosial tidak berfungsi maka secara sendirinya fungsi struktur itu akan hilang. Emile Durkheim, seorang ahli sosiologi Perancis menganggap bahawa teori Struktural-Fungsional merupakan suatu yang berbeza. Durkheim melihat Kemahiran berkomunikasi juga memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya penyayang. Komunikasi yang baik dapat dijelmakan dalam cara bertutur, penggunaan bahasa badan, penulisan juga melalui penggunaan alat- alat tertentu seperti komputer, telefon dan sebagainya. Apabila seorang guru menggunakan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan terhadap pelajarnya, secara tidak langsung dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan pembentukan akhlak yang mulia serta peningkatan kemahiran tertentu dapat diterap dengan lebih mudah. Komunikasi boleh menghasilkan motivasi yang berkesan kepada pelajar. Pengurusan hal ehwal pelajar melalui pendekatan “Guru Penyayang” yang ditunjukkan oleh guru dalam bilik darjah juga dapat dipraktikkan dengan adanya sifat mahmudah yang wujud dalam diri guru itu sendiri yang akan mempercepatkan proses pemindahan maklumat daripada guru kepada pelajarnya terlaksana. Guru yang berwibawa sentiasa melihat pembelajaran sosial sebagai satu aspek penting dalam bilik darjah. Setiap golongan yang dipimpin memerlukan penghargaan dan pengiktirafan dari golongan pendidik ini. Guru seharusnnya menggunakan kebijaksanaan berkomunikasi dan pendekatan penyayang dengan menghadiahkan senyuman di samping memberikan penghargaan apabila mereka mempamerkan sesuatu yang baik meski pun objektif atau matlamat proses pengajaran dan pembelajaran kurang menyerlah. Sekeping kertas berbentuk surat pengiktirafan atau sebatang pen sebagai tanda
  • 20. penghargaan sudah mampu untuk menunjukkan keikhlasan guru bagi meningkatkan prestasi anak didik mereka. Guru boleh membuat penilaian dalam mengurangkan kadar ponteng dan permasalahan disiplin pelajar melalui pendekatan pengurusan bilik darjah yang berkesan. Kadar bilangan pelajar yang terlalu ramai dalam sesebuah bilik darjah bukan satu ukuran yang subjektif untuk dibuat satu kesimpulan bahawa kelas tersebut tidak boleh dibangunkan. Kecekapan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru boleh menghasilkan bilik darjah sebagai sebuah rumah dalam slogan “bilik darjah ku, rumah ku”. Kemahiran mengawal disiplin pelajar sangat penting kerana seorang guru tidak boleh melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sekiranya para pelajar tidak dapat memberikan tumpuan atau fokus dalam bilik darjah. Guru mungkin berhadapan dengan beberapa pelajar yang nakal tetapi seharusnya diingatkan bahawa bukan semua pelajar menjadi punca segala permasalahan yang timbul kerana jika tiada pengawalan yang baik, jumlah pelajar yang akan menimbulkan ketidakselesaan guru akan bertambah dan akhirnya menjejaskan penumpuan guru terhadap penStrategi awal bagi mengawal keadaan ini adalah guru memainkan peranan penting dengan mengenalpasti pelajarnya yang boleh menimbulkan punca permasalahan supaya pelajar lain tidak menjadi ‘pak turut’ semata-mata. Permasalahan yang diwujudkan oleh rakan mereka itu perlu dikenalpasti terlebih dahulu sebelum bertindak untuk cuba membantu menyelesaikan permasalahan tersebut. Pendekatan boleh dilakukan dalam aktiviti pengajaran dengan banyak berinteraksi dengan pelajar yang berkenaan sehingga pelajar tersebut merasakan dirinya mendapat perhatian dan dihargai bukan kerana dirinya tetapi kerana tingkah- lakunya yang tidak disenangi guru. Ketegasan kepada disiplin pembelajaran perlu diterapkan dengan cara yang berhemah yang boleh menampakkan bahawa ketegasan itu bukan bertujuan penderaan tetapi sebagai pengajaran sekiranya pelajar berkenaan perlu diberikan nasihat, teguran dan kata-kata motivasi yang menggambarkan bahawa guru menyayanginya. Kesabaran, kecekalan dan penyampaian pengajaran dalam bilik darjah. kesungguhan dalam membentuk tingkah-laku pelajar kadangkala mengambil masa yang agak lama.
  • 21. Beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan dalam pengurusan tingkah- laku pelajar adalah seperti menerangkan peraturan yang wajib dipatuhi oleh pelajar sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan selain menyatakan sebab-sebab serta objektif pelaksanaannya. Guru perlu membiasakan diri menepati masa datang ke bilik darjah untuk mengelakkan tumpuan pelajar terganggu. Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian pelajar yang dimulakan dengan set induksi yang menarik kemudian diikuti dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran boleh menghilangkan rasa kebosanan pelajar selain melakukan beberapa tugasan yang berkaitan dengan isi-isi pengajaran tersebut. Guru tidak boleh melengah-lengahkan waktu untuk memulakan pengajaran dan melambatkan untuk menamatkan pembelajaran bagi mengelakkan pelajar melakukan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan hasil pembelajaran. Guru yang kreatif perlu merangsangkan minda pelajar dengan kata-kata motivasi disamping jenaka ‘sense humor’ dan pujian supaya suasana bilik darjah ceria dan tidak membosankan. 2.8 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Pengurusan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah merupakan tugas utama yang perlu diberi perhatian yang serius. Pembaziran waktu akan berlaku dalam satu masa pengajaran dan pembelajaran sekiranya objektif pembelajaran tidak tercapai. Pelan Tindakan Strategik bagi mata pelajaran yang diajar perlu disediakan terlebih dahulu oleh guru sebagai panduan. Kajian dari aspek kekuatan, kelemahan, peluang dan halangan yang disertai dengan perancangan untuk lima tahun dan perancangan untuk tahun semasa perlu selaras dengan perancangan strategi sekolah. Pembelajaran yang bermakna melibatkan proses memahami, berfikir, berbincang, membuat pertimbangan, menganalisis bagi mengembangkan minda pelajar. Selain itu, kemahiran komunikasi, menyesuaikan diri, kemahiran sosial dan perkembangan tingkahlaku dapat diperluaskan di kalangan mereka. Prinsip umum pembelajaran ialah meningkatkan dan mengekalkan tahap kejayaan di samping memberi ruang dan peluang untuk pelajar mengatasi kelemahan mereka tanpa membiarkan kegagalan berterusan. Pembelajaran perlu lebih realistik dan mampu mencabar kebolehan pelajar bagi mengembangkan potensi mereka
  • 22. pada masa akan datang.Guru perlu memiliki beberapa kemahiran penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana kemahiran boleh menjadi instrumen untuk kejayaan dalam menguruskan bilik darjah. Antara kemahiran yang boleh dipraktikkan ialah kemahiran interpersonal, kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling, kemahiran dalam mengawal emosi pelajar boleh menjadi pemangkin dalam mencapai objektif pembelajaran yang berkesan. Komunikasi adalah medan pemindahan pengetahuan dan proses mendapatkan maklumat. Melalui komunikasi juga, pelajar mampu melahirkan pandangan dan menyuarakan pendapat dalam meningkatkan kecekapan dan pengetahuan bagi maklumat yang diperolehi. Justeru itu guru seharusnya mengelakkan masalah yang boleh menjejaskan keberkesanan proses komunikasi seperti penggunaan bahasa yang kasar, suara yang tidak jelas, bahasa badan yang tidak sesuai serta tidak mampu memberi perhatian dan tumpuan tentang pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran pelajar terhasil melalui proses pendengaran dan pemerhatian selain latihan dan percubaan dalam aktiviti pembelajaran. Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata dinilai atau diukur daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran semata-mata tetapi kualiti peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada pelajar. Pada amnya guru yang disenangi pelajar ialah guru yang pandai berjenaka, jujur dan ikhlas dalam menjalankan tugas, berfikiran positif, pendengar yang aktif dan tenang menyelesaikan konflik. Imam al- Ghazali menggariskan ciri-ciri guru yang efektif iaitu guru yang memiliki rasa simpati terhadap setiap pelajar dan melayani mereka seperti anak sendiri. Tambahan lagi, seorang guru tidak sekali-kali merendahkan disiplin ilmu yang lain di hadapan pelajar. Guru juga bertanggungjawab menghadkan pembelajaran bersesuaian dengan tahap pencapaian dan pemahaman pelajar serta tidak memaksa mereka mencapai sesuatu di luar kemampuan serta menyediakan bahan pembelajaran yang mudah difahami, jelas dan bersesuaian dengan tahap perkembangan akal pelajar mereka.
  • 23. 3.0 Teori - Teori Sosiologi 3.1 Teori Struktural-Fungsional Teori Struktural-Fungsional adalah sesuatu yang sangat penting dan bermanfaat dalam mengkaji masalah sosial di kalangan masyarakat khususnya dalam bidang pendidikan. Teori ini wujud berasaskan pandangan dan pemikiran tokoh-tokoh awal seperti Comte, Spencer dan Durkheim yang kemudiannya di kaji oleh tokoh-tokoh terkemudian seperti Talcott Parsons dan Robert K.Merton. Secara kasarnya teori ini terdiri atas dua elemen iaitu struktur sosial dan fungsi sosial. Menurut teori ini, struktur sosial dan fungsi sosial tersebut berada dalam suatu sistem sosial yang terdiri daripada bahagian-bahagian atau elemen-elemen yang saling berkaitan untuk mewujudkan keseimbangan dalam struktur sosial masyarakat. Teori ini juga banyak mengkaji fungsi perlakuan sosial atau sesebuah institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada kehidupan masyarakat amnya yang mana khusus merujuk kepada para pelajar. Masyarakat boleh dianggap sebagai satu tubuh badan manusia yang terdiri dari bahagian-bahagian tertentu yang mempunyai fungsi- fungsinya yang tersendiri yang mana merujuk kepada individu yang wujud dalam pelbagai lapisan umur dalam masyarakat. BahagiDengan demikian dapat dikatakan bahawa teori ini lebih menekankan kepada penyusunan dan mengabaikan isu konflik dan perubahan- perubahan yang wujud dalam masyarakat. Jelas di sini bahawa setiap struktur dalam sistem sosial memainkan peranan antara satu sama lain. Sebaliknya jika sistem sosial tidak berfungsi maka secara sendirinya fungsi struktur itu akan hilang. Emile Durkheim, seorang ahli sosiologi Perancis menganggap bahawa teori Struktural-Fungsional merupakan suatu yang berbeza. Durkheim melihat masyarakat moden sebagai keseluruhan organisasi yang memiliki realiti kehidupan tersendiri. Keseluruhan yang dimaksudkan oleh Durkheim ialah
  • 24. keperluan atau fungsi-fungsi tertentu yang perlu dipenuhi oleh bahagian- bahagian yang menjadi anggotanya agar sentiasa berada dalam keadaan yang teratur. Menurut teori ini, masyarakat akan dikaji dari segi perjalanan sistem sosial atau perhubungan mereka yang telah wujud. Struktur-struktur sosial yang dibentuk akan membantu kelancaran perjalanan atau keharmonian sesuatu masyarakat. Brinkerhoff dan White (1989 : 9) telah merumuskan tiga andaian utama ahli-ahli fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti merujuk kriteria penilaian yang utama untuk menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat dapat dikekalkan. Harmoni menunjukkan bagaimana semua bahagian atau struktur-struktur dalam masyarakat bekerjasama untuk mencapai tujuannya. Evolusi pula menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku kepada masyarakat melalui proses adaptasi struktur sosial kepada pembaharuan yang mana sekaligus akan menyebabkan sesuatu yang tidak diperlukan oleh masyarakat dihapuskan. Struktural-Fungsionalisme sering menggunakan konsep sistem ketika membahas struktur atau lembaga sosial. Ianya terdiri dari bahagian yang rapi, sesuai, teratur dan saling bergantungan. Seperti sebuah sistem, maka struktur yang terdapat dalam masyarakat akan berkemungkinan untuk selalu berubah. Perubahan yang berlaku akan terus berjalan seiring dengan perkembangan kehidupan manusia. an-bahagian ini juga dikenali sebagai struktur. Teori ini juga menghuraikan mengenai organisasi sosial dan menerangkan bagaimana sesuatu organisasi boleh dikekalkan. Berdasarkan teori ini, dapat disimpulkan bahawa penglibatan setiap individu yang terlibat dalam pembentukan sesebuah organisasi bilik darjah memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan suasana sosial yang sesuai untuk peningkatan dan kemajuan dalam melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. 3.2 Teori Interaksionisme Teori ini lebih merujuk kepada pendekatan mikro iaitu bagaimana seseorang menginterprestasi dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam
  • 25. masyarakat di mana peranan individu itu di lihat dalam sesuatu sistem sosial yang di wujudkan. Setiap perlakuan atau aksi individu bersifat subjektif ditafsirkan dan diperjelaskan akan maknanya. Manusia tidak pasif dan menekankan bahawa interaksi sosiallah yang membentuk realiti. Blumer (1969) telah memberikan tiga huraian penting mengenai konsep makna. 1) Kepentingan dalam memahami makna. 2)Makna meningkatkan kemesraan 3) Makna boleh dirundingkan Oleh itu dapat dikatakan bahawa interaksionisme simbolik melihat bagaimana individu membentuk dan dibentuk oleh interaksinya dengan orang lain. David Hargreaves melihat kendiri, persepsi dan peranan individu sebagai interaksionisme simbolik. Setiap tindakan yang di ambil adalah berdasarkan pandangan diri sendiri dan juga pandangan dari orang lain. Dalam bilik darjah pendekatan interaksionalisme diaplikasikan dengan sebaiknya, dimana hubungan yang melibatkan guru dengan guru, guru dengan pelajar dan pelajar sesama pelajar berlaku sepanjang masa. Hargreaves mengatakan guru berkuasa menentukan pelajar-pelajar menerima situasi yang telah ditetapkan dalam bilik darjah. Walaupun beliau mencadangkan tiga jenis konsep diri yang ada pada guru iaitu si ’penjinak singa’, si ’penghibur’ dan si ’romantik’ tetapi ketiga-tiga jenis konsep ini bukanlah sesuatu yang tetap kerana guru mempunyai pelbagai sifat. Bagi pelajar–pelajar pula mereka menganggap pentingnya bagi mereka untuk mengembirakan guru, dalam erti kata lainnya, mereka mempunyai kemahiran yang tersendiri untuk berhadapan dengan guru yag berlainan. Menurut Hargreaves (1975: 105) lagi, pelajar- pelajar merasakan mereka perlu mengembirakan hati guru tetapi pada masa yang sama mereka kecewa dan bosan. Beliau juga berpendapat terdapat situasi konflik dalam bilik darjah tetapi tidak bersifat terbuka. Pelajar mempunyai sedikit kuasa untuk membantah situasi yang tidak sesuai dengan mereka. Rundingan merupakan jalan terbaik, apabila guru boleh memoderasi setengah kehendak mereka sebagai balasan kepatuhan pelajar terhadap permintaan dari guru. Guru dan pelajar mempunyai pelbagai strategi untuk mencapai matlamat masing-masing. Guru menggunakan teknik seperti pecah dan perintah, ancaman dan amaran dan merujuk kepada pihak atasan. Manakala pelajar pula merujuk kepada pihak yang lebih berautoriti seperti ibu
  • 26. bapa dan sebagainya. Interaksi saling mempengaruhi antara guru dan pelajar menjadikan suasana bilik darjah lebih teratur dan menggalakkan perkembangan proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan teori ini, hubungan sosial di antara para pelajar dan guru penting dalam mewujudkan pengurusan sesuatu bilik darjah itu dilakukan secara berkesan. 4.0 Aplikasi Teori Sosiologi Dalam Menangani Isu Keberkesanan Pengurusan Bilik Darjah. Isu kepadatan bilik darjah di Malaysia yang terlalu sesak mengakibatkan kadar tahap pembelajaran menurun di kalangan pelajar. Apabila kadar tahap pembelajaran menurun, para pelajar tidak lagi berminat untuk meneruskan persekolahan. Mereka merasakan meneruskan persekolahan adalah sia-sia kerana mereka tidak lagi berminat untuk belajar. Kebanyakan bilik darjah masih mengamalkan sistem pembelajaran konvensional, menyebabkan pelajar terlalu bergantung kepada pengajaran guru 4.1 Guru Kurang Berfungsi Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara dan menjamin perkembangan. Guru merupakan suatu anggota atau kakitangan yang paling penting dalam membangunkan sesebuah masyarakat. Peranan dan sumbangannya amat diperlukan pada mana-mana peringkat rendah mahupun menengah. Tanggungjawab yang dipikulnya bukanlah sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan sahaja bahkan membentuk akhlak dan nilai yang sewajarnya untuk menghiasi latar belakang pelajar apabila mereka dewasa kelak. Tumpuan yang sepenuhnya oleh guru terhadap setiap anak didiknya dalam sesebuah kelas akan mendatangkan kesan dari segi perubahan tingkah laku mahu pun persepsi dan minat pelajar terhadap pelajaran yang sedang dipelajarinya ketika itu. Dengan bilangan pelajar yang melebihi tahap maksima,
  • 27. kawalan kelas akan terabai kerana guru tidak mungkin dapat mengawal dan memberi perhatian terhadap bilangan pelajar yang ramai. Di samping itu juga, guru tidak dapat mengenal pasti mana pelajar yang pandai dan sebaliknya kerana jumlah pelajar yang terlalu ramai dalam satu kelas. Oleh yang demikian, guru tidak dapat memberi perhatian kepada pelajar yang kurang pandai di dalam kelas tersebut. Selain itu, guru tidak dapat mengajar secara berkesan kepada pelajar kerana pengabaian secara tidak formal berlaku di dalam kelas tersebut. dan ini menghalang mereka untuk mengembangkan potensi pembelajaran masing-masing dengan cara yang tersendiri. Isu ini berlaku adalah kerana beberapa faktor yang mempengaruhinya seperti berikut : 4.2 Wujud Kumpulan Tertentu Bilangan pelajar yang ramai dalam sesebuah bilik darjah mengakibatkan wujudnya kelompok bilangan pelajar tertentu seperti kumpulan-kumpulan elit yang mempunyai prestasi pelajaran yang baik berbanding sebahagian yang lain. Kumpulan pelajar yang kurang pencapaiannya dalam pelajaran pula akan mengasingkan diri mereka ekoran tahap pembelajaran yang tidak sama dan merasa rendah diri terhadap rakan yang lebih baik dari mereka. Golongan ini akan membentuk dua situasi kumpulan yang berbeza dari segi ideologi pembelajaran dan sikap yang tidak sehaluan. Hubungan silaturahim antara mereka juga akan terjejas kerana mereka hanya berkawan dengan pelajar yang tertentu sahaja. Contohnya, pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran yang tinggi akan berkawan sesama mereka sahaja. Manakala pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran yang rendah akan terasa tersisih. Selain itu juga, mereka tidak dapat meningkatkan tahap pembelajaran mereka kerana pelajar yang tahap pembelajaran tinggi tidak berkawan dengan pelajar yang lain. Di samping itu, boleh mewujudkan pergaduhan apabila wujudnya kumpulan tertentu dalam satu bilik darjah. Akhirnya suasana bilik darjah akan menjadi tempat untuk mereka mengasingkan diri dari orang yang tidak sealiran dengan pendirian mereka dalam pelajaran.
  • 28. 4.3 Pengajaran Dan Pembelajaran Kurang Berkesan Mengajar adalah satu tanggungjawab yang besar. Ia memerlukan persediaan lengkap untuk mengajar di samping memahami kerenah yang sedia ada pada pelajar yang ada dalam kelas terbabit. Apabila bilangan pelajar yang melebihi tahap maksima, guru tidak dapat menyediakan bahan yang terlalu banyak dan memdatangkan kesan kepada pengajarannya. Guru terpaksa mengawal kelas dalam jangka masa yang lama sebelum memulakan sesi pengajaran. Akibatnya masa yang diperuntukkan atas mana-mana mata pelajaran akan makin berkurangan dan ini akan mendatangkan kesan seperti sukatan pelajaran tidak dapat dihabiskan mengikut jangka masa ditetapkan, guru akan melangkau kepada topik-topik yang dirasakan perlu baginya untuk mengajar sahaja. Tahap kecerdasan dalam kajian ini dikategorikan kepada tiga, iaitu tinggi, sederhana, dan rendah. Analisis data menunjukkan majoriti subjek kajian berada dalam lingkungan kecerdasan sederhana, iaitu sebanyak 75%. Manakala bagi pelajar yang berkecerdasan tinggi dan berkecerdasan rendah, perbezaan peratusannya adalah rendah iaitu 12.7% pelajar berkecerdasan tinggi dan 13% pelajar berkecerdasan rendah. Taburan tahap kecerdasan pelajar yang sebegini adalah normal kerana subjek kajian ini dipilih secara rawak, iaitu tahap kecerdasan subjek tidak ditentukan terlebih dahulu. Berdasarkan dapatan ini dapat dibuat kesimpulan bahawa tahap kecerdasan pelajar adalah berbeza-beza. Walaupun kebanyakan pelajar berada dalam kategori kecerdasan sederhana, namun kewujudan pelajar yang mempunyai kecerdasan tinggi dan juga kecerdasan rendah perlu diberi perhatian. Guru perlu peka tentang kewujudan tahap kecerdasan pelajar yang berbeza-beza ini kerana dapat membantu mereka merancang bahan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. 4.4 Wujudnya Halangan Komunikasi Komunikasi adalah elemen dalam kehidupan yang berlaku sepanjang masa sama dan bersifat dinamik. Ia berlaku di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sama ada dalam situasi formal atau tidak formal dan tidak dapat dielak.
  • 29. Corak komunikasi akan wujud di dalam bilik darjah antara guru dengan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Didapati bahawa komunikasi guru dan pelajar berlaku dalam suasana separa formal. Selain itu, kajian juga mendapati bahawa guru adalah faktor kepada permulaan komunikasi yang berkesan atau sebaliknya. Guru juga sebagai pendorong dan pemberi semangat. Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) adalah satu proses yang berterusan di dalam bilik darjah. Guru-guru yang memiliki asas dan teknik pengajaran yang baik dapat menarik minat pelajar dalam proses P&P tersebut. Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2002) menyatakan bahawa apabila seorang guru menyampaikan pengalaman dan pengetahuannya kepada murid-muridnya, itu namanya berkomunikasi. Oleh sebab itu, guru diberi banyak penekanan tentang kepentingan menguasai kemahiran komunikasi dengan baik. Kemahiran menyampai dan berkongsi maklumat mencipta makna dalam berkomunikasi. Apabila seorang guru berkomunikasi, dia bukan sahaja mencari perkataan yang tepat untuk menyampaikan makna tetapi boleh menggabungkan elemen- elemen lain seperti intonasi, pertembungan mata(eye-contact), dan komunikasi bukan lisan bagi memberikan kesan maksimum semasa proses P&P (Kauffman, Mostert, Trent, & Hallahan, 1998). Selain itu, guru yang mempunyai kemahiran komunikasi dapat mengesan dan memahami tingkah laku murid melalui tindak balas bukan lisan dan melalui interaksi yang berlaku sepanjang proses P&P di dalam bilik darjah (Emmer et al., 2003). Kemahiran berkomunikasi adalah aspek yang seharusnya diberikan pendedahan yang lebih kepada guru kerana gurulah orangnya yang akan menentukan sama ada komunikasi yang berlangsung akan terjadi dalam keadaan yang ceria atau sebaliknya. Murid dalam hal ini hanyalah golongan yang menunggu sama ada situasi pembelajaran akan menjadi menarik, membosankan atau menakutkan. Guru yang ceria semasa tiba di muka pintu bilik darjah akan mengundang keceriaan pelajar-pelajar dan suasana pembelajaran akan menjadi lebih ceria.
  • 30. Guru yang masuk ke bilik darjah dalam riak wajah yang hambar akan menyebabkan situasi pembelajaran turut menjadi hambar. Dan sekiranya guru masuk ke bilik darjah dengan wajah yang bengis, pelajar tentulah akan memberikan reaksi yang negatif terhadap riak wajah yang sedemikian. Komunikasi akan menjadi hambar dan proses P&P tidak lagi menarik. Walau bagaimanapun, kesemua ini mempunyai pelbagai faktor penentu yang membolehkan guru merubah keadaan daripada hambar kepada ceria atau daripada ceria kepada hambar. 4.5 Kawalan Kelas Yang Longgar Dengan jumlah bilangan pelajar yang terlalu sesak ini, guru terpaksa untuk mengawal tingkah laku pelajar yang datang dari pelbagai latar belakang sama ada dari segi keluarga dan keadaan kesediaan untuk belajar. Ada pelajar yang datang dari latar belakang keluarga yang susah dari segi ekonomi, kurang berminat terhadap pelajaran, pelajar hiperaktif dan sebagainya. Ini mengakibatkan guru tidak dapat untuk menumpukan sepenuhnya terhadap kawalan kelas. Menurut guru sosiologi sejarah dunia sekolah tinggi, Christine Warner, “dengan pelajar berjumlah 40 orang atau lebih dalam sesebuah kelas, adalah sukar bagi guru di mana-mana pun untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajarnya”. Di Australia, kadar bilangan penempatan pelajar dalam sesebuah kelas adalah sekitar 20 hingga 25 orang untuk mewujudkan suatu sistem pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Di Los Angeles pula setiap bilik darjah hanya memperuntukkan minimum 20 dan maksimum hingga 25 orang sahaja. Ini membuktikan negara-negara maju yang melaksanakan dapat melahirkan
  • 31. sistem pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Hasilnya dapat kita lihat di mana pelajar-pelajar mereka mempunyai kualiti dari segi pengetahuan yang tinggi terhadap sesuatu ilmu yang dipelajari. 4.6 Mengamalkan Diskriminasi Terhadap Pelajar Bagi mengimbangi struktur organisasi di dalam bilik darjah, guru dan pelajar tidak harus mengamalkan diskriminasi dan tidak memperlihatkan sikap perkauman antara satu sama lain. Dengan kata lain diskriminasi adalah perumpaan untuk pilih kasih atau berat sebelah yang membawa maksud di mana dalam satu keadaan yang melibatkan dua pihak atau lebih dalam suatu kawasan, apabila keputusan atau penghargaan dibuat akan lebih berpihak kepada satu pihak sahaja, manakala satu pihak lagi diabaikan atau dipinggirkan (Difinisi mengikut Kamus Dewan). Hal sebegini tidak sepatutnya berlaku di dalam bilik darjah sama ada di antara guru dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar. Untuk mengelakkan semua ini berlaku, kesamaan peluang kepada semua lapisan masyarakat dan individu adalah perlu. Dapat dilihat di sini antara diskriminasi yang ingin diselesaikan adalah terhadap kualiti pelajaran orang kurang upaya di dalam bilik darjah. Pelajar kurang upaya atau diistilahkan pelajar khas pula terdiri daripada mereka yang mengalami masalah fizikal, `sensory ’, intelek, pembelajaran dan kesihatan yang mengganggu kemampuan mereka berfungsi dalam kehidupan seharian, tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperolehi sepenuhnya atau sebahagian daripada keperluan biasa seorang individu atau tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan kekurangan sama ada dari segi fizikal atau mental dan sama ada ianya berlaku semenjak lahir atau kemudian termasuklah kebolehan berfungsi dalam persekitaran sekolah. (Difinisi dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia) Bukti sejarah menunjukkan bahawa masyarakat di abad ke-19 menganggap keadaan kurang upaya sebagai satu penyakit yang tidak boleh sembuh yang mengakibatkan semua individu kurang upaya perlu diasingkan dalam institusi. Kini, kita beralih kepada kepercayaan bahawa individu kurang upaya adalah
  • 32. sama seperti individu normal dan mereka perlu disepadukan dalam masyarakat dan menerima hak-hak yang sama tanpa diskriminasi. Kewujudan sistem pendidikan khas membuktikan masyarakat mengakui wujudnya sekumpulan ahlinya yang memerlukan pengubahsuaian dan bantuan khas untuk belajar. Dan juga merupakan keperihatinan kerajaan dalam memberikan kesamaan peluang kepada semua lapisan masyarakat dan individu. Pelbagai kemudahan telah disediakan dan sedang ditingkatkan antaranya penyedian infrastruktur, kemudahan dan program pendidikan khas yang relevan, memperluas dan mempertingkatkan pengisian Program Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran, menyediakan guru pendidikan khas terlatih dan pembantu pengurusan pelajar yang mencukupi, menyediakan pentaksiran alternatif, menyediakan kemudahan ICT yang sesuai, menjalin perkongsian pintar dengan badan sukarela dan Kementerian lain yang juga menyediakan perkhidmatan untuk pelajar kurang upaya.(Bab 7 PIPP Merapatkan Jurang Pendidikan) Seterusnya, guru di dalam bilik darjah pula memainkan peranan penting agar pembelajaran di dalam bilik darjah berlansung dengan baik dan tiada lagi diskriminasi terhadap orang kurang upaya didalam bilik darjah kerana pendidikan adalah cara yang paling berkesan untuk mobiliti sosial, kehidupan berdikari dan juga menjamin kehidupan yang bahagia. Ahli-ahli fungsionalisme telah mengkategorikan teori ini kepada dua bahagian yang penting iaitu adakah masyarakat itu dapat berfungsi (fungsi) atau tidak berfungsi (disfungsi). Menurut ahli-ahli fungsionalisme, setiap bahagian yang ada dalam kelompok sesebuah masyarakat mempunyai matlamat dan kehendak mereka sendiri. Menurut Robert K.Merton (1959), untuk melihat sejauh mana keberkesanan struktur sosial ini, dia telah membuat dua perbezaan yang dikenali sebagai fungsi ketara dan fungsi tersembunyi. Fungsi ketara ialah fungsi yang menyumbang ke arah kebaikan seperti tugas sebagai seorang guru untuk mengajar dan fungsi tersembunyi pula ialah sesuatu yang tidak disedari berlaku atau tidak menjangka untuk berlaku. Daripada apa yang telah dibincangkan tadi, peranan bilik darjah sebagai tempat tercapainya maksud ilmu memainkan peranan yang paling penting walaupun kini munculnya zaman siber yang begitu mementingkan penggunaannya.
  • 33. 5.0 Rumusan Berdasarkan apa yang telah dibincangkan di atas dapatlah disimpulkan bahawa, bilik darjah merupakan sebuah komuniti kecil dan menjadi tempat di mana seorang guru dan sekumpulan pelajar saling berinteraksi secara nyata. Ianya boleh dianggap sebagai satu unit sosial dalam sebuah organisasi sekolah dan telah menjadi semakin kompleks. Struktur bilik darjah melibatkan satu atau lebih pusat kuasa yang menetapkan matlamat, memperuntukan sumber dan mengarahkan kemajuan. Di dalam bilik darjah pusat kuasa yang mengawalnya melibatkan pengetua, guru, ibu bapa dan sekolah itu sendiri di mana setiap individu mempunyai peranan masing-masing. Keadaan ini boleh dikaitkan dengan teori fungsionalisme yang melihat fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan atau aktiviti yang menyumbang ke arah penerusan masyarakat itu sendiri. Mengikut Spencer, masyarakat sebagai satu kelompok yang memerlukan pelbagai kemudahan untuk mereka menjalankan aktiviti bersosial seperti tempat beribadat, sekolah, balai raya, padang permainan dan sebagainya. Oleh itu perhubungan antara masyarakat yang wujud di dalamnya amatlah mementingkan kerjasama sosial agar sumbangan yang positif dapat diadakan untuk setiap bahagian masyarakat dan perubahan setiap bahagian ini akan mempengaruhi bahagian-bahagian yang lain. Bilik darjah yang sempurna akan mementingkan demokrasi dan disiplin sebagai amalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (BPG, 1998). Dalam keadaan begini seorang guru perlu tangkas membuat keputusan dan bijak menguruskan bilik darjah agar situasi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Menurut Chris Watkins (2005) dalam bukunya bertajuk Classrooms as Learning Communities para pengkaji mendapati 3 perkara yang memantapkan suasana bilik darjah ialah ciri-ciri yang terdapat di dalam sebuah bilik darjah itu sendiri, kekuatan perhubungan antara guru dan pelajarnya dan pengaruh pembelajaran dan pelajar. Bilik darjah dan proses pembelajaran perlu dilihat dari pelbagai dimensi. Ini kerana pelajar–pelajar yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan minat yang berbeza. Dalam masa yang sama mereka juga perlu mempelajari kandungan matapelajaran yang
  • 34. telah ditentukan oleh pengurusan sekolah. Kepelbagaian ini juga membawa erti seorang guru perlu berhadapan dengan pelbagai karenah dan dilema pelajarnya. Oleh itu, menjadi tanggungjawab seorang guru yang menguruskan bilik darjah mengambil berat terhadap aspek-aspek tertentu seperti menyediakan peraturan dan amalan bilik darjah supaya pelajar lebih berdisiplin dan suasana harmoni dalam bilik darjah dapat diwujudkan. Selain itu pembentukan suasana bilik darjah yang ceria dan menyeronokkan akan menyebabkan secara tidak langsung gejala ponteng sekolah dapat dikurangkan. Kualiti pengajaran dan penyusunan organisasi pembelajaran perlu diperkemaskan agar pelajar lebih bersedia untuk belajar sekaligus meningkatkan penglibatan pelajar dalam P&P dan prestasi pelajar. Guru juga berperanan mengaplikasikan motivasi dalam pengurusan bilik darjah agar berlaku satu perubahan dan perkembangan positif di kalangan pelajar selain mendidik mereka agar mempunyai keyakinan diri yang unggul dan rasa hormat menghormati antara satu sama lain. Pengurusan bilik darjah yang berkesan mampu meningkatkan kualiti pelajar yang akan dilahirkan oleh institusi pendidikan, sekaligus dapat mengurangkan masalah sosial yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. BIBLIOGRAFI Abdullah Sani Yahaya. 2005. Mengurus Disiplin Pelajar. Penang: PTS Profesional Publishing. Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. 2008. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum, Edisi Kedua. Tanjung Malim: Quantum Books. Amir Hasan Dawi. 2006. Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Edisi Ketiga.Kuala Tanjung Malim: Quantum Books.
  • 35. Asmah Hj. ahmad. 1990. Pedagogi 1. Kuala Lumpur: Longman Malaysia. Atan Long. 1982. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Chris Watkins. 2005.Classrooms as Learning Communities: What’s in it for schools?. Routledge Taylor & Francis Group. Edaris Abbu Bakri. 2004.Pengurusan Strategik: Konsep dan Aplikasi untuk Pendidikan. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Frazer, E. Home. 1989. Environment and The School. London: London University Press. Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz. 2004. Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur: Kayazano Enterprise.