SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
Download to read offline
Penggunaan Logic Gate Simulator Sebagai Bahan Bantu
Mengajar Dalam Aspek Pengajaran Dan Pembelajaran
Bagi Modul SSK 1023 Asas Sistem Digit Di Kolej
Komuniti Selandar, Melaka
Nurul Liyana binti Mahmod
Kolej Komuniti Selandar, Jalan Batang Melaka, 77500 Selandar, Melaka; nurulliyana_kksl@yahoo.com
Abstrak Keberkesanan pensyarah atau pendidik melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk mendidik dan
menyampaikan pengajaran bergantung kepada pelbagai faktor. Pelbagai kaedah penyampaian boleh diterapkan dalam
aspek pengajaran dan pembelajaran di mana salah satunya dengan menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam
memberikan kefahaman kepada pelajar tentang konsep dalam sesuatu topik yang disampaikan. Kajian ini bertujuan untuk
mengkaji penggunaan Logic Gate Simulator (LGS) sebagai bahan bantu mengajar bagi modul SSK 1023 Asas Sistem Digit
dengan menumpukan kepada hasil pembelajaran (CLO) kedua berdasarkan kurikulum Kolej Komuniti iaitu menunjukkan
pemasangan litar logik menggunakan get-get logik. Fokus kajian adalah merangkumi topik dua iaitu Get-get logik yang
mengandungi subtopik operasi get logik asas. Dengan adanya kit ini, pensyarah boleh menunjukkan hasil dapatan bagi litar
logik yang dibina berdasarkan rajah skematik litar secara praktikal kepada pelajar. Pensyarah juga boleh menguji pelajar
dalam aspek penyambungan wayar dan hasil dapatan berdasarkan rajah litar skematik yang dibina secara real time. Soal
selidik telah dibina bagi mendapatkan maklumbalas persepsi pelajar terhadap penggunaan Logic Gate Simulator dalam
aktiviti PdP. Seramai 74 orang pelajar telah dipilih secara rawak sebagai responden bagi setiap sesi pengambilan iaitu dari
Sesi Julai 2016 sehingga November 2017. Analisis berbentuk deskriptif menggunakan Statistical Package for the Social
Sciences (SPSS) telah dibuat bagi mendapatkan hasil kajian. Secara keseluruhannya kesemua item berada dalam
kedudukan tinggi iaitu di antara 4.00 hingga 5.00 bagi nilai skor min. Cadangan penambahbaikan iaitu memperluas
penggunaan LGS kepada semua institusi khasnya Kolej Komuniti supaya aspek penyampaian dalam topik get-get logik
dapat disampaikan dengan lebih menarik dan berkesan.
Kata kunci: pengajaran dan pembelajaran, Bahan Bantu Mengajar, hasil pembelajaran, get-get logik, Logic Gate
Simulator
1. Pengenalan
Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 Pendidikan Tinggi (PT), Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak merumuskan bahawa objektif keseluruhan pelan ini terangkum dalam konsep 3B iaitu
melahirkan graduan berbakat, bertaraf global dan berteraskan nilai positif (Shakii Hameed, 2015). PPPM (PT) yang
dilancarkan secara keseluruhannya menggariskan pencapaian sepuluh (10) lonjakan iaitu, graduan holistik, berciri
keusahawanan dan seimbang; kecemerlangan bakat; menghayati pembelajaran sepanjang hayat; graduan pendidikan dan
latihan vokasional dan teknikal (TVET) berkualiti; pemantapan tadbir urus; kelestarian kewangan; ekosistem inovasi;
penyampaian program pendidikan yang ditransformasikan, keunggulan global dan pembelajaran dalam talian secara global.
Selaras dengan penubuhan Kolej Komuniti sebagai sebuah institusi yang menyediakan keperluan latihan dan
kemahiran pada semua peringkat umur serta memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum masuk ke
pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi (Jasli & Siti, 2014; Norhayati & Intan
Junizah, 2014). Sehingga akhir tahun 2016 sebanyak 94 Kolej Komuniti telah ditubuhkan diseluruh negara bagi membuka
akses yang lebih luas kepada masyarakat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran mengikut bidang yang
diminati (JPKK, 2012). Antara visi Kolej Komuniti ialah mewujudkan peluang, membangunkan potensi dan mencapai
kecemerlangan untuk pelajar lepasan menengah dan Komuniti setempat melalui pendidikan dan latihan.
Sehubungan dengan itu, pengajar di Kolej Komuniti haruslah memainkan peranan yang penting dalam melahirkan
pelajar yang berketrampilan dan berkesan. Menurut Ahmad Johari et. al, (2015) keberkesanan pensyarah atau pendidik
melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka untuk mendidik dan menyampaikan pengajaran bergantung kepada
pelbagai faktor yang lazim dibincangkan dalam kajian-kajian mengenai pembelajaran. Penyampaian kuliah dalam kelas di
universiti, maktab perguruan dan mana-mana institusi pendidikan mempunyai kesan yang mendalam kepada pendidikan
setiap pelajar.
Pelbagai kaedah penyampaian boleh diterapkan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran (PdP). Penggunaan Bahan
Bantu Mengajar (BBM) sebagai salah satu inisiatif pensyarah dalam memberikan kefahaman kepada pelajar tentang konsep
sesuatu perkara semasa belajar. Hal ini disokong oleh Ahmad, Nor Azlan dan Nurdalina (2010), iaitu bahan bantu mengajar
memainkan peranan penting ke arah memahami konsep di dalam proses pengajaran selain daripada bertujuan untuk
menarik minat pelajar dalam sesuatu mata pelajaran.
Menurut Finkbeiner (2001) tiga komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan BBM iaitu
komputer, bahasa dan pembelajaran. Pengajar pada peringkat awal perlu memahami konsep dan prosedur pelaksanaan
pengajaran menggunakan komputer agar memberikan kesan yang optimum kepada pelajar. Hal ini disokong juga oleh
kajian yang dilakukan Hamdan dan Surizan (2010) iaitu Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang direka cipta seperti jangka
sudut khas dapat meningkatkan dan mempercepatkan lagi proses pemahaman konsep dan penguasaan topik penjelmaan
kerana pelajar dapat mengaplikasikan sendiri dengan menggunakan bahan maujud untuk direalisasikan dalam kemahiran
topik penjelmaan khususnya subtopik putaran.
Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar juga dapat mencetuskan minat pelajar. Peralatan yang digunakan juga
menjadi penggalak dalam penyampaian pelajaran. Bahan bantu mengajar dapat mewujudkan suasana persekitaran yang
sesuai kepada pelajar. Jika bahan bantu mengajar digunakan dengan teratur semasa memberi penerangan, pengajaran yang
disampaikan akan mencetuskan minat pelajar (Ahmad, Noor Azlan, Nurdalina, 2010). Norma (2004) juga menyatakan
bahawa penggunaan bahan bantu yang sesuai akan mendorong minat pelajar untuk melalui proses
pembelajaran yang menyeronokkan. Pembelajaran yang menyeronokkan ini dapat membantu para pelajar mencapai
objektif pembelajaran seperti yang telah dirancang.
Penghasilan Logic Gate Simulator (LGS) sebagai bahan bantu mengajar bagi modul SSK 1023 Asas Sistem Digit telah
diaplikasikan dalam kalangan pensyarah dan pelajar semasa proses PdP dijalankan di Kolej Komuniti Selandar. Modul
Asas Sistem Digit ini merupakan modul teknikal wajib diambil oleh pelajar Semester 1 pengajian bagi Program Sistem
Komputer dan Rangkaian (SSK). Rasional memasukkan modul ini ke dalam program ialah menyediakan pengetahuan dan
kemahiran di dalam bidang sistem digit yang mana dapat digunapakai di dalam bidang ICT dan sistem komputer.
Pengenalan kepada asas sistem digit disusun untuk memberi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran di dalam sistem
nombor dan juga pendawaian litar logik selain pelajar juga dapat membina litar logik dengan betul.
Dalam sesi penyampaian pensyarah di dalam kelas, aspek teori diterapkan dahulu kepada pelajar iaitu mengenali get-
get logik asas, litar get-get logik, jadual kebenaran dan litar skematik. Setelah itu, pelajar perlu melaksanakan amali
penyambungan litar menggunakan Integrated Circuit (IC) get-get logik yang bersesuaian di atas Digital Trainer. Pada
kebiasaannya pensyarah akan menerangkan secara teori, jadual kebenaran bagi setiap get-get logik yang berkaitan
menggunakan pendekatan secara manual iaitu berpandukan nota. Penghasilan LGS adalah memfokuskan kepada lima (5)
get-get logik yang utama iaitu:
i. GET TAK (INVERTER) — menghasilkan keluaran yang terbalik dengan masukannya. Get ini hanya menerima
satu masukan sahaja.
ii. GET ATAU (OR) — get ini akan menghasilkan keluaran TINGGI sekiranya mana-mana masukannya adalah
tinggi dan hanya akan menghasilkan keluaran RENDAH sekiranya semua masukan adalah RENDAH.
iii. GET DAN (AND) — operasi get ini adalah berlawanan dengan get ATAU. Ia hanya akan menghasilkan keluaran
TINGGI sekiranya semua masukannya adalah TINGGI. Keluaran adalah RENDAH sekiranya salah satu
daripada masukannya adalah RENDAH.
iv. TAK ATAU (NOR) — operasi get TAKATAU adalah berdasarkan operasi ATAU tetapi keluarannya adalah
terbalik.
v. TAK DAN (NAND) — opersasinya sama dengan operasi get DAN, tetapi keluarannya dibalikkan.
Dengan adanya LGS ini, pelajar akan lebih memahami pengaplikasian get logik dengan lebih mudah dan cepat. Ianya
dihasilkan menggunakan konsep toolbox supaya mudah dibawa dan bersifat mudah alih. Toolbox yang digunakan juga
adalah sebagai pelindung kepada produk ini supaya litar yang dipasang di dalamnya tidak mudah rosak dan tahan lama.
Secara asasnya pensyarah menggunakan kaedah chalk and talk dengan menerangkan kepada pelajar berdasarkan nota
yang dibekalkan. Pelajar perlu fokus terhadap apa yang disampaikan oleh pensyarah di hadapan. Pensyarah juga
kadangkala tidak dapat menumpukan pada setiap orang pelajar kerana perlu menghabiskan silibus mengikut perancangan
mengajar masing-masing. Selain itu, aspek penyampaian pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas adalah sehala di
mana pelajar hanya menerima segala apa yang disampaikan oleh pensyarah semata-mata. Perkara yang dikhuatiri oleh
pensyarah ialah pelajar bersikap berdiam diri kerana malu untuk bertanya akan topik yang mereka tidak fahami atau tidak
jelas. Ini akan menyebabkan pelajar akan menjadi pasif dan tidak memahami akan segala yang disampaikan.
Oleh yang demikian, dengan inisiatif pensyarah tercetusnya satu kaedah sebagai bahan bantu mengajar (BBM) yang
dinamakan Logic Gate Simulator yang berperanan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar. BBM yang
dihasilkan adalah memfokuskan hasil pembelajaran (CLO) kedua iaitu menunjukkan pemasangan litar logik menggunakan
get-get logik. Dengan penghasilan bahan bantu mengajar ini, pensyarah akan lebih mudah untuk membuat simulasi
penyambungan get-get logik untuk ditunjukkan kepada pelajar. Pelajar juga boleh mencuba sendiri alat ini supaya aspek
komunikasi dua hala dapat diterapkan di dalam kelas. Aspek kreativiti dapat diterapkan kerana pelajar boleh
menggabungkan mana-mana sahaja get-get logik yang terdapat pada LGS tersebut. Ini secara tidak langsung dapat menarik
minat pelajar untuk melibatkan diri di dalam kelas serta aspek pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan dan berkesan.
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan LGS sebagai kaedah Bahan Bantu Mengajar
(BBM) dalam aspek pengajaran dan pembelajaran di Kolej Komuniti Selandar, Melaka.
Menurut dua orang pensyarah yang ditemuramah di Kolej Komuniti Selandar, Melaka, pelajar akan lebih tertarik dan
lebih berminat untuk belajar apabila menggunakan sesuatu kit pembelajaran dalam sesi PdP. Ia juga dapat menjadikan
suasana pembelajaran itu lebih membina kendiri pelajar terutamanya semasa kerja amali. Selain itu, seorang pensyarah
memerlukan sebuah kit pembelajaran untuk mengajar secara menyeluruh dalam proses PdP di samping menarik minat
pelajar untuk mempelajari topik elektronik berdigit ini.
1.1. Pernyataan Masalah
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap penggunaan Logic Gate Simulator sebagai salah
satu pendekatan visual dalam aspek pengajaran dan pembelajaran bagi modul SSK 1023 Asas Sistem Digit. Pengkaji telah
mengenalpasti permasalahan yang dihadapi pelajar dan pensyarah melalui pemerhatian, temubual dan pembacaan. Pengkaji
telah merumuskan beberapa masalah utama dalam proses PdP seperti berikut:
i. Konsep Jadual Kebenaran sukar dijelaskan dan difahami.
ii. Tiada bahan bantu mengajar yang sesuai digunakan untuk menunjukkan kendalian get logik.
iii. Latihan amali tidak dapat dilaksanakan pada waktu yang ditetapkan atas sebab – sebab kekurangan masa,
ketidakcukupan peralatan dan pelajar mengambil masa yang lama untuk membuat pemasangan litar.
Berdasarkan beberapa masalah yang dikenalpasti, pengkaji telah merekabentuk satu alat bantu mengajar dinamakan Logic
Gate Simulator (LGS) yang dapat menunjukkan kendalian get logik melalui aktiviti amali dengan mudah. Kit LGS ini
boleh digunakan secara meluas oleh semua pensyarah, guru di seluruh Kolej Komuniti dan Sekolah Menengah Teknik yang
mengambil subjek atau modul Sistem Digit atau berkaitan dengannya. Penghasilan BBM ini boleh dijadikan sebagai
alternatif yang paling berguna bagi pendidik khususnya dalam melahirkan suasana pembelajaran yang lebih aktif dan
bermanfaat.
1.2. Persoalan Kajian
Persoalan yang perlu dijawab bagi kajian ini adalah:
i. Adakah penggunaan Logic Gate Simulator (LGS) membantu dalam proses PdP?
ii. Apakah persepsi pelajar selepas menggunakan Logic Gate Simulator sebagai alat Bahan Bantu Mengajar bagi
modul SSK 1023 Asas Sistem Digit?
1.3. Objektif Kajian
Objektif utama kajian ini adalah:
i. Menilai keberkesanan penggunaan Logic Gate Simulator (LGS) membantu dalam proses PdP
ii. Menilai persepsi pelajar selepas menggunakan Logic Gate Simulator sebagai alat Bahan Bantu Mengajar bagi
modul SSK 1023 Asas Sistem Digit.
1.4. Kerangka Konsep Kajian
Rajah 1 di bawah menunjukkan kerangka konsep kajian yang dibina. Bermula dengan mendapatkan maklumat
pensyarah dan pelajar (input), seterusnya melaksanakan rekabentuk dan pembangunan produk. Setelah produk siap
dibangunkan pengesahan pakar telah dilaksanakan (penilaian) untuk memastikan kebolehgunaan produk tersebut.
Rajah 1. Kerangka konsep kajian
2. Sorotan Kajian
2.1. Latar belakang Kolej Komuniti dan Modul SSK 1023 Asas Sistem Digit
Bersesuaian dengan matlamat pembangunan modal insan yang dihasratkan, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara
(PSPTN) digubal dan telah dilancarkan pada 27 Ogos 2007 dengan visi untuk mentransformasikan pengajian tinggi dalam
konteks menjadikan Malaysia sebagai hub kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa. Transformasi ini merupakan
peletakan asas ke arah kegemilangan dan kelestarian pengajian tinggi melangkaui tahun 2020.
Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi Kolej Komuniti Selandar, Melaka tidak terkecuali dari melaksanakan
Transformasi Pendidikan Negara sebagaimana yang termaktub dalam Pelan Strategik Pendidikan Pengajian Tinggi Negara
(PSPTN) iaitu menjadikan negara sebagai hub pengajian tinggi di peringkat antarabangsa. Bagi menjadikan ianya sebagai
pusat kecemerlangan pendidikan maka Kolej Komuniti Selandar perlu meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran
selaras dengan visi penubuhan Kolej Komuniti iaitu menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang Teknologi,
Bisnes dan Industri Perkhidmatan serta berazam melahirkan graduan yang berketrampilan, berakhlak mulia dan
bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain misi yang menjadi pegangan bagi semua
penjawat awam di Kolej Komuniti khasnya pendidik iaitu mewujudkan peluang, membangunkan potensi dan mencapai
kecemerlangan untuk pelajar lepasan menengah dan Komuniti setempat melalui pendidikan dan latihan.
Sewaktu ucapan Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), beliau menyatakan
pendidikan teknikal dan latihan vokasional sebenarnya menjadi antara pilihan utama pelajar kerana ianya menyediakan
prospek kerjaya yang baik dan landasan alternatif bagi para pelajar merealisasikan potensi mereka (JPKK, 2013).
Pendidikan teknikal dan latihan vokasional adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk membentuk Malaysia sebagai negara
maju berpendapatan tinggi. Perancangan sumber manusia yang cekap dan berkemahiran tinggi perlu dipertingkatkan
melalui pendidikan dan latihan vokasional. Penubuhan KK adalah selaras dengan inisiatif kerajaan untuk memberi laluan
alternatif kepada lulusan SPM yang tidak mendapat tempat di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan Politeknik atau ingin
menceburi bidang kemahiran serta keusahawanan sebagai jaminan mereka.
Penubuhan KK adalah selaras dengan inisiatif kerajaan untuk memberi laluan alternatif kepada lulusan SPM yang
tidak mendapat tempat di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan Politeknik atau ingin menceburi bidang kemahiran serta
keusahawanan sebagai jaminan mereka. Kini Kolej Komuniti merupakan satu sistem pendidikan tinggi di Malaysia di
bawah pengurusan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan moto "Peneraju
Komuniti Berilmu & Berkemahiran" akan merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai graduat yang
Pensyarah/ Pelajar
Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP)
Rekabentuk Logic Gate Simulator (LGS) Bagi Modul
SSK 1023 Asas Sistem Digit Atau Seumpamanya
Kebolehgunaan Logic Gate Simulator Oleh Pelajar
dan Pensyarah
Penilaian dan Analisis Kebolehgunaan Berserta
Impak
Input
Rekabentuk dan
Pembangunan
Produk
Penilaian
Produk
Output
mempunyai kemahiran kebolehdayaan diambil bekerja serta berdaya keusahawanan yang tinggi juga persepsi positif
masyarakat awam terhadap pengajian di Kolej Komuniti.
Antara program yang ditawarkan di Kolej Komuniti Selandar ialah Program Sistem Komputer dan Rangkaian (SSK)
yang mengandungi sebanyak 13 subjek teknikal dan 12 subjek pengajian am daripada semester satu hingga tiga pengajian.
Modul SKS 1023 Asas Sistem Digit merupakan subjek teknikal yang wajib diambil oleh pelajar Semester 1 Program
Sistem Komputer dan Rangkaian (SSK) di Kolej Komuniti. Di dalam modul tersebut terdapat tiga (3) topik utama iaitu
Sistem Nombor, Get-get Logik dan Operasi Boolean Algebra. Pengkaji memfokuskan kepada Topik Kedua iaitu Get-get
logik di mana Logic Gate Simulator (LGS) dihasilkan sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Get Logik adalah blok binaan asas yang digunakan untuk membina litar elektronik digital (A.R
Madar et. al, 2009). Ia hanya membenarkan data atau isyarat melaluinya pada satu arah sahaja iaitu dari terminal input ke
terminal output. Data pada input akan diproses melalui satu operasi logik dan outputnya adalah sama ada benar atau palsu
yang diwakili oleh tatatanda binary ‘0’ atau ‘1’ (Salwani et.al, 2003). Walaubagaimanapun, kajian ini hanya melibatkan
dua jenis masukan sahaja berdasarkan situasi litar yang dibina.
Di dalam kurikulum subtopik teori get-get logik terkandung beberapa objektif pembelajaran iaitu menerangkan simbol
dan operasi get-get logik, menerangkan get-get logik menggunakan jadual kebenaran, melakar gambarajah masa get logik,
menerangkan IC get logik bagi setiap get logik dan sambungan kaki get logik. Pelaksanaan pengajaran bagi subtopik
praktikal pula ialah melaksanakan pemasangan litar bagi setiap get logik dan menunjukkan hasil dapatan bagi logik yang
dibina. LGS yang dibina adalah sebagai pemudah cara pensyarah dalam melaksanakan proses PdP supaya penyampaian
lebih berkesan dan menarik minat pelajar.
2.2. Peranan Pendidik dan Bahan Bantu Mengajar
Pendidik bukan sahaja bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu kepada murid dan penuntut tetapi mereka juga
bertanggungjawab untuk membentuk peribadi pelajar yang mulia. Pendidik atau pengajar memainkan peranan yang amat
penting dalam pembentukan generasi yang akan mengambil alih daripada generasi semasa. Dengan perkataan lain pendidik
menentukan jaya atau tidaknya sesuatu bangsa, sesuatu negara, sesuatu tamadun. Pendidik bukan sahaja
dipertanggungjawab untuk membekalkan generasi baru dengan ilmu pengetahuan tetapi juga untuk menyemai nilai-nilai
hidup yang boleh menentukan jaya atau tidaknya masyarakat dan bangsa. Mungkin peranan ini yang terletak di bahu
mereka dianggap terlalu berat tetapi bagi seorang pengajar yang baik akan dapat melaksanakannya dengan ikhlas dan
bertanggungjawab.
Pengajaran yang baik dihasilkan oleh keupayaan untuk merangsang murid supaya menimbulkan minat mereka untuk
melibatkan diri di dalam proses pembelajaran, mengadakan suasana yang boleh mendatangkan proses pemikiran serta
mengekalkan konsep itu (Atan Long, 2008). Seorang pengajar yang baik ini sentiasa memfokuskan ciri-ciri pengajaran
yang berkualiti. Mereka harus sentiasa menunjukkan perancangan dan penyampaian yang baik. Penyampaiannya mestilah
menimbulkan minat dan menggalakkan pelajar untuk belajar. Pengajaran disampaikan mengikut rangka masa yang
ditetapkan, beberapa alat bantuan digunakan dalam proses pengajarannya dan terdapat pula pelbagai cara untuk menilai
prestasi pelajarnya. Interaksi antara tenaga pengajar dan pelajar haruslah sentiasa mesra dan positif.
Seterusnya, BBM juga memberi kebaikan kepada pelajar dari segi pengalaman pancaindera. Menurut Norma (2004)
penggunaan bahan bantu mengajar sebenarnya memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengetahuan melalui
penggunaan pelbagai deria seperti deria penglihatan, deria sentuh, dan deria pendengaran. Saridah (2006) pula menyatakan
bahan bantu mengajar sesuatu mata pelajaran seperti perisian multimedia dapat menyokong pembelajaran kendiri.
Pembelajaran dapat dilakukan berulang kali, terutamanya untuk topik yang agak sukar.
Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar dalam pengajaran telah ditanyakan oleh ramai tokoh penulis. Mengikut Charles
F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale (2011) kepentingan BBM bolehlah dirumuskan seperti berikut:
a) BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep
b) Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar
c) Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal
d) Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar
e) Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.
Hal ini selaras seperti mana yang disebutkan oleh Kamarudin Hj. Husin. Kamarudin Hj. Husin (1988) merumuskan
kepentingan BBM seperti berikut:
a) Memberi rangsangan dan minat murid-muird.
b) Membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal.
c) Menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara lain, menjadikan
pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam.
d) Dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata.
Sehubungan dengan itu, kurikulum pengajaran dan pembelajaran di Kolej Komuniti memerlukan transformasi dan
kaedah yang lebih efektif supaya mampu meningkatkan minat pelajar terutamanya daripada golongan pelajar yang
berkebolehan sederhana agar meminati mata pelajaran teknikal (A. Aziz, 2007). Pembangunan BBM perlu ditingkatkan
supaya pilihan pengajar dapat diperlbagaikan dan memudahkan dalam mencapai objektif PdP dengan lebih berkesan dalam
usaha melahirkan pelajar yang berkemahiran melalui kaedah amali ataupun ‘hands-on’.
3. Metodologi Kajian
Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan penggunaan Logic Gate Simulator (LGS) sebagai Bahan Bantu Mengajar
bagi modul SSK 1023 Asas Sistem Digit oleh pelajar di Kolej Komuniti Selandar. Pendekatan kuantitatif diambil dengan
mengedarkan soal selidik kepada pelajar sebagai responden. Data dianalisa secara deskriptif mengikut sesi pengambilan
iaitu dari Sesi Julai 2016 sehingga Sesi November 2017. Seramai 74 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Semester 1
Program Sistem Komputer dan Rangkaian bagi setiap sesi pengambilan sebagai responden kajian.
3.1. Sampel Kajian
Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Semester 1 Program Sistem Komputer dan Rangkaian Kolej
Komuniti Selandar, Melaka bagi sesi pengambilan Julai 2016 sehingga sesi November 2017. Dalam kajian ini, pengkaji
menggunakan sampel yang dipilih secara rawak iaitu seramai 74 orang. Pelajar terdiri daripada 5 sesi pengambilan yang
berbeza. Rujuk Jadual 1.
Jadual 1. Taburan Sampel Mengikut Sesi Pengambilan
Program Sampel Pensyarah (orang)
Sesi Julai 2016 20
Sesi November 2016 6
Sesi Mac 2017 5
Sesi Julai 2017 40
November 2017 3
Jumlah 74 orang
3.2. Instrumen Kajian
Soal selidik kajian dibahagikan kepada dua iaitu:
Jadual 2. Klasifikasi Item Soal Selidik
Bahagian A Demografi
Bahagian B Persepsi Pelajar
Bahagian A dalam soal selidik ini merupakan sorotan mengenai demografi dan latar belakang responden. Bahagian A
mempunyai 3 item. Item-item adalah dalam bentuk binari dan lebih daripada 2 pilihan. Pengkaji lepas telah menekankan
keperluan mengkaji demografi responden dalam kajian (Sabhita, 2006). Item-item tertumpu kepada demografi seperti
umur, jantina dan sesi kemasukan. Item Bahagian B dalam soal selidik ini adalah merupakan persepsi pelajar terhadap
penggunaan Logic Gate Simulator yang dilaksanakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi modul SSK 1023
Asas Sistem Digit di Kolej Komuniti Selandar, Melaka. Item-item dalam ini adalah dalam bentuk skala likert (5) mata.
3.3. Kajian Rintis
Bagi memastikan kebolehpercayaan instrumen, kajian rintis telah dijalankan. Kajian rintis memberi peluang kepada
responden untuk memberikan komen terhadap instrumen kajian khasnya untuk menilai dan membaiki kekurangan,
kekeliruan dan kekaburan bahasa instrumen (Wiersma, 2008). Kajian rintis yang dijalankan membolehkan pengkaji
mengenalpasti kelemahan dan kekuatan instrumen kajian dan seterusnya memperbaikinya supaya tidak menjejaskan hasil
kajian. Seramai sepuluh (10) orang pelajar yang mewakili 2 orang bagi setiap sesi pengambilan dipilih untuk kajian rintis
ini. Skala Penilai (Cronbach Alpha) terhadap kecenderungan menjalankan penyelidikan mencatat kebolehpercayaan yang
tinggi dengan nilai indeks sebanyak 0.78.
3.4. Prosedur Kajian
Pengkaji telah merancang prosedur kajian supaya kajian dapat dijalankan berdasarkan langkah-langkah sistematik.
Langkah-langkah yang telah dilakukan oleh pengkaji adalah seperti mengenalpasti masalah yang berlaku, pernyataan
masalah, rekabentuk kajian, pengumpulan data, analisis dan interpretasi data dan akhirnya menulis laporan penyelidikan
berkenaan. Pertama sekali, pengkaji telah mengenalpasti masalah yang ingin diselidiki. Mengenalpasti masalah ini telah
menetapkan tujuan keseluruhan penyelidikan. Setelah masalah yang hendak dikaji telah dikenalpasti, maka objektif umum
dan objektif khusus tentang penyelidikan berkenaan diterbit atau ditetapkan.
Pengkaji menentukan populasi kajian iaitu pelajar Kolej Komuniti Selandar, Melaka bagi Program Sistem Komputer
dan Rangkaian (SSK). Kemudian, pengkaji akan menjalankan kajian rintis bagi menguji kesahan dan kebolehpercayaan
instrumen kajian. Hasil kajian rintis menunjukkan kebolehpercayaan yang diperolehi melebihi 0.7. Maka, proses
pengagihan dan pentadbiran soal selidik telah dilakukan. Selepas mengumpul data, pengkaji telah menganalisis keputusan
data dari segi kekerapan, peratusan, min dan sisihan paiwai. Akhir sekali, pengkaji akan membuat kesimpulan dan
cadangan terhadap kajian yang telah dijalankan.
4. Analisis Dan Dapatan Kajian
Pengkaji telah menggunakan Statistical Package for Sosial Science Version 17.0 for Windows (SPSS) untuk
menganalisis data yang telah dikumpul. Pendekatan yang digunakan dalam analisis data adalah pendekatan statistik
deskriptif di mana data yang diperolehi dibentangkan dalam bentuk jadual yang menunjukkan bilangan dan peratusan, min,
sisihan piawai serta taburan kekerapan. Penganalisisan data merupakan bahagian terpenting dalam penyelidikan. Pengkaji
telah menentukan bagaimana data yang telah dikumpulkan telah dianalisiskan.
4.1. Demografi Responden
Demografi responden kajian merujuk kepada maklumat responden iaitu termasuk umur, jantina dan sesi pengambilan.
4.1.1.Umur
Jadual 3 memperlihatkan sejumlah 74 orang responden yang terlibat dalam kajian ini. Seramai 52 orang atau 70.3%
responden terdiri daripada responden yang berumur 18 tahun, 19 orang atau 25.7% terdiri daripada 19 tahun, 3 orang atau
4.1% terdiri daripada 20 tahun. Tiada responden dalam kalangan umur 21 dan 22 tahun ke atas yang menjawab soal selidik
yang diedarkan.
Jadual 3. Umur Responden
Bil. Umur Kekerapan
(N)
Peratus
(%)
1 18 52 70.3
2 19 19 25.7
3 20 3 4.1
4 21 0 0
5 22 dan ke atas 0 0
Jumlah 74 100.0
4.1.2.Jantina
Jadual 4 memperlihatkan perbezaan jantina responden yang terlibat dalam kajian ini. Bilangan responden adalah lebih
ramai lelaki daripada responden perempuan. Seramai 43 orang atau 58.1% responden terdiri daripada lelaki dan 31 orang
atau 41.9% responden terdiri daripada perempuan.
Jadual 4. Jantina Responden
Bil. Jantina Kekerapan
(N)
Peratus
(%)
1. Lelaki 43 58.1
2. Perempuan 31 41.9
Jumlah 74 100.0
4.1.3.Sesi Pengambilan
Jadual 5 menunjukkan sesi pengambilan responden di mana sebanyak 20 orang iaitu 27.0% terdiri daripada responden
Sesi Julai 2016, 6 orang atau 8.1% bagi Sesi November 2016, 5 orang atau 6.8% bagi Sesi Mac 2017, sebanyak 54.1% atau
40 orang bagi Sesi Julai 2017 dan 3 orang atau 4.1% responden bagi Sesi November 2017.
Jadual 5. Sesi Pengambilan
Bil. Program Kekerapan
(N)
Peratus
(%)
1. Sesi Julai 2016 20 27.0
2. Sesi November 2016 6 8.1
3. Sesi Mac 2017 5 6.8
4. Sesi Julai 2017 40 54.1
5. Sesi November 2017 3 4.1
Jumlah 74 100.0
4.2. Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Logic Gate Simulator Sebagai Pendekatan Visual yang Dilaksanakan
Dalam Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Bagi Modul SSK 1023 Asas Sistem Digit Di Kolej Komuniti
Selandar, Melaka.
Jadual 6. Persepsi Pelajar
Bil. Penggunaan Logic Gate Simulator Kit Skor Min Sisihan
Piawai
1. Penyampaian pensyarah lebih jelas 4.74 0.44
2. Demonstrasi pensyarah menggunakan LGS mudah difahami 4.57 0.53
3. Saya dapat menggunakan alat ini secara individu dan berkumpulan.
4.58 0.57
4. Saya dapat melihat output tepat dan terang 4.58 0.50
5. Saya dapat mengendalikan LGS dengan senang 4.57 0.60
6. Saya mudah membawa LGS ke mana sahaja 4.54 0.58
7. Saya lebih tertarik untuk menggunakan alat ini 4.59 0.57
8. Pemasangan wayar ke get berkaitan mudah dilaksanakan 4.66 0.48
9. Saya tidak mengalami sebarang masalah menggunakan alat ini 4.60 0.57
10. Saya akan memberikan cadangan kepada orang lain untuk menggunakan alat ini.
4.65 0.52
Jumlah 46.08 5.36
Dari Jadual 6 menunjukkan skor min persepsi pelajar terhadap penggunaan Logic Gate Simulator sebagai pendekatan
visual dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Skor min bagi persepsi pelajar tertinggi iaitu “penyampaian pensyarah
lebih jelas” mencatatkan nilai sebanyak 4.74. Nilai skor min kedua tertinggi iaitu sebanyak 4.66 bagi item kelapan iaitu
“pemasangan wayar ke get berkaitan mudah dilaksanakan”. Secara keseluruhannya kesemua item berada dalam kedudukan
tinggi iaitu di antara 4.00 hingga 5.00 bagi nilai skor min.
5. Kesimpulan Dan Cadangan
Berdasarkan hasil dapatan, dapat dilihat item “penyampaian pensyarah menjadi lebih jelas” mencatatkan skor min
tertinggi dari aspek persepsi pelajar terhadap penggunaan Logic Gate Simulator sebagai Bahan Bantu Mengajar dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhannya, dengan adanya Logic Gate Simulator (LGS) ini dapat menyelesaikan
beberapa masalah yang timbul semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pensyarah di dalam kelas. Pensyarah
tidak lagi mengalami masalah untuk membuat demonstrasi kepada pelajar manakala pelajar juga mudah untuk
melaksanakan amali pemasangan litar logik berdasarkan persamaan yang diberi. Dengan adanya Logic Gate Simulator,
pensyarah dapat membuat demonstrasi dengan cara yang mudah untuk difahami oleh pelajar.
Bagi item yang mencatatkan nilai skor min kedua tertinggi iaitu 4.66 iaitu “pemasangan wayar ke get berkaitan mudah
dilaksanakan”. LGS ini sekaligus dapat menjimatkan masa dan tenaga kerja pensyarah dan pelajar. Pemasangan litar logik
sebelum ini memerlukan pelajar membuat sambungan sendiri menggunakan Digital Trainer. Pelajar akan menghadapi
masalah membuat sambungan sekiranya mendapat IC (Integrated Circuit) yang rosak atau membuat pemasangan yang
salah di mana mereka akan mengambil masa untuk mengenalpasti kerosakan seterusnya mendapatkan keputusan yang
betul. Pelajar pula dapat membuat pemasangan litar dengan cepat dan mendapat keputusan yang tepat. Pelajar dan
pensyarah hanya perlu membuat sambungan menggunakan kabel berdasarkan persamaan litar logik dan menetapkan nilai
masukan untuk mendapatkan keputusan.
Logic Gate Simulator ini dilengkapi dengan 6 bahagian yang utama iaitu:
i. Unit Masukan (input) – Masukan untuk get DAN, get ATAU, get TAK-DAN dan get TAK-ATAU terdiri daripada
4 unit masukan tetapi input 0 telah dikombinasi bersama menjadikan ianya sebagai 3 unit iaitu 1, 0 dan 1. Manakala
get TAK hanya terdiri dua unit masukan iaitu 1 dan 0.
ii. Unit keluaran (output) – Terdiri daripada satu unit iaitu Y bagi output setiap get tersebut.
iii. Simbol skematik – setiap get dilengkapi dengan simbol skematik dan nombor IC yang digunakan.
iv. Jadual Kebenaran (truth table) – merupakan hasil dapatan bagi setiap input get-get yang berkaitan.
v. Butang ON/OFF – pengguna perlu menekan butang ON/OFF untuk memula dan mematikan operasi penggunaan
get logik.
vi. Power Indicator – Nyalaan LED ini akan kelihatan berwarna hijau semasa ianya sedang dicas secara terus
menggunakan adaptor ke sumber bekalan elektrik.
Bagi nilai skor min tertinggi dalam kedudukan ketiga iaitu 4.65 dan keempat iaitu 4.60 ialah “saya akan memberikan
cadangan kepada orang lain untuk menggunakan alat ini” dan “saya tidak mengalami sebarang masalah menggunakan alat
ini”. Responden bersetuju dan berpeluang menggunakan Logic Gate Simulator ini pada bila-bila masa selain ianya mesra
pengguna dan dihasilkan bercirikan aspek berikut:
a) Mudah alih – Bersifat ringan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana
b) Mudah digunakan - Penggunaan logic gate simulator ini mampu menyelesaikan masalah kesukaran penyampaian
pensyarah kepada dalam mengenai get-get logik.
c) Tahan lasak – Menggunakan konsep toolbox yang bersifat pelindung dari kerosakan dan tahan lama.
d) Kos efektif – Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi ini tidak memerlukan kos yang tinggi
e) Masa dan tenaga – Aspek penyampaian PdP menjadi lebih cepat dan senang.
Secara keseluruhannya, antara cadangan pengkaji ialah dengan memperluas penggunaan LGS kepada semua Kolej
Komuniti amnya supaya penyampaian pensyarah menjadi lebih menarik dan efektif. Pihak pengurusan tertinggi perlu
memperuntukkan sedikit bajet supaya pengajar lebih kreatif dalam menghasilkan pelbagai alat atau bahan bantu mengajar
yang sesuai dalam melaksanakan proses PdP. Kebolehfungsian Logic Gate Simulator boleh ditambahbaik dari segi
menambahkan masukan dan keluaran bagi setiap get lebih daripada satu supaya pemasangan litar logik yang lebih
kompleks dapat dipasang. Selain itu, pengkaji merasakan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya dapat
menambah dua get lagi iaitu Get Ekslusif ATAU dan Get Ekslusif TAK TAU bagi melengkapi kesemua get-get logik yang
dipelajari dalam kurikulum Asas Sistem Digit atau berkaitan.
RUJUKAN
A.Aziz Deraman (2007). Bahasa Melayu dan cabaran global. Dewan Bahasa, 7(2), 26-30. Cuban, L. (2001). Oversold and underused:
Computers in the classroom. Cambridge, Mass.: Harvard University Press.
Ahmad Johari Sihes & Siti Asfarina Sarimin Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (2015). “Keutamaan Ciri-Ciri
Pengajaran Pensyarah yang Baik Daripada Persepsi Pelajar Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor”.
Ahmad Zanzali, Noor Azlan and Daud, Nurdalina (2010) “Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di Kalangan Guru Pelatih UTM Yang
Mengajar Matapelajaran Matematik pp. 1-6.
A.R Madar.M, Siti Saharah Latif, Mohamad Rafi Rahhim dan Mohamad Zaid Mustafa. (2009). “Pembangunan Digital Electronic Kit:
Satu Pendekatan Dalam P&P”.
Atan Long (2008). Manusia Guru, Keguruan Dan Perguruan, Calon Guru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale (2011). Diperoleh dari www. scribd. com/.
Finkbeiner, C. (2001). “One and all in call Learner, moderator dan researcher”. Computer Assisted Language Learning. 14 (3-4), 339-
361.
Hamdan and Mohamad A’zmi, Surizan (2010) Penilaian Kesesuaian Bahan Bantu Mengajar Jangka Sudut Khas Bagi Mata Pelajaran
Matematik. Penilaian Kesesuaian Bahan Bantu Mengajar Jangka Sudut Khas Bagi Mata Pelajaran Matematik . pp. 1-6.
Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, KPT (2013). “Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013–2015”. Diperolehi dari
http://www.mohe.gov.my/portal/images/utama/penerbitan/ Pemerkasaan_Kolej_ Komuniti_2013-2015.pdf
Jasli, M. F. dan Siti, Z. I. (2014). “Keupayaan dan Kemampuan Kolej Komuniti Seluruh Malaysia Dalam Menawarkan Sijil Modular
Kebangsaan Secara Berterusan, Jurnal Pembelajaran Sepanjang Hayat”. ms 134-146.
Norhayati Binti Othman , Intan Junizah Abu. (2014). “Pengaruh Pemilihan Pengajian Ke Kolej Komuniti Dan Cadangan Promosi”. Kolej
Komuniti Selayang.
Norma Binti Haji Hassan. (2004). Hubungan di antara penggunaan bahan bantu mengajar dengan minat pelajar tahun lima di Sekolah
Chepa, Kelantan. Tesis Sarjana yang belum diterbitkan. Tanjung Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Diperoleh
pada 21 Disember 2017 dari http://images.dehewaraspak. multiply.multiplycontent.com/ id=58573975
PSPTN. (2007). Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara (2007-2010) Fasa 1. Diperoleh dari Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara:
www.mohe.gov.my/portal/images/utama/penerbitan/psptn.pdf
Sabitha, M. (2006). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya, Selangor : Prentice Hall.
Salwani Mohd Daud, Fariza Said Hassan, Liza Abd. Latiff, Morina Abdullah, Kamaruddin Tawi & Rasli Abd Ghani (2003).”Pengajian
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Tingkatan 5” Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Saridah Hussein (2006). “Keberkesanan Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Lokus Dalam Dua Matra
Tingkatan 2”. Tesis Sarjana Muda yang tidak diterbitkan. Fakulti Pendidikan. Universiti Terbuka Malaysia.
Shakii Hameed.N.M (2015). Utusan Melayu (M) Bhd. Diperoleh dari http://www.utusan.com.my/rencana/utama/inisiatif-melahirkan-
graduan-3b-1.79064#ixzz51DLxppPo
Wiersma, W. & Jurs, S. G. (2008). Research methods in education: An introduction. USA: Allyn & Bacon.

More Related Content

What's hot

Definisi pengujian
Definisi pengujianDefinisi pengujian
Definisi pengujianSatiya Vani
 
01 pengenalan lukisan kejuruteraan dan lukisan berbantu komputer (
01 pengenalan lukisan kejuruteraan dan lukisan berbantu komputer (01 pengenalan lukisan kejuruteraan dan lukisan berbantu komputer (
01 pengenalan lukisan kejuruteraan dan lukisan berbantu komputer (mariahlambak
 
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Amira Farhanah
 
Refleksi pengajaran makro
Refleksi pengajaran makroRefleksi pengajaran makro
Refleksi pengajaran makrojoe zulkefli
 
Aplikasi Ict Dalam PnP
Aplikasi Ict Dalam PnPAplikasi Ict Dalam PnP
Aplikasi Ict Dalam PnPAzmi Sulaiman
 
Pendidikan Abad ke-21 (Versi SMIAAG)
Pendidikan Abad ke-21 (Versi SMIAAG)Pendidikan Abad ke-21 (Versi SMIAAG)
Pendidikan Abad ke-21 (Versi SMIAAG)Muhd Aizuddin Ali
 
Kemahiran Melompat Tahun 2
Kemahiran Melompat Tahun 2Kemahiran Melompat Tahun 2
Kemahiran Melompat Tahun 2adibazmi24
 
Pengajaran mikro
Pengajaran mikroPengajaran mikro
Pengajaran mikroArra Asri
 
DSKP Pendidkan Moral KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidkan Moral  KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP Pendidkan Moral  KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidkan Moral KSSR Tahun 1 ( Semakan )Safiah Sulaiman
 
Pengajaran dan pembelajaran Sejarah menggunakan pendekatan web-based: Geograp...
Pengajaran dan pembelajaran Sejarah menggunakan pendekatan web-based: Geograp...Pengajaran dan pembelajaran Sejarah menggunakan pendekatan web-based: Geograp...
Pengajaran dan pembelajaran Sejarah menggunakan pendekatan web-based: Geograp...digitalsejarah
 
Kaedah pdp abad 21.pdf
Kaedah pdp abad 21.pdfKaedah pdp abad 21.pdf
Kaedah pdp abad 21.pdfMat Mika
 
PAK21-KPM.pdf
PAK21-KPM.pdfPAK21-KPM.pdf
PAK21-KPM.pdfhakimi38
 
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)FaFai S.
 
ELEMEN SISTEM ROBOTIK.docx
ELEMEN SISTEM ROBOTIK.docxELEMEN SISTEM ROBOTIK.docx
ELEMEN SISTEM ROBOTIK.docxICTSKPenaga
 
UNIT 4 - REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN.pptx
UNIT 4 - REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN.pptxUNIT 4 - REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN.pptx
UNIT 4 - REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN.pptxonezainal
 
RANCANGAN LATIHAN KEMAHIRAN PERMAINAN.docx
RANCANGAN LATIHAN KEMAHIRAN PERMAINAN.docxRANCANGAN LATIHAN KEMAHIRAN PERMAINAN.docx
RANCANGAN LATIHAN KEMAHIRAN PERMAINAN.docxShahrulizzat5
 

What's hot (20)

Definisi pengujian
Definisi pengujianDefinisi pengujian
Definisi pengujian
 
01 pengenalan lukisan kejuruteraan dan lukisan berbantu komputer (
01 pengenalan lukisan kejuruteraan dan lukisan berbantu komputer (01 pengenalan lukisan kejuruteraan dan lukisan berbantu komputer (
01 pengenalan lukisan kejuruteraan dan lukisan berbantu komputer (
 
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
 
Refleksi pengajaran makro
Refleksi pengajaran makroRefleksi pengajaran makro
Refleksi pengajaran makro
 
Aplikasi Ict Dalam PnP
Aplikasi Ict Dalam PnPAplikasi Ict Dalam PnP
Aplikasi Ict Dalam PnP
 
Pendidikan Abad ke-21 (Versi SMIAAG)
Pendidikan Abad ke-21 (Versi SMIAAG)Pendidikan Abad ke-21 (Versi SMIAAG)
Pendidikan Abad ke-21 (Versi SMIAAG)
 
Andragogi vs pedagogi
Andragogi vs pedagogiAndragogi vs pedagogi
Andragogi vs pedagogi
 
Kemahiran Melompat Tahun 2
Kemahiran Melompat Tahun 2Kemahiran Melompat Tahun 2
Kemahiran Melompat Tahun 2
 
Pengajaran mikro
Pengajaran mikroPengajaran mikro
Pengajaran mikro
 
DSKP Pendidkan Moral KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidkan Moral  KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP Pendidkan Moral  KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidkan Moral KSSR Tahun 1 ( Semakan )
 
Pengajaran dan pembelajaran Sejarah menggunakan pendekatan web-based: Geograp...
Pengajaran dan pembelajaran Sejarah menggunakan pendekatan web-based: Geograp...Pengajaran dan pembelajaran Sejarah menggunakan pendekatan web-based: Geograp...
Pengajaran dan pembelajaran Sejarah menggunakan pendekatan web-based: Geograp...
 
Kaedah pdp abad 21.pdf
Kaedah pdp abad 21.pdfKaedah pdp abad 21.pdf
Kaedah pdp abad 21.pdf
 
PAK21-KPM.pdf
PAK21-KPM.pdfPAK21-KPM.pdf
PAK21-KPM.pdf
 
Rph pj t1 melompat
Rph pj t1  melompatRph pj t1  melompat
Rph pj t1 melompat
 
Kbsr
KbsrKbsr
Kbsr
 
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
 
ELEMEN SISTEM ROBOTIK.docx
ELEMEN SISTEM ROBOTIK.docxELEMEN SISTEM ROBOTIK.docx
ELEMEN SISTEM ROBOTIK.docx
 
Strategi Pendekatan Kaedah dan Teknik
Strategi Pendekatan Kaedah dan Teknik Strategi Pendekatan Kaedah dan Teknik
Strategi Pendekatan Kaedah dan Teknik
 
UNIT 4 - REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN.pptx
UNIT 4 - REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN.pptxUNIT 4 - REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN.pptx
UNIT 4 - REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN.pptx
 
RANCANGAN LATIHAN KEMAHIRAN PERMAINAN.docx
RANCANGAN LATIHAN KEMAHIRAN PERMAINAN.docxRANCANGAN LATIHAN KEMAHIRAN PERMAINAN.docx
RANCANGAN LATIHAN KEMAHIRAN PERMAINAN.docx
 

Similar to Penggunaan logic gate simulator, bahan bantu mengajar

BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...
BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...
BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...fazudli
 
E-Fashion Glossary Pembangunan inovasi Alat Bantu Mengajar dalam pembelajaran...
E-Fashion Glossary Pembangunan inovasi Alat Bantu Mengajar dalam pembelajaran...E-Fashion Glossary Pembangunan inovasi Alat Bantu Mengajar dalam pembelajaran...
E-Fashion Glossary Pembangunan inovasi Alat Bantu Mengajar dalam pembelajaran...syahrul225248
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)juelieyza
 
Pembangunan E-Learning Menggunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Progra...
Pembangunan E-Learning Menggunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Progra...Pembangunan E-Learning Menggunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Progra...
Pembangunan E-Learning Menggunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Progra...IJRESJOURNAL
 
Pembangunan E-Learning Mengunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Program...
Pembangunan E-Learning Mengunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Program...Pembangunan E-Learning Mengunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Program...
Pembangunan E-Learning Mengunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Program...Rini Hafzah Abdul Rahim
 
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...Rini Hafzah Abdul Rahim
 
01 modul latihan frog vle sekolah sekolah daerah muar dan ledang v1 (1)
01 modul latihan frog vle sekolah sekolah daerah muar dan ledang v1 (1)01 modul latihan frog vle sekolah sekolah daerah muar dan ledang v1 (1)
01 modul latihan frog vle sekolah sekolah daerah muar dan ledang v1 (1)ernie yanti
 
Halangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolahHalangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolahNorshakirah Adnan
 
Tmk sem 6 2013
Tmk sem 6 2013Tmk sem 6 2013
Tmk sem 6 2013lia369
 
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputermihahsayang
 
Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 finalAman Shah
 
Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 finalAman Shah
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikelsharilzal
 
Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5NurAlias91
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11greenfrog88
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11Ena Ros
 
E book modul frog vle siri 2 - gc
E book modul frog vle siri 2 - gcE book modul frog vle siri 2 - gc
E book modul frog vle siri 2 - gcAhmad Sharimi
 

Similar to Penggunaan logic gate simulator, bahan bantu mengajar (20)

BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...
BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...
BTP 201509 - Garis Panduan Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Dicapa...
 
E-Fashion Glossary Pembangunan inovasi Alat Bantu Mengajar dalam pembelajaran...
E-Fashion Glossary Pembangunan inovasi Alat Bantu Mengajar dalam pembelajaran...E-Fashion Glossary Pembangunan inovasi Alat Bantu Mengajar dalam pembelajaran...
E-Fashion Glossary Pembangunan inovasi Alat Bantu Mengajar dalam pembelajaran...
 
Frog vle
Frog vleFrog vle
Frog vle
 
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)Tugasan 3 (kajian tinjauan)
Tugasan 3 (kajian tinjauan)
 
Pembangunan E-Learning Menggunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Progra...
Pembangunan E-Learning Menggunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Progra...Pembangunan E-Learning Menggunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Progra...
Pembangunan E-Learning Menggunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Progra...
 
Pembangunan E-Learning Mengunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Program...
Pembangunan E-Learning Mengunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Program...Pembangunan E-Learning Mengunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Program...
Pembangunan E-Learning Mengunakan Perisian I-Spring Bagi BC301 Visual Program...
 
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...
Pembangunan E-learning Mengunakan Perisian i-Spring Bagi BC301 Visual Program...
 
01 modul latihan frog vle sekolah sekolah daerah muar dan ledang v1 (1)
01 modul latihan frog vle sekolah sekolah daerah muar dan ledang v1 (1)01 modul latihan frog vle sekolah sekolah daerah muar dan ledang v1 (1)
01 modul latihan frog vle sekolah sekolah daerah muar dan ledang v1 (1)
 
E learning
E learningE learning
E learning
 
Halangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolahHalangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolah
 
Tmk sem 6 2013
Tmk sem 6 2013Tmk sem 6 2013
Tmk sem 6 2013
 
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 
Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 final
 
Tugasan 3 final
Tugasan 3 finalTugasan 3 final
Tugasan 3 final
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikel
 
Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5Penulisan ilmiah kumpulan 5
Penulisan ilmiah kumpulan 5
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
E book modul frog vle siri 2 - gc
E book modul frog vle siri 2 - gcE book modul frog vle siri 2 - gc
E book modul frog vle siri 2 - gc
 
ICT DI SEKOLAH
ICT DI SEKOLAHICT DI SEKOLAH
ICT DI SEKOLAH
 

Recently uploaded

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 

Recently uploaded (8)

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 

Penggunaan logic gate simulator, bahan bantu mengajar

  • 1. Penggunaan Logic Gate Simulator Sebagai Bahan Bantu Mengajar Dalam Aspek Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Modul SSK 1023 Asas Sistem Digit Di Kolej Komuniti Selandar, Melaka Nurul Liyana binti Mahmod Kolej Komuniti Selandar, Jalan Batang Melaka, 77500 Selandar, Melaka; nurulliyana_kksl@yahoo.com Abstrak Keberkesanan pensyarah atau pendidik melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk mendidik dan menyampaikan pengajaran bergantung kepada pelbagai faktor. Pelbagai kaedah penyampaian boleh diterapkan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran di mana salah satunya dengan menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam memberikan kefahaman kepada pelajar tentang konsep dalam sesuatu topik yang disampaikan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan Logic Gate Simulator (LGS) sebagai bahan bantu mengajar bagi modul SSK 1023 Asas Sistem Digit dengan menumpukan kepada hasil pembelajaran (CLO) kedua berdasarkan kurikulum Kolej Komuniti iaitu menunjukkan pemasangan litar logik menggunakan get-get logik. Fokus kajian adalah merangkumi topik dua iaitu Get-get logik yang mengandungi subtopik operasi get logik asas. Dengan adanya kit ini, pensyarah boleh menunjukkan hasil dapatan bagi litar logik yang dibina berdasarkan rajah skematik litar secara praktikal kepada pelajar. Pensyarah juga boleh menguji pelajar dalam aspek penyambungan wayar dan hasil dapatan berdasarkan rajah litar skematik yang dibina secara real time. Soal selidik telah dibina bagi mendapatkan maklumbalas persepsi pelajar terhadap penggunaan Logic Gate Simulator dalam aktiviti PdP. Seramai 74 orang pelajar telah dipilih secara rawak sebagai responden bagi setiap sesi pengambilan iaitu dari Sesi Julai 2016 sehingga November 2017. Analisis berbentuk deskriptif menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) telah dibuat bagi mendapatkan hasil kajian. Secara keseluruhannya kesemua item berada dalam kedudukan tinggi iaitu di antara 4.00 hingga 5.00 bagi nilai skor min. Cadangan penambahbaikan iaitu memperluas penggunaan LGS kepada semua institusi khasnya Kolej Komuniti supaya aspek penyampaian dalam topik get-get logik dapat disampaikan dengan lebih menarik dan berkesan. Kata kunci: pengajaran dan pembelajaran, Bahan Bantu Mengajar, hasil pembelajaran, get-get logik, Logic Gate Simulator 1. Pengenalan Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 Pendidikan Tinggi (PT), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merumuskan bahawa objektif keseluruhan pelan ini terangkum dalam konsep 3B iaitu melahirkan graduan berbakat, bertaraf global dan berteraskan nilai positif (Shakii Hameed, 2015). PPPM (PT) yang dilancarkan secara keseluruhannya menggariskan pencapaian sepuluh (10) lonjakan iaitu, graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang; kecemerlangan bakat; menghayati pembelajaran sepanjang hayat; graduan pendidikan dan latihan vokasional dan teknikal (TVET) berkualiti; pemantapan tadbir urus; kelestarian kewangan; ekosistem inovasi; penyampaian program pendidikan yang ditransformasikan, keunggulan global dan pembelajaran dalam talian secara global. Selaras dengan penubuhan Kolej Komuniti sebagai sebuah institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat umur serta memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum masuk ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi (Jasli & Siti, 2014; Norhayati & Intan Junizah, 2014). Sehingga akhir tahun 2016 sebanyak 94 Kolej Komuniti telah ditubuhkan diseluruh negara bagi membuka akses yang lebih luas kepada masyarakat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran mengikut bidang yang diminati (JPKK, 2012). Antara visi Kolej Komuniti ialah mewujudkan peluang, membangunkan potensi dan mencapai kecemerlangan untuk pelajar lepasan menengah dan Komuniti setempat melalui pendidikan dan latihan. Sehubungan dengan itu, pengajar di Kolej Komuniti haruslah memainkan peranan yang penting dalam melahirkan pelajar yang berketrampilan dan berkesan. Menurut Ahmad Johari et. al, (2015) keberkesanan pensyarah atau pendidik melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka untuk mendidik dan menyampaikan pengajaran bergantung kepada pelbagai faktor yang lazim dibincangkan dalam kajian-kajian mengenai pembelajaran. Penyampaian kuliah dalam kelas di
  • 2. universiti, maktab perguruan dan mana-mana institusi pendidikan mempunyai kesan yang mendalam kepada pendidikan setiap pelajar. Pelbagai kaedah penyampaian boleh diterapkan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran (PdP). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) sebagai salah satu inisiatif pensyarah dalam memberikan kefahaman kepada pelajar tentang konsep sesuatu perkara semasa belajar. Hal ini disokong oleh Ahmad, Nor Azlan dan Nurdalina (2010), iaitu bahan bantu mengajar memainkan peranan penting ke arah memahami konsep di dalam proses pengajaran selain daripada bertujuan untuk menarik minat pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. Menurut Finkbeiner (2001) tiga komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan BBM iaitu komputer, bahasa dan pembelajaran. Pengajar pada peringkat awal perlu memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar memberikan kesan yang optimum kepada pelajar. Hal ini disokong juga oleh kajian yang dilakukan Hamdan dan Surizan (2010) iaitu Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang direka cipta seperti jangka sudut khas dapat meningkatkan dan mempercepatkan lagi proses pemahaman konsep dan penguasaan topik penjelmaan kerana pelajar dapat mengaplikasikan sendiri dengan menggunakan bahan maujud untuk direalisasikan dalam kemahiran topik penjelmaan khususnya subtopik putaran. Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar juga dapat mencetuskan minat pelajar. Peralatan yang digunakan juga menjadi penggalak dalam penyampaian pelajaran. Bahan bantu mengajar dapat mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai kepada pelajar. Jika bahan bantu mengajar digunakan dengan teratur semasa memberi penerangan, pengajaran yang disampaikan akan mencetuskan minat pelajar (Ahmad, Noor Azlan, Nurdalina, 2010). Norma (2004) juga menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu yang sesuai akan mendorong minat pelajar untuk melalui proses pembelajaran yang menyeronokkan. Pembelajaran yang menyeronokkan ini dapat membantu para pelajar mencapai objektif pembelajaran seperti yang telah dirancang. Penghasilan Logic Gate Simulator (LGS) sebagai bahan bantu mengajar bagi modul SSK 1023 Asas Sistem Digit telah diaplikasikan dalam kalangan pensyarah dan pelajar semasa proses PdP dijalankan di Kolej Komuniti Selandar. Modul Asas Sistem Digit ini merupakan modul teknikal wajib diambil oleh pelajar Semester 1 pengajian bagi Program Sistem Komputer dan Rangkaian (SSK). Rasional memasukkan modul ini ke dalam program ialah menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang sistem digit yang mana dapat digunapakai di dalam bidang ICT dan sistem komputer. Pengenalan kepada asas sistem digit disusun untuk memberi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran di dalam sistem nombor dan juga pendawaian litar logik selain pelajar juga dapat membina litar logik dengan betul. Dalam sesi penyampaian pensyarah di dalam kelas, aspek teori diterapkan dahulu kepada pelajar iaitu mengenali get- get logik asas, litar get-get logik, jadual kebenaran dan litar skematik. Setelah itu, pelajar perlu melaksanakan amali penyambungan litar menggunakan Integrated Circuit (IC) get-get logik yang bersesuaian di atas Digital Trainer. Pada kebiasaannya pensyarah akan menerangkan secara teori, jadual kebenaran bagi setiap get-get logik yang berkaitan menggunakan pendekatan secara manual iaitu berpandukan nota. Penghasilan LGS adalah memfokuskan kepada lima (5) get-get logik yang utama iaitu: i. GET TAK (INVERTER) — menghasilkan keluaran yang terbalik dengan masukannya. Get ini hanya menerima satu masukan sahaja. ii. GET ATAU (OR) — get ini akan menghasilkan keluaran TINGGI sekiranya mana-mana masukannya adalah tinggi dan hanya akan menghasilkan keluaran RENDAH sekiranya semua masukan adalah RENDAH. iii. GET DAN (AND) — operasi get ini adalah berlawanan dengan get ATAU. Ia hanya akan menghasilkan keluaran TINGGI sekiranya semua masukannya adalah TINGGI. Keluaran adalah RENDAH sekiranya salah satu daripada masukannya adalah RENDAH. iv. TAK ATAU (NOR) — operasi get TAKATAU adalah berdasarkan operasi ATAU tetapi keluarannya adalah terbalik. v. TAK DAN (NAND) — opersasinya sama dengan operasi get DAN, tetapi keluarannya dibalikkan. Dengan adanya LGS ini, pelajar akan lebih memahami pengaplikasian get logik dengan lebih mudah dan cepat. Ianya dihasilkan menggunakan konsep toolbox supaya mudah dibawa dan bersifat mudah alih. Toolbox yang digunakan juga adalah sebagai pelindung kepada produk ini supaya litar yang dipasang di dalamnya tidak mudah rosak dan tahan lama. Secara asasnya pensyarah menggunakan kaedah chalk and talk dengan menerangkan kepada pelajar berdasarkan nota yang dibekalkan. Pelajar perlu fokus terhadap apa yang disampaikan oleh pensyarah di hadapan. Pensyarah juga kadangkala tidak dapat menumpukan pada setiap orang pelajar kerana perlu menghabiskan silibus mengikut perancangan mengajar masing-masing. Selain itu, aspek penyampaian pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas adalah sehala di mana pelajar hanya menerima segala apa yang disampaikan oleh pensyarah semata-mata. Perkara yang dikhuatiri oleh pensyarah ialah pelajar bersikap berdiam diri kerana malu untuk bertanya akan topik yang mereka tidak fahami atau tidak jelas. Ini akan menyebabkan pelajar akan menjadi pasif dan tidak memahami akan segala yang disampaikan. Oleh yang demikian, dengan inisiatif pensyarah tercetusnya satu kaedah sebagai bahan bantu mengajar (BBM) yang dinamakan Logic Gate Simulator yang berperanan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar. BBM yang dihasilkan adalah memfokuskan hasil pembelajaran (CLO) kedua iaitu menunjukkan pemasangan litar logik menggunakan
  • 3. get-get logik. Dengan penghasilan bahan bantu mengajar ini, pensyarah akan lebih mudah untuk membuat simulasi penyambungan get-get logik untuk ditunjukkan kepada pelajar. Pelajar juga boleh mencuba sendiri alat ini supaya aspek komunikasi dua hala dapat diterapkan di dalam kelas. Aspek kreativiti dapat diterapkan kerana pelajar boleh menggabungkan mana-mana sahaja get-get logik yang terdapat pada LGS tersebut. Ini secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar untuk melibatkan diri di dalam kelas serta aspek pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan dan berkesan. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan LGS sebagai kaedah Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam aspek pengajaran dan pembelajaran di Kolej Komuniti Selandar, Melaka. Menurut dua orang pensyarah yang ditemuramah di Kolej Komuniti Selandar, Melaka, pelajar akan lebih tertarik dan lebih berminat untuk belajar apabila menggunakan sesuatu kit pembelajaran dalam sesi PdP. Ia juga dapat menjadikan suasana pembelajaran itu lebih membina kendiri pelajar terutamanya semasa kerja amali. Selain itu, seorang pensyarah memerlukan sebuah kit pembelajaran untuk mengajar secara menyeluruh dalam proses PdP di samping menarik minat pelajar untuk mempelajari topik elektronik berdigit ini. 1.1. Pernyataan Masalah Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap penggunaan Logic Gate Simulator sebagai salah satu pendekatan visual dalam aspek pengajaran dan pembelajaran bagi modul SSK 1023 Asas Sistem Digit. Pengkaji telah mengenalpasti permasalahan yang dihadapi pelajar dan pensyarah melalui pemerhatian, temubual dan pembacaan. Pengkaji telah merumuskan beberapa masalah utama dalam proses PdP seperti berikut: i. Konsep Jadual Kebenaran sukar dijelaskan dan difahami. ii. Tiada bahan bantu mengajar yang sesuai digunakan untuk menunjukkan kendalian get logik. iii. Latihan amali tidak dapat dilaksanakan pada waktu yang ditetapkan atas sebab – sebab kekurangan masa, ketidakcukupan peralatan dan pelajar mengambil masa yang lama untuk membuat pemasangan litar. Berdasarkan beberapa masalah yang dikenalpasti, pengkaji telah merekabentuk satu alat bantu mengajar dinamakan Logic Gate Simulator (LGS) yang dapat menunjukkan kendalian get logik melalui aktiviti amali dengan mudah. Kit LGS ini boleh digunakan secara meluas oleh semua pensyarah, guru di seluruh Kolej Komuniti dan Sekolah Menengah Teknik yang mengambil subjek atau modul Sistem Digit atau berkaitan dengannya. Penghasilan BBM ini boleh dijadikan sebagai alternatif yang paling berguna bagi pendidik khususnya dalam melahirkan suasana pembelajaran yang lebih aktif dan bermanfaat. 1.2. Persoalan Kajian Persoalan yang perlu dijawab bagi kajian ini adalah: i. Adakah penggunaan Logic Gate Simulator (LGS) membantu dalam proses PdP? ii. Apakah persepsi pelajar selepas menggunakan Logic Gate Simulator sebagai alat Bahan Bantu Mengajar bagi modul SSK 1023 Asas Sistem Digit? 1.3. Objektif Kajian Objektif utama kajian ini adalah: i. Menilai keberkesanan penggunaan Logic Gate Simulator (LGS) membantu dalam proses PdP ii. Menilai persepsi pelajar selepas menggunakan Logic Gate Simulator sebagai alat Bahan Bantu Mengajar bagi modul SSK 1023 Asas Sistem Digit. 1.4. Kerangka Konsep Kajian Rajah 1 di bawah menunjukkan kerangka konsep kajian yang dibina. Bermula dengan mendapatkan maklumat pensyarah dan pelajar (input), seterusnya melaksanakan rekabentuk dan pembangunan produk. Setelah produk siap dibangunkan pengesahan pakar telah dilaksanakan (penilaian) untuk memastikan kebolehgunaan produk tersebut.
  • 4. Rajah 1. Kerangka konsep kajian 2. Sorotan Kajian 2.1. Latar belakang Kolej Komuniti dan Modul SSK 1023 Asas Sistem Digit Bersesuaian dengan matlamat pembangunan modal insan yang dihasratkan, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) digubal dan telah dilancarkan pada 27 Ogos 2007 dengan visi untuk mentransformasikan pengajian tinggi dalam konteks menjadikan Malaysia sebagai hub kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa. Transformasi ini merupakan peletakan asas ke arah kegemilangan dan kelestarian pengajian tinggi melangkaui tahun 2020. Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi Kolej Komuniti Selandar, Melaka tidak terkecuali dari melaksanakan Transformasi Pendidikan Negara sebagaimana yang termaktub dalam Pelan Strategik Pendidikan Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) iaitu menjadikan negara sebagai hub pengajian tinggi di peringkat antarabangsa. Bagi menjadikan ianya sebagai pusat kecemerlangan pendidikan maka Kolej Komuniti Selandar perlu meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran selaras dengan visi penubuhan Kolej Komuniti iaitu menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang Teknologi, Bisnes dan Industri Perkhidmatan serta berazam melahirkan graduan yang berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain misi yang menjadi pegangan bagi semua penjawat awam di Kolej Komuniti khasnya pendidik iaitu mewujudkan peluang, membangunkan potensi dan mencapai kecemerlangan untuk pelajar lepasan menengah dan Komuniti setempat melalui pendidikan dan latihan. Sewaktu ucapan Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), beliau menyatakan pendidikan teknikal dan latihan vokasional sebenarnya menjadi antara pilihan utama pelajar kerana ianya menyediakan prospek kerjaya yang baik dan landasan alternatif bagi para pelajar merealisasikan potensi mereka (JPKK, 2013). Pendidikan teknikal dan latihan vokasional adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk membentuk Malaysia sebagai negara maju berpendapatan tinggi. Perancangan sumber manusia yang cekap dan berkemahiran tinggi perlu dipertingkatkan melalui pendidikan dan latihan vokasional. Penubuhan KK adalah selaras dengan inisiatif kerajaan untuk memberi laluan alternatif kepada lulusan SPM yang tidak mendapat tempat di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan Politeknik atau ingin menceburi bidang kemahiran serta keusahawanan sebagai jaminan mereka. Penubuhan KK adalah selaras dengan inisiatif kerajaan untuk memberi laluan alternatif kepada lulusan SPM yang tidak mendapat tempat di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan Politeknik atau ingin menceburi bidang kemahiran serta keusahawanan sebagai jaminan mereka. Kini Kolej Komuniti merupakan satu sistem pendidikan tinggi di Malaysia di bawah pengurusan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan moto "Peneraju Komuniti Berilmu & Berkemahiran" akan merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai graduat yang Pensyarah/ Pelajar Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Rekabentuk Logic Gate Simulator (LGS) Bagi Modul SSK 1023 Asas Sistem Digit Atau Seumpamanya Kebolehgunaan Logic Gate Simulator Oleh Pelajar dan Pensyarah Penilaian dan Analisis Kebolehgunaan Berserta Impak Input Rekabentuk dan Pembangunan Produk Penilaian Produk Output
  • 5. mempunyai kemahiran kebolehdayaan diambil bekerja serta berdaya keusahawanan yang tinggi juga persepsi positif masyarakat awam terhadap pengajian di Kolej Komuniti. Antara program yang ditawarkan di Kolej Komuniti Selandar ialah Program Sistem Komputer dan Rangkaian (SSK) yang mengandungi sebanyak 13 subjek teknikal dan 12 subjek pengajian am daripada semester satu hingga tiga pengajian. Modul SKS 1023 Asas Sistem Digit merupakan subjek teknikal yang wajib diambil oleh pelajar Semester 1 Program Sistem Komputer dan Rangkaian (SSK) di Kolej Komuniti. Di dalam modul tersebut terdapat tiga (3) topik utama iaitu Sistem Nombor, Get-get Logik dan Operasi Boolean Algebra. Pengkaji memfokuskan kepada Topik Kedua iaitu Get-get logik di mana Logic Gate Simulator (LGS) dihasilkan sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Get Logik adalah blok binaan asas yang digunakan untuk membina litar elektronik digital (A.R Madar et. al, 2009). Ia hanya membenarkan data atau isyarat melaluinya pada satu arah sahaja iaitu dari terminal input ke terminal output. Data pada input akan diproses melalui satu operasi logik dan outputnya adalah sama ada benar atau palsu yang diwakili oleh tatatanda binary ‘0’ atau ‘1’ (Salwani et.al, 2003). Walaubagaimanapun, kajian ini hanya melibatkan dua jenis masukan sahaja berdasarkan situasi litar yang dibina. Di dalam kurikulum subtopik teori get-get logik terkandung beberapa objektif pembelajaran iaitu menerangkan simbol dan operasi get-get logik, menerangkan get-get logik menggunakan jadual kebenaran, melakar gambarajah masa get logik, menerangkan IC get logik bagi setiap get logik dan sambungan kaki get logik. Pelaksanaan pengajaran bagi subtopik praktikal pula ialah melaksanakan pemasangan litar bagi setiap get logik dan menunjukkan hasil dapatan bagi logik yang dibina. LGS yang dibina adalah sebagai pemudah cara pensyarah dalam melaksanakan proses PdP supaya penyampaian lebih berkesan dan menarik minat pelajar. 2.2. Peranan Pendidik dan Bahan Bantu Mengajar Pendidik bukan sahaja bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu kepada murid dan penuntut tetapi mereka juga bertanggungjawab untuk membentuk peribadi pelajar yang mulia. Pendidik atau pengajar memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan generasi yang akan mengambil alih daripada generasi semasa. Dengan perkataan lain pendidik menentukan jaya atau tidaknya sesuatu bangsa, sesuatu negara, sesuatu tamadun. Pendidik bukan sahaja dipertanggungjawab untuk membekalkan generasi baru dengan ilmu pengetahuan tetapi juga untuk menyemai nilai-nilai hidup yang boleh menentukan jaya atau tidaknya masyarakat dan bangsa. Mungkin peranan ini yang terletak di bahu mereka dianggap terlalu berat tetapi bagi seorang pengajar yang baik akan dapat melaksanakannya dengan ikhlas dan bertanggungjawab. Pengajaran yang baik dihasilkan oleh keupayaan untuk merangsang murid supaya menimbulkan minat mereka untuk melibatkan diri di dalam proses pembelajaran, mengadakan suasana yang boleh mendatangkan proses pemikiran serta mengekalkan konsep itu (Atan Long, 2008). Seorang pengajar yang baik ini sentiasa memfokuskan ciri-ciri pengajaran yang berkualiti. Mereka harus sentiasa menunjukkan perancangan dan penyampaian yang baik. Penyampaiannya mestilah menimbulkan minat dan menggalakkan pelajar untuk belajar. Pengajaran disampaikan mengikut rangka masa yang ditetapkan, beberapa alat bantuan digunakan dalam proses pengajarannya dan terdapat pula pelbagai cara untuk menilai prestasi pelajarnya. Interaksi antara tenaga pengajar dan pelajar haruslah sentiasa mesra dan positif. Seterusnya, BBM juga memberi kebaikan kepada pelajar dari segi pengalaman pancaindera. Menurut Norma (2004) penggunaan bahan bantu mengajar sebenarnya memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria seperti deria penglihatan, deria sentuh, dan deria pendengaran. Saridah (2006) pula menyatakan bahan bantu mengajar sesuatu mata pelajaran seperti perisian multimedia dapat menyokong pembelajaran kendiri. Pembelajaran dapat dilakukan berulang kali, terutamanya untuk topik yang agak sukar. Keberkesanan Bahan Bantu Mengajar dalam pengajaran telah ditanyakan oleh ramai tokoh penulis. Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale (2011) kepentingan BBM bolehlah dirumuskan seperti berikut: a) BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep b) Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar c) Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal d) Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar e) Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam. Hal ini selaras seperti mana yang disebutkan oleh Kamarudin Hj. Husin. Kamarudin Hj. Husin (1988) merumuskan kepentingan BBM seperti berikut: a) Memberi rangsangan dan minat murid-muird. b) Membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal. c) Menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara lain, menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam. d) Dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata.
  • 6. Sehubungan dengan itu, kurikulum pengajaran dan pembelajaran di Kolej Komuniti memerlukan transformasi dan kaedah yang lebih efektif supaya mampu meningkatkan minat pelajar terutamanya daripada golongan pelajar yang berkebolehan sederhana agar meminati mata pelajaran teknikal (A. Aziz, 2007). Pembangunan BBM perlu ditingkatkan supaya pilihan pengajar dapat diperlbagaikan dan memudahkan dalam mencapai objektif PdP dengan lebih berkesan dalam usaha melahirkan pelajar yang berkemahiran melalui kaedah amali ataupun ‘hands-on’. 3. Metodologi Kajian Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan penggunaan Logic Gate Simulator (LGS) sebagai Bahan Bantu Mengajar bagi modul SSK 1023 Asas Sistem Digit oleh pelajar di Kolej Komuniti Selandar. Pendekatan kuantitatif diambil dengan mengedarkan soal selidik kepada pelajar sebagai responden. Data dianalisa secara deskriptif mengikut sesi pengambilan iaitu dari Sesi Julai 2016 sehingga Sesi November 2017. Seramai 74 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Semester 1 Program Sistem Komputer dan Rangkaian bagi setiap sesi pengambilan sebagai responden kajian. 3.1. Sampel Kajian Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Semester 1 Program Sistem Komputer dan Rangkaian Kolej Komuniti Selandar, Melaka bagi sesi pengambilan Julai 2016 sehingga sesi November 2017. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan sampel yang dipilih secara rawak iaitu seramai 74 orang. Pelajar terdiri daripada 5 sesi pengambilan yang berbeza. Rujuk Jadual 1. Jadual 1. Taburan Sampel Mengikut Sesi Pengambilan Program Sampel Pensyarah (orang) Sesi Julai 2016 20 Sesi November 2016 6 Sesi Mac 2017 5 Sesi Julai 2017 40 November 2017 3 Jumlah 74 orang 3.2. Instrumen Kajian Soal selidik kajian dibahagikan kepada dua iaitu: Jadual 2. Klasifikasi Item Soal Selidik Bahagian A Demografi Bahagian B Persepsi Pelajar Bahagian A dalam soal selidik ini merupakan sorotan mengenai demografi dan latar belakang responden. Bahagian A mempunyai 3 item. Item-item adalah dalam bentuk binari dan lebih daripada 2 pilihan. Pengkaji lepas telah menekankan keperluan mengkaji demografi responden dalam kajian (Sabhita, 2006). Item-item tertumpu kepada demografi seperti umur, jantina dan sesi kemasukan. Item Bahagian B dalam soal selidik ini adalah merupakan persepsi pelajar terhadap penggunaan Logic Gate Simulator yang dilaksanakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi modul SSK 1023 Asas Sistem Digit di Kolej Komuniti Selandar, Melaka. Item-item dalam ini adalah dalam bentuk skala likert (5) mata. 3.3. Kajian Rintis Bagi memastikan kebolehpercayaan instrumen, kajian rintis telah dijalankan. Kajian rintis memberi peluang kepada responden untuk memberikan komen terhadap instrumen kajian khasnya untuk menilai dan membaiki kekurangan, kekeliruan dan kekaburan bahasa instrumen (Wiersma, 2008). Kajian rintis yang dijalankan membolehkan pengkaji mengenalpasti kelemahan dan kekuatan instrumen kajian dan seterusnya memperbaikinya supaya tidak menjejaskan hasil kajian. Seramai sepuluh (10) orang pelajar yang mewakili 2 orang bagi setiap sesi pengambilan dipilih untuk kajian rintis ini. Skala Penilai (Cronbach Alpha) terhadap kecenderungan menjalankan penyelidikan mencatat kebolehpercayaan yang tinggi dengan nilai indeks sebanyak 0.78.
  • 7. 3.4. Prosedur Kajian Pengkaji telah merancang prosedur kajian supaya kajian dapat dijalankan berdasarkan langkah-langkah sistematik. Langkah-langkah yang telah dilakukan oleh pengkaji adalah seperti mengenalpasti masalah yang berlaku, pernyataan masalah, rekabentuk kajian, pengumpulan data, analisis dan interpretasi data dan akhirnya menulis laporan penyelidikan berkenaan. Pertama sekali, pengkaji telah mengenalpasti masalah yang ingin diselidiki. Mengenalpasti masalah ini telah menetapkan tujuan keseluruhan penyelidikan. Setelah masalah yang hendak dikaji telah dikenalpasti, maka objektif umum dan objektif khusus tentang penyelidikan berkenaan diterbit atau ditetapkan. Pengkaji menentukan populasi kajian iaitu pelajar Kolej Komuniti Selandar, Melaka bagi Program Sistem Komputer dan Rangkaian (SSK). Kemudian, pengkaji akan menjalankan kajian rintis bagi menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian. Hasil kajian rintis menunjukkan kebolehpercayaan yang diperolehi melebihi 0.7. Maka, proses pengagihan dan pentadbiran soal selidik telah dilakukan. Selepas mengumpul data, pengkaji telah menganalisis keputusan data dari segi kekerapan, peratusan, min dan sisihan paiwai. Akhir sekali, pengkaji akan membuat kesimpulan dan cadangan terhadap kajian yang telah dijalankan. 4. Analisis Dan Dapatan Kajian Pengkaji telah menggunakan Statistical Package for Sosial Science Version 17.0 for Windows (SPSS) untuk menganalisis data yang telah dikumpul. Pendekatan yang digunakan dalam analisis data adalah pendekatan statistik deskriptif di mana data yang diperolehi dibentangkan dalam bentuk jadual yang menunjukkan bilangan dan peratusan, min, sisihan piawai serta taburan kekerapan. Penganalisisan data merupakan bahagian terpenting dalam penyelidikan. Pengkaji telah menentukan bagaimana data yang telah dikumpulkan telah dianalisiskan. 4.1. Demografi Responden Demografi responden kajian merujuk kepada maklumat responden iaitu termasuk umur, jantina dan sesi pengambilan. 4.1.1.Umur Jadual 3 memperlihatkan sejumlah 74 orang responden yang terlibat dalam kajian ini. Seramai 52 orang atau 70.3% responden terdiri daripada responden yang berumur 18 tahun, 19 orang atau 25.7% terdiri daripada 19 tahun, 3 orang atau 4.1% terdiri daripada 20 tahun. Tiada responden dalam kalangan umur 21 dan 22 tahun ke atas yang menjawab soal selidik yang diedarkan. Jadual 3. Umur Responden Bil. Umur Kekerapan (N) Peratus (%) 1 18 52 70.3 2 19 19 25.7 3 20 3 4.1 4 21 0 0 5 22 dan ke atas 0 0 Jumlah 74 100.0 4.1.2.Jantina Jadual 4 memperlihatkan perbezaan jantina responden yang terlibat dalam kajian ini. Bilangan responden adalah lebih ramai lelaki daripada responden perempuan. Seramai 43 orang atau 58.1% responden terdiri daripada lelaki dan 31 orang atau 41.9% responden terdiri daripada perempuan.
  • 8. Jadual 4. Jantina Responden Bil. Jantina Kekerapan (N) Peratus (%) 1. Lelaki 43 58.1 2. Perempuan 31 41.9 Jumlah 74 100.0 4.1.3.Sesi Pengambilan Jadual 5 menunjukkan sesi pengambilan responden di mana sebanyak 20 orang iaitu 27.0% terdiri daripada responden Sesi Julai 2016, 6 orang atau 8.1% bagi Sesi November 2016, 5 orang atau 6.8% bagi Sesi Mac 2017, sebanyak 54.1% atau 40 orang bagi Sesi Julai 2017 dan 3 orang atau 4.1% responden bagi Sesi November 2017. Jadual 5. Sesi Pengambilan Bil. Program Kekerapan (N) Peratus (%) 1. Sesi Julai 2016 20 27.0 2. Sesi November 2016 6 8.1 3. Sesi Mac 2017 5 6.8 4. Sesi Julai 2017 40 54.1 5. Sesi November 2017 3 4.1 Jumlah 74 100.0 4.2. Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Logic Gate Simulator Sebagai Pendekatan Visual yang Dilaksanakan Dalam Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Bagi Modul SSK 1023 Asas Sistem Digit Di Kolej Komuniti Selandar, Melaka. Jadual 6. Persepsi Pelajar Bil. Penggunaan Logic Gate Simulator Kit Skor Min Sisihan Piawai 1. Penyampaian pensyarah lebih jelas 4.74 0.44 2. Demonstrasi pensyarah menggunakan LGS mudah difahami 4.57 0.53 3. Saya dapat menggunakan alat ini secara individu dan berkumpulan. 4.58 0.57 4. Saya dapat melihat output tepat dan terang 4.58 0.50 5. Saya dapat mengendalikan LGS dengan senang 4.57 0.60 6. Saya mudah membawa LGS ke mana sahaja 4.54 0.58 7. Saya lebih tertarik untuk menggunakan alat ini 4.59 0.57 8. Pemasangan wayar ke get berkaitan mudah dilaksanakan 4.66 0.48 9. Saya tidak mengalami sebarang masalah menggunakan alat ini 4.60 0.57 10. Saya akan memberikan cadangan kepada orang lain untuk menggunakan alat ini. 4.65 0.52 Jumlah 46.08 5.36 Dari Jadual 6 menunjukkan skor min persepsi pelajar terhadap penggunaan Logic Gate Simulator sebagai pendekatan visual dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Skor min bagi persepsi pelajar tertinggi iaitu “penyampaian pensyarah lebih jelas” mencatatkan nilai sebanyak 4.74. Nilai skor min kedua tertinggi iaitu sebanyak 4.66 bagi item kelapan iaitu “pemasangan wayar ke get berkaitan mudah dilaksanakan”. Secara keseluruhannya kesemua item berada dalam kedudukan tinggi iaitu di antara 4.00 hingga 5.00 bagi nilai skor min.
  • 9. 5. Kesimpulan Dan Cadangan Berdasarkan hasil dapatan, dapat dilihat item “penyampaian pensyarah menjadi lebih jelas” mencatatkan skor min tertinggi dari aspek persepsi pelajar terhadap penggunaan Logic Gate Simulator sebagai Bahan Bantu Mengajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhannya, dengan adanya Logic Gate Simulator (LGS) ini dapat menyelesaikan beberapa masalah yang timbul semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pensyarah di dalam kelas. Pensyarah tidak lagi mengalami masalah untuk membuat demonstrasi kepada pelajar manakala pelajar juga mudah untuk melaksanakan amali pemasangan litar logik berdasarkan persamaan yang diberi. Dengan adanya Logic Gate Simulator, pensyarah dapat membuat demonstrasi dengan cara yang mudah untuk difahami oleh pelajar. Bagi item yang mencatatkan nilai skor min kedua tertinggi iaitu 4.66 iaitu “pemasangan wayar ke get berkaitan mudah dilaksanakan”. LGS ini sekaligus dapat menjimatkan masa dan tenaga kerja pensyarah dan pelajar. Pemasangan litar logik sebelum ini memerlukan pelajar membuat sambungan sendiri menggunakan Digital Trainer. Pelajar akan menghadapi masalah membuat sambungan sekiranya mendapat IC (Integrated Circuit) yang rosak atau membuat pemasangan yang salah di mana mereka akan mengambil masa untuk mengenalpasti kerosakan seterusnya mendapatkan keputusan yang betul. Pelajar pula dapat membuat pemasangan litar dengan cepat dan mendapat keputusan yang tepat. Pelajar dan pensyarah hanya perlu membuat sambungan menggunakan kabel berdasarkan persamaan litar logik dan menetapkan nilai masukan untuk mendapatkan keputusan. Logic Gate Simulator ini dilengkapi dengan 6 bahagian yang utama iaitu: i. Unit Masukan (input) – Masukan untuk get DAN, get ATAU, get TAK-DAN dan get TAK-ATAU terdiri daripada 4 unit masukan tetapi input 0 telah dikombinasi bersama menjadikan ianya sebagai 3 unit iaitu 1, 0 dan 1. Manakala get TAK hanya terdiri dua unit masukan iaitu 1 dan 0. ii. Unit keluaran (output) – Terdiri daripada satu unit iaitu Y bagi output setiap get tersebut. iii. Simbol skematik – setiap get dilengkapi dengan simbol skematik dan nombor IC yang digunakan. iv. Jadual Kebenaran (truth table) – merupakan hasil dapatan bagi setiap input get-get yang berkaitan. v. Butang ON/OFF – pengguna perlu menekan butang ON/OFF untuk memula dan mematikan operasi penggunaan get logik. vi. Power Indicator – Nyalaan LED ini akan kelihatan berwarna hijau semasa ianya sedang dicas secara terus menggunakan adaptor ke sumber bekalan elektrik. Bagi nilai skor min tertinggi dalam kedudukan ketiga iaitu 4.65 dan keempat iaitu 4.60 ialah “saya akan memberikan cadangan kepada orang lain untuk menggunakan alat ini” dan “saya tidak mengalami sebarang masalah menggunakan alat ini”. Responden bersetuju dan berpeluang menggunakan Logic Gate Simulator ini pada bila-bila masa selain ianya mesra pengguna dan dihasilkan bercirikan aspek berikut: a) Mudah alih – Bersifat ringan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana b) Mudah digunakan - Penggunaan logic gate simulator ini mampu menyelesaikan masalah kesukaran penyampaian pensyarah kepada dalam mengenai get-get logik. c) Tahan lasak – Menggunakan konsep toolbox yang bersifat pelindung dari kerosakan dan tahan lama. d) Kos efektif – Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi ini tidak memerlukan kos yang tinggi e) Masa dan tenaga – Aspek penyampaian PdP menjadi lebih cepat dan senang. Secara keseluruhannya, antara cadangan pengkaji ialah dengan memperluas penggunaan LGS kepada semua Kolej Komuniti amnya supaya penyampaian pensyarah menjadi lebih menarik dan efektif. Pihak pengurusan tertinggi perlu memperuntukkan sedikit bajet supaya pengajar lebih kreatif dalam menghasilkan pelbagai alat atau bahan bantu mengajar yang sesuai dalam melaksanakan proses PdP. Kebolehfungsian Logic Gate Simulator boleh ditambahbaik dari segi menambahkan masukan dan keluaran bagi setiap get lebih daripada satu supaya pemasangan litar logik yang lebih kompleks dapat dipasang. Selain itu, pengkaji merasakan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya dapat menambah dua get lagi iaitu Get Ekslusif ATAU dan Get Ekslusif TAK TAU bagi melengkapi kesemua get-get logik yang dipelajari dalam kurikulum Asas Sistem Digit atau berkaitan. RUJUKAN A.Aziz Deraman (2007). Bahasa Melayu dan cabaran global. Dewan Bahasa, 7(2), 26-30. Cuban, L. (2001). Oversold and underused: Computers in the classroom. Cambridge, Mass.: Harvard University Press.
  • 10. Ahmad Johari Sihes & Siti Asfarina Sarimin Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (2015). “Keutamaan Ciri-Ciri Pengajaran Pensyarah yang Baik Daripada Persepsi Pelajar Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor”. Ahmad Zanzali, Noor Azlan and Daud, Nurdalina (2010) “Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di Kalangan Guru Pelatih UTM Yang Mengajar Matapelajaran Matematik pp. 1-6. A.R Madar.M, Siti Saharah Latif, Mohamad Rafi Rahhim dan Mohamad Zaid Mustafa. (2009). “Pembangunan Digital Electronic Kit: Satu Pendekatan Dalam P&P”. Atan Long (2008). Manusia Guru, Keguruan Dan Perguruan, Calon Guru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale (2011). Diperoleh dari www. scribd. com/. Finkbeiner, C. (2001). “One and all in call Learner, moderator dan researcher”. Computer Assisted Language Learning. 14 (3-4), 339- 361. Hamdan and Mohamad A’zmi, Surizan (2010) Penilaian Kesesuaian Bahan Bantu Mengajar Jangka Sudut Khas Bagi Mata Pelajaran Matematik. Penilaian Kesesuaian Bahan Bantu Mengajar Jangka Sudut Khas Bagi Mata Pelajaran Matematik . pp. 1-6. Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, KPT (2013). “Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013–2015”. Diperolehi dari http://www.mohe.gov.my/portal/images/utama/penerbitan/ Pemerkasaan_Kolej_ Komuniti_2013-2015.pdf Jasli, M. F. dan Siti, Z. I. (2014). “Keupayaan dan Kemampuan Kolej Komuniti Seluruh Malaysia Dalam Menawarkan Sijil Modular Kebangsaan Secara Berterusan, Jurnal Pembelajaran Sepanjang Hayat”. ms 134-146. Norhayati Binti Othman , Intan Junizah Abu. (2014). “Pengaruh Pemilihan Pengajian Ke Kolej Komuniti Dan Cadangan Promosi”. Kolej Komuniti Selayang. Norma Binti Haji Hassan. (2004). Hubungan di antara penggunaan bahan bantu mengajar dengan minat pelajar tahun lima di Sekolah Chepa, Kelantan. Tesis Sarjana yang belum diterbitkan. Tanjung Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Diperoleh pada 21 Disember 2017 dari http://images.dehewaraspak. multiply.multiplycontent.com/ id=58573975 PSPTN. (2007). Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara (2007-2010) Fasa 1. Diperoleh dari Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara: www.mohe.gov.my/portal/images/utama/penerbitan/psptn.pdf Sabitha, M. (2006). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya, Selangor : Prentice Hall. Salwani Mohd Daud, Fariza Said Hassan, Liza Abd. Latiff, Morina Abdullah, Kamaruddin Tawi & Rasli Abd Ghani (2003).”Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Tingkatan 5” Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Saridah Hussein (2006). “Keberkesanan Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Lokus Dalam Dua Matra Tingkatan 2”. Tesis Sarjana Muda yang tidak diterbitkan. Fakulti Pendidikan. Universiti Terbuka Malaysia. Shakii Hameed.N.M (2015). Utusan Melayu (M) Bhd. Diperoleh dari http://www.utusan.com.my/rencana/utama/inisiatif-melahirkan- graduan-3b-1.79064#ixzz51DLxppPo Wiersma, W. & Jurs, S. G. (2008). Research methods in education: An introduction. USA: Allyn & Bacon.