TUGASAN 1 bagi kursus KPT6044/6043: ringkasan jurnal yang ditulis oleh Rubiah Omar dan Jamilah Hj. Ahmad (Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan Ahli Akademik
TUGASAN 1 bagi kursus KPT6044/6043: ringkasan jurnal yang ditulis oleh Rubiah Omar dan Jamilah Hj. Ahmad (Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan Ahli Akademik
Jurnal kajian ini dipetik dari Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009):155-172 yang bertajuk Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik ditulis oleh Rubiah Omar Jamilah Hj Ahmad. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik Universiti Sains Malaysia (USM) yang membantu proses pembelajaran dan pengajaran. Peserta Kajian terdiri daripada ahli akademi di semua pusat pengajian USM Pulau Pinang. Sebanyak 119 borang soal selidik yang berjaya dikumpul dari ahli akademik di 15 pusat pengajian. Hasil kajian mendapati kesedaran responden terhadap lima konsep e-pembelajaran adalah tinggi, kefahaman e-pembelajaran dengan kesediaan pembelejaran arahan kendiri adalah memuaskan dan penerimaan responden terhadap penggunaan e-pembelajaran adalah tinggi.
Dalam jurnal kajian ini tidak menyatakan persoalan kajian secara terperinci. Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh manakah kesediaan ahli akademik menerima e-pembeljaran dalam aktiviti pengajaran mereka dan apakah faktor yang menjdi penyebab penerimaan atau penolakan kepada kaedah ini. Objektif kajian dalam menentukan fokus kajian telah dinyatakan dengan jelas. Secara umum, kajian ini melihat amalan penggunaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik USM. Secara spesifik pula memantau e-pembelajaran dari kesedaran, penilaian dan penerimaan penggunaan e-pembelajaran para ahli akademik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penyelidik telah menggunakan reka bentuk tinjauan dalam kajiannya. Kaedah non-probability bentuk kajian deskriptif yang bertujuan memberikan gambaran awal tentang kesediaan penerimaan e-pembelejaran dalam kalangan ahli akademik. Borang soal selidik telah digunakan untuk mengumpul data dan analisis kuantitif menggunakan program SPSS telah digunakan dalam analisis kajian ini. Semua data dapatan kajian telah distruktur dengan sempurna dan mudah untuk pembaca menyemak dan merujuk hasil kajian dan dapatan ujian pengkaji lain.
3. K E SE DARAN, PE NIL AIAN DAN
PE NE RIMAAN E -PE MBEL AJARAN DAL AM
K AL ANGAN AHL I AK ADEMIK
Penulis : Rubiah Omar dan Jamilah Hj. Ahmad
Sumber : Jurnal Pendidikan Malaysia 34 (1) mukasurat 155-172
Tahun : 2009
4. PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah tahap kesedaran ahli akademik terhadap konsep e-
pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran?
2. Apakah terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman
terhadap e-pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri
dalam kalangan ahli akademik?
3. Bagaimanakah penerimaan ahli akademik terhadap penggunaan e-
pembelajaran dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran?
5. METODOLOGI KAJIAN
Rekabentuk tinjauan
Kaedah non-probability kerana hasil kajian bukan untuk
digeneralisasikan kepada keseluruhan populasi.
Menggunakan instrumen soal selidik.
Responden terdiri daripada semua ahli akademik di semua pusat
pengajian USM Pulau Pinang.
6. DAPATAN KAJIAN
1. Tahap Kefahaman Terhadap Konsep e-pembelajaran
• Terdapat 5 konsep yang diketengahkan dalam soal selidik
• e-pembelajaran sebagai satu kaedah pembelajaran baru khusus untuk
pelajar
• Salah satu usaha sejajar dengan perkembangan ICT
• e-pembelajaran memerlukan komitmen yang lebih dalam pengajaran dan
pembelajaran
• Pembelajaran yang dikendalikan menerusi komputer dan internet
• Membolehkan pembelajaran dilaksanakan dengan lebih mudah dan
pencapaian ke atas lebih ramai pelajar tanpa mengira jarak, di samping
membolehkan pembelajaran berlangsung secara berterusan
7. Min bagi kelima-lima konsep adalah tinggi menunjukkan tahap
kefahaman responden adalah tinggi.
Membuktikan bahawa majoriti ahli akademik sedar terhadap konsep e-
pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran mereka.
8. 2. Penilaian Terhadap Hubungan yang Signifikan Antara
Kefahaman Terhadap e-pembelajaran Dengan Kesediaan
Pembelajaran Arahan Kendiri
• Dapatan menunjukkan hubungan antara kedua-dua pembolehubah
adalah pada tahap sederhana.
• Ini disebabkan terdapat faktor-faktor lain yang turut menyumbang
kepada tahap kefahaman responden.
9. 3. Penerimaan Penggunaan e-pembelajaran Dalam Membantu
Proses Pengajaran dan Pembelajaran
• Bagi item ini, terdapat empat tanggungjawab yang telah disenaraikan
oleh pengkaji.
• Menggunakan sepenuhnya kaedah e-pembelajaran di dalam kuliah
• Memuat naikkan nota-nota kuliah ke laman web e-pembelajaran dari
semasa ke semasa
• Mengikuti latihan-latihan yang berkaitan dengan e-pembelajaran di USM
• Menggalakkan para pelajar menggunakan e-pembelajaran sebagai
mekanisme pembelajaran
10. • Hasil kajian mendapati bahawa dua daripada empat tanggungjawab
tersebut mempunyai nilai min yang tinggi iaitu tanggungjawab
pertama dan keempat manakala lagi dua berada pada tahap
sederhana.
• Pengkaji juga telah menyenaraikan 12 faktor yang menyumbang
kepada pelaksanaan e-pembelajaran ini.
• Data yang didapati menunjukkan nilai min keseluruhan yang tinggi
menguatkan lagi bukti bahawa penerimaan ahli akademik terhadap e-
pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran adalah positif.
11. IMPLIKASI KAJIAN
Penggunaan teknologi terkini dalam pelaksanaan e-pembelajaran dapat
menyediakan keupayaan ahli akademik menjadi fasilitator pembelajaran
yang efektif.
Mewujudkan suasana yang menggalakkan pelajar lebih kreatif dan
inovatif dalam pembelajaran iaitu dengan mencari ilmu, melibatkan diri
dalam perbincangan akademik dan menyumbang ilmu di dunia siber.
Ini diharapkan dapat melahirkan graduan yang celik IT dan dapat
mengharungi cabaran dalam dunia era globalisasi dan informasi.