2. APLIKASI STRATEGI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
• Aktiviti berpusatkan guru
• Aktiviti berpusatkan murid
• Aktiviti berpusatkan bahan
• Pengelolaan aktiviti
- secara kelas
- secara kumpulan
- secara individu
3. AKTIVITI BERPUSATKAN GURU
Aktiviti berpusatkan guru bermaksud pembelajaran yang berlaku atas rancangan dan arahan
guru.
Peranan guru sebagai penentu aras pengetahuan yang diperlukan oleh murid-murid.
Kemahiran dalam sesuatu konsep dirancang oleh guru dan dilaksanakan menerusi latihan dan
pengulangan.
Murid tidak mempunyai pilihan dalam menentukan pembelajaran. Pengajaran guru lebih
kepada satu hala.
Guru mengajar dan murid menerima.
Murid digalakkan mengemukakan soalan dan guru membantu mendapatkan jawapan kepada
masalah yang dikemukakan.
4. AKTIVITI BERPUSATKAN MURID
Pembelajaran digerakkan atas minat dan dorongan murid.
Guru sebagai pemudahcara atau pembinbing.
Murid mencari jawapan sendiri menerusi penerokaan dan pengalaman yang
dibina sendiri.
Guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran.
Aktiviti ini berpandukan kepada teori konstruktivis iaitu menekankan
pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkahlaku hasil daripada
pembelajaran yang dibina sendiri menerusi pengalaman baru.
5. AKTIVITI BERPUSATKAN BAHAN
• Bahan dan peralatan memainkan peranan penting dalam membantu pengajaran
dan pembelajaran di kelas prasekolah.
• Peralatan dianggap sebagai bahan media pengajaran dan pembelajaran yang
membantu kefahaman murid dalam proses pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Pengajaran yang disampaikan secara lisan tanpa
menggunakan bahan bantu akan mengelirukan kefahaman murid.
• Murid di peringkat prasekolah memerlukan bahan konkrit untuk menjelaskan
sesuatu perkara yang dipelajari, terutama perkara-perkara di luar pengalamannya
amat memerlukan bahan dan peralatan untuk menjelaskan sesuatu konsep.