SlideShare a Scribd company logo
ISI KANDUNGAN 
1.SOALAN TUGASAN 
2.HALAMAN PENGAKUAN PELAJAR 
3.BIODATA PELAJAR 
4.PENGHARGAAN 
5.PENGENALAN 
9.BAHAGIAN D 
REFLEKSI 
10.BIBLIOGRAFI 
11.BORANG KOLABORASI
2. HALAMAN PENGAKUAN 
Saya akui bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali 
nukilan ,petikan atau ringkasan yang saya telah nyatakan sumbernya. 
Tanda Tangan : 
Nama : Rosmaida Binti Yusuf 
No kad Pengenalan : 
Tarikh :
3. BIODATA PELAJAR 
Nama : Rosmaida Binti Yusuf 
Tarikh lahir : 
Tempat lahir : Kampung Apal ,82100 Jerteh, 
Besut ,Terengganu . 
Jantina : Perempuan 
Status perkahwinan : Bujang 
Agama : Islam 
Alamat : Kampung Apal ,82100 Jerteh, 
Besut ,Terengganu . 
No Telefon : 
E-mail :
PENGHARGAAN 
Saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya kerja 
kursus bagi subjek TITD 113 (Tamadun Islam dan Tamadun Asia) dapat disiapkan 
tepat pada masanya.Kerja kursus ini di buat secara individu.Dalam menyiapkan 
tugasan ini, saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak. 
Terima kasih yang tidak terhingga kepada ENCIK MOHD ANUAR BIN AWANG 
IDRUS ,Pensyarah Pembimbing saya yang terlalu banyak membantu membimbing 
dan juga sebagai pemudah cara saya sepanjang proses menyiapkan tugasan 
ini.Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau,mana mungkin saya 
akan dapat menghasilkan satu kerja kursus yang baik. 
Kepada ahli keluarga khususnya, jutaan terima kasih kerana telah banyak 
membantu dan memberikan kerjasama kepada saya dalam mencari bahan-bahan 
penting bagi digunakan dengan tujuan menyempurnakan kerja kursus berkaitan 
dengan salasilah keluarga. 
Jutaan penghargaan juga kepada penduduk Kampung Gerong Apal, khususnya 
yang telah banyak membantu dan memberikan sokongan dan kerjasama kepada 
saya dalam maklumat berkaitan dengan susur galur keluarga saya. 
Kejayaan semua usaha ini sangat bergantung kepada sokongan dan kerjasama 
semua rakan-rakan terutamanya.Rakan-rakan telah banyak membantu dan memberi 
idea dan kerjasama kepada saya dalam mencari bahan-bahan penting bagi 
digunakan dengan tujuan menyempurnakan kerja kursus ini. 
Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran pahala yang besar kepada semua 
hamba-Nya yang sentiasa membantu . 
Sekian,terima kasih.
PENGENALAN 
Salasilah merupakan sebahagian daripada ilmu sains sosial yang turut 
mempunyai hubungan dengan ilmu sejarah. Penekanan kepada ilmu salasilah dalam 
kalangan orang Melayu khususnya agak terhad kepada golongan kerabat diraja 
maupun bangsawan sahaja.Ilmu penulisan salasilah ini penting atau "vital" kerana 
melalui ilmu ini kita akan cuba mencari identiti dan jati diri kita sendiri. Masyarakat 
Malaysia khususnya orang Melayu kurang memiliki minat yang tinggi untuk menjejaki 
jurai keturunan atau salasilah keluarga mereka sendiri. 
Barang kali mereka beranggapan tiada sebarang faedah atau manfaat 
sekiranya mereka menyelidiki secara lebih mendalam tentang keluarga mereka. 
Kecenderungan menyimpan atau menulis rekod-rekod salasilah boleh dikatakan 
hanya terdapat dalam kalangan pemerintah khasnya golongan kerabat diraja atau 
pembesar-pembesar negeri. Tujuan penulisannya barang kali tidak lebih untuk 
menyatakan keabsahan pemerintahan mereka di sesebuah negeri atau jajahan 
taklukan mereka. Selain itu, terdapat juga segelintir masyarakat yang menyusun 
salasilah adalah bertujuan semata-mata ingin menuntut takhta kerajaan, kuasa atau 
harta perwarisan untuk diwarisi oleh generasi seterusnya. 
Mengkaji salasilah keturunan seseorang itu amat penting diketahui dalam 
masyarakat manusia bertamadun. Menjejaki asal usul keturunan seseorang boleh 
memberi manfaat kepada hubungan silaturahim kaum kerabat dan merapat dan 
mengekalkan hubungan silaturahim sangatlah dituntut dalam Islam. 
Untuk mengumpul makluma salsilah keluarga beberapa kaedah boleh 
dijalankan seperti kaedah temuramah.Menemuramah orang sumber yang 
merupakan ibu, datuk dan nenek bagi mengetahui dengan lebih lanjut beberapa 
peristiwa sama ada melalui penglibatan mereka secara langsung dalam peristiwa itu 
atau sekadar menyaksikannya. Kaedah pemerhatian ,dengan melihat dan mengkaji 
perkembangan orang sumber iaitu ibu, datuk dan nenek dari segi aktiviti yang 
mereka lakukan, hobi dan tingkah laku mereka.Kaedah analisis dokumen juga boleh 
dilakuka .Melihat dan mengambil maklumat daripada buku catatan dan journal harian 
ibu, dokumen-dokumen penting yang disimpan oleh ibu dan mengumpul beberapa 
gambar dari album keluarga. 
Salasilah keluarga saya sukar dibuat kerana ramai ahli keluarga tidak dapat 
dikesan.Sesetengah ahli keluarga sudah meninggal dunia,manakala pula ada yang 
sudah terputus hubungan.Foto-foto keluarga juga tidak banyak yang diambil ini 
kerana ia tidak dititik beratkan oleh ahli keluarga yang terdahulu.Foto-foto yang ada 
sudah banyak yang rosak.Pengetahuan tentang salsilah keluarga ini patut dititik 
beratkan .Walaubagaimanapun kita patut ucapkan syabas kepada pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia kerana telah di selitakan salasilah keluarga dalam 
sukatan pelajaran tingkatan satu.Dimana murid-murid tingkatan satu dikehendaki 
membuat tugasan tentang salasilah keluarga masing-masing. 
Sesungguhnya institusi keluarga yang mantap dapat menjaminkan 
kebahagian keluarga.Begitu juga dengan pengalaman nilai-nilai patriotisme yang 
baik akan dapat melahirkan warganegara Malaysia yang cintakan tanah air ,berani 
dan yakin diri.
DEFINISI SALASILAH 
Kamus Dewan Edisi Keempat. surih II, pertalian keturunan yang dapat disusur 
kembali , hitungan keturunan, salasilah, susur-galur.Definisi yang 
dimaksudkan mengikut akta itu termasuk keturunan (berzuriat ).Jika kita melihat 
makna keturunan dalam Kamus Dewan ialah benih, baka. Salasilah 
keluarga bermaksud daftar keturunan (asal usul), susur galur (keturunan) 
Perkataan ‘salasilah’ berasal daripada kosa kata bahasa Arab yang 
bermaksud “daftar keturunan atau jurai keturunan”. Ensiklopedia Islam (2004), 
halaman 250 mendefinisikan salasilah sebagai “daftar atau susunan asal-usul 
keturunan, biasanya dimulai daripada tokoh yang dianggap penting dan dihormati 
yang memiliki nilai sejarah”. 
Menurut kamus sastera Melayu, salasilah bermaksud susur galur keturunan, 
asal keturunan. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa salasilah adalah bermaksud 
susur galur sesebuah keluarga atau asal usul keturunan seseuah keluarga. 
Selain itu salasilah boleh juga didefinisikan sebagai rangkaian keturunan 
seseorang yang ada kaitannya dengan orang lain yang menjadi isterinya dan ahli 
keluarganya. Salasilah tersebut adalah merupakan suatu susunan keluarga dari 
atas ke bawah dengan menyebutkan nama keluarganya. 
Pengertian salasilah itu bersifat universal, iaitu ertinya orang-orang di seluruh 
dunia mempunyai salasilah keturunannya dan seluruh benua akan dimaklumi, 
bahawa semua orang pasti akan mengagungkannya. Kita sering membaca salasilah 
keturunan para raja yang termaktub dalam sejarah atau salasilah para pemimpin 
yang memerintah suatau daerah, bukan hanya untuk dikenal saja, tetapi untuk 
diketahui oleh segenap masyarakatnya, dan dikenang akan jasa-jasanya. 
Jelas bagi kita, bahawa maksud salasilah ialah suatu daftar susunan nama 
orang-orang yang merupakan susunan keturunan dari suatu warga atau dinasti 
(bangsa), misalnya Dinasti Sriwijaya.
PETA MINDA DEFINISI SALASILAH 
DEFINISI 
SALASILAH 
Kamus Dewan Edisi 
Keempat. surih II-pertalian 
keturunan yang 
dapat disusur kembali 
kata bahasa Arab yang 
bermaksud “daftar 
keturunan atau jurai 
keturunan”. 
Menurut kamus sastera Melayu, 
salasilah bermaksud susur galur 
keturunan, Ensiklopedia Islam (2004), asal keturunan. 
halaman 250 mendefinisikan 
salasilah sebagai “daftar atau 
susunan asal-usul keturunan,
KEPENTINGAN SALASILAH KELUARGA 
Salasilah keturunan seseorang itu amat penting diketahui dalam masyarakat 
manusia bertamadun. Menjejaki asal usul keturunan seseorang boleh memberi 
manfaat kepada hubungan silaturahim kaum kerabat; dan merapat dan mengekalkan 
hubungan silaturahim sangatlah dituntut dalam Islam. 
Allah berfirman: 
"Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut 
namaNya, serta peliharalah hubungan silaturrahim kaum kerabat." – (Surah An- 
Nisaa: 1) 
Dalam sebuah hadis Qudsi pula Allah berfirman: 
"Barang siapa yang memutuskan tali kekeluargaan, akan aku putuskan hubunganKu 
dengan dia. Dan barangsiapa menyambungkan tali kekeluargaan, Akupun akan 
mengukuhkan tali kekeluargaannya nanti." 
Lebih daripada itu diriwayatkan dalam banyak hadis bahawa amalan silaturrahim 
akan memakmurkan rumah dan menambah usia walaupun para pelakunya bukan 
orang baik-baik. Amalan silaturrahim ini akan membersihkan segala amalan kita 
yang lain serta melipatgandakan kekayaan dan menolak bala.. 
Kini, lain pula budayanya. Minat untuk mencari waris, menjejak kasih tidak lagi 
menjadi keutamaan di kalangan orang kita. Inilah akibat dari arus pembangunan dan 
pemodenan. Sifat nafsi-nafsi sudah berleluasa, terutamanya di kalangan penduduk 
bandar. 
Pengetahuan tentang salasilah dianggap sebagai salah satu cabang ilmu 
yang penting khasnya dalam bidang sejarah dan ia dikatalogkan sebagai bidang 
sains sosial. Berdasarkan pengertian yang sempit, ilmu salasilah ini merupakan 
kajian berkenaan individu dan hubungannya dalam sesebuah keluarga. Walau 
bagaimanapun, sekiranya kita memahami pengertiannya yang luas, ilmu salasilah ini 
merangkumi kajian yang mendalam tentang sejarah, biografi, geografi, sosiologi, 
undang-undang, perubatan, linguistik dan sebagainya. Kita sewajarnya berpegang 
kepada takrifan yang luas kerana kita bukan hanya sekadar ingin mengetahui nama 
dan tarikh penting yang dilalui nenek moyang kita sahaja, tetapi juga corak
kehidupan mereka serta sumbangan mereka terhadap agama, bangsa dan negara 
mereka. 
Apa yang lebih penting ialah pengkajian tentang ilmu salasilah keluarga 
mampu memupuk jati diri seseorang individu.Pengkajian terhadap ilmu salasilah juga 
memerlukan pengorbanan yang besar kerana para pengkaji dalam bidang ini 
terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting daripada 
ahli keluarga yang dikenali atau tidak. Maklumat-maklumat yang diperoleh itu sama 
ada maklumat lisan atau sumber bertulis perlu dipastikan kesahihannya agar tidak 
dipertikaikan oleh pihak-pihak lain yang mempunyai autoriti. 
Selain itu kepentingan salasilah keluarga adalah untuk mengelakkan masalah 
perkahwinan adik dengan abang kandung atau kakak kandung dengan adik kandung 
(mahram) yang boleh berlaku kerana sudah lumrah suami yang pergi merantau terus 
kekal dp perantauan ,berkahwin baru dan mendapat anal-anak pula ditempat 
baru.Manakala di kampung asa sudah ada isteri dan anak-anak yang ditinggalkan 
.Perpisahan yang terus-menerus tidak balik-balik atau tidak memperkenalkan anak-anak 
isteri baru dengan anak-anak isteri lama boleh memungkinkan berlaku 
perkahwinan mahram ini.Maka itu adalah menjadi tanggung jawab ibubapa untuk 
menceritakan secara terperinci susun galur salasilah mereka kepada anak cucu 
supaya tidak berlaku masalah seperti perbalahan atau pergaduhan antara sesama 
saudara mara dan perkahwinan antara adik-beradik. 
Justeru, penulisan salasilah perlu diberi keutamaan sekiranya seseorang itu 
ingin menjejaki semula sejarah asal-usul keturunannya. Tambahan pula, salasilah 
keturunan seseorang itu amat penting diketahui dalam masyarakat yang 
bertamadun. Menjejaki asal-usul keturunan seseorang boleh memberi manfaat 
kepada penerusan hubungan silaturahim antara kaum kerabat. Pengekalan 
hubungan silaturahim sesama kaum kerabat pula sangat dituntut oleh Islam.
PETA MINDA SALASILAH KELUARGA 
mengetahui nama dan 
tarikh penting yang dilalui nenek 
moyang kita sahaja, tetapi juga 
corak kehidupan mereka serta 
sumbangan mereka terhadap 
agama, bangsa dan negara 
mereka. 
KEPENTIGAN SALASILAH 
KELUARGA 
merapat dan 
mengekalkan hubungan 
silaturahim 
mengelakkan masalah 
perkahwinan adik 
dengan abang kandung 
atau kakak kandung
CARTA SALASILAH KELUARGA SEBELAH BAPA 
JAARFA BIN AHMAD 
SALIHA BINTI ZAIDI 
SAMAN BIN JAARFA 
FATIMAH BIN IDRIS 
YUSUF BIN SAMAN MUSTAPA BIN SAMAN ISMAIL BIN SAMAN 
SITI ROHAYA 
BT YUSUF 
SITI ROZIAH 
BT YUSUF 
M.RIZALMAN 
B.YUSUF 
M.RAZIF 
B.YUSUF 
ROSLINDA 
BT YUSUF 
ROSMAIDA 
BT YUSUF 
LANOKIAH BT LATIF 
SAMAD BIN JAARFA 
RAMLAH BINTI SENIK 
ZAINAB BINTI JAAFA 
ABDULAH BIN DAUD
Carta salasilah keluarga bapa saya bermula daripada Jaafa Bin Ahmad . 
Beliau telah berkahwin dengan Saleha Binti Zaidi. Mereka merupakan moyang 
saya sebelah ayah.Moyang saya yang lelaki berasal dari Kampung Apal ,Besut 
,Terengganu manakala moyang perempuan berasal dari negeri Kelantan . 
Mereka menetap di Kampun Apal ,Besut Terengganu.Moyang bekerja sebagai 
penoreh getah di kebun orang. 
Hasil perkahwinan Jaafa dan Saleha ,mereka telah dikurniakan dengan 
tiga orang anak iaitu Saman Bin Jaafa,Samad Bin Jaafa dan Zainab Bin 
Jaafa.Saman Bin Jafaa telah berkahwin dengan orang sekampungnya dan 
menetap di situ juga ,manakala Samad dan Zainab telah merantau ke negeri 
Kelantan setelah berkahwin.Saman Bin Jaafa telah berkahwin dengan Fatimah 
Binti Idris.Hasil perkawinan mereka telah melahirkan tiga orang anak iaitu 
Yusuf Bin Saman,Ismail Bin Saman dan Mustafa Bin Saman.Datuk saya iaitu 
Saman Bin Jaafa merupakan anak sulung daripada tiga beradik .Ketiga-tiga 
beradik ini telah meninggal dunia lebih kurang enam tahun yang lepas. 
Yusuf Bin Saman adalah ayah saya,beliau merupakan anak kedua 
daripada tiga beradik .Yusuf Bin Saman telah berkahwin dengan Lanokiah Binti 
Latif.Mereka telah dikurniakan dengan enam orang anak iaitu dua lelaki dan 
empat perempuan.Abangnya Mustafa Bin Saman telah dikurniakan dengan 
tujuh orang anak lelaki manakala adiknya Ismail Bin Saman telah dikurniakan 
lima orang anak iaitu tiga perempuan dan dua lelaki. Ketiga-tiga mereka 
menetap di kampung yang sama dan kesemuanya bekerja sebagai petani.Kerja 
harian mereka meletihkan tetapi ganjarannya cukup ala kadar. 
Berdasarkan salasilah yang dibuat ,keluarga sebelah ayah merupakan 
rakyat golongan biasa .Kebanyakkan daripada mereka mewarisi pekerjaan 
turun temurun iaitu petani.
CARTA SALASILAH KELUARGA SEBELAH IBU 
HJ MOHAMAD B.ISMAIL 
MUNAH BT ALI 
LATIF B.HJ MOHAMAD 
MISNA BT MAMAT 
SITI ROHAYA 
BT YUSUF 
UDIN B.HJ MOHAMAD 
ROHANI BT AHMAD 
LANOKIAH BT LATIF FATIMAH BT LATIF 
SITI ROZIAH 
BT YUSUF 
M.RIZALMAN 
B. YUSUF 
M.RAZIF 
B.YUSUF 
ROSLINDA 
BT YUSUF 
ROSMAIDA 
BT YUSUF 
YUSUF B.SAMAN 
JUSOH B.MOHAMAD 
FATIMAH BT SIDEK
Carta salasilah ibu saya bermula daripada moyang saya iaitu Hj 
Mohamad Bin Ismail.Beliau telah berkahwin dengan Munah Binti Ali. Hj 
Mohamad Bin Ismail berpegang kuat kepada agama.Beliau menjadi rujukan 
penduduk tempatan berkaitan dengan agama.Isterinya Munah Binti Ali seorang 
isteri yang rajin,di kampung beliau berniaga kecil-kecilan.Hasil perkahwinan Hj 
Mohamad dengan Munah telah melahirkan tiga orang anak lelaki iaitu iaitu Latif 
bin Hj Mohd,Udin Bin Hj Mohamad dan Jusoh Bin Hj Mohammad. 
Latif telah berkahwin dan menetap di Kuala Nyireh.Hasil perkahwinan 
dengan Misna ,beliau telah di kurniakan dengan dua orang anak perempuan 
iaitu Lanokiah Bin Latif dan Fatimah Bin Latif.Udin berkahwin dengan Rohani 
dan menetap di Kuala Besut,Udin bekerja sebagai nelayan dan isterinya 
membuat kuih. Mereka tidak mempunyai anak.Jusoh Bin Hj Mohd telah 
berkahwin dengan Fatimah binti Sidek .Mereka menetap di Kampung Keruak 
Besut.Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan tujuh orang anak.Hasil 
didikan Hj Mohamad kedua-dua anak lelakinya iaitu Latif dan Jusoh telah diberi 
kepercayaan menjadi bilai di kampung masing-masing.Datuk saya iatu Jusoh 
telah meninggal dunia tiga tahun yang lepas.Selama hidupnya ,beliau rajin 
mengajar penduduk membaca Al-Quran.Isterinya meninngal dunia dua tahun 
yang lepas,manakala anak keduanya iaitu Fatimah Binti Latif telah meninggal 
dunia pada usia yang mudia iaitu berumur awal 30-an .Jadinya anaknya yang 
masih ada hanyalah Lanokiah Binti Latif. 
Lanokiah Binti Latif telah berkahwin dengan Yusuf Bin Saman dan 
menetap di Kampung Apal.Mereka telah dikurniakan dengan 6 orang anak 
termasuk saya.
CARTA SALASILAH KELUARGA ASAS SAYA 
YUSUF BIN SAMAN LANOKIAH BINTI LATIF 
SITI ROHAYA 
BT YUSUF 
SITI ROZIAH 
BT YUSUF 
M.RAZALMAN 
B.YUSUF 
M.RAZIF 
B.YUSUF 
ROSLINDA 
BT YUSUF 
ROSMAIDA BT 
YUSUF 
ZAMERI 
B.OMAR 
SUDIN 
B.MARJONO 
BETYY BT 
HUSSAIN 
ZARIF 
B.ZAMERI 
ZAQUAN B. 
ZAMERI 
ROHIDI 
B.SUDIN 
ROHIMI B. 
SUDIN 
ROHANI 
BT.SUDIN 
M.ALIF B. 
RAZIF
ASAL-USUL KELUARGA 
Dalam bab ini saya akan menerangkan latar belakang keluarga atau 
sejarah keluarga saya.Penerangan mengenai asal –usul ayah dan ibu 
saya.Selain itu saya akan menyertakan butiran peribadi setiap ahli keluarga 
saya.
Sejarah keluarga asas saya bermula pada 5 September 1970 iaitu pada 
hari Khamis bersamaan 9 Syaaban 1312 Hijrah .Dimana ayah saya Yusuf Bin 
Saman telah berkahwin dengan ibu saya Lanokiah Binti Latif.Perkahwinan ayah 
dan ibu saya dikurniakan 6 orang anak iaitu 4 perempuan 2 lelaki.Kesemua 
adik –beradik saya sudah berhijrah ke tempat lain ,yang tinggal hanya seorang 
abang di kampung.Kakak saya yang sulung menetap di Dungun,kakak yang 
kedua menetap di Johor Bahru ,abang saya yang keempat menetap di Kuala 
Lumpur dan kakak saya yang kelima bekerja di Melaka. 
Ayah dan ibu saya adalah anak kelahiran negeri Terengganu.Mereka 
hanya berbeza kampung sahaja .Ayah saya berasal dari Kampung Gerong Apal 
,Besut ,manakala ibu saya berasal dari Kampung Kuala Nyireh,Besut.Setelah 
berkahwin ibubapa saya menetap di kampung asal ayah saya iaitu Kampung 
Apal. 
Kami adalah dari golongan kurang berada,majoriti penduduk di kampung 
saya berkerja sebagai petani termasuk ayah saya .Ibu hanya suri rumah.Datuk 
dan nenek sebelah bapa saya juga bekerja sebagai petani.Pada tahun 70-an 
dan awal 80-an kehidupan para petani sangat susah.Mereka mengerjakan 
sawah secara tradisional.Pada masa itu tidak banyak teknologi moden seperti 
hari ini.Keluarga saya tidak mempunyai tanah sawah ,kami menyewa tanah 
untuk mengusahakan penanaman padi. Ayah tidak mampu membeli tanah 
kerana memperuntukkan perbelajaan untuk kami adik-beradik belajar.
Asal-usul ayah 
ayah-Yusuf 
Nama bapa saya ialah Yusuf Bin Saman.Di kampung ayah saya di 
Panggil Pak Kadir. Beliau berusia 60 tahun. Beliau bekerja sebagai petani 
.Sebelum bekerja sebagai petani, bermacam-macam kerja telah di buatnya 
seperti meneroh getah, kerja di kilang kayu dan kerja menanam tembakau.Bapa 
saya berasal dari Kampung Apal ,Jerteh ,Besut Terengganu.Beliau merupakan 
anak kedua daripada empat adik beradik.Beliau mendapat pendidikan awal di 
Sekolah Kebangsaan Apal .Beliau bersekolah setakat darjah dua sahaja 
.Beliau tidak meneruskan persekolahannya kerana kemiskinan.Beliau 
membantu bapa bekerja sejak kecil lagi. Walaupun sekolah setakat darjah 
dua,beliau boleh membaca dan mengira dengan baik.
Asal-usul ibu 
Ibu - Lanokiah 
Nama ibu saya ialah Lanokiah binti Latif.Beliau berumur 58 tahun.Ibu 
saya seorang suri rumah.Ketika beliau kecil beliau tinggal di kampung Kuala 
Nyireh.Ibu juga tidak bersekolah tinggi,beliau hanya bersekolah setakat darjah 
dua sahaja.Ibu tidak meneruskan persekolah kerana kemiskinan.Sewaktu kecil 
ibu bekerja mengambil upah menyiang ikan membantu keluargan mencari 
rezeki.Ibu kurang mahir membaca tetapi dapat mengira dengan baik.Beliau 
merupakan anak sulung daripada dua beradik.Ibu telah kehilangan 
ayah,emaknya dan adiknya sejak tahun lepas.Kini ibu sudah tidak ada adik-beradik 
lagi.Beliau merupakan seorang yang gigih ,walaupun menghadapi 
pelbagai kesusahan ,beliau masih lagi dapat mendidik anak-anaknya dengan 
baik.
Butiran peribadi kakak sulung 
Anak pertama dalam keluarga saya bernama Siti Rohaya Binti Yusuf dan 
kini berumur 41 tahun .Dia dilahirkan pada 25 Ogos 1973 di Kampung Gerong 
,Apal ,Jerteh ,Besut Terengganu.Kakak yang pertama sudah berkahwin .Dia 
dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.Dia bekerja sebagai guru di SK Paka 
111,Dungun Terengganu.Dia mengajar murid-murid khas.Kakak sulung 
merupakan seorang yang rajin dan bercita-cita tinggi ,walaupun sudah 
berumur 42 tahun ,namun dia masih menyambung pelajaran peringkat ijazah 
dalam bidang Pendidikan Khas.Semasa sekolah rendah ,dia belajar di Sekolah 
Kebangsaan Apal, apabila Sekolah Menengah ,dia menyambung pelajarannya 
di Sekolah Menengah Seri Nering Jerteh,Terengganu.Cita-citanya hendak 
menjadi guru tercapai apabila dia dapat menyambung pelajarannya di Maktab 
Perguruan Batu Rakit,Terengganu.
Butiran peribadi kakak kedua 
Kakak ke-2 Siti Roziah 
Anak kedua dalam keluarga saya bernama Siti Roziah Binti Yusuf.Kini kakak 
kedua saya berumur 38 tahun.Beliau sudah berkeluarga dan mempunyai 4 
oarang anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan .Anak pertamanya 
bernama Rohidi bin Sudin ,anak kedua Rohimi bin Sudin dan anak ketiga 
Rohani bin Sudin.Beliau menerima pendidikan awal di sekolah Kebangsaan 
Apal dan kemudian menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Seri Nering 
sehingga tingkatan 5.Untuk membantu keluarga ,beliau telah bekerja diusia 
yang muda iaitu selepas tamat tingkatan 5.Beliau telah bekerja dikilang 
elektronik di Johor Bahru.Beliau telah banyak membantu keluarga dengan 
meringankan bebanan kewangan keluarga.Kini dia masih menetap 
diJohor.Beliau berniaga kecil-kecil di sana untuk menyara anak-anaknya.
Butiran peribadi abang ketiga 
Abang ke-3 
Mohd Rizalman 
Anak ketiga dalam keluarga saya ialah Mohd Rizalman bin Yusuf.Beliau 
berumur 33 tahun.Beliau merupakan tulang belakang keluarga saya.Beliau 
banyak menanggung hal-hal keluarga .Abang yang ketiga saya masih belum 
berkahwin.Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Apal dan 
menyambung pelajaran di Sekolah Menegah Seri Nering ,Jerteh sehingga 
tingkatan lima.Sewaktu di alam persekolahan abang yang ketiga sudah bekerja 
membantu ayah di sawah.Beliau mempunyai semangat yang gigih dan 
rajin.Walaupun penat belajar,selepas waktu sekolah ,beliau akan ke sawah 
pada waktu petang.Beliau berada di Kampung kerana menjaga ayah dan ibu 
yang sudah tua.Dengan mengusahakan tanah sawah,beliau telah berjaya 
memiliki sebuah lori yang kecil.
Butiran peribadi abang keempat 
Mohd Razif bin Yusuf merupakan anak ke empat dalam keluarga saya.Beliau 
berumur 30 tahun kini.Mohd Razif telah berkahwin dengan Betyy Binti 
Ibrahim.Beliau dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Mohd Alif Bin 
Mohd Razif.Mohd Razif menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan 
Apal dan kemudiannya menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Seri 
Nering ,Jerteh.Selepas tamat tingkatan lima ,beliau telah menyambung 
pelajaran di Institut Pertroleum di Batu Rakit. Kini beliau telah bekerja di 
Syarikat PETRONAS sebagai Juruteknik.
Butiran peribadi kakak kelima 
Roslinda Binti Yusuf adalah kakak kelima dalam keluarga saya.Beliau kini 
beumur 24 tahun.Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Kebangsaan 
Apal .Semasa peperiksaan UPSR ,beliau telah mendapat 5A dan kemudiannya 
menyambung pelajaran ke Maktab Rendah Sains Mara(MRSM) di Kampung 
Raja ,Besut.Beliau merupakan seorang pelajar yang pandai dan menjadi 
kebanggaan keluarga. Selepas tamat tingkatan lima ,beliau telah di terima 
masuk ke maktab perguruan kerana itulah cita-citanya sejak awal .Sekarang 
beliau telah bertugas sebagai guru di SK Terentang ,Melaka.Beliau belum 
berkahwin.
Butiran peribadi saya 
Saya Rosmaida Binti Yusuf ,merupakan anak bongsu dalam keluarga saya.Kini 
saya berumur 19 tahun.Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah 
Kebangsaan Apal,kemudian saya menyambung pelajaran saya di sekolah 
menengah iatu Sekolah Menengah Renek.Selepas tamat tingkatan lima saya 
menyambung pelajaran ke tingkatan enam di Sekolah Menengah Tengku 
Mahmud.Semasa di sekolah menengah saya memegang beberapa jawatan 
penting salah satunya jawatan ketua pengawas.Saya bercita-cita menyambung 
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan mendapat pekerjaan yang 
baik.Apabila saya berjaya nanti saya akan membantu keluarga saya .
GAMBAR KELUARGA SAYA 
GAMBAR ANAK-ANAK SAUDARA
GAMBAR NENEK DAN EMAK SAUDARA DAN BAPA SAUDARA
REFLEKSI 
Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah 
kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad 
lantaran kesibukan tugas seharian sebagai pelajar. 
Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek TITD 113 Tamadun 
Islam dan Tamadun Asia, saya agak keliru bagaimana untuk memulakan dan 
menyiapkan tugasan .Saya berasa begitu sukar dan tercabar untuk menyiapkan 
tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya tentang salasilah keluarga saya 
amatlah sedikit. Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan 
semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan 
mencari nota yang berkaitan melalui internet. Temu bual dengan ahli keluarga dan 
membuat rujukan buku .Tugasan ini dilakukan secara individu jadi ini memerlukan 
saya bekerja keras untuk membuat tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan. 
Di sini saya mencari apa itu maksud salasilah keluarga dan kepentingan 
membuat salasilah keluarga dimana perkara ini kurang dititik beratkan oleh 
masyarakat moden pada hari ini.Saya juga tidak pernah mengambil tahu tentang 
susur galur keluarga saya,tetapi dengan adanya tugasan ini ,saya membuat 
pencarian maklumat .Pencarian tersebut membantu saya mengenali ahli keluarga 
saya.Saya menghadapi masalah untuk mencari maklumat tentang salasilah keluarga 
saya kerana ramai yang sudah meninggal dunia manakala yang masih hidup 
terputus hubungan.Ia memakan masa untuk mengumpul maklumat. 
Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan diperolehi 
,selain mengetahui maksud salasilah keluarga ,bagaimana hendak menyususn 
salasilah keluarga,apa kepentingan salasilah keluarga dan yang paling penting saya 
dapat mencari dan mengetahui asal-usul saya sendiri.
Akhirnya dengan usaha gigih yang saya lakukan, banyak ilmu yang saya 
perolehi dan akan saya gunakan ilmu ini untuk menghadapi kehidupan 
bermasyarakat dan di alam pekerjaan nanti. Ilmu yang saya perolehi ini akan dapat 
membantu saya dalam melaksanakan pengajian diperingkat yang lebih tinggi . 
Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan 
setinggi-tinggi penghargaan kepada EN MOHD ANUAR BIN AWANG IDRUS yang 
telah banyak membantu saya dan rakan –rakan seperjuangan dalam memberi tunjuk 
ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang 
tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan. 
Rumusannya, setelah bersusah payah, tugasan ini dapat disempurnakan. 
Saya amat berpuas hati dan berbangga dengan hasil usaha saya. Saya 
berkeyakinan pengalaman menyempurnakan kerja kursus ini dapat saya manfaatkan 
untuk meningkatkan kualiti tugasan saya pada semester-semester yang akan datang 
.
BIBLIOGRAFI 
Shaikh Abdullah Hassan Mydin (2006) Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITD) 
.Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (USM) 
Ahmad Fauzi Bin. Mohd. Basri, 2002, Sejarah Tingkatan Satu, Kuala Lumpur: 
DewanBahasa Dan Pustaka
REKOD BORANG KOLABORASI KERJA KURSUS (TITD 113 ) 
IPG : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS 
SULTAN MIZAN 
NAMA PELAJAR : 
NO MATRIK /NO : 
KOD KURSUS : 
MATA PELAJARAN : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 
(TITD 113) 
PENSYARAH PEMBIMBING : EN MOHD ANUAR BIN AWANG IDRIS 
TARIKH 
PERKARA YANG 
DIBINCANGKAN 
KOMEN 
T/TANGAN,NAMA 
DAN 
COP RASMI(JIKA 
ADA) 
Menerima soalan tugasan dan 
taklimat daripada pensyarah 
mata pelajaran 
Membuat rangka 
tentang tajuk 
dahulu. 
Memahami kehendak soalan 
dan perbincangan dengan 
rakan sekelas 
Mendapat pendapat 
rakan sekelas. 
Bertanya kepada ahli keluarga 
tentang topik yang hendak 
dibuat 
Mendapatkan 
penjelasan daripada 
orang yang 
berpengetahuan 
Mencari maklumat dari 
internet,buku dan modul 
Cetak maklumat dari 
internet 
Membuat nota
ringkas 
Catatan bibliografi 
Mendapatkan maklumat 
daripada ahli keluarga terdekat 
dan penduduk kampung 
Memberi 
penerangan dengan 
jelas 
Menyediakan draf tugasan 
Menyusun maklumat 
Menganalisis 
maklumat 
Menghubungkait 
maklumat yang 
releven 
Membuat huraian 
secara terperinci 
Sekali lagi berjumpa dengan 
rakan-rakan sekelas 
Berbincang tentang 
draf yang telah 
dibuat 
Semakkan tugasan 
Dan Kerja mengumul maklumat 
Membetul ejaan 
Menyusun maklumat 
ikut keutamaan 
Memperincikan 
huraian 
Tugasan dijilid 
dengan kemas 
Menghantar draf tugasan untuk 
dilihat dan disemak pensyarah 
Membetul dan 
menyemak semula 
tugasan 
berdasarkan
kehendak soalan 
yang dikehendaki 
oleh pensyarah 
Membuat semakan 
semula,menambaikani 
maklumat dari internet,buku 
dan modul 
Mencetak,menyusun 
dan menyiapkan 
tugasan. 
Menghantar tugasan lengkap 
kepada pensyarah

More Related Content

Similar to Titas mek ros

Assignment
AssignmentAssignment
Report TITAS 2014
Report TITAS 2014Report TITAS 2014
Report TITAS 2014
Hafizd Zulhasni
 
HUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIK
HUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIKHUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIK
HUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIK
aienaanaina
 
Cabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysiaCabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysia
Widia Wati
 
A brief review of Sikh community in Malaysia
A brief review of Sikh community in Malaysia A brief review of Sikh community in Malaysia
A brief review of Sikh community in Malaysia
Tharan Ran
 
Kk pa syahira
Kk pa syahiraKk pa syahira
Kk pa syahiraMiji Mina
 
87223601 assignment-titas
87223601 assignment-titas87223601 assignment-titas
87223601 assignment-titas
alkepuloh
 
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-502347941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023Nurul Cahaya Mata
 
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-502347941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023Nurul Cahaya Mata
 
Rpt (sej) thn 5
Rpt (sej) thn 5Rpt (sej) thn 5
Rpt (sej) thn 5
Fauziah Abdul Rahman
 
Assignment psikologi
Assignment  psikologiAssignment  psikologi
Assignment psikologisofeahhoney
 
5 keluarga
5 keluarga5 keluarga
5 keluarga
Kathelyne Babai
 
Pusaka Negeri Perak ( TITAS Adat-adat istiadat Negeri Perak )
Pusaka Negeri Perak  ( TITAS Adat-adat istiadat Negeri Perak )Pusaka Negeri Perak  ( TITAS Adat-adat istiadat Negeri Perak )
Pusaka Negeri Perak ( TITAS Adat-adat istiadat Negeri Perak )
AlyssaLou
 
Bab 3 Tamadun Melayu Baru
Bab 3  Tamadun Melayu BaruBab 3  Tamadun Melayu Baru
Bab 3 Tamadun Melayu Baru
wan arizwnb
 
Bab 3 Tamadun Melayu
Bab 3  Tamadun MelayuBab 3  Tamadun Melayu
Bab 3 Tamadun Melayu
ninawariz
 
TUGASAN BM1.docx
TUGASAN BM1.docxTUGASAN BM1.docx
TUGASAN BM1.docx
MuhammadShukri23
 
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01Thomas Liew
 
Rpt sejarah 5
Rpt sejarah 5Rpt sejarah 5
Rpt sejarah 5
zaza eiza
 

Similar to Titas mek ros (20)

Assignment
AssignmentAssignment
Assignment
 
Report TITAS 2014
Report TITAS 2014Report TITAS 2014
Report TITAS 2014
 
P
PP
P
 
HUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIK
HUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIKHUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIK
HUKUM DAN NILAI MULIA HUBUNGAN ETNIK
 
Cabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysiaCabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysia
 
A brief review of Sikh community in Malaysia
A brief review of Sikh community in Malaysia A brief review of Sikh community in Malaysia
A brief review of Sikh community in Malaysia
 
Kk pa syahira
Kk pa syahiraKk pa syahira
Kk pa syahira
 
87223601 assignment-titas
87223601 assignment-titas87223601 assignment-titas
87223601 assignment-titas
 
Budaya dan pembelajaran edu3106
Budaya dan pembelajaran edu3106Budaya dan pembelajaran edu3106
Budaya dan pembelajaran edu3106
 
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-502347941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
 
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-502347941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
47941439 pengurusan-kurikulum-bilik-darjah-kpf-5023
 
Rpt (sej) thn 5
Rpt (sej) thn 5Rpt (sej) thn 5
Rpt (sej) thn 5
 
Assignment psikologi
Assignment  psikologiAssignment  psikologi
Assignment psikologi
 
5 keluarga
5 keluarga5 keluarga
5 keluarga
 
Pusaka Negeri Perak ( TITAS Adat-adat istiadat Negeri Perak )
Pusaka Negeri Perak  ( TITAS Adat-adat istiadat Negeri Perak )Pusaka Negeri Perak  ( TITAS Adat-adat istiadat Negeri Perak )
Pusaka Negeri Perak ( TITAS Adat-adat istiadat Negeri Perak )
 
Bab 3 Tamadun Melayu Baru
Bab 3  Tamadun Melayu BaruBab 3  Tamadun Melayu Baru
Bab 3 Tamadun Melayu Baru
 
Bab 3 Tamadun Melayu
Bab 3  Tamadun MelayuBab 3  Tamadun Melayu
Bab 3 Tamadun Melayu
 
TUGASAN BM1.docx
TUGASAN BM1.docxTUGASAN BM1.docx
TUGASAN BM1.docx
 
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
 
Rpt sejarah 5
Rpt sejarah 5Rpt sejarah 5
Rpt sejarah 5
 

More from Tompok Manggis

Perancangan strategik g5 skm
Perancangan strategik g5 skmPerancangan strategik g5 skm
Perancangan strategik g5 skm
Tompok Manggis
 
Modul p&p mate thn 4
Modul p&p mate thn 4Modul p&p mate thn 4
Modul p&p mate thn 4
Tompok Manggis
 
(2)panduan tugas h.anugerah cemerlang rps (1)
(2)panduan tugas h.anugerah cemerlang rps (1)(2)panduan tugas h.anugerah cemerlang rps (1)
(2)panduan tugas h.anugerah cemerlang rps (1)Tompok Manggis
 
Perdana menteri malaysia
Perdana menteri malaysiaPerdana menteri malaysia
Perdana menteri malaysia
Tompok Manggis
 
Titas
TitasTitas
Tugasan bmm3104
Tugasan bmm3104Tugasan bmm3104
Tugasan bmm3104
Tompok Manggis
 
Bmm3101 zam sem3
Bmm3101 zam sem3Bmm3101 zam sem3
Bmm3101 zam sem3
Tompok Manggis
 
Ucapan ketua pengawas
Ucapan ketua pengawasUcapan ketua pengawas
Ucapan ketua pengawas
Tompok Manggis
 
Jawapan edu sem3
Jawapan edu sem3Jawapan edu sem3
Jawapan edu sem3
Tompok Manggis
 
Problems faced in spoken english among learning disabilities students
Problems faced in spoken english among learning disabilities studentsProblems faced in spoken english among learning disabilities students
Problems faced in spoken english among learning disabilities studentsTompok Manggis
 

More from Tompok Manggis (11)

Perancangan strategik g5 skm
Perancangan strategik g5 skmPerancangan strategik g5 skm
Perancangan strategik g5 skm
 
Modul p&p mate thn 4
Modul p&p mate thn 4Modul p&p mate thn 4
Modul p&p mate thn 4
 
(2)panduan tugas h.anugerah cemerlang rps (1)
(2)panduan tugas h.anugerah cemerlang rps (1)(2)panduan tugas h.anugerah cemerlang rps (1)
(2)panduan tugas h.anugerah cemerlang rps (1)
 
Perdana menteri malaysia
Perdana menteri malaysiaPerdana menteri malaysia
Perdana menteri malaysia
 
Titas
TitasTitas
Titas
 
Tugasan bmm3104
Tugasan bmm3104Tugasan bmm3104
Tugasan bmm3104
 
Bmm3101 zam sem3
Bmm3101 zam sem3Bmm3101 zam sem3
Bmm3101 zam sem3
 
Ucapan ketua pengawas
Ucapan ketua pengawasUcapan ketua pengawas
Ucapan ketua pengawas
 
Jawapan edu sem3
Jawapan edu sem3Jawapan edu sem3
Jawapan edu sem3
 
Problems faced in spoken english among learning disabilities students
Problems faced in spoken english among learning disabilities studentsProblems faced in spoken english among learning disabilities students
Problems faced in spoken english among learning disabilities students
 
Tugasan edu3103
Tugasan edu3103Tugasan edu3103
Tugasan edu3103
 

Recently uploaded

SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
Fatimah Abdul Khalid
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
Fatimah Abdul Khalid
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
VNITTIYAAPRVEERASING
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
JuraiMurai
 
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 11.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
ISMAHANIBINTIAZIMEEK
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
Fatimah Abdul Khalid
 

Recently uploaded (7)

SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.SEJARAH TINGKATAN 5.  NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
SEJARAH TINGKATAN 5. NOTA RINGKAS SEMUA BAB.
 
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdfSeajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
Seajarah Tingkatan 5, Bab 1 - Kedaulatan Negara.pdf
 
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
MODUL 2 : PERSAMAAN LINEAR (JAWAPAN) A0310
 
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRSPERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
PERLEMBAGAAN KRS TKRS.pdf. SEJARAH KRS, LOGO TKRS
 
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptxSumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
Sumbangan Malaysia di peringkat antarabangsa.pptx
 
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 11.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
1.2 HIDUNG LIDAH KULIT.pdf SAINS TINGKATAN 3 BAB 1
 
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdfSEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
SEJARAH T5 Bab 2 - Perlembagaan Persekutuan.pdf
 

Titas mek ros

  • 1.
  • 2. ISI KANDUNGAN 1.SOALAN TUGASAN 2.HALAMAN PENGAKUAN PELAJAR 3.BIODATA PELAJAR 4.PENGHARGAAN 5.PENGENALAN 9.BAHAGIAN D REFLEKSI 10.BIBLIOGRAFI 11.BORANG KOLABORASI
  • 3.
  • 4.
  • 5. 2. HALAMAN PENGAKUAN Saya akui bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan ,petikan atau ringkasan yang saya telah nyatakan sumbernya. Tanda Tangan : Nama : Rosmaida Binti Yusuf No kad Pengenalan : Tarikh :
  • 6.
  • 7. 3. BIODATA PELAJAR Nama : Rosmaida Binti Yusuf Tarikh lahir : Tempat lahir : Kampung Apal ,82100 Jerteh, Besut ,Terengganu . Jantina : Perempuan Status perkahwinan : Bujang Agama : Islam Alamat : Kampung Apal ,82100 Jerteh, Besut ,Terengganu . No Telefon : E-mail :
  • 8.
  • 9. PENGHARGAAN Saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya kerja kursus bagi subjek TITD 113 (Tamadun Islam dan Tamadun Asia) dapat disiapkan tepat pada masanya.Kerja kursus ini di buat secara individu.Dalam menyiapkan tugasan ini, saya mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak. Terima kasih yang tidak terhingga kepada ENCIK MOHD ANUAR BIN AWANG IDRUS ,Pensyarah Pembimbing saya yang terlalu banyak membantu membimbing dan juga sebagai pemudah cara saya sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau,mana mungkin saya akan dapat menghasilkan satu kerja kursus yang baik. Kepada ahli keluarga khususnya, jutaan terima kasih kerana telah banyak membantu dan memberikan kerjasama kepada saya dalam mencari bahan-bahan penting bagi digunakan dengan tujuan menyempurnakan kerja kursus berkaitan dengan salasilah keluarga. Jutaan penghargaan juga kepada penduduk Kampung Gerong Apal, khususnya yang telah banyak membantu dan memberikan sokongan dan kerjasama kepada saya dalam maklumat berkaitan dengan susur galur keluarga saya. Kejayaan semua usaha ini sangat bergantung kepada sokongan dan kerjasama semua rakan-rakan terutamanya.Rakan-rakan telah banyak membantu dan memberi idea dan kerjasama kepada saya dalam mencari bahan-bahan penting bagi digunakan dengan tujuan menyempurnakan kerja kursus ini. Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran pahala yang besar kepada semua hamba-Nya yang sentiasa membantu . Sekian,terima kasih.
  • 10.
  • 11. PENGENALAN Salasilah merupakan sebahagian daripada ilmu sains sosial yang turut mempunyai hubungan dengan ilmu sejarah. Penekanan kepada ilmu salasilah dalam kalangan orang Melayu khususnya agak terhad kepada golongan kerabat diraja maupun bangsawan sahaja.Ilmu penulisan salasilah ini penting atau "vital" kerana melalui ilmu ini kita akan cuba mencari identiti dan jati diri kita sendiri. Masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu kurang memiliki minat yang tinggi untuk menjejaki jurai keturunan atau salasilah keluarga mereka sendiri. Barang kali mereka beranggapan tiada sebarang faedah atau manfaat sekiranya mereka menyelidiki secara lebih mendalam tentang keluarga mereka. Kecenderungan menyimpan atau menulis rekod-rekod salasilah boleh dikatakan hanya terdapat dalam kalangan pemerintah khasnya golongan kerabat diraja atau pembesar-pembesar negeri. Tujuan penulisannya barang kali tidak lebih untuk menyatakan keabsahan pemerintahan mereka di sesebuah negeri atau jajahan taklukan mereka. Selain itu, terdapat juga segelintir masyarakat yang menyusun salasilah adalah bertujuan semata-mata ingin menuntut takhta kerajaan, kuasa atau harta perwarisan untuk diwarisi oleh generasi seterusnya. Mengkaji salasilah keturunan seseorang itu amat penting diketahui dalam masyarakat manusia bertamadun. Menjejaki asal usul keturunan seseorang boleh memberi manfaat kepada hubungan silaturahim kaum kerabat dan merapat dan mengekalkan hubungan silaturahim sangatlah dituntut dalam Islam. Untuk mengumpul makluma salsilah keluarga beberapa kaedah boleh dijalankan seperti kaedah temuramah.Menemuramah orang sumber yang merupakan ibu, datuk dan nenek bagi mengetahui dengan lebih lanjut beberapa peristiwa sama ada melalui penglibatan mereka secara langsung dalam peristiwa itu atau sekadar menyaksikannya. Kaedah pemerhatian ,dengan melihat dan mengkaji perkembangan orang sumber iaitu ibu, datuk dan nenek dari segi aktiviti yang mereka lakukan, hobi dan tingkah laku mereka.Kaedah analisis dokumen juga boleh dilakuka .Melihat dan mengambil maklumat daripada buku catatan dan journal harian ibu, dokumen-dokumen penting yang disimpan oleh ibu dan mengumpul beberapa gambar dari album keluarga. Salasilah keluarga saya sukar dibuat kerana ramai ahli keluarga tidak dapat dikesan.Sesetengah ahli keluarga sudah meninggal dunia,manakala pula ada yang sudah terputus hubungan.Foto-foto keluarga juga tidak banyak yang diambil ini kerana ia tidak dititik beratkan oleh ahli keluarga yang terdahulu.Foto-foto yang ada sudah banyak yang rosak.Pengetahuan tentang salsilah keluarga ini patut dititik beratkan .Walaubagaimanapun kita patut ucapkan syabas kepada pihak
  • 12. Kementerian Pelajaran Malaysia kerana telah di selitakan salasilah keluarga dalam sukatan pelajaran tingkatan satu.Dimana murid-murid tingkatan satu dikehendaki membuat tugasan tentang salasilah keluarga masing-masing. Sesungguhnya institusi keluarga yang mantap dapat menjaminkan kebahagian keluarga.Begitu juga dengan pengalaman nilai-nilai patriotisme yang baik akan dapat melahirkan warganegara Malaysia yang cintakan tanah air ,berani dan yakin diri.
  • 13.
  • 14. DEFINISI SALASILAH Kamus Dewan Edisi Keempat. surih II, pertalian keturunan yang dapat disusur kembali , hitungan keturunan, salasilah, susur-galur.Definisi yang dimaksudkan mengikut akta itu termasuk keturunan (berzuriat ).Jika kita melihat makna keturunan dalam Kamus Dewan ialah benih, baka. Salasilah keluarga bermaksud daftar keturunan (asal usul), susur galur (keturunan) Perkataan ‘salasilah’ berasal daripada kosa kata bahasa Arab yang bermaksud “daftar keturunan atau jurai keturunan”. Ensiklopedia Islam (2004), halaman 250 mendefinisikan salasilah sebagai “daftar atau susunan asal-usul keturunan, biasanya dimulai daripada tokoh yang dianggap penting dan dihormati yang memiliki nilai sejarah”. Menurut kamus sastera Melayu, salasilah bermaksud susur galur keturunan, asal keturunan. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa salasilah adalah bermaksud susur galur sesebuah keluarga atau asal usul keturunan seseuah keluarga. Selain itu salasilah boleh juga didefinisikan sebagai rangkaian keturunan seseorang yang ada kaitannya dengan orang lain yang menjadi isterinya dan ahli keluarganya. Salasilah tersebut adalah merupakan suatu susunan keluarga dari atas ke bawah dengan menyebutkan nama keluarganya. Pengertian salasilah itu bersifat universal, iaitu ertinya orang-orang di seluruh dunia mempunyai salasilah keturunannya dan seluruh benua akan dimaklumi, bahawa semua orang pasti akan mengagungkannya. Kita sering membaca salasilah keturunan para raja yang termaktub dalam sejarah atau salasilah para pemimpin yang memerintah suatau daerah, bukan hanya untuk dikenal saja, tetapi untuk diketahui oleh segenap masyarakatnya, dan dikenang akan jasa-jasanya. Jelas bagi kita, bahawa maksud salasilah ialah suatu daftar susunan nama orang-orang yang merupakan susunan keturunan dari suatu warga atau dinasti (bangsa), misalnya Dinasti Sriwijaya.
  • 15. PETA MINDA DEFINISI SALASILAH DEFINISI SALASILAH Kamus Dewan Edisi Keempat. surih II-pertalian keturunan yang dapat disusur kembali kata bahasa Arab yang bermaksud “daftar keturunan atau jurai keturunan”. Menurut kamus sastera Melayu, salasilah bermaksud susur galur keturunan, Ensiklopedia Islam (2004), asal keturunan. halaman 250 mendefinisikan salasilah sebagai “daftar atau susunan asal-usul keturunan,
  • 16. KEPENTINGAN SALASILAH KELUARGA Salasilah keturunan seseorang itu amat penting diketahui dalam masyarakat manusia bertamadun. Menjejaki asal usul keturunan seseorang boleh memberi manfaat kepada hubungan silaturahim kaum kerabat; dan merapat dan mengekalkan hubungan silaturahim sangatlah dituntut dalam Islam. Allah berfirman: "Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut namaNya, serta peliharalah hubungan silaturrahim kaum kerabat." – (Surah An- Nisaa: 1) Dalam sebuah hadis Qudsi pula Allah berfirman: "Barang siapa yang memutuskan tali kekeluargaan, akan aku putuskan hubunganKu dengan dia. Dan barangsiapa menyambungkan tali kekeluargaan, Akupun akan mengukuhkan tali kekeluargaannya nanti." Lebih daripada itu diriwayatkan dalam banyak hadis bahawa amalan silaturrahim akan memakmurkan rumah dan menambah usia walaupun para pelakunya bukan orang baik-baik. Amalan silaturrahim ini akan membersihkan segala amalan kita yang lain serta melipatgandakan kekayaan dan menolak bala.. Kini, lain pula budayanya. Minat untuk mencari waris, menjejak kasih tidak lagi menjadi keutamaan di kalangan orang kita. Inilah akibat dari arus pembangunan dan pemodenan. Sifat nafsi-nafsi sudah berleluasa, terutamanya di kalangan penduduk bandar. Pengetahuan tentang salasilah dianggap sebagai salah satu cabang ilmu yang penting khasnya dalam bidang sejarah dan ia dikatalogkan sebagai bidang sains sosial. Berdasarkan pengertian yang sempit, ilmu salasilah ini merupakan kajian berkenaan individu dan hubungannya dalam sesebuah keluarga. Walau bagaimanapun, sekiranya kita memahami pengertiannya yang luas, ilmu salasilah ini merangkumi kajian yang mendalam tentang sejarah, biografi, geografi, sosiologi, undang-undang, perubatan, linguistik dan sebagainya. Kita sewajarnya berpegang kepada takrifan yang luas kerana kita bukan hanya sekadar ingin mengetahui nama dan tarikh penting yang dilalui nenek moyang kita sahaja, tetapi juga corak
  • 17. kehidupan mereka serta sumbangan mereka terhadap agama, bangsa dan negara mereka. Apa yang lebih penting ialah pengkajian tentang ilmu salasilah keluarga mampu memupuk jati diri seseorang individu.Pengkajian terhadap ilmu salasilah juga memerlukan pengorbanan yang besar kerana para pengkaji dalam bidang ini terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting daripada ahli keluarga yang dikenali atau tidak. Maklumat-maklumat yang diperoleh itu sama ada maklumat lisan atau sumber bertulis perlu dipastikan kesahihannya agar tidak dipertikaikan oleh pihak-pihak lain yang mempunyai autoriti. Selain itu kepentingan salasilah keluarga adalah untuk mengelakkan masalah perkahwinan adik dengan abang kandung atau kakak kandung dengan adik kandung (mahram) yang boleh berlaku kerana sudah lumrah suami yang pergi merantau terus kekal dp perantauan ,berkahwin baru dan mendapat anal-anak pula ditempat baru.Manakala di kampung asa sudah ada isteri dan anak-anak yang ditinggalkan .Perpisahan yang terus-menerus tidak balik-balik atau tidak memperkenalkan anak-anak isteri baru dengan anak-anak isteri lama boleh memungkinkan berlaku perkahwinan mahram ini.Maka itu adalah menjadi tanggung jawab ibubapa untuk menceritakan secara terperinci susun galur salasilah mereka kepada anak cucu supaya tidak berlaku masalah seperti perbalahan atau pergaduhan antara sesama saudara mara dan perkahwinan antara adik-beradik. Justeru, penulisan salasilah perlu diberi keutamaan sekiranya seseorang itu ingin menjejaki semula sejarah asal-usul keturunannya. Tambahan pula, salasilah keturunan seseorang itu amat penting diketahui dalam masyarakat yang bertamadun. Menjejaki asal-usul keturunan seseorang boleh memberi manfaat kepada penerusan hubungan silaturahim antara kaum kerabat. Pengekalan hubungan silaturahim sesama kaum kerabat pula sangat dituntut oleh Islam.
  • 18. PETA MINDA SALASILAH KELUARGA mengetahui nama dan tarikh penting yang dilalui nenek moyang kita sahaja, tetapi juga corak kehidupan mereka serta sumbangan mereka terhadap agama, bangsa dan negara mereka. KEPENTIGAN SALASILAH KELUARGA merapat dan mengekalkan hubungan silaturahim mengelakkan masalah perkahwinan adik dengan abang kandung atau kakak kandung
  • 19.
  • 20. CARTA SALASILAH KELUARGA SEBELAH BAPA JAARFA BIN AHMAD SALIHA BINTI ZAIDI SAMAN BIN JAARFA FATIMAH BIN IDRIS YUSUF BIN SAMAN MUSTAPA BIN SAMAN ISMAIL BIN SAMAN SITI ROHAYA BT YUSUF SITI ROZIAH BT YUSUF M.RIZALMAN B.YUSUF M.RAZIF B.YUSUF ROSLINDA BT YUSUF ROSMAIDA BT YUSUF LANOKIAH BT LATIF SAMAD BIN JAARFA RAMLAH BINTI SENIK ZAINAB BINTI JAAFA ABDULAH BIN DAUD
  • 21. Carta salasilah keluarga bapa saya bermula daripada Jaafa Bin Ahmad . Beliau telah berkahwin dengan Saleha Binti Zaidi. Mereka merupakan moyang saya sebelah ayah.Moyang saya yang lelaki berasal dari Kampung Apal ,Besut ,Terengganu manakala moyang perempuan berasal dari negeri Kelantan . Mereka menetap di Kampun Apal ,Besut Terengganu.Moyang bekerja sebagai penoreh getah di kebun orang. Hasil perkahwinan Jaafa dan Saleha ,mereka telah dikurniakan dengan tiga orang anak iaitu Saman Bin Jaafa,Samad Bin Jaafa dan Zainab Bin Jaafa.Saman Bin Jafaa telah berkahwin dengan orang sekampungnya dan menetap di situ juga ,manakala Samad dan Zainab telah merantau ke negeri Kelantan setelah berkahwin.Saman Bin Jaafa telah berkahwin dengan Fatimah Binti Idris.Hasil perkawinan mereka telah melahirkan tiga orang anak iaitu Yusuf Bin Saman,Ismail Bin Saman dan Mustafa Bin Saman.Datuk saya iaitu Saman Bin Jaafa merupakan anak sulung daripada tiga beradik .Ketiga-tiga beradik ini telah meninggal dunia lebih kurang enam tahun yang lepas. Yusuf Bin Saman adalah ayah saya,beliau merupakan anak kedua daripada tiga beradik .Yusuf Bin Saman telah berkahwin dengan Lanokiah Binti Latif.Mereka telah dikurniakan dengan enam orang anak iaitu dua lelaki dan empat perempuan.Abangnya Mustafa Bin Saman telah dikurniakan dengan tujuh orang anak lelaki manakala adiknya Ismail Bin Saman telah dikurniakan lima orang anak iaitu tiga perempuan dan dua lelaki. Ketiga-tiga mereka menetap di kampung yang sama dan kesemuanya bekerja sebagai petani.Kerja harian mereka meletihkan tetapi ganjarannya cukup ala kadar. Berdasarkan salasilah yang dibuat ,keluarga sebelah ayah merupakan rakyat golongan biasa .Kebanyakkan daripada mereka mewarisi pekerjaan turun temurun iaitu petani.
  • 22. CARTA SALASILAH KELUARGA SEBELAH IBU HJ MOHAMAD B.ISMAIL MUNAH BT ALI LATIF B.HJ MOHAMAD MISNA BT MAMAT SITI ROHAYA BT YUSUF UDIN B.HJ MOHAMAD ROHANI BT AHMAD LANOKIAH BT LATIF FATIMAH BT LATIF SITI ROZIAH BT YUSUF M.RIZALMAN B. YUSUF M.RAZIF B.YUSUF ROSLINDA BT YUSUF ROSMAIDA BT YUSUF YUSUF B.SAMAN JUSOH B.MOHAMAD FATIMAH BT SIDEK
  • 23. Carta salasilah ibu saya bermula daripada moyang saya iaitu Hj Mohamad Bin Ismail.Beliau telah berkahwin dengan Munah Binti Ali. Hj Mohamad Bin Ismail berpegang kuat kepada agama.Beliau menjadi rujukan penduduk tempatan berkaitan dengan agama.Isterinya Munah Binti Ali seorang isteri yang rajin,di kampung beliau berniaga kecil-kecilan.Hasil perkahwinan Hj Mohamad dengan Munah telah melahirkan tiga orang anak lelaki iaitu iaitu Latif bin Hj Mohd,Udin Bin Hj Mohamad dan Jusoh Bin Hj Mohammad. Latif telah berkahwin dan menetap di Kuala Nyireh.Hasil perkahwinan dengan Misna ,beliau telah di kurniakan dengan dua orang anak perempuan iaitu Lanokiah Bin Latif dan Fatimah Bin Latif.Udin berkahwin dengan Rohani dan menetap di Kuala Besut,Udin bekerja sebagai nelayan dan isterinya membuat kuih. Mereka tidak mempunyai anak.Jusoh Bin Hj Mohd telah berkahwin dengan Fatimah binti Sidek .Mereka menetap di Kampung Keruak Besut.Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan tujuh orang anak.Hasil didikan Hj Mohamad kedua-dua anak lelakinya iaitu Latif dan Jusoh telah diberi kepercayaan menjadi bilai di kampung masing-masing.Datuk saya iatu Jusoh telah meninggal dunia tiga tahun yang lepas.Selama hidupnya ,beliau rajin mengajar penduduk membaca Al-Quran.Isterinya meninngal dunia dua tahun yang lepas,manakala anak keduanya iaitu Fatimah Binti Latif telah meninggal dunia pada usia yang mudia iaitu berumur awal 30-an .Jadinya anaknya yang masih ada hanyalah Lanokiah Binti Latif. Lanokiah Binti Latif telah berkahwin dengan Yusuf Bin Saman dan menetap di Kampung Apal.Mereka telah dikurniakan dengan 6 orang anak termasuk saya.
  • 24. CARTA SALASILAH KELUARGA ASAS SAYA YUSUF BIN SAMAN LANOKIAH BINTI LATIF SITI ROHAYA BT YUSUF SITI ROZIAH BT YUSUF M.RAZALMAN B.YUSUF M.RAZIF B.YUSUF ROSLINDA BT YUSUF ROSMAIDA BT YUSUF ZAMERI B.OMAR SUDIN B.MARJONO BETYY BT HUSSAIN ZARIF B.ZAMERI ZAQUAN B. ZAMERI ROHIDI B.SUDIN ROHIMI B. SUDIN ROHANI BT.SUDIN M.ALIF B. RAZIF
  • 25.
  • 26. ASAL-USUL KELUARGA Dalam bab ini saya akan menerangkan latar belakang keluarga atau sejarah keluarga saya.Penerangan mengenai asal –usul ayah dan ibu saya.Selain itu saya akan menyertakan butiran peribadi setiap ahli keluarga saya.
  • 27. Sejarah keluarga asas saya bermula pada 5 September 1970 iaitu pada hari Khamis bersamaan 9 Syaaban 1312 Hijrah .Dimana ayah saya Yusuf Bin Saman telah berkahwin dengan ibu saya Lanokiah Binti Latif.Perkahwinan ayah dan ibu saya dikurniakan 6 orang anak iaitu 4 perempuan 2 lelaki.Kesemua adik –beradik saya sudah berhijrah ke tempat lain ,yang tinggal hanya seorang abang di kampung.Kakak saya yang sulung menetap di Dungun,kakak yang kedua menetap di Johor Bahru ,abang saya yang keempat menetap di Kuala Lumpur dan kakak saya yang kelima bekerja di Melaka. Ayah dan ibu saya adalah anak kelahiran negeri Terengganu.Mereka hanya berbeza kampung sahaja .Ayah saya berasal dari Kampung Gerong Apal ,Besut ,manakala ibu saya berasal dari Kampung Kuala Nyireh,Besut.Setelah berkahwin ibubapa saya menetap di kampung asal ayah saya iaitu Kampung Apal. Kami adalah dari golongan kurang berada,majoriti penduduk di kampung saya berkerja sebagai petani termasuk ayah saya .Ibu hanya suri rumah.Datuk dan nenek sebelah bapa saya juga bekerja sebagai petani.Pada tahun 70-an dan awal 80-an kehidupan para petani sangat susah.Mereka mengerjakan sawah secara tradisional.Pada masa itu tidak banyak teknologi moden seperti hari ini.Keluarga saya tidak mempunyai tanah sawah ,kami menyewa tanah untuk mengusahakan penanaman padi. Ayah tidak mampu membeli tanah kerana memperuntukkan perbelajaan untuk kami adik-beradik belajar.
  • 28. Asal-usul ayah ayah-Yusuf Nama bapa saya ialah Yusuf Bin Saman.Di kampung ayah saya di Panggil Pak Kadir. Beliau berusia 60 tahun. Beliau bekerja sebagai petani .Sebelum bekerja sebagai petani, bermacam-macam kerja telah di buatnya seperti meneroh getah, kerja di kilang kayu dan kerja menanam tembakau.Bapa saya berasal dari Kampung Apal ,Jerteh ,Besut Terengganu.Beliau merupakan anak kedua daripada empat adik beradik.Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Apal .Beliau bersekolah setakat darjah dua sahaja .Beliau tidak meneruskan persekolahannya kerana kemiskinan.Beliau membantu bapa bekerja sejak kecil lagi. Walaupun sekolah setakat darjah dua,beliau boleh membaca dan mengira dengan baik.
  • 29. Asal-usul ibu Ibu - Lanokiah Nama ibu saya ialah Lanokiah binti Latif.Beliau berumur 58 tahun.Ibu saya seorang suri rumah.Ketika beliau kecil beliau tinggal di kampung Kuala Nyireh.Ibu juga tidak bersekolah tinggi,beliau hanya bersekolah setakat darjah dua sahaja.Ibu tidak meneruskan persekolah kerana kemiskinan.Sewaktu kecil ibu bekerja mengambil upah menyiang ikan membantu keluargan mencari rezeki.Ibu kurang mahir membaca tetapi dapat mengira dengan baik.Beliau merupakan anak sulung daripada dua beradik.Ibu telah kehilangan ayah,emaknya dan adiknya sejak tahun lepas.Kini ibu sudah tidak ada adik-beradik lagi.Beliau merupakan seorang yang gigih ,walaupun menghadapi pelbagai kesusahan ,beliau masih lagi dapat mendidik anak-anaknya dengan baik.
  • 30. Butiran peribadi kakak sulung Anak pertama dalam keluarga saya bernama Siti Rohaya Binti Yusuf dan kini berumur 41 tahun .Dia dilahirkan pada 25 Ogos 1973 di Kampung Gerong ,Apal ,Jerteh ,Besut Terengganu.Kakak yang pertama sudah berkahwin .Dia dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.Dia bekerja sebagai guru di SK Paka 111,Dungun Terengganu.Dia mengajar murid-murid khas.Kakak sulung merupakan seorang yang rajin dan bercita-cita tinggi ,walaupun sudah berumur 42 tahun ,namun dia masih menyambung pelajaran peringkat ijazah dalam bidang Pendidikan Khas.Semasa sekolah rendah ,dia belajar di Sekolah Kebangsaan Apal, apabila Sekolah Menengah ,dia menyambung pelajarannya di Sekolah Menengah Seri Nering Jerteh,Terengganu.Cita-citanya hendak menjadi guru tercapai apabila dia dapat menyambung pelajarannya di Maktab Perguruan Batu Rakit,Terengganu.
  • 31. Butiran peribadi kakak kedua Kakak ke-2 Siti Roziah Anak kedua dalam keluarga saya bernama Siti Roziah Binti Yusuf.Kini kakak kedua saya berumur 38 tahun.Beliau sudah berkeluarga dan mempunyai 4 oarang anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan .Anak pertamanya bernama Rohidi bin Sudin ,anak kedua Rohimi bin Sudin dan anak ketiga Rohani bin Sudin.Beliau menerima pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Apal dan kemudian menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Seri Nering sehingga tingkatan 5.Untuk membantu keluarga ,beliau telah bekerja diusia yang muda iaitu selepas tamat tingkatan 5.Beliau telah bekerja dikilang elektronik di Johor Bahru.Beliau telah banyak membantu keluarga dengan meringankan bebanan kewangan keluarga.Kini dia masih menetap diJohor.Beliau berniaga kecil-kecil di sana untuk menyara anak-anaknya.
  • 32. Butiran peribadi abang ketiga Abang ke-3 Mohd Rizalman Anak ketiga dalam keluarga saya ialah Mohd Rizalman bin Yusuf.Beliau berumur 33 tahun.Beliau merupakan tulang belakang keluarga saya.Beliau banyak menanggung hal-hal keluarga .Abang yang ketiga saya masih belum berkahwin.Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Apal dan menyambung pelajaran di Sekolah Menegah Seri Nering ,Jerteh sehingga tingkatan lima.Sewaktu di alam persekolahan abang yang ketiga sudah bekerja membantu ayah di sawah.Beliau mempunyai semangat yang gigih dan rajin.Walaupun penat belajar,selepas waktu sekolah ,beliau akan ke sawah pada waktu petang.Beliau berada di Kampung kerana menjaga ayah dan ibu yang sudah tua.Dengan mengusahakan tanah sawah,beliau telah berjaya memiliki sebuah lori yang kecil.
  • 33. Butiran peribadi abang keempat Mohd Razif bin Yusuf merupakan anak ke empat dalam keluarga saya.Beliau berumur 30 tahun kini.Mohd Razif telah berkahwin dengan Betyy Binti Ibrahim.Beliau dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Mohd Alif Bin Mohd Razif.Mohd Razif menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Apal dan kemudiannya menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Seri Nering ,Jerteh.Selepas tamat tingkatan lima ,beliau telah menyambung pelajaran di Institut Pertroleum di Batu Rakit. Kini beliau telah bekerja di Syarikat PETRONAS sebagai Juruteknik.
  • 34. Butiran peribadi kakak kelima Roslinda Binti Yusuf adalah kakak kelima dalam keluarga saya.Beliau kini beumur 24 tahun.Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Apal .Semasa peperiksaan UPSR ,beliau telah mendapat 5A dan kemudiannya menyambung pelajaran ke Maktab Rendah Sains Mara(MRSM) di Kampung Raja ,Besut.Beliau merupakan seorang pelajar yang pandai dan menjadi kebanggaan keluarga. Selepas tamat tingkatan lima ,beliau telah di terima masuk ke maktab perguruan kerana itulah cita-citanya sejak awal .Sekarang beliau telah bertugas sebagai guru di SK Terentang ,Melaka.Beliau belum berkahwin.
  • 35. Butiran peribadi saya Saya Rosmaida Binti Yusuf ,merupakan anak bongsu dalam keluarga saya.Kini saya berumur 19 tahun.Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Apal,kemudian saya menyambung pelajaran saya di sekolah menengah iatu Sekolah Menengah Renek.Selepas tamat tingkatan lima saya menyambung pelajaran ke tingkatan enam di Sekolah Menengah Tengku Mahmud.Semasa di sekolah menengah saya memegang beberapa jawatan penting salah satunya jawatan ketua pengawas.Saya bercita-cita menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan mendapat pekerjaan yang baik.Apabila saya berjaya nanti saya akan membantu keluarga saya .
  • 36.
  • 37. GAMBAR KELUARGA SAYA GAMBAR ANAK-ANAK SAUDARA
  • 38. GAMBAR NENEK DAN EMAK SAUDARA DAN BAPA SAUDARA
  • 39.
  • 40. REFLEKSI Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian sebagai pelajar. Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek TITD 113 Tamadun Islam dan Tamadun Asia, saya agak keliru bagaimana untuk memulakan dan menyiapkan tugasan .Saya berasa begitu sukar dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya tentang salasilah keluarga saya amatlah sedikit. Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang berkaitan melalui internet. Temu bual dengan ahli keluarga dan membuat rujukan buku .Tugasan ini dilakukan secara individu jadi ini memerlukan saya bekerja keras untuk membuat tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan. Di sini saya mencari apa itu maksud salasilah keluarga dan kepentingan membuat salasilah keluarga dimana perkara ini kurang dititik beratkan oleh masyarakat moden pada hari ini.Saya juga tidak pernah mengambil tahu tentang susur galur keluarga saya,tetapi dengan adanya tugasan ini ,saya membuat pencarian maklumat .Pencarian tersebut membantu saya mengenali ahli keluarga saya.Saya menghadapi masalah untuk mencari maklumat tentang salasilah keluarga saya kerana ramai yang sudah meninggal dunia manakala yang masih hidup terputus hubungan.Ia memakan masa untuk mengumpul maklumat. Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan diperolehi ,selain mengetahui maksud salasilah keluarga ,bagaimana hendak menyususn salasilah keluarga,apa kepentingan salasilah keluarga dan yang paling penting saya dapat mencari dan mengetahui asal-usul saya sendiri.
  • 41. Akhirnya dengan usaha gigih yang saya lakukan, banyak ilmu yang saya perolehi dan akan saya gunakan ilmu ini untuk menghadapi kehidupan bermasyarakat dan di alam pekerjaan nanti. Ilmu yang saya perolehi ini akan dapat membantu saya dalam melaksanakan pengajian diperingkat yang lebih tinggi . Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada EN MOHD ANUAR BIN AWANG IDRUS yang telah banyak membantu saya dan rakan –rakan seperjuangan dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan. Rumusannya, setelah bersusah payah, tugasan ini dapat disempurnakan. Saya amat berpuas hati dan berbangga dengan hasil usaha saya. Saya berkeyakinan pengalaman menyempurnakan kerja kursus ini dapat saya manfaatkan untuk meningkatkan kualiti tugasan saya pada semester-semester yang akan datang .
  • 42.
  • 43. BIBLIOGRAFI Shaikh Abdullah Hassan Mydin (2006) Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITD) .Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (USM) Ahmad Fauzi Bin. Mohd. Basri, 2002, Sejarah Tingkatan Satu, Kuala Lumpur: DewanBahasa Dan Pustaka
  • 44.
  • 45. REKOD BORANG KOLABORASI KERJA KURSUS (TITD 113 ) IPG : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN NAMA PELAJAR : NO MATRIK /NO : KOD KURSUS : MATA PELAJARAN : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITD 113) PENSYARAH PEMBIMBING : EN MOHD ANUAR BIN AWANG IDRIS TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN KOMEN T/TANGAN,NAMA DAN COP RASMI(JIKA ADA) Menerima soalan tugasan dan taklimat daripada pensyarah mata pelajaran Membuat rangka tentang tajuk dahulu. Memahami kehendak soalan dan perbincangan dengan rakan sekelas Mendapat pendapat rakan sekelas. Bertanya kepada ahli keluarga tentang topik yang hendak dibuat Mendapatkan penjelasan daripada orang yang berpengetahuan Mencari maklumat dari internet,buku dan modul Cetak maklumat dari internet Membuat nota
  • 46. ringkas Catatan bibliografi Mendapatkan maklumat daripada ahli keluarga terdekat dan penduduk kampung Memberi penerangan dengan jelas Menyediakan draf tugasan Menyusun maklumat Menganalisis maklumat Menghubungkait maklumat yang releven Membuat huraian secara terperinci Sekali lagi berjumpa dengan rakan-rakan sekelas Berbincang tentang draf yang telah dibuat Semakkan tugasan Dan Kerja mengumul maklumat Membetul ejaan Menyusun maklumat ikut keutamaan Memperincikan huraian Tugasan dijilid dengan kemas Menghantar draf tugasan untuk dilihat dan disemak pensyarah Membetul dan menyemak semula tugasan berdasarkan
  • 47. kehendak soalan yang dikehendaki oleh pensyarah Membuat semakan semula,menambaikani maklumat dari internet,buku dan modul Mencetak,menyusun dan menyiapkan tugasan. Menghantar tugasan lengkap kepada pensyarah